1 00:00:08,884 --> 00:00:12,304 Saya bukti hidup "biar lambat asalkan pernah." 2 00:00:13,096 --> 00:00:15,140 Sehingga beberapa tahun lalu, 3 00:00:15,224 --> 00:00:20,562 hidup saya tenang, boleh dijangka, dan mengikut rutin yang menenangkan. 4 00:00:23,732 --> 00:00:26,902 Namun, pengembaraan terbaharu saya mengubah semua itu. 5 00:00:26,985 --> 00:00:29,821 Jadi, apa yang menanti saya? 6 00:00:29,905 --> 00:00:33,116 Memandangkan saya dah dianggap sebagai pengembara, 7 00:00:33,200 --> 00:00:36,453 saya cabar diri untuk lengkapkan senarai impian sendiri… 8 00:00:36,537 --> 00:00:37,829 SENARAI IMPIAN 9 00:00:37,913 --> 00:00:39,414 …sebelum menutup mata. 10 00:00:39,498 --> 00:00:41,583 Saya buat banyak kajian, 11 00:00:41,667 --> 00:00:43,210 berfikiran terbuka… 12 00:00:43,293 --> 00:00:44,294 PENGEMBARAAN AMAZON 13 00:00:44,378 --> 00:00:46,213 Siapa yang mendaki di Amazon? 14 00:00:46,964 --> 00:00:50,425 …dan buat senarai saya sendiri. 15 00:00:50,509 --> 00:00:51,593 Lihatlah ini. 16 00:00:53,637 --> 00:00:55,305 Selamat datang ke London! 17 00:00:56,181 --> 00:00:58,267 Kali pertama benar-benar rasa seperti pelancong. 18 00:00:58,350 --> 00:01:00,978 Ini adalah antara… 19 00:01:02,813 --> 00:01:06,733 pengalaman pengembaraan paling hebat yang hanya berlaku sekali dalam hidup. 20 00:01:06,817 --> 00:01:09,862 Jangan tersinggung, tapi perjalanan ini sangat teruk. 21 00:01:11,029 --> 00:01:12,781 Impian dah terlaksana. 22 00:01:12,865 --> 00:01:15,450 - Ini kali pertama saya di Ireland. - Sudah tentu, saya pernah ke sini. 23 00:01:15,534 --> 00:01:17,286 - Ya. Sekali. - Sekali atau dua kali. 24 00:01:17,369 --> 00:01:18,912 - Sekali. - Sekali. 25 00:01:18,996 --> 00:01:21,206 Sama ada ia perlu jadi sekali seumur hidup saya 26 00:01:22,916 --> 00:01:23,959 itu hal lain. 27 00:01:25,377 --> 00:01:28,630 Namun, saya nak fikir saya jadi semakin berani… 28 00:01:28,714 --> 00:01:30,966 Tak sangka saya datang ke sini. 29 00:01:31,049 --> 00:01:32,759 …semakin yakin… 30 00:01:32,843 --> 00:01:33,886 Berjaya ditepis! 31 00:01:33,969 --> 00:01:35,846 Sudah tentu saya mampu hadapi tekanan. 32 00:01:35,929 --> 00:01:40,100 …supaya ia boleh menjadi pengembaraan yang takkan dilupakan. 33 00:01:40,184 --> 00:01:42,394 Mabuk dengan Putera William ada dalam senarai impian awak? 34 00:01:42,477 --> 00:01:44,688 - Impian terbesar. - Impian terbesar, bukan? 35 00:01:50,777 --> 00:01:53,655 SENARAI IMPIAN 36 00:02:00,078 --> 00:02:02,539 Ini pengalaman yang tak pernah saya alami. 37 00:02:03,916 --> 00:02:05,876 India sentiasa ada dalam senarai impian 38 00:02:05,959 --> 00:02:08,377 untuk mana-mana pengembara berpengalaman. 39 00:02:08,461 --> 00:02:10,756 Saya tahu ramai orang yang pernah ke India cakap 40 00:02:10,839 --> 00:02:14,343 kita perlu masukkannya dalam senarai impian. 41 00:02:16,470 --> 00:02:20,516 Sebab itulah, walaupun saya lebih suka bersendirian, 42 00:02:20,599 --> 00:02:26,021 saya dengar cakap mereka dan datang ke negara paling ramai penduduk di dunia. 43 00:02:27,981 --> 00:02:30,817 Jika ini set penggambaran, mesti ada yang cakap, 44 00:02:30,901 --> 00:02:32,319 "Okey, terlalu riuh. 45 00:02:32,402 --> 00:02:35,447 Kita perlu kurangkannya. Ia perlu jadi lebih nyata." 46 00:02:38,659 --> 00:02:43,247 Saya mengembara lebih 11,265 kilometer ke negeri terbesar di India, 47 00:02:44,164 --> 00:02:45,541 Rajasthan. 48 00:02:46,458 --> 00:02:48,669 Juga dikenali sebagai Tanah Para Raja, 49 00:02:48,752 --> 00:02:55,592 ia terkenal dengan bandar berwarna-warni, kota purba dan pasar yang sibuk, 50 00:02:55,676 --> 00:02:58,554 menjadikannya destinasi wajib untuk orang pertama kali seperti saya. 51 00:03:00,347 --> 00:03:02,641 Tak sangka saya berada di sini. 52 00:03:03,600 --> 00:03:09,273 Pengembaraan saya bermula di Jodhpur. Bandar berusia lebih 500 tahun. 53 00:03:09,898 --> 00:03:11,191 - Hei! - Abish. 54 00:03:11,275 --> 00:03:13,193 Eugene. Selamat datang ke India. 55 00:03:13,277 --> 00:03:14,778 - Apa khabar? - Apa khabar? 56 00:03:14,862 --> 00:03:17,531 - Saya sihat. - Gembira bertemu awak. 57 00:03:17,614 --> 00:03:19,783 Abish pemandu pelancong tempatan saya di sini. 58 00:03:19,867 --> 00:03:23,871 Dialah orang yang tepat untuk membantu memahami persekitaran baharu saya. 59 00:03:24,454 --> 00:03:27,207 - Bagaimana sesi bersiar-siar awak? - Berikan maksud baharu "orang ramai." 60 00:03:27,291 --> 00:03:28,500 Ya. 61 00:03:29,251 --> 00:03:33,422 India tak selesa pada mulanya, tapi lama-kelamaan awak akan mula rasa selesa. 62 00:03:33,505 --> 00:03:38,051 Apabila pulang, awak akan ada pandangan yang berbeza tentang dunia. 63 00:03:38,135 --> 00:03:39,428 Ia tak selesa, 64 00:03:39,511 --> 00:03:41,305 - tapi akan selesa nanti. - Ya. 65 00:03:41,388 --> 00:03:44,808 Baiklah, ini seperti apa yang saya fikir mungkin perlu berlaku. 66 00:03:44,892 --> 00:03:47,644 Sebab saya rasa cara terbaik untuk awak mulakan 67 00:03:47,728 --> 00:03:50,564 adalah beri awak pengalaman baharu supaya awak biasakan diri dengannya. 68 00:03:54,943 --> 00:03:56,737 Sepanjang lima abad yang lalu, 69 00:03:56,820 --> 00:04:00,866 bandar ini berkembang di sekeliling mercu tanda yang sukar terlepas pandang. 70 00:04:01,742 --> 00:04:06,496 Itulah Kota Mehrangarh di Jodhpur. 71 00:04:07,372 --> 00:04:09,583 Dibina pada 1459. 72 00:04:09,666 --> 00:04:12,127 - Oh Tuhan. Besarnya! - Ya. 73 00:04:12,211 --> 00:04:13,879 Ia masih dimilik keluarga diraja. 74 00:04:14,880 --> 00:04:20,010 Setinggi 122 meter dari bandar, namanya bermaksud "Kubu Matahari." 75 00:04:20,093 --> 00:04:23,680 Memang sesuai, memandangkan ia terletak di sebelah gurun. 76 00:04:24,181 --> 00:04:26,350 - Saya boleh tunjuk pasar jika awak nak. - Ya. 77 00:04:26,433 --> 00:04:30,020 Seluruh pasar yang berada di bawah Kota Mehrangarh 78 00:04:30,103 --> 00:04:31,230 ialah Pasar Sardar. 79 00:04:31,313 --> 00:04:32,898 - Baiklah, ya. - Semuanya ada di sini. 80 00:04:32,981 --> 00:04:34,650 - Awak nak lihat? - Marilah. 81 00:04:37,903 --> 00:04:44,576 Ia seperti ledakan deria warna, rempah, manusia dan wajah. 82 00:04:44,660 --> 00:04:49,081 Setiap perkara perlukan sedikit rundingan dan keterujaan, banyak awak akan belajar. 83 00:04:49,164 --> 00:04:52,626 Saya boleh katakan ini memang lebih berwarna-warni daripada Kanada. 84 00:04:52,709 --> 00:04:53,919 Betul. 85 00:04:54,545 --> 00:04:58,674 Jika Jodhpur terkenal dengan satu perkara, apa agaknya? 86 00:04:59,508 --> 00:05:01,218 Saya rasa tekstil. 87 00:05:01,301 --> 00:05:02,553 Lihatlah ini. 88 00:05:02,636 --> 00:05:04,221 Ada banyak jenis tekstil 89 00:05:04,304 --> 00:05:06,974 khususnya di Rajasthan, negeri tempat kita berada. 90 00:05:07,057 --> 00:05:08,058 PASAR SARDAR GIRDIKOT 91 00:05:08,141 --> 00:05:11,228 Warna yang dilihat di sini jauh lebih terang 92 00:05:11,311 --> 00:05:14,606 daripada mana-mana warna yang saya pernah lihat dalam gambar. 93 00:05:16,108 --> 00:05:20,028 Apabila lalu di jalanan, warna-warna itu meletus di depan mata. 94 00:05:20,112 --> 00:05:23,240 Bukan setakat warnanya saja yang beri impak. 95 00:05:24,575 --> 00:05:25,742 Ini jintan putih. 96 00:05:27,411 --> 00:05:29,538 Ini biji. 97 00:05:29,621 --> 00:05:31,248 - Biji jintan putih. - Ya, jintan putih. 98 00:05:32,165 --> 00:05:33,834 Teh pudina. Hidu perlahan-lahan. 99 00:05:33,917 --> 00:05:35,252 Ini pula, hidu perlahan-lahan. 100 00:05:35,752 --> 00:05:36,837 Apa ini? 101 00:05:37,588 --> 00:05:41,008 Ia seperti, VapoRub. Ia… 102 00:05:41,091 --> 00:05:44,761 Sesuatu yang disapu di dada apabila demam. 103 00:05:44,845 --> 00:05:46,555 - Ini bagus untuk penghadaman… - Ya. 104 00:05:46,638 --> 00:05:49,558 - …imuniti, dan buat badan relaks. - Ya. 105 00:05:53,187 --> 00:05:56,023 Banyak yang menarik perhatian di sini. 106 00:05:56,648 --> 00:05:58,859 Jadi, untuk benar-benar menikmati bandar ini, 107 00:05:58,942 --> 00:06:02,279 Abish mahu bawa saya melihat pemandangan di tempat kegemarannya. 108 00:06:04,323 --> 00:06:05,908 Kita akan naik beca bermotor. 109 00:06:06,783 --> 00:06:07,784 Cuba untuk relaks. 110 00:06:07,868 --> 00:06:10,162 - Cuba untuk relaks? - Ya. Itulah yang utama. 111 00:06:11,997 --> 00:06:15,167 Gabungan antara teksi New York dan basikal roda tiga, 112 00:06:15,250 --> 00:06:20,714 beca ini membuat sekitar 200 juta perjalanan di seluruh negara setiap hari. 113 00:06:21,924 --> 00:06:23,467 - Beberapa panduan pakar. - Ya. 114 00:06:23,550 --> 00:06:24,843 Pertama, sentiasa pegang besi pemegang, 115 00:06:24,927 --> 00:06:27,137 - kaki kanan atau kiri di sini. - Ya. 116 00:06:27,221 --> 00:06:29,431 Sekali-sekala akan terhentak, 117 00:06:29,932 --> 00:06:31,934 turunkan tangan dan kemaskan otot perut. 118 00:06:32,643 --> 00:06:33,936 Ada sikit turun naik. 119 00:06:34,019 --> 00:06:35,020 Baiklah. 120 00:06:38,565 --> 00:06:40,108 Siapa pemandu kita? 121 00:06:40,192 --> 00:06:42,444 - Namanya Bablu. Bablu Ji, namaste. - Bablu. 122 00:06:42,528 --> 00:06:44,571 - Namaste. - Namaste. Apa khabar? 123 00:06:44,655 --> 00:06:46,073 - Wah! - Sedikit saja lagi. 124 00:06:46,156 --> 00:06:47,658 Hampir terlanggar wanita. 125 00:06:47,741 --> 00:06:49,535 Jangan tersinggung, Bablu, 126 00:06:49,618 --> 00:06:53,080 awak pemandu yang hebat, tapi perjalanan ini sangat teruk. 127 00:06:56,542 --> 00:06:59,628 Di seberang jalan, awak juga akan nampak banyak haiwan. 128 00:06:59,711 --> 00:07:02,214 Lembu sangat dihormati di bahagian negara ini. 129 00:07:02,714 --> 00:07:03,966 Seperti di Toronto, 130 00:07:04,049 --> 00:07:07,052 - pejalan kaki berhak melintas dahulu. - Ya. 131 00:07:07,135 --> 00:07:09,471 Di sini, haiwan berhak melintas dahulu. 132 00:07:09,555 --> 00:07:11,473 Ke mana ia pergi? 133 00:07:11,974 --> 00:07:13,976 Ia merayau-rayau di jalan, kemudian ia balik. 134 00:07:14,059 --> 00:07:15,602 - Ya, lihatlah itu. - Ia… 135 00:07:15,686 --> 00:07:17,104 Ia pulang ke rumahnya. 136 00:07:18,105 --> 00:07:22,651 Lembu dianggap suci dalam Hindu, agama terbesar di India. 137 00:07:23,277 --> 00:07:25,737 Walaupun trafik sesak, 138 00:07:25,821 --> 00:07:28,490 nampaknya ia jauh lebih tenang daripada saya. 139 00:07:29,074 --> 00:07:31,743 - Okey, itu bahagian yang paling teruk. - Ya. 140 00:07:31,827 --> 00:07:33,036 Saya semakin memahaminya. 141 00:07:36,415 --> 00:07:37,916 - Terima kasih, encik. - Ya. 142 00:07:38,709 --> 00:07:43,172 Orang terakhir yang buat tulang saya bergetar begitu ialah pakar kiropraktik. 143 00:07:43,755 --> 00:07:45,090 Kita dah sampai. 144 00:07:45,174 --> 00:07:48,010 Namun, kami sampai di bandar lama. 145 00:07:48,844 --> 00:07:51,221 Laluan berliku penuh warna inilah 146 00:07:51,305 --> 00:07:55,392 yang menjadikan Jodhpur terkenal sebagai bandar biru. 147 00:07:56,894 --> 00:07:59,938 - Kota yang saya ceritakan. - Wah, ya. 148 00:08:01,190 --> 00:08:03,025 Jadi, kenapa biru? 149 00:08:03,650 --> 00:08:07,571 Biru pastikan suhu sentiasa sejuk. Lagipun, ini gurun. 150 00:08:07,654 --> 00:08:13,535 Warna biru juga melambangkan komuniti pendeta bernama Brahmin, 151 00:08:13,619 --> 00:08:16,038 yang dahulu tinggal di bahagian bandar ini. 152 00:08:16,121 --> 00:08:17,539 - Juga salah satu tempat terbaik… - Wah. 153 00:08:17,623 --> 00:08:18,916 …di bandar untuk melihatnya. 154 00:08:19,499 --> 00:08:22,669 Saya dapat bayangkan. Melainkan kita berada distana itu. 155 00:08:22,753 --> 00:08:25,464 - Ia… Entahlah. - Okey, awak menang. 156 00:08:25,547 --> 00:08:27,382 Hei, ini saja yang saya mampu, okey? 157 00:08:28,217 --> 00:08:29,927 Saya tiada kuasa nak bawa awak ke sana. 158 00:08:30,010 --> 00:08:31,470 Awak pernah lihat sesuatu seperti ini? 159 00:08:31,553 --> 00:08:35,182 Saya tak pernah lihat bandar berwarna, begini. 160 00:08:35,265 --> 00:08:42,063 Jodhpur pula bandar yang lebih luas daripada yang saya fikirkan. 161 00:08:44,024 --> 00:08:46,568 Saya tak jangkakan bandar biru. 162 00:08:46,652 --> 00:08:50,989 Namun, saya boleh nampak dan rasa, mengapa ia menjadi warna pilihan. 163 00:08:52,366 --> 00:08:56,828 Suhu musim panas di sini selalu melebihi 100 darjah Fahrenheit, 164 00:08:56,912 --> 00:08:59,790 jadi, saya menuju ke hotel untuk menyejukkan badan. 165 00:09:00,290 --> 00:09:03,085 Dah separuh hari saya berada di sini. 166 00:09:03,168 --> 00:09:05,087 Saya sangat berseronok. 167 00:09:06,296 --> 00:09:11,510 Saya tak sabar untuk merasai pengalaman tentang budaya, 168 00:09:11,593 --> 00:09:14,221 penduduk dan cara kehidupan di sini. 169 00:09:15,347 --> 00:09:19,685 Nampaknya untuk raja-raja lama India, golongan Maharaja, 170 00:09:19,768 --> 00:09:21,395 hidup agak menyeronokkan. 171 00:09:21,979 --> 00:09:24,231 Lihatlah tempat saya menginap. 172 00:09:27,568 --> 00:09:29,987 Istana Tasik Bal Samand. 173 00:09:30,070 --> 00:09:35,993 Menghadap tasik buatan manusia pertama India yang diukir daripada batu. 174 00:09:39,705 --> 00:09:44,877 Istana itu sendiri dibina oleh Maharaja Jodhpur pada abad ke-17. 175 00:09:46,837 --> 00:09:48,964 - Helo. Terima kasih. - Selamat datang. 176 00:09:49,047 --> 00:09:51,550 Kami ada sambutan tradisional untuk awak. Silakan. 177 00:09:52,593 --> 00:09:54,386 Daripada rupa parti sambutan ini, 178 00:09:54,469 --> 00:09:58,557 saya rasa mereka jangkakan seseorang yang lebih bangsawan berbanding saya. 179 00:09:58,640 --> 00:09:59,683 Terima kasih. 180 00:10:00,893 --> 00:10:02,186 - Terima kasih. - Sama-sama. 181 00:10:04,730 --> 00:10:06,023 - Helo, En. Eugene. - Hai. 182 00:10:06,106 --> 00:10:07,691 Jadi, ini Istana Tasik Bal Samand. 183 00:10:07,774 --> 00:10:11,236 Ini merupakan istana musim panas untuk keluarga diraja Jodhpur. 184 00:10:11,320 --> 00:10:13,614 Sekarang, mereka ubah tempat ini menjadi hotel. 185 00:10:14,239 --> 00:10:15,657 - Ia sangat cantik. - Ya. 186 00:10:15,741 --> 00:10:19,620 Saya tahu semasa menuju ke sini, saya tak tahu jika ini halusinasi. 187 00:10:19,703 --> 00:10:22,331 Hati-hati dengan monyet. Ada banyak monyet di sini. 188 00:10:22,414 --> 00:10:25,584 Ia tak berbahaya, tapi, hati-hati dengan monyet. 189 00:10:25,667 --> 00:10:28,170 - Jangan terlalu dekat. - Baiklah. 190 00:10:29,046 --> 00:10:30,589 - Okey. - Nikmati penginapan awak. 191 00:10:30,672 --> 00:10:31,882 - Terima kasih. - Terima kasih. 192 00:10:33,675 --> 00:10:37,846 Selepas diubah daripada kediaman bangsawan kepada hotel mewah, 193 00:10:38,347 --> 00:10:41,767 pintu dan taman istana ini telah dibuka untuk para tetamu 194 00:10:41,850 --> 00:10:44,770 dengan harapan dapat larikan diri daripada haba gurun dengan bergaya. 195 00:10:46,730 --> 00:10:50,734 Saya perlu akui, saya seronok di ruang ini, saya seronok dengan kesunyian ini. 196 00:10:53,195 --> 00:10:55,405 Rasa seperti semua ini khayalan. 197 00:10:58,367 --> 00:11:00,577 Jangan buat panggilan lagi, ada monyet. 198 00:11:00,661 --> 00:11:02,663 Wah, comel. Hai, budak-budak! 199 00:11:06,917 --> 00:11:10,128 Pengembaraan India saya bermula dengan begitu mewah. 200 00:11:11,338 --> 00:11:14,424 Rancangan malam saya juga tak kurang hebatnya. 201 00:11:15,425 --> 00:11:20,138 Abish menjemput saya ke parti dengan beberapa kawan kayanya. 202 00:11:20,639 --> 00:11:24,309 Itu pun jika saya boleh melepasi pengawal keselamatan tempatan. 203 00:11:31,024 --> 00:11:33,485 - Eugene! - Abish. 204 00:11:34,736 --> 00:11:37,656 Awak sangat bergaya untuk menari. 205 00:11:37,739 --> 00:11:39,992 Awak pun nampak kacak. Mari saya kenalkan kepada kawan-kawan. 206 00:11:40,075 --> 00:11:41,076 - Ya. - Ajit… 207 00:11:41,159 --> 00:11:45,706 Sepupu Uday dan Ajit ialah sebahagian daripada bangsawan Rajasthan. 208 00:11:45,789 --> 00:11:48,750 Wah, hebatnya. Ini rumah siapa? 209 00:11:48,834 --> 00:11:49,918 - Rumah dia. - Rumahnya. 210 00:11:50,002 --> 00:11:53,797 Ia mungkin menjelaskan tentang parti mengagumkan ini. 211 00:11:54,590 --> 00:11:56,633 Dah berapa lama awak tinggal di sini, Uday? 212 00:11:56,717 --> 00:11:57,801 Saya membesar di sini. 213 00:11:57,885 --> 00:12:01,555 Tapi, kediaman keluarga saya dah wujud di sini sejak 600 tahun lalu. 214 00:12:02,264 --> 00:12:07,561 Apabila saya cakap 600 tahun, saya rasa saya generasi ke-18 atau ke-19. 215 00:12:07,644 --> 00:12:09,479 Apa pekerjaan keluarga awak? 216 00:12:09,563 --> 00:12:12,316 Keluarga saya berikrar taat setia kepada Maharaja Jodhpur. 217 00:12:12,399 --> 00:12:17,696 Moyang kami dan ibu bapanya kutip cukai untuk Maharaja. 218 00:12:18,780 --> 00:12:22,409 Keistimewaan bangsawan dihapuskan pada 1970-an, 219 00:12:22,492 --> 00:12:25,120 tapi banyak keluarga meneruskan tradisi mereka. 220 00:12:25,204 --> 00:12:28,957 Dalam situasi ini, bermaksud sambutan yang sangat meriah 221 00:12:29,041 --> 00:12:31,376 untuk tetamu kehormat yang masih muda. 222 00:12:31,460 --> 00:12:33,170 - Ini tetamu kehormatnya. - Ini tetamu kehormatnya? 223 00:12:33,253 --> 00:12:36,381 - Ya, inilah dia. - Ini tetamu kehormatnya? 224 00:12:37,132 --> 00:12:42,804 Malam ini adalah tentang secara rasmi menyambut Rudra Veer kecil ke Jodhpur. 225 00:12:42,888 --> 00:12:46,016 Ini lawatan pertamanya ke rumah warisan keluarganya. 226 00:12:46,099 --> 00:12:48,602 Sebab itulah kepulangannya kali ini sangat penting. 227 00:12:48,685 --> 00:12:50,646 - Ia sangat penting! Jadi, dia… - Ia sangat penting. 228 00:12:51,563 --> 00:12:52,564 Ya. 229 00:12:54,316 --> 00:12:57,486 Saya faham. 230 00:13:01,281 --> 00:13:03,408 Lihatlah. Budak yang sihat! 231 00:13:03,492 --> 00:13:04,660 Awak ada cucu? 232 00:13:04,743 --> 00:13:08,622 Ya, saya ada seorang cucu yang akan berumur tiga tahun. 233 00:13:08,705 --> 00:13:09,748 Wah. 234 00:13:09,831 --> 00:13:13,210 Saya dukung dia baru-baru ini… 235 00:13:13,710 --> 00:13:15,879 - Ya, awak tak nampak kekok. - …begini. 236 00:13:15,963 --> 00:13:18,465 Ada sesiapa kisah jika saya bawa dia pulang? 237 00:13:19,633 --> 00:13:21,844 En. Budak Besar. 238 00:13:21,927 --> 00:13:24,888 Saya tak pasti jika RV akan ingat parti ini, 239 00:13:24,972 --> 00:13:28,684 tapi dalam situasi pentingkan diri, saya harap dia ingat saya, 240 00:13:28,767 --> 00:13:31,186 semasa kami ucap selamat untuk tuahnya. 241 00:13:31,270 --> 00:13:32,563 Sedap. 242 00:13:32,646 --> 00:13:36,358 Bukan keluarga bangsawan India saja yang hidup mewah. 243 00:13:36,942 --> 00:13:39,945 India ialah ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, 244 00:13:40,028 --> 00:13:44,449 dengan lebih 30,000 jutawan baharu muncul hanya dalam tahun lepas. 245 00:13:44,533 --> 00:13:46,118 Baru sehari di sini, 246 00:13:46,201 --> 00:13:50,873 saya dah dapat melihat kepelbagaian kehidupan di sini. 247 00:13:50,956 --> 00:13:52,374 Ceritakan tentang Rajasthan. 248 00:13:52,457 --> 00:13:56,378 Ia ada keperibadian tersendiri? 249 00:13:56,461 --> 00:14:00,799 Jika kita pecahkan perkataan Rajasthan, ia bermaksud "Tanah Para Raja". 250 00:14:00,883 --> 00:14:04,761 Ia ada tentera sendiri, mata wang sendiri, sistem perundangan sendiri. 251 00:14:04,845 --> 00:14:08,682 Apabila awak bergerak di dalam India, budayanya berubah dari negeri ke negeri. 252 00:14:09,183 --> 00:14:12,352 Untuk beri awak faham tentang kepelbagaiannya, 253 00:14:12,436 --> 00:14:15,480 apabila awak ke tempat lain, ada dialek yang berbeza. 254 00:14:16,023 --> 00:14:17,608 Seratus kilometer dari setiap arah, 255 00:14:17,691 --> 00:14:20,569 makanan, orang, bahasanya berubah. 256 00:14:20,652 --> 00:14:25,199 Jadi, ia seperti sebuah negara dengan pelbagai negara. 257 00:14:25,282 --> 00:14:30,245 Ada yang menganggarkan terdapat hampir 20,000 dialek di sini. 258 00:14:30,329 --> 00:14:36,210 Ada apa-apa yang menyatukan negara ini? 259 00:14:36,293 --> 00:14:40,172 Apa yang sangat istimewa tentang India, perlembagaannya, 260 00:14:40,255 --> 00:14:42,424 ialah sifat sekular India. 261 00:14:42,508 --> 00:14:45,469 Agama majoriti di negara ini ialah Hindu. 262 00:14:45,552 --> 00:14:46,637 - Hindu? Ya. - Ya, Hindu. 263 00:14:46,720 --> 00:14:50,265 Tapi, kami masih ada populasi Muslim yang sangat besar, 264 00:14:50,349 --> 00:14:54,728 ada juga populasi Kristian yang besar, ada juga orang Yahudi, dan komuniti lain. 265 00:14:54,811 --> 00:14:58,398 - Tapi, kriket agama paling dominan. - Betulkah? 266 00:14:58,482 --> 00:15:00,984 Setiap negeri ada pasukannya sendiri. 267 00:15:01,068 --> 00:15:04,112 Jika awak dari negeri itu, awak sokong pasukan itu sepenuhnya. 268 00:15:04,696 --> 00:15:05,989 Ia agama. 269 00:15:07,407 --> 00:15:10,327 Saya tak begitu faham tentang kriket, 270 00:15:10,410 --> 00:15:13,288 tapi itulah yang asyik dibualkan dalam pengembaraan ini setakat ini. 271 00:15:13,372 --> 00:15:14,706 Hebatnya. 272 00:15:15,332 --> 00:15:19,336 Selepas parti rumah yang paling mengujakan di bandar, 273 00:15:19,419 --> 00:15:22,714 saya sedia untuk meneroka lebih lagi tentang bandar ini esok. 274 00:15:23,215 --> 00:15:25,551 - Wah. - Terima kasih. 275 00:15:33,100 --> 00:15:34,810 Saya tidur nyenyak malam tadi. 276 00:15:35,519 --> 00:15:36,520 Dengar itu? 277 00:15:38,564 --> 00:15:41,191 Burung berkicau. Itu saja yang saya dengar. 278 00:15:42,860 --> 00:15:45,821 Ia halwa telinga saya. 279 00:15:48,824 --> 00:15:53,036 Apabila melibatkan kemewahan, Maharaja India tahu apa yang mereka buat. 280 00:15:54,037 --> 00:15:57,624 Tapi, pagi ini, saya menukar kehijauan taman istana 281 00:15:57,708 --> 00:16:00,169 dengan biru bandar lama Jodhpur. 282 00:16:00,669 --> 00:16:03,881 - Abish. Apa khabar? - Baik. 283 00:16:03,964 --> 00:16:07,134 Ini keadaan bandar paling sunyi saya pernah dengar. 284 00:16:07,217 --> 00:16:08,468 - Negara ini indah… - Wah. 285 00:16:08,552 --> 00:16:14,391 …kerana awak akan temui ketenangan di tempat yang sangat sibuk. 286 00:16:16,101 --> 00:16:18,353 Itu pandit, seperti paderi. 287 00:16:18,437 --> 00:16:19,938 Itu pandit. 288 00:16:20,022 --> 00:16:23,901 Kira-kira 1.1 bilion orang di India beragama Hindu. 289 00:16:24,401 --> 00:16:25,527 Itu Ganesh Ji. 290 00:16:25,611 --> 00:16:28,071 Ganesh ialah Tuhan untuk disembah 291 00:16:28,155 --> 00:16:31,241 apabila mulakan sesuatu usaha baharu atau pengembaraan baharu. 292 00:16:31,825 --> 00:16:35,829 Sebab itulah tempat ibadat begini ada di seluruh negara. 293 00:16:36,496 --> 00:16:41,168 Beri penganutnya peluang untuk berhubung dengan kerohanian secara spontan. 294 00:16:41,251 --> 00:16:45,506 Jika awak tak kisah, saya nak minta rahmat daripada paderi. 295 00:16:45,589 --> 00:16:47,341 Sudah tentu, silakan. 296 00:16:49,718 --> 00:16:51,094 Ya, awak hanya perlu duduk, 297 00:16:51,178 --> 00:16:53,013 tapi boleh awak tanggalkan kasut? 298 00:16:53,096 --> 00:16:55,015 - Tanggalkan kasut dan duduk? - Betul. 299 00:16:55,098 --> 00:16:56,391 - Baiklah, saya boleh buat. - Bagus. 300 00:17:17,412 --> 00:17:20,040 Ini prasada, rahmat yang awak bawa pulang. 301 00:17:20,123 --> 00:17:23,210 Ada satu lagi! Kelapa ini, perlu dipecahkan. 302 00:17:23,292 --> 00:17:27,589 Apa kepentingan pecahkan kelapa? 303 00:17:27,673 --> 00:17:32,094 Air dari kelapa digunakan sebagai rahmat yang akan dipercikkan kepada awak semula. 304 00:17:32,177 --> 00:17:35,472 Begitu rupanya. Okey. Baiklah, jadi… 305 00:17:36,014 --> 00:17:38,559 Satu, dua, tiga… 306 00:17:43,105 --> 00:17:46,525 Awak dah dirahmati, pecahkan kelapa, ada prasada untuk dimakan. 307 00:17:46,608 --> 00:17:48,360 - Wah. - Tiada apa akan menghalang awak. 308 00:17:48,443 --> 00:17:51,071 - Bagaimana nak cakap, "Terima kasih"? - Dhanyavaad. 309 00:17:51,154 --> 00:17:52,739 Dhanyavaad. 310 00:17:52,823 --> 00:17:54,157 Itu bagus? 311 00:17:56,910 --> 00:17:57,953 - Okey. - Apa mereka cakap? 312 00:17:58,036 --> 00:18:01,957 Ada kesilapan. Awak perlu pastikan ia sampai ke lantai. 313 00:18:02,040 --> 00:18:04,877 Awak lepaskan dan campakkannya. 314 00:18:04,960 --> 00:18:07,254 - Rasanya terima saja apa yang kita dapat. - Ya. 315 00:18:08,422 --> 00:18:12,634 Saya rasa untuk dapat rahmat, supaya semua halangan yang menunggu dapat dihapuskan, 316 00:18:12,718 --> 00:18:14,469 saya rasa ia sesuatu yang bagus. 317 00:18:15,429 --> 00:18:17,014 - Lihatlah itu. - Wah, apa ini? 318 00:18:17,097 --> 00:18:19,975 Ini salah satu bentuk kriket yang dipanggil kriket gully. 319 00:18:20,058 --> 00:18:21,518 Gully bermaksud lorong 320 00:18:23,187 --> 00:18:27,399 Semasa abad ke-18, sewaktu India jadi sebahagian daripada Empayar British 321 00:18:27,482 --> 00:18:29,735 dan sumber utama perdagangan, 322 00:18:29,818 --> 00:18:33,363 kelasi British kenalkan permainan ini kepada orang tempatan. 323 00:18:33,947 --> 00:18:35,699 - Lelaki itu pembaling. - Ya. 324 00:18:35,782 --> 00:18:37,659 Tangkapan yang bagus! 325 00:18:37,743 --> 00:18:39,161 - Itu bagus. - Itu dia. 326 00:18:39,244 --> 00:18:41,914 - Maksud saya… - Itu sukar. 327 00:18:43,165 --> 00:18:46,084 Sebenarnya memang bagus berada di sini. Sekarang, ini… 328 00:18:46,168 --> 00:18:47,169 Kelakarnya. 329 00:18:48,337 --> 00:18:51,673 India merdeka pada 1947, 330 00:18:51,757 --> 00:18:54,051 tapi kriket masih dimainkan. 331 00:18:54,134 --> 00:18:59,223 Perlawanan terakhir musim lalu ditonton oleh 169 juta orang. 332 00:19:01,225 --> 00:19:02,392 Itu enam larian. 333 00:19:02,476 --> 00:19:06,396 Itu 41 juta lebih ramai daripada Super Bowl terakhir. 334 00:19:06,480 --> 00:19:07,481 Ini cara untuk tunjukkannya. 335 00:19:08,732 --> 00:19:10,692 Wah, itu enam. 336 00:19:10,776 --> 00:19:13,028 Apa itu? Itu tanda untuk apa? Syabas. 337 00:19:13,904 --> 00:19:18,825 Salah satu pasukan terbesar di negeri ini bernama Rajasthan Royals. 338 00:19:18,909 --> 00:19:20,911 - Rajasthan Royals? - Ya. 339 00:19:22,663 --> 00:19:25,415 Seperti kanak-kanak bermain hoki jalanan di negara saya, 340 00:19:25,499 --> 00:19:27,626 permainan tempatan ini merupakan tempat impian 341 00:19:27,709 --> 00:19:30,921 menjadi bintang sukan mengambil tempat. 342 00:19:31,004 --> 00:19:32,422 - Saya perhatikan awak… - Hai. 343 00:19:32,506 --> 00:19:35,008 …dan awak sangat bagus. 344 00:19:35,092 --> 00:19:41,890 Ada sesiapa di sini nak jadi pemain kriket profesional? 345 00:19:42,558 --> 00:19:43,559 Saya. 346 00:19:43,642 --> 00:19:46,395 Bagus. Ada pelakon muda dalam kumpulan ini? 347 00:19:49,147 --> 00:19:52,025 - Tiada. - Wah, semua nak jadi pemain kriket. 348 00:19:52,109 --> 00:19:54,361 Tak semestinya jadi pemain kriket, 349 00:19:54,444 --> 00:19:56,822 tapi apa saja selain berlakon, itulah yang saya nampak. 350 00:19:56,905 --> 00:19:58,615 Mari bermain. Lepaskan saja. 351 00:19:58,699 --> 00:19:59,700 Lontar. 352 00:20:03,453 --> 00:20:06,415 Nampaknya ada sedikit putaran pada bola 353 00:20:06,498 --> 00:20:08,959 dan jadikannya sukar untuk dipukul. 354 00:20:10,711 --> 00:20:12,129 Itu bagus. Lari. 355 00:20:12,212 --> 00:20:15,716 Mungkin ada lebih lagi daripada apa yang saya sangkakan. 356 00:20:18,677 --> 00:20:19,720 - Keluar. - Keluar? 357 00:20:19,803 --> 00:20:22,598 Saya perlu akui saya kalah kepada pemain yang lebih bagus. 358 00:20:26,018 --> 00:20:28,395 Muka saya merah padam, 359 00:20:28,478 --> 00:20:31,315 tapi kali ini saya tak boleh salahkan matahari. 360 00:20:33,150 --> 00:20:36,653 Jadi, saya kembali ke hotel untuk berehat dan relaks. 361 00:20:37,905 --> 00:20:41,783 Sebelum memulakan pengembaraan India saya yang seterusnya. 362 00:20:48,373 --> 00:20:49,583 - Hai. - Helo. 363 00:20:49,666 --> 00:20:50,667 Australia? 364 00:20:50,751 --> 00:20:51,877 New Zealand. 365 00:20:52,461 --> 00:20:53,921 - Orang New Zealand. - New Zealand? 366 00:20:54,004 --> 00:20:55,380 Kali pertama juga? 367 00:20:55,464 --> 00:20:57,216 Tak, dah tujuh kali ke sini. 368 00:20:57,299 --> 00:20:58,634 - Tujuh kali? - Ya. 369 00:20:59,218 --> 00:21:03,680 Jadi, boleh saya tanya, kali pertama kamu datang ke sini, 370 00:21:03,764 --> 00:21:06,308 kamu terus suka negara ini? 371 00:21:06,391 --> 00:21:09,394 Bagi saya, rasa seperti pulang ke rumah. 372 00:21:09,478 --> 00:21:11,855 Kami tak tahu apa akan berlaku pada lima minit seterusnya. 373 00:21:11,939 --> 00:21:13,148 Kami tiada rancangan untuk setiap hari. 374 00:21:13,232 --> 00:21:15,067 Kami tak tahu di mana kami nak menginap. 375 00:21:15,150 --> 00:21:16,485 Itulah sebahagian daripada keajaibannya. 376 00:21:16,568 --> 00:21:18,820 Sebab itulah ini masuk kali ketujuh kami ke sini. 377 00:21:18,904 --> 00:21:23,242 Itulah yang saya cuba capai di sini. 378 00:21:23,325 --> 00:21:27,162 Sebenarnya, untuk merasai India 379 00:21:27,246 --> 00:21:31,875 seperti cara pengembara berpengalaman. Juga… 380 00:21:31,959 --> 00:21:34,586 Luaskan lagi zon selesa? 381 00:21:35,087 --> 00:21:38,131 Luaskan zon selesa, itulah yang saya cuba buat. 382 00:21:38,215 --> 00:21:40,759 Awak ada banyak rancangan atau nak buat secara spontan? 383 00:21:41,301 --> 00:21:43,011 Saya akan naik kereta api. 384 00:21:43,595 --> 00:21:45,138 - Kami belum menaikinya. - Okey! 385 00:21:45,222 --> 00:21:46,473 Belum penah? 386 00:21:46,557 --> 00:21:48,767 Kami belum pernah cuba kenderaan awam. 387 00:21:48,851 --> 00:21:49,852 Kamu dah pernah ke mana? 388 00:21:50,853 --> 00:21:51,937 Awak lebih berani daripada kami. 389 00:21:52,020 --> 00:21:54,273 Tak boleh datang ke India tanpa naik kereta api. 390 00:21:54,356 --> 00:21:56,108 Ambillah risiko hari ini, okey? 391 00:21:56,191 --> 00:21:57,359 Ambil risiko hari ini. 392 00:21:57,442 --> 00:21:59,695 Itu nama tengah saya. Pengambil risiko. 393 00:22:07,160 --> 00:22:09,913 Apa yang menarik pagi ini, seperti pasangan itu kata, 394 00:22:09,997 --> 00:22:12,958 luaskan zon selesa dan ambil risiko… 395 00:22:13,041 --> 00:22:16,420 Mudah untuk cakap berbanding buat, 396 00:22:16,503 --> 00:22:19,464 tapi saya cuba yang terbaik untuk lakukannya. 397 00:22:20,007 --> 00:22:24,887 Sebenarnya, saya tak boleh fikirkan cara terbaik untuk luaskan zon selesa… 398 00:22:24,970 --> 00:22:26,471 Kita dah sampai. 399 00:22:26,555 --> 00:22:29,141 …berbanding naik kereta api ke Jaipur. 400 00:22:29,224 --> 00:22:31,643 Ibu kota negeri ini 401 00:22:31,727 --> 00:22:36,690 dan tempat asal antara pasukan kriket yang paling terkenal, Rajasthan Royals. 402 00:22:36,773 --> 00:22:37,774 KAUNTER TIKET 403 00:22:38,400 --> 00:22:42,571 Saya mencari Jodhpur-Jaipur Express 404 00:22:42,654 --> 00:22:44,615 yang akan bertolak pukul 4:00. 405 00:22:44,698 --> 00:22:46,658 Saya perlu cari platformnya. 406 00:22:46,742 --> 00:22:48,744 Ya, tak membantu. 407 00:22:50,662 --> 00:22:53,832 Stesen Jodhpur dibuka pada 1885 408 00:22:53,916 --> 00:22:57,377 dan digunakan oleh hampir 50 ribu orang setiap hari. 409 00:22:58,003 --> 00:23:00,964 Ya, itu dia, pukul 4:00. Dah dapat, platform lima. 410 00:23:01,632 --> 00:23:02,633 Ayuh. 411 00:23:02,716 --> 00:23:06,011 Hebat apa yang kita boleh capai apabila kita betul-betul tekad. 412 00:23:06,803 --> 00:23:10,933 Ini paling hampir saya rasa seperti pengembara sebenar. 413 00:23:16,188 --> 00:23:19,858 Kebanyakan kereta api di sini beri pilihan untuk berdiri, duduk, 414 00:23:19,942 --> 00:23:22,778 atau naikkan kaki atas katil lipat. 415 00:23:22,861 --> 00:23:23,862 Maaf. 416 00:23:23,946 --> 00:23:26,114 Abish dah tempah tempat duduk untuk kami. 417 00:23:26,198 --> 00:23:30,661 Untuk mencarinya, saya perlu bergantung kepada naluri luar biasa saya… 418 00:23:30,744 --> 00:23:32,329 Gerabak 2AC… 419 00:23:32,412 --> 00:23:33,580 Belum jumpa. 420 00:23:33,664 --> 00:23:34,831 Maaf. 421 00:23:34,915 --> 00:23:35,999 Maaf. 422 00:23:37,876 --> 00:23:38,919 Bukan yang ini. 423 00:23:39,753 --> 00:23:40,963 Awak boleh berbahasa Inggeris? 424 00:23:41,046 --> 00:23:43,215 - Ya. - Gerabak 2AC? 425 00:23:43,298 --> 00:23:44,925 - Terus. - Terus. 426 00:23:45,008 --> 00:23:46,093 Okey. 427 00:23:46,176 --> 00:23:47,427 Terima kasih. 428 00:23:47,511 --> 00:23:48,512 Hei. 429 00:23:48,595 --> 00:23:50,138 - Abish. - Gembira bertemu awak. 430 00:23:50,222 --> 00:23:51,765 Gembira awak ada di sini. 431 00:23:52,641 --> 00:23:54,810 Selepas berjaya menjejaki Abish, 432 00:23:54,893 --> 00:23:59,273 saya tak sabar untuk melihat pemandangan dari keselesaan kabin berkatil kami. 433 00:24:01,149 --> 00:24:02,192 Saya teruja. 434 00:24:02,276 --> 00:24:04,528 Pada usia 78 tahun, saya semakin matang. 435 00:24:06,071 --> 00:24:07,531 Jaipur, kami datang. 436 00:24:12,035 --> 00:24:17,916 Untuk ke Jaipur, kami perlu mengembara hampir 320 kilometer utara ke Rajasthan. 437 00:24:21,795 --> 00:24:25,007 Inilah cara untuk melihat negara ini. 438 00:24:26,216 --> 00:24:29,553 Sama ada kaya, miskin, semua orang boleh naik kereta api. 439 00:24:29,636 --> 00:24:33,015 Persahabatan dicipta, komedi romantik bermula, 440 00:24:33,098 --> 00:24:34,558 permusuhan keluarga berterusan, 441 00:24:34,641 --> 00:24:38,562 itu memang sebahagian daripada cara kami dibesarkan. 442 00:24:39,188 --> 00:24:43,942 Apabila difikirkan yang negara ini ada 1.4. bilion penduduk, 443 00:24:44,568 --> 00:24:46,778 ada banyak bezanya. 444 00:24:46,862 --> 00:24:49,907 Selepas kami dapat kemerdekaan dan sempadan ditetapkan, 445 00:24:49,990 --> 00:24:53,118 ada satu idea yang semua orang fikirkan. 446 00:24:53,202 --> 00:24:55,204 Kami tak diajar yang kami satu bangsa. 447 00:24:55,746 --> 00:24:58,498 Kami diberitahu penyatuan dan kepelbagaian 448 00:24:58,582 --> 00:25:01,335 adalah apa yang diajar di sekolah sejak awal lagi. 449 00:25:01,418 --> 00:25:05,255 Jadi, ia penuh dengan perbezaan jelas, sangat bertentangan, 450 00:25:05,339 --> 00:25:06,965 perbezaan ketara. 451 00:25:07,049 --> 00:25:09,635 Saya tak tahu caranya, 452 00:25:09,718 --> 00:25:13,514 tapi identiti kebangsaan tetap kekal utuh. 453 00:25:19,853 --> 00:25:22,856 Saya memang peminat pengembaraan dengan kereta api sejak kecil. 454 00:25:22,940 --> 00:25:25,108 Salah satu perkara terhebat tentangnya adalah 455 00:25:25,192 --> 00:25:27,528 kita boleh berdiri dan merayau-rayau. 456 00:25:29,738 --> 00:25:30,739 Akhirnya! 457 00:25:30,822 --> 00:25:31,949 Peminat Royals? 458 00:25:32,032 --> 00:25:33,867 - Ya. - Ya. 459 00:25:33,951 --> 00:25:35,702 Itu… Saya pun sama. 460 00:25:36,453 --> 00:25:37,663 - Marilah. - Ya. 461 00:25:37,746 --> 00:25:40,832 Rupa-rupanya, Rajasthan Royals ada perlawanan malam ini. 462 00:25:40,916 --> 00:25:46,046 Para peminat mereka yang berdedikasi akan menonton dari mana-mana sahaja. 463 00:25:46,129 --> 00:25:49,049 Awak pernah menonton perlawanan Royals? 464 00:25:49,716 --> 00:25:51,844 Ya, kami pernah tonton satu perlawanan. 465 00:25:51,927 --> 00:25:53,011 Apa yang saya perlu tahu? 466 00:25:53,095 --> 00:25:55,681 Halla Bol. Itu saja. 467 00:25:56,515 --> 00:25:57,975 - Ya, itu… - Halla Bol? 468 00:25:58,058 --> 00:26:00,394 Ya. Awak bersorak Halla Bol. 469 00:26:00,894 --> 00:26:03,063 - Itu moto… - Baiklah. 470 00:26:03,146 --> 00:26:05,148 - Rajasthan Royals. - Halla Bol ialah sorakan? 471 00:26:05,232 --> 00:26:07,067 Ya, daripada Rajasthan Royals. 472 00:26:07,150 --> 00:26:11,238 - Halla. Jerit kuat-kuat. Ya. - Halla Bol. Ya. Okey. Baiklah. 473 00:26:11,321 --> 00:26:12,990 Gembira bertemu kamu berdua. 474 00:26:13,073 --> 00:26:15,659 - Gembira melepak dengan awak. - Harap awak berseronok. 475 00:26:15,742 --> 00:26:17,077 - Semoga berjaya untuk kamu berdua. - Terima kasih. 476 00:26:27,880 --> 00:26:30,632 Jarang dapat pintu kereta api terbuka, 477 00:26:30,716 --> 00:26:32,801 tapi ini berikan udara yang segar. 478 00:26:33,802 --> 00:26:37,681 Sesiapa yang kenal saya akan cakap, "Tak sangka awak ke sana." 479 00:26:39,016 --> 00:26:40,017 Sebab… 480 00:26:42,311 --> 00:26:46,440 sejujurnya, saya tak pernah terfikir saya akan ke negara ini. 481 00:26:47,774 --> 00:26:50,277 Ambil masa tiga tahun untuk buat saya sampai ke tahap ini 482 00:26:50,360 --> 00:26:55,324 dan setakat ini ia mengagumkan, sangat menyeronokkan. 483 00:27:02,122 --> 00:27:05,209 Lima jam dan satu Halla Bol kemudian, 484 00:27:05,292 --> 00:27:07,336 akhirnya kami tiba di Jaipur. 485 00:27:08,795 --> 00:27:10,672 - Kita berjaya. - Kita dah sampai. 486 00:27:10,756 --> 00:27:12,382 - Kita berjaya. - Arah mana? 487 00:27:12,466 --> 00:27:13,926 Pasti itu jalan keluar. 488 00:27:14,009 --> 00:27:17,930 Selepas saya jumpa tempat untuk mengumpul semula tenaga, 489 00:27:18,013 --> 00:27:22,559 saya tak sabar untuk lihat rupa bandar ikonik ini pada waktu siang. 490 00:27:29,149 --> 00:27:30,275 Jaipur. 491 00:27:30,359 --> 00:27:32,778 Berusia hampir 300 tahun, 492 00:27:32,861 --> 00:27:36,156 bandar ini agak muda bagi piawaian India. 493 00:27:37,741 --> 00:27:40,744 Kini disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO, 494 00:27:40,827 --> 00:27:44,498 ia juga dianggap sebagai pusat permata dunia. 495 00:27:44,581 --> 00:27:45,958 - Hei. - Abish. 496 00:27:46,041 --> 00:27:48,210 - Selamat datang. - Tidur nyenyak. 497 00:27:49,419 --> 00:27:52,881 Saya tak sabar untuk melihat tempat ini sendiri, 498 00:27:53,382 --> 00:27:56,635 dan Abish setuju untuk singgah sebentar di beberapa lokasi. 499 00:27:57,469 --> 00:28:00,222 Itu patung Mahatma Gandhi. 500 00:28:00,305 --> 00:28:01,306 Itu dia. 501 00:28:01,390 --> 00:28:02,975 Juga dikenali sebagai bapa negara. 502 00:28:03,058 --> 00:28:06,687 Sangat terkenal dengan cermin mata bulat, sama macam awak. 503 00:28:06,770 --> 00:28:07,771 Itu… 504 00:28:07,855 --> 00:28:09,523 Itu cermin mata Gandhi. 505 00:28:09,606 --> 00:28:10,858 Itu cermin mata Gandhi. 506 00:28:12,484 --> 00:28:17,447 Rajasthan ada tradisi menarik dengan setiap bandar ada warna tersendiri. 507 00:28:17,531 --> 00:28:20,117 Jodhpur biru, Udaipur putih, 508 00:28:20,200 --> 00:28:23,579 Jaisalmer bandar emas dan Jaipur merah jambu. 509 00:28:25,205 --> 00:28:28,792 Semasa bangsawan British melawat India pada 1876, 510 00:28:28,876 --> 00:28:31,044 penduduk tempatan memeriahkan suasana. 511 00:28:32,921 --> 00:28:34,965 Semasa Putera Albert datang ke Jaipur, 512 00:28:35,048 --> 00:28:37,342 mereka cat seluruh bandar dengan warna ini 513 00:28:37,426 --> 00:28:40,012 kerana ia warna layanan baik, mengalu-alukan. 514 00:28:40,095 --> 00:28:43,765 Apabila baginda datang, nampak warna itu, baginda cakap, "Wah, bandar merah jambu!" 515 00:28:43,849 --> 00:28:45,475 Nama itu terus kekal. 516 00:28:45,559 --> 00:28:48,645 Saya rasa ia buat para pengecat waktu itu gembira, bukan? 517 00:28:48,729 --> 00:28:49,980 Betul. 518 00:28:51,523 --> 00:28:56,236 Di tengah bandar ini terletaknya Hawa Mahal atau Istana Angin. 519 00:28:56,778 --> 00:29:02,159 Dibina pada 1799, karya agung seni bina setinggi lima tingkat. 520 00:29:02,784 --> 00:29:05,746 Ada banyak perkara menarik untuk dilihat di sini. 521 00:29:06,580 --> 00:29:10,000 Saya pasti gembira habiskan sepanjang hari melawat bandar, 522 00:29:10,083 --> 00:29:12,669 tapi saya ada temu janji penting untuk dipenuhi. 523 00:29:12,753 --> 00:29:13,754 Cantiknya. 524 00:29:15,422 --> 00:29:19,551 Abish telah mengaturkan pertemuan untuk saya dan Rajasthan Royals. 525 00:29:19,635 --> 00:29:24,598 Mungkin untuk dapatkan bimbingan selepas kalah dengan budak sepuluh tahun. 526 00:29:24,681 --> 00:29:28,477 Eugene, jika saya di tempat awak, saya pasti sangat teruja. 527 00:29:28,560 --> 00:29:30,979 Rasanya saya dah beri persediaan yang cukup. Apa maksud ini? 528 00:29:31,063 --> 00:29:32,064 Enam. 529 00:29:32,147 --> 00:29:33,482 Ya, betul. 530 00:29:33,565 --> 00:29:35,025 Sangat teruja. 531 00:29:35,108 --> 00:29:36,610 Saya akan jumpa awak nanti atau… 532 00:29:36,693 --> 00:29:37,778 Ya, semestinya. 533 00:29:40,197 --> 00:29:43,992 Stadium Sawai Mansingh ialah gelanggang utama pasukan tuan rumah. 534 00:29:44,618 --> 00:29:45,869 Wah. Memang menarik, bukan? 535 00:29:45,953 --> 00:29:47,079 STADIUM SAWAI MANSINGH HALLA BOL! 536 00:29:47,162 --> 00:29:48,664 Ini stadium kriket pertama saya. 537 00:29:48,747 --> 00:29:52,543 Dengan lebih 15 juta pengikut di media sosial, 538 00:29:52,626 --> 00:29:55,003 Royals agak terkenal. 539 00:29:55,087 --> 00:29:57,548 Halla Bol, kawan. Halla Bol. 540 00:29:58,173 --> 00:30:02,594 Jadi, ini tempat yang sesuai untuk pendatang baharu ini asah kemahiran asas. 541 00:30:04,012 --> 00:30:06,265 - Apa khabar? - Baik. 542 00:30:06,348 --> 00:30:07,975 Selamat datang ke gelanggang Royals… 543 00:30:08,058 --> 00:30:09,226 - Terima kasih. - …di Jaipur. 544 00:30:09,309 --> 00:30:13,981 Yaggi ialah bekas pemain dan kini melatih para pemadang. 545 00:30:14,064 --> 00:30:16,984 Saya tahu umur awak 78 tahun, tapi awak nampak macam 50 tahun. 546 00:30:17,943 --> 00:30:18,944 Awak nampak muda. 547 00:30:19,027 --> 00:30:20,571 - Awak nampak muda. - Wah. 548 00:30:20,654 --> 00:30:23,031 Boleh kita mulakan dengan panaskan badan dahulu? 549 00:30:23,115 --> 00:30:24,408 - Baiklah. - Okey. 550 00:30:25,033 --> 00:30:26,910 Ini untuk hamstring dan belakang badan. 551 00:30:26,994 --> 00:30:28,996 - Ya, saya dapat rasakan hamstring… - Tiga… 552 00:30:29,079 --> 00:30:30,122 - …dan belakang. - …empat. 553 00:30:30,205 --> 00:30:31,748 Sekarang, bahagian paling penting… 554 00:30:31,832 --> 00:30:33,959 - Ya. - Lontaran. Awak berdiri di situ, 555 00:30:34,042 --> 00:30:35,043 pegang dan lontar. 556 00:30:35,586 --> 00:30:37,880 Dua, tiga. 557 00:30:37,963 --> 00:30:39,089 - Saya rasa awak dah sedia. - Oh Tuhan! 558 00:30:39,173 --> 00:30:40,674 Rasanya awak dah sedia untuk bermain di padang. 559 00:30:40,757 --> 00:30:41,884 Ya, tapi saya kidal. 560 00:30:44,136 --> 00:30:46,722 Ada tugas berat menanti Yaggi. 561 00:30:47,264 --> 00:30:50,184 Konvoi jurulatih, merah jambu, semestinya, 562 00:30:50,267 --> 00:30:53,687 bermaksud para pemain telah tiba untuk sesi latihan mereka. 563 00:30:54,354 --> 00:30:58,358 Eugene, saya nak kenalkan salah seorang pembaling terpantas kami, 564 00:30:59,109 --> 00:31:00,527 Jofra Archer. 565 00:31:00,611 --> 00:31:03,488 Dia antara yang terpantas di dunia. 566 00:31:03,572 --> 00:31:07,492 Saya sepatutnya habiskan lebih banyak masa untuk panaskan badan. 567 00:31:07,576 --> 00:31:09,745 - Selamat berkenalan. - Wah, selamat berkenalan. 568 00:31:09,828 --> 00:31:11,288 - Nak main kriket? - Ya. 569 00:31:11,371 --> 00:31:14,082 Saya akan benarkan awak main sekejap. 570 00:31:14,166 --> 00:31:17,336 Awak tak kisah jika seseorang itu kidal? 571 00:31:17,419 --> 00:31:19,338 Sebenarnya, saya lebih suka lempar pada orang kidal. 572 00:31:19,421 --> 00:31:22,508 Statistik saya lebih bagus dengan pemain kidal berbanding tangan kanan. 573 00:31:22,591 --> 00:31:25,260 Itu takkan beri saya kelebihan, bukan? 574 00:31:26,887 --> 00:31:29,223 Jofra juga bermain untuk England. 575 00:31:29,306 --> 00:31:34,937 Bersama mereka, dia menjuarai anugerah tertinggi dalam kriket: Piala Dunia 2019. 576 00:31:35,521 --> 00:31:37,689 Beri saya gambaran tentang apa yang perlu dijangka. 577 00:31:38,941 --> 00:31:40,359 Tak mengapa. 578 00:31:40,442 --> 00:31:43,820 Saya perlu beri awak keyakinan dahulu sebelum saya buat lemparan serius. 579 00:31:44,655 --> 00:31:49,701 Apabila melempar secara serius, ia boleh mencecah 145 kilometer sejam. 580 00:31:50,911 --> 00:31:52,120 Satu lagi, sedikit saja lagi. 581 00:31:53,163 --> 00:31:56,041 Tapi, buat masa sekarang, dia ikut kelajuan saya. 582 00:31:59,002 --> 00:32:00,879 Tak, awak perlu guna pemukul itu! 583 00:32:00,963 --> 00:32:02,881 - Awak perlu pukul. - Berat. 584 00:32:02,965 --> 00:32:03,966 Jangan tertekan. 585 00:32:08,387 --> 00:32:11,431 - Ia bagus? - Ya, sangat bagus. 586 00:32:11,515 --> 00:32:14,977 Saya perlu sambung latihan, Eugene, tapi gembira bertemu awak. 587 00:32:15,060 --> 00:32:17,145 Saya akan jumpa awak sebelum kami beredar nanti. 588 00:32:17,229 --> 00:32:18,230 - Hebat. - Baiklah. 589 00:32:18,897 --> 00:32:21,275 Sementara Jofra sertai latihan sebenar, 590 00:32:21,358 --> 00:32:24,903 ini peluang saya untuk bertemu ketua jurulatih, Rahul Dravid. 591 00:32:24,987 --> 00:32:27,948 Dia dianggap Babe Ruth dalam kriket. 592 00:32:28,031 --> 00:32:30,075 Saya harap dia tak nampak saya buat pukulan. 593 00:32:31,076 --> 00:32:33,704 Sebab itu tak begitu mengagumkan. 594 00:32:33,787 --> 00:32:37,124 Malah, saya harap tiada sesiapa nampak pukulan itu. 595 00:32:37,207 --> 00:32:39,168 - Rahul. - Hei, Eugene. 596 00:32:39,251 --> 00:32:40,502 Apa khabar? 597 00:32:40,586 --> 00:32:44,256 Rahul dianggap sebagai antara pemukul bola terbaik sepanjang zaman. 598 00:32:44,840 --> 00:32:47,634 Wira negara yang sejati. 599 00:32:47,718 --> 00:32:49,011 Awak nampak saya tadi? 600 00:32:49,094 --> 00:32:51,597 - Ya. Saya nampak awak agak bagus. - Ya, saya dan Jofra. 601 00:32:52,139 --> 00:32:54,183 Awak… Mudah untuk kalahkan dia? 602 00:32:54,766 --> 00:32:56,018 Sebenarnya, 603 00:32:56,101 --> 00:32:58,645 tak tahu jika awak perasan, saya berjaya buat pukulan… 604 00:32:58,729 --> 00:33:00,397 Tak ramai orang boleh cakap mereka berjaya buat pukulan, jadi… 605 00:33:00,480 --> 00:33:05,110 Saya nak cakap, bukannya dia perlukan latihan lagi, tapi, 606 00:33:05,194 --> 00:33:07,988 Jika saya berjaya memukul, awak mungkin perlu bercakap dengannya selepas latihan. 607 00:33:09,156 --> 00:33:10,908 Ya. Saya harap awak faham 608 00:33:10,991 --> 00:33:13,452 tentang keindahan permainan ini untuk negara ini. 609 00:33:13,535 --> 00:33:17,497 Ya. Sekarang, sejujurnya saya boleh cakap, ini pasukan kriket yang saya sokong. 610 00:33:17,581 --> 00:33:20,042 Sudah tentu, tambah seorang lagi penyokong, peminat. 611 00:33:21,835 --> 00:33:25,005 Saya pilih pasukan sukan dari setiap negara. 612 00:33:25,088 --> 00:33:27,883 Di Sepanyol, saya sokong Real Betis. 613 00:33:28,759 --> 00:33:30,719 Aston Villa di England, semestinya. 614 00:33:30,802 --> 00:33:33,222 Sudah tentu, Royals di sini. 615 00:33:33,305 --> 00:33:37,351 Saya dah mula jadi peminat sukan dari seluruh dunia. 616 00:33:37,434 --> 00:33:41,522 Eugene, awak peminat Rajasthan Royals sekarang dan kami ada kemeja-t khas. 617 00:33:42,314 --> 00:33:44,399 Harap awak akan pakai dengan bangga semasa tonton perlawanan kami. 618 00:33:44,483 --> 00:33:46,360 Ya! Lihatlah ini. 619 00:33:46,944 --> 00:33:49,821 Kenangan yang bermakna untuk saya mengenang lawatan saya di sini. 620 00:33:51,907 --> 00:33:54,576 Semasa menikmati semuanya dari tempat duduk penonton, 621 00:33:54,660 --> 00:33:57,996 saya teringat semula kanak-kanak yang bermain kriket lorong bersama saya. 622 00:33:58,622 --> 00:34:01,792 Juga impian mereka untuk bermain bagi pasukan begini. 623 00:34:03,335 --> 00:34:05,337 Apa khabar, Eugene? Saya Kumar. 624 00:34:05,420 --> 00:34:06,421 Kumar. 625 00:34:06,505 --> 00:34:09,842 Selepas menjadi kapten pasukan kebangsaan Sri Lanka 626 00:34:09,925 --> 00:34:11,635 dan menjadi jurulatih Royals, 627 00:34:11,717 --> 00:34:15,013 Kumar Sangakkara kini merupakan Pengarah Kriket. 628 00:34:15,889 --> 00:34:17,975 Awak rasa apa yang istimewa tentang kriket 629 00:34:18,058 --> 00:34:21,895 dan digemari seluruh rakyat di negara ini? 630 00:34:21,978 --> 00:34:25,649 Ia sukan yang muncul daripada zaman penjajahan British di India. 631 00:34:25,732 --> 00:34:27,775 Kami berjaya kuasainya dan jadikan permainan kami sendiri. 632 00:34:27,860 --> 00:34:31,737 Jadi India akan ada jenama kriket India tersendiri. 633 00:34:31,822 --> 00:34:33,489 Ia cuma menyatukan rakyat 634 00:34:33,574 --> 00:34:38,078 merentasi demografi usia, agama, etnik dan politik 635 00:34:38,161 --> 00:34:39,161 sejak kami merdeka. 636 00:34:39,246 --> 00:34:43,000 Kadangkala ia ada tujuan yang lebih mendalam daripada apa yang kita nampak. 637 00:34:43,083 --> 00:34:47,963 Ia mengagumkan. Saya tak pasti ada sukan lain 638 00:34:48,045 --> 00:34:50,132 yang menyatukan begini. 639 00:34:50,215 --> 00:34:54,844 Di India, ke mana saja awak pergi, awak akan nampak kriket sebahagian jiwanya. 640 00:34:56,388 --> 00:35:00,934 Sebelum ke sini, saya tak tahu kepentingan utama kriket. 641 00:35:01,852 --> 00:35:06,982 Saya perlu akuini bukan kali pertama saya kagum dalam pengembaraan ini. 642 00:35:07,065 --> 00:35:08,734 Selamat datang. Bagaimana? 643 00:35:08,817 --> 00:35:10,527 Dengar, 644 00:35:10,611 --> 00:35:14,823 awak akan teruja apabila tahu saya sangat berseronok. 645 00:35:14,907 --> 00:35:19,369 Saya dapat pukul bola Jofra dan badan saya pun dipukul sekali. 646 00:35:19,453 --> 00:35:22,039 Awak gembira datang ke India? 647 00:35:22,122 --> 00:35:23,498 Saya gembira ke sini. 648 00:35:23,582 --> 00:35:24,583 Tempoh hari awak cakap, 649 00:35:24,666 --> 00:35:28,337 ia tak selesa, tapi awak jadi selesa dengannya. 650 00:35:29,421 --> 00:35:32,883 Saya rasa ia agak tepat. 651 00:35:32,966 --> 00:35:34,718 - Awak 78… - Ya. 652 00:35:34,801 --> 00:35:36,845 Saya 38. Ada generasi di antara kita. 653 00:35:36,929 --> 00:35:39,515 Awak datang dari jauh ke India… 654 00:35:39,598 --> 00:35:43,477 Tahniah, tapi saya tak tahu apa… Entahlah, ia memberi inspirasi. 655 00:35:44,645 --> 00:35:47,731 Saya sedar hidup di sini sangat pantas, 656 00:35:47,814 --> 00:35:53,070 tapi ada juga saat tenang dan kerohanian yang tak disangka. 657 00:35:53,904 --> 00:35:58,325 Saya akan pulang selepas dapat kawan baharu di Abish. 658 00:35:59,159 --> 00:36:00,744 Seronok melepak dengan awak. 659 00:36:00,827 --> 00:36:03,038 Ia sangat mengujakan. 660 00:36:03,121 --> 00:36:04,122 - Ya. - Ya. 661 00:36:04,206 --> 00:36:05,332 - Mengujakan! - Ya! 662 00:36:05,415 --> 00:36:06,625 Betul. 663 00:36:07,751 --> 00:36:12,005 Sekarang, tinggal satu lagi pengembaraan dalam senarai impian saya 664 00:36:12,089 --> 00:36:15,801 dan yang terakhir ini lebih dekat dengan rumah. 665 00:36:19,471 --> 00:36:22,724 Lihatlah. Vancouver, Kanada. 666 00:36:22,808 --> 00:36:25,102 Kita di negara saya sendiri. 667 00:36:25,185 --> 00:36:27,729 Seterusnya dalam senarai impian saya… 668 00:36:27,813 --> 00:36:29,314 Eugene Levy. 669 00:36:29,398 --> 00:36:30,524 Michael Bublé. 670 00:36:30,607 --> 00:36:31,692 Hei. Saya sangat gementar. 671 00:36:33,819 --> 00:36:34,820 Ya, itu menyeronokkan. 672 00:36:36,029 --> 00:36:37,823 - Takkan buat awak cedera. Tak. - Takkan cederakan saya? 673 00:37:04,016 --> 00:37:06,018 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid