1 00:00:17,760 --> 00:00:21,360 Hari ini merupakan saat istimewa dalam kalendar Maya. 2 00:00:21,440 --> 00:00:24,680 Ekuinoks musim bunga bermula apabila matahari terbit 3 00:00:24,760 --> 00:00:27,800 bukan saja membawa hari baru, tapi kitaran hidup baru. 4 00:00:31,200 --> 00:00:33,000 Apabila matahari menyinari garis pokok, 5 00:00:34,040 --> 00:00:37,520 sinarnya menerangi antara kuil paling megah di Palenque. 6 00:00:40,800 --> 00:00:44,240 Inilah Kuil Matahari, nama yang amat sesuai dengannya. 7 00:00:45,560 --> 00:00:49,120 Berada di sini, bermandikan cahaya, ini satu keistimewaan, 8 00:00:49,200 --> 00:00:52,840 hubungan yang menggabungkan kerohanian dengan sains 9 00:00:52,920 --> 00:00:54,960 dengan cara lama yang dilupakan dunia moden. 10 00:00:57,280 --> 00:01:00,880 Pada saat penting tertentu tahun ini, dan ini salah satu masa itu, 11 00:01:01,400 --> 00:01:05,000 matahari terbit bukan sekadar menerangi tangga kuil ini. 12 00:01:06,240 --> 00:01:09,760 Seni bina Maya ialah repositori ilmu kuno, 13 00:01:10,280 --> 00:01:13,320 menghubungkan langit dan bumi, syurga dan dunia. 14 00:01:15,560 --> 00:01:18,000 Dalam proses itu, biasanya ia bawa cahaya matahari 15 00:01:18,080 --> 00:01:21,520 melalui penjajaran tertentu ke ruang dalaman, 16 00:01:21,600 --> 00:01:23,720 sengaja direka untuk menerimanya. 17 00:01:25,560 --> 00:01:29,680 Pada solstis musim sejuk, matahari terbit di runtuhan puncak gunung, 18 00:01:29,760 --> 00:01:30,880 KUIL MATAHARI 19 00:01:30,960 --> 00:01:33,280 menyinar masuk ke dalam kuil melalui ambang pintu, 20 00:01:33,360 --> 00:01:37,600 kita boleh bayangkan paderi menunggu untuk bermandi cahaya. 21 00:01:38,520 --> 00:01:41,760 Enam bulan kemudian, pada solstis musim panas, 22 00:01:42,360 --> 00:01:43,800 dan hanya pada hari itu, 23 00:01:44,320 --> 00:01:47,080 cahaya matahari fajar menerangi satu lagi piramid, 24 00:01:47,160 --> 00:01:49,960 sebelum jarum cahaya menyinari sudut dalaman, 25 00:01:52,400 --> 00:01:54,560 sementara pada kedua-dua ekuinoks, 26 00:01:54,640 --> 00:01:56,920 matahari terbit di atas lekukan buatan manusia 27 00:01:57,000 --> 00:01:58,520 di ufuk timur, 28 00:01:58,600 --> 00:02:01,240 sekali lagi memancarkan sinar melalui ambang pintu 29 00:02:02,240 --> 00:02:06,000 pada sudut yang tepat, selama 40 minit, 30 00:02:06,080 --> 00:02:09,200 ia menerangi secara dramatik satu lagi ceruk dalaman. 31 00:02:16,360 --> 00:02:18,600 Bagi orang Maya, persembahan yang mempesonakan ini 32 00:02:18,680 --> 00:02:22,240 pasti buat orang yang melihatnya merasa kagum. 33 00:02:25,640 --> 00:02:28,920 Ia bukan sekadar saat istimewa untuk orang Maya purba. 34 00:02:37,880 --> 00:02:41,840 Palenque ialah tapak yang sangat simbolik. 35 00:02:43,520 --> 00:02:47,320 {\an8}Pemujaan nenek moyang di Palenque digambarkan dalam seni binanya 36 00:02:47,400 --> 00:02:49,880 {\an8}dan landskap yang diubah suai. 37 00:02:51,080 --> 00:02:53,640 Ia berhubung dengan penduduk zaman moden. 38 00:02:56,000 --> 00:03:00,360 Budaya Maya di Palenque masih hidup. 39 00:03:03,880 --> 00:03:07,800 {\an8}Paderi Maya, Nicolas López Vázquez, telah mengadakan upacara di sini 40 00:03:07,880 --> 00:03:09,560 {\an8}selama berdekad-dekad. 41 00:03:12,920 --> 00:03:18,960 Upacara yang berlangsung sekarang melambangkan ekuinoks musim bunga. 42 00:03:19,640 --> 00:03:22,360 Ekuinoks sangat penting. 43 00:03:23,560 --> 00:03:25,760 Sebab itu mereka bina kuil. 44 00:03:26,480 --> 00:03:29,920 Ia seperti satu hubungan dengan seluruh planet. 45 00:03:34,240 --> 00:03:37,200 Sememangnya seluruh kompleks ini nampaknya telah direka 46 00:03:37,280 --> 00:03:42,640 sebagai alat untuk mengesan dan menjelma keharmonian alam semesta yang menakjubkan. 47 00:03:51,320 --> 00:03:54,760 Jadi, apa motifnya untuk fokus mereka pada cakerawala? 48 00:03:54,840 --> 00:03:58,480 Bagaimana mereka memperoleh pengetahuan astronomi canggih? 49 00:04:01,240 --> 00:04:06,560 Mungkinkah kita menyaksikan legasi yang diwarisi tamadun yang jauh lebih tua, 50 00:04:08,440 --> 00:04:11,080 yang tinggalkan jejak pengetahuan majunya 51 00:04:11,160 --> 00:04:12,680 di seluruh benua Amerika? 52 00:04:31,880 --> 00:04:34,440 {\an8}BAB VI 53 00:04:41,080 --> 00:04:46,360 Pusat Palenque didominasi bangunan yang paling mengagumkan 54 00:04:47,600 --> 00:04:49,160 dikenali sebagai istana. 55 00:04:52,240 --> 00:04:55,520 Manakala di atasnya menjulang struktur yang menarik, 56 00:04:56,240 --> 00:05:00,080 unik di dunia Maya, menara bertingkat. 57 00:05:02,800 --> 00:05:06,080 Para sarjana berbeza pendapat tentang fungsi menara ini. 58 00:05:06,680 --> 00:05:08,520 Mereka bingung akan bumbung menara ini. 59 00:05:09,240 --> 00:05:12,400 Bumbung yang kita lihat hari ini berbentuk moden 60 00:05:12,480 --> 00:05:15,280 dan mungkin pembinaan semula yang tidak tepat. 61 00:05:16,480 --> 00:05:20,600 Gambar penggalian awal menunjukkan runtuhan menara tanpa bumbung. 62 00:05:21,600 --> 00:05:23,920 Adakah ia berbumbung pada zaman purba? 63 00:05:25,480 --> 00:05:29,840 Mungkin menara asal ada platform pemerhatian, 64 00:05:30,680 --> 00:05:33,080 yang menjelaskan benda yang ditemui di dalamnya. 65 00:05:34,600 --> 00:05:37,200 Ia penting kerana ada bilik dengan glif 66 00:05:37,280 --> 00:05:42,800 mewakili planet yang paling penting bagi orang Maya, Zuhrah. 67 00:05:44,880 --> 00:05:47,680 Sarjana telah mengesahkan melalui teks Maya 68 00:05:48,360 --> 00:05:52,840 bahawa simbol ini memang mewakili planet paling terang di langit malam. 69 00:05:54,960 --> 00:06:00,040 Mungkinkah menara ini dibina khas untuk kegunaan ahli astronomi? 70 00:06:02,480 --> 00:06:07,080 Secara intuitif, rasa seperti tujuannya untuk pemerhatian langit. 71 00:06:07,160 --> 00:06:12,400 Kita tak jangka menara yang dibina untuk memerhati langit 72 00:06:12,480 --> 00:06:14,240 dipasang bumbung. 73 00:06:14,320 --> 00:06:17,640 Glif Zuhrah di dalam menara 74 00:06:17,720 --> 00:06:20,640 menunjukkan itulah fungsinya. 75 00:06:20,720 --> 00:06:25,240 Tapi daripada semua jasad cakerawala di langit, kenapa Zuhrah? 76 00:06:27,360 --> 00:06:32,160 Mungkin ada kaitan dengan tokoh mitologi Maya terhebat. 77 00:06:36,280 --> 00:06:38,640 Dewa dan dewi kosmologi Maya 78 00:06:38,720 --> 00:06:41,640 sering memiliki ciri-ciri manusia yang menakutkan, 79 00:06:41,720 --> 00:06:48,160 kadangkala menawan, kadangkala menakutkan, kadangkala sangat misteri. 80 00:06:48,680 --> 00:06:52,600 Dewa bernama Kukulkan yang pernah hidup sebagai manusia 81 00:06:53,120 --> 00:06:55,640 bukan saja gabungan semua ciri ini, 82 00:06:55,720 --> 00:06:59,320 tapi juga dikaitkan dengan planet paling terang di syurga. 83 00:07:02,960 --> 00:07:07,880 Menurut tradisi, Kukulkan tiba selepas bencana besar, 84 00:07:08,520 --> 00:07:10,080 ditemani pembantunya. 85 00:07:11,440 --> 00:07:15,720 Dia guru bijaksana yang beri arahan tentang kedaulatan undang-undang 86 00:07:16,320 --> 00:07:20,520 dan cara mengatur tamadun, cara menanam jagung 87 00:07:21,400 --> 00:07:24,040 dan cara membina monumen batu agung. 88 00:07:25,240 --> 00:07:27,880 Walaupun selepas masa bersama mereka berakhir, 89 00:07:28,400 --> 00:07:31,360 Kukulkan terus dipuja di syurga, 90 00:07:31,880 --> 00:07:34,360 di mana dia menjelma dalam bentuk planet 91 00:07:34,440 --> 00:07:37,000 yang kita kenal sekarang sebagai Zuhrah. 92 00:07:42,760 --> 00:07:44,520 Di seluruh dunia Maya, 93 00:07:44,600 --> 00:07:47,160 ada gambaran Kukulkan lain. 94 00:07:47,880 --> 00:07:51,640 {\an8}Di satu tapak ikonik, memorinya juga berkait 95 00:07:51,720 --> 00:07:55,680 {\an8}dengan saat ekuinoks musim bunga yang sangat penting itu. 96 00:07:56,480 --> 00:08:00,800 Di Chichen Itzá di Yucatán, di kuil Kukulkan, 97 00:08:00,880 --> 00:08:04,080 jika kita lihat piramid itu, biasanya kita lihat 98 00:08:04,160 --> 00:08:08,200 tangga utara piramid dengan kepala ular besar 99 00:08:08,280 --> 00:08:14,640 di bawah tangga dan pelepar kosong menganjur di sisinya tanpa ukiran. 100 00:08:14,720 --> 00:08:18,560 Tapi pada ekuinoks musim bunga, ketika matahari mula terbenam, 101 00:08:19,480 --> 00:08:24,520 kedudukan piramid itu sangat sempurna sehingga bayang-bayang di sudut tangga 102 00:08:24,600 --> 00:08:28,640 menghasilkan bentuk ular. 103 00:08:28,720 --> 00:08:31,840 Jadi, kepala ular itu tiba-tiba lengkap 104 00:08:31,920 --> 00:08:35,960 dengan bayang-bayang tubuh ular yang beralun itu 105 00:08:36,040 --> 00:08:38,840 dan inilah penjelmaan Kukulkan. 106 00:08:42,640 --> 00:08:46,520 Di beberapa tempat di Mexico, dia bukan saja dikenali sebagai Kukulkan 107 00:08:46,600 --> 00:08:49,360 tapi paling terkenal sebagai Quetzalcoatl. 108 00:08:50,080 --> 00:08:53,800 Semua nama ini bermaksud "ular berbulu atau berpelepah." 109 00:08:54,840 --> 00:08:58,240 Kita boleh bayangkan bahawa Kukulkan ialah pengembara 110 00:08:58,320 --> 00:09:01,480 yang guna nama yang sesuai ke mana saja dia pergi. 111 00:09:03,600 --> 00:09:08,040 Kami jumpa tokoh yang sama di Peru dipanggil Viracocha. 112 00:09:09,080 --> 00:09:12,080 Di Mesopotamia, dia dikenali sebagai Oannes. 113 00:09:12,160 --> 00:09:14,480 Di Mesir pula, dialah Osiris. 114 00:09:15,680 --> 00:09:17,680 Namun kisahnya tetap sama. 115 00:09:19,080 --> 00:09:22,400 Tokoh berkuasa muncul selepas bencana global 116 00:09:23,360 --> 00:09:26,960 dan mengurniakan anugerah ketamadunan kepada manusia purba. 117 00:09:30,680 --> 00:09:34,480 Pengiktirafan identiti wira ketamadunan dengan planet Zuhrah 118 00:09:35,120 --> 00:09:38,360 mungkin dapat menjelaskan obsesi unik orang Maya 119 00:09:39,120 --> 00:09:42,160 menjejaki pergerakan planet itu di langit malam. 120 00:09:43,400 --> 00:09:47,400 Kajian mereka tentang Zuhrah sangat menarik. 121 00:09:47,480 --> 00:09:51,280 Ia berlaku setiap 584 hari, 122 00:09:51,360 --> 00:09:53,840 Zuhrah muncul pada tempat yang sama. 123 00:09:53,920 --> 00:09:58,760 Orang Maya mempunyai anggaran tepat masa 124 00:09:58,840 --> 00:10:01,760 tempoh qamari kepulangan Zuhrah. 125 00:10:02,840 --> 00:10:05,160 Mereka berupaya membuat pengiraan 126 00:10:05,240 --> 00:10:08,720 kerana salah satu pencapaian orang Maya paling luar biasa, 127 00:10:09,240 --> 00:10:12,560 seperti binaan batu hebat Peru purba 128 00:10:13,080 --> 00:10:15,480 dan farmakologi bijaksana Amazonia purba, 129 00:10:17,560 --> 00:10:22,320 mungkin sebahagian legasi ilmu diwariskan dari zaman prasejarah terpencil 130 00:10:22,400 --> 00:10:24,920 oleh tamadun pendahulu yang misteri. 131 00:10:34,080 --> 00:10:35,880 {\an8}AHLI ARKEOLOGI 132 00:10:35,960 --> 00:10:39,200 {\an8}Dr. Edwin Barnhart telah memeta dan mengkaji Palenque 133 00:10:39,280 --> 00:10:41,000 {\an8}selama lebih 25 tahun. 134 00:10:42,920 --> 00:10:45,480 Dia antara beberapa orang di dunia 135 00:10:46,000 --> 00:10:48,360 yang boleh membaca skrip Maya purba. 136 00:10:51,960 --> 00:10:56,120 Kami baca glif ini dari atas ke bawah dalam lajur berganda. 137 00:10:56,200 --> 00:10:59,640 Baca kanan kiri, kanan kiri ke bawah dua yang pertama, 138 00:10:59,720 --> 00:11:01,760 kemudian ketiga dan keempat, baca ke bawah. 139 00:11:01,840 --> 00:11:03,520 Begitulah aturan bacaannya. 140 00:11:03,600 --> 00:11:06,920 Bagaimana sistem nombor yang orang Maya guna 141 00:11:07,000 --> 00:11:09,920 berbanding sistem nombor yang kita guna hari ini? 142 00:11:10,440 --> 00:11:12,120 Sistem kita agak sama. 143 00:11:12,200 --> 00:11:14,960 Kita ada sistem asas sepuluh iaitu sistem perpuluhan. 144 00:11:15,040 --> 00:11:18,800 Kita boleh tulis sebarang nombor 145 00:11:19,520 --> 00:11:23,240 hampir tak terhingga menggunakan sepuluh digit. 146 00:11:23,320 --> 00:11:26,200 Ada nombor sifar, satu hingga sembilan. 147 00:11:26,720 --> 00:11:28,560 Apabila sampai nombor sepuluh, 148 00:11:28,640 --> 00:11:31,640 kita letak sifar di tempat sa dan satu di tempat puluh. 149 00:11:31,720 --> 00:11:33,840 Mereka guna asas 20. 150 00:11:36,680 --> 00:11:39,360 Ia seperti sistem kod Morse guna sengkang dan titik 151 00:11:40,480 --> 00:11:43,480 termasuk glif cangkerang yang mewakili sifar. 152 00:11:45,040 --> 00:11:48,400 - Titik ialah satu. Palang ialah lima. - Okey. 153 00:11:49,280 --> 00:11:53,640 Apabila ada tiga palang dan empat titik, jumlahnya 19. 154 00:11:55,120 --> 00:11:57,400 Mereka tulis 20 dengan meletakkan sifar 155 00:11:58,000 --> 00:12:00,320 dan letak titik di tempat 20. 156 00:12:00,920 --> 00:12:04,480 Ini sistem pengiraan kedudukan yang membolehkan mereka 157 00:12:04,560 --> 00:12:06,440 buat pengiraan pada tahap berbeza. 158 00:12:07,760 --> 00:12:09,560 Sistem kita bagus. 159 00:12:09,640 --> 00:12:14,640 Kita boleh kira hingga infiniti, tapi perlukan sepuluh simbol. 160 00:12:14,720 --> 00:12:17,560 Orang Maya buat perkara yang sama dengan hanya tiga simbol. 161 00:12:17,640 --> 00:12:21,960 Sehubungan itu, sistem mereka lebih elegan daripada kita. 162 00:12:25,760 --> 00:12:30,440 Orang Maya bukan saja guna sifar, malah arif tentang tempat penomboran 163 00:12:31,440 --> 00:12:33,880 pada waktu orang Yunani dan Rom Purba, 164 00:12:33,960 --> 00:12:37,240 walaupun banyak pencapaian, tidak memahami kedua-duanya. 165 00:12:38,840 --> 00:12:40,400 Sistem mereka hebat. 166 00:12:40,480 --> 00:12:44,000 Orang Rom buat perkara hebat, tapi sistem nombor mereka teruk. 167 00:12:44,080 --> 00:12:45,800 Sebab itu mereka perlu buat abakus. 168 00:12:47,800 --> 00:12:52,000 Sistem penomboran canggih Maya bukan saja cara yang elegan untuk mengira. 169 00:12:52,600 --> 00:12:53,960 Bagi ahli astronomi mereka, 170 00:12:54,040 --> 00:12:57,080 inilah kunci untuk mengira dan meramal pergerakan 171 00:12:57,160 --> 00:13:01,000 jasad cakerawala seperti Zuhrah, matahari dan bulan 172 00:13:01,080 --> 00:13:03,200 dengan ketepatan yang mengagumkan. 173 00:13:03,800 --> 00:13:07,800 Pengetahuan matematik yang sama itu juga penting 174 00:13:07,880 --> 00:13:11,320 untuk ciptaan mereka yang paling mengagumkan. 175 00:13:11,840 --> 00:13:15,160 Pencapaian Maya purba paling membingungkan 176 00:13:15,240 --> 00:13:19,000 ialah sistem pengukuran masa yang teramat tepat 177 00:13:19,520 --> 00:13:22,840 yang mereka masukkan menjadi antara kalendar paling rumit 178 00:13:22,920 --> 00:13:24,280 dalam sejarah manusia. 179 00:13:26,560 --> 00:13:29,440 Kalendar teramat rumit. 180 00:13:30,040 --> 00:13:34,080 Boleh ringkaskannya untuk saya? Apa maksud kalendar Maya? 181 00:13:34,160 --> 00:13:38,880 Dalam kalendar itu, tahun surianya 365 hari. 182 00:13:38,960 --> 00:13:39,920 Ya. Okey. 183 00:13:40,000 --> 00:13:43,960 Kalendar yang penting bagi mereka ada 260 hari, 184 00:13:44,040 --> 00:13:48,440 tapi ada juga kalendar kiraan panjang iaitu kiraan masa linear. 185 00:13:51,040 --> 00:13:55,320 Orang Maya menjejaki tarikh penting menggunakan gabungan tiga kalendar, 186 00:13:56,040 --> 00:13:58,320 setiap satu dengan tujuan tersendiri. 187 00:14:00,920 --> 00:14:05,320 {\an8}Kalendar suci mereka merupakan kitaran berulang 20 kumpulan 188 00:14:05,400 --> 00:14:10,120 {\an8}terdiri daripada 13 hari setiap satu, berjumlah 260 hari. 189 00:14:11,640 --> 00:14:14,120 {\an8}Kalendar kedua menjejaki tahun suria, 190 00:14:14,720 --> 00:14:18,160 {\an8}tapi terdiri daripada 18 kumpulan, setiapnya 20 hari, 191 00:14:18,840 --> 00:14:23,400 {\an8}dengan lima lagi untuk melengkapkan tahun 365 hari, sama seperti tahun kita. 192 00:14:24,880 --> 00:14:26,320 {\an8}Apabila digunakan bersama, 193 00:14:26,400 --> 00:14:30,760 dua kalendar ini memberi nama unik untuk setiap hari 194 00:14:31,320 --> 00:14:35,600 sepanjang tempoh 52 tahun sebelum bermula semula. 195 00:14:38,040 --> 00:14:42,720 Namun apa yang menjadikan sistem Maya unik ialah kalendar ketiga mereka 196 00:14:43,240 --> 00:14:45,200 dipanggil kiraan panjang 197 00:14:45,280 --> 00:14:47,680 yang menjejaki tempoh masa lebih lama. 198 00:14:49,840 --> 00:14:52,400 Jelaskan lebih lanjut tentang kalendar kiraan panjang. 199 00:14:52,480 --> 00:14:54,960 Apa ia? Bagaimana ia berfungsi? 200 00:14:55,680 --> 00:14:57,600 Apa matlamatnya? 201 00:14:58,120 --> 00:15:01,600 Ini yang paling menarik kerana orang Maya bersifat kitaran, 202 00:15:01,680 --> 00:15:05,000 tapi itu saja kalendar linear mereka. 203 00:15:05,080 --> 00:15:10,560 Ia boleh bergerak ke belakang dan ke depan dalam garis lurus ke arah infiniti. 204 00:15:11,240 --> 00:15:14,160 Simbol kiraan panjang mengukur laluan 205 00:15:14,240 --> 00:15:19,920 bukan saja tahun, dekad atau abad, tapi sepanjang seribu tahun, 206 00:15:20,000 --> 00:15:23,040 menjangkau jauh ke masa lalu dan masa depan. 207 00:15:23,720 --> 00:15:28,600 Adakah kebanyakan perkara yang kita boleh baca dalam skrip Maya 208 00:15:28,680 --> 00:15:29,960 ada kaitan dengan kalendar? 209 00:15:30,040 --> 00:15:33,840 Betul. Ini contoh sempurna apabila kita lihat halaman ini, 210 00:15:34,440 --> 00:15:38,080 semua yang awak nampak dengan palang, titik dan ini, 211 00:15:38,160 --> 00:15:40,600 semua ini maklumat kalendar. 212 00:15:40,680 --> 00:15:42,120 Secara keseluruhannya, 213 00:15:42,200 --> 00:15:47,280 dua pertiga daripada seluruh korpus penulisan Maya ialah glif kalendar. 214 00:15:49,320 --> 00:15:51,400 Satu penjelasan untuk obsesi ini 215 00:15:51,480 --> 00:15:55,320 ialah kepercayaan orang Maya purba dunia melalui kitaran berulang 216 00:15:55,400 --> 00:15:57,400 penciptaan dan pemusnahan… 217 00:16:03,160 --> 00:16:05,480 dan mereka menjalani hidup dalam kitaran keempat, 218 00:16:08,360 --> 00:16:10,560 hampir sama dengan Hopi purba 219 00:16:10,640 --> 00:16:13,520 yang percaya mereka juga hidup di dunia keempat. 220 00:16:14,040 --> 00:16:18,680 Tapi tak seperti mereka, orang Maya meletak tarikh dalam kitaran mereka, 221 00:16:19,720 --> 00:16:22,000 semua dijejak guna kiraan panjang. 222 00:16:24,160 --> 00:16:26,000 Ini apa? 223 00:16:26,520 --> 00:16:28,640 Imej yang cantik, 224 00:16:28,720 --> 00:16:32,240 antara imej yang memberitahu kita secara khusus 225 00:16:32,320 --> 00:16:35,600 tarikh permulaan penciptaan keempat. 226 00:16:36,120 --> 00:16:41,200 Ia tertulis 13-0-0-0-0. 227 00:16:41,800 --> 00:16:47,760 Keesokan harinya, ia diset semula. Ini akan jadi 0-0-0-0-1. 228 00:16:47,840 --> 00:16:51,520 Okey. Jika letak itu dalam sistem tarikh kita hari ini? 229 00:16:51,600 --> 00:16:56,600 - 13 Ogos 3114 SM. - Okey. 230 00:16:56,680 --> 00:16:59,760 Itu permulaan usia dunia kita sekarang. 231 00:16:59,840 --> 00:17:02,000 Betul. Idea mereka, 232 00:17:02,720 --> 00:17:07,760 kenapa ia bermula pada 3114 SM? 233 00:17:07,840 --> 00:17:12,080 Selama satu kurun, para cendekiawan terhebat 234 00:17:12,640 --> 00:17:14,560 gagal beri jawapan. 235 00:17:14,640 --> 00:17:19,000 Ya. Saya dapati tarikh itu agak menarik 236 00:17:19,640 --> 00:17:24,120 kerana banyak tamadun purba, jika kita ikut rekod arkeologi, 237 00:17:24,200 --> 00:17:26,360 ada permulaan yang luar biasa sekitar waktu itu. 238 00:17:26,800 --> 00:17:28,480 {\an8}GIZA MESIR 239 00:17:28,560 --> 00:17:30,680 {\an8}Di Mesir Purba sekitar 3000 S.M. 240 00:17:30,760 --> 00:17:33,040 {\an8}Sumer, zaman yang sama. 241 00:17:33,120 --> 00:17:34,520 {\an8}Betul. Asia juga. 242 00:17:35,520 --> 00:17:37,640 {\an8}Seolah-olah dunia terjaga ketika itu 243 00:17:37,720 --> 00:17:39,440 dan orang Maya pilih tarikh itu. 244 00:17:39,520 --> 00:17:40,560 Memang sangat menarik. 245 00:17:42,680 --> 00:17:44,560 Bila sistem itu bermula? 246 00:17:45,080 --> 00:17:49,000 Sejauh mana kita boleh jejak asal usul set pengiraan yang hebat ini? 247 00:17:49,600 --> 00:17:51,920 Soalan itu sukar. Saya sentiasa memikirkannya. 248 00:17:52,000 --> 00:17:56,400 Bagi saya, ketika seseorang mengukirnya pada batu, 249 00:17:57,280 --> 00:17:58,920 itu bukan percubaan pertama mereka. 250 00:17:59,000 --> 00:18:02,320 Okey. Apa tarikh paling lama yang awak jumpa? 251 00:18:02,400 --> 00:18:05,600 Ada beberapa tarikh. Ada tarikh 33,000 tahun lalu. 252 00:18:06,200 --> 00:18:09,840 Satu lagi membawa kita ke tarikh tertentu 253 00:18:09,920 --> 00:18:13,560 yang buat kita kembali ke lima juta tahun lalu. 254 00:18:13,640 --> 00:18:17,560 - Lima juta tahun lalu. - Ya. Awak boleh kira. 255 00:18:19,080 --> 00:18:23,840 Saya rasa tujuannya adalah untuk menunjukkan 256 00:18:23,920 --> 00:18:26,280 sifat masa yang tak berkesudahan. 257 00:18:29,160 --> 00:18:30,720 Bersama tarikh-tarikh ini, 258 00:18:30,800 --> 00:18:33,360 satu objek utama dalam drama langit malam ini 259 00:18:33,440 --> 00:18:36,320 sering muncul dalam teks, Zuhrah, 260 00:18:36,960 --> 00:18:41,080 planet sama yang berkaitan dengan dewa Maya, Kukulkan. 261 00:18:44,920 --> 00:18:50,240 Zuhrah diintegrasikan ke dalam sistem kalendar Maya. 262 00:18:50,320 --> 00:18:51,760 Ia dijejaki berulang kali. 263 00:18:51,840 --> 00:18:58,000 Sebenarnya ada 104 kumpulan berbeza daripada lima kitaran Zuhrah 264 00:18:58,560 --> 00:19:01,280 yang mereka kumpul. Jadi, kita boleh jejaki Zuhrah 265 00:19:01,360 --> 00:19:02,440 dan data itu betul. 266 00:19:04,480 --> 00:19:09,200 Orang Maya taasub dengan alam semesta dan masa. 267 00:19:10,080 --> 00:19:13,560 Dua isu ini sangat penting kepada budaya Maya. 268 00:19:16,200 --> 00:19:20,600 Dua obsesi ini menunjukkan bahawa orang Maya memiliki dan mengkaji 269 00:19:20,680 --> 00:19:24,480 pemahaman yang mendalam tentang zaman purba planet kita. 270 00:19:26,120 --> 00:19:29,960 Jadi, keupayaan mereka seperti perisian komputer moden. 271 00:19:30,480 --> 00:19:32,320 - Ya. - Macam mana? 272 00:19:32,880 --> 00:19:34,840 Saya rasa mereka antara 273 00:19:34,920 --> 00:19:37,360 ahli matematik zaman purba terhebat. 274 00:19:37,440 --> 00:19:39,680 Mereka sentiasa buat pengiraan. 275 00:19:39,760 --> 00:19:42,480 Mereka buat pengiraan berjuta-juta hari. 276 00:19:42,560 --> 00:19:43,640 Menakjubkan. 277 00:19:45,160 --> 00:19:48,120 Jika mereka guna tarikh begitu, kita perlu tanya 278 00:19:48,200 --> 00:19:50,160 kenapa mereka perlu buat begitu? 279 00:19:51,280 --> 00:19:53,440 - Saya rasa… - Semuanya spekulasi. 280 00:19:53,520 --> 00:19:56,200 Apabila ahli arkeologi fikir lebih mendalam, 281 00:19:56,280 --> 00:19:58,320 ia cuma spekulasi. 282 00:19:58,400 --> 00:20:01,720 Kami masih fikirkan teori. Tak banyak fakta dalam bidang saya. 283 00:20:06,800 --> 00:20:11,200 Saya ada teori yang juga satu spekulasi. 284 00:20:13,160 --> 00:20:16,480 Bagi saya, kalendar Maya seperti artifak yang tak kena tempat. 285 00:20:17,000 --> 00:20:20,640 Bagi saya, ia seperti legasi yang orang Maya terima 286 00:20:20,720 --> 00:20:24,040 daripada budaya yang memang memerlukan angka-angka ini, 287 00:20:25,880 --> 00:20:28,840 tamadun hilang yang mewariskan ilmu 288 00:20:28,920 --> 00:20:30,920 sifat kitaran masa, 289 00:20:31,760 --> 00:20:34,640 mengekodkannya dalam mitos dan tradisi kerohanian 290 00:20:35,400 --> 00:20:40,280 yang beribu-ribu tahun kemudian terjelma dengan megahnya 291 00:20:40,360 --> 00:20:43,440 dalam mekanisme kalendar Maya yang penuh misteri. 292 00:20:44,680 --> 00:20:46,160 Namun untuk apa? 293 00:20:46,240 --> 00:20:50,120 Saya rasa jawapannya ada kaitan dengan konsep Maya 294 00:20:50,200 --> 00:20:52,600 tentang zaman dunia yang tidak kekal. 295 00:20:54,240 --> 00:20:58,320 Kadangkala saya anggap kalendar Maya sebagai komputer untuk mengira 296 00:20:58,400 --> 00:21:01,200 bukan penghujung dunia, tapi penghujung zaman. 297 00:21:02,320 --> 00:21:05,680 Kalendar Maya membayangkan kemusnahan berulang 298 00:21:05,760 --> 00:21:07,440 dan penciptaan semula dunia. 299 00:21:07,520 --> 00:21:10,160 Zaman dunia berulang datang dan pergi. 300 00:21:11,680 --> 00:21:14,160 Tak benar bahawa orang Maya membayangkan 301 00:21:14,240 --> 00:21:18,640 dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012. 302 00:21:19,600 --> 00:21:24,560 Tapi mereka nampak tempoh pergolakan dan perubahan 303 00:21:25,160 --> 00:21:27,720 yang berlaku sekitar zaman kita. 304 00:21:29,600 --> 00:21:35,400 Tentu sekali, penghujung zaman diramalkan selama tempoh 80 tahun 305 00:21:35,480 --> 00:21:38,840 dari 2000 hingga 2080, antara tempoh itu. 306 00:21:40,040 --> 00:21:43,560 Saya rasa ingin tahu kerana itulah yang dialami dunia masa kini. 307 00:21:43,640 --> 00:21:47,080 Kita hidup dalam keadaan huru-hara, tak dapat diramal, perubahan. 308 00:21:48,720 --> 00:21:53,200 Mungkinkah masa kalendar Maya untuk penghujung zaman kita sekarang? 309 00:21:54,880 --> 00:21:57,360 Mungkin kita patut merenung ke langit, 310 00:21:57,440 --> 00:21:59,760 menjejaki bintang dan planet seperti mereka 311 00:22:01,560 --> 00:22:04,600 mana tahu ada malapetaka lain yang mengubah dunia akan berlaku. 312 00:22:12,800 --> 00:22:17,480 Namun minat orang Maya memerhati langit bukan sekadar untuk meramal masa depan. 313 00:22:20,840 --> 00:22:25,200 Ada bukti di Palenque yang Dr. Barnhart mahu tunjuk kepada saya. 314 00:22:27,200 --> 00:22:29,880 Pemandangan di sini, ada tempat yang sempurna 315 00:22:29,960 --> 00:22:31,960 di mana kita boleh nampak ufuk. 316 00:22:34,840 --> 00:22:39,240 Di pinggir barat daya plaza, di seberang Kuil Matahari, 317 00:22:39,320 --> 00:22:42,680 Dr. Barnhart akan bawa saya ke satu lagi bangunan penting 318 00:22:42,760 --> 00:22:44,960 dikenali sebagai Kuil Salib Dedaun. 319 00:22:47,200 --> 00:22:50,400 Ia bermula sekitar tahun 692 Masihi. 320 00:22:56,440 --> 00:23:01,320 Di dalam dinding belakang, mural berukir yang menarik menanti. 321 00:23:03,920 --> 00:23:05,720 Sarjana percaya ia merungkai 322 00:23:05,800 --> 00:23:08,960 misteri utama agama Maya, 323 00:23:09,560 --> 00:23:12,720 misteri yang kita alami selepas kematian. 324 00:23:14,120 --> 00:23:18,120 Kami berdiri di depan mural yang luar biasa, 325 00:23:18,640 --> 00:23:21,600 yang agak sukar untuk saya tafsirkan. 326 00:23:22,560 --> 00:23:25,040 Apa pendapat awak? Apa semua ini? 327 00:23:25,680 --> 00:23:28,840 Jelas sekali ia sangat rumit. 328 00:23:28,920 --> 00:23:31,800 Ada banyak ikonografi. 329 00:23:32,840 --> 00:23:36,560 Itu salib dedaun kerana daun-daun ini terkeluar. 330 00:23:38,000 --> 00:23:40,360 Ada dua figura di kedua-dua sisi. 331 00:23:42,400 --> 00:23:45,880 Lukisan mural itu menunjukkan mendiang Tuan Pakal di sebelah kanan, 332 00:23:45,960 --> 00:23:48,600 pengasas asal dan pemerintah Palenque, 333 00:23:49,840 --> 00:23:52,560 matanya tertutup dan berpakaian pengebumian 334 00:23:54,160 --> 00:23:58,760 dan figura yang dianggap anak dan pewarisnya, Kan Bahlam, di sisi kiri. 335 00:24:00,040 --> 00:24:02,000 Ini wajah Kan Bahlam. 336 00:24:02,080 --> 00:24:06,080 Potretnya ada di seluruh di bandar. Kami tahu itu dia. 337 00:24:06,160 --> 00:24:07,440 - Ya. - Kami cam dia. 338 00:24:08,160 --> 00:24:10,880 - Kan Bahlam berbadan besar dan tinggi. - Ya. 339 00:24:10,960 --> 00:24:12,800 Saya fikir tentang dia. 340 00:24:12,880 --> 00:24:15,840 Kita ada sejarah yang menarik tentang hidupnya. 341 00:24:16,360 --> 00:24:21,080 Kita tahu ayahnya ialah raja paling terkenal di bandar ini. 342 00:24:21,680 --> 00:24:26,040 Dia dinamakan pewaris pada usia enam tahun. 343 00:24:27,080 --> 00:24:29,560 Tapi ayahnya meninggal dunia pada usia 80 tahun. 344 00:24:30,120 --> 00:24:34,840 Jadi, dia luangkan seluruh hidupnya, sehingga usia 48 tahun untuk jadi raja. 345 00:24:36,080 --> 00:24:41,200 Saya rasa dia sangat terlatih dalam matematik, seni bina, 346 00:24:41,280 --> 00:24:45,520 astronomi, agama dan juga mitologi. 347 00:24:45,600 --> 00:24:50,640 Kumpulan tiga kuil besar ini cara dia persembahkan keagungannya. 348 00:24:50,720 --> 00:24:54,800 Mungkin dia merancang semua ini selama 30 tahun hidupnya. 349 00:24:55,440 --> 00:24:57,280 Akhirnya, dia dapat membinanya. 350 00:24:57,360 --> 00:25:01,240 Inilah kemuncak pencapaian sains Maya. 351 00:25:02,000 --> 00:25:05,200 Ada numerologi, matematik dan astronomi. 352 00:25:07,040 --> 00:25:11,680 Mesej mural itu ialah kebaikan dan upacara yang dilakukan oleh anaknya 353 00:25:12,720 --> 00:25:17,680 amat penting jika si bapa ingin berjaya dalam perjalanan hidup selepas mati. 354 00:25:18,440 --> 00:25:22,480 Pemisahan mereka merupakan ikon yang beri erti besar. 355 00:25:23,400 --> 00:25:24,760 Ini pokok dunia kita. 356 00:25:24,840 --> 00:25:27,160 Wajah dewa matahari di tengah-tengah. 357 00:25:27,680 --> 00:25:32,560 Tapi pokok itu juga laluan antara dunia ini dan dunia lain. 358 00:25:33,160 --> 00:25:35,640 Dalam sesetengah konteks, itu Bima Sakti. 359 00:25:38,240 --> 00:25:42,240 Adakah Bima Sakti berperanan sebagai laluan roh? 360 00:25:42,320 --> 00:25:43,960 Pengembaraan selepas mati? 361 00:25:44,040 --> 00:25:48,120 Ya. Interaksi antara dua individu ini 362 00:25:48,680 --> 00:25:51,600 adalah saluran antara dunia ini dan dunia lain. 363 00:25:53,120 --> 00:25:56,600 Idea tentang lompatan ke syurga melalui Bima Sakti 364 00:25:56,680 --> 00:26:01,400 dan perjalanan selepas kematian sangat kuat dalam kalangan orang Maya. 365 00:26:03,800 --> 00:26:07,600 Lebih luar biasa adalah anggapan ini tersebar luas. 366 00:26:09,800 --> 00:26:14,480 Simbolisme Bima Sakti ini sebagai laluan roh ditemui 367 00:26:14,560 --> 00:26:16,360 bukan saja dalam kalangan orang Maya 368 00:26:16,440 --> 00:26:19,000 tapi antara banyak budaya lain di Amerika Utara. 369 00:26:19,080 --> 00:26:23,920 {\an8}Sudah tentu. Ia salah satu idea seantero Amerika. 370 00:26:24,520 --> 00:26:25,520 {\an8}Sememangnya. 371 00:26:25,600 --> 00:26:28,400 {\an8}Dari hujung Chile ke Alaska, 372 00:26:29,360 --> 00:26:34,360 pemikiran orang asli bahawa Bima Sakti ialah laluan roh 373 00:26:34,440 --> 00:26:36,560 dari dunia ini ke dunia lain. 374 00:26:36,640 --> 00:26:40,760 Roh orang mati melaluinya dan kuasa yang dimiliki pawang, 375 00:26:40,840 --> 00:26:42,680 mereka boleh laluinya. 376 00:26:43,600 --> 00:26:47,560 Tapi memang menarik teras itu ada dalam setiap budaya 377 00:26:47,640 --> 00:26:50,760 iaitu kita boleh dapat maklumat tentang Bima Sakti. 378 00:26:51,320 --> 00:26:52,680 {\an8}WILAYAH ACRE 379 00:26:52,760 --> 00:26:58,440 {\an8}Ia mengingatkan saya tentang Apurinã di Brazil anggap geoglif Amazon 380 00:26:58,520 --> 00:27:01,480 seolah-olah ia portal suci ke alam barzakh. 381 00:27:01,560 --> 00:27:04,440 Di Amazon, ia masih diamalkan. 382 00:27:05,000 --> 00:27:07,400 Di dunia Maya, ia masih diamalkan. 383 00:27:07,480 --> 00:27:11,640 Ya. Jadi, seolah-olah ada leluhur sama yang sebarkan idea ini. 384 00:27:12,360 --> 00:27:13,200 Ya. 385 00:27:15,120 --> 00:27:20,800 Saya rasa idea identiti teras ini dibawa oleh manusia pertama. 386 00:27:20,880 --> 00:27:23,360 Sebab itu kita jumpa idea ini dalam banyak budaya, 387 00:27:23,440 --> 00:27:26,320 walaupun budaya itu, misalnya di selatan Chile 388 00:27:26,400 --> 00:27:29,680 dan utara Amerika Utara yang jauh, tak pernah saling berhubung. 389 00:27:29,760 --> 00:27:33,080 Mereka masih menyatakan idea sama kerana ia pewarisan yang sama. 390 00:27:33,160 --> 00:27:35,760 Sudah tentu. Saya rasa ada lebih lagi daripada Bima Sakti. 391 00:27:35,840 --> 00:27:39,200 Ada beberapa perkara yang jadi teras prinsip itu. 392 00:27:39,280 --> 00:27:42,320 Salah satunya, orang Maya sangat menyanjung 393 00:27:42,400 --> 00:27:46,040 konsep pawang dan transformasi. 394 00:27:46,120 --> 00:27:47,080 Ya. 395 00:27:53,680 --> 00:27:57,720 Tak dinafikan budaya Maya ialah budaya kepawangan. 396 00:27:59,120 --> 00:28:03,480 Saya rasa idea kembara roh selepas kematian 397 00:28:04,240 --> 00:28:07,240 merupakan hasil pengalaman kepawangan. 398 00:28:14,640 --> 00:28:17,880 Adakah satu kebetulan banyak budaya Orang Asli lain 399 00:28:17,960 --> 00:28:18,960 di Amerika 400 00:28:19,040 --> 00:28:22,520 dan banyak lagi budaya purba di seluruh dunia 401 00:28:22,600 --> 00:28:26,840 mengekalkan visi yang hampir sama perjalanan roh selepas mati? 402 00:28:27,320 --> 00:28:30,880 Mungkinkah kita berdepan dengan perkaitan tersembunyi, 403 00:28:31,520 --> 00:28:34,520 sistem kepercayaan berkuasa yang tersebar, 404 00:28:34,600 --> 00:28:38,080 diwarisi oleh banyak tamadun terkemudian 405 00:28:38,160 --> 00:28:41,040 daripada tamadun prasejarah yang hilang? 406 00:28:51,960 --> 00:28:54,760 Hasil kerja yang awak kongsi sangat mengujakan. 407 00:28:54,840 --> 00:29:01,400 {\an8}Apabila kita lihat contoh arkeologi pengetahuan tentang langit dan bintang, 408 00:29:01,480 --> 00:29:05,440 apabila kita melihatnya semula, saya rasa ia lebih tua daripada jangkaan. 409 00:29:05,520 --> 00:29:06,640 Ya. 410 00:29:06,720 --> 00:29:11,160 Awak kaitkan idea ini kepada sudut pandangan kepawangan. 411 00:29:11,240 --> 00:29:12,600 Ya, betul. 412 00:29:12,680 --> 00:29:15,480 Semua budaya kepawangan sangat berminat dengan bintang. 413 00:29:16,720 --> 00:29:20,360 Tapi pada satu tahap, minat itu boleh bertukar menjadi agama. 414 00:29:21,000 --> 00:29:24,360 Boleh awak siasat sedikit untuk saya? 415 00:29:24,440 --> 00:29:27,400 Kepawangan ialah satu sistem untuk menyiasat misteri kematian. 416 00:29:29,320 --> 00:29:31,000 Apa jadi apabila kita mati? 417 00:29:31,520 --> 00:29:36,200 Tanggapan bahawa roh meninggalkan jasad, naik ke langit. 418 00:29:36,840 --> 00:29:39,720 Ia tentang kembara roh selepas kematian. 419 00:29:40,440 --> 00:29:44,480 Macam dalam cerita dan kembara kita, 420 00:29:44,560 --> 00:29:47,560 apabila kita membesar, ada hakikat kematian. 421 00:29:48,720 --> 00:29:49,960 Itulah penghujungnya. 422 00:29:50,880 --> 00:29:52,720 Ya. Ia inti pati segalanya. 423 00:29:52,800 --> 00:29:57,440 Ia topik menakutkan untuk dibincangkan, tapi ia asas bagi semua manusia. 424 00:29:57,520 --> 00:29:59,320 Kita semua akan lalui saat itu. 425 00:29:59,920 --> 00:30:04,880 Secara klasik, ia digambarkan sebagai penggerak tindakan kita. 426 00:30:04,960 --> 00:30:06,360 Ya. 427 00:30:06,440 --> 00:30:10,760 Saya akan mati, jadi saya akan buat sesuatu. 428 00:30:10,840 --> 00:30:15,600 Ya. Itulah ajaran kepawangan. 429 00:30:16,400 --> 00:30:20,280 Guna peluang kehidupan ini dengan bagus. 430 00:30:20,360 --> 00:30:24,360 Ya. Saya rasa itulah cabarannya di depan kita. 431 00:30:25,080 --> 00:30:27,880 Sebab idea itu ditemui di seluruh dunia, 432 00:30:28,400 --> 00:30:31,080 secara khususnya, lompatan ke Bima Sakti. 433 00:30:31,160 --> 00:30:33,600 Saya tak rasa ia berlaku secara kebetulan. 434 00:30:33,680 --> 00:30:37,720 Saya rasa ia sesuatu yang diwariskan daripada budaya leluhur. 435 00:30:37,800 --> 00:30:38,640 Ya. 436 00:30:42,440 --> 00:30:44,320 Namun bila ia diwariskan? 437 00:30:45,400 --> 00:30:49,440 Sejauh mana kita boleh kesan tradisi kepawangan ini, 438 00:30:50,480 --> 00:30:53,080 mengukur dan menjejak objek cakerawala? 439 00:30:53,840 --> 00:30:57,560 Jawapannya mungkin ada di tempat pertama yang saya kunjungi 440 00:30:57,640 --> 00:30:59,720 dalam perjalanan saya melalui benua Amerika, 441 00:31:00,240 --> 00:31:05,200 jauh di dalam hutan hujan Amazon di tapak purba Serra Do Paituna. 442 00:31:17,360 --> 00:31:21,320 Batu itu digunakan sebagai kanvas untuk seni yang luar biasa 443 00:31:21,400 --> 00:31:25,120 dan seni itu perlu ditafsirkan. 444 00:31:25,200 --> 00:31:26,800 Ia perlu difahami lagi. 445 00:31:30,520 --> 00:31:32,320 Dalam usaha untuk lakukannya, 446 00:31:32,400 --> 00:31:35,840 {\an8}ahli arkeologi, Dr. Christopher Davis, tertarik 447 00:31:35,920 --> 00:31:38,960 dengan imej grid menonjol yang penuh dengan simbol. 448 00:31:42,480 --> 00:31:46,200 Jelaskan tentang imej yang kita lihat ini 449 00:31:46,280 --> 00:31:49,280 dan pendapat awak. Apa analisis awak? 450 00:31:49,360 --> 00:31:53,080 Ia imej lukisan tunggal terbesar di tapak ini. 451 00:31:53,160 --> 00:31:54,960 - Sejumlah 49 kotak. - Ya. 452 00:31:55,040 --> 00:31:58,000 Antara kesukaran pertama yang dihadapi, 453 00:31:58,080 --> 00:32:01,920 patutkah kita melihatnya dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. 454 00:32:03,000 --> 00:32:05,640 Nampaknya pelukis purba ini meninggalkan petunjuk. 455 00:32:07,120 --> 00:32:09,480 Di sini boleh nampak imej ular. 456 00:32:09,560 --> 00:32:12,560 Menarik. Jadi, ada imej ular di sana. 457 00:32:12,640 --> 00:32:14,080 Di sini, warna kuning. 458 00:32:14,880 --> 00:32:17,920 Jadi, hampir ada ular di sana mengajar kita cara membacanya. 459 00:32:18,000 --> 00:32:21,160 Tepat sekali. Corak yang nampak ketara bagi saya 460 00:32:21,240 --> 00:32:23,800 ialah apabila grid ini dibaca 461 00:32:23,880 --> 00:32:26,600 dalam corak sinusoidal bermula dari bawah. 462 00:32:28,840 --> 00:32:33,760 Dalam corak sinusoidal, kotak itu dibaca naik satu jalur, turun satu jalur, 463 00:32:34,280 --> 00:32:36,560 kemudian naik semula, seperti ular itu. 464 00:32:37,880 --> 00:32:39,160 Tapi apa mesejnya? 465 00:32:40,960 --> 00:32:42,400 Apabila dia melihat ke barat, 466 00:32:42,480 --> 00:32:46,400 Dr. Davis nampak lekukan semula jadi di tiang batu berdekatan. 467 00:32:48,160 --> 00:32:51,880 Jika berdiri di depan, di latar sebelah kanan awak 468 00:32:51,960 --> 00:32:57,160 ada tingkap batu, apabila matahari menyinarinya dan terbenam, 469 00:32:57,240 --> 00:32:59,560 ia menyilangi tingkap batu itu. 470 00:32:59,640 --> 00:33:03,720 Jadi, saya percaya mereka mungkin mengambil kiraan matahari. 471 00:33:06,000 --> 00:33:10,000 Dr. Davis menggelar kiraan ini sebagai penjejak matahari terbenam, 472 00:33:10,640 --> 00:33:14,720 cara bijak untuk merekodkan pergerakan matahari dalam jangka masa lama 473 00:33:15,240 --> 00:33:20,720 yang dicipta lebih 13,000 tahun lalu semasa Zaman Ais lalu. 474 00:33:21,760 --> 00:33:23,520 Namun bagaimana ia berfungsi? 475 00:33:24,560 --> 00:33:27,400 Saya nampak tanda X dan satu baris juga. 476 00:33:28,000 --> 00:33:31,440 Tanda X ini berkelompok. 477 00:33:31,520 --> 00:33:35,840 Jika baca atas dan bawah begini, 478 00:33:36,720 --> 00:33:39,280 akhirnya sampai ke kelompok satu baris. 479 00:33:39,360 --> 00:33:43,720 Garis menegak ini bersatu dan kembali ke X. 480 00:33:43,800 --> 00:33:46,960 Garis menegak tunggal ini ialah kotak 481 00:33:47,040 --> 00:33:49,960 yang saya rasa bertepatan dengan kiraan matahari. 482 00:33:50,040 --> 00:33:53,280 Masa itu akan tiba pada solstis musim sejuk. 483 00:33:53,360 --> 00:33:56,200 Awak sangat bijak. Mengagumkan. 484 00:34:02,640 --> 00:34:04,200 Bukan grid itu saja. 485 00:34:06,280 --> 00:34:10,840 Dr. Davis percaya hampir semua seni prasejarah di sini menjejak matahari. 486 00:34:11,920 --> 00:34:14,560 Ada banyak bulatan sepusat dan imej-imej lain 487 00:34:14,640 --> 00:34:16,840 yang kelihatan seperti matahari. 488 00:34:16,920 --> 00:34:20,280 Ia menunjuk kepada solstis musim sejuk 489 00:34:20,360 --> 00:34:23,000 dan menuju ke solstis musim panas. 490 00:34:24,040 --> 00:34:27,560 Lebih banyak seni menghadap ke barat menandakan ekuinoks. 491 00:34:28,480 --> 00:34:32,280 Sekali lagi, ia menunjukkan fokus yang hampir obsesif 492 00:34:32,360 --> 00:34:34,280 dengan detik penting tahun suria. 493 00:34:34,360 --> 00:34:35,520 Ya, betul. 494 00:34:37,480 --> 00:34:41,720 Seni yang kita lihat ini mungkin bukti terawal yang ditemui 495 00:34:41,800 --> 00:34:43,480 di seluruh benua Amerika 496 00:34:43,560 --> 00:34:46,240 manusia merekodkan kiraan kejadian samawi. 497 00:34:48,720 --> 00:34:52,080 Jadi, seluruh mekanisme ini merupakan mesin besar 498 00:34:52,160 --> 00:34:54,480 untuk menjejaki peredaran masa? 499 00:34:55,000 --> 00:34:58,760 Ya. Saya percaya ia seperti takwim yang tertulis dalam gambar. 500 00:35:01,120 --> 00:35:07,480 Ini sesuai dengan pemikiran saintifik dalam kalangan pelukis 501 00:35:07,560 --> 00:35:10,000 seolah-olah mereka sedang memerhati insiden tertentu 502 00:35:10,080 --> 00:35:11,320 dan detik di langit 503 00:35:13,800 --> 00:35:16,920 serta mengembangkan sains masa 504 00:35:17,960 --> 00:35:20,960 dan kebolehan meramal apa yang akan berlaku 505 00:35:21,040 --> 00:35:22,960 pada tarikh tertentu pada masa depan. 506 00:35:25,120 --> 00:35:27,440 Jadi, ia seperti projek saintifik untuk mereka? 507 00:35:27,520 --> 00:35:28,840 Sudah tentu, ya. 508 00:35:28,920 --> 00:35:32,080 Seni itu nampak seperti budaya kepawangan. 509 00:35:32,160 --> 00:35:33,920 Itu cuma tanggapan peribadi saya. 510 00:35:34,000 --> 00:35:35,880 Awak rasa ia ada kaitan dengan pawang? 511 00:35:35,960 --> 00:35:37,240 Ada kemungkinan. 512 00:35:37,320 --> 00:35:41,760 Ada beberapa pekerjaan. Saintis, doktor, macam-macam lagi. 513 00:35:42,480 --> 00:35:47,040 Mereka biasanya membawa ilmu suci seperti pergerakan bintang. 514 00:35:48,080 --> 00:35:51,440 Awak nampak ia tersebar luas merentasi benua Amerika? 515 00:35:52,040 --> 00:35:56,160 Ya. Pengetahuan guna astronomi dengan cara ini ditemui di sini. 516 00:35:56,240 --> 00:36:02,240 Jadi, orang Maya dan budaya lain menggunakan ilmu ini. 517 00:36:04,000 --> 00:36:07,120 Di Barat Daya Amerika, ada ketua pemerhati matahari. 518 00:36:08,080 --> 00:36:11,800 Jadi, semua cerita rakyat ini nampaknya berpunca dari zaman lalu 519 00:36:12,760 --> 00:36:17,440 iaitu pemahaman mendalam yang tersebar di seluruh benua Amerika. 520 00:36:20,040 --> 00:36:25,000 Obsesi terhadap cakerawala hanya salah satu tema berulang 521 00:36:25,600 --> 00:36:30,040 yang saya temui berkali-kali di seluruh benua Amerika, 522 00:36:33,800 --> 00:36:37,400 idea yang memainkan peranan penting dalam misi 30 tahun saya 523 00:36:37,480 --> 00:36:40,160 untuk episod yang dilupakan dalam sejarah manusia. 524 00:36:45,720 --> 00:36:47,600 Dari mana asal usul idea ini? 525 00:36:48,400 --> 00:36:53,640 Bagi saya, ini petunjuk satu sumber biasa yang jauh, 526 00:36:53,720 --> 00:36:57,880 bahawa idea-idea ini telah ditapis melalui pelbagai budaya manusia, 527 00:36:57,960 --> 00:37:00,640 tapi teras idea itu masih kekal. 528 00:37:02,360 --> 00:37:06,160 Melainkan ia kebetulan luar biasa yang sukar dipercayai, 529 00:37:06,680 --> 00:37:09,160 kita mencari legasi yang telah diwariskan 530 00:37:09,240 --> 00:37:12,080 dari zaman purba yang paling jauh, ia telah dipelihara 531 00:37:12,160 --> 00:37:13,480 diwariskan dan dikembangkan 532 00:37:13,560 --> 00:37:16,800 oleh pelbagai budaya berbeza di seluruh benua Amerika. 533 00:37:20,120 --> 00:37:23,400 Mungkin legasi ini ditinggalkan oleh orang laut 534 00:37:23,480 --> 00:37:26,480 yang mampu merentasi lautan seluas Pasifik 535 00:37:27,400 --> 00:37:31,480 beribu tahun sebelum para sarjana menerima pelayaran itu mampu dibuat. 536 00:37:32,360 --> 00:37:35,520 Budaya yang memahami cara memanfaatkan kuasa tumbuhan 537 00:37:36,040 --> 00:37:38,360 untuk mencipta visi yang meningkatkan minda, 538 00:37:39,760 --> 00:37:43,560 corak geometri dan pertemuan dengan makhluk fantastik, 539 00:37:44,280 --> 00:37:48,760 visi yang sangat penting, ia menjadi asas seni mereka. 540 00:37:50,320 --> 00:37:52,400 Budaya yang berkongsi pengetahuan 541 00:37:52,480 --> 00:37:56,160 tentang cara mencipta struktur berteknologi canggih, 542 00:37:56,240 --> 00:37:58,120 sama ada binaan batu 543 00:37:58,200 --> 00:38:00,200 atau daripada badan Bumi, 544 00:38:01,360 --> 00:38:05,960 struktur dengan makna kerohanian direka untuk mengikat tanah ke langit, 545 00:38:06,640 --> 00:38:09,240 meraikan perjalanan roh ke alam barzakh. 546 00:38:10,440 --> 00:38:14,880 Malah, saya cadangkan motif keagamaan dan kerohanian sama 547 00:38:14,960 --> 00:38:16,800 yang ditemui di seluruh dunia ini 548 00:38:16,880 --> 00:38:21,200 menjadi antara bukti terbaik untuk tamadun prasejarah yang hilang 549 00:38:23,840 --> 00:38:25,640 yang kita akan jumpa. 550 00:38:26,200 --> 00:38:30,200 Kita melawan setiap salah faham zaman kanak-kanak 551 00:38:30,280 --> 00:38:33,800 tentang kisah dunia. 552 00:38:33,880 --> 00:38:36,760 Kisah rakyat Amerika sedang berubah 553 00:38:36,840 --> 00:38:38,680 dan semua itu disebabkan sains. 554 00:38:38,760 --> 00:38:43,000 Arkeologi saintifik yang mendedahkan maklumat baru ini. 555 00:38:45,000 --> 00:38:48,560 Maksud saya, idea lama diketepikan. 556 00:38:49,280 --> 00:38:52,240 Sangat jelas, bukti-bukti yang ditemui semakin purba. 557 00:38:53,600 --> 00:38:56,520 Apakah bukti baru yang akan didedahkan? 558 00:39:31,880 --> 00:39:33,960 {\an8}Terjemahan sari kata oleh J.Bardwin