1 00:00:06,340 --> 00:00:10,845 PADA TAHUN 1968, RICHARD M. NIXON TELAH DILANTIK SEBAGAI PRESIDEN AMERIKA 2 00:00:10,928 --> 00:00:13,681 DENGAN BERKEMPEN MENGENAI UNDANG-UNDANG DAN KETENTERAMAN. 3 00:00:13,765 --> 00:00:17,560 PEGUAMNYA, JOHN MITCHELL, IALAH PENASIHAT YANG PALING DIPERCAYAI. 4 00:00:17,643 --> 00:00:21,981 TAPI ISTERI MITCHELL, MARTHA, DIGELARKAN SEBAGAI ANCAMAN BESAR. 5 00:00:27,236 --> 00:00:31,949 1974 - NIXON MELETAKKAN JAWATAM SELEPAS SKANDAL WATERGATE 6 00:00:32,241 --> 00:00:35,203 Adakah negara ini akan memperbaiki dirinya? 7 00:00:35,787 --> 00:00:37,747 Kita dah lupakan Watergate? 8 00:00:37,830 --> 00:00:41,501 Saya harap kita takkan lupakannya sebab ia membawa kebaikan. 9 00:00:41,584 --> 00:00:44,879 Kita ajar ahli politik untuk jadi jujur, bukan penjahat. 10 00:00:49,133 --> 00:00:51,844 Saya yakin jika bukan kerana Martha, 11 00:00:53,096 --> 00:00:54,764 Watergate pasti tak berlaku. 12 00:00:58,017 --> 00:01:00,770 SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX 13 00:01:01,229 --> 00:01:03,106 Pn. Mitchell! 14 00:01:03,189 --> 00:01:04,482 Adakah ini demokrasi? 15 00:01:04,565 --> 00:01:08,611 Sebab kita tak boleh berikan pendapat kita dan bercakap benar. 16 00:01:08,694 --> 00:01:10,238 Saya memang suka akhbar. 17 00:01:11,864 --> 00:01:16,536 Jadi jika saya terfikir sesuatu, saya takkan beritahu sesiapa 18 00:01:16,619 --> 00:01:20,498 melainkan saya percaya yang ia patut dikatakan atau dibuat. 19 00:01:33,970 --> 00:01:37,807 Semasa awak tiba di Lapangan Terbang London pagi semalam, 20 00:01:37,890 --> 00:01:42,103 awak kata, "Richard Nixon musnahkan perkahwinan saya." 21 00:01:42,186 --> 00:01:47,066 Bagaimana Richard Nixon telah mempengaruhi hidup awak? 22 00:01:49,110 --> 00:01:52,113 David, soalan itu sesuatu yang sukar dibincangkan. 23 00:01:52,738 --> 00:01:55,366 Saya tak tahu sama ada saya boleh jelaskan 24 00:01:55,449 --> 00:01:58,161 dalam masa yang singkat ini. 25 00:01:58,244 --> 00:01:59,954 Kita ada dalam 30 minit. 26 00:02:00,580 --> 00:02:03,124 Ia bermula sejak awal lagi. 27 00:02:11,674 --> 00:02:13,634 John Newton Mitchell, peguam negara, 28 00:02:13,718 --> 00:02:17,680 tinggal bersama isterinya, Martha, di Apartmen Watergate Washington. 29 00:02:18,181 --> 00:02:20,308 Mereka berdua hidup bahagia. 30 00:02:21,559 --> 00:02:24,312 Saya tahu presiden sangat sukakan suami saya. 31 00:02:24,395 --> 00:02:27,440 Mereka rakan kongsi undang-undang. Mereka rapat. 32 00:02:27,523 --> 00:02:29,984 Mitchell ialah bekas peguam bon 33 00:02:30,067 --> 00:02:33,571 dan sebelum dia menguruskan kempen Nixon pada tahun 1968, 34 00:02:33,654 --> 00:02:35,990 dia tak pernah terlibat dalam politik. 35 00:02:36,073 --> 00:02:37,408 Sebagai peguam negara, 36 00:02:37,491 --> 00:02:41,037 dia menangani beberapa isu yang menimbulkan kontroversi. 37 00:02:42,205 --> 00:02:43,581 Suami awak dianggap 38 00:02:43,664 --> 00:02:46,542 lelaki kedua paling berkuasa di Washington. 39 00:02:46,626 --> 00:02:48,669 Boleh awak ceritakan tentang dia? 40 00:02:48,753 --> 00:02:53,674 Suami saya mungkin antara lelaki paling bijak di negara ini. 41 00:02:54,425 --> 00:02:56,135 Mungkin juga di dunia. 42 00:02:58,679 --> 00:03:02,475 En. Mitchell, bagaimana kamu bertemu? Adakah ia diaturkan? 43 00:03:02,558 --> 00:03:06,103 Kami berdua tak buta, sebab itu segalanya berjalan lancar. 44 00:03:08,606 --> 00:03:13,069 Saya cuma Pn. Mitchell biasa yang tinggal di Rye, New York. 45 00:03:14,111 --> 00:03:17,031 Washington macam negara lain bagi saya. 46 00:03:30,253 --> 00:03:35,341 Menjadi orang kerajaan di Washington bermaksud ada banyak perkara 47 00:03:35,424 --> 00:03:39,387 yang saya perlu lakukan sebagai isteri pegawai kerajaan. 48 00:03:42,098 --> 00:03:46,310 Saya nak memperbaiki hubungan Amerika 49 00:03:46,394 --> 00:03:48,271 dengan negara lain. 50 00:03:48,980 --> 00:03:52,149 Cuba menyebarkan kasih sayang di dunia. 51 00:03:53,526 --> 00:03:56,529 Saya beritahu calon muda bahawa cara untuk menang 52 00:03:56,612 --> 00:03:58,948 ialah memilih isteri yang betul. 53 00:04:00,449 --> 00:04:04,078 Dia perlu sedar dia takkan keluar dalam berita. 54 00:04:04,161 --> 00:04:06,580 Suaminya yang akan dapat nama. 55 00:04:09,667 --> 00:04:12,920 Washington ialah bandar yang dikuasai oleh lelaki. 56 00:04:14,130 --> 00:04:17,425 Ia dikendalikan oleh lelaki kulit Putih di Rumah Putih 57 00:04:17,925 --> 00:04:21,095 dan kaum lelaki di setiap peringkat kabinet. 58 00:04:22,847 --> 00:04:28,227 Wanita yang terlibat dalam pentadbiran di Washington akan jadi tuan rumah. 59 00:04:28,311 --> 00:04:31,439 Wanita itu akan masuk ke bilik lain untuk minum kopi 60 00:04:31,522 --> 00:04:34,483 sementara lelaki berbual tentang perkara penting. 61 00:04:35,276 --> 00:04:37,987 Tapi Martha Mitchell bukan macam isteri lain. 62 00:04:38,988 --> 00:04:40,614 Dia takkan jadi isteri 63 00:04:40,698 --> 00:04:43,367 yang duduk di belakang dan mendiamkan diri. 64 00:04:45,828 --> 00:04:49,123 Isteri politik bukan macam orang biasa 65 00:04:49,707 --> 00:04:52,084 yang boleh buat dan cakap sesuka hati. 66 00:04:52,585 --> 00:04:54,712 - Tapi saya cakap sesuka hati. - Ya. 67 00:04:55,212 --> 00:04:56,922 Saya nak cakap sesuatu. 68 00:04:57,006 --> 00:04:59,091 Saya dah baca akhbar hari ini 69 00:04:59,175 --> 00:05:02,094 dan saya rasa kamu tulis benda yang tak betul. 70 00:05:04,013 --> 00:05:06,349 Jika Martha nak datang ke Rumah Putih, 71 00:05:06,432 --> 00:05:08,768 semua orang akan berjaga-jaga. 72 00:05:09,352 --> 00:05:13,647 Wanita zaman dulu agak pemalu, tapi bukan Martha. 73 00:05:15,608 --> 00:05:18,402 Presiden juga sedar tentang hal itu. 74 00:05:18,486 --> 00:05:21,405 Bukannya dia tak suka wanita. 75 00:05:21,489 --> 00:05:25,951 Dia cuma tak suka wanita yang ada pendapat sendiri. 76 00:05:28,996 --> 00:05:31,832 Saya selalu berseronok dengan presiden. 77 00:05:31,916 --> 00:05:34,752 Dia tak boleh bezakan saya bergurau atau tidak. 78 00:05:35,419 --> 00:05:37,880 Dia anggap saya orang yang aneh. 79 00:05:39,757 --> 00:05:42,176 Kadangkala, dia akan minum terlalu banyak 80 00:05:42,885 --> 00:05:47,181 dan ambil telefon serta mula menghubungi pegawai rasmi Washington. 81 00:05:50,059 --> 00:05:52,353 Dia suka telefon presiden. 82 00:05:52,937 --> 00:05:55,856 Dia suka telefon, "Presiden saya." 83 00:05:56,774 --> 00:05:58,609 Awak telefon Presiden Nixon 84 00:05:58,692 --> 00:06:01,445 dan bercakap dengan dia baru-baru ini, Martha? 85 00:06:01,529 --> 00:06:05,825 - Awak suruh dia buat apa? - Kadangkala saya akan nasihatkan dia. 86 00:06:08,077 --> 00:06:10,204 PEPERANGAN TAK ELOK UNTUK BUDAK 87 00:06:10,287 --> 00:06:11,497 Martha Mitchell kata 88 00:06:11,580 --> 00:06:14,500 orang yang menyokong revolusi keganasan di Amerika 89 00:06:14,583 --> 00:06:16,794 patut dihalau keluar dari negara ini. 90 00:06:16,877 --> 00:06:19,880 Dia tak cakap dia nak mereka dihalau ke mana. 91 00:06:20,965 --> 00:06:24,301 Jam dua pagi hari ini, dia menelefon Arkansas Gazette 92 00:06:24,385 --> 00:06:27,096 dan meminta Senator Fulbright disalahkan. 93 00:06:27,680 --> 00:06:30,516 Pn. Mitchell dah jadi orang yang dikenali di sini 94 00:06:30,599 --> 00:06:34,061 dan itu sesuatu yang menarik. 95 00:06:34,145 --> 00:06:37,606 Saya rasa En. Fulbright… Jika awak nak panggil dia begitu. 96 00:06:37,690 --> 00:06:39,442 Saya tak boleh guna nama itu. 97 00:06:39,525 --> 00:06:42,945 Sama ada dia separuh cerdik… Sekarang dah jadi suku cerdik. 98 00:06:45,281 --> 00:06:46,949 Seorang ketua Senat GOP 99 00:06:47,032 --> 00:06:49,910 ditanya jika dia tahu cerita Martha. Dia jawab, 100 00:06:49,994 --> 00:06:51,996 "Ya Tuhan, dia guna telefon lagi?" 101 00:06:52,580 --> 00:06:54,582 Tuan-tuan dan puan-puan! 102 00:06:56,041 --> 00:06:58,544 Saya rasa tiada persoalan pada masa itu. 103 00:06:58,627 --> 00:07:02,131 Mereka suka lihat Martha menerima perhatian orang ramai. 104 00:07:03,007 --> 00:07:05,009 Dia bagus. Dia di pihak yang sama. 105 00:07:06,385 --> 00:07:08,471 Walaupun dia penyokong Nixon, 106 00:07:08,554 --> 00:07:10,764 dia langsung tak terikat dengannya. 107 00:07:12,224 --> 00:07:15,561 Mitchell juga tak kisah, dan itu menjadikannya menarik. 108 00:07:15,644 --> 00:07:19,148 Saya tak boleh kawal apa dia cakap atau apa dia buat. 109 00:07:21,734 --> 00:07:25,362 Malah, dia juga dikenali sebagai "misil tak berpandu." 110 00:07:26,906 --> 00:07:28,532 Dengar sini. 111 00:07:28,616 --> 00:07:31,494 Kalau saya buat salah dalam kerajaan ini, 112 00:07:31,577 --> 00:07:33,037 beritahulah saya. 113 00:07:33,704 --> 00:07:35,414 Bila-bila masa saja. 114 00:07:44,131 --> 00:07:47,760 Seluruh pentadbiran itu tak sukakan pihak media, 115 00:07:48,260 --> 00:07:51,972 jadi sebab itulah saya sangat mesra dengan pihak media. 116 00:07:52,056 --> 00:07:53,516 Apa khabar, kawan-kawan? 117 00:07:54,058 --> 00:07:55,434 Sejak kemunculan saya, 118 00:07:55,518 --> 00:07:58,187 orang Amerika mula rasa dekat dengan saya. 119 00:07:59,063 --> 00:08:01,690 Pihak pentadbiran hampir tak percaya. 120 00:08:01,774 --> 00:08:04,693 "Apa mereka nak buat dengan Martha Mitchell?" 121 00:08:07,196 --> 00:08:11,325 Dan isteri peguam negara Amerika Syarikat, Martha Mitchell! 122 00:08:12,868 --> 00:08:16,997 Awak menang anugerah sebagai orang paling berjasa kepada Ma Bell, 123 00:08:17,081 --> 00:08:21,126 dan hadiah awak ialah telefon dalam bentuk Mahkamah Agung. 124 00:08:22,294 --> 00:08:25,130 Pasti seronok nak gantungkannya. 125 00:08:25,839 --> 00:08:27,550 BANK NASIONAL PERTAMA SIMMONS MARTHA MITCHELL 126 00:08:31,136 --> 00:08:32,513 MARTHA SELALU ADA KOMEN 127 00:08:34,139 --> 00:08:35,558 MARTHA YANG HEBAT 128 00:08:35,641 --> 00:08:37,434 MARTHA DINOBATKAN SEBAGAI WANITA PERTAMA KABINET 129 00:08:38,769 --> 00:08:41,689 Saya rasa kedatangan Martha Mitchell macam bom. 130 00:08:41,772 --> 00:08:42,606 MARTHA SUKA BERCAKAP 131 00:08:43,482 --> 00:08:45,234 MARTHA SEMAKIN TERKENAL 132 00:08:45,317 --> 00:08:46,527 Dia menyegarkan… 133 00:08:46,610 --> 00:08:47,987 MARTHA MENJADI SUARA AMERIKA 134 00:08:48,070 --> 00:08:51,448 …dan semua wartawan nak temu bual dia, termasuk saya. 135 00:08:53,200 --> 00:08:55,995 Saya ingat semasa kami pulang dari California 136 00:08:56,078 --> 00:08:58,289 dengan pasangan Mitchell. 137 00:09:00,416 --> 00:09:02,418 Kami berada di belakang pesawat 138 00:09:02,501 --> 00:09:04,545 dan orang lelaki sedang main kad. 139 00:09:04,628 --> 00:09:06,463 Martha datang ke belakang. 140 00:09:06,547 --> 00:09:09,633 Saya kata, "Apa pendapat awak tentang skirt mini?" 141 00:09:09,717 --> 00:09:12,678 "Kenapa awak tak tanya saya soalan yang penting?" 142 00:09:12,761 --> 00:09:16,515 Saya kata, "Okey, apa pendapat awak tentang Perang Vietnam?" 143 00:09:16,599 --> 00:09:18,350 Dia kata, "Ia sangat teruk." 144 00:09:19,685 --> 00:09:23,480 Semua lelaki berhenti bermain kad dan ambil buku nota mereka. 145 00:09:24,398 --> 00:09:28,319 Selepas itu, dia dihalang daripada menaiki Air Force One. 146 00:09:29,486 --> 00:09:30,362 SEMANGAT 1976 147 00:09:30,446 --> 00:09:33,157 PENDAPAT MARTHA: PEPERANGAN TERUK 148 00:09:33,240 --> 00:09:35,159 Vietnam ialah contoh peperangan 149 00:09:35,242 --> 00:09:37,995 yang melibatkan Amerika Syarikat. 150 00:09:38,078 --> 00:09:41,415 Beberapa pentadbiran mewarisinya 151 00:09:41,498 --> 00:09:44,460 dan Nixon tersekat dengannya. 152 00:09:44,543 --> 00:09:45,586 BERAPA LAGI AKAN MATI 153 00:09:45,669 --> 00:09:49,256 Jadi, komen Martha membuatkan situasi jadi kekok. 154 00:09:49,340 --> 00:09:53,344 Tiada orang lain dalam pentadbiran 155 00:09:53,427 --> 00:09:55,638 yang berani cakap begitu. 156 00:09:56,347 --> 00:09:59,683 Saya pasti awak sedar itu berbahaya untuk parti politik, 157 00:09:59,767 --> 00:10:01,560 pendapat seorang isteri. 158 00:10:01,644 --> 00:10:04,396 - Selalunya, "Jangan biar dia cakap." - Tidak. 159 00:10:04,480 --> 00:10:06,315 - Yakah? - Saya tak rasa begitu. 160 00:10:06,398 --> 00:10:09,401 Ia cuma luar biasa bagi seorang wanita bercakap. 161 00:10:16,950 --> 00:10:20,788 NIXON: Martha bukan gila. Dia tahu apa dia sedang buat. 162 00:10:21,413 --> 00:10:23,582 H.R. HALDEMAN KETUA KAKITANGAN RUMAH PUTIH 163 00:10:24,166 --> 00:10:26,001 HALDEMAN: Awak tak perlu risau. 164 00:10:26,627 --> 00:10:27,670 NIXON: Benarkah? 165 00:10:28,879 --> 00:10:30,297 ANTARA 1971 DAN 1973, 166 00:10:30,381 --> 00:10:33,634 PRESIDEN NIXON TELAH MERAKAM SEMUA PERBUALANNYA 167 00:10:33,717 --> 00:10:35,844 DI RUMAH PUTIH DAN PEJABAT. 168 00:10:35,928 --> 00:10:40,516 NAMA MARTHA MITCHELL DISEBUT LEBIH 100 KALI. 169 00:10:40,599 --> 00:10:44,978 NIXON: Dia selalu menyusahkan. Saya takut. Saya dah tak tahan. 170 00:10:50,150 --> 00:10:56,156 1972 KEMPEN PELANTIKAN SEMULA NIXON 171 00:10:57,032 --> 00:10:58,075 DEMI KETENTERAMAN, NIXON TAHUN 1972 172 00:11:05,916 --> 00:11:10,003 Tahun 1972 memberikan peluang untuk mengecapi keamanan 173 00:11:10,546 --> 00:11:13,674 yang tak pernah diberikan dalam sejarah Amerika. 174 00:11:13,757 --> 00:11:15,342 NIXON LAGI 175 00:11:22,141 --> 00:11:23,475 KAMI SOKONG AWAK, PRESIDEN 176 00:11:29,064 --> 00:11:31,984 Selamat malam. Peguam negara akan letakkan jawatan 177 00:11:32,067 --> 00:11:34,903 mulai 1 Mac untuk kembali kepada tugas lamanya 178 00:11:34,987 --> 00:11:37,656 iaitu menguruskan kempen presiden Nixon. 179 00:11:40,075 --> 00:11:44,329 Pada tahun 1972, John Mitchell menjadi pengurus kempen. 180 00:11:44,913 --> 00:11:47,958 Martha Mitchell mengambil peluang itu 181 00:11:48,041 --> 00:11:50,878 untuk menemui orang ramai atas sebab berkempen. 182 00:11:51,754 --> 00:11:54,923 Saya ahli pertama di CREEP, 183 00:11:55,007 --> 00:11:58,218 iaitu Jawatankuasa Pelantikan Semula Presiden. 184 00:11:59,094 --> 00:12:01,930 Magruder, Porter dan saya 185 00:12:02,014 --> 00:12:04,975 ialah tiga orang pertama yang memulakan CREEP. 186 00:12:05,851 --> 00:12:08,353 Saya ada staf dan pejabat saya sendiri. 187 00:12:08,854 --> 00:12:11,440 Saya terlibat dalam seluruh kempen ini. 188 00:12:12,566 --> 00:12:17,362 Saya kenal Martha melalui ibu saya, June Dankworth, yang bekerja dengan CREEP. 189 00:12:18,155 --> 00:12:20,741 Mereka berdua jadi kawan rapat. 190 00:12:20,824 --> 00:12:22,910 Bagi saya, dia Mak Cik Martha. 191 00:12:23,994 --> 00:12:26,705 Mereka suka Martha sebab orang awam suka dia. 192 00:12:26,789 --> 00:12:30,209 Dia macam watak utama yang sentiasa membuat kemunculan. 193 00:12:31,585 --> 00:12:34,505 Saya pergi ke seluruh negara 194 00:12:35,339 --> 00:12:40,344 dan bekerja siang malam untuk menjadikan lelaki itu presiden. 195 00:12:41,512 --> 00:12:44,890 Dia sangat setia kepada parti dan setia kepada presiden. 196 00:12:44,973 --> 00:12:49,061 Pada mulanya, dia nampak seronok menemui orang ramai. 197 00:12:49,978 --> 00:12:52,189 Tapi dia dah jadi macam diprogramkan. 198 00:12:52,272 --> 00:12:53,982 SELAMAT DATANG PRESIDEN NIXON 199 00:12:54,525 --> 00:12:55,609 R. NIXON IALAH KEGEMBIRAAN 200 00:12:55,692 --> 00:12:58,445 Bagaimana perasaan awak berubah? Saya tahu dulu 201 00:12:58,529 --> 00:13:00,948 awak dan suami awak percaya Richard Nixon. 202 00:13:01,532 --> 00:13:02,866 Apa yang berlaku? 203 00:13:02,950 --> 00:13:03,867 California. 204 00:13:08,705 --> 00:13:11,416 Saya tak nak datang ke sini semasa itu, 205 00:13:11,500 --> 00:13:15,128 tapi saya dipaksa mengikuti mereka pada saat terakhir. 206 00:13:15,504 --> 00:13:20,175 1972 17 JUN -  MALAM PENCEROBOHAN WATERGATE 207 00:13:23,971 --> 00:13:25,138 Helo, semua. 208 00:13:25,722 --> 00:13:27,599 Apa rancangan buat malam ini? 209 00:13:28,183 --> 00:13:29,726 John Mitchell dan saya 210 00:13:29,810 --> 00:13:33,939 serta beberapa orang dari kempen itu berada di Los Angeles. 211 00:13:34,022 --> 00:13:35,774 Ada majlis kutipan dana. 212 00:13:37,442 --> 00:13:41,280 Seorang pelayan datang dengan telefon dan saya pun diberitahu. 213 00:13:45,242 --> 00:13:46,910 Lima ditahan pagi Sabtu 214 00:13:46,994 --> 00:13:49,413 ketika cuba memasang alatan pasang telinga 215 00:13:49,496 --> 00:13:51,832 di Komiti Demokrat Nasional. 216 00:13:51,915 --> 00:13:54,376 Penceroboh telah masuk ke pejabat komiti 217 00:13:54,459 --> 00:13:57,296 di mana fail diselongkar dan dokumen dikeluarkan. 218 00:13:57,379 --> 00:14:01,466 Selepas pecah masuk dikesan, lima lelaki diacukan pistol dan ditahan. 219 00:14:07,890 --> 00:14:10,434 John tinggalkan saya di California. 220 00:14:12,811 --> 00:14:14,688 Itu bukan kehendak saya. 221 00:14:18,400 --> 00:14:21,737 Saya baca surat khabar buat pertama kali dalam lima hari. 222 00:14:22,154 --> 00:14:24,990 SUSPEK PECAH MASUK PEJABAT DEMOKRAT IALAH PEKERJA GOP 223 00:14:25,073 --> 00:14:26,617 OLEH BOB WOODWARD DAN CARL BERNSTEIN 224 00:14:26,700 --> 00:14:29,995 Ini gambar James W. McCord daripada pihak polis. 225 00:14:30,078 --> 00:14:31,371 Dia salah seorang 226 00:14:31,455 --> 00:14:34,374 yang ditahan semalam di ibu pejabat 227 00:14:34,458 --> 00:14:36,919 Komiti Demokrat Nasional di Washington. 228 00:14:37,002 --> 00:14:38,629 Apa lagi tugasnya? 229 00:14:38,712 --> 00:14:42,174 Perunding kepada kempen pelantikan semula Presiden Nixon. 230 00:14:46,386 --> 00:14:48,347 Saya kenal McCord. 231 00:14:50,390 --> 00:14:53,769 James McCord pernah jadi pengawal peribadinya 232 00:14:53,852 --> 00:14:55,896 dan hantar anaknya ke sekolah. 233 00:14:57,064 --> 00:15:01,568 John Mitchell upah dia untuk jadi pembantu keluarganya. 234 00:15:05,030 --> 00:15:09,034 John Mitchell kembali ke Washington dari California. 235 00:15:10,327 --> 00:15:12,913 Ketika itu, dia ada masalah besar. 236 00:15:12,996 --> 00:15:15,916 Dia yang arahkan pecah masuk itu dilakukan. 237 00:15:18,251 --> 00:15:21,713 John Mitchell, pengerusi komiti pelantikan semula Presiden Nixon, 238 00:15:21,797 --> 00:15:23,840 menafikan penglibatannya. 239 00:15:26,051 --> 00:15:28,845 Kenapa mereka biarkan saja saya di sini 240 00:15:28,929 --> 00:15:31,515 dan tak beritahu saya tentang Watergate? 241 00:15:32,683 --> 00:15:35,769 Kenapa mereka tinggalkan saya di California? 242 00:15:36,979 --> 00:15:39,272 Saya benar-benar percaya 243 00:15:39,356 --> 00:15:43,568 yang mereka mesti bawa saya keluar dari Washington 244 00:15:43,652 --> 00:15:45,195 disebabkan Watergate. 245 00:15:47,406 --> 00:15:49,700 Saya terus angkat telefon 246 00:15:49,783 --> 00:15:53,203 dan hubungi Washington untuk tahu apa yang berlaku. 247 00:15:54,871 --> 00:15:57,708 Saya jumpa John Mitchell di apartmennya. 248 00:15:59,459 --> 00:16:02,045 Ada panggilan daripada Martha. 249 00:16:02,546 --> 00:16:07,050 Dia marah kerana John tinggalkan dia di California 250 00:16:07,134 --> 00:16:09,136 dan tak beritahu dia cerita penuh. 251 00:16:11,138 --> 00:16:15,142 Saya cuma dengar yang Martha dah tak boleh dikawal 252 00:16:15,225 --> 00:16:17,519 dan dia macam diserang histeria. 253 00:16:21,815 --> 00:16:24,067 Kami berada di vila sebuah hotel. 254 00:16:24,985 --> 00:16:27,654 Saya duduk di katil dan telefon Helen Thomas. 255 00:16:28,238 --> 00:16:29,740 Seorang pengawal masuk. 256 00:16:32,451 --> 00:16:35,537 Dia kata, "Pn. Mitchell sedang telefon Helen Thomas." 257 00:16:38,540 --> 00:16:41,918 "Dia sedang ceritakan tentang Watergate." 258 00:16:42,002 --> 00:16:43,378 "Apa patut saya buat?" 259 00:16:45,672 --> 00:16:49,051 Tak lama kemudian, saya dengar dia kata, "Pergi." 260 00:16:49,134 --> 00:16:52,387 Saya tak tahu apa berlaku, tapi panggilan kami terputus. 261 00:17:02,689 --> 00:17:05,400 Saya doktor yang bertugas di hotel itu. 262 00:17:07,944 --> 00:17:09,780 Saya dibawa ke bilik peribadi. 263 00:17:11,531 --> 00:17:13,033 Ada orang dalam bilik itu 264 00:17:13,116 --> 00:17:16,161 dan mereka rasa gelisah disebabkan jeritannya. 265 00:17:17,537 --> 00:17:19,247 Mereka nak tenangkan dia. 266 00:17:20,749 --> 00:17:24,628 Dia dipegang dan saya berikan dia ubat penenang. 267 00:17:30,300 --> 00:17:32,260 Semua itu luar biasa, bukan? 268 00:17:33,136 --> 00:17:36,306 Tapi apabila pegawai tinggi kerajaan telefon kita, 269 00:17:36,389 --> 00:17:37,724 kita perlu lakukannya. 270 00:17:38,975 --> 00:17:42,854 Itulah permulaan saya menjadi seorang tahanan. 271 00:17:43,647 --> 00:17:45,148 Awak benar-benar ditahan? 272 00:17:45,232 --> 00:17:48,443 Tahanan yang dikurung dalam bilik. 273 00:17:48,527 --> 00:17:50,987 'SAYA BANDUAN GOP': MARTHA 274 00:17:51,071 --> 00:17:53,782 Berikutan kes Watergate yang memalukan itu, 275 00:17:53,865 --> 00:17:55,951 Martha Mitchell bercakap lagi. 276 00:17:56,034 --> 00:17:57,661 Dia beritahu wartawan 277 00:17:57,744 --> 00:18:00,914 yang dia ditahan oleh pengawal keselamatan suaminya. 278 00:18:00,997 --> 00:18:04,376 Apabila dia buat panggilan, lima orang cabut telefon itu 279 00:18:04,459 --> 00:18:08,672 dan dia cakap, "Baling saya atas katil dan suntik punggung saya." 280 00:18:10,549 --> 00:18:14,761 Saya tak rasa ada ramai wanita yang akan telefon kita dan cakap, 281 00:18:14,845 --> 00:18:17,139 "Saya dah jadi tahanan politik." 282 00:18:17,222 --> 00:18:18,849 Jadi, saya boleh rasa 283 00:18:18,932 --> 00:18:22,144 ada pihak yang menggunakan keganasan. 284 00:18:23,687 --> 00:18:28,108 Dia tunjukkan lebam pada tangan, dan dia kata pahanya pun lebam. 285 00:18:28,191 --> 00:18:32,028 Dia kata, "Saya seorang patriot sehingga saya dibunuh." 286 00:18:38,702 --> 00:18:41,705 Presiden terlibat dalam beberapa isu politik. 287 00:18:41,788 --> 00:18:45,750 Perkara paling membimbangkan ialah soalan berkaitan Martha Mitchell. 288 00:18:47,127 --> 00:18:51,339 Presiden merasakan John perlu menghalangnya atau mengurungnya. 289 00:18:51,423 --> 00:18:54,259 Dia tak boleh biar isterinya cakap sesuka hati. 290 00:18:54,342 --> 00:18:57,012 Ia akan menimbulkan masalah negara yang besar. 291 00:19:01,057 --> 00:19:04,269 Martha Mitchell cakap dia akan tinggalkan suaminya 292 00:19:04,352 --> 00:19:06,563 sehingga dia keluar dari politik. 293 00:19:06,646 --> 00:19:07,772 PERMINTAAN MARTHA: PRESIDEN ATAU SAYA 294 00:19:07,856 --> 00:19:10,317 Dia kata, "Saya sayang suami saya, 295 00:19:10,400 --> 00:19:13,862 tapi saya takkan diamkan diri melihat apa yang berlaku." 296 00:19:19,034 --> 00:19:21,286 PITA RUMAH PUTIH 297 00:19:22,913 --> 00:19:24,539 NIXON: Kalau bukan sebab Martha, 298 00:19:24,623 --> 00:19:27,751 John pasti boleh kawal isu Watergate itu dengan mudah. 299 00:19:30,545 --> 00:19:32,797 HALDEMAN: Walaupun kes dah ditutup, 300 00:19:32,881 --> 00:19:37,093 apa yang John lakukan mungkin boleh jadikannya lagi teruk. 301 00:19:42,057 --> 00:19:45,227 Peminat Martha akan fikir, "Bukankah itu bagus?" 302 00:19:45,894 --> 00:19:47,395 Dia dah putus asa. 303 00:19:47,479 --> 00:19:49,022 Macam Duke Windsor 304 00:19:49,105 --> 00:19:51,691 menyerahkan takhta demi kekasih hatinya. 305 00:19:54,236 --> 00:19:56,071 Wanita itu dah gila, 306 00:19:56,154 --> 00:19:58,782 tapi dia masih ingin bersamanya. 307 00:19:58,865 --> 00:20:01,785 Kita akan sebarkan berita yang dia dah tak betul. 308 00:20:01,868 --> 00:20:04,204 - Kita perlu buat. - Kita dah buat. 309 00:20:04,287 --> 00:20:05,247 MASALAH 310 00:20:05,330 --> 00:20:06,373 MINUM 311 00:20:06,456 --> 00:20:10,252 Tiba-tiba, ada khabar angin muncul dari Rumah Putih. 312 00:20:10,335 --> 00:20:11,211 MARTHA MITCHELL 'GILA' 313 00:20:11,294 --> 00:20:14,339 Tiba-tiba, akhbar mengatakan saya gila, 314 00:20:14,422 --> 00:20:15,966 saya itu dan ini. 315 00:20:16,049 --> 00:20:17,926 'BERCAMPUR ADUK' 316 00:20:18,843 --> 00:20:20,720 Peletakan jawatan akan disambut baik. 317 00:20:20,804 --> 00:20:22,430 Martha akan disalahkan. 318 00:20:23,431 --> 00:20:25,308 Saya rasa awak perlu lakukannya 319 00:20:25,392 --> 00:20:26,601 Panggil pihak media. 320 00:20:29,521 --> 00:20:31,523 John Mitchell, bekas peguam negara 321 00:20:31,606 --> 00:20:34,192 meletakkan jawatan sebagai pengarah kempen. 322 00:20:34,276 --> 00:20:35,443 MITCHELL BERHENTI: ISTERI SAYA LAGI PENTING 323 00:20:35,527 --> 00:20:38,697 Dia cakap dia berhenti disebabkan Pn. Mitchell. 324 00:20:38,780 --> 00:20:39,614 ISTERI SAYA 325 00:20:39,698 --> 00:20:42,701 Ada ahli Demokrat berpendapat kes pecah masuk 326 00:20:42,784 --> 00:20:45,495 yang dilakukan oleh pekerja Mitchell itu 327 00:20:45,578 --> 00:20:46,663 mungkin sebabnya. 328 00:20:46,746 --> 00:20:49,165 Ahli Republikan menafikannya. 329 00:20:49,249 --> 00:20:52,210 Mereka cakap cuma Pn. Mitchell sebabnya. 330 00:20:52,794 --> 00:20:56,047 Seorang rakan pasangan Mitchell pernah berkata, 331 00:20:56,131 --> 00:20:57,632 "Martha ada masalah. 332 00:20:58,216 --> 00:21:00,885 Nampaknya ia dah jadi semakin serius." 333 00:21:07,183 --> 00:21:09,936 Saya terkejut, kecewa 334 00:21:10,937 --> 00:21:13,440 dan saya tak tahu siapa yang sakiti saya. 335 00:21:16,067 --> 00:21:19,112 Saya rasa kejadian di California itu permulaannya. 336 00:21:19,195 --> 00:21:21,406 SUARA PIPER DANKWORTH RAKAN KELUARGA 337 00:21:21,489 --> 00:21:23,575 Ketika itulah dia sedar 338 00:21:23,658 --> 00:21:27,495 yang entah kenapa, dia sedang dipaksa untuk diam. 339 00:21:30,040 --> 00:21:31,958 Akhirnya, Martha Mitchell 340 00:21:32,042 --> 00:21:35,170 telah menggambarkan dirinya sebagai tahanan politik. 341 00:21:38,423 --> 00:21:42,802 Saya rasa kita semua ada tanggungjawab untuk bebaskan Martha Mitchell. 342 00:21:42,886 --> 00:21:44,804 GEROGE MCGOVERN - CALON PRESIDEN PARTI DEMOKRAT, 1972 343 00:21:45,472 --> 00:21:47,682 1972 - JULAI KONVENSYEN DEMOKRAT NASIONAL 344 00:21:47,766 --> 00:21:49,559 Bebaskan Martha Mitchell! 345 00:21:49,642 --> 00:21:51,061 MARTHA MITCHELL PERLUKAN SUP AYAM 346 00:21:51,144 --> 00:21:54,481 Ayuh, Nixon Bebaskan Martha Mitchell 347 00:21:55,148 --> 00:21:57,108 BEBASKAN MARTHA MITCHELL 348 00:21:57,400 --> 00:22:01,196 Kisah bagaimana dia menjadi tahanan 349 00:22:01,279 --> 00:22:03,073 dianggap sebagai khayalan. 350 00:22:04,491 --> 00:22:06,201 Ada orang percayakan dia? 351 00:22:06,701 --> 00:22:08,787 Saya rasa tiada. 352 00:22:08,870 --> 00:22:10,413 "MEREKA TAKUT KEJUJURAN SAYA" 353 00:22:10,497 --> 00:22:13,041 MARTHA LETAKKAN TELEFON 354 00:22:13,124 --> 00:22:16,336 MARTHA 'BEBAS' UNTUK BINA HIDUP BARU DI NEW YORK 355 00:22:19,172 --> 00:22:21,508 Saya tinggal di rumah saya sendiri 356 00:22:21,591 --> 00:22:24,135 dan bersembunyi sebab saya rasa malu. 357 00:22:25,970 --> 00:22:30,350 Saya tak lagi terlibat dalam politik, 358 00:22:30,934 --> 00:22:33,186 tapi mereka masih cari jalan 359 00:22:33,269 --> 00:22:35,230 supaya orang lupakan Watergate. 360 00:22:35,313 --> 00:22:38,066 LAMBANG PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT 361 00:22:46,241 --> 00:22:50,286 Watergate bukan sekadar kes pecah masuk. 362 00:22:55,291 --> 00:22:56,960 Watergate merupakan 363 00:22:57,043 --> 00:22:59,170 kempen secara besar-besaran 364 00:22:59,254 --> 00:23:03,508 yang menipu orang ramai untuk memenangi pelantikan semula. 365 00:23:07,095 --> 00:23:11,391 Ia merupakan usaha untuk menutup dan menyembunyikan 366 00:23:11,474 --> 00:23:16,229 sebanyak mungkin maklumat sehingga pilihan raya tahun 1972. 367 00:23:16,312 --> 00:23:17,647 72 TAHUN PILIHAN RAYA 368 00:23:21,317 --> 00:23:22,694 MENANG ATAU KALAH 369 00:23:23,945 --> 00:23:26,656 Empat tahun lagi! 370 00:23:26,739 --> 00:23:28,491 Dan ia berhasil. 371 00:23:28,575 --> 00:23:30,618 Nixon mendapat kemenangan besar. 372 00:23:32,537 --> 00:23:37,125 1973 20 JANUARI, HARI PELANTIKAN 373 00:23:37,709 --> 00:23:41,546 Kebencian ialah tema kepresidenannya. 374 00:23:44,215 --> 00:23:47,260 Mari kita gunakan kuasa presiden 375 00:23:47,343 --> 00:23:49,721 sebagai alat balas dendam 376 00:23:49,804 --> 00:23:53,099 untuk menentang sesiapa yang menghalangnya, 377 00:23:53,183 --> 00:23:55,268 termasuk Martha Mitchell. 378 00:24:07,947 --> 00:24:11,576 Selepas pilihan raya itu, kisah Watergate dilupakan 379 00:24:11,659 --> 00:24:13,036 dan tak dipedulikan. 380 00:24:14,954 --> 00:24:18,208 Ia tak dibangkitkan semula sehingga kemunculan McCord. 381 00:24:21,544 --> 00:24:23,755 James McCord, lelaki yang mengakui 382 00:24:23,838 --> 00:24:26,841 ada banyak perkara lain tentang kes Watergate, 383 00:24:26,925 --> 00:24:30,220 telah bertemu dengan komiti senat untuk menceritakannya. 384 00:24:31,429 --> 00:24:35,808 McCord kata John Mitchell tahu tentang Watergate. 385 00:24:36,309 --> 00:24:39,896 En. Mitchell, dulu awak pernah jadi simbol undang-undang… 386 00:24:39,979 --> 00:24:41,439 Sekarang pun sama. 387 00:24:41,523 --> 00:24:42,732 Jangan tak percaya. 388 00:24:44,817 --> 00:24:48,530 BANDAR NEW YORK 389 00:24:49,656 --> 00:24:52,408 John Mitchell keluar daripada pentadbiran. 390 00:24:52,492 --> 00:24:54,035 Dia jadi rakyat biasa. 391 00:24:54,118 --> 00:24:57,288 Tapi Martha mula bercakap dengan kawan medianya. 392 00:24:57,872 --> 00:25:01,000 Fred LaRue suruh saya berhati-hati semasa menelefon 393 00:25:01,084 --> 00:25:04,045 sebab Martha akan dengar perbualan. 394 00:25:04,629 --> 00:25:07,257 Jadi saya perlu bercakap dengan berhati-hati. 395 00:25:12,971 --> 00:25:15,223 PITA RUMAH PUTIH 396 00:25:15,306 --> 00:25:17,517 HALDEMAN: Awak tahu apa Martha buat? 397 00:25:18,977 --> 00:25:20,728 NIXON: Tak. Dia telefon orang? 398 00:25:20,812 --> 00:25:22,480 HALDEMAN: The New York Times. 399 00:25:23,064 --> 00:25:28,111 PN. MITCHELL PERCAYA ADA RANCANGAN UNTUK LIBATKAN SUAMINYA DENGAN WATERGATE 400 00:25:29,112 --> 00:25:30,321 NIXON: Apa dia cakap? 401 00:25:30,822 --> 00:25:32,991 HALDEMAN: Dia cakap John difitnah 402 00:25:33,074 --> 00:25:34,534 dan dia takkan biarkan. 403 00:25:35,410 --> 00:25:39,414 Katanya, "Mereka tak boleh fitnah dia. Saya tak peduli siapa cedera. 404 00:25:39,497 --> 00:25:40,873 Saya tahu nama mereka." 405 00:25:44,335 --> 00:25:48,923 Saya rasa dia marahkan Nixon sebab libatkan John dalam situasi ini. 406 00:25:49,007 --> 00:25:50,800 Dia nak lindungi John, 407 00:25:50,883 --> 00:25:54,554 tapi saya rasa dia tak tahu yang John memang terlibat. 408 00:25:55,430 --> 00:25:58,057 Cintanya membuatkan dia buta. 409 00:25:58,850 --> 00:26:03,605 Saya dah bosan dengan orang yang kata saya nak publisiti. 410 00:26:03,688 --> 00:26:09,986 Tapi jika saya perlu dapatkannya untuk bersihkan nama orang tak bersalah, 411 00:26:10,069 --> 00:26:11,779 iaitu saya dan suami saya… 412 00:26:12,280 --> 00:26:16,242 Awak boleh salahkan Rumah Putih. 413 00:26:16,326 --> 00:26:18,328 Apa maksud awak "Rumah Putih"? 414 00:26:20,038 --> 00:26:22,206 Apa maksud saya "Rumah Putih"? 415 00:26:22,290 --> 00:26:23,875 Salahkan Rumah Putih. 416 00:26:23,958 --> 00:26:26,461 Awak fikir masalah ini datang dari mana? 417 00:26:26,544 --> 00:26:28,880 Awak fikir suami saya sebodoh itu? 418 00:26:29,380 --> 00:26:31,883 Awak rasa siapa yang dia lindungi? 419 00:26:32,759 --> 00:26:33,801 Siapa? 420 00:26:33,885 --> 00:26:35,136 Saya tak tahu. Siapa? 421 00:26:36,262 --> 00:26:38,973 Mestilah dia melindungi En. Presiden. 422 00:26:39,474 --> 00:26:42,143 Tak syak lagi. 423 00:26:44,312 --> 00:26:48,733 Saya akan berterus-terang. Mereka mungkin akan bunuh saya. 424 00:26:48,816 --> 00:26:53,154 Tapi saya bergantung kepada media untuk melindungi saya. 425 00:26:57,867 --> 00:27:02,205 Saya di Madison, Wisconsin dan dia berjaya menjejaki saya. 426 00:27:02,288 --> 00:27:04,666 Dia kata Nixon patut letak jawatan. 427 00:27:05,249 --> 00:27:07,085 Dia orang pertama cakap begitu. 428 00:27:07,960 --> 00:27:10,296 Isteri bekas pengurus kempen Nixon 429 00:27:10,380 --> 00:27:14,092 berkata, suaminya dan presiden selalu sibuk rancang strategi. 430 00:27:14,175 --> 00:27:16,052 Pn. Mitchell sendiri berkata, 431 00:27:16,135 --> 00:27:18,930 "En. Presiden tahu apa yang berlaku." 432 00:27:19,639 --> 00:27:25,019 Presiden ini cuba nak beritahu rakyat Amerika 433 00:27:25,103 --> 00:27:27,730 dia tak tahu semua perkara buruk 434 00:27:27,814 --> 00:27:29,607 yang berlaku di depan matanya. 435 00:27:31,150 --> 00:27:33,486 Sama ada dia tahu apa yang berlaku, 436 00:27:33,569 --> 00:27:38,241 atau dia cuai dalam tugasnya sebagai presiden. 437 00:27:39,701 --> 00:27:41,160 Dia tahu. 438 00:27:41,244 --> 00:27:42,620 MARTHA: NIXON TAHU PENUTUPAN 439 00:27:42,704 --> 00:27:45,206 Dia tahu ada perkara buruk sedang berlaku. 440 00:27:46,332 --> 00:27:48,835 Saya dan Carl Bernstein mula sedar 441 00:27:48,918 --> 00:27:50,962 yang dia sedang bertegas 442 00:27:51,045 --> 00:27:53,172 sebab dia bercakap benar. 443 00:27:53,256 --> 00:27:54,424 SUMBAH BOHONG WATERGATE, DIDAKWA 444 00:27:54,507 --> 00:27:59,178 Apabila awak berkahwin dengan seseorang yang ada masalah undang-undang 445 00:27:59,262 --> 00:28:01,806 seperti dalam situasi John Mitchell… 446 00:28:03,558 --> 00:28:06,352 John Mitchell cuma marah saya sekali, 447 00:28:06,436 --> 00:28:10,189 semasa saya cakap saya rasa En. Presiden perlu letak jawatan. 448 00:28:11,566 --> 00:28:15,153 Saya rasa sebab dia dimarahi oleh orang-orang di Rumah Putih. 449 00:28:17,196 --> 00:28:18,448 Martha beritahu John Mitchell, 450 00:28:18,531 --> 00:28:21,492 "Jika awak bersama Nixon, awak akan dipenjarakan. 451 00:28:22,368 --> 00:28:25,204 Tapi pelakunya pula masih akan bebas." 452 00:28:31,711 --> 00:28:34,839 John Mitchell telah meninggalkan isterinya 453 00:28:34,922 --> 00:28:37,091 dan berpindah ke hotel New York. 454 00:28:37,967 --> 00:28:42,388 Menurut Newsweek, ini disebabkan oleh Pn. Mitchell yang naik berang 455 00:28:42,472 --> 00:28:45,141 dan mencampakkan semua baju suaminya 456 00:28:45,224 --> 00:28:47,351 ke luar apartmen mereka. 457 00:28:47,435 --> 00:28:51,189 Kawan-kawan mendakwa Mitchell berkata yang isterinya dah gila, 458 00:28:51,272 --> 00:28:54,692 tapi dia tak sanggup ambil tindakan undang-undang 459 00:28:54,776 --> 00:28:56,110 untuk mengurungnya. 460 00:29:15,379 --> 00:29:16,714 SUARA PIPER DANKWORTH RAKAN KELUAARGA 461 00:29:16,798 --> 00:29:18,966 Dia bersendirian selepas John pergi. 462 00:29:20,885 --> 00:29:22,929 Anaknya, Marty, tiada di sana. 463 00:29:23,012 --> 00:29:26,057 Saya tahu yang kerenggangan mereka 464 00:29:26,140 --> 00:29:28,601 membuatkan Martha rasa sunyi. 465 00:29:31,020 --> 00:29:33,022 Saya dah lalui banyak benda, 466 00:29:33,105 --> 00:29:36,901 jadi kalau saya jadi kaki botol pun mesti orang tak terkejut. 467 00:29:36,984 --> 00:29:37,944 Tapi tidak. 468 00:29:46,452 --> 00:29:50,998 Saya rasa dia selalu risau sesuatu akan berlaku kepada dia. 469 00:29:51,666 --> 00:29:55,169 Dia kata, "Mereka buat begini sebab saya tahu banyak benda." 470 00:29:59,715 --> 00:30:01,259 Saya diberikan dadah. 471 00:30:03,761 --> 00:30:07,390 Mereka cuba masukkan saya dalam hospital sakit jiwa dua kali. 472 00:30:10,726 --> 00:30:12,228 Mereka cuba bunuh saya. 473 00:30:14,272 --> 00:30:15,648 Saya sangat takut. 474 00:30:20,278 --> 00:30:23,948 …setiap hari saya bangun dan fikir, Apa akan berlaku hari ini?" 475 00:30:32,373 --> 00:30:39,297 Saya tak tahu kenapa saya tak sedar apa yang berlaku. Saya tak sedar. 476 00:30:44,677 --> 00:30:46,387 …sehingga saya dapat tahu 477 00:30:46,470 --> 00:30:49,265 yang Richard Nixon dan Mitchell duduk di pejabat 478 00:30:49,348 --> 00:30:51,893 dan rancang untuk jatuhkan saya. 479 00:30:51,976 --> 00:30:53,185 Ia dah dirakam. 480 00:30:54,020 --> 00:30:56,814 Baru minggu lalu Komiti Senat Watergate 481 00:30:56,898 --> 00:30:58,733 tahu tentang kewujudan rakaman 482 00:30:58,816 --> 00:31:00,526 perbualan Presiden Nixon, 483 00:31:00,610 --> 00:31:03,362 termasuk perbualan berkaitan Watergate. 484 00:31:05,740 --> 00:31:10,077 Saya sangka John Mitchell letakkan jawatan untuk saya. 485 00:31:10,578 --> 00:31:14,248 Tapi menurut pita itu, sebaliknya. 486 00:31:14,332 --> 00:31:18,461 Dia dan Richard Nixon kawal saya 487 00:31:18,544 --> 00:31:21,464 dan mereka dah rancang 488 00:31:21,547 --> 00:31:26,010 cara untuk Mitchell keluar daripada kempen itu. 489 00:31:30,139 --> 00:31:32,350 PITA RUMAH PUTIH 490 00:31:34,477 --> 00:31:37,563 30 JUN 1972 DUA TAHUN SEBELUM ITU 491 00:31:39,649 --> 00:31:44,195 JOHN MITCHELL: Dia memang dah melampau kali ini. 492 00:31:45,696 --> 00:31:49,533 Kita dah cipta raksasa untuk pihak media. 493 00:31:50,034 --> 00:31:51,452 NIXON: Dia selebriti. 494 00:31:51,535 --> 00:31:52,828 MITCHELL: Betul. 495 00:31:54,830 --> 00:31:57,541 Saya boleh cuba menutupnya untuk kawal keadaan. 496 00:31:58,542 --> 00:32:01,796 HALDEMAN: Kalau awak buat begini, ia akan jadi kejutan. 497 00:32:01,879 --> 00:32:02,713 Jika tidak… 498 00:32:02,797 --> 00:32:05,841 NIXON: Betul. Ia akan dikaitkan dengan Watergate. 499 00:32:13,766 --> 00:32:15,726 Ahli-ahli politik terdekat Nixon 500 00:32:15,810 --> 00:32:18,104 telah didakwa hari ini 501 00:32:18,187 --> 00:32:21,232 dalam detik kemuncak siasatan Watergate. 502 00:32:21,315 --> 00:32:24,652 John Mitchell, bekas peguam negara dan pengarah kempen, 503 00:32:24,735 --> 00:32:29,031 telah didakwa menghalang keadilan, menipu juri dan FBI 504 00:32:29,115 --> 00:32:31,075 dan boleh dipenjarakan 30 tahun. 505 00:32:34,286 --> 00:32:37,164 Mitchell pasti sangka dia akan dapat pengampunan, 506 00:32:37,790 --> 00:32:41,127 tapi Nixon letakkan jawatan begitu saja. 507 00:32:44,171 --> 00:32:46,882 Sepanjang tempoh isu Watergate yang sukar ini, 508 00:32:46,966 --> 00:32:49,385 saya tahu saya sepatutnya bertahan. 509 00:32:51,053 --> 00:32:54,390 Tapi, saya dah mula nampak 510 00:32:55,391 --> 00:32:59,645 yang saya tidak lagi mendapat sokongan ramai di Kongres. 511 00:33:00,229 --> 00:33:03,607 Saya akan letak jawatan bermula tengah hari esok. 512 00:33:06,027 --> 00:33:12,908 1974 9 OGOS 513 00:33:21,959 --> 00:33:24,420 Pada malam Nixon letakkan jawatan, 514 00:33:25,087 --> 00:33:31,218 itulah kali pertama saya sedar apa sebenarnya yang sedang berlaku. 515 00:33:32,261 --> 00:33:37,933 Itulah permulaan saya untuk kembali berdiri. 516 00:33:41,479 --> 00:33:42,938 Dulu, ramai orang anggap 517 00:33:43,022 --> 00:33:45,399 Martha Mitchell aneh dan menghiburkan 518 00:33:45,483 --> 00:33:48,944 sebab pendapatnya dan panggilan telefon lewat malamnya. 519 00:33:49,028 --> 00:33:51,739 Kemudian, muncul kata-katanya tentang Watergate 520 00:33:51,822 --> 00:33:55,117 dan kesedaran yang Martha Mitchell sedang bercakap benar. 521 00:33:56,035 --> 00:33:57,536 KAMI DENGAR, MARTHA 522 00:33:59,371 --> 00:34:00,873 MARTHA MITCHELL MUNCUL DI TELEVISYEN 523 00:34:01,123 --> 00:34:03,042 Selamat datang ke Panorama. Saya Maury Povich. 524 00:34:03,125 --> 00:34:06,587 Ini pembantu hos untuk minggu ini, Martha Mitchell. 525 00:34:07,463 --> 00:34:08,297 PERUBAHAN MARTHA MITCHELL! 526 00:34:08,380 --> 00:34:09,632 MARTHA DAH MENJADI ANGSA 527 00:34:11,509 --> 00:34:12,968 MARTHA DIGELARKAN HEROIN WATERGATE 528 00:34:13,552 --> 00:34:14,970 POLITIK MEMUSNAHKAN RUMAH TANGGA SAYA 529 00:34:15,054 --> 00:34:16,305 MARTHA MITCHELL KATA, 'SIAPA JOHN?' 530 00:34:16,388 --> 00:34:20,559 Rumah Putih beritahu wartawan macam saya, 531 00:34:20,643 --> 00:34:23,145 yang John Mitchell akan letakkan jawatan 532 00:34:23,229 --> 00:34:26,857 sebab dia perlu jaga isterinya yang dah gila. 533 00:34:26,941 --> 00:34:29,193 - John perlu jaga saya. - Betul. 534 00:34:30,444 --> 00:34:32,863 MARTHA MITCHELL TAK GILA, OLEH NORA EPHRON 535 00:34:32,947 --> 00:34:35,282 Orang kata awak mulakan isu Watergate. 536 00:34:35,366 --> 00:34:38,244 - Awak beritahu semua orang. - Betul kata mereka. 537 00:34:38,327 --> 00:34:41,163 - Awak gembira melihat hasilnya? - Gembira. 538 00:34:41,247 --> 00:34:42,748 Awak rasa jika Presiden… 539 00:34:42,832 --> 00:34:45,251 Itu perkara paling baik untuk negara ini. 540 00:34:45,334 --> 00:34:47,378 Kita akan pastikan ahli politik 541 00:34:47,920 --> 00:34:50,131 jadi rakyat yang setia. 542 00:34:50,214 --> 00:34:51,966 Mereka takkan menipu lagi. 543 00:34:52,049 --> 00:34:56,428 Orang-orang yang paling rapat dengan Richard Nixon di Rumah Putih 544 00:34:56,512 --> 00:35:00,266 telah dihukum penjara kerana menutup isu Watergate. 545 00:35:01,725 --> 00:35:05,104 Bagi ramai orang, itulah pengakhiran drama Watergate. 546 00:35:06,272 --> 00:35:08,649 John Mitchell juga memberi komen. 547 00:35:08,732 --> 00:35:09,984 Ada yang lagi teruk. 548 00:35:10,067 --> 00:35:12,111 Dia boleh hukum saya tinggal dengan Martha, 549 00:35:12,194 --> 00:35:14,321 jadi saya rasa saya bertuah. 550 00:35:18,284 --> 00:35:21,662 - Awak sedih dengan semua ini? - Sangat sedih. 551 00:35:34,300 --> 00:35:35,467 Martha Mitchell, 552 00:35:35,551 --> 00:35:39,221 wanita yang terkenal disebabkan kelantangannya di Rumah Putih 553 00:35:39,305 --> 00:35:41,599 menjadi penjual pakaian di Pink House. 554 00:35:42,892 --> 00:35:45,853 Dia menyaman John Mitchell untuk bayaran sokongan 555 00:35:45,936 --> 00:35:49,148 dan dalam dua minggu, dokumen mahkamah menggambarkannya 556 00:35:49,231 --> 00:35:53,277 sebagai sangat gila, tidak berduit dan tiada kawan. 557 00:35:54,361 --> 00:35:58,240 Semasa dia jatuh sakit, dia tak nak jumpa kawan-kawannya. 558 00:35:58,741 --> 00:36:01,410 Orang yang dia nak jumpa tak nak jumpa dia. 559 00:36:19,345 --> 00:36:22,848 Kira-kira 400 orang di Pine Bluff, Arkansas hadir pagi tadi 560 00:36:22,932 --> 00:36:25,476 untuk beri penghormatan terakhir kepada Martha Mitchell. 561 00:36:25,559 --> 00:36:28,437 1976 3 JUN 562 00:36:28,520 --> 00:36:32,233 Kejujurannya menimbulkan masalah kepada pentadbiran Nixon 563 00:36:32,316 --> 00:36:34,193 dan dengan suaminya sendiri. 564 00:36:35,694 --> 00:36:38,447 Tapi dia ada ramai peminat di tempat asalnya. 565 00:36:38,530 --> 00:36:40,366 Ada yang hantar bunga. 566 00:36:40,991 --> 00:36:44,536 Satu susunan kekwa putih mempunyai pesanan ini, 567 00:36:44,620 --> 00:36:46,372 "Martha berkata benar." 568 00:36:46,455 --> 00:36:47,539 Tanpa kad. 569 00:36:48,165 --> 00:36:52,002 MARTHA BERKATA BENAR 570 00:36:58,300 --> 00:36:59,718 Adakah dia wanita gila? 571 00:37:01,720 --> 00:37:05,015 Saya tak rasa begitu. Saya rasa dia seorang yang hebat 572 00:37:05,099 --> 00:37:08,269 dan saya rasa dia seorang yang berwawasan. 573 00:37:08,811 --> 00:37:09,812 Boleh meramal. 574 00:37:17,444 --> 00:37:19,738 Pn. Mitchell, awak pasti akan ditulis 575 00:37:19,822 --> 00:37:21,365 dalam buku sejarah. 576 00:37:21,448 --> 00:37:23,534 Apa awak nak mereka fikir? 577 00:37:24,827 --> 00:37:26,870 Kalau saya berbuat baik, Barbara, 578 00:37:26,954 --> 00:37:31,959 saya nak dikenali sebagai orang yang berjasa kepada negara saya. Itu saja. 579 00:37:32,042 --> 00:37:34,211 Itulah keseronokan yang terhebat. 580 00:37:34,712 --> 00:37:37,256 - Cara awak ialah berterus-terang. - Betul. 581 00:37:41,135 --> 00:37:43,512 JOHN MITCHELL DIPENJARAKAN 19 BULAN 582 00:37:43,595 --> 00:37:46,056 KERANA MENUTUP KONSPIRASI ITU. 583 00:37:46,140 --> 00:37:49,476 RICHARD NIXON DIAMPUNKAN PRESIDEN SELEPASNYA, GERALD FORD 584 00:37:49,560 --> 00:37:51,312 30 HARI SELEPAS MELETAKKAN JAWATAN. 585 00:37:51,395 --> 00:37:53,897 AHLI PSIKOLOGI HARVARD, BRENDAN MAHER, 586 00:37:53,981 --> 00:37:56,191 MENCIPTA ISTILAH "KESAN MARTHA MITCHELL." 587 00:37:56,275 --> 00:37:58,319 IA MENGGAMBARKAN KATA SESEORANG 588 00:37:58,402 --> 00:38:00,070 YANG DIANGGAP TAK BENAR, 589 00:38:00,154 --> 00:38:07,119 TAPI SELEPAS ITU DIDAPATI BENAR. 590 00:39:23,028 --> 00:39:26,156 FLORENCE E. ALVERGUE DALAM INGATAN 591 00:39:38,043 --> 00:39:43,048 Terjemahan sari kata oleh Atikah Gazzali.