1 00:00:17,125 --> 00:00:22,208 Kemudian, bolehlah kita mulakan helah silap mata kedua kita. 2 00:00:22,208 --> 00:00:25,833 Cara buka bilik kebal dengan dinding keluli setebal 25 cm. 3 00:00:25,833 --> 00:00:27,791 Paling penting, tanpa dikesan. 4 00:00:27,791 --> 00:00:31,458 Kita boleh keluar masuk macam hotel lima bintang. 5 00:00:31,458 --> 00:00:35,000 Seagung helah silap mata David Copperfield. 6 00:00:36,291 --> 00:00:38,708 Apa jadi selepas kau kawal sistem CCTV? 7 00:00:38,708 --> 00:00:41,625 Aku rakam imej bilik kebal dan ruang antara yang kosong 8 00:00:41,625 --> 00:00:43,791 dan mainkannya apabila diperlukan. 9 00:00:49,583 --> 00:00:52,125 Wah! Besarnya botol champagne Perancis ini. 10 00:00:55,458 --> 00:00:56,500 Maaf. 11 00:00:58,083 --> 00:00:59,875 Kau suka champagne, Bruce? 12 00:01:00,375 --> 00:01:03,375 Suka, tapi aku jarang minum champagne. 13 00:01:03,375 --> 00:01:05,958 Bukalah botol itu dan tuang segelas. 14 00:01:05,958 --> 00:01:07,791 Tak apalah, lain kali saja. 15 00:01:07,791 --> 00:01:10,166 Tak. 16 00:01:10,166 --> 00:01:14,625 Kau bangun sebelum Keila habis cakap, jadi minumlah puas-puas. 17 00:01:14,625 --> 00:01:17,291 Tunggu apa lagi? Bukalah. 18 00:01:44,250 --> 00:01:45,250 Relaks. 19 00:01:45,250 --> 00:01:47,166 Minum perlahan-lahan. 20 00:01:47,166 --> 00:01:50,708 Kau boleh rasa letusan buih sitrusnya di dalam mulut kau? 21 00:01:50,708 --> 00:01:53,708 - Boleh. - Baguslah. 22 00:01:58,083 --> 00:01:59,708 Tunggu. 23 00:02:00,708 --> 00:02:03,000 Champagne ialah wain berbuih. 24 00:02:03,000 --> 00:02:05,708 Selepas dibuka, ekstraknya akan hilang. 25 00:02:07,708 --> 00:02:10,250 Kau mesti habiskan botol ini. 26 00:02:58,333 --> 00:03:01,416 Boleh kita sambung atau kau nak minum apa-apa lagi? 27 00:03:01,416 --> 00:03:02,958 Kita boleh sambung. 28 00:03:08,291 --> 00:03:09,916 Telan ini untuk elak mabuk. 29 00:03:09,916 --> 00:03:13,250 Kau orang rasa macam budak sekolah, bukan? 30 00:03:13,250 --> 00:03:17,916 Ada yang bangun, baling kapur, buka peti ais... 31 00:03:17,916 --> 00:03:22,291 Aku tak salahkan kau orang sebab kita sedang kaji rancangan, 32 00:03:22,291 --> 00:03:25,875 tapi ada satu perbezaan yang sangat penting. 33 00:03:26,375 --> 00:03:29,541 Kalau seseorang buat silap atau kau buat silap, 34 00:03:29,541 --> 00:03:32,375 kita takkan didenda berlari keliling padang. 35 00:03:32,375 --> 00:03:36,208 Kita akan dihumban ke penjara Perancis selama 16 tahun. 36 00:03:36,791 --> 00:03:41,666 Seorang buat silap, semua orang akan tanggung akibatnya. 37 00:03:46,750 --> 00:03:51,208 MONEY HEIST BERLIN 38 00:04:33,416 --> 00:04:38,208 Bak kata orang yang bantu aku rancang beberapa rompakan aku yang lepas, 39 00:04:38,708 --> 00:04:42,375 "Rompakan bukan rancangan, tapi sukatan pelajaran." 40 00:04:45,708 --> 00:04:47,750 Kenapa dia tiada di sini? 41 00:04:47,750 --> 00:04:49,750 Dia rancang rompakannya sendiri. 42 00:04:50,500 --> 00:04:52,208 Rompakan yang luar biasa. 43 00:04:52,208 --> 00:04:54,750 Dah berpuluh-puluh tahun dia merancang. 44 00:04:54,750 --> 00:04:56,041 Aku suka soalan kau. 45 00:04:56,791 --> 00:05:00,833 Kenapa aku tak ajak perompak yang ada 20 tahun pengalaman merompak? 46 00:05:00,833 --> 00:05:03,083 Sebaliknya, aku ajak kau orang. 47 00:05:04,000 --> 00:05:05,833 Ada dua sebab. 48 00:05:06,708 --> 00:05:10,958 Pertama, setiap rompakan perlukan seorang perancang saja, 49 00:05:10,958 --> 00:05:12,083 iaitu Damián. 50 00:05:12,583 --> 00:05:13,416 Kedua, 51 00:05:14,000 --> 00:05:17,458 perompak profesional cuma pentingkan ego, bukan keterujaan. 52 00:05:17,458 --> 00:05:20,541 Dalam rompakan ini, akulah si egois itu 53 00:05:21,750 --> 00:05:23,750 dan keterujaannya milik kau orang. 54 00:05:23,750 --> 00:05:28,333 Aku tak nak bekerja dengan orang yang tiada keghairahan, 55 00:05:28,333 --> 00:05:32,000 sedangkan kau orang masih boleh dibentuk. 56 00:05:32,000 --> 00:05:34,375 Kau orang boleh belajar daripada aku. 57 00:05:34,375 --> 00:05:36,250 Ikut acuan yang aku bentuk. 58 00:05:36,250 --> 00:05:40,166 Contohnya, Bruce. Dia takkan ganggu kelas lagi. 59 00:05:40,166 --> 00:05:41,333 - Betul? - Betul. 60 00:05:41,916 --> 00:05:44,500 Sebab ketiga dan yang paling penting, 61 00:05:44,500 --> 00:05:49,583 apabila dikelilingi anak-anak muda, kami pun jadi muda semula. 62 00:05:49,583 --> 00:05:50,791 Betul, Damián? 63 00:05:53,625 --> 00:05:57,500 Bersemangat, lincah dan segak bergaya. 64 00:05:57,500 --> 00:06:00,291 Semua kualiti yang mewarnai hidup kita. 65 00:06:00,291 --> 00:06:04,125 Sebab itu kita berkumpul di suite hotel lima bintang ini. 66 00:06:04,125 --> 00:06:06,875 Bukan di hangar atau pangsapuri pinggir bandar 67 00:06:06,875 --> 00:06:10,250 macam perompak haprak lain yang menyorok macam tikus. 68 00:06:10,250 --> 00:06:14,208 Kalaupun kita ditembak di depan pintu pusat lelongan itu, 69 00:06:14,208 --> 00:06:16,666 mayat kita berlima masih segak bergaya, 70 00:06:18,041 --> 00:06:19,291 kecuali mayat Damián. 71 00:06:19,958 --> 00:06:21,833 Terima kasihlah puji. 72 00:06:22,791 --> 00:06:25,000 Ada sesiapa lagi nak cakap apa-apa? 73 00:06:27,791 --> 00:06:29,541 Keila, teruskan. 74 00:06:29,541 --> 00:06:33,458 Apa jadi selepas kau kawal sistem CCTV pusat lelongan itu? 75 00:06:33,458 --> 00:06:36,625 Aku rakam imej bilik kebal dan ruang antara yang kosong 76 00:06:36,625 --> 00:06:38,708 dan mainkannya apabila diperlukan. 77 00:06:38,708 --> 00:06:39,708 Merakam. 78 00:06:41,041 --> 00:06:44,791 Aku akan hantar rakaman itu ke monitor pengawal keselamatan. 79 00:06:46,833 --> 00:06:51,041 Macam mana kalau Polignac masuk untuk simpan barang kemas? 80 00:06:51,541 --> 00:06:53,625 Kamera akan rakam ikut masa nyata. 81 00:06:54,125 --> 00:06:57,000 Kalau kita masuk untuk curi barang kemas itu? 82 00:06:57,000 --> 00:07:00,208 Aku mainkan rakaman ketika bilik kebal itu kosong. 83 00:07:00,791 --> 00:07:02,166 Mainkan rakaman. 84 00:07:02,166 --> 00:07:03,375 PRARAKAMAN 85 00:07:14,000 --> 00:07:16,791 Prarakaman atau siaran langsung? 86 00:07:16,791 --> 00:07:20,083 Kau sangka ia realiti, tapi semuanya imaginasi. 87 00:07:20,083 --> 00:07:23,708 Tanpa kau sedari, rumahmu dimasuki pencuri. 88 00:07:24,458 --> 00:07:25,666 Dah macam puisi. 89 00:07:27,916 --> 00:07:29,416 Sejurus masuk ke ruang antara, 90 00:07:29,416 --> 00:07:33,500 kita potong dinding belakang bilik kebal ikut sendi penyambungnya. 91 00:07:33,500 --> 00:07:37,000 Potongan yang memisahkan kepingan keluli seberat tujuh tan. 92 00:07:37,000 --> 00:07:38,666 Macam mana nak potong? 93 00:07:38,666 --> 00:07:40,541 Guna kaedah paling jitu. 94 00:07:41,916 --> 00:07:44,333 Tombak terma akan tinggalkan kesan, 95 00:07:46,000 --> 00:07:49,708 jadi kita guna wayar dengan potongan berkejituan tinggi 96 00:07:50,208 --> 00:07:52,166 dan dikuasakan oleh dua motor. 97 00:07:59,291 --> 00:08:02,000 Ia memotong pada kelajuan 40 meter sesaat. 98 00:08:02,000 --> 00:08:04,416 Itulah sistem kita. 99 00:08:12,000 --> 00:08:13,583 Sambungkannya ke kren. 100 00:08:13,583 --> 00:08:14,875 Pasang pencangkuk 101 00:08:14,875 --> 00:08:18,791 dan kren akan angkatnya setinggi 50 sentimeter. 102 00:08:18,791 --> 00:08:21,750 - Di mana kren itu? - Di atas bilik kebal. 103 00:08:21,750 --> 00:08:24,666 Strukturnya akan sembunyikan kedua-dua takal itu. 104 00:08:25,250 --> 00:08:28,916 Kren akan angkat dinding itu guna alat kawalan jauh, 105 00:08:28,916 --> 00:08:33,250 seakan-akan pintu garaj dan beri ruang secukupnya untuk masuk. 106 00:08:34,583 --> 00:08:36,458 Rakaman bilik kebal dimainkan. 107 00:09:14,000 --> 00:09:15,583 Ya! Akhirnya! 108 00:09:15,583 --> 00:09:16,708 Hebatnya! 109 00:09:18,291 --> 00:09:21,375 Keila, beritahu Berlin kami dah masuk. 110 00:09:24,750 --> 00:09:27,750 Berlin, Damián cakap mereka dah masuk. 111 00:09:27,750 --> 00:09:28,916 Kita berjaya. 112 00:09:32,708 --> 00:09:34,458 Akhirnya, kita berjaya. 113 00:09:40,958 --> 00:09:44,041 Beritahu Damián yang dia memang genius. 114 00:09:44,041 --> 00:09:47,250 Dia boleh menang anugerah perompak terbaik tahun ini. 115 00:09:48,291 --> 00:09:50,708 Damián, Berlin cakap kau genius. 116 00:09:50,708 --> 00:09:53,291 Kau layak menang anugerah perompak terbaik. 117 00:09:54,708 --> 00:09:57,708 Kau orang pula geng perompak terbaik tahun ini. 118 00:09:58,291 --> 00:10:01,458 Dia kata kita boleh menang anugerah geng perompak terbaik. 119 00:10:03,375 --> 00:10:05,416 Kau pun sama, Keila. 120 00:10:06,083 --> 00:10:07,041 Kau genius. 121 00:10:09,583 --> 00:10:11,250 Macam mana bilik kebal itu? 122 00:10:12,125 --> 00:10:13,916 Kosong macam yang dijangka. 123 00:10:14,500 --> 00:10:18,333 Kita akan masuk semula selepas barang kemas terakhir tiba. 124 00:10:28,375 --> 00:10:30,333 Ada beberapa hari lagi. 125 00:10:30,916 --> 00:10:33,041 Sementara itu, nikmatilah Paris. 126 00:10:39,041 --> 00:10:40,625 Macam mana hari awak? 127 00:10:41,375 --> 00:10:44,125 Terus terang saja. Awak ada fikir tentang saya? 128 00:10:45,208 --> 00:10:46,416 Sejujurnya, ada. 129 00:10:46,916 --> 00:10:50,875 Saya terfikir nak buat sesuatu yang saya tak pernah buat. 130 00:10:52,333 --> 00:10:54,291 Sesuatu yang gila-gila. 131 00:10:55,666 --> 00:10:56,750 Apa dia? 132 00:11:02,625 --> 00:11:06,041 Main di tandas restoran bertaraf Michelin tiga bintang. 133 00:11:06,833 --> 00:11:09,583 Rasanya tak pernah dibuat orang. 134 00:11:09,583 --> 00:11:11,166 Kita yang pertama. 135 00:11:11,166 --> 00:11:14,541 Kitalah yang pertama dalam sejarah peradaban manusia. 136 00:11:15,625 --> 00:11:16,666 Macam mana? 137 00:11:34,875 --> 00:11:35,750 Alamak. 138 00:11:55,250 --> 00:11:58,208 Sekarang, awak tahu saya tak pakai seluar dalam. 139 00:11:58,791 --> 00:12:00,458 Awak buat saya tak keruan. 140 00:12:01,750 --> 00:12:04,000 Saya tunggu di tandas perempuan. 141 00:12:06,041 --> 00:12:07,166 Jangan lambat. 142 00:12:13,375 --> 00:12:15,375 Suami saya baru sampai! 143 00:12:16,333 --> 00:12:17,291 Macam mana ini? 144 00:12:18,125 --> 00:12:19,416 Pergi tegur dia. 145 00:12:19,916 --> 00:12:23,875 Beritahu dia saya broker seni yang menjengkelkan. 146 00:12:23,875 --> 00:12:27,125 Beritahu dia awak nak balik. Pandailah saya nanti. 147 00:12:27,125 --> 00:12:28,916 Jangan teragak-agak! Pergi. 148 00:12:34,375 --> 00:12:38,333 Encik Martínez. Kenalkan suami saya, Encik Polignac. 149 00:12:39,583 --> 00:12:42,250 Kebetulan pula suami saya datang. 150 00:12:43,791 --> 00:12:46,583 - Salam kenal. - Dia broker seni dari Sepanyol. 151 00:12:46,583 --> 00:12:50,041 Saya dah beritahu kami nak makan tengah hari, ingat? 152 00:12:52,500 --> 00:12:54,500 Boleh dia duduk dengan kita? 153 00:13:06,666 --> 00:13:07,916 Ada apa-apa masalah? 154 00:13:07,916 --> 00:13:10,625 Saya menjengkelkan? Awak rimas dengan saya? 155 00:13:10,625 --> 00:13:12,083 Mungkin lebih teruk. 156 00:13:12,083 --> 00:13:16,791 Mungkin awak fikir saya nak goda awak sebab layan awak dengan baik. 157 00:13:16,791 --> 00:13:20,166 Saya tak faham maksud yang awak cuba sampaikan. 158 00:13:20,166 --> 00:13:21,541 Senang saja, cik. 159 00:13:21,541 --> 00:13:24,833 Awak tak perlu suruh dia berlakon sebagai suami awak. 160 00:13:24,833 --> 00:13:26,625 Saya broker seni terkemuka. 161 00:13:26,625 --> 00:13:29,916 Saya nak cari makan, bukan ajak awak tidur dengan saya. 162 00:13:30,458 --> 00:13:32,791 Relaks, maco. 163 00:13:33,375 --> 00:13:35,041 Awak dah melampau. 164 00:13:37,125 --> 00:13:40,083 Ini tempat awam. Kita boleh cakap baik-baik. 165 00:13:40,083 --> 00:13:41,833 Jaga sikit mulut awak. 166 00:13:44,208 --> 00:13:45,625 Awak faham? 167 00:13:54,166 --> 00:13:55,000 Ya. 168 00:13:56,083 --> 00:13:57,291 Saya pergi dulu. 169 00:14:13,708 --> 00:14:17,375 Apa saya dah buat? 170 00:14:18,916 --> 00:14:20,583 Takut betul saya dibuatnya. 171 00:14:21,333 --> 00:14:25,791 Pelipis saya berdenyut-denyut, saya ketap gigi kuat-kuat... 172 00:14:26,291 --> 00:14:30,458 Saya asyik fikir, "Habislah kalau seluar dalam aku jatuh." 173 00:14:31,208 --> 00:14:32,958 Saya rasa bagai nak gila. 174 00:14:33,791 --> 00:14:36,000 Saya rasa bersalah sebab curang, 175 00:14:36,583 --> 00:14:39,708 tapi pada masa sama, saya rasa sangat teruja. 176 00:14:41,625 --> 00:14:42,791 Jom tinggalkan Paris. 177 00:14:43,500 --> 00:14:45,708 Istana, spa atau ke mana-mana saja. 178 00:14:45,708 --> 00:14:47,000 Hujung minggu ini. 179 00:14:47,958 --> 00:14:48,833 Berdua saja. 180 00:14:50,083 --> 00:14:52,416 Lupakan dan tinggalkan segala-galanya. 181 00:14:53,500 --> 00:14:55,750 - Sehelai sepinggang saja? - Sayang. 182 00:14:55,750 --> 00:14:57,958 Semuanya ada dijual di Paris. 183 00:14:57,958 --> 00:15:00,500 Lagipun, seluar dalam awak dah koyak. 184 00:15:00,500 --> 00:15:01,791 Pulangkan. 185 00:15:05,000 --> 00:15:06,958 Apa saya nak beritahu François? 186 00:15:06,958 --> 00:15:10,250 Dia ajak saya bercuti di kotej kami di Chantilly. 187 00:15:14,041 --> 00:15:19,625 Beritahu dia awak ada hal penting sampai tak sempat balik rumah. 188 00:15:22,833 --> 00:15:26,416 Awak ingat saya kata saya tak boleh tidur sebab... 189 00:15:27,541 --> 00:15:30,166 Sebab takut terlepas sesuatu yang mengujakan? 190 00:15:32,500 --> 00:15:34,250 Saya tak rasa macam itu lagi. 191 00:15:34,916 --> 00:15:36,125 Sekarang, saya rasa... 192 00:15:37,458 --> 00:15:40,041 Saya temui cinta yang saya cari selama ini 193 00:15:41,291 --> 00:15:42,208 bersama awak. 194 00:15:44,083 --> 00:15:46,208 Ada lapan bilion manusia di dunia, 195 00:15:47,333 --> 00:15:49,583 tapi kita jumpa satu sama lain. 196 00:16:01,625 --> 00:16:02,750 Minum! 197 00:16:04,875 --> 00:16:09,666 Kali pertama ke Paris, aku datang dengan isteri aku naik Dyane 6. 198 00:16:09,666 --> 00:16:12,625 Sejak itu, kami jatuh cinta dengan Perancis. 199 00:16:12,625 --> 00:16:16,375 Sebuku baguette sehari dan croissant untuk sarapan. 200 00:16:16,375 --> 00:16:18,500 Kadang-kadang minum wain Burgundy. 201 00:16:18,500 --> 00:16:20,375 - Moulin Rouge... - Boleh rasa? 202 00:16:20,375 --> 00:16:23,500 - Ratatouille. - Petit pois... 203 00:16:25,583 --> 00:16:27,166 - Petit pois. - Ya. 204 00:16:29,625 --> 00:16:32,041 - Boleh aku minta pendahuluan? - Buat apa? 205 00:16:32,041 --> 00:16:36,791 Ada pesta muzik elektronik di New Orleans selama empat hari. 206 00:16:36,791 --> 00:16:39,625 - Aku nak berparti puas-puas. - New Orleans? 207 00:16:39,625 --> 00:16:41,291 Kau tahu di mana New Orleans? 208 00:16:42,208 --> 00:16:46,291 Tak kisahlah penerbangan 20 jam pun, asalkan hati aku puas. 209 00:16:46,875 --> 00:16:49,125 - Untuk apa? - Berseronok. 210 00:16:49,833 --> 00:16:51,916 Hidup macam tiada hari esok. 211 00:16:53,125 --> 00:16:55,958 Jomlah ikut aku ke New Orleans. 212 00:16:55,958 --> 00:16:57,333 Seronok, bukan? 213 00:17:02,375 --> 00:17:05,458 Tak, aku tak suka buat sesuatu tanpa rancangan. 214 00:17:05,458 --> 00:17:07,166 Kau memang membosankan. 215 00:17:13,125 --> 00:17:16,000 Kalau tak jadi pergi, kita raikan di Paris saja. 216 00:17:16,000 --> 00:17:17,708 Raikan dengan champagne. 217 00:17:17,708 --> 00:17:18,625 Ya! Champagne. 218 00:17:19,416 --> 00:17:21,791 Aku dah tak suka champagne. 219 00:17:28,166 --> 00:17:29,083 Maaf. 220 00:17:34,208 --> 00:17:35,416 Sedap betul. 221 00:17:37,791 --> 00:17:38,625 Isteri aku. 222 00:17:38,625 --> 00:17:41,375 Kau orang pelajar Sorbonne. Jangan cakap bahasa Sepanyol. 223 00:17:42,041 --> 00:17:44,250 - Hai, sayang. Apa khabar? - Hai. 224 00:17:44,791 --> 00:17:48,916 Saya sedang minum dengan pelajar di kafe atas bumbung di Paris. 225 00:17:48,916 --> 00:17:49,958 Ala Bohemian. 226 00:17:49,958 --> 00:17:51,208 Kenalkan mereka. 227 00:17:51,208 --> 00:17:53,000 - Salut! - Helo! Bonjour! 228 00:17:58,541 --> 00:18:01,583 Kuat bodek! Dia kata kuliah saya menyeronokkan. 229 00:18:01,583 --> 00:18:03,541 Fasihnya kau cakap Perancis. 230 00:18:03,541 --> 00:18:06,000 Aku pernah tinggal di sini semasa kecil. 231 00:18:06,000 --> 00:18:06,958 Untunglah. 232 00:18:06,958 --> 00:18:08,875 Cantik betul Paris sekarang. 233 00:18:09,375 --> 00:18:11,250 Romantik macam biasa. 234 00:18:11,250 --> 00:18:15,625 Selepas kursus pascasiswazah tamat, apa kata awak datang ke Paris? 235 00:18:16,958 --> 00:18:18,541 Macam 20 tahun dulu. 236 00:18:20,583 --> 00:18:23,125 Kita bercumbu di puncak Menara Eiffel. 237 00:18:23,125 --> 00:18:25,083 Awak terpaksa tahan gayat. 238 00:18:25,791 --> 00:18:27,291 Berbaloi. 239 00:18:30,208 --> 00:18:31,250 Maafkan saya. 240 00:18:31,833 --> 00:18:34,291 Saya dah fikir masak-masak. 241 00:18:35,291 --> 00:18:37,500 Saya rasa lebih baik kita berpisah. 242 00:18:44,208 --> 00:18:46,333 Damián, awak dengar? Awak okey? 243 00:18:46,333 --> 00:18:47,916 Ya, saya dengar. 244 00:18:49,416 --> 00:18:51,708 Saya tak salahkan awak. Saya... 245 00:18:52,208 --> 00:18:54,375 Saya pun pernah terfikir, jadi... 246 00:18:55,291 --> 00:18:58,458 Mungkin kita patut berjauhan seketika, 247 00:18:59,041 --> 00:19:02,083 cari perspektif baharu untuk baiki hubungan kita. 248 00:19:02,833 --> 00:19:06,583 Macam waktu mula-mula bercinta dulu. 249 00:19:08,958 --> 00:19:11,875 Damián, dah terlalu lama kita berjauhan. 250 00:19:12,458 --> 00:19:16,750 Awak sibuk dengan kursus, seminar dan aktiviti amal di serata dunia. 251 00:19:19,125 --> 00:19:20,958 Saya dah buat keputusan. 252 00:19:27,583 --> 00:19:29,916 Maaf, saya tak faham. 253 00:19:29,916 --> 00:19:32,625 Awak cakap saya cinta sejati awak. 254 00:19:32,625 --> 00:19:36,875 Awak baru cakap nak sehidup semati dengan saya empat bulan lepas. 255 00:19:36,875 --> 00:19:39,166 Mungkin awak cinta sejati saya, 256 00:19:40,125 --> 00:19:42,958 tapi tak bermakna kita mesti bersama selamanya. 257 00:19:49,333 --> 00:19:50,333 Kalau... 258 00:19:53,625 --> 00:19:57,166 Kalau saya cinta sejati awak, kenapa nak berpisah, sayang? 259 00:19:58,958 --> 00:20:00,666 Jangan panggil saya "sayang". 260 00:20:03,416 --> 00:20:06,875 Okey, Carmen. Maaf, saya dah terbiasa. 261 00:20:08,666 --> 00:20:11,083 Jangan cari saya buat masa ini, okey? 262 00:20:32,500 --> 00:20:34,750 Paris mengimbau banyak memori silam. 263 00:20:34,750 --> 00:20:37,125 Kau nak ikut kami berparti? 264 00:20:37,125 --> 00:20:42,125 Kau nak aku mabuk dan menari dengan budak-budak di Coyote Ugly? 265 00:20:42,125 --> 00:20:44,583 Tak apalah, biar aku jaga monitor. 266 00:20:45,083 --> 00:20:46,291 Samalah. 267 00:20:46,291 --> 00:20:48,125 Boleh aku teman kau. 268 00:20:48,125 --> 00:20:49,458 - Serius? - Serius? 269 00:20:50,583 --> 00:20:51,416 Ya. 270 00:20:52,541 --> 00:20:53,875 - Keila? - Okey. 271 00:20:53,875 --> 00:20:56,583 - Apa yang okey? - Okey, aku ikut. Jom. 272 00:20:56,583 --> 00:20:58,750 Okey, jom kita berparti! 273 00:21:04,625 --> 00:21:06,291 Ya, seminggu lagi. 274 00:21:06,291 --> 00:21:07,333 SEWA MOTOSIKAL 275 00:21:07,333 --> 00:21:09,541 Kedai sewa motosikal asyik telefon. 276 00:21:10,208 --> 00:21:11,958 Di mana motosikal itu? 277 00:21:11,958 --> 00:21:13,916 Lupakan saja motosikal itu. 278 00:21:13,916 --> 00:21:16,333 Mereka telefon aku setiap hari, faham? 279 00:21:17,083 --> 00:21:19,958 Mereka ugut nak serah pasport aku kepada polis. 280 00:21:19,958 --> 00:21:23,375 Bruce, kau nak curi barang kemas bernilai 44 juta euro. 281 00:21:23,375 --> 00:21:26,791 - Pasport itu palsu. - Masalahnya, guna gambar dia. 282 00:21:29,375 --> 00:21:34,000 Kalau ada rekod, polis boleh cari dia guna teknologi pengecaman wajah. 283 00:21:35,708 --> 00:21:38,458 Di mana motosikal itu sekarang? 284 00:21:38,458 --> 00:21:43,875 Kau lupa pasal champagne itu? Habislah kalau Berlin tahu polis cari aku. 285 00:21:44,875 --> 00:21:46,625 Matilah aku. 286 00:21:48,250 --> 00:21:49,750 Matilah kita. 287 00:21:50,666 --> 00:21:53,500 - Banduan berdua itu dah ambil. - Apa? 288 00:22:41,666 --> 00:22:43,000 Aku bawa piza. 289 00:22:44,458 --> 00:22:45,458 Tiada ikan bilis. 290 00:22:45,458 --> 00:22:47,416 Burgundy. Kau suka, bukan? 291 00:22:50,500 --> 00:22:51,458 Okey. 292 00:22:55,916 --> 00:22:58,458 Kau tak makan sejak isteri kau telefon. 293 00:22:58,458 --> 00:23:00,708 - Kau orang bergaduh? - Lebih kurang. 294 00:23:00,708 --> 00:23:02,708 Sebenarnya, dia tinggalkan aku. 295 00:23:05,125 --> 00:23:06,208 Kita senasib. 296 00:23:08,750 --> 00:23:10,291 Jangan fikir sangat. 297 00:23:11,708 --> 00:23:13,583 Tiada hubungan yang kekal. 298 00:23:14,375 --> 00:23:18,416 Cinta ibarat mimpi indah yang disulami dengan mimpi ngeri. 299 00:23:21,833 --> 00:23:22,750 Macam Titanic. 300 00:23:24,083 --> 00:23:25,208 Kenapa Titanic? 301 00:23:25,958 --> 00:23:27,041 Filem Titanic itu. 302 00:23:27,666 --> 00:23:28,708 Itulah cinta. 303 00:23:30,208 --> 00:23:32,625 Mula-mula, berdansa di lantai tarian. 304 00:23:33,125 --> 00:23:35,208 Tiba-tiba, karam di Jurang Mariana. 305 00:23:36,166 --> 00:23:40,083 Papan untuk berpaut cuma sekeping. Rose berpaut dalam kesejukan, 306 00:23:40,083 --> 00:23:42,458 sementara Jack tenggelam ke dasar. 307 00:23:43,041 --> 00:23:46,708 Makan malam, berasmaradana dan main di dalam kereta. 308 00:23:47,416 --> 00:23:48,875 Tingkap yang berkuap. 309 00:23:48,875 --> 00:23:52,291 Itulah mimpi indah yang disulami dengan mimpi ngeri. 310 00:23:52,291 --> 00:23:55,083 Gaya kau bercakap macam janda tua kesepian. 311 00:23:57,333 --> 00:23:58,583 Seteruk itukah? 312 00:24:01,875 --> 00:24:02,833 Sikit saja. 313 00:24:04,041 --> 00:24:05,625 Mungkin ada hikmahnya. 314 00:24:05,625 --> 00:24:07,250 Aku lebih matang sekarang. 315 00:24:08,458 --> 00:24:12,416 Bodohlah kalau aku masih percaya cinta selepas dikecewakan oleh dia. 316 00:24:12,416 --> 00:24:16,083 Itu bukan matang namanya, tapi mengalah. 317 00:24:16,750 --> 00:24:19,458 Aku takkan mengalah. Aku akan balik ke Sepanyol 318 00:24:19,458 --> 00:24:22,125 dan yakinkan dia akulah cinta sejati dia. 319 00:24:22,125 --> 00:24:24,125 Nasihat aku cuma satu. 320 00:24:24,875 --> 00:24:27,500 Pastikan kau orang berdua saja ketika itu. 321 00:24:28,625 --> 00:24:30,166 Apa maksud kau? 322 00:24:30,666 --> 00:24:31,875 Dengar sini, Damián. 323 00:24:33,500 --> 00:24:36,583 Sekuat mana pun cinta kau dan dia, ia dah pudar. 324 00:24:37,166 --> 00:24:38,458 Dia dah lupakan kau. 325 00:24:39,250 --> 00:24:42,125 Dia nak raikan cinta baharu tanpa rasa bersalah. 326 00:24:42,125 --> 00:24:44,041 Sebab itu dia telefon saja. 327 00:24:45,208 --> 00:24:49,458 Mungkin aku silap, tapi kalau betul, kau tak bersendirian. 328 00:24:51,625 --> 00:24:54,958 Kau tengoklah sambil makan piza. Aku nak fikir sekejap. 329 00:25:25,375 --> 00:25:26,666 Saya suka tempat ini. 330 00:25:28,708 --> 00:25:30,208 Saya rasa tenang di sini. 331 00:25:32,500 --> 00:25:35,416 Saya nak tunjuk awak banyak tempat di Paris. 332 00:25:35,916 --> 00:25:37,833 Kita boleh pergi taman Jepun. 333 00:25:37,833 --> 00:25:41,000 Tenggelam dalam keindahannya dan lari dari realiti. 334 00:25:41,833 --> 00:25:46,541 Kita boleh beli wain terbaik dan keju artisan di Pasar Barbès. 335 00:25:46,541 --> 00:25:47,791 Awak suka keju? 336 00:25:47,791 --> 00:25:49,041 Mestilah. 337 00:25:52,291 --> 00:25:54,458 Kadang-kadang, biri-biri pun ada. 338 00:25:56,708 --> 00:25:59,125 Oh, ya. Ada sebuah kafe lama. 339 00:26:00,625 --> 00:26:02,541 Kopi di situ sangat sedap. 340 00:26:02,541 --> 00:26:03,958 Kafenya pun cantik. 341 00:26:03,958 --> 00:26:07,875 Ada kerusi antik dan kaunter dapur nikel. 342 00:26:08,833 --> 00:26:10,333 Saya suka kafe macam itu. 343 00:26:11,500 --> 00:26:14,708 Setiap kali ke Madrid, saya minum di kafe yang sama. 344 00:26:14,708 --> 00:26:16,666 Kafe Buenos Aires. 345 00:26:16,666 --> 00:26:19,708 "Biji kopi Brazil yang dipanggang segar." 346 00:26:26,041 --> 00:26:29,333 Simón, boleh awak tinggal beberapa hari lagi? 347 00:26:36,958 --> 00:26:38,208 Selama yang awak nak. 348 00:26:39,958 --> 00:26:43,625 Saya sanggup tinggalkan semuanya. Rumah, kerja, kawan-kawan... 349 00:26:46,291 --> 00:26:49,500 Saya tak perlukan semua itu asalkan dapat bersama awak. 350 00:26:51,000 --> 00:26:52,125 Awak serius? 351 00:26:53,541 --> 00:26:54,416 Ya. 352 00:26:57,500 --> 00:26:58,375 Seronoknya. 353 00:27:08,375 --> 00:27:10,958 FRANÇOIS 354 00:27:11,791 --> 00:27:12,791 François telefon. 355 00:27:13,875 --> 00:27:15,500 Boleh saya jawab? 356 00:27:15,500 --> 00:27:17,041 Silakan. 357 00:27:21,083 --> 00:27:22,083 François? 358 00:27:22,791 --> 00:27:24,958 Camille, awak pergi seorang saja? 359 00:27:28,250 --> 00:27:31,083 Awak lupa tutup e-mel dalam komputer riba awak. 360 00:27:32,000 --> 00:27:35,333 Saya betul-betul penat hari ini sebab barang kemas 361 00:27:35,333 --> 00:27:37,083 untuk lelongan baru tiba. 362 00:27:39,083 --> 00:27:43,791 Saya balik tukar baju dan nampak komputer riba awak terbuka. 363 00:27:45,208 --> 00:27:46,916 Saya baca surat cinta awak. 364 00:27:48,083 --> 00:27:51,416 Dia buat awak rasa sesuatu yang awak dambakan selama ini. 365 00:27:52,791 --> 00:27:58,166 Awak hantar lagu-lagu yang kita suka dengar kepada dia. 366 00:28:00,041 --> 00:28:04,500 Kamu bersiar-siar di tempat sama yang kita pernah pergi dulu. 367 00:28:04,500 --> 00:28:08,708 Kemudian, saya nampak nama dia. "Encik Martínez, broker seni." 368 00:28:08,708 --> 00:28:11,458 Lelaki Sepanyol di restoran itu. 369 00:28:12,250 --> 00:28:13,208 François. 370 00:28:14,041 --> 00:28:16,166 Saya boleh jelaskan, okey? 371 00:28:24,791 --> 00:28:27,916 Dia dah tahu. Dia dah baca semua mesej kita. 372 00:28:29,583 --> 00:28:30,875 Saya mesti cakap dengan dia. 373 00:28:32,291 --> 00:28:34,666 Boleh awak keluar sekejap? 374 00:28:34,666 --> 00:28:35,625 Okey. 375 00:28:36,458 --> 00:28:38,250 Dah habis nanti, panggil saja. 376 00:28:45,916 --> 00:28:47,500 Maco konon! 377 00:28:48,000 --> 00:28:50,291 Padan muka kau! 378 00:28:51,250 --> 00:28:53,416 Siapa yang melampau sekarang? 379 00:29:13,791 --> 00:29:15,958 - Selamat pagi! - Selamat pagi! Hai. 380 00:29:15,958 --> 00:29:17,541 Nak main kad? 381 00:29:17,541 --> 00:29:23,625 Terima kasih ajak, tapi saya terlalu mabuk bercinta. 382 00:29:23,625 --> 00:29:26,083 Sekarang, saya cuma nak berlari. 383 00:29:26,083 --> 00:29:27,750 Larilah. 384 00:29:27,750 --> 00:29:29,625 - Lari laju-laju! - Jumpa lagi! 385 00:29:29,625 --> 00:29:30,666 Selamat tinggal! 386 00:29:31,208 --> 00:29:33,375 Kelakar betul dia itu! 387 00:30:04,041 --> 00:30:06,666 Masuklah. Maaf, aku merokok di dalam bilik. 388 00:30:10,541 --> 00:30:11,625 Betul cakap kau. 389 00:30:11,625 --> 00:30:13,416 Isteri aku curang. 390 00:30:13,416 --> 00:30:15,666 Banyak benda aku terlepas pandang. 391 00:30:15,666 --> 00:30:18,041 Dia sambut Minggu Suci di Seville. 392 00:30:18,041 --> 00:30:21,291 Kononnya nak tengok perarakan dengan kawan dia, 393 00:30:21,291 --> 00:30:24,791 tapi dia pakai mekap tebal-tebal macam nak tengok opera. 394 00:30:24,791 --> 00:30:27,125 Warna rambut dia pun lebih perang. 395 00:30:27,125 --> 00:30:29,333 Ini bukan swafoto. 396 00:30:29,333 --> 00:30:32,541 Apa maksudnya? Ada orang lain bersama mereka. 397 00:30:34,500 --> 00:30:37,666 Musim panas lepas, dia ziarah ibunya di rumah pantai. 398 00:30:37,666 --> 00:30:39,750 Carmen selalu pakai sut renang. 399 00:30:39,750 --> 00:30:42,500 Ini gambar lima, empat dan tiga tahun lepas. 400 00:30:42,500 --> 00:30:43,833 Aku tak ikut. 401 00:30:43,833 --> 00:30:48,291 Dia pakai bikini, kain sarung dan sisip bunga di telinga kanan. 402 00:30:48,791 --> 00:30:52,375 Adakah orang pakai macam itu kalau ziarah orang tua? 403 00:30:53,666 --> 00:30:57,166 Dua kali dia lupa ucap selamat malam kepada aku minggu itu. 404 00:30:57,166 --> 00:31:01,333 Mungkin bunyinya tak masuk akal, tapi itu rutin kami selama 20 tahun. 405 00:31:01,333 --> 00:31:05,250 Tahun lepas, dia kongsi semua aktiviti dia di Facebook 406 00:31:05,250 --> 00:31:11,666 dan seseorang bernama "jackal70" suka semua hantaran dia. 407 00:31:11,666 --> 00:31:13,541 Suka. 408 00:31:13,541 --> 00:31:15,833 Suatu hari, dia hantar emoji api. 409 00:31:16,416 --> 00:31:20,583 Si "jackal70" itu hantar emoji api. 410 00:31:20,583 --> 00:31:23,666 Tengok ini. Kami langgan pelan telefon keluarga. 411 00:31:23,666 --> 00:31:26,583 Sejak sepuluh bulan lepas, ada satu nombor tak dikenali. 412 00:31:26,583 --> 00:31:29,500 Aku ingat saudara dia sebab dia ramai saudara, 413 00:31:29,500 --> 00:31:31,583 tapi ada sesuatu tak kena. 414 00:31:32,375 --> 00:31:34,250 Dia telefon nombor itu kalau aku tiada. 415 00:31:34,250 --> 00:31:39,041 Dia tak telefon dari Januari hingga Mac dan Julai hingga September, 416 00:31:39,041 --> 00:31:43,000 tapi pada 13 Oktober, pukul 8.16 malam, 417 00:31:43,000 --> 00:31:45,791 dia telefon nombor itu selama 47 minit. 418 00:31:47,250 --> 00:31:51,666 Yang kelakarnya, penerbangan aku ke Paris pukul 8.00 malam itu. 419 00:31:52,416 --> 00:31:54,125 Dia hantar aku ke lapangan terbang. 420 00:31:56,500 --> 00:32:00,500 Dia buang aku macam anjing kurap dan telefon nombor itu. 421 00:32:02,041 --> 00:32:04,291 Ini bukti paling kukuh. 422 00:32:04,291 --> 00:32:07,250 Malam itu, aku dapat satu SMS. 423 00:32:08,500 --> 00:32:11,291 Transaksi kad kredit berjumlah 178 euro. 424 00:32:11,291 --> 00:32:13,208 Aku buat carian di Internet. 425 00:32:14,041 --> 00:32:15,375 Restoran rupa-rupanya. 426 00:32:16,916 --> 00:32:18,291 The Jackal's Flower. 427 00:32:18,291 --> 00:32:22,583 "Jackal" lagi. Apa maksud "jackal" dalam bahasa Mexico? 428 00:32:23,583 --> 00:32:26,041 "Lelaki gasar yang gila seks." 429 00:32:27,916 --> 00:32:31,583 Adakah orang belanja 178 euro di restoran Mexico? 430 00:32:34,166 --> 00:32:36,375 Dia minum tequila dengan jakal itu! 431 00:32:36,375 --> 00:32:37,791 Cukup. 432 00:32:42,583 --> 00:32:44,625 - Ada apa? - Barang kemas itu dah sampai. 433 00:32:44,625 --> 00:32:46,791 - Hari ini hari apa? - Isnin. 434 00:32:46,791 --> 00:32:48,625 Bukan itu masalahnya. 435 00:32:49,125 --> 00:32:51,208 Ia akan dinilai esok. 436 00:32:51,208 --> 00:32:54,958 Sidang media pula lusa. Kita tak terfikir semua itu. 437 00:32:54,958 --> 00:32:56,708 Acara lelongan hari Khamis. 438 00:32:57,458 --> 00:32:59,666 Kita mesti curinya malam ini. 439 00:33:01,708 --> 00:33:03,000 Di mana Berlin? 440 00:33:07,500 --> 00:33:09,833 Roi. 441 00:33:09,833 --> 00:33:12,000 Aku ada berita baik, Roi. 442 00:33:12,500 --> 00:33:14,250 Dia nak aku tinggal di Paris. 443 00:33:14,250 --> 00:33:16,083 Suami dia dah tahu. 444 00:33:16,083 --> 00:33:19,000 Kebetulan, Polignac telefon selepas kami main. 445 00:33:19,708 --> 00:33:22,458 Polignac? Pengarah pusat lelongan itu? 446 00:33:22,458 --> 00:33:23,958 Aku tak cakap pasal itu. 447 00:33:23,958 --> 00:33:27,208 Aku cakap pasal hal peribadi. Lupakan hal kerja! 448 00:33:27,791 --> 00:33:31,083 Polignac dah baca mesej-mesej kami. 449 00:33:32,625 --> 00:33:36,750 Aku cuma perlu tunggu dia serahkan Camille ke tangan aku. 450 00:33:36,750 --> 00:33:40,083 Aku akan balik beberapa hari lagi, Roi. 451 00:33:40,083 --> 00:33:41,166 Tak boleh. 452 00:33:41,166 --> 00:33:43,333 Kita kena curi barang kemas itu hari ini. 453 00:33:44,041 --> 00:33:44,875 Kenapa? 454 00:33:45,666 --> 00:33:48,958 Lot terakhir dah sampai. Tiara berlian Elena dari Savoy. 455 00:33:48,958 --> 00:33:51,166 Barang kemas itu akan dinilai esok. 456 00:33:51,166 --> 00:33:53,666 Kemudian, sesi foto bersama media. 457 00:33:55,166 --> 00:33:56,750 Kita mesti curi malam ini. 458 00:33:56,750 --> 00:33:59,041 Sambung nanti. Aku balik sekarang. 459 00:34:12,750 --> 00:34:13,958 Maaf, sayang. 460 00:34:13,958 --> 00:34:16,000 Saya yang patut minta maaf. 461 00:34:16,000 --> 00:34:16,916 Awak okey? 462 00:34:17,500 --> 00:34:19,000 Saya rasa bersalah. 463 00:34:19,583 --> 00:34:21,250 Kalau saya jadi dia dan... 464 00:34:22,416 --> 00:34:23,333 Kasihan dia. 465 00:34:23,333 --> 00:34:24,375 Dia terkejut. 466 00:34:26,750 --> 00:34:28,500 Kami sama-sama terluka. 467 00:34:28,500 --> 00:34:33,000 Boleh saya tahu apa awak beritahu dia? 468 00:34:33,000 --> 00:34:34,000 Segala-galanya. 469 00:34:36,500 --> 00:34:38,916 Kita jalan-jalan di tebing Sungai Seine... 470 00:34:41,541 --> 00:34:46,416 bersiar-siar naik Vespa, bercumbu di setiap lampu isyarat... 471 00:34:50,208 --> 00:34:53,125 dan margarita awak yang paling sedap di Paris. 472 00:34:55,291 --> 00:34:56,375 Kita tak tidur 473 00:34:57,666 --> 00:34:59,916 dan berasmara sepanjang malam. 474 00:35:01,291 --> 00:35:03,375 Apa dia cakap? 475 00:35:04,250 --> 00:35:05,750 Dia pun akan buat yang sama. 476 00:35:06,333 --> 00:35:11,000 Dia kata tiada sesiapa mampu menahan gelodak asmara. 477 00:35:13,375 --> 00:35:15,500 Dia suruh saya nikmati perasaan itu. 478 00:35:15,500 --> 00:35:18,250 Apa maksud dia? 479 00:35:18,250 --> 00:35:20,333 Entahlah, mungkin... 480 00:35:21,625 --> 00:35:24,166 Mungkin dia takkan halang hubungan kita. 481 00:35:24,750 --> 00:35:26,041 Dia suami yang baik. 482 00:35:31,000 --> 00:35:32,875 Dia kata dia nak jumpa awak. 483 00:35:33,666 --> 00:35:36,041 François nak jumpa saya? 484 00:35:37,041 --> 00:35:38,583 Ya, dia nak jumpa awak. 485 00:35:43,416 --> 00:35:46,458 Dia tahu awak lelaki di restoran itu. 486 00:35:46,458 --> 00:35:50,791 Dia rasa bersalah atas kata-kata dia, jadi dia nak minta maaf. 487 00:35:50,791 --> 00:35:51,958 Wah! 488 00:35:52,916 --> 00:35:56,333 François sangat memahami. 489 00:35:56,333 --> 00:36:01,750 Bukan semua suami boleh terima kecurangan isterinya. 490 00:36:08,541 --> 00:36:09,500 Mari sini. 491 00:36:15,791 --> 00:36:16,916 Sayang. 492 00:36:18,416 --> 00:36:19,625 Ini bukan soal pilihan. 493 00:36:20,500 --> 00:36:22,916 Saya rasa awak dah salah faham. 494 00:36:24,541 --> 00:36:26,500 Saya takkan tinggalkan François. 495 00:36:27,750 --> 00:36:31,458 Dah lapan tahun kami kahwin. Dialah nyawa saya. 496 00:36:35,416 --> 00:36:37,500 Sejujurnya, saya keliru. 497 00:36:39,000 --> 00:36:42,500 Macam mana dengan saya? Saya tak faham. 498 00:36:42,500 --> 00:36:44,458 Awak perkara terindah dalam hidup saya. 499 00:36:45,250 --> 00:36:46,875 Kegilaan saya. 500 00:36:47,375 --> 00:36:50,416 Percikan asmara yang merenggut hati saya. 501 00:36:51,125 --> 00:36:55,041 Saya pernah rasa semua itu dengan dia sebelum kami kahwin. 502 00:36:55,958 --> 00:36:57,875 Saya tak boleh hidup tanpa dia. 503 00:37:00,791 --> 00:37:02,458 Awak tahu apa dia cakap? 504 00:37:03,750 --> 00:37:06,708 Sejak tiga minggu lepas, dia fikir pasal anak. 505 00:37:08,791 --> 00:37:10,041 Tiba-tiba saja? 506 00:37:11,458 --> 00:37:15,125 Saat saya jatuh cinta dengan awak, 507 00:37:16,625 --> 00:37:18,875 dia bersedia jadi ayah. 508 00:37:19,583 --> 00:37:21,375 Dah lama saya tunggu saat ini. 509 00:37:22,333 --> 00:37:24,125 Sebelum ini dia tak nak anak, 510 00:37:24,750 --> 00:37:28,458 tapi hati dia terbuka setelah saya jatuh cinta dengan awak. 511 00:37:32,333 --> 00:37:33,750 Saya faham. 512 00:37:33,750 --> 00:37:36,583 Semua ini terlalu mengejut bagi saya, 513 00:37:36,583 --> 00:37:39,416 jadi saya perlukan masa. Awak rehatlah dulu. 514 00:37:39,416 --> 00:37:41,750 Dah berhari-hari kita tak cukup tidur. 515 00:37:41,750 --> 00:37:46,583 Buat masa ini, lebih baik saya bersendirian dan... 516 00:37:49,250 --> 00:37:52,125 Boleh saya tidur di bilik lain malam ini? 517 00:37:52,708 --> 00:37:54,708 Okey, boleh saja. 518 00:38:01,166 --> 00:38:02,208 Tunggu. 519 00:38:04,125 --> 00:38:05,291 Nak sarapan esok? 520 00:38:06,833 --> 00:38:07,958 Okey. 521 00:38:31,250 --> 00:38:32,250 Helo, Roi. 522 00:38:33,791 --> 00:38:36,666 - Ada apa? Aku dalam perjalanan. - Okey. 523 00:38:37,583 --> 00:38:41,041 Damián risau. Dia kata kau tak jawab panggilan dia. 524 00:38:41,791 --> 00:38:44,416 Baguslah kalau kau dalam perjalanan. 525 00:38:46,958 --> 00:38:48,166 Kau okey? 526 00:38:48,166 --> 00:38:51,416 Tak, Roi. Aku tak okey. 527 00:38:51,916 --> 00:38:53,791 Aku cuma selingan bagi dia. 528 00:38:53,791 --> 00:38:57,458 Dia cintakan aku, tapi dia tak nak tinggalkan Polignac. 529 00:38:57,458 --> 00:38:58,875 Kau faham, bukan? 530 00:38:58,875 --> 00:39:00,666 - Biar betul? - Betul. 531 00:39:00,666 --> 00:39:04,500 Dia cakap akulah perkara terindah dalam hidup dia, 532 00:39:04,500 --> 00:39:06,250 tapi Polignac nyawa dia. 533 00:39:06,250 --> 00:39:08,166 Pergi jahanamlah! 534 00:39:09,208 --> 00:39:12,250 Selama ini, dia bermadu kasih dengan aku. 535 00:39:12,250 --> 00:39:17,000 Dia seronok bermain cinta dengan aku di belakang suami dia. 536 00:39:17,000 --> 00:39:19,208 Sekarang, dia buat aku macam boneka. 537 00:39:19,208 --> 00:39:23,333 Dia kata Polignac takkan halang kami. Dasar lelaki dayus! 538 00:39:23,333 --> 00:39:27,041 Dia tak kisah aku tidur dengan isteri dia! 539 00:39:27,041 --> 00:39:29,416 Pergi mampuslah dengan laki bini itu! 540 00:39:29,416 --> 00:39:31,208 Cinta tak memiliki konon! 541 00:39:33,166 --> 00:39:34,625 Betul. 542 00:39:36,291 --> 00:39:39,500 Kau cakap jangan campurkan hal peribadi dengan kerja. 543 00:39:39,500 --> 00:39:42,125 Sekarang, semuanya dah bercampur aduk. 544 00:39:43,958 --> 00:39:45,375 Lupakan saja dia. 545 00:39:47,291 --> 00:39:48,583 Lupakan dia? 546 00:39:50,416 --> 00:39:51,708 Dah terlambat, Roi. 547 00:39:51,708 --> 00:39:54,916 Sejak kenal dia, hidup aku berubah sama sekali. 548 00:39:54,916 --> 00:39:57,458 Aku belum cerita bab paling teruk. 549 00:39:57,458 --> 00:39:59,541 Sekarang, dia kata dia nak anak. 550 00:40:00,125 --> 00:40:02,458 - Dia mengandung anak kau? - Tak, bodoh. 551 00:40:03,250 --> 00:40:08,041 Sepanjang mereka berkahwin, Polignac tak nak anak. 552 00:40:08,041 --> 00:40:13,125 Tiba-tiba, si dayus itu setuju untuk selamatkan perkahwinan mereka. 553 00:40:13,125 --> 00:40:14,875 Dasar penipu! 554 00:40:14,875 --> 00:40:17,375 Tergamak dia guna alasan anak? 555 00:40:17,375 --> 00:40:19,333 Kononnya suami yang memahami, 556 00:40:19,333 --> 00:40:22,750 tapi guna sentimen anak untuk buat Camille rasa bersalah. 557 00:40:22,750 --> 00:40:25,958 Aku takkan biar Camille hidup dengan lelaki macam itu! 558 00:40:27,375 --> 00:40:28,458 Dengar sini, Roi. 559 00:40:28,458 --> 00:40:31,666 Pergi beli aseton dan peluntur. Kita buat kloroform. 560 00:40:32,416 --> 00:40:35,833 Polignac belum kenal aku! 561 00:40:37,083 --> 00:40:39,083 Dia ingat aku bodoh agaknya. 562 00:40:39,083 --> 00:40:42,291 Kita akan letupkan dia dengan bom seberat 300 megatan. 563 00:40:49,708 --> 00:40:50,833 Alamak. 564 00:42:22,541 --> 00:42:24,833 Terjemahan sari kata oleh Saffura