1 00:00:08,800 --> 00:00:10,761 Kita boleh tunggu sepanjang hari. 2 00:00:13,305 --> 00:00:14,681 Kenapa awak lakukannya, Edward? 3 00:00:15,390 --> 00:00:17,267 Ia bukan retorik. Saya mahu jawapan. 4 00:00:18,143 --> 00:00:20,354 Kenapa awak menolak piano dari tangga? 5 00:00:23,857 --> 00:00:25,817 Saya mahu dengar bunyinya. 6 00:00:27,778 --> 00:00:30,030 - Ini gurauan bagi awak? - Tak. 7 00:00:30,030 --> 00:00:32,031 Bagus kerana ia tak lucu. 8 00:00:33,700 --> 00:00:35,410 Kami ada protokol di sekolah ini, 9 00:00:35,410 --> 00:00:37,996 sebagai perlindungan daripada penembak, 10 00:00:37,996 --> 00:00:40,707 keganasan, penyebaran virus. 11 00:00:40,707 --> 00:00:43,335 Perkara yang saya tak sangka perlu bersedia sebagai pentadbir. 12 00:00:43,335 --> 00:00:48,215 Tapi saya tiada protokol untuk pelajar yang menolak piano ke bawah. 13 00:00:50,509 --> 00:00:51,969 Saya akan ganti piano baru. 14 00:00:51,969 --> 00:00:54,263 - Ini bukan tentang itu. - Jadi ia tentang apa? 15 00:00:54,263 --> 00:00:55,514 Ia bukan tentang piano. 16 00:00:59,059 --> 00:01:00,060 Pandang saya. 17 00:01:03,605 --> 00:01:04,897 Awak hadapi banyak perkara. 18 00:01:06,358 --> 00:01:08,068 Tiada orang akan salahkan awak. 19 00:01:08,986 --> 00:01:11,697 Tapi itu hanya kerana awak bernasib baik dan tiada orang tercedera. 20 00:01:11,697 --> 00:01:14,032 Awak boleh buat seseorang terbunuh. 21 00:01:14,032 --> 00:01:15,242 Tapi saya tak bunuh orang. 22 00:01:16,159 --> 00:01:17,870 Saya tak bunuh atau cederakan sesiapa. 23 00:01:19,037 --> 00:01:22,249 Saya pastikan tiada orang di tangga semasa saya menolaknya. 24 00:01:22,249 --> 00:01:23,834 Kenapa awak menolaknya? 25 00:01:30,090 --> 00:01:32,801 Edward, awak mungkin pelajar paling pintar di sekolah ini. 26 00:01:33,302 --> 00:01:35,846 Sebab itu saya boleh berterus terang dengan awak. 27 00:01:37,389 --> 00:01:40,601 Kami akan bincangkan dengan keluarga awak dan ahli psikologi sekolah 28 00:01:40,601 --> 00:01:44,479 untuk cari tempat pendidikan yang sesuai untuk awak. 29 00:01:46,231 --> 00:01:48,400 Awak takkan belajar di Riverview lagi. 30 00:01:58,410 --> 00:01:59,786 Saya minta maaf, okey? 31 00:02:00,662 --> 00:02:03,749 Saya akan hubungi mak cik awak dan Dr. Barlow, ahli psikologi sekolah kita. 32 00:02:04,666 --> 00:02:05,959 Awak akan bincang dengan dia. 33 00:02:13,467 --> 00:02:14,468 Edward. 34 00:02:16,094 --> 00:02:18,931 Hari ini hari jadi Pn. Foster. Ada orang bawa kek. 35 00:02:21,600 --> 00:02:22,684 Awak mahu makan? 36 00:02:29,566 --> 00:02:30,609 Ya. 37 00:03:48,729 --> 00:03:50,522 {\an8}BERDASARKAN BUKU DITULIS OLEH ANN NAPOLITANO 38 00:04:08,874 --> 00:04:10,334 Apa ini, Sam? 39 00:04:13,295 --> 00:04:14,630 Ia tak bermakna apa-apa. 40 00:04:14,630 --> 00:04:18,216 Ia tak bermakna? Apa yang terjadi? 41 00:04:18,216 --> 00:04:19,885 Kita perlu bertenang... 42 00:04:19,885 --> 00:04:21,928 - Awak homoseksual? - Tak. 43 00:04:23,055 --> 00:04:24,389 Jadi awak dwiseksual? 44 00:04:25,057 --> 00:04:27,434 Awak boleh jelaskan semua ini pada saya? 45 00:04:30,020 --> 00:04:31,021 Sam. 46 00:04:31,522 --> 00:04:33,565 Siapa akan bawa saya ke klinik gigi? 47 00:04:34,191 --> 00:04:37,778 Mak akan bawa, Geena. Cakap selamat tinggal pada ayah. 48 00:04:37,778 --> 00:04:39,154 - Selamat tinggal, ayah. - Selamat jalan, sayang. 49 00:04:40,572 --> 00:04:42,324 - Sienna. - Kita bincang nanti. 50 00:04:48,830 --> 00:04:49,915 Linda. 51 00:04:51,124 --> 00:04:52,251 Kita dah lewat. 52 00:04:53,043 --> 00:04:54,044 Ketukan. 53 00:04:55,254 --> 00:04:56,255 Awak dah bangun? 54 00:05:00,884 --> 00:05:01,885 Sayang. 55 00:05:05,722 --> 00:05:07,099 Kita perlu pergi. 56 00:05:08,350 --> 00:05:09,434 Saya rasa tak sihat. 57 00:05:09,434 --> 00:05:11,186 Awak okey? Awak sakit? 58 00:05:13,480 --> 00:05:15,858 Saya tak tahu, tapi saya tak boleh bangun. 59 00:05:15,858 --> 00:05:18,443 - Fizikal atau emosi? - Saya tak tahu. 60 00:05:18,443 --> 00:05:19,820 Okey. 61 00:05:22,739 --> 00:05:23,824 Baiklah. 62 00:05:25,701 --> 00:05:27,661 Jika fizikal awak tak sakit, 63 00:05:28,328 --> 00:05:33,458 kadangkala lebih baik jika awak bangun dan mulakan hari awak. 64 00:05:34,042 --> 00:05:37,212 Saya sangat sedih kebelakangan ini. 65 00:05:37,212 --> 00:05:40,591 Hari ini saya bangun awal, pergi ke sungai dan... 66 00:05:40,591 --> 00:05:43,802 Baguslah, tapi bukan semua orang begitu. 67 00:05:45,345 --> 00:05:46,180 Apa maksud awak? 68 00:05:46,180 --> 00:05:49,474 Kadangkala saya mahu berbaring dan rasa teruk, 69 00:05:49,474 --> 00:05:51,727 main permainan di telefon saya dan itu tak salah. 70 00:05:51,727 --> 00:05:54,479 Saya tak kata begitu. Jika awak mahu buat begitu... 71 00:05:54,479 --> 00:05:55,647 - Ya. - Okey. 72 00:05:56,273 --> 00:05:58,817 - Jika itu okey. - Tentulah ia okey. 73 00:05:58,817 --> 00:06:02,905 - Awak pasti awak okey? - Saya okey. 74 00:06:05,324 --> 00:06:08,660 Oh Tuhan. Lebih baik... Panggilan daripada sekolah Edward. 75 00:06:10,329 --> 00:06:11,330 Helo. 76 00:06:12,206 --> 00:06:17,419 Ya, ini Lacey. Dia buat apa? 77 00:06:18,587 --> 00:06:21,048 Gembira bertemu awak. Saya Adriana Washington. 78 00:06:21,632 --> 00:06:24,718 Jadi saya menyeru kamu keluar dan mengundi esok. 79 00:06:25,344 --> 00:06:27,638 Undi untuk bandar dan daerah ini. 80 00:06:27,638 --> 00:06:29,306 Undi untuk keselamatan anda. 81 00:06:29,306 --> 00:06:31,892 Kerana sekarang masanya, 82 00:06:31,892 --> 00:06:35,562 perubahan mampan dalam perumahan, sewa yang mampu dibayar. 83 00:06:37,147 --> 00:06:38,649 Saya mahu beritahu kamu 84 00:06:39,525 --> 00:06:42,611 yang saya akan bersama kamu sepanjang proses itu. 85 00:06:48,951 --> 00:06:51,286 - Awak ada urusan lain? - Mungkin. 86 00:06:51,286 --> 00:06:54,331 - Cik Washington? - Hai, saya Adriana. Salam perkenalan. 87 00:07:05,008 --> 00:07:08,512 Esok hari pilihan raya. Dia sangat sibuk. 88 00:07:10,013 --> 00:07:11,557 Dia kata dia akan ucap selamat tinggal. 89 00:07:14,893 --> 00:07:16,687 Kita boleh buat panggilan video di lapangan terbang. 90 00:07:49,428 --> 00:07:50,429 Awak lukis apa? 91 00:07:53,932 --> 00:07:55,184 Saya tinggalkan ini untuk dia. 92 00:07:58,562 --> 00:08:02,608 Becks. Ini cantik. 93 00:08:04,026 --> 00:08:05,861 Kita akan jumpa dia lagi. 94 00:08:07,988 --> 00:08:08,989 Mungkin. 95 00:09:31,446 --> 00:09:32,614 Saya boleh bayangkan mereka... 96 00:09:33,282 --> 00:09:35,284 Ada masalah sekarang... 97 00:10:20,370 --> 00:10:21,371 Linda? 98 00:10:24,374 --> 00:10:25,667 Hubungi 911. 99 00:10:34,426 --> 00:10:35,469 Okey. 100 00:10:37,179 --> 00:10:38,805 Hubungi 911! 101 00:10:45,979 --> 00:10:48,065 Oh Tuhan. 102 00:11:26,645 --> 00:11:28,480 {\an8}KOMUNITI NYACK 103 00:12:04,099 --> 00:12:05,767 Batu, kertas, gunting, tunjuk. 104 00:12:06,894 --> 00:12:09,313 - Selamat tinggal. - Hei, pegang tangan ayah. 105 00:12:11,315 --> 00:12:12,691 Batu, kertas, gunting, tunjuk. 106 00:12:13,692 --> 00:12:14,526 Eddie. 107 00:12:14,526 --> 00:12:16,612 ...kedudukan bertahan. Tunduk ke depan... 108 00:12:24,453 --> 00:12:26,288 - Hai. Apa yang terjadi? - Pn. Curtis. 109 00:12:26,288 --> 00:12:28,916 - Mana dia? - Kita ada sedikit masalah. 110 00:12:28,916 --> 00:12:30,000 Okey. 111 00:12:30,542 --> 00:12:36,048 Okey, saya cuba faham... Dia dah hilang? 112 00:12:36,048 --> 00:12:40,719 Apa maksudnya? Dia tiba-tiba hilang? 113 00:12:40,719 --> 00:12:42,137 Dia berjalan menembusi dinding? 114 00:12:42,137 --> 00:12:43,639 Dia keluar melalui tingkap. 115 00:12:44,848 --> 00:12:46,016 Dia keluar melalui tingkap? 116 00:12:46,016 --> 00:12:47,434 Kita berada di tingkat bawah. 117 00:12:47,434 --> 00:12:49,478 Awak cuba kata dalam tempoh sejam, 118 00:12:49,478 --> 00:12:54,316 Edward menolak piano dari tangga 119 00:12:55,567 --> 00:12:57,653 dan keluar melalui tingkap? 120 00:13:01,073 --> 00:13:02,699 Apa tindakan awak? 121 00:13:05,911 --> 00:13:08,664 Ini dia. Edward hubungi saya. 122 00:13:08,664 --> 00:13:10,123 Helo. Hai. Sayang, awak di mana? 123 00:13:10,999 --> 00:13:12,334 Ini Lacey Curtis? 124 00:13:12,918 --> 00:13:13,961 Ya. Siapa awak? 125 00:13:13,961 --> 00:13:17,673 Saya hubungi dari Hospital All Saints bagi pihak Linda Stollen. 126 00:13:18,423 --> 00:13:19,758 Awak waris terdekat? 127 00:13:20,843 --> 00:13:22,177 Linda? 128 00:14:02,467 --> 00:14:04,803 - Dee Dee. - Milo. 129 00:14:04,803 --> 00:14:07,723 - Apa awak buat di sini? - Saya perlu cakap dengan awak sebentar. 130 00:14:07,723 --> 00:14:09,057 Awak perlu buat janji temu. 131 00:14:09,057 --> 00:14:10,934 - Alamak! - Ya. 132 00:14:10,934 --> 00:14:14,438 Alamak! Boleh beri saya dua minit? Saya datang dari jauh. 133 00:14:14,438 --> 00:14:17,107 Boleh? Sebentar saja. 134 00:14:17,608 --> 00:14:19,359 - Marilah. Ya. - Terima kasih. 135 00:14:19,359 --> 00:14:21,445 - Cantik. - Ya, kami cuba cantikkannya. 136 00:14:28,952 --> 00:14:30,454 Awak ada sesi kaunseling individu? 137 00:14:30,454 --> 00:14:32,247 Ya. Itu tugas saya. 138 00:14:32,247 --> 00:14:34,291 Saya boleh aturkan janji temu untuk awak, 139 00:14:34,291 --> 00:14:35,918 jika awak mahu. 140 00:14:35,918 --> 00:14:37,961 Saya fikir kami saja klien awak. 141 00:14:37,961 --> 00:14:40,797 Kumpulan kesedihan itu? Tak. Saya ada klien lain. 142 00:14:40,797 --> 00:14:42,841 Dee Dee, apa awak mahu bincangkan? 143 00:14:42,841 --> 00:14:46,011 Sesi seterusnya ialah sesi terakhir kita. 144 00:14:46,011 --> 00:14:47,513 Ya. Saya tahu. 145 00:14:47,513 --> 00:14:49,389 Kita perlu mengadakan parti. 146 00:14:50,474 --> 00:14:53,101 Itu pelik bagi kumpulan sokongan. 147 00:14:53,101 --> 00:14:55,812 Milo, saya bukan pakar kesihatan mental, 148 00:14:55,812 --> 00:14:59,399 tapi saya tahu apabila orang berkumpul, 149 00:14:59,399 --> 00:15:02,069 mereka berkongsi sesuatu dan bertemu buat kali terakhir, 150 00:15:02,611 --> 00:15:03,987 parti patut diadakan. 151 00:15:03,987 --> 00:15:05,614 Apa yang diperlukan? 152 00:15:06,532 --> 00:15:11,703 - Snek. Air punc. Kek cawan. Bahan parti. - Okey. Ya, itu okey. 153 00:15:11,703 --> 00:15:14,164 - Bagus. Ya. - Yay. Baguslah. 154 00:15:14,164 --> 00:15:16,542 Awak ada dana budi bicara 155 00:15:16,542 --> 00:15:18,293 daripada syarikat penerbangan? 156 00:15:18,293 --> 00:15:20,379 - Untuk snek dan air punc? - Ya. 157 00:15:20,379 --> 00:15:22,256 Tiada. Tapi ini daripada saya. 158 00:15:23,799 --> 00:15:26,677 - Ambil 40 dolar ini. Okey? - Terima kasih. 159 00:15:26,677 --> 00:15:28,303 - Okey. Ya. - Terima kasih. 160 00:15:29,596 --> 00:15:35,102 Saya juga mahu kata kumpulan ini, 161 00:15:35,102 --> 00:15:40,649 pengalaman ini sangat membantu saya. 162 00:15:41,400 --> 00:15:42,901 Terima kasih. 163 00:15:45,070 --> 00:15:46,947 Terima kasih. Maksud saya, sama-sama. 164 00:15:46,947 --> 00:15:48,323 Saya harap ia tak berakhir. 165 00:15:48,323 --> 00:15:51,994 - Saya tahu. - Kenapa ia perlu berakhir? 166 00:15:52,744 --> 00:15:56,456 Awak boleh pilih jalan lain 167 00:15:56,456 --> 00:15:59,084 untuk teruskan proses pemulihan dan... 168 00:15:59,084 --> 00:16:00,836 Saya tak mahu jalan lain. 169 00:16:00,836 --> 00:16:04,840 Saya mahu kumpulan ini. Saya suka kumpulan ini. 170 00:16:04,840 --> 00:16:06,466 Ini kumpulan kami 171 00:16:06,466 --> 00:16:10,179 dan kami berkongsi sesuatu yang agak unik. 172 00:16:10,179 --> 00:16:11,889 Ya. Betul. 173 00:16:11,889 --> 00:16:14,558 - Tapi ia perlu berakhir. - Ya. 174 00:16:14,558 --> 00:16:17,686 Kenapa? Sebab syarikat penerbangan berhenti membayarnya 175 00:16:17,686 --> 00:16:20,898 kerana mereka dah melindungi diri mereka dari segi undang-undang? 176 00:16:20,898 --> 00:16:22,566 Itu sebab yang baik. 177 00:16:22,566 --> 00:16:24,026 Apa pendapat awak tentang itu? 178 00:16:27,446 --> 00:16:28,906 Ia teruk. 179 00:16:31,033 --> 00:16:33,744 Perbuatan mereka itu kejam. 180 00:16:33,744 --> 00:16:34,703 Tapi... 181 00:16:37,122 --> 00:16:39,333 saya tak boleh kata begitu, jadi... 182 00:16:40,501 --> 00:16:42,544 Saya hargai sikap berterus terang awak. 183 00:16:42,544 --> 00:16:43,629 Ya. 184 00:16:45,088 --> 00:16:46,423 Okey. 185 00:16:47,883 --> 00:16:49,134 Ya. 186 00:16:49,134 --> 00:16:52,346 Itu lelaki yang ada di jualan garaj. 187 00:16:53,347 --> 00:16:54,640 Ya, dia orangnya. 188 00:16:54,640 --> 00:16:58,352 - Nama dia Vernon. - Nama dia Vernon? Dan? 189 00:16:58,352 --> 00:16:59,645 Tiada apa-apa yang terjadi. 190 00:16:59,645 --> 00:17:01,355 Awak tak berasmara dengan dia? 191 00:17:01,355 --> 00:17:03,190 - Tak. - Awak pasti? 192 00:17:03,190 --> 00:17:04,358 Sienna, saya... 193 00:17:04,358 --> 00:17:05,567 Bagaimana dengan Ben? 194 00:17:06,859 --> 00:17:07,903 Awak ada hubungan dengan dia? 195 00:17:07,903 --> 00:17:09,320 Sienna... 196 00:17:09,946 --> 00:17:12,574 Beritahu saya. Tolonglah. 197 00:17:12,574 --> 00:17:14,492 Awak perlu jelaskan. 198 00:17:19,080 --> 00:17:21,083 Ben... 199 00:17:25,087 --> 00:17:30,342 Ben orang pertama yang saya cintai. 200 00:17:39,309 --> 00:17:40,769 Tiada apa-apa yang terjadi. 201 00:17:42,688 --> 00:17:43,814 Kami masih muda. 202 00:17:45,023 --> 00:17:49,236 Kami bermain cinta. Kami bercium beberapa kali. 203 00:17:50,487 --> 00:17:51,697 Jadi awak tahu. 204 00:17:52,990 --> 00:17:57,119 Awak tahu sebelum awak bertemu saya. 205 00:17:59,246 --> 00:18:01,957 Saya cintakan awak. Saya pilih awak. 206 00:18:01,957 --> 00:18:05,752 Awak perlu buat pilihan, Sam. Saya tak perlu. 207 00:18:06,628 --> 00:18:09,631 Sebab awak tak beri saya maruah untuk buat pilihan bersama awak. 208 00:18:09,631 --> 00:18:11,550 Sienna, saya cintai awak lebih daripada... 209 00:18:11,550 --> 00:18:14,469 Tak. Awak tak guna, Sam! 210 00:18:21,143 --> 00:18:22,352 Masih tiada berita. 211 00:18:33,071 --> 00:18:35,741 Awak mahu beritahu mak cik kejadian di sekolah hari ini? 212 00:18:38,452 --> 00:18:39,953 Saya menolak piano dari tangga. 213 00:18:40,954 --> 00:18:43,582 Ya. 214 00:18:44,166 --> 00:18:45,584 Kenapa awak buat begitu, Edward? 215 00:18:48,670 --> 00:18:50,005 Saya mahu dengar bunyinya. 216 00:18:50,714 --> 00:18:52,549 - Ini bukan gurauan. - Saya tak ketawa. 217 00:18:52,549 --> 00:18:55,928 Mak cik mahu alasan lebih baik daripada "awak mahu dengar bunyinya." 218 00:18:55,928 --> 00:18:57,346 Saya tak tahu sebab saya buat sesuatu. 219 00:19:00,098 --> 00:19:02,351 Saya tak boleh beritahu mak cik sebabnya jika saya tak... 220 00:19:03,018 --> 00:19:04,186 jika saya tak tahu sebabnya. 221 00:19:05,229 --> 00:19:06,271 Kenapa mak cik peduli? 222 00:19:06,772 --> 00:19:08,524 Kenapa mak cik peduli? 223 00:19:08,524 --> 00:19:13,195 Linda hampir mati. Bayi dia mungkin mati. 224 00:19:13,195 --> 00:19:14,571 Tiada orang akan mati. 225 00:19:15,697 --> 00:19:18,200 - Semua orang akan okey. - Mak cik tak tahu itu. 226 00:19:21,578 --> 00:19:22,746 Tiada orang tahu itu. 227 00:19:25,541 --> 00:19:29,503 Tiada orang akan okey. Kita semua akan mati. 228 00:19:41,431 --> 00:19:43,350 - Awak mahu makan malam? - Saya tak lapar. 229 00:19:44,059 --> 00:19:46,728 Mak cik akan hubungi pak cik John awak. 230 00:19:46,728 --> 00:19:49,273 Mak cik akan suruh dia ambil awak. 231 00:19:49,273 --> 00:19:51,859 - Kamu dah bercerai. - Kami tak bercerai. 232 00:19:51,859 --> 00:19:54,820 Kami berpisah dan dia masih pak cik awak. 233 00:19:54,820 --> 00:19:56,154 Dia masih suami mak cik 234 00:19:56,154 --> 00:19:58,740 walaupun keluarga kita disfungsi, 235 00:19:58,740 --> 00:20:00,075 kita tetap satu keluarga. 236 00:20:00,659 --> 00:20:05,581 Edward, semuanya akan okey. 237 00:20:07,332 --> 00:20:09,126 Semuanya akan okey. 238 00:20:13,672 --> 00:20:14,715 Mak cik akan hubungi dia. 239 00:20:55,756 --> 00:20:57,758 {\an8}SELAMAT TINGGAL BECKS 240 00:22:32,936 --> 00:22:35,731 Terima kasih kerana setuju untuk buat ini bersama saya. 241 00:22:37,816 --> 00:22:41,111 Kenapa awak mahu buat ladu ini? 242 00:22:41,111 --> 00:22:45,657 Nenek kami buatkan ladu ini semasa kami tinggal dengan dia pada musim sejuk. 243 00:22:45,657 --> 00:22:47,576 Saya dan Brent gembira di sana, jadi... 244 00:22:47,576 --> 00:22:51,496 - Awak mahu merasainya semula. - Betul. 245 00:22:53,165 --> 00:22:56,376 Awak tahu membuat ladu mungkin takkan buat awak rasa lebih baik. 246 00:22:58,086 --> 00:22:59,796 Ya, mungkin tidak. 247 00:23:04,009 --> 00:23:07,346 Panggilan Dee Dee. Hai, Dee Dee. 248 00:23:08,013 --> 00:23:09,181 Hai. 249 00:23:11,850 --> 00:23:16,730 Milo minta saya mengadakan parti esok untuk hari terakhir kumpulan kita. 250 00:23:16,730 --> 00:23:18,815 Pada mulanya saya mahu sesuatu yang ringkas 251 00:23:18,815 --> 00:23:20,859 seperti air punc dan kek cawan. 252 00:23:20,859 --> 00:23:23,487 Kemudian saya fikir, mungkin patut ada pelbagai hidangan. 253 00:23:23,487 --> 00:23:25,614 Buat dengan baik. Jadi saya membuat 254 00:23:25,614 --> 00:23:29,243 pembuka selera tomato Roma disumbat yang sangat sedap. 255 00:23:29,243 --> 00:23:31,161 Kita perlu buat sesuatu yang menggambarkan 256 00:23:31,161 --> 00:23:34,623 pelbagai budaya dalam kumpulan itu. Sebab itu awak perlu bantu. 257 00:23:35,332 --> 00:23:37,125 Awak mahu saya bawa makanan etnik? 258 00:23:37,125 --> 00:23:38,585 Awak yang kata, bukan saya. 259 00:23:38,585 --> 00:23:39,920 Baik. 260 00:23:41,129 --> 00:23:45,425 Sedap atau tidak, saya akan bawa sup ladu. 261 00:23:47,010 --> 00:23:49,346 - Okey, saya harus pergi. Jumpa lagi. - Tunggu. Steve? Tunggu... 262 00:23:57,896 --> 00:23:59,022 Kenapa kita ada di sini? 263 00:24:00,482 --> 00:24:02,109 - Saya mahu buat ladu. - Jangan menipu. 264 00:24:02,109 --> 00:24:04,862 Tak. Betul. Saya janji saya datang untuk buat ladu. 265 00:24:04,862 --> 00:24:06,655 - Kenapa awak datang ke sini? - Untuk buat ini. 266 00:24:07,406 --> 00:24:08,407 Tak. 267 00:24:10,617 --> 00:24:12,286 Tak. Kenapa awak datang ke sini? 268 00:24:16,999 --> 00:24:20,419 Pandang saya. Kenapa? 269 00:24:22,629 --> 00:24:23,630 Saya tak tahu. 270 00:24:25,048 --> 00:24:29,761 Saya tahu sebabnya. Sebab sama saya benarkan awak datang. 271 00:24:34,224 --> 00:24:35,225 Kenapa awak datang ke sini? 272 00:24:38,729 --> 00:24:39,980 Saya mahu dengar awak katakannya. 273 00:25:10,552 --> 00:25:14,264 - Awak lapar? - Tak. 274 00:25:14,932 --> 00:25:17,267 Pak cik ada lagi snek itu. 275 00:25:17,267 --> 00:25:19,394 Plastik besar 276 00:25:19,394 --> 00:25:21,021 yang ada Cheetos, pretzel dan lain-lain lagi. 277 00:25:21,021 --> 00:25:22,606 Ia sangat besar. 278 00:25:26,527 --> 00:25:28,153 Pak cik tak mahu tanya sebabnya? 279 00:25:29,154 --> 00:25:32,074 Pak cik pernah buat perkara lebih teruk semasa kecil. 280 00:25:32,074 --> 00:25:35,202 Pak cik tak... Kenapa? 281 00:25:35,202 --> 00:25:36,870 Awak mahu cakap tentangnya? 282 00:25:38,997 --> 00:25:39,998 Tak. 283 00:25:40,666 --> 00:25:42,501 Tak mengapa. Pak cik faham. 284 00:26:24,626 --> 00:26:26,253 Ibu bapa pak cik bercerai semasa pak cik 15 tahun. 285 00:26:28,922 --> 00:26:33,177 Pak cik selalu ambil mentol rumah kami 286 00:26:33,177 --> 00:26:35,971 dan balingnya pada dinding garaj kami. 287 00:26:35,971 --> 00:26:40,767 Apabila bapa pak cik tahu sebab mentol itu hilang, 288 00:26:41,393 --> 00:26:43,228 dia paksa pak cik berjumpa ahli psikiatri. 289 00:26:43,228 --> 00:26:47,691 Ahli psikiatri itu tanya pak cik, "Kenapa awak buat begitu?" 290 00:26:48,525 --> 00:26:52,029 Pak cik kata, "Saya tak tahu." Pak cik tak buat begitu. 291 00:26:54,531 --> 00:26:55,866 Pak cik suka pecahkan barang. 292 00:26:58,785 --> 00:27:00,495 Pak cik suka bunyinya. 293 00:27:02,581 --> 00:27:03,582 Ya, betul. 294 00:27:07,127 --> 00:27:08,504 Saya mahu dengarnya. 295 00:27:10,422 --> 00:27:11,423 Betul? 296 00:27:23,018 --> 00:27:24,269 Saya sepatutnya mati. 297 00:27:27,147 --> 00:27:29,191 Hei. Tidak. 298 00:27:29,733 --> 00:27:31,193 Saya sepatutnya mati dalam pesawat itu. 299 00:27:36,782 --> 00:27:39,785 Sebelum kami berlepas, Jordan duduk di tepi tingkap... 300 00:27:45,499 --> 00:27:46,583 Tapi saya mahukannya. 301 00:27:48,335 --> 00:27:52,714 Jadi kami main batu, kertas, gunting dan saya menang. 302 00:27:55,759 --> 00:27:56,844 Saya dapat tempat duduk dia. 303 00:27:59,972 --> 00:28:01,014 Itu tempat duduk dia. 304 00:28:06,645 --> 00:28:08,230 Jordan patut hidup, bukan saya. 305 00:28:12,901 --> 00:28:14,319 Saya tak patut hidup. 306 00:28:25,789 --> 00:28:28,041 Saya hanya hidup sebab saya menang. 307 00:28:45,058 --> 00:28:47,728 KEMUDAHAN 308 00:29:52,918 --> 00:29:56,463 Awak tiada elektrik dan air melimpah? Ya, itu... 309 00:29:56,463 --> 00:29:58,298 Saya perlu periksanya, tapi bunyinya seperti 310 00:29:58,298 --> 00:30:00,384 awak ada dua masalah pada masa yang sama. 311 00:30:01,802 --> 00:30:06,390 Ya. Keadaan yang teruk. Baiklah. 312 00:30:12,521 --> 00:30:13,897 Baiklah. 313 00:30:14,857 --> 00:30:15,858 Edward. 314 00:30:18,652 --> 00:30:22,614 Pak cik perlu pergi ke seberang kampus dan uruskan hal kecemasan. 315 00:30:23,490 --> 00:30:24,825 Awak tunggu di sini. 316 00:30:24,825 --> 00:30:28,287 Di sini ada Internet dan permainan video. 317 00:30:28,287 --> 00:30:33,208 Ada koleksi buku J.R.R. Tolkien yang lengkap, jika awak suka. 318 00:30:35,752 --> 00:30:38,005 Awak boleh tunggu di sini sementara pak cik ke sana? 319 00:30:38,797 --> 00:30:39,965 Ya. 320 00:30:39,965 --> 00:30:43,385 Maaf. Selalunya pak cik cuma duduk di sini dan tak buat apa-apa. 321 00:30:43,385 --> 00:30:45,554 Pada malam pak cik ada tetamu, 322 00:30:45,554 --> 00:30:46,972 pak cik perlu selesaikan masalah. 323 00:30:48,056 --> 00:30:49,892 Soda ada dalam peti sejuk. Ada snek. 324 00:30:51,602 --> 00:30:52,769 Awak okey. 325 00:30:52,769 --> 00:30:55,856 Ya. Saya okey. 326 00:30:57,191 --> 00:30:58,317 Dengar, Edward. 327 00:31:00,235 --> 00:31:01,612 Sebenarnya, 328 00:31:01,612 --> 00:31:05,324 batu, kertas, gunting ialah perjanjian yang mengikat. 329 00:31:06,658 --> 00:31:08,410 Sesiapa yang main memahaminya. 330 00:31:10,537 --> 00:31:14,333 Selepas awak kalahkan Jordan, tempat duduk itu jadi milik awak. 331 00:31:19,004 --> 00:31:20,923 Awak yang patut hidup. 332 00:31:53,956 --> 00:31:55,916 ...kita patut meredah jeram. Jika ia... 333 00:31:55,916 --> 00:31:59,294 Berapa jauh? Sejam perjalanan? 334 00:31:59,962 --> 00:32:00,963 Saya rasa begitu. 335 00:32:02,756 --> 00:32:04,758 - Hai, Lucy. - Pn. Cameron. Hai. 336 00:32:04,758 --> 00:32:06,802 - Mak buat apa di sini? - Hai, semua. Hai, Zoe. 337 00:32:06,802 --> 00:32:08,387 - Apa khabar? - Hai. 338 00:32:08,387 --> 00:32:09,972 - Puan mahu ramen? - Dia tak mahu ramen. 339 00:32:09,972 --> 00:32:12,349 - Kenapa mak datang ke sini? - Apa mak patut buat? 340 00:32:12,349 --> 00:32:13,684 Awak tak balas mesej mak. 341 00:32:13,684 --> 00:32:15,936 Mungkin mak patut faham 342 00:32:15,936 --> 00:32:17,855 yang saya tak mahu bercakap dengan mak. 343 00:32:17,855 --> 00:32:19,815 - Mak mahu cakap dengan awak. - Tentulah. 344 00:32:19,815 --> 00:32:21,650 Ia selalunya tentang Dee Dee. 345 00:32:21,650 --> 00:32:24,486 - Boleh kita berbual bersendirian? - Tak. Mak boleh pergi? 346 00:32:24,486 --> 00:32:26,905 Baik. Mak akan beritahu awak di sini. 347 00:32:26,905 --> 00:32:28,615 - Mak boleh pergi? - Mak gagal sebagai ibu. 348 00:32:28,615 --> 00:32:31,159 - Diamlah! - Dengar. 349 00:32:31,159 --> 00:32:34,204 - Mak terlalu fokus pada luaran. - Di sini? 350 00:32:34,204 --> 00:32:37,499 Luaran dan kelihatan seperti keluarga sempurna, 351 00:32:37,499 --> 00:32:41,962 bukannya fokus pada awak dan keperluan awak. 352 00:32:41,962 --> 00:32:44,214 - Awak mudah terjejas. - Mak, bukan di sini, okey? 353 00:32:44,214 --> 00:32:47,634 Mak minta maaf. Mak perlu beritahu yang mak menyesal. 354 00:32:48,552 --> 00:32:50,429 Awak boleh dengar cakap mak? 355 00:32:51,388 --> 00:32:52,764 Okey. 356 00:32:52,764 --> 00:32:54,224 Bapa awak juga gagal. 357 00:32:54,808 --> 00:32:55,934 Kami berdua gagal. 358 00:32:57,227 --> 00:33:02,774 Dia dan mak. Kami gagal dalam setiap aspek kehidupan kami. 359 00:33:05,861 --> 00:33:08,780 Dia lukakan mak dan awak. 360 00:33:09,323 --> 00:33:15,120 Zoe, dia jumpa seseorang semasa dia ke LA. 361 00:33:15,996 --> 00:33:16,830 Apa? 362 00:33:16,830 --> 00:33:20,626 Lelaki yang penting bagi dia. 363 00:33:22,211 --> 00:33:27,090 - Penting bagaimana? - Lelaki yang dia cintai. 364 00:33:28,884 --> 00:33:31,470 - Apa maksud mak? - Dia cintai seorang lelaki. 365 00:33:32,054 --> 00:33:34,806 Mak tahu ia sukar. Sukar untuk mendengarnya. 366 00:33:35,641 --> 00:33:39,394 Mak sangat marah. Mak tak dapat kawal kemarahan. 367 00:33:39,895 --> 00:33:43,815 Ini yang penting. Dia dalam kesukaran. Dia hanya cuba teruskan hidup. 368 00:33:44,691 --> 00:33:47,903 Awak perlu tahu yang kita berdua, Zoe, 369 00:33:47,903 --> 00:33:52,032 kita masih hidup dan kita masih boleh berubah. 370 00:33:53,659 --> 00:33:55,702 Kita tak perlu buat kesilapan sama 371 00:33:55,702 --> 00:33:57,246 berulang kali. 372 00:33:57,246 --> 00:33:58,455 Kami patut pergi? 373 00:33:58,455 --> 00:34:00,624 - Diam, Lucy. - Maaf. 374 00:34:02,209 --> 00:34:04,211 Mak sertai kumpulan kesedihan. 375 00:34:04,211 --> 00:34:05,879 Terapi kumpulan dan ia bagus. 376 00:34:05,879 --> 00:34:08,422 - Ya, mak, bunyinya begitu. - Tak. Ia bagus. 377 00:34:08,422 --> 00:34:11,592 Esok ialah sesi terakhir kami dan mak akan mengadakan parti. 378 00:34:11,592 --> 00:34:14,221 Walaupun mak takkan jumpa mereka lagi, 379 00:34:14,221 --> 00:34:16,849 itu menakutkan mak kerana mak mula bergantung pada mereka, 380 00:34:18,475 --> 00:34:20,811 tapi mak tahu mak akan berubah. 381 00:34:21,562 --> 00:34:23,313 Mereka menggantikan ayah awak. 382 00:34:23,313 --> 00:34:28,569 Mereka bantu mak mengenali diri tanpa dia. 383 00:34:30,070 --> 00:34:32,281 Walaupun mak tahu ia sukar, 384 00:34:33,532 --> 00:34:35,324 mak tahu mak boleh berubah. 385 00:34:38,203 --> 00:34:39,955 Mak boleh berubah menjadi ibu yang lebih baik. 386 00:34:39,955 --> 00:34:41,915 Mak boleh berubah menjadi lebih baik. 387 00:34:45,627 --> 00:34:46,795 Mak berjanji dengan awak. 388 00:34:51,216 --> 00:34:54,803 - Okey? - Okey. 389 00:34:55,469 --> 00:34:56,763 Mak sayang awak. 390 00:35:05,647 --> 00:35:09,318 Selamat tinggal, semua. Lucy, maaf kerana saya marah awak. 391 00:35:58,784 --> 00:36:01,828 - Hei. - Saya ada di sini. 392 00:36:10,671 --> 00:36:12,631 Awak dah sedia untuk lihat bayi awak? 393 00:36:24,101 --> 00:36:26,478 Maaf. Hanya ibu boleh masuk ke NICU. 394 00:36:26,478 --> 00:36:28,647 Okey. Saya akan tunggu di sini. 395 00:37:44,806 --> 00:37:46,058 - Hei. - Hei. 396 00:37:51,897 --> 00:37:56,276 Saya cintakan awak, Sam. Saya tak mahu kehilangan awak. 397 00:37:57,069 --> 00:37:59,530 Tapi saya perlu tahu yang awak komited. 398 00:38:00,113 --> 00:38:03,534 Saya tak mahu perkahwinan terbuka. Saya tak mahu berkongsi awak. 399 00:38:04,201 --> 00:38:07,162 Saya tak mahu risau setiap hari 400 00:38:07,162 --> 00:38:10,541 yang awak mungkin mahu orang lain atau hubungan lain. 401 00:38:11,124 --> 00:38:13,252 Awak perlu buat keputusan, Sam. 402 00:38:14,837 --> 00:38:17,798 Awak perlu tentukan kehidupan yang awak mahu. 403 00:38:29,142 --> 00:38:31,228 Sila tunjukkan IC dan pas masuk. 404 00:38:31,937 --> 00:38:32,771 Pas masuk? 405 00:38:41,196 --> 00:38:42,197 Saya rasa dia... 406 00:38:46,034 --> 00:38:48,161 Tuan, awak Kojo Ansah? 407 00:38:48,745 --> 00:38:50,873 - Ya. - Sila ikut saya, tuan. 408 00:38:52,207 --> 00:38:54,209 - Ini berkenaan apa? - Ikut saya. 409 00:38:54,877 --> 00:38:58,213 Seterusnya. Tunjukkan pas masuk. 410 00:38:59,840 --> 00:39:01,550 Pas masuk saya di telefon. 411 00:39:01,550 --> 00:39:03,218 Tunjukkan pada saya. 412 00:39:03,218 --> 00:39:04,303 Ya. Itu okey. 413 00:39:04,970 --> 00:39:07,764 Apa masalahnya? Semua dokumen saya dah dikemas kini. 414 00:39:08,765 --> 00:39:10,392 - Adriana! - Hai, kamu berdua. 415 00:39:10,392 --> 00:39:12,644 Saya minta maaf. Saya perlu jumpa awak. 416 00:39:15,147 --> 00:39:17,441 Awak ada kuasa seperti ini sebagai calon ahli kongres? 417 00:39:17,441 --> 00:39:21,195 Tak, saya dan Ade dari sekolah sama. Saya sentiasa bantu dia. 418 00:39:21,195 --> 00:39:22,571 Terima kasih. 419 00:39:22,571 --> 00:39:24,156 - Saya minta diri. - Terima kasih. 420 00:39:26,283 --> 00:39:27,451 Saya buat lukisan untuk awak. 421 00:39:27,451 --> 00:39:30,245 Saya tahu dan saya sukakannya. 422 00:39:30,245 --> 00:39:31,788 Saya boleh buat satu lagi. 423 00:39:31,788 --> 00:39:34,416 Betulkah? Okey. Buatlah. 424 00:39:38,045 --> 00:39:42,549 Awak halang saya di pintu masuk seperti dalam filem 425 00:39:42,549 --> 00:39:44,801 dan luahkan perasaan cinta awak supaya saya tak pergi? 426 00:39:46,136 --> 00:39:50,098 - Mungkin. - Atau... 427 00:39:52,643 --> 00:39:57,231 awak sertai kami 428 00:39:57,231 --> 00:39:59,858 dan kita pergi ke Ghana untuk hidup bahagia selama-lamanya? 429 00:40:01,026 --> 00:40:02,486 Saya tak pernah lihat filem itu. 430 00:40:04,238 --> 00:40:05,239 Ia filem yang bagus. 431 00:40:07,991 --> 00:40:09,868 Esok pilihan raya. 432 00:40:11,870 --> 00:40:15,791 - Awak akan menang? - Natalie rasa begitu. 433 00:40:17,709 --> 00:40:18,710 Tentulah. 434 00:40:23,090 --> 00:40:26,635 Saya akan lukiskan peta. Hulur tangan awak. 435 00:40:32,599 --> 00:40:38,397 - Okey, tangan awak ini Accra. - Okey. 436 00:40:41,859 --> 00:40:45,737 Hujung tapak tangan awak ialah laut. 437 00:40:48,574 --> 00:40:51,785 Ini kejiranan kami, Labone. 438 00:40:56,331 --> 00:41:01,170 Di sini tempat tinggal kami. Rumah kami. 439 00:41:03,422 --> 00:41:07,718 Bapa dan pak cik saya bina rumah ini perlahan-lahan selama beberapa tahun. 440 00:41:09,094 --> 00:41:10,679 Mereka bina sebelum saya dilahirkan. 441 00:41:11,513 --> 00:41:16,018 Saya sendiri yang siapkan sayap selatan selepas 20 tahun. 442 00:41:17,769 --> 00:41:21,190 Dalam rumah ini, ibu saya tinggal dengan adik-beradik saya, 443 00:41:21,190 --> 00:41:25,736 dua anak saudara perempuan dan empat anak saudara lelaki. Ada yang merantau. 444 00:41:25,736 --> 00:41:27,237 Ada yang sebaya Becks. 445 00:41:28,238 --> 00:41:31,408 Semua orang mengikuti perkembangan kempen awak. 446 00:41:32,993 --> 00:41:35,829 Saya membela burung merpati di sini. 447 00:41:35,829 --> 00:41:37,331 Awak bela burung merpati? 448 00:41:37,331 --> 00:41:40,959 Ia tak sama dengan burung merpati di sini. Ia sangat cantik. 449 00:41:44,046 --> 00:41:49,426 Becks akan tinggal di bilik ini. 450 00:41:51,970 --> 00:41:54,556 Ini bilik saya. 451 00:41:56,808 --> 00:41:58,227 Satu hari nanti, 452 00:41:59,186 --> 00:42:03,732 esok atau hari seterusnya atau tahun depan, 453 00:42:05,150 --> 00:42:08,362 awak mahu melawat tempat tinggal saya, 454 00:42:10,072 --> 00:42:11,323 awak datang ke sini. 455 00:42:15,786 --> 00:42:17,287 Sekarang saya tahu lokasi awak. 456 00:42:36,223 --> 00:42:37,558 Saya sayang awak. 457 00:42:40,686 --> 00:42:41,728 Saya juga. 458 00:42:48,026 --> 00:42:49,027 Saya cintakan awak. 459 00:44:30,587 --> 00:44:33,507 SURAT UNTUK EDDIE 460 00:45:13,297 --> 00:45:16,425 Edward, isteri saya dalam penerbangan awak. 461 00:45:17,509 --> 00:45:18,677 Saya tak tahu cara meneruskan hidup. 462 00:45:19,720 --> 00:45:21,013 Saya tak tahu cara awak lakukannya. 463 00:45:22,139 --> 00:45:23,849 Saya bersimpati dengan awak. 464 00:45:23,849 --> 00:45:27,186 Saya ada tiga anak perempuan. Ellie, Emma dan Eve. 465 00:45:38,530 --> 00:45:42,951 Nama saya Jingyang Yao. Saya tinggal di Tianjin, China. 466 00:45:42,951 --> 00:45:45,662 Saya sedih apabila dengar kejadian yang menimpa awak 467 00:45:45,662 --> 00:45:47,414 dan saya mahu jadi kawan awak. 468 00:45:49,666 --> 00:45:50,876 Eddie, 469 00:45:51,543 --> 00:45:53,962 saya ingin tahu jika awak nampak anak perempuan saya dalam pesawat. 470 00:45:54,546 --> 00:45:57,049 Saya harap awak okey dengannya. Saya lampirkan gambar. 471 00:45:57,758 --> 00:45:59,676 Gembira dapat mengetahui tentang awak. 472 00:46:00,636 --> 00:46:05,349 Ada orang kata kisah awak menyedihkan, tapi ia bukan begitu. 473 00:46:05,349 --> 00:46:10,646 Ia contoh limpah kurnia dan belas kasihan Tuhan. 474 00:46:10,646 --> 00:46:12,981 Semasa saya hantar dia ke lapangan terbang, 475 00:46:12,981 --> 00:46:16,610 saya pegang muka dia dan cium hidung dia tiga kali. 476 00:46:16,610 --> 00:46:18,278 Itu cara kami mengucap selamat jalan. 477 00:46:18,278 --> 00:46:20,030 Tuhan yang selamatkan awak. 478 00:46:20,030 --> 00:46:21,823 Tuhan yang pilih supaya awak hidup. 479 00:46:21,823 --> 00:46:24,952 Ellie berumur setahun enam bulan. Dia mencari ibu dia. 480 00:46:24,952 --> 00:46:26,703 Dia tak faham maksud kematian. 481 00:46:26,703 --> 00:46:29,122 Mereka kata hantu berkeliaran jika ada urusan belum diselesaikan. 482 00:46:29,122 --> 00:46:32,543 Edward, awak nampak datuk saya di tempat duduk 12C? 483 00:46:32,543 --> 00:46:35,128 Saya mahu mengingati dia dengan jam tangan dia. 484 00:46:35,128 --> 00:46:39,550 {\an8}"Edward," atau Randall Timothy Wakeshire. LOL. 485 00:46:39,550 --> 00:46:44,263 Betul. Saya kenal siapa awak. Saya dah lihat sijil kelahiran awak. 486 00:46:44,263 --> 00:46:47,057 Saya dah lihat buktinya. Tonton dokumentari di YouTube. 487 00:46:47,558 --> 00:46:50,310 Saya tahu kebenarannya. Kami tahu identiti awak. 488 00:46:52,688 --> 00:46:57,067 Eddie, saya menulis surat kerana saya kenal abang awak, Jordan. 489 00:46:57,693 --> 00:46:59,069 Kenal dengan rapat. 490 00:46:59,611 --> 00:47:03,907 Saya tak tahu jika dia pernah cakap tentang saya. Dia kata dia rahsiakannya. 491 00:47:03,907 --> 00:47:09,538 Mungkin awak penting bagi dia. Jordan ialah teman lelaki saya. 492 00:47:10,038 --> 00:47:12,332 Dia orang pertama yang saya cintai. 493 00:47:13,750 --> 00:47:15,169 Selamat daripada kemusnahan Hidup di neraka 494 00:47:15,169 --> 00:47:18,338 Jika buang E dan D dalam Eddie Adler, 495 00:47:18,338 --> 00:47:21,300 hanya tinggal "penipu"! Awak fikir kami tak perasan? 496 00:47:21,300 --> 00:47:24,219 Awak dapat surat-surat saya? Saya risau. 497 00:47:24,219 --> 00:47:26,889 Saya hantar surat setiap hari kepada awak dan tiada balasan. 498 00:47:26,889 --> 00:47:29,308 Saya baca yang awak duduk di 15A. 499 00:47:29,308 --> 00:47:32,603 Dia cuma beberapa barisan di belakang di 20B. 500 00:47:32,603 --> 00:47:34,146 Mungkin awak nampak dia semasa ke bilik air. 501 00:47:34,146 --> 00:47:36,648 Edward, saya akan mati hari ini. 502 00:47:36,648 --> 00:47:40,277 Saya akan hidupkan enjin kereta ibu bapa saya dalam garaj sehingga saya lemas. 503 00:47:41,820 --> 00:47:43,488 Edward 504 00:47:43,488 --> 00:47:45,115 Awak ada haiwan peliharaan? 505 00:47:45,115 --> 00:47:47,576 Jika boleh, beritahu Ellie ibu dia sayangkan dia. 506 00:47:47,576 --> 00:47:48,744 Awak budak istimewa. 507 00:47:48,744 --> 00:47:50,329 Percayalah! Gembiralah. 508 00:47:50,329 --> 00:47:51,997 Tuhan yang berikan awak kehidupan ini. 509 00:47:51,997 --> 00:47:54,958 Saya cuba tinggalkan nota bunuh diri biasa, tapi tak boleh. 510 00:47:54,958 --> 00:47:57,461 Saya tak boleh buat perkara biasa. Saya tak boleh buat apa-apa. 511 00:47:57,461 --> 00:47:58,462 Kenapa awak terselamat? 512 00:47:58,462 --> 00:48:00,380 Awak tak pentingkan diri, tapi awak begitu. 513 00:48:02,674 --> 00:48:04,343 - Saya rindu isteri saya. - Saya mahu anak saya. 514 00:48:04,343 --> 00:48:05,344 Saya tak kenal dia. 515 00:48:05,344 --> 00:48:06,762 Berdoalah kepada Tuhan kita. 516 00:48:07,471 --> 00:48:08,430 Edward! Sedarlah! 517 00:48:09,598 --> 00:48:11,934 - Saya sayang dia sehingga saya mati. - Edward! 518 00:48:16,104 --> 00:48:17,314 Edward. 519 00:49:34,892 --> 00:49:36,894 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof