1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.MX 2 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.MX 3 00:00:35,416 --> 00:00:39,750 SEBUAH DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 4 00:00:53,208 --> 00:00:57,958 Bayangkan anda dilahirkan ke dalam galaksi makhluk hanyut. 5 00:01:00,250 --> 00:01:02,375 Spesies kecil sesat di lautan. 6 00:01:09,958 --> 00:01:12,125 Tidak pernah berjumpa ibu bapa anda. 7 00:01:16,291 --> 00:01:19,416 Tiada sesiapa menunjuk arah jalan atau matlamat hidup. 8 00:01:23,375 --> 00:01:26,875 Begitulah bermulanya kehidupan ikan buntal kecil ini. 9 00:01:27,416 --> 00:01:28,625 Panggilnya Buntal. 10 00:01:31,291 --> 00:01:34,916 Baru beberapa bulan lalu, ia lebih kecil daripada kuku. 11 00:01:35,541 --> 00:01:39,458 Hanyut di lautan, menuju masa depan yang tak pasti. 12 00:01:42,250 --> 00:01:43,958 Lautan ini dunia Buntal. 13 00:01:44,041 --> 00:01:48,458 Terumbu karang yang subur, habitat ribuan spesies. 14 00:01:49,958 --> 00:01:54,041 Tetapi untuk lihat pemandangan Buntal, anda perlu lihat lebih dekat. 15 00:01:56,583 --> 00:01:58,250 Lebih dekat lagi. 16 00:02:03,125 --> 00:02:07,583 Sebab kisah setiap terumbu karang bermula dengan makhluk paling kecil. 17 00:02:12,291 --> 00:02:16,875 Pertama kalinya, kami membuka pemandangan dunia mikronya yang mengagumkan. 18 00:02:20,375 --> 00:02:24,041 Dunia yang mana kisah terungkap pada skala terlalu kecil, 19 00:02:25,250 --> 00:02:26,541 terlalu pantas, 20 00:02:28,541 --> 00:02:31,916 atau terlalu perlahan untuk penglihatan manusia. 21 00:02:32,916 --> 00:02:35,416 Dari sudut pandangan Buntal yang kecil, 22 00:02:35,500 --> 00:02:37,333 ia nampak seperti keajaiban. 23 00:02:39,625 --> 00:02:42,708 Terumbu yang tak seperti kita lihat sebelum ini. 24 00:03:02,291 --> 00:03:05,833 {\an8}Bagi mata kasar, lautan terbuka nampak tak bernyawa, 25 00:03:09,333 --> 00:03:13,791 {\an8}tetapi apabila lihat lebih dekat, berbilion-bilion haiwan kecil kelihatan. 26 00:03:16,791 --> 00:03:19,708 {\an8}Sesetengahnya amat kecil sehingga ratusan fauna 27 00:03:19,791 --> 00:03:22,083 {\an8}muat dalam setitik air. 28 00:03:26,208 --> 00:03:28,833 Di sinilah Buntal memulakan perjalanan hidup. 29 00:03:30,833 --> 00:03:34,958 Ia menetas dari telur di terumbu lalu hanyut dibawa arus ke laut, 30 00:03:35,041 --> 00:03:37,083 untuk makan plankton kecil. 31 00:03:40,416 --> 00:03:43,041 Beginilah ikan terumbu memulakan hidup. 32 00:04:08,208 --> 00:04:09,458 Dalam beberapa bulan, 33 00:04:09,541 --> 00:04:13,083 fauna mikroskopik ini tidak lagi cukup mengenyangkan. 34 00:04:14,583 --> 00:04:17,041 Ia perlu mencari makanan lebih besar. 35 00:04:18,583 --> 00:04:21,208 Hal itu menimbulkan masalah yang besar. 36 00:04:22,375 --> 00:04:25,166 Bagaimana Buntal nak kembali ke terumbu? 37 00:04:26,041 --> 00:04:31,708 {\an8}TERUMBU SAWAR BESAR 38 00:04:36,375 --> 00:04:40,708 Keajaiban berlaku apabila banyak spesies tertumpu di tempat yang sama. 39 00:04:41,375 --> 00:04:42,666 Kerumunan riuh-rendah 40 00:04:42,750 --> 00:04:45,250 dan terumbu karang ialah tempat yang sibuk. 41 00:04:57,958 --> 00:05:00,291 Bunyi bergerak jauh di dalam laut. 42 00:05:01,291 --> 00:05:03,125 Buntal hanya perlu mendengar. 43 00:05:11,166 --> 00:05:13,750 Kebanyakan struktur ini dibina oleh haiwan 44 00:05:13,833 --> 00:05:16,250 bersaiz lebih kecil daripada hujung jari. 45 00:05:16,958 --> 00:05:20,375 Ribuan nyawa dan jutaan kisah terungkap. 46 00:05:23,458 --> 00:05:24,541 Tak percaya? 47 00:05:25,125 --> 00:05:27,500 Cuba lihat daripada perspektif Buntal. 48 00:05:52,583 --> 00:05:57,125 Haiwan terkecil di sini sebesar sebutir pasir. 49 00:06:49,166 --> 00:06:52,500 Dunia baru Buntal ialah dunia mikro fauna kecil 50 00:06:52,583 --> 00:06:56,375 yang menjalani hidup tanpa disedari makhluk gergasi seperti kita. 51 00:07:20,708 --> 00:07:24,833 Pada usia tiga bulan, Buntal hanya sebesar gula-gula. 52 00:07:26,000 --> 00:07:27,666 Ia bukan sekadar menakutkan, 53 00:07:28,541 --> 00:07:29,750 ia berbahaya. 54 00:07:32,208 --> 00:07:36,916 Nasib baiklah Buntal ada cara tersendiri mempertahankan diri. 55 00:07:38,916 --> 00:07:40,041 Ia beracun. 56 00:07:40,916 --> 00:07:42,916 Tubuhnya memiliki label amaran. 57 00:07:44,083 --> 00:07:46,000 Tanda pada tubuhnya bermaksud, 58 00:07:46,583 --> 00:07:48,791 "Awak akan menyesal jika makan saya." 59 00:07:55,291 --> 00:07:58,166 Tapi beracun tak membuatnya kebal. 60 00:08:05,041 --> 00:08:07,458 Pemangsa berdekatan menghendap. 61 00:08:18,500 --> 00:08:19,875 Ikan lepu. 62 00:08:29,750 --> 00:08:32,333 Sirip pemburu ini yang mempesonakan 63 00:08:32,416 --> 00:08:36,250 sangat sesuai untuk mengumpul mangsa kecil ke tempat sempit. 64 00:09:19,125 --> 00:09:22,750 Kebanyakan ikan terumbu muda mati sebelum cukup setahun hidup. 65 00:09:24,416 --> 00:09:25,375 Buntal bertuah, 66 00:09:25,958 --> 00:09:28,666 kerana terumbu mempunyai laluan kecil berliku 67 00:09:28,750 --> 00:09:31,208 tempat ikan kecil boleh bersembunyi. 68 00:09:32,666 --> 00:09:33,541 Tak kelihatan, 69 00:09:34,583 --> 00:09:35,666 tak dimakan. 70 00:09:44,833 --> 00:09:48,916 Ketika Buntal tidur, dasar dunianya mula bergolak. 71 00:09:58,083 --> 00:09:59,375 Setiap tahun, 72 00:09:59,458 --> 00:10:03,166 bulan, air pasang dan suhu air 73 00:10:03,250 --> 00:10:05,875 beri isyarat kepada berbilion-bilion karang 74 00:10:05,958 --> 00:10:09,958 bahawa malam ini, adalah masanya menghanyutkan anak kecil ke laut. 75 00:10:17,000 --> 00:10:19,375 Pada bukaan kecil polip terumbu 76 00:10:19,458 --> 00:10:22,708 pumpunan kecil telur dan sperma muncul. 77 00:10:30,208 --> 00:10:33,916 Dalam masa hampir serentak, ia terkeluar 78 00:10:38,000 --> 00:10:40,375 dan mengembara ke permukaan. 79 00:10:46,250 --> 00:10:49,208 Pumpunan hanyut dibawa arus, bercampur dengan telur 80 00:10:49,291 --> 00:10:51,750 ribuan koloni karang lain. 81 00:11:19,958 --> 00:11:22,625 Antara berbilion-bilion telur yang dilepaskan 82 00:11:22,708 --> 00:11:24,458 jika satu bertemu padanannya, 83 00:11:26,750 --> 00:11:29,208 sesuatu yang luar biasa berlaku. 84 00:11:32,583 --> 00:11:34,791 Bentuk larva mikroskopik, 85 00:11:35,291 --> 00:11:39,416 haiwan yang jarang dilihat dalam usaha membina koloni karang baru. 86 00:11:42,416 --> 00:11:44,250 Ia hanyut berhari-hari 87 00:11:45,750 --> 00:11:48,125 sehingga ia mendengar panggilan terumbu. 88 00:11:49,416 --> 00:11:50,750 Lalu menyelam, 89 00:11:53,625 --> 00:11:56,583 berani berdepan ancaman pemangsa dan perangkap. 90 00:12:31,916 --> 00:12:33,750 Apabila anda sebesar titik, 91 00:12:34,875 --> 00:12:38,125 udang sepanjang tiga sentimeter nampak sangat besar. 92 00:13:29,958 --> 00:13:34,291 Di terumbu, larva mencari tempat sesuai untuk dijadikan habitat. 93 00:13:44,833 --> 00:13:46,583 Apabila jumpa tempat sesuai, 94 00:13:47,083 --> 00:13:48,375 ia berubah 95 00:13:49,541 --> 00:13:53,000 daripada larva yang berenang bebas menjadi karang muda. 96 00:13:54,875 --> 00:13:58,416 Apabila ia bertumbuh, rangkanya membentuk sebahagian terumbu. 97 00:14:00,958 --> 00:14:03,625 Dengan bantuan haiwan kecil lain, 98 00:14:03,708 --> 00:14:05,625 karang membina struktur bernyawa 99 00:14:05,708 --> 00:14:08,791 yang mencipta habitat untuk pelbagai jenis hidupan. 100 00:14:10,000 --> 00:14:12,791 Ia memakan masa ratusan malah ribuan tahun, 101 00:14:12,875 --> 00:14:18,083 untuk generasi pembina terumbu kecil membina metropolis karang Buntal ini. 102 00:14:33,458 --> 00:14:37,041 Di dalam tempat persembunyiannya, Buntal kini selamat. 103 00:14:38,083 --> 00:14:41,708 Tapi ia perlu berani berdepan pemangsa dan keluar cari makan. 104 00:14:47,041 --> 00:14:49,333 Sekali lagi, karang membantu. 105 00:14:50,916 --> 00:14:54,708 Karang menghasilkan tenaga yang memberi makan haiwan di terumbu. 106 00:14:58,625 --> 00:15:01,583 Semuanya bermula daripada haiwan bersel tunggal 107 00:15:01,666 --> 00:15:04,250 yang hidup di dalam karang, zooxantela. 108 00:15:05,666 --> 00:15:07,625 Nama saja canggih. 109 00:15:08,875 --> 00:15:11,750 Namun semuanya di sini, sangat kecil. 110 00:15:13,666 --> 00:15:16,250 Haiwan kecil ini ialah pasangan hidup karang 111 00:15:17,041 --> 00:15:20,750 menuai tenaga cahaya matahari sebagai makanan perumah karang. 112 00:15:21,666 --> 00:15:23,833 Apabila karang berkembang subur, 113 00:15:24,416 --> 00:15:27,333 ia berkongsi tenaga dengan hidupan terumbu lain. 114 00:15:32,875 --> 00:15:37,250 Sesetengah haiwan menggunakan tenaga secara langsung dengan memakan karang. 115 00:15:40,208 --> 00:15:42,750 Anak tapak sulaiman berduri tajam ini 116 00:15:42,833 --> 00:15:47,958 menggunakan bintik mata di hujung setiap lengan untuk mencari koloni karang. 117 00:15:53,208 --> 00:15:57,250 Deria bau dalam air yang tajam membantu mencari spesies yang betul. 118 00:16:01,625 --> 00:16:05,833 Lalu ia makan polip karang, meninggalkan kesan pada terumbu. 119 00:16:13,541 --> 00:16:16,291 Bukan semua penghuni makan karang secara terus. 120 00:16:17,958 --> 00:16:20,875 Jika ya, bandar terumbu ini tentu musnah. 121 00:16:22,583 --> 00:16:25,916 Nasib baiklah ada cara lain karang membekalkan makanan. 122 00:16:27,916 --> 00:16:30,208 Ia membekalkannya dengan lendir. 123 00:16:39,541 --> 00:16:43,458 Koral mengeluarkan mukus halus untuk haiwan seperti Buntal makan, 124 00:16:45,791 --> 00:16:50,500 namun sekumpulan organisma purba memastikan tenaga ini tidak hilang. 125 00:16:52,500 --> 00:16:54,000 Bunga karang. 126 00:16:55,500 --> 00:16:58,208 Pada mata kasar, ia nampak tak bergerak, 127 00:16:58,291 --> 00:17:02,416 tapi jika masa dipercepatkan, peranannya pada terumbu dapat dilihat. 128 00:17:07,875 --> 00:17:11,916 Bunga karang mengepam banyak air melalui tubuhnya, 129 00:17:12,000 --> 00:17:16,375 menapis mukus karang dan menggunakan tenaga itu untuk tumbuh. 130 00:17:25,875 --> 00:17:27,708 Selepas ia makan, 131 00:17:27,791 --> 00:17:31,375 bunga karang mengumpulkan sisa organik pada permukaannya, 132 00:17:32,083 --> 00:17:33,916 mencipta ketulan bersaiz kecil 133 00:17:34,000 --> 00:17:36,083 untuk haiwan cilik memakannya. 134 00:17:43,875 --> 00:17:47,291 Lalu haiwan tersebut dimakan oleh haiwan lebih besar. 135 00:17:49,125 --> 00:17:52,541 Alamak. Bukan sedikit besarnya. Tapi terlalu besar. 136 00:17:52,625 --> 00:17:54,250 Haiwan ini terlalu besar. 137 00:17:54,333 --> 00:17:55,500 Haiwan ini, ya. 138 00:17:55,583 --> 00:17:56,500 Lebih sesuai. 139 00:18:01,416 --> 00:18:05,583 Sesetengah makanan bunga karang yang dikitar semula memasuki turus air 140 00:18:05,666 --> 00:18:08,708 lalu ditangkap dan dimakan oleh pengumpan penapis. 141 00:18:09,416 --> 00:18:11,125 Seperti cacing pokok Krismas. 142 00:18:11,708 --> 00:18:14,375 Cacing yang paling meriah di laut. 143 00:18:35,916 --> 00:18:38,958 Ketam porselin bersaiz badam ini 144 00:18:39,041 --> 00:18:42,916 menggunakan penyepit berbulu untuk menangkap zarah makanan 145 00:18:43,000 --> 00:18:44,000 dari air. 146 00:18:56,791 --> 00:19:00,291 Di sini, setiap permukaan penuh dengan hidupan. 147 00:19:00,791 --> 00:19:02,541 Satu pun tidak dibazirkan. 148 00:19:10,000 --> 00:19:13,000 Di belakang siput laut yang sebesar buat zaitun, 149 00:19:13,583 --> 00:19:16,208 haiwan yang lebih kecil membuat habitatnya. 150 00:19:25,958 --> 00:19:30,416 Tanpa haiwan kecil yang mengitar semula tenaga yang diambil oleh karang, 151 00:19:30,500 --> 00:19:33,000 haiwan lebih besar takkan punya makanan. 152 00:19:38,125 --> 00:19:42,416 Hidup di terumbu bergantung kepada ribuan haiwan kecil yang bekerjasama, 153 00:19:42,916 --> 00:19:44,875 masing-masing berperanan penting. 154 00:19:53,458 --> 00:19:57,125 Buntal sangat sesuai memburu di dunia kecil ini. 155 00:19:58,958 --> 00:20:04,250 Namun hakikat yang menakutkan, semua yang makan, juga boleh dimakan. 156 00:20:18,458 --> 00:20:20,833 Bukan semua karang tak berbahaya. 157 00:20:24,625 --> 00:20:26,041 Sesetengahnya pemangsa… 158 00:20:28,208 --> 00:20:30,625 sesungutnya diselaputi sel berbahaya 159 00:20:30,708 --> 00:20:34,416 yang menempuling dan melumpuhkan mangsa bersaiz kecil. 160 00:22:08,333 --> 00:22:11,125 Jika ia mahu hidup lama di terumbu, 161 00:22:11,916 --> 00:22:15,541 Buntal mesti belajar semua rahsia sisi gelap terumbu. 162 00:22:18,333 --> 00:22:21,916 Sesetengah lorong lebih berbahaya daripada yang lain. 163 00:22:35,500 --> 00:22:39,041 Ikan pemancing ini sepanjang ibu jari anda. 164 00:22:39,791 --> 00:22:42,583 Gergasi di dunia mikro ini. 165 00:24:17,750 --> 00:24:20,541 Buntal telah menemui kuasa ikan buntalnya. 166 00:24:21,291 --> 00:24:24,541 Ia menggelembung seperti belon dalam beberapa saat, 167 00:24:25,041 --> 00:24:27,250 helah yang baru selamatkan nyawanya. 168 00:24:37,166 --> 00:24:41,875 Sebagai salah satu ikan terkecil di terumbu, Buntal sentiasa dalam bahaya. 169 00:25:08,083 --> 00:25:11,166 Kuasanya mungkin menjauhkan pemangsa buat seketika, 170 00:25:11,833 --> 00:25:14,208 tetapi daya lain di luar kawalannya. 171 00:25:29,708 --> 00:25:34,000 Di atas ombak, ribut menderu-deru di dunia yang tak diketahui Buntal. 172 00:25:36,041 --> 00:25:39,250 Keganasannya menyelam dalam ke laut. 173 00:26:24,625 --> 00:26:26,625 Walaupun kaya dengan makanan, 174 00:26:26,708 --> 00:26:30,000 terumbu masih tempat yang berbahaya untuk anak ikan. 175 00:26:34,875 --> 00:26:39,583 Gerak hatinya mengatakan mungkin ada laut lebih selamat jauh dari sini. 176 00:26:43,500 --> 00:26:47,375 Namun untuk mencarinya ia perlu merentasi dunia baru yang aneh. 177 00:26:48,500 --> 00:26:50,000 Lantai pasir. 178 00:26:54,208 --> 00:26:58,041 Di lantai pasir ini, setiap hidupan jaga kepentingan sendiri. 179 00:27:08,875 --> 00:27:13,166 Dataran ini habitat bagi haiwan yang mengais-ngais dan mengorek. 180 00:27:57,958 --> 00:28:02,125 Di sini, persaingan untuk hidup sangat sengit. 181 00:28:15,416 --> 00:28:16,500 Di bukit pasir, 182 00:28:16,583 --> 00:28:21,333 Buntal menemui moluska yang mengangkut cangkerangnya melalui karang bebas. 183 00:28:25,625 --> 00:28:28,541 Karang bersaiz walnut ini hidup di atas pasir, 184 00:28:28,625 --> 00:28:32,250 menyerap cahaya matahari dan makan haiwan kecil. 185 00:28:34,000 --> 00:28:36,583 Tapi bukan mudah terdedah kepada cahaya. 186 00:28:45,500 --> 00:28:49,166 Sentiasa dalam bahaya diterbalikkan atau dikebumi hidup-hidup. 187 00:28:50,166 --> 00:28:53,208 Hukuman mati bagi karang yang perlu cahaya matahari. 188 00:28:58,250 --> 00:29:01,250 Tapi kadangkala bantuan datang tanpa diduga. 189 00:29:02,375 --> 00:29:04,583 Memang langsung tak diduga. 190 00:29:05,250 --> 00:29:08,166 Dalam kes ini, bantuan dari lubang cacing. 191 00:29:18,583 --> 00:29:22,166 Cacing kacang tinggal di dalam lubang di dasar karang bebas. 192 00:29:26,041 --> 00:29:28,958 Cacing ini memastikan perumahnya menegak. 193 00:29:30,666 --> 00:29:33,375 Sebagai balasan, karang bebas beri perlindungan 194 00:29:33,458 --> 00:29:36,833 sementara penyewanya mencari makanan di dalam pasir 195 00:29:37,500 --> 00:29:40,291 sambil menunda karang bebas dalam pencariannya. 196 00:29:46,583 --> 00:29:50,916 Tiada yang berperanan kecil di sini, hanya saiz organismanya yang kecil. 197 00:30:03,041 --> 00:30:06,750 Perjalanan merentasi lantai pasir mungkin tak jauh, 198 00:30:07,333 --> 00:30:10,291 namun bagi ikan kecil, ia satu pengembaraan. 199 00:30:15,750 --> 00:30:20,041 Di sini, tiada tempat bersembunyi dan tak banyak makanan. 200 00:30:26,791 --> 00:30:30,000 Ketika lantai pasir nampak tak berpenghujung, 201 00:30:30,083 --> 00:30:32,666 sebuah oasis muncul di ufuk. 202 00:30:36,916 --> 00:30:39,916 Akar bakau yang berselirat, 203 00:30:40,000 --> 00:30:44,083 laluan kecil dipenuhi makanan dan lebih selamat daripada pemangsa. 204 00:30:51,291 --> 00:30:54,666 Tempat yang sesuai untuk ikan bersaiz kecil mencari makan, 205 00:30:54,750 --> 00:30:57,750 membesar dan asah kemahiran yang perlu untuk hidup. 206 00:31:20,583 --> 00:31:23,750 Bukan ia saja yang membuat penghijrahan ini. 207 00:31:24,250 --> 00:31:28,000 Laluan ini tempat berlindung bagi pelbagai jenis ikan terumbu. 208 00:31:53,416 --> 00:31:55,625 Buntal menemui tempat berlindungnya. 209 00:31:58,583 --> 00:32:00,000 Keadaan bertambah baik. 210 00:32:16,000 --> 00:32:18,583 Sudah beberapa hari ia tak makan. 211 00:32:19,708 --> 00:32:21,833 Ia kebuluran. 212 00:32:24,875 --> 00:32:26,166 Tapi masih waras. 213 00:32:26,250 --> 00:32:29,291 Ia perlu mencari makanan dengan segera. 214 00:32:29,958 --> 00:32:32,541 Ia mahu lihat cara penghuni di sini memburu. 215 00:32:50,875 --> 00:32:55,125 Kuda laut bersaiz jari kelengkeng pakar memburu di dunia kecil ini. 216 00:32:56,000 --> 00:32:59,500 Ia menyasarkan krustasia lebih kecil daripada sebutir beras. 217 00:33:01,958 --> 00:33:05,166 Peragut kecil ini menghabiskan masa mengunyah alga 218 00:33:05,250 --> 00:33:07,833 dan haiwan mikroskopik di dalam rumput laut. 219 00:33:08,958 --> 00:33:11,875 Peranannya penting dalam jaringan makanan di sini. 220 00:33:12,708 --> 00:33:16,875 Hubungan antara tumbuhan dan haiwan lebih besar seperti Buntal. 221 00:34:21,958 --> 00:34:23,791 Di padang rumput lagun ini, 222 00:34:23,875 --> 00:34:27,291 alga dan rumpai laut menuai tenaga daripada matahari. 223 00:34:34,583 --> 00:34:36,666 Membekalkan makanan untuk komuniti 224 00:34:36,750 --> 00:34:39,958 dan menghasilkan oksigen untuk planet ini. 225 00:34:41,375 --> 00:34:43,958 Tugas besar untuk tumbuhan kecil ini. 226 00:34:58,583 --> 00:35:01,583 Bunga rumput laut lebih kecil daripada dandelion. 227 00:35:09,750 --> 00:35:12,708 Ia menarik perhatian kawanan krustasia kecil 228 00:35:12,791 --> 00:35:15,708 yang Buntal dan kuda laut suka makan. 229 00:35:17,250 --> 00:35:21,833 Seperti lebah, krustasia boleh membawa debunga dari bunga ke bunga. 230 00:35:43,083 --> 00:35:46,083 Lagun ialah kosmos dunia dalam dunia. 231 00:35:47,416 --> 00:35:50,000 Makin dekat dilihat, makin banyak dijumpai. 232 00:36:09,166 --> 00:36:10,791 Pada lai rumpai laut, 233 00:36:11,291 --> 00:36:16,375 seekor entroprok mikroskopik mengeluarkan isi perut kecilnya. 234 00:36:19,208 --> 00:36:21,666 Tak banyak diketahui tentang dunia ini. 235 00:36:22,208 --> 00:36:23,708 Saiznya terlalu kecil. 236 00:37:22,708 --> 00:37:26,958 Selepas enam bulan di tempat sempit ini, Buntal kini sudah remaja. 237 00:37:28,125 --> 00:37:29,875 ia juga dah banyak makan. 238 00:37:39,875 --> 00:37:41,708 Saiznya sudah empat kali ganda. 239 00:37:43,375 --> 00:37:45,166 Keyakinannya juga bertambah. 240 00:38:04,000 --> 00:38:06,166 Namun ia tak boleh lalai. 241 00:38:06,250 --> 00:38:10,250 Tempat berlindungnya yang tenang pun ada penyerang hendap. 242 00:38:18,541 --> 00:38:21,875 Ikan kala jengking ini menyamar dengan sempurna, 243 00:38:21,958 --> 00:38:24,916 menunggu mangsa yang leka berenang melintasinya. 244 00:38:53,791 --> 00:38:57,000 Tapi kadangkala, penyamaran boleh memakan diri. 245 00:39:20,333 --> 00:39:23,041 Lagun ialah rangkaian perhubungan. 246 00:39:24,041 --> 00:39:27,000 Di mana-mana saja, kisah kecil terungkap. 247 00:39:46,666 --> 00:39:50,833 Ketam pengawal ini tak suka ikan kecil makan rumahnya. 248 00:39:54,375 --> 00:39:58,375 Ia takkan bersabar dengan masalah dibawa oleh ikan bersaiz kecil. 249 00:40:11,416 --> 00:40:16,250 Ketika ia fikir kerjanya selesai, seekor umang-umang menginjak-injak polipnya. 250 00:40:19,541 --> 00:40:21,958 Jelas sekali, ia tak suka. 251 00:40:50,458 --> 00:40:53,833 Seorang ketam nampak kuat apabila ia halau penceroboh, 252 00:40:53,916 --> 00:40:58,291 tapi tanpa perlindungan karang, ia juga boleh menjadi mangsa. 253 00:41:01,458 --> 00:41:05,125 Ketam dan karang ini sangat saling memerlukan. 254 00:41:08,833 --> 00:41:12,166 Setiap haiwan bergantung kepada hidupan lain untuk hidup. 255 00:41:29,000 --> 00:41:32,416 Buntal kecil kini sebesar saiz ibu jari manusia. 256 00:41:32,916 --> 00:41:38,166 Dengan panjang dua inci lebih, ia kini terlalu besar untuk habitatnya. 257 00:41:40,875 --> 00:41:45,708 Kini ia dah besar, makanan yang banyak di terumbu lama nampak lebih menarik. 258 00:41:48,875 --> 00:41:51,416 Ia perlu merentas lantai pasir lagi. 259 00:41:51,500 --> 00:41:54,208 Tapi kali ini, ia mengembara sebagai remaja 260 00:41:54,291 --> 00:41:56,333 dalam pencarian rumah abadinya. 261 00:42:21,625 --> 00:42:23,000 Sebelum persimpangan, 262 00:42:23,083 --> 00:42:27,583 Buntal menemui siput buta yang menghidu mencari-cari makanan. 263 00:42:36,875 --> 00:42:40,166 Pebangkai kecil sepertinya ialah kru pembersihan laut. 264 00:42:41,000 --> 00:42:43,708 Kerja kotor, tapi ada haiwan perlu lakukannya. 265 00:43:06,916 --> 00:43:10,541 Di kawasan berdekatan, siput kon pemangsa sedang memburu. 266 00:43:14,500 --> 00:43:17,875 Ia menghidu bau siput buta melalui arus. 267 00:43:22,500 --> 00:43:24,375 Kejar-mengejar siput bermula. 268 00:43:33,458 --> 00:43:36,541 Seperti singa memburu gazel di dataran Afrika, 269 00:43:36,625 --> 00:43:38,166 aksi ini mengujakan. 270 00:43:40,250 --> 00:43:44,000 Tak juga, tapi agak menarik jika anda lajukan pergerakan. 271 00:43:52,083 --> 00:43:53,708 Di sini, anda boleh lari, 272 00:43:55,833 --> 00:43:57,291 tapi tak boleh sembunyi. 273 00:43:59,041 --> 00:44:02,291 Bukan daripada siput kon dengan deria bau yang tajam. 274 00:44:52,625 --> 00:44:56,166 Siput kon membunuh siput buta dengan racun berbisa. 275 00:44:58,666 --> 00:44:59,666 Tiada hati perut. 276 00:45:12,375 --> 00:45:14,291 Persaingan sengit di dunia ini, 277 00:45:15,375 --> 00:45:19,375 tapi Buntal belajar untuk ambil peluang atas kematian dan huru-hara. 278 00:45:20,500 --> 00:45:23,541 Kini, ia lebih tertumpu mengambil makanan segera, 279 00:45:23,625 --> 00:45:25,958 dalam perjalanan jauh balik ke terumbu. 280 00:45:50,583 --> 00:45:55,208 Apabila Buntal menghampiri terumbu, ia melihat dunia yang asing. 281 00:45:58,541 --> 00:46:02,041 Warna pelik menunjukkan karang sedang menderita. 282 00:46:13,291 --> 00:46:16,666 Suhu air lebih tinggi daripada sepatutnya. 283 00:46:30,208 --> 00:46:33,708 Di dalam karang, zooxantela tertekan 284 00:46:34,208 --> 00:46:36,333 dan karang mula membuangnya. 285 00:46:38,750 --> 00:46:41,666 Tanpa pasangan hidupnya membekalkan makanan, 286 00:46:42,416 --> 00:46:45,291 warnanya mula luntur dan ia kelaparan. 287 00:46:48,708 --> 00:46:50,666 Karang ini sedang tenat. 288 00:47:41,000 --> 00:47:46,166 Metropolis bawah laut Buntal yang dibina beribu-ribu tahun lamanya, 289 00:47:46,833 --> 00:47:49,458 menjadi runtuhan kerana laut yang kian panas. 290 00:47:59,000 --> 00:48:03,541 Kebanyakan terumbu karang planet kita sudah berada dalam keadaan bencana ini. 291 00:48:04,833 --> 00:48:07,750 Setiap tahun, runtuhan berterusan. 292 00:48:10,708 --> 00:48:13,916 Melainkan kita ubah cara kita bertindak di dunia kita, 293 00:48:14,541 --> 00:48:17,208 dunia Buntal akan pupus. 294 00:48:42,750 --> 00:48:45,583 Pengembaraan ini sepatutnya terakhir buat Buntal, 295 00:48:46,333 --> 00:48:47,708 namun tidak lagi. 296 00:48:48,875 --> 00:48:52,458 Ia perlu terus mencari terumbu subur untuk dijadikan habitat. 297 00:49:23,916 --> 00:49:25,708 Pada usia sekitar dua tahun, 298 00:49:25,791 --> 00:49:30,000 Buntal kini 10 kali lebih panjang daripada kali pertama tiba di terumbu. 299 00:49:30,541 --> 00:49:32,916 Sebesar saiz tapak tangan anda. 300 00:49:35,291 --> 00:49:37,000 Masanya tiba lagi, 301 00:49:37,083 --> 00:49:40,125 yang mana kitaran bulan dan suhu air 302 00:49:40,208 --> 00:49:43,208 mencetuskan sistem pembiakan berbilion-bilion karang 303 00:49:43,291 --> 00:49:46,083 di Terumbu Sawar Besar Australia. 304 00:50:43,833 --> 00:50:48,708 Bentuk yang bermula sebagai titisan, kini membanjiri laut dengan harapan. 305 00:50:57,458 --> 00:51:03,458 Generasi baru akan mula membaiki, memulihkan dan cipta terumbu karang baru. 306 00:51:12,333 --> 00:51:17,166 Malam yang sama, beribu-ribu haiwan terumbu lain sertai pembiakan besar ini. 307 00:51:19,791 --> 00:51:23,583 Ia acara pembiakan terbesar di bumi. 308 00:51:35,708 --> 00:51:40,833 Dengan tuah, sesetengah hero kecil ini akan hanyut ke tempat 309 00:51:40,916 --> 00:51:42,458 yang mana ikannya sihat, 310 00:51:43,250 --> 00:51:44,708 airnya bersih 311 00:51:45,291 --> 00:51:47,666 dan suhunya bersesuaian. 312 00:51:56,291 --> 00:51:59,875 Jika berjaya, walaupun kebarangkaliannya rendah, 313 00:51:59,958 --> 00:52:01,916 ia dapat lengkapkan misi penting. 314 00:52:04,083 --> 00:52:09,041 Untuk membina dan mengekalkan struktur hidupan terbesar di bumi. 315 00:52:25,666 --> 00:52:30,375 Buntal akhirnya menemui tempat bahagia, terumbu karang yang sihat. 316 00:53:19,125 --> 00:53:21,625 Kini ia dah besar dan lebih yakin, 317 00:53:21,708 --> 00:53:25,083 musuh lama yang pernah membulinya, menjauhkan diri. 318 00:53:57,208 --> 00:53:59,541 Ya, teruskan berenang, ikan singa. 319 00:54:00,166 --> 00:54:01,833 Teruskan berenang. 320 00:54:06,833 --> 00:54:09,958 Kini dah dewasa, Buntal akan jumpa wilayahnya nanti, 321 00:54:10,041 --> 00:54:13,416 kawasan yang mana dia akan arif tentangnya. 322 00:54:13,500 --> 00:54:16,250 Serta pertahankan daripada ikan buntal jantan 323 00:54:16,333 --> 00:54:18,708 dengan harapan ia akan bertemu pasangan. 324 00:55:06,291 --> 00:55:09,000 Buntal dan pasangan boleh hidup hampir sedekad. 325 00:55:11,708 --> 00:55:14,541 Kelak, anaknya pula akan dihanyutkan ke laut 326 00:55:14,625 --> 00:55:17,875 untuk memainkan peranan penting di ekosistem indah ini. 327 00:55:22,041 --> 00:55:24,166 Ia mempunyai tanggungjawab besar. 328 00:55:27,833 --> 00:55:30,875 Pemandangan kita ke dunia mikro ini baru terbuka. 329 00:55:31,958 --> 00:55:34,458 Haiwan-haiwan kecilnya ternyata 330 00:55:34,541 --> 00:55:37,958 bijak dan kompleks melangkaui imaginasi kita. 331 00:55:39,958 --> 00:55:42,916 Masih ada tempat untuk berenang dengan ikan buntal, 332 00:55:43,000 --> 00:55:46,375 raksasa penyamar dan karang berwarna-warni. 333 00:55:49,875 --> 00:55:52,666 Haiwan kecil luar biasa ini berusaha semampunya 334 00:55:52,750 --> 00:55:54,666 mengekalkan dunianya yang rapuh. 335 00:55:57,333 --> 00:56:00,500 Selebihnya terpulang kepada kita. 336 00:57:56,041 --> 00:58:00,083 Terjemahan sari kata oleh Farhana Syazwani