1 00:00:08,174 --> 00:00:09,718 WILAYAH MONTGOMERY 2 00:00:09,801 --> 00:00:12,053 Oh Tuhan, ada orang mati di Jalan Aspen Hill. 3 00:00:12,137 --> 00:00:13,013 Lelakikah? 4 00:00:13,096 --> 00:00:14,431 Oh Tuhan. Ini… 5 00:00:14,514 --> 00:00:18,059 Puan, dengar sini. Apa yang berlaku? 6 00:00:18,143 --> 00:00:20,353 Seorang lelaki dibunuh depan saya. 7 00:00:22,063 --> 00:00:25,191 Ada orang mati, banyak darah. Saya di stesen minyak Mobil… 8 00:00:25,275 --> 00:00:30,113 Ini bukan situasi statik. Ia tak selamat. 9 00:00:32,282 --> 00:00:35,452 Jadi, saya ke but dan pakai rompi kalis peluru. 10 00:00:37,245 --> 00:00:41,708 Jika ada penembak, sukar nak jalankan tugas jika ditembak. 11 00:00:46,379 --> 00:00:48,631 Kemudian keadaan jadi huru-hara. 12 00:00:52,469 --> 00:00:53,386 Wilayah Montgomery. 13 00:00:53,470 --> 00:00:55,305 Ada orang ditembak di kawasan kami. 14 00:00:55,388 --> 00:00:58,349 Kami perlukan ambulans di selekoh Mills dan Connecticut. 15 00:00:58,433 --> 00:01:00,685 Darah keluar dari hidung dan mulutnya. 16 00:01:01,102 --> 00:01:05,065 Tertanya-tanya bukan bila ia akan berhenti, tapi di mana seterusnya? 17 00:01:05,148 --> 00:01:06,149 911, kecemasan anda? 18 00:01:06,232 --> 00:01:08,151 Ada bunyi kuat, tak tahu jika dia ditembak. 19 00:01:08,234 --> 00:01:10,070 Wanita ditembak di tempat letak kereta. 20 00:01:10,153 --> 00:01:11,112 Takutnya. 21 00:01:12,197 --> 00:01:15,408 Saya terfikir, "Aduhai, teruknya ini." 22 00:01:27,754 --> 00:01:34,761 DILATIH UNTUK MEMBUNUH 23 00:01:43,478 --> 00:01:44,646 Selamat pagi. 24 00:01:44,729 --> 00:01:50,485 Saya Terry Ryan, detektif bersara dari Wilayah Montgomery, Maryland. 25 00:01:53,321 --> 00:01:55,240 Ayah saya kerja di stesen televisyen, 26 00:01:55,824 --> 00:02:00,620 di bahagian pengurusan stesen untuk satu syarikat siaran tempatan, 27 00:02:00,703 --> 00:02:04,457 dan dia akan ke tempat kejadian jenayah. 28 00:02:08,211 --> 00:02:10,713 Dia selalu bawa saya bersama. 29 00:02:12,340 --> 00:02:16,845 Saya ingat lagi, mungkin sepuluh tahun ketika itu, naik kereta, 30 00:02:18,429 --> 00:02:20,431 memandu ke kejadian berdekatan. 31 00:02:21,432 --> 00:02:23,518 Rakan-rakan fikir ia agak dungu. 32 00:02:25,520 --> 00:02:29,232 Itulah pengenalan saya kepada siasatan homisid. 33 00:02:31,901 --> 00:02:35,655 Saya ditugaskan di divisyen Jenayah Berat. 34 00:02:35,738 --> 00:02:40,827 Saya di bahagian Homisid ketika kejadian ini bermula 35 00:02:40,910 --> 00:02:44,205 dan ia cuma waktu pagi yang biasa. 36 00:02:45,206 --> 00:02:50,461 3 OKTOBER 2002 37 00:02:50,545 --> 00:02:52,422 Ia berlaku di selekoh Jalan Aspen Hill, 38 00:02:52,505 --> 00:02:55,925 jalan keluar masuk Washington D.C., ke luar bandar. 39 00:02:57,343 --> 00:03:00,138 Waktu yang sibuk, pada pagi itu. 40 00:03:05,935 --> 00:03:08,938 Beberapa pegawai peronda sudah tiba, 41 00:03:09,814 --> 00:03:13,151 mereka dah tetapkan perimeter dengan pita tempat kejadian jenayah. 42 00:03:14,944 --> 00:03:18,031 Serta sedang menyoal orang ramai di situ. 43 00:03:19,908 --> 00:03:24,704 Bunyi tembakan didengari seorang wanita yang sedang mengisi minyak. 44 00:03:26,497 --> 00:03:31,461 Dia dengar mangsa kata, "Saya ditembak," sambil rebah. 45 00:03:33,796 --> 00:03:39,344 Tiada siapa nampak orang berlari, kenderaan laju, 46 00:03:39,427 --> 00:03:42,388 tiada apa-apa sebagai tanda ada sesuatu berlaku. 47 00:03:44,098 --> 00:03:47,435 Kami boleh mengagak dari mana arah tembakan itu, 48 00:03:47,518 --> 00:03:51,189 tapi tak pasti sama ada ia datang dari kenderaan bergerak, 49 00:03:51,272 --> 00:03:54,108 atau dari pusat beli-belah di seberang jalan. 50 00:03:58,071 --> 00:04:00,073 Saya sedang mencari peluru, 51 00:04:01,241 --> 00:04:02,450 atau kelongsong. 52 00:04:03,868 --> 00:04:06,621 Kami tak jumpa apa-apa. 53 00:04:09,082 --> 00:04:13,044 Penyelia saya ialah Sarjan Roger Thomson, 54 00:04:13,127 --> 00:04:16,297 dia mengetuai skuad yang saya ditugaskan. 55 00:04:21,803 --> 00:04:24,889 Roger ialah penyelia terbaik. 56 00:04:26,015 --> 00:04:27,016 Awak perlu… 57 00:04:27,100 --> 00:04:28,643 JABATAN POLIS WILAYAH MONTGOMERY 58 00:04:28,726 --> 00:04:29,936 Kami dah buat. 59 00:04:30,019 --> 00:04:31,020 Dah buat? 60 00:04:34,148 --> 00:04:36,693 Saya membesar di Wilayah Montgomery, Maryland. 61 00:04:36,776 --> 00:04:39,028 Saya bersekolah di sana. 62 00:04:39,904 --> 00:04:42,907 Saya bekerja di sana sepanjang kerjaya saya. 63 00:04:44,033 --> 00:04:46,661 Saya pegawai polis selama 30 tahun. 64 00:04:48,288 --> 00:04:51,207 Saya detektif selama 20 tahun. 65 00:04:52,208 --> 00:04:55,545 Saya suka mengumpul petunjuk kes 66 00:04:55,628 --> 00:04:57,547 dan cuba menyelesaikannya. 67 00:04:59,215 --> 00:05:03,136 8:24:58 PAGI - 08:25:01 PAGI 68 00:05:04,929 --> 00:05:09,934 Saya sampai ke stesen minyak Mobil dan Terry Ryan memaklumkan 69 00:05:10,018 --> 00:05:12,145 apa yang terjadi di tempat kejadian. 70 00:05:16,274 --> 00:05:18,651 Kemudian saya terima panggilan… 71 00:05:22,280 --> 00:05:24,324 ada tembakan seterusnya. 72 00:05:26,993 --> 00:05:32,415 Wanita ini ditembak semasa duduk di depan restoran makanan segera. 73 00:05:33,666 --> 00:05:35,084 Hanya 1.6 kilometer dari sini. 74 00:05:36,461 --> 00:05:40,256 Jadi, ada dua kejadian jenayah berbeza dalam masa beberapa minit. 75 00:05:40,840 --> 00:05:42,133 Sangat luar biasa. 76 00:05:43,092 --> 00:05:46,471 Pembunuhan begitu jarang berlaku di Wilayah Montgomery. 77 00:05:49,182 --> 00:05:51,851 Saya terfikir, siapa lagi saya nak hantar? 78 00:05:51,934 --> 00:05:55,813 Sebab saya kekurangan orang nak hantar ke tempat kejadian. 79 00:05:57,940 --> 00:06:00,818 Saya bercakap dengan komander, 80 00:06:00,902 --> 00:06:03,237 bercakap dengan orang di kedua-dua tempat kejadian, 81 00:06:04,405 --> 00:06:09,327 kemudian saya dihubungi penyiasat dari hospital, 82 00:06:09,410 --> 00:06:15,541 untuk memaklumkan saya kemalangan yang dia siasat sebenarnya ialah tembakan. 83 00:06:19,087 --> 00:06:24,801 Mangsa sedang memotong rumput dan dia ditembak di siang hari, 84 00:06:24,884 --> 00:06:26,552 macam yang lain. 85 00:06:28,971 --> 00:06:32,100 Jadi, ada tiga mangsa pembunuhan, 86 00:06:32,183 --> 00:06:36,604 dan kami tiada saksi tentang penembak ini. 87 00:06:38,272 --> 00:06:41,275 Kami ada masalah. Apa yang berlaku? 88 00:06:42,693 --> 00:06:45,488 Ia sesuatu yang kami tak pernah hadapi. 89 00:06:45,571 --> 00:06:49,700 Saya risau jika saya ditembak semasa di sana. 90 00:06:49,784 --> 00:06:52,078 Saya tak tahu dari mana tembakan itu. 91 00:06:52,161 --> 00:06:53,913 Roger dah lihat semuanya. 92 00:06:54,747 --> 00:07:00,336 Tapi saya dapat rasakan dari pandangannya, situasi kali ini berbeza. 93 00:07:01,337 --> 00:07:02,213 Tegang. 94 00:07:04,590 --> 00:07:08,803 Setiap penyelia dari setiap bahagian, mereka tertumpu kepada Roger. 95 00:07:09,846 --> 00:07:15,435 "Apa yang awak tahu?" Dia jarang berada dalam situasi macam ini. 96 00:07:15,518 --> 00:07:16,853 Tak ada banyak maklumat. 97 00:07:20,857 --> 00:07:22,191 Kami tiada saksi. 98 00:07:23,151 --> 00:07:27,363 Semua orang dengar bunyi tembakan, tapi tiada siapa nampak kejadian itu. 99 00:07:28,281 --> 00:07:29,949 Rasa sangat cemas 100 00:07:30,032 --> 00:07:33,286 tapi cuba pastikan agar ia tak keterlaluan. 101 00:07:34,370 --> 00:07:38,791 Awak cuba nak pastikan pemikiran awak kekal waras. 102 00:07:39,417 --> 00:07:43,796 9:29:58 PAGI - 9:30:02 PAGI 103 00:07:48,468 --> 00:07:50,219 Cuba pegang, Doug. 104 00:07:50,303 --> 00:07:56,476 Ada ramai wartawan dan jurukamera yang datang. 105 00:07:56,559 --> 00:07:59,687 Lihat belakang saya. Ini stesen minyak Mobil. 106 00:07:59,770 --> 00:08:01,189 Di sinilah tempat tembakan… 107 00:08:01,272 --> 00:08:04,901 Kami cuba jauhkan mereka dari tempat kejadian, tapi sukar, 108 00:08:04,984 --> 00:08:07,069 sebab tak cukup kakitangan. 109 00:08:08,404 --> 00:08:11,115 Berita gempar. Penyiasat terus… 110 00:08:11,199 --> 00:08:13,618 …mengaitkan tiga tembakan di Wilayah Montgomery, 111 00:08:13,701 --> 00:08:16,162 lelaki yang mengepam minyak, wanita yang duduk… 112 00:08:16,245 --> 00:08:20,583 Ada lebih ramai wartawan dan jurukamera berbanding polis. 113 00:08:22,877 --> 00:08:27,340 Sejujurnya, ia buat kerja kami lebih sukar. 114 00:08:29,800 --> 00:08:33,221 Di Wilayah Montgomery, penembak itu masih bebas. 115 00:08:33,930 --> 00:08:39,560 Sukar bercakap dengan rakan sekerja, kerana pihak media, penguat kuasa 116 00:08:39,644 --> 00:08:43,523 menggunakan peranti wayarles yang sama pada masa itu. 117 00:08:44,315 --> 00:08:47,527 Terlalu banyak trafik radio. 118 00:08:51,948 --> 00:08:55,368 9:57:57 PAGI - 9:58:01 PAGI 119 00:08:55,451 --> 00:08:56,869 911, kecemasan anda? 120 00:08:56,953 --> 00:09:00,248 Kami perlukan ambulans di selekoh Mills dan Connecticut. 121 00:09:01,207 --> 00:09:02,166 Ada lagi. 122 00:09:03,251 --> 00:09:07,922 Ada satu lagi tembakan di stesen minyak, beberapa kilometer dari sini. 123 00:09:10,591 --> 00:09:13,719 Saya telefon ibu saya, dia kerap ke stesen minyak itu, 124 00:09:15,263 --> 00:09:19,267 dan saya kata jangan keluar ke kedai di kawasan itu. 125 00:09:19,350 --> 00:09:20,851 "Jangan keluar rumah." 126 00:09:23,271 --> 00:09:26,732 Roger menghampiri saya dan berkata, 127 00:09:26,816 --> 00:09:31,279 "Saya tak suka buat begini kepada awak tapi ada kejadian lain." 128 00:09:32,154 --> 00:09:34,740 "Seseorang kena ke sana. Boleh awak pergi?" 129 00:09:40,997 --> 00:09:45,334 Ia kejadian yang melibatkan wanita muda berusia 20-an. Seorang ibu. 130 00:09:47,503 --> 00:09:50,548 Cik Rivera sedang vakum vannya, 131 00:09:50,631 --> 00:09:55,386 yang diletakkan berdekatan mesin vakum yang masih ada di sini. 132 00:09:58,472 --> 00:10:05,229 En. Rivera, suami Lori-Ann, dihubungi. 133 00:10:07,231 --> 00:10:09,066 Dia datang ke tempat kejadian. 134 00:10:10,443 --> 00:10:12,820 Saya perlu maklumkan kematian isterinya. 135 00:10:15,615 --> 00:10:18,993 Saya nampak emosinya. Dia sangat sedih. 136 00:10:24,165 --> 00:10:26,083 Dia kata, "Anak saya bagaimana?" 137 00:10:36,719 --> 00:10:38,471 Maaf, ia… 138 00:10:42,433 --> 00:10:43,893 Ambillah masa awak. 139 00:10:43,976 --> 00:10:46,020 Saya okey. 140 00:10:57,281 --> 00:11:00,284 Saya lega dapat ke pejabat, sebab saya boleh duduk 141 00:11:00,368 --> 00:11:02,828 dan fikirkan petunjuk yang ada. 142 00:11:04,205 --> 00:11:06,832 Saya boleh kumpulkan semua maklumat yang ada 143 00:11:06,916 --> 00:11:08,834 dan memahami situasi ini. 144 00:11:10,878 --> 00:11:14,340 Kami dapat maklumat daripada pekerja syif malam 145 00:11:14,423 --> 00:11:17,843 tentang tembakan lain yang berlaku pada malam sebelum itu. 146 00:11:19,887 --> 00:11:20,888 LAPORAN PERISTIWA 147 00:11:20,971 --> 00:11:26,560 Sekitar enam petang, En. Martin ditembak di pusat beli-belah, 148 00:11:27,478 --> 00:11:32,692 dan sekali lagi, tiada saksi kejadian tembakan ini. 149 00:11:37,154 --> 00:11:39,281 Saya tahu dah ada lima tembakan. 150 00:11:40,950 --> 00:11:42,993 2 OKTOBER, 18:04 151 00:11:43,077 --> 00:11:45,955 Malam sebelumnya, En. Martin ditembak. 152 00:11:47,456 --> 00:11:52,378 Keesokan paginya, tembakan pertama terkena pada En. Buchanan. 153 00:11:53,796 --> 00:11:55,840 Saksi dengar bunyi kuat. 154 00:11:56,424 --> 00:12:00,302 Mereka fikir pemotong rumputnya meletup dan terkena dia. 155 00:12:02,179 --> 00:12:04,724 Walekar ditembak di stesen minyak Mobil. 156 00:12:06,934 --> 00:12:13,941 Sarah Ramos ditembak di pusat beli-belah di utara tempat En. Walekar ditembak. 157 00:12:15,443 --> 00:12:20,406 Rivera pula ditembak di stesen minyak Shell. 158 00:12:24,493 --> 00:12:28,330 Biasanya, ada kaitan di antara mangsa 159 00:12:28,914 --> 00:12:30,374 dan suspek. 160 00:12:32,585 --> 00:12:36,297 Adakah mereka sama tempat kerja? Sama tempat tinggal? 161 00:12:37,173 --> 00:12:41,552 Adakah mereka bergaduh dengan penembak itu? 162 00:12:43,387 --> 00:12:46,140 Awak perlu berjumpa keluarga mangsa 163 00:12:46,223 --> 00:12:49,018 untuk lihat jika ada kaitan ini. 164 00:12:50,269 --> 00:12:53,189 Itulah matlamat utama awak sebagai detektif. 165 00:12:53,272 --> 00:12:56,400 Awak kumpul petunjuk ini macam teka-teki. 166 00:13:00,613 --> 00:13:06,327 Kami cuba kumpul banyak maklumat dan komander saya maklumkan 167 00:13:06,827 --> 00:13:09,455 yang dia akan mengetuai siasatan. 168 00:13:11,874 --> 00:13:13,793 FBI turut terlibat. 169 00:13:14,877 --> 00:13:16,295 ATP pun terlibat. 170 00:13:16,921 --> 00:13:22,760 Jadi, saya rasa lega kerana tekanan ini dikurangkan 171 00:13:22,843 --> 00:13:25,095 dan dibahagikan kepada orang lain. 172 00:13:30,935 --> 00:13:31,769 Hai. 173 00:13:32,770 --> 00:13:37,566 Mari mulakan pada 3 Oktober, kita akan lihat semula kes awal nanti. 174 00:13:37,650 --> 00:13:42,988 Otak saya tak berundur. Ia cuma ke depan, semua dah dibahagikan. 175 00:13:45,866 --> 00:13:47,243 Saya Michael Bouchard. 176 00:13:47,326 --> 00:13:50,871 Saya ejen khas yang mengetuai Divisyen Luar Baltimore, 177 00:13:50,955 --> 00:13:54,500 Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan. 178 00:13:54,583 --> 00:13:57,503 Antara tugas saya sebagai ejen divisyen luar 179 00:13:57,586 --> 00:13:59,213 ialah bertemu media. 180 00:14:03,467 --> 00:14:09,181 Kali pertama tiba, dianggarkan 50 hingga 60 petugas media 181 00:14:09,265 --> 00:14:11,892 berkumpul di luar ibu pejabat polis. 182 00:14:13,143 --> 00:14:15,396 Saya tak teruja untuk bertemu mereka, 183 00:14:16,272 --> 00:14:18,649 terutamanya dalam keadaan begini, 184 00:14:18,732 --> 00:14:21,777 tapi awak di kawasan D.C., awak diperhatikan. 185 00:14:21,861 --> 00:14:24,947 Apa yang awak buat di sini, orang sentiasa lihat. 186 00:14:25,030 --> 00:14:28,701 Ejen Bouchard, agensi mana yang kendalikan operasi siasatan? 187 00:14:28,784 --> 00:14:30,786 Mereka tanya banyak soalan. 188 00:14:30,870 --> 00:14:31,996 Tak mungkin… 189 00:14:32,079 --> 00:14:33,163 …tidak diuruskan… 190 00:14:33,247 --> 00:14:36,166 Kami kekurangan kenyataan saksi dan tak pasti 191 00:14:36,250 --> 00:14:38,210 apa yang kami cari. 192 00:14:38,294 --> 00:14:40,713 Tak banyak nak dikongsi kepada media. 193 00:14:40,796 --> 00:14:42,923 Saya tak boleh jawab. Maaf. 194 00:14:43,007 --> 00:14:44,008 Ejen Bouchard… 195 00:14:44,508 --> 00:14:45,342 Terima kasih. 196 00:14:50,848 --> 00:14:54,602 Bukti terpenting yang kami ada ialah balistik. 197 00:14:54,685 --> 00:14:56,228 SERPIHAN PELURU 198 00:14:56,312 --> 00:14:59,231 Peluru yang diambil daripada setiap mangsa. 199 00:15:01,817 --> 00:15:04,820 Peluru ini dibawa ke Makmal ATF. 200 00:15:06,071 --> 00:15:08,198 Satu ke tiga kilometer dari ibu pejabat polis. 201 00:15:11,327 --> 00:15:15,873 Saya yakin dengan Walter Dandridge yang bekerja di makmal kami. 202 00:15:17,875 --> 00:15:22,504 Dia pemeriksa forensik terhebat. Mungkin antara yang terbaik di negara ini. 203 00:15:23,005 --> 00:15:27,009 Saya ingat lagi Mike Bouchard, dia antara yang berpangkat besar 204 00:15:27,092 --> 00:15:30,971 dan kami pekerja kelas rendah jarang bertemu mereka. 205 00:15:34,183 --> 00:15:38,312 Dia lelaki yang rendah diri, fokus buat kerja, rajin berusaha, 206 00:15:38,395 --> 00:15:40,105 selesaikan banyak kes. 207 00:15:44,109 --> 00:15:45,903 Ini situasi yang berterusan. 208 00:15:47,363 --> 00:15:51,742 Tekanan meningkat dan mereka nakkan jawapan segera. 209 00:15:54,536 --> 00:15:58,165 Peluru dan serpihan pertama yang saya terima, 210 00:15:58,248 --> 00:16:02,836 saya dapati ia ditembak daripada senapang. 211 00:16:04,505 --> 00:16:10,636 Ia peluru kaliber .223, Remington. 212 00:16:12,638 --> 00:16:16,100 Setiap peluru yang ditembak dari satu senjata api 213 00:16:16,183 --> 00:16:18,769 akan tinggalkan kesan yang sama. 214 00:16:21,021 --> 00:16:25,985 Saya dapat tentukan yang setiap tembakan pada hari pertama 215 00:16:27,736 --> 00:16:29,947 ialah daripada senjata api yang sama. 216 00:16:37,496 --> 00:16:38,956 Ia penemuan penting. 217 00:16:40,958 --> 00:16:45,462 Sebaik saja tahu senapang digunakan dalam kes tembakan di Wilayah Montgomery, 218 00:16:45,546 --> 00:16:47,798 kami percaya yang dia penembak hendap. 219 00:16:50,759 --> 00:16:53,554 Maksudnya seseorang menembak dari jarak jauh 220 00:16:54,221 --> 00:16:56,432 dan tak nampak lokasi tembakannya. 221 00:16:57,850 --> 00:17:02,187 Maknanya tembakan itu memang dari jarak jauh, 222 00:17:02,271 --> 00:17:06,066 mungkin 15 ke 30 meter, atau lebih lagi. 223 00:17:08,277 --> 00:17:11,363 Jadi, detektif memperluas kawasan pencarian. 224 00:17:12,531 --> 00:17:14,199 Kami mencari saksi. 225 00:17:16,869 --> 00:17:20,080 Di stesen minyak Mobil, ada saksi 226 00:17:20,789 --> 00:17:24,209 yang nampak trak petak putih di seberang jalan. 227 00:17:24,293 --> 00:17:25,669 SAKSI NAMPAK TRAK PETAK PUTIH 228 00:17:25,753 --> 00:17:28,839 Saksi-saksi dalam kes tembakan Sarah Ramos, 229 00:17:29,423 --> 00:17:33,343 mereka nampak trak petak putih pergi dengan pantas. 230 00:17:34,470 --> 00:17:38,140 Mungkin sebab itulah tembakan ini sangat kuat 231 00:17:38,223 --> 00:17:43,520 sebab gema bunyi itu datang dari belakang trak petak putih. 232 00:17:46,065 --> 00:17:50,277 Mungkin penembak itu angkat pintu, tembak dan tutup ia semula. 233 00:17:50,903 --> 00:17:55,616 Jadi, sebab itulah kami tiada saksi yang nampak suspek. 234 00:17:56,408 --> 00:18:01,330 9:19:58 MALAM - 9:20:02 MALAM 235 00:18:06,418 --> 00:18:10,089 Pada penghujung hari pertama, kami semua dah penat. 236 00:18:11,882 --> 00:18:15,052 Saya berharap yang ia dah berakhir. 237 00:18:15,552 --> 00:18:17,721 Kami boleh selesaikan apa dah berlaku. 238 00:18:20,182 --> 00:18:23,435 Pada waktu petang. Kami dapat panggilan telefon. 239 00:18:23,519 --> 00:18:27,523 Satu lagi tembakan berlaku di Washington, D.C., 240 00:18:28,273 --> 00:18:31,276 di sempadan Washington, D.C. dan Wilayah Montgomery. 241 00:18:34,196 --> 00:18:36,824 Dia tak dirompak, tiada siapa nampak apa-apa. 242 00:18:38,117 --> 00:18:40,369 Sukar dipercayai. 243 00:18:41,495 --> 00:18:45,374 Bagaimana ini masih berlaku dan apa kaitannya? 244 00:18:46,083 --> 00:18:49,962 Dalam masa sehari lebih. Enam peluru, enam pembunuhan. 245 00:18:52,422 --> 00:18:53,799 3 OKTOBER 246 00:18:53,882 --> 00:18:58,720 4 OKTOBER 247 00:18:59,930 --> 00:19:05,686 Keesokan harinya, media telah mula berkhemah. 248 00:19:07,604 --> 00:19:10,732 Bukan saja di jalan depan ibu pejabat polis, 249 00:19:10,816 --> 00:19:12,818 tapi di tempat letak kereta kami juga. 250 00:19:13,569 --> 00:19:17,489 Mereka menghampiri kami semasa kami keluar dari kereta. 251 00:19:20,534 --> 00:19:23,453 Dia akan adakan sidang media pada enam petang ini. 252 00:19:23,537 --> 00:19:25,038 Mungkin ada maklumat lagi. 253 00:19:26,582 --> 00:19:29,918 Kami tak dapat jelaskan apa yang berlaku. 254 00:19:30,419 --> 00:19:31,753 Bukan pada ketika itu. 255 00:19:33,589 --> 00:19:38,969 Pihak media siarkan di seluruh televisyen, radio, media cetak. 256 00:19:41,889 --> 00:19:46,101 Keputusan telah dibuat dengan ketua polis 257 00:19:46,185 --> 00:19:50,814 untuk memaklumkan orang awam yang kami mencari pemilik trak petak putih. 258 00:19:51,607 --> 00:19:53,400 Ia Ford Econovan. 259 00:19:53,859 --> 00:19:56,528 Kami sedar kes ini takkan selesai tanpa media. 260 00:19:57,279 --> 00:19:59,990 Orang awam, mereka mata dan telinga kami. 261 00:20:00,782 --> 00:20:04,620 Sila lihat ini. Jika anda kenal sesiapa yang memandu salah satu… 262 00:20:04,703 --> 00:20:06,330 Tolong ingat. 263 00:20:06,413 --> 00:20:08,790 Jika nampak ini, hubungi kami. 264 00:20:08,874 --> 00:20:11,668 Jika nampak sesuatu nak berlaku, hubungi kami. 265 00:20:12,169 --> 00:20:15,839 Trak penghantaran putih ditahan dan diperiksa… 266 00:20:15,923 --> 00:20:19,343 Kami mula menerima banyak panggilan. 267 00:20:20,761 --> 00:20:23,639 Mereka nampak trak petak putih di simpang ini, 268 00:20:23,722 --> 00:20:26,225 ada trak petak putih di simpang itu. 269 00:20:26,308 --> 00:20:29,019 Semua ini di pusat beli-belah, stesen minyak, 270 00:20:30,646 --> 00:20:35,817 tapi tiada maklumat yang mengaitkan pemandunya dengan kes tembakan. 271 00:20:37,069 --> 00:20:41,031 2:29:58 PETANG - 2:30:02 PETANG 272 00:20:41,114 --> 00:20:42,991 Spotsylvania, 911. Kecemasan anda? 273 00:20:43,075 --> 00:20:45,077 Ada wanita ditembak di tempat letak kereta. 274 00:20:45,160 --> 00:20:46,203 Dia masih bernafas? 275 00:20:46,286 --> 00:20:47,120 Saya tak tahu. 276 00:20:47,955 --> 00:20:50,832 4 OKTOBER, 14:27 TERSELAMAT 277 00:20:52,709 --> 00:20:56,171 Kes tembakan Caroline Seawell di Wilayah Spotsylvania, Virginia 278 00:20:56,672 --> 00:20:58,799 mengubah skop siasatan dengan ketara. 279 00:21:00,592 --> 00:21:03,220 Sekarang, ada bidang kuasa berbeza terlibat. 280 00:21:06,265 --> 00:21:11,770 Spekulasinya ialah penembak, atau kumpulannya sedang bergerak. 281 00:21:12,896 --> 00:21:15,357 Serta sasarkan orang di kawasan berbeza. 282 00:21:18,318 --> 00:21:19,820 Apa motifnya? 283 00:21:22,406 --> 00:21:24,491 Tembakan itu kelihatan rawak, 284 00:21:24,574 --> 00:21:28,996 bagaimana nak mendahului dan mengetahui langkah mereka seterusnya? 285 00:21:31,498 --> 00:21:35,752 Sehinggalah kami tahu motifnya, sukar nak selesaikan kes ini. 286 00:21:42,551 --> 00:21:45,971 Jadi, kami putuskan untuk menambah pasukan petugas. 287 00:21:55,188 --> 00:21:56,315 Dekat lagi. 288 00:21:56,398 --> 00:21:57,691 Rakam hidung saya? 289 00:21:57,774 --> 00:22:00,193 Temu bual April Carol, rakaman dua. Mula. 290 00:22:01,778 --> 00:22:06,158 Saya di rumah, telefon berbunyi, penyelia saya tanya, "Awak tengah duduk?" 291 00:22:06,241 --> 00:22:08,660 Saya kata, "Ya, kenapa?" 292 00:22:08,744 --> 00:22:14,124 Dia kata, "Saya perlu tugaskan awak kes penembak hendap." 293 00:22:18,670 --> 00:22:21,673 Saya dan keluarga baru berpindah ke Washington, D.C. 294 00:22:23,216 --> 00:22:26,136 Inilah kali pertama wanita menjadi penyelia saya, 295 00:22:26,219 --> 00:22:28,096 dan juga seorang ibu, dan dia kata, 296 00:22:28,180 --> 00:22:29,765 "Awak pasti awak boleh?" 297 00:22:30,557 --> 00:22:33,352 "Saya tahu awak ada anak dan baru berpindah." 298 00:22:34,478 --> 00:22:38,482 Saya kata saya baru jumpa pengasuh dan kami akan baik-baik saja. 299 00:22:42,486 --> 00:22:44,571 "Beri saya tugas itu, saya dah sedia." 300 00:22:44,654 --> 00:22:46,365 4 OKTOBER 301 00:22:46,448 --> 00:22:48,492 7 OKTOBER 302 00:22:48,575 --> 00:22:52,329 Saya di rumah, bersarapan dan minum kopi, sedia nak pergi kerja. 303 00:22:52,412 --> 00:22:56,500 Berita gempar. Budak lelaki 13 tahun kini kritikal. Ratusan polis… 304 00:22:56,583 --> 00:23:00,587 Perasaan marah yang amat sangat, "Oh, Tuhanku." 305 00:23:00,670 --> 00:23:01,963 …mencari penembak… 306 00:23:02,047 --> 00:23:06,093 Seorang budak ditembak, tak bersalah, di sekolah. 307 00:23:07,219 --> 00:23:09,471 Ia melampau, menembak kanak-kanak. 308 00:23:11,473 --> 00:23:14,267 Nampaknya ia dah keterlaluan. 309 00:23:14,351 --> 00:23:15,560 7 OKTOBER, 08:09 TERSELAMAT 310 00:23:15,644 --> 00:23:19,773 Saya sangat marah, kerana saya ibu kepada tiga anak lelaki, 311 00:23:19,856 --> 00:23:21,858 dan sedar sekolah pun tak selamat. 312 00:23:23,944 --> 00:23:25,487 Anak saya pun boleh dalam bahaya? 313 00:23:29,616 --> 00:23:34,413 Saya yakin penembak itu sedar 314 00:23:34,496 --> 00:23:36,957 ketakutan yang mereka dah cipta di sini. 315 00:23:37,916 --> 00:23:39,584 Orang ramai sangat takut 316 00:23:39,668 --> 00:23:43,338 dan mereka tingkatkan lagi dengan menembak kanak-kanak. 317 00:23:44,673 --> 00:23:46,842 Nak lihat apa reaksi orang awam. 318 00:23:50,137 --> 00:23:51,847 Selepas kes tembakan Iran Brown, 319 00:23:51,930 --> 00:23:56,935 tahap penumpuan kerja berada di paras tertinggi. 320 00:23:58,311 --> 00:24:01,022 Awak tak nak habiskan syif atau berehat. 321 00:24:01,106 --> 00:24:04,484 Kes ini sepenuh masa, 24 jam, sehingga mereka ditangkap. 322 00:24:05,819 --> 00:24:07,946 Jika ada maklumat tentang kes ini, 323 00:24:08,029 --> 00:24:10,782 anda digesa menghubungi talian penting. Nombornya ialah 240… 324 00:24:10,866 --> 00:24:17,330 Sebaik saja nombor dikongsi, kami terima banyak panggilan. 325 00:24:20,542 --> 00:24:26,256 Kami ada 100 telefon dengan 100 pekerja, dari semua agensi, 326 00:24:26,339 --> 00:24:30,177 mengambil maklumat dan memasukkan ke dalam sistem untuk diproses. 327 00:24:31,720 --> 00:24:33,805 Tugas saya ialah meneliti maklumat 328 00:24:33,889 --> 00:24:37,225 dan membuat keputusan berdasarkan apa kami dah ketahui setakat itu 329 00:24:37,309 --> 00:24:39,644 iaitu petunjuk utama. 330 00:24:39,728 --> 00:24:42,856 Tekanannya tinggi, awak tak nak terlepas apa-apa. 331 00:24:45,775 --> 00:24:50,489 Tak tahulah apa yang saya cari, secara jujurnya, ia mengikut naluri. 332 00:24:53,116 --> 00:24:54,034 7 OKTOBER 333 00:24:54,117 --> 00:24:58,622 8 OKTOBER 334 00:25:01,416 --> 00:25:03,502 Dalam kes bersiri, pengalaman saya 335 00:25:03,585 --> 00:25:07,088 ialah subjek menghadiri sidang akhbar, 336 00:25:07,631 --> 00:25:09,216 kembali ke tempat jenayah, 337 00:25:09,299 --> 00:25:12,219 memerhati apa penguat kuasa undang-undang lakukan. 338 00:25:13,637 --> 00:25:17,557 Jadi, kami akan mainkan semula video sidang akhbar itu, 339 00:25:18,350 --> 00:25:21,144 mencari sesiapa yang mencurigakan. 340 00:25:25,273 --> 00:25:28,944 Kami semua sedar yang pembunuh itu mungkin ada di antara kami. 341 00:25:37,077 --> 00:25:40,455 Seseorang dilihat dalam video selepas sidang akhbar itu, 342 00:25:40,539 --> 00:25:41,915 berjalan ke podium 343 00:25:41,998 --> 00:25:46,294 dan melihat-lihat kertas yang ditinggalkan Ketua Moose. 344 00:25:46,920 --> 00:25:49,172 Kami rasa itu sangat pelik. 345 00:25:51,800 --> 00:25:54,469 Dia suspek utama ketika itu. 346 00:25:54,553 --> 00:25:56,846 Jadi kami perlu cari lelaki ini. 347 00:26:03,478 --> 00:26:08,233 Saya memandu ke tempat kerja esoknya, dan berhenti di lampu isyarat. 348 00:26:12,988 --> 00:26:17,826 Saya ternampak seseorang yang saya rasa saya kenal. 349 00:26:21,371 --> 00:26:25,709 Minda saya pantas berfikir dan saya teringat gambar itu. 350 00:26:31,923 --> 00:26:34,843 Saya melihat gambar, lihat semula kereta itu dan… 351 00:26:35,927 --> 00:26:37,304 itu sememangnya dia. 352 00:26:38,805 --> 00:26:41,558 Penembak hendap mungkin di sebelah saya. 353 00:26:43,893 --> 00:26:45,061 Saya kena buat sesuatu. 354 00:26:46,771 --> 00:26:48,273 Apa saya nak buat? 355 00:26:48,773 --> 00:26:50,317 Saya tak boleh hentikan dia. 356 00:26:50,400 --> 00:26:52,652 Terlalu banyak kereta dan ramai orang. 357 00:26:58,825 --> 00:27:02,287 Saya ikut dia ke pusat beli-belah dan dia meletak kereta. 358 00:27:06,750 --> 00:27:08,293 Jika saya masuk sendiri, 359 00:27:08,376 --> 00:27:11,129 saya boleh terlepas dia dan kereta juga. 360 00:27:11,713 --> 00:27:16,760 Jadi, saya telefon dan minta penyelia dan pasukan petugas bertindak, 361 00:27:16,843 --> 00:27:20,597 bersama pasukan sokongan dan kami berjaya menahan lelaki ini. 362 00:27:20,680 --> 00:27:22,974 BILIK SOAL SIASAT 363 00:27:23,058 --> 00:27:25,477 Mungkin dialah orangnya. 364 00:27:26,895 --> 00:27:29,314 Kami mungkin dah tangkap pembunuh itu. 365 00:27:40,909 --> 00:27:43,036 Apa saya ingat semasa menyoalnya 366 00:27:43,119 --> 00:27:44,704 ialah raut wajahnya 367 00:27:44,788 --> 00:27:49,292 apabila dia sedar yang dia suspek kes tembakan ini. 368 00:27:49,376 --> 00:27:53,755 "Apa? Awak fikir itu saya? Taklah." 369 00:27:55,382 --> 00:27:58,885 Dia katakan kepada kami yang dia cuma suka kes ini. 370 00:28:00,011 --> 00:28:05,350 Saya pernah lihat reaksi orang tak bersalah berbanding yang bersalah, 371 00:28:05,433 --> 00:28:08,019 dan saya dengan kecewanya berkata, 372 00:28:08,103 --> 00:28:10,605 "Ya, si dungu ini salah masa dan tempat." 373 00:28:12,065 --> 00:28:13,608 Kami juga periksa alibi. 374 00:28:13,692 --> 00:28:17,028 Kami bercakap dengan isterinya, dan ada perkara lain 375 00:28:17,112 --> 00:28:20,198 yang dalam beberapa minit, mengesahkan dia tak bersalah. 376 00:28:21,991 --> 00:28:24,202 Aduhai, kalaulah itu memang dia, 377 00:28:24,285 --> 00:28:27,914 dia ditangkap, kes selesai dan orang ramai selamat. 378 00:28:30,250 --> 00:28:33,461 Penembak hendap bersiri yang sukar ditangkap ini 379 00:28:33,545 --> 00:28:35,797 mengganas di kawasan Washington ini. 380 00:28:36,715 --> 00:28:38,550 Apabila tembakan berlaku lagi… 381 00:28:39,884 --> 00:28:43,680 kami rasa kecawa kerana gagal 382 00:28:43,763 --> 00:28:45,974 menghentikan pembunuh ini. 383 00:28:46,057 --> 00:28:49,144 Kami cuma nak ia selesai sekarang… 384 00:28:49,227 --> 00:28:51,229 Ramai orang takut. 385 00:28:52,147 --> 00:28:53,273 …cuba sedaya upaya. 386 00:28:54,774 --> 00:28:56,443 Sukan di sekolah dihentikan. 387 00:28:58,403 --> 00:28:59,821 Tiada masa rehat. 388 00:29:01,030 --> 00:29:03,616 Sepuluh orang telah ditembak, lapan maut, 389 00:29:03,700 --> 00:29:06,244 apabila penembak hendap mengganas di Washington. 390 00:29:06,327 --> 00:29:09,122 Mangsa terkini, Kenneth Bridges, 53 tahun. 391 00:29:10,665 --> 00:29:14,169 Kami tak tahu ke mana mereka seterusnya. 392 00:29:15,211 --> 00:29:18,006 Ibarat cuba genggam pasir di tangan awak. 393 00:29:18,089 --> 00:29:22,469 Ia terus keluar sebab awak tak boleh genggam dan buat sesuatu. 394 00:29:22,552 --> 00:29:24,846 8 OKTOBER 395 00:29:24,929 --> 00:29:28,808 14 OKTOBER 396 00:29:31,936 --> 00:29:34,898 Saya duduk di meja penyiasatan melihat petunjuk 397 00:29:34,981 --> 00:29:39,611 dan ejen di sebelah saya mendapat panggilan telefon 398 00:29:39,694 --> 00:29:43,656 daripada ejen lain di Home Depot di Falls Church, 399 00:29:43,740 --> 00:29:46,284 di dalam kedai itu dan terdengar tembakan. 400 00:29:47,869 --> 00:29:51,748 Suami saya sedang cuti dan bersama tiga anak kami. 401 00:29:51,831 --> 00:29:54,459 Mereka akan ke Home Depot pada hari itu. 402 00:29:56,503 --> 00:30:00,799 Rasa panik, apabila mendengar "Home Depot di Virginia," 403 00:30:00,882 --> 00:30:06,971 dan saya risau di mana mereka semasa memandu ke sana. 404 00:30:09,390 --> 00:30:12,519 Mujurlah, mereka telefon dan kata, "Kami dah balik, kami okey," 405 00:30:12,602 --> 00:30:14,729 Saya kata, "Itu yang penting." 406 00:30:17,190 --> 00:30:22,487 Saya tiba di tempat kejadian dan berjalan melalui tempat letak kereta yang luas ini 407 00:30:22,570 --> 00:30:24,823 ke tempat perintah kami. 408 00:30:26,616 --> 00:30:28,409 Telefon saya berbunyi. 409 00:30:29,786 --> 00:30:31,913 Ayah saya telefon di Los Angeles 410 00:30:31,996 --> 00:30:35,750 dan saya kata, "Ayah, saya okey, semuanya baik, 411 00:30:35,834 --> 00:30:37,252 saya tak boleh cakap." 412 00:30:37,335 --> 00:30:38,753 Dia kata, "Ayah tahu." 413 00:30:38,837 --> 00:30:41,631 "Ayah nampak kamu di tempat letak kereta di tempat kejadian." 414 00:30:41,714 --> 00:30:45,635 Seorang lagi wanita maut, hampir pasti menurut polis, di tangan… 415 00:30:45,718 --> 00:30:49,138 Dia panik, jika dia nampak saya dalam berita, 416 00:30:49,222 --> 00:30:52,767 begitu juga suspek dan dia boleh menembak saya juga. 417 00:30:54,060 --> 00:30:55,770 Ia buat saya pening. 418 00:30:56,980 --> 00:31:00,859 Saya ingat lagi menyimpan telefon, berfikir yang dia betul, 419 00:31:00,942 --> 00:31:03,945 dan kami di tempat terbuka untuk ditembak. 420 00:31:07,866 --> 00:31:10,451 Saya tak pernah berhenti memikirkannya. 421 00:31:14,581 --> 00:31:18,751 Saya tak sedar apabila ditugaskan untuk kes ini, 422 00:31:19,627 --> 00:31:26,301 tahap keresahan dan tekanan yang tinggi 423 00:31:26,384 --> 00:31:27,802 turut dirasakan bersama. 424 00:31:28,928 --> 00:31:31,306 14 OKTOBER 425 00:31:31,389 --> 00:31:34,100 19 OKTOBER 426 00:31:37,145 --> 00:31:38,354 Malam Sabtu. 427 00:31:38,855 --> 00:31:41,774 Saya dan isteri makan bersama buat kali pertama, 428 00:31:41,858 --> 00:31:43,902 dalam masa seminggu setengah. 429 00:31:45,570 --> 00:31:49,115 Kami berkongsi cerita dengan anak-anak. 430 00:31:50,575 --> 00:31:52,911 Saya diganggu dengan panggilan telefon 431 00:31:53,536 --> 00:31:56,998 tentang satu lagi tembakan berlaku di Ashland, Virginia. 432 00:31:57,916 --> 00:32:01,419 Mereka ada bukti forensik yang boleh bantu selesaikan kes ini. 433 00:32:05,298 --> 00:32:08,676 Saya beritahu isteri saya, saya perlu pergi kerja. 434 00:32:08,760 --> 00:32:10,428 Dia terima dengan cekalnya. 435 00:32:10,511 --> 00:32:12,639 Saya tak nak cakap apa kata-katanya, tapi… 436 00:32:15,767 --> 00:32:17,393 Mereka yang berkahwin tahulah. 437 00:32:25,026 --> 00:32:26,945 19 OKTOBER, 19:59 438 00:32:27,028 --> 00:32:32,909 Jeffrey Hopper. Dia cedera parah, tapi mujurlah terselamat. 439 00:32:33,993 --> 00:32:38,247 Dia dan isteri dalam perjalanan ke I-95, berhenti makan malam, 440 00:32:38,998 --> 00:32:41,501 dan isterinya terdengar bunyi tembakan. 441 00:32:43,586 --> 00:32:45,922 Dia sangka ia dari kawasan hutan. 442 00:32:46,923 --> 00:32:52,804 Juruteknik tempat jenayah jumpa nota pada pokok dalam beg plastik Ziploc. 443 00:33:01,354 --> 00:33:02,563 Ya, saya boleh baca. 444 00:33:06,275 --> 00:33:11,906 "Nota untuk En. Polis. Panggil aku Tuhan. Jangan dedahkan kepada media." 445 00:33:13,032 --> 00:33:16,828 "Jika hentikan pembunuhan lebih penting daripada menangkap kami, 446 00:33:16,911 --> 00:33:20,331 terima tuntutan kami yang tak boleh dirunding." 447 00:33:21,124 --> 00:33:24,919 Tuntutannya ialah memasukkan 10 juta dolar dalam akaun Bank of America 448 00:33:25,837 --> 00:33:27,338 dengan kad ATM. 449 00:33:28,715 --> 00:33:33,678 "Kami dah cuba hubungi awak untuk mulakan rundingan, tiada jawapan." 450 00:33:35,221 --> 00:33:37,098 Ia penemuan besar kes ini. 451 00:33:37,640 --> 00:33:40,184 Mari lihat semula waktu mereka hubungi kami, 452 00:33:40,268 --> 00:33:42,729 lihat jika kami boleh jumpa apa-apa lagi. 453 00:33:46,566 --> 00:33:48,192 Dia ada hubungi Pegawai Derick… 454 00:33:50,445 --> 00:33:54,240 yang bekerja di bahagian media kami, dan beritahu Pegawai Derick 455 00:33:54,323 --> 00:34:00,371 mereka terlibat dalam kes tembakan, rompakan dan pembunuhan 456 00:34:01,289 --> 00:34:03,082 yang berlaku di Albama. 457 00:34:06,461 --> 00:34:11,382 Pada mulanya, penyiasat tak nampak yang ia berkaitan. 458 00:34:14,677 --> 00:34:16,596 Kes tembakan itu jauh dari sini, 459 00:34:16,679 --> 00:34:20,892 kira-kira sebulan sebelum semuanya bermula di Wilayah Montgomery. 460 00:34:24,062 --> 00:34:28,775 Tapi awak boleh beri petunjuk begitu kepada ejen FBI di Alabama, 461 00:34:28,858 --> 00:34:31,194 dan mereka boleh lihat maklumat itu. 462 00:34:35,198 --> 00:34:37,533 Jadi, dua orang keluar dari premis itu, 463 00:34:38,409 --> 00:34:42,830 seseorang mendekati dan menembak mereka, 464 00:34:42,914 --> 00:34:47,877 mencuri wang dari perniagaan mereka dan lari. 465 00:34:49,212 --> 00:34:52,757 Tapi suspek membawa majalah Shooters. 466 00:34:54,592 --> 00:34:57,386 Semasa berlari, dia terjatuhkan majalah itu. 467 00:34:58,262 --> 00:35:02,391 Kami berbual dengan detektif tentang bukti dari tempat kejadian 468 00:35:02,475 --> 00:35:05,394 dan dia kata "Kami temui cap jari daripada katalog itu." 469 00:35:07,313 --> 00:35:10,108 Mereka semak di sistem pengenalan Alabama 470 00:35:10,191 --> 00:35:11,359 tapi tiada padanan. 471 00:35:13,069 --> 00:35:19,909 Jadi, kami cari cap jari itu melalui Pangkalan Data Nasional dan jumpa padanan. 472 00:35:27,792 --> 00:35:32,296 Cap jari itu sepadan dengan lelaki berusia 17 tahun bernama Lee Boyd Malvo. 473 00:35:35,758 --> 00:35:40,012 Inilah saat penting. Kami dah dapat sesuatu. 474 00:35:43,724 --> 00:35:48,521 Dia pendatang dari Hindia Barat dan pernah ditahan, 475 00:35:49,355 --> 00:35:52,567 melintasi sempadan dari Kanada ke Amerika Syarikat, 476 00:35:52,650 --> 00:35:54,819 dan diambil cap jari pada masa itu. 477 00:35:57,864 --> 00:36:02,243 Mereka tanya dia bersama siapa, dan dia jawab seorang lelaki dewasa. 478 00:36:03,369 --> 00:36:10,042 Lelaki itu ada dokumentasi sah dan namanya John Allen Muhammad. 479 00:36:12,795 --> 00:36:15,173 Saya menyemak semua fail 480 00:36:15,256 --> 00:36:17,842 untuk ketahui semua tentang Muhammad. 481 00:36:22,305 --> 00:36:25,975 Dia berkhidmat dalam tentera dengan nama John Allen Williams. 482 00:36:27,435 --> 00:36:32,607 Dia di bawah perintah sekatan yang difailkan bekas isterinya 483 00:36:32,690 --> 00:36:35,359 untuk menghalangnya berjumpa anak-anak mereka, 484 00:36:35,443 --> 00:36:39,030 kerana dia pernah menculik mereka dalam tempoh yang lama. 485 00:36:41,741 --> 00:36:45,203 Saya benar-benar merasakan, saat itu, 486 00:36:45,286 --> 00:36:48,122 dialah pelakunya dan kami akan menangkapnya. 487 00:36:54,170 --> 00:36:59,008 Itu antara saat kemuncak dalam tiga minggu itu, 488 00:36:59,550 --> 00:37:02,511 di mana kami fikir kami akan selesaikan kes ini. 489 00:37:06,474 --> 00:37:09,060 Kami menyemak rekod di Virginia dan D.C., 490 00:37:09,143 --> 00:37:12,855 mana-mana pangkalan data nasional, tentang Muhammad. 491 00:37:15,191 --> 00:37:17,318 Maklumat yang paling kerap kami cari 492 00:37:17,401 --> 00:37:21,530 ialah kenderaan yang didaftarkan atas nama John Allen Muhammad. 493 00:37:23,783 --> 00:37:27,328 Ia ialah Chevy Caprice biru yang dibeli di New Jersey. 494 00:37:29,789 --> 00:37:33,209 Kami ada plat nombor, ada dua nama, 495 00:37:33,292 --> 00:37:35,753 tapi apa yang berada di minda kami ialah, 496 00:37:35,836 --> 00:37:38,923 apa nak dibuat dengan ini jika kami tak tahu lokasi mereka? 497 00:37:39,006 --> 00:37:41,968 Harapnya mereka ditahan sebelum ada lagi yang mati. 498 00:37:46,472 --> 00:37:48,975 Ada pemandu bas ditembak di Oxen Hill. 499 00:37:49,058 --> 00:37:52,645 Saya takut. Tolonglah hantar bantuan. Saya dalam bas. 500 00:37:53,604 --> 00:37:57,024 Sangat hampir… Tapi tidak. 501 00:37:58,234 --> 00:37:59,652 Ada mangsa lain. 502 00:38:02,280 --> 00:38:06,033 Kami merasai tekanan tertinggi selepas tembakan itu. 503 00:38:06,909 --> 00:38:09,537 "Cepat. Selesaikan ini." 504 00:38:09,620 --> 00:38:12,832 "Ambil petunjuk penting dan cari dia sampai jumpa." 505 00:38:12,915 --> 00:38:14,041 19 OKTOBER 506 00:38:14,125 --> 00:38:18,004 23 OKTOBER 507 00:38:18,087 --> 00:38:20,089 Waran tangkap dikeluarkan… 508 00:38:20,172 --> 00:38:26,053 Saya bekerja syif malam, nampak berita itu di TV dalam pejabat. 509 00:38:26,846 --> 00:38:32,727 Kenderaan yang mereka cari ialah sedan Chevy merah tua atau biru. 510 00:38:33,477 --> 00:38:38,566 Saya terkejut mendengar yang kami perlu mencari Caprice biru, 511 00:38:38,649 --> 00:38:41,819 sebab ada banyak petunjuk tentang trak petak putih. 512 00:38:43,529 --> 00:38:46,449 Saya bersedia untuk keluar pejabat, 513 00:38:46,532 --> 00:38:50,870 dan penyelia dari Unit Taktikal, 514 00:38:52,747 --> 00:38:57,626 halang saya dan kata, "Jangan balik. Mereka dah jumpa kereta itu." 515 00:39:00,588 --> 00:39:02,840 Dia berhubung dengan Polis Negeri. 516 00:39:04,300 --> 00:39:09,221 Kereta yang kami cari telah ditemui di Wilayah Washington di hentian rehat. 517 00:39:11,807 --> 00:39:13,434 Mereka percaya ada pemandu. 518 00:39:13,517 --> 00:39:16,896 Mereka tak pasti ada pemandu atau tak sebab tingkapnya gelap. 519 00:39:18,814 --> 00:39:22,485 Jadi, saya tinggalkan pejabat pasukan petugas dengan cepat. 520 00:39:25,279 --> 00:39:29,533 Kami tak nak media ikut, jadi siren lampu merah saya ditutup. 521 00:39:32,203 --> 00:39:36,499 Kami akan jumpa polis negeri dekat hentian rehat itu. 522 00:39:38,501 --> 00:39:43,255 Saya berharap agar kami temui kereta dan orang yang betul. 523 00:39:45,299 --> 00:39:47,802 Kami akan cari bukti di dalam kereta 524 00:39:47,885 --> 00:39:50,388 yang mengaitkan mereka dengan kes tembakan. 525 00:39:53,933 --> 00:39:56,477 Kami tiba di tempat berkumpul. 526 00:39:58,187 --> 00:40:02,066 Saya bercakap dengan kapten yang mengetuai polis negeri di sana. 527 00:40:03,401 --> 00:40:06,737 Dia memaklumkan yang pasukan SWAT dah tiba 528 00:40:08,072 --> 00:40:12,660 di kawasan hutan mendekati kereta, dan kami cuma perlu menunggu. 529 00:40:17,540 --> 00:40:23,587 Kami berdebar menunggu pengesahan yang dia ditangkap. 530 00:40:25,214 --> 00:40:28,426 Harap-harap tiada siapa cedera semasa penangkapan. 531 00:40:31,720 --> 00:40:32,763 Lapan belas saat. 532 00:40:35,724 --> 00:40:37,560 Banyak yang difikirkan. 533 00:40:40,312 --> 00:40:43,149 Rasa sangat cemas ketika itu. 534 00:40:45,484 --> 00:40:47,653 Kemudian saya dapat panggilan. 535 00:40:50,823 --> 00:40:56,162 Pasukan taktikal memecah dua tingkap di kedua-dua belah kereta. 536 00:40:57,455 --> 00:40:58,873 Mereka ditarik keluar. 537 00:41:02,835 --> 00:41:06,255 Saya nampak kedua-dua suspek, Muhammad dan Malvo 538 00:41:07,590 --> 00:41:11,760 dan mereka ditarik ke tempat berasingan di kedua-dua belah kereta, 539 00:41:11,844 --> 00:41:14,763 supaya mereka tak boleh saling berkomunikasi. 540 00:41:16,891 --> 00:41:18,309 Kaca pecah merata-rata. 541 00:41:23,397 --> 00:41:24,773 Penggeledahan awal dibuat. 542 00:41:27,109 --> 00:41:29,403 Ada lubang di dalam but. 543 00:41:30,654 --> 00:41:34,742 Awak boleh merangkak ke belakang dan tembak. 544 00:41:37,786 --> 00:41:42,583 Sebaik saja kerusi belakang diangkat, ada senapang di situ. 545 00:41:44,960 --> 00:41:47,379 Ia dah berakhir. 546 00:41:50,758 --> 00:41:51,592 Jadi… 547 00:42:09,401 --> 00:42:12,196 TERIMA KASIH! 548 00:42:13,989 --> 00:42:16,408 Kami keluar dari pintu dan, 549 00:42:16,492 --> 00:42:19,912 orang ramai bersorak, kanak-kanak memegang papan tanda. 550 00:42:22,665 --> 00:42:25,209 Kami semua terkejut, 551 00:42:25,292 --> 00:42:27,545 cuba fokus. Ini yang kami nak cakap. 552 00:42:28,128 --> 00:42:30,506 Terima kasih, Ketua. Maaf sebab buat semua menunggu. 553 00:42:30,589 --> 00:42:33,634 Media tak banyak soalan pada hari itu. 554 00:42:33,717 --> 00:42:36,303 Mereka gembira mendengar apa kami katakan. 555 00:42:36,887 --> 00:42:41,141 3 Oktober, Prem Kumar Walekar di Wilayah Montgomery. 556 00:42:41,642 --> 00:42:45,396 3 Oktober, Sarah Ramos di Wilayah Montgomery. 557 00:42:45,479 --> 00:42:50,818 Dia mula sebut nama semua mangsa, saya menangis, 558 00:42:50,901 --> 00:42:55,197 rasa lega, dan kepenatan mula terasa. 559 00:42:55,781 --> 00:43:00,077 Ingatan dan doa kita kepada mangsa tembakan ini. Terima kasih. 560 00:43:00,160 --> 00:43:04,415 Anak-anak saya menonton sidang media, melihat TV dan saya, 561 00:43:04,915 --> 00:43:06,458 melihat TV, kemudian saya. 562 00:43:06,542 --> 00:43:09,461 Mereka kata, "Tunggu, mak tangkap dia." 563 00:43:09,962 --> 00:43:10,963 "Kenapa mak menangis?" 564 00:43:11,046 --> 00:43:14,049 Mereka kata, "Kami dah ada masa rehat!" 565 00:43:14,133 --> 00:43:16,760 Mereka melompat-lompat, bertepuk ria, 566 00:43:16,844 --> 00:43:19,305 berhenti, lihat saya dan kata, "Betul tak mak?" 567 00:43:19,388 --> 00:43:22,016 Saya kata, "Ya, kamu dah ada masa rehat." 568 00:43:22,099 --> 00:43:25,102 Ia kegembiraan yang bercampur dengan banyak emosi. 569 00:43:27,980 --> 00:43:34,987 JOHN ALLEN MUHAMMAD DAN LEE BOYD MALVO MEMBUNUH 17 DAN MENCEDERAKAN 10 ORANG 570 00:43:38,407 --> 00:43:45,414 LEE BOYD MALVO, 17 TAHUN DIPENJARAKAN SEUMUR HIDUP TANPA PAROL 571 00:43:48,167 --> 00:43:52,463 JOHN ALLEN MUHAMMAD DISABITKAN MEMBUNUH 572 00:43:52,546 --> 00:43:56,300 DIA DIHUKUM MATI PADA TAHUN 2009