1 00:00:25,067 --> 00:00:26,068 Tak guna. 2 00:00:27,528 --> 00:00:29,613 Menyeramkan sebab ayah suka duduk dalam gelap. 3 00:00:29,696 --> 00:00:35,577 Saya tak boleh hukum awak untuk tinggal dalam keadaan paling teruk selamanya. 4 00:00:35,661 --> 00:00:39,706 Saya sangat sayangkan awak. 5 00:00:40,832 --> 00:00:42,793 - Apa? - Gary Oldman? Dracula? 6 00:00:43,418 --> 00:00:45,128 - Tak tahu? - Tak. 7 00:00:46,380 --> 00:00:50,759 Hei, ayah perlu ikat jamin Sean dari penjara sebelum pergi kerja. 8 00:00:51,844 --> 00:00:54,346 Ayah juga ada perjumpaan dengan kaunselor awak nanti. 9 00:00:54,429 --> 00:00:55,931 Apa dia mahu cakap tentang awak? 10 00:00:56,014 --> 00:01:00,435 Dia mungkin tanya, "Apa perasaan Alice selepas awak dipukul di perlawanannya?" 11 00:01:00,519 --> 00:01:02,771 Kecuali dia mungkin tak tahu tentang itu. 12 00:01:02,855 --> 00:01:05,232 Dia pegang pek ais pada muka ayah. 13 00:01:05,315 --> 00:01:07,985 Malik. Ayah suka dia. 14 00:01:08,485 --> 00:01:10,028 Dia lemah lembut. 15 00:01:10,946 --> 00:01:13,448 Hei, kalau awak mahu makan malam ini… 16 00:01:13,532 --> 00:01:15,617 Saya sibuk. Hari ini Taco Selasa. 17 00:01:15,701 --> 00:01:19,496 Ya. Perayaan makanan mingguan agak bersifat perkauman kegemaran ayah. 18 00:01:20,664 --> 00:01:21,790 Awak makan taco dengan siapa? 19 00:01:31,508 --> 00:01:33,093 Baiklah. 20 00:01:33,177 --> 00:01:36,013 Ayah ada jika awak mahu makan malam bersama. 21 00:01:36,096 --> 00:01:37,723 Ayah akan ada di sini, 22 00:01:38,515 --> 00:01:39,725 di tempat duduk ayah. 23 00:01:40,934 --> 00:01:41,977 Pergi dulu. 24 00:01:42,644 --> 00:01:43,687 Ayah sayang awak. 25 00:01:44,813 --> 00:01:47,691 - Berseronoklah. - Saya pasti ia hebat. 26 00:01:49,610 --> 00:01:52,696 - Cakap. - Bukan semua orang di sini dungu. 27 00:01:52,779 --> 00:01:53,780 Bagus. 28 00:02:02,873 --> 00:02:04,958 - Selamat pagi, Jimmy. - Hei. 29 00:02:05,042 --> 00:02:07,753 Saya buat seperti yang awak suruh. Saya tak mendesak dia. 30 00:02:07,836 --> 00:02:10,839 Saya ajak dia makan malam secara kasual dan awak tahu apa jadi? 31 00:02:10,923 --> 00:02:12,841 Dia menolak saya mentah-mentah. 32 00:02:12,925 --> 00:02:15,594 Boleh kita berbual hal ini selepas saya minum kopi? 33 00:02:15,677 --> 00:02:17,012 Tak. Saya tahu awak cakap 34 00:02:17,095 --> 00:02:20,432 saya patut biarkan dia datang pada saya, tapi saya mula hilang harapan. 35 00:02:20,516 --> 00:02:21,725 Sudah tentu. 36 00:02:21,808 --> 00:02:23,977 Awak baru saja cuba cara ini. 37 00:02:24,061 --> 00:02:25,395 Perlian yang bagus, Paul. 38 00:02:25,479 --> 00:02:28,524 Awak tak boleh paksa. Awak mengasingkan diri hampir setahun. 39 00:02:28,607 --> 00:02:31,527 Saya ada untuk awak apabila awak dah sedia. 40 00:02:31,610 --> 00:02:34,196 Alice akan makan malam dengan awak apabila dia sudah sedia. 41 00:02:34,279 --> 00:02:35,697 Awak tunggu saja. 42 00:02:35,781 --> 00:02:37,950 Itu caranya dengan orang kita sayang. 43 00:02:38,825 --> 00:02:39,910 Awak cakap awak sayang saya. 44 00:02:39,993 --> 00:02:41,328 Tidak. 45 00:02:41,411 --> 00:02:42,788 Ia kedengaran begitu. 46 00:02:42,871 --> 00:02:44,998 Saya belum sedia untuk balasnya, tapi… 47 00:02:45,499 --> 00:02:47,626 Kenapa ada bunyi siren? Awak di mana? 48 00:02:47,709 --> 00:02:48,794 JABATAN POLIS PASADENA 49 00:02:48,877 --> 00:02:51,713 Baiklah, Paul, saya akan berterus-terang dengan awak… 50 00:02:53,715 --> 00:02:55,008 Awak banyak membantu, 51 00:02:55,092 --> 00:02:56,802 jadi saya mahu belikan awak donat. 52 00:02:56,885 --> 00:02:59,137 Saya pergi ke kedai donat 53 00:02:59,221 --> 00:03:00,848 dan rupa-rupanya, kedai itu dirompak. 54 00:03:00,931 --> 00:03:03,725 Ada serpihan kaca dan darah di merata-rata tempat. 55 00:03:03,809 --> 00:03:05,269 Mungkin jeli. 56 00:03:05,352 --> 00:03:08,564 Apa-apa pun, tiada donat untuk kita hari ini, Paul, 57 00:03:08,647 --> 00:03:09,898 tapi kita akan jumpa di pejabat. 58 00:03:09,982 --> 00:03:10,983 Okey. Pergi dulu. 59 00:03:11,650 --> 00:03:13,068 Tak guna! 60 00:03:14,528 --> 00:03:16,071 Sekarang saya mahu donat. 61 00:03:20,701 --> 00:03:21,910 Terima kasih sebab datang. 62 00:03:31,545 --> 00:03:33,630 - Selamat pagi. - Berambuslah. 63 00:03:36,592 --> 00:03:38,594 Kenapa ibu bapa awak tak ikat jamin awak? 64 00:03:39,178 --> 00:03:40,304 Saya tak hubungi mereka. 65 00:03:41,346 --> 00:03:45,017 Hei, awak ada kenal peguam? Dia pasti akan saman saya. 66 00:03:47,352 --> 00:03:49,188 Ya, saya kenal seorang. 67 00:03:49,271 --> 00:03:50,772 Dia lelaki yang teruk? 68 00:03:50,856 --> 00:03:54,526 - Tidak. Dia yang terbaik. - Bagus. 69 00:03:54,610 --> 00:03:57,279 Cuma saya menyorok daripadanya selama setahun. 70 00:04:02,618 --> 00:04:03,452 Ya Tuhan. 71 00:04:03,535 --> 00:04:05,495 JIMMY TELEFON BIMBIT 72 00:04:05,579 --> 00:04:07,247 Lihat. 73 00:04:07,331 --> 00:04:09,666 - Apa saya patut buat? - Jawablah. 74 00:04:09,750 --> 00:04:11,043 - Saya belum sedia. - Sudah. 75 00:04:12,753 --> 00:04:15,130 - Bagaimana rupa saya? - Hebat, tapi ini panggilan telefon. 76 00:04:15,214 --> 00:04:17,757 - Aduhai! - Jawab saja. 77 00:04:18,800 --> 00:04:19,885 Jimmy? 78 00:04:23,138 --> 00:04:25,307 - Helo? - Hai, Brian! 79 00:04:25,390 --> 00:04:26,975 Itu normal. 80 00:04:57,089 --> 00:04:59,633 Paul tak boleh tahu hal ini. 81 00:04:59,716 --> 00:05:02,010 - Awak nampak teruk, Jimmy. - Ya, saya tahu. 82 00:05:02,094 --> 00:05:03,262 Sean okey? 83 00:05:03,345 --> 00:05:06,390 Sean okey, tapi suami pesakit saya dibelasah teruk. 84 00:05:06,473 --> 00:05:07,766 Apa? 85 00:05:10,394 --> 00:05:12,396 - Kenapa dengan awak? - Saya jatuh. 86 00:05:13,188 --> 00:05:14,690 - Bagaimana? - Bagaimana? 87 00:05:14,773 --> 00:05:19,862 Saya pakai kasut baharu dan ia tak mencengkam. 88 00:05:19,945 --> 00:05:21,530 Saya patut beli yang mencengkam. 89 00:05:22,114 --> 00:05:24,908 Kasut licin akan susahkan awak. 90 00:05:26,034 --> 00:05:29,204 - Mata awak yang cedera? - Ya. 91 00:05:31,874 --> 00:05:33,333 Awak sangat dekat. Okey. 92 00:05:33,417 --> 00:05:35,210 Sebab kasut awak yang licin? 93 00:05:35,294 --> 00:05:37,045 Ya. Tepat sekali. 94 00:05:38,922 --> 00:05:41,425 - Saya buat seperti kartun, Paul. - Teruk. 95 00:05:43,510 --> 00:05:45,345 Kemudian dia terlanggar meja sisi. 96 00:05:45,929 --> 00:05:48,182 Awak ada meja sisi atau kecil, Paul? 97 00:05:48,265 --> 00:05:49,975 - Ya. - Baguslah. 98 00:05:50,058 --> 00:05:53,687 Awak ada TV untuk tonton perlawanan tenis dengan orang lain? 99 00:05:53,770 --> 00:05:56,815 TV lama, berbentuk kotak dan sangat berat? 100 00:05:56,899 --> 00:05:57,816 Seperti TV Zenith? 101 00:05:57,900 --> 00:06:02,154 Tiada orang lain di rumah saya. Saya bukan antisosial. 102 00:06:02,237 --> 00:06:05,532 Saya pasti itulah maksud antisosial. 103 00:06:05,616 --> 00:06:08,911 Saya tahu kamu buat begini untuk malukan saya sebab saya agak bersendiri, 104 00:06:08,994 --> 00:06:12,289 tapi itu hanya kuatkan pendirian saya. 105 00:06:12,915 --> 00:06:13,916 "Agak bersendiri"? 106 00:06:14,541 --> 00:06:18,086 Sudah lama saya kenal awak. Saya tak pernah masuk rumah awak, 107 00:06:18,170 --> 00:06:20,130 tak tahu rupanya. Tak pernah jumpa anak awak. 108 00:06:20,214 --> 00:06:24,468 - Ya, beritahulah tentang anak awak. - Dia tinggal di Connecticut. 109 00:06:29,640 --> 00:06:32,434 Langsung tak beritahu maklumat. 110 00:06:32,518 --> 00:06:33,810 Ada batasan bagi saya. 111 00:06:33,894 --> 00:06:35,687 Saya sentiasa ada untuk pesakit saya, 112 00:06:35,771 --> 00:06:38,607 cuma bukan untuk rakan sekerja yang sangat manja. 113 00:06:38,690 --> 00:06:40,609 - Teruk. - Tidak. 114 00:06:40,692 --> 00:06:41,944 - Dia maksudkan awak. - Itu awak. 115 00:06:42,027 --> 00:06:43,612 - Tidak. - Dia maksudkan awak. 116 00:06:43,695 --> 00:06:44,780 - Ya. - Maaf tentang dia. 117 00:06:44,863 --> 00:06:46,740 Keluarga saya hal peribadi saya. 118 00:06:47,491 --> 00:06:49,868 Rumah saya Kubu Bersendirian saya. 119 00:06:49,952 --> 00:06:52,162 Awak patut namakan memoir awak Kubu Bersendirian. 120 00:06:52,246 --> 00:06:55,040 Saya takkan beritahu awak tajuk memoir saya. 121 00:06:55,123 --> 00:06:57,751 - Dia sangat tegas hari ini. - Dia marah sebab saya cakap, 122 00:06:57,835 --> 00:07:00,254 - "memoir," dan jelas sekali ia… - "Mem-wah." 123 00:07:00,337 --> 00:07:01,839 - "…mem-wah." - Itu boleh buat ramai marah. 124 00:07:01,922 --> 00:07:04,466 Ya. Ini datuk saya dan ini "mem-wah" saya. 125 00:07:06,051 --> 00:07:08,971 Saya dan kakak saya berperangai seperti remaja semula. 126 00:07:09,054 --> 00:07:10,889 Banyak minum alkohol, tidur lambat. 127 00:07:10,973 --> 00:07:14,601 Aduhai! Malam semalam kami mengganggu bekas pengetua kami dengan panggilan. 128 00:07:14,685 --> 00:07:17,271 - Dia sudah meninggal, jadi tak seronok. - Bagaimana dia meninggal? 129 00:07:17,354 --> 00:07:19,481 Dia dibunuh oleh kaunselor pembimbing. 130 00:07:19,565 --> 00:07:21,149 Mengejutkan. 131 00:07:21,233 --> 00:07:23,026 Kenapa awak menyorok daripada saya? 132 00:07:23,110 --> 00:07:25,529 Boleh gerakkan kamera? Saya tak nampak seluruh muka awak. 133 00:07:26,655 --> 00:07:27,489 Ya. 134 00:07:29,157 --> 00:07:30,409 Bagaimana? Lebih baik? 135 00:07:30,492 --> 00:07:33,245 Itu seperti kerusi awak bergerak, bukan kamera awak. 136 00:07:33,328 --> 00:07:35,747 Pelik. Kerusi saya tak bergerak. 137 00:07:35,831 --> 00:07:40,043 Ini mungkin ilusi optik yang pelik atau… Mungkin penyaring. 138 00:07:40,127 --> 00:07:42,129 - Grace, masa kita sudah tamat. - Apa? 139 00:07:42,212 --> 00:07:44,298 Saya mahu beritahu awak buat dengan bagus, okey? 140 00:07:44,381 --> 00:07:45,966 Berbual lagi minggu depan. Pergi dulu. 141 00:07:49,344 --> 00:07:52,931 Saya tak pernah nampak tempat itu sibuk begitu. 142 00:07:53,015 --> 00:07:54,892 Jadi, saya fikir saya akan lalu saja, 143 00:07:54,975 --> 00:08:00,355 tapi teka siapa berhenti buat kerja dan tanya tentang hari saya? 144 00:08:00,439 --> 00:08:01,607 Rasanya saya tahu, Dan. 145 00:08:02,107 --> 00:08:03,609 - Barista itu. - Ya! 146 00:08:03,692 --> 00:08:04,902 Barista itu. 147 00:08:04,985 --> 00:08:06,361 - Sekali lagi. - Sekali lagi. 148 00:08:06,445 --> 00:08:08,780 Kenapa awak tak buat saja kopi saya? 149 00:08:08,864 --> 00:08:09,990 Sudah tentu. 150 00:08:11,033 --> 00:08:13,827 Atau awak boleh jawab soalannya. 151 00:08:13,911 --> 00:08:18,498 - Yalah… Apa pendapat awak? - Jangan harap. 152 00:08:18,582 --> 00:08:20,876 Kenapa saya patut berbual dengan dia? 153 00:08:20,959 --> 00:08:22,920 Mungkin buat dia seronok. 154 00:08:23,003 --> 00:08:25,672 Dia akan seronok dengar tentang hari saya? 155 00:08:26,423 --> 00:08:27,966 Saya gembira mendengarnya, Dan. 156 00:08:29,092 --> 00:08:30,427 Ini pendapat saya. 157 00:08:30,969 --> 00:08:33,847 Mungkin perasaan "Saya benci semua orang" ini 158 00:08:33,931 --> 00:08:36,140 buat kehidupan awak agak terasing. 159 00:08:36,725 --> 00:08:38,477 Awak tak penat berasa sunyi? 160 00:08:39,061 --> 00:08:42,105 Sebab saya sunyi, Dan. 161 00:08:44,149 --> 00:08:46,485 Saya sangat sunyi. 162 00:08:47,819 --> 00:08:48,695 Teruk. 163 00:08:50,239 --> 00:08:51,240 Ya. 164 00:08:52,866 --> 00:08:53,867 Betul. 165 00:08:58,247 --> 00:09:01,041 Awak mahu kopi, Dan? Saya mahu kopi. 166 00:09:01,834 --> 00:09:04,419 - Hei. Kamu mahu pesan apa? - Stan. 167 00:09:04,962 --> 00:09:06,839 Nama dia Dan. Nama kamu berirama. 168 00:09:06,922 --> 00:09:07,923 Menyeronokkan, bukan? 169 00:09:08,006 --> 00:09:09,424 Saya akan bunuh awak. 170 00:09:10,884 --> 00:09:12,886 Dua Americano. 171 00:09:12,970 --> 00:09:14,555 Baiklah. Bagaimana hari awak hari ini? 172 00:09:15,305 --> 00:09:17,808 Hari saya bermula perlahan, tapi sekarang makin bagus. 173 00:09:19,101 --> 00:09:20,018 Dan? 174 00:09:22,229 --> 00:09:24,773 Hari saya okey, tapi sekarang teruk. 175 00:09:25,315 --> 00:09:26,316 Saya pun. 176 00:09:26,400 --> 00:09:29,403 Kami kehabisan susu oat. Semua orang mengamuk. 177 00:09:29,486 --> 00:09:31,613 - Susu oat teruk. - Ya. 178 00:09:32,906 --> 00:09:34,032 Terima kasih. 179 00:09:34,116 --> 00:09:35,492 Saya akan siapkan kopi kamu. 180 00:09:40,873 --> 00:09:42,666 - Saya benci itu. - Saya tak percaya. 181 00:09:43,834 --> 00:09:45,460 Alamak! Saya perlu pergi. 182 00:09:45,544 --> 00:09:47,129 Sesi tamat. Berseronoklah. 183 00:09:47,212 --> 00:09:49,173 Tunggu. Awak kata awak akan bayar. 184 00:09:52,676 --> 00:09:55,220 PENTADBIRAN 185 00:09:56,722 --> 00:09:58,599 Helo. Maaf saya lewat. 186 00:09:58,682 --> 00:10:00,184 Saya ada pesakit, tapi sudah sampai. 187 00:10:00,267 --> 00:10:01,685 Kami mulakan tanpa awak. 188 00:10:01,768 --> 00:10:04,021 Saya tak tahu jika Liz akan terus ganti atau… 189 00:10:04,104 --> 00:10:06,064 - Tidak. Hanya dua kali. - Tiga kali. 190 00:10:06,148 --> 00:10:08,150 Tiga kali? Okey. 191 00:10:08,233 --> 00:10:09,359 Saya patut pergi? 192 00:10:11,445 --> 00:10:12,988 Tidak. Tak mengapa. Lebih meriah jika ramai. 193 00:10:13,864 --> 00:10:17,075 - Gembira dapat ada di sini. - Teruk lebam awak. 194 00:10:17,784 --> 00:10:20,913 Semalam memang teruk. 195 00:10:21,747 --> 00:10:22,748 Betul. 196 00:10:23,540 --> 00:10:25,542 Terima kasih sebab pegangkan kepala saya. 197 00:10:26,376 --> 00:10:30,088 Saya beritahu Liz Alice tarik diri daripada pasukan debat. 198 00:10:30,172 --> 00:10:33,717 Dia rasa dia tiada masa sebab bola sepak dan hal lain, 199 00:10:33,800 --> 00:10:36,261 dan saya… Cakaplah. 200 00:10:36,345 --> 00:10:37,346 Saya? Baiklah. 201 00:10:37,930 --> 00:10:39,056 Saya setuju dengan Liz. 202 00:10:39,139 --> 00:10:42,851 Dia sedang fokus dengan bola sepak. 203 00:10:42,935 --> 00:10:47,105 Guru bahasa Inggerisnya, En. Alto, cakap dia dah tak begitu bersosial. 204 00:10:47,189 --> 00:10:48,982 En. Alto seperti ejen narkotik. 205 00:10:49,066 --> 00:10:50,484 Saya pun tak suka dia. 206 00:10:50,567 --> 00:10:51,944 Dia suami saya. 207 00:10:52,444 --> 00:10:54,112 - Aduhai! - Saya rasa dia hebat. 208 00:10:54,196 --> 00:10:56,114 - Tahniah. - Mungkin Alice terganggu 209 00:10:56,198 --> 00:10:58,659 - sebab dia sangat kacak. - Ya, betul. 210 00:10:58,742 --> 00:11:01,745 Alice sudah mula fikir tentang kolej? 211 00:11:02,704 --> 00:11:07,125 Tak, saya tanya jika dia mahu ke universiti besar atau kecil… 212 00:11:07,709 --> 00:11:09,670 - Maaf. Cakaplah. - Ya. 213 00:11:09,753 --> 00:11:11,547 Saya dan ibunya bawa dia ke Pantai Timur tahun lepas, 214 00:11:11,630 --> 00:11:15,467 dia berminat dengan beberapa kolej seni liberal. 215 00:11:15,551 --> 00:11:18,554 Williams, Amherst, Vassar. 216 00:11:19,179 --> 00:11:20,806 Jimmy, awak boleh uruskannya. 217 00:11:20,889 --> 00:11:22,808 - Saya akan biarkan awak uruskan. - Okey. 218 00:11:22,891 --> 00:11:24,476 - Bagus awak ada di sini. - Terima kasih. 219 00:11:24,560 --> 00:11:26,103 Baguslah awak pergi. 220 00:11:26,770 --> 00:11:30,107 Awak tahu jika Alice rancang untuk ambil kursus AP tahun depan? 221 00:11:32,860 --> 00:11:35,237 - Liz! - Saya sudah kembali. 222 00:11:35,320 --> 00:11:36,572 - Terima kasih. - Ya? 223 00:11:36,655 --> 00:11:37,698 Kursus AP? 224 00:11:37,781 --> 00:11:41,910 Dia suka sains, jadi saya fikir fizik dengan Cik Amend. 225 00:11:41,994 --> 00:11:44,162 - Ya, tepat sekali. Saya suka itu. - Ya. 226 00:11:44,246 --> 00:11:46,331 - Mungkin boleh jumpa untuk bincang… - Bincang. 227 00:11:46,415 --> 00:11:49,501 …dan fikir cara untuk berbincang dengan jurulatih itu. 228 00:11:49,585 --> 00:11:50,752 - Ya. - Dia main bola sepak 229 00:11:50,836 --> 00:11:53,213 - dan dia akan teruskan debat… - Teruskan debat. 230 00:11:53,297 --> 00:11:55,215 - …selepas musim berakhir. - Ya. 231 00:11:55,299 --> 00:11:58,051 - Kita boleh bincang semula. - Ya, boleh bincang semula. 232 00:11:59,136 --> 00:12:01,597 Ia sangat memalukan. Saya faham. 233 00:12:01,680 --> 00:12:03,432 Liz sangat bagus dengan Alice. 234 00:12:03,515 --> 00:12:05,350 Namun, Alice anak saya. 235 00:12:05,434 --> 00:12:09,479 Hei, orang yang tolong besarkan anak kita dengan kasih sayang dan rasa hormat, 236 00:12:09,563 --> 00:12:10,898 kita patut berterima kasih. 237 00:12:11,690 --> 00:12:14,151 Betul, tapi seseorang perlu beritahu wanita kulit putih itu 238 00:12:14,234 --> 00:12:15,569 dia perlu berhenti babitkan diri. 239 00:12:15,652 --> 00:12:17,988 Saya juga berkulit putih. 240 00:12:18,071 --> 00:12:19,448 Awak memang begitu. 241 00:12:19,531 --> 00:12:20,782 Okey, awak juga sama, Paul. 242 00:12:20,866 --> 00:12:22,576 Tidak. Saya lelaki tua yang menarik. 243 00:12:22,659 --> 00:12:24,453 - Betul. - Terima kasih. 244 00:12:25,037 --> 00:12:28,749 Saya ada jumpa Liz dengan Tia sebelum anak bongsunya ke kolej. 245 00:12:28,832 --> 00:12:32,169 - Dia ibu yang bersifat melindungi. - Betul. 246 00:12:32,252 --> 00:12:35,088 Betul. Awak perlu beritahu dia yang dia bukan ibunya. 247 00:12:35,172 --> 00:12:36,006 Awak bapanya. 248 00:12:36,590 --> 00:12:38,258 - Saya bapanya. - Cakap dengan tegas. 249 00:12:38,342 --> 00:12:39,676 - Awak bapanya! - Saya bapanya. 250 00:12:39,760 --> 00:12:42,012 - Awak bapanya. - Awak bapanya. 251 00:12:42,095 --> 00:12:44,056 - Saya bapanya. - Awak bapanya. 252 00:12:44,139 --> 00:12:45,474 Saya bapanya! 253 00:12:45,557 --> 00:12:47,267 Ya. Pergi beritahu dia sekarang. 254 00:12:47,351 --> 00:12:48,685 Terima kasih! Saya bapanya! 255 00:12:48,769 --> 00:12:50,562 - Awak bapanya. - Pergi beritahu. 256 00:12:52,773 --> 00:12:54,358 Dia akan cakap begitu kepadanya? 257 00:12:54,441 --> 00:12:55,275 Tidak. 258 00:12:56,568 --> 00:13:01,365 Tulang pipi klien saya retak dan dia alami tekanan emosi yang teruk. 259 00:13:01,448 --> 00:13:04,910 Jangan buang masa. Kecuali awak tarik balik tuduhan serangan… 260 00:13:04,993 --> 00:13:06,203 Kenapa saya mahu tarik balik? 261 00:13:06,286 --> 00:13:07,704 Sebab saya ada 30 saksi 262 00:13:07,788 --> 00:13:10,666 yang nampak awak berjalan ke pakar terapi yang dihormati 263 00:13:10,749 --> 00:13:14,670 dan menyerangnya dengan ganas tanpa diberangsangkan. 264 00:13:14,753 --> 00:13:19,341 Klien saya cuma selamatkan pakar terapinya daripada dibunuh. 265 00:13:19,424 --> 00:13:22,135 Klien saya tak buat jenayah. 266 00:13:22,219 --> 00:13:23,720 Jika awak mahu bincang kesannya, 267 00:13:23,804 --> 00:13:25,848 pakar terapi ini sanggup beri keterangan 268 00:13:25,931 --> 00:13:29,518 yang serangan ganas klien awak 269 00:13:29,601 --> 00:13:31,353 menyebabkan dia alami sakit kepala. 270 00:13:32,145 --> 00:13:33,814 Kepala saya sakit dan tak boleh fokus. 271 00:13:33,897 --> 00:13:36,024 Saya hampir buang air besar dalam seluar. 272 00:13:36,108 --> 00:13:37,150 Ya Tuhan. 273 00:13:38,068 --> 00:13:39,820 Perjumpaan itu sudah bermula? 274 00:13:39,903 --> 00:13:41,738 Ya. Inilah perjumpaan itu. 275 00:13:41,822 --> 00:13:42,990 Jangan risau. Awak okey. 276 00:13:44,116 --> 00:13:44,950 Tragik. 277 00:13:50,873 --> 00:13:55,335 Teruskan berjalan. 278 00:13:55,419 --> 00:13:58,839 Ya! Biar betul. Itu menakjubkan. 279 00:13:59,590 --> 00:14:00,757 Saya suka ancam pembuli. 280 00:14:00,841 --> 00:14:02,593 - Dia pembuli, bukan? - Ya. 281 00:14:02,676 --> 00:14:04,178 Kita musnahkan mereka. 282 00:14:05,304 --> 00:14:06,930 Saya sudah cakap. Rancangan saya berjalan lancar. 283 00:14:07,014 --> 00:14:08,515 Dia selalu cakap begitu. 284 00:14:08,599 --> 00:14:10,350 Itu mantera saya. Rancangan saya berjalan lancar. 285 00:14:10,434 --> 00:14:13,061 Awak buat dengan sangat bagus. Awak selalu buat begitu? 286 00:14:13,145 --> 00:14:14,980 Tidak. Saya peguam hartanah. 287 00:14:15,063 --> 00:14:17,524 Saya rasa amat teruja. 288 00:14:17,608 --> 00:14:21,320 Saya Atticus Finch. Julianna Margulies. Elle Woods! 289 00:14:21,403 --> 00:14:22,654 Kita patut buat sesuatu. 290 00:14:22,738 --> 00:14:24,740 Mahu pergi ke kelab? Sekarang pukul dua. 291 00:14:25,240 --> 00:14:26,617 - Mahu makan aiskrim? - Ya. 292 00:14:27,492 --> 00:14:28,410 Saya tak boleh. 293 00:14:28,493 --> 00:14:31,830 - Awak tak pernah menolak aiskrim. - Ya, tapi saya perlu ke pejabat. 294 00:14:32,414 --> 00:14:36,210 - Awak memang hebat, Brian. - Terima kasih. 295 00:14:36,293 --> 00:14:38,629 Tunggu. Kami main pickleball malam ini. 296 00:14:38,712 --> 00:14:41,006 Awak akan datang. Pukul lapan. Tempat sama. Datang. 297 00:14:41,089 --> 00:14:44,426 - Tak boleh. - Tolonglah. Ia sama seperti dulu. 298 00:14:44,510 --> 00:14:45,552 Saya tahu. 299 00:14:47,054 --> 00:14:48,931 Kamu kawan baik, bukan? 300 00:14:50,015 --> 00:14:51,016 Apa awak dah buat? 301 00:14:53,393 --> 00:14:54,686 Saya tak tahu. 302 00:14:58,857 --> 00:15:00,651 Apa itu pickleball? 303 00:15:00,734 --> 00:15:02,903 Sukan yang semakin popular di Amerika. Jangan ketinggalan. 304 00:15:03,904 --> 00:15:05,531 Mungkin untuk orang kulit putih. 305 00:15:08,033 --> 00:15:10,577 Hei. Mahu keluar dengan saya malam ini? Jangan terus menolak. 306 00:15:11,161 --> 00:15:12,246 Kenapa? Ada apa? 307 00:15:12,329 --> 00:15:14,915 "Minum Bawah Jambatan." 308 00:15:15,707 --> 00:15:19,169 Marilah. Semua orang akan ada di sana. 309 00:15:19,253 --> 00:15:22,840 Mark ada White Claws dan kalau seorang daripada kita pura-pura mahu bersamanya, 310 00:15:22,923 --> 00:15:24,758 dia akan simpan perisa ceri hitam untuk kita. 311 00:15:24,842 --> 00:15:27,386 Kita boleh minum banyak alkohol. Saya mahu muntah. 312 00:15:27,469 --> 00:15:29,012 Tidak. 313 00:15:29,096 --> 00:15:32,766 Saya janji ia seronok dan kita akan menari, 314 00:15:32,850 --> 00:15:35,269 kemudian kita ambil gambar yang sangat kabur 315 00:15:35,352 --> 00:15:38,939 dan saya boleh tulis, "Gambar berkualiti rendah dengan kawan berkualiti tinggi." 316 00:15:39,022 --> 00:15:40,816 Itu bagus, bukan? 317 00:15:40,899 --> 00:15:44,361 Saya dapat yakinkan awak? Tolonglah. 318 00:15:44,444 --> 00:15:49,241 - Pergi dulu. - Ia pasti seronok… Jumpa nanti. 319 00:15:49,324 --> 00:15:50,325 Summer sangat dungu. 320 00:15:50,993 --> 00:15:53,912 Dia mahu saya pergi ke acara Minum Bawah Jambatan. 321 00:15:53,996 --> 00:15:54,830 Apa itu? 322 00:15:54,913 --> 00:15:57,374 Mereka minum di bawah jambatan. 323 00:15:57,958 --> 00:15:59,668 Itu nama yang sangat sesuai. 324 00:15:59,751 --> 00:16:01,670 Mereka semua tak matang. 325 00:16:01,753 --> 00:16:04,256 Mereka memang begitu. Mereka remaja. 326 00:16:04,339 --> 00:16:06,049 Mereka tiada pengalaman seperti awak. 327 00:16:06,675 --> 00:16:07,843 Mereka bertuah. 328 00:16:08,427 --> 00:16:09,428 Buat masa ini. 329 00:16:10,888 --> 00:16:13,557 Tiada orang yang hidup tanpa masalah. 330 00:16:13,640 --> 00:16:17,978 Termasuk awak dan saya, En. Tangan Menggigil. 331 00:16:19,438 --> 00:16:21,732 Namun, awak ada pilihan. 332 00:16:21,815 --> 00:16:24,318 Awak mahu biarkan perasaan sedih menguasai awak, 333 00:16:25,944 --> 00:16:29,198 atau awak akan hadapinya dan pulih daripadanya? 334 00:16:33,243 --> 00:16:34,244 Saya rindukan dia, 335 00:16:36,205 --> 00:16:37,539 tapi tiada orang faham. 336 00:16:37,623 --> 00:16:39,124 Saya kenal orang yang faham. 337 00:16:40,375 --> 00:16:43,128 Dia tinggi dan selalu hubungi saya. 338 00:16:45,506 --> 00:16:46,507 Balingan yang bagus. 339 00:16:47,216 --> 00:16:48,592 Dia mahu makan malam bersama. 340 00:16:49,510 --> 00:16:50,761 Teruk betul. 341 00:16:51,345 --> 00:16:55,807 Saya tak boleh tiba-tiba berpura-pura semuanya okey antara kami. 342 00:16:55,891 --> 00:16:58,352 Awak pernah dengar "pura-pura sehingga berjaya"? 343 00:16:58,435 --> 00:17:02,231 Jadi anaknya selama… Cuba sejam. 344 00:17:02,731 --> 00:17:03,982 Sejam? 345 00:17:04,691 --> 00:17:06,234 Terapi teruk. 346 00:17:06,318 --> 00:17:07,361 Ini bukan terapi. 347 00:17:07,444 --> 00:17:10,739 Ini perbualan yang ayah awak tak boleh tahu. 348 00:17:10,821 --> 00:17:11,698 Kenapa? 349 00:17:11,781 --> 00:17:14,117 Sebab dia akan perbesarkannya. 350 00:17:14,201 --> 00:17:16,203 Dia mahu peluk saya atau sesuatu begitu. 351 00:17:16,286 --> 00:17:17,579 Ya, betul. 352 00:17:18,622 --> 00:17:19,830 Bagaimana? 353 00:17:21,040 --> 00:17:22,041 Satu makan malam. 354 00:17:23,085 --> 00:17:26,755 Pergi beli sandwic dari restoran ayam Nashville itu. 355 00:17:26,839 --> 00:17:29,049 Kemudian awak boleh pergi ke jambatan 356 00:17:29,132 --> 00:17:32,135 dan menilai remaja dungu. 357 00:17:32,219 --> 00:17:34,596 Summer mahu pergi sebab kami akan jadi selebriti. 358 00:17:35,222 --> 00:17:36,223 Kenapa? 359 00:17:36,723 --> 00:17:38,100 Perlawanan bola sepak itu. 360 00:17:39,434 --> 00:17:42,771 Pesakit psiko ayah mulakan pergaduhan, 361 00:17:42,855 --> 00:17:45,148 sekarang semua orang mahu cakap tentang itu. 362 00:17:48,986 --> 00:17:49,820 2:08 PETANG 363 00:17:49,903 --> 00:17:50,988 Sekali lagi? 364 00:17:51,530 --> 00:17:52,531 Awak tengok jam, 365 00:17:52,614 --> 00:17:55,242 jadi sekarang awak perlu tahan nafas sehingga minit berubah. 366 00:17:55,784 --> 00:17:57,119 Okey. 367 00:17:58,120 --> 00:18:00,914 Saya tahu awak rasa dorongan… 368 00:18:00,998 --> 00:18:02,165 Minit berubah. 369 00:18:02,249 --> 00:18:04,585 Awak fikir dorongan ini akan bantu menghalang 370 00:18:04,668 --> 00:18:07,171 perkara buruk daripada berlaku, tapi itu keajaiban fikiran. 371 00:18:07,254 --> 00:18:08,881 - Saya suka keajaiban. - Saya juga. 372 00:18:08,964 --> 00:18:11,300 Dunia ini tak boleh dijangka. 373 00:18:11,383 --> 00:18:15,345 Namun, saya janji, pejabat saya tempat yang selamat. 374 00:18:16,471 --> 00:18:18,348 - Awak bergurau? - Helo. 375 00:18:18,432 --> 00:18:20,392 Awak minta saya bebaskan kawan awak. 376 00:18:20,475 --> 00:18:22,644 Saya berjaya lakukannya. 377 00:18:22,728 --> 00:18:24,354 Saya tak mahu ganggu, tapi kami ada hal. 378 00:18:24,438 --> 00:18:26,440 Kemudian awak pergi begitu saja? 379 00:18:26,523 --> 00:18:28,692 Berani betul awak. 380 00:18:28,775 --> 00:18:29,943 Saya tak berniat mencarut. 381 00:18:30,027 --> 00:18:32,571 Saya sangat marah. Saya akan bayar sesi ini. 382 00:18:32,654 --> 00:18:35,699 Bukan awak. Saya takkan bayar awak, tapi awak melalui Venmo. 383 00:18:35,782 --> 00:18:37,659 Awak akan main pickleball. 384 00:18:37,743 --> 00:18:38,744 Brian. 385 00:18:39,453 --> 00:18:40,871 Saya cakap malam ini tak boleh. 386 00:18:40,954 --> 00:18:43,332 Awak tak nak luangkan masa dengan kawan baik awak, 387 00:18:43,415 --> 00:18:46,710 supaya awak boleh minum wiski dengan koleh Santa dalam gelap. 388 00:18:46,793 --> 00:18:50,756 Itu amat menyedihkan. 389 00:18:53,509 --> 00:18:57,221 Awak sangat biadab dan saya tak berhak dilayan begitu. Awak juga. 390 00:18:58,931 --> 00:19:00,933 Maafkan saya sekali lagi. Pergi dulu. 391 00:19:07,940 --> 00:19:08,774 Bernafas, Wally. 392 00:19:10,609 --> 00:19:12,569 - Awak akan mati. - Kita semua akan mati. 393 00:19:14,655 --> 00:19:17,491 - Apa awak buat? - Menggilap batu. 394 00:19:18,367 --> 00:19:20,953 Saya jumpa restoran hebat 395 00:19:21,036 --> 00:19:24,706 yang kita boleh main cornhole semasa makan pembuka selera. 396 00:19:24,790 --> 00:19:27,084 - Mahu pergi malam ini? - Saya takkan pergi. 397 00:19:27,167 --> 00:19:30,212 Lagipun, hari ini Taco Selasa dan Alice akan datang. 398 00:19:30,295 --> 00:19:33,507 Ya. Budak yang bukan anak kita. Saya dijemput? 399 00:19:33,590 --> 00:19:34,675 Ya, tapi jangan datang. 400 00:19:36,635 --> 00:19:38,637 - Nikmati batu awak. - Terima kasih. 401 00:19:39,680 --> 00:19:41,598 Maaf! Liz? 402 00:19:42,766 --> 00:19:43,767 Hai. 403 00:19:43,851 --> 00:19:44,852 Hai. 404 00:19:46,019 --> 00:19:47,813 - Gaby, bukan? - Ya. 405 00:19:47,896 --> 00:19:50,649 Saya tak jumpa awak sejak Tia… 406 00:19:50,732 --> 00:19:53,360 - Apa khabar? - Sihat. 407 00:19:53,443 --> 00:19:57,739 Saya datang untuk hantar bola keranjang baharu untuk Jimmy dan Alice. 408 00:19:57,823 --> 00:19:59,366 Dia mahu main dengannya semula. 409 00:19:59,449 --> 00:20:00,868 - Bagus. - Sangat bagus. 410 00:20:03,662 --> 00:20:05,080 - Gembira jumpa awak. - Saya juga. 411 00:20:05,163 --> 00:20:06,415 Aduhai! Selain itu, 412 00:20:06,915 --> 00:20:09,626 Jimmy beritahu saya yang awak sangat bagus dengan Alice. 413 00:20:09,710 --> 00:20:11,962 Saya gembira dapat tolong. Dia budak yang hebat. 414 00:20:12,045 --> 00:20:13,672 Dia yang terbaik. 415 00:20:14,256 --> 00:20:15,966 - Awak tahu saya ibu pembaptisannya? - Tidak. 416 00:20:16,049 --> 00:20:18,343 Ya, ia hebat. Saya suka. 417 00:20:18,427 --> 00:20:21,430 Jimmy sedang cuba. 418 00:20:22,181 --> 00:20:25,809 Dia mahu menyokong Alice semula 419 00:20:26,935 --> 00:20:30,314 - dan itu bagus, bukan? - Semestinya. 420 00:20:30,397 --> 00:20:33,734 - Itu yang kita semua mahu, bukan? - Ya, sudah tentu. 421 00:20:33,817 --> 00:20:35,152 Ya. Jadi, 422 00:20:36,195 --> 00:20:41,950 mungkin kita semua boleh berhenti masuk campur dan biarkan mereka. 423 00:20:44,453 --> 00:20:49,458 Peluang untuk Jimmy terlibat lebih sedikit jika awak selalu gantikan dia. 424 00:20:52,669 --> 00:20:54,713 Mana bola keranjang baharu awak beli? 425 00:20:54,796 --> 00:20:58,175 Ia ada di jalan masuk rumah. 426 00:20:59,092 --> 00:21:00,302 Tunjukkan pada saya. 427 00:21:00,385 --> 00:21:03,472 Awak memang ada isu percayakan orang. 428 00:21:03,555 --> 00:21:05,516 Tunjukkan saya bola keranjang itu. 429 00:21:05,599 --> 00:21:06,683 Okey, jangan tepuk tangan. 430 00:21:06,767 --> 00:21:10,938 Saya tak suka… Berhenti. Jangan tepuk. Saya sudah besar untuk itu, Liz. 431 00:21:11,021 --> 00:21:13,690 Saya akan marah. Berhenti! 432 00:21:14,733 --> 00:21:17,194 Saya tak mahu bergaduh dengan awak. 433 00:21:17,277 --> 00:21:19,696 Awak hebat, 434 00:21:19,780 --> 00:21:24,368 saya pasti Alice sangat teruja dengan Taco Selasa. 435 00:21:24,451 --> 00:21:27,120 Saya mungkin cakap begini sebab saya pakar terapi, tapi mungkin 436 00:21:27,204 --> 00:21:31,458 sebab semua anak awak sudah keluar rumah, awak cuba isi kekosongan ini. 437 00:21:31,542 --> 00:21:35,754 Mungkin awak perlu isinya dengan aktiviti lain. 438 00:21:35,838 --> 00:21:36,839 Okey. 439 00:21:39,258 --> 00:21:43,387 Saya sedang gilap batu saya di sini. 440 00:21:43,470 --> 00:21:46,306 - Siapa awak? - Saya cuba jadi kawan. 441 00:21:46,390 --> 00:21:49,101 Saya sangka awak ibu pembaptisannya. Mana awak selama ini? 442 00:21:49,184 --> 00:21:51,019 Saya ada urusan sendiri. 443 00:21:51,103 --> 00:21:56,441 Saya bersimpati. Itu pasti sukar sebab kami semua tiada urusan. 444 00:21:56,525 --> 00:21:58,402 Saya bukan terlalu babitkan diri. 445 00:21:58,485 --> 00:22:00,445 Awak tak kisah jika Alice berhenti ke sini? 446 00:22:02,322 --> 00:22:03,907 Saya tahu pendapat awak tentang saya. 447 00:22:05,033 --> 00:22:05,909 Dengar… 448 00:22:08,495 --> 00:22:12,541 Saya pernah dengar awak dan Tia berbual tentang saya, 449 00:22:13,125 --> 00:22:16,420 awak cakap, "Dia ibu begitu." 450 00:22:16,503 --> 00:22:19,548 - Awak seorang ibu. - Awak bukan memuji. 451 00:22:25,596 --> 00:22:28,056 - Awak dah buat salah. - Ya. 452 00:22:28,140 --> 00:22:29,266 Kenapa tipu saya? 453 00:22:29,933 --> 00:22:31,602 Kebenarannya sangat teruk. 454 00:22:32,394 --> 00:22:35,105 Ini tak dibenarkan di klinik saya. 455 00:22:35,189 --> 00:22:37,900 Awak tahu siapa paling penting dalam kehidupan awak sekarang? 456 00:22:37,983 --> 00:22:40,068 - Awak. - Bukan. 457 00:22:40,569 --> 00:22:42,821 - Anak awak. - Ya, itu maksud saya. 458 00:22:42,905 --> 00:22:45,199 - Saya kedua. - Okey. 459 00:22:45,282 --> 00:22:49,203 Jangan biarkan kehidupan profesional awak bercampur aduk dengan kehidupan peribadi. 460 00:22:49,286 --> 00:22:54,750 Kehidupan Alice sudah cukup sukar, dia akan lari jika awak tak hati-hati. 461 00:22:56,502 --> 00:22:58,587 Saya cakap daripada pengalaman sendiri. 462 00:22:58,670 --> 00:23:01,882 - Saya faham. - Jangan jejaskan perasaan dia. Faham? 463 00:23:03,050 --> 00:23:06,803 - Tak boleh angguk. Saya mahu awak janji. - Okey. 464 00:23:06,887 --> 00:23:07,888 Aduhai! 465 00:23:08,514 --> 00:23:10,224 Cakapnya. 466 00:23:10,307 --> 00:23:12,017 - Janji. - Janji. 467 00:23:18,982 --> 00:23:20,567 - Ini awak punya? - Bukan. 468 00:23:21,860 --> 00:23:23,570 - Aduhai! - Terima kasih, Paul. 469 00:23:25,572 --> 00:23:28,575 Saya sangat hargai awak. Okey. 470 00:23:28,659 --> 00:23:30,661 Tolonglah. Sekali lagi? 471 00:23:30,744 --> 00:23:31,828 Sekarang awak menari? 472 00:23:31,912 --> 00:23:33,413 Awak sangat yakin? 473 00:23:34,581 --> 00:23:36,708 Graham, boleh tinggalkan kami sekejap? 474 00:23:37,876 --> 00:23:40,212 - Okey. - Terima kasih. 475 00:23:42,297 --> 00:23:43,465 Ada apa? 476 00:23:43,549 --> 00:23:45,926 Awak tak boleh tinggal di sini, Sean. 477 00:23:46,009 --> 00:23:47,761 - Awak serius? - Kami dah beri amaran. 478 00:23:47,845 --> 00:23:50,305 Kami cakap jika bergaduh lagi, awak perlu keluar. 479 00:23:50,389 --> 00:23:53,141 - Itu tak bagus untuk Graham. - Ini bukan pergaduhan di bar. 480 00:23:53,225 --> 00:23:54,351 Awak bermalam di penjara. 481 00:23:56,562 --> 00:23:58,105 Awak perlukan duit? 482 00:23:58,814 --> 00:24:01,316 - Saya tak perlukan apa-apa. - Ayah boleh beri awak duit. 483 00:24:02,359 --> 00:24:03,694 Saya tak perlukan apa-apa. 484 00:24:08,365 --> 00:24:12,703 - Helo, si cantik, apa khabar? - Helo, Liz. Saya akan berbahasa Inggeris. 485 00:24:12,786 --> 00:24:15,706 Mujurlah, sebab saya tak pandai belajar bahasa Perancis di sekolah tinggi. 486 00:24:15,789 --> 00:24:19,668 - Masuklah. - Hei, saya fikir malam ini, 487 00:24:19,751 --> 00:24:23,338 saya mungkin makan malam dengan ayah, jika awak tak kisah? 488 00:24:24,423 --> 00:24:26,425 Okey. Itu bagus. 489 00:24:26,508 --> 00:24:29,261 - Awak patut buat begitu. - Saya harap tak menyusahkan awak. 490 00:24:29,344 --> 00:24:31,930 Tak. Makan bersama ayah awak. Sampaikan salam saya. 491 00:24:32,014 --> 00:24:33,432 Terima kasih sebab memahaminya. 492 00:24:42,357 --> 00:24:43,358 Tak guna. 493 00:25:09,218 --> 00:25:10,135 Tak guna. 494 00:25:15,307 --> 00:25:16,475 Awak tak guna. 495 00:25:40,832 --> 00:25:42,167 - Hei. - Hei. 496 00:25:42,251 --> 00:25:43,752 - Ayah mahu ke mana? - Awak rasa ke mana? 497 00:25:43,836 --> 00:25:45,045 Ayah mahu ke kelab. 498 00:25:48,423 --> 00:25:49,424 Minum sehingga mabuk. 499 00:25:50,467 --> 00:25:52,636 Tak, ayah akan main pickleball dengan Brian. 500 00:25:55,514 --> 00:25:58,684 - Itu sandwic ayam? - Ya. 501 00:25:58,767 --> 00:26:00,727 Awak beli untuk kita? Awak mahu makan dengan ayah? 502 00:26:01,687 --> 00:26:03,105 Kalau begitu, 503 00:26:03,188 --> 00:26:05,899 ayah akan batalkan pickleball. 504 00:26:07,109 --> 00:26:11,613 Tak, saya dah cakap saya ada rancangan. Ini untuk saya dan Liz. 505 00:26:11,697 --> 00:26:13,282 Ya. Sudah tentu. 506 00:26:14,867 --> 00:26:18,495 Tiada masalah. Ayah teruja sekejap tadi. 507 00:26:18,579 --> 00:26:22,708 "Ya, sandwic ayam dengan Alice." 508 00:26:23,458 --> 00:26:26,670 - Pergi berseronok. - Terima kasih. Jika awak pasti. 509 00:26:26,753 --> 00:26:29,089 Aduhai! Sangat pasti. Ya, jumpa nanti. 510 00:26:30,048 --> 00:26:31,049 Pergi dulu. 511 00:26:39,224 --> 00:26:41,185 ADA BANYAK MINUMAN BAWAH JAMBATAN! TOLONGLAH DATANG! 512 00:26:45,981 --> 00:26:48,567 Ya. 513 00:26:49,276 --> 00:26:51,653 Hei, awak hanya jemput dua orang lain. 514 00:26:51,737 --> 00:26:54,114 - Awak pasti saya akan datang. - Rancangan saya berjalan lancar. 515 00:26:55,157 --> 00:26:57,284 - Saya tak suka awak cakap begitu. - Saya tahu. 516 00:26:57,993 --> 00:27:00,495 Okey, mari main. Awak dengan saya. Ayuh. 517 00:27:14,176 --> 00:27:15,177 Masuklah. 518 00:27:17,638 --> 00:27:20,849 Tak sangka dia reka permainan dungu untuk jauhkan diri daripada saya. 519 00:27:20,933 --> 00:27:22,267 Apa itu pickleball? 520 00:27:22,351 --> 00:27:26,104 Sukan yang semakin popular di Amerika. Itu saja. 521 00:27:26,188 --> 00:27:28,482 Apa-apalah. Saya tak sangka dia menolak saya. 522 00:27:29,399 --> 00:27:31,985 Awak beritahu awak mahu makan malam dengan dia? 523 00:27:32,069 --> 00:27:34,947 Ia sangat jelas. Saya di sana dan ada makan malam. 524 00:27:36,114 --> 00:27:38,450 …sekali lagi, tiga gaya untuk dua. 525 00:27:38,534 --> 00:27:39,785 Ya! 526 00:27:40,369 --> 00:27:41,453 Siapa mereka? 527 00:27:42,246 --> 00:27:43,914 Berhenti tengok itu, tonton perlawanan ini. 528 00:27:43,997 --> 00:27:45,707 Awak pernah kahwin? 529 00:27:51,672 --> 00:27:54,550 - Apa? Saya cuma mahu… Okey. - Tidak. 530 00:28:03,934 --> 00:28:05,894 Bola awak. Bagus! 531 00:28:06,478 --> 00:28:07,813 Hebat. Berjaya! 532 00:28:10,440 --> 00:28:11,275 Bagus. 533 00:28:12,276 --> 00:28:15,112 Saya! Bri! Bantu saya. 534 00:28:15,195 --> 00:28:17,155 Saya lagi. Bola saya, Brian! 535 00:28:18,365 --> 00:28:20,701 Ya! 536 00:28:21,869 --> 00:28:23,912 - Alamak! Awak okey? - Saya okey. 537 00:28:27,958 --> 00:28:29,418 Kita akan bincangkannya? 538 00:28:31,253 --> 00:28:33,213 Bukan malam ini. Mari main. 539 00:28:36,466 --> 00:28:37,301 Okey. 540 00:28:39,219 --> 00:28:41,346 Apa gunanya jika awak tak boleh berterus-terang? 541 00:28:41,430 --> 00:28:42,431 Tak guna. 542 00:28:51,190 --> 00:28:53,984 Awak tak hubungi saya setahun. Saya mahu tahu sebabnya. 543 00:28:54,568 --> 00:28:55,736 Saya tak tahu, Brian. 544 00:28:55,819 --> 00:28:57,321 Awak tahu. Beritahu saya. 545 00:28:58,864 --> 00:29:00,532 Itu tak penting. 546 00:29:00,616 --> 00:29:02,159 - Boleh jangan buat begini? - Beritahu saya. 547 00:29:02,242 --> 00:29:03,869 Awak kemurungan! 548 00:29:03,952 --> 00:29:07,789 Saya cuba selamatkan awak, tapi awak pulaukan saya. 549 00:29:07,873 --> 00:29:08,957 Saya kawan baik awak. 550 00:29:09,041 --> 00:29:10,792 - Saya orang yang positif. - Ya. 551 00:29:10,876 --> 00:29:12,920 - Saya Zoloft versi manusia. - Saya tahu! 552 00:29:13,003 --> 00:29:15,589 Awak tak biarkan saya bersedih, Brian. 553 00:29:18,467 --> 00:29:21,053 Saya mahu bersedih, tapi awak tak biarkan saya. 554 00:29:21,136 --> 00:29:23,180 Awak tak faham keadaannya. 555 00:29:27,059 --> 00:29:29,686 Saya bukan mahu awak rasa teruk, tapi tak seronok ada dengan orang 556 00:29:29,770 --> 00:29:32,898 yang kata, "Rancangan saya berjalan lancar," selepas isteri saya mati. 557 00:29:36,443 --> 00:29:37,444 Okey? 558 00:29:40,906 --> 00:29:41,907 Isteri saya mati, Brian. 559 00:29:47,746 --> 00:29:49,957 Saya tak pernah cakap rancangan awak berjalan lancar. 560 00:29:52,626 --> 00:29:53,752 Ya Tuhan. 561 00:29:55,337 --> 00:29:58,423 Saya… Saya memang begitu. 562 00:30:02,594 --> 00:30:03,512 Maafkan saya. 563 00:30:06,557 --> 00:30:07,558 Maaf. 564 00:30:09,810 --> 00:30:10,894 Saya perlu pergi. 565 00:30:11,562 --> 00:30:12,563 Tak mengapa. 566 00:30:14,314 --> 00:30:16,024 - Sayang awak. - Ya, saya juga sayang awak. 567 00:30:18,986 --> 00:30:20,821 - Jumpa setahun lagi. - Berambuslah. 568 00:30:28,161 --> 00:30:29,371 Whoa! Apa ini? 569 00:30:29,454 --> 00:30:31,123 Hei, Alice. Tak apa. 570 00:30:31,206 --> 00:30:34,293 Ini Sean. Dia perlu tumpang di sini. 571 00:30:34,376 --> 00:30:37,421 - Sean, ini anak saya, Alice. - Hei, Alice. 572 00:31:26,678 --> 00:31:28,680 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman