1 00:00:33,033 --> 00:00:35,244 Ia sedang menuju ke Pulau Tengkorak. 2 00:00:35,327 --> 00:00:38,372 Ia ekori telurnya sejauh ini. Ia takkan berhenti sekarang. 3 00:00:38,455 --> 00:00:41,124 Perlu beri pujian kepada Apex Cybernetics. 4 00:00:41,208 --> 00:00:43,460 Mereka memang pandai gunakan umpan. 5 00:00:43,544 --> 00:00:47,631 Melainkan ini bukan Apex. Apex menafikan penglibatan mereka. 6 00:00:47,714 --> 00:00:52,177 Jadi, siapa? Siapa ada sumber untuk buat semua itu? 7 00:00:52,261 --> 00:00:53,762 Selain Monarch dan Apex, 8 00:00:53,846 --> 00:00:56,306 siapa lagi tahu lokasi Pulau Tengkorak? 9 00:00:56,390 --> 00:00:57,766 Entahlah. 10 00:00:57,850 --> 00:01:01,353 Tapi, kami mengesan pesawat tanpa kebenaran di ruang udara Pulau Tengkorak. 11 00:01:01,436 --> 00:01:03,605 Awak pasti Cate dan Kentaro di dalam pesawat itu? 12 00:01:03,689 --> 00:01:05,399 Kami nampak beberapa orang Trissop di pantai. 13 00:01:05,482 --> 00:01:08,527 Mereka cakap Cate dan Kentaro ikut pasukan mereka. 14 00:01:08,610 --> 00:01:11,154 Ya, kami nampak semua itu. Tapi, mereka memang pergi bersama 15 00:01:11,238 --> 00:01:12,823 atau dibawa pergi secara paksa? 16 00:01:13,699 --> 00:01:15,033 Kita menghampiri tembok ribut. 17 00:01:26,670 --> 00:01:30,215 Baiklah, si gergasi. Masa untuk selesaikan tugas. 18 00:01:36,972 --> 00:01:38,765 Ia tak bergerak. 19 00:01:39,558 --> 00:01:40,559 TEMBOK RIBUT - DIKESAN 20 00:01:40,642 --> 00:01:43,729 Saya fikir Godzilla sedia berlawan dengan Titan yang berani muncul di depannya. 21 00:01:43,812 --> 00:01:45,898 Memang begitu. Biasanya. 22 00:01:46,815 --> 00:01:48,650 Ia takut dengan Kong? 23 00:01:49,401 --> 00:01:51,695 Godzilla tak takut pada apa-apa. 24 00:01:52,738 --> 00:01:55,449 Bagaimana jika ia buat apa yang ia perlu buat? 25 00:01:59,912 --> 00:02:03,665 Awak cakap tugas Godzilla ialah mengukuhkan aturan antara Titan. 26 00:02:05,083 --> 00:02:06,084 Setahu kami begitu. 27 00:02:06,168 --> 00:02:09,463 Godzilla mungkin sedang pastikan ia kembali ke tempat sepatutnya. 28 00:02:11,924 --> 00:02:14,968 Ia tak membunuhnya kerana ia tak perlu dibunuh. 29 00:02:33,946 --> 00:02:36,698 Ia lebih tahu tentang spesiesnya berbanding kita. 30 00:02:36,782 --> 00:02:38,534 Itulah penamat rancangan saya. 31 00:02:40,536 --> 00:02:43,372 Ini rancangan kita. Hubungi Barris dan komander armada. 32 00:02:43,455 --> 00:02:45,415 Minta mereka jejaki Godzilla sejauh yang mungkin. 33 00:02:45,499 --> 00:02:47,251 Kita akan bersedia di sini. 34 00:02:47,334 --> 00:02:48,544 Titan X pula? 35 00:02:48,627 --> 00:02:52,297 Sesiapa yang bawa ia kembali ke sini masih boleh teruskan rancangan mereka. 36 00:02:52,381 --> 00:02:53,799 Mengawalnya, jadikannya senjata. 37 00:02:53,882 --> 00:02:56,009 Cate dan Kentaro pun ada di sana. 38 00:02:57,344 --> 00:02:58,846 Saya rasa kita ada misi baharu. 39 00:03:00,097 --> 00:03:01,348 Selamatkan Cate dan Kentaro, 40 00:03:01,431 --> 00:03:03,767 dan cari cara untuk hantar Titan pulang. 41 00:03:05,602 --> 00:03:07,020 Betul cakap Lee. 42 00:03:09,523 --> 00:03:11,108 Kita perlu kembali. 43 00:03:20,868 --> 00:03:22,119 Saya suka rancangan itu. 44 00:03:22,202 --> 00:03:26,081 Mari siapkan kapal dan kukuhkan hac atau apa saja yang kamu buat. 45 00:03:26,790 --> 00:03:28,000 Kita akan masuk. 46 00:04:48,038 --> 00:04:50,165 BERDASARKAN WATAK "GODZILLA" 47 00:05:17,401 --> 00:05:19,319 Mengagumkan, bukan? 48 00:05:19,403 --> 00:05:21,113 Awak nak beritahu saya apa yang kita buat di sini? 49 00:05:21,196 --> 00:05:22,698 Sebab seseorang yang saya percaya pernah cakap 50 00:05:22,781 --> 00:05:25,242 semua yang ada di pulau ini cuba membunuh kita. 51 00:05:25,325 --> 00:05:26,952 Awak pula tak dengar. 52 00:05:27,035 --> 00:05:28,370 Dulu, sekarang, sama saja. 53 00:05:29,705 --> 00:05:31,373 Awak patut tunggu saja di sana. 54 00:05:31,456 --> 00:05:33,333 Saya takkan biar awak pergi sendirian. 55 00:05:33,417 --> 00:05:35,627 Itu pilihan saya dan saya tak bersendirian. 56 00:05:39,339 --> 00:05:41,675 Apa yang awak nak buat dengan telur itu? 57 00:05:42,509 --> 00:05:44,261 Kentaro, apa yang dia pengaruhi awak? 58 00:05:45,304 --> 00:05:47,514 Kenapa awak fikir dia pengaruhi saya? 59 00:05:49,600 --> 00:05:50,642 Kita dah sampai. 60 00:05:57,733 --> 00:06:01,945 Awak fikir curi anaknya hanya setakat buat ia mengamuk? 61 00:06:02,029 --> 00:06:04,239 Itu tak berperikemanusiaan. 62 00:06:04,323 --> 00:06:05,324 Tak berperikemanusiaan? 63 00:06:06,325 --> 00:06:08,076 Awak asyik lupa yang ia bukan manusia. 64 00:06:08,785 --> 00:06:11,371 Kenapa awak bantu mereka? Kenapa awak menyebelahi mereka? 65 00:06:51,286 --> 00:06:53,205 Isyarat pada Titan X masih kuat. 66 00:06:53,288 --> 00:06:55,249 Asalkan baterinya masih hidup, kita takkan hadapi masalah. 67 00:06:55,332 --> 00:06:57,084 Kenapa kita perlukan penjejak? 68 00:06:57,167 --> 00:06:58,919 Arah tujuannya terlalu jelas. 69 00:07:00,921 --> 00:07:02,422 Kita boleh ikut saja laluannya. 70 00:07:04,633 --> 00:07:06,343 Awak pernah ke Pulau Tengkorak? 71 00:07:06,426 --> 00:07:07,427 Sebab saya pernah ke sana. 72 00:07:07,511 --> 00:07:09,471 Awak akan sangat bimbang tentang dimusnahkan 73 00:07:09,555 --> 00:07:11,723 kepada cebisan kecil, sehingga awak hilang arah. 74 00:07:11,807 --> 00:07:12,808 Jadi, ya. 75 00:07:13,767 --> 00:07:14,893 Ya, kita perlukan penjejak. 76 00:07:15,853 --> 00:07:17,229 Bagaimana dengan Kong? 77 00:07:17,312 --> 00:07:20,148 Selepas ia tahu Titan X ada di pulaunya, 78 00:07:20,899 --> 00:07:22,442 ia akan muncul. 79 00:07:22,526 --> 00:07:25,904 Langkahnya juga agak besar, ia mungkin muncul sekejap lagi. 80 00:07:25,988 --> 00:07:29,157 Satu-satunya perkara kita boleh buat adalah masuk dan keluar secepat mungkin. 81 00:07:29,241 --> 00:07:31,118 Mari cari ke mana mereka bawa Titan X, 82 00:07:31,201 --> 00:07:33,120 - dan kembalikannya ke Axis Mundi… - Kembalikan ibu Titan X itu. 83 00:07:33,203 --> 00:07:37,708 Kembalikan ibu Titan X itu ke Axis Mundi, ke tempat asalnya. 84 00:07:38,417 --> 00:07:40,419 Okey? Cuba pastikan kamu tak terkorban. 85 00:07:40,502 --> 00:07:41,628 Baik, tuan. 86 00:07:49,261 --> 00:07:53,182 Awak ada jumpa apa-apa yang boleh bantu kita bawa Titan pulang? 87 00:07:53,265 --> 00:07:57,394 Rasanya. Billy ada imej daripada sesuatu dipanggil Landsat? 88 00:07:57,477 --> 00:07:58,854 - Landsat? - Awak tahu? 89 00:07:58,937 --> 00:08:00,522 Tak, sekejap. 90 00:08:00,606 --> 00:08:05,194 Ia seperti imej rangkaian satelit Bumi dari awal 60-an. 91 00:08:05,277 --> 00:08:09,865 Billy fikir laluan penghijrahan Titan X berakhir di Pulau Tengkorak. 92 00:08:09,948 --> 00:08:15,078 Jika dia betul dan Titan X keluar masuk dari Axis Mundi melalui Pulau Tengkorak, 93 00:08:15,162 --> 00:08:19,124 pasti ada rekahan semula jadi yang stabil di kawasan ini. 94 00:08:19,208 --> 00:08:22,961 Billy tandakan semua lokasi ini sebagai kemungkinan rekahan. 95 00:08:23,045 --> 00:08:25,255 Mungkin salah satu daripadanya ialah laluan pulang Titan X. 96 00:08:25,339 --> 00:08:28,342 Mungkin. Mari bermula dari sini, lihat ke mana ia bawa kita. 97 00:08:28,425 --> 00:08:29,635 Okey. 98 00:08:47,027 --> 00:08:48,278 Ia hebat, Kei! 99 00:08:48,362 --> 00:08:49,363 21 OKTOBER 1958 100 00:08:49,446 --> 00:08:51,406 - Saya tahu, saya masih tak sangka. - Ia memang rekahan? 101 00:08:51,490 --> 00:08:53,575 Maksudnya, rangkaian Titan mungkin memang wujud. 102 00:08:53,659 --> 00:08:55,577 - Ya. - Siapa tahu ke mana ia mungkin bawa kita? 103 00:08:56,078 --> 00:08:59,164 WILAYAH PAPUA DAN NEW GUINEA 104 00:09:01,375 --> 00:09:03,460 Helo, ada sesiapa di dalam? 105 00:09:04,461 --> 00:09:06,046 Ini mengubah semuanya. 106 00:09:08,507 --> 00:09:09,716 Betul. 107 00:09:11,844 --> 00:09:13,053 Saya sangat gembira untuk awak. 108 00:09:13,136 --> 00:09:14,346 Untuk kita. 109 00:09:15,264 --> 00:09:17,015 Ya, untuk kita. 110 00:09:18,934 --> 00:09:20,519 Buka sekarang. 111 00:09:23,605 --> 00:09:24,982 Apa yang kamu nak? 112 00:09:26,984 --> 00:09:28,735 Kami nak berkahwin. 113 00:09:31,738 --> 00:09:35,701 - Ada cincin? - Ia secara tiba-tiba. 114 00:09:35,784 --> 00:09:37,494 - Jadi… - Prob. 115 00:09:37,578 --> 00:09:38,579 Apa? 116 00:09:39,246 --> 00:09:42,332 Prob. Kita perlu hantar sesuatu untuk turun ke rekahan, lihat ke mana arahnya. 117 00:09:42,416 --> 00:09:45,294 Ingat yang Zook ada bina alat penjejak? 118 00:09:45,377 --> 00:09:47,754 - Dengan radio pemancar berbilang jalur? - Ya. 119 00:09:47,838 --> 00:09:51,675 - Saya yakin kita boleh sesuaikannya… - Billy, kita nak berkahwin sekarang. 120 00:09:53,051 --> 00:09:55,429 - Kita nak berkahwin, bukan? Ya. - Ya. 121 00:09:55,512 --> 00:09:57,806 Hari ini, jika tak terlalu menyusahkan. 122 00:09:57,890 --> 00:09:58,974 - Ya. - Maaf. 123 00:09:59,057 --> 00:10:03,312 Okey. Adakah awak, Cik Keiko Miura, terima… 124 00:10:03,395 --> 00:10:06,815 Ia, "Dr. Keiko Miura." 125 00:10:07,816 --> 00:10:12,446 Awak terima lelaki ini, William Randa, jadi suami awak? 126 00:10:12,988 --> 00:10:14,656 Saya rasa… 127 00:10:14,740 --> 00:10:17,075 - Ya, ayuh… Okey. - Hei. 128 00:10:17,159 --> 00:10:20,162 Ya, hai. 129 00:10:21,580 --> 00:10:26,585 Billy, saya tak pernah terfikir saya akan jumpa seseorang 130 00:10:27,878 --> 00:10:29,379 yang ada impian besar sama macam saya. 131 00:10:29,463 --> 00:10:32,132 Seseorang yang melihat dunia sama seperti saya, 132 00:10:32,216 --> 00:10:36,720 penuh dengan kemungkinan dan magis. 133 00:10:38,055 --> 00:10:42,643 Saya janji akan sentiasa percayakan awak dan idea gila awak. 134 00:10:47,523 --> 00:10:48,649 Saya cintakan awak. 135 00:10:51,443 --> 00:10:54,196 Satu lagi… 136 00:10:56,406 --> 00:10:57,783 Saya sudi. 137 00:10:57,866 --> 00:10:58,867 Ya. 138 00:10:58,951 --> 00:11:03,997 Bagus. Awak pula, William Randa, terima Dr. Keiko Miura 139 00:11:04,081 --> 00:11:05,749 jadi isteri awak? 140 00:11:05,832 --> 00:11:08,085 Ini tak adil. Saya tak sediakan apa-apa. 141 00:11:08,168 --> 00:11:09,378 Tak apa. 142 00:11:16,051 --> 00:11:17,970 Saya tiada kata-kata. 143 00:11:18,053 --> 00:11:19,763 "Ya" dah cukup, kawan. 144 00:11:22,432 --> 00:11:25,519 Ya, sudah tentu saya sudi. 145 00:11:26,562 --> 00:11:27,563 - Baiklah. - Ya. 146 00:11:27,646 --> 00:11:31,024 Dengan kuasa yang diberikan oleh kerajaan Duli Yang Maha Mulia Australia, 147 00:11:31,108 --> 00:11:34,278 saya isytiharkan kamu suami dan isteri seorang doktor. 