1 00:00:13,639 --> 00:00:16,517 - Roh semakin agresif. - Mesej itu satu ancaman. 2 00:00:16,601 --> 00:00:19,604 - Kita perlu pulangkan kotak. - Tahu apa yang menakutkan? 3 00:00:20,646 --> 00:00:22,482 Hantu itu boleh tulis terbalik. 4 00:00:29,238 --> 00:00:30,782 Kita tak boleh pulangkan. 5 00:00:30,865 --> 00:00:32,909 Jika kita pulangkan, hantu itu takkan kacau. 6 00:00:32,992 --> 00:00:37,163 Mungkin. Bukankah kita patut pastikan sebelum menyerahkan kelebihan kita? 7 00:00:37,246 --> 00:00:39,665 Jika hantu boleh angkat pen untuk menulis mesej, 8 00:00:39,749 --> 00:00:41,417 ia boleh angkat pisau untuk… 9 00:00:43,252 --> 00:00:45,004 - Itu dia? - Lebih teruk. 10 00:00:45,088 --> 00:00:46,422 - Itu Leslie. - Siapa Leslie? 11 00:00:46,506 --> 00:00:47,465 Hei. 12 00:00:52,595 --> 00:00:53,596 Itu… 13 00:00:55,973 --> 00:00:56,974 Apa cerita? 14 00:01:03,815 --> 00:01:07,485 Kita perlu tanya pakar. Seseorang yang tahu tentang hantu. 15 00:01:07,568 --> 00:01:09,362 - Jangan terasa. - Saya setuju. 16 00:01:09,445 --> 00:01:12,406 Bukan dengan cara awak, tapi saya masih perlu belajar. 17 00:01:12,490 --> 00:01:15,243 Bagus, kita setuju Demi tak membantu. Jadi, siapa? 18 00:01:15,326 --> 00:01:19,497 Saya tanya Google dan dalam 30 saat saya jumpa bomoh bernama Cinnamon. 19 00:01:19,580 --> 00:01:20,790 Bomoh TikTok? 20 00:01:20,873 --> 00:01:23,626 Saya cadangkan dia dua hari lalu. Awak panggil saya bodoh. 21 00:01:23,709 --> 00:01:28,297 Berhenti berlagak jadi mangsa, Demi. Wanita kuat menjadi teladan. 22 00:01:28,381 --> 00:01:30,133 Dia halau hantu daripada anjing. 23 00:01:30,216 --> 00:01:31,884 - Dia sesuai. - Jika kita boleh cari dia. 24 00:01:31,968 --> 00:01:35,263 Dia cuma boleh dihubungi melalui DM. Saya hantar mesej dua hari lalu 25 00:01:35,346 --> 00:01:38,683 semasa saya terfikir idea itu dan dia masih belum balas. 26 00:01:38,766 --> 00:01:41,144 - Jadi? Kita tunggu? - Bagaimana jika kita tiada masa? 27 00:01:45,189 --> 00:01:46,315 Kenapa awak datang? 28 00:01:46,399 --> 00:01:48,276 Nak hantar awak ke sekolah. 29 00:01:48,359 --> 00:01:50,278 - Pak cik tak boleh hantar. - Pak cik tak pernah hantar. 30 00:01:50,361 --> 00:01:52,530 Pak cik patut, lebih lagi dengan suhu hari ini. 31 00:01:52,613 --> 00:01:56,284 Sehingga ayah kamu pulih, pak cik akan jaga kamu. 32 00:01:56,367 --> 00:01:59,203 - Maksud pak cik, Rusty akan jaga. - Tak boleh. 33 00:01:59,287 --> 00:02:01,914 Saya okey jika ia sehari untuk kanser, 34 00:02:01,998 --> 00:02:04,834 tapi orang asing datang setiap hari? Tidak. 35 00:02:05,918 --> 00:02:07,503 - Saya rela berjalan. - Saya tak! 36 00:02:07,587 --> 00:02:09,297 Saya pun. Saya nak kurangkan kardio. 37 00:02:09,380 --> 00:02:11,716 Kita berjalan. 38 00:02:11,799 --> 00:02:13,467 Ada yang tak kena dengan Rusty. 39 00:02:13,551 --> 00:02:14,760 Dia suka berkepit 40 00:02:14,844 --> 00:02:17,805 atau dia masukkan dirinya untuk ambil alih hidup kita? 41 00:02:17,889 --> 00:02:19,765 - Apa motif dia? - Kerja? 42 00:02:19,849 --> 00:02:24,604 Saya ada menggali atau memeriksa kerana maklumatnya tak begitu mendalam. 43 00:02:24,687 --> 00:02:26,564 Dia baru di sekolah, seorang junior 44 00:02:26,647 --> 00:02:30,443 dan tiada media sosial, jadi dia psikopat atau lebih bagus daripada kita. 45 00:02:30,526 --> 00:02:33,696 - Tiada titik tengah. - Dia psikopat. Orang asing berbahaya. 46 00:02:33,779 --> 00:02:37,033 Dia orang asingkah? Saya rasa macam pernah jumpa dia. 47 00:02:37,116 --> 00:02:38,743 Saya pun. Mungkin dia pernah ke rumah saya. 48 00:02:38,826 --> 00:02:40,995 Tak, cuma rumah saya. 49 00:02:41,078 --> 00:02:44,123 Semalam dan hari ini. Apa-apa pun, dia takkan hantar saya. 50 00:02:44,207 --> 00:02:45,917 Dia boleh hantar saya. 51 00:02:46,000 --> 00:02:49,837 Maksudnya awak nak tumpang? 52 00:02:49,921 --> 00:02:52,506 Tak! Kami takkan masuk, sekarang atau bila-bila. 53 00:02:52,590 --> 00:02:57,220 Awak boleh ikut kami, tapi awak akan rugi kerana kehabisan minyak. 54 00:02:58,721 --> 00:03:00,640 - Peluang terakhir. - Pergi! 55 00:03:01,515 --> 00:03:02,642 Tanpa kami. 56 00:03:02,725 --> 00:03:03,851 Okey. 57 00:03:07,647 --> 00:03:09,982 Saya dan Cinnamon suka kumpulan muzik yang sama. 58 00:03:10,066 --> 00:03:11,442 Masuk akal. Kami kongsi tanda bulan. 59 00:03:12,026 --> 00:03:17,156 Saya ada idea. Kita patut cari persembahan yang Cinnamon akan pergi selepas ini. 60 00:03:17,240 --> 00:03:19,450 - Bawa kotak itu. - Kenapa nak bawa? 61 00:03:19,533 --> 00:03:22,703 Sebab untuk batalkan sumpahan, objek yang disumpah mesti ada. 62 00:03:22,787 --> 00:03:24,247 Pengetahuan asas sumpahan. 63 00:03:24,330 --> 00:03:25,998 Bagus, kita ada rancangan. 64 00:03:26,082 --> 00:03:26,999 Hore! 65 00:03:28,042 --> 00:03:28,960 Kita ada masalah. 66 00:03:29,043 --> 00:03:33,047 Ini bukan masanya. Saya tak bualkan topik berat sebelum 9.00 pagi. 67 00:03:33,130 --> 00:03:35,007 Ia bukan tentang luka atau apa-apa… 68 00:03:35,091 --> 00:03:36,050 Apa-apa? 69 00:03:36,133 --> 00:03:38,594 Saya tertekan dengan hal lain yang penting juga. 70 00:03:38,678 --> 00:03:40,471 Inilah yang saya tak mahu bualkan. 71 00:03:40,554 --> 00:03:42,056 - Saya tak cakap apa-apa. - Tak perlu! 72 00:03:42,139 --> 00:03:45,935 Awak kata awak tertekan. Saya dah cakap, saya tak nak bincangkan situasi kita. 73 00:03:46,018 --> 00:03:48,521 Jika awak nak kongsi, beritahu Ines. 74 00:03:49,313 --> 00:03:53,192 - Beritahu apa? Cam menjengkelkan? - Ya, tapi bukan itu. 75 00:03:53,276 --> 00:03:56,153 Biasanya saya tak beritahu awak kerana kita tahu awak… 76 00:03:56,237 --> 00:03:58,072 - Tak boleh dipercayai. - …tak boleh dipercayai. 77 00:03:58,155 --> 00:04:00,032 Tapi saya perlukan bantuan. 78 00:04:01,242 --> 00:04:04,829 Saya tak ada kotak itu dan saya tak tahu lokasinya. 79 00:04:04,912 --> 00:04:07,290 Alamak! Gloria mesti marah. 80 00:04:07,373 --> 00:04:10,042 Tubuh atasnya kuat kerana dia selalu bergantung 81 00:04:10,126 --> 00:04:12,962 dan jika dia tarik rambut awak, ia tak tumbuh semula. 82 00:04:13,045 --> 00:04:14,463 Ines, inilah sebabnya… 83 00:04:14,547 --> 00:04:17,800 …awak tak patut beritahu saya. Tapi saya akan cuba bantu. 84 00:04:17,883 --> 00:04:19,427 Bila kali terakhir awak nampak ia? 85 00:04:20,052 --> 00:04:21,304 Biar saya fikir. 86 00:04:22,138 --> 00:04:23,889 Kita bersama di bilik Gloria. 87 00:04:23,973 --> 00:04:26,559 Gloria kata, "Tak guna! Balik rumah, tidur. 88 00:04:26,642 --> 00:04:30,396 Ayah saya ada kanser, dan lain-lain. Adik saya yang terbaik. 89 00:04:30,479 --> 00:04:31,897 Ambil kotak, bodoh!" 90 00:04:31,981 --> 00:04:34,317 Kemudian, kencing. Buang air kecil. 91 00:04:34,400 --> 00:04:37,403 Saya berus gigi, cakap dengan dia tentang ayah dan orang bodoh, 92 00:04:37,486 --> 00:04:39,447 dan saya sedar saya masih lapar. 93 00:04:39,530 --> 00:04:41,532 Saya berhenti berus gigi dan ke dapur. 94 00:04:41,615 --> 00:04:44,618 Saya buka peti sejuk untuk cari snek, tapi tak jumpa apa-apa. 95 00:04:44,702 --> 00:04:47,621 Jadi, saya makan pisang yang tiada di dalam peti sejuk. 96 00:04:48,622 --> 00:04:51,125 Pisang itu terlalu masak. 97 00:04:51,208 --> 00:04:52,668 Ines, mana kotak itu? 98 00:04:54,170 --> 00:04:56,672 - Entah. Awak ambil. - Tapi saya tak ambil. 99 00:04:57,340 --> 00:05:00,343 Saya ambilkah? Jika ya, di mana saya letak? 100 00:05:00,426 --> 00:05:03,220 Itu masalahnya dan kakak saya mesti mahu tahu. 101 00:05:03,304 --> 00:05:04,764 Jangan beritahu dia. 102 00:05:06,515 --> 00:05:08,351 Saya tahu apa yang awak fikir. 103 00:05:09,143 --> 00:05:10,519 - Peras ugut! - Peras ugut? 104 00:05:11,312 --> 00:05:12,855 Awak belum berpunya? 105 00:05:12,938 --> 00:05:13,773 Ya. 106 00:05:13,856 --> 00:05:15,775 Sedia untuk berteman? 107 00:05:17,234 --> 00:05:20,780 Jaga kebersihan diri? Cukur bulu ari-ari? Okey, itu terlalu peribadi. 108 00:05:20,863 --> 00:05:23,532 - Saya macam pernah lihat awak. - Biasalah. 109 00:05:23,616 --> 00:05:27,578 Mungkin kita mengembara bersama dalam kehidupan lain. Soalan seterusnya. 110 00:05:30,081 --> 00:05:31,457 Tidak. 111 00:05:32,833 --> 00:05:35,211 - Dia nak lihat saya menderita. - Apa? 112 00:05:35,961 --> 00:05:40,758 Okey. Jadi, berapa jari yang awak rasa awak mahu dimasukkan ke dalam… 113 00:05:41,342 --> 00:05:42,426 Ke dalam… 114 00:05:43,219 --> 00:05:45,429 - Awak tahulah. - Tak, saya tak tahu. 115 00:05:49,475 --> 00:05:51,227 Saya pergi dulu. 116 00:05:51,310 --> 00:05:54,814 Pergi. Berambus dari sini dan jangan ganggu kawan saya. 117 00:05:55,439 --> 00:05:56,524 Saya hampir terlupa. 118 00:05:56,607 --> 00:05:59,402 Pen bertuah awak. Tonio kata awak perlukannya untuk ujian. 119 00:05:59,485 --> 00:06:01,612 Tuah? Saya tak perlukan tuah. 120 00:06:03,364 --> 00:06:05,032 Tapi saya perlukan pen. 121 00:06:06,283 --> 00:06:10,246 Betul. Terus jalan dan keluar dari pandangan saya dan hidup saya. 122 00:06:10,329 --> 00:06:11,330 Okey! 123 00:06:12,623 --> 00:06:15,501 - Tahu kumpulan Basta la Muertes? - Ya. Kakak saya suka. 124 00:06:15,584 --> 00:06:18,212 Teman lelakinya taasub. Mereka selalu ke persembahannya. 125 00:06:18,295 --> 00:06:19,797 Bagus. Kita boleh tumpang malam ini. 126 00:06:19,880 --> 00:06:21,757 - Malam ini? - Persembahan di Cypres Park. 127 00:06:21,841 --> 00:06:25,386 Saya nampak Cinnamon nak pergi di TikTok. Rancangan awak sudah bermula. 128 00:06:26,595 --> 00:06:30,057 Hore. Cepat sungguh rancangan ini bermula. 129 00:06:30,141 --> 00:06:31,100 Boleh perlahan sikit? 130 00:06:31,183 --> 00:06:33,727 Jika saya bakar banyak kalori, paha saya makin kecil. 131 00:06:33,811 --> 00:06:34,937 Boleh relaks? 132 00:06:35,020 --> 00:06:37,773 Baiklah. Mungkin saya tertekan sedikit. 133 00:06:37,857 --> 00:06:40,109 Atau banyak. Dalam skala kegelisahan, 134 00:06:40,192 --> 00:06:43,404 apakah nombor selepas mulut kering dan jantung berdebar 135 00:06:43,487 --> 00:06:44,947 tapi sebelum cirit-birit? 136 00:06:45,030 --> 00:06:46,407 - Tujuh. - Markah saya lapan. 137 00:06:46,490 --> 00:06:48,159 - Ia tentang hantu? - Tak. 138 00:06:48,242 --> 00:06:49,910 Perkara yang kita tak bincangkan? 139 00:06:49,994 --> 00:06:54,123 Cam. Awak cakap satu soalan, jadi saya takkan tanya soalan kedua. 140 00:06:54,206 --> 00:06:58,210 Saya nak hormati sempadan awak. Melainkan awak tak nak saya hormatinya? 141 00:06:58,294 --> 00:07:00,880 Mungkin sedikit. Atau banyak. 142 00:07:00,963 --> 00:07:04,258 Saya terganggu kerana tak tahu cara saya melukakan awak. 143 00:07:04,341 --> 00:07:06,969 Aduhai, mungkin saya tak nak bincangkan. 144 00:07:07,052 --> 00:07:10,055 Ketepikan dulu, saya hanya boleh gelisah tentang satu perkara. 145 00:07:11,015 --> 00:07:12,266 Saya hilangkan kotak. 146 00:07:13,100 --> 00:07:14,602 Kotak itu? 147 00:07:15,603 --> 00:07:16,937 Celaka! 148 00:07:17,021 --> 00:07:21,066 Tepat sekali. Boleh tolong saya? Bila kali terakhir awak melihatnya? 149 00:07:22,026 --> 00:07:23,944 Saya ingat Gloria suruh awak ambil. 150 00:07:24,028 --> 00:07:26,947 Kemudian dia kata, "Baliklah. Saya perlu kencing." 151 00:07:27,031 --> 00:07:29,742 Kita kumpul barang untuk balik, Ines keluar dari dapur 152 00:07:29,825 --> 00:07:31,577 dan cakap sesuatu tentang pisang? 153 00:07:31,660 --> 00:07:34,497 Saya ingat. Kotak itu dengan awak. 154 00:07:38,876 --> 00:07:40,753 Saya tak percaya dia panggil saya bodoh. 155 00:07:40,836 --> 00:07:42,505 Aduhai, saya suka Wheat Thins. 156 00:07:43,130 --> 00:07:46,759 Tunggu, awak bukan pegang kotak itu, tapi kotak Wheat Thins. 157 00:07:51,013 --> 00:07:52,681 Maaf. Ia akan muncul nanti. 158 00:07:53,265 --> 00:07:54,683 Saya kesuntukan masa. 159 00:07:54,767 --> 00:07:56,227 Hantu bunuh kita tak lama lagi? 160 00:07:56,310 --> 00:08:00,022 Ya, tapi terutamanya kerana bomoh TikTok itu suka Basta la Muertes. 161 00:08:00,105 --> 00:08:03,067 - Kakak awak pun suka. - Mereka ada persembahan malam ini. 162 00:08:03,150 --> 00:08:05,528 - Dia boleh tumpangkan kita. - Ya. 163 00:08:05,611 --> 00:08:07,947 Sebab itulah awak perlukan kotak itu. 164 00:08:08,030 --> 00:08:12,576 Gloria pasti marah. Terutamanya dengan kekuatan tubuh atasnya. 165 00:08:13,202 --> 00:08:15,287 Ya, tapi bukan itu yang saya risaukan. 166 00:08:15,371 --> 00:08:17,998 Saya tak nak kecewakan dia. Gloria banyak masalah. 167 00:08:18,082 --> 00:08:20,960 Dengan keadaan ayahnya, kita perlu ringankan beban dia. 168 00:08:21,043 --> 00:08:21,961 Ya, betul. 169 00:08:22,044 --> 00:08:25,381 Lagipun, Gloria tak pernah benarkan saya bertanggungjawab 170 00:08:25,464 --> 00:08:27,675 dan dia perlu berhenti panggil saya bodoh. 171 00:08:29,343 --> 00:08:32,763 SENARAI TUGASAN - UNTUK DIBELI - YELP 172 00:08:32,846 --> 00:08:34,348 SI BODOH BAWA KOTAK DISUMPAH 173 00:08:34,431 --> 00:08:35,307 Bagus BuJo awak. 174 00:08:35,391 --> 00:08:38,060 Boleh berhenti menyelinap? Awak mengganggu saya. 175 00:08:39,353 --> 00:08:42,648 Tunggu, awak tahu jurnal titik bulet? 176 00:08:42,731 --> 00:08:44,900 - BuJo? - Titik bulet. 177 00:08:44,984 --> 00:08:49,071 Ia memuaskan apabila awak pangkah tugas yang sudah dibuat. 178 00:08:49,154 --> 00:08:51,365 Ia separuh, jika bukan semua dorongan saya. 179 00:08:51,448 --> 00:08:54,076 Boleh saya tunjukkan… 180 00:08:54,660 --> 00:08:55,661 Keluarkan. 181 00:09:01,333 --> 00:09:03,836 Rusty, saya tak sangka awak guna kod warna. 182 00:09:03,919 --> 00:09:08,048 Saya rasa ia memberi personaliti kepada tugas. Hijau untuk wang. 183 00:09:08,132 --> 00:09:10,718 Cubalah susun bil mengikut tarikh bayaran. 184 00:09:14,972 --> 00:09:16,890 - Biru untuk apa? - Barang rumah. 185 00:09:16,974 --> 00:09:20,185 Ungu pula untuk Tugas Tonio. Dia pilih warnanya. 186 00:09:21,145 --> 00:09:24,148 Beri invois kepada Gloria? Apa itu? 187 00:09:24,231 --> 00:09:27,651 Dua invois terakhir saya. Tonio suruh beri semua kepada awak. 188 00:09:30,529 --> 00:09:32,448 Caj ikut jam dan minyak? 189 00:09:32,531 --> 00:09:35,576 Saya takkan bayar duit minyak. Awak tak hantar saya. 190 00:09:35,659 --> 00:09:40,497 Mungkin banyak yang saya uruskan, tapi bukan awak atau bil ini. 191 00:09:40,581 --> 00:09:41,498 Tonio! 192 00:09:42,291 --> 00:09:45,044 - Kamu jerit? - Saya tak nak bayar bil ini. 193 00:09:45,127 --> 00:09:46,420 Ya, kamu bayar. 194 00:09:48,589 --> 00:09:52,176 Rusty, saya macam biasa nampak kamu. 195 00:09:52,676 --> 00:09:56,472 - Orang kata rupa kamu mirip siapa? - Saya? Orang kata saya mirip saya. 196 00:09:56,555 --> 00:09:57,973 Tentu itu sebabnya. 197 00:09:58,057 --> 00:09:59,850 Apa-apa pun, wang ialah wang. 198 00:09:59,933 --> 00:10:02,144 Jadi, bayar hutang pak cik kepada Rusty. 199 00:10:02,227 --> 00:10:03,520 Saya tak pernah setuju. 200 00:10:03,604 --> 00:10:06,357 Lagipun, saya perlukan duit untuk ke persembahan punk. 201 00:10:06,440 --> 00:10:09,652 - Pak cik takkan hantar. - Ya, saya tahu. Pak cik tiada kereta. 202 00:10:09,735 --> 00:10:13,155 Saya hantar. Persembahan boleh jadi tak terkawal, awak mungkin perlukan… 203 00:10:13,238 --> 00:10:15,616 Penjaga? Tak, terima kasih. Saya okey. 204 00:10:15,699 --> 00:10:19,078 Kawan saya pandai sihir, saya tak perlukan perlindungan. 205 00:10:19,161 --> 00:10:20,746 Dan saya tak perlu dihantar. 206 00:10:20,829 --> 00:10:22,581 Ada orang akan hantar saya. 207 00:10:22,665 --> 00:10:24,625 Tumpang orang lain. Saya tak nak pergi. 208 00:10:24,708 --> 00:10:27,920 Davina, saya nak awak pergi. Tapi kalau awak tak nak pergi, tak apa! 209 00:10:28,003 --> 00:10:31,548 Saya tak nak pergi. Bukan kerana awak tak nak, tapi sebab saya tak nak! 210 00:10:31,632 --> 00:10:33,842 - Baiklah! Suka hati awak! - Baiklah! 211 00:10:33,926 --> 00:10:38,764 Saya tak perlu lihat awak dengan sundal selepas awak berpeluh dan melompat-lompat. 212 00:10:46,146 --> 00:10:47,022 Saya pergi. 213 00:10:52,569 --> 00:10:56,532 Tidak. Habislah. Apa kita nak buat, tak ada orang nak tumpangkan kita? 214 00:10:56,615 --> 00:10:59,201 Patutkah kita bersurai dan cuba lain kali? 215 00:10:59,284 --> 00:11:00,994 Ya, saya penat. 216 00:11:01,078 --> 00:11:04,498 Saya tak penat. Belum pukul 9.30 pun. Kita minta Rusty hantar. 217 00:11:04,581 --> 00:11:05,874 Kita takkan telefon dia. 218 00:11:05,958 --> 00:11:08,711 Maaf, semua. Saya dah cuba sebaik mungkin. 219 00:11:08,794 --> 00:11:11,672 Maaf kakak tak boleh hantar. Keadaan terlalu tertekan. 220 00:11:11,755 --> 00:11:13,590 Tak apa. Semua orang nak balik. 221 00:11:14,633 --> 00:11:17,261 Jangan pergi. Saya terlalu berkeras terhadapnya? 222 00:11:17,344 --> 00:11:18,470 - Tidak. - Ya. 223 00:11:18,554 --> 00:11:21,348 Saya rasa dia cinta awak dan mahu menari dengan awak. 224 00:11:21,432 --> 00:11:22,725 Saya tak suka bersesak. 225 00:11:22,808 --> 00:11:26,311 Saya tak nak pergi dan tengok dia minum sehingga mabuk. 226 00:11:26,854 --> 00:11:28,439 Baiklah. Saya tak pergi. 227 00:11:28,522 --> 00:11:31,775 Kakak tak nak beri dia kepuasan kerana ikut cakap dia. 228 00:11:31,859 --> 00:11:33,610 Bagus. Okey. Selamat tinggal. 229 00:11:34,153 --> 00:11:35,362 Tunggu. 230 00:11:36,280 --> 00:11:38,365 Saya terpedaya dengan rancangannya. 231 00:11:38,449 --> 00:11:41,869 Dia nak minum dengan kawan-kawan dan pergi menggatal. 232 00:11:41,952 --> 00:11:44,079 Jika saya pergi, semua itu mustahil, 233 00:11:44,163 --> 00:11:47,708 jadi saya perlu pergi untuk kacau malamnya. 234 00:11:47,791 --> 00:11:52,337 Beginilah rupa hubungan yang sihat dan matang, semua. 235 00:11:53,589 --> 00:11:54,798 Sayang kamu. 236 00:11:54,882 --> 00:11:57,968 Kamu selalu bantu kakak untuk jadi yang terbaik. 237 00:11:59,344 --> 00:12:00,471 Jumpa di kereta. 238 00:12:09,104 --> 00:12:12,524 Baiklah. Ada malam untuk dirosakkan. Jaga diri kamu. 239 00:12:14,026 --> 00:12:15,694 Demi, saya perlu puji awak. 240 00:12:15,778 --> 00:12:19,072 Psikologi terbalik berganda terhadap Davina memang bijak. 241 00:12:19,156 --> 00:12:22,534 Ya. Psikologi terbalik berganda. Itulah matlamat saya. 242 00:12:22,618 --> 00:12:26,955 Kini kita perlu cari Cinnamon untuk dia terbalikkan sumpahan. 243 00:12:27,039 --> 00:12:29,666 Saya fikir muzik dimainkan di persembahan punk. 244 00:12:29,750 --> 00:12:31,960 Mereka letupkan fius. Ia sedang dibaiki. 245 00:12:32,753 --> 00:12:35,798 Hei! Apa? Ini bukan tempat yang sesuai untuk kamu. 246 00:12:35,881 --> 00:12:38,967 - Buat apa di sini? - Kami cakap kami datang. Pak cik pula? 247 00:12:39,468 --> 00:12:42,846 Pak cik jual Off-White Claws kepada budak bawah umur. 248 00:12:42,930 --> 00:12:44,765 Dengar kata-kata hipokrit pak cik? 249 00:12:45,265 --> 00:12:46,558 Pak cik cuba tak dengar. 250 00:12:46,642 --> 00:12:48,894 - Cinnamon buat strim langsung. - Cinnabon saya. 251 00:12:48,977 --> 00:12:52,898 Saya di persembahan Basta la Muertes dan kami akan berseronok. 252 00:12:52,981 --> 00:12:55,234 - Tentu dia di dalam rumah. - Mari. 253 00:12:55,317 --> 00:12:56,443 Tunggu. 254 00:12:57,236 --> 00:12:59,029 Sebelum pergi, saya nak ambil masa. 255 00:12:59,112 --> 00:13:02,324 Ambil masa untuk memuji Demi. Terima kasih kerana bawa kami ke sini. 256 00:13:02,407 --> 00:13:04,243 Saya kagum dengan kepimpinan awak. 257 00:13:05,160 --> 00:13:08,831 - Ia usaha berkumpulan. - Tak. Awak jumpa Cinnamon dulu. 258 00:13:08,914 --> 00:13:12,292 Idea awak untuk ikut dia ke persembahan dan minta kakak awak hantar. 259 00:13:12,376 --> 00:13:14,503 Ya, memang saya buat semua itu. 260 00:13:14,586 --> 00:13:16,338 Jadi, beri kotak kepada saya. 261 00:13:17,089 --> 00:13:18,298 - Sekarang? - Ya. 262 00:13:21,009 --> 00:13:21,885 Okey. 263 00:13:35,148 --> 00:13:36,608 Wah. Ya. 264 00:13:48,537 --> 00:13:49,788 Alamak! 265 00:13:51,373 --> 00:13:54,501 Saya tersilap kotak. Mak saya balut snek untuk derma… 266 00:13:54,585 --> 00:13:56,169 Demi, cukup. 267 00:13:56,253 --> 00:13:58,213 - Saya tahu awak tiada kotak itu. - Apa? 268 00:13:58,297 --> 00:13:59,464 Ya. 269 00:13:59,548 --> 00:14:02,885 Apabila saya selesai di tandas, awak dan Cam dah pergi, 270 00:14:02,968 --> 00:14:05,679 tapi apabila saya ke bilik, saya ternampak… 271 00:14:05,762 --> 00:14:06,972 Demi terlupa kotak. 272 00:14:07,931 --> 00:14:10,017 Awak tahu dia ada kotak itu, bukan? 273 00:14:11,143 --> 00:14:12,853 Demi terlupa kotak itu. 274 00:14:14,771 --> 00:14:16,815 Kakak tahu apa yang menyeronokkan? 275 00:14:20,152 --> 00:14:23,447 Jadi, awak biar saya terseksa selama dua hari ini? 276 00:14:23,530 --> 00:14:26,033 Awak perlu lebih bertanggungjawab. 277 00:14:26,116 --> 00:14:28,869 Bukan semuanya jadi tanggungjawab saya. 278 00:14:28,952 --> 00:14:29,786 Okey. 279 00:14:30,662 --> 00:14:32,831 Kenapa awak tak marah? Marahlah. 280 00:14:32,915 --> 00:14:35,125 Tidak, awak tak boleh kawal reaksi saya. 281 00:14:35,208 --> 00:14:38,545 Saya akan menyebelahi Gloria kali ini. 282 00:14:38,629 --> 00:14:41,548 Kekurangan reaksi awak agak menyakitkan hati. 283 00:14:41,632 --> 00:14:44,051 Awak kata jangan panjangkan. Saya ikut arahan. 284 00:14:44,134 --> 00:14:45,761 Cuma pengikut. Bukan ketua. 285 00:14:46,553 --> 00:14:48,847 - Apa maksud kamu berdua? - Tiada apa-apa! 286 00:14:49,514 --> 00:14:51,308 Mari cari bomoh ini! 287 00:14:51,391 --> 00:14:52,976 Nampak? Reaksi itu lebih baik. 288 00:15:02,152 --> 00:15:05,572 - Maaf, saya cuti hari ini. - Tapi kami tak cakap apa-apa. 289 00:15:05,656 --> 00:15:08,909 Begini, saya hargai peminat saya, tapi bukan malam ini. 290 00:15:08,992 --> 00:15:13,080 Malam ini, saya nak hisap ganja dan tinggalkan semua drama di sini. 291 00:15:16,083 --> 00:15:17,459 Saya suka Wheat Thins. 292 00:15:19,336 --> 00:15:21,171 Nak buat pertukaran? 293 00:15:23,215 --> 00:15:24,216 Setuju. 294 00:15:27,177 --> 00:15:29,930 - Nampaknya ini kotak yang betul. - Apa boleh saya bantu? 295 00:15:30,639 --> 00:15:34,518 Jadi, kami beli kotak yang disumpah dan kini kami pula disumpah… 296 00:15:34,601 --> 00:15:37,396 - Maaf, saya tak batalkan sumpahan. - Tolonglah. 297 00:15:37,479 --> 00:15:40,273 Bukannya saya tak mahu. Saya tak boleh. 298 00:15:41,566 --> 00:15:43,652 - Saya tak batalkan sumpahan. - Dengar sini. 299 00:15:43,735 --> 00:15:46,154 Saya tak kisah jika awak tak batalkan sumpahan. 300 00:15:46,947 --> 00:15:48,740 Tentu awak boleh buat sesuatu. 301 00:15:48,824 --> 00:15:51,535 Saya kesan tenaga gelap di sekeliling awak. 302 00:15:51,618 --> 00:15:52,577 Itu cuma Ines. 303 00:15:53,578 --> 00:15:55,288 Tidak, bukan dia. 304 00:15:56,081 --> 00:15:56,915 Kamu semua. 305 00:15:58,458 --> 00:16:00,669 Tunggu, saya dapat mesej. 306 00:16:11,888 --> 00:16:15,726 Masalah awak ialah awak cuba baiki sesuatu yang rosak. 307 00:16:15,809 --> 00:16:20,313 Tapi untuk selesaikan masalah awak, sesuatu mesti rosak untuk dibaiki. 308 00:16:22,107 --> 00:16:24,484 Nasib menyebelahi orang yang berani. 309 00:16:26,319 --> 00:16:27,988 Tidak, terima kasih. Saya… 310 00:16:28,864 --> 00:16:32,200 Apa-apa pun yang awak pilih, ia pilihan yang salah. 311 00:16:32,284 --> 00:16:35,537 Tapi akhirnya, awak perlu memilih untuk tidak memilih, 312 00:16:35,620 --> 00:16:38,206 dan itulah pilihannya, 313 00:16:38,290 --> 00:16:40,584 dan itulah yang tepat. 314 00:16:40,667 --> 00:16:43,170 Tunggu. Jadi, apa pilihan yang tepat? 315 00:16:43,253 --> 00:16:44,296 Betul. 316 00:16:54,556 --> 00:16:55,390 Apa? 317 00:16:56,767 --> 00:16:58,351 - Apa? - Saya dah selesai. 318 00:16:59,561 --> 00:17:01,188 - Terima kasih. - Sama-sama. 319 00:17:01,271 --> 00:17:03,231 - Buang masa saja. - Tunggu! 320 00:17:08,070 --> 00:17:08,904 Tidak. 321 00:17:16,328 --> 00:17:19,206 Pelukan itu. Awak rasa apa maksudnya? 322 00:17:19,289 --> 00:17:22,292 Maksudnya rancangan ini teruk. Saya nak kencing. 323 00:17:22,375 --> 00:17:25,504 Demi, cari kakak awak. Mari balik. 324 00:17:31,384 --> 00:17:32,219 Awak. 325 00:17:32,719 --> 00:17:34,805 - Saya tahu awak pasti di sini. - Okey? 326 00:17:34,888 --> 00:17:39,017 Saya terima mesej selepas awak pergi. Ada sesuatu yang saya perlu beritahu awak. 327 00:17:43,063 --> 00:17:44,773 Awak basuh tangan? 328 00:17:44,856 --> 00:17:48,276 Seorang saudara perempuan akan menjatuhkan seorang lagi. 329 00:17:51,947 --> 00:17:53,240 Hebat. 330 00:17:54,032 --> 00:17:54,991 Terima kasih. 331 00:17:59,412 --> 00:18:01,123 Seseorang akan mati. 332 00:18:08,880 --> 00:18:09,965 Jadi, nak pergi? 333 00:18:10,048 --> 00:18:12,425 Kakak saya bercumbu dengan teman lelakinya. 334 00:18:13,426 --> 00:18:14,803 Berapa lama lagi? 335 00:18:14,886 --> 00:18:17,264 Berjam-jam. Berjam-jam lagi. 336 00:18:17,347 --> 00:18:18,807 - Bagaimana dengan Tonio? - Tidak. 337 00:18:18,890 --> 00:18:22,269 Dia takkan pulang selagi tak habis jual. Claw itu laris. 338 00:18:22,352 --> 00:18:26,022 Ya, ia bebas gluten. Tiada gula. Tiada karbohidrat. Bagus untuk kamu. 339 00:18:26,106 --> 00:18:27,649 Jadi, bagaimana kita nak balik? 340 00:18:29,317 --> 00:18:32,320 Apa? Jangan pandang saya. Takkan saya saja yang nak selesaikan? 341 00:18:32,404 --> 00:18:35,532 Kami tak kata begitu. Kami nak tahu jika awak ada sumbangan. 342 00:18:35,615 --> 00:18:38,827 Sumbangan tanpa pengajaran yang merendah-rendahkan orang. 343 00:18:38,910 --> 00:18:39,870 Sekarang awak marah? 344 00:18:39,953 --> 00:18:43,373 Tentulah, saya marah selama ini. Saya tak nak beri awak kepuasan. 345 00:18:43,456 --> 00:18:45,417 Bagus. Pilihan masa awak bagus. 346 00:18:45,500 --> 00:18:47,460 Masa saya pun salah sekarang? 347 00:18:47,544 --> 00:18:49,629 Saya tahu awak tak mahu maklum balas, 348 00:18:49,713 --> 00:18:53,216 tapi ya, masa awak tak betul kerana saya penat ketika ini. 349 00:18:53,300 --> 00:18:54,718 Saya cuma mahu pulang. 350 00:18:54,801 --> 00:18:58,096 Tepat sekali. Semuanya tentang awak saja. 351 00:18:58,180 --> 00:19:02,142 Baiklah, Demi. Apa yang awak mahu? Berkelahi di khalayak ramai? 352 00:19:02,225 --> 00:19:03,059 Tidak! 353 00:19:03,727 --> 00:19:04,895 Pegang kotak saya. 354 00:19:05,687 --> 00:19:07,105 Saya nak belasah awak. 355 00:19:07,772 --> 00:19:08,857 Gaduh! 356 00:19:08,940 --> 00:19:11,693 - Biar betul? Saya tak nak gaduh. - Kenapa tidak? 357 00:19:12,402 --> 00:19:14,154 - Awak takut? - Tumbuk dadanya! 358 00:19:14,237 --> 00:19:15,697 Ines! Diam! 359 00:19:16,281 --> 00:19:18,992 Celaka. Awak bertuah puting saya ke dalam. 360 00:19:22,329 --> 00:19:24,122 Tidak! Ini bukan tempat untuk keganasan! 361 00:19:24,206 --> 00:19:27,209 Apa maksud awak? Inilah tempat untuk keganasan. 362 00:19:27,292 --> 00:19:30,170 Tempat ini tentang ekspresi diri dan ia memerlukan persetujuan. 363 00:19:30,253 --> 00:19:32,964 Ini cara saya untuk ekspresi diri. Saya setuju. 364 00:19:33,048 --> 00:19:34,382 Saya juga setuju. 365 00:19:34,466 --> 00:19:35,842 Ya, biar dia gaduh! 366 00:19:35,926 --> 00:19:37,552 Ayuh, lepaskan mereka. 367 00:19:39,638 --> 00:19:40,847 Hei! 368 00:19:41,431 --> 00:19:42,599 Ayuh! Cepatlah! 369 00:19:48,605 --> 00:19:50,649 Hei! Bertenang! 370 00:19:50,732 --> 00:19:53,985 - Kamu tak mahu bergaduh! Berhenti! - Ia dipersetujui. 371 00:19:56,488 --> 00:19:59,032 Hei, awak Trusty Rusty dari rancangan itu? 372 00:19:59,115 --> 00:20:01,159 Ya, itu Trusty Rusty! 373 00:20:01,868 --> 00:20:02,994 Tak. Rusty lain. 374 00:20:03,078 --> 00:20:05,830 Saya takkan kalah. Saya takkan biar awak menang mudah! 375 00:20:05,914 --> 00:20:08,124 - Awak tak pernah mudahkan saya! - Guna kata-kata! 376 00:20:08,208 --> 00:20:10,001 Ayuh, Rusty. Nyanyi lagu itu! 377 00:20:12,879 --> 00:20:14,172 Nyanyilah! 378 00:20:16,841 --> 00:20:18,385 Rusty! 379 00:20:18,468 --> 00:20:20,845 Rusty dan Manotaur 380 00:20:20,929 --> 00:20:23,306 Lelaki Manotaur 381 00:20:23,390 --> 00:20:27,727 Dia sahabat baik saya… 382 00:20:27,811 --> 00:20:29,938 Rusty ialah Trusty Rusty! 383 00:20:30,021 --> 00:20:32,315 Itu rancangan kegemaran saya semasa saya lima tahun. 384 00:20:32,399 --> 00:20:33,525 Saya pun! Tengok! 385 00:20:33,608 --> 00:20:34,818 Saya dua bahagian 386 00:20:34,901 --> 00:20:37,821 Tapi lengkap dengan kamu 387 00:20:37,904 --> 00:20:40,282 Rusty dan Manotaur 388 00:20:40,365 --> 00:20:41,825 Lelaki Manotaur 389 00:20:42,409 --> 00:20:45,996 Kini masa untuk keseronokan bermula! 390 00:20:46,621 --> 00:20:48,915 Dibawa kepada anda oleh Tekstil Freeridge! 391 00:21:10,520 --> 00:21:12,772 Saya ingat saya takkan hantar awak. 392 00:21:12,856 --> 00:21:14,149 Masa terdesak. 393 00:21:15,692 --> 00:21:18,445 Jika awak bintang kanak-kanak, kenapa bekerja untuk pak cik saya? 394 00:21:20,322 --> 00:21:21,323 Masa terdesak. 395 00:21:25,201 --> 00:21:26,953 Awak belanjakan semua duit rancangan. 396 00:21:27,037 --> 00:21:31,124 Bayaran PBS rendah. Patung yang menguntungkan. 397 00:21:31,624 --> 00:21:33,293 - Mereka buat patung? - Ya. 398 00:21:33,960 --> 00:21:35,378 Rancangan itu popular. 399 00:21:36,338 --> 00:21:39,716 - Jadi, mana duit patung awak? - Panjang ceritanya, tapi dah tiada. 400 00:21:40,717 --> 00:21:43,970 Saya perlukan kerja ini untuk menjaga nenek saya. 401 00:21:53,730 --> 00:21:55,273 - Hei. - Saya minta maaf. 402 00:21:55,774 --> 00:21:57,025 Tak perlu minta maaf. 403 00:21:57,108 --> 00:22:00,403 Saya minta maaf. Saya tak boleh begitu menilai orang. 404 00:22:01,112 --> 00:22:02,655 Saya sayang awak. Pergi tidur. 405 00:22:02,739 --> 00:22:04,199 Jangan mengarah-arah saya. 406 00:22:05,116 --> 00:22:06,993 Atau arahlah. 407 00:22:07,077 --> 00:22:09,954 Kadangkala bagus ada kawan yang bertanggungjawab. 408 00:22:11,039 --> 00:22:13,458 Ya, kawan bertanggungjawab memang bagus. 409 00:22:14,417 --> 00:22:16,336 - Selamat malam. - Selamat malam. 410 00:22:31,142 --> 00:22:35,021 Masalah awak ialah awak cuba baiki sesuatu yang rosak. 411 00:22:36,564 --> 00:22:40,985 Tapi untuk selesaikan masalah awak, sesuatu mesti rosak untuk dibaiki. 412 00:22:43,780 --> 00:22:46,533 JEMPUTAN KE MAJLIS HARI JADI LETHAL HENRY YANG KE-50! 413 00:22:46,616 --> 00:22:47,700 "DIA TERLALU TUA!" 414 00:22:50,578 --> 00:22:53,039 "Marisol, datanglah. Saya rindu awak. 415 00:22:53,123 --> 00:22:54,416 Mariluna"? 416 00:22:55,917 --> 00:22:57,460 Tapi hantu itu Marisol. 417 00:22:58,795 --> 00:23:00,338 Siapa pula Mariluna? 418 00:23:54,476 --> 00:23:59,397 Terjemahan sari kata oleh Farhah Zubir