1 00:00:06,006 --> 00:00:08,342 SEKOLAH MENENGAH & TINGGI RIVERVIEW 2 00:00:34,284 --> 00:00:36,745 Hei. Awak okey? Tak mengapa. Okey? 3 00:00:37,454 --> 00:00:39,414 Awak okey. Marilah. 4 00:00:40,082 --> 00:00:42,125 Hei, lihat itu. Budak Ajaib! 5 00:00:42,209 --> 00:00:43,377 Jangan ganggu dia, Slutzky. 6 00:00:43,961 --> 00:00:45,712 Beri laluan. Hei. 7 00:00:45,796 --> 00:00:48,215 Tolonglah. Kami faham. Dia Budak Ajaib itu. 8 00:00:51,260 --> 00:00:54,304 Selamat datang ke Riverview. Awak tak belajar di rumah lagi, Toto. 9 00:01:42,477 --> 00:01:44,271 BERDASARKAN BUKU DITULIS OLEH ANN NAPOLITANO 10 00:02:02,623 --> 00:02:04,208 Wakil. 11 00:02:06,627 --> 00:02:08,586 Tak… Wakil! 12 00:02:08,669 --> 00:02:09,670 Aduhai… 13 00:02:09,755 --> 00:02:11,256 Helo. Hai. 14 00:02:11,340 --> 00:02:13,759 Saya bercakap dengan seseorang tapi talian terputus 15 00:02:13,842 --> 00:02:16,845 dan saya cuba batalkan perkhidmatan televisyen kabel dan Internet. 16 00:02:17,429 --> 00:02:19,473 Tak, saya dah beri maklumat itu… 17 00:02:19,556 --> 00:02:22,476 Tak. Ia di bawah nama suami saya. 18 00:02:22,559 --> 00:02:25,854 Awak tak boleh cakap dengan dia kerana dia dah mati. 19 00:02:25,938 --> 00:02:27,022 Awak boleh dengar? 20 00:02:27,105 --> 00:02:29,233 Saya terkandas di sini selama dua minggu 21 00:02:29,316 --> 00:02:31,193 dan saya cuma mahu batalkan perkhidmatan saya. 22 00:02:31,777 --> 00:02:36,114 Saya baru kata awak tak boleh cakap dengan dia kerana dia dah mati! 23 00:02:36,198 --> 00:02:38,283 - Hai. - Oh Tuhanku! Siapa awak? 24 00:02:38,367 --> 00:02:40,244 Awak buat apa? Tak. Maaf. 25 00:02:40,327 --> 00:02:42,579 - Ini kediaman persendirian. Keluar! - Tak mengapa. 26 00:02:42,663 --> 00:02:44,957 - Saya mahu ambil berus gigi. - Tak! Awak buat apa di sini? 27 00:02:45,040 --> 00:02:46,667 Awak tak boleh… Bagaimana awak masuk… 28 00:02:46,750 --> 00:02:49,044 - Saya tinggal di sini. Aduhai! - Awak tak tinggal di sini. 29 00:02:49,753 --> 00:02:51,547 Sebelum ini. 30 00:02:51,630 --> 00:02:53,632 - Siapa awak? - T. 31 00:02:54,216 --> 00:02:56,468 T? Nama awak T? Apa awak buat di sini? 32 00:02:56,552 --> 00:02:58,470 Noelle mesej Mika yang beritahu kumpulan kami, 33 00:02:58,554 --> 00:03:00,889 "Sesiapa tinggal di rumah Charlie perlu ambil barang mereka." 34 00:03:00,973 --> 00:03:01,807 Awak pindah ke sini? 35 00:03:02,766 --> 00:03:04,643 Ini pangsapuri suami saya. 36 00:03:07,229 --> 00:03:08,230 Helo, Dee Dee. 37 00:03:10,482 --> 00:03:11,942 Bagaimana awak tahu nama saya? 38 00:03:12,025 --> 00:03:13,110 Awak buat apa di sini? 39 00:03:13,193 --> 00:03:14,736 Barang saya ada di atas. 40 00:03:14,820 --> 00:03:17,656 Charlie belikan saya berus gigi Sonicare dan ia mahal. 41 00:03:18,282 --> 00:03:19,700 Awak tinggalkan berus gigi awak? 42 00:03:20,200 --> 00:03:22,369 Oh Tuhanku. Awak masih muda. Berapa umur awak? 43 00:03:24,121 --> 00:03:25,122 Enam belas tahun enam bulan. 44 00:03:25,873 --> 00:03:28,584 Oh Tuhanku. 45 00:03:31,170 --> 00:03:32,171 Okey. 46 00:03:40,053 --> 00:03:43,140 Boleh beritahu saya sebab awak tinggal di sini? 47 00:03:44,474 --> 00:03:46,059 Saya perlu keluar dari rumah saya. 48 00:03:47,102 --> 00:03:48,103 Saya tak tahan. 49 00:03:49,313 --> 00:03:52,941 Charlie kata saya boleh tinggal di sini sehingga keadaan saya jadi lebih baik. 50 00:03:53,859 --> 00:03:54,860 Lima bulan. 51 00:03:56,528 --> 00:03:58,655 Dia seorang yang baik. 52 00:03:59,740 --> 00:04:00,741 Saya bersimpati. 53 00:04:06,455 --> 00:04:09,416 - Siapa nama awak? - T. 54 00:04:09,499 --> 00:04:13,253 T, awak boleh tunggu? Sebentar. 55 00:04:20,302 --> 00:04:22,053 Awak kenal lelaki ini? 56 00:04:23,305 --> 00:04:25,182 - Evan. - Evan. 57 00:04:28,393 --> 00:04:31,313 Adakah dia… 58 00:04:32,940 --> 00:04:33,941 Siapa dia? 59 00:04:36,735 --> 00:04:37,819 Rasanya dia okey. 60 00:04:41,740 --> 00:04:45,160 Adakah Evan dan Charles… Charlie, 61 00:04:46,370 --> 00:04:48,288 ada hubungan romantik… 62 00:04:51,166 --> 00:04:53,502 Saya cuba siasat sama ada suami saya homoseksual. 63 00:04:56,129 --> 00:04:57,214 Saya tak pernah tanya. 64 00:04:58,006 --> 00:05:01,844 Dia ada linen yang cantik, jadi itu mungkin petunjuk. 65 00:05:06,723 --> 00:05:07,724 Baik. 66 00:05:09,101 --> 00:05:12,771 Tapi setahu awak, Charles dan Evan tak… 67 00:05:15,148 --> 00:05:16,191 Saya cuma tahu 68 00:05:16,275 --> 00:05:19,570 mereka bantu saya dapatkan kerja di Bollywood Bites. 69 00:05:19,653 --> 00:05:21,280 Saya dah lewat. 70 00:05:23,448 --> 00:05:24,783 - Selamat tinggal. - Selamat jalan. 71 00:05:36,086 --> 00:05:36,920 BUDAK AJAIB 72 00:05:37,004 --> 00:05:38,672 Saya lupa jumlahnya selepas 200. 73 00:05:41,717 --> 00:05:43,468 Ia semakin banyak. 74 00:05:45,220 --> 00:05:46,722 Kita patut bukanya. 75 00:05:46,805 --> 00:05:48,557 - Kita tak boleh buat begitu. - Kenapa? 76 00:05:48,640 --> 00:05:51,768 Sebab ia salah di sisi undang-undang? 77 00:05:51,852 --> 00:05:54,354 Kita penjaga dia. Ini teruk. 78 00:05:54,438 --> 00:05:57,774 - Saya dah buka lima surat. - Itu salah. 79 00:05:57,858 --> 00:06:00,986 Salah satu surat ada segumpal rambut wanita, John. 80 00:06:01,069 --> 00:06:03,739 Salah satu surat kata Edward akan terbakar di neraka. 81 00:06:03,822 --> 00:06:05,991 Kita tak boleh biar dia buka ini. Dia akan trauma. 82 00:06:06,074 --> 00:06:08,035 Dia dah hadapi banyak perkara. 83 00:06:09,786 --> 00:06:12,372 - Ada satu surat dihantar melalui pintu. - Apa? 84 00:06:12,456 --> 00:06:14,541 Saya bekerja di komputer dan terdengar bunyi. 85 00:06:14,625 --> 00:06:16,960 Saya lihat dan satu surat masuk melalui lubang surat. 86 00:06:17,544 --> 00:06:19,254 - Awak tak lihat siapa hantarnya? - Ya! 87 00:06:19,338 --> 00:06:20,339 Saya keluar pintu depan. 88 00:06:20,422 --> 00:06:22,382 Semasa saya keluar, mereka dah pergi. 89 00:06:23,133 --> 00:06:24,176 Saya tak suka ini. 90 00:06:24,259 --> 00:06:26,970 Ini pencerobohan. Kita patut pasang kamera loceng pintu. 91 00:06:27,054 --> 00:06:28,347 Ya. Saya setuju. 92 00:06:29,431 --> 00:06:31,391 - Kita patut bakarnya. - Kita tak boleh bakarnya. 93 00:06:31,475 --> 00:06:34,019 - Kenapa? - Bagaimana kalau ada benda penting? 94 00:06:34,102 --> 00:06:36,480 Bagaimana kalau ada surat daripada kawan dia? 95 00:06:36,563 --> 00:06:38,148 Okey, kita benarkan dia bukanya? 96 00:06:38,232 --> 00:06:39,691 Tak! Semua orang gila itu. 97 00:06:39,775 --> 00:06:41,276 Okey, jadi kita bukanya. 98 00:06:42,236 --> 00:06:44,238 Saya ingatkan awak semula ia perbuatan jenayah. 99 00:06:44,321 --> 00:06:45,781 Bakarnya juga sama. 100 00:06:45,864 --> 00:06:50,827 Rasanya kita perlu beg yang lebih besar. 101 00:06:50,911 --> 00:06:52,412 Boleh kita fikirkannya nanti? 102 00:06:52,496 --> 00:06:54,831 Kita takkan berikannya kepada Edward dan kita takkan bukanya. 103 00:06:54,915 --> 00:06:55,749 Okey. 104 00:06:55,832 --> 00:06:58,418 Saya mahu pastikan dia tak ambil mel dan terjumpa surat. 105 00:06:58,502 --> 00:07:01,004 Baik. Dia tak jumpa setakat ini, jadi… 106 00:07:01,088 --> 00:07:02,756 Kita tak boleh simpan di sini. 107 00:07:02,840 --> 00:07:05,259 - Awak boleh bawa ke tempat kerja? - Tempat kerja saya? 108 00:07:05,342 --> 00:07:07,010 Ya, John. Awak bekerja di bilik dandang. 109 00:07:07,094 --> 00:07:09,263 Awak boleh letak dalam kotak di sana? Awak boleh simpannya? 110 00:07:12,474 --> 00:07:13,559 Awak boleh simpannya? 111 00:07:13,642 --> 00:07:14,643 Ya. 112 00:07:15,811 --> 00:07:16,812 Baiklah. 113 00:07:18,438 --> 00:07:22,526 Kita berdua cuba buat yang terbaik, Lace. 114 00:07:37,708 --> 00:07:39,626 Kenapa semua orang hantar surat kepada dia? 115 00:07:42,754 --> 00:07:44,089 Sebab dia terselamat. 116 00:07:48,260 --> 00:07:50,220 UNDI ADRIANA WASHINGTON 117 00:08:00,147 --> 00:08:02,065 Maaf. Siapa awak? 118 00:08:03,525 --> 00:08:04,693 Becks. 119 00:08:04,776 --> 00:08:09,239 Okey, Becks. Awak… Siapa awak sebenarnya? 120 00:08:09,323 --> 00:08:10,991 - Siapa awak? - Nama saya Natalie. 121 00:08:11,074 --> 00:08:12,743 Saya pengurus kempen Adriana. 122 00:08:13,452 --> 00:08:15,204 Awak bos dia? 123 00:08:15,287 --> 00:08:17,539 Ya, Becks. Saya suka awak. 124 00:08:19,041 --> 00:08:21,210 - Tunggu, ada lagi. - Becks, sayang. 125 00:08:21,293 --> 00:08:23,670 Ayuh. Kita dah lewat untuk ke sekolah. 126 00:08:24,546 --> 00:08:25,672 - Selamat pagi, puan. - Selamat tinggal! 127 00:08:25,756 --> 00:08:27,424 Mana beg awak? Okey, bagus. 128 00:08:28,717 --> 00:08:30,052 Maaf, panggilan itu ambil masa lama. 129 00:08:30,135 --> 00:08:33,889 Nampaknya New York One fikir saya tak berguna. 130 00:08:33,972 --> 00:08:37,017 Adriana, awak berkahwin dan ada anak sejak kali terakhir kita berjumpa? 131 00:08:38,352 --> 00:08:40,145 Awak dah jumpa teman serumah saya. 132 00:08:40,812 --> 00:08:42,022 Teman serumah? 133 00:08:42,105 --> 00:08:44,441 Ya, Kojo dan Becks. Kami bertemu dalam kumpulan terapi. 134 00:08:44,525 --> 00:08:46,026 Mereka tinggal di sini sekarang? 135 00:08:46,109 --> 00:08:48,987 Mereka perlu tempat tinggal. Lagipun, dia baiki tandas saya. 136 00:08:52,824 --> 00:08:54,034 - Apa? - Tiada apa-apa. 137 00:08:54,117 --> 00:08:55,953 - Hati-hati dengan pandangan orang. - Pandangan? 138 00:08:56,036 --> 00:08:58,539 Ia berkaitan dengan calon Washington. 139 00:08:58,622 --> 00:09:01,166 Mulai hari ini, orang akan bercakap tentang perkara yang mereka nampak. 140 00:09:01,250 --> 00:09:04,711 Okey, membantu orang dalam kesusahan memberi pandangan baik. 141 00:09:04,795 --> 00:09:06,880 Lelaki dari Ghana itu juga nampak baik. 142 00:09:09,883 --> 00:09:10,884 Becks… 143 00:09:13,053 --> 00:09:17,724 Pengebumian di Ghana berbeza daripada pengebumian di Amerika. 144 00:09:20,185 --> 00:09:24,398 Salah satu tradisi kami ialah menghias keranda. 145 00:09:26,400 --> 00:09:27,985 Awak tahu apa itu keranda? 146 00:09:32,322 --> 00:09:35,117 Ia kotak untuk mayat ibu awak. 147 00:09:38,036 --> 00:09:41,623 Ya. Kami menghias keranda dengan cara menarik 148 00:09:41,707 --> 00:09:43,876 untuk gambarkan orang yang telah meninggal itu. 149 00:09:46,295 --> 00:09:50,132 Pak cik mahu tanya, awak ada sebarang idea 150 00:09:50,215 --> 00:09:54,511 untuk menghias Akua… keranda ibu awak? 151 00:09:56,388 --> 00:09:57,389 Saya tak tahu. 152 00:10:02,311 --> 00:10:03,729 Boleh pak cik beritahu satu rahsia? 153 00:10:07,816 --> 00:10:10,444 Becks, awak lebih kenal ibu awak berbanding orang lain. 154 00:10:11,403 --> 00:10:14,072 Siapa lagi selain Becks yang boleh bayangkannya? 155 00:10:17,659 --> 00:10:18,660 Awak fikirkannya. 156 00:10:19,745 --> 00:10:22,372 Awak fikir cara awak mahu menghias keranda ibu awak 157 00:10:22,456 --> 00:10:23,457 dan pak cik akan bantu. 158 00:10:23,540 --> 00:10:25,292 - Okey? - Okey. 159 00:10:25,375 --> 00:10:27,419 Okey. Jangan nakal di sekolah. 160 00:10:42,059 --> 00:10:44,686 Jika ada perkataan sesuai, saya akan kongsikannya. 161 00:10:45,562 --> 00:10:49,316 Saya janji saya akan kongsikannya. Tapi tiada perkataan yang sesuai. 162 00:10:52,819 --> 00:10:53,820 Ia seperti… 163 00:10:55,697 --> 00:10:59,785 tiada perkataan atau perbendaharaan kata untuknya. 164 00:11:00,994 --> 00:11:02,913 Saya tak tahu perasaan saya. 165 00:11:07,417 --> 00:11:08,460 Saya belum menangis lagi. 166 00:11:12,422 --> 00:11:18,428 Setiap kali saya terkejut dan kesunyian disebabkannya… 167 00:11:20,264 --> 00:11:23,684 saya pusing tombol dalam dada saya… 168 00:11:26,186 --> 00:11:27,312 atau otak saya… 169 00:11:29,940 --> 00:11:31,650 dan saya tak rasa apa-apa. 170 00:11:32,818 --> 00:11:33,819 Ia terus hilang. 171 00:11:36,572 --> 00:11:37,614 Ya. 172 00:11:38,991 --> 00:11:40,367 Apa ini? 173 00:11:41,243 --> 00:11:42,744 Awak buat apa di sini? 174 00:11:44,204 --> 00:11:45,205 Maaf. 175 00:11:45,289 --> 00:11:48,834 Ini kumpulan kaunseling untuk penerbangan 1483? 176 00:11:48,917 --> 00:11:51,128 Apa? Tak. Awak tak boleh berada di sini. 177 00:11:51,211 --> 00:11:56,091 Tempat ini untuk saya. Ruang ini untuk saya, bukan awak. 178 00:11:56,592 --> 00:11:58,844 Saya kenal awak? Saya tersalah tempat? 179 00:12:00,762 --> 00:12:01,763 Okey. 180 00:12:28,332 --> 00:12:29,333 Hai. 181 00:12:31,376 --> 00:12:33,754 Hai, sayang. Bagaimana dengan hari awak? 182 00:12:33,837 --> 00:12:35,005 Dia agak terkejut. 183 00:12:35,589 --> 00:12:36,965 Saya okey. 184 00:12:37,049 --> 00:12:37,883 Baiklah. 185 00:12:41,053 --> 00:12:43,138 Pn. Curtis, kereta ini hebat. 186 00:12:43,722 --> 00:12:47,184 - Bahagian dalam kulit? - Terima kasih, Shay. 187 00:12:49,353 --> 00:12:52,731 Bagaimana dengan kelas awak? 188 00:12:52,814 --> 00:12:54,483 Saya tiada kelas. 189 00:12:54,566 --> 00:12:56,443 Ya, saya perlu sertai orientasi hari ini. 190 00:12:56,527 --> 00:12:58,904 Saya ada peperiksaan penilaian esok. 191 00:12:59,613 --> 00:13:01,615 Selepas itu baru saya ada kelas. 192 00:13:02,741 --> 00:13:04,535 Jadi apa kita mahu buat, Edward? 193 00:13:04,618 --> 00:13:07,746 - Awak mahu ikut mak cik ke bengkel? - Boleh saya pergi ke rumah Shay? 194 00:13:07,829 --> 00:13:10,290 Tentulah. Jangan berjalan terlalu jauh. 195 00:13:10,374 --> 00:13:11,959 Okey, kamu berdua? Shay? 196 00:13:12,042 --> 00:13:13,502 - Saya janji. - Baiklah. 197 00:13:13,585 --> 00:13:15,254 Saya tak maksudkan itu. 198 00:13:28,725 --> 00:13:31,687 - Baiklah. - Jumpa lagi. Terima kasih. 199 00:13:31,770 --> 00:13:33,063 Sama-sama, Shay. 200 00:13:35,357 --> 00:13:37,109 Hei. Tunggu sebentar. 201 00:13:39,486 --> 00:13:41,530 Mak cik mahu beritahu… 202 00:13:43,657 --> 00:13:45,200 Edward, awak boleh pandang mak cik? 203 00:13:47,911 --> 00:13:49,955 Saya boleh dengar tanpa perlu pandang mak cik. 204 00:13:52,541 --> 00:13:54,209 Mak cik tetap mahu awak pandang ke sini. 205 00:13:56,879 --> 00:13:57,880 Tak mahu. 206 00:14:00,507 --> 00:14:01,508 Kenapa? 207 00:14:03,177 --> 00:14:04,803 Kadangkala mak cik nampak seperti mak. 208 00:14:06,263 --> 00:14:09,308 Okey? Saya tak mahu nampak wajah dia setiap kali saya bersama mak cik. 209 00:14:33,665 --> 00:14:35,667 PUSAT LGBTQ NORTH HOLLYWOOD 210 00:14:35,751 --> 00:14:38,212 SEMUA ORANG DIALU-ALUKAN DI SINI 211 00:14:44,760 --> 00:14:47,095 KUMPULAN PERBINCANGAN LGBTQ+ IDENTITI JANTINA 212 00:14:51,391 --> 00:14:52,893 Nama keluarga dan tarikh. 213 00:14:54,603 --> 00:14:55,604 Terima kasih. 214 00:14:56,688 --> 00:14:58,440 - Hai. - Hai. Apa khabar? 215 00:14:58,524 --> 00:15:01,777 - Baik. Apa khabar? - Baik. Saya mencari Noelle. 216 00:15:01,860 --> 00:15:03,695 Ya. Dia ada di dalam sana. 217 00:15:04,196 --> 00:15:06,198 - Okey. Terima kasih. - Ya. Sama-sama. 218 00:15:06,281 --> 00:15:10,202 Silakan, saya akan masuk sebentar lagi. 219 00:15:12,412 --> 00:15:15,916 - Hai. Ingat saya? - Hai. 220 00:15:15,999 --> 00:15:17,876 Saya minta maaf tentang kombucha itu. 221 00:15:17,960 --> 00:15:23,131 Okey, ini tempat yang selamat. Awak boleh jaga kelakuan? 222 00:15:23,215 --> 00:15:26,426 Ya. 223 00:15:27,553 --> 00:15:29,763 - Masuklah. - Terima kasih. 224 00:15:31,139 --> 00:15:32,140 Sila duduk. 225 00:15:34,309 --> 00:15:36,186 Terima kasih. Saya cuma… 226 00:15:37,896 --> 00:15:39,064 Saya dah jumpa T. 227 00:15:39,690 --> 00:15:43,026 Dia datang ke pangsapuri untuk ambil berus gigi. 228 00:15:43,110 --> 00:15:44,069 Berus gigi mereka. 229 00:15:44,653 --> 00:15:46,071 Berus gigi mereka. Ya. 230 00:15:46,989 --> 00:15:48,949 Ya. Saya faham. Maaf. 231 00:15:49,032 --> 00:15:51,451 Tak mengapa. Awak akan biasakan diri nanti. 232 00:15:52,411 --> 00:15:53,829 Jadi… 233 00:15:54,830 --> 00:15:59,835 Charles benarkan orang tinggal di kondominium dia. 234 00:15:59,918 --> 00:16:02,754 Kenapa? Kenapa dia buat begitu? 235 00:16:03,589 --> 00:16:08,385 Dia bantu ramai remaja untuk stabilkan kehidupan mereka. 236 00:16:09,219 --> 00:16:14,808 Remaja yang tiada rumah, didera, ditinggalkan, tiada harapan. 237 00:16:16,602 --> 00:16:19,563 Awak patut tahu suami awak buat sesuatu yang baik. 238 00:16:21,857 --> 00:16:23,942 Saya akan cakap itu semasa saya beritahu anak saya 239 00:16:24,026 --> 00:16:25,944 dia perlu berhenti belajar di kolej. 240 00:16:27,070 --> 00:16:28,530 Saya tak tahu apa awak lalui… 241 00:16:28,614 --> 00:16:29,615 Dia homoseksual? 242 00:16:31,867 --> 00:16:35,621 Ia soalan yang mudah. Saya berhak untuk tahu. 243 00:16:35,704 --> 00:16:36,914 Saya tak tahu. 244 00:16:38,123 --> 00:16:43,295 Betulkah? Kenapa awak tak tahu? Awak uruskan Pusat LGBTQ. 245 00:16:43,378 --> 00:16:44,588 Dia tak cakap tentangnya. 246 00:16:47,132 --> 00:16:52,679 Tapi ya, saya percaya dia sedang meneroka identiti seksual dia. 247 00:16:58,393 --> 00:17:01,188 Dia lakukannya bersama Evan? 248 00:17:11,198 --> 00:17:13,075 Saya mahu jual kondominium itu. 249 00:17:13,157 --> 00:17:18,539 Jika ada orang lain mahu ambil berus gigi, suruh mereka ambil segera. 250 00:17:20,040 --> 00:17:21,415 Terima kasih, Noelle. 251 00:17:53,699 --> 00:17:56,952 JORDAN - PAKAIAN 252 00:18:41,121 --> 00:18:42,122 Naikkan kolar. 253 00:18:46,543 --> 00:18:47,961 Bagus. Cantik. 254 00:18:48,045 --> 00:18:49,213 Dengar, si dungu. 255 00:18:49,922 --> 00:18:51,423 Awak perlu gagal dalam peperiksaan itu. 256 00:18:51,507 --> 00:18:54,551 Ya, jangan jawab dengan baik seperti seorang nerda. 257 00:18:54,635 --> 00:18:55,886 Kekal bersama budak sebaya awak. 258 00:18:56,595 --> 00:18:58,138 Jadi budak normal kali ini. 259 00:18:58,222 --> 00:19:00,891 Ingat, orang tak peduli jika awak bijak. 260 00:19:01,683 --> 00:19:02,768 Mereka peduli jika awak hebat. 261 00:20:12,087 --> 00:20:13,881 Hei! 262 00:20:15,465 --> 00:20:16,925 Jangan datang ke sini lagi. 263 00:20:17,676 --> 00:20:20,179 - Saya maksudkannya. - Oh Tuhanku. Saya tak kenal awak. 264 00:20:20,929 --> 00:20:23,265 - Awak tak kenal saya. Apa… - Awak Steve. 265 00:20:23,348 --> 00:20:24,766 Awak abang Brent. 266 00:20:25,392 --> 00:20:27,102 Saya Amanda. Tunang dia. 267 00:20:35,152 --> 00:20:36,695 Saya tak tahu dia dah bertunang. 268 00:20:36,778 --> 00:20:39,072 Tentulah. Awak tak tahu apa-apa tentang dia. 269 00:20:39,656 --> 00:20:41,450 Awak tak patut bersedih untuk dia. 270 00:20:42,659 --> 00:20:44,077 Bukan di sini. 271 00:20:44,912 --> 00:20:46,663 Okey? Pergi menangis di tempat lain. 272 00:20:46,747 --> 00:20:48,332 Bukan awak saja yang bersedih. 273 00:20:48,415 --> 00:20:50,167 - Awak tak boleh paksa saya… - Ini bukan gurauan. 274 00:20:50,250 --> 00:20:51,543 Okey. 275 00:21:03,889 --> 00:21:04,890 Okey. 276 00:21:18,946 --> 00:21:20,113 Awak sangat hebat. 277 00:21:22,574 --> 00:21:23,617 Awak okey? 278 00:21:23,700 --> 00:21:24,785 Saya tak tahu. 279 00:21:25,619 --> 00:21:27,913 Kakak saya boleh hidupkan kereta tanpa kunci. 280 00:21:29,414 --> 00:21:30,415 Ya. 281 00:21:30,499 --> 00:21:34,336 Dia tahu CPR. Dia penyelamat dahulu. 282 00:21:34,419 --> 00:21:38,131 Dia selamatkan seorang wanita semasa dia 19 tahun 283 00:21:39,049 --> 00:21:41,009 dan mereka beri dia Kunci Bandar. 284 00:21:45,806 --> 00:21:50,894 Sepanjang hidup saya, perasaan saya terhadap kakak saya ialah… 285 00:21:53,814 --> 00:21:54,898 cemburu. 286 00:21:59,528 --> 00:22:01,113 Bunyinya seperti dia seorang… 287 00:22:03,323 --> 00:22:05,033 yang luar biasa. 288 00:22:05,617 --> 00:22:06,952 Kakak awak seorang yang hebat. 289 00:22:08,036 --> 00:22:09,204 Ya. Terima kasih. 290 00:22:12,583 --> 00:22:13,876 Orang yang jarang dijumpai. 291 00:22:17,212 --> 00:22:18,213 Seperti… 292 00:22:19,631 --> 00:22:22,551 Seperti salah seorang yang muncul dalam hidup kita dan… 293 00:22:24,595 --> 00:22:26,138 tiada orang sepertinya. 294 00:22:29,057 --> 00:22:30,058 Ya. 295 00:22:32,060 --> 00:22:33,312 Tapi awak mengakuinya. 296 00:22:37,191 --> 00:22:39,568 Syukurlah awak mengakuinya, bukan? 297 00:22:39,651 --> 00:22:40,819 Bagaimana kalau awak… 298 00:22:42,529 --> 00:22:43,614 Bagaimana kalau sebaliknya? 299 00:22:45,157 --> 00:22:49,578 Bagaimana kalau dia mati 300 00:22:50,245 --> 00:22:55,125 dan awak tak mengakui 301 00:22:55,209 --> 00:22:56,877 semua kualiti yang ada pada dia? 302 00:23:08,263 --> 00:23:09,431 Sam. 303 00:23:11,266 --> 00:23:12,267 Terima kasih. 304 00:23:14,436 --> 00:23:16,647 Bagus kerana awak beri pendapat hari ini. 305 00:23:17,272 --> 00:23:18,607 Sangat bagus. 306 00:23:24,988 --> 00:23:27,241 Awak sengaja gagal peperiksaan itu? 307 00:23:27,824 --> 00:23:29,076 Kenapa awak buat begitu? 308 00:23:29,159 --> 00:23:30,702 Saya mahu bersama budak sebaya saya. 309 00:23:31,537 --> 00:23:33,330 Ya, tapi awak boleh tamat belajar lebih cepat. 310 00:23:36,416 --> 00:23:37,251 Saya tak tahu. 311 00:23:37,334 --> 00:23:40,128 Jika saya sebijak awak, saya mahu keluar dari sekolah segera. 312 00:23:41,296 --> 00:23:44,800 Orang tak peduli jika kita bijak. Orang peduli jika kita hebat. 313 00:23:44,883 --> 00:23:47,928 Ya. Saya tak mahu beritahu awak, genius, tapi awak tak hebat. 314 00:23:52,474 --> 00:23:54,852 Awak kenakan saya. Alamak! Awak okey? 315 00:24:03,235 --> 00:24:05,904 Okey, sayang. Masa untuk tidur. Awak dah gosok gigi? 316 00:24:06,488 --> 00:24:07,948 - Ya. - Awak pasti? 317 00:24:08,031 --> 00:24:08,949 Tunjukkan gigi. 318 00:24:11,577 --> 00:24:12,870 Okey. Bagus. 319 00:24:15,622 --> 00:24:16,623 Jadi… 320 00:24:19,251 --> 00:24:22,629 awak dah fikirkan cara menghias keranda ibu awak? 321 00:24:23,922 --> 00:24:26,925 Pak cik ada kawan berbakat yang boleh buat apa-apa saja. 322 00:24:27,551 --> 00:24:29,469 Tapi pak cik mahu awak sukakannya. 323 00:24:53,535 --> 00:24:54,995 Dia tentu sukakannya. 324 00:25:00,834 --> 00:25:02,461 Akua tentu suka ini. 325 00:25:16,600 --> 00:25:18,268 Saya tak mahu ganggu awak. 326 00:25:19,561 --> 00:25:23,524 Tak. Masuklah. Bagaimana keadaan awak? 327 00:25:25,317 --> 00:25:26,777 Saya mahu menjemput awak. 328 00:25:28,111 --> 00:25:30,906 Kami akan mengadakan pengebumian Akua pada hari Sabtu. 329 00:25:31,573 --> 00:25:34,326 Saya tahu awak sangat sibuk dengan kempen awak… 330 00:25:34,409 --> 00:25:35,953 Apa? Oh, Kojo. Oh Tuhanku. 331 00:25:37,079 --> 00:25:38,580 Saya akan hadir. 332 00:25:38,664 --> 00:25:40,707 Kami mahu lakukannya dengan baik. 333 00:25:41,250 --> 00:25:43,836 Pengebumian di Ghana sangat meriah. 334 00:25:43,919 --> 00:25:46,713 - Ya. - Semua orang pakai pakaian tertentu, 335 00:25:46,797 --> 00:25:49,883 ada tarian, ada muzik, kami berparti 336 00:25:49,967 --> 00:25:55,013 - dan semua orang hadir… - Kojo. Terima kasih kerana jemput saya. 337 00:25:57,975 --> 00:25:59,059 Di mana tempatnya? 338 00:26:00,477 --> 00:26:04,690 Di pusat di 119th Street, 339 00:26:05,524 --> 00:26:09,695 - Persidangan dan Parti Starlight. - Tempat itu. 340 00:26:09,778 --> 00:26:10,946 Awak pernah ke sana? 341 00:26:12,531 --> 00:26:15,534 Kojo, tempat itu agak… 342 00:26:16,451 --> 00:26:17,870 - Tempat itu teruk. - Ia teruk. 343 00:26:20,664 --> 00:26:23,458 Masalahnya ramai orang akan hadir. 344 00:26:23,542 --> 00:26:27,421 Termasuk orang yang tak kenal Akua, jadi kami perlukan tempat itu. 345 00:26:27,504 --> 00:26:30,007 Tempat lain terlalu mahal, jadi… 346 00:26:30,090 --> 00:26:33,135 Saya tak boleh berjanji, 347 00:26:33,218 --> 00:26:36,513 tapi awak okey kalau saya dapat cari tempat lain? 348 00:26:36,597 --> 00:26:38,390 Tak. Saya tak mahu susahkan awak. 349 00:26:38,473 --> 00:26:40,017 Ia tak menyusahkan. Biar saya fikir, 350 00:26:40,100 --> 00:26:43,520 rasanya saya ada tempat yang sesuai. 351 00:26:47,316 --> 00:26:50,235 - Awak terlalu baik, Adriana. - Ia perkara kecil. 352 00:26:57,034 --> 00:26:59,786 Okey, saya patut tidur. 353 00:26:59,870 --> 00:27:02,164 - Ya, selamat malam. - Okey. 354 00:27:02,247 --> 00:27:03,707 - Selamat malam, Adriana. - Arah sana. 355 00:27:03,790 --> 00:27:05,959 - Okey. - Ya. 356 00:27:06,043 --> 00:27:07,586 - Selamat malam. - Terima kasih. Ya. 357 00:27:07,669 --> 00:27:08,670 Selamat malam. Awak juga. 358 00:27:41,453 --> 00:27:44,331 - Kenapa dengan awak? - Apa? 359 00:27:44,414 --> 00:27:46,625 Awak sangat berpeluh. Tanggalkan jaket itu. 360 00:27:47,543 --> 00:27:49,795 - Saya okey. - Melihat awak buat saya rasa panas. 361 00:27:49,878 --> 00:27:51,046 - Tanggalkannya. - Saya okey. 362 00:27:53,715 --> 00:27:56,134 Lihatlah Budak Ajaib. Dia berpeluh. 363 00:27:56,218 --> 00:27:57,302 Jangan ganggu dia, Slutzky. 364 00:27:57,386 --> 00:27:59,596 Betul. Lihatlah dia. Dia berpeluh dengan banyak. 365 00:28:00,097 --> 00:28:03,267 Hei, Cik Wheaton, rasanya Budak Ajaib akan bertukar menjadi gas. 366 00:28:03,350 --> 00:28:04,476 Brian, sudahlah. 367 00:28:05,686 --> 00:28:07,229 Edward, awak okey? 368 00:28:07,980 --> 00:28:12,442 Ya, saya okey. Saya dah kata saya okey. 369 00:28:13,318 --> 00:28:16,655 Awak nampak sangat panas dalam jaket itu. Hari ini lembap… 370 00:28:16,738 --> 00:28:18,448 Diam, semua. Cikgu serius. 371 00:28:21,618 --> 00:28:23,954 Edward, kenapa awak tak mahu tanggalkan jaket? 372 00:28:26,123 --> 00:28:27,165 Sebab saya tak mahu. 373 00:28:28,250 --> 00:28:30,169 Kita ada kod pemakaian 374 00:28:30,252 --> 00:28:32,754 yang mengatakan kot dan jaket tak boleh dipakai dalam… 375 00:28:32,838 --> 00:28:34,256 Cik Wheaton, awak tak boleh benarkan? 376 00:28:34,339 --> 00:28:36,133 Dia suka jaket itu dan dia mahu memakainya. 377 00:28:36,216 --> 00:28:37,551 Kenapa semua orang perlu menyibuk? 378 00:28:37,634 --> 00:28:39,052 Tak cukup apa yang dia lalui? 379 00:28:39,928 --> 00:28:40,929 Berambuslah, Slutzky! 380 00:28:41,013 --> 00:28:42,431 Brian, Shay. Kelas tahanan. 381 00:28:42,514 --> 00:28:44,933 Edward, maaf, awak perlu tanggalkan jaket sekarang. 382 00:28:45,017 --> 00:28:46,602 Awak akan pengsan nanti. 383 00:28:48,896 --> 00:28:49,938 Tanggalkannya. 384 00:29:03,577 --> 00:29:05,287 - Hei! - Edward. 385 00:29:09,333 --> 00:29:10,334 Edward! 386 00:29:26,642 --> 00:29:27,643 Cantik, bukan? 387 00:29:31,522 --> 00:29:32,689 Awak Evan? 388 00:29:34,149 --> 00:29:35,150 Ya. 389 00:29:37,528 --> 00:29:39,947 Saya Dee Dee. Isteri Charles. 390 00:29:45,494 --> 00:29:47,162 Mari berbual di pejabat saya. 391 00:29:50,999 --> 00:29:52,000 Baiklah. 392 00:29:55,087 --> 00:29:59,341 Kami bertemu setahun lalu di sebuah rumah agam di Beverly Hills. 393 00:30:01,009 --> 00:30:02,553 Selepas dia dipecat 394 00:30:02,636 --> 00:30:05,806 dan terdesak mencari cara untuk mendapatkan duit. 395 00:30:07,933 --> 00:30:10,477 Kami ada di majlis bersama jutawan 396 00:30:11,186 --> 00:30:14,398 yang ada maklumat tentang urusan import 397 00:30:14,481 --> 00:30:16,024 yang mungkin kedengaran terlalu baik. 398 00:30:18,360 --> 00:30:19,361 Betul sangkaan saya. 399 00:30:20,904 --> 00:30:21,905 Saya rugi sedikit. 400 00:30:24,032 --> 00:30:26,410 Charlie kehilangan semua duit yang dia ada. 401 00:30:29,079 --> 00:30:30,747 Dia sangat kecewa. 402 00:30:33,500 --> 00:30:37,754 Awak ialah puteri dia dan dia tak mahu kecewakan awak. 403 00:30:40,883 --> 00:30:41,925 Apa berlaku selepas itu? 404 00:30:43,010 --> 00:30:45,304 Saya bergelut dengan masalah gangguan makan. 405 00:30:45,387 --> 00:30:47,139 Saya masuk pusat pemulihan. 406 00:30:47,222 --> 00:30:48,223 Dia bantu saya. 407 00:30:50,767 --> 00:30:54,271 Saya bantu dia. Kami menyokong satu sama lain. 408 00:30:57,691 --> 00:30:59,526 Apa maksud awak menyokong satu sama lain? 409 00:31:05,866 --> 00:31:07,993 Akhirnya, kami berasmara. 410 00:31:19,004 --> 00:31:22,299 Saya tak sangka saya musnahkan rumah tangga seseorang. 411 00:31:23,592 --> 00:31:25,928 Ia bukan disebabkan awak saja. 412 00:31:27,679 --> 00:31:30,224 Ada banyak perkara lain selain awak yang jadi puncanya. 413 00:31:46,865 --> 00:31:48,450 Aku tak faham 414 00:31:50,369 --> 00:31:53,163 Sebab wanita sepertimu 415 00:31:54,206 --> 00:31:56,792 Bersama denganku 416 00:31:57,876 --> 00:31:59,962 Beritahu siapa yang aku nampak 417 00:32:01,797 --> 00:32:04,424 Apabila aku memandang matamu 418 00:32:05,342 --> 00:32:08,762 Adakah kau, sayang 419 00:32:08,846 --> 00:32:14,852 Atau orang yang berpura-pura? 420 00:32:18,814 --> 00:32:20,774 Sekarang pandang aku, sayang 421 00:32:22,067 --> 00:32:25,904 Aku bersusah payah membuat semuanya dengan betul 422 00:32:26,989 --> 00:32:28,949 Kemudian semuanya gagal 423 00:32:50,929 --> 00:32:52,097 Adriana. 424 00:32:53,182 --> 00:32:55,309 Helo, Reverend. 425 00:33:00,355 --> 00:33:02,900 Saya bersimpati. Saya mahu hubungi awak, 426 00:33:02,983 --> 00:33:04,484 - tapi saya fikir awak… - Tak mengapa. 427 00:33:05,194 --> 00:33:06,612 Bagaimana keadaan awak? 428 00:33:07,279 --> 00:33:08,280 Saya okey. 429 00:33:13,660 --> 00:33:15,204 Dia membesarkan saya. 430 00:33:16,121 --> 00:33:17,122 Saya tahu. 431 00:33:18,290 --> 00:33:19,291 Wanita istimewa. 432 00:33:20,375 --> 00:33:21,376 Ya. 433 00:33:26,381 --> 00:33:28,175 Sekarang awak teruskannya. 434 00:33:28,926 --> 00:33:31,303 - Saya gembira awak bertanding. - Terima kasih. 435 00:33:31,386 --> 00:33:33,222 Saya tahu awak akan terlibat juga dalam politik. 436 00:33:33,305 --> 00:33:35,015 Awak selalu kata begitu. 437 00:33:35,098 --> 00:33:37,518 Saya fikir ia lambat lagi, tapi… 438 00:33:37,601 --> 00:33:38,810 Kehidupan tak dapat dijangka. 439 00:33:39,436 --> 00:33:40,729 Selalunya begitu. 440 00:33:43,023 --> 00:33:44,024 Awak nampak cantik. 441 00:33:45,275 --> 00:33:46,276 Awak juga. 442 00:33:48,570 --> 00:33:52,658 Eulogi awak sempurna. Saya mahu jumpa awak selepas itu, tapi awak… 443 00:33:52,741 --> 00:33:54,201 Saya hargai perbuatan awak. 444 00:33:55,035 --> 00:33:58,288 Saya tak perlu simpati lagi pada hari itu. 445 00:34:01,834 --> 00:34:03,043 Saya gembira awak hubungi saya. 446 00:34:05,671 --> 00:34:08,590 Saya perlu bantuan. 447 00:34:10,676 --> 00:34:11,760 Sebab itu awak hubungi saya. 448 00:34:11,844 --> 00:34:13,469 - Saya patut cakap lebih awal. - Tapi awak tak cakap. 449 00:34:14,096 --> 00:34:15,013 Awak cakap sekarang. 450 00:34:15,097 --> 00:34:18,391 Awak beri saya harapan kerana dapat melihat awak. Tindakan bagus. 451 00:34:18,475 --> 00:34:19,476 - Maaf. - Jangan… 452 00:34:19,560 --> 00:34:21,770 Awak bertanding untuk jadi ahli kongres, Dri. Jangan minta maaf. 453 00:34:21,853 --> 00:34:23,397 Ya. Betul kata awak. 454 00:34:24,857 --> 00:34:25,858 Baiklah. 455 00:34:27,818 --> 00:34:32,030 Saya sertai terapi untuk keluarga terlibat dengan nahas. 456 00:34:32,614 --> 00:34:37,327 Salah seorang ahli kehilangan ibunya dan mereka mahu mengadakan pengebumian. 457 00:34:38,245 --> 00:34:40,873 Ada ramai orang. Mereka perlukan gereja dan dewan sambutan 458 00:34:40,956 --> 00:34:43,208 sepanjang hari Sabtu. 459 00:34:43,917 --> 00:34:46,170 Saya tak tahu jika awak boleh bantu. 460 00:34:46,253 --> 00:34:48,714 Tentulah. Apa-apa saja awak perlukan. 461 00:34:48,797 --> 00:34:51,884 Sabtu ini. Saya tak tahu jika awak sempat… 462 00:34:51,967 --> 00:34:52,926 Sabtu ini ia milik awak. 463 00:34:53,010 --> 00:34:56,304 Sepanjang hari dan malam, sebelum sembahyang pada hari Ahad. Percuma. 464 00:34:58,307 --> 00:35:00,726 Okey. Eric, terima kasih. 465 00:35:02,269 --> 00:35:03,687 Awak sangat baik. 466 00:35:12,070 --> 00:35:13,447 Saya suka cara awak menghiasnya. 467 00:35:13,530 --> 00:35:14,990 - Ya? - Ya. 468 00:35:15,073 --> 00:35:16,074 Terima kasih. 469 00:35:16,617 --> 00:35:17,618 Ya, saya dah catnya. 470 00:35:19,203 --> 00:35:22,372 - Saya mengemasnya sedikit. - Awak buat begitu? Baguslah. 471 00:35:24,291 --> 00:35:25,584 Biar saya teman awak keluar. 472 00:35:25,667 --> 00:35:29,880 Ya… Hei, terima kasih. 473 00:35:33,258 --> 00:35:35,969 Saya ada untuk awak. Awak tahu, bukan? 474 00:35:36,053 --> 00:35:37,054 Ya, saya tahu. 475 00:35:45,896 --> 00:35:47,022 Saya tak patut buat begitu. 476 00:35:48,190 --> 00:35:49,900 - Tak mengapa. - Selamat tinggal. 477 00:35:53,570 --> 00:35:54,571 Aduhai! 478 00:36:01,203 --> 00:36:02,246 Apa itu? 479 00:36:23,600 --> 00:36:26,144 - Hai, Pn. Curtis. - Hei, Shay. 480 00:36:26,228 --> 00:36:28,313 - Edward ada di rumah? - Saya tak tahu. 481 00:36:28,397 --> 00:36:29,565 Saya baru pulang dari tempat kerja. 482 00:36:30,607 --> 00:36:33,026 - Awak belum cakap dengan dia? - Belum. Kenapa? 483 00:36:35,237 --> 00:36:36,280 Hari yang sukar bagi dia. 484 00:36:37,698 --> 00:36:38,740 Awak mahu masuk? 485 00:36:39,867 --> 00:36:41,869 Tak. Saya tak rasa begitu. 486 00:36:42,661 --> 00:36:44,413 Rasanya awak patut cakap dengan dia. 487 00:36:45,247 --> 00:36:46,331 Shay, apa yang terjadi? 488 00:36:47,875 --> 00:36:49,918 Dia tinggalkan kelas pengajian sosial Cik Wheaton, 489 00:36:50,002 --> 00:36:52,504 keluar semasa kelas berlangsung 490 00:36:52,588 --> 00:36:54,006 dan dia dalam keadaan gelisah. 491 00:36:54,089 --> 00:36:59,386 Dia tak jawab mesej saya dan itu pelik. 492 00:36:59,469 --> 00:37:00,470 Tak guna. 493 00:37:01,180 --> 00:37:02,181 - Tak guna. - Pn. Curtis? 494 00:37:03,765 --> 00:37:05,934 Boleh suruh dia beritahu saya yang dia okey? 495 00:37:07,227 --> 00:37:09,521 Ya, baiklah. 496 00:37:10,272 --> 00:37:12,316 Baik. Jaga diri, Shay. Saya akan beritahu awak. 497 00:37:13,233 --> 00:37:14,234 Terima kasih. 498 00:37:26,914 --> 00:37:27,915 Ya? 499 00:37:28,999 --> 00:37:30,000 Hei. 500 00:37:31,418 --> 00:37:32,544 Hei. 501 00:37:32,628 --> 00:37:33,795 Awak mahu berbual? 502 00:37:39,218 --> 00:37:40,302 Apa terjadi hari ini? 503 00:37:42,888 --> 00:37:43,889 Saya tak tahu. 504 00:37:50,187 --> 00:37:54,858 Shay kata awak keluar dari kelas lebih awal. 505 00:37:56,276 --> 00:37:58,195 Mak cik tak marah. Betul. 506 00:37:58,987 --> 00:38:01,406 Jika sekolah tak sesuai, kita boleh fikirkan cara lain. 507 00:38:01,490 --> 00:38:06,703 Mak cik mahu awak okey dengan keputusan kami. 508 00:38:06,787 --> 00:38:10,999 Saya suka sekolah ini. Cuma saya rasa agak panas. 509 00:38:11,834 --> 00:38:14,378 Sayang. Awak demam? 510 00:38:14,461 --> 00:38:15,712 Tak, saya tak demam. 511 00:38:15,796 --> 00:38:18,298 Okey. 512 00:38:28,642 --> 00:38:30,352 Apa mak cik boleh buat untuk awak? 513 00:38:35,983 --> 00:38:38,402 Tiada apa-apa. Saya okey. Betul. 514 00:38:40,028 --> 00:38:41,071 Saya akan turun sebentar lagi. 515 00:38:41,154 --> 00:38:42,447 Okey. Baiklah. 516 00:38:56,628 --> 00:38:58,130 Mak cik tak perlu risaukan saya. 517 00:39:02,634 --> 00:39:06,180 Lucu kerana mak cik teringat sesuatu tentang mak awak. 518 00:39:08,515 --> 00:39:11,226 Sesuatu yang dah lama berlaku. 519 00:39:12,895 --> 00:39:18,775 Mak cik teringat semasa mak cik enam tahun dan dia sembilan tahun. 520 00:39:20,068 --> 00:39:24,448 Mak cik jadi beruang panda semasa Halloween 521 00:39:25,949 --> 00:39:29,203 dan dia jadi penari gelek. 522 00:39:29,286 --> 00:39:32,456 Dia pakai kostum nipis yang cantik, 523 00:39:32,539 --> 00:39:35,584 dengan bahagian pinggang terdedah dan vel. 524 00:39:36,084 --> 00:39:38,462 Entahlah, ia mungkin tak diterima sekarang. 525 00:39:38,545 --> 00:39:39,713 Mak cik tak pasti. 526 00:39:39,796 --> 00:39:43,884 Dia boleh menari sedikit kerana dia berbakat. 527 00:39:43,967 --> 00:39:46,053 Dia boleh buat apa-apa saja. 528 00:39:46,136 --> 00:39:48,222 Mak cik pula menjadi seekor panda. 529 00:39:48,805 --> 00:39:52,100 Datuk awak mengambil gambar kami sebelum kami keluar 530 00:39:52,184 --> 00:39:58,148 dan tiba-tiba mak cik mahukan kostum dia. 531 00:39:58,232 --> 00:40:03,487 Mak cik mahu jadi penari gelek dan marah kerana dia dapat jadi. 532 00:40:03,570 --> 00:40:06,532 Mak cik tak muat kostum itu dan mak kami kata, 533 00:40:06,615 --> 00:40:09,117 "Diam, Lacey, awak seekor panda. Mari pergi ambil gula-gula." 534 00:40:09,201 --> 00:40:14,873 Mak cik mengamuk dan dibawa ke atas sehingga mak cik berhenti menangis. 535 00:40:19,586 --> 00:40:24,842 Tapi keesokan harinya, mak cik masuk ke dalam bilik 536 00:40:26,552 --> 00:40:30,389 dan Janey letak kostum itu di atas katil mak cik. 537 00:40:33,016 --> 00:40:35,018 Mak cik ingat ia dilipat dengan baik. 538 00:40:35,519 --> 00:40:40,274 Kain merah dan kuning nipis dengan loceng kecil di pinggangnya. 539 00:40:41,859 --> 00:40:45,821 Ia dah jadi milik mak cik. 540 00:40:48,031 --> 00:40:49,533 Dia berinya kepada mak cik. 541 00:40:54,830 --> 00:40:58,250 Mak cik suka cara ia dilipat dengan baik. Mak cik tak pernah pakainya. 542 00:40:58,750 --> 00:41:03,463 Mak cik simpan dalam laci dan mak cik akan sentuhnya. 543 00:41:04,673 --> 00:41:08,969 Mak cik suka rasa kain itu dan suka kerana dapat memilikinya. 544 00:41:09,052 --> 00:41:13,765 Mak cik suka kerana dia terfikir untuk berinya kepada mak cik. 545 00:41:16,185 --> 00:41:21,982 Mak awak hebat, Edward. 546 00:41:23,901 --> 00:41:28,071 Itu kebenarannya. Itu yang penting. 547 00:41:29,990 --> 00:41:31,575 Itulah kebenarannya 548 00:41:31,658 --> 00:41:36,622 sampai bila-bila. 549 00:42:02,773 --> 00:42:03,774 Hai. 550 00:42:06,276 --> 00:42:07,277 T, betul? 551 00:42:08,195 --> 00:42:09,655 Dee Dee. Bagaimana dengan hari awak? 552 00:42:10,239 --> 00:42:11,865 - Okey. - Bagus. 553 00:42:15,285 --> 00:42:19,540 Suami saya, Charles… awak kenal dia sebagai Charlie. 554 00:42:21,750 --> 00:42:24,795 Saya belikan dia jam Rolex untuk hari jadi ke-50 dia. 555 00:42:25,337 --> 00:42:28,131 Ia jam Rolex Oyster Perpetual. 556 00:42:28,215 --> 00:42:32,177 Ia berharga 7,000 dolar dan saya mahu awak ambilnya. 557 00:42:33,387 --> 00:42:35,806 Awak boleh simpannya atau jualnya. Saya tak peduli. Ia tak penting. 558 00:42:37,391 --> 00:42:38,392 Apa? 559 00:42:39,852 --> 00:42:41,395 Charles bantu awak, bukan? 560 00:42:43,313 --> 00:42:45,023 Ya, betul. 561 00:42:46,275 --> 00:42:47,776 Baguslah. Saya gembira. 562 00:42:47,860 --> 00:42:51,822 Awak boleh anggap ini sebagai hadiah perpisahan dia. 563 00:42:57,202 --> 00:43:00,247 Boleh beri saya biryani ayam kecil? 564 00:43:00,831 --> 00:43:03,083 Sudah tiga hari saya tak makan. Saya sangat lapar. 565 00:43:04,501 --> 00:43:05,502 Ya. 566 00:43:10,757 --> 00:43:11,758 Terima kasih. 567 00:45:08,542 --> 00:45:09,543 Hai. 568 00:46:16,068 --> 00:46:17,069 Hei, awak. 569 00:46:52,604 --> 00:46:53,730 Bagaimana? 570 00:46:57,568 --> 00:46:59,152 Awak boleh pusing? 571 00:47:28,599 --> 00:47:29,641 Bagaimana awak cari saya? 572 00:47:30,642 --> 00:47:32,019 Saya ingat dahulu 573 00:47:32,102 --> 00:47:36,773 Brent ada beritahu dia bertemu gadis yang membaiki piano di Long Island City. 574 00:47:37,691 --> 00:47:40,235 Tak banyak tempat seperti itu. 575 00:47:43,030 --> 00:47:44,031 Okey, awak patut pergi. 576 00:47:44,114 --> 00:47:46,283 Tunggu. Hei, saya bukan orang jahat. 577 00:47:48,076 --> 00:47:51,914 Saya ada masalah dengan adik saya, tapi dia seorang penagih. 578 00:47:51,997 --> 00:47:52,998 Saya tahu. 579 00:47:54,875 --> 00:47:58,754 Dia dah pulih, tapi awak tak peduli. 580 00:47:58,837 --> 00:48:00,714 Dia mencuri daripada ibu bapa saya. 581 00:48:02,174 --> 00:48:04,927 Dia menolak bapa saya ke dinding. 582 00:48:06,053 --> 00:48:08,972 Berulang kali dia menyakiti hati ibu kami. 583 00:48:12,351 --> 00:48:16,063 Saya perlu melindungi mereka. Saya terpaksa putuskan hubungan. 584 00:48:16,146 --> 00:48:17,856 Dia cuba berbaik dengan awak. 585 00:48:19,608 --> 00:48:20,692 Awak abaikan dia. 586 00:48:28,659 --> 00:48:29,660 Saya tahu. 587 00:48:36,083 --> 00:48:40,212 Jika saya boleh patah balik dan mengubahnya… 588 00:48:45,217 --> 00:48:46,093 Dengar… 589 00:48:47,719 --> 00:48:52,099 kita boleh hadir terapi kumpulan itu bersama-sama jika awak mahu. 590 00:48:52,182 --> 00:48:53,600 Ia bagus. 591 00:48:54,268 --> 00:48:58,105 Jika kita berdua ada di sana, saya mungkin jauhkan diri daripada awak. 592 00:48:59,523 --> 00:49:03,485 Melihat awak seperti melihat Brent yang pelik dan itu menakutkan saya. 593 00:49:04,403 --> 00:49:06,947 Tapi saya rasa awak patut hadir. 594 00:49:08,448 --> 00:49:09,908 Kita perlu lakukannya. 595 00:49:25,924 --> 00:49:26,925 Apa? 596 00:49:36,935 --> 00:49:38,770 Saya dah mula risau. 597 00:49:41,064 --> 00:49:42,065 Awak okey? 598 00:49:53,452 --> 00:49:55,370 Awak dah tanggalkan jaket. 599 00:49:55,454 --> 00:49:57,331 Ya. 600 00:49:59,958 --> 00:50:00,959 Ia tak sesuai dengan saya. 601 00:50:04,338 --> 00:50:05,839 Sampai bila-bila. 602 00:50:09,218 --> 00:50:10,844 Ini jaket abang saya. 603 00:50:18,519 --> 00:50:19,728 Saya mahu awak ambilnya. 604 00:50:20,312 --> 00:50:22,731 Apa? Kenapa? 605 00:50:25,192 --> 00:50:26,652 Awak lebih sesuai dengannya. 606 00:50:27,486 --> 00:50:29,446 Mungkin patung Derby awak boleh pakainya. 607 00:50:30,906 --> 00:50:32,199 Rasanya ia perlukan kot baru. 608 00:50:37,371 --> 00:50:38,914 Ia masih basah dengan peluh awak? 609 00:50:40,165 --> 00:50:43,252 Tak. Mak cik saya dah basuhnya. 610 00:50:45,671 --> 00:50:46,672 Dengan teliti. 611 00:50:48,215 --> 00:50:49,424 Baiklah. 612 00:50:55,764 --> 00:50:56,765 Terima kasih. 613 00:51:25,919 --> 00:51:27,045 Saya tak kenal diri saya. 614 00:51:34,386 --> 00:51:35,387 Saya juga. 615 00:52:37,157 --> 00:52:39,159 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof