1 00:00:03,626 --> 00:00:07,043 Longgokan ini nak simpan. Longgokan ini nak buang. 2 00:00:07,126 --> 00:00:10,418 Contohnya, saya nak simpan mufin ini. 3 00:00:10,501 --> 00:00:12,793 Saya nak buang apron itu. 4 00:00:12,877 --> 00:00:17,334 Tapi mungkin saya nak simpan apron ini. 5 00:00:17,418 --> 00:00:18,418 Ya. 6 00:00:19,668 --> 00:00:22,002 - Itu longgokan apa? - Saya ingat itu barang awak. 7 00:00:22,084 --> 00:00:24,126 Tak, itu bukan barang saya. 8 00:00:24,209 --> 00:00:28,251 Kalau begitu saya letak dalam longgokan untuk disimpan. 9 00:00:33,710 --> 00:00:36,877 Bagaimana dengan loket itu? Apa rancangan awak sekarang? 10 00:00:38,168 --> 00:00:40,168 Jika betul loket itu Skrol Keempat, 11 00:00:40,752 --> 00:00:43,168 kita perlukan tongkat bapa saya untuk bukanya. 12 00:00:43,752 --> 00:00:46,251 Tapi tongkat itu ada pada Niu Mowang. 13 00:00:47,126 --> 00:00:49,835 Wei-Chen, itu sajakah yang mengganggu awak? 14 00:00:50,418 --> 00:00:51,918 Saya cuma… 15 00:00:52,585 --> 00:00:56,084 tak jangka dengan loket ini… Saya akan kehilangan kawan saya. 16 00:00:57,460 --> 00:00:58,835 Saya rasa saya menyakiti Jin. 17 00:01:02,960 --> 00:01:05,334 saya sudah janji tak mahu libatkan diri saya, 18 00:01:05,835 --> 00:01:09,543 tapi saya boleh tawarkan bantuan sekali ini saja. 19 00:01:10,543 --> 00:01:14,002 Saya akan tunjukkan loket ini kepada Cik Batuan. 20 00:01:14,835 --> 00:01:16,251 Cik Batuan? 21 00:01:16,334 --> 00:01:17,918 Dia namakan diri sendiri begitu. 22 00:01:18,543 --> 00:01:20,209 Nama sebenarnya Shi Ji. 23 00:01:20,293 --> 00:01:22,293 Dia sangat pakar tentang batu. 24 00:01:23,376 --> 00:01:26,501 Dia sedikit rumit orangnya, tapi mungkin dia boleh bantu. 25 00:01:27,418 --> 00:01:30,002 Setidak-tidaknya kita tahu jika pencarian awak selesai. 26 00:01:31,002 --> 00:01:32,501 Terima kasih, Guanyin-pusa. 27 00:01:32,585 --> 00:01:35,293 Tak perlu berterima kasih. Bantu saya berkemas saja. 28 00:01:35,376 --> 00:01:36,585 Baiklah. 29 00:01:41,043 --> 00:01:44,043 Awak nak saya buang paket kicap lama ini? 30 00:01:44,126 --> 00:01:45,543 Awak sudah gilakah? 31 00:01:50,626 --> 00:01:51,668 SEKOLAH MENENGAH SIERRA MONA 32 00:01:51,752 --> 00:01:53,126 Biologi 33 00:01:57,084 --> 00:02:00,293 Haiwan apa yang memiliki metabolisme terpantas? 34 00:02:00,376 --> 00:02:02,710 Bukan Dwayne "The Rock" Johnson. 35 00:02:03,877 --> 00:02:05,126 Jawapannya burung madu. 36 00:02:05,835 --> 00:02:06,835 Hebat, bukan? 37 00:02:08,002 --> 00:02:12,043 Baiklah. Cari pasangan dan mulakan amali. 38 00:02:17,168 --> 00:02:19,334 - Awak tak apa-apa? - Ya, kenapa? 39 00:02:19,418 --> 00:02:21,752 Tiada apa-apa. Awak seperti menjauhkan diri. 40 00:02:21,835 --> 00:02:24,918 Minta maaf. Bukan salah awak. Saya ada masalah lain. 41 00:02:25,002 --> 00:02:28,626 Baik. Awak nak beritahu saya tentang masalah itu? 42 00:02:29,209 --> 00:02:30,543 Awak kenalkah Wei-Chen? 43 00:02:30,626 --> 00:02:32,501 Ya, tapi dah lama saya tak nampak dia. 44 00:02:32,585 --> 00:02:34,960 - Dia sudah pulang, bukan? - Ya dan dia datang semula. 45 00:02:35,043 --> 00:02:37,960 Kami bertengkar selepas balik dari rumah awak tempoh hari. 46 00:02:38,043 --> 00:02:40,376 - Bertengkar? Macam bergaduh? - Seperti begitulah. 47 00:02:41,126 --> 00:02:42,752 Dia nampak sangat baik. 48 00:02:42,835 --> 00:02:46,293 Ya, mungkin sesetengah orang tak seperti yang dilihat. 49 00:02:46,376 --> 00:02:50,084 Awak nak siapkan projek ini selepas sekolah nanti? 50 00:02:50,168 --> 00:02:53,002 Saya nak, tapi malam ini tak boleh. 51 00:02:53,084 --> 00:02:54,877 - Kenapa? - Hari ini hari lahir saya. 52 00:02:54,960 --> 00:02:56,752 - Apa? - Ya. 53 00:02:56,835 --> 00:02:59,710 - Awak tak raikannya? - Kami tak berapa meraikannya. 54 00:02:59,793 --> 00:03:01,793 Ibu saya cuma masak mi yang tiada rasa 55 00:03:01,877 --> 00:03:03,793 - dan ayah saya beri 20 USD. - Ya. 56 00:03:03,877 --> 00:03:06,084 Ibu saya berlatih buat kek selama sebulan 57 00:03:06,168 --> 00:03:08,126 dan ayah saya makan semua untuk jaga hatinya. 58 00:03:08,209 --> 00:03:10,668 - Hebatnya. - Taklah, itu pelik. 59 00:03:10,752 --> 00:03:14,293 - Ya, mungkin pelik juga. - Awak patut lakukan sesuatu. 60 00:03:14,376 --> 00:03:16,334 Hari ini saja awak dapat raikan diri sendiri. 61 00:03:16,418 --> 00:03:19,793 - Kami tak sambut hari lahir begitu. - Ya! Kita boleh main boling. 62 00:03:19,877 --> 00:03:21,585 Ini bukan hari lahir saya yang ke-50. 63 00:03:21,668 --> 00:03:24,168 Saya dan Ruby tahu satu tempat boling yang canggih. 64 00:03:24,251 --> 00:03:26,002 Canggih untuk orang 50 tahun? 65 00:03:26,084 --> 00:03:29,043 Sudahlah. Awak memang tak lapangkah malam ini? 66 00:03:31,334 --> 00:03:32,752 Mungkin mi ibu saya boleh ditangguhkan. 67 00:03:32,835 --> 00:03:35,543 Saya akan jemput orang lain, barulah seronok. 68 00:03:35,626 --> 00:03:36,835 Baiklah. 69 00:03:48,002 --> 00:03:49,877 Cantiknya. 70 00:03:49,960 --> 00:03:52,418 Ya. Hanya satu ini saja yang wujud. 71 00:03:52,501 --> 00:03:54,293 - Berapa? - Ini bukan untuk dijual. 72 00:03:55,460 --> 00:03:57,334 Apa maksud awak? 73 00:03:57,418 --> 00:04:00,877 Batunya ditempa di Gua Tulang Putih semasa Dinasti Qing. 74 00:04:00,960 --> 00:04:02,626 Saya keluarkan untuk tunjuk saja. 75 00:04:03,501 --> 00:04:04,543 Beritahu harga awak. 76 00:04:05,960 --> 00:04:07,877 Ini bukan tentang duit. 77 00:04:08,376 --> 00:04:10,668 - Saya nak tutup kedai. - Dua puluh ribu. 78 00:04:11,877 --> 00:04:13,543 Minta maaf. 79 00:04:14,543 --> 00:04:16,293 Lima puluh ribu, untuk sepasang. 80 00:04:16,376 --> 00:04:17,793 Oh… 81 00:04:17,877 --> 00:04:20,543 Memang cantik dengan awak, 82 00:04:21,877 --> 00:04:23,835 tapi apa nenek moyang saya akan kata? 83 00:04:25,209 --> 00:04:26,752 Seratus ribu. 84 00:04:26,835 --> 00:04:28,752 Biar saya bungkus untuk awak. 85 00:04:29,626 --> 00:04:33,084 BARANG KEMAS TIMUR 86 00:04:41,002 --> 00:04:42,460 Hanya satu ini saja yang wujud? 87 00:04:45,002 --> 00:04:46,126 Guanyin-pusa. 88 00:04:47,293 --> 00:04:49,877 Bagusnya dapat jumpa awak lagi, Shi Ji. 89 00:04:49,960 --> 00:04:53,501 Pandai awak menjual. 90 00:04:53,585 --> 00:04:56,002 Saya perlu cari makan. 91 00:04:57,668 --> 00:04:59,793 - Awak ingat Pixiu, bukan? - Ya. 92 00:04:59,877 --> 00:05:01,835 Mari sini. 93 00:05:01,918 --> 00:05:03,168 Adakah ini Pixiu? 94 00:05:04,877 --> 00:05:06,168 Dia nampak berbeza. 95 00:05:06,251 --> 00:05:08,460 Ya. Maharaja Jed yang buat. 96 00:05:08,543 --> 00:05:10,293 Pixiu berak di kolam teratai baginda, 97 00:05:10,376 --> 00:05:12,626 baginda ubah Pixiu jadi anjing dan tutup duburnya. 98 00:05:13,960 --> 00:05:16,460 Kami bukanlah dihalau, 99 00:05:16,543 --> 00:05:19,835 kami cuma tak dijemput ke semua jamuan besar. 100 00:05:19,918 --> 00:05:20,960 Tak mengapa. 101 00:05:21,043 --> 00:05:23,460 Pixiu lebih suka makan batu Bumi. 102 00:05:23,960 --> 00:05:25,918 Dia muntah jika makan batu dari samawi. 103 00:05:26,002 --> 00:05:28,585 Betul, bukan? Nanti perut dia sakit. 104 00:05:29,084 --> 00:05:32,084 Apa yang saya boleh bantu, Guanyin-pusa? 105 00:05:32,168 --> 00:05:36,168 Saya nak tanya tentang batu yang kami temui. 106 00:05:36,877 --> 00:05:38,209 Dua batu sebenarnya, 107 00:05:39,168 --> 00:05:40,501 yang disatukan. 108 00:05:41,501 --> 00:05:42,668 Apa yang awak perlu tahu? 109 00:05:43,501 --> 00:05:46,501 Saya perlu tahu sama ada ini Skrol Keempat. 110 00:06:09,334 --> 00:06:12,376 - Emak. - Nanti emak masak mi kamu. 111 00:06:12,460 --> 00:06:17,084 Saya mungkin mahu keluar malam ini, bolehkah? 112 00:06:17,168 --> 00:06:19,002 Ada kawan aturkan sambutan hari lahir. 113 00:06:19,084 --> 00:06:21,835 Baiknya. Minta ayah kamu hantar ke sana. 114 00:06:22,376 --> 00:06:24,251 Berseronoklah, tapi jangan balik lambat. 115 00:06:26,126 --> 00:06:28,084 - Boleh saya tanya sesuatu? - Ya? 116 00:06:30,084 --> 00:06:31,877 Berapa emak belanja untuk serbuk ini? 117 00:06:34,126 --> 00:06:37,543 Jin, emak dan ayah bukan bergaduh tentang duit. 118 00:06:37,626 --> 00:06:39,209 Jadi, bergaduh kerana apa? 119 00:06:39,293 --> 00:06:40,710 Kamu tahu… 120 00:06:40,793 --> 00:06:45,251 semasa kali pertama emak jumpa ayah, ayah ada banyak cita-cita dan harapan. 121 00:06:45,334 --> 00:06:46,501 Emak suka ayah begitu. 122 00:06:46,585 --> 00:06:48,918 Dan suara dalamnya. 123 00:06:49,668 --> 00:06:51,126 Itu pun emak suka. 124 00:06:52,710 --> 00:06:54,418 Tapi sekarang apabila emak lihat ayah 125 00:06:54,960 --> 00:06:59,126 kadang kala mak tak kenal lelaki yang emak kahwini. 126 00:07:00,835 --> 00:07:02,168 Ke mana ayah yang dulu pergi? 127 00:07:08,293 --> 00:07:10,126 - Ayah? - Ya? 128 00:07:10,209 --> 00:07:12,418 - Boleh saya tanya sesuatu? - Ya? 129 00:07:14,585 --> 00:07:15,668 Ayah tak fikir 130 00:07:15,752 --> 00:07:18,002 serbuk hijau emak sebenarnya pelaburan yang bagus? 131 00:07:18,084 --> 00:07:19,293 Jin, 132 00:07:20,168 --> 00:07:22,501 - kamu tahu apa maksud pelaburan? - Ya. 133 00:07:22,585 --> 00:07:25,877 Kita keluarkan modal untuk sesuatu dan dapat untung kemudiannya. 134 00:07:25,960 --> 00:07:28,293 Serbuk hijau ini bukan pelaburan. 135 00:07:28,376 --> 00:07:30,168 Itu minuman mengarut. 136 00:07:30,251 --> 00:07:32,877 Mungkin ayah rasa ia berisiko, bukan begitu? 137 00:07:32,960 --> 00:07:34,960 Sebab kita tak tahu kandungannya, bukan? 138 00:07:35,043 --> 00:07:37,251 Kamu tahu apa kandungan minuman tenaga itu? 139 00:07:38,334 --> 00:07:40,585 Saya tak tahu. 140 00:07:41,084 --> 00:07:44,002 Tengok? Begitulah cara perniagaan berjalan. 141 00:07:44,084 --> 00:07:46,126 Saya rasa emak betul-betul percayakannya. 142 00:07:46,209 --> 00:07:49,543 Dan emak rasa orang lain pun akan percaya juga. 143 00:07:49,626 --> 00:07:52,293 Kalau emak kamu nak percaya, dia sepatutnya ke gereja, 144 00:07:52,376 --> 00:07:53,543 bukan mula berniaga. 145 00:07:53,626 --> 00:07:55,501 Kalau ayah kamu cuma mahu bekerja keras, 146 00:07:55,585 --> 00:07:57,084 dia tak patut tinggalkan kampung. 147 00:07:57,668 --> 00:07:59,293 Kami ke sini untuk kehidupan baru. 148 00:07:59,376 --> 00:08:01,918 Emak kamu tak faham caranya. 149 00:08:02,002 --> 00:08:03,084 SERBUK HERBA BUNGA LIAR 150 00:08:03,668 --> 00:08:07,084 Ayah tak tahu cara ambil risiko lagi. 151 00:08:07,168 --> 00:08:08,877 Emak nak berbincang dengan ayah. 152 00:08:08,960 --> 00:08:10,626 Ayah nak berbincang dengan emak. 153 00:08:10,710 --> 00:08:11,710 Boleh emak cuba? 154 00:08:11,793 --> 00:08:13,168 Boleh ayah cuba? 155 00:08:13,251 --> 00:08:14,460 Aduhai, 156 00:08:14,543 --> 00:08:17,626 ayah marah kerana emak hilangkan loket di restoran. 157 00:08:18,543 --> 00:08:20,376 Emak tak suka pun loket itu. 158 00:08:21,918 --> 00:08:24,585 Emak minta maaf kerana hilangkan loket itu. 159 00:08:26,752 --> 00:08:27,960 Emak rasa sangat bersalah. 160 00:08:38,585 --> 00:08:40,460 Hubungi ayah apabila kamu nak balik. 161 00:09:00,334 --> 00:09:03,460 Sierra Mona BOLING 162 00:09:03,543 --> 00:09:04,460 ARKED 163 00:09:14,918 --> 00:09:17,543 - Minta maaf saya lambat. - Hai. 164 00:09:17,626 --> 00:09:19,710 Ayah saya pandu perlahan. 165 00:09:19,793 --> 00:09:22,668 Lambat ke parti sendiri. Awak memang santai. 166 00:09:22,752 --> 00:09:25,126 - Tentulah. - Kejutan. Lihatlah. 167 00:09:25,209 --> 00:09:28,418 Ini bukan parti kejutanlah. 168 00:09:28,501 --> 00:09:29,835 - Hai, Ruby. - Hai. 169 00:09:29,918 --> 00:09:31,752 - Hai, Jin. Apa khabar? Tengok. - Hai. 170 00:09:31,835 --> 00:09:33,918 Saya letak nama awak sebagai Teori Wang Besar. 171 00:09:34,002 --> 00:09:36,877 Lama dia fikirkan nama itu. Dia bangga dengannya. 172 00:09:36,960 --> 00:09:38,293 - Bagus. - Selamat hari lahir. 173 00:09:38,376 --> 00:09:39,752 Jin! Hai! 174 00:09:39,835 --> 00:09:41,209 - Selamat hari lahir. - Hai. 175 00:09:41,293 --> 00:09:42,960 Saya gembira awak datang. 176 00:09:43,043 --> 00:09:46,043 Tentulah saya datang. Ada mesin permainan menari di sini, 177 00:09:46,126 --> 00:09:48,877 jadi saya nak pecahkan rekod tertinggi. 178 00:09:48,960 --> 00:09:50,084 Minta maaf. 179 00:09:50,585 --> 00:09:53,002 Dia paksa tonton YouTube sepanjang tengah hari. 180 00:09:53,084 --> 00:09:55,126 Itu kajian, dan ia membantu. 181 00:09:55,209 --> 00:09:57,668 Saya faham. Travis tak buat perangai lagi, bukan? 182 00:09:57,752 --> 00:10:01,084 Dia belum cakap apa-apa. Mungkin dia takut dengan Suzy. 183 00:10:01,168 --> 00:10:03,460 Setiap beberapa minit, saya beri dia tenungan maut. 184 00:10:03,543 --> 00:10:04,585 Mari. 185 00:10:06,209 --> 00:10:07,585 Hai, orang yang diraikan. 186 00:10:08,543 --> 00:10:12,376 Terima kasih untuk semua ini. 187 00:10:12,460 --> 00:10:14,835 Saya hanya tempah beberapa lorong dan pesan makanan. 188 00:10:14,918 --> 00:10:18,209 Ya. Saya nampak makanan Cina. Itu kerana… 189 00:10:18,293 --> 00:10:20,293 Budak-budak lelaki yang minta. 190 00:10:20,376 --> 00:10:22,126 Mereka selalu makan di situ. 191 00:10:22,209 --> 00:10:24,043 - Oh. - Tapi, 192 00:10:24,126 --> 00:10:25,835 dah hampir habis, minta maaf. 193 00:10:25,918 --> 00:10:28,752 Tapi mereka beri kemeja-T kerana kita beli banyak makanan. 194 00:10:28,835 --> 00:10:30,251 Saya tak nak pakai kemeja-T. 195 00:10:30,334 --> 00:10:32,334 Baiklah tapi awak akan pakai ini. 196 00:10:35,793 --> 00:10:36,960 BARANG PANAS! 197 00:10:37,043 --> 00:10:38,043 Awak suka? 198 00:10:40,334 --> 00:10:41,710 - Barang panas. - Barang panas. 199 00:10:41,793 --> 00:10:43,877 - Saya fikir sesuai dengan awak, jadi… - Ya. 200 00:10:43,960 --> 00:10:45,793 - Terima kasih. - awak pakailah. 201 00:10:53,293 --> 00:10:55,126 Mari! 202 00:11:21,543 --> 00:11:25,251 Ya! Satu pin jatuh. 203 00:11:25,835 --> 00:11:27,543 - Biasalah. - Terima kasih. 204 00:11:32,293 --> 00:11:33,710 Kenapa dia datang? 205 00:11:33,793 --> 00:11:36,710 Saya yang ajak. Mungkin awak boleh berbaik. 206 00:11:39,418 --> 00:11:40,793 Hai, semua. 207 00:11:40,877 --> 00:11:42,668 - Apa khabar? - Hai. 208 00:11:42,752 --> 00:11:44,043 Selamat hari lahir. 209 00:11:45,251 --> 00:11:46,293 Ini untuk awak. 210 00:11:51,418 --> 00:11:53,418 Maknanya "hai" dalam bahasa Cina. 211 00:11:53,501 --> 00:11:54,918 Saya tahu. 212 00:12:03,293 --> 00:12:05,251 Saya gembira awak datang, Guanyin. 213 00:12:07,084 --> 00:12:09,460 - Satu penghormatan untuk saya. - Ya. 214 00:12:09,543 --> 00:12:11,460 Lagipun, awak ialah Cik Batuan. 215 00:12:11,543 --> 00:12:13,877 Sebenarnya, saya yang beri gelaran itu sendiri. 216 00:12:13,960 --> 00:12:15,168 Menarik. 217 00:12:15,251 --> 00:12:19,752 Saya perlu lakukan beberapa ujian untuk tahu asal usul loket ini. 218 00:12:19,835 --> 00:12:23,460 Tapi mula-mula, mari bincang harganya dahulu. 219 00:12:23,543 --> 00:12:25,918 - Harga? - Ya. Berapa awak tawarkan? 220 00:12:26,002 --> 00:12:27,877 - Tawaran saya? - Untuk perkhidmatan saya. 221 00:12:27,960 --> 00:12:29,835 Awak mahukan bayaran untuk ini? 222 00:12:29,918 --> 00:12:32,710 Awak fikir perkhidmatan saya percumakah? 223 00:12:32,793 --> 00:12:37,793 Shi Ji, ini untuk halang pemberontakan dan kembalikan keharmonian ke Syurga. 224 00:12:38,376 --> 00:12:39,710 Ya. 225 00:12:39,793 --> 00:12:42,084 Saya tak peduilkan Syurga seperti orang lain. 226 00:12:42,668 --> 00:12:46,209 Awak mungkin tak tahu, tapi saya ialah syaitan gua dulu. 227 00:12:46,293 --> 00:12:50,168 - Seronoknya. - Aduhai. 228 00:12:50,251 --> 00:12:53,793 Saya baru perasan gelang manik yang awak pakai cantik. 229 00:12:53,877 --> 00:12:57,418 Ini hadiah peribadi daripada Nezha sendiri. 230 00:12:57,501 --> 00:12:59,251 - Betulkah? - Ya. 231 00:12:59,752 --> 00:13:02,668 Tukarkan gelang itu untuk perkhidmatan saya. 232 00:13:03,668 --> 00:13:05,793 Shi Ji, gelang ini tak bernilai untuk awak. 233 00:13:05,877 --> 00:13:07,084 Saya nak juga. 234 00:13:08,668 --> 00:13:12,126 Bagaimana dengan tiga butir manik saja? Awak ialah dewi belas kasihan. 235 00:13:12,710 --> 00:13:14,585 Alangkah gembiranya saya jika awak beri. 236 00:13:14,668 --> 00:13:16,710 Saya bukan datang untuk berurus niaga. 237 00:13:17,293 --> 00:13:21,960 Mungkin ada pakar batu samawi yang lain 238 00:13:22,043 --> 00:13:23,043 yang boleh bantu awak. 239 00:13:24,043 --> 00:13:25,043 Baiklah. 240 00:13:27,626 --> 00:13:30,126 Ini bukan urus niaga, tapi hadiah. 241 00:13:34,293 --> 00:13:35,501 Cantiknya. 242 00:13:41,710 --> 00:13:43,418 Mari sini, sayang. 243 00:13:44,002 --> 00:13:45,002 Ya, begitulah. 244 00:13:46,626 --> 00:13:47,752 Apa yang awak buat? 245 00:13:47,835 --> 00:13:51,334 Dia tak suka awak bercakap ketika dia makan. 246 00:13:53,877 --> 00:13:54,918 Mari sini. 247 00:14:08,835 --> 00:14:10,835 - Apa yang berlaku? - Wah. 248 00:14:10,918 --> 00:14:12,043 Manik itu hilang? 249 00:14:15,710 --> 00:14:18,501 Saya dah cakap. Dia tak suka batu samawi. 250 00:14:18,585 --> 00:14:21,376 Manik awak memang betul daripada Nezha. 251 00:14:22,168 --> 00:14:24,126 Bagus. Ya. 252 00:14:27,752 --> 00:14:29,293 Awak memang hebat. 253 00:14:29,376 --> 00:14:31,918 - Kami tak setanding. - Awak nak cuba lagi? 254 00:14:33,626 --> 00:14:34,626 Ayuh! 255 00:14:39,002 --> 00:14:41,376 Selamat Hari Lahir 256 00:14:44,002 --> 00:14:45,793 SERBUK HERBA BUNGA LIAR 257 00:14:50,918 --> 00:14:52,793 SAYA SUKA PANDA EXPRESS 258 00:14:54,626 --> 00:14:56,002 Ya! 259 00:14:56,084 --> 00:14:58,543 Awak memang hebat! 260 00:14:58,626 --> 00:15:00,168 Itu rekod dunia, bukan? 261 00:15:00,251 --> 00:15:02,668 - Kenapa awak boleh buat? - Apa? Cuma ada sepuluh pin. 262 00:15:02,752 --> 00:15:05,084 Semua ke tepi. Ini rakan sepasukan saya. 263 00:15:05,168 --> 00:15:07,460 Wei-Chen, boleh kita cakap sekejap? 264 00:15:09,793 --> 00:15:11,960 - Ya. - Awak takkan buat begitu. 265 00:15:12,043 --> 00:15:13,084 Aduhai. 266 00:15:15,251 --> 00:15:17,626 Baiklah. Kenapa awak datang? 267 00:15:18,418 --> 00:15:19,543 Amelia jemput saya. 268 00:15:19,626 --> 00:15:22,209 Saya tahu. Tapi kenapa awak di sini sebenarnya? 269 00:15:22,293 --> 00:15:24,209 Saya nak sambut hari lahir awak. 270 00:15:25,126 --> 00:15:26,710 Awak dah buka hadiah? 271 00:15:26,793 --> 00:15:30,585 Awak beri semula serbuk yang ibu saya hadiahkan. Sangat sesuai. 272 00:15:30,668 --> 00:15:32,501 Penjaga saya sudah merahmatinya. 273 00:15:32,585 --> 00:15:34,710 - Mungkin ia berhasil sekarang. - Terima kasih. 274 00:15:34,793 --> 00:15:36,918 Kenapa awak belum pulang ke dunia awak? 275 00:15:37,002 --> 00:15:39,251 Adakah awak mahu rosakkan hidup saya pula? 276 00:15:40,418 --> 00:15:42,293 Saya cuma nak cakap… 277 00:15:44,376 --> 00:15:45,585 Maafkan saya. 278 00:15:51,376 --> 00:15:53,043 Ikut saya. Tak selamat di sini. 279 00:15:53,126 --> 00:15:55,501 Apa? Kita nak ke mana? 280 00:16:07,543 --> 00:16:10,710 Baguslah. Pelayan mabuk itu. Amelia ajak awak juga? 281 00:16:10,793 --> 00:16:12,126 Jangan risau. Saya uruskan. 282 00:16:13,002 --> 00:16:14,168 Semua keluar. 283 00:16:14,752 --> 00:16:16,960 Soda percuma di luar. 284 00:16:17,043 --> 00:16:18,084 Mana benda itu? 285 00:16:18,168 --> 00:16:20,376 Tandaskah? Di luar, belok kiri. 286 00:16:20,460 --> 00:16:23,126 - Bagus. - Berita baik dan buruk. 287 00:16:23,209 --> 00:16:27,626 Berita baiknya, saya tahu lokasi tandas. Terima kasih. 288 00:16:27,710 --> 00:16:30,793 Berita buruknya, lelaki ini. 289 00:16:36,126 --> 00:16:37,626 Syaitan Lembu Jantan. 290 00:16:37,710 --> 00:16:42,376 Kenapa? Tak gembira jumpa saya? 291 00:16:44,418 --> 00:16:46,793 Saya nak beri awak satu peluang. 292 00:16:46,877 --> 00:16:48,251 Tak berminat. 293 00:16:48,334 --> 00:16:51,585 Dengarlah dulu. 294 00:16:53,501 --> 00:16:55,251 Awak ada Skrol, tapi perlukan Tongkat 295 00:16:55,334 --> 00:16:57,209 Saya pula ada Tongkat… 296 00:16:57,710 --> 00:16:59,668 tapi perlukan Skrol Keempat itu. 297 00:16:59,752 --> 00:17:03,501 Bagaimana kalau kita bekerjasama? 298 00:17:05,585 --> 00:17:09,877 Ada sebabnya awak lari, bukan? 299 00:17:09,960 --> 00:17:11,793 Jangan cakap apa-apa yang buat dia marah. 300 00:17:11,877 --> 00:17:13,710 Kenapa saya nak kerja dengan orang lemah? 301 00:17:13,793 --> 00:17:15,168 Awak tak dengar cakap saya. 302 00:17:15,251 --> 00:17:17,168 Cakap elok-elok dengan saya. 303 00:17:17,251 --> 00:17:19,793 - Saya tak bodoh macam Ji Gong. - Hei. 304 00:17:19,877 --> 00:17:20,918 Serahkannya. 305 00:17:24,877 --> 00:17:28,168 Jangan ganggu dia. 306 00:17:31,793 --> 00:17:32,752 Ayah. 307 00:17:32,835 --> 00:17:36,084 Ayah awasi saya selama ini? 308 00:17:36,168 --> 00:17:37,376 Saya boleh jaga diri. 309 00:17:37,460 --> 00:17:40,251 Bukan awak. Saya orang yang dia cari. 310 00:17:40,334 --> 00:17:43,043 Lama tak jumpa, Mowang. 311 00:17:43,126 --> 00:17:45,668 Ya, lama betul. 312 00:17:45,752 --> 00:17:47,626 Adakah rasa marah mendorong awak 313 00:17:48,168 --> 00:17:49,960 untuk musnahkan Syurga? 314 00:17:50,043 --> 00:17:54,960 Seingat saya, itu keinginan awak. 315 00:17:55,835 --> 00:17:56,960 Betul. 316 00:17:57,043 --> 00:18:00,334 Berhentilah. Saya boleh bantu awak. 317 00:18:00,418 --> 00:18:04,209 Kenapa saya perlukan awak sedangkan saya ada ini… 318 00:18:04,918 --> 00:18:06,293 Lihat apa yang saya pegang. 319 00:18:18,334 --> 00:18:24,376 Bagaimana rasanya? Inginkan sesuatu yang saya miliki? 320 00:18:31,710 --> 00:18:33,877 Banyak yang awak nak bualkan. Saya pergi dulu. 321 00:18:33,960 --> 00:18:35,084 - Jangan! - Tidak! 322 00:18:51,752 --> 00:18:53,043 Cepat, lari! 323 00:18:55,793 --> 00:18:57,043 Ayuh pergi. 324 00:18:59,668 --> 00:19:01,126 Tangkap mereka! 325 00:19:09,877 --> 00:19:12,668 Siapa sedia untuk boling disko? 326 00:19:26,168 --> 00:19:27,376 Kamu berdua di sini. 327 00:19:27,460 --> 00:19:28,293 Sandy. 328 00:19:48,877 --> 00:19:50,793 Kami nak nyanyikan lagu hari lahir sekarang. 329 00:19:50,877 --> 00:19:52,543 - Baguslah. - Ada kek untuk awak. 330 00:19:52,626 --> 00:19:54,460 - Kita perlu keluarkan semua orang. - Apa? 331 00:19:54,543 --> 00:19:56,585 Jangan beritahu ada syaitan lawan ayah saya. 332 00:19:56,668 --> 00:19:57,918 Saya tahu. 333 00:20:19,084 --> 00:20:20,626 Sandy. 334 00:20:39,334 --> 00:20:42,960 Selamat hari jadi 335 00:20:43,543 --> 00:20:45,793 Selamat hari jadi 336 00:20:45,877 --> 00:20:48,126 Selamat hari jadi, Jin 337 00:20:48,626 --> 00:20:51,251 Lilin sudah ditiup, parti sudah tamat. Terima kasih semua. 338 00:20:51,334 --> 00:20:52,334 Ayuh pergi. 339 00:20:52,418 --> 00:20:54,293 Kita belum potong kek lagi. 340 00:20:54,376 --> 00:20:56,960 Ada kacangkah dalam kek? Saya ada alahan. 341 00:20:57,043 --> 00:20:59,668 Mungkin kita boleh makan kek di kawasan parkir. 342 00:20:59,752 --> 00:21:03,002 Tak kisahlah. Saya tak kisah pengsan di sini atau di luar. 343 00:21:03,084 --> 00:21:06,501 - Terima kasih kerana prihatin, Jin. - Kita sedang berparti. 344 00:21:06,585 --> 00:21:09,918 Mana pinggan? Di sini. 345 00:21:35,960 --> 00:21:36,918 Beritahu yang lain! 346 00:21:42,209 --> 00:21:43,418 Wukong! 347 00:22:14,460 --> 00:22:15,626 Ini salah saya. 348 00:22:22,877 --> 00:22:24,209 Jangan! 349 00:22:38,918 --> 00:22:40,710 Anak kita kata awak nak berbincang. 350 00:22:41,835 --> 00:22:45,793 Dia kata awak yang nak berbincang. 351 00:22:48,501 --> 00:22:52,002 Budak itu tak pandai menipu. 352 00:22:53,251 --> 00:22:55,460 Dia ikut perangai awak. 353 00:22:57,418 --> 00:23:01,960 Awak pun tak pandai menipu. 354 00:23:05,126 --> 00:23:06,460 Sakit kepala lagikah? 355 00:23:08,168 --> 00:23:09,877 Sama saja. 356 00:23:11,293 --> 00:23:13,251 Makanlah sikit. 357 00:23:17,960 --> 00:23:19,209 Awak sudah makankah? 358 00:23:20,752 --> 00:23:22,126 Saya baru makan. 359 00:23:26,126 --> 00:23:27,376 Saya tak apa-apa. 360 00:23:34,752 --> 00:23:35,752 Jin. 361 00:23:36,960 --> 00:23:39,918 Baiklah. Ini yang saya boleh beritahu. 362 00:23:40,002 --> 00:23:42,626 Ini memang loket asli. 363 00:23:42,710 --> 00:23:45,626 Ia memiliki dua bentuk jed daripada wilayah yang berperang itu, 364 00:23:45,710 --> 00:23:47,084 sama seperti yang diramal. 365 00:23:47,168 --> 00:23:48,251 Yang itu memang betul. 366 00:23:48,334 --> 00:23:50,877 Adakah ia memiliki kuasa Skrol Keempat? 367 00:23:50,960 --> 00:23:53,043 Untuk itu, awak tetap perlukan Jingu Bàng. 368 00:23:53,126 --> 00:23:54,960 Tanpanya, ini tidak berguna. 369 00:23:56,918 --> 00:23:58,626 Kita boleh, 370 00:23:58,710 --> 00:24:01,376 uji jika ia mengandungi sifat samawi. 371 00:24:01,460 --> 00:24:03,877 Awak maksudkan anjing itu. 372 00:24:03,960 --> 00:24:05,501 Saya maksudkan anjing itu. 373 00:24:06,334 --> 00:24:09,835 Kalau ia bersinar dan dimuntahkan semula, ia bukan dari dunia ini. 374 00:24:10,877 --> 00:24:12,084 Kalau tidak? 375 00:24:13,251 --> 00:24:17,793 Saya ada beraneka jenis jed yang unik. 376 00:24:19,209 --> 00:24:20,209 Ya. 377 00:24:20,293 --> 00:24:22,710 - Ayuh kita cuba. - Awak nak lakukannya? 378 00:24:23,752 --> 00:24:24,835 Baiklah. 379 00:24:27,209 --> 00:24:28,293 Nanti dahulu. 380 00:24:28,376 --> 00:24:30,877 Suruh dia tunjukkan aksi dulu. 381 00:24:30,960 --> 00:24:32,585 Suruh dia pusing. 382 00:24:36,043 --> 00:24:39,002 Pusing, Pixiu. 383 00:24:41,668 --> 00:24:43,293 Sekarang beri dia makan. 384 00:24:43,376 --> 00:24:44,543 Baiklah. Makan. 385 00:24:50,960 --> 00:24:53,501 Wang. Kami nak balik dulu. Parti yang hebat. 386 00:24:53,585 --> 00:24:54,835 - Baiklah. - Jumpa lagi. 387 00:24:54,918 --> 00:24:56,877 - Jumpa di latihan. - Selamat tinggal. 388 00:24:56,960 --> 00:24:58,585 - Jumpa lagi. - Kami pun nak balik. 389 00:24:58,668 --> 00:25:00,668 Baiklah. Terima kasih kerana datang. 390 00:25:00,752 --> 00:25:02,835 - Awak pasti ada banyak soalan. - Apa? 391 00:25:02,918 --> 00:25:04,334 - Kami bercinta. - Tidak. 392 00:25:04,418 --> 00:25:06,126 Ini janji temu pertama kami. 393 00:25:06,209 --> 00:25:08,334 - Setakat ini saja. - Awak kata kita bercinta. 394 00:25:08,418 --> 00:25:10,376 - Teruk sangatkah? - Apa? 395 00:25:10,460 --> 00:25:13,334 - Raikan diri sendiri. - Taklah. Majlisnya bagus. 396 00:25:13,418 --> 00:25:15,293 - Awak pasti? - Ya. 397 00:25:15,376 --> 00:25:17,168 Saya tak biasa dengan majlis begini. 398 00:25:17,251 --> 00:25:19,334 Amelia, mari. Saya nak beri kucing makan ubat. 399 00:25:19,418 --> 00:25:21,126 Baiklah. Awak nak tumpang? 400 00:25:21,209 --> 00:25:22,626 - Ayah saya akan datang. - Mari. 401 00:25:22,710 --> 00:25:24,585 Kelajuannya tak lebih 20 kilometer sejam. 402 00:25:24,668 --> 00:25:26,752 - Selamat hari lahir! - Terima kasih. 403 00:25:29,501 --> 00:25:31,960 Wei-Chen! 404 00:25:32,043 --> 00:25:34,126 Apa sudah terjadi? 405 00:25:35,251 --> 00:25:36,460 Mereka ambil dia. 406 00:25:36,543 --> 00:25:37,960 Ambil siapa? 407 00:25:40,793 --> 00:25:41,835 Ayah saya. 408 00:26:06,043 --> 00:26:09,251 Tak, saya serius. Itu memang kata-katanya. 409 00:26:09,334 --> 00:26:15,251 Drama ini tentang perlawanan antara daya kehendak dan takdir seseorang. 410 00:26:15,334 --> 00:26:18,626 Tapi maksud sebenar Cassius kepada Brutus 411 00:26:18,710 --> 00:26:20,293 adalah, "Jangan jadi penakut." 412 00:26:21,752 --> 00:26:24,585 "Kita dalam keadaan hina. 413 00:26:24,668 --> 00:26:28,460 Nasib kita di tangan orang." 414 00:26:28,543 --> 00:26:30,543 Dengan kata lain, bertindak. 415 00:26:31,251 --> 00:26:35,877 "Bukan salah bintang kita, Brutus, 416 00:26:35,960 --> 00:26:41,043 tapi kerana kita orang bawahan." 417 00:26:41,877 --> 00:26:46,251 Dia maksudkan, takdir bukan ditentukan di atas sana, 418 00:26:46,334 --> 00:26:48,002 tapi di bawah sini. 419 00:26:48,585 --> 00:26:53,043 Jadi, beranikan diri, bertindak. 420 00:26:54,460 --> 00:26:56,251 Dan kemudian mereka bunuh Caesar. 421 00:27:01,084 --> 00:27:04,918 Kita sambung perbincangan ini esok selepas latihan. 422 00:27:05,043 --> 00:27:06,209 Terima kasih, semua. 423 00:27:12,293 --> 00:27:15,710 Marissa. Bagusnya awak telefon. Awak dah baca skrip itu? 424 00:27:15,793 --> 00:27:19,293 Belum lagi, saya akan baca. Awak mungkin tahu sebab saya hubungi awak. 425 00:27:19,376 --> 00:27:20,960 Ya, rancangan sua kembali itu. 426 00:27:21,043 --> 00:27:23,043 Ini secara langsung, Jamie. 427 00:27:23,126 --> 00:27:25,376 Mereka perlukan jawapan hari ini. 428 00:27:25,460 --> 00:27:27,835 Semua akan kembali kecuali Lacey. 429 00:27:27,918 --> 00:27:29,126 Tiada siapa suka dia pun. 430 00:27:29,209 --> 00:27:31,877 Saya perlukan masa untuk berfikir. 431 00:27:31,960 --> 00:27:33,543 Nak fikir apa lagi? 432 00:27:33,626 --> 00:27:36,043 Saya masih cuba cari modal untuk filem saya, 433 00:27:36,126 --> 00:27:38,209 dan saya mengajar di kolej junior. 434 00:27:38,293 --> 00:27:41,960 Peluang begini tak selalu hadir. 435 00:27:42,460 --> 00:27:45,209 Mereka bincangkan kemungkinan untuk adakan musim baru. 436 00:27:45,877 --> 00:27:51,043 Mereka perlukan awak. Saya tak mahu awak lepaskan peluang ini. 437 00:27:51,126 --> 00:27:53,918 - Saya perlu sebutkah ayat itu? - Saya tahu awak akan tanya. 438 00:27:54,960 --> 00:27:57,501 Marissa, saya perlukah sebut ayat itu? 439 00:27:57,585 --> 00:27:59,251 Ini pendapat saya. 440 00:27:59,334 --> 00:28:02,043 Pada saya Freddy Wong ialah watak yang diingati. 441 00:28:02,126 --> 00:28:04,418 Pada saya awak ialah perintis 442 00:28:04,501 --> 00:28:07,043 yang membuka peluang untuk satu generasi pelakon. 443 00:28:07,668 --> 00:28:10,460 Dan mereka perlu bawa idea baru untuk rancangan itu juga. 444 00:28:10,960 --> 00:28:12,543 Jadi kita masih boleh berbincang. 445 00:28:13,585 --> 00:28:16,209 Bulan lepas saya tukar minyak kereta. 446 00:28:16,293 --> 00:28:19,293 Saya duduk di situ 45 minit, tiada siapa bercakap dengan saya. 447 00:28:19,376 --> 00:28:21,126 Kemudian semasa saya nak balik, 448 00:28:21,209 --> 00:28:23,918 pekerja di situ jerit, "Apa ala hal?" 449 00:28:24,002 --> 00:28:25,418 Sudah 30 tahun. 450 00:28:25,501 --> 00:28:28,668 Saya tahu. Ia takkan berubah. 451 00:28:29,334 --> 00:28:31,084 Salahkah jika awak dibayar untuk itu? 452 00:28:31,168 --> 00:28:33,126 Mungkin cukup untuk biaya filem awak. 453 00:28:33,209 --> 00:28:35,585 Marissa, tolonglah baca skrip itu. 454 00:28:35,668 --> 00:28:36,668 Saya baca malam ini. 455 00:29:41,543 --> 00:29:43,543 Terjemahan sari kata oleh Liyana Zahari