1 00:00:35,452 --> 00:00:36,453 Profesor! 2 00:00:37,955 --> 00:00:38,956 Ada apa? 3 00:00:40,040 --> 00:00:41,041 Nombor 22! 4 00:00:42,793 --> 00:00:43,794 Ikut saya! 5 00:00:44,294 --> 00:00:48,215 TAPAK 22 GURUN ATACAMA, CHILE 6 00:01:00,686 --> 00:01:01,895 Ia berhasil. 7 00:01:05,065 --> 00:01:06,066 Cantik. 8 00:01:06,900 --> 00:01:08,776 Tak sabar tunggu awak terbitkan… 9 00:01:08,777 --> 00:01:10,361 dan beritahu satu dunia… 10 00:01:10,362 --> 00:01:12,698 Tiada siapa boleh tahu tentangnya. 11 00:01:13,824 --> 00:01:14,825 Apa? 12 00:01:15,325 --> 00:01:17,703 Kita akan beritahu apabila ia dah sedia. 13 00:01:19,121 --> 00:01:22,290 Kita perlu uji di persekitaran lain. 14 00:01:22,291 --> 00:01:23,374 Hutan, 15 00:01:23,375 --> 00:01:25,335 laut, Artik. 16 00:01:27,838 --> 00:01:29,130 Baik. 17 00:01:29,131 --> 00:01:30,549 Saya faham. 18 00:01:41,602 --> 00:01:43,020 Tempat ini sangat cantik. 19 00:01:47,649 --> 00:01:49,610 Siapa itu? 20 00:02:08,669 --> 00:02:10,380 - Hei. - Bagaimana? 21 00:02:11,381 --> 00:02:12,382 Okey. 22 00:02:12,966 --> 00:02:13,967 Beritahu kakak. 23 00:02:15,427 --> 00:02:19,847 Dia cakap tentang seks dan masa yang menyeronokkan. 24 00:02:19,848 --> 00:02:20,933 Kakak dah cakap. 25 00:02:21,600 --> 00:02:24,228 Orang hebat pun boleh merayau dan tersasar di sini. 26 00:02:25,854 --> 00:02:27,356 Kakak di mana? Kakak kedengaran pelik. 27 00:02:29,107 --> 00:02:32,069 Tidaklah. Bahasa Inggeris kakak berkarat. 28 00:02:34,071 --> 00:02:36,990 Semuanya okey. Tapi, kakak perlu pergi dulu. 29 00:02:38,492 --> 00:02:40,285 Kakak cuma nak cakap, sayang kamu. 30 00:02:41,537 --> 00:02:43,872 Okey. Ya, sayang kakak. 31 00:02:50,879 --> 00:02:52,798 Jangan! 32 00:02:56,552 --> 00:02:57,678 Awak berjaya. 33 00:03:04,434 --> 00:03:05,477 Tahniah. 34 00:03:20,242 --> 00:03:22,369 Kakak saya. 35 00:04:28,435 --> 00:04:29,436 Apa pilihan awak? 36 00:04:30,854 --> 00:04:32,481 Sebab saya akan bunuh awak sekarang. 37 00:04:39,321 --> 00:04:42,741 Saudara lelaki dan perempuan kita ialah satu peringatan… 38 00:04:45,494 --> 00:04:47,203 …dalam usaha kita mempersiapkan diri 39 00:04:47,204 --> 00:04:51,124 ke arah kehidupan abadi yang dijanjikan kepada kita di akhirat kelak. 40 00:04:52,209 --> 00:04:55,545 Semoga Tuhan beri kita kekuatan, ketenangan dan kesabaran 41 00:04:55,546 --> 00:04:57,213 ketika waktu-waktu sukar ini. 42 00:04:57,214 --> 00:04:58,548 Semoga Dia kurniakan kita 43 00:04:58,549 --> 00:05:02,093 kecekalan untuk teruskan sisa hidup yang berbaki 44 00:05:02,094 --> 00:05:03,594 dengan keimanan yang teguh. 45 00:05:03,595 --> 00:05:05,680 Kita kenang semua orang ini… 46 00:05:05,681 --> 00:05:06,806 ABU MAYAT NAMA: TIDAK DIKETAHUI 47 00:05:06,807 --> 00:05:10,893 …di tempat yang indah ini, dalam detik yang indah ini, 48 00:05:10,894 --> 00:05:14,188 dan kita takkan kehilangan kamu lagi. 49 00:05:14,189 --> 00:05:19,069 Berdiri di depan 2,719 nyawa ini, 50 00:05:19,736 --> 00:05:21,195 saya sedar, kita masih… 51 00:05:21,196 --> 00:05:22,823 MENGENANG NYAWA TIDAK DIKETAHUI YANG PERGI PADA TAHUN 2025 52 00:05:23,407 --> 00:05:24,615 …ada banyak tugas. 53 00:05:24,616 --> 00:05:26,367 Ahli Wakil Spiro, John Sugar. 54 00:05:26,368 --> 00:05:27,827 - Ya. - Selamat berkenalan. 55 00:05:27,828 --> 00:05:31,539 Selamat berkenalan. Terima kasih atas semua jasa awak. 56 00:05:31,540 --> 00:05:32,915 Sama-sama. 57 00:05:32,916 --> 00:05:35,960 Timbalan syerif, pemeriksa perubatan, ketua turus. 58 00:05:35,961 --> 00:05:37,796 Kini, semuanya telah ditahan. 59 00:05:40,924 --> 00:05:42,885 Alamak! 60 00:05:44,052 --> 00:05:45,554 Bagaimana dengan Leftenan Vega? 61 00:05:47,306 --> 00:05:48,515 Mereka masih mencari. 62 00:05:49,349 --> 00:05:50,975 FBI. 63 00:05:50,976 --> 00:05:52,351 - Jangan bergerak. - Okey. 64 00:05:52,352 --> 00:05:54,228 Kadangkala, yang paling teruklah yang terlepas. 65 00:05:54,229 --> 00:05:56,315 Saya tak rasa dia paling teruk. Betul tak? 66 00:05:57,566 --> 00:05:58,775 - Saya tak tahu. - Tak tahu? 67 00:06:00,068 --> 00:06:01,152 Peter Bruno. 68 00:06:01,153 --> 00:06:03,863 Bukan setakat edar dadah dan palsukan sijil kematian. 69 00:06:03,864 --> 00:06:06,073 Malah, dapatkan geran perumahan kerajaan? 70 00:06:06,074 --> 00:06:08,827 Itu memerlukan akses yang lebih tinggi. 71 00:06:09,578 --> 00:06:12,915 Tentu ada pihak lain juga. Lagipun, hal yang sebesar Jualan Runtuh? 72 00:06:13,457 --> 00:06:15,791 Jonathan Siegel antara penyokong pertama awak 73 00:06:15,792 --> 00:06:17,752 - kali pertama awak bertanding, bukan? - Betul. 74 00:06:17,753 --> 00:06:19,545 Tahun 1998. 75 00:06:19,546 --> 00:06:20,881 Dia gelar awak… 76 00:06:22,132 --> 00:06:24,259 bakal pembela bagi golongan lemah. 77 00:06:32,684 --> 00:06:38,814 Dalam dunia ini, dunia politik, memerlukan kompromi berterusan. 78 00:06:38,815 --> 00:06:40,358 Saya harap, ia tidaklah selalu begitu. 79 00:06:40,359 --> 00:06:42,653 - Kalau mahu menang permainan ini… - Betty. 80 00:06:43,403 --> 00:06:45,405 Awak tak menang. Awak kalah lagi. 81 00:07:14,852 --> 00:07:16,478 Bagaimana keadaan awak? 82 00:07:18,814 --> 00:07:19,897 Okey. 83 00:07:19,898 --> 00:07:23,068 Awak tak banyak cakap sejak kejadian dengan Vega. 84 00:07:23,861 --> 00:07:25,361 Apa perasaan awak? 85 00:07:25,362 --> 00:07:26,446 Saya okey. 86 00:07:31,577 --> 00:07:34,078 Saya selalu dengar audio siar ini. 87 00:07:34,079 --> 00:07:36,832 Kesejahteraan Bahagia dan Sihat, entahlah. 88 00:07:38,834 --> 00:07:43,254 Dia kata, sebab utama wanita hidup lebih lama 89 00:07:43,255 --> 00:07:44,882 adalah kerana lelaki tak bercakap. 90 00:07:48,135 --> 00:07:51,013 Kurang komunikasi boleh menjejaskan kesihatan. 91 00:08:01,106 --> 00:08:03,233 - Apa-apa pun… - Stallings bukan kerana pertahankan diri. 92 00:08:06,153 --> 00:08:07,279 Yakah? 93 00:08:09,907 --> 00:08:12,242 Saya beritahu awak, sebab pertahankan diri. Sebenarnya, tidak. 94 00:08:14,661 --> 00:08:15,954 Vega pun sama. 95 00:08:17,164 --> 00:08:18,956 Kemudian, saya… Tom, saya sakit. 96 00:08:18,957 --> 00:08:20,917 Saya tak dapat fikir… 97 00:08:20,918 --> 00:08:22,419 Kenapa dengan saya? 98 00:08:25,339 --> 00:08:27,840 Saya tak dapat ingat pun detik itu. 99 00:08:27,841 --> 00:08:29,259 Ia seperti kemarahan yang mengaburkan. 100 00:08:30,427 --> 00:08:31,595 Saya tak dapat… 101 00:08:35,057 --> 00:08:38,018 Saya tak dapat kenal semula diri saya. 102 00:08:39,061 --> 00:08:40,062 Hei. 103 00:08:41,188 --> 00:08:43,106 Kurang dua orang jahat di dunia ini. 104 00:08:43,649 --> 00:08:44,732 Saya puas hati. 105 00:08:44,733 --> 00:08:48,236 Ya, tapi Vega ada anak perempuan yang sayang dia. Stallings ada ibu. 106 00:08:48,237 --> 00:08:50,989 Kadangkala, kita hanya mampu jadi 107 00:08:51,907 --> 00:08:54,034 lebih baik sikit daripada yang lain. 108 00:08:57,829 --> 00:08:58,830 Mungkin. 109 00:09:02,125 --> 00:09:06,212 Apa perkataan lima huruf bagi berkaitan burung? 110 00:09:06,213 --> 00:09:07,214 Avian. 111 00:09:08,799 --> 00:09:09,882 RADIOLOGI 112 00:09:09,883 --> 00:09:11,175 Betullah. 113 00:09:11,176 --> 00:09:12,177 En. Flybjerg. 114 00:09:16,265 --> 00:09:18,100 Hei. Boleh saya ikut? 115 00:09:19,852 --> 00:09:20,853 Ya, boleh. 116 00:09:39,705 --> 00:09:41,205 - Sekejap, ya. - Okey. 117 00:09:41,206 --> 00:09:42,916 - Hei. - Hei. 118 00:09:49,673 --> 00:09:50,883 - Awak okey? - Ya. 119 00:09:53,510 --> 00:09:54,887 Awak tak okey. 120 00:09:57,139 --> 00:09:58,389 Kes awak dah selesai. 121 00:09:58,390 --> 00:10:00,475 Awak gelisah dan tak tahu nak buat apa. 122 00:10:01,685 --> 00:10:02,769 Sikitlah. 123 00:10:03,979 --> 00:10:05,271 Mahu tengok wayang? 124 00:10:05,272 --> 00:10:08,108 Tentu ada filem hitam putih ditayangkan di pekan ini. 125 00:10:08,817 --> 00:10:10,818 Ya, Out of the Past ditayangkan di The United. 126 00:10:10,819 --> 00:10:11,944 Itu filem mana satu? 127 00:10:11,945 --> 00:10:14,865 Robert Mitchum. Dia amat mencintai Jane Greer. 128 00:10:15,699 --> 00:10:17,742 Bunyinya lain daripada Robert Mitchum yang saya kenal. 129 00:10:17,743 --> 00:10:19,077 Biasalah. 130 00:10:21,413 --> 00:10:23,331 - Saya nak ikut. - Tak apa. Awak sibuk. 131 00:10:23,332 --> 00:10:26,375 Ya. Ada pembentangan. 132 00:10:26,376 --> 00:10:27,920 Semua orang perlu terlibat. 133 00:10:28,670 --> 00:10:30,463 Lupakan saya dan pergi tenangkan diri. 134 00:10:30,464 --> 00:10:31,507 Jangan kerja keras sangat. 135 00:10:32,591 --> 00:10:35,010 - Kita masih akan ke pantai esok? - Sudah tentu. 136 00:10:38,388 --> 00:10:40,014 Apabila difikirkan semula, 137 00:10:40,015 --> 00:10:41,558 saya tak rasa nak tengok wayang. 138 00:10:57,699 --> 00:10:59,076 Okey. Teruskan. 139 00:11:00,118 --> 00:11:01,995 Inikah makna menjadi manusia? 140 00:11:03,413 --> 00:11:05,666 Ayuh, kawan! Ayuh! 141 00:11:40,576 --> 00:11:41,827 Ayuh! 142 00:11:56,341 --> 00:11:58,760 "Dalam perjalanan uruskan kes baharu di Abu Dhabi." 143 00:12:02,764 --> 00:12:06,101 "Hendrik tipu tentang kali terakhir dia jumpa bapanya." 144 00:12:11,231 --> 00:12:15,694 "Menyaksikan formasi burung starling di langit Sassari." 145 00:12:21,617 --> 00:12:26,121 MENDEBARKAN! 146 00:12:35,547 --> 00:12:37,673 {\an8}TEMPAHAN TIKET TEMPAT DUDUK TOKYO - KYOTO 147 00:12:37,674 --> 00:12:40,385 {\an8}RUMAH 148 00:14:38,253 --> 00:14:40,713 Dr. Livingstone, semestinya? 149 00:14:40,714 --> 00:14:42,048 Ini Stanley Ondaatje. 150 00:14:42,049 --> 00:14:43,508 Sila tinggalkan mesej. 151 00:14:43,509 --> 00:14:45,093 Stanley, ini saya. Telefon saya balik. 152 00:14:48,597 --> 00:14:49,598 Sedia? 153 00:14:53,393 --> 00:14:54,394 Ya. 154 00:14:57,814 --> 00:14:59,023 Awak nampak cantik. 155 00:14:59,024 --> 00:15:00,025 Terima kasih. 156 00:15:28,512 --> 00:15:29,555 Okey. Dapat. 157 00:15:35,853 --> 00:15:37,937 Lautan terbesar di planet ini dan berdekatan saja, 158 00:15:37,938 --> 00:15:40,023 tapi, saya selalu terlupa kewujudannya. 159 00:15:40,732 --> 00:15:42,192 Ramai yang terlupa. 160 00:15:46,488 --> 00:15:48,490 Kebelakangan ini, saya berdepan kesukaran. 161 00:15:50,325 --> 00:15:55,581 Rasa macam kehilangan sesuatu. Identiti, asal usul, permulaan saya. 162 00:15:58,166 --> 00:16:02,921 Dulu saya lihat dan tahu sesuatu dengan jelas. Tapi, sekarang… 163 00:16:04,840 --> 00:16:07,718 Entahlah. Kebelakangan ini, saya betul-betul berdepan kesukaran. 164 00:16:09,052 --> 00:16:10,429 Ya. Saya perasan. 165 00:16:11,346 --> 00:16:12,431 Saya tumpang simpati. 166 00:16:14,892 --> 00:16:16,435 Mahu pulang ke hotel? 167 00:16:19,771 --> 00:16:23,150 Salahkah jika mahu duduk bersama awak saja di pantai ini? 168 00:16:26,528 --> 00:16:29,907 Bagi saya, jika kita tunggu sehingga tak tersakiti untuk rasa bahagia, 169 00:16:30,824 --> 00:16:32,034 pantai ini akan lesap. 170 00:16:52,679 --> 00:16:54,847 Saya nak beritahu sesuatu. 171 00:16:54,848 --> 00:16:56,307 Milan. 172 00:16:56,308 --> 00:16:57,767 Milan? 173 00:16:57,768 --> 00:16:59,101 Kerja saya di sini dah selesai. 174 00:16:59,102 --> 00:17:03,065 Saya akan ke Milan untuk penentuan tugasan. 175 00:17:05,108 --> 00:17:06,317 Awak akan pergi? 176 00:17:06,318 --> 00:17:07,569 Ya. 177 00:17:09,863 --> 00:17:10,864 Bila? 178 00:17:11,448 --> 00:17:12,491 Tak lama lagi. 179 00:17:14,326 --> 00:17:15,410 Okey. 180 00:17:16,703 --> 00:17:18,329 Semua ini menggembirakan. 181 00:17:20,040 --> 00:17:21,290 Memang menggembirakan. 182 00:17:22,416 --> 00:17:23,460 Jadi, marilah ikut saya. 183 00:17:26,964 --> 00:17:28,423 Ikut awak? Ke Milan? 184 00:17:29,383 --> 00:17:30,384 Lihat suasana di sana. 185 00:17:34,263 --> 00:17:36,973 Saya pernah pergi. Cantik. 186 00:17:36,974 --> 00:17:38,392 Lihat keadaan kita di sana. 187 00:17:44,106 --> 00:17:48,151 Kawan saya, Penelope, ada kafe di Cinque Vie. 188 00:17:48,819 --> 00:17:52,154 Kita duduk saja di kerusi luar, minum espreso, 189 00:17:52,155 --> 00:17:55,659 dan tengok orang ramai berjalan kaki di Via Santa Maria, sepanjang hari. 190 00:18:00,205 --> 00:18:02,832 Jadi, pergi begitu saja? 191 00:18:02,833 --> 00:18:04,250 Apa salahnya? 192 00:18:04,251 --> 00:18:08,504 Awak perlukan rehat. Tugas awak dah habis. Semua rakan awak dah tiada. 193 00:18:08,505 --> 00:18:11,216 - Kita pun serasi. - Semua rakan saya dah tiada? 194 00:18:12,551 --> 00:18:14,761 Apa yang buatkan awak kekal di sini? Jenayah? 195 00:18:16,346 --> 00:18:17,556 Kesesakan? 196 00:18:24,104 --> 00:18:25,564 Apa yang buatkan awak kekal di sini? 197 00:18:58,597 --> 00:19:02,518 Jangan rasa tertekan tentang Milan, okey? Pertimbangkan saja. 198 00:19:03,644 --> 00:19:04,645 Baiklah. 199 00:20:11,128 --> 00:20:14,131 Saya terlepas cakap. Dia tahu. Maafkan saya. 200 00:20:16,300 --> 00:20:17,301 Apa patut saya buat? 201 00:20:22,806 --> 00:20:23,890 Baiklah. 202 00:20:23,891 --> 00:20:27,226 Kita jumpa malam ini. Okey, terima kasih. 203 00:20:27,227 --> 00:20:29,562 Cik Fischer. Kereta awak dah tersedia. 204 00:20:29,563 --> 00:20:30,564 Terima kasih. 205 00:21:53,605 --> 00:21:54,898 Selamat petang, encik. 206 00:21:55,983 --> 00:21:57,066 Nah. 207 00:21:57,067 --> 00:21:58,068 Terima kasih. 208 00:22:04,491 --> 00:22:06,742 Selamat petang. Awak mahu mendaftar? 209 00:22:06,743 --> 00:22:07,827 Tak mahu. 210 00:22:07,828 --> 00:22:10,705 Encik. Maaf, encik. 211 00:22:10,706 --> 00:22:13,625 Tak mengapa. Itu John Sugar. 212 00:22:20,299 --> 00:22:21,300 Saya minta maaf. 213 00:22:26,680 --> 00:22:28,182 Ada orang mahu jumpa awak. 214 00:22:39,651 --> 00:22:42,237 {\an8}SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN GALA ACALICA 215 00:22:45,324 --> 00:22:46,325 John. 216 00:22:47,743 --> 00:22:48,744 John. 217 00:23:12,893 --> 00:23:13,977 En. Sugar. 218 00:23:16,146 --> 00:23:17,147 Senator Pavich. 219 00:23:18,398 --> 00:23:19,399 Selamat berkenalan. 220 00:23:20,234 --> 00:23:21,527 Selamat datang ke rumah saya. 221 00:23:26,281 --> 00:23:27,740 Awak mahu ke mana? 222 00:23:27,741 --> 00:23:29,409 Itu Pavich. Saya nak cakap dengan dia. 223 00:23:30,160 --> 00:23:32,287 Dia bukan orang yang awak cari. 224 00:23:52,558 --> 00:23:53,892 Awak pasti akan terkejut. 225 00:23:55,269 --> 00:23:56,352 Tapi, saya tumpang gembira. 226 00:23:56,353 --> 00:23:57,354 Apa maksud awak? 227 00:24:01,316 --> 00:24:02,693 Sekejap. Siapa itu? 228 00:24:04,236 --> 00:24:05,237 Siapa itu? 229 00:24:34,099 --> 00:24:37,769 - Adik. - Djen. 230 00:24:40,272 --> 00:24:41,273 Oh, Tuhan. 231 00:24:42,649 --> 00:24:45,903 Oh, Tuhan. Kakak amat merindui kamu, dik. 232 00:24:48,822 --> 00:24:49,907 Kakak faham. 233 00:24:50,741 --> 00:24:51,867 Kakak minta maaf. 234 00:24:57,080 --> 00:24:59,583 Kakak ke mana selama ini? Bertahun-tahun. 235 00:25:01,585 --> 00:25:04,879 Runtun hati kakak apabila tahu kamu mencari kakak, 236 00:25:04,880 --> 00:25:06,214 dan kamu bersedih. 237 00:25:06,215 --> 00:25:08,633 Saya tak pernah berhenti. Saya cari kakak di merata tempat. 238 00:25:08,634 --> 00:25:10,427 - Kakak tahu. - Saya sangka, kakak dah mati. 239 00:25:11,053 --> 00:25:12,136 Bagaimana? 240 00:25:12,137 --> 00:25:16,307 - Oh, Tuhan. Kakak amat merindui kamu. - Kakak pergi mana? 241 00:25:16,308 --> 00:25:17,391 Apa jadi? 242 00:25:17,392 --> 00:25:20,354 - Adakah kerana Henry? Dia… - Tidak. 243 00:25:20,896 --> 00:25:22,271 Henry takkan sakiti kakak. 244 00:25:22,272 --> 00:25:25,525 Dia yang beritahu saya, kakak tiada. Dia buat saya percaya yang dia… 245 00:25:25,526 --> 00:25:26,735 Sebab… 246 00:25:27,945 --> 00:25:29,279 Sebab kakak suruh. 247 00:25:32,533 --> 00:25:35,827 Kakak tak boleh jumpa kamu walaupun ia amat menyakitkan. 248 00:25:36,328 --> 00:25:40,039 Kakak ada kerja. Kakak sedar, kamu belum bersedia. 249 00:25:40,040 --> 00:25:41,457 Bersedia untuk apa? Kerja apa? 250 00:25:41,458 --> 00:25:44,127 Saya ada kerja. Kita semua ada kerja. Saya boleh tolong kakak. 251 00:25:44,878 --> 00:25:46,088 Bukan kerja ini. 252 00:25:51,051 --> 00:25:55,931 Dulu, kamu belum kenal tempat ini. Kamu baru sampai. 253 00:25:57,015 --> 00:26:01,186 Kamu belum nampak apa yang kakak nampak. Bukan hanya keindahan… 254 00:26:01,687 --> 00:26:04,314 tapi keburukan dan kekejamannya. 255 00:26:05,399 --> 00:26:08,068 Mereka abaikan kesucian alam semula jadi. 256 00:26:09,695 --> 00:26:13,698 Kakak tak sanggup libatkan kamu dalam kerja ini. 257 00:26:13,699 --> 00:26:15,033 Ia terlalu awal. 258 00:26:17,703 --> 00:26:19,871 Kerja apa? Apa maksud kakak? 259 00:26:19,872 --> 00:26:21,914 Perhati dan lapor. Itulah misi kita. 260 00:26:21,915 --> 00:26:24,084 Kamu tahu, itu tak mencukupi. 261 00:26:25,669 --> 00:26:26,670 Betul, bukan? 262 00:26:27,462 --> 00:26:31,924 Kakak tak boleh berdiam dan tengok saja planet ini hancur. 263 00:26:31,925 --> 00:26:34,468 Jadi, kakak cipta satu teknologi. 264 00:26:34,469 --> 00:26:36,053 - Bulatan itu. - Ya. 265 00:26:36,054 --> 00:26:37,346 - Kakak yang cipta. - Ya. 266 00:26:37,347 --> 00:26:39,016 Henry sokong kakak. 267 00:26:39,975 --> 00:26:43,937 Ruby dan yang lain menentang. 268 00:26:44,980 --> 00:26:46,064 Jadi, kakak… 269 00:26:47,107 --> 00:26:48,192 Terpaksa buat begitu. 270 00:26:49,818 --> 00:26:51,111 Kakak hantar mereka pulang. 271 00:26:53,113 --> 00:26:54,323 Kakak dedahkan kita. 272 00:26:56,742 --> 00:27:00,078 Kakak beritahu manusia, kita ada di sini. Kakak korbankan… 273 00:27:01,455 --> 00:27:02,539 Kita diburu. 274 00:27:03,624 --> 00:27:05,876 Ada yang terbunuh. Kawan-kawan kita. 275 00:27:06,627 --> 00:27:08,837 Djen, ini salah. Di tangan yang salah. 276 00:27:09,421 --> 00:27:11,047 Memainkan sesuatu yang kakak tak boleh kawal. 277 00:27:11,048 --> 00:27:12,549 Kami dah bersedia untuk mulakan. 278 00:27:13,091 --> 00:27:14,092 Kami akan ke sana. 279 00:27:14,843 --> 00:27:16,136 Kakak faham, susah nak terima. 280 00:27:17,304 --> 00:27:18,889 Sudikah kamu ikut dengan minda terbuka? 281 00:27:19,890 --> 00:27:21,475 Sudikah kamu tengok ciptaan kakak? 282 00:27:22,559 --> 00:27:24,520 Kemudian, beritahu kakak perasaan kamu. 283 00:27:27,356 --> 00:27:29,065 Charlotte akan sediakan tempat duduk kamu. 284 00:27:29,066 --> 00:27:30,067 Dia tahu? 285 00:27:31,193 --> 00:27:33,278 Tentang saya? Tentang kita? 286 00:27:35,822 --> 00:27:37,449 Kita sambung selepas pertunjukan. 287 00:27:39,952 --> 00:27:41,161 Saya takut. 288 00:27:42,037 --> 00:27:45,165 Kakak dah berubah. 289 00:27:49,336 --> 00:27:50,963 Tapi, kamu pun dah berubah. 290 00:27:57,261 --> 00:27:59,972 Masanya dah tiba, semua. Mari ke luar. 291 00:28:13,193 --> 00:28:14,278 Awak okey? 292 00:28:17,155 --> 00:28:19,365 Dah nak mula. Mari ke luar. 293 00:28:19,366 --> 00:28:22,743 Kita semua tinggal di planet yang istimewa dan unik. 294 00:28:22,744 --> 00:28:24,663 Biosfera rapuh 295 00:28:25,330 --> 00:28:32,004 yang disebabkan tindakan atau pengabaian manusia, ia semakin memanas. 296 00:28:33,130 --> 00:28:38,177 Sebab itu, saya tubuhkan projek Acalica bertahun-tahun lalu. 297 00:28:38,677 --> 00:28:42,556 Untuk melindungi kekayaan planet yang menakjubkan ini. 298 00:28:43,056 --> 00:28:48,270 Serta pertahankannya daripada golongan yang mahu musnahkannya. 299 00:28:49,104 --> 00:28:51,481 Malam ini, doakan ia berjalan lancar. 300 00:28:54,026 --> 00:28:56,528 Bumi akhirnya bersedia untuk lawan semula. 301 00:29:03,076 --> 00:29:04,995 Apa yang anda bakal saksikan… 302 00:29:06,205 --> 00:29:07,664 Anda tengoklah sendiri. 303 00:29:53,043 --> 00:29:54,253 Anda semua bersedia? 304 00:30:36,837 --> 00:30:37,838 Mula. 305 00:30:57,357 --> 00:31:01,028 Akhir sekali, tuan-tuan dan puan-puan, lihatlah… 306 00:31:02,237 --> 00:31:03,238 cahaya. 307 00:31:29,264 --> 00:31:30,432 - John. - Ya? 308 00:31:55,249 --> 00:31:56,959 Kini, kakak perlu menghilang lagi. 309 00:31:59,378 --> 00:32:00,629 Janji dengan kakak, dik. 310 00:32:01,171 --> 00:32:03,465 Janji kamu akan cari kakak apabila kamu dah bersedia. 311 00:32:04,174 --> 00:32:06,718 Sebab… Dengar. 312 00:32:08,804 --> 00:32:10,931 Mereka sangka, ini untuk mereka. 313 00:32:12,140 --> 00:32:13,141 Mereka. 314 00:32:13,851 --> 00:32:15,310 Mereka tak tahu… 315 00:32:17,104 --> 00:32:18,355 ini untuk kita. 316 00:32:24,486 --> 00:32:26,321 "Jumpa John Sugar. 317 00:32:26,989 --> 00:32:28,490 Mulakan perbualan. 318 00:32:29,992 --> 00:32:32,035 Bagaimana perwatakannya? Keadaannya? 319 00:32:33,161 --> 00:32:35,664 Catat pandangan awak dan hantar kepada saya." 320 00:32:38,250 --> 00:32:40,794 Itu saja. Selebihnya, memang saya. 321 00:32:44,548 --> 00:32:45,841 Selebihnya, memang benar. 322 00:32:49,344 --> 00:32:50,470 Selebihnya, memang saya. 323 00:32:58,604 --> 00:32:59,730 Betul katanya. 324 00:33:01,356 --> 00:33:02,733 Awak mengagumkan. 325 00:33:58,705 --> 00:34:00,999 Babak akhir daripada The Third Man. 326 00:34:01,834 --> 00:34:05,420 Kes dah berakhir. Tangkapan dah dibuat. 327 00:34:06,797 --> 00:34:07,798 Wira menang. 328 00:34:09,757 --> 00:34:13,971 Yang tinggal cumalah dia menunggu di tepi jalan. 329 00:34:14,804 --> 00:34:18,559 Menunggu gadis yang dia cintai lari ke dalam dakapannya. 330 00:34:20,726 --> 00:34:21,937 Itulah yang dia harapkan. 331 00:34:23,856 --> 00:34:25,107 Tapi, wira itu bodoh. 332 00:34:26,065 --> 00:34:28,985 Orang Amerika di luar negara, di dunia yang dia tak faham. 333 00:34:30,946 --> 00:34:32,697 Cinta hatinya berjalan… 334 00:34:34,992 --> 00:34:36,451 tanpa memandangnya. 335 00:34:46,712 --> 00:34:48,714 Mungkin saya tak begitu terkejut. 336 00:34:49,797 --> 00:34:52,676 Mungkin jauh di sudut hati, saya dah lama curiga. 337 00:34:54,261 --> 00:34:55,554 Kakak saya. 338 00:34:56,679 --> 00:34:58,097 Charlotte. Tempat ini. 339 00:34:58,098 --> 00:35:01,185 Mungkin saya tahu dan saya cuma mahu percaya anggapan lain. Entahlah. 340 00:35:02,811 --> 00:35:05,606 Saya tahu, saya ada janji temu yang tak boleh dilepaskan. 341 00:35:17,576 --> 00:35:18,577 Dagu. 342 00:35:19,578 --> 00:35:20,661 Dagu. 343 00:35:20,662 --> 00:35:22,413 - Kenapa dengan dagu saya? - Kamu angkat dagu. 344 00:35:22,414 --> 00:35:23,581 - Mana ada, abang. - Dik, kamu… 345 00:35:23,582 --> 00:35:24,707 Memang kamu angkat. Betul. 346 00:35:24,708 --> 00:35:26,584 Abang mengarutlah. 347 00:35:26,585 --> 00:35:27,753 Ulang. Tumbukan pantas. 348 00:35:30,464 --> 00:35:33,591 Okey! Apa khabar, semua? Sudah sedia? 349 00:35:33,592 --> 00:35:35,760 - Boleh kita bergambar sekejap? - Tentulah. Okey. 350 00:35:35,761 --> 00:35:37,470 Boleh mulakan segera? Marilah. 351 00:35:37,471 --> 00:35:39,848 Rakam semuanya. Ayuh rakam semuanya. 352 00:35:41,016 --> 00:35:42,017 Hei. 353 00:35:43,185 --> 00:35:44,186 Ya? 354 00:35:44,686 --> 00:35:45,979 Terus ke pusat pemulihan. 355 00:35:46,605 --> 00:35:49,316 Selepas perlawanan, jangan ke kasino, kelab malam dan sebagainya. 356 00:35:50,400 --> 00:35:52,860 Dia cuba pujuk saya pergi ke kelab bogel tanpa alkohol. 357 00:35:52,861 --> 00:35:54,738 - Apa? - Saya tanya, jika tempat begitu wujud. 358 00:35:56,323 --> 00:35:59,450 Ji tak guna. Apa-apa pun, dia dah kembali. 359 00:35:59,451 --> 00:36:02,204 Begitulah bisnes perkhidmatan. Itu sebahagian daripada tugas. 360 00:36:02,871 --> 00:36:04,665 Bukan itu saja. Tengoklah mereka. 361 00:36:05,582 --> 00:36:06,707 Ya. 362 00:36:06,708 --> 00:36:09,043 Mereka takkan bersatu jika bukan kerana awak. 363 00:36:09,044 --> 00:36:10,504 Bahagian itu paling memuaskan. 364 00:36:12,089 --> 00:36:14,716 Val. Terima kasih. 365 00:36:16,134 --> 00:36:18,345 Okey. Jumpa lagi. 366 00:36:25,060 --> 00:36:26,061 Ya. Ya, hei. 367 00:36:28,272 --> 00:36:30,566 Sugar. Awak mahu ke mana? 368 00:36:31,149 --> 00:36:33,568 Saya mahu ucap selamat tinggal, tapi, awak sibuk. 369 00:36:33,569 --> 00:36:35,528 - Tak saksikan perlawanan? - Tentulah saya akan saksikan. 370 00:36:35,529 --> 00:36:37,321 Tapi, nanti ramai orang akan keliling awak. 371 00:36:37,322 --> 00:36:38,406 Mungkin tak dapat jumpa selepas perlawanan. 372 00:36:38,407 --> 00:36:39,825 Okey. 373 00:36:45,038 --> 00:36:46,039 Terima kasih. 374 00:36:47,583 --> 00:36:48,876 Sama-sama. 375 00:36:51,461 --> 00:36:52,796 Saya kedutkan sut awak. 376 00:36:53,338 --> 00:36:54,423 Saya ada banyak lagi sut. 377 00:36:55,340 --> 00:36:56,341 Betul juga. 378 00:36:58,886 --> 00:36:59,887 Hei, Danny. 379 00:37:01,305 --> 00:37:02,556 Tundukkan dagu. 380 00:37:22,159 --> 00:37:24,661 STUDIO SIEGEL 381 00:37:26,788 --> 00:37:32,126 Begitulah tahun 1970-an, 1980-an, dan juga 1990-an. 382 00:37:32,127 --> 00:37:34,004 Kita ke Vegas, tayangkan filem. 383 00:37:34,922 --> 00:37:38,007 Jika kita bernasib baik menghasilkan filem yang bagus, 384 00:37:38,008 --> 00:37:42,638 panggung sanggup redah lautan api untuk tayangkan filem kita. 385 00:37:43,263 --> 00:37:46,350 Sekarang, bisnes perfileman sudah tak macam dulu. 386 00:37:48,018 --> 00:37:50,853 Setidaknya, saya masih boleh datang makan tengah hari bila-bila masa. 387 00:37:50,854 --> 00:37:53,690 Saya pun harap begitu. Awak yang bina studio ini. 388 00:37:56,026 --> 00:37:57,236 Awak apa khabar? 389 00:37:59,446 --> 00:38:00,613 Apa? 390 00:38:00,614 --> 00:38:04,909 Tiada apa-apa. Saya bercakap dengan Melanie tempoh hari, dan… 391 00:38:04,910 --> 00:38:08,121 Apa? Dia beritahu awak? 392 00:38:10,040 --> 00:38:13,126 Tentang saya, tentang asal usul saya? 393 00:38:18,966 --> 00:38:23,387 Sugar, awak dari Ohio. Semua orang tahu. 394 00:38:29,560 --> 00:38:30,602 Jangan risau. 395 00:38:32,479 --> 00:38:36,149 Apabila berkaitan kehidupan peribadi saya, awak selalu kunci mulut. 396 00:38:37,609 --> 00:38:39,570 Setidaknya, saya patut balas budi awak. 397 00:38:46,410 --> 00:38:47,619 Hampir. 398 00:38:49,288 --> 00:38:52,082 - Awak teruja? - Ya. Agak gementar juga. 399 00:38:55,711 --> 00:38:58,547 Bukan itu saja sebab saya datang jumpa awak hari ini. 400 00:38:59,631 --> 00:39:00,715 Okey. 401 00:39:00,716 --> 00:39:03,552 Saya ada soalan yang agak mengganggu fikiran saya. 402 00:39:04,678 --> 00:39:07,055 Saya tak tahu nak tanya siapa. 403 00:39:07,681 --> 00:39:08,682 Tanyalah. 404 00:39:10,976 --> 00:39:12,186 Apa pendapat awak tentang saya? 405 00:39:13,979 --> 00:39:18,525 Sejak kali terakhir kita berjumpa. Adakah saya nampak lain? 406 00:39:19,693 --> 00:39:20,985 Lain bagaimana? 407 00:39:20,986 --> 00:39:22,738 Beberapa orang rakan saya… 408 00:39:24,364 --> 00:39:26,158 rakan-rakan dari Ohio… 409 00:39:27,201 --> 00:39:28,202 mereka… 410 00:39:30,120 --> 00:39:33,916 Mereka pernah beri amaran tentang asimilasi. 411 00:39:34,499 --> 00:39:37,419 Semakin lama kita tinggal di sini, semakin ia akan mengubah kita. 412 00:39:39,004 --> 00:39:40,422 Betulkah kata-kata mereka? 413 00:39:42,841 --> 00:39:45,677 Banyak perkara saya dah lakukan sejak saya tiba. Perkara… 414 00:39:48,180 --> 00:39:51,058 Perkara yang saya tak sangka mampu lakukan dulu. 415 00:39:54,561 --> 00:39:58,190 Keraguan, kemarahan, cita-cita, dosa. 416 00:39:59,274 --> 00:40:02,319 Ia di merata tempat. Mudah ditemui. 417 00:40:04,071 --> 00:40:08,659 Susah nak pastikan kita kebal. Bahkan, mustahil. 418 00:40:11,578 --> 00:40:13,121 Tapi, semua itu tidaklah teruk. 419 00:40:15,916 --> 00:40:17,751 Kita buat perkara baik juga. 420 00:40:21,046 --> 00:40:22,255 Macam filem. 421 00:40:22,256 --> 00:40:24,216 {\an8}Macam sesetengah filem. 422 00:40:25,342 --> 00:40:26,676 Serta sesetengah orang. 423 00:40:26,677 --> 00:40:29,179 {\an8}Serta pantai dan Lakers. 424 00:40:29,847 --> 00:40:32,891 Serta anjing yang akan tiba menaiki limousin. 425 00:40:34,685 --> 00:40:38,564 Tapi, saya akui. Ini pujian daripada saya. 426 00:40:39,481 --> 00:40:41,942 Awak takkan jadi macam kami orang California. 427 00:40:44,194 --> 00:40:46,738 Saya pasti, awak pun bukan macam orang di Ohio. 428 00:40:50,325 --> 00:40:51,827 Pendapat saya tentang awak? 429 00:40:53,704 --> 00:40:56,039 Awak seperti Sugar. 430 00:41:08,552 --> 00:41:09,635 Terima kasih. 431 00:41:09,636 --> 00:41:11,471 Untuk apa? Itu anjing awak. 432 00:41:15,267 --> 00:41:16,268 Hei. 433 00:41:16,810 --> 00:41:17,936 Hai, sayang. 434 00:41:29,573 --> 00:41:31,992 Kakak saya kata, cari dia apabila saya bersedia. 435 00:41:33,327 --> 00:41:35,120 Saya pun tak faham maksudnya. 436 00:41:36,038 --> 00:41:37,039 Tapi, buat masa ini… 437 00:41:38,707 --> 00:41:39,875 saya selesa di sini. 438 00:41:41,376 --> 00:41:42,669 Saya dapat semula anjing saya. 439 00:41:43,712 --> 00:41:46,214 Kami akan jumpa orang baharu. 440 00:41:46,215 --> 00:41:47,715 Saya akan tonton filem. 441 00:41:47,716 --> 00:41:49,343 Kami akan ke taman anjing. 442 00:41:51,428 --> 00:41:52,513 Itulah perancangannya. 443 00:41:53,514 --> 00:41:55,098 Mungkin cari kes baharu. 444 00:41:55,724 --> 00:41:56,934 Mungkin tidak. 445 00:41:58,268 --> 00:41:59,686 Tengoklah nanti. 446 00:42:09,071 --> 00:42:10,364 Yang saya tahu… 447 00:42:11,782 --> 00:42:13,075 tempat ini… 448 00:42:15,202 --> 00:42:17,913 orang-orangnya… 449 00:42:22,084 --> 00:42:23,335 Seronok dapat pulang. 450 00:43:48,545 --> 00:43:50,464 Terjemahan sari kata oleh Hamizah