1 00:00:04,004 --> 00:00:05,797 - Sudikah awak mengahwini saya? - Ya. 2 00:00:05,880 --> 00:00:08,091 - Untuk Wulan dan Reno! - Minum! 3 00:00:08,174 --> 00:00:11,469 Sudah tentu, saya tak mahu perkahwinan anak saya dibatalkan. 4 00:00:11,553 --> 00:00:14,389 Saya mahu maklumkan yang ayah saya meninggal dunia malam tadi. 5 00:00:14,472 --> 00:00:16,808 Awak mahu batalkan perkahwinan kita? 6 00:00:18,351 --> 00:00:20,228 Ini bukan kali pertama kita jumpa paku. 7 00:00:20,311 --> 00:00:24,607 Bagaimana paku boleh keluar daripada tekaknya? 8 00:00:24,691 --> 00:00:26,234 - Awak kenal orang lain... - Mak Cik Rima? 9 00:00:26,317 --> 00:00:27,402 ...dalam video ini? 10 00:00:27,485 --> 00:00:29,446 - Jika awak pasti awak buat... - Kenapa, ayah? 11 00:00:29,529 --> 00:00:31,656 ...keputusan yang betul, teruskan saja. 12 00:00:31,740 --> 00:00:34,325 Saya harap awak semua menderita! 13 00:00:34,409 --> 00:00:36,995 Wisnu, jangan berdiri di situ, pergi panggil jururawat! 14 00:00:42,083 --> 00:00:44,502 Ayah saya mati disebabkan awak! 15 00:00:44,586 --> 00:00:45,920 Wulan! 16 00:00:46,004 --> 00:00:47,714 Ayahnya telah meninggal dunia. 17 00:00:52,886 --> 00:00:55,346 BANYUWANGI, TAHUN 1998 18 00:00:55,430 --> 00:00:58,308 Penduduk Banyuwangi dikejutkan dengan penemuan... 19 00:00:58,391 --> 00:01:00,018 ...tiga mayat di pinggir bandar. 20 00:01:00,101 --> 00:01:02,062 Mereka dikatakan menjadi mangsa... 21 00:01:02,145 --> 00:01:04,814 ...pembunuhan beramai-ramai bomoh ilmu hitam baru-baru ini. 22 00:01:04,898 --> 00:01:07,650 Seperti yang diarahkan oleh kerajaan tempatan,... 23 00:01:07,734 --> 00:01:10,570 ...Ketua Polis Banyuwangi telah berjanji untuk... 24 00:01:10,653 --> 00:01:13,573 Hei. Saya sedang menontonnya. 25 00:01:14,240 --> 00:01:16,159 - Ia buat saya sakit kepala. - Cukup! 26 00:01:16,242 --> 00:01:18,244 Mereka dah sampai. 27 00:01:18,953 --> 00:01:21,498 Ini kakitangan kami. 28 00:01:21,581 --> 00:01:23,666 - Helo. - Sumber Manusia. 29 00:01:24,250 --> 00:01:26,044 - Ahmad. - Daripada Kewangan. 30 00:01:26,127 --> 00:01:27,378 - Eko. - Ini pula... 31 00:01:27,462 --> 00:01:29,422 Inilah kakitangan pentadbiran yang saya ceritakan itu, tuan. 32 00:01:29,506 --> 00:01:33,468 Dia bijak dan serba boleh. Dialah orang harapan kami. 33 00:01:36,429 --> 00:01:37,430 Dah siap? 34 00:01:38,181 --> 00:01:40,016 - Saya Ahmad. - Saya Astuti, tuan. 35 00:01:41,768 --> 00:01:43,478 Jadi, ini meja awak? 36 00:01:43,561 --> 00:01:44,646 Ya, tuan. 37 00:01:45,355 --> 00:01:47,232 - Semuanya okey di sini? - Ya, tuan. 38 00:01:47,315 --> 00:01:48,733 - Tiada masalah? - Tidak, tuan. 39 00:01:48,817 --> 00:01:52,403 - Komputer berfungsi dengan baik? - Ya, tuan. 40 00:01:58,326 --> 00:01:59,410 Ini anak awak? 41 00:02:00,203 --> 00:02:03,665 Tidak, tuan. Itu Wisnu, adik saya. 42 00:02:03,748 --> 00:02:05,458 Begitu. 43 00:02:08,086 --> 00:02:10,130 Awak boleh bawa dia ke sini nanti. 44 00:02:10,713 --> 00:02:13,591 Dia akan seronok bermain di padang bola sepak kami di belakang sana. 45 00:02:14,801 --> 00:02:17,720 Wisnu telah tiada. 46 00:02:17,804 --> 00:02:19,264 Dia telah meninggal dunia. 47 00:02:21,474 --> 00:02:24,978 - Maaf. Saya tak berniat... - Tak mengapa. 48 00:02:25,937 --> 00:02:28,940 - Ahmad, pejabat awak dah sedia. - Okey. 49 00:02:30,024 --> 00:02:31,442 Saya minta diri dulu. 50 00:02:42,537 --> 00:02:45,915 SALAM TAKZIAH 51 00:03:01,806 --> 00:03:04,100 Saya rasa ini disebabkan ilmu hitam. 52 00:03:04,184 --> 00:03:06,561 Jangan cakap begitu. 53 00:03:16,529 --> 00:03:19,699 - Terima kasih kerana datang. - Mak, tetamu dah sampai. 54 00:03:24,871 --> 00:03:26,039 Terima kasih kerana datang. 55 00:03:28,041 --> 00:03:29,375 Terima kasih kerana datang. 56 00:03:31,002 --> 00:03:32,337 Ini dia, puan. 57 00:03:32,712 --> 00:03:34,422 - Terima kasih, Ipah. - Baiklah, puan. 58 00:03:40,762 --> 00:03:42,764 Maaf, puan. Kami minta diri dulu. 59 00:03:56,903 --> 00:03:58,738 Kenapa ia bergerak? 60 00:04:00,657 --> 00:04:02,825 Keluarkan kapas itu. 61 00:04:06,996 --> 00:04:08,873 - Ya Tuhan! - Tuhan, bantulah kami! 62 00:04:11,209 --> 00:04:13,378 - Ya Tuhan! - Ya Tuhan! 63 00:05:54,228 --> 00:05:57,023 Tanda 64 00:06:46,239 --> 00:06:48,032 Saya bersimpati atas kehilangan awak. 65 00:06:48,116 --> 00:06:49,242 Terima kasih. 66 00:06:49,325 --> 00:06:50,618 Saya bersimpati atas kehilangan awak. 67 00:06:50,701 --> 00:06:51,828 Terima kasih. 68 00:06:53,788 --> 00:06:54,956 Bertabahlah, Wulan. 69 00:06:55,039 --> 00:06:56,332 Awak akan dapat mengharunginya. 70 00:06:56,416 --> 00:06:57,542 Terima kasih. 71 00:06:59,585 --> 00:07:00,628 Hai, Wulan. 72 00:07:00,711 --> 00:07:01,796 Puan. 73 00:07:03,381 --> 00:07:05,633 Saya baru dengar berita pagi tadi. 74 00:07:07,009 --> 00:07:08,803 Salam takziah. 75 00:07:08,886 --> 00:07:10,221 Ayah awak tak pernah beritahu awak? 76 00:07:10,304 --> 00:07:13,766 Saya dan ayah awak dah lama kenal. 77 00:07:13,850 --> 00:07:16,644 Kami pernah bekerja bersama lima tahun lalu. 78 00:07:16,727 --> 00:07:19,439 Ayah awak banyak membantu saya... 79 00:07:19,522 --> 00:07:21,691 ...semasa perniagaan saya gagal. 80 00:07:21,774 --> 00:07:24,944 Dia antara orang paling baik yang saya pernah kenali. 81 00:07:26,946 --> 00:07:29,031 Apabila perniagaan saya berjaya,... 82 00:07:29,115 --> 00:07:31,492 ...ayah awak tak mahu terima duitnya apabila saya membayar balik. 83 00:07:31,576 --> 00:07:33,703 Dia cadangkan saya melabur dalam syarikat awak. 84 00:07:35,163 --> 00:07:38,875 Sejujurnya, ini berita baru bagi saya. 85 00:07:38,958 --> 00:07:41,043 Itulah yang dia mahukan. 86 00:07:42,086 --> 00:07:45,548 Dia minta saya rahsiakan tentang pelaburan saya dalam syarikat awak. 87 00:07:46,257 --> 00:07:47,925 Awak tahu? 88 00:07:48,593 --> 00:07:50,511 Dia selalu berikan cadangan yang betul. 89 00:07:52,889 --> 00:07:54,265 Kuatkan semangat, Wulan. 90 00:07:54,348 --> 00:07:55,808 Saya pergi bercakap dengan ibu awak sekarang. 91 00:07:55,892 --> 00:07:57,226 Terima kasih, puan. 92 00:07:59,645 --> 00:08:01,564 Wisnu, saya minta diri dulu. 93 00:08:01,647 --> 00:08:03,357 Ya, terima kasih kerana datang. 94 00:08:04,567 --> 00:08:05,401 - Mak cik. - Terima kasih kerana datang, Reno. 95 00:08:05,485 --> 00:08:06,777 - Sekali lagi, saya bersimpati. - Tolong doakan dia. 96 00:08:06,861 --> 00:08:08,237 Ya. Kuatkan semangat, mak cik. 97 00:08:27,924 --> 00:08:30,426 - Tolong letakkannya di luar. - Mak, biar saya buat. 98 00:08:33,137 --> 00:08:34,305 Terima kasih, Wisnu. 99 00:08:37,808 --> 00:08:40,061 Biar saya tolong, puan. 100 00:08:41,020 --> 00:08:41,938 Puan. 101 00:08:42,021 --> 00:08:44,941 Jika puan tak kisah, saya mahu bercakap dengan puan. 102 00:08:45,024 --> 00:08:47,818 - Bukan sekarang, Ipah. Mak perlu berehat. - Tak mengapa. 103 00:08:48,444 --> 00:08:50,988 - Mari kita bercakap di dalam. - Ya, puan. 104 00:08:55,785 --> 00:08:57,370 Awak nak ke mana? 105 00:08:58,371 --> 00:09:01,165 Dia mahu pulang ke kampung. Ayahnya sakit. 106 00:09:04,961 --> 00:09:09,173 Namun apabila ayah awak sembuh, awak akan kembali, bukan? 107 00:09:09,257 --> 00:09:11,842 Saya tak pasti tentang itu. 108 00:09:17,765 --> 00:09:20,184 Kami harap awak akan kembali, Ipah. 109 00:09:21,936 --> 00:09:22,853 Betul tak, mak? 110 00:09:26,274 --> 00:09:27,191 Mak? 111 00:09:27,275 --> 00:09:28,109 Ya. 112 00:09:28,734 --> 00:09:30,236 Betul. 113 00:09:31,404 --> 00:09:33,990 Saya akan cuba, puan, cik. 114 00:09:35,908 --> 00:09:39,912 Baiklah, Ipah, minta Asep hantar awak ke stesen bas. 115 00:09:39,996 --> 00:09:41,956 Saya harap ayah awak cepat sembuh. 116 00:09:42,039 --> 00:09:43,916 Terima kasih. 117 00:09:48,004 --> 00:09:49,005 Puan. 118 00:09:53,843 --> 00:09:57,638 Jaga diri. Saya rasa tak sedap hati,... 119 00:09:57,722 --> 00:09:59,890 ...seperti ada orang akan apa-apakan keluarga ini. 120 00:09:59,974 --> 00:10:01,726 Ipah, cukup. 121 00:10:15,990 --> 00:10:18,242 Saya akan uruskan secepat mungkin. 122 00:10:18,326 --> 00:10:19,744 Ya, terima kasih, Hesti. 123 00:10:25,333 --> 00:10:27,960 Helo, En. Ibnu? Ya, ini Wulan. 124 00:10:28,502 --> 00:10:33,299 Apa yang saya perlu bawa untuk mengeluarkan sijil kematian? 125 00:10:34,050 --> 00:10:37,011 Betul, saya cuma perlukan sijil pendaftaran keluarga. 126 00:10:37,928 --> 00:10:38,763 Ya. 127 00:10:39,805 --> 00:10:42,099 Ya, terima kasih, En. Ibnu. Saya akan beritahu ibu saya. 128 00:10:42,725 --> 00:10:44,226 Terima kasih. 129 00:10:49,023 --> 00:10:49,857 Mak? 130 00:10:51,317 --> 00:10:52,234 Mak dah bangun? 131 00:10:57,281 --> 00:10:59,116 Mak tidur nyenyak? 132 00:11:01,994 --> 00:11:03,663 Mak bermimpi. 133 00:11:04,246 --> 00:11:06,082 Mak jumpa ayah kamu. 134 00:11:07,333 --> 00:11:09,168 Dia kata,... 135 00:11:09,960 --> 00:11:10,795 ..."Sayang..." 136 00:11:12,380 --> 00:11:13,255 "Sayang..." 137 00:11:15,925 --> 00:11:18,010 "Jangan tinggalkan saya di sini." 138 00:11:19,595 --> 00:11:21,430 Dia nampak amat kurus,... 139 00:11:22,139 --> 00:11:26,310 ...perutnya kempis seperti dia kelaparan. 140 00:11:26,394 --> 00:11:29,980 Mungkin ayah rindukan masakan saya. 141 00:11:45,329 --> 00:11:47,039 Kamu bercakap dengan siapa di telefon? 142 00:11:47,123 --> 00:11:49,500 Hesti... 143 00:11:50,000 --> 00:11:52,920 ...dan ketua kejiranan untuk menguruskan... 144 00:11:55,297 --> 00:11:57,591 Untuk menguruskan beberapa perkara. 145 00:11:57,675 --> 00:12:00,219 Oh, ya, di mana sijil pendaftaran keluarga kita? 146 00:12:02,972 --> 00:12:05,182 Kamu boleh periksa laci itu. 147 00:12:05,266 --> 00:12:07,226 - Yang itu? - Dalam laci di bawah... 148 00:12:07,309 --> 00:12:10,020 ...almari mak. 149 00:12:33,085 --> 00:12:34,086 SIJIL PERKAHWINAN 150 00:12:42,011 --> 00:12:43,846 Berkahwin Pada 27 November 1998 151 00:12:50,102 --> 00:12:51,187 Kamu jumpa? 152 00:12:51,979 --> 00:12:53,230 Ya. 153 00:12:55,316 --> 00:12:56,150 SIJIL PENDAFTARAN KELUARGA 154 00:13:04,617 --> 00:13:06,076 Mak, lihat. 155 00:13:06,952 --> 00:13:09,413 Saya dah jumpa sijil perkahwinan ayah dan mak. 156 00:13:10,915 --> 00:13:13,542 Ayah nampak pelik di sini. 157 00:13:16,629 --> 00:13:22,343 Ketika gambar ini diambil, cuaca amat panas. 158 00:13:24,094 --> 00:13:28,015 Ayah kamu berpeluh-peluh sehingga terpaksa menukar baju dua kali. 159 00:13:29,767 --> 00:13:32,186 Namun mak, nampaknya mereka tersilap. 160 00:13:32,853 --> 00:13:38,067 Ditulis di sini mak berkahwin tahun 1998. Saya berusia tiga tahun ketika itu. 161 00:13:42,988 --> 00:13:45,157 Mungkin juga. 162 00:13:46,534 --> 00:13:48,744 Mak perlu tidur lagi. 163 00:13:48,828 --> 00:13:49,870 Kenapa? 164 00:13:50,371 --> 00:13:53,999 Tak ada apa-apa, mak cuma mengantuk. 165 00:14:23,320 --> 00:14:25,114 HOSPITAL CEMPAKA 166 00:14:25,197 --> 00:14:28,659 Tunggu. Awak tak boleh siasat... 167 00:14:28,742 --> 00:14:30,661 ...punca kematian ayah saya? 168 00:14:30,744 --> 00:14:32,288 Hospital jenis apa ini? 169 00:14:32,872 --> 00:14:35,374 Cik Wulan, sebagai orang yang bertugas di sini,... 170 00:14:35,457 --> 00:14:38,961 ...sekali lagi, saya minta maaf atas kesulitan ini. 171 00:14:39,044 --> 00:14:41,088 Ya, ia menyusahkan. 172 00:14:41,171 --> 00:14:42,756 Jadi, awak mahu keluarga saya... 173 00:14:42,840 --> 00:14:45,676 ...terima saja yang ayah saya mati tanpa sebarang penjelasan? 174 00:14:46,886 --> 00:14:51,265 Selama berdekad saya merawat pesakit,... 175 00:14:52,808 --> 00:14:56,228 ...saya tak pernah jumpa kes begini. 176 00:14:56,312 --> 00:15:01,442 Awak boleh minta pendapat kedua daripada hospital lain,... 177 00:15:01,984 --> 00:15:05,487 ...namun saya jamin mereka akan kata perkara yang sama. 178 00:15:06,155 --> 00:15:10,284 Puan, sebagai wakil perhubungan awam hospital, saya minta maaf... 179 00:15:10,367 --> 00:15:11,201 PERJANJIAN SULIT 180 00:15:11,285 --> 00:15:12,953 Saya tahu ini bukan masa yang sesuai,... 181 00:15:14,121 --> 00:15:18,876 ...tetapi kami minta kerjasama puan... 182 00:15:18,959 --> 00:15:21,921 ...untuk tak mendedahkan apa-apa kepada pihak media. 183 00:15:23,005 --> 00:15:24,924 Biar betul. 184 00:15:25,007 --> 00:15:28,719 Ini satu gurauan, bukan? Awak fikir duit boleh mengembalikan ayah saya? 185 00:15:29,303 --> 00:15:33,891 Kami yang kehilangan dan bersedih. Kenapa kami perlu ikut cakap awak? 186 00:15:33,974 --> 00:15:38,729 - Wulan. - Mak, ini dah melampau. 187 00:15:38,812 --> 00:15:41,440 Wulan, cukup. 188 00:15:43,025 --> 00:15:46,153 Mak tak mahu hal ini berterusan. 189 00:15:46,904 --> 00:15:49,031 Mari kita balik saja. 190 00:16:11,428 --> 00:16:12,346 En. Ahmad. 191 00:16:14,223 --> 00:16:17,226 Tak perlu bangun. 192 00:16:19,395 --> 00:16:20,521 Boleh saya bantu? 193 00:16:21,146 --> 00:16:22,314 Awak bekerja lebih masa? 194 00:16:24,108 --> 00:16:27,736 Tidak, tuan. Hanya dua laporan lagi. 195 00:16:29,655 --> 00:16:30,739 Sebenarnya... 196 00:16:31,865 --> 00:16:36,870 ...saya perasan bingkai gambar adik awak dah pecah. 197 00:16:37,454 --> 00:16:41,667 Saya harap awak tak kisah, saya belikan yang baru. 198 00:16:41,750 --> 00:16:43,210 Ini untuk saya? 199 00:16:44,336 --> 00:16:45,629 Cantiknya. 200 00:16:46,839 --> 00:16:48,841 - Buat susah-susah saja. - Tak mengapa. 201 00:16:48,924 --> 00:16:51,093 - Terima kasih, tuan. - Sama-sama. 202 00:16:57,391 --> 00:17:01,020 Hujan agak lebat. 203 00:17:02,730 --> 00:17:04,440 Awak mahu tumpang saya balik? 204 00:17:08,652 --> 00:17:11,113 Tak mengapa, tuan. Saya ada bawa payung. 205 00:17:11,238 --> 00:17:12,322 Baiklah. 206 00:17:13,198 --> 00:17:16,827 Okey. Kalau begitu, saya balik dulu. 207 00:17:18,037 --> 00:17:19,079 Ya, tuan. 208 00:17:19,204 --> 00:17:20,706 - Selamat tinggal. - Selamat jalan, tuan. 209 00:18:19,932 --> 00:18:21,517 Alamak! 210 00:18:35,948 --> 00:18:37,157 Astuti! 211 00:18:38,450 --> 00:18:40,452 En. Ahmad? 212 00:18:41,245 --> 00:18:42,746 Tuan masih di sini? 213 00:18:43,622 --> 00:18:48,627 Saya dalam perjalanan pulang dan hujan semakin lebat, jadi saya patah balik. 214 00:18:49,294 --> 00:18:51,088 Biar saya hantar awak pulang. 215 00:18:53,841 --> 00:18:55,801 - Ayuh. - Baiklah. 216 00:18:56,176 --> 00:18:57,970 - Tunggu sekejap... - Baiklah. 217 00:18:59,555 --> 00:19:01,431 Lupakan sajalah! 218 00:19:17,656 --> 00:19:21,118 Mak mahu baring. Mak penat. 219 00:19:21,201 --> 00:19:23,078 Baiklah, mak. 220 00:19:49,479 --> 00:19:50,606 Wulan. 221 00:19:51,815 --> 00:19:53,192 Saya rindukan ayah. 222 00:19:57,696 --> 00:19:59,198 Saya juga. 223 00:20:07,748 --> 00:20:10,125 Saya risau tentang mak. 224 00:20:11,210 --> 00:20:12,961 Mak takkan apa-apa? 225 00:20:13,879 --> 00:20:16,256 Jelas sekali mak tak okey. 226 00:20:17,049 --> 00:20:18,967 Dia nampak ayah dibunuh begitu. 227 00:20:20,469 --> 00:20:24,097 Ayah tak dibunuh, Wisnu. Ayah sakit. 228 00:20:25,098 --> 00:20:29,102 Para doktor di hospital tak mampu merawatnya. 229 00:20:34,441 --> 00:20:37,110 Penyakit apa yang menyebabkan kita muntahkan serangga? 230 00:20:37,736 --> 00:20:40,530 Kenapa awak tak nampak? Ini buatan orang. 231 00:20:48,872 --> 00:20:52,042 Wisnu, tak perlu marah tentang hal ini lagi. 232 00:20:52,876 --> 00:20:54,878 Ia takkan dapat kembalikan ayah pun. 233 00:20:56,255 --> 00:20:59,132 Mari kita cari jalan untuk menceriakan mak semula. 234 00:20:59,383 --> 00:21:00,676 Okey? 235 00:21:00,759 --> 00:21:02,928 Sampai bila awak mahu menafikannya? 236 00:21:04,012 --> 00:21:06,390 Awak hanya akan percaya jika saya dan mak juga disihir? 237 00:21:28,495 --> 00:21:30,497 Saya tak sangka awak akan pesan ubat penenang. 238 00:21:31,665 --> 00:21:35,877 Mujurlah ada rakan sekerja saya yang pesan, jadi saya simpan untuk awak. 239 00:21:38,005 --> 00:21:38,839 Ya. 240 00:21:45,637 --> 00:21:48,932 Saya minta maaf kerana saya tak... 241 00:21:51,268 --> 00:21:53,353 ...datang ke pengebumian ayah awak. 242 00:21:55,355 --> 00:21:58,191 Saya cuma tak mahu keadaan menjadi kecoh dengan kehadiran kakak awak. 243 00:22:00,319 --> 00:22:01,653 Tak mengapa. 244 00:22:09,328 --> 00:22:11,079 Saya tak boleh tidur... 245 00:22:11,872 --> 00:22:13,332 ...sejak ayah saya meninggal dunia. 246 00:22:15,834 --> 00:22:16,793 Ya, kah? 247 00:22:35,187 --> 00:22:36,605 Saya mungkin boleh tolong. 248 00:22:46,698 --> 00:22:47,866 Rika. 249 00:22:49,242 --> 00:22:50,202 Maaf. 250 00:22:50,577 --> 00:22:52,079 Atau mungkin tidak. 251 00:22:54,289 --> 00:22:57,376 Maaf, saya cuma tak... 252 00:22:58,460 --> 00:22:59,920 Tak perlu minta maaf. 253 00:23:03,590 --> 00:23:05,717 Saya akan pindahkan bayaran barang itu kepada awak. 254 00:23:09,763 --> 00:23:12,224 Tak mengapa. Anggap ia sebagai hadiah. 255 00:23:13,475 --> 00:23:14,476 Saya mahu pulang. 256 00:23:45,340 --> 00:23:46,174 Mak? 257 00:23:50,303 --> 00:23:51,555 Mak buat apa? 258 00:23:56,518 --> 00:23:57,477 Mak? 259 00:23:57,853 --> 00:23:58,687 Wulan? 260 00:23:59,771 --> 00:24:00,730 Kenapa? 261 00:24:07,779 --> 00:24:12,033 Hati-hati, Wulan! Ia datang untuk merampas semuanya! 262 00:25:41,039 --> 00:25:41,998 Mak, kenapa mak tak makan? 263 00:25:47,921 --> 00:25:49,422 - Maafkan saya, cik. - Ya, Asep? 264 00:25:49,506 --> 00:25:52,217 - Ada orang mahu jumpa cik. - Siapa? 265 00:25:52,300 --> 00:25:53,510 Dia kata namanya Esa. 266 00:25:54,261 --> 00:25:55,303 Esa. 267 00:25:55,637 --> 00:25:56,471 Esa siapa? 268 00:25:57,889 --> 00:26:00,141 - Anak kawan ayah. - Kawan ayah? 269 00:26:00,767 --> 00:26:01,601 Yang mana satu? 270 00:26:01,685 --> 00:26:02,978 En. Bondan. 271 00:26:03,520 --> 00:26:05,772 Bondan? Oh ya, Bondan! 272 00:26:06,439 --> 00:26:08,233 - Jemput dia masuk, Asep! Sekarang. - Namun, mak... 273 00:26:08,316 --> 00:26:10,318 - Jemput dia masuk. - Ya, puan. 274 00:26:11,903 --> 00:26:13,071 Cepat, Asep! 275 00:26:13,154 --> 00:26:14,698 - Apa yang mak buat? - Biarkan dia. 276 00:26:14,781 --> 00:26:17,158 - Bondan itu kawan lama mak. - Namun... 277 00:26:17,242 --> 00:26:19,160 Wulan, biarkan saja mak. 278 00:26:20,245 --> 00:26:22,414 Helo, saya Esa. 279 00:26:24,416 --> 00:26:25,417 - Wisnu. - Hai. 280 00:26:26,876 --> 00:26:28,628 - Silakan duduk. - Terima kasih. 281 00:26:28,712 --> 00:26:31,298 - Kopi? Teh? - Kopi pun boleh. 282 00:26:32,173 --> 00:26:34,759 Saya dah lambat. Saya mahu mandi dan bersiap. 283 00:26:36,136 --> 00:26:39,681 Jadi, awak anak Bondan? 284 00:26:40,307 --> 00:26:41,224 Ya, mak cik. 285 00:26:43,685 --> 00:26:44,519 Terima kasih. 286 00:26:45,478 --> 00:26:47,856 Dia tersekat di sana! 287 00:26:49,399 --> 00:26:52,819 Saya sangka saya seorang saja yang tahu bagaimana dia mendapat parut itu. 288 00:26:52,902 --> 00:26:55,780 - Dahinya bengkak. - Ya. 289 00:26:56,239 --> 00:26:58,241 - Mengarut. - Tentulah saya tahu. 290 00:26:58,325 --> 00:26:59,868 Saya dah lama bekerja dengan dia. 291 00:26:59,951 --> 00:27:01,536 - Saya pergi kerja dulu. - Kenapa tergesa-gesa? 292 00:27:01,620 --> 00:27:03,913 Saya juga harus minta diri. 293 00:27:03,997 --> 00:27:07,459 Esa, awak sibuk malam ini? 294 00:27:07,542 --> 00:27:10,337 - Tidak, mak cik. - Marilah makan malam dengan kami. 295 00:27:10,420 --> 00:27:12,505 Wulan pandai memasak. 296 00:27:12,589 --> 00:27:13,840 Betul tak, Wulan? 297 00:27:13,923 --> 00:27:17,010 - Baiklah, saya akan datang. - Baguslah. 298 00:27:17,093 --> 00:27:19,262 - Mak, saya pergi dulu. - Wulan, iringi Esa keluar. 299 00:27:19,346 --> 00:27:20,847 - Baiklah. - Nanti dia sesat. 300 00:27:20,930 --> 00:27:22,265 - Ayuh. - Maafkan saya. 301 00:27:22,349 --> 00:27:23,725 - Jaga diri, Esa. - Hati-hati memandu. 302 00:27:26,311 --> 00:27:29,981 Kamu buat apa lagi di sini? Bukankah kamu sepatutnya ke sekolah? 303 00:27:30,065 --> 00:27:34,069 Mak, tolong benarkan saya ponteng sekolah hari ini. 304 00:27:37,030 --> 00:27:37,864 Wulan. 305 00:27:38,948 --> 00:27:41,951 Maaf atas kata-kata saya di hospital tempoh hari. 306 00:27:43,244 --> 00:27:45,622 Saya tak berniat untuk menuduh ayah awak. 307 00:27:47,499 --> 00:27:49,000 Tak mengapa. Saya pergi dulu. 308 00:28:18,071 --> 00:28:19,239 Nampak? 309 00:28:21,199 --> 00:28:23,201 Lebih mudah jika kita masuk ke dalam saja. 310 00:28:25,954 --> 00:28:28,081 Saya tahu, tetapi belum masanya lagi. 311 00:28:31,126 --> 00:28:32,460 Ini cara terbaik buat masa sekarang. 312 00:28:35,296 --> 00:28:38,216 Okey. Jika itu yang awak mahu. 313 00:28:40,969 --> 00:28:42,595 Saya akan sediakan semuanya. 314 00:28:56,443 --> 00:28:57,902 Reno 2 Panggilan Tak Dijawab 315 00:29:01,573 --> 00:29:03,408 Keluar! 316 00:29:04,701 --> 00:29:05,994 Wulan! 317 00:29:10,457 --> 00:29:11,332 Maaf. 318 00:29:19,174 --> 00:29:24,345 Saya putuskan untuk meluluskan semua peruntukan pelaburan,... 319 00:29:24,429 --> 00:29:25,889 ...kecuali PT Lonbor. 320 00:29:27,557 --> 00:29:31,603 Maaf, puan, tetapi Lonbor mempunyai potensi pulangan terbesar. 321 00:29:31,686 --> 00:29:33,313 Maksud saya, keuntungan terbesar. 322 00:29:33,897 --> 00:29:38,067 Namun penasihat kerohanian saya meramalkan yang PT Lonbor akan menjunam. 323 00:29:39,986 --> 00:29:44,282 Wulan, boleh kita pindahkan pelaburan yang diperuntukkan untuk PT Lonbor... 324 00:29:44,365 --> 00:29:46,242 ...dipecahkan kepada syarikat lain? 325 00:29:51,748 --> 00:29:52,582 Wulan? 326 00:29:55,668 --> 00:29:56,753 Wulan? 327 00:30:00,924 --> 00:30:02,383 Wulan, dia tanya awak. 328 00:30:06,638 --> 00:30:09,474 Maafkan saya, puan. Boleh awak ulang soalan itu? 329 00:30:09,557 --> 00:30:13,186 Boleh kita peruntukkan Lonbor dilaburkan kepada syarikat lain? 330 00:30:13,269 --> 00:30:14,437 Ya, boleh. 331 00:30:14,521 --> 00:30:19,025 Kita akan pecahkannya portfolio kita kepada beberapa syarikat kecil. 332 00:30:19,108 --> 00:30:22,737 Jadi, risikonya juga lebih mudah untuk diuruskan. 333 00:30:22,821 --> 00:30:26,741 Bagus. Baiklah. Saya serahkan kepada awak. 334 00:30:26,825 --> 00:30:27,867 Ya, puan. 335 00:30:27,951 --> 00:30:31,162 Saya ada senarai calon di sini. 336 00:30:31,246 --> 00:30:37,001 Ada yang baru bergabung, jadi keuntungannya mungkin lebih tinggi. 337 00:32:00,168 --> 00:32:01,753 Serangga Yang Mampu Hidup Dalam Tubuh Haiwan Lain dan Manusia 338 00:32:01,836 --> 00:32:02,921 Penyengat Glyptapanteles 339 00:32:07,508 --> 00:32:09,302 Kenapa Orang Yang Telah Mati Masih Menghubungi Orang Yang Hidup? 340 00:32:09,385 --> 00:32:12,472 Untuk menyatakan mereka baik-baik saja Untuk memberi amaran 341 00:32:15,099 --> 00:32:16,142 Untuk menenangkan kita 342 00:32:16,225 --> 00:32:17,894 Untuk memberitahu kita yang mereka memerhatikan kita 343 00:32:17,977 --> 00:32:20,813 Untuk menunjukkan mereka tak keseorangan Untuk menyatakan yang mereka sayang 344 00:32:24,275 --> 00:32:26,527 Otto: Wulan, lihat ini 345 00:32:26,611 --> 00:32:29,447 Disebabkan Tanah Runtuh, Lonbor Akan Mengalami Kerugian Besar... 346 00:32:33,910 --> 00:32:35,703 Tanah Runtuh Baru-Baru Ini Menyebabkan Lonbor Kerugian Besar. Harga Saham Jatuh! 347 00:32:44,170 --> 00:32:45,004 Awak dah baca? 348 00:32:48,132 --> 00:32:51,427 Tanah runtuh melanda Lonbor. Mujurlah awak beri dia alternatif. 349 00:32:52,136 --> 00:32:55,723 - Bagaimana ini boleh terjadi? - Entahlah, mujurlah. 350 00:32:57,433 --> 00:33:00,353 Mungkin dah tiba masanya kita ambil penasihat kerohanian dia. 351 00:33:08,987 --> 00:33:11,447 Ubat penenang dah habis? Cepatnya. 352 00:33:17,578 --> 00:33:19,789 Saya mahu minta maaf tentang tempoh hari. 353 00:33:21,791 --> 00:33:22,792 Maafkan saya. 354 00:33:32,385 --> 00:33:33,761 Tak mengapa. 355 00:33:35,096 --> 00:33:36,222 Saya faham. 356 00:33:41,394 --> 00:33:42,270 Namun,... 357 00:33:44,397 --> 00:33:45,898 ...bagaimana ayah awak meninggal dunia? 358 00:33:55,825 --> 00:33:59,746 Nampak seperti kes yang sama seperti ayah awak. 359 00:34:01,748 --> 00:34:02,707 Ada orang menghantar ilmu hitam. 360 00:34:04,292 --> 00:34:06,586 Saya nampak sesuatu di dalam bilik awak tempoh hari. 361 00:34:09,547 --> 00:34:10,590 Apa yang awak nampak? 362 00:34:12,091 --> 00:34:13,134 Ulat. 363 00:34:17,597 --> 00:34:18,556 Ulat? 364 00:34:25,021 --> 00:34:27,106 Saya rasa awak perlu berhati-hati... 365 00:34:27,190 --> 00:34:28,733 ...jika ada barang hilang di rumah awak. 366 00:34:31,694 --> 00:34:33,738 Biasanya itu bermakna lebih banyak ilmu hitam akan dihantar. 367 00:34:45,708 --> 00:34:46,959 Hati-hati, Wisnu. 368 00:35:13,194 --> 00:35:15,029 Kamu ada nampak jam ayah? 369 00:35:29,043 --> 00:35:30,920 Astuti. 370 00:35:49,897 --> 00:35:50,857 Selamat tengah hari, tuan. 371 00:36:12,670 --> 00:36:14,422 Apa yang awak belajar? 372 00:36:15,423 --> 00:36:17,216 Saya ambil jurusan ekonomi... 373 00:36:17,300 --> 00:36:19,927 ...dan sebaik saja tamat pengajian, saya bantu ayah di syarikatnya. 374 00:36:21,012 --> 00:36:24,432 Untuk memasak pula, saya rasa saya terpaksa. 375 00:36:25,725 --> 00:36:31,439 Saya kehilangan ibu saya terlalu awal, jadi saya belajar sendiri. 376 00:36:32,565 --> 00:36:34,525 - Cuba rasa ini. - Terima kasih. 377 00:36:35,693 --> 00:36:39,071 Membasuh baju,... 378 00:36:39,155 --> 00:36:44,368 ...mengemas rumah dan menjaga ayah semasa dia sakit. 379 00:36:46,787 --> 00:36:47,622 Esa. 380 00:36:48,664 --> 00:36:51,000 Bagaimana ayah awak meninggal dunia? 381 00:36:51,083 --> 00:36:52,001 Wisnu. 382 00:36:52,084 --> 00:36:54,545 - Saya tanya saja. - Tak mengapa. 383 00:36:58,341 --> 00:37:02,345 Dia meninggal dunia disebabkan... 384 00:37:03,054 --> 00:37:04,055 ...kemalangan. 385 00:37:05,556 --> 00:37:07,892 Kemalangan? Kemalangan apa? 386 00:37:10,895 --> 00:37:12,355 Dia tak kisah pun. 387 00:37:14,232 --> 00:37:15,358 Dia terjatuh... 388 00:37:17,068 --> 00:37:18,611 ...dari bumbung hospital. 389 00:37:19,403 --> 00:37:22,573 Bagaimana? Ada orang menolaknya? 390 00:37:23,699 --> 00:37:24,533 Tidak. 391 00:37:27,662 --> 00:37:31,374 Seminggu sebelum itu, dia kata matanya sakit. 392 00:37:32,416 --> 00:37:34,085 Saya bawa dia jumpa doktor. 393 00:37:35,461 --> 00:37:39,757 Namun mereka kata matanya tiada masalah. 394 00:37:40,424 --> 00:37:44,470 Mereka kata ia cuma kerengsaan kecil. 395 00:37:45,054 --> 00:37:48,224 Selepas dia meninggal dunia,... 396 00:37:49,475 --> 00:37:53,562 ...saya alami lebih banyak perkara yang tak masuk akal. 397 00:37:54,939 --> 00:37:57,566 Di rumah, saya jumpa... 398 00:37:59,277 --> 00:38:02,238 ...sejenis haiwan yang dibalut dengan kain... 399 00:38:04,532 --> 00:38:06,534 Bagaimana harus saya jelaskan? Ia tak masuk akal. 400 00:38:07,285 --> 00:38:08,828 Seperti ilmu hitam? 401 00:38:08,911 --> 00:38:09,745 Wisnu, jangan mulakan. 402 00:38:09,829 --> 00:38:12,206 Apa yang saya tahu ilmu hitam biasanya datang daripada dendam. 403 00:38:12,290 --> 00:38:14,792 Wisnu, cukup. 404 00:38:14,875 --> 00:38:17,169 - Apa? Saya cuma cakap saja. - Namun awak tak perlu... 405 00:38:17,253 --> 00:38:18,254 Saya... 406 00:38:20,506 --> 00:38:23,175 Saya kenal ayah saya. 407 00:38:24,093 --> 00:38:29,473 Saya rasa dia bukan jenis orang yang akan berdendam. 408 00:38:30,766 --> 00:38:32,768 Dia orang yang baik. 409 00:38:35,104 --> 00:38:36,897 Namun kita takkan tahu. 410 00:38:36,981 --> 00:38:39,108 Jika ada orang berdendam dengannya,... 411 00:38:40,067 --> 00:38:44,196 ...saya tak tahu siapa orangnya. 412 00:38:46,282 --> 00:38:48,284 Untuk saya, saya tahu siapa yang mungkin... 413 00:38:48,367 --> 00:38:50,953 - ...berdendam dengan ayah saya. - Wisnu. 414 00:38:51,037 --> 00:38:53,622 - Mungkin Mak Cik Rima atau Reno. - Wisnu, berhenti! 415 00:38:53,706 --> 00:38:56,250 - Boleh kita cakap tentang perkara lain? - Namun awak tahu saya betul, okey? 416 00:38:56,334 --> 00:38:57,585 Cukup, kamu berdua. 417 00:38:57,668 --> 00:38:59,420 Apa kata kita mula makan klappertart ini? 418 00:39:00,296 --> 00:39:01,630 Wisnu? 419 00:39:02,590 --> 00:39:04,592 Awak juga mahu rasa, Esa? Cubalah. 420 00:39:04,675 --> 00:39:06,385 - Baiklah, mak cik. - Ini hadiah daripada kawan saya. 421 00:39:06,469 --> 00:39:08,179 - Ia sungguh enak, percayalah. - Terima kasih. 422 00:39:08,929 --> 00:39:10,097 Wisnu, cubalah. 423 00:39:12,099 --> 00:39:15,728 Saya minta maaf tentang Wisnu. Dia amat kurang sopan dengan awak. 424 00:39:16,270 --> 00:39:18,397 Tak mengapa. Dia cuma seorang remaja. 425 00:39:19,857 --> 00:39:21,984 Sekurang-kurangnya, dia percayakan sesuatu. 426 00:39:22,068 --> 00:39:24,362 Sementara saya masih tak tahu apa yang harus saya percaya. 427 00:39:27,740 --> 00:39:28,699 Apa maksud awak? 428 00:39:32,203 --> 00:39:34,121 Maaf, tak ada apa-apa. 429 00:39:36,999 --> 00:39:38,834 Baiklah, saya minta diri dulu. 430 00:39:39,627 --> 00:39:40,503 Okey. 431 00:39:43,839 --> 00:39:49,011 Terima kasih untuk makanan tadi. Ibu saya nampak lebih ceria. 432 00:39:50,137 --> 00:39:54,767 Sama-sama. Sampaikan salam saya kepadanya. 433 00:39:56,769 --> 00:39:57,686 - Baiklah. - Baiklah. 434 00:40:16,455 --> 00:40:18,707 - Awak dah selesai? - Sikit lagi... 435 00:40:18,791 --> 00:40:20,084 Cepat. 436 00:40:30,094 --> 00:40:32,221 Batu kerikil ini menyukarkan. 437 00:40:39,812 --> 00:40:40,771 Apa yang awak buat? 438 00:40:43,441 --> 00:40:44,442 Apa yang awak buat? 439 00:40:45,818 --> 00:40:47,987 - Bukan urusan awak. - Pemilik rumah tahu tentang ini? 440 00:40:48,070 --> 00:40:50,990 - Apa yang awak letak di sana? - Jangan menyibuk! 441 00:40:51,073 --> 00:40:53,159 - En. Reno! - Bukan urusan awak! 442 00:40:53,242 --> 00:40:54,285 - Diamlah. - Jiran-jiran sedang melihat! 443 00:40:54,368 --> 00:40:57,204 - Pergi matilah! - Apa yang awak buat? 444 00:40:57,288 --> 00:41:00,708 - Beritahu atau saya akan hubungi polis! - Cukup! 445 00:41:00,791 --> 00:41:02,793 - En. Reno! - Cukup! 446 00:41:02,877 --> 00:41:04,587 - Pergi dari sini! - Cukup! 447 00:41:04,670 --> 00:41:06,964 - Jiran-jiran sedang melihat! - Lepaskan. 448 00:41:07,047 --> 00:41:09,884 - Lupakannya. Kita akan cari jalan lain. - Cukuplah, okey? 449 00:41:09,967 --> 00:41:11,510 En. Reno, tolong pergi. 450 00:41:11,594 --> 00:41:14,680 - Mari pergi. - Cukup, okey? 451 00:43:51,754 --> 00:43:54,298 Sakitnya! 452 00:44:28,082 --> 00:44:28,957 Mak? 453 00:44:35,547 --> 00:44:36,590 Mak? 454 00:44:36,674 --> 00:44:39,218 Mak, ini saya. Bertenang. 455 00:44:39,301 --> 00:44:43,263 Bertenang, mak. Ini saya. 456 00:44:43,347 --> 00:44:44,723 Mak, bawa bertenang. 457 00:44:44,807 --> 00:44:45,891 Mak... 458 00:44:47,434 --> 00:44:49,103 Bertenang. 459 00:44:50,187 --> 00:44:51,397 - Bertenang, mak. - Wulan... 460 00:44:51,480 --> 00:44:52,815 Kenapa ada lipas merata-rata? 461 00:44:52,898 --> 00:44:54,900 Mak, bawa bertenang. 462 00:44:57,653 --> 00:44:59,697 Wulan, beri ini kepada mak. 463 00:44:59,780 --> 00:45:01,156 Apa itu? 464 00:45:01,240 --> 00:45:02,658 - Percayalah pada saya. - Wisnu! 465 00:45:02,741 --> 00:45:04,535 - Wisnu, apa itu? - Beri ini kepada mak! 466 00:45:04,618 --> 00:45:06,203 - Mak, ambil ini. - Wisnu! 467 00:45:06,286 --> 00:45:08,163 Mak, bawa bertenang. 468 00:45:08,247 --> 00:45:10,082 - Wisnu, jangan! - Mak, ambil ini! 469 00:45:12,668 --> 00:45:14,837 Mak, tolonglah. 470 00:45:14,920 --> 00:45:16,088 Bertenang, okey? 471 00:45:18,757 --> 00:45:19,842 Wulan... 472 00:45:22,928 --> 00:45:23,929 Mak tak apa-apa. 473 00:45:34,356 --> 00:45:35,524 Saya dapat lakukannya. 474 00:45:35,607 --> 00:45:37,526 Kita berjaya kali ini. 475 00:45:37,609 --> 00:45:41,488 Saya janji saya akan hapuskan semuanya. 476 00:45:45,492 --> 00:45:46,827 Terima kasih. 477 00:45:58,714 --> 00:46:01,717 Diterjemahkan oleh Zuraina Zakaria