1 00:00:05,047 --> 00:00:08,007 BERDASARKAN KISAH SEBENAR 2 00:01:13,490 --> 00:01:15,784 - Selamat pulang, cik. - Terima kasih. 3 00:01:16,869 --> 00:01:18,745 Cik tahu, kami akan tinggalkan Paris. 4 00:01:19,246 --> 00:01:21,498 Pihak Berikat dah tiba di luar Paris. 5 00:01:21,498 --> 00:01:22,833 Ya, saya ada dengar. 6 00:01:23,333 --> 00:01:26,295 Saya pasti rindukan cik. Tapi, pasti seronok dapat pulang. 7 00:01:27,045 --> 00:01:28,046 Sudah tentu. 8 00:01:29,965 --> 00:01:30,966 Spatz. 9 00:01:30,966 --> 00:01:33,051 Awak tinggalkan saya. Awak pergi ke mana? 10 00:01:34,219 --> 00:01:35,637 Tempat ini dah tak selamat untuk saya. 11 00:01:35,637 --> 00:01:38,640 Saya perlu bersembunyi. Pihak Berikat akan tiba. 12 00:01:38,640 --> 00:01:41,518 Awak perlu beritahu Schellenberg, Winston tiada di Madrid. 13 00:01:41,518 --> 00:01:43,395 Awak perlu beritahu sendiri. 14 00:01:43,395 --> 00:01:45,647 - Hati-hati. - Spatz, tunggu. 15 00:01:51,653 --> 00:01:53,989 Hervé. Saya dah ikut arahan awak, 16 00:01:53,989 --> 00:01:57,075 tapi semua permintaan saya untuk dapatkan maklumat... 17 00:01:57,075 --> 00:01:59,077 Semuanya ditolak. 18 00:01:59,077 --> 00:02:00,829 Saya tak rasa kita boleh jejaki dia, Christian. 19 00:02:01,455 --> 00:02:04,791 Kita gagal halang laluan kereta api, tapi saya ada idea. 20 00:02:05,501 --> 00:02:07,252 - Apa? - Wang, rasuah, 21 00:02:08,252 --> 00:02:10,506 rasuah seorang Nazi di Paris sebelum mereka pergi. 22 00:02:10,506 --> 00:02:14,927 Tapi rasuah akan buat Catherine terbunuh. 23 00:02:14,927 --> 00:02:16,595 Keadaan berbeza di kem. 24 00:02:17,095 --> 00:02:19,306 Lebih banyak peluang, lebih ramai orang untuk didekati. 25 00:02:19,306 --> 00:02:23,018 Awak kenal sesiapa yang boleh bantu kami di kem? 26 00:02:23,018 --> 00:02:26,563 Tanya kawan kaya awak? Lelong kenal mereka, bukan? 27 00:02:28,148 --> 00:02:32,027 Pasti tentera Nazi bukan sekadar pandai membeli pakaian mahal. 28 00:02:35,197 --> 00:02:37,157 Awak begitu tak berbakat? 29 00:02:37,157 --> 00:02:40,702 Ini kali pertama dia. Awak faham betapa pentingnya... 30 00:02:40,702 --> 00:02:42,579 Pergi beri adik awak amaran. 31 00:02:45,582 --> 00:02:49,253 Saya cuma perlukan satu nama. Dia teman wanita tentera Nazi. 32 00:02:49,837 --> 00:02:51,964 Dalam daftar nama ini, 33 00:02:51,964 --> 00:02:56,969 awak boleh mencarinya mengikut tarikh. 34 00:02:58,637 --> 00:03:01,765 Kalau tak silap, ia berlaku awal Jun. 35 00:03:01,765 --> 00:03:04,351 Ya. Okey, ini dia. 36 00:03:08,063 --> 00:03:11,066 Christian, saya perlu bakar dokumen itu. 37 00:03:11,650 --> 00:03:16,363 Awak perlu faham, semua kerja yang kita buat untuk atau dengan Nazi 38 00:03:16,363 --> 00:03:18,782 adalah untuk kelangsungan kita. 39 00:03:19,783 --> 00:03:23,620 Saya harap teman lelakinya, si tentera Nazi itu, 40 00:03:24,121 --> 00:03:26,623 kenal seseorang yang boleh dirasuah 41 00:03:26,623 --> 00:03:29,209 atau tahu lokasi tahanan, atau... 42 00:03:29,209 --> 00:03:32,796 Saya rasa kita kenal seseorang 43 00:03:32,796 --> 00:03:35,465 yang berpengalaman dalam hal tersebut. 44 00:03:35,465 --> 00:03:36,717 Siapa? 45 00:03:36,717 --> 00:03:37,885 Chanel. 46 00:03:39,261 --> 00:03:41,722 Chanel boleh jadi seorang pengkhianat. 47 00:03:43,140 --> 00:03:44,349 Ya. 48 00:03:44,349 --> 00:03:46,185 Ya, saya tahu benar. 49 00:03:48,770 --> 00:03:52,065 "Beatrice Schmitt. 28, place de la Mairie." 50 00:04:14,129 --> 00:04:16,757 - En. Dior? - Maaf datang tiba-tiba. 51 00:04:16,757 --> 00:04:18,425 Saya perlukan bantuan awak. 52 00:04:19,426 --> 00:04:24,014 Saya perlu hubungi tentera Nazi yang bersama awak semasa majlis tarian. 53 00:04:28,227 --> 00:04:31,230 - Kenapa nak jumpa Franz? - Catherine ditahan. Saya perlu cari dia. 54 00:04:31,230 --> 00:04:33,232 Saya perlukan seseorang yang mengenali Nazi. 55 00:04:33,232 --> 00:04:34,316 Ditahan di mana? 56 00:04:35,734 --> 00:04:37,027 Saya tak tahu. 57 00:04:38,737 --> 00:04:40,572 Tolonglah. Pasti ada sesuatu... 58 00:04:40,572 --> 00:04:44,159 Perang akan tamat. Apabila tentera Nazi dikalahkan, tahanan kem akan dibebaskan. 59 00:04:44,159 --> 00:04:47,788 - Lebih baik tunggu. - Tidak, dia takkan selamat. 60 00:04:48,747 --> 00:04:49,957 Saya minta maaf. 61 00:04:49,957 --> 00:04:51,208 Saya akan cari wangnya. 62 00:04:54,878 --> 00:04:58,048 Okey, Franz ahli perniagaan, seorang peniaga pasar gelap, 63 00:04:58,048 --> 00:04:59,925 tapi pasti mahal untuk rasuah dia. 64 00:04:59,925 --> 00:05:03,887 Saya sanggup bayar tak kira berapa atau apa-apa saja. 65 00:05:06,849 --> 00:05:10,894 Okey. Saya cuba hubungi dia dan berdoa. Tapi... 66 00:05:12,479 --> 00:05:15,858 En. Dior, setahu saya, 67 00:05:15,858 --> 00:05:18,277 mereka yang dibawa ke kem itu tak kembali. 68 00:05:18,944 --> 00:05:19,987 Takkan kembali. 69 00:05:20,654 --> 00:05:22,656 Awak perlu bawa wang sebanyak yang boleh. 70 00:05:27,327 --> 00:05:29,663 Coco, saya Pierre Reverdy. 71 00:05:29,663 --> 00:05:32,291 Saya dah minta bantuan untuk minta Pemberontak 72 00:05:32,291 --> 00:05:33,876 padam nama awak daripada senarai. 73 00:05:34,376 --> 00:05:35,377 Senarai? 74 00:05:35,377 --> 00:05:38,881 Mari jumpa saya. Saya hantar kereta untuk jemput awak. 75 00:05:50,976 --> 00:05:52,477 Dahsyatnya. 76 00:05:55,189 --> 00:05:56,940 Ada pertempuran di sana. 77 00:05:58,734 --> 00:06:00,611 Saya patut jumpa Pierre Reverdy. 78 00:06:01,570 --> 00:06:03,989 Ya Tuhan. Tempat ini tak selamat. 79 00:06:05,407 --> 00:06:07,159 Saya diarahkan untuk bawa awak ke sini. 80 00:06:07,659 --> 00:06:11,288 Berapa lama saya perlu tunggu? Tempat ini tak selamat. 81 00:06:11,288 --> 00:06:15,083 Awak bawa saya ke sini, sudah lama kita menunggu... 82 00:06:15,626 --> 00:06:18,086 Tentera Nazi tangkap orang selepas perintah berkurung. 83 00:06:18,962 --> 00:06:21,006 Beginilah. Tolong diam. 84 00:06:40,984 --> 00:06:42,194 Pierre? 85 00:06:43,070 --> 00:06:44,613 Syukurlah, awak rupanya. 86 00:06:45,113 --> 00:06:46,323 Pierre. 87 00:06:48,742 --> 00:06:52,538 Ada senarai yang ditulis oleh Pemberontak. 88 00:06:53,038 --> 00:06:56,375 Senarai tali barut Nazi. 89 00:06:56,375 --> 00:06:59,586 Nama awak ada padanya. 90 00:07:00,212 --> 00:07:03,257 Apa? Kenapa? 91 00:07:04,007 --> 00:07:05,717 Awak tahu sebabnya. 92 00:07:06,468 --> 00:07:07,970 Saya tak buat apa-apa. 93 00:07:08,929 --> 00:07:10,556 Apa bukti yang mereka ada? 94 00:07:10,556 --> 00:07:12,599 Pemberontak tak perlukan bukti. 95 00:07:13,100 --> 00:07:16,144 Mereka akan cari awak sebaik saja awak ada dalam senarai itu. 96 00:07:17,271 --> 00:07:21,400 Mereka akan menangkap awak dan mungkin membunuh awak. 97 00:07:21,400 --> 00:07:24,152 Satu-satunya jalan keluar adalah dengan membantu. 98 00:07:24,152 --> 00:07:25,237 Bagaimana? 99 00:07:25,821 --> 00:07:28,699 Berikan nama seseorang dalam pemerintah tertinggi Jerman, 100 00:07:29,658 --> 00:07:34,997 pegawai dengan maklumat tentang pengerahan tentera Nazi. 101 00:07:40,919 --> 00:07:45,465 Percayalah, Pierre. Saya tak kenal sesiapa. 102 00:07:50,470 --> 00:07:53,223 Saya dah jadi komander dalam Pemberontak. 103 00:07:53,223 --> 00:07:55,559 Saya boleh bantu kalau awak beri nama seseorang. 104 00:07:56,059 --> 00:07:57,644 Itu sebab saya bawa awak ke sini. 105 00:08:01,440 --> 00:08:04,985 Saya tak boleh. 106 00:08:06,111 --> 00:08:07,112 Awak mesti beri. 107 00:08:08,447 --> 00:08:09,865 Demi kebaikan awak... 108 00:08:12,367 --> 00:08:16,163 berikan secepat mungkin, sayang. Secepat mungkin. 109 00:08:19,583 --> 00:08:21,877 Ya, semuanya. 110 00:08:30,302 --> 00:08:31,637 - Terima kasih. - Sama-sama, puan. 111 00:08:32,261 --> 00:08:34,890 Ya, jangan tinggalkan apa-apa. Ambil semuanya. 112 00:08:36,058 --> 00:08:39,269 Awak diarahkan untuk ambil semuanya di sini. Itu saja. 113 00:08:40,812 --> 00:08:42,231 LIF 114 00:08:42,231 --> 00:08:44,066 Mereka dah rosakkannya, cik. 115 00:08:44,650 --> 00:08:45,817 Tak guna. 116 00:08:49,655 --> 00:08:51,281 Ayuh. 117 00:08:53,450 --> 00:08:55,911 - Mak cik? Mak cik okey? - Aduhai. 118 00:08:55,911 --> 00:08:57,538 Huru-hara di bawah. 119 00:08:57,538 --> 00:09:00,999 Mak cik ke mana? Kami benar-benar risau. 120 00:09:00,999 --> 00:09:03,460 Mak cik perlu uruskan perniagaan. 121 00:09:03,460 --> 00:09:05,587 Tiada kaitan dengan kamu, André. 122 00:09:05,587 --> 00:09:07,589 Perniagaan? Sekarang, mak cik? 123 00:09:08,215 --> 00:09:10,050 Pihak Berikat sedang berkumpul. 124 00:09:10,050 --> 00:09:14,680 Peperangan akan tercetus di jalanan. Kita perlu bersedia. 125 00:09:14,680 --> 00:09:18,684 Mak cik dan Baron sedang berusaha untuk pastikan keselamatan kita di Paris. 126 00:09:18,684 --> 00:09:20,060 Biar saya tolong. 127 00:09:20,060 --> 00:09:22,938 André, awak perlu sihat jika perkara terburuk berlaku 128 00:09:22,938 --> 00:09:24,189 dan perlu lari ke selatan. 129 00:09:24,189 --> 00:09:26,483 Awak tak boleh berdiri beberapa minggu lalu. 130 00:09:26,483 --> 00:09:28,443 Betul kata Baron. 131 00:09:29,278 --> 00:09:30,487 Anak kamu perlukan kamu. 132 00:09:30,487 --> 00:09:32,948 Pergi jumpa Gabrielle. Pastikan dia tak risau. 133 00:09:32,948 --> 00:09:35,409 - Kami uruskan yang lain. - Mak cik janji. 134 00:09:36,410 --> 00:09:39,955 Saya tak suka, duduk berdiam diri... 135 00:09:41,206 --> 00:09:43,709 tapi saya percayakan kamu berdua. 136 00:09:43,709 --> 00:09:45,794 - Kita hadapinya bersama? - Okey. 137 00:09:47,796 --> 00:09:48,630 Pergi. 138 00:09:51,049 --> 00:09:53,385 - Saya terhutang budi. - Tak apa. 139 00:10:00,184 --> 00:10:01,977 Awak nampak runsing. 140 00:10:01,977 --> 00:10:04,146 Perasaan saya jauh lebih runsing. 141 00:10:07,441 --> 00:10:08,609 Awak jumpa Spatz? 142 00:10:09,193 --> 00:10:13,238 Tidak, kami dah tak berjumpa sejak dia bersembunyi. 143 00:10:16,658 --> 00:10:18,327 Pihak Berikat akan tiba nanti. 144 00:10:19,494 --> 00:10:22,623 Saya rasa sebab itu Pierre bawa saya temui dia. 145 00:10:22,623 --> 00:10:23,790 Reverdy? 146 00:10:23,790 --> 00:10:27,419 Katanya, Pemberontak sedang sediakan senarai tali barut Nazi. 147 00:10:28,504 --> 00:10:31,381 Kita dalam bahaya? 148 00:10:33,509 --> 00:10:37,513 Saya di pihak mana, Baron? Ingatkan saya. 149 00:10:39,139 --> 00:10:40,224 Pihak yang menang. 150 00:10:41,183 --> 00:10:45,646 Saya perlu cari seseorang yang berguna untuk buktikan kesetiaan saya. 151 00:10:45,646 --> 00:10:48,482 Jika saya berikannya, dia padamkan nama saya daripada senarai. 152 00:10:49,107 --> 00:10:53,529 Kalau Reverdy mengugut awak, 153 00:10:53,529 --> 00:10:55,656 saya pernah buat perkara lebih teruk. 154 00:10:56,198 --> 00:10:57,616 Siapa yang mereka mahukan? 155 00:10:57,616 --> 00:11:00,953 Itu tak penting. Saya tak kenal sesiapa. 156 00:11:03,455 --> 00:11:05,916 Saya tak nak beritahu awak, tapi kita ada masalah lain. 157 00:11:07,918 --> 00:11:09,253 Schellenberg. 158 00:11:09,878 --> 00:11:12,089 Saya terima arahan, dia nak jumpa awak di Berlin. 159 00:11:13,131 --> 00:11:17,427 Awak dengar kata-kata saya tadi? Mereka mengesyaki saya bersubahat. 160 00:11:17,427 --> 00:11:19,179 Saya tak boleh pergi ke Berlin. 161 00:11:19,763 --> 00:11:22,558 Ini bukan jemputan, tapi arahan. 162 00:11:22,558 --> 00:11:24,685 Tidak. Beritahu dia, saya tak boleh. 163 00:11:25,978 --> 00:11:28,480 Beritahu dia, awak tak dapat cari saya. 164 00:11:29,189 --> 00:11:32,734 Awak menginap di Ritz dan Nazi masih berkuasa. 165 00:11:32,734 --> 00:11:35,445 Tapi, hanya untuk beberapa hari lagi... 166 00:11:36,029 --> 00:11:39,157 Schellenberg dapat semua yang dia mahu. Dia akan tangkap awak. 167 00:11:40,909 --> 00:11:43,537 Lelaki tak guna itu. 168 00:11:45,372 --> 00:11:48,792 Cristó, saya minta maaf sebab tanya begini, tapi... 169 00:11:48,792 --> 00:11:50,669 saya perlukan wang. 170 00:11:51,962 --> 00:11:54,506 Saya boleh kumpulkan wang dalam seminggu dua lagi. 171 00:11:54,506 --> 00:11:57,217 Tidak, itu terlalu lama. 172 00:11:57,926 --> 00:12:01,138 - Tidak, saya terdesak. - Jangan, Christian. 173 00:12:01,138 --> 00:12:02,222 Tunggu. 174 00:12:03,015 --> 00:12:04,641 Kita perlu fikir baik-baik. 175 00:12:05,976 --> 00:12:07,978 Saya tak nak awak terluka. 176 00:12:08,979 --> 00:12:12,274 - Bertenang? - Ya. 177 00:12:13,317 --> 00:12:17,112 Begini, saya nak tunjukkan sesuatu. 178 00:12:20,282 --> 00:12:21,366 Mari duduk dengan saya. 179 00:12:28,165 --> 00:12:30,626 Coklat yang jarang ditemui ini dihadiahkan oleh jiran. 180 00:12:31,752 --> 00:12:33,587 Dia beri pada hari lahir saya. 181 00:12:39,009 --> 00:12:40,344 Sedikit coklat Switzerland. 182 00:12:42,429 --> 00:12:47,100 Separuh untuk awak, separuh untuk saya. 183 00:12:53,190 --> 00:12:59,613 Semoga kekejaman Nazi dan perang mereka yang sia-sia dan tiada harapan ini tamat. 184 00:13:00,447 --> 00:13:04,493 Hingga ke penamat terakhir. 185 00:13:07,079 --> 00:13:11,917 Semoga loceng berbunyi di semua gereja. 186 00:13:11,917 --> 00:13:18,173 Semua loceng di Paris, berbunyi pada hari kemerdekaan kita. 187 00:13:20,175 --> 00:13:21,468 Demi loceng. 188 00:13:41,905 --> 00:13:43,240 Syukurlah. 189 00:13:47,828 --> 00:13:50,247 Kalaulah saya boleh berikan lebih daripada coklat, 190 00:13:51,707 --> 00:13:55,502 tapi saya cuma ada beberapa helai kain. 191 00:13:58,505 --> 00:14:00,299 Maaf. Saya benar-benar nak tolong. 192 00:14:02,217 --> 00:14:05,762 Mungkin saya boleh ambil kain dari Lelong malam ini. 193 00:14:22,696 --> 00:14:26,241 KEM TAHANAN RAVENSBRÜCK 194 00:14:34,124 --> 00:14:35,959 Awak boleh berdiri? 195 00:14:35,959 --> 00:14:38,754 - Ya! - Berdirilah! Jalan! 196 00:14:40,589 --> 00:14:43,842 - Pergi, jalan! - Buku lali saya. 197 00:14:48,096 --> 00:14:49,097 Jalan! 198 00:14:51,892 --> 00:14:53,185 Jalan! 199 00:14:55,479 --> 00:14:58,774 {\an8}IBU PEJABAT RISIKAN NAZI BERLIN, JERMAN 200 00:15:04,613 --> 00:15:05,989 Ya. 201 00:15:05,989 --> 00:15:07,866 Cik Chanel dan Baron Vaufreland. 202 00:15:08,450 --> 00:15:09,451 Ya. 203 00:15:12,955 --> 00:15:15,082 Gembira bertemu awak lagi, cik. 204 00:15:16,041 --> 00:15:17,417 - Awak boleh pergi, Baron. - Tuan... 205 00:15:17,417 --> 00:15:19,086 - saya lebih suka... - Ya. 206 00:15:19,086 --> 00:15:20,963 - Awak boleh pergi. - Baik, tuan. 207 00:15:22,089 --> 00:15:23,423 Boleh saya letakkan? 208 00:15:26,260 --> 00:15:29,137 Saya riang awak putuskan untuk melawat saya, cik. 209 00:15:30,389 --> 00:15:34,059 Betulkah perkataan itu? Kamu gunakannya, atau perkataan "riang" terlalu formal? 210 00:15:34,059 --> 00:15:35,811 Ia agak formal. 211 00:15:37,688 --> 00:15:39,898 Saya nak tunjukkan awak sesuatu. 212 00:15:41,859 --> 00:15:42,860 Awak lihat ini? 213 00:15:44,653 --> 00:15:46,321 Almari buku awak? 214 00:15:46,321 --> 00:15:48,407 Ada sesuatu yang hebat tersembunyi. 215 00:15:52,327 --> 00:15:53,829 Tanyalah. Silakan. 216 00:15:55,330 --> 00:15:57,416 - Tanya awak... - Ya, bagus. 217 00:15:57,416 --> 00:16:00,294 Bilik soal siasat kalis bunyi tanpa tingkap. 218 00:16:00,294 --> 00:16:01,378 Rekaan saya. 219 00:16:01,378 --> 00:16:03,380 Awak tak sangka, bukan? 220 00:16:03,380 --> 00:16:04,673 Kewujudannya? 221 00:16:05,174 --> 00:16:08,135 Apa pula pendapat awak tentang meja ini? 222 00:16:08,886 --> 00:16:12,181 Ini juga rekaan saya. Nampaknya kita berdua pereka, bukan? 223 00:16:12,181 --> 00:16:14,641 Jadi ada sesuatu tersembunyi di sebaliknya? 224 00:16:17,227 --> 00:16:19,897 Ia dilengkapi mesingan di sini dan di sini. 225 00:16:20,689 --> 00:16:22,858 Saya boleh tembak dengan tekan butang itu. 226 00:16:22,858 --> 00:16:24,735 Baru siap dua hari lepas. 227 00:16:24,735 --> 00:16:26,278 Awak nak lihat tembakannya? 228 00:16:26,945 --> 00:16:28,155 - Tembakan? - Ya. 229 00:16:29,990 --> 00:16:31,658 Tapi, pejabat awak akan rosak. 230 00:16:31,658 --> 00:16:32,993 Mereka akan baikinya. 231 00:16:35,078 --> 00:16:39,041 Orang di dunia awak ada perkara begini? 232 00:16:39,625 --> 00:16:41,084 - Dunia saya? - Awak tahulah, 233 00:16:41,668 --> 00:16:46,048 kaya, terkenal dan cantik macam awak? 234 00:16:46,798 --> 00:16:50,385 - Tuan, saya rasa tidak. - "Tuan." 235 00:16:50,886 --> 00:16:53,055 Berhenti panggil saya "tuan." 236 00:16:53,889 --> 00:16:58,519 Panggil saya "Walter." Atau lebih baik lagi, "Komander." 237 00:17:00,521 --> 00:17:01,522 Komander. 238 00:17:02,272 --> 00:17:04,983 Saya mahu awak selamat di Berlin bersama saya. 239 00:17:05,651 --> 00:17:09,570 Kita boleh bertindak atas rasa suka sama suka. 240 00:17:10,071 --> 00:17:13,742 Bayangkan kita menari bersama semasa abendgesellschaft? 241 00:17:14,242 --> 00:17:16,328 - Apa? - Parti. 242 00:17:17,204 --> 00:17:19,414 Tapi, saya perlu kembali ke Paris. 243 00:17:19,414 --> 00:17:22,209 - Perlu pulang ke Paris. - Awak buat saya mahu sakiti awak. 244 00:17:22,709 --> 00:17:25,671 - Walter. - Hidup di Paris akan jadi sukar. 245 00:17:25,671 --> 00:17:28,173 Awak hanya akan selamat dengan saya di Berlin. 246 00:17:28,173 --> 00:17:30,592 Saya tak boleh tinggalkan Paris. 247 00:17:31,510 --> 00:17:32,511 Kenapa awak tak mahu? 248 00:17:32,511 --> 00:17:36,807 Hidup saya di Paris. Ia kampung halaman, tempat kerja dan kehidupan saya. 249 00:17:36,807 --> 00:17:40,978 Hidup awak? Adakah disebabkan Spatz? 250 00:17:42,020 --> 00:17:46,817 Awak tahu itu tak benar. Dia ditugaskan untuk memikat awak. 251 00:17:46,817 --> 00:17:48,527 - Tugas? - Ya. 252 00:17:49,111 --> 00:17:51,697 Saya hantar dia ke Perancis untuk memikat wanita elit Paris 253 00:17:51,697 --> 00:17:53,574 untuk dapatkan rahsia dan risikan. 254 00:17:53,574 --> 00:17:55,784 Tapi, saya tak tahu perkara penting. 255 00:17:55,784 --> 00:17:59,121 Awak sedar dia dah berkahwin di Berlin? 256 00:17:59,788 --> 00:18:01,164 Dia dah berkahwin? 257 00:18:01,748 --> 00:18:05,002 Awak tahu yang awak 258 00:18:05,002 --> 00:18:07,212 tak penting baginya? 259 00:18:09,423 --> 00:18:11,383 Komander, awak perlu hadiri taklimat. 260 00:18:11,383 --> 00:18:12,509 Ya. Bawa mereka masuk. 261 00:18:15,971 --> 00:18:19,308 Saya janji, saya akan uruskan mesyuarat ini secepat mungkin, 262 00:18:20,559 --> 00:18:26,273 supaya kita boleh teruskan perbualan ini dan rancang masa depan kita. 263 00:18:32,946 --> 00:18:33,947 Silakan. 264 00:18:42,247 --> 00:18:43,665 Bawa saya pergi. 265 00:18:44,249 --> 00:18:46,210 Schellenberg suruh awak tunggu, bukan? 266 00:18:46,210 --> 00:18:48,212 Saya dah tahu apa saya perlu buat. 267 00:18:49,671 --> 00:18:51,215 Hubungi Reverdy. 268 00:18:51,215 --> 00:18:53,217 - Seterusnya. - Nama keluarga? 269 00:18:55,052 --> 00:18:56,512 Bagus. Ejakannya. 270 00:18:58,805 --> 00:18:59,806 Nama keluarga? 271 00:19:01,725 --> 00:19:03,477 - Nama keluarga? - Nama keluarga? 272 00:19:03,477 --> 00:19:04,561 Dior. 273 00:19:05,145 --> 00:19:06,230 Ejakannya. 274 00:19:06,230 --> 00:19:08,732 - D-I-O-R. - Nama keluarga? 275 00:19:12,027 --> 00:19:13,153 Nama pertama? 276 00:19:14,321 --> 00:19:15,531 Catherine. 277 00:19:20,494 --> 00:19:21,703 Pergi... 278 00:19:23,372 --> 00:19:24,540 Nama keluarga? 279 00:19:33,841 --> 00:19:35,050 Nama keluarga? 280 00:19:45,060 --> 00:19:46,603 Nama keluarga? 281 00:19:52,693 --> 00:19:53,694 Nama keluarga? 282 00:20:41,909 --> 00:20:45,078 Saya boleh berikan nama, tapi saya perlukan jaminan yang penangkapannya 283 00:20:45,078 --> 00:20:47,039 akan bersihkan nama saya. 284 00:20:47,039 --> 00:20:48,916 Saya tak boleh jamin. 285 00:20:50,918 --> 00:20:52,044 Berapa tinggi pangkatnya? 286 00:20:53,086 --> 00:20:54,755 Hans von Dincklage. 287 00:20:55,547 --> 00:20:56,548 Spatz? 288 00:20:57,216 --> 00:21:01,345 Dia beri laporan terus ke Berlin kepada Komander Walter Schellenberg. 289 00:21:03,305 --> 00:21:05,849 Dah berminggu-minggu kami cuba cari dan tangkap dia. 290 00:21:06,683 --> 00:21:11,438 Jika awak bantu tangkap Spatz, nama awak pasti akan dibersihkan. 291 00:21:11,438 --> 00:21:15,192 Awak juga perlu lindungi Baron de Vaufreland daripada ditangkap. 292 00:21:15,192 --> 00:21:17,486 Saya sangka dia berurusan dengan tentera Nazi 293 00:21:17,486 --> 00:21:20,656 - untuk bantu anak saudara awak. - Selamatkan. Saya terhutang budi. 294 00:21:21,865 --> 00:21:23,033 Saya akan cuba. 295 00:21:23,700 --> 00:21:25,035 Spatz di mana sekarang? 296 00:21:25,035 --> 00:21:27,079 Bersembunyi. Tapi, saya boleh cari dia. 297 00:21:27,079 --> 00:21:28,580 Saya akan beritahu nanti. 298 00:21:33,877 --> 00:21:36,338 Christian, sayang, jangan buat begitu. 299 00:21:38,757 --> 00:21:41,844 Kalau Lelong dapat tahu, kerjaya awak akan hancur. 300 00:21:41,844 --> 00:21:44,179 Awak pun tahu, sukar untuk mencari kerja. 301 00:21:48,934 --> 00:21:49,935 Saya tiada pilihan. 302 00:21:49,935 --> 00:21:54,064 Saya akan tunggu hingga lewat dan tiada sesiapa lagi di dalam bangunan. 303 00:21:59,528 --> 00:22:00,612 Hati-hati. 304 00:22:49,453 --> 00:22:50,913 Okey, jumpa lagi. 305 00:22:51,538 --> 00:22:54,249 - Ayuh saya temani. - Ya, ayuh. 306 00:22:56,084 --> 00:22:57,503 Jumpa esok? 307 00:23:48,387 --> 00:23:49,763 Christian. 308 00:23:51,807 --> 00:23:53,642 Awak bekerja malam ini? 309 00:23:53,642 --> 00:23:56,687 Saya minta maaf. Saya tak tahu awak ada di sini. 310 00:23:57,437 --> 00:24:01,191 Saya menjaga butik ini. 311 00:24:01,859 --> 00:24:06,321 Saya takut orang akan ceroboh masuk dan curi barang-barang yang masih ada. 312 00:24:08,448 --> 00:24:09,908 Saya minta maaf, saya... 313 00:24:10,617 --> 00:24:14,162 Saya perlukan sesuatu sebagai tukar ganti untuk Catherine. 314 00:24:14,162 --> 00:24:18,292 Jadi saya ambil kain awak. 315 00:24:19,710 --> 00:24:20,836 Tunggu sebentar. 316 00:24:33,891 --> 00:24:37,644 Ambil kain ini juga, Christian. Kain ini pasti berharga. 317 00:24:38,729 --> 00:24:43,192 Cari adik awak, kemudian kembali 318 00:24:44,026 --> 00:24:48,113 dan jadikan House of Lelong berjaya sekali lagi. 319 00:24:50,157 --> 00:24:51,158 Semoga berjaya. 320 00:24:52,201 --> 00:24:56,079 Reverdy kata dia akan bersihkan nama kita daripada senarai jika kita berikan Spatz. 321 00:25:00,459 --> 00:25:02,711 Awak yakin dia akan tunaikan janji? 322 00:25:04,463 --> 00:25:05,464 Ya. 323 00:25:06,465 --> 00:25:07,674 Boleh awak cari Spatz? 324 00:25:08,967 --> 00:25:10,385 Saya boleh hantar dia mesej. 325 00:25:11,345 --> 00:25:12,679 Kata saya mahu bertemu. 326 00:25:13,388 --> 00:25:14,389 Minta dia hubungi saya. 327 00:25:15,599 --> 00:25:17,100 Ini Christian Dior. 328 00:25:17,100 --> 00:25:19,019 Awak dah bercakap dengan Franz? 329 00:25:22,564 --> 00:25:24,900 Jangan kembali sehingga kami panggil awak. 330 00:25:27,736 --> 00:25:29,112 Tuliskan alamat awak. 331 00:25:30,239 --> 00:25:33,325 Sekarang tak selamat. Bandar ini akan diceroboh. 332 00:25:33,992 --> 00:25:35,702 - Awak ada wang? - Saya boleh bayar. 333 00:25:36,870 --> 00:25:38,997 Kami akan hubungi awak jika saya ada maklumat. 334 00:25:40,582 --> 00:25:41,875 Anton. 335 00:25:43,877 --> 00:25:47,422 Budak ini akan datang ke alamat awak dan beritahu lokasi pertemuan kita. 336 00:25:47,422 --> 00:25:49,675 Hanya awak. Tiada orang lain. 337 00:25:50,884 --> 00:25:52,886 Awak nak tahu lokasi adik awak? 338 00:25:52,886 --> 00:25:56,056 Permintaan awak mustahil. Tapi, saya akan buat yang termampu. 339 00:25:56,056 --> 00:25:58,225 Kami nak bantu awak dan Catherine. 340 00:25:58,225 --> 00:25:59,977 Pastikan awak bawa wangnya. 341 00:26:06,859 --> 00:26:08,694 Jambangan ini baru dihantar. 342 00:26:09,987 --> 00:26:11,238 Terima kasih, Pn. Domenger. 343 00:26:11,238 --> 00:26:12,489 - Sama-sama. - Terima kasih. 344 00:26:23,959 --> 00:26:29,006 Gereja Annunciation. Saya tunggu awak. En. Lang. 345 00:26:39,433 --> 00:26:40,475 En. Lang ada di sini? 346 00:26:40,475 --> 00:26:41,977 Ya. Masuklah. 347 00:26:54,489 --> 00:26:57,159 KEHORMATAN DAN TANAH AIR 348 00:27:42,204 --> 00:27:43,872 Rancangan Madrid gagal. 349 00:27:43,872 --> 00:27:45,290 Ya, betul. 350 00:27:45,290 --> 00:27:46,667 Elsa. 351 00:27:49,127 --> 00:27:51,672 Saya tahu dia tak boleh dipercayai sebaik saja bertemu. 352 00:27:51,672 --> 00:27:54,800 - Awak tinggalkan saya sendirian di sana. - Tidak. 353 00:27:55,425 --> 00:28:00,848 Saya tunggu awak di luar hotel di Madrid, berharap kita bertemu. 354 00:28:03,892 --> 00:28:09,648 Tapi, saya nampak pasukan khas British menyerbu tempat itu. 355 00:28:11,066 --> 00:28:13,819 Saya risau mereka mencari saya. Kalau mereka tangkap saya... 356 00:28:16,363 --> 00:28:20,534 - pasti situasi awak jadi lebih teruk. - Tapi, awak dah selamat dan ada di sini. 357 00:28:22,494 --> 00:28:26,081 Ya. Buat masa ini. 358 00:28:30,335 --> 00:28:31,879 Awak tinggalkan saya. 359 00:28:33,547 --> 00:28:34,715 Saya tiada pilihan. 360 00:28:39,052 --> 00:28:39,887 Coco. 361 00:28:40,512 --> 00:28:41,930 Awak tinggalkan saya. 362 00:28:46,101 --> 00:28:47,186 Boleh awak maafkan saya? 363 00:28:51,190 --> 00:28:55,569 - Siapa itu? - Franz hantar awak? 364 00:28:55,569 --> 00:28:58,780 Ambil ini. Awak perlu pergi ke tempat ini, encik. Boleh? 365 00:28:59,281 --> 00:29:00,282 Pukul berapa? 366 00:29:00,282 --> 00:29:03,202 Pukul 9:00 malam. Saya perlu beritahu mereka. Awak akan hadir? 367 00:29:03,202 --> 00:29:05,204 Ya. Beritahu mereka, "Ya." 368 00:29:05,204 --> 00:29:06,163 Apa? 369 00:29:06,163 --> 00:29:09,208 - Bawa wang, bukan? - Ya. Pergi. Beritahu mereka, saya hadir. 370 00:29:10,375 --> 00:29:11,376 Apa? 371 00:29:12,377 --> 00:29:15,631 Saya nak pastikan awak tak keluar. Bandar ini akan bergolak malam ini. 372 00:29:16,215 --> 00:29:19,968 Jangan percayakan mereka. Mereka cuma mahukan wang awak, Christian. 373 00:29:19,968 --> 00:29:22,513 Itu saja. Mereka mungkin akan rompak atau lebih teruk. 374 00:29:23,597 --> 00:29:27,893 Awak yang suruh saya merasuah seseorang, Hervé. 375 00:29:27,893 --> 00:29:31,480 - Sekarang, saya tiada pilihan lain. - Okey. Saya akan ikut awak. 376 00:29:31,480 --> 00:29:33,023 Tidak, mereka melarangnya. 377 00:29:33,941 --> 00:29:35,108 Apa alamatnya? 378 00:29:35,734 --> 00:29:37,903 Mereka suruh saya datang sendirian. 379 00:29:37,903 --> 00:29:39,613 Saya tanya, apa alamatnya? 380 00:29:39,613 --> 00:29:41,990 Kami tak percaya kata-kata mereka. 381 00:29:41,990 --> 00:29:46,078 - Mereka suruh saya datang sendirian. - Saya boleh selesaikannya. 382 00:29:46,078 --> 00:29:49,039 Mereka mahu awak bersendirian dengan wang. Jangan jadi bodoh. 383 00:29:49,748 --> 00:29:53,001 Saya tahu cara untuk bercakap dengan mereka. Apa alamatnya? 384 00:30:02,177 --> 00:30:03,178 Saya tahu tempat ini. 385 00:30:03,971 --> 00:30:06,682 Mereka boleh rompak awak dan tiada siapa yang akan tahu. 386 00:30:14,022 --> 00:30:18,193 Masa dah suntuk. Saya tinggalkan Paris malam ini. 387 00:30:20,362 --> 00:30:21,405 Mari ikut saya. 388 00:30:22,990 --> 00:30:23,991 Malam ini? 389 00:30:24,533 --> 00:30:28,662 Saya ada dokumen. Saya boleh dapatkannya untuk awak dan keluar dari Perancis. 390 00:30:29,955 --> 00:30:30,998 Ke mana? 391 00:30:30,998 --> 00:30:36,003 Ke tempat selamat, Coco. Mari ikut saya. 392 00:30:51,143 --> 00:30:52,144 Kita nak ke mana? 393 00:30:57,191 --> 00:30:59,526 Saya akan beritahu selepas kita keluar dari Perancis. 394 00:31:02,779 --> 00:31:06,909 Tidak, cakaplah. Beritahu saya sekarang. Beritahu saya... 395 00:31:06,909 --> 00:31:08,619 Awak tak percayakan saya? 396 00:31:10,871 --> 00:31:12,164 Tak berapa percaya. 397 00:31:13,540 --> 00:31:14,625 Coco. 398 00:31:23,592 --> 00:31:28,430 Kemaskan barang-barang penting dan kembali secepat yang mungkin. 399 00:31:30,182 --> 00:31:32,559 - Jangan pergi tanpa saya. - Sudah tentu. 400 00:31:49,535 --> 00:31:50,536 Cepat. 401 00:32:15,936 --> 00:32:18,856 - Awak kata nak datang sendirian. - Saya pergi. 402 00:32:18,856 --> 00:32:21,066 Tidak. Jangan. 403 00:32:21,859 --> 00:32:25,320 Jangan ubah rancangan. Siapa ini? 404 00:32:25,320 --> 00:32:27,114 Siapa awak? 405 00:32:27,114 --> 00:32:29,283 Jangan risaukan dia. Tolonglah. 406 00:32:29,283 --> 00:32:30,450 Berhenti. 407 00:32:31,201 --> 00:32:32,202 Tengok. 408 00:32:33,328 --> 00:32:34,913 Saya bawa bayarannya. 409 00:32:38,000 --> 00:32:40,544 Mana duitnya? Apa ini? 410 00:32:40,544 --> 00:32:47,259 Ini sutera terbaik. Kain ini lebih berharga daripada franc. 411 00:32:47,259 --> 00:32:50,012 Awak bergurau? Mana duit itu? 412 00:32:50,012 --> 00:32:53,056 - Tunjukkan duit sebenar. - Saya ada sedikit duit, 413 00:32:53,056 --> 00:32:57,269 tapi ini kain dari Maison Lelong dan kain ini... 414 00:32:57,936 --> 00:32:59,688 Kain ini lebih mahal daripada emas. 415 00:32:59,688 --> 00:33:02,357 Tolonglah, Franz. Beritahu dia. Ambil sutera itu dan pergi. 416 00:33:02,357 --> 00:33:05,152 Saya boleh dapatkan lagi kalau awak mahu. 417 00:33:10,449 --> 00:33:12,993 En. Dior, adik awak pernah dilihat di Ravensbrück. 418 00:33:13,869 --> 00:33:14,870 Itu nama bandar? 419 00:33:15,579 --> 00:33:17,164 Kem pekerja di utara Berlin. 420 00:33:17,664 --> 00:33:21,376 Kebanyakannya wanita dan tahanan politik. Keadaannya mengerikan. 421 00:33:21,877 --> 00:33:23,295 Kem tahanan. 422 00:33:23,295 --> 00:33:25,672 Kem kerja, bukan kem penghapusan. 423 00:33:25,672 --> 00:33:28,342 Awak pasti tentangnya? Awak ada bukti? 424 00:33:28,342 --> 00:33:30,802 Kenalan kata seorang Catherine Dior sedang diproses. 425 00:33:30,802 --> 00:33:33,597 - Diproses? - Ya, itu saja yang saya tahu. 426 00:33:33,597 --> 00:33:34,848 Awak sebut "diproses." 427 00:33:35,557 --> 00:33:38,685 Itulah kod untuk tahanan yang akan terima layanan biadab. 428 00:33:39,645 --> 00:33:42,272 Ada yang diproses sampai mati. 429 00:33:42,773 --> 00:33:45,484 Catherine masih hidup? 430 00:33:47,945 --> 00:33:48,946 Saya tak tahu. 431 00:33:50,906 --> 00:33:53,492 Berapa harga untuk ketahuinya? 432 00:33:53,492 --> 00:33:56,662 Saya tak kisah walau berapa pun. Saya akan... Sebut saja... 433 00:33:56,662 --> 00:33:59,540 Sebut nilainya. Tolong beritahu saya. Berapa? 434 00:34:00,040 --> 00:34:01,917 Saya perlukan wang yang banyak. 435 00:34:03,210 --> 00:34:05,337 Saya minta maaf, Christian. Saya minta maaf. 436 00:34:06,547 --> 00:34:10,926 Beritahu saya, Franz, apa tugas awak kepada Empayar untuk terus hidup? 437 00:34:11,844 --> 00:34:12,886 Macam-macam perkara. 438 00:34:17,474 --> 00:34:18,475 Awak pula? 439 00:34:18,475 --> 00:34:22,688 - Berhenti, tolonglah. Hanya... - Saya pula? Tiada kaitan dengan Empayar. 440 00:34:22,688 --> 00:34:24,188 Saya tak khianati negara saya. 441 00:34:24,188 --> 00:34:26,275 Bagaimana awak harungi penjajahan? 442 00:34:26,275 --> 00:34:29,110 Saya orang Perancis. Saya berjuang selama empat tahun. 443 00:34:29,110 --> 00:34:30,612 Tolonglah, tunggu. Kami pergi. 444 00:34:30,612 --> 00:34:31,572 - Hentikan. - Hervé. 445 00:34:31,572 --> 00:34:32,906 - Cepat, tembak jika mahu. - Hervé. 446 00:34:32,906 --> 00:34:34,408 Ayuh kita mati di sini. 447 00:34:40,789 --> 00:34:41,915 Tidak! 448 00:34:43,500 --> 00:34:44,710 Tidak! 449 00:34:46,170 --> 00:34:48,672 Si tak guna ini takkan bawa adik awak kembali. 450 00:34:48,672 --> 00:34:50,382 Dia bantu kami! 451 00:34:50,382 --> 00:34:54,469 Catherine dah mati. Awak tak dengar cakap dia? Dia dah mati. 452 00:34:54,469 --> 00:34:58,348 Dia berada di kem kerja di Nazi Jerman. Dia takkan kembali. 453 00:35:00,142 --> 00:35:01,643 Franz nak tolong awak! 454 00:35:01,643 --> 00:35:03,562 Franz nak tolong. 455 00:35:17,743 --> 00:35:19,536 - Ayuh. - Sedia. 456 00:35:44,811 --> 00:35:46,563 Saya menyesal. 457 00:35:48,106 --> 00:35:49,816 Saya pun. Kita semua menyesal. 458 00:35:56,240 --> 00:35:57,824 Tapi, kita perlu teruskan hidup? 459 00:36:10,128 --> 00:36:12,589 Si tak guna ini takkan bawa adik awak kembali. 460 00:36:12,589 --> 00:36:14,258 Dia bantu kami! 461 00:36:14,258 --> 00:36:16,635 Catherine dah mati. Awak tak dengar cakap dia? 462 00:36:16,635 --> 00:36:18,387 Awak tak dengar cakap dia? Dia dah mati. 463 00:36:18,387 --> 00:36:21,974 Dia berada di kem kerja di Nazi Jerman. Dia takkan kembali. 464 00:36:22,933 --> 00:36:26,436 Saya tak tahu bagaimana awak hadapinya. Awak lebih tabah daripada saya. 465 00:36:27,771 --> 00:36:28,981 Lebih tabah? 466 00:36:31,149 --> 00:36:34,278 Untuk meneruskan hidup, kita perlu tinggalkan hidup silam. 467 00:36:36,196 --> 00:36:37,406 Hidup Perancis. 468 00:36:40,742 --> 00:36:42,494 Hidup Coco, Baron sayang. 469 00:37:19,990 --> 00:37:20,991 Helo? 470 00:37:21,491 --> 00:37:22,492 Dia tiada di sini. 471 00:37:23,368 --> 00:37:25,245 Mustahil. Dia pasti ada di sana. 472 00:37:25,746 --> 00:37:31,210 Kosong. Saya dah cakap, dia tiada di sini. Saya tak boleh lindungi awak lagi. 473 00:37:31,210 --> 00:37:35,547 Awak dah tanya biarawati? Dia dah berjanji untuk tunggu saya. 474 00:37:35,547 --> 00:37:38,550 Saya minta maaf, sayang. Nama awak kekal dalam senarai. 475 00:37:38,550 --> 00:37:40,594 Mereka perlu tangkap awak. 476 00:37:40,594 --> 00:37:42,262 Pierre, tunggu! Tunggu... 477 00:37:44,097 --> 00:37:45,516 Reverdy memburu kita? 478 00:37:48,352 --> 00:37:49,770 Spatz lari tanpa saya. 479 00:37:52,356 --> 00:37:53,815 Kita perlu pergi. 480 00:37:54,900 --> 00:37:56,944 Dia dah berjanji nak tunggu saya. 481 00:37:56,944 --> 00:37:59,279 - Saya ambil kereta saya. - Dia khianati saya. 482 00:38:00,072 --> 00:38:01,240 Awak serahkan nama dia. 483 00:38:04,910 --> 00:38:09,665 Saya tak sangka. Saya benar-benar akan tinggalkan Paris. 484 00:38:09,665 --> 00:38:14,545 Alamak... Butik saya. Reputasi saya. 485 00:38:15,420 --> 00:38:17,840 Nyawa awak lebih penting. 486 00:38:21,051 --> 00:38:25,806 Jika saya pergi, itu seolah-olah saya mengakui sepenuhnya kesalahan saya. 487 00:38:26,890 --> 00:38:29,893 Pergi kemas beg. Kita jumpa di lorong belakang hotel. 488 00:38:34,565 --> 00:38:36,024 Coco, tolonglah. 489 00:38:36,024 --> 00:38:39,278 Ya, okey. Saya akan kemas beg. 490 00:38:44,491 --> 00:38:47,578 Apabila bapa saya ditangkap semasa perang bermula, 491 00:38:48,328 --> 00:38:50,789 saya pergi ke merata tempat mencari dia. 492 00:38:50,789 --> 00:38:53,709 Sejenis obsesi menguasai saya. 493 00:38:54,918 --> 00:38:57,087 Saya tak boleh berhenti cuba selamatkan dia. 494 00:38:58,046 --> 00:38:59,798 Siapa itu agaknya? 495 00:39:31,663 --> 00:39:32,956 - Christian. - Cristóbal. 496 00:39:34,082 --> 00:39:36,960 Saya fikirkan pilihan lain yang kita ada. 497 00:39:36,960 --> 00:39:39,379 Saya cuba hubungi Coco Chanel. 498 00:39:39,379 --> 00:39:41,256 Dulu anak saudaranya sertai tentera. 499 00:39:41,924 --> 00:39:45,469 Dia ditangkap dan ditahan di penjara Jerman selama empat tahun. 500 00:39:45,469 --> 00:39:46,637 Saya tak faham. 501 00:39:47,221 --> 00:39:49,223 Chanel ada kenalan dalam tentera Nazi. 502 00:39:54,144 --> 00:39:57,523 Dia gunakan kenalannya untuk bebaskan anak saudaranya. 503 00:40:27,553 --> 00:40:29,471 - Ya? - Boleh saya guna telefon awak? 504 00:40:29,471 --> 00:40:30,764 - Ya. - Terima kasih. 505 00:40:35,894 --> 00:40:39,189 Awak kenal dia. Awak pernah bekerja untuk dia. 506 00:40:39,189 --> 00:40:41,275 Dia benci dan meluat dengan saya. 507 00:40:41,275 --> 00:40:42,359 Awak perlu jumpa dia. 508 00:40:44,236 --> 00:40:46,071 Dia di Ritz. Biar saya telefon dia. 509 00:40:47,406 --> 00:40:48,407 Tolong saya. 510 00:40:59,168 --> 00:41:00,169 Helo? 511 00:41:00,169 --> 00:41:04,923 Coco, awak patut turun. Awak perlu pergi sekarang. 512 00:41:04,923 --> 00:41:09,052 Ya, saya panik. Saya datang. Belakang hotel. 513 00:41:09,052 --> 00:41:10,804 Ya. Tolong cepat. 514 00:41:14,016 --> 00:41:15,017 Terima kasih. 515 00:41:16,393 --> 00:41:17,728 YAHUDI DILARANG MASUK 516 00:41:26,153 --> 00:41:28,280 Meja penyambut tetamu tak menjawab. Alamak. 517 00:41:29,615 --> 00:41:31,617 Pasti bandar ini huru-hara malam ini. 518 00:41:39,875 --> 00:41:43,962 Saya perlu pergi ke hotel itu sendiri. Saya tak boleh lepaskan peluang. 519 00:41:43,962 --> 00:41:45,797 Lebih baik dia pergi sendirian. 520 00:41:45,797 --> 00:41:48,175 Peluang lebih tinggi jika kamu bercakap berdua. 521 00:41:49,051 --> 00:41:51,345 Hati-hati. Kita tak selamat di luar sana. 522 00:41:52,596 --> 00:41:53,764 Saya terus cuba hubungi dia. 523 00:41:53,764 --> 00:41:56,141 - Terima kasih. - Saya akan maklumkan kedatangan awak. 524 00:42:01,188 --> 00:42:02,481 Coco, saya Cristóbal. 525 00:42:29,424 --> 00:42:30,634 Alamak. 526 00:42:31,426 --> 00:42:34,555 Baron de Vaufreland? Awak ditahan sebagai musuh Perancis. 527 00:42:34,555 --> 00:42:38,392 Awak salah faham. Saya di pihak kamu. 528 00:42:38,392 --> 00:42:41,562 Saya tak bersalah! 529 00:42:42,062 --> 00:42:43,856 - Kami perlu bunuh awak di sini. - Tolong, saya merayu. 530 00:42:43,856 --> 00:42:46,066 - Tembak dia. - Kamu tersilap. 531 00:42:46,066 --> 00:42:48,277 Saya kenal Pierre Reverdy! Saya kenal dia. 532 00:42:49,278 --> 00:42:50,362 Tolonglah! 533 00:42:51,446 --> 00:42:54,157 Tolonglah, jangan. Tidak! 534 00:43:34,573 --> 00:43:36,200 Saya Christian Dior. 535 00:43:37,576 --> 00:43:39,369 Ya. Saya tahu awak datang. 536 00:43:39,912 --> 00:43:43,749 Saya minta maaf datang secara tiba-tiba, 537 00:43:43,749 --> 00:43:49,338 tapi saya sangat perlukan bantuan awak. Saya cuma nak bercakap sebentar. 538 00:43:49,338 --> 00:43:53,091 Adik saya, Catherine, telah ditangkap oleh tentera Nazi. Dibawa ke Ravensbrück. 539 00:43:54,676 --> 00:44:01,600 Tolonglah, adik saya, Catherine... Dia baik hati orangnya. 540 00:44:01,600 --> 00:44:04,645 Saya perlu cari jalan untuk bebaskan dia. 541 00:44:04,645 --> 00:44:07,064 Dia takkan selamat di sana. 542 00:44:09,316 --> 00:44:12,653 Saya tahu seseorang pernah bantu awak 543 00:44:14,279 --> 00:44:17,616 untuk bebaskan anak saudara awak, seseorang yang rapat dengan Nazi. 544 00:44:19,535 --> 00:44:20,536 Siapa beritahu awak? 545 00:44:22,162 --> 00:44:24,414 Boleh awak tolong hubungi mereka? 546 00:44:27,167 --> 00:44:28,168 Tidak, tak boleh. 547 00:44:31,839 --> 00:44:33,882 Tolong maafkan saya. 548 00:44:37,427 --> 00:44:39,054 Kenapa awak tak mahu tolong saya? 549 00:44:40,305 --> 00:44:42,724 Awak perlu faham, itu mustahil. 550 00:44:43,475 --> 00:44:46,311 Lelaki yang bantu selamatkan anak saudara saya dah tiada. 551 00:44:47,145 --> 00:44:50,148 Sekarang, kita perlu tolong diri sendiri. 552 00:44:50,148 --> 00:44:53,861 Jangan korbankan diri demi kesetiaan, En. Dior. 553 00:44:55,779 --> 00:44:57,197 Itu perbuatan sia-sia. 554 00:45:00,576 --> 00:45:02,202 Saya tak boleh tolong awak atau adik awak. 555 00:45:05,747 --> 00:45:09,585 Cari impian yang lebih baik. 556 00:45:11,753 --> 00:45:13,172 Impian yang awak boleh capai. 557 00:45:23,557 --> 00:45:28,228 Jika awak tak beritahu kami penglibatan dia dengan Schellenberg, 558 00:45:29,188 --> 00:45:30,898 pasti dia dah terlepas. 559 00:45:30,898 --> 00:45:35,611 Sekarang saya boleh minta Pemberontak bersihkan nama awak daripada senarai itu. 560 00:45:36,612 --> 00:45:42,534 Nasihat saya, Coco, beritahu semua orang yang awak terima kemenangan pihak Berikat. 561 00:45:44,119 --> 00:45:45,204 Ini permulaan baru. 562 00:45:46,955 --> 00:45:49,958 Semoga kita dengar bunyi loceng di seluruh Paris esok. 563 00:45:51,126 --> 00:45:53,462 Saya memang harapkan kemenangan kita. 564 00:45:55,589 --> 00:45:56,590 Selamat malam. 565 00:45:57,758 --> 00:45:59,009 Selamat malam. 566 00:46:17,361 --> 00:46:19,279 Hidup Perancis! 567 00:46:20,614 --> 00:46:21,698 Hidup Perancis! 568 00:46:21,698 --> 00:46:23,492 KEM TAHANAN RAVENSBRÜCK 569 00:46:25,953 --> 00:46:27,913 Jalan! Kalau jatuh, kamu mati! 570 00:47:04,032 --> 00:47:06,618 Syabas! Terima kasih. 571 00:47:15,377 --> 00:47:18,172 Kami sayang kamu! 572 00:47:19,673 --> 00:47:24,803 Untuk teman wanita atau isteri awak! Ya. Perancis sayang kamu! 573 00:47:30,601 --> 00:47:32,102 Selamat datang, semua. 574 00:47:34,563 --> 00:47:35,981 Perancis sayang kamu! 575 00:49:02,776 --> 00:49:04,778 Terjemahan sari kata oleh Hamdan Alias