1 00:00:01,043 --> 00:00:03,547 Malam ini perlawanan nombor enam. 2 00:00:03,629 --> 00:00:04,798 PHILADELPHIA 15 MEI 1980 3 00:00:04,881 --> 00:00:08,301 Lakers menentang 76ers. Lakers akan bermain tanpa Kareem Abdul-Jabbar, 4 00:00:08,385 --> 00:00:11,388 yang terseliuh kaki dan masih dirawat di Los Angeles. 5 00:00:12,931 --> 00:00:15,976 Saya beritahu Jurulatih Westhead, "Biar saya jadi pemain tengah." 6 00:00:16,685 --> 00:00:18,853 "Pihak lawan tentu takkan jangka." 7 00:00:19,604 --> 00:00:22,899 Dia kata, "Saya pernah jadi pemain tengah di sekolah tinggi," iaitu dua tahun lalu. 8 00:00:22,983 --> 00:00:24,359 PAUL WESTHEAD KETUA JURULATIH LAKERS 1979-1981 9 00:00:24,442 --> 00:00:27,779 Dia akan tunjukkan aksi hebat dari awal permainan. 10 00:00:27,862 --> 00:00:29,531 Dia pemain penyerang tengah. 11 00:00:29,614 --> 00:00:31,449 Perlawanan enam malam ini amat penting. 12 00:00:31,533 --> 00:00:35,579 Lakers boleh menang kejuaraan atau sambung perlawanan tujuh di Forum, Ahad ini. 13 00:00:35,662 --> 00:00:38,540 Anda sedang menyaksikan penonton bagi perlawanan habis terjual 14 00:00:38,623 --> 00:00:40,333 di Spectrum, Philadelphia. 15 00:00:42,586 --> 00:00:44,129 Nampaknya, Magic berubah posisi. 16 00:00:44,212 --> 00:00:45,881 Philadelphia akan hadapi 17 00:00:45,964 --> 00:00:48,216 kesukaran menentukan siapa yang perlu menghalang dan dihalang. 18 00:00:48,300 --> 00:00:49,259 KEJUARAAN DUNIA 19 00:00:51,219 --> 00:00:53,763 Malam sebelum perlawanan, saya beritahu bapa saya, 20 00:00:53,847 --> 00:00:56,933 "Ayah, saya akan main macam di sekolah tinggi." 21 00:00:57,017 --> 00:01:00,395 Dia kata, "Okey. Tunjukkan kehebatan kamu." 22 00:01:03,857 --> 00:01:06,276 Pemain baharu 20 tahun datang ke tengah. 23 00:01:06,359 --> 00:01:10,196 Magic Johnson menghampiri Julius dari kiri. 24 00:01:10,280 --> 00:01:12,282 Dua lontaran bantu jaring pantas dan jaringan, 25 00:01:12,365 --> 00:01:15,327 Magic Johnson membantu Lakers mendahului enam mata. 26 00:01:15,410 --> 00:01:16,661 MICHAEL COOPER PENGAWAL LAKERS 1978-1990 27 00:01:16,745 --> 00:01:19,623 Dia buatkan semua pemain beraksi hebat. Jamaal Wilkes catat rekod tertinggi, 37. 28 00:01:19,706 --> 00:01:22,334 Magic masuk, lontar kepada Wilkes. Lontaran hebat. 29 00:01:22,417 --> 00:01:25,086 Ini permainan terbaik Magic yang pernah saya saksikan. 30 00:01:25,170 --> 00:01:26,796 Kejuaraan hampir menjadi milik mereka. 31 00:01:26,880 --> 00:01:31,259 Lontar kepada Magic. Tengoklah lontaran tadi. 32 00:01:33,929 --> 00:01:35,138 Itu saja. Perlawanan tamat. 33 00:01:35,222 --> 00:01:37,224 Pemain paling berharga ialah Magic Johnson. 34 00:01:37,307 --> 00:01:38,516 42 MATA - 15 BOLA LANTUN - 7 BANTU JARING 35 00:01:38,600 --> 00:01:40,060 Empat puluh dua, 15 dan tujuh. 36 00:01:40,143 --> 00:01:41,394 MICHAEL WILBON WARTAWAN SUKAN ESPN 37 00:01:41,478 --> 00:01:44,898 Setahu saya, itulah prestasi terhebat dalam sejarah Perlawanan Akhir NBA. 38 00:01:45,690 --> 00:01:47,943 Kami tidak lagi curiga tentang identitinya, 39 00:01:48,026 --> 00:01:50,445 atau nilainya kepada pasukan. Kini, kami dah tahu. 40 00:01:50,528 --> 00:01:52,155 Saya kata, "Namanya Earvin Johnson, 41 00:01:52,239 --> 00:01:54,115 dan dia akan jadi pemain terhebat sepanjang zaman. 42 00:01:54,199 --> 00:01:56,326 Inilah lelaki yang diraikan, Magic Johnson. 43 00:01:56,409 --> 00:01:59,371 Magic, ada ramai pemain yang belum capai kejayaan seperti ini 44 00:01:59,454 --> 00:02:00,455 sepanjang kerjaya mereka. 45 00:02:00,538 --> 00:02:01,957 Ini tahun pertama awak dan lihatlah pencapaian awak. 46 00:02:02,040 --> 00:02:04,542 Berapa banyak lagi pencapaian sebegini yang awak mahu lakukan? 47 00:02:04,626 --> 00:02:05,961 Kira-kira 20 lagi. 48 00:02:06,044 --> 00:02:08,754 Saya mahu serahkan trofi dunia ini 49 00:02:08,837 --> 00:02:11,341 kepada pemilik Los Angeles Lakers. 50 00:02:11,424 --> 00:02:13,343 Jerry Buss, ia milik awak. 51 00:02:13,426 --> 00:02:16,513 Bapa saya amat terharu. 52 00:02:16,596 --> 00:02:18,181 JEANIE BUSS PRESIDEN & PEMILIK BERSAMA LAKERS 53 00:02:18,265 --> 00:02:20,684 Saya rasa, itulah detik yang paling membanggakannya. 54 00:02:20,767 --> 00:02:23,353 Saya teruja. Saya amat gembira dengan mereka. 55 00:02:23,436 --> 00:02:25,105 Awak nak beli pasukan bola keranjang. Tengok apa awak dapat. 56 00:02:25,188 --> 00:02:27,524 Juara dunia. Tak sangka, bukan? 57 00:02:27,607 --> 00:02:28,858 Juara dunia. 58 00:02:28,942 --> 00:02:30,652 - Ya. - Memang tak sangka. 59 00:02:30,735 --> 00:02:33,947 Saya dan Jerry Buss berpelukan dan kata, "Tak sangka, bukan?" 60 00:02:34,030 --> 00:02:38,785 Ini baru tahun pertama kami, dan kami menang kejuaraan NBA. 61 00:02:38,868 --> 00:02:44,207 Mereka berkongsi detik itu dan ia amat mengagumkan buat mereka 62 00:02:44,291 --> 00:02:46,251 kerana seorang bintang telah dilahirkan. 63 00:02:51,047 --> 00:02:53,675 Apabila kami pulang dan setelah pesawat mendarat, 64 00:02:53,758 --> 00:02:58,430 Kareem, yang berbadan besar, masuk dengan topi koboinya. 65 00:02:58,513 --> 00:03:02,017 Kamu tak tunggu saya pun. 66 00:03:02,100 --> 00:03:03,560 Saya dah sediakan segalanya untuk kamu semua. 67 00:03:03,643 --> 00:03:07,439 - Ada perempuan dan champagne. - Untuk kita. 68 00:03:07,522 --> 00:03:10,734 Awak takut kehilangan kerja untuk tahun depan? 69 00:03:11,234 --> 00:03:13,987 Jika saya kehilangan kerja, saya boleh main posisi pengawal 70 00:03:14,070 --> 00:03:16,114 dan kami boleh tukar posisi. 71 00:03:16,197 --> 00:03:19,492 Selepas kami memenangi kejuaraan itu, Kareem rasa yakin. 72 00:03:20,076 --> 00:03:22,078 Dia tahu Magic akan jadi ketua kami. 73 00:03:22,579 --> 00:03:26,833 Dia ahli baharu kami. Dia seperti gabungan Kareem dan Magic. 74 00:03:27,334 --> 00:03:30,086 Kami tak jangkakan kemenangan. Kami cuma nak buat yang terbaik. 75 00:03:30,170 --> 00:03:32,380 Tapi sebaik saja kami menang kejuaraan itu, 76 00:03:32,464 --> 00:03:37,427 strategi bola keranjang Laker berubah sepenuhnya. 77 00:03:37,510 --> 00:03:38,511 SNOOP DOGG PEMINAT SETIA LAKERS 78 00:03:38,595 --> 00:03:43,058 Barang pertama yang saya nak tunjukkan ialah trofi kejuaraan Lakers 79 00:03:43,141 --> 00:03:44,267 yang sepadan dengan tatu saya. 80 00:03:44,351 --> 00:03:49,231 Ada perkataan "Lakers" di bahagian atas bola sebab trofi itu milik kami. 81 00:03:53,443 --> 00:03:56,655 Apabila Lakers menang kejuaraan, kemeriahan di bandar amat berbeza. 82 00:03:56,738 --> 00:03:57,739 JIM HILL WARTAWAN SUKAN KCBS 83 00:04:00,575 --> 00:04:03,870 Peminat beranggapan memenangi kejuaraan 84 00:04:03,954 --> 00:04:06,373 terutamanya di LA, orang ramai merasakan 85 00:04:06,456 --> 00:04:08,333 tentu susah mahu menanginya tanpa Kareem. 86 00:04:08,416 --> 00:04:09,417 BYRON SCOTT PENGAWAL LAKERS 1983-1993 87 00:04:09,501 --> 00:04:12,045 Earvin "Magic" Johnson bermain dan menunjukkan 88 00:04:12,128 --> 00:04:15,257 antara perlawanan paling sukar dilupakan sepanjang hidup saya. 89 00:04:20,470 --> 00:04:21,471 MAGIC SEBAGAI PRESIDEN 90 00:04:21,555 --> 00:04:23,098 Semua orang sangat kagum. 91 00:04:23,181 --> 00:04:25,559 Magic! 92 00:05:26,578 --> 00:05:30,916 Sekali-sekala, akan ada atlet yang datang membawa nafas 93 00:05:30,999 --> 00:05:33,627 dan tenaga baharu kepada pasukan dan sukan. 94 00:05:33,710 --> 00:05:37,380 Inilah pemain baharu sensasi, Earvin "Magic" Johnson! 95 00:05:39,174 --> 00:05:40,133 INILAH MAGIC 96 00:05:40,217 --> 00:05:41,676 Walaupun baru 20 tahun, Earvin "Magic" Johnson 97 00:05:41,760 --> 00:05:43,011 bukan saja mengagumkan 98 00:05:43,094 --> 00:05:45,639 bandar Los Angeles, malah telah menaikkan semangat Lakers 99 00:05:45,722 --> 00:05:46,973 serta meningkatkan jualan tiket pasukan itu. 100 00:05:47,057 --> 00:05:48,058 LAKERS NOMBOR SATU 101 00:05:48,141 --> 00:05:50,101 Awak selebriti di bandar ini. 102 00:05:52,562 --> 00:05:53,855 Wira saya. 103 00:05:55,607 --> 00:05:59,694 Ia antara tayangan perdana Hollywood yang dihadiri ramai bintang. 104 00:05:59,778 --> 00:06:05,325 Selain bintang terkenal dan peminat, Earvin Johnson, 105 00:06:05,408 --> 00:06:09,287 pemain muda hebat yang dikenali sebagai Magic, turut hadir. 106 00:06:09,371 --> 00:06:13,333 Kejayaan spontan, jurucakap iklan… 107 00:06:13,416 --> 00:06:14,417 MAGIC YAKIN DENGAN PRODUK M&M. 108 00:06:14,501 --> 00:06:18,505 …dan sebagainya, meningkatkan pendapatan kami, 109 00:06:18,588 --> 00:06:20,507 setiap kali Magic muncul. 110 00:06:20,590 --> 00:06:21,800 Magic Johnson, ya. 111 00:06:21,883 --> 00:06:23,301 Pendapatan Earvin pun bertambah. 112 00:06:23,385 --> 00:06:24,886 Siapa Earvin Johnson? 113 00:06:24,970 --> 00:06:26,221 Siapa Earvin Johnson? 114 00:06:26,304 --> 00:06:29,057 Tak pernah dengar tentang perempuan itu. 115 00:06:29,140 --> 00:06:30,183 Siapa dia? 116 00:06:31,977 --> 00:06:34,729 Memandangkan namanya Magic, dia perlulah berjaya. 117 00:06:35,564 --> 00:06:37,899 Perubahan pun bermula 118 00:06:38,483 --> 00:06:43,029 apabila Dr. Buss sedar, Magic Johnson orang yang penting. 119 00:06:43,613 --> 00:06:46,074 Jerry selalu bawa dia ke merata tempat 120 00:06:46,157 --> 00:06:47,617 seolah-olah Magic cincin berliannya yang cantik. 121 00:06:47,701 --> 00:06:49,536 JERRY WEST PENGURUS BESAR LAKERS 1982-1994 122 00:06:49,619 --> 00:06:53,999 "Ini pemain besar terhebat saya. Saya nak kenalkan dia kepada semua." 123 00:06:54,082 --> 00:06:59,462 Kami ke Disneyland dan dia nampak, "Ini Magic Kingdom." 124 00:07:01,381 --> 00:07:03,800 Kemudian dia kata, "Mereka tak perlu buat begitu." 125 00:07:05,218 --> 00:07:09,931 Dr. Buss amat tertarik dengan Magic Johnson. 126 00:07:10,015 --> 00:07:13,226 Magic menggegarkan Los Angeles. 127 00:07:13,810 --> 00:07:18,398 Lapan juta penduduk di California Selatan amat mengagumi lelaki ini. 128 00:07:19,107 --> 00:07:21,568 Dia menguntungkan dan menaikkan nama Dr. Buss. 129 00:07:21,651 --> 00:07:23,069 STEPHEN A. SMITH WARTAWAN SUKAN ESPN 130 00:07:23,153 --> 00:07:25,947 Dia menjadikan Lakers semakin dikenali. 131 00:07:26,031 --> 00:07:29,492 Bodohlah dia jika tak rapat dengan Magic. 132 00:07:30,410 --> 00:07:33,914 Los Angeles Lakers telah berikan kontrak baharu kepadanya 133 00:07:33,997 --> 00:07:36,207 yang meliputi 25 tahun, 134 00:07:36,291 --> 00:07:41,796 tempoh yang panjang melebihi kerjayanya, pada jumlah 25 juta dolar. 135 00:07:41,880 --> 00:07:43,798 LAKERS CAPAI PERJANJIAN DENGAN MAGIC DENGAN KONTRAK 25 JUTA 136 00:07:43,882 --> 00:07:47,135 Banyak, bukan? Dua puluh lima tahun? 137 00:07:47,219 --> 00:07:48,678 KONTRAK PALING LAMA DAN MAHAL DALAM SEJARAH SUKAN 138 00:07:48,762 --> 00:07:50,931 Kontrak yang mengejutkan dunia sukan 139 00:07:51,014 --> 00:07:53,141 ialah kontrak antara Magic dan Lakers, 140 00:07:53,225 --> 00:07:56,228 yang menjadikan Magic atlet profesional dengan bayaran tertinggi di dunia. 141 00:07:56,311 --> 00:07:57,312 Siapa dia… 142 00:07:57,395 --> 00:07:59,648 ROD THORN PENGURUS BESAR BULLS 1978-1985 143 00:07:59,731 --> 00:08:01,900 Dah berapa lama dia main? Apa pencapaiannya? 144 00:08:01,983 --> 00:08:02,984 MAGIC JUTAAN DOLAR 145 00:08:03,068 --> 00:08:07,364 Berita itu amat sensasi dan bapa saya memang suka begitu. 146 00:08:07,447 --> 00:08:08,531 PEMILIK, BUSS MEMBIARKAN ORANG BAWAHAN MENGAWALNYA 147 00:08:08,615 --> 00:08:10,992 Para pemain lain mula tertanya-tanya apa maknanya. 148 00:08:11,076 --> 00:08:12,452 JAMAAL WILKES PENYERANG LAKERS 1977-1985 149 00:08:12,535 --> 00:08:17,082 Kami mula tertanya Earvin ialah pemain atau pengurusan? 150 00:08:18,166 --> 00:08:20,377 Jika diberikan kontrak sebegitu, kita dianggap pengurusan. 151 00:08:20,460 --> 00:08:21,878 KAREEM ABDUL-JABBAR PEMAIN TENGAH LAKERS 1975-1989 152 00:08:21,962 --> 00:08:23,171 Maksudnya, dia jadi anak emas. 153 00:08:24,756 --> 00:08:27,509 Tentulah ada beberapa isu. Sebenarnya, 154 00:08:27,592 --> 00:08:32,389 tipulah kalau saya kata isunya kecil. Isunya amat besar. 155 00:08:32,472 --> 00:08:33,640 MAGIC: SEBAHAGIAN PEMAIN LAKERS TIDAK SUKA 156 00:08:33,722 --> 00:08:36,518 Pemain Laker lain tak puas hati. Kareem pun sama. 157 00:08:37,226 --> 00:08:42,899 Semasa di kem latihan, Jurulatih Westhead putuskan untuk tukar strategi. 158 00:08:43,733 --> 00:08:48,863 Saya buat beberapa perubahan dan jika ia mencetuskan perbalahan antara pemain, 159 00:08:48,947 --> 00:08:50,949 saya tak kisah. 160 00:08:51,032 --> 00:08:52,993 Persoalan yang tersebar dalam Fabulous Forum 161 00:08:53,076 --> 00:08:56,663 selepas kekalahan dengan Phoenix, "Apa masalah Lakers?" 162 00:08:56,746 --> 00:08:57,747 Kami tak bermain dengan betul. 163 00:08:57,831 --> 00:09:00,625 Kami tak gunakan aset terbaik kami iaitu kebolehan berlari. 164 00:09:00,709 --> 00:09:03,378 Johnson memiliki bola dengan masa berbaki 19 saat. 165 00:09:03,461 --> 00:09:06,798 Setiap kali Magic pegang bola dan berlari, dari tepi, Jurulatih Westhead jerit, 166 00:09:06,882 --> 00:09:09,509 "Pegang! Okey, teruskan." 167 00:09:09,593 --> 00:09:11,761 Magic sentiasa memandang ke tepi. 168 00:09:12,971 --> 00:09:15,891 - Magic melihat jam. - Hentikan masa! 169 00:09:15,974 --> 00:09:19,978 Paul ada strategi tersendiri. Strategi itu tak begitu berkesan buat kami. 170 00:09:20,061 --> 00:09:22,147 Jadi, Magic mula merungut tentangnya. 171 00:09:23,356 --> 00:09:28,028 Kami bermain di Utah dan Utah mohon hentikan masa. 172 00:09:28,737 --> 00:09:31,281 Saya beritahu Jurulatih, "Hei. 173 00:09:31,907 --> 00:09:35,952 Semua pemain kecewa sebab kami tak tunjukkan aksi bagus. 174 00:09:36,036 --> 00:09:38,079 Jaringan dan permainan kita tak bagus." 175 00:09:39,331 --> 00:09:41,625 Jurulatih Westhead pandang saya. "Diamlah." 176 00:09:43,293 --> 00:09:45,754 Saya terkejut. "Apa?" 177 00:09:47,672 --> 00:09:51,092 Ya. Biar saya jelaskan. 178 00:09:51,176 --> 00:09:55,263 Ketika akhir perlawanan sewaktu henti masa, dia tak fokus. 179 00:09:55,347 --> 00:10:01,144 Dia dengar kata-kata saya, tapi dia tak fokus. 180 00:10:01,228 --> 00:10:02,729 Selepas perlawanan, 181 00:10:02,812 --> 00:10:06,816 dia panggil Earvin masuk ke bilik persendirian di depan bilik lokar. 182 00:10:06,900 --> 00:10:10,445 Dia cakap, "Saya dah penat dengan perangai awak, 183 00:10:10,528 --> 00:10:12,656 dan saya dah penat…" 184 00:10:12,739 --> 00:10:16,034 Saya kata, "Magic, hal ini tak boleh berulang." 185 00:10:16,117 --> 00:10:17,702 Dia tak cakap apa-apa pun. 186 00:10:17,786 --> 00:10:20,664 Dia cuma angguk, dan cuma tanya, "Dah habis cakap?" 187 00:10:20,747 --> 00:10:25,877 Saya tak tahan lagi. Jadi, saya perlu pilih dia atau diri saya. 188 00:10:25,961 --> 00:10:28,338 Selepas perlawanan semalam, Magic Johnson kata 189 00:10:28,421 --> 00:10:30,674 dia tak sanggup lagi bermain bawah pimpinan Westhead 190 00:10:30,757 --> 00:10:32,175 dan mahu ditukarkan. 191 00:10:32,259 --> 00:10:34,678 Selama ini, saya rasa tak seronok. Saya tak seronok. 192 00:10:34,761 --> 00:10:36,972 Saya cuma mahu melarikan diri. 193 00:10:37,055 --> 00:10:38,056 MAGIC: SAYA ATAU JURULATIH 194 00:10:38,139 --> 00:10:42,227 Sebaik tiba, Jerry West dan Dr. Buss suruh saya jumpa mereka. 195 00:10:42,310 --> 00:10:45,480 Earvin beritahu Jerry sebab mereka sangat rapat. 196 00:10:45,564 --> 00:10:48,316 "Jerry," katanya, "kita akan lakukan perubahan." 197 00:10:48,984 --> 00:10:51,903 Saya pulang untuk berbincang dengan Jerry Buss 198 00:10:51,987 --> 00:10:57,951 dan beritahu yang kita perlu ajar Earvin "Magic" Johnson sekarang. 199 00:10:58,034 --> 00:11:03,456 Saya pun masuk jumpa Buss dan dia terus beritahu saya. 200 00:11:03,540 --> 00:11:05,500 Dia tak berselindung. 201 00:11:05,584 --> 00:11:08,837 Paul Westhead telah dipecat sebagai jurulatih Los Angeles Lakers… 202 00:11:08,920 --> 00:11:09,921 WESTHEAD 20 NOVEMBER 1981 203 00:11:10,005 --> 00:11:12,549 …selepas bintang pasukan, Magic Johnson berhasrat untuk ditukarkan. 204 00:11:12,632 --> 00:11:13,633 SENGKETA LAKERS 205 00:11:13,717 --> 00:11:16,469 Dr. Jerry Buss menegaskan dia tidak pilih kasih 206 00:11:16,553 --> 00:11:18,138 atau memihak kepada pemain jutaan dolar itu. 207 00:11:18,221 --> 00:11:20,265 Hal ini tiada kaitan dengan nilainya. 208 00:11:20,348 --> 00:11:22,058 Menurut Buss lagi, 209 00:11:22,142 --> 00:11:24,269 pembantu jurulatih, Pat Riley akan dilantik sebagai ketua jurulatih. 210 00:11:24,352 --> 00:11:27,230 Apabila Paul dipecat, prestasi kami 7-3. Kami mendahului. 211 00:11:27,314 --> 00:11:28,356 PAT RILEY KETUA JURULATIH LAKERS 1981-1990 212 00:11:28,440 --> 00:11:31,401 Pernahkah awak terpaksa beritahu pihak pengurusan 213 00:11:31,484 --> 00:11:34,362 - "Sama ada dia atau saya keluar?" - Tidak, saya tak pernah cakap begitu. 214 00:11:34,446 --> 00:11:37,616 Amat jelas yang dia lebih berpengaruh daripada saya. 215 00:11:37,699 --> 00:11:39,618 APA MAGIC MAHU, MAGIC DAPAT: LAKERS PECAT JURULATIH WESTHEAD 216 00:11:39,701 --> 00:11:42,996 Apabila media menyalahkan Earvin, dia dianggap sebagai penjahat. 217 00:11:43,079 --> 00:11:47,334 Peminat tak sukakan "pembunuh jurulatih." 218 00:11:47,417 --> 00:11:49,419 Magic dibu. 219 00:11:49,502 --> 00:11:52,631 Los Angeles mulakan. Pemain pertahanan. Dari Negeri Michigan. 220 00:11:52,714 --> 00:11:55,300 Nombor 32. Magic Johnson. 221 00:11:56,551 --> 00:11:58,053 Semasa perlawanan pertama saya sebagai ketua jurulatih, 222 00:11:58,136 --> 00:12:01,097 Earvin dibu sebaik saja memasuki gelanggang. 223 00:12:02,182 --> 00:12:06,394 Aduhai. Semua orang tak suka saya. 224 00:12:06,895 --> 00:12:07,979 MAGIC TIDAK MESRA DENGAN RAKAN PASUKAN 225 00:12:08,063 --> 00:12:10,023 "Jangan tegur atau cakap apa-apa kepada dia." 226 00:12:10,106 --> 00:12:12,859 Begitulah. Saya rasa seperti tiada kawan. 227 00:12:12,943 --> 00:12:18,073 Setiap kali dia dibu, saya beritahu dia, "Main bersungguh-sungguh. 228 00:12:18,156 --> 00:12:21,660 Main bersungguh-sungguh. Tunjukkan kepada mereka. Mereka akan maafkan awak." 229 00:12:21,743 --> 00:12:24,829 Kami berdua terus rapat. 230 00:12:24,913 --> 00:12:28,750 Saya kata, "Okey. Saya perlu tunjukkan kehebatan saya." 231 00:12:29,417 --> 00:12:31,044 Apabila Jurulatih Riley ambil alih, 232 00:12:31,127 --> 00:12:34,589 kami kembali menggunakan teknik serangan pantas, 233 00:12:34,673 --> 00:12:38,718 iaitu strategi asal kami. Kami mula raih kemenangan semula. 234 00:12:38,802 --> 00:12:40,512 LAKERS HEBAT DALAM NBA MAGIC PEMAIN TERHANDAL 235 00:12:40,595 --> 00:12:43,306 Masa dah tamat. Lakers bakal dinobatkan sebagai juara. 236 00:12:43,390 --> 00:12:44,724 MALAM YANG AJAIB DAN TAK DAPAT DILUPAKAN LAKERS 237 00:12:44,808 --> 00:12:48,395 Kami amat teruja apabila meraih kemenangan semula pada tahun 1982. 238 00:12:49,479 --> 00:12:51,523 Pat Riley membolehkan Magic tunjukkan bakatnya. 239 00:12:51,606 --> 00:12:56,027 Dia membolehkan Magic menyerlahkan keunikannya. 240 00:12:56,111 --> 00:12:58,446 Keajaiban kembali. Imej Lakers bersinar semula. 241 00:12:58,530 --> 00:12:59,906 DALAM WAKTU KEMENANGAN, MAGIC IALAH JUARA 242 00:13:01,950 --> 00:13:02,951 Showtime. 243 00:13:03,034 --> 00:13:04,828 FORUM INGLEWOOD, CALIFORNIA 244 00:13:04,911 --> 00:13:07,622 Selamat datang ke Fabulous Forum. 245 00:13:07,706 --> 00:13:10,000 TEMPAT ASAL LOS ANGELES LAKERS 246 00:13:14,212 --> 00:13:16,673 Saya dapat pergi ke Great Western Forum di Inglewood 247 00:13:16,756 --> 00:13:18,758 sekali sebelum Earvin datang ke Hollywood. 248 00:13:18,842 --> 00:13:20,218 ARSENIO HALL RAKAN & PELAWAK 249 00:13:20,302 --> 00:13:21,678 Waktu itu, tempat itu berbeza. 250 00:13:23,555 --> 00:13:24,556 PETER GUBER RAKAN KONGSI 251 00:13:24,639 --> 00:13:27,517 Ia amat berbeza bagaikan langit dan bumi. 252 00:13:27,601 --> 00:13:31,229 Tiada tempat dapat menandingi Forum. 253 00:13:31,313 --> 00:13:32,314 ROB LOWE RAKAN & PELAKON 254 00:13:34,608 --> 00:13:38,278 Showtime di Forum seperti malam pembukaan konsert terbesar. 255 00:13:38,361 --> 00:13:39,362 PAULA ABDUL AHLI SORAK LAKER 1980-1986 256 00:13:39,446 --> 00:13:42,365 Ramai orang terkenal datang menyaksikan perlawanan 257 00:13:42,449 --> 00:13:45,869 dan ia amat mengejutkan dan mengagumkan. 258 00:13:45,952 --> 00:13:52,751 Pemilik pasukan, Dr. Buss sentiasa menarik selebriti untuk hadir. 259 00:13:52,834 --> 00:13:55,629 Tiada pemilik pasukan lain 260 00:13:55,712 --> 00:13:58,798 yang terang-terangan menikmati kehidupannya sehebat Jerry Buss. 261 00:14:00,091 --> 00:14:02,344 Dia miliki visi tentang suasana yang dia mahu. 262 00:14:02,427 --> 00:14:05,972 Ia merupakan gabungan sukan dan hiburan. 263 00:14:06,056 --> 00:14:08,225 Dia memang suka mengubah keadaan. 264 00:14:08,308 --> 00:14:13,230 Dia merasakan, lebih ramai orang diperlukan selain pemain. 265 00:14:14,064 --> 00:14:16,691 Barry Penari. Siapa yang buat begitu? 266 00:14:17,984 --> 00:14:20,278 Semua orang anggukkan kepala. 267 00:14:23,073 --> 00:14:29,663 Apabila pasukan berehat, dia mahu kumpulan tarian hiburkan penonton. 268 00:14:29,746 --> 00:14:32,123 Dia namakan kumpulan itu Laker Girls. 269 00:14:33,708 --> 00:14:36,419 Kerjaya saya bermula sebagai seorang ahli Laker Girl. 270 00:14:37,212 --> 00:14:40,048 Kami sekumpulan penari baharu 271 00:14:40,131 --> 00:14:44,344 dan saya jadikan mereka skuad menari yang penuh semangat. 272 00:14:44,427 --> 00:14:48,265 Semua orang tahu Jack Nicholson antara peminat setia kami. 273 00:14:48,348 --> 00:14:52,561 Setiap kali Laker Girls buat persembahan, dia keluarkan teropongnya. 274 00:14:53,436 --> 00:14:55,438 Semua itu idea Dr. Buss. 275 00:14:55,981 --> 00:15:01,111 Dr. Buss seperti Hugh Hefner dalam suka bola keranjang. 276 00:15:01,611 --> 00:15:03,280 Sesetengah orang akan kata, 277 00:15:03,363 --> 00:15:06,449 awak seolah-olah lakukan perjanjian dengan syaitan 278 00:15:06,533 --> 00:15:09,786 kerana segalanya nampak terlalu sempurna. Inikah maksud gaya hidup sempurna? 279 00:15:09,869 --> 00:15:11,496 Saya amat seronok. 280 00:15:11,580 --> 00:15:16,835 Ia amat menarik, menggoda dan ajaib. 281 00:15:16,918 --> 00:15:20,338 Awak juara di gelanggang. Tapi adakah awak juga juara di hati para gadis? 282 00:15:20,422 --> 00:15:23,341 Bagaimana kehidupan seks awak? 283 00:15:23,425 --> 00:15:25,677 Awak pernah terfikir, bagaimana keadaannya 284 00:15:25,760 --> 00:15:28,305 jika awak bermain tanpa henti dan kemudian berkahwin? 285 00:15:28,388 --> 00:15:30,223 Ya, saya memang bekerja keras. 286 00:15:30,307 --> 00:15:33,184 Saya cuma mahu pulang ke pangkuan wanita istimewa. 287 00:15:37,230 --> 00:15:41,276 Waktu itu, saya tinggal di Toledo dan bekerja dalam bidang fesyen. 288 00:15:41,359 --> 00:15:43,528 Dia pula tinggal di Los Angeles. 289 00:15:43,612 --> 00:15:46,489 Saya miliki impian yang saya mahu kecapi. 290 00:15:48,033 --> 00:15:48,867 RAKAN SEKOLEJ 291 00:15:48,950 --> 00:15:52,370 Dia bekerja dan jalani kehidupannya. 292 00:15:52,454 --> 00:15:55,624 Kami tahu perasaannya. Kami tahu hati budinya, dan… 293 00:15:55,707 --> 00:15:58,126 Tapi kami juga tahu Earvin tak mahu ke fasa seterusnya. 294 00:15:58,209 --> 00:16:00,712 Kami tahu Earvin sedar apa dia miliki. 295 00:16:01,296 --> 00:16:02,464 Kami dah berpisah, 296 00:16:02,547 --> 00:16:06,259 tapi kami masih berbual dan saling berhubung. 297 00:16:06,343 --> 00:16:12,641 Saya rasa tenang dapat dengar suara seseorang yang saya sayang. 298 00:16:12,724 --> 00:16:14,809 Ketika itu, saya masih mencintainya. 299 00:16:15,393 --> 00:16:17,729 Tapi saya asyik terfikir yang kami akan kembali bersama. 300 00:16:17,812 --> 00:16:20,649 Dia kata, "Awak perlu datang melawat saya di sini." 301 00:16:26,655 --> 00:16:29,866 Saya masih ingat kali pertama saya hadiri perlawanan di LA 302 00:16:30,408 --> 00:16:35,080 dan apabila saya duduk, saya fikir, "Oh, Tuhan." 303 00:16:35,664 --> 00:16:40,710 Saya tak pernah tengok pakaian ketat dan pendek sebegitu. 304 00:16:40,794 --> 00:16:44,673 Kasut yang begitu tinggi serta pakaian yang jarang. 305 00:16:44,756 --> 00:16:47,342 Saya tak pernah tengok. Ia memang tak masuk akal. 306 00:16:48,343 --> 00:16:50,637 Setiap kali saya melawat dia, 307 00:16:50,720 --> 00:16:54,015 kami banyak habiskan masa di pangsapurinya. 308 00:16:54,099 --> 00:16:55,642 Memandangkan saya biasa bekerja keras, 309 00:16:56,434 --> 00:16:59,646 saya tak suka duduk diam saja selepas habis perlawanan. 310 00:16:59,729 --> 00:17:03,567 Kami tak keluar berseronok. 311 00:17:04,651 --> 00:17:07,946 Setiap kali bermain, dia amat serius. 312 00:17:08,530 --> 00:17:10,824 Dia pemain utama dalam Lakers 313 00:17:10,907 --> 00:17:14,703 dan ahli pasukan sangat rapat. 314 00:17:16,246 --> 00:17:20,708 Pat Riley menetapkan ahli keluarga tak boleh ikut pasukan 315 00:17:20,792 --> 00:17:25,045 semasa playoff atau kejuaraan. Pemain akan didenda 316 00:17:25,130 --> 00:17:28,675 jika isteri mereka didapati mengikut mereka. 317 00:17:29,509 --> 00:17:33,763 Pat beritahu saya, kita ada 15 ahli. 318 00:17:33,847 --> 00:17:35,640 GARY VITTI JURULATIH KECERGASAN LAKERS 1984-2016 319 00:17:35,724 --> 00:17:38,226 Iaitu 12 pemain, dua jurulatih dan saya. 320 00:17:38,310 --> 00:17:41,771 Yang lain dianggap sebagai lawan 321 00:17:42,606 --> 00:17:45,859 yang boleh mengganggu fokus kita. 322 00:17:45,942 --> 00:17:47,402 PENGAMAL MEDIA SAHAJA 323 00:17:47,485 --> 00:17:49,237 Termasuklah ahli keluarga kita. 324 00:17:49,321 --> 00:17:52,073 Saya bertanggungjawab menjaga prestasi mereka 325 00:17:52,157 --> 00:17:55,076 dengan memastikan semua faktor luaran ini tak mengganggu pemain. 326 00:17:56,661 --> 00:18:01,374 Saya tak suka terganggu masa musim perlawanan. Saya akan marah dan geram. 327 00:18:01,458 --> 00:18:02,459 SERANG - TANPA HENTI PERANG 328 00:18:02,542 --> 00:18:09,090 Jadi, bagaimana saya mahu serahkan jiwa kepada Cookie dan bola keranjang? 329 00:18:10,842 --> 00:18:14,679 Ketika itulah, saya mula sedar terdapat perbezaan. 330 00:18:15,847 --> 00:18:18,433 Jadi, sejak dia mula bermain dengan Lakers, 331 00:18:18,516 --> 00:18:23,480 dia seperti ada dua personaliti. Personaliti Magic dan Earvin. 332 00:18:25,148 --> 00:18:28,526 Saya berkenalan dengan Earvin. Saya jatuh cinta dengan dia. 333 00:18:28,610 --> 00:18:29,861 Itulah orang yang saya kenal. 334 00:18:30,362 --> 00:18:32,280 Bagaimana awak kekal merendah diri? 335 00:18:32,364 --> 00:18:34,324 Awak terkenal. 336 00:18:35,659 --> 00:18:38,870 Saya seronok menjadi Magic Johnson selama lapan bulan. 337 00:18:38,954 --> 00:18:42,082 Saya juga seronok menjadi Earvin Johnson selama tiga bulan selebihnya. 338 00:18:47,921 --> 00:18:51,216 Setiap musim panas, Magic kembali ke Lansing 339 00:18:51,925 --> 00:18:55,637 untuk bersama ahli keluarga dan kawan-kawannya. 340 00:18:56,221 --> 00:18:59,307 Kami amat kagum, "Aduhai, itu Magic." Faham maksud saya? 341 00:18:59,391 --> 00:19:00,684 ISIAH THOMAS PEMAIN PERTAHANAN PISTONS 1981-1994 342 00:19:01,977 --> 00:19:05,939 Saya masih ingat, Earvin ada kereta Benz emas. 343 00:19:07,440 --> 00:19:11,987 Tayar yang berkilat serta tingkap berwarna biru. 344 00:19:12,070 --> 00:19:15,031 Saya amat kagum. 345 00:19:16,283 --> 00:19:20,287 Bagi saya, Magic Johnson ialah idola. 346 00:19:22,581 --> 00:19:27,669 Dia selalu datang dari Chicago untuk melepak dan berlatih. 347 00:19:28,253 --> 00:19:30,088 Kami suka main bola keranjang. 348 00:19:32,465 --> 00:19:35,844 Kami akan bermain sepanjang hari sehingga pukul 2:00 pagi. 349 00:19:36,720 --> 00:19:40,390 Bangun tidur, lari, bersenam, main bola keranjang lagi. 350 00:19:41,266 --> 00:19:44,060 Makan, tidur dan main lagi. 351 00:19:44,144 --> 00:19:48,773 Kami cuma main bola keranjang. Itulah yang saya perlukan. 352 00:19:48,857 --> 00:19:53,528 Saya perlukan kawan yang sukakan permainan itu macam saya. 353 00:19:53,612 --> 00:19:54,696 MAGIC JOHNSON KEM BOLA KERANJANG 354 00:19:54,779 --> 00:20:00,869 Pertahanan. 1.86 meter, 83 kg. Dari Indiana. Nombor 11. Isiah Thomas. 355 00:20:00,952 --> 00:20:02,871 Dia terpilih menyertai Pistons. 356 00:20:03,747 --> 00:20:06,583 Kini, kami sama-sama ahli NBA. 357 00:20:06,666 --> 00:20:09,586 Dia antara pemain pertahanan terhebat 358 00:20:09,669 --> 00:20:10,670 dalam sukan bola keranjang. 359 00:20:11,463 --> 00:20:15,175 Kedudukan pasukan saya, adalah terbawah dalam liga 360 00:20:15,842 --> 00:20:17,594 dan pasukannya pula sudah di tempat teratas. 361 00:20:18,178 --> 00:20:21,765 Saya amat bernasib baik sebab Magic bersikap terbuka. 362 00:20:22,515 --> 00:20:24,100 Saya nampak cara kerjanya. 363 00:20:24,184 --> 00:20:27,395 Dia dalam dunia kejuaraan NBA. 364 00:20:28,521 --> 00:20:34,945 Dia juga kawan dan saudara. Dia miliki nilai Midwest yang sering diperkatakan. 365 00:20:35,445 --> 00:20:40,450 Saling percaya. Kata-kata kita adalah seperti satu janji. 366 00:20:40,533 --> 00:20:43,161 Maksudnya, jika berjanji, ia akan ditepati. Faham maksud saya? 367 00:20:43,245 --> 00:20:45,580 Itulah sifatnya. 368 00:20:46,122 --> 00:20:49,918 Kami berdua saling memerlukan sebab dia satu-satunya orang 369 00:20:50,001 --> 00:20:51,586 yang faham keadaan yang saya lalui. 370 00:20:51,670 --> 00:20:54,923 Selain itu, saya pun satu-satunya orang yang dapat memahami dia. 371 00:20:55,924 --> 00:20:59,928 Bagi budak atau lelaki dewasa kulit hitam di Amerika, 372 00:21:00,011 --> 00:21:03,640 bola keranjang ialah cara untuk melihat dunia. 373 00:21:04,474 --> 00:21:09,813 Saya dan Earvin amat memahami kenyataan itu. 374 00:21:22,450 --> 00:21:27,581 Sekolah Tinggi Sexton terletak dalam komuniti kulit hitam di bahagian barat. 375 00:21:27,956 --> 00:21:32,502 Saya kenal semua pemain sebab pernah lawan mereka sejak kecil lagi. 376 00:21:32,586 --> 00:21:35,881 Saya mahu jadi ahli Sexton Big Red. 377 00:21:35,964 --> 00:21:37,382 REDS MENANG LAGI, 74-61 378 00:21:37,465 --> 00:21:38,300 SEXTON JAUH MENDAHULUI 379 00:21:38,383 --> 00:21:41,261 Sexton sangat hebat. Ketika kecil, kami cuma tahu Sekolah Tinggi Sexton. 380 00:21:41,344 --> 00:21:42,345 LARRY JOHNSON ABANG 381 00:21:42,429 --> 00:21:43,763 Kami kenal semua pemain, 382 00:21:43,847 --> 00:21:46,725 sebab kebanyakan mereka berasal dari kejiranan kami. 383 00:21:46,808 --> 00:21:47,809 SEXTON MENANG TIGA KALI BERTURUT-TURUT 384 00:21:47,893 --> 00:21:52,230 Gelanggang padat dan pancaragam mainkan nada. Kami teruja. 385 00:21:57,819 --> 00:22:02,657 Saya mahu keluar dan menari. 386 00:22:02,741 --> 00:22:03,742 Bakat dia mula disedari. 387 00:22:03,825 --> 00:22:04,868 KENNY TURNER RAKAN SEJAK KECIL 388 00:22:04,951 --> 00:22:07,746 Dia mahu hadiri sekolah itu supaya tradisi dapat dikekalkan. 389 00:22:07,829 --> 00:22:11,374 Saya cuma tunggu giliran saya. Ia memang giliran saya. 390 00:22:11,458 --> 00:22:15,337 Tiba-tiba, saya diberitahu, "Awak tak boleh belajar di sana. 391 00:22:15,420 --> 00:22:18,423 Awak tak boleh berjalan kaki sejauh 10, 15 minit dari rumah. 392 00:22:19,299 --> 00:22:22,844 Awak perlu dihantar ke Sekolah Tinggi Everett di bandar lain." 393 00:22:22,928 --> 00:22:24,304 MAHKAMAH AGUNG LULUSKAN GERAKAN PENGANGKUTAN BESAR-BESARAN 394 00:22:24,387 --> 00:22:26,765 Keputusan sebulat suara Mahkamah Agung mengesahkan gerakan menghantar 395 00:22:26,848 --> 00:22:29,351 pelajar sekolah ke sekolah campuran. 396 00:22:29,434 --> 00:22:32,437 Isu yang cetuskan kekecohan, sokongan dan tentangan di seluruh negara… 397 00:22:32,520 --> 00:22:33,438 BAS SEKOLAH 398 00:22:33,521 --> 00:22:37,734 …amat dramatik di Michigan, berbanding di bandar lain. 399 00:22:40,111 --> 00:22:44,449 Saya sangat marah. Saya menangis selama dua, tiga minggu. 400 00:22:44,532 --> 00:22:48,370 Saya geram sebab perlu naik bas ke bandar seberang 401 00:22:48,453 --> 00:22:50,914 untuk pergi ke sekolah yang tak pentingkan bola keranjang. 402 00:22:54,584 --> 00:22:56,002 SEKOLAH RENDAH MARK TWAIN 403 00:22:56,086 --> 00:22:59,548 Setiap kali bas berhenti, orang akan baling batu dan kayu. 404 00:23:03,802 --> 00:23:05,929 Mereka tak mahukan kami dan mengejek kami. 405 00:23:08,056 --> 00:23:10,141 Situasi itu buatkan saya semakin bengang. 406 00:23:10,225 --> 00:23:13,937 Pergaduhan tercetus semasa hari pertama saya tiba di Everett. 407 00:23:14,020 --> 00:23:15,021 GEORGE FOX JURULATIH SEKOLAH TINGGI 408 00:23:15,105 --> 00:23:16,773 Ada beberapa pelajar saja dalam pasukan bola keranjang. 409 00:23:16,856 --> 00:23:21,152 Budak kulit putih tak begitu menerima sukan ini, tak seperti jangkaan saya. 410 00:23:22,362 --> 00:23:26,157 Pada minggu ketiga, pengetua tunggu bas kami sampai. 411 00:23:26,741 --> 00:23:29,160 Dia kata, "Earvin Johnson, datang pejabat saya. 412 00:23:29,244 --> 00:23:31,204 Saya sangka saya ditimpa masalah. 413 00:23:31,288 --> 00:23:32,998 Saya tak tahu apa yang berlaku. 414 00:23:33,081 --> 00:23:38,253 Dia kata, "Hei, awak akan buatkan budak kulit hitam berhenti bergaduh." 415 00:23:38,336 --> 00:23:43,758 Saya kata, "Sekejap. Saya 15 tahun dan baru saja belajar di sini." 416 00:23:44,885 --> 00:23:46,094 Dia kata, "Tidak… 417 00:23:48,179 --> 00:23:49,472 Mereka akan ikut awak." 418 00:23:51,683 --> 00:23:56,438 Saya mahu bergaduh. Saya nak orang hormat saya. 419 00:23:56,521 --> 00:23:59,858 Tapi cara dia lain. Dia lakukannya di gelanggang bola keranjang. 420 00:24:11,036 --> 00:24:13,079 Boston Celtics dan Larry Bird 421 00:24:13,163 --> 00:24:15,498 menentang Magic Johnson dan Los Angeles Lakers. 422 00:24:15,582 --> 00:24:20,045 Inilah pertempuran yang peminat bola keranjang telah lama nantikan 423 00:24:20,128 --> 00:24:22,505 dalam NBA. Masanya sudah tiba. 424 00:24:22,589 --> 00:24:23,590 SAMUEL L. JACKSON RAKAN & PELAKON 425 00:24:23,673 --> 00:24:27,802 Semua orang menganggap Lakers ialah pasukan Amerika kulit hitam 426 00:24:27,886 --> 00:24:30,138 dan Celtics ialah pasukan Amerika kulit putih. 427 00:24:30,222 --> 00:24:34,184 Nasihat saya untuk Lakers, "Awas. Hati-hati." 428 00:24:34,267 --> 00:24:36,436 Kamu akan kalah teruk. Saya peminat Boston. 429 00:24:36,519 --> 00:24:38,230 Kamu akan dibelasah teruk. 430 00:24:38,313 --> 00:24:41,107 Saya benci Boston. Amat benci. 431 00:24:41,191 --> 00:24:43,026 Dari mana datangnya perasaan benci ini? 432 00:24:43,109 --> 00:24:45,028 Daripada pengalaman dibaling batu bata 433 00:24:45,111 --> 00:24:48,031 melalui tingkap, daripada rakaman menaiki bas yang anda saksikan 434 00:24:48,114 --> 00:24:51,034 lewat 60-an dan awal 70-an. Itulah punca kebencian ini. 435 00:24:51,117 --> 00:24:55,705 Saya memang geram dan benci… 436 00:24:55,789 --> 00:24:56,790 BOB McADOO PEMAIN TENGAH LAKERS 1981-1985 437 00:24:56,873 --> 00:25:00,460 …pasukan Celtics. Saya dah bersedia nak bergaduh. 438 00:25:01,169 --> 00:25:03,421 Bob McAdoo beri saya pita rakaman Malcolm X. 439 00:25:03,505 --> 00:25:04,339 JAMES WORTHY PENYERANG LAKERS 1982-1994 440 00:25:04,422 --> 00:25:07,175 Syarahan Malcolm, "Undi atau Peluru." 441 00:25:07,259 --> 00:25:10,470 Itulah kenyataannya. Saya mahu mereka dengar. 442 00:25:10,554 --> 00:25:13,765 Jadi, kita semua perlu masuk campur. 443 00:25:13,848 --> 00:25:16,851 Kita perlu perhatikan mereka dengan teliti. 444 00:25:16,935 --> 00:25:20,480 Setiap kali mereka berpaling, pastikan mereka nampak kita. 445 00:25:21,940 --> 00:25:25,485 Bob McAdoo menentang perkauman dan dia… 446 00:25:25,569 --> 00:25:28,113 mahu kami berbangga menjadi orang kulit hitam 447 00:25:28,196 --> 00:25:32,993 dan pertahankan atlet kulit hitam lain, seperti yang dilakukan nenek moyang kita. 448 00:25:33,076 --> 00:25:36,246 Dia serahkan tanggungjawab itu kepada saya. 449 00:25:36,329 --> 00:25:39,416 Dia kata, "Earvin, kedudukan awak sangat unik." 450 00:25:39,499 --> 00:25:43,628 Walau apa pun awak buat, berbanggalah menjadi lelaki kulit hitam. 451 00:25:43,712 --> 00:25:44,713 PERTARUNGAN PEMAIN UNGGUL 452 00:25:44,796 --> 00:25:48,216 Selain itu, saya juga bakal menentang Larry Bird. 453 00:25:48,300 --> 00:25:49,259 SPIKE LEE RAKAN & PEMBIKIN FILEM 454 00:25:49,342 --> 00:25:52,637 Media menggelar dia "penyelamat kulit putih." 455 00:25:52,721 --> 00:25:53,805 BIRD "HARAPAN KULIT PUTIH"? 456 00:25:53,889 --> 00:25:57,434 Para peminat dan semua pihak yang bekerja 457 00:25:57,517 --> 00:26:01,563 untuk organisasi Laker mengingatkan yang kami tak pernah kalahkan Celtics 458 00:26:02,272 --> 00:26:03,607 dalam Perlawanan Akhir NBA. 459 00:26:03,690 --> 00:26:04,983 LAKERS, CELTICS: PERSAINGAN NBA KEMBALI 460 00:26:05,066 --> 00:26:06,067 BIRD MENENTANG MAGIC 461 00:26:06,151 --> 00:26:08,528 Jadi, saya rasa amat tertekan. 462 00:26:08,612 --> 00:26:10,906 Kalahkan LA! 463 00:26:10,989 --> 00:26:13,033 Mereka sudah pun bersorak, "Kalahkan LA." 464 00:26:13,116 --> 00:26:14,117 PERLAWANAN AKHIR NBA 1984 PERLAWANAN SATU 465 00:26:20,749 --> 00:26:23,418 Kemeriahan dan keterujaan sebelum perlawanan… 466 00:26:23,501 --> 00:26:24,878 LARRY BIRD PENYERANG CELTICS 1979-1991 467 00:26:24,961 --> 00:26:26,379 …amat bertenaga berbanding sebelum ini. 468 00:26:28,465 --> 00:26:33,094 Saya nak buktikan mereka silap. Saya nak kalahkan mereka di Boston Garden. 469 00:26:33,178 --> 00:26:36,264 Saya nak kalahkan Larry Bird di Boston Garden. 470 00:26:36,348 --> 00:26:39,392 Magic Johnson dan Larry Bird akan bertempur. 471 00:26:40,644 --> 00:26:44,648 Setakat ini, Magic berjaya buat jaringan dari luar dan ia masih berterusan. 472 00:26:44,731 --> 00:26:46,566 Los Angeles mendahului buat masa ini. 473 00:26:49,319 --> 00:26:52,781 Kami menang perlawanan pertama di Boston. Kami kata, 474 00:26:52,864 --> 00:26:54,157 "Okey, kami boleh kalahkan mereka." 475 00:26:54,241 --> 00:26:55,617 LAKERS KALAHKAN CELTICS; MENDAHULUI DALAM SIRI 476 00:26:55,700 --> 00:26:57,953 Celtics berwarna putih dan hijau, 477 00:26:58,036 --> 00:26:58,912 PERLAWANAN DUA 478 00:26:58,995 --> 00:27:01,539 manakala Lakers menggelarnya warna biru Forum dengan emas. 479 00:27:03,583 --> 00:27:05,335 Magic. 480 00:27:05,418 --> 00:27:07,629 Cooper lakukan serangan pantas. Dia bergerak tangkas… 481 00:27:07,712 --> 00:27:10,048 dan kini, mereka meninggalkan Celtics, 482 00:27:10,131 --> 00:27:11,550 di gelanggang Boston Garden. 483 00:27:11,633 --> 00:27:15,387 Kami sudah bersiap untuk dapatkan mata 2-0 melalui perlawanan dua. 484 00:27:15,470 --> 00:27:17,514 Saya rasa, masa tinggal 10 saat lagi. 485 00:27:17,597 --> 00:27:20,809 Tengok jam di bahagian bawah skrin anda. 486 00:27:20,892 --> 00:27:22,561 Mereka mencari Kareem. 487 00:27:22,644 --> 00:27:24,980 Magic Johnson asyik memandang ke dalam. 488 00:27:25,063 --> 00:27:28,108 Saya yang kawal dia. Saya fikir, "Apa dia cuba buat?" 489 00:27:28,191 --> 00:27:29,150 CEDRIC MAXWELL PENYERANG CELTICS 1977-1985 490 00:27:29,234 --> 00:27:31,736 Saya tengok jam dan dia. Dia cuma menggelecek bola. 491 00:27:31,820 --> 00:27:35,156 Dua saat. Satu saat. Mereka tak buat jaringan. 492 00:27:36,032 --> 00:27:37,492 Lakers gagal buat jaringan. 493 00:27:38,868 --> 00:27:40,453 Kami tak dapat buat jaringan. 494 00:27:40,537 --> 00:27:42,872 LAKERS BIARKAN CELTICS MENANG 495 00:27:42,956 --> 00:27:46,167 Kami kalah dalam masa tambahan. 496 00:27:46,251 --> 00:27:47,961 Dalam perlawanan yang sepatutnya kami menangi. 497 00:27:50,088 --> 00:27:53,633 Mereka sepatutnya dapat mendahului 2-0 dan kami pula sepatutnya kalah. 498 00:27:53,717 --> 00:27:55,427 Siri juga mungkin akan berakhir. 499 00:27:55,510 --> 00:27:56,511 PERTUNJUKAN BIRD/MAGIC MENUJU KE BARAT 500 00:27:56,595 --> 00:27:59,222 Tapi, perlawanan tiga diadakan di LA. 501 00:28:00,432 --> 00:28:01,725 PERLAWANAN TIGA 502 00:28:03,476 --> 00:28:06,146 Los Angeles menggelarnya "Showtime", 503 00:28:06,229 --> 00:28:07,689 dan Lakers menunjukkan aksi terbaik. 504 00:28:08,690 --> 00:28:10,984 Itu dia lelaki ajaib, Earvin Johnson. 505 00:28:11,067 --> 00:28:12,694 Lakers masih belum puas. 506 00:28:14,863 --> 00:28:17,699 Kami pergi ke LA dan mereka kalahkan kami. 507 00:28:17,782 --> 00:28:18,992 Jaringkan. 508 00:28:20,702 --> 00:28:21,912 LAKERS KALAHKAN CELTS, 137-104 BIRD: "KAMI MAIN MACAM SI LEMBIK" 509 00:28:21,995 --> 00:28:24,789 Magic Johnson catatkan rekod siri kejuaraan 510 00:28:24,873 --> 00:28:26,458 dengan 21 bantu jaring. 511 00:28:27,083 --> 00:28:29,169 Dalam fikiran kami, kami perlu buat apa saja yang boleh 512 00:28:29,252 --> 00:28:30,587 untuk ubah rentak perlawanan ini. 513 00:28:30,670 --> 00:28:33,173 Maksudnya bermain dengan lebih agresif 514 00:28:33,256 --> 00:28:35,050 dan melakukan sesuatu yang mereka tak suka. 515 00:28:35,133 --> 00:28:37,260 Saya masih ingat, Kevin McHale dan Larry kata, 516 00:28:37,344 --> 00:28:38,470 "Kita perlu kalahkan mereka. 517 00:28:38,553 --> 00:28:39,512 DANNY AINGE PENGAWAL CELTICS 1981-1989 518 00:28:39,596 --> 00:28:43,058 Kita perlu main kasar." Saya beritahu Kevin, 519 00:28:43,141 --> 00:28:46,895 "Apa kata awak cuba buat sekali saja? 520 00:28:46,978 --> 00:28:50,273 Saya dah banyak kali buat begitu dan dibenci seluruh Amerika." 521 00:28:50,357 --> 00:28:51,816 PERLAWANAN EMPAT 522 00:28:51,900 --> 00:28:56,154 Mereka putuskan untuk langgar pemain, main kasar, 523 00:28:56,238 --> 00:28:58,448 bertindak agresif dan guna kekerasan. 524 00:28:58,531 --> 00:29:00,992 Kami mahu rampas kemenangan mereka. 525 00:29:01,076 --> 00:29:02,452 Itulah yang kami mahu. 526 00:29:03,620 --> 00:29:05,914 Cooper kepada Kareem, kepada Worthy kemudian Rambis. 527 00:29:05,997 --> 00:29:08,041 Dia boleh buat jaringan. Hati-hati. 528 00:29:08,124 --> 00:29:10,835 McHale tumbuk dan jatuhkan dia. Keadaan tidak terkawal. 529 00:29:12,337 --> 00:29:14,214 Kini, semua masuk gelanggang. 530 00:29:15,465 --> 00:29:16,466 KURT RAMBIS PENYERANG LAKERS 1981-1988 531 00:29:16,550 --> 00:29:19,928 Mereka main kotor. Ketika itu, saya cuma fikir nak kalahkan dia. 532 00:29:20,011 --> 00:29:22,639 Apabila Kevin McHale tumbuk Kurt, 533 00:29:22,722 --> 00:29:25,100 kami mula bergaduh dan bukan bermain bola. 534 00:29:25,892 --> 00:29:29,229 Bird melawan. Kareem menyiku 535 00:29:29,312 --> 00:29:31,022 dan kini menengking Larry Bird. 536 00:29:31,106 --> 00:29:33,858 "Saya akan belasah awak, budak putih," serta… 537 00:29:33,942 --> 00:29:36,903 Kami boleh saja tumbuk setiap pemain mereka 538 00:29:36,987 --> 00:29:37,988 jika kami mahu. 539 00:29:38,071 --> 00:29:41,658 Masa tambahan. Mata seri 123. 540 00:29:46,204 --> 00:29:47,205 Jaringan pertamanya tersasar. 541 00:29:49,082 --> 00:29:50,417 Kedua-dua jaringan Johnson tersasar. 542 00:29:50,500 --> 00:29:53,336 TIADA PENAMAT AJAIB BUAT LAKERS JOHNSON BAZIR PELUANG LAGI 543 00:29:55,255 --> 00:29:56,840 Selama ini, 544 00:29:57,799 --> 00:30:02,679 prestasi saya dalam setiap kejuaraan bagus walaupun tertekan. 545 00:30:03,805 --> 00:30:08,268 Saya tak tahu apa masalahnya. 546 00:30:11,271 --> 00:30:13,106 Kami pulang dan mereka menang perlawanan lima. 547 00:30:13,189 --> 00:30:17,152 Lakers nampak kepenatan. 548 00:30:17,235 --> 00:30:19,237 Untuk perlawanan enam, kami kembali dan menang. 549 00:30:19,321 --> 00:30:20,238 KEMBALI KE BOSTON SELEPAS LAKERS KALAHKAN CELTICS 550 00:30:20,322 --> 00:30:24,367 …perlawanan tujuh di Boston. Tumpuan kepada Magic dan Larry Bird. 551 00:30:24,451 --> 00:30:26,703 CELTICS, LAKERS BERSEDIA "BERLAWAN HABIS-HABISAN" 552 00:30:29,956 --> 00:30:31,249 Larry Bird. 553 00:30:31,333 --> 00:30:33,168 Pemain yang disanjung Celtics. 554 00:30:33,251 --> 00:30:34,961 Masa berbaki satu minit setengah. 555 00:30:37,088 --> 00:30:39,216 Magic Johnson mara tapi terlepas bola. 556 00:30:40,967 --> 00:30:45,305 Cedric Maxwell rampas bola daripada saya, bawa pergi 557 00:30:45,388 --> 00:30:47,474 dan berlari membuat jaringan. 558 00:30:47,557 --> 00:30:50,727 Ia memberi tamparan besar buat Lakers. 559 00:30:50,810 --> 00:30:53,688 Pasukan kami hilang semangat. 560 00:30:53,772 --> 00:30:57,067 Kini Johnson memegang bola. Lakers cuba membantunya. 561 00:31:00,028 --> 00:31:01,321 Dia terlepas. 562 00:31:01,404 --> 00:31:02,864 Saat terakhir. 563 00:31:04,950 --> 00:31:06,451 Cooper cuba menjaring. 564 00:31:06,534 --> 00:31:07,535 Tamat. 565 00:31:12,207 --> 00:31:14,584 Kami sangat kecewa. 566 00:31:15,418 --> 00:31:18,797 Saya punca kami kalah. Tragik. 567 00:31:18,880 --> 00:31:19,881 TRAGIK BUAT MAGIC 568 00:31:19,965 --> 00:31:21,716 Kami amat puas hati… 569 00:31:21,800 --> 00:31:22,801 MAGIC TRAGIK 570 00:31:22,884 --> 00:31:25,053 …sebab menjadi punca dia mendapat gelaran itu. 571 00:31:25,136 --> 00:31:28,807 Saya baca "Magic Tragik" dalam akhbar, 572 00:31:28,890 --> 00:31:33,228 dan "Saya tak setanding Larry Bird," "dia pemain yang lebih hebat." 573 00:31:33,311 --> 00:31:34,896 Ia amat mengecewakan. 574 00:31:34,980 --> 00:31:36,690 MAGIC PUNCA KEKALAHAN PERLAWANAN TUJUH 575 00:31:36,773 --> 00:31:39,526 Trofi, cincin dan benda lain tak penting. 576 00:31:39,609 --> 00:31:41,653 Kami cuma mahu kalahkan Lakers dan Earvin. 577 00:31:41,736 --> 00:31:43,280 Itu saja kami mahu. 578 00:31:43,363 --> 00:31:44,573 MAGIC, TIDAK DISANGKA, MENGECEWAKAN SEKALI LAGI 579 00:31:44,656 --> 00:31:48,827 Saya masih geram sebab tak tunjukkan aksi terbaik. 580 00:31:48,910 --> 00:31:53,248 Sekarang pun saya masih kecewa 581 00:31:53,331 --> 00:31:57,961 apabila mengenangkan detik itu sebab selama ini, saya beraksi hebat. 582 00:31:58,044 --> 00:31:59,963 Tapi tidak dalam perlawanan itu. 583 00:32:00,839 --> 00:32:03,675 Selepas kalah perlawanan itu, saya masih ingat, 584 00:32:03,758 --> 00:32:08,972 kami duduk dalam bilik hotel dan terdengar dia menangis teresak-esak. 585 00:32:09,556 --> 00:32:14,644 Kami cuma duduk diam atas lantai 586 00:32:14,728 --> 00:32:16,313 sepanjang malam. 587 00:32:16,396 --> 00:32:18,064 Saya sangat kecewa. 588 00:32:18,148 --> 00:32:21,026 Itu mungkin detik paling gelap bagi saya 589 00:32:21,109 --> 00:32:22,736 sebagai pemain bola keranjang. 590 00:32:23,737 --> 00:32:25,572 Dari segi emosi, 591 00:32:25,655 --> 00:32:29,326 itulah hari yang amat mengganggu emosinya. 592 00:32:39,878 --> 00:32:42,923 Bapa saya yang perkenalkan saya kepada sukan bola keranjang. 593 00:32:43,006 --> 00:32:47,052 Setiap Sabtu dan Ahad, saya selalu tonton perlawanan dengannya. 594 00:32:47,636 --> 00:32:51,473 Jika ada empat perlawanan pada hari Sabtu, kami tonton bersama-sama. 595 00:32:52,807 --> 00:32:55,393 Saya dapat luangkan masa selama empat jam dengan wira saya, 596 00:32:55,477 --> 00:32:58,688 lelaki yang menjadi idola saya. 597 00:32:58,772 --> 00:33:03,985 Ayah selalu jelaskan tentang situasi terkini permainan 598 00:33:04,611 --> 00:33:07,739 dan sebab pemain bertindak sebegitu. 599 00:33:07,822 --> 00:33:11,493 Dia mahu saya main bola keranjang dengan bijak. 600 00:33:11,576 --> 00:33:14,871 Semasa kecil, adakah impian awak mahu sertai NBA? 601 00:33:14,955 --> 00:33:17,165 Oh, ya. Itu impian terbesar saya. 602 00:33:17,249 --> 00:33:21,253 Bapa saya pun berharap saya dapat berada di sini. Memang seronok. 603 00:33:23,046 --> 00:33:24,965 Bapa saya berasal dari Mississippi. 604 00:33:25,048 --> 00:33:29,427 Apabila saya berkunjung ke tempat orang ramai berkumpul 605 00:33:29,511 --> 00:33:31,346 di bandar tempat dia membesar, 606 00:33:32,180 --> 00:33:36,977 orang-orang di situ selalu kata, "Bapa awak sangat hebat." 607 00:33:37,060 --> 00:33:42,190 Mereka cerita, bapa saya selalu buat jaringan 608 00:33:42,274 --> 00:33:45,902 dan dia pemain hebat… 609 00:33:45,986 --> 00:33:48,989 Mereka juga kata, "Sebab itulah kami boleh agak 610 00:33:49,072 --> 00:33:53,076 setiap kali awak tunjukkan aksi hebat bermain bola keranjang, 611 00:33:53,159 --> 00:33:55,245 kami tahu dari mana datang kehebatan itu. 612 00:33:55,328 --> 00:33:56,705 Sebab bapa awak hebat." 613 00:33:57,205 --> 00:34:01,918 Saya pun pandang dia dan kata, "Ayah tak pernah beritahu pun." 614 00:34:02,002 --> 00:34:06,965 Dia kata, "Sebab ayah tak dapat bermain lagi. 615 00:34:07,048 --> 00:34:09,800 Ayah perlu bekerja untuk sara keluarga. 616 00:34:09,885 --> 00:34:11,928 Ayah perlu tinggalkan bola keranjang." 617 00:34:14,931 --> 00:34:17,559 Saya sangat sedih. 618 00:34:26,276 --> 00:34:28,945 Pada tahun 1984, saya tak bersedia. 619 00:34:29,653 --> 00:34:32,907 Mental saya tak cukup kuat. Sebab itu kami kalah siri itu. 620 00:34:33,909 --> 00:34:37,287 Tapi, saya tak mahu kembali dan ulang kesilapan yang sama. 621 00:34:38,246 --> 00:34:42,626 Saya perlu tebus kekalahan dan kembali menjadi Magic. 622 00:34:45,253 --> 00:34:46,588 Musim panas tahun itu, 623 00:34:47,547 --> 00:34:53,135 dia berlatih tanpa henti. 624 00:34:54,471 --> 00:34:57,349 "Saya perlu berlatih lontaran ini. 625 00:34:59,226 --> 00:35:01,770 Lontar kepada saya lagi. Tidak, lontaran itu tak cukup bagus. 626 00:35:01,853 --> 00:35:03,688 Lontar lagi kepada saya." Saya kata, "Hei, 627 00:35:03,772 --> 00:35:05,732 dah tiga jam kita bermain." 628 00:35:05,815 --> 00:35:09,319 Dia balas, "Saya tak nak putus asa dan mengalah. 629 00:35:09,402 --> 00:35:10,695 Saya akan kembali." 630 00:35:11,196 --> 00:35:14,366 Akhirnya pada suatu hari, kami sedang bermain 631 00:35:14,449 --> 00:35:19,496 dan dia lontar bola kepada saya. Saya kata, "Jersi saya nombor 11. 632 00:35:19,579 --> 00:35:22,582 Bukan nombor 33. Saya bukan ahli Celtics. 633 00:35:22,666 --> 00:35:25,585 Saya tak pakai jersi hijau." 634 00:35:25,669 --> 00:35:26,670 27 MEI 1985 635 00:35:26,753 --> 00:35:28,296 Boston sekali lagi menerima kedatangan Los Angeles 636 00:35:28,380 --> 00:35:29,714 ke Akhir NBA mulai hari ini. 637 00:35:29,798 --> 00:35:32,884 Larry Bird daripada Boston Celtics miliki prestasi terunggul, 638 00:35:32,968 --> 00:35:34,844 memenangi anugerah MVP kali kedua berturut-turut. 639 00:35:34,928 --> 00:35:37,222 Ia satu penghargaan besar buat saya. Saya tak boleh katakan ia lebih hebat 640 00:35:37,305 --> 00:35:39,724 daripada tahun lepas sebab semuanya sama saja. 641 00:35:39,808 --> 00:35:40,809 SIAPA TERBAIK? JOHNSON MILIKI SENTUHAN MAGIS 642 00:35:40,892 --> 00:35:44,646 Saya cuma nak kalahkan dia dan balas dendam pada tahun 1985. Itu saja. 643 00:35:44,729 --> 00:35:45,730 SIAPA AKAN BERGELAR JUARA NBA? 644 00:35:45,814 --> 00:35:48,191 Inilah perseteruan terhebat dalam sejarah sukan, 645 00:35:48,275 --> 00:35:49,401 Celtics dan Lakers. 646 00:35:49,484 --> 00:35:52,737 Inilah perseteruan paling berat sebelah dalam sejarah sukan. 647 00:35:52,821 --> 00:35:55,365 Kami galas beban yang sangat berat. 648 00:35:55,448 --> 00:35:57,367 Lakers tak pernah tewaskan Celtics. 649 00:35:57,450 --> 00:35:58,994 Lapan kekalahan berturut-turut. 650 00:35:59,077 --> 00:36:00,412 Okey, ayuh. Tunjukkan. 651 00:36:00,495 --> 00:36:02,706 Ia bakal bermula. Kejuaraan yang didambakan. 652 00:36:02,789 --> 00:36:03,790 AKHIR NBA 1985 PERLAWANAN SATU 653 00:36:03,873 --> 00:36:07,335 CELTICS JADIKAN LAKERS PASUKAN LEMAH 654 00:36:07,419 --> 00:36:09,462 Semuanya tak berjalan lancar. 655 00:36:09,546 --> 00:36:12,090 Dalam perlawanan satu, mereka alami kekalahan teruk. 656 00:36:12,757 --> 00:36:15,135 Kami kalah teruk, dan ketinggalan 34 mata. 657 00:36:15,218 --> 00:36:18,221 Detik itu dikenali sebagai pembunuhan Hari Peringatan. 658 00:36:18,305 --> 00:36:23,018 Pihak media, Boston Globe dan akhbar Boston menyerang kami. 659 00:36:23,101 --> 00:36:24,519 PEMBUNUHAN HARI PERINGATAN 660 00:36:24,603 --> 00:36:27,105 Saya mengaku, kami tak bersedia. 661 00:36:31,276 --> 00:36:35,322 Pada keesokan hari, ketika itu dua minit sebelum pukul 6:00. 662 00:36:35,405 --> 00:36:36,740 Kareem tak naik bas. 663 00:36:36,823 --> 00:36:41,703 Kareem datang, di belakangnya En. Alcindor, 664 00:36:41,786 --> 00:36:42,996 bapa Kareem. 665 00:36:43,079 --> 00:36:44,623 Bapanya naik bas. 666 00:36:45,290 --> 00:36:48,418 Bas ialah tempat suci. 667 00:36:48,501 --> 00:36:51,046 Bukan semua orang boleh naik bas itu. 668 00:36:51,129 --> 00:36:54,090 Itu peraturan Pat Riley. 669 00:36:54,174 --> 00:36:57,427 Dia tak benarkan orang lain menaiki bas itu. 670 00:36:57,510 --> 00:36:59,137 Ia tak disengajakan. 671 00:37:01,431 --> 00:37:03,934 Pada waktu itu, bapa saya alami demensia. 672 00:37:04,017 --> 00:37:05,644 Ia baru peringkat awal. 673 00:37:05,727 --> 00:37:08,813 Saya nampak bapa saya merayau di sekitar lobi. 674 00:37:09,522 --> 00:37:11,233 "Apa ayah buat di sini?" Saya pergi dapatkan dia 675 00:37:11,316 --> 00:37:13,109 dan bawa dia naik bas. 676 00:37:13,193 --> 00:37:15,820 Dia pandang Riles dan tanya, "Boleh bapa saya ikut naik bas?" 677 00:37:15,904 --> 00:37:17,239 Saya jawab, "Sudah tentu boleh." 678 00:37:17,322 --> 00:37:19,908 Dia perlukan ketenangan daripada bapanya, 679 00:37:20,492 --> 00:37:23,119 takkan saya nak kata, "Tak boleh" kepada bapanya. 680 00:37:26,248 --> 00:37:29,084 Apabila kami sampai ke arena, 681 00:37:29,167 --> 00:37:32,212 Riley sedang sediakan ucapan sebelum perlawanan. 682 00:37:33,213 --> 00:37:35,507 Apabila bapa Kareem menaiki bas itu, 683 00:37:36,758 --> 00:37:39,636 ia mengubah konsep ucapan yang saya nak sampaikan. 684 00:37:41,596 --> 00:37:43,306 Bapa saya pernah kata, 685 00:37:44,057 --> 00:37:46,434 "Pat, jika berdepan masalah yang amat sulit, 686 00:37:46,518 --> 00:37:49,813 dan keadaan akan jadi rumit, kamu perlu ada pendirian, tegas, 687 00:37:49,896 --> 00:37:52,232 buktikan kebolehan dan pendapat kamu. 688 00:37:52,315 --> 00:37:54,317 Apabila masanya sesuai, lakukannya, nak." 689 00:37:55,694 --> 00:37:57,445 Itulah kata-kata terakhir 690 00:37:57,529 --> 00:38:02,409 yang bapa saya katakan kepada saya. 691 00:38:02,492 --> 00:38:04,160 Kami semua merasakannya. 692 00:38:04,244 --> 00:38:07,330 Kami mahu beraksi dan bermain demi bapa Kapten, 693 00:38:07,414 --> 00:38:09,916 bapa kami dan bapa Riles. 694 00:38:10,625 --> 00:38:14,629 Saya dapat kecapi segalanya disebabkan bapa saya. 695 00:38:14,713 --> 00:38:19,384 Disebabkan pengorbanannya. Saya berjaya kerana dia. 696 00:38:19,467 --> 00:38:22,971 Bola pantul kepada McHale, dirampas oleh Magic. Slam dunk. 697 00:38:24,139 --> 00:38:27,684 McHale dan Magic bergaduh. 698 00:38:27,767 --> 00:38:32,522 Ketika itulah, saya mula bermain seperti Magic Johnson. 699 00:38:32,606 --> 00:38:33,732 Tanpa gentar. 700 00:38:33,815 --> 00:38:37,777 Empat kepada satu, kepada Magic. Magic kepada Kareem. Slam dunk. 701 00:38:42,324 --> 00:38:46,202 Los Angeles mendahului 3-2, dan kita kembali ke Boston. 702 00:38:47,454 --> 00:38:49,664 Apabila memasuki perlawanan enam 703 00:38:49,748 --> 00:38:51,750 dan kembali ke Boston, 704 00:38:51,833 --> 00:38:53,543 keyakinan kami semakin meningkat. 705 00:38:53,627 --> 00:38:55,629 Kita akan menang. Saya beritahu pasukan, 706 00:38:55,712 --> 00:38:59,633 "Bawa satu sut. Takkan ada perlawanan tujuh." 707 00:38:59,716 --> 00:39:01,718 Lakers cuma perlukan satu kemenangan saja 708 00:39:01,801 --> 00:39:05,222 untuk mendapatkan kejuaraan dan menamatkan nasib malang paling lama 709 00:39:05,305 --> 00:39:06,765 dalam sejarah sukan profesional. 710 00:39:06,848 --> 00:39:08,892 Saya tahu kami lebih hebat daripada mereka. 711 00:39:09,601 --> 00:39:11,686 Saya tahu. Kami cuma perlu buktikannya. 712 00:39:16,191 --> 00:39:19,903 Mereka berdua saja. Magic dan Kareem. Dalam. Kareem. 713 00:39:20,487 --> 00:39:21,571 Magic Johnson. 714 00:39:23,573 --> 00:39:24,991 Magic nampak ruang. 715 00:39:25,075 --> 00:39:27,327 Lakers dapat merasakannya. 716 00:39:27,410 --> 00:39:30,747 Pemain mula berdiri. Lakers akan menang. 717 00:39:31,373 --> 00:39:32,916 Tiga dalam masa enam tahun. 718 00:39:32,999 --> 00:39:35,752 LA datang ke Boston dan memenangi kejuaraan dunia. 719 00:39:39,881 --> 00:39:42,509 Akhirnya kami berjaya. 720 00:39:42,592 --> 00:39:43,927 LAKERS JUARA DUNIA NBA 1985 721 00:39:44,010 --> 00:39:46,429 Kami kalahkan mereka di gelanggang mereka dan raikan di bandar mereka. 722 00:39:46,513 --> 00:39:48,223 Saya rasa sangat puas hati. 723 00:39:48,306 --> 00:39:51,226 Awak datang awal berbanding rakan pasukan lain 724 00:39:51,309 --> 00:39:53,645 dan lakukan jaringan lompat serta jaringan kaku. 725 00:39:53,728 --> 00:39:55,689 Awak nampak yakin. 726 00:39:55,772 --> 00:39:58,108 Tak dapat dinafikan. Tahun lepas terasa sangat panjang 727 00:39:58,191 --> 00:39:59,859 dan dah lama kami nantikan saat ini. 728 00:39:59,943 --> 00:40:03,780 Saya puas hati dapat tebus kekalahan saya 729 00:40:04,614 --> 00:40:07,701 dan kalahkan pesaing saya di Boston Garden. 730 00:40:07,784 --> 00:40:12,122 Tiada pasukan pernah menang kejuaraan di gelanggang Boston. 731 00:40:14,332 --> 00:40:15,959 Kami takkan lupakannya 732 00:40:16,042 --> 00:40:18,795 sebab kami lakukannya bersama-sama sebagai saudara. 733 00:40:18,879 --> 00:40:19,880 Penantian sudah berakhir, 734 00:40:19,963 --> 00:40:24,009 dan ketika itulah Dr. Buss julang trofi dan cakap… 735 00:40:24,092 --> 00:40:25,886 Selepas ini, jangan sesekali cakap 736 00:40:25,969 --> 00:40:28,805 Lakers tak pernah kalahkan Celtics. 737 00:40:28,889 --> 00:40:31,933 Saya sangat puas hati. 738 00:40:32,017 --> 00:40:34,394 Saya sangat gembira. 739 00:40:34,477 --> 00:40:36,271 LAKERS GULING CELTICS DALAM ENAM PERLAWANAN 740 00:40:36,354 --> 00:40:39,983 Sesetengah orang rasa, Celtics takkan dapat dikalahkan, 741 00:40:40,066 --> 00:40:43,445 tapi adakah Amerika percayakan magis? Sudah tentu. 742 00:40:49,492 --> 00:40:52,913 Selepas memenangi kejuaraan itu, saya hadiri parti hari lahirnya. 743 00:40:54,581 --> 00:40:57,459 Saya harap anda berseronok dan bergembira. 744 00:40:57,542 --> 00:40:59,502 Dia jemput Luther Vandross untuk buat persembahan. 745 00:41:02,672 --> 00:41:05,258 Jika anda tanya orang ramai, mereka akan kata 746 00:41:05,342 --> 00:41:08,553 parti Magic dipenuhi tetamu yang hebat. 747 00:41:08,637 --> 00:41:10,597 Mereka berseronok. 748 00:41:10,680 --> 00:41:13,391 En. Dark Gable, Michael Cooper. 749 00:41:14,559 --> 00:41:17,771 Saya kata, "Earv, kenapa tak jemput Cookie?" 750 00:41:17,854 --> 00:41:22,484 Dia kata, "Coop, dia membolehkan saya jadi diri saya, hati saya bersamanya." 751 00:41:23,818 --> 00:41:27,030 Dia adik saya, jadi saya nak pastikan yang… 752 00:41:27,113 --> 00:41:28,114 PEARL JOHNSON KAKAK 753 00:41:28,198 --> 00:41:31,701 …dia bersama seseorang yang ambil berat dan menyayanginya. 754 00:41:31,785 --> 00:41:34,996 Jadi, saya jemput dia ke parti itu. 755 00:41:35,580 --> 00:41:38,375 Saya hadiri parti itu dan saya masih ingat, 756 00:41:38,458 --> 00:41:41,920 apabila saya masuk, dia kata, "Apa awak buat di sini?" 757 00:41:42,003 --> 00:41:44,923 Serta, "Bagaimana awak boleh ada di sini?" 758 00:41:45,006 --> 00:41:49,010 Sepanjang malam itu, dia sentiasa jumpa dan menari dengan saya. 759 00:41:49,094 --> 00:41:51,096 Perasaan cinta berputik semula. 760 00:41:51,805 --> 00:41:54,808 Saya semakin kerap berjumpa dan meluangkan masa bersamanya. 761 00:41:55,934 --> 00:41:58,353 Dia pun akan datang melawat saya setiap musim panas. 762 00:41:58,436 --> 00:41:59,729 Saya gembira. 763 00:42:00,564 --> 00:42:03,733 Musim panas itu, kami ke Cedar Rapids. 764 00:42:03,817 --> 00:42:05,527 Ke taman hiburan. 765 00:42:06,027 --> 00:42:07,445 Kami macam kanak-kanak. 766 00:42:07,529 --> 00:42:10,240 Kami naiki roller coaster… 767 00:42:12,951 --> 00:42:17,247 dan cuba menangi sebanyak mungkin patung mainan 768 00:42:17,330 --> 00:42:18,707 untuk teman wanita kami. 769 00:42:18,790 --> 00:42:20,125 Faham maksud saya? 770 00:42:20,208 --> 00:42:23,169 Kami bergurau senda dan berseronok 771 00:42:23,253 --> 00:42:26,006 dan kami bertemu semula 772 00:42:26,089 --> 00:42:29,551 dan jalinkan hubungan semula. 773 00:42:30,135 --> 00:42:33,388 Isiah berkahwin dan bukan Isiah saja, 774 00:42:33,471 --> 00:42:36,308 semua kawan terdekat kami berkahwin 775 00:42:36,391 --> 00:42:39,060 dan saya seorang saja belum. 776 00:42:39,144 --> 00:42:41,271 Pada waktu itu, saya pernah beritahu Earvin, 777 00:42:41,354 --> 00:42:43,440 "Saya tahu ada ramai gadis di luar sana, 778 00:42:43,523 --> 00:42:48,153 tapi mereka takkan menyayangi awak macam Cookie." 779 00:42:49,571 --> 00:42:54,117 Dia berada di rumah ibu bapanya, dan saya datang 780 00:42:54,200 --> 00:42:55,827 untuk luangkan masa bersamanya. 781 00:42:57,245 --> 00:43:00,373 Saya masuk dan berbual dengan ahli keluarganya, 782 00:43:00,457 --> 00:43:03,168 dan tiba-tiba, Earvin beredar. Dia selalu buat begitu. 783 00:43:03,251 --> 00:43:05,629 Dia beredar kemudian kembali, dan saya… 784 00:43:05,712 --> 00:43:08,798 Saya berkawan baik dengan salah seorang kakaknya. Saya juga sayang ibunya, jadi… 785 00:43:08,882 --> 00:43:11,760 Saya cuma datang jenguk mereka. 786 00:43:11,843 --> 00:43:14,346 Kemudian dia keluar dari kereta dan masuk ke rumah 787 00:43:14,429 --> 00:43:15,889 bersama seorang budak lelaki. 788 00:43:16,932 --> 00:43:19,601 Dia masuk bersama budak lelaki itu, dan… 789 00:43:19,684 --> 00:43:23,271 budak itu nampak ketakutan. 790 00:43:23,355 --> 00:43:24,940 Dia berdiri saja… 791 00:43:25,649 --> 00:43:28,026 Mereka kata, "Ini Andre." 792 00:43:28,109 --> 00:43:31,696 Saya pandang ke arah Earvin, kemudian ke arah Andre. 793 00:43:31,780 --> 00:43:35,075 Barulah dia kata, "Ya, ini anak saya." 794 00:43:35,992 --> 00:43:38,578 Saya kata, "Cuma sekali saja. 795 00:43:38,662 --> 00:43:41,915 Kami berasmara dan saya langsung tak terfikir, 796 00:43:41,998 --> 00:43:44,918 yang perempuan itu hamil." 797 00:43:45,502 --> 00:43:49,172 Saya dapat tahu kemudiannya yang dia anak saya. 798 00:43:50,298 --> 00:43:52,842 Dia perlu jumpa Andre. 799 00:43:56,304 --> 00:43:57,514 Sebab, 800 00:43:57,597 --> 00:44:00,767 keadaan ketika itu masih janggal dan rumit. 801 00:44:00,850 --> 00:44:04,813 Saya terkejut dan tergamam. 802 00:44:04,896 --> 00:44:06,189 Saya beritahu dia, 803 00:44:06,273 --> 00:44:09,317 "Saya akan sentiasa bersama Andre 804 00:44:09,401 --> 00:44:12,320 dan akan jaga anak saya." 805 00:44:13,071 --> 00:44:15,782 Saya nak ingatkan, pada waktu itu, 806 00:44:15,865 --> 00:44:17,867 kami baru bersama semula. 807 00:44:19,077 --> 00:44:21,204 Saya juga terfikir, 808 00:44:21,288 --> 00:44:25,292 "Okey, ini anaknya. Apa saya boleh buat?" 809 00:44:26,293 --> 00:44:30,088 Saya putuskan untuk ikut keadaan. 810 00:44:33,300 --> 00:44:37,220 Sebelum dia kembali ke LA 811 00:44:37,304 --> 00:44:41,474 untuk kem latihan, kami di ruang tamu 812 00:44:41,558 --> 00:44:42,726 dan ucap selamat tinggal 813 00:44:42,809 --> 00:44:45,645 sebab saya akan kembali ke Toledo. 814 00:44:45,729 --> 00:44:50,692 Saya perasan dia nampak gementar. 815 00:44:51,276 --> 00:44:52,485 Dia kata, 816 00:44:53,111 --> 00:44:58,617 "Cookie, saya cintakan awak dan mahu mengahwini awak." 817 00:44:58,700 --> 00:45:00,285 Saya terkejut. 818 00:45:00,869 --> 00:45:02,746 Saya tak jangkakannya. 819 00:45:02,829 --> 00:45:06,291 Dia seperti teragak-agak, tak pasti 820 00:45:06,374 --> 00:45:07,542 tapi dia luahkannya. 821 00:45:07,626 --> 00:45:09,669 - Kami sangat gembira. - Ya. 822 00:45:09,753 --> 00:45:13,757 "Baguslah. Akhirnya, dia sedar apa yang dia miliki." 823 00:45:17,135 --> 00:45:19,387 Esoknya, dia berlepas. 824 00:45:19,471 --> 00:45:22,807 Kami bercakap telefon dan merancang perkahwinan. 825 00:45:22,891 --> 00:45:25,227 "Oh, Tuhan. Saya perlu rancang perkahwinan. Terujanya!" 826 00:45:25,310 --> 00:45:29,689 Ketika itu dia beritahu saya, "Saya tak boleh lakukannya. Saya cuba. 827 00:45:29,773 --> 00:45:32,108 Saya rasa sangat tertekan. Ia amat membebankan." 828 00:45:32,192 --> 00:45:37,155 Saya boleh bertunang dengannya sebab itu fasa mudah. 829 00:45:37,239 --> 00:45:38,907 Fasa paling sukar ialah langkah seterusnya. 830 00:45:38,990 --> 00:45:42,827 Dia kata, "Saya tak boleh, 831 00:45:42,911 --> 00:45:44,788 dan saya nak putuskan pertunangan." 832 00:45:44,871 --> 00:45:48,959 Saya kata, "Kita dah lalui pelbagai kesukaran, 833 00:45:49,042 --> 00:45:50,627 dan saya tak mahu putus tunang. 834 00:45:50,710 --> 00:45:53,129 Jika awak nak putuskan pertunangan, kita perlu berpisah." 835 00:45:56,550 --> 00:45:57,759 Mempersilakan, Magic Johnson. 836 00:45:59,719 --> 00:46:01,930 Awak ada teman wanita? 837 00:46:02,013 --> 00:46:04,349 Tidak. Dah tiada. Masih ingat sebelum ini, 838 00:46:04,432 --> 00:46:06,601 kita bercakap tentang saya mahu berkahwin, 839 00:46:06,685 --> 00:46:08,687 tapi saya ikut nasihat awak. 840 00:46:09,688 --> 00:46:12,524 Apa awak akan lakukan sebelum musim baharu tiba? 841 00:46:12,607 --> 00:46:15,986 Saya nak berehat, berseronok dan berparti. 842 00:46:16,069 --> 00:46:18,446 - Apa salahnya? Berseronok, berparti. - Ya. 843 00:46:33,003 --> 00:46:36,798 Untuk sukan, anugerah MVP bola keranjang tahun ini dimenangi Magic Johnson 844 00:46:36,882 --> 00:46:37,924 daripada LA Lakers. 845 00:46:38,008 --> 00:46:42,596 Johnson catat 23.9 mata satu perlawanan dan bantu jaring tertinggi untuk liga. 846 00:46:42,679 --> 00:46:44,472 Ini anugerah istimewa. 847 00:46:44,556 --> 00:46:49,102 Saya dedikasikan buat bapa saya dan saya harap dia bangga. 848 00:46:49,978 --> 00:46:52,814 Lakers mahukan kemenangan ketiga sejak lima tahun ini. 849 00:46:52,898 --> 00:46:56,067 Celtics membuat kemunculan keempat berturut-turut dalam perlawanan akhir. 850 00:46:56,151 --> 00:46:57,193 AKHIR NBA 1987 851 00:46:57,277 --> 00:46:59,946 Kali pertama dalam 10 tahun, Celtics tiada kelebihan gelanggang sendiri 852 00:47:00,030 --> 00:47:01,031 untuk siri playoff. 853 00:47:01,114 --> 00:47:04,618 Tahun '87. Mereka tak dapat buat apa-apa. 854 00:47:04,701 --> 00:47:08,455 Lima saat lagi. Magic Johnson. Jaringan cangkuk. Ya! 855 00:47:08,538 --> 00:47:12,083 Lakers mendahului dengan jaringan cangkuk Magic Johnson. 856 00:47:12,167 --> 00:47:13,293 'JARINGAN CANGKUK JUNIOR' MAGIC MEMBERI KEMENANGAN 857 00:47:13,376 --> 00:47:16,588 Jaringan cangkuk kecil. Orang kata, itulah permulaan jaringan cangkuk kecil. 858 00:47:16,671 --> 00:47:19,674 …Pat Riley, dan Lakers beraksi hebat di gelanggang. 859 00:47:19,758 --> 00:47:20,759 MAGIC ATASI KEHEBATAN BIRD 860 00:47:20,842 --> 00:47:23,929 Salah seorang akan memenangi kejuaraan ini. 861 00:47:24,012 --> 00:47:25,013 MAGIC TERBANG LEBIH TINGGI 862 00:47:25,096 --> 00:47:27,849 Ia antara saya dan Larry. 863 00:47:27,933 --> 00:47:31,186 Saya perlu pastikan pasukan saya mendahului 2-1. 864 00:47:31,269 --> 00:47:32,646 JOHNSON TEWASKAN CELTICS 865 00:47:32,729 --> 00:47:35,023 Saya perlukan kelebihan. 866 00:47:45,325 --> 00:47:48,662 AKHIR NBA 1987 LAKERS MENANG SIRI 4-2 867 00:47:48,745 --> 00:47:54,084 Kami beraksi tanpa apa-apa masalah. 868 00:47:56,711 --> 00:48:02,008 Inilah barisan pemain terbaik dan terhebat dalam sejarah NBA. 869 00:48:02,092 --> 00:48:06,179 Jerry, ini perlawanan Akhir yang paling banyak ditonton dalam sejarah. 870 00:48:06,263 --> 00:48:07,472 Mereka saksikan persembahan yang menarik. 871 00:48:07,556 --> 00:48:09,015 FORUM INGLEWOOD, CALIFORNIA 872 00:48:10,225 --> 00:48:16,856 Saya mahu anda semua berseronok dan bergembira macam kami. 873 00:48:20,277 --> 00:48:23,029 Tiada sesiapa di dunia ini 874 00:48:23,113 --> 00:48:26,741 yang layak memenangi Kejuaraan Dunia sekali lagi 875 00:48:27,325 --> 00:48:29,286 selain warga Inglewood ini. 876 00:48:29,869 --> 00:48:34,457 Saya jamin, kita akan menang lagi tahun depan. 877 00:48:37,961 --> 00:48:44,384 Magic juara. MVP liga. Dia pemain terbaik. 878 00:48:45,051 --> 00:48:47,470 Sebagai kawan, 879 00:48:47,554 --> 00:48:51,975 selepas menyaksikan perjalanan mereka mengecapi kemenangan, 880 00:48:52,559 --> 00:48:57,647 saya semakin yakin, pada tahun '88, saya mahu menang. 881 00:48:57,731 --> 00:48:58,732 AKHIR NBA 1988 882 00:48:58,815 --> 00:49:02,319 Lakers dan Detroit Pistons mulakan siri Kejuaraan NBA mereka. 883 00:49:02,402 --> 00:49:04,487 Dalam perlawanan pertama, aksi yang kita bakal lihat 884 00:49:04,571 --> 00:49:06,615 seolah-olah aksi perlawanan kejuaraan heavyweight. 885 00:49:06,698 --> 00:49:10,368 …Magic Johnson dan Isiah Thomas ialah kawan baik, 886 00:49:10,452 --> 00:49:12,787 tapi mereka musuh apabila saling berlawan. 887 00:49:12,871 --> 00:49:14,039 Kami nampak 888 00:49:14,122 --> 00:49:16,875 awak cium pipi kawan baik awak, Isiah Thomas. 889 00:49:16,958 --> 00:49:20,503 Adakah itu satu kebiasaan bagi kamu berdua? 890 00:49:20,587 --> 00:49:21,796 Kamu berdua dah lama berkawan. 891 00:49:21,880 --> 00:49:25,008 Ya, kami selalu bertegur sapa setiap kali berjumpa. 892 00:49:25,091 --> 00:49:27,385 Kami bertegur dengan laga pipi. 893 00:49:28,094 --> 00:49:31,473 Rakan sepasukan lain tak suka. Saya tak suka. 894 00:49:31,556 --> 00:49:34,267 Saya tak suka bermesra dengan musuh. 895 00:49:35,310 --> 00:49:37,312 Kita tiada kawan lain. 896 00:49:37,395 --> 00:49:40,398 Jika jersi mereka bukan berwarna ungu dan emas, mereka bukan kawan kita. 897 00:49:40,482 --> 00:49:41,775 Riley ambil serius hal itu. 898 00:49:42,943 --> 00:49:45,946 Pat Riley tak sukakan persahabatan kami. 899 00:49:46,029 --> 00:49:47,072 Dia jumpa saya dan kata, 900 00:49:47,155 --> 00:49:53,286 "Hei, patutkah saya beri amaran kepada Isiah jika terpaksa?" 901 00:49:53,370 --> 00:49:58,792 Saya masih ingat yang lain seperti fikir, "Kita tengok apa dia akan buat." 902 00:49:58,875 --> 00:50:01,419 Mereka berkawan sebelum dan selepas perlawanan saja. 903 00:50:02,796 --> 00:50:04,923 Thomas. Magic Johnson. 904 00:50:05,006 --> 00:50:07,717 Magic mengejar dan menggasaknya. 905 00:50:07,801 --> 00:50:10,178 Aksi kasar oleh Magic Johnson. 906 00:50:10,262 --> 00:50:12,472 Tiba-tiba saja, dia… 907 00:50:12,556 --> 00:50:14,224 Saya fikir, "Okey. Baiklah." 908 00:50:14,307 --> 00:50:18,186 Dia lompat dan menggasak saya. Jadi, itulah permulaannya. 909 00:50:19,938 --> 00:50:22,482 Kini, kita lihat Magic Johnson melakukan… 910 00:50:23,358 --> 00:50:26,111 Bagi kami, kemenangan bermaksud penguasaan. 911 00:50:26,736 --> 00:50:28,363 Bolehkah saya tewaskan awak? 912 00:50:29,281 --> 00:50:35,370 Ia membangkitkan emosi, semangat, kasih sayang dan kebencian. 913 00:50:43,628 --> 00:50:46,965 Itulah permulaan yang membuatkan kami sudah tak berkawan. 914 00:50:47,716 --> 00:50:51,219 Kami tak bertegur sapa lagi. 915 00:50:54,097 --> 00:50:58,560 Persahabatan kami renggang, sebab 916 00:50:58,643 --> 00:51:02,147 perjalanan Kejuaraan itu adalah tentang 917 00:51:03,023 --> 00:51:06,526 mendambakan kemenangan. 918 00:51:08,570 --> 00:51:09,613 Tiada belas kasihan. 919 00:51:11,531 --> 00:51:13,325 Perlawanan tamat. 920 00:51:13,408 --> 00:51:14,618 Lakers menang. 921 00:51:14,701 --> 00:51:16,453 LOS ANGELES LAKERS JUARA NBA 1988 922 00:51:17,621 --> 00:51:21,333 Saya sentiasa mahu menang walau apa pun terjadi. 923 00:51:22,876 --> 00:51:26,213 Walaupun ia menjejaskan persahabatan kami. 924 00:51:27,464 --> 00:51:29,799 Ayuh berseronok sekali lagi. 925 00:51:31,676 --> 00:51:35,639 Saya sentiasa ikuti perkembangannya dan gembira bagi pihaknya. 926 00:51:35,722 --> 00:51:37,307 Anda puas hati? 927 00:51:38,558 --> 00:51:40,268 Setiap kali dia menang Kejuaraan dan sebagainya, 928 00:51:40,352 --> 00:51:42,312 saya akan hubungi dia dan ucapkan tahniah. 929 00:51:45,315 --> 00:51:47,943 Ketika itu, saya bercinta dengan seorang lelaki di Chicago, 930 00:51:48,026 --> 00:51:51,279 tapi saya selalu teringat Earvin. 931 00:51:51,780 --> 00:51:54,658 Pada waktu itu, kami semakin kerap bercakap telefon. 932 00:51:56,159 --> 00:52:00,247 Satu hari, dia hubungi tapi kekasih saya ada. Dia tanya, "Kenapa tak boleh cakap?" 933 00:52:00,330 --> 00:52:03,583 Saya jawab, "Ada orang datang." Dia tanya, "Kenapa orang datang?" 934 00:52:03,667 --> 00:52:07,587 Saya kata, "Apa? Kita tak bersama. Apa maksud awak?" 935 00:52:08,088 --> 00:52:12,759 Rasanya, saya buatkan dia tersedar. 936 00:52:12,842 --> 00:52:14,177 "Sekejap, 937 00:52:14,261 --> 00:52:17,556 nampaknya selama ini, dia tidaklah menantikan saya." 938 00:52:17,639 --> 00:52:21,977 Saya kecewa tengok orang yang saya sayang bercinta dengan orang lain. 939 00:52:22,060 --> 00:52:24,104 Kami pun bersama semula. 940 00:52:25,730 --> 00:52:27,190 Lagu mereka ialah… 941 00:52:27,274 --> 00:52:30,652 - "Reunited"? Betulkah… - "Reunited." Ya. 942 00:52:31,319 --> 00:52:33,572 Saya rasa, itu lagu perdamaian mereka. 943 00:52:35,240 --> 00:52:37,534 Saya pun pernah gunakannya… 944 00:52:37,617 --> 00:52:40,495 Mereka selalu berasmara juga. 945 00:52:40,579 --> 00:52:46,751 Dia buat tempahan di restoran makanan selatan. Keseluruhan restoran. 946 00:52:46,835 --> 00:52:50,255 Dia ajak ahli keluarganya. 947 00:52:51,673 --> 00:52:55,176 Saya cuba buat perkara yang betul. Saya selalu begitu. 948 00:52:55,677 --> 00:52:59,806 Dia pegang kotak berisi cincin, 949 00:52:59,890 --> 00:53:03,852 dia pandang saya dan kata, "Cookie, sudikah awak kahwini saya?" 950 00:53:05,979 --> 00:53:10,483 Saya melompat, berlari dan peluk dia, dan dia beri saya cincin itu. 951 00:53:11,151 --> 00:53:14,946 Saya terfikir, "Cincin yang sama?" 952 00:53:15,030 --> 00:53:18,033 Tapi bukan. Cincin itu lebih besar. 953 00:53:19,409 --> 00:53:21,661 Pertunangan kali kedua menyaksikan dia 954 00:53:23,204 --> 00:53:26,791 merancang perkahwinan semasa musim bola keranjang, 955 00:53:26,875 --> 00:53:32,464 berlatih, latihan awal, dan bersedia untuk musim NBA. 956 00:53:33,006 --> 00:53:36,885 Mereka seperti, "Okey, kita boleh buat pada waktu ini, 957 00:53:36,968 --> 00:53:39,596 tapi saya cuma lapang…" 958 00:53:39,679 --> 00:53:43,225 - Kami perlu tetapkan. - "…minggu ini atau minggu lagi satu." 959 00:53:43,308 --> 00:53:47,103 Saya gelar roller coaster sebab ia tak menentu. 960 00:53:47,187 --> 00:53:48,396 Ia memang tak menentu. 961 00:53:48,480 --> 00:53:49,940 MAGIC JOHNSON BAKAL BERKAHWIN 962 00:53:50,023 --> 00:53:55,278 Secara jujurnya, saya dan Earvin pernah berbincang 963 00:53:55,362 --> 00:54:00,867 dan saya tak pasti jika dia masih ingat. Dia ragu-ragu. 964 00:54:00,951 --> 00:54:04,120 Saya beritahu dia, "Kalau tak pasti, jangan teruskan." 965 00:54:04,204 --> 00:54:05,664 Saya tak mahu dia sakiti Cookie. 966 00:54:07,040 --> 00:54:12,003 Sebaik saja perancangan bermula, sekali lagi saya rasa sukar 967 00:54:12,587 --> 00:54:17,759 untuk bayangkan diri saya berdiri di gereja. 968 00:54:17,842 --> 00:54:19,302 Melalui ruang tengah itu. 969 00:54:19,970 --> 00:54:22,639 Setelah banyak kali perbincangan, saya kata, "Beginilah. 970 00:54:23,306 --> 00:54:27,060 Kita boleh tangguhkan perkahwinan, tapi takkan putuskan pertunangan. 971 00:54:27,143 --> 00:54:28,562 Kita akan terus bertunang." 972 00:54:29,145 --> 00:54:31,481 "Cookie, jangan main-main. Pulangkan cincin itu." 973 00:54:31,565 --> 00:54:32,566 PERKAHWINAN MAGIC DITANGGUH LAGI 974 00:54:32,649 --> 00:54:36,987 Saya buka pintu pada masa sama dan kata, "Tidak, kali ini berbeza." 975 00:54:37,070 --> 00:54:38,530 Kemudian, saya hempas pintu. 976 00:54:40,574 --> 00:54:43,451 Saya sedang bersedia untuk menentang Isiah. 977 00:54:44,369 --> 00:54:49,291 Pistons sangat hebat. Kami perlu kuat untuk kalahkan mereka. 978 00:54:50,083 --> 00:54:52,627 Kami menentang mereka sekali lagi pada tahun '89. 979 00:54:53,169 --> 00:54:55,422 Nampaknya, Magic Johnson alami kecederaan. 980 00:54:55,505 --> 00:54:57,007 AKHIR NBA 1989 PERLAWANAN DUA 981 00:54:58,300 --> 00:55:02,220 Kecederaan saya serius. Saya menangis ketika mandi. 982 00:55:02,304 --> 00:55:05,849 Mereka perlu papah saya keluar dari bilik mandi. 983 00:55:06,725 --> 00:55:10,353 Apabila kami kembali ke LA, dia cuba bermain, tapi tak boleh. 984 00:55:10,437 --> 00:55:14,274 Kami diserang habis-habisan dan bertubi-tubi. 985 00:55:14,941 --> 00:55:21,197 Kami kepenatan, semakin tua dan sudah tak secergas dulu. 986 00:55:21,281 --> 00:55:23,241 Kami kalah berturut-turut. 987 00:55:23,825 --> 00:55:25,160 AKHIR NBA 1989 PISTONS MENANG SIRI 4-0 988 00:55:25,243 --> 00:55:29,039 Sudah lama saya teringin nak katakan, nombor satu. 989 00:55:30,665 --> 00:55:32,626 Tahun itu tahun terakhir Kareem beraksi. 990 00:55:32,709 --> 00:55:35,545 Antara kerjaya paling diingati dalam sejarah sukan Amerika 991 00:55:35,629 --> 00:55:38,381 berakhir malam tadi apabila Pistons kalahkan Lakers. 992 00:55:38,465 --> 00:55:41,134 Itu perlawanan terakhir buat Kareem Abdul-Jabbar. 993 00:55:41,635 --> 00:55:45,096 Ketika itu saya sedar, sama seperti yang Celtics alami, 994 00:55:45,180 --> 00:55:48,391 mereka kecapi kejayaan pada '80. Giliran kami pun sudah berakhir. 995 00:55:49,434 --> 00:55:53,063 Untuk tahun seterusnya, saya dapat rasakan penamatnya. 996 00:55:56,066 --> 00:55:57,150 Itulah pengakhirannya. 997 00:55:57,234 --> 00:56:00,278 Spekulasi terjawab, atas permintaan sendiri, Pat Riley, 998 00:56:00,362 --> 00:56:02,072 letak jawatan sebagai jurulatih Lakers. 999 00:56:02,155 --> 00:56:05,659 Menurut Riley, dia bersedia untuk cabaran baharu selepas kejayaan hebat selama ini. 1000 00:56:05,742 --> 00:56:09,704 Saya masih ingat hari dia datang ke rumah untuk beritahu dia nak letak jawatan. 1001 00:56:10,372 --> 00:56:14,209 Saya kata, "Tak boleh." Kami sama-sama menangis. 1002 00:56:14,292 --> 00:56:20,549 Saya beritahu dia, "Saya takkan jadi Magic tanpa awak." 1003 00:56:21,550 --> 00:56:22,676 Ini Forum. 1004 00:56:22,759 --> 00:56:26,179 Anda mungkin tak mengenalinya. Lakers pun sama, malah, 1005 00:56:26,263 --> 00:56:29,516 Lakers sedang hadapi kesukaran mengenali identiti mereka sendiri. 1006 00:56:29,599 --> 00:56:32,477 Kesunyian yang dirasai pada waktu ini agak menyeramkan. 1007 00:56:33,144 --> 00:56:35,981 Showtime sudah tiada, keajaiban sudah lenyap. 1008 00:56:36,064 --> 00:56:38,316 Persoalan sebenarnya, adakah ia akan kembali? 1009 00:56:39,025 --> 00:56:42,279 Mereka kehilangan Riley dan Kareem. 1010 00:56:43,405 --> 00:56:46,783 Pada tahun 1991, Bulls muncul. 1011 00:56:46,866 --> 00:56:49,411 Jordan dekati jaring. Melompat. Masuk! 1012 00:56:49,494 --> 00:56:51,621 Saya sertai liga pada tahun 1984. 1013 00:56:51,705 --> 00:56:52,914 MICHAEL JORDAN PENGAWAL BULLS 1984-1998 1014 00:56:52,998 --> 00:56:55,417 Pada tahun '80-an, Celtics dan Lakers selalu bertembung. 1015 00:56:55,500 --> 00:56:57,210 ADAM SILVER PESURUHJAYA NBA 2014-KINI 1016 00:56:57,294 --> 00:57:00,964 Selain Magic Johnson, Michael Jordan pun turut dikenali kerana bakatnya. 1017 00:57:01,047 --> 00:57:04,759 Dia unik. Saya tak pernah tengok orang lain bermain macam dia. 1018 00:57:05,719 --> 00:57:09,431 Dia banyak dapat kontrak sebagai jurucakap. 1019 00:57:09,514 --> 00:57:13,518 Dia Air Jordan di gelanggang dan melariskan jenama. 1020 00:57:13,602 --> 00:57:16,354 Kini, Jordan mencatatkan pendapatan tertinggi dalam pengiklanan 1021 00:57:16,438 --> 00:57:18,023 dalam sejarah sukan berkumpulan. 1022 00:57:18,106 --> 00:57:19,316 Makanlah Wheaties. 1023 00:57:19,900 --> 00:57:22,277 Magic Johnson sepatutnya lebih banyak lakukan iklan daripada saya. 1024 00:57:22,360 --> 00:57:24,738 Dia ada personaliti dan aura. 1025 00:57:25,864 --> 00:57:28,992 Saya rasa, ketika itulah timbul perasaan cemburu antara kami. 1026 00:57:29,075 --> 00:57:31,828 Ya, saya marah dan cemburu. 1027 00:57:31,912 --> 00:57:33,580 Saya kuat bersaing. Tentulah saya tak puas hati. 1028 00:57:34,956 --> 00:57:38,835 Saya jadi jurucakap untuk McDonald's, ada jenama sendiri, 1029 00:57:38,919 --> 00:57:40,128 dan sebagainya. 1030 00:57:40,629 --> 00:57:45,091 Tapi dari segi kemenangan, itulah yang paling penting bagi saya 1031 00:57:45,175 --> 00:57:46,384 dan dia milikinya. 1032 00:57:46,468 --> 00:57:49,387 Saya mahukannya. Saya mahu berlawan dengannya. 1033 00:57:49,471 --> 00:57:51,890 Saya tak mahu tengok saja, tapi berdepan dengannya. 1034 00:57:52,807 --> 00:57:56,269 Kami banyak dengar tentang Michael Jordan dan pencapaiannya, 1035 00:57:56,353 --> 00:58:01,441 dan dia mahu kalahkan Magic dan memenangi kejuaraan. 1036 00:58:01,524 --> 00:58:02,901 Dia mahu menang? 1037 00:58:02,984 --> 00:58:05,654 Okey, baiklah. Tunjukkan kehebatan awak. 1038 00:58:06,279 --> 00:58:09,699 Tahun '91, penyokong hilang keyakinan pada kami. Saya jadi semangat. 1039 00:58:09,783 --> 00:58:10,992 PORTLAND TERBAIK BEGITU JUGA BARAT 1040 00:58:11,910 --> 00:58:15,580 Tanpa Riley dan Abdul-Jabbar, era Showtime mungkin dah berakhir, 1041 00:58:15,664 --> 00:58:18,750 tapi kepimpinan Magic terhadap Lakers diteruskan. 1042 00:58:18,833 --> 00:58:21,920 Tahun ini, pasukan itu catatkan rekod terbaik dalam liga. 1043 00:58:22,003 --> 00:58:24,589 Saya mahu buktikan kepada semua orang, 1044 00:58:24,673 --> 00:58:27,467 kami masih boleh berjaya walaupun tanpa Kareem. 1045 00:58:29,803 --> 00:58:32,889 Saya mahu menentang Chicago Bulls. 1046 00:59:33,700 --> 00:59:35,702 Terjemahan sari kata oleh Hamizah