1 00:00:45,462 --> 00:00:46,630 Ji Moon mati. 2 00:00:47,756 --> 00:00:49,550 Dia terlebih dos dan mati. 3 00:00:51,552 --> 00:00:52,553 Itu saja. 4 00:00:52,636 --> 00:00:55,305 Tragis, tapi, kita tak patut terkejut. 5 00:00:56,723 --> 00:00:57,724 Itulah ceritanya. 6 00:00:59,184 --> 00:01:02,521 Saya takkan sebut tentang sayalah yang bunuh dia. 7 00:01:07,985 --> 00:01:09,528 Kemudian, hidupkan dia semula. 8 00:01:40,559 --> 00:01:41,560 Hei. 9 00:01:43,937 --> 00:01:45,105 Ji Moon. 10 00:01:45,189 --> 00:01:47,107 Hai, saya Esther. Selamat datang ke Open Road. 11 00:01:47,191 --> 00:01:50,861 Penagih dadah melarikan diri daripada polis korup yang mahu dia mati. 12 00:01:51,361 --> 00:01:53,238 Pusat pemulihan nampak selamat. 13 00:01:54,865 --> 00:01:58,076 Garry pandai simpan rahsia. Saya bawa klien untuk dia sebelum ini. 14 00:01:59,369 --> 00:02:01,997 Tapi, menghilangkan jejak Ji, baru satu langkah. 15 00:02:04,124 --> 00:02:05,125 Saya macam tak percaya. 16 00:02:06,752 --> 00:02:07,920 Macam tak percaya dia dah mati. 17 00:02:08,419 --> 00:02:10,589 Okey. Teruskan berlatih. 18 00:02:13,300 --> 00:02:15,302 Rakan saya akan hantar awak balik, okey? 19 00:02:18,096 --> 00:02:19,932 - Terima kasih. - Tiada masalah. 20 00:02:27,731 --> 00:02:29,816 PUSAT PEMULIHAN OPEN ROAD KEBEBASAN CARA BAHARU 21 00:02:29,900 --> 00:02:31,151 Saya perlu bergerak cepat. 22 00:02:31,902 --> 00:02:34,446 Lebih ramai orang tahu satu rahsia, lebih cepat ia tersebar. 23 00:02:35,614 --> 00:02:38,742 Seterusnya, palsukan sijil kematian Ji. 24 00:02:40,244 --> 00:02:43,830 Vertigo karya Hitchcock ada cara terbaik "memalsukan kematian seseorang." 25 00:02:47,042 --> 00:02:49,419 Saya harap versi saya berakhir dengan kurang keterujaan. 26 00:02:51,755 --> 00:02:55,050 Maaf. Bos guna kereta saya. Jadi, saya perlu guna kereta dia. 27 00:02:56,009 --> 00:02:57,010 Tapi, semuanya okey. 28 00:02:57,094 --> 00:02:58,971 Semua maklumat ada macam yang awak beri. 29 00:03:00,055 --> 00:03:02,057 "Kegagalan jantung akibat terlebih dos fentanil. 30 00:03:02,140 --> 00:03:04,685 Mayat dihantar pulang ke Korea atas permintaan keluarga." 31 00:03:05,310 --> 00:03:07,646 Rumah mayat pastikan sijil ini menjadi rekod awam? 32 00:03:07,729 --> 00:03:10,440 Tak perlukan pegawai daerah. Urusan di satu lokasi, menepati bayaran. 33 00:03:10,941 --> 00:03:11,942 Terima kasih, Tammy. 34 00:03:13,986 --> 00:03:14,987 Salam takziah. 35 00:03:15,487 --> 00:03:16,822 Ini satu proses. 36 00:03:18,073 --> 00:03:19,074 Bijak. 37 00:03:46,185 --> 00:03:47,686 Vega ada titik buta. 38 00:03:49,938 --> 00:03:53,525 Dia lihat Ji sebagai penagih dadah dan penagih selalu akan mati. 39 00:03:55,694 --> 00:03:57,070 Tapi, dia tak bodoh. 40 00:03:58,655 --> 00:03:59,781 Saya perlu teliti. 41 00:04:09,875 --> 00:04:11,418 Malam tadi, saya tergesa-gesa. 42 00:04:12,044 --> 00:04:13,545 Saya tercicir sesuatu. 43 00:04:49,498 --> 00:04:50,582 Hampir selesai. 44 00:04:53,210 --> 00:04:54,378 Saya orang yang sentimental. 45 00:04:55,963 --> 00:04:57,673 Lelaki yang terlalu mengambil berat. 46 00:04:59,633 --> 00:05:01,343 Bukan dia saja yang fikir begitu. 47 00:05:15,023 --> 00:05:17,568 Saya akan mainkan peranan saya, buat seperti jangkaan. 48 00:05:18,360 --> 00:05:21,321 Hanya satu reaksi saja yang amat meyakinkan. 49 00:05:22,823 --> 00:05:24,408 - Vega. - Kemarahan. 50 00:05:24,491 --> 00:05:27,077 Hei. Berundur. 51 00:05:28,537 --> 00:05:29,788 Hei. 52 00:05:30,372 --> 00:05:31,915 Okey. Tak mengapa. 53 00:05:33,292 --> 00:05:34,293 Saya memang dah jangka. 54 00:05:36,879 --> 00:05:38,839 - Lepaskan dia. - Pergi. 55 00:05:40,048 --> 00:05:42,885 Okey. Okey, semua. Sambung berparti. Ayuh. 56 00:05:42,968 --> 00:05:45,095 Harapnya, tumbukan itu meyakinkan. 57 00:05:45,929 --> 00:05:47,139 Saya pun percaya. 58 00:05:50,642 --> 00:05:51,643 Hentian terakhir, 59 00:05:52,686 --> 00:05:53,687 bahagian terbaik. 60 00:05:55,314 --> 00:05:56,899 Beritahu Danny, abangnya selamat. 61 00:06:00,402 --> 00:06:01,570 Setidaknya, buat masa ini. 62 00:07:16,311 --> 00:07:17,312 Flybjerg? 63 00:07:21,066 --> 00:07:22,067 1827. 64 00:07:23,068 --> 00:07:24,403 Di seberang. Tunggu di situ. 65 00:07:24,903 --> 00:07:25,904 Terima kasih. 66 00:07:43,505 --> 00:07:45,132 Hei. Tunggu sekejap. 67 00:07:50,304 --> 00:07:51,305 Orang Kuwait ini. 68 00:07:51,388 --> 00:07:54,391 Kami cuma mahu dia tinggalkan banglonya di sana, 69 00:07:54,474 --> 00:07:57,686 duduk di tepi kolam renang di sini, berdekatan mikrofon kami. 70 00:07:57,769 --> 00:07:58,770 Dia enggan? 71 00:07:58,854 --> 00:08:00,230 Dia enggan. 72 00:08:00,814 --> 00:08:02,316 Tiga hari kami berkampung. 73 00:08:03,901 --> 00:08:05,402 Tiga hari? 74 00:08:05,485 --> 00:08:06,570 Biar saya tengok. 75 00:08:08,697 --> 00:08:09,907 Mungkin dia tak pandai berenang. 76 00:08:09,990 --> 00:08:11,200 Kami tak mahu dia berenang. 77 00:08:11,909 --> 00:08:15,579 Kami mahu dia duduk dengan rakan-rakannya dan bincang tentang aktiviti haramnya. 78 00:08:15,662 --> 00:08:17,998 Ya, saya faham. Dia akan muncul. 79 00:08:19,583 --> 00:08:21,752 - Marilah. Nak apa-apa? - Tidak. Saya okey. 80 00:08:21,835 --> 00:08:23,629 Maaf sebab buat awak datang jauh ke sini. 81 00:08:23,712 --> 00:08:25,506 Tidak. Awak sibuk. Terima kasih sudi berjumpa. 82 00:08:26,173 --> 00:08:27,174 Jadi, ada apa? 83 00:08:28,759 --> 00:08:31,220 Tentang kes saya. Saya nak beri maklumat terkini. 84 00:08:31,303 --> 00:08:32,596 Okey. 85 00:08:32,679 --> 00:08:35,097 Biar saya teka. Ia semakin rumit dan berbahaya. 86 00:08:35,182 --> 00:08:36,517 Rumit, berbahaya 87 00:08:37,558 --> 00:08:38,809 dan berlencana. 88 00:08:40,520 --> 00:08:41,522 Ceritakan. 89 00:08:42,105 --> 00:08:44,066 Dia nampak macam Collins. Percayalah. 90 00:08:44,149 --> 00:08:46,652 - Saya suka Collins, tapi sikitlah. - Entahlah. 91 00:08:46,735 --> 00:08:48,946 Saya rasa saya seksi. 92 00:08:49,029 --> 00:08:50,364 SIJIL KEMATIAN JI-SEOK MOON 93 00:08:50,447 --> 00:08:51,448 TERLEBIH DOS FENTANIL 94 00:08:53,700 --> 00:08:55,452 Memalukan. 95 00:08:55,536 --> 00:08:57,538 Kebanyakan syerif sangat santai. Lelaki dan polis yang baik. 96 00:08:57,621 --> 00:09:00,290 Tapi, ada juga orang sebegini. Samseng berlencana. 97 00:09:00,374 --> 00:09:01,583 Bermula dalam penjara, ya? 98 00:09:01,667 --> 00:09:03,252 Jabatan Syerif LA yang uruskan? 99 00:09:03,335 --> 00:09:05,504 Di situlah mereka berkenalan. 100 00:09:05,587 --> 00:09:06,588 Ceritakan tentang Vega. 101 00:09:06,672 --> 00:09:08,924 Apa motif dia? Apa agendanya? 102 00:09:09,007 --> 00:09:12,803 Entahlah. Harga fentanil menurun 90 peratus di jajahan Ez4. 103 00:09:12,886 --> 00:09:14,680 Itu kawasan bidang kuasanya. 104 00:09:14,763 --> 00:09:16,306 - Biar betul. - Ya. 105 00:09:16,390 --> 00:09:17,432 Saya rasa, dia cuba 106 00:09:17,516 --> 00:09:19,935 tolong seseorang kuasai pasaran, tapi, tak masuk akallah. 107 00:09:20,435 --> 00:09:22,312 Kita cuma tahu jualan runtuh di Downer Town. 108 00:09:22,396 --> 00:09:23,397 Ya, betul. 109 00:09:24,356 --> 00:09:25,858 Sebelum itu, Ji Moon. 110 00:09:25,941 --> 00:09:28,902 Saya perlu pastikan dia selamat selagi tak tahu tindakan Vega. 111 00:09:28,986 --> 00:09:31,613 - Okey. Apa cadangan awak? - Perlindungan saksi. 112 00:09:32,364 --> 00:09:33,448 Tidak. 113 00:09:36,493 --> 00:09:37,536 Tunggu sekejap. 114 00:09:40,414 --> 00:09:41,415 Tidak. 115 00:09:43,000 --> 00:09:44,418 Permintaan awak… 116 00:09:45,335 --> 00:09:46,962 Sejujurnya, dengan ekonomi sekarang, 117 00:09:47,462 --> 00:09:50,174 permohonan perlindungan saksi 200,000 dolar untuk keterangan satu saksi 118 00:09:50,257 --> 00:09:51,925 menentang pegawai polis berpangkat? 119 00:09:52,509 --> 00:09:53,760 Pegawai polis korup. 120 00:09:54,428 --> 00:09:55,596 Tetap pegawai polis. 121 00:09:56,722 --> 00:09:58,891 Dari segi bukti, awak perlukan keajaiban. 122 00:09:58,974 --> 00:10:00,559 Kalau ada saksi perbuatan Vega 123 00:10:00,642 --> 00:10:02,186 melakukan pembunuhan dalam bilik hospital? 124 00:10:02,269 --> 00:10:03,520 Tolonglah. Itu tentu… 125 00:10:03,604 --> 00:10:06,523 Saksi itu juga melakukan feloni tahap kedua ketika itu. 126 00:10:06,607 --> 00:10:07,941 Maksud awak, keterangannya lemah? 127 00:10:08,025 --> 00:10:09,151 Ya. 128 00:10:11,612 --> 00:10:12,613 Terima. 129 00:10:13,447 --> 00:10:14,865 Betul kata awak. Waktu kolam renang. 130 00:10:15,824 --> 00:10:18,577 Saya cuma nak kata, peluangnya sangat tipis. 131 00:10:18,660 --> 00:10:20,120 Tapi, saya akan tanya orang saya 132 00:10:20,204 --> 00:10:21,538 - di Pejabat Pendakwa AS. - Baiklah. 133 00:10:21,622 --> 00:10:23,123 - Saya perlu sambung tugas. - Okey. 134 00:10:23,999 --> 00:10:25,751 Tapi, nak tahu perkara yang saya tak faham? 135 00:10:26,335 --> 00:10:29,296 Pembelian balik pasaran ini macam tak masuk akal. 136 00:10:29,379 --> 00:10:32,591 Saya tahu. Maksudnya, Downer Town, Downtown, Westlake. 137 00:10:33,800 --> 00:10:35,719 - Ya. - Itu pasaran Sergey. 138 00:10:35,802 --> 00:10:37,054 Saya tahu. 139 00:10:37,137 --> 00:10:39,056 Seluruh bandar ini ialah pasaran Sergey. 140 00:10:39,139 --> 00:10:42,267 Okey. Saya akan tanya Pendakwa. Saya akan maklumkan kepada awak. 141 00:10:42,351 --> 00:10:43,393 Terima kasih. 142 00:10:47,606 --> 00:10:49,107 Ya, dia dah mati. Sudah disahkan. 143 00:10:51,944 --> 00:10:54,446 Ia terurus sendiri. 144 00:10:56,615 --> 00:10:59,243 Saya faham. Ya, saya faham. 145 00:11:00,869 --> 00:11:01,954 Tiada lagi masalah. Ya. 146 00:11:05,832 --> 00:11:07,584 Vega takkan percaya dia bernasib baik. 147 00:11:08,126 --> 00:11:11,880 Dia tentu berharap akan terlepas. Tapi, dia tetap akan perhatikan saya. 148 00:11:16,635 --> 00:11:19,596 - Tak mengapa. - Ini Pentas 17… 149 00:11:19,680 --> 00:11:20,764 Biarlah dia memerhati. 150 00:11:20,848 --> 00:11:24,977 Para peminat filem tentu cam ia tingkat dua jabatan bacaan skrip 151 00:11:25,060 --> 00:11:28,146 dalam Sunset Boulevard arahan Billy Wilder. 152 00:11:28,230 --> 00:11:29,565 - Kita akan pergi ke… - "Di situlah saya, seorang penulis, 153 00:11:29,648 --> 00:11:31,024 duduk di tepi tingkap." 154 00:11:31,108 --> 00:11:33,569 - Awak tahu. Dia peminat filem. - Ya, sikitlah. 155 00:11:34,736 --> 00:11:39,658 Alfred Hitchcock terkenal dengan tidak mengikut peraturan. 156 00:11:39,741 --> 00:11:43,954 Jadi, apabila bos studio pindahkan pejabatnya ke lokasi lebih dekat 157 00:11:44,037 --> 00:11:47,499 untuk mengawasi dia melalui tingkap besar… 158 00:11:47,583 --> 00:11:49,877 Kita di lot belakang New York 159 00:11:49,960 --> 00:11:55,090 yang menempatkan Brooklyn, Greenwich Village, SoHo… 160 00:11:55,174 --> 00:11:59,511 Breakfast at Tiffany's lakonan Audrey Hepburn dirakam di sini. 161 00:11:59,595 --> 00:12:01,138 Ada sesiapa di sini suka Breakfast at Tiffany's? 162 00:12:01,221 --> 00:12:03,223 - Saya suka filem itu. - Ya. Suka. 163 00:12:04,641 --> 00:12:06,310 Okey, semua. 164 00:12:06,894 --> 00:12:07,978 Kita dah sampai. 165 00:12:08,729 --> 00:12:10,647 Semoga kamu seronok dengan lawatan ini. 166 00:12:10,731 --> 00:12:12,441 - Semoga hari kamu indah. - Seronok berkenalan. 167 00:12:12,524 --> 00:12:13,901 - Selamat terbang. - Jumpa lagi. 168 00:12:13,984 --> 00:12:15,861 - Hati-hati pulang. Selamat sampai. - Babai! 169 00:12:15,944 --> 00:12:16,945 Babai. 170 00:12:17,029 --> 00:12:19,740 Hei, saya masih tak faham tentang kisah Rear Window itu. 171 00:12:19,823 --> 00:12:22,326 Hitchcock gali bahagian bawah tanah sebuah studio 172 00:12:22,409 --> 00:12:23,660 untuk membina 173 00:12:23,744 --> 00:12:24,870 - blok pangsapuri di dalamnya? - Ya. 174 00:12:24,953 --> 00:12:26,955 - Dia memang genius. - Ya. Ia berhasil juga. 175 00:12:27,039 --> 00:12:28,540 Ya, hasilnya hebat. 176 00:12:29,249 --> 00:12:31,335 - Satu pusingan lagi, En. Sugar? - Ya, Steff. 177 00:12:40,302 --> 00:12:41,720 - Hei, Danny. - Apa? 178 00:12:41,803 --> 00:12:42,804 Teddy nak jumpa. 179 00:12:54,191 --> 00:12:55,192 Duduk. 180 00:13:03,450 --> 00:13:06,620 Jadi, Len Pankow ceritakan hal yang terjadi di restoran Cina itu. 181 00:13:06,703 --> 00:13:08,080 Jepun. 182 00:13:10,832 --> 00:13:12,376 Kenapa awak buat begitu? 183 00:13:13,001 --> 00:13:15,379 Ia dah tersedia depan mata awak. 184 00:13:17,673 --> 00:13:18,674 Beritahu saya sebabnya. 185 00:13:19,550 --> 00:13:21,134 Lelaki itu celupar. 186 00:13:22,010 --> 00:13:23,387 Saya tak suka dipandang hina. 187 00:13:23,470 --> 00:13:25,347 Jadi, awak hina diri awak sendiri? 188 00:13:25,973 --> 00:13:30,602 Awak sia-siakan peluang awak supaya boleh jadi macam abang awak? 189 00:13:30,686 --> 00:13:32,312 Ji tiada kaitan dalam hal ini. 190 00:13:33,856 --> 00:13:35,524 Mengarut! 191 00:13:38,443 --> 00:13:39,945 Teddy, saya… 192 00:13:41,154 --> 00:13:43,323 Saya bersyukur atas semua pertolongan awak. 193 00:13:44,157 --> 00:13:46,869 Tapi, jika awak hina abang saya sekali lagi… 194 00:13:48,328 --> 00:13:49,872 saya akan tumbuk awak. 195 00:13:53,876 --> 00:13:54,960 Baiklah. 196 00:14:15,856 --> 00:14:18,567 Sementara menunggu maklumat daripada rakan pendakwa Tom, 197 00:14:19,902 --> 00:14:21,737 saya teruskan siasatan bagi kes satu lagi. 198 00:14:25,908 --> 00:14:29,119 Khususnya, profesor yang saya nampak berjumpa dengan Senator Pavich. 199 00:14:33,707 --> 00:14:36,043 Dia akan bantu saya fahami hal sebenarnya. 200 00:14:37,628 --> 00:14:39,421 Walaupun dia masih belum tahu. 201 00:14:54,436 --> 00:14:56,480 Apa hal? 202 00:14:57,773 --> 00:14:58,857 Apa hal? 203 00:15:00,484 --> 00:15:01,527 Apa hal? 204 00:15:07,324 --> 00:15:08,492 Helo. 205 00:15:11,078 --> 00:15:12,371 Apa hal? 206 00:15:12,454 --> 00:15:13,705 "Apa hal" untuk awak juga. 207 00:15:18,961 --> 00:15:20,921 Apa hal? 208 00:15:23,966 --> 00:15:25,342 Apa hal? 209 00:15:47,364 --> 00:15:51,577 Maaf, sayang. Saya terlupa buku jadual, penyegar nafas. 210 00:15:51,660 --> 00:15:53,787 - Monty, ini sayalah. - Apa hal? 211 00:15:53,871 --> 00:15:55,789 Ayah terlupa buku jadual. 212 00:15:55,873 --> 00:15:58,500 Saya akan balik beberapa jam lagi. Sudahlah. 213 00:15:58,584 --> 00:15:59,793 Jangan nakal-nakal. 214 00:15:59,877 --> 00:16:02,171 Saya balik nanti, kita tonton The Bachelorette, okey? 215 00:16:03,505 --> 00:16:04,590 Saya sayang awak. 216 00:16:19,354 --> 00:16:20,480 Ya. Nyaris betul. 217 00:16:49,843 --> 00:16:53,013 PANDUAN LENGKAP BERKAITAN KAKTUS DAN SUKULEN 218 00:16:53,096 --> 00:16:55,098 TAKSONOMI, PENANAMAN DAN PEMBIAKAN 219 00:17:26,797 --> 00:17:28,006 Selamat petang, En. Sugar. 220 00:17:28,507 --> 00:17:29,508 Selamat petang, Elinor. 221 00:17:30,092 --> 00:17:31,343 Awak tahu ia dari mana? 222 00:17:31,885 --> 00:17:32,886 Sudah tentu. 223 00:17:33,512 --> 00:17:34,513 Merdu. 224 00:17:34,596 --> 00:17:35,597 Semestinya. 225 00:17:37,975 --> 00:17:38,976 Meja untuk seorang? 226 00:17:42,688 --> 00:17:44,106 Malam ini tak mahu. Terima kasih. 227 00:17:44,606 --> 00:17:45,858 Okey. 228 00:18:07,129 --> 00:18:09,131 Anda tiada mesej baharu. 229 00:18:21,852 --> 00:18:26,106 Kumpulan kedua, gelombang ketiga, California. John Sugar. 230 00:18:27,941 --> 00:18:30,194 Saya masih di sini, jika ada sesiapa pun sama. 231 00:18:35,574 --> 00:18:37,451 Seronok juga kalau ada teman berbual. 232 00:18:46,001 --> 00:18:48,128 Saya masih di sini, jika ada sesiapa pun sama. 233 00:18:59,681 --> 00:19:03,727 Kumpulan kedua, gelombang ketiga, California. John Sugar. 234 00:19:08,774 --> 00:19:10,567 PANDUAN LENGKAP BERKAITAN KAKTUS DAN SUKULEN 235 00:19:10,651 --> 00:19:11,652 Seronok juga… 236 00:19:13,862 --> 00:19:15,364 Seronok juga kalau ada teman berbual. 237 00:19:23,455 --> 00:19:25,165 Hei, Melanie. 238 00:19:25,749 --> 00:19:30,045 Tak. Saya hubungi Jonathan untuk tanya khabar. Dia beri nombor awak. 239 00:19:30,629 --> 00:19:32,840 Tidak. Saya tak pergi. 240 00:19:34,091 --> 00:19:35,092 Saya tinggal. 241 00:19:38,470 --> 00:19:40,722 Saya dengar, awak sedang lakukan jelajah. Apa cerita? 242 00:19:41,557 --> 00:19:43,433 Paris? Betul tak cakap saya? 243 00:19:43,517 --> 00:19:44,852 Awak tak pernah ke Paris? 244 00:19:44,935 --> 00:19:46,103 Tak pernah. 245 00:19:47,646 --> 00:19:49,648 Tak betul? Ya. 246 00:19:52,234 --> 00:19:53,819 Hei, apa khabar Wylie? 247 00:19:58,782 --> 00:20:00,742 Ya, tak apa. Saya faham. 248 00:20:00,826 --> 00:20:01,827 Awak sibuk. 249 00:20:02,786 --> 00:20:04,413 Ya. Awak balik nanti, kita boleh berjumpa. 250 00:20:44,703 --> 00:20:47,331 Okey, masalahnya ialah "membuktikannya"? 251 00:20:47,414 --> 00:20:48,415 Ya. 252 00:20:52,961 --> 00:20:54,588 Mungkin Chuy hadapi masalah sama? 253 00:20:56,131 --> 00:20:59,718 Kenyataannya saja menentang polis takkan memadai. Dia sedar. 254 00:21:00,219 --> 00:21:01,887 - Jadi, apa dia buat? - Saya sudi mendengar. 255 00:21:03,639 --> 00:21:06,016 Dia dapatkan lebih banyak bukti. Tapi, bagaimana dia dapatkan? 256 00:21:06,683 --> 00:21:09,186 - Dia muda. Gen Z, bukan? - Ya. 257 00:21:10,729 --> 00:21:13,607 Bagi dia, apa satu-satunya benda yang dapat sahkan sesuatu? 258 00:21:16,693 --> 00:21:19,321 - Video dalam telefonnya. - Tepat sekali. 259 00:21:19,404 --> 00:21:20,656 Okey. 260 00:21:21,406 --> 00:21:24,535 Hospital tentu dah serahkan barang Chuy kepada neneknya. 261 00:21:25,202 --> 00:21:26,828 Tanyalah jika awak boleh lihat telefonnya. 262 00:21:27,996 --> 00:21:29,081 - Saya tanya? - Ya. 263 00:21:29,164 --> 00:21:32,251 Saya takkan kembali ke Downer Town. Saya dah serik. 264 00:21:32,751 --> 00:21:34,711 Lagipun, itu idea awak. 265 00:21:35,963 --> 00:21:36,964 Okey. 266 00:21:39,842 --> 00:21:41,510 Awak nak ke mana memakai baju panas? 267 00:21:43,554 --> 00:21:44,555 Keluar. 268 00:21:44,638 --> 00:21:45,889 Keluar ke mana? 269 00:21:46,598 --> 00:21:47,599 Jumpa orang. 270 00:21:50,602 --> 00:21:52,104 Awak ada banyak rahsia. 271 00:21:52,771 --> 00:21:53,897 Awak pun sama. 272 00:21:54,565 --> 00:21:57,484 Ya, betul. Saya akan dapatkan telefon itu. 273 00:21:57,568 --> 00:21:59,778 - Okey. Beritahu saya perkembangan. - Baiklah. 274 00:22:10,122 --> 00:22:12,291 Bahagian kerja ini yang saya tak suka ialah menipu. 275 00:22:13,208 --> 00:22:16,461 Awalnya, saya tak pandai menipu. Tapi, saya akui, 276 00:22:16,545 --> 00:22:19,256 selepas bertahun-tahun, saya makin mahir. 277 00:22:19,923 --> 00:22:23,427 Kadangkala, untuk tujuan baik, jika perlu. 278 00:22:25,262 --> 00:22:27,347 Semuanya dah mula berbunga. 279 00:22:28,807 --> 00:22:29,808 Saya risau. 280 00:22:30,559 --> 00:22:32,644 Sebab kurang hujan… 281 00:22:33,604 --> 00:22:35,189 Cochineal nopal. 282 00:22:36,148 --> 00:22:37,274 Nampak sangat sensitif. 283 00:22:39,234 --> 00:22:40,235 Ya. 284 00:22:41,403 --> 00:22:42,738 Sebenarnya, tidak. 285 00:22:43,822 --> 00:22:45,199 Ia nampak saja begitu. 286 00:22:46,533 --> 00:22:47,534 Apa? 287 00:22:48,368 --> 00:22:52,497 Cochineal nopal. Opuntia cochenillifera. 288 00:22:53,582 --> 00:22:54,750 Pir berduri. Ia… 289 00:22:55,667 --> 00:22:59,922 Ia lebih kuat daripada rupanya. Sangat efisien dalam menyimpan air. 290 00:23:01,089 --> 00:23:02,257 Boleh saya duduk? 291 00:23:02,341 --> 00:23:06,136 Ia cuma perlukan sedikit cahaya matahari dan masa. Barulah berbunga. 292 00:23:08,305 --> 00:23:09,515 Awak kaji xerofit? 293 00:23:10,891 --> 00:23:12,768 Tidak. Saya baru mula. 294 00:23:14,520 --> 00:23:15,896 Saya terus minat. 295 00:23:17,356 --> 00:23:18,357 Awak? 296 00:23:19,733 --> 00:23:20,734 Ya, ia… 297 00:23:21,777 --> 00:23:23,362 Hobi yang saya suka. 298 00:23:24,279 --> 00:23:25,280 Saya cuma… 299 00:23:26,281 --> 00:23:27,407 Saya mengaguminya. 300 00:23:28,659 --> 00:23:30,744 Serius? Dari segi apa? 301 00:23:34,289 --> 00:23:37,876 Ia bukan saja boleh bertahan, tapi berkembang dalam kesusahan. 302 00:23:39,586 --> 00:23:41,046 Keindahan dalam kepayahan. 303 00:23:42,005 --> 00:23:43,799 Sebab itulah. Faham maksud saya? 304 00:23:46,343 --> 00:23:47,344 Faham. 305 00:23:52,140 --> 00:23:53,600 SELAMAT HARI LAHIR 306 00:24:47,613 --> 00:24:49,114 Video tak ada? 307 00:24:49,198 --> 00:24:52,910 Telefon pun tak ada. Neneknya sangat baik. 308 00:24:53,410 --> 00:24:54,494 Ya, betul. 309 00:24:54,578 --> 00:24:57,206 Dia tunjuk barang Chuy dari hospital, tapi tiada yang penting. 310 00:24:57,289 --> 00:24:58,749 Tak masuk akallah. 311 00:24:58,832 --> 00:25:00,876 Ya, pelik. Semua orang ada telefon. 312 00:25:01,627 --> 00:25:03,462 - Mungkin polis ambil? - Ada kemungkinan. 313 00:25:03,545 --> 00:25:05,297 Mereka ambil telefon Ji semasa tinggalkan kabin. 314 00:25:05,380 --> 00:25:06,757 Alamak. 315 00:25:07,382 --> 00:25:08,675 Tapi, idea yang bagus, Val. 316 00:25:10,844 --> 00:25:11,845 Bagaimana sekarang? 317 00:25:12,346 --> 00:25:13,597 Apa patut kita buat? 318 00:25:14,973 --> 00:25:17,601 Kita terus cari bukti menentang Vega. 319 00:25:19,686 --> 00:25:21,522 Mungkin cita rasa saya berubah. 320 00:25:22,564 --> 00:25:24,775 Ia boleh berlaku. Saya pernah tengok. 321 00:25:25,692 --> 00:25:27,152 Restoran ditutup. 322 00:25:27,236 --> 00:25:28,237 Ya. 323 00:25:29,488 --> 00:25:31,448 Kami boleh sediakan makanan ringkas. 324 00:25:31,532 --> 00:25:34,409 Mungkin salad atau hidangan sayur? 325 00:25:36,328 --> 00:25:37,371 Sebenarnya… 326 00:25:39,373 --> 00:25:41,124 Saya tak pernah makan burger keju. 327 00:25:55,138 --> 00:25:56,223 Hei. 328 00:25:57,891 --> 00:25:58,892 Saya sangka, awak dah beredar. 329 00:26:00,310 --> 00:26:02,729 Saya tiba-tiba perlu ke London. Sekarang, dah balik. 330 00:26:04,314 --> 00:26:05,399 Baguslah. 331 00:26:07,484 --> 00:26:08,861 Saya minta maaf. 332 00:26:09,653 --> 00:26:11,446 Sebab tugas saya, kadangkala saya… 333 00:26:14,825 --> 00:26:16,243 Terima kasih untuk nota awak. 334 00:26:17,661 --> 00:26:18,745 Snek lewat malam? 335 00:26:20,038 --> 00:26:23,250 Ya. Ini burger keju. 336 00:26:25,502 --> 00:26:27,713 Cik Fischer, biar saya bawakan. 337 00:26:45,189 --> 00:26:47,608 Apa maksud awak? Lawatan studio? 338 00:26:48,483 --> 00:26:49,860 Untuk pelancong? 339 00:26:49,943 --> 00:26:53,071 Ya, logiklah. Dia suka filem, jadi dia pergi lawatan. 340 00:26:53,989 --> 00:26:55,824 Lelaki di Echo Park itu pula? 341 00:26:56,325 --> 00:27:01,580 Ya, Dr. Stanley Onda… Ondaatje, 342 00:27:02,247 --> 00:27:03,999 profesor Kejuruteraan Gunaan. 343 00:27:05,417 --> 00:27:07,503 Tak berkait dengan kita langsung. 344 00:27:08,337 --> 00:27:10,130 Itulah maksud saya. Kita selamat. 345 00:27:10,714 --> 00:27:12,299 Jangan fikir lagi. Baliklah. 346 00:27:14,384 --> 00:27:15,511 Hei, Christopher. 347 00:27:18,430 --> 00:27:20,224 Saya akan balik kalau saya mahu. 348 00:27:21,099 --> 00:27:22,434 Faham maksud saya? 349 00:27:47,376 --> 00:27:49,837 Idea Val tentang telefon Chuy memang tepat. 350 00:27:49,920 --> 00:27:53,632 Tapi, Vega jumpa dulu, bukan? Atau, saya terlepas pandang sesuatu? 351 00:27:53,715 --> 00:27:56,760 Jesus masih berhubung dengannya? 352 00:27:56,844 --> 00:27:58,846 Ya, mereka berkawan baik. 353 00:27:58,929 --> 00:28:00,264 Tempat mengadu. 354 00:28:06,061 --> 00:28:07,104 Sandra. 355 00:28:10,190 --> 00:28:13,527 Saya kembali ke tempat kami berjumpa, tapi, Sandra tiada di situ. 356 00:28:14,695 --> 00:28:17,197 Saya tanya orang sekeliling. Mencari di merata tempat. 357 00:28:17,698 --> 00:28:21,368 Terowong, bawah jambatan, perkhemahan di sebelah lebuh raya. 358 00:28:22,119 --> 00:28:23,161 Lama saya mencari. 359 00:28:26,164 --> 00:28:27,165 Tapi… 360 00:28:29,209 --> 00:28:31,962 Saya jumpa dia. Akhirnya. 361 00:28:37,759 --> 00:28:38,969 Saya harap, saya tak jumpa. 362 00:28:48,228 --> 00:28:49,229 Terlebih dos. 363 00:29:12,127 --> 00:29:15,506 Tempat ini menghancurkan hati kita. 364 00:29:44,535 --> 00:29:45,536 Teddy nak jumpa. 365 00:29:48,705 --> 00:29:49,957 Okey. 366 00:29:52,709 --> 00:29:53,919 Moon. 367 00:29:54,628 --> 00:29:56,421 Hei. Apa khabar? 368 00:29:57,798 --> 00:30:01,635 Awak perlu minta maaf kepada kawan saya. Atau saya belasah awak. 369 00:30:03,971 --> 00:30:05,264 Kawan awak tak guna. 370 00:30:09,685 --> 00:30:10,978 Tapi, awak bagus. 371 00:30:11,770 --> 00:30:15,357 Awak beri saya peluang, tapi saya bazirkan. Jadi… 372 00:30:17,442 --> 00:30:18,777 Saya akan minta maaf kepada awak. 373 00:30:20,612 --> 00:30:21,655 Maaf. 374 00:30:23,323 --> 00:30:24,658 Saya tetap akan belasah awak. 375 00:30:26,618 --> 00:30:27,661 Di Las Vegas. 376 00:30:29,538 --> 00:30:31,498 Apa? Awak serius? 377 00:30:31,582 --> 00:30:32,791 Perlawanan tetap diteruskan? 378 00:30:32,875 --> 00:30:34,418 Mestilah. 379 00:30:34,501 --> 00:30:37,129 Betul kata awak. Kawan saya memang tak guna. 380 00:30:38,338 --> 00:30:40,424 Awak pula masih belum tandatangan kontrak. 381 00:30:42,342 --> 00:30:43,969 Tahniah. 382 00:30:44,678 --> 00:30:46,430 Pergi beritahu yang lain berita gembira ini. 383 00:30:50,392 --> 00:30:52,019 Ayuh! 384 00:30:56,523 --> 00:30:58,483 Jadi, ya, dos dadah berlebihan. 385 00:30:58,567 --> 00:30:59,943 Hipoksia. 386 00:31:00,027 --> 00:31:03,572 Otak tak dapat oksigen yang cukup, koma, mati. Dos dadah berlebihan. 387 00:31:04,072 --> 00:31:05,199 Mayat kelima hari ini. 388 00:31:05,908 --> 00:31:08,619 Orang kata, kadar kematian seluruh bandar berkurang, tapi, entahlah. 389 00:31:08,702 --> 00:31:10,162 Bagi saya, macam lebih banyak. 390 00:31:10,954 --> 00:31:11,955 Terima kasih. 391 00:31:14,041 --> 00:31:15,417 Kenapa guna tag berwarna? 392 00:31:15,501 --> 00:31:16,502 SPD. 393 00:31:17,252 --> 00:31:18,253 "Siapa Perlu Dimaklumkan." 394 00:31:18,795 --> 00:31:21,006 Tag hijau maksudnya si mati ada waris 395 00:31:21,089 --> 00:31:22,549 yang diketahui dan telah dimaklumkan. 396 00:31:22,633 --> 00:31:25,928 Tag merah bermaksud waris… 397 00:31:26,011 --> 00:31:27,596 Sudah diketahui tapi tunggu makluman. 398 00:31:27,679 --> 00:31:29,431 Tag biru maksudnya tak diketahui. 399 00:31:30,390 --> 00:31:31,892 Tak diketahui, macam John Doe? 400 00:31:32,476 --> 00:31:33,852 John Doe, Jane Doe… 401 00:31:33,936 --> 00:31:36,188 Maksudnya, mereka mati dan tiada sesiapa nak dimaklumkan. 402 00:31:36,271 --> 00:31:37,940 Beritahu saya kalau kamu dah selesai di sini. 403 00:31:38,023 --> 00:31:39,858 - Saya nak semak senarai bekalan. - Okey. 404 00:31:40,359 --> 00:31:41,360 Terima kasih. 405 00:33:00,480 --> 00:33:01,732 Kes ini… 406 00:33:04,109 --> 00:33:06,445 semakin saya cuba selesaikan dan muktamadkannya, 407 00:33:07,529 --> 00:33:08,989 semakin ia menghantui saya. 408 00:33:11,283 --> 00:33:13,452 Ia akan bertambah buruk sebelum dapat diselesaikan. 409 00:33:28,300 --> 00:33:29,301 Hei. 410 00:33:30,344 --> 00:33:31,428 Helo. 411 00:33:48,153 --> 00:33:50,906 - Saya betul-betul menyesal. - Memang patut pun. 412 00:33:55,077 --> 00:33:56,537 Semua orang ada rahsia. 413 00:33:57,246 --> 00:33:59,748 Semua orang mahu ia kekal rahsia. 414 00:34:01,375 --> 00:34:03,168 Memandangkan kerja saya… 415 00:34:03,252 --> 00:34:05,712 Bukan selalu, tapi sering kali perlu mencungkilnya. 416 00:34:06,380 --> 00:34:07,548 Jadi, kamera dalam bilik awak. 417 00:34:09,591 --> 00:34:12,969 Ya. Kamera dalam bilik saya. Tapi, itu bukan alasan. 418 00:34:13,594 --> 00:34:15,389 Betul. Tapi, ia menjelaskannya. 419 00:34:18,225 --> 00:34:20,060 Sejujurnya, 420 00:34:21,061 --> 00:34:24,231 terus terang, saya pun terlalu agresif. 421 00:34:24,898 --> 00:34:26,733 - Tidaklah. - Ya. 422 00:34:28,025 --> 00:34:29,902 Kalau betul pun, saya tak kisah. 423 00:34:32,781 --> 00:34:34,116 Mungkin sebab… 424 00:34:34,199 --> 00:34:35,324 Inilah kehidupan saya. 425 00:34:35,409 --> 00:34:38,829 Mengembara. Hotel, restoran hotel, bar hotel. 426 00:34:39,871 --> 00:34:42,583 Saya bukan merungut. Saya yang pilih. Saya memang suka sebenarnya. 427 00:34:43,083 --> 00:34:46,545 Banyak juga hotel selesa di dunia ini. Bar hotel yang selesa. 428 00:34:46,628 --> 00:34:48,964 Hotel ini yang terbaik, tapi… 429 00:34:51,049 --> 00:34:52,050 Apa-apalah. 430 00:34:54,094 --> 00:34:55,094 Jadi sunyi. 431 00:35:00,601 --> 00:35:02,561 Saya teringat satu jenaka. 432 00:35:02,644 --> 00:35:04,813 Ia agak mengarut, tapi, itu saja jenaka yang saya ingat. 433 00:35:04,897 --> 00:35:06,899 - Ya? - Meja dah tersedia, Cik Fischer. 434 00:35:07,399 --> 00:35:08,942 Okey, tunggu sekejap. 435 00:35:10,110 --> 00:35:11,153 Silakan. 436 00:35:12,154 --> 00:35:13,405 Okey. Apa… 437 00:35:14,990 --> 00:35:17,034 Apakah satu-satunya buah yang tak pernah kesunyian? 438 00:35:21,246 --> 00:35:23,665 - Satu-satunya buah tak pernah… - Tak pernah kesunyian. 439 00:35:24,166 --> 00:35:25,167 Mengalah? 440 00:35:25,918 --> 00:35:26,919 Pir? 441 00:35:30,881 --> 00:35:32,216 Ya. 442 00:35:32,299 --> 00:35:34,676 - Oh, Tuhan. Itu jawapannya? - Saya dah kata. 443 00:35:34,760 --> 00:35:37,429 - Dah cakap, tak kelakar. - Oh, Tuhan. Muka awak. 444 00:35:38,305 --> 00:35:40,682 - Saya dapat teka satu jenaka awak. - Ya. 445 00:35:41,433 --> 00:35:43,519 - Selamat menjamu selera. - Untuk awak juga. 446 00:35:47,356 --> 00:35:48,482 Burger keju lagi? 447 00:35:48,565 --> 00:35:50,234 Mungkin. Rasanya agak sedap. 448 00:35:50,317 --> 00:35:51,693 Ya. Mungkin saya pun akan pesan. 449 00:36:04,957 --> 00:36:05,999 Nak duduk dengan saya? 450 00:36:07,543 --> 00:36:08,544 Okey. 451 00:36:16,051 --> 00:36:17,177 - Silakan. - Terima kasih. 452 00:36:17,261 --> 00:36:19,680 - Nanti saya beri menu dan sudu garpu. - Terima kasih. 453 00:36:33,861 --> 00:36:35,779 Berdiri di bumbung Hotel Peace 454 00:36:35,863 --> 00:36:38,407 sambil melihat lampu bangunan berkilau di Sungai Huangpu. 455 00:36:39,283 --> 00:36:41,076 - Shanghai cantik. - Ya. 456 00:36:47,624 --> 00:36:50,919 Pernah tonton The Lady From Shanghai? Orson Welles, Rita Hayworth? 457 00:36:51,003 --> 00:36:53,213 Oh, Tuhan. Ini rujukan filem awak yang kelima. 458 00:36:53,297 --> 00:36:55,507 - Mana ada. - Ya. 459 00:36:55,591 --> 00:36:58,051 "Ini mengingatkan kepada filem itu." "Ini macam filem itu." 460 00:36:58,135 --> 00:37:00,429 - Saya sangat suka filem. - Ya, betul. 461 00:37:01,138 --> 00:37:02,306 Menu sarapan? 462 00:37:03,599 --> 00:37:05,184 Alamak! Dah pukul berapa? 463 00:37:06,602 --> 00:37:07,811 Saya perlu pergi kerja. 464 00:37:08,395 --> 00:37:10,230 Saya pergi dulu. Maaf. 465 00:37:13,775 --> 00:37:14,776 Charlotte. 466 00:37:18,488 --> 00:37:20,240 Kita patut tengok wayang bersama-sama. 467 00:37:22,034 --> 00:37:23,035 Boleh juga. 468 00:37:49,311 --> 00:37:50,604 Awak akan masuk neraka, John. 469 00:37:52,814 --> 00:37:53,941 Neraka tak wujud. 470 00:37:54,024 --> 00:37:55,275 Awak faham maksud saya. 471 00:37:56,068 --> 00:37:58,153 Burger keju, seks, pembunuhan. 472 00:37:58,654 --> 00:38:00,322 Begitulah asimilasi berlaku. 473 00:38:00,989 --> 00:38:02,366 Satu demi satu. 474 00:38:19,341 --> 00:38:22,678 INI BEKAS SEMENTARA BAGI ABU MAYAT 475 00:38:22,761 --> 00:38:24,888 NAMA TAK DIKETAHUI DIBAKAR PADA 13 APRIL 476 00:40:00,067 --> 00:40:02,069 Terjemahan sari kata oleh Hamizah