1 00:00:13,388 --> 00:00:15,641 Kenapa saya masih tak percaya 2 00:00:15,724 --> 00:00:20,020 yang saya sedang bantu Alice Laird berkemas untuk ke kolej? 3 00:00:20,103 --> 00:00:21,188 Sebab awak tak bantu? 4 00:00:21,271 --> 00:00:24,483 Awak cuma berpura-pura berfalsafah untuk mengelak daripada membantu. 5 00:00:24,566 --> 00:00:26,109 Masa berlalu dengan cepat. 6 00:00:26,193 --> 00:00:30,072 Seperti baru semalam awak sebaya Sutton. Sekarang awak… 7 00:00:30,656 --> 00:00:32,115 - Lapan belas. - Lapan belas. 8 00:00:32,198 --> 00:00:33,867 Sekarang awak wanita. 9 00:00:33,951 --> 00:00:35,827 Sekejap. 10 00:00:35,911 --> 00:00:37,746 Hanya dua beg untuk setahun pengajian? 11 00:00:37,829 --> 00:00:40,082 Saya dan Charlie akan pergi beberapa bulan, 12 00:00:40,165 --> 00:00:42,292 tapi saya ada satu beg khas hanya untuk Labubu saya. 13 00:00:42,376 --> 00:00:43,544 Maksud saya, Labubu Sutton. 14 00:00:43,627 --> 00:00:46,672 Ayah hantarkan barang lain bulan depan apabila saya pindah masuk asrama. 15 00:00:46,755 --> 00:00:49,424 Ini cuma untuk pramusim bola sepak. 16 00:00:49,508 --> 00:00:52,219 Ya Tuhan. Ada tiga hari lagi. Saya perlukan lebih banyak masa. 17 00:00:52,302 --> 00:00:54,638 Hei, kamu sudah sedia. 18 00:00:54,721 --> 00:00:56,431 Saya tahu, tapi ayah tidak. 19 00:00:56,515 --> 00:00:57,641 Ayah akan bersendirian. 20 00:00:57,724 --> 00:01:00,978 Liz dan Derek akan pergi Sepanyol, dia akan pergi Tennessee. 21 00:01:01,061 --> 00:01:03,063 Ayah pula dah rosakkan hubungan dengan Sofi. 22 00:01:03,146 --> 00:01:04,772 Ayah tak rosakkan hubungan kami. 23 00:01:05,357 --> 00:01:09,069 Ayah panik dan biarkan masalah ayah dengan datuk buat dia pergi selamanya. 24 00:01:09,570 --> 00:01:11,822 - Seperti pakar. - Seperti pakar 25 00:01:11,905 --> 00:01:15,200 yang gaduh besar dengan bosnya sebelum bos itu pindah 26 00:01:15,284 --> 00:01:17,452 dan sekarang kamu saling tak bertegur 27 00:01:17,536 --> 00:01:19,663 seperti budak perempuan sekolah menengah. 28 00:01:19,746 --> 00:01:21,456 Sebenarnya, saya di sini sebab itu. 29 00:01:21,540 --> 00:01:23,125 Kamu tak perlu risau. 30 00:01:23,208 --> 00:01:25,711 Ayah akan okey. Ayah tak sabar nak bersendirian. 31 00:01:25,794 --> 00:01:28,589 Ayah boleh minum minuman dari peti ais terus daripada botol. 32 00:01:28,672 --> 00:01:30,299 Jus, susu, kicap. 33 00:01:30,382 --> 00:01:32,676 Ayah boleh berjalan dalam rumah hanya berseluar dalam. 34 00:01:32,759 --> 00:01:35,179 Baguslah. Saya dah tak risau tentang ayah. 35 00:01:37,472 --> 00:01:38,599 - Kicap? - Ya. 36 00:01:38,682 --> 00:01:41,226 Kadangkala saya suka makan banyak susyi dan kemudian minum satu syot. 37 00:01:41,310 --> 00:01:42,519 Menyeramkan. 38 00:01:43,520 --> 00:01:45,147 Kami sangat berterima kasih 39 00:01:45,230 --> 00:01:47,232 - kamu bagi kami tumpang. - Tak apa. 40 00:01:47,316 --> 00:01:48,984 Hanya sehingga barang kami sampai. 41 00:01:49,067 --> 00:01:51,028 Datuk akan tinggal di Connecticut selamanya? 42 00:01:51,111 --> 00:01:52,905 Sehingga datuk mati. 43 00:01:53,947 --> 00:01:55,908 Datuk mungkin mati di sofa ini. 44 00:01:55,991 --> 00:01:57,492 - Ayah. - Paul, jangan. 45 00:01:57,576 --> 00:01:59,578 Mungkin ayah akan mati di tandas seperti Elvis. 46 00:02:01,622 --> 00:02:03,749 Mari berkemas untuk latihan besbol. Ayuh. 47 00:02:03,832 --> 00:02:05,792 - Siapa Elvis? - Itu tak penting. 48 00:02:05,876 --> 00:02:07,669 Kenapa dia masih di sini? 49 00:02:07,753 --> 00:02:09,755 Kami cuba selamatkan rumah tangga kami. 50 00:02:09,838 --> 00:02:13,800 Maafkan ayah sebab harap Jimmy dapat buat kamu lupakan Dave. 51 00:02:13,884 --> 00:02:16,470 - Aduhai, Paul. - Dia beritahu ayah? 52 00:02:16,553 --> 00:02:18,931 Baiklah. Saya lebih suka privasi 53 00:02:19,014 --> 00:02:21,099 semasa berbual dengan ayah saya tentang pasangan seksual saya, 54 00:02:21,183 --> 00:02:24,019 jadi saya akan tinggalkan kamu berdua sekejap. 55 00:02:24,561 --> 00:02:25,938 Terima kasih. 56 00:02:26,021 --> 00:02:31,193 Apa? Jimmy tersasul semasa marahkan ayah. 57 00:02:31,276 --> 00:02:32,402 Itu waktu yang sukar. 58 00:02:32,986 --> 00:02:36,615 Saya dan Dave berpisah dan Jimmy lelaki yang penyayang. 59 00:02:36,698 --> 00:02:38,033 Ia perkara kecil. 60 00:02:38,116 --> 00:02:40,202 Jadi, dia pasangan seksual yang selamat. 61 00:02:40,285 --> 00:02:42,037 - Apa? - Pasangan yang selamat. 62 00:02:42,538 --> 00:02:45,332 Asmara yang bebas. 63 00:02:45,415 --> 00:02:47,668 - Ya… - Dulu Julie pasangan selamat, 64 00:02:47,751 --> 00:02:50,254 kemudian, dia bukan pasangan selamat. 65 00:02:50,337 --> 00:02:52,172 Berhenti sebut begitu. 66 00:02:52,256 --> 00:02:53,715 Apa itu pasangan selamat? 67 00:02:54,716 --> 00:02:56,927 Mungkin ibu kamu tak patut sebut begitu depan kamu. 68 00:02:57,010 --> 00:02:58,428 Datuk akan terangkan nanti. 69 00:02:59,054 --> 00:03:00,264 Ayah takkan terangkan. 70 00:03:00,848 --> 00:03:01,932 5:45 PENGGERA 71 00:03:03,308 --> 00:03:06,270 Ya Tuhan, apa yang berlaku? Kenapa jadi begini? 72 00:03:06,353 --> 00:03:07,354 Kenapa? 73 00:03:08,105 --> 00:03:09,815 Saya fikir kita boleh mula bangun awal 74 00:03:09,898 --> 00:03:13,402 untuk bantu kita biasakan diri dengan masa Barcelona. 75 00:03:16,071 --> 00:03:17,823 Itu bahasa Sepanyol untuk "bangunlah." 76 00:03:17,906 --> 00:03:20,284 Apa "Saya akan bunuh awak" dalam bahasa Sepanyol? 77 00:03:21,451 --> 00:03:23,287 Baiklah, suka hati awak. 78 00:03:33,922 --> 00:03:36,466 Hai, kawan. Awal awak bangun, Sean. 79 00:03:37,259 --> 00:03:39,678 - Awak sudah berpindah ke rumah baharu? - Ya. 80 00:03:39,761 --> 00:03:41,930 Jadi, apa yang awak buat? 81 00:03:44,474 --> 00:03:46,018 Alice akan pergi. 82 00:03:47,019 --> 00:03:50,272 Ini mungkin bukan masanya untuk tinggalkan Jimmy selepas dia banyak membantu saya. 83 00:03:50,355 --> 00:03:54,234 Awak akan berpura-pura masih tinggal di sini? 84 00:03:54,318 --> 00:03:56,195 Sehingga ada masa sesuai untuk beritahu dia. 85 00:03:56,278 --> 00:03:59,156 Mengarut. Dia pasti gembira untuk awak. 86 00:04:01,825 --> 00:04:03,118 - Hai, Jimmy. - Helo. 87 00:04:03,702 --> 00:04:05,746 Hei, kenapa bangun begitu awal? 88 00:04:07,039 --> 00:04:09,166 Entahlah. Saya dengar banyak jeritan. 89 00:04:09,249 --> 00:04:11,752 - Ya, kami yang menjerit. - Kenapa awak gembira tentang itu? 90 00:04:12,419 --> 00:04:13,754 Lihatlah hari ini. Ayuh. 91 00:04:13,837 --> 00:04:14,922 Maaf. 92 00:04:15,005 --> 00:04:16,714 Saya cuma berbual dengan Derek… 93 00:04:16,798 --> 00:04:19,760 semasa keluar dari rumah kolam, tempat saya tidur semalam. 94 00:04:19,843 --> 00:04:20,886 Cerita yang hebat. 95 00:04:22,012 --> 00:04:23,597 Kamu tahu sekarang pukul berapa? 96 00:04:24,306 --> 00:04:29,645 Semua orang pergi tidur semula atau… 97 00:04:31,104 --> 00:04:32,105 Tak sangka. 98 00:04:32,773 --> 00:04:33,941 Dia cari terjemahannya. 99 00:04:42,407 --> 00:04:43,659 Kenapa pandang begitu? 100 00:04:43,742 --> 00:04:47,120 Selalunya apabila kekasih buat gerakan baharu seperti awak malam tadi, 101 00:04:47,204 --> 00:04:48,664 saya akan fikir dia curang. 102 00:04:48,747 --> 00:04:51,166 Tapi saya rasa seperti awak jadi keliru dan teruskan saja. 103 00:04:51,250 --> 00:04:54,086 Bagaimana awak tahu? Sebab saya tak tahu nak letak ibu jari? 104 00:04:55,337 --> 00:04:57,422 Alamak, saya dah lambat. 105 00:04:57,506 --> 00:04:58,507 Saya kena bersiap. 106 00:04:59,508 --> 00:05:01,718 Hei, sayang, awak tahu sabun mahal yang saya beli? 107 00:05:02,261 --> 00:05:03,971 Jangan guna untuk basuh punggung. 108 00:05:04,054 --> 00:05:05,347 Saya takkan guna. 109 00:05:05,430 --> 00:05:07,057 Tapi jangan guna basuh muka awak juga. 110 00:05:12,145 --> 00:05:13,772 Hei, sayang, awak ada Tylenol? 111 00:05:13,856 --> 00:05:15,274 Saya tak dengar. 112 00:05:32,499 --> 00:05:34,126 Tidak, dia tak buat begitu. 113 00:05:34,209 --> 00:05:35,502 Tidak. 114 00:05:44,595 --> 00:05:46,305 Kesayangan saya. 115 00:05:48,223 --> 00:05:49,725 - Hei, sayang. - Ya? 116 00:05:50,475 --> 00:05:51,643 Saya ada idea. 117 00:05:52,269 --> 00:05:54,146 - Okey, idea apa? - Ini sangat bagus. 118 00:05:54,897 --> 00:05:58,192 Mari buka pakaian dan mandi bersama-sama. 119 00:06:00,360 --> 00:06:01,528 Kenapa awak mencungap? 120 00:06:01,612 --> 00:06:03,614 Saya memang bernafas begini. Kenapa berdiri begitu? 121 00:06:03,697 --> 00:06:04,698 Entahlah. 122 00:06:04,781 --> 00:06:06,867 - Awak mahu mandi bersama-sama? - Tak boleh. 123 00:06:06,950 --> 00:06:09,328 Saya ada pesakit awal pagi. 124 00:06:09,411 --> 00:06:11,622 - Pergi dulu. - Okey, peluk saya. 125 00:06:11,705 --> 00:06:14,374 - Ya. Pelukan selamat tinggal untuk awak… - Terima kasih. 126 00:06:14,458 --> 00:06:16,335 …kekasih saya. Saya suka. 127 00:06:16,418 --> 00:06:17,586 - Apa… Pelukan kawan? - Ya. 128 00:06:18,253 --> 00:06:19,254 Baiklah, pergi dulu. 129 00:06:19,338 --> 00:06:20,797 Apa… Kita bergaduh? 130 00:06:20,881 --> 00:06:22,090 Entahlah. Mungkin. 131 00:06:22,174 --> 00:06:24,218 Mungkin. Saya tak… 132 00:07:15,644 --> 00:07:16,645 Hei, Paul. 133 00:07:28,073 --> 00:07:29,783 - Ya? - Hei. 134 00:07:30,993 --> 00:07:32,452 Apa khabar? 135 00:07:32,536 --> 00:07:33,620 Sihat. 136 00:07:36,623 --> 00:07:37,624 Bagaimana Connecticut? 137 00:07:37,708 --> 00:07:39,585 Biasa saja. 138 00:07:40,169 --> 00:07:41,920 Saya ada cef peribadi. 139 00:07:42,629 --> 00:07:45,132 Jangan habiskan semua duit pencen sekali gus. 140 00:07:45,215 --> 00:07:46,925 Cucu saya yang masak. 141 00:07:47,009 --> 00:07:48,969 Ada apa, Jimmy? 142 00:07:50,679 --> 00:07:52,556 Saya minta maaf sebab… 143 00:07:54,016 --> 00:07:56,685 keadaan jadi buruk sebelum awak berpindah. 144 00:07:57,603 --> 00:07:59,313 Betul cakap awak. 145 00:08:00,230 --> 00:08:01,231 Bila? 146 00:08:02,274 --> 00:08:05,152 Tentang perasaan saya adalah untuk orang lain. 147 00:08:05,235 --> 00:08:06,361 Jangan risau. 148 00:08:06,445 --> 00:08:08,071 Pemindahan emosi klasik. 149 00:08:08,155 --> 00:08:11,116 Sembilan puluh peratus pesakit saya marahkan saya 150 00:08:11,200 --> 00:08:14,578 dan bangun esoknya menyedari saya bukan ayah mereka. 151 00:08:15,454 --> 00:08:16,830 Saya tahu awak bukan ayah saya, Paul. 152 00:08:16,914 --> 00:08:18,123 Betul? 153 00:08:19,374 --> 00:08:23,754 Walau apa pun, saya tak mahu ia berakhir begitu. 154 00:08:23,837 --> 00:08:27,508 Saya sebenarnya tak sabar tunggu sarapan selamat tinggal kita. 155 00:08:28,091 --> 00:08:30,552 Ada banyak saya mahu beritahu awak sebelum awak pindah. 156 00:08:30,636 --> 00:08:31,803 Itulah awak, Jimmy. 157 00:08:31,887 --> 00:08:37,893 Sentiasa membayangkan keadaan ideal yang awak mahukan. 158 00:08:37,976 --> 00:08:41,938 Kehidupan tak begitu, tapi tak apa. 159 00:08:42,563 --> 00:08:44,900 Bagaimana dengan Alice? Dia masih akan singgah sini 160 00:08:44,983 --> 00:08:47,069 - semasa ke Wesleyan? - Ya. 161 00:08:47,152 --> 00:08:49,696 Dia risau tinggalkan saya bersendirian, 162 00:08:49,780 --> 00:08:51,657 jadi, saya kena pastikan dia tahu saya okey. 163 00:08:52,616 --> 00:08:55,244 Kemudian, saya akan hantar dia sebaik mungkin. 164 00:08:55,327 --> 00:08:57,287 Pergi ke semua tempat kegemaran dia di bandar. 165 00:08:57,371 --> 00:09:00,457 Apabila hantar dia ke lapangan terbang, saya akan beri ucapan terbaik. 166 00:09:00,541 --> 00:09:02,084 Saya sedang buat begitu, bukan? 167 00:09:02,167 --> 00:09:03,335 Ya. 168 00:09:03,418 --> 00:09:08,340 Tapi ia tentang Alice, jadi kali ini saya benarkan. 169 00:09:08,423 --> 00:09:11,134 Hei, sementara kita masih berbual, saya mahu cakap… 170 00:09:11,218 --> 00:09:14,805 Ayah boleh buat sandwic sendiri. 171 00:09:14,888 --> 00:09:17,140 Tak guna, saya kena pergi. Telefon lagi nanti. 172 00:09:17,224 --> 00:09:18,225 PANGGILAN DITAMATKAN PAUL RHOADES 173 00:09:21,979 --> 00:09:27,693 Okey. Saya dah siapkan semua dalam senarai bakal nenek saya 174 00:09:27,776 --> 00:09:28,819 sebelum percutian kita. 175 00:09:28,902 --> 00:09:31,280 Saya buat temu janji dengan OB kita untuk Peyton dan Will. 176 00:09:31,363 --> 00:09:37,119 Saya hantarkan mereka sebekas vitamin pranatal dan artikel menarik 177 00:09:37,202 --> 00:09:40,497 tentang vagina yang tak pulih semula selepas kelahiran dalam air. 178 00:09:40,581 --> 00:09:41,999 Awak yang tulis artikel itu? 179 00:09:42,082 --> 00:09:43,542 - Betul. - Ya. Itulah dia. 180 00:09:43,625 --> 00:09:45,669 - Hai. - Hei! 181 00:09:45,752 --> 00:09:48,630 Hei, sedia untuk rias kening dan minum boba? Ada kedai buat kedua-duanya. 182 00:09:48,714 --> 00:09:49,715 Saya tak boleh pergi. 183 00:09:49,798 --> 00:09:51,592 Connor mahu bawa saya keluar makan di kedai mahal. 184 00:09:51,675 --> 00:09:52,676 Ini ulang tahun kami. 185 00:09:52,759 --> 00:09:54,636 Saya akan bawa? Hari ini? 186 00:09:54,720 --> 00:09:56,555 Selamat ulang tahun kesepuluh bulan dan 13 hari, sayang. 187 00:09:56,638 --> 00:09:59,224 Ini kali ketiga awak batalkan rancangan kita sebab Connor. 188 00:09:59,308 --> 00:10:01,185 Saya sangka kita akan banyak luangkan masa bersama 189 00:10:01,268 --> 00:10:02,769 sebelum saya pergi kolej. 190 00:10:02,853 --> 00:10:05,522 Ya, awak akan pergi ke kolej. 191 00:10:05,606 --> 00:10:08,483 Saya lupa sebab awak tak sebutnya selama hampir lima minit. 192 00:10:08,567 --> 00:10:10,527 - Awak nak buat begini? - Ya. 193 00:10:10,611 --> 00:10:11,653 - Betul? - Tidak. 194 00:10:11,737 --> 00:10:12,779 Tiada kaitan dengan awak. 195 00:10:12,863 --> 00:10:15,657 Okey, saya rasa sedikit ketegangan. 196 00:10:15,741 --> 00:10:17,618 - Diam, Connor. - Diam, Connor. 197 00:10:17,701 --> 00:10:19,620 Saya akan berasmara dengan abang awak. 198 00:10:19,703 --> 00:10:21,163 Tiada orang tanya pendapat awak. 199 00:10:23,832 --> 00:10:25,542 Kenapa selalu jadi begini? 200 00:10:26,126 --> 00:10:27,586 Ia memang begini. 201 00:10:27,669 --> 00:10:28,837 Biasakan diri. 202 00:10:28,921 --> 00:10:31,715 Hei, jangan ajar anak kita yang wanita tak waras. 203 00:10:31,798 --> 00:10:33,342 Biar dia ketahuinya sendiri. 204 00:10:33,425 --> 00:10:35,219 - Liz? - Apa? Ya, saya… 205 00:10:35,302 --> 00:10:37,638 - Liz? Awak bergurau? - Saya di sini. Apa awak buat? 206 00:10:37,721 --> 00:10:39,640 - Aduhai, Liz. - Apa awak buat? 207 00:10:39,723 --> 00:10:40,807 Lihatlah ini. 208 00:10:40,891 --> 00:10:44,811 Ya Tuhan, akhirnya dia melamar. 209 00:10:44,895 --> 00:10:46,188 Dia tak melamar. 210 00:10:46,271 --> 00:10:48,565 Saya jumpa cincin ini dan cubanya. 211 00:10:48,649 --> 00:10:50,234 Ia tersekat. 212 00:10:50,317 --> 00:10:53,195 Apa maksud awak, akhirnya dia melamar? Awak tahu tentang ini? 213 00:10:53,278 --> 00:10:56,073 Sudah tentu. Tiada rahsia antara dua Derek itu. 214 00:10:56,156 --> 00:11:00,369 Derek beritahu saya semuanya, kalau ikut hukum transitif, maksudnya… 215 00:11:00,452 --> 00:11:01,870 Saya juga Derek? 216 00:11:01,954 --> 00:11:03,872 Liz, kenapa tak beritahu saya? 217 00:11:03,956 --> 00:11:06,375 Saya tak mahu rosakkan kejutan itu. 218 00:11:06,458 --> 00:11:08,669 Saya mahu awak rosakkannya sendiri. 219 00:11:08,752 --> 00:11:10,087 Saya belum sedia untuk ini. 220 00:11:10,170 --> 00:11:11,755 Saya masih tak boleh terima kematian Maya 221 00:11:11,839 --> 00:11:13,632 dan buat perubahan besar dalam kerjaya. 222 00:11:13,715 --> 00:11:16,552 Sebab itu dia belum melamar. 223 00:11:16,635 --> 00:11:19,429 Dia menunggu masa yang sesuai. 224 00:11:19,513 --> 00:11:21,849 Bukan dia yang tentukan masa itu. 225 00:11:21,932 --> 00:11:26,812 Kami kena bincang hal penting dan dia tak bincang sebelum belanja 13,000 dolar. 226 00:11:26,895 --> 00:11:28,397 - Awak cari harganya? - Ya, sudah tentu. 227 00:11:28,480 --> 00:11:29,690 Saya bangga dengan awak. 228 00:11:30,566 --> 00:11:32,860 Okey. Jangan. 229 00:11:32,943 --> 00:11:35,237 Tidak. Kita akan duduk. 230 00:11:35,320 --> 00:11:37,030 Okey, hembus nafas. 231 00:11:38,282 --> 00:11:39,408 Begitulah. 232 00:11:39,491 --> 00:11:42,369 Kita akan sapu pelincir pada tangan awak. 233 00:11:42,452 --> 00:11:44,454 Kemudian, simpan semula 234 00:11:44,538 --> 00:11:48,917 dan apabila dia melamar, kita akan jadi pasangan berkahwin yang berkawan 235 00:11:49,001 --> 00:11:54,298 yang pergi bercuti bersama-sama dan ada dalam situasi seperti White Lotus. 236 00:11:54,381 --> 00:11:55,591 Itu bagus? 237 00:11:57,050 --> 00:12:00,053 Apabila saya hantar dia ke lapangan terbang, saya akan cakap, 238 00:12:01,346 --> 00:12:03,432 "Ingat kata-kata ayah semasa kamu kecil 239 00:12:03,515 --> 00:12:05,559 apabila kamu gemuruh untuk ke kem musim panas. 240 00:12:06,852 --> 00:12:09,479 Kamu tarik saja ikatan halimunan di antara hati kita. 241 00:12:11,231 --> 00:12:12,232 Ayah akan rasanya. 242 00:12:13,442 --> 00:12:16,737 Ayah akan berhenti walau di mana ayah berada dan apa saja ayah sedang buat. 243 00:12:19,573 --> 00:12:20,741 Ayah akan tariknya semula." 244 00:12:21,450 --> 00:12:23,368 - Aduhai. - Awak buat saya beremosi. 245 00:12:23,452 --> 00:12:25,204 Ya, saya pun rasa terharu. 246 00:12:25,287 --> 00:12:26,622 Aduhai. 247 00:12:26,705 --> 00:12:28,457 Saya kena berlatih berterusan, 248 00:12:28,540 --> 00:12:30,626 supaya tak hilang kawalan apabila tiba masanya. 249 00:12:30,709 --> 00:12:32,503 Jika dia menangis, tapi saya tak menangis, 250 00:12:32,586 --> 00:12:34,713 dia akan tahu saya okey dan dia tak perlu risau. 251 00:12:34,796 --> 00:12:36,131 Ya. 252 00:12:36,215 --> 00:12:38,884 Malam pertama anak tinggalkan rumah pasti sukar, bukan? 253 00:12:38,967 --> 00:12:40,177 Mujurlah awak masih ada. 254 00:12:40,802 --> 00:12:43,597 Hei, mungkin esok malam saya boleh singgah rumah kolam 255 00:12:43,680 --> 00:12:45,933 dan tonton perlawanan Dodgers bersama-sama? 256 00:12:46,016 --> 00:12:48,018 Atau kita boleh pergi ke bar. 257 00:12:48,101 --> 00:12:49,144 Begini. 258 00:12:49,228 --> 00:12:52,189 Kita tengok secara langsung di stadium. 259 00:12:52,272 --> 00:12:53,565 - Kita bukan tuan rumah. - Kembara jalanan! 260 00:12:53,649 --> 00:12:54,858 - Berapa jauh? - Atlanta. 261 00:12:54,942 --> 00:12:56,360 - Ya, terlalu jauh. - Sangat jauh. 262 00:12:56,985 --> 00:12:58,987 Hei, itu pun dia. 263 00:12:59,071 --> 00:13:02,699 Kamu teruja untuk malam terakhir yang sempurna sebelum kamu pergi? 264 00:13:02,783 --> 00:13:05,369 Ayah rancang mahu pergi main golf mini di Castle Park, 265 00:13:05,452 --> 00:13:09,665 kemudian, makan malam di Old Town dan makan aiskrim di Fudgy Mondays. 266 00:13:10,666 --> 00:13:12,084 Apa-apa saja. 267 00:13:14,086 --> 00:13:15,087 Permulaan yang bagus. 268 00:13:15,796 --> 00:13:17,089 Itu bukan sebab awak. 269 00:13:17,172 --> 00:13:20,384 Dia bergaduh dengan Summer sebab banyak luangkan masa dengan Connor. 270 00:13:21,343 --> 00:13:23,512 Tiada payudara yang ditumbuk kali ini. 271 00:13:24,263 --> 00:13:27,015 Pelik kalau saya gembira masih ada tugas bapa untuk saya? 272 00:13:27,850 --> 00:13:31,061 Okey. Kita tonton di rumah kolam esok? 273 00:13:31,144 --> 00:13:32,479 Baiklah. 274 00:13:35,691 --> 00:13:37,609 Awak kena beritahu dia! 275 00:13:37,693 --> 00:13:38,861 Okey, rakan terdekat. 276 00:13:38,944 --> 00:13:40,696 Kamu kena bantu saya fikir apa saya akan cakap 277 00:13:40,779 --> 00:13:42,781 apabila Derek melamar dan beri saya cincin ini. 278 00:13:43,740 --> 00:13:45,742 - Ya Tuhan. Cantik betul. - Ya. 279 00:13:45,826 --> 00:13:49,538 Mungkin badan awak beri petanda apabila awak tak boleh cabutnya. 280 00:13:49,621 --> 00:13:50,914 Atau mungkin sebab Jesus. 281 00:13:50,998 --> 00:13:52,833 Ya Tuhan, mak, bukan semuanya sebab Jesus. 282 00:13:52,916 --> 00:13:54,334 Saya cuma kembung sebab haid. 283 00:13:54,418 --> 00:13:56,128 Kamu haid sebab Jesus. 284 00:13:56,211 --> 00:13:59,756 - Apa dia cakap? - Dia cakap Gaby haid sebab Jesus. 285 00:13:59,840 --> 00:14:01,258 Haid Gaby apa? 286 00:14:01,341 --> 00:14:02,593 Jadi lebih tua. 287 00:14:02,676 --> 00:14:04,678 Berapa ramai bantu awak buat panggilan ini, Paul? 288 00:14:04,761 --> 00:14:06,096 Saya buat sendiri. 289 00:14:07,014 --> 00:14:08,724 Dengan bantuan empat orang. 290 00:14:08,807 --> 00:14:10,267 Ayuh, semua, kamu kena fokus. 291 00:14:10,350 --> 00:14:12,019 - Jangan mencarut! - Terima kasih. 292 00:14:12,102 --> 00:14:14,813 Okey, kelebihan dan kekurangan mengahwini Derrick. Mula! 293 00:14:14,897 --> 00:14:17,316 - Hujung minggu White Lotus. - Tidak. 294 00:14:17,399 --> 00:14:19,651 Ingat, dia kena bincang hal ini dengan saya dulu. Okey? 295 00:14:19,735 --> 00:14:22,237 - Bukan serang hendap saya. - Dia tak salah. 296 00:14:22,321 --> 00:14:23,780 Dia terpaksa memaksa awak 297 00:14:23,864 --> 00:14:25,699 di setiap peringkat hubungan kamu. 298 00:14:25,782 --> 00:14:27,492 Saya dan Liz berbual hal ini semasa makan tengah hari. 299 00:14:27,576 --> 00:14:29,203 Sekejap. Kamu berjumpa tanpa saya? 300 00:14:29,286 --> 00:14:30,412 - Ya. - Kadangkala. 301 00:14:30,495 --> 00:14:31,997 Dia bagi awak batu? 302 00:14:32,080 --> 00:14:33,081 Tidak. 303 00:14:33,165 --> 00:14:34,416 Rasanya tidak. 304 00:14:34,917 --> 00:14:37,085 Terlalu banyak pengkhianatan. Saya akan uruskan kamu nanti. 305 00:14:37,169 --> 00:14:38,962 - Dia dapat? Saya belum… - Ini bukan tentang awak. 306 00:14:39,046 --> 00:14:40,422 - Saya takkan dapat batu. - Cuma… 307 00:14:40,506 --> 00:14:41,632 Saya nak batu. 308 00:14:41,715 --> 00:14:44,301 Memaksa saya juga tak betul. 309 00:14:44,384 --> 00:14:47,888 Dia memaksa awak sejak janji temu pertama kamu. 310 00:14:47,971 --> 00:14:51,058 Apa… Kenapa dia tak suka Derrick dulu? 311 00:14:51,141 --> 00:14:53,810 Sebab dia bukan penagih yang perlu diselamatkan. 312 00:14:53,894 --> 00:14:55,270 Betul. Itu sebabnya. 313 00:14:55,354 --> 00:14:58,273 Dia perlu memaksa awak untuk luangkan Hari Kesyukuran dengan dia. 314 00:14:58,357 --> 00:15:02,277 Mungkin soalan sebenar bukan "Kenapa awak patut kahwini dia?" 315 00:15:02,361 --> 00:15:04,738 tapi, "Kenapa dia patut kahwini awak?" 316 00:15:04,821 --> 00:15:07,366 Betul, Paul? Sebab saya akan tutup awak sekarang. 317 00:15:07,449 --> 00:15:08,450 Mujurlah. 318 00:15:08,534 --> 00:15:10,202 - Rindu awak. Berambuslah Parkinson. - Jumpa lagi. 319 00:15:10,285 --> 00:15:12,412 - Berambuslah Parkinson. - Berambuslah Parkinson. 320 00:15:13,330 --> 00:15:16,166 - Maaf sekali lagi, mak. - Mak benarkannya. B Parkinson. 321 00:15:16,250 --> 00:15:17,793 Apa pendapat awak? 322 00:15:17,876 --> 00:15:20,337 Saya masih tak pasti. 323 00:15:21,004 --> 00:15:24,174 Baiklah, kalau kita bukan berbincang tentang cucu, 324 00:15:24,258 --> 00:15:25,259 mak pergi dulu. 325 00:15:27,636 --> 00:15:29,513 Ayah terlalu besar untuk golf mini. 326 00:15:30,389 --> 00:15:32,641 Sepanjang masa kita di sana, ayah mahu jalan di sekitar kampung itu 327 00:15:32,724 --> 00:15:33,934 sambil jatuhkan kincir angin. 328 00:15:34,893 --> 00:15:38,981 Ingat semasa mak tak dibenarkan masuk sebab patahkan hidung badut? 329 00:15:39,064 --> 00:15:41,859 Ya, mak bukan marah. Dia meraikan masuk langsung. 330 00:15:41,942 --> 00:15:43,151 Mungkin sedikit mabuk. 331 00:15:43,235 --> 00:15:44,319 Betul. 332 00:15:46,947 --> 00:15:48,323 Apa dia buat di sini? 333 00:15:48,407 --> 00:15:49,575 Apa yang berlaku? 334 00:15:49,658 --> 00:15:52,035 Saya ingat kita jumpa sebab awak mahu ajak ibu saya berjanji temu. 335 00:15:52,119 --> 00:15:54,371 Awak terlalu mudah ditipu. 336 00:15:54,454 --> 00:15:55,914 Bagaimana awak tak diculik semasa kecil? 337 00:15:55,998 --> 00:15:58,083 Pernah. Saya luangkan masa sekejap di Maghribi. 338 00:15:58,166 --> 00:15:59,459 Patutlah. 339 00:15:59,543 --> 00:16:02,254 Summer, sila duduk. Saya belikan awak aiskrim. 340 00:16:04,089 --> 00:16:06,216 Selalunya ayah takkan masuk campur. 341 00:16:06,300 --> 00:16:08,302 - Ayah akan masuk campur. - Ya. 342 00:16:09,511 --> 00:16:12,931 Tapi baru-baru ini ayah rosakkan hubungan dengan kawan ayah. 343 00:16:13,015 --> 00:16:15,642 Percayalah, kamu tak mahu ia kekal begini. 344 00:16:16,268 --> 00:16:18,770 - Sebab itu ayah bawa kamu ke sini. - Awak licik, kawan. 345 00:16:18,854 --> 00:16:20,355 Perubahan menakutkan. 346 00:16:20,856 --> 00:16:22,024 Wesleyan sangat jauh. 347 00:16:22,733 --> 00:16:26,653 Ayah rasa kamu berdua marah sebab takut akan kehilangan rakan kamu. 348 00:16:29,364 --> 00:16:30,574 Saya akan rindukan awak. 349 00:16:30,657 --> 00:16:32,451 Boleh kita FaceTime setiap hari? 350 00:16:32,534 --> 00:16:35,370 Ya. Awak juga tak dibenarkan ada kawan lain yang berambut merah. 351 00:16:35,454 --> 00:16:36,997 Saya takkan boleh sayang mereka. 352 00:16:37,080 --> 00:16:38,582 Saya sangat sayangkan awak. 353 00:16:39,166 --> 00:16:40,167 Begitulah. 354 00:16:40,250 --> 00:16:42,669 Kita juga kena cuba semua dadah baharu pada masa yang sama. 355 00:16:42,753 --> 00:16:45,339 Semua hubungan sejenis, awak kena cuba dengan saya dulu. 356 00:16:45,422 --> 00:16:46,757 Kamu boleh selesaikan berdua. 357 00:16:50,552 --> 00:16:52,471 Lubang jagung! 358 00:16:53,055 --> 00:16:55,182 Mereka patut jadikan permainan ini sebagai sukan. 359 00:16:55,265 --> 00:16:57,809 Awak mahukan sukan yang lelaki kulit putih masih boleh dominasi. 360 00:16:58,519 --> 00:17:01,396 Kami dapat golf semula selepas Tiger berhenti bermain. 361 00:17:01,480 --> 00:17:02,856 - Sebab hubungan sulit. - Ya. 362 00:17:03,857 --> 00:17:05,108 - Lubang jagung! - Hei. 363 00:17:05,192 --> 00:17:06,902 Saya gembira saya sampai sebelum Gaby. 364 00:17:07,402 --> 00:17:08,403 Dia jumpa cincin itu. 365 00:17:08,487 --> 00:17:09,820 Apa? Bagaimana? 366 00:17:09,905 --> 00:17:11,448 Itu tak penting. 367 00:17:11,531 --> 00:17:13,992 - Dia tak gembira. - Tak guna. 368 00:17:14,826 --> 00:17:15,911 Dia datang. Lari! 369 00:17:15,993 --> 00:17:17,204 Bertenang. 370 00:17:17,788 --> 00:17:20,165 Cincin? Apa? Kenapa buat begitu? 371 00:17:20,249 --> 00:17:22,125 Sebab saya cintakan awak? 372 00:17:22,209 --> 00:17:25,127 Kita patut bincangkan rancangan masa depan sebelum lakukannya. 373 00:17:25,212 --> 00:17:27,005 Maaf sebab fikir bercinta dengan saya 374 00:17:27,089 --> 00:17:28,423 mungkin buat awak gembira. 375 00:17:28,507 --> 00:17:31,218 Awak mengarut, Gaby, dan sejujurnya… 376 00:17:31,927 --> 00:17:34,847 Saya rasa saya kenal ramai orang di sini. 377 00:17:36,014 --> 00:17:37,266 Itu sepupu saya? 378 00:17:37,349 --> 00:17:39,768 Pelajar miang dari kelas kolej awak? 379 00:17:40,394 --> 00:17:41,645 Awak nampak kacak. 380 00:17:41,728 --> 00:17:43,105 - Itu adik awak. - Hei, Derrick. 381 00:17:43,188 --> 00:17:44,231 - Ibu awak. - Hei. 382 00:17:44,314 --> 00:17:46,316 Apa yang berlaku? 383 00:17:46,400 --> 00:17:47,734 Jimmy, dia dah perasan. Lampu! 384 00:17:47,818 --> 00:17:48,819 Okey. 385 00:17:48,902 --> 00:17:50,445 Hei! 386 00:17:50,529 --> 00:17:51,864 - Saya ada. - Saya tak mahu dibunuh… 387 00:17:51,947 --> 00:17:54,199 - Kita okey. Bertenang. - …di Cornhole Bar. 388 00:17:56,159 --> 00:18:00,205 Awak cuba beri saya kejutan, tapi saya takkan terima semua itu, okey? 389 00:18:01,164 --> 00:18:02,249 Saya juga takkan melutut 390 00:18:02,332 --> 00:18:04,042 sebab ada banyak saya mahu cakap. 391 00:18:04,126 --> 00:18:07,212 Saya juga tak mahu gaun cantik ini kotor. 392 00:18:07,296 --> 00:18:08,922 - Awak sudah sedia? - Tidak. 393 00:18:09,006 --> 00:18:10,174 Malang sekali. Bersedia. 394 00:18:15,179 --> 00:18:16,346 Okey. 395 00:18:16,430 --> 00:18:17,431 Derrick. 396 00:18:18,891 --> 00:18:23,103 Seumur hidup saya, saya rasa seperti dari planet lain. 397 00:18:23,854 --> 00:18:27,941 Seperti saya Kal-El yang tinggi 398 00:18:28,025 --> 00:18:31,778 dijatuhkan ke bumi, cuba sesuaikan diri dengan orang normal. 399 00:18:33,113 --> 00:18:35,282 Ia agak sunyi. 400 00:18:35,365 --> 00:18:38,035 Kemudian, awak datang dengan perangai yang kelakar, 401 00:18:38,118 --> 00:18:40,621 sangat kacak dan baik. 402 00:18:40,704 --> 00:18:42,623 Awak tak pernah buat saya rasa canggung. 403 00:18:42,706 --> 00:18:44,791 Betul. 404 00:18:46,084 --> 00:18:48,170 Saya sanggup berasmara dengan awak di sini, depan orang ramai. 405 00:18:49,505 --> 00:18:50,506 Saya boleh jadi diri sendiri. 406 00:18:51,006 --> 00:18:53,926 Awak nampak keanehan saya, tapi awak sesuaikan diri. 407 00:18:54,009 --> 00:18:55,511 Saya biarkan dia buat begitu. 408 00:18:55,594 --> 00:18:57,513 Saya tahu, sayang. 409 00:18:57,596 --> 00:19:00,682 Saya suka sebab awak lelaki budiman. 410 00:19:00,766 --> 00:19:04,144 Saya suka sebab awak tak perlukan saya untuk jaga awak, 411 00:19:04,228 --> 00:19:06,855 tapi masih benarkan saya jaga kalau saya mahu. 412 00:19:07,606 --> 00:19:10,901 Paling penting, saya suka awak mendorong saya untuk terus maju. 413 00:19:11,985 --> 00:19:14,279 Mengatasi semua kerenah saya. 414 00:19:17,199 --> 00:19:19,826 Kehidupan mula rasa lebih menakutkan tahun ini. 415 00:19:19,910 --> 00:19:21,161 Ya. 416 00:19:21,245 --> 00:19:25,082 Tapi kalau saya dapat penghormatan 417 00:19:25,832 --> 00:19:29,002 dan kelebihan ada awak bersama saya… 418 00:19:31,547 --> 00:19:32,965 Saya takkan takut dengan apa pun. 419 00:19:34,049 --> 00:19:35,425 Termasuk ini. 420 00:19:39,471 --> 00:19:41,890 Derrick, awak sudi kahwini saya? 421 00:19:42,641 --> 00:19:43,851 CAKAP YA! 422 00:19:44,852 --> 00:19:46,478 - Ya. - Ya! 423 00:19:48,355 --> 00:19:50,566 Cucu! 424 00:19:57,197 --> 00:19:58,448 Kenapa doktor kaki saya di sini? 425 00:19:58,949 --> 00:20:01,201 Entahlah. Saya e-mel beberapa orang dalam senarai kenalan awak. 426 00:20:01,952 --> 00:20:03,370 - Sorakan untuk doktor kaki saya. - Hei! 427 00:20:03,453 --> 00:20:05,289 Hei. 428 00:20:05,372 --> 00:20:09,376 - Doktor kaki! - Doktor kaki. 429 00:20:16,675 --> 00:20:17,676 Kita sudah sampai. 430 00:20:18,385 --> 00:20:19,845 Kita sudah sampai. 431 00:20:21,221 --> 00:20:22,389 Jumpa. 432 00:20:22,973 --> 00:20:24,766 Saya hampir tertinggal IC sebenar di lantai. 433 00:20:24,850 --> 00:20:26,560 - Tak boleh terbang tanpanya. - Tidak. 434 00:20:26,643 --> 00:20:29,730 Tak sangka saya boleh hantar kesayangan saya ke kolej. 435 00:20:29,813 --> 00:20:33,066 Ya, ayah gembira kamu dapat buat satu pengembaraan terakhir bersama-sama. 436 00:20:38,280 --> 00:20:39,281 Okey. 437 00:20:40,699 --> 00:20:42,242 Mana… 438 00:20:42,326 --> 00:20:43,702 - Hei. - Hai. 439 00:20:43,785 --> 00:20:46,914 Sebelum pergi, jangan lupa apa ayah beritahu kamu semasa kamu kecil 440 00:20:46,997 --> 00:20:49,458 apabila kamu gemuruh untuk pergi ke kem musim panas. 441 00:20:49,541 --> 00:20:52,377 Tarik saja ikatan halimunan di antara hati kita. 442 00:20:53,504 --> 00:20:56,215 - Ayah akan rasanya… - Sekejap, 443 00:20:56,298 --> 00:20:58,050 tiket saya bertulis ekonomi. Itu tersilap, bukan? 444 00:20:58,717 --> 00:21:00,844 Boleh beri kami masa sekejap, Summer? 445 00:21:00,928 --> 00:21:01,929 Boleh, kawan. 446 00:21:02,012 --> 00:21:04,723 Kad awak ada dalam Apple Pay saya. Jadi, saya akan tukar kelas di dalam. 447 00:21:07,142 --> 00:21:08,685 Walau di mana ayah berada, apa saja… 448 00:21:08,769 --> 00:21:10,854 Kali terakhir saya sendirian di lapangan terbang yang sesak, 449 00:21:10,938 --> 00:21:12,189 saya sampai ke Maghribi. 450 00:21:14,316 --> 00:21:16,610 Hei. Pergilah. 451 00:21:16,693 --> 00:21:17,819 Terima kasih. 452 00:21:18,362 --> 00:21:20,364 - Ayah yang terbaik. Sayang ayah. - Ayah sayang lebih. 453 00:21:20,447 --> 00:21:21,865 - Okey. - Okey. 454 00:21:21,949 --> 00:21:24,076 - Pergi dulu. - Jumpa lagi. 455 00:21:24,159 --> 00:21:25,744 Ayuh! 456 00:21:28,455 --> 00:21:29,957 - Pas masuk? - Okey. 457 00:21:30,040 --> 00:21:31,166 Okey. 458 00:21:31,250 --> 00:21:33,168 Okey. Arah sana. 459 00:21:49,309 --> 00:21:50,602 Kamu berdua tak guna 460 00:21:50,686 --> 00:21:53,605 sebab buat semua lamaran kami nampak membosankan. 461 00:21:53,689 --> 00:21:55,274 Lamaran saya pasti hebat, 462 00:21:55,357 --> 00:21:58,402 tapi Jimmy muntah di piano dan berasmara dengan Gaby. 463 00:21:58,485 --> 00:22:00,362 - Ya, saya ingat itu. - Okey, 464 00:22:00,445 --> 00:22:02,239 mungkin bukan depan tunang saya. 465 00:22:02,322 --> 00:22:04,491 Mungkin saya akan muntah di piano itu dan berasmara selepas itu. 466 00:22:05,659 --> 00:22:07,494 Apa kamu akan buat untuk raikan? 467 00:22:07,578 --> 00:22:09,246 Liz dan Derek ajak kami 468 00:22:09,329 --> 00:22:11,081 sertai mereka di Barcelona. 469 00:22:11,164 --> 00:22:12,833 Terima kasih sebab sebut dengan betul. 470 00:22:12,916 --> 00:22:14,209 - Hei, saya berpengetahuan. - Ya, 471 00:22:14,293 --> 00:22:15,878 mereka beri kami tiket sebagai hadiah pertunangan. 472 00:22:15,961 --> 00:22:17,004 Hei, ini mengarut. 473 00:22:17,087 --> 00:22:19,590 - Boleh kami ikut? - Berhenti. Kita kena pergi Tennessee. 474 00:22:19,673 --> 00:22:21,592 Baiklah. Boleh saya ikut? 475 00:22:22,634 --> 00:22:25,679 Alice dah mendarat di Connecticut. 476 00:22:25,762 --> 00:22:26,889 Hei. 477 00:22:26,972 --> 00:22:28,182 Saya okey. 478 00:22:30,767 --> 00:22:32,269 Boleh kita semua setuju yang saya okey? 479 00:22:32,352 --> 00:22:33,979 - Ya, boleh. - Awak okey! 480 00:22:34,062 --> 00:22:36,356 - Ya, awak berjaya. - Itu perkara biasa untuk tanya orang. 481 00:22:37,774 --> 00:22:39,484 Perlawanan akan bermula. Saya akan ambilkan snek. 482 00:22:39,568 --> 00:22:40,652 Jumpa di rumah kolam. 483 00:22:40,736 --> 00:22:42,571 - Okey. - Baiklah, jumpa lagi. 484 00:22:42,654 --> 00:22:43,822 - Jumpa lagi, Jimmy. - Berseronoklah. 485 00:22:43,906 --> 00:22:45,365 Orang lain tak diajak menonton. 486 00:22:46,575 --> 00:22:48,577 Sean belum beritahu Jimmy yang dia dah berpindah. 487 00:22:49,661 --> 00:22:52,414 Dia patut diejek beramai-ramai. 488 00:22:52,497 --> 00:22:54,416 - Ya. - Ini dia. 489 00:22:55,250 --> 00:22:56,585 Okey. 490 00:22:58,837 --> 00:23:00,547 Itu kemaluan besar yang bertepuk, Sean. 491 00:23:00,631 --> 00:23:02,591 Tidak, maaf, Sean. 492 00:23:02,674 --> 00:23:03,842 Saya tak tahu itu maksudnya. 493 00:23:03,926 --> 00:23:05,010 Tak apa. 494 00:23:06,595 --> 00:23:07,721 Masa untuk beranikan diri. 495 00:23:07,804 --> 00:23:10,474 - Ya. - Ya, beranikan diri! 496 00:23:10,557 --> 00:23:12,559 - Beranikan diri. - Awak boleh. 497 00:23:13,143 --> 00:23:15,187 Kita perlukan gerakan baharu untuk beranikan diri. 498 00:23:15,270 --> 00:23:16,855 - Ya. - Saya tahu. 499 00:23:18,023 --> 00:23:20,317 Ya, kita menjugel. 500 00:23:22,402 --> 00:23:26,573 Hei. Saya beli ham dan nanas yang awak mesej kepada saya. 501 00:23:28,492 --> 00:23:31,328 Saya baru sedar awak maksudkan inti piza. 502 00:23:32,246 --> 00:23:34,581 Tak apa. Mungkin boleh adakan majlis Luau rumah kolam. 503 00:23:34,665 --> 00:23:36,124 Bagaimana? 504 00:23:37,000 --> 00:23:38,752 Sudah sampai masa saya beritahu awak. 505 00:23:40,003 --> 00:23:41,129 Saya jumpa rumah lebih besar. 506 00:23:42,297 --> 00:23:43,298 Saya akan berpindah. 507 00:23:44,132 --> 00:23:45,133 Bagus, Sean. 508 00:23:45,717 --> 00:23:47,427 Baguslah. Bila awak pindah? 509 00:23:48,971 --> 00:23:49,972 Tiga hari lepas. 510 00:23:51,014 --> 00:23:52,891 Semuanya berlaku dengan cepat. 511 00:23:52,975 --> 00:23:55,102 Derek ada rumah yang hebat 512 00:23:55,185 --> 00:23:57,271 dan perlukan seseorang untuk baikinya. 513 00:23:57,354 --> 00:24:00,315 Awak tahu saya suka bantu lelaki kulit putih yang kaya. 514 00:24:01,024 --> 00:24:02,568 Kami demografik yang dilupakan. 515 00:24:03,861 --> 00:24:04,987 Saya patut beritahu lebih awal, 516 00:24:05,070 --> 00:24:08,740 tapi sebab Alice akan pergi dan sekarang semua orang akan pergi, 517 00:24:08,824 --> 00:24:10,242 - saya… - Hei, Sean. 518 00:24:11,201 --> 00:24:12,661 Tak perlu minta maaf. 519 00:24:14,538 --> 00:24:15,581 Apabila awak pindah ke sini, 520 00:24:15,664 --> 00:24:18,041 awak bukan mahu tinggal sini selamanya. 521 00:24:18,125 --> 00:24:19,126 Ya. 522 00:24:20,169 --> 00:24:21,753 Saya gembira untuk awak. 523 00:24:23,130 --> 00:24:24,381 Mari sini. 524 00:24:25,215 --> 00:24:26,383 Apa saya boleh cakap? 525 00:24:27,384 --> 00:24:28,552 Saya akan rindukan awak. 526 00:24:29,678 --> 00:24:30,971 Saya tinggal tak jauh dari sini. 527 00:24:31,763 --> 00:24:33,724 Jangan rosakkan suasana, Sean. 528 00:24:37,644 --> 00:24:40,397 Pasti Marisol sedang tunggu awak di rumah baharu awak. 529 00:24:41,023 --> 00:24:42,399 Mungkin. 530 00:24:43,942 --> 00:24:45,611 Lupakan perlawanan itu. Pergilah. 531 00:24:52,201 --> 00:24:54,912 - Kunci rumah kolam. - Ya. Terima kasih. 532 00:24:57,539 --> 00:24:58,707 Terima kasih, Jimmy. 533 00:24:59,791 --> 00:25:00,876 Untuk semuanya. 534 00:25:21,438 --> 00:25:24,733 Kami sangat gembira kamu singgah ke sini. 535 00:25:24,816 --> 00:25:29,404 Ya, kami berbincang dan pilih sini daripada ambil dos kecil di Red Sox. 536 00:25:29,488 --> 00:25:31,532 Mereka masih boleh hubungi ayah saya. 537 00:25:32,241 --> 00:25:33,325 Panjang umur dia. 538 00:25:33,408 --> 00:25:35,577 Saya takkan lepaskan peluang untuk 539 00:25:35,661 --> 00:25:37,704 masakan rumah terakhir saya untuk tempoh yang lama. 540 00:25:37,788 --> 00:25:39,873 Cuba makanan dewan makan kolej. 541 00:25:39,957 --> 00:25:43,210 Dulu saya makan bijirin dengan aiskrim vanila, bukan susu. 542 00:25:43,293 --> 00:25:45,921 Mungkin makan sedikit gula-gula ganja sebelum itu. 543 00:25:46,755 --> 00:25:48,090 Saya sedang makan sekarang. 544 00:25:48,715 --> 00:25:50,843 Ayah mesej untuk tanya saya dah sampai sini? 545 00:25:50,926 --> 00:25:52,469 Ya, dia juga cakap, 546 00:25:52,970 --> 00:25:57,683 "Sean pindah, saya gembira untuk dia, tapi agak sedih." 547 00:25:58,600 --> 00:26:01,228 - Apa awak balas? - Emoji ibu jari. 548 00:26:01,311 --> 00:26:03,605 - Hei. - Kenapa ibu jari itu berwarna hitam? 549 00:26:03,689 --> 00:26:05,899 Gaby yang buat. Saya tak tahu cara tukar. 550 00:26:05,983 --> 00:26:09,194 Dia cakap dia sedih dan itu cara awak balas? 551 00:26:09,778 --> 00:26:11,780 Awak tak tahu dia sangat sunyi sekarang? 552 00:26:11,864 --> 00:26:14,199 Dia tak sunyi. Dia ada wanita yang terlalu cantik untuk dia, 553 00:26:14,283 --> 00:26:15,868 tapi apabila bercakap, kita faham sebabnya. 554 00:26:16,451 --> 00:26:18,036 - Mereka dah tak bersama. - Apa? 555 00:26:18,120 --> 00:26:19,371 Bila mereka berpisah? 556 00:26:19,454 --> 00:26:21,373 Beberapa minggu lalu. Saya dah beritahu. 557 00:26:21,456 --> 00:26:23,166 Awak tak dengar cakap saya? 558 00:26:23,250 --> 00:26:25,294 Bergantung. Kamu banyak bercakap. 559 00:26:25,836 --> 00:26:26,962 Saya perlu tapis. 560 00:26:27,045 --> 00:26:28,672 - Ayah. - Apa masalah awak? 561 00:26:28,755 --> 00:26:30,632 Ya Tuhan. Awak memang teruk. 562 00:26:30,716 --> 00:26:32,593 Kamu mahu saya buat apa? 563 00:26:32,676 --> 00:26:35,721 Mungkin beri dia nasihat kebapaan. 564 00:26:35,804 --> 00:26:37,014 Aduhai. 565 00:26:37,723 --> 00:26:39,766 Saya bukan ayah dia. 566 00:26:39,850 --> 00:26:43,729 Kalau awak datuk angkat saya, jadi awak… 567 00:26:43,812 --> 00:26:45,147 Ayah kawan. 568 00:26:45,230 --> 00:26:48,650 Saya berada sangat jauh daripada dia. 569 00:26:48,734 --> 00:26:50,736 Kalau saya ada kereta api ajaib pun, 570 00:26:51,445 --> 00:26:55,490 Jimmy masih kena belajar selesaikan masalahnya sendiri. 571 00:26:57,784 --> 00:27:00,621 Lupakan masakan rumah. Mari makan piza. 572 00:27:00,704 --> 00:27:01,747 Idea yang bagus. 573 00:27:01,830 --> 00:27:03,123 Bawa gula-gula itu. 574 00:27:03,207 --> 00:27:05,083 Ya, itu pasti bagus. 575 00:27:05,167 --> 00:27:06,460 Awak tak boleh ikut. 576 00:27:07,920 --> 00:27:09,004 Mujurlah. 577 00:27:12,508 --> 00:27:16,637 PUSAT TERAPI TINGKAH LAKU KOGNITIF 578 00:27:37,574 --> 00:27:39,952 Saya Batman. 579 00:27:40,035 --> 00:27:43,247 Hei, Dan. Apa khabar? 580 00:27:43,789 --> 00:27:44,790 Sini… 581 00:27:45,999 --> 00:27:47,626 Sini agak sunyi. 582 00:27:47,709 --> 00:27:49,837 Ya, semua orang tiada. 583 00:27:51,755 --> 00:27:54,758 Jadi, kita boleh buat sesi di pejabat saya 584 00:27:54,842 --> 00:27:57,928 atau boleh kumpulkan semua kusyen sofa 585 00:27:58,011 --> 00:28:00,138 dan buat kubu. 586 00:28:01,223 --> 00:28:02,224 Saya mahu di pejabat. 587 00:28:02,808 --> 00:28:03,851 Awak yang rugi, Dan. 588 00:28:04,726 --> 00:28:07,896 Stan dan isterinya berpindah ke Paris. 589 00:28:08,438 --> 00:28:09,815 Tak masuk akal. 590 00:28:11,108 --> 00:28:12,568 Siapa mahu tinggal di Paris? 591 00:28:12,651 --> 00:28:13,944 Ramai yang mahu, Dan. 592 00:28:15,737 --> 00:28:18,198 Hei, awak cakap mahu sertai aplikasi janji temu semula. 593 00:28:18,282 --> 00:28:19,867 Sudah buat profil? 594 00:28:19,950 --> 00:28:23,704 Tak, tapi saya beri Siri loghat Australia. 595 00:28:23,787 --> 00:28:26,081 Dapat rasa suasananya. 596 00:28:27,124 --> 00:28:28,584 - Dan. - Saya tahu. 597 00:28:29,793 --> 00:28:32,337 Keadaan yang sama selepas tiga tahun menjalani terapi. 598 00:28:32,421 --> 00:28:33,589 Tidak. 599 00:28:33,672 --> 00:28:36,258 Banyak yang awak capai beberapa tahun ini. 600 00:28:36,341 --> 00:28:37,676 Jangan lupa itu. 601 00:28:38,510 --> 00:28:39,970 Semua orang ada halangan. 602 00:28:40,804 --> 00:28:46,059 Sejujurnya, saya kembali rasa sunyi. 603 00:28:47,936 --> 00:28:49,897 Semua teruskan kehidupan selain saya. 604 00:28:49,980 --> 00:28:51,023 Ya. 605 00:28:51,607 --> 00:28:53,901 Mungkin kita berdua patut terus perbaikinya. 606 00:28:56,111 --> 00:28:57,196 Sementara itu, 607 00:28:57,988 --> 00:29:00,616 mungkin kita boleh cuba cari kelebihan bersendirian. 608 00:29:01,825 --> 00:29:04,786 Apabila awak bangun esok, ingatkan diri awak, 609 00:29:04,870 --> 00:29:08,248 sendirian tak semestinya sunyi. 610 00:29:21,887 --> 00:29:23,680 Apa awak buat di sini, Matthew? 611 00:29:25,516 --> 00:29:27,142 Saya jaga rumah semasa mak dan ayah bercuti. 612 00:29:27,226 --> 00:29:29,436 Mak cakap saya boleh ke sini kalau lapar. 613 00:29:29,520 --> 00:29:30,687 Tak boleh. 614 00:29:32,773 --> 00:29:34,441 Ambil piza dan pergi dari sini. 615 00:29:35,859 --> 00:29:37,236 Saya suka peperoni. 616 00:29:38,779 --> 00:29:41,990 Hei. Awak mahu secawan kopi? 617 00:29:42,074 --> 00:29:43,659 Kita boleh makan piza itu. 618 00:29:43,742 --> 00:29:46,787 Kita boleh saling berbual. 619 00:29:46,870 --> 00:29:48,413 Tak apa. Terima kasih. 620 00:29:48,497 --> 00:29:49,873 Saya pun sama. 621 00:30:08,892 --> 00:30:10,185 Hei, Paul. 622 00:30:10,269 --> 00:30:12,104 Hei, apa khabar? 623 00:30:12,187 --> 00:30:14,815 Biasalah saya. Baru habis bersenam. 624 00:30:14,898 --> 00:30:16,650 Bersedia untuk jalani kehidupan. 625 00:30:16,733 --> 00:30:19,570 Awak berseluar dalam dan bersendirian tanpa buat apa-apa, bukan? 626 00:30:19,653 --> 00:30:21,363 Betul. 627 00:30:21,446 --> 00:30:23,740 Okey, saya telefon sebab 628 00:30:25,075 --> 00:30:27,995 kita patut pergi sarapan selamat tinggal. 629 00:30:28,996 --> 00:30:31,373 Ya, saya suka. Bila? 630 00:30:31,456 --> 00:30:32,708 Sekarang? 631 00:30:38,589 --> 00:30:39,965 - Hai… - Hei. 632 00:30:40,841 --> 00:30:41,925 Paul. 633 00:30:43,677 --> 00:30:45,929 Apa awak buat di sini? Berapa lama awak akan ada di sini? 634 00:30:46,805 --> 00:30:48,807 - Beberapa jam saja. - Biar betul. 635 00:30:48,891 --> 00:30:50,267 Kalau saya ada rancangan pagi ini? 636 00:30:50,350 --> 00:30:51,727 Awak tak ada rancangan. 637 00:30:52,978 --> 00:30:55,522 - Paul. - Biar saya cakap, okey? 638 00:30:59,067 --> 00:31:01,111 Kehidupan bagi awak sesuatu tak disangka, 639 00:31:01,195 --> 00:31:03,697 jadi, cuba kawalnya, 640 00:31:03,780 --> 00:31:07,034 bayangkan cara awak mahu ia berlaku dan… 641 00:31:08,911 --> 00:31:10,204 Ia tak berjaya. 642 00:31:10,746 --> 00:31:14,291 Kalau awak tak boleh selesaikan sendiri, 643 00:31:14,374 --> 00:31:15,501 jadi, saya kena… 644 00:31:16,001 --> 00:31:18,128 Saya kena terus cuba sedarkan awak. 645 00:31:18,962 --> 00:31:20,130 Awak faham? 646 00:31:20,214 --> 00:31:23,759 Saya… Ya, tapi boleh kita berbual sambil makan wafel? 647 00:31:23,842 --> 00:31:26,136 Tak, awak bukan makan dengan saya. 648 00:31:26,220 --> 00:31:27,221 Awak akan makan dengan dia. 649 00:31:29,681 --> 00:31:33,560 Hai. Boleh beri saya kapucino? 650 00:31:33,644 --> 00:31:35,437 - Ya. - Terima kasih. 651 00:31:37,731 --> 00:31:39,691 Tak seperti awak bayangkan? 652 00:31:40,275 --> 00:31:41,693 Awak guna cara Jimmy pada saya. 653 00:31:41,777 --> 00:31:44,196 Betul. Saya guna cara Jimmy pada awak. 654 00:31:45,197 --> 00:31:47,157 Kalau awak mahu teruskan kehidupan, 655 00:31:47,741 --> 00:31:49,701 awak kena lepaskan masa lampau. 656 00:31:50,285 --> 00:31:51,620 Saya tahu itu menakutkan. 657 00:31:52,955 --> 00:31:53,956 Tapi awak… 658 00:31:54,456 --> 00:31:55,874 awak takkan boleh lupakan Tia. 659 00:31:57,167 --> 00:31:59,086 Awak takkan boleh lupakan saya. 660 00:32:00,003 --> 00:32:01,004 Semua orang tak boleh. 661 00:32:02,881 --> 00:32:05,175 Melepaskan masa lampau bermaksud 662 00:32:05,259 --> 00:32:07,219 awak tak benarkan… 663 00:32:08,262 --> 00:32:11,431 parut awak terus menghalang awak. 664 00:32:12,266 --> 00:32:13,642 Saya dipenuhi parut, Paul. 665 00:32:13,725 --> 00:32:14,726 Bagus. 666 00:32:15,936 --> 00:32:21,108 Sayang sekali kalau berusia 42 tahun, tapi tak dipenuhi parut. 667 00:32:22,192 --> 00:32:26,446 Itulah bukti kehidupan yang memuaskan. 668 00:32:27,656 --> 00:32:28,866 Saya tak mahu begini. 669 00:32:31,451 --> 00:32:34,246 Saya tak mahu awak kena datang dari jauh 670 00:32:34,329 --> 00:32:35,956 hanya untuk pastikan saya okey. 671 00:32:37,624 --> 00:32:40,043 - Saya tak mahu membebankan awak. - Tidak. 672 00:32:42,087 --> 00:32:43,589 Saya dah anggap awak anak saya. 673 00:32:44,214 --> 00:32:46,341 Entah kenapa saya tak pernah cakap begitu. 674 00:32:47,718 --> 00:32:48,969 Saya rasa awak kuat. 675 00:32:50,012 --> 00:32:51,305 Awak tak perlukan saya. 676 00:32:52,514 --> 00:32:53,765 Tapi selagi saya masih hidup, 677 00:32:53,849 --> 00:32:57,853 kalau awak perlukan saya, saya akan ada untuk awak. 678 00:32:58,645 --> 00:32:59,938 Sebab saya sayang awak. 679 00:33:01,565 --> 00:33:02,566 - Okey? - Okey. 680 00:33:02,649 --> 00:33:03,734 Sekarang awak kena pilih. 681 00:33:05,277 --> 00:33:07,279 Sama ada terus begini 682 00:33:07,362 --> 00:33:11,533 atau buat parut baharu. 683 00:33:13,243 --> 00:33:15,204 Saya perlu naik kapal terbang. 684 00:33:18,624 --> 00:33:19,875 Buat pilihan yang bijak. 685 00:33:48,987 --> 00:33:50,739 - Hai. - Hai. 686 00:34:48,130 --> 00:34:50,132 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman