1 00:00:04,922 --> 00:00:05,923 Sudahlah! 2 00:00:05,923 --> 00:00:07,257 BERDASARKAN KISAH SEBENAR 3 00:00:07,257 --> 00:00:09,009 Nyanyi lagi, Coco. Cepatlah. 4 00:00:09,009 --> 00:00:13,555 1905 MOULINS, PERANCIS 5 00:00:19,728 --> 00:00:21,313 Coco, mereka suka awak. 6 00:00:21,313 --> 00:00:24,316 - Suara awak... - Tarian awak menarik perhatian. 7 00:00:24,316 --> 00:00:25,984 Mereka sukakannya. 8 00:00:25,984 --> 00:00:31,573 Seluruh kelab menjerit, "Elsa!" Mereka mahu awak tanggal pakaian. 9 00:00:31,573 --> 00:00:32,866 Sudahlah. 10 00:00:35,536 --> 00:00:39,414 Awak tak kisah saya menumpang? Janji, saya akan bayar apabila dibayar. 11 00:00:39,414 --> 00:00:40,916 Ya, dah tentu. 12 00:00:41,875 --> 00:00:43,544 Awak boleh tumpang selama yang perlu. 13 00:00:44,586 --> 00:00:46,797 Ayuh raikan malam pertama sebagai rakan sebilik. 14 00:00:46,797 --> 00:00:48,382 Ya! Raikan. 15 00:00:50,592 --> 00:00:52,177 - Jemput minum. - Jemput minum. 16 00:00:56,139 --> 00:00:58,100 Awak memang mahu jadi penyanyi? 17 00:00:58,100 --> 00:00:59,268 Tidak. 18 00:01:00,060 --> 00:01:01,937 Tapi, awak sangat berbakat. 19 00:01:03,272 --> 00:01:04,272 Saya cemburu. 20 00:01:05,315 --> 00:01:08,151 Sebenarnya, saya nak hasilkan topi. 21 00:01:10,153 --> 00:01:13,615 Mungkin jadi pereka suatu hari nanti. Gaun. 22 00:01:14,992 --> 00:01:17,828 Yakah? Di mana? 23 00:01:17,828 --> 00:01:19,621 Sudah tentu di Paris. 24 00:01:20,205 --> 00:01:21,373 Paris? 25 00:01:23,000 --> 00:01:24,001 Saya nak ikut. 26 00:01:24,001 --> 00:01:25,544 Ya, awak mesti ikut. 27 00:01:26,211 --> 00:01:27,671 Awak pandai bergaya. 28 00:01:29,298 --> 00:01:31,550 Kemudian kita boleh hidup senang. 29 00:01:33,927 --> 00:01:35,304 Kita boleh bekerjasama. 30 00:01:39,641 --> 00:01:41,894 Janji awak akan bawa saya. 31 00:01:42,561 --> 00:01:44,188 Saya janji, Elsa. 32 00:01:45,814 --> 00:01:47,024 Saya janji. 33 00:01:48,525 --> 00:01:50,194 Kita akan sentiasa bersama. 34 00:01:52,196 --> 00:01:53,322 Elsa, bangun. 35 00:02:00,913 --> 00:02:01,914 Helo. 36 00:02:03,165 --> 00:02:04,416 Awak rupanya. 37 00:02:04,416 --> 00:02:06,043 Lambat awak sampai. 38 00:02:06,585 --> 00:02:08,419 Saya dah mula sukakan tempat ini. 39 00:02:08,419 --> 00:02:09,755 Ayuh pergi. 40 00:02:10,255 --> 00:02:13,425 Ya, dah tentu, sayang. Saya nak ambil barang saya. 41 00:02:13,425 --> 00:02:14,760 Awak tiada barang. 42 00:02:14,760 --> 00:02:16,720 Jangan biadap dengan saya. 43 00:02:17,930 --> 00:02:19,556 Awak ditahan atas salah sendiri. 44 00:02:20,057 --> 00:02:21,225 Apa yang awak fikirkan? 45 00:02:23,477 --> 00:02:25,145 Awak rosakkan peluang terakhir awak. 46 00:03:31,545 --> 00:03:34,506 Loulou? 47 00:03:37,885 --> 00:03:39,303 Helo. 48 00:03:39,303 --> 00:03:41,972 Christian? Ikut saya. 49 00:03:42,514 --> 00:03:44,391 Saya nak tunjukkan bayangan saya. 50 00:03:45,934 --> 00:03:50,314 Saya tahu awak risau ruang tak cukup untuk semua tetamu duduk. 51 00:03:50,314 --> 00:03:51,732 Ya. Apa kita nak buat? 52 00:03:51,732 --> 00:03:53,567 Kita guna tangga. 53 00:03:54,276 --> 00:03:56,778 Mereka boleh duduk di sini dan di sini. 54 00:03:57,738 --> 00:03:59,823 Semua model akan muncul dari bilik. 55 00:04:00,365 --> 00:04:03,243 Kita boleh guna pelantar sebagai sebahagian daripada pentas. 56 00:04:03,243 --> 00:04:04,411 Ya. 57 00:04:04,411 --> 00:04:07,706 Kita boleh gantung langsir di sini dan di sini. 58 00:04:08,749 --> 00:04:09,875 Pasti menakjubkan. 59 00:04:10,792 --> 00:04:14,880 Saya juga boleh buat sejambak bunga yang sangat besar di atas pendiang. 60 00:04:14,880 --> 00:04:16,339 Pasti mengagumkan. 61 00:04:17,341 --> 00:04:19,384 Nasib baik awak ada, Bérard. 62 00:04:22,304 --> 00:04:24,139 Ini peluang awak untuk berjaya, kawan. 63 00:04:24,139 --> 00:04:26,642 Serlahkan diri awak. Hayatinya. 64 00:04:26,642 --> 00:04:28,519 Peluang begini takkan berulang. 65 00:04:28,519 --> 00:04:29,853 Ya. 66 00:04:29,853 --> 00:04:33,148 - Butik awak pasti menakjubkan. - Christian. 67 00:04:34,066 --> 00:04:37,236 En. Vigouroux datang dan nak bercakap dengan awak 68 00:04:37,236 --> 00:04:39,738 sebelum awak pergi ke pengebumian ayah awak. 69 00:04:39,738 --> 00:04:41,823 Pergi. Jangan risau. 70 00:04:41,823 --> 00:04:43,367 Saya boleh uruskan semua. 71 00:04:43,867 --> 00:04:45,452 Ziarah ayah awak dengan tenang. 72 00:04:49,164 --> 00:04:53,043 Cantiknya. Saya tak pernah lihat butik seindah ini. 73 00:04:55,045 --> 00:04:56,713 Awak sangat menakjubkan. 74 00:04:56,713 --> 00:05:00,092 En. Cardin, terima kasih sebab melawat kami. 75 00:05:00,092 --> 00:05:01,051 Puan. 76 00:05:01,051 --> 00:05:04,680 Saya masih ingat, pertemuan terakhir kita di Lelong. 77 00:05:04,680 --> 00:05:08,392 Jangan risau, encik. Saya takkan tanggal seluar saya kali ini. 78 00:05:08,892 --> 00:05:10,394 Tapi, kalau awak suka begitu, 79 00:05:10,394 --> 00:05:13,605 - saya... - Sebenarnya, 80 00:05:13,605 --> 00:05:16,650 sesiapa yang bekerja di sini perlu memakai seluar. 81 00:05:18,026 --> 00:05:19,027 Bekerja di sini? 82 00:05:19,528 --> 00:05:23,115 - Awak tawarkan saya pekerjaan? - Kami perlukan ketua tukang jahit. 83 00:05:23,615 --> 00:05:24,658 Saya? 84 00:05:27,870 --> 00:05:28,871 Biar betul. 85 00:05:29,872 --> 00:05:32,583 Ya! Saya mula bekerja hari ini. 86 00:05:33,083 --> 00:05:34,668 Mana tukang jahitnya? 87 00:05:35,586 --> 00:05:37,004 Kita perlu lantik lebih ramai. 88 00:05:37,004 --> 00:05:38,338 Pejabat awak di atas. 89 00:05:38,338 --> 00:05:40,299 Saya boleh buat sendiri. 90 00:05:40,299 --> 00:05:42,801 Saya tak perlukan cuti atau tidur. 91 00:05:42,801 --> 00:05:45,262 Helo. Pierre Cardin, ketua tukang jahit. 92 00:05:45,262 --> 00:05:46,471 Salam perkenalan. 93 00:05:46,471 --> 00:05:48,849 Helo! Pierre Cardin, ketua tukang jahit. 94 00:05:48,849 --> 00:05:50,475 Salam perkenalan. 95 00:05:51,393 --> 00:05:55,230 Kita dah terlewat dan awak sangat kekurangan kakitangan. 96 00:05:55,230 --> 00:05:59,318 Semua tukang jahit yang berbakat dah bekerja untuk pereka lain. 97 00:05:59,902 --> 00:06:02,738 Saya dan En. Boussac fikir, jika awak tak ambil mereka segera, 98 00:06:02,738 --> 00:06:05,199 - kita terlepas tarikh akhir. - Kami masih mencari. 99 00:06:05,741 --> 00:06:08,952 Christian, maaf mencelah. 100 00:06:08,952 --> 00:06:10,704 Kita perlu bertolak ke Callian. 101 00:06:10,704 --> 00:06:14,625 Kita perlu ambil tukang jahit dari butik-butik lain. 102 00:06:14,625 --> 00:06:16,543 Perlukah kita buat begitu? 103 00:06:16,543 --> 00:06:20,756 Tidak. Kita takkan curi pekerja kawan-kawan saya. 104 00:06:20,756 --> 00:06:22,591 Tidak, itu bukan mencuri, Christian. 105 00:06:23,675 --> 00:06:25,219 Keadaan memaksa kita. 106 00:06:25,219 --> 00:06:27,763 - Kami tak mahu buat begitu. - Saya tahu. 107 00:06:27,763 --> 00:06:30,307 Ya. Tidak, pasti ada cara lain. 108 00:06:30,307 --> 00:06:34,228 Kawan atau tidak, kalau tak dapat tukang jahit yang diperlukan sekarang 109 00:06:34,228 --> 00:06:35,896 kita terlepas tarikh pelancaran. 110 00:06:35,896 --> 00:06:38,440 Awak juga perlu menjawab kepada En. Boussac. 111 00:06:38,440 --> 00:06:41,026 Christian, kita perlu kejar kereta api ke Callian. 112 00:06:41,026 --> 00:06:43,737 Maaf sebab menyusahkan awak dengan semua ini 113 00:06:43,737 --> 00:06:45,155 semasa awak bersedih. 114 00:06:45,155 --> 00:06:46,240 Maaf. 115 00:06:47,115 --> 00:06:50,118 Ya, salam takziah daripada kami, Christian. 116 00:06:50,118 --> 00:06:51,703 Kita akan tepati tarikh akhir. 117 00:06:54,581 --> 00:06:56,250 Bagaimana awak nak tepatinya? 118 00:06:59,753 --> 00:07:02,548 Awak nak lawat sesiapa di Great Britain? 119 00:07:04,174 --> 00:07:05,175 Kenapa? 120 00:07:05,801 --> 00:07:07,094 Awak perlukan bantuan. 121 00:07:08,303 --> 00:07:10,722 Mungkin Lottie. Kakak tiri saya. 122 00:07:11,431 --> 00:07:12,850 Dia selalu cemburukan awak. 123 00:07:13,475 --> 00:07:16,728 Ya, sebab saya anak tak sah taraf yang seksi. 124 00:07:17,646 --> 00:07:19,773 Hubungi dia. Saya dah kemas barang awak. 125 00:07:20,357 --> 00:07:21,567 Awak perlu pergi. 126 00:07:27,698 --> 00:07:28,907 Saya takkan ke mana-mana. 127 00:07:30,033 --> 00:07:32,286 Awak tak boleh asyik ketepikan saya. 128 00:07:32,286 --> 00:07:34,371 Berjanji macam-macam, kemudian buang saya. 129 00:07:34,371 --> 00:07:35,289 Jangan harap. 130 00:07:35,289 --> 00:07:37,958 Awak serang seorang lelaki untuk dapatkan dadah. 131 00:07:37,958 --> 00:07:41,712 Awak ditangkap semasa saya mahu bina semula hidup saya. 132 00:07:41,712 --> 00:07:44,756 Saya minta maaf. Saya janji akan berhenti menagih. 133 00:07:44,756 --> 00:07:47,342 Awak tak layak berjanji. 134 00:07:48,260 --> 00:07:51,180 Awak dah berubah. Spatz pengaruhi awak. 135 00:07:51,722 --> 00:07:54,600 Sejak si Nazi itu muncul, kelakuan awak macam orang gila. 136 00:07:54,600 --> 00:07:57,269 - Jangan sebut perkataan itu. - Apa? 137 00:07:57,269 --> 00:07:59,188 "Nazi." Berhenti sebut "Nazi." 138 00:07:59,188 --> 00:08:00,856 Memang betul, bukan? 139 00:08:00,856 --> 00:08:04,651 Dia seorang Nazi yang awak tak boleh berhenti setubuhi. 140 00:08:04,651 --> 00:08:07,529 Apa dah jadi pada hidup saya? Awak menyusahkan. 141 00:08:07,529 --> 00:08:09,281 Ya Tuhan. 142 00:08:11,366 --> 00:08:12,576 Awak dah pulang. 143 00:08:13,952 --> 00:08:16,371 - Bagaimana keadaan di penjara? - Makanannya lazat. 144 00:08:16,371 --> 00:08:18,373 André, ayuh duduk bersama. 145 00:08:19,833 --> 00:08:22,961 Saya dah aturkan makan malam untuk kita malam esok. 146 00:08:22,961 --> 00:08:25,005 Saya turut jemput En. Lang. 147 00:08:25,589 --> 00:08:26,757 Kenapa? 148 00:08:27,508 --> 00:08:30,219 Dia sentiasa ada di suite mak cik, tapi saya tak kenal dia. 149 00:08:30,219 --> 00:08:31,637 Mak cik rasa dia sibuk. 150 00:08:31,637 --> 00:08:33,138 Dia akan datang. 151 00:08:33,138 --> 00:08:34,597 Saya dah jemput dia. 152 00:08:34,597 --> 00:08:35,765 Kamu semua dijemput. 153 00:08:35,765 --> 00:08:37,643 Mak cik rasa itu bukan idea yang bagus. 154 00:08:37,643 --> 00:08:40,604 Jangan risau. Saya akan layan dia baik-baik. 155 00:08:41,188 --> 00:08:43,148 Kalau mak cik suka dia, saya pun mahu. 156 00:08:47,319 --> 00:08:51,698 Syukurlah hospital benarkan awak keluar untuk hadiri pengebumian ayah hari ini. 157 00:08:53,534 --> 00:08:54,910 Saya nampak sihat. 158 00:08:55,410 --> 00:08:57,454 Awak memang sihat. 159 00:08:57,454 --> 00:08:59,081 Kini saya nampak sangat sihat. 160 00:09:00,582 --> 00:09:02,000 Kolarnya terlalu ketat? 161 00:09:02,543 --> 00:09:03,544 Tidak. 162 00:09:04,586 --> 00:09:06,755 Tidak. Ia sedang elok. 163 00:09:07,673 --> 00:09:09,258 Seolah-olah dijahit untuk saya. 164 00:09:10,467 --> 00:09:11,760 Ia memang dijahit untuk awak. 165 00:09:13,470 --> 00:09:14,471 Awak jahitnya? 166 00:09:15,639 --> 00:09:17,015 Ya, untuk awak. 167 00:09:17,808 --> 00:09:19,309 Ayuh pergi. 168 00:09:22,396 --> 00:09:23,981 Awak nampak kacak. 169 00:09:23,981 --> 00:09:25,816 Christian jahit untuk saya. 170 00:09:27,818 --> 00:09:29,444 Raymond dah sampai? 171 00:09:30,612 --> 00:09:32,489 Ya. Dia di luar. 172 00:09:33,115 --> 00:09:35,701 Dia risau tentang siapa akan berucap di pengebumian. 173 00:09:45,502 --> 00:09:48,338 Bagaimana angin abang kita hari ini? 174 00:09:49,840 --> 00:09:51,800 Tak baik, macam selalu. 175 00:09:53,802 --> 00:09:55,929 Inikan pengebumian. 176 00:10:02,477 --> 00:10:07,191 Ada seperkara tentang ayah saya yang tak diketahui umum, tapi benar. 177 00:10:08,192 --> 00:10:12,154 Maurice Dior sukakan keindahan. 178 00:10:13,989 --> 00:10:17,492 Tapi, nasib malang memaksa dia merendah diri. 179 00:10:19,119 --> 00:10:22,164 Dia tak memanjakan kami dengan kekayaan, 180 00:10:22,164 --> 00:10:27,794 tapi dia mengajar kami untuk berusaha. 181 00:10:29,505 --> 00:10:31,757 Berusaha untuk sesuatu. 182 00:10:34,259 --> 00:10:36,887 Bertabah dengan bermaruah. 183 00:10:39,681 --> 00:10:40,682 Juga, 184 00:10:43,352 --> 00:10:44,603 dengan kasih sayang. 185 00:10:47,022 --> 00:10:48,524 Rasa bangga. 186 00:10:49,525 --> 00:10:51,193 Juga kesukaran. 187 00:10:53,403 --> 00:10:54,571 Sekarang dia... 188 00:10:56,573 --> 00:10:58,450 di tempat yang indah... 189 00:11:00,786 --> 00:11:04,540 dikelilingi orang yang menyayanginya. 190 00:11:07,960 --> 00:11:09,294 Selamat jalan, ayah. 191 00:11:11,672 --> 00:11:16,301 Saya harap ayah jumpa akhirnya perkara yang ayah cari. 192 00:11:22,432 --> 00:11:23,851 Sangat indah, Christian. 193 00:11:25,686 --> 00:11:27,938 Tapi, awak terlalu menjaga hati dia. 194 00:11:33,193 --> 00:11:34,736 Salam takziah. 195 00:11:40,742 --> 00:11:42,536 Ucapan awak sangat menyentuh hati. 196 00:11:44,037 --> 00:11:46,582 Ayah awak baik orangnya. 197 00:11:46,582 --> 00:11:47,875 Salam takziah. 198 00:12:24,578 --> 00:12:28,165 Raymond, terlibat dalam pertempuran di awal peperangan. 199 00:12:28,165 --> 00:12:30,042 Dia terlibat dalam pertempuran awal. 200 00:12:30,042 --> 00:12:33,420 - Yakah? - Ya. Kemudian ditangkap. 201 00:12:34,129 --> 00:12:37,132 Sebenarnya, saya ditahan oleh Jerman selama beberapa bulan 202 00:12:37,132 --> 00:12:39,760 sebelum mereka jadi benar-benar kejam. 203 00:12:40,385 --> 00:12:44,223 Layanan mereka tak seteruk bulan-bulan seterusnya. 204 00:12:45,182 --> 00:12:49,102 Awak tahu, Christian turut dikerahkan ke dalam tentera Perancis? 205 00:12:49,937 --> 00:12:51,146 Awak bertempur? 206 00:12:51,146 --> 00:12:52,231 Jarang. 207 00:12:53,065 --> 00:12:55,192 Boleh awak bayangkan saya bertempur? 208 00:12:55,192 --> 00:12:57,903 Saya tak boleh bayangkan awak pakai seragam pun. 209 00:12:57,903 --> 00:12:59,071 En. Dior. 210 00:13:00,197 --> 00:13:02,533 Saya ada hadiah untuk awak sekeluarga. 211 00:13:02,533 --> 00:13:07,162 En. Friedman, ini mawar Granville. Kegemaran ayah saya. 212 00:13:08,247 --> 00:13:09,831 Bagaimana awak tahu? 213 00:13:10,791 --> 00:13:12,876 Saya buka kedai bunga di pekan. 214 00:13:14,920 --> 00:13:18,257 Saya dah pesan bunga ini dan ia akan tiba esok. 215 00:13:19,049 --> 00:13:20,717 Saya akan tolong tanamkannya. 216 00:13:21,593 --> 00:13:23,846 - Terima kasih. - Sama-sama. 217 00:13:26,056 --> 00:13:27,140 Catherine. 218 00:13:30,519 --> 00:13:31,770 En. Friedman. 219 00:13:34,773 --> 00:13:38,861 Kenapa awak tak nak beritahu saya perkara yang menimpa anak saya? 220 00:13:38,861 --> 00:13:40,696 Apa maksud dia? 221 00:13:40,696 --> 00:13:43,824 Anak saya, Tania, ditahan di kem yang sama seperti Catherine. 222 00:13:46,451 --> 00:13:48,745 Saya tak boleh tolong awak. Maaf. 223 00:13:56,378 --> 00:13:57,588 En. Lang... 224 00:13:58,463 --> 00:14:00,174 Dia lebih suka dipanggil Spatz. 225 00:14:00,174 --> 00:14:01,425 Ya, saya ada dengar. 226 00:14:01,925 --> 00:14:02,968 Itu nama Jerman? 227 00:14:02,968 --> 00:14:04,803 - Ya, itu nama Jerman. - Tidak. 228 00:14:06,722 --> 00:14:07,931 Itu nama Jerman. 229 00:14:10,517 --> 00:14:12,102 Seronoknya. 230 00:14:12,936 --> 00:14:14,605 Mahu tambah wain? 231 00:14:15,772 --> 00:14:18,317 Kita memang perlu tambah wain. 232 00:14:18,317 --> 00:14:21,486 Sekarang, saya lebih suka dipanggil En. Lang. 233 00:14:21,486 --> 00:14:23,655 Spatz ialah nama samaran lama saya. 234 00:14:24,323 --> 00:14:25,490 Jangan minum berlebihan. 235 00:14:25,991 --> 00:14:28,535 Jangan sampai awak dipenjarakan lagi. 236 00:14:28,535 --> 00:14:31,246 Ya, sebab saya dah jadi penjenayah besar. 237 00:14:31,246 --> 00:14:33,665 En. Lang, 238 00:14:34,291 --> 00:14:36,251 apa pekerjaan awak semasa perang? 239 00:14:36,251 --> 00:14:41,757 Saya menjual kain, bukan? 240 00:14:41,757 --> 00:14:44,968 André, sayang, Peter tak mahu bercakap tentang perniagaan. 241 00:14:44,968 --> 00:14:46,053 Ayuh pesan makanan. 242 00:14:46,053 --> 00:14:48,222 Awak pula? Apa pekerjaan awak? 243 00:14:49,056 --> 00:14:50,140 Saya askar Perancis. 244 00:14:51,058 --> 00:14:53,018 Ya, André sangat berani. 245 00:14:53,519 --> 00:14:56,647 Kamu ada burung pegar petang ini? 246 00:14:56,647 --> 00:14:58,524 Tidak, cik. Hanya kambing. 247 00:15:00,400 --> 00:15:01,485 Kambing? 248 00:15:01,485 --> 00:15:03,445 Saya pasti Perancis bertuah 249 00:15:03,445 --> 00:15:07,449 sebab awak berjuang untuk mereka dengan ganas di medan perang. 250 00:15:08,325 --> 00:15:09,326 Awak ada dikerah? 251 00:15:10,369 --> 00:15:13,747 Sayangnya saya tak suka bertempur. 252 00:15:13,747 --> 00:15:14,998 Awak pasti? 253 00:15:15,999 --> 00:15:17,918 - Sangat pasti, ya. - Yakah? 254 00:15:18,460 --> 00:15:20,087 Jadi, apa kesukaan awak? 255 00:15:21,004 --> 00:15:24,258 Tak semua orang sesuai bertempur, Elsa. 256 00:15:24,258 --> 00:15:26,885 Saya memang lebih suka berlembut. 257 00:15:28,178 --> 00:15:29,930 Ya, awak lelaki sensitif. 258 00:15:31,265 --> 00:15:35,269 Pencinta, bukan pejuang. Itu sikap sebenar En. Lang. 259 00:15:36,061 --> 00:15:38,772 Nampaknya tiada burung pegar malam ini. 260 00:15:38,772 --> 00:15:39,940 Mahu pesan kambing? 261 00:15:39,940 --> 00:15:42,484 - Pergi sajalah. - Saya minta maaf. 262 00:15:42,484 --> 00:15:46,363 Saya cuma nak mengenali lelaki yang sentiasa bersama mak cik saya. 263 00:15:46,363 --> 00:15:47,281 Maaf, encik. 264 00:15:47,281 --> 00:15:49,074 Dia baik hati dan sering ditipu. 265 00:15:49,074 --> 00:15:51,785 - Kamu tak perlu lindungi mak cik. - Tapi, saya rasa perlu. 266 00:15:51,785 --> 00:15:53,328 Teruskan... Tidak, tuang lagi. 267 00:15:53,328 --> 00:15:56,540 Ceritalah, awak jual kain kepada siapa semasa peperangan? 268 00:15:56,540 --> 00:15:57,833 Pasti bukan orang Perancis. 269 00:15:59,042 --> 00:16:03,088 Sayang, saya jual kepada sesiapa saja yang membeli. 270 00:16:04,173 --> 00:16:08,969 Kita perlu menjaga diri sendiri untuk menang sebarang peperangan. 271 00:16:08,969 --> 00:16:10,179 Menang. 272 00:16:10,971 --> 00:16:13,307 Bagaimana dengan betul dan salah? 273 00:16:14,057 --> 00:16:15,350 Baik dan jahat? 274 00:16:15,893 --> 00:16:17,895 Kedua-duanya sama saja, bukan? 275 00:16:17,895 --> 00:16:20,564 Pilihan di tangan kita. 276 00:16:20,564 --> 00:16:25,777 Bagi saya, itu sikap sinis dan pengecut. 277 00:16:25,777 --> 00:16:28,780 - Maafkan saya? - Perlukah saya ulang? 278 00:16:28,780 --> 00:16:30,032 Tidak, tak perlu. 279 00:16:31,074 --> 00:16:34,328 En. Lang, boleh temani saya ke bilik air? 280 00:16:34,328 --> 00:16:35,621 Boleh. 281 00:16:36,163 --> 00:16:39,750 Saya tak pasti rahsia mak cik saya yang awak tahu, tapi saya akan siasat. 282 00:16:39,750 --> 00:16:42,044 Saya juga pasti awak seorang penipu. 283 00:16:42,044 --> 00:16:44,213 - Yakah? - André, sudahlah. 284 00:16:55,390 --> 00:16:58,936 - Boleh awak jelaskan perkara sebenar? - Sayang. 285 00:17:01,104 --> 00:17:03,815 Jangan risaukan perkara yang kita takkan faham. 286 00:17:08,194 --> 00:17:13,282 - Apa yang awak buat? - Makan malam dengan gembira. 287 00:17:13,282 --> 00:17:16,662 Tak guna, berapa lama lagi awak nak tinggal di sini? 288 00:17:16,662 --> 00:17:17,913 Saya dah dapat dokumen. 289 00:17:17,913 --> 00:17:19,830 Sekarang menunggu wang daripada awak. 290 00:17:20,582 --> 00:17:22,542 Awak pasti misi Schellenberg dah terkubur? 291 00:17:22,542 --> 00:17:25,963 Menurut mereka, tiada apa-apa yang berkaitan awak, ya. 292 00:17:27,923 --> 00:17:29,508 Peguam saya akan jumpa saya esok. 293 00:17:31,093 --> 00:17:33,554 Selepas urusan dengan keluarga Wertheimer tamat, 294 00:17:34,263 --> 00:17:36,974 dia akan sediakan akaun untuk awak keluarkan wang itu. 295 00:17:36,974 --> 00:17:39,017 Lebih daripada cukup untuk menyara awak. 296 00:17:40,769 --> 00:17:43,981 Coco, wang itu. 297 00:17:44,773 --> 00:17:46,275 Kalau awak mahu wang awak, 298 00:17:46,275 --> 00:17:48,735 jangan tonjolkan diri dan jauhi anak saudara saya. 299 00:17:53,574 --> 00:17:59,204 Saya yakin awak tak patut mulakan perniagaan sendiri, Christian. 300 00:17:59,204 --> 00:18:01,123 Yakah? Kenapa? 301 00:18:02,040 --> 00:18:04,209 Nasib buruk sentiasa menimpa keluarga kita. 302 00:18:04,209 --> 00:18:06,128 Christian penentu nasibnya sendiri. 303 00:18:06,795 --> 00:18:09,506 Tiada sesiapa tentukan nasib sendiri. Mengarut. 304 00:18:09,506 --> 00:18:13,010 Catherine, awak dah kembali berselera. 305 00:18:13,010 --> 00:18:14,887 Ya. Terima kasih. 306 00:18:16,221 --> 00:18:19,224 Boleh awak pulang ke Paris sekarang? 307 00:18:20,225 --> 00:18:22,311 Saya akan tinggal di sini lebih lama. 308 00:18:22,311 --> 00:18:26,565 Apa? Ayah dah tiada, jadi awak boleh pulang ke Paris. 309 00:18:26,565 --> 00:18:27,983 Awak boleh kembali nanti. 310 00:18:27,983 --> 00:18:29,776 Biarkan saja dia tinggal di sini. 311 00:18:30,402 --> 00:18:33,655 Mungkin dia tak mahu bergaul dengan teman awak. 312 00:18:37,201 --> 00:18:39,995 Semua adik-beradik berkumpul. Bahagianya. 313 00:18:41,997 --> 00:18:44,291 Sayang sekali ayah tak sempat tengok. 314 00:18:45,250 --> 00:18:47,711 Saya tertanya jika dia boleh dengar perbualan kita. 315 00:18:48,295 --> 00:18:51,048 Dia dah berada di alam barzakh. 316 00:18:52,007 --> 00:18:54,134 Tak begitu, Christian? 317 00:18:54,134 --> 00:18:56,929 Awak masih percayakan perkara itu? 318 00:18:56,929 --> 00:18:58,555 Kad tarot mengarut itu? 319 00:18:59,264 --> 00:19:01,266 Saya harap awak dah matang. 320 00:19:01,266 --> 00:19:03,018 Boleh kita tukar topik perbualan? 321 00:19:03,018 --> 00:19:05,812 Semasa kecil, Christian benar-benar sukakannya. 322 00:19:05,812 --> 00:19:08,732 Sentiasa ingin tahu perkara yang akan berlaku. 323 00:19:09,316 --> 00:19:13,487 Mungkin awak patut jumpa tukang tilik tentang kilang pakaian awak, 324 00:19:13,487 --> 00:19:15,864 minta dia ramalkan perkara yang akan berlaku. 325 00:19:15,864 --> 00:19:17,366 Sudahlah, cukup. 326 00:19:17,950 --> 00:19:21,078 Dia boleh halang perkara yang berlaku pada perniagaan awak yang lain, 327 00:19:21,078 --> 00:19:24,164 galeri seni yang awak bina dan gagal. 328 00:19:24,164 --> 00:19:25,249 Sudahlah, cukup. 329 00:19:25,249 --> 00:19:29,127 Kita membesar di rumah yang cantik di Granville. 330 00:19:30,045 --> 00:19:32,965 Saya asyik fikir tentang tahun perniagaan keluarga ayah muflis. 331 00:19:32,965 --> 00:19:34,174 Raymond, sudahlah. 332 00:19:34,174 --> 00:19:39,763 Kemudian kita terpaksa berpindah ke kawasan yang tak subur ini. 333 00:19:40,639 --> 00:19:42,432 Sebab itukah awak cuba membunuh diri? 334 00:19:48,814 --> 00:19:53,569 Saya dah lupakannya 30 tahun lalu. Saya dah cuba, gagal, tak suka. 335 00:19:53,569 --> 00:19:55,737 Saya sedih melihat kegagalan ayah, 336 00:19:55,737 --> 00:19:58,490 jadi kami tak mahu perkara sama menimpa awak, Christian. 337 00:19:58,490 --> 00:20:00,492 Tolonglah, sudah-sudahlah. 338 00:20:08,750 --> 00:20:12,838 Saya cuma nak jalani hidup saya. 339 00:20:14,381 --> 00:20:17,676 Jadi awak ditakdirkan untuk berjaya, betul? 340 00:20:19,261 --> 00:20:22,848 Kalau hidup awak penting, bagaimana dengan hidup kami? 341 00:20:23,891 --> 00:20:26,768 Awak patut lihat sendiri perniagaan Christian. 342 00:20:27,269 --> 00:20:29,688 Ia akan dibuka beberapa bulan lagi. 343 00:20:30,522 --> 00:20:33,358 Kamu semua dijemput untuk melihatnya. 344 00:20:33,358 --> 00:20:35,777 Saya nak tahu berapa helai pakaian diperlukan 345 00:20:35,777 --> 00:20:37,529 untuk lupa kejadian atas Catherine. 346 00:20:38,614 --> 00:20:39,865 Bernard juga. 347 00:20:41,700 --> 00:20:43,452 Saya semakin sembuh. 348 00:20:43,452 --> 00:20:44,536 Diamlah. 349 00:20:45,704 --> 00:20:48,040 Saya cuma nak melindungi adik. 350 00:20:48,040 --> 00:20:53,003 Ibu bapa kita dah tiada. Sebagai abang yang sulung, itu tanggungjawab saya. 351 00:20:54,379 --> 00:20:57,716 Saya tak mahu perkara sama menimpa awak, Christian. 352 00:20:58,217 --> 00:20:59,218 Kegagalan. 353 00:21:04,139 --> 00:21:06,850 Apa yang awak buat bersendirian di sini? 354 00:21:14,816 --> 00:21:17,319 André sangat mengesyaki Spatz. 355 00:21:18,028 --> 00:21:20,322 - Saya risau. - Ya. 356 00:21:21,740 --> 00:21:22,741 Ya. 357 00:21:23,242 --> 00:21:25,536 André mencari perkara sebenar. 358 00:21:27,162 --> 00:21:29,248 Saya rasa dia akan tahu lambat laun. 359 00:21:36,880 --> 00:21:41,635 Seumur hidup, kawan-kawan dan para kekasih tinggalkan saya, 360 00:21:41,635 --> 00:21:43,428 sentiasa tinggalkan saya. 361 00:21:45,389 --> 00:21:49,810 Saya cuba sedaya upaya untuk meneruskan hidup 362 00:21:50,769 --> 00:21:52,938 dan berjaya walaupun hadapi kesusahan. 363 00:21:54,147 --> 00:21:59,152 Kesusahan itu bukan penentu nilai hidup kita, saya harap. 364 00:22:00,279 --> 00:22:05,909 Saya ditinggalkan di rumah anak yatim semasa kecil. Tak diingini atau disayangi. 365 00:22:05,909 --> 00:22:06,910 Tidak. 366 00:22:07,828 --> 00:22:08,829 Tidak. 367 00:22:11,582 --> 00:22:14,459 Kita masih boleh bantu satu sama lain. 368 00:22:18,797 --> 00:22:20,174 Seperti waktu muda kita. 369 00:22:24,970 --> 00:22:25,971 Ya. 370 00:22:29,933 --> 00:22:31,143 Kita boleh. 371 00:22:36,356 --> 00:22:37,608 Bantu André juga. 372 00:22:39,860 --> 00:22:41,195 Dia sangat baik hati. 373 00:22:46,408 --> 00:22:48,577 Awak patut beritahu dia perkara sebenar. 374 00:22:50,204 --> 00:22:51,413 Apa maksud awak? 375 00:22:53,248 --> 00:22:56,376 Awak patut berhenti menipu 376 00:22:56,376 --> 00:23:00,172 dan beritahu kejadian berkaitan Spatz dan perbuatan kita. 377 00:23:02,174 --> 00:23:05,135 - Dia pasti akan maafkan awak. - Jangan cakap begini. 378 00:23:05,886 --> 00:23:08,096 Dia tak boleh tahu. 379 00:23:08,096 --> 00:23:10,224 Lihatlah kesan penipuan pada kita. 380 00:23:10,224 --> 00:23:14,853 Kita bersembunyi daripada dunia dan sesama kita. 381 00:23:16,563 --> 00:23:18,941 Awak dah dapat peluang. Peluang besar. 382 00:23:18,941 --> 00:23:21,443 Jujur sajalah, sayang. 383 00:23:21,443 --> 00:23:23,529 - Jujurlah. - Saya tak mahu dia hilang lagi. 384 00:23:23,529 --> 00:23:24,613 Saya pasti mati. 385 00:23:24,613 --> 00:23:27,032 Tidak, awak takkan mati. Saya yakin. 386 00:23:27,533 --> 00:23:28,534 Awak takkan mati. 387 00:23:30,369 --> 00:23:32,496 Awak perlukan kemaafan. 388 00:23:33,330 --> 00:23:34,331 Saya perlukannya. 389 00:23:34,915 --> 00:23:36,583 Minta maaf daripada André. 390 00:23:36,583 --> 00:23:38,210 - Saya ikut awak. - Awak perlu pergi. 391 00:23:38,210 --> 00:23:40,212 - Kita masuk bersama. - Awak tak patut di sini. 392 00:23:40,212 --> 00:23:42,256 - Kita buat bersama. Saya ikut. - Awak perlu pergi. 393 00:23:42,256 --> 00:23:44,174 - Tidak. - Saya temani awak. Ayuh. 394 00:23:44,174 --> 00:23:46,093 Jangan takut. Ayuh, kita beritahu dia. 395 00:23:46,093 --> 00:23:47,928 - Tak guna. Saya benci awak. - Jangan takut. 396 00:23:47,928 --> 00:23:50,973 - Saya benci awak. Pergi! - Awak tak benci saya. Jangan! 397 00:23:50,973 --> 00:23:53,058 Awak tak pernah faham tentang kehidupan. 398 00:23:54,852 --> 00:23:56,603 Saya nak awak pergi menjelang esok! 399 00:23:56,603 --> 00:23:59,481 - Coco, awak bergurau, bukan? - Saya tak bergurau. 400 00:24:03,068 --> 00:24:04,820 Jangan cakap dengan saya lagi. 401 00:24:09,199 --> 00:24:10,325 Ya Tuhan. 402 00:24:23,463 --> 00:24:24,590 Elsa. 403 00:24:24,590 --> 00:24:25,841 Kenapa? 404 00:24:26,675 --> 00:24:28,302 Apa dah jadi? 405 00:24:44,151 --> 00:24:45,527 Jacques. 406 00:24:46,403 --> 00:24:48,572 Masalah kakitangan di butik. 407 00:24:52,701 --> 00:24:56,330 Zehnacker kata awak takkan berjaya tanpa tukang jahit. 408 00:24:59,208 --> 00:25:00,667 Ya, saya tahu, tapi... 409 00:25:04,546 --> 00:25:05,797 Jadi? 410 00:25:05,797 --> 00:25:08,133 Jadi... 411 00:25:10,511 --> 00:25:17,226 saya tak mahu berjaya dengan menyusahkan sahabat pereka dan kawan-kawan kita. 412 00:25:19,144 --> 00:25:23,065 Kita perlu cari jalan lain. 413 00:25:24,775 --> 00:25:25,984 Awak akan jumpa nanti. 414 00:25:27,319 --> 00:25:29,738 Saya perlu ucapkan perpisahan kepada semua. 415 00:25:34,493 --> 00:25:36,078 Saya akan tinggal dengan Lottie. 416 00:25:36,078 --> 00:25:38,747 Saya dah tiada apabila awak pulang nanti. 417 00:25:39,581 --> 00:25:42,292 Dia tak sabar nak jumpa saya. 418 00:25:44,253 --> 00:25:47,756 Peguam saya kata keluarga Wertheimer mahu berunding. 419 00:25:50,759 --> 00:25:54,096 Dia tinggal di rumah yang mereka pilih untuk rundingan kami. 420 00:25:54,096 --> 00:25:56,557 Pasti semuanya akan selesai. 421 00:25:56,557 --> 00:25:59,059 Mereka mahu berjumpa di lokasi neutral. 422 00:26:00,185 --> 00:26:02,521 Macamlah Switzerland tak cukup neutral. 423 00:26:05,023 --> 00:26:06,024 Ia agak jauh. 424 00:26:08,777 --> 00:26:10,654 Jadi saya takkan pulang hingga malam. 425 00:26:10,654 --> 00:26:14,324 Buang saya tapi simpan Spatz dalam hidup awak... 426 00:26:15,701 --> 00:26:17,035 Hinanya. 427 00:26:21,790 --> 00:26:23,584 Nampaknya kita takkan bertemu lagi. 428 00:26:45,189 --> 00:26:47,107 Rumah itu sangat cantik. 429 00:26:50,944 --> 00:26:52,905 Ya. Waktu gembira. 430 00:26:54,865 --> 00:26:56,241 Hinggalah kegembiraan hilang. 431 00:27:00,829 --> 00:27:01,914 Mereka di mana? 432 00:27:04,208 --> 00:27:06,919 - Raymond hantar Bernard ke hospital. - Awalnya. 433 00:27:06,919 --> 00:27:10,339 Saya nak ucap perpisahan. 434 00:27:12,216 --> 00:27:14,092 Awak patut pulang ke Paris dengan saya. 435 00:27:14,092 --> 00:27:16,762 Saya rasa awak tak patut tinggal di sini. 436 00:27:18,680 --> 00:27:20,849 Saya janji dengan ayah untuk siapkan taman itu. 437 00:27:22,935 --> 00:27:25,437 Awak nak tolong dia tanam mawar itu? 438 00:27:28,482 --> 00:27:29,816 Awak belum tidur, bukan? 439 00:27:31,068 --> 00:27:32,027 Awak pun sama. 440 00:27:33,654 --> 00:27:35,781 Saya tak cukup tidur sejak kem itu. 441 00:27:41,411 --> 00:27:43,789 Menurut En. Friedman semalam, 442 00:27:43,789 --> 00:27:46,458 awak kenal anak perempuannya. Betulkah? 443 00:27:49,962 --> 00:27:51,088 Awak kenal dia? 444 00:27:55,676 --> 00:27:57,594 Betulkah? Awak kenal dia? 445 00:28:00,764 --> 00:28:01,765 Catherine. 446 00:28:03,141 --> 00:28:06,645 Catherine, awak perlu beritahu saya kalau awak rahsiakan sesuatu. 447 00:28:09,189 --> 00:28:10,190 Beritahu seseorang. 448 00:28:18,907 --> 00:28:19,908 Ayuh pergi. 449 00:28:42,723 --> 00:28:44,099 Tania dah meninggal. 450 00:28:46,727 --> 00:28:49,938 Dia meninggal di depan saya, sangat ngeri. 451 00:28:51,565 --> 00:28:53,066 Saya dan Tania berkawan. 452 00:28:53,567 --> 00:28:57,446 Kami dalam unit Pemberontak yang sama, jadi kami kenal sebelum kem lagi. 453 00:28:57,946 --> 00:28:59,698 Pengawal selalu buat kami berlapar. 454 00:29:00,199 --> 00:29:03,368 Tania sakit, jadi saya curi sedikit roti. 455 00:29:03,368 --> 00:29:07,372 Saya bernasib baik dapat mencuri walaupun sekeping. 456 00:29:07,372 --> 00:29:08,665 Saya berjaya curi. 457 00:29:09,291 --> 00:29:10,626 Saya bawanya kepada dia, 458 00:29:11,293 --> 00:29:13,670 tapi pengawal sedang meronda dan mereka temuinya. 459 00:29:14,671 --> 00:29:17,174 Roti itu pada tangannya semasa pengawal masuk. 460 00:29:17,799 --> 00:29:20,219 Mereka sangka dia yang mencuri makanan itu. 461 00:29:22,304 --> 00:29:23,764 Mereka mula memukul dia. 462 00:29:24,348 --> 00:29:27,684 Saya mahu masuk campur, tapi saya terlalu takut. 463 00:29:28,852 --> 00:29:31,313 Tania tak cakap apa-apa. Dia terima saja pukulan. 464 00:29:33,565 --> 00:29:36,360 Mereka pukul dia sehingga giginya bertaburan. 465 00:29:36,360 --> 00:29:38,111 Kemudian mereka heret dia pergi 466 00:29:38,111 --> 00:29:40,781 dan campak ke dalam ketuhar semasa dia masih hidup. 467 00:29:55,087 --> 00:29:57,798 Kamu masih muda. 468 00:30:00,259 --> 00:30:01,718 Kamu berdua. 469 00:30:03,595 --> 00:30:05,055 Masih muda. 470 00:30:12,437 --> 00:30:13,438 Masih muda. 471 00:31:19,755 --> 00:31:20,756 Bagaimana keadaan dia? 472 00:31:21,673 --> 00:31:22,674 Dia sedang tidur. 473 00:31:26,011 --> 00:31:28,889 Kita tak tahu perkara yang dia lalui. 474 00:31:29,598 --> 00:31:30,724 Sukar dibayangkan. 475 00:31:32,601 --> 00:31:33,769 Tanpa henti. 476 00:31:34,645 --> 00:31:35,812 Catherine kuat orangnya. 477 00:31:36,313 --> 00:31:37,481 Dia akan biasakan diri. 478 00:31:38,106 --> 00:31:39,107 Entahlah. 479 00:31:40,442 --> 00:31:41,485 Dia akan pulih. 480 00:31:46,782 --> 00:31:47,783 Dia ada awak. 481 00:32:01,588 --> 00:32:03,423 Apa perkembangan situasi kita? 482 00:32:03,423 --> 00:32:05,008 Hampir capai kejayaan. 483 00:32:05,008 --> 00:32:07,928 Kami dah failkan saman di dua benua seperti arahan awak, 484 00:32:07,928 --> 00:32:10,764 dengan kes belum selesai di Paris dan New York. 485 00:32:12,015 --> 00:32:16,353 Setakat ini, keluarga Wertheimer enggan beri cadangan penyelesaian. 486 00:32:17,646 --> 00:32:18,647 Kenapa? 487 00:32:18,647 --> 00:32:22,818 Mereka dapat berita tentang pertemuan awak dengan Carmel Snow. 488 00:32:24,486 --> 00:32:27,197 Kawan sejati. Saya tahu dia akan tolong saya. 489 00:32:27,197 --> 00:32:29,533 Keluarga Wertheimer sangat risau 490 00:32:29,533 --> 00:32:32,661 wangian baru awak akan jatuh