148 00:11:35,988 --> 00:11:38,323 - Cium pengantin perempuan. - Okey. 149 00:11:49,251 --> 00:11:51,837 PULAU TENGKORAK 150 00:11:53,589 --> 00:11:55,507 - Ini pangkalan Monarch? - Dulu. 151 00:11:55,591 --> 00:11:59,761 Mereka tinggalkannya selepas ada masalah dengan keselamatan operasi. 152 00:11:59,845 --> 00:12:03,182 Monarch gagal pastikan orang-orangnya selamat, tapi awak fikir sebaliknya. 153 00:12:06,518 --> 00:12:09,396 Awak cuba bunuh dia untuk balas dendam bagi pihak ayah? 154 00:12:09,479 --> 00:12:11,857 - Ini bukan tentang dendam. - Jadi, tentang apa? 155 00:12:11,940 --> 00:12:13,942 - Saya akan tunjukkan. - Saya bercakap dengan adik saya. 156 00:12:15,944 --> 00:12:18,572 - Selamat kembali, Cik Simmons. - Terima kasih. Apa status kita? 157 00:12:18,655 --> 00:12:20,532 Titan X berada kira-kira 12 kilometer. 158 00:12:20,616 --> 00:12:22,075 Ia menuju ke arah kita. 159 00:12:22,159 --> 00:12:24,286 Awak memang betul tentang gunakan telur sebagai umpan. 160 00:12:24,369 --> 00:12:26,246 Kita perlu berterima kasih kepada Kentaro. 161 00:12:27,164 --> 00:12:28,707 Kami bukan nak membunuhnya. 162 00:12:28,790 --> 00:12:30,542 Kami perlukannya untuk buka rekahan. 163 00:12:31,251 --> 00:12:32,461 Kamu tak boleh buka rekahan. 164 00:12:32,544 --> 00:12:35,297 Kamu tak tahu apa akan keluar dari sana atau siapa akan terjatuh ke dalamnya. 165 00:12:35,380 --> 00:12:38,175 Datuk kamu jumpa rekahan di seluruh dunia. 166 00:12:38,258 --> 00:12:41,929 Malah, dia juga ada teori yang ada rekahan lain berada di pulau ini. 167 00:12:42,012 --> 00:12:44,848 Hab pusat yang boleh bawa kita ke mana-mana saja dalam rangkaian Titan. 168 00:12:47,059 --> 00:12:50,812 Kita cuma perlu buka rekahan yang stabil tanpa had masa. 169 00:12:51,772 --> 00:12:53,565 Sebab itu kita perlu mencarinya. 170 00:12:53,649 --> 00:12:55,067 Ia dalam perjalanan kita ke Axis Mundi. 171 00:12:55,150 --> 00:12:56,860 Kenapa awak nak ke sana? 172 00:12:56,944 --> 00:13:00,030 Itulah reaksi orang ramai apabila NASA beri cadangan untuk ke bulan. 173 00:13:00,113 --> 00:13:03,283 Angkasawan tak pulang dan sedar 60 tahun dah berlalu 174 00:13:03,367 --> 00:13:04,993 dan semua orang tersayang dah mati. 175 00:13:05,077 --> 00:13:07,746 Betul. Tapi, bayangkan jika mereka pulang. 176 00:13:08,622 --> 00:13:12,167 Betul, bukan? Bagaimana jika awak ada, contohnya, penyakit membawa maut 177 00:13:12,251 --> 00:13:16,505 dan awak boleh pergi ke suatu tempat selama seminggu atau sebulan 178 00:13:16,588 --> 00:13:18,298 kemudian pulang dan penawar dah wujud. 179 00:13:19,508 --> 00:13:21,093 Bagaimana jika kita boleh melawat masa depan? 180 00:13:23,178 --> 00:13:27,140 Awak nak gunakan Axis Mundi sebagai mesin masa peribadi awak? 181 00:13:36,358 --> 00:13:39,194 Kentaro, tolonglah, saya faham perasaan awak, 182 00:13:39,278 --> 00:13:42,030 yang awak nak buat sesuatu, perlu buat sesuatu. 183 00:13:42,114 --> 00:13:44,283 Itulah perasaan saya semasa tekan butang itu, 184 00:13:44,366 --> 00:13:45,576 tapi, saya silap. 185 00:13:46,451 --> 00:13:50,747 Saya tak tahu apa saya akan bebaskan dan saya patut dengar cakap awak dan ayah. 186 00:13:54,293 --> 00:13:56,003 Jangan buat kesilapan sama macam saya. 187 00:13:56,086 --> 00:13:58,213 Apa pun tujuannya, ia takkan buat ayah hidup semula. 188 00:14:05,095 --> 00:14:07,598 Kita masih menuju ke arah sini. Ia kekalkan jarak yang sama. 189 00:14:09,558 --> 00:14:12,978 Awak tak pernah beritahu saya bagaimana awak berjaya pasang penjejak pada Titan X. 190 00:14:14,938 --> 00:14:16,356 Dengan sangat berhati-hati. 191 00:14:18,275 --> 00:14:22,446 Sebenarnya, saya sendiri tak ingat, sehinggalah baru-baru ini. 192 00:14:24,698 --> 00:14:25,866 Saya tak faham. 193 00:14:25,949 --> 00:14:26,950 Saya pun sama. 194 00:14:27,993 --> 00:14:29,536 Suzuki pun sama, langsung tak ingat. 195 00:14:30,412 --> 00:14:33,457 Sains aneh yang awak mungkin faham, tapi saya langsung tak faham. 196 00:14:34,750 --> 00:14:35,751 Cuba jelaskan. 197 00:14:37,544 --> 00:14:38,879 Saya akan cuba jelaskan nanti. 198 00:14:46,553 --> 00:14:48,138 Alamak! 199 00:14:48,222 --> 00:14:50,474 Kamu okey? Ia cuma… 200 00:14:55,103 --> 00:14:56,313 Tempat ini agak teruk, bukan? 201 00:14:57,231 --> 00:14:58,565 Bayangkan apa yang ada di bawahnya. 202 00:14:59,358 --> 00:15:00,943 Tempat ini biasa saja berbanding Axis Mundi. 203 00:15:01,026 --> 00:15:03,529 Hampir dua tahun saya di pulau ini, langsung tak pernah tinggalkan pangkalan. 204 00:15:03,612 --> 00:15:05,447 "Hampir dua tahun saya di pulau ini, 205 00:15:05,531 --> 00:15:07,407 dan langsung tak pernah tinggalkan pangkalan." 206 00:15:08,242 --> 00:15:09,701 Diamlah. 207 00:15:09,785 --> 00:15:12,329 - Apa itu? - Hadley? 208 00:15:13,163 --> 00:15:14,331 Di mana Hadley? 209 00:15:20,254 --> 00:15:22,256 - Lari! - Bergerak! 210 00:15:23,715 --> 00:15:25,092 Bergerak! Teruskan bergerak! 211 00:15:29,179 --> 00:15:30,180 Teruskan. Bergerak! 212 00:15:33,141 --> 00:15:34,685 Saya tak nampak! 213 00:15:38,939 --> 00:15:40,732 - Tak guna! - Teruskan bergerak! 214 00:15:40,816 --> 00:15:42,526 Berpecah! 215 00:15:44,862 --> 00:15:46,113 Jalan! 216 00:15:49,575 --> 00:15:50,993 Oh, Tuhan. 217 00:15:51,076 --> 00:15:53,912 - Tim! Tidak! Tolong! - May! 218 00:15:53,996 --> 00:15:55,455 Tolong! Tidak! 219 00:16:03,672 --> 00:16:04,715 Tidak! 220 00:16:08,552 --> 00:16:09,887 Saya pegang awak. 221 00:16:15,642 --> 00:16:19,146 - Mari bergerak! Kita perlu pergi! Ayuh! - Bergerak! 222 00:16:19,229 --> 00:16:20,939 - Tunggu. Ambil kasut saya. - Saya dah ambil. 223 00:16:26,028 --> 00:16:27,487 Okey, tenang. 224 00:16:28,947 --> 00:16:30,073 Tim, awak dengar? 225 00:16:32,701 --> 00:16:35,078 Pasukan lapangan Monarch, kamu dengar? Sesiapa? 226 00:16:35,954 --> 00:16:38,040 Empat anggota taktikal cedera. 227 00:16:38,123 --> 00:16:39,625 Di mana lokasi kamu? 228 00:16:40,918 --> 00:16:42,669 …hilir. 229 00:16:42,753 --> 00:16:45,214 Ulang sekali lagi, kamu menghala ke timur, Tim? 230 00:16:45,297 --> 00:16:48,675 Tim, kamu bergerak ke timur? Awak dengar? 231 00:16:48,759 --> 00:16:50,552 Pulau tak guna ini. 232 00:16:51,345 --> 00:16:52,554 Okey. Baiklah. 233 00:16:52,638 --> 00:16:58,477 Awak benar-benar percaya rekahan yang Billy maksudkan ada berhampiran? 234 00:16:58,560 --> 00:17:00,854 Kita tahu dia mengembara seluruh dunia untuk cari rekahan. 235 00:17:00,938 --> 00:17:02,940 Ada sesuatu yang mendorongnya ke sini. 236 00:17:03,023 --> 00:17:05,692 Jika kita temuinya, mungkin boleh hantar Titan X pulang. 237 00:17:05,776 --> 00:17:07,486 Okey. Kita akan teruskan. 238 00:17:07,569 --> 00:17:08,779 Berpecah dan menakluk. 239 00:17:08,862 --> 00:17:09,905 Mereka ada penjejak itu. 240 00:17:09,988 --> 00:17:10,989 Mereka akan jumpa Titan X. 241 00:17:11,073 --> 00:17:13,825 Mari lihat jika kita boleh jumpa rekahan Billy sementara masih ada masa. 242 00:17:19,790 --> 00:17:23,042 Apabila ia sampai ke sini, awak takkan jumpa rekahan dan terus memasukinya. 243 00:17:23,126 --> 00:17:25,212 Sebenarnya, kami sedang bina kenderaan masuk. 244 00:17:27,714 --> 00:17:30,175 Cate, awak bukan pakar dalam bidang ini. Awak tak tahu apa yang sedang berlaku. 245 00:17:30,259 --> 00:17:33,303 Ya, saya tak tahu. Saya bukan ahli fizik. Saya cuma cikgu sains, 246 00:17:33,387 --> 00:17:35,973 tapi, saya tahu mesin masa tak wujud. 247 00:17:36,056 --> 00:17:38,809 Saya tahu kita tak boleh ubah masa lalu tak kira betapa kita mahukannya. 248 00:17:45,858 --> 00:17:47,818 Ayah pasti tak nak lihat kita begini. 249 00:17:48,819 --> 00:17:51,113 Dia pasti tak nak orang lain cedera. 250 00:17:51,738 --> 00:17:53,657 - Bukan demi dia. - Betul cakap dia. 251 00:17:57,411 --> 00:18:00,873 Tindakan kami sangat berisiko dan boleh gagal dengan teruk. 252 00:18:01,498 --> 00:18:04,251 Jika awak nak pulang, awak boleh pulang, Kentaro. 253 00:18:04,960 --> 00:18:06,336 Pergilah bersama keluarga awak. 254 00:18:06,420 --> 00:18:10,591 Sebenarnya, saya cemburu awak ada orang yang ambil berat tentang awak. 255 00:18:12,843 --> 00:18:14,553 Serius, naiklah helikopter. 256 00:18:15,262 --> 00:18:17,014 Kapal Monarch ada di laut lepas. 257 00:18:18,140 --> 00:18:20,267 Saya tak nak orang lain cedera. 258 00:18:21,393 --> 00:18:22,436 Jadi, pergilah. 259 00:18:23,937 --> 00:18:25,022 Kentaro. 260 00:18:26,190 --> 00:18:27,983 Iringi Cik Randa ke helikopter. 261 00:18:28,066 --> 00:18:29,318 - Baik, puan. - Kentaro, tolonglah. 262 00:18:30,652 --> 00:18:33,697 - Kentaro. Jangan buat begini! - Hei, ikut kami. 263 00:18:33,780 --> 00:18:35,657 Dia cuba gunakan awak! 264 00:18:36,325 --> 00:18:37,534 Tak apa jika awak ragu. 265 00:18:37,618 --> 00:18:40,162 Lepaskan saya! Kentaro! 266 00:18:40,245 --> 00:18:41,663 Saya okey. 267 00:18:43,498 --> 00:18:44,750 Dah hampir tiba masanya. 268 00:18:45,751 --> 00:18:46,835 Bagaimana situasinya, Cutler? 269 00:18:46,919 --> 00:18:49,671 Dengan kelajuan sekarang, Titan X dijangka tiba 12 minit lagi. 270 00:18:49,755 --> 00:18:51,798 - Kong pula? - Aduhai, ia bergerak lagi. 271 00:18:51,882 --> 00:18:53,509 - Ke mana? Menuju ke arah kita? - Tak. Tenggara. 272 00:18:53,592 --> 00:18:55,802 - Ia mungkin dah mengesan Titan X. - Mungkin atau dah kesan? 273 00:18:55,886 --> 00:18:57,930 Mungkin. Ia menuju ke arah sana. 274 00:18:58,013 --> 00:19:00,015 - Okey. Alih perhatiannya. - Terima. 275 00:19:01,558 --> 00:19:02,851 Saya nak tunjukkan sesuatu. 276 00:19:06,355 --> 00:19:10,400 Polly, mainkan Skullcrawler. Mula alihkan perhatian. 277 00:19:34,216 --> 00:19:36,260 Tak guna. Itu Kong? 278 00:19:37,469 --> 00:19:38,554 Ya. 279 00:19:39,304 --> 00:19:40,514 Apa yang penjejak tunjukkan? 280 00:19:41,682 --> 00:19:43,684 Isyarat masih kuat. 281 00:19:45,477 --> 00:19:46,895 Ia tunjukkan Titan bergerak ke arah sini. 282 00:19:48,063 --> 00:19:50,566 Tuan, kita dah hilang separuh anggota pasukan. 283 00:19:50,649 --> 00:19:52,818 Kita patut pertimbangkan kembali ke pantai. 284 00:19:52,901 --> 00:19:55,654 - Tambah senjata, atur semula… - Tak. Cate dan Kentaro pula? 285 00:19:55,737 --> 00:19:57,155 Kolonel Shaw dan Dr. Randa 286 00:19:57,239 --> 00:19:59,116 - masih di suatu tempat. - Jika mereka masih hidup. 287 00:19:59,199 --> 00:20:00,576 - Apa? - Hei! 288 00:20:02,786 --> 00:20:06,874 Jika mereka masih hidup, dan mereka memang masih hidup, mereka akan teruskan misi. 289 00:20:06,957 --> 00:20:08,375 Kita pun sama. 290 00:20:08,458 --> 00:20:10,127 Kong dalam perjalanan. 291 00:20:10,711 --> 00:20:14,464 Jadi, kita perlu cepat, dan kita takkan tinggalkan sesiapa. 292 00:20:14,548 --> 00:20:15,549 Faham? 293 00:20:16,550 --> 00:20:17,551 - Faham, tuan. - Faham? 294 00:20:17,634 --> 00:20:19,636 - Faham, tuan. - Faham? Okey, bagus. 295 00:20:23,765 --> 00:20:27,352 Maaf kerana jadi orang yang teruk, tapi rasa gembira dapat mengetuai. 296 00:20:43,994 --> 00:20:45,204 Arah sini. 297 00:20:46,455 --> 00:20:49,875 Ini dia. Cape Canaveral kita. 298 00:20:49,958 --> 00:20:51,627 Di sinilah kita akan lancarkan misi. 299 00:21:11,647 --> 00:21:13,607 Awak fikir tentang apa yang kakak awak cakap? 300 00:21:15,192 --> 00:21:18,612 Dengar, saya tahu saya tak disokong oleh sumber ayah saya, okey? 301 00:21:18,695 --> 00:21:21,532 Saya ada tabung amanah sendiri dan sekumpulan orang yang sangat bijak 302 00:21:21,615 --> 00:21:24,159 yang percaya kami boleh lakukannya, dan sekarang saya ada awak. 303 00:21:24,868 --> 00:21:27,704 Sebenarnya saya masih tak pasti apa yang saya boleh bantu. 304 00:21:29,414 --> 00:21:33,293 Awak tahu kenapa NASA pilih Neil Armstrong jadi orang pertama ke bulan? 305 00:21:35,462 --> 00:21:36,588 Sebab dia juruterbang terbaik? 306 00:21:36,672 --> 00:21:38,549 Mereka semua juruterbang terbaik. 307 00:21:40,300 --> 00:21:43,178 Mereka tahu orang yang mereka pilih untuk mulakan langkah pertama 308 00:21:43,262 --> 00:21:45,514 akan jadi orang paling terkenal di dunia. 309 00:21:45,597 --> 00:21:47,891 Mungkin orang paling terkenal dalam sejarah. 310 00:21:47,975 --> 00:21:49,893 Ia bukan tentang pilih orang terbaik. 311 00:21:49,977 --> 00:21:51,562 Ia tentang pilih orang yang betul. 312 00:21:52,563 --> 00:21:56,191 Awak Kentaro Randa, cucu Bill dan Keiko Randa. 313 00:21:56,275 --> 00:21:57,693 Anak Hiroshi Randa. 314 00:21:58,527 --> 00:21:59,778 Awak orang yang tepat. 315 00:22:05,742 --> 00:22:07,536 Ada satu perkara kita perlu buat dahulu. 316 00:22:09,621 --> 00:22:11,832 Kita tak boleh bina pangkalan di sini dengan Kong berlegar-legar di pulau. 317 00:22:13,417 --> 00:22:14,793 Saya fikir kita nak alih perhatiannya, 318 00:22:14,877 --> 00:22:17,588 - buat ia sibuk. - Berapa lama kita boleh buat begitu? 319 00:22:18,463 --> 00:22:20,132 Sebab itulah kami bawa Titan X ke sini. 320 00:22:21,550 --> 00:22:23,552 Saya fikir kita perlukannya untuk buka rekahan. 321 00:22:23,635 --> 00:22:25,304 Betul, dan kita perlukannya untuk bunuh Kong. 322 00:22:25,387 --> 00:22:27,556 Bunuh Kong? Itu mustahil. 323 00:22:27,639 --> 00:22:29,516 - Itu memang perlu dibuat. - Kamu tak boleh bunuh Kong. 324 00:22:29,600 --> 00:22:31,435 Kenapa? Sebab ia tak boleh dibunuh, atau sebab awak tak nak ia dibunuh? 325 00:22:31,518 --> 00:22:33,103 Awak tak beritahu saya ini sebahagian daripada rancangan. 326 00:22:33,187 --> 00:22:34,813 - Saya tahu dan saya minta maaf. - Kenapa awak tipu saya? 327 00:22:34,897 --> 00:22:36,231 Sebab saya takut. 328 00:22:37,107 --> 00:22:38,275 Saya… 329 00:22:38,358 --> 00:22:40,819 Saya takut jika saya bercakap benar, awak akan menolak 330 00:22:40,903 --> 00:22:43,614 dan saya perlu buat semua ini sendirian. 331 00:22:43,697 --> 00:22:45,991 Kentaro, awak tahu betapa pentingnya semua ini. 332 00:22:49,203 --> 00:22:50,704 Ia dah sampai. 333 00:22:51,580 --> 00:22:53,540 - Okey, kita patut perhatikan dari dalam. - Tidak. 334 00:22:54,750 --> 00:22:56,835 Saya perlu melihatnya. Temankan saya. 335 00:23:06,094 --> 00:23:07,346 Bersedia untuk lancarkannya. 336 00:23:08,138 --> 00:23:12,017 Lepaskan saya! Lepaskan… saya! 337 00:23:12,100 --> 00:23:15,103 Semua kakitangan, kembali ke pangkalan. Fasa satu telah bermula. 338 00:23:15,187 --> 00:23:17,689 Diulangi, tahap satu telah bermula. 339 00:23:17,773 --> 00:23:20,150 Baiklah, semua stesen. Ayuh. 340 00:23:20,234 --> 00:23:22,694 Sekarang atau takkan ada peluang lagi. Semua stesen, sedia untuk lancarkannya. 341 00:23:22,778 --> 00:23:23,946 Tunggu arahan saya. 342 00:23:36,041 --> 00:23:38,001 Sekejap, bukan sekarang. 343 00:23:38,085 --> 00:23:40,796 Outpost 18, kami sedia untuk berlepas. 344 00:23:40,879 --> 00:23:43,298 Hei! Tunggu! Apa yang awak buat? 345 00:23:47,761 --> 00:23:49,012 Sekarang. 346 00:23:49,721 --> 00:23:50,722 Lancarkan. 347 00:24:15,414 --> 00:24:16,540 Kita berjaya. 348 00:24:17,332 --> 00:24:18,667 Oh, Tuhan. Kita berjaya! 349 00:24:20,502 --> 00:24:21,503 Ia milik kita. 350 00:24:25,090 --> 00:24:28,635 Lembah kecil itu. Sama seperti ciri di sini. 351 00:24:28,719 --> 00:24:32,347 Itu dia. Baiklah, jika ikut laluan itu, kita akan sampai ke tempat 352 00:24:32,431 --> 00:24:34,016 - yang Billy tandakan di sana. - Baiklah. 353 00:24:39,688 --> 00:24:42,900 Tapak Kedua tiada apa-apa juga. Kami di lokasi dan tiada tanda 354 00:24:42,983 --> 00:24:45,027 - rekahan atau… - Pulang ke pangkalan segera. 355 00:24:45,110 --> 00:24:47,446 Kami belum periksa tapak ketiga. 356 00:24:47,529 --> 00:24:49,448 Ia perlu ditangguhkan. Fasa Kedua akan dimulakan. 357 00:24:49,531 --> 00:24:53,035 - Ulang. Fasa Kedua akan dimulakan. - Faham. 358 00:24:53,118 --> 00:24:55,954 Baiklah, kamu dah dengar arahan bos. Ayuh, situasi akan jadi lebih tegang. 359 00:24:57,623 --> 00:24:59,124 Ayuh! 360 00:25:00,167 --> 00:25:02,211 - Siapa mereka? - Mereka bukan Monarch. 361 00:25:02,836 --> 00:25:04,838 Mereka juga tak nampak seperti Apex. 362 00:25:04,922 --> 00:25:07,382 Saya rasa mereka pasti ada kaitan dengan orang yang bawa Cate dan Kentaro. 363 00:25:09,218 --> 00:25:11,220 - Apa maksud Fasa Dua? - Tak bagus. 364 00:25:11,303 --> 00:25:12,846 Mereka bergegas pergi. 365 00:25:13,514 --> 00:25:16,642 Pasti mereka cari rekahan. 366 00:25:16,725 --> 00:25:19,937 Jelas sekali bukan kita saja yang fikir Billy jumpa sesuatu. 367 00:25:21,522 --> 00:25:22,689 Okey, nak ke mana sekarang? 368 00:25:23,774 --> 00:25:24,775 Kei? 369 00:25:27,653 --> 00:25:28,862 Saya masih tak faham. 370 00:25:28,946 --> 00:25:32,533 Apa yang Billy cari? Ia tiada dalam jurnalnya. 371 00:25:32,616 --> 00:25:34,368 Dia dah tandakan enam rekahan dan… 372 00:25:35,911 --> 00:25:40,290 - Apa yang penting tentang tempat ini? - Awak tahu cara dia. Maksud saya… 373 00:25:41,250 --> 00:25:42,292 Saya fikir saya tahu. 374 00:25:43,502 --> 00:25:46,213 Tapi, dia tinggalkan Hiroshi dan datang ke sini. 375 00:25:46,797 --> 00:25:48,882 Ada sesuatu yang berbeza. 376 00:25:48,966 --> 00:25:51,718 Apa yang berubah selepas saya pergi? 377 00:25:52,803 --> 00:25:55,973 Apa yang berubah, Kei? Selepas kami kehilangan awak? 378 00:25:59,560 --> 00:26:01,186 Semuanya berubah. 379 00:26:03,981 --> 00:26:05,023 Semuanya. 380 00:26:05,732 --> 00:26:07,818 Tidak, jangan lepaskan saya! 381 00:26:07,901 --> 00:26:10,237 Kita terlalu berat! Hulurkan tangan awak! 382 00:26:10,320 --> 00:26:11,613 Saya dah tak boleh tahan! 383 00:26:11,697 --> 00:26:13,991 Capai, Kei! Capai! 384 00:26:28,005 --> 00:26:29,840 Kereta api akan berlepas dalam sepuluh minit. Kita perlu bergerak. 385 00:26:34,428 --> 00:26:35,971 - Kita perlu pergi. - Saya takkan pergi tanpa dia. 386 00:26:40,225 --> 00:26:41,310 Dia dah tiada. 387 00:26:41,393 --> 00:26:42,728 - Awak tak tahu. - Saya pasti. 388 00:26:43,812 --> 00:26:45,647 Awak perlu mula terima realiti. 389 00:26:45,731 --> 00:26:47,524 Semua itu, ia hanya… 390 00:26:50,485 --> 00:26:53,739 Jika bacaan pengecas seismik itu tunjukkan ruang kosong 391 00:26:53,822 --> 00:26:55,157 di bawah tanah, dia mungkin dah jumpa… 392 00:26:55,240 --> 00:26:58,035 - …tempat untuk berlindung di… - Billy. Sudahlah. Oh, Tuhan, cukup! 393 00:27:03,457 --> 00:27:05,250 Saya tak dapat tahan, Lee. 394 00:27:06,710 --> 00:27:08,086 Saya dah cuba, tapi… 395 00:27:10,255 --> 00:27:11,548 Saya lepaskan dia. 396 00:27:14,009 --> 00:27:15,052 Awak tak dengar cakap saya. 397 00:27:17,304 --> 00:27:18,889 Saya larang dia lepaskan. 398 00:27:20,265 --> 00:27:21,600 Kenapa tak dengar cakap saya? 399 00:27:25,145 --> 00:27:27,231 - Maaf, Lee. - Dah terlambat untuk itu sekarang. 400 00:27:29,942 --> 00:27:32,444 Ia akan menghantui kita sepanjang hayat kita. 401 00:27:50,546 --> 00:27:53,549 Kami tak tahu jika agen anestesia akan berfungsi pada sistem saraf Titan, 402 00:27:53,632 --> 00:27:55,759 jadi, kami tak tahu berapa lama masa yang ada sebelum kesannya hilang. 403 00:27:56,760 --> 00:27:59,012 Bagaimana jika ia tak nak lawan Kong? 404 00:27:59,096 --> 00:28:01,139 Awak nampak ia lawan Godzilla di pantai, bukan? 405 00:28:01,807 --> 00:28:03,016 Ia melindungi telurnya. 406 00:28:03,725 --> 00:28:05,352 Awak bercakap macam kakak awak sekarang. 407 00:28:06,395 --> 00:28:08,939 Apa saja boleh dipaksa berlawan jika ia ada dorongan sewajarnya. 408 00:28:10,607 --> 00:28:13,944 Projek Brenda gagal, tapi ia tunjukkan kita boleh akses sistem sarafnya. 409 00:28:14,027 --> 00:28:15,988 Tapi, berbanding cuba kurangkan sifat agresifnya, 410 00:28:16,071 --> 00:28:17,865 kita akan tingkatkannya. 411 00:28:24,246 --> 00:28:26,456 Jangan ada rasa empati terhadap makhluk ini, Kentaro. 412 00:28:26,540 --> 00:28:29,042 Ia tiada rasa empati pada awak dan ayah awak. 413 00:28:30,210 --> 00:28:32,004 - Pusat Kawalan kepada Simmons. - Saya dengar. 414 00:28:32,087 --> 00:28:34,339 Cate Randa larikan diri. Dia tak naik helikopter. 415 00:28:34,423 --> 00:28:35,924 Dia ada di pangkalan. 416 00:28:47,269 --> 00:28:48,270 BILIK KOMUNIKASI CA3.7 417 00:28:48,353 --> 00:28:51,106 Mulakan dengan sel. Kedua-duanya kosong. 418 00:29:05,495 --> 00:29:06,997 Cik Simmons. 419 00:29:07,080 --> 00:29:08,582 Cik Simmons! 420 00:29:08,665 --> 00:29:09,791 Cik Simmons! 421 00:29:11,168 --> 00:29:12,419 Kami jumpa ini. 422 00:29:13,128 --> 00:29:14,338 Ia dipasang pada Titan. 423 00:29:15,339 --> 00:29:17,674 Nampak seperti penjejak. 424 00:29:17,758 --> 00:29:19,468 Sepatutnya semakin dekat. 425 00:29:20,260 --> 00:29:22,221 Awak nak dalam kilometer atau…? 426 00:29:24,473 --> 00:29:26,141 - Tak guna. - Apa? 427 00:29:26,225 --> 00:29:28,560 Apa yang… Entahlah. Rasanya kita kehilangan isyarat. 428 00:29:28,644 --> 00:29:31,563 - Penerima masih berfungsi? - Saya tak tahu. Ia dah tak… 429 00:29:31,647 --> 00:29:33,148 Ia dah tak hantar isyarat. 430 00:29:33,774 --> 00:29:36,568 Okey. Jadi, arah mana? 431 00:29:38,278 --> 00:29:40,113 Ada sesiapa di sana? 432 00:29:40,197 --> 00:29:41,657 Kita di luar capaian Outpost 18. 433 00:29:41,740 --> 00:29:45,452 - Tapi, ini frekuensi Monarch. - Awak perlu matikannya. 434 00:29:45,536 --> 00:29:47,621 - Tak, awak perlu dengar. - Ada orang akan dengar kita. 435 00:29:47,704 --> 00:29:49,331 - Awak perlu matikannya. - Ya, itulah tujuannya. 436 00:29:49,414 --> 00:29:52,167 - Ia radio. Ada orang berhubung, beri… - Helo? 437 00:29:52,251 --> 00:29:55,128 - Helo? - Awak dengar? 438 00:29:55,212 --> 00:29:57,840 - Ya, Cate. Hei. - May? Itu awak? 439 00:29:57,923 --> 00:29:59,800 Ya. Kami nak selamatkan awak. 440 00:29:59,883 --> 00:30:01,552 Jangan. Keluar dari pulau. 441 00:30:01,635 --> 00:30:02,928 Mereka berjaya dapatkan Titan. 442 00:30:03,720 --> 00:30:05,430 Apa maksud awak? Kentaro bersama awak? 443 00:30:05,514 --> 00:30:08,851 - Kentaro bersama mereka. - Apa maksud awak? Bersama siapa? 444 00:30:08,934 --> 00:30:10,435 - Siapa? Dia bersama siapa? - Isabel Simmons. 445 00:30:10,519 --> 00:30:13,105 - Dia ada pangkalan di sini. - Isabel Simmons. 446 00:30:13,188 --> 00:30:15,732 - Saya tahu dia rancang sesuatu. - Pangkalan. 447 00:30:15,816 --> 00:30:18,652 Apa… Pangkalan apa? Di mana? 448 00:30:18,735 --> 00:30:21,738 Pangkalan lama Monarch. Dia umpan Titan ke sini. 449 00:30:21,822 --> 00:30:22,906 Saya perlu pergi. 450 00:30:24,157 --> 00:30:26,243 - Ada lembah. Cari lembah itu. - Tunggu, Cate. 451 00:30:27,703 --> 00:30:28,704 Cate! 452 00:30:30,831 --> 00:30:33,917 Apa yang dia… Pangkalan Monarch lama. Awak tahu apa-apa? 453 00:30:34,001 --> 00:30:35,043 Ya. 454 00:30:36,420 --> 00:30:39,464 Ya, baiklah, mari bergerak. Kita perlu sampai sebelum Kong. 455 00:30:39,548 --> 00:30:40,966 - Ayuh! - Terima! 456 00:30:59,359 --> 00:31:00,444 Berapa jauh lagi? 457 00:31:01,153 --> 00:31:05,699 Tapak seterusnya yang dia tandakan sepatutnya ada di depan. 458 00:31:08,911 --> 00:31:10,162 Oh, Tuhan. 459 00:31:12,789 --> 00:31:13,916 Ini tempat apa? 460 00:31:15,250 --> 00:31:17,211 Seperti rumah sembelih. 461 00:31:52,079 --> 00:31:55,874 Oh, Tuhan. Sesuatu yang sangat dahsyat berlaku di sini. 462 00:32:16,228 --> 00:32:17,855 Apa itu? 463 00:32:27,489 --> 00:32:28,949 Billy. 464 00:32:34,997 --> 00:32:36,415 Itu milik Billy. 465 00:32:47,009 --> 00:32:48,802 Saya rasa dia mati di sini. 466 00:32:59,146 --> 00:33:00,355 Kei. 467 00:33:04,610 --> 00:33:06,653 Awak memang tak guna, Billy! 468 00:33:11,742 --> 00:33:13,243 Saya percayakan awak. 469 00:33:13,327 --> 00:33:16,747 Saya percayakan awak dan awak musnahkannya untuk apa? 470 00:33:28,759 --> 00:33:31,512 Semua titik ini ialah pusat pengumpulan tenaga. 471 00:33:31,595 --> 00:33:33,430 Saya memanggilnya rekahan, okey? 472 00:33:33,514 --> 00:33:37,100 Ia keterlibatan kuantum yang bersilang litar… 473 00:33:37,184 --> 00:33:40,979 …yang saya percaya ada kaitan, membolehkan makhluk wujud di sana 474 00:33:41,063 --> 00:33:43,398 - untuk merentasi… - Makhluk? 475 00:33:45,067 --> 00:33:47,152 Seperti Bigfoot? 476 00:33:47,236 --> 00:33:48,737 Kenapa tidak? 477 00:33:48,820 --> 00:33:51,031 Kebanyakan cerita budaya rakyat adalah berdasarkan fakta. 478 00:33:52,783 --> 00:33:55,744 Apa salahnya jika kawan kita, En. Bigfoot, 479 00:33:56,703 --> 00:33:59,665 boleh bergerak bebas dalam sistem, 480 00:33:59,748 --> 00:34:03,710 muncul di mana-mana hentian di sepanjang laluan ini? 481 00:34:04,545 --> 00:34:05,671 Seperti kereta api bawah tanah? 482 00:34:05,754 --> 00:34:08,799 Betul. Seperti kereta api bawah tanah. 483 00:34:10,509 --> 00:34:14,179 Seperti kereta api bawah tanah, selepas kamu masuk, 484 00:34:15,429 --> 00:34:16,723 kamu boleh… 485 00:34:19,976 --> 00:34:23,021 masuk melaluinya dan muncul di tempat lain. 486 00:34:25,607 --> 00:34:26,608 Saya… 487 00:34:28,485 --> 00:34:31,071 Itu saja untuk hari ini. Kelas bersurai. 488 00:34:35,367 --> 00:34:37,327 Tunggu. 489 00:34:38,620 --> 00:34:40,664 - Saya akan ambil. - Saya buat berpuluh-puluh untuk awak. 490 00:34:40,746 --> 00:34:43,917 - Awak ada dapatkannya semula? - Maksudnya, saya perlu terus mencuba. 491 00:34:44,001 --> 00:34:45,960 - Peta itu belum lengkap. - Dah sampai masa untuk akui 492 00:34:46,043 --> 00:34:47,880 data itu tak menyokong teori awak. 493 00:34:47,963 --> 00:34:49,464 Awak tak boleh buktikan sesuatu yang tak wujud. 494 00:34:49,547 --> 00:34:52,301 - Kita hanya dihadkan oleh imaginasi… - Cukup! 495 00:34:53,969 --> 00:34:56,304 Mungkin kita berdua patut kurangkan berimaginasi. 496 00:34:56,388 --> 00:34:58,724 Mungkin jika begitu, Keiko dan Lee masih bersama kita. 497 00:34:58,807 --> 00:34:59,933 - Beri saja kepada saya! - Billy! 498 00:35:01,059 --> 00:35:02,895 Apa yang awak buat? Hentikannya. 499 00:35:05,272 --> 00:35:07,274 - Pulanglah kepada anak awak. - Tak boleh. 500 00:35:08,358 --> 00:35:09,359 Bukan sekarang. 501 00:35:11,612 --> 00:35:13,155 Tugas awak juga belum selesai. 502 00:35:13,780 --> 00:35:17,326 Jangan abaikan keluarga yang awak ada, mengejar apa yang awak hilang. 503 00:35:19,912 --> 00:35:22,331 Jadi, tempat terakhir yang dia tandakan sepatutnya di depan saja. 504 00:35:23,916 --> 00:35:26,710 - Kei, saya cuma nak cakap… - Mari selesaikannya. 505 00:35:26,793 --> 00:35:29,296 - …awak tak tahu apa Billy fikir. - Mari selesaikannya. 506 00:35:29,379 --> 00:35:31,965 Mari cari Cate dan Kentaro dan keluar dari pulau ini. 507 00:35:36,929 --> 00:35:37,930 Ini dia. 508 00:35:38,013 --> 00:35:40,516 Ini tempat terakhir yang dia tandakan pada petanya. 509 00:35:41,308 --> 00:35:43,310 Tapi, dia mati sebelum dapat memeriksanya. 510 00:35:45,062 --> 00:35:46,647 Sekurang-kurangnya ia indah. 511 00:35:47,856 --> 00:35:50,901 - Kei… - Saya tak perlu kata semangat sekarang. 512 00:35:50,984 --> 00:35:52,694 Saya bukan nak beri awak kata semangat. 513 00:35:52,778 --> 00:35:56,657 Kei, apa… Apa itu? Di… 514 00:35:56,740 --> 00:35:59,785 - Apa? - Di sana. Apa itu? 515 00:36:11,880 --> 00:36:14,258 Ini alat Guru Suzuki. 516 00:36:14,341 --> 00:36:16,760 Ya, ia sama seperti alat yang kita nampak di rumahnya di Hateruma. 517 00:36:16,844 --> 00:36:18,345 Ya. 518 00:36:18,428 --> 00:36:23,308 Saya rasa Billy bawa ia bersama semasa dia ke sini. 519 00:36:24,518 --> 00:36:26,603 Sekejap. Lihat, ada satu lagi. 520 00:36:29,523 --> 00:36:32,401 Lihatlah ini, Kei. 521 00:36:33,944 --> 00:36:37,489 Ada satu lagi, dan… Dia bawa secukupnya. 522 00:36:41,118 --> 00:36:43,328 Melainkan dia tak membawanya. 523 00:36:44,746 --> 00:36:45,914 Prob. 524 00:36:46,707 --> 00:36:48,959 Billy nak hantar prob turun. Sekejap. 525 00:36:51,420 --> 00:36:52,421 Lihat. 526 00:36:52,504 --> 00:36:54,590 WILLIAM RANDA JULAI 1966. MADAGASCAR 527 00:36:54,673 --> 00:36:58,760 "William Randa, 1966, Madagascar?" 528 00:37:06,101 --> 00:37:08,604 "1971, New Guinea." 529 00:37:15,569 --> 00:37:17,905 "1968, Loch Ness." 530 00:37:18,906 --> 00:37:21,575 "1972, Kazakhstan." 531 00:37:21,658 --> 00:37:22,784 Dia datang semula. 532 00:37:22,868 --> 00:37:26,914 Dia masukkannya ke dalam rekahan di seluruh dunia. 533 00:37:26,997 --> 00:37:29,541 - Semuanya keluar ke sini. - Rekahan Billy. 534 00:37:30,334 --> 00:37:34,838 Kei, kita dah jumpa. Ini dia. Inilah Stesen Grand Central. 535 00:37:39,885 --> 00:37:41,178 Billy. 536 00:37:48,185 --> 00:37:51,355 Tunggu. Ada sesuatu di dalam. 537 00:37:52,773 --> 00:37:54,525 Ya, ini pun sama. 538 00:38:00,239 --> 00:38:01,949 KEIKO, SAYA TAK TAHU NAK CAKAP APA APABILA SAAT ITU PENTING, 539 00:38:02,032 --> 00:38:03,075 TAPI, SAYA HARAP AWAK MENDENGARNYA SEKARANG. 540 00:38:03,158 --> 00:38:04,618 "Keiko… 541 00:38:09,081 --> 00:38:11,959 Saya tak tahu nak cakap apa apabila saat itu penting, 542 00:38:12,042 --> 00:38:13,836 - tapi saya harap awak dengar sekarang." - Saya harap awak dengar sekarang. 543 00:38:19,758 --> 00:38:21,885 Kemungkinan awak mencintai saya 544 00:38:22,719 --> 00:38:24,221 sangat tak logik. 545 00:38:29,351 --> 00:38:31,353 Saya berikrar untuk mencintai awak di dunia ini 546 00:38:31,436 --> 00:38:33,021 atau di dunia lain. 547 00:38:34,189 --> 00:38:36,316 Tak kira ke mana cinta ini membawa kita, 548 00:38:36,400 --> 00:38:40,028 saya akan ikut awak ke hujung dunia dan melangkauinya. 549 00:38:49,705 --> 00:38:51,164 Awak dah jumpa saya, Billy. 550 00:38:59,089 --> 00:39:01,508 Dia cari saya selama ini. 551 00:39:03,969 --> 00:39:07,973 Sebab itu dia ke sini untuk cari rekahan, tujuannya untuk cari saya. 552 00:39:08,056 --> 00:39:10,893 - Wah. - Dia tak putus asa. 553 00:39:45,844 --> 00:39:47,262 Clarence, beri maklumat terkini. 554 00:39:47,804 --> 00:39:49,598 Kesan anestesia dah habis. 555 00:39:49,681 --> 00:39:50,849 Baiklah, ini dia. 556 00:39:51,683 --> 00:39:53,143 Dah jumpa Cate? 557 00:39:53,227 --> 00:39:54,937 Belum lagi. Tapi, percayalah, kami akan jumpa dia. 558 00:39:55,020 --> 00:39:58,023 Dengar, kita perlu fokus sekarang. Kita hanya ada satu peluang. 559 00:39:58,106 --> 00:39:59,107 Awak bersama saya? 560 00:40:00,859 --> 00:40:02,194 Ya. 561 00:40:13,997 --> 00:40:16,750 Aktiviti saraf yang kuat pada Titan X. Ia dah sedar. 562 00:40:16,834 --> 00:40:18,418 - Implan dah ada dalam talian? - Ya, puan. 563 00:40:18,502 --> 00:40:20,921 - Sistem dicas dan sedia untuk menembak. - Mari lihat jika boleh beri dorongan. 564 00:40:21,547 --> 00:40:23,465 - Memulakan. - Memulakan sekarang. 565 00:40:54,162 --> 00:40:55,956 Saya rasa kita kesuntukan masa. 566 00:40:56,039 --> 00:40:58,584 Kita perlu cari cara untuk bawa Titan X masuk ke rekahan ini. 567 00:41:12,598 --> 00:41:14,725 Sambungan sinaps stabil. 568 00:41:18,228 --> 00:41:19,479 Kentaro? 569 00:41:36,330 --> 00:41:38,582 Awak tak patut turun dari helikopter itu. 570 00:41:38,665 --> 00:41:41,168 Ada Titan yang sedang mengamuk di luar. 571 00:41:41,251 --> 00:41:44,546 Saya tahu. Kita juga boleh buat sesuatu tentangnya. 572 00:41:47,007 --> 00:41:48,634 Kita boleh pulangkan anaknya. 573 00:41:50,427 --> 00:41:53,138 Kemudian apa? Ia mengambilnya dan pulang ke tempat asalnya? 574 00:41:53,222 --> 00:41:55,724 Ya, itu yang sepatutnya berlaku jika kita tak masuk campur. 575 00:41:59,061 --> 00:42:00,979 Jika saya tak masuk campur. 576 00:42:02,606 --> 00:42:05,150 Saya puncanya. Saya buat telurnya dirampas. 577 00:42:07,361 --> 00:42:09,154 - Bantu saya kembalikannya. - Cate, awak tak boleh kembalikannya. 578 00:42:09,238 --> 00:42:10,864 Kentaro… 579 00:42:10,948 --> 00:42:13,367 Tapi, apa awak cakap sebelum ini yang ayah pasti tak nak lihat kita begini, 580 00:42:14,201 --> 00:42:15,494 itulah sebab saya buat begini. 581 00:42:15,577 --> 00:42:17,746 Bukannya saya tak peduli apa berlaku kepada Titan X atau Kong. 582 00:42:18,747 --> 00:42:21,083 - Apa maksud awak? - Ayah. Dia tak patut mati. 583 00:42:22,626 --> 00:42:23,877 Kita boleh selamatkan ayah. 584 00:43:31,653 --> 00:43:33,655 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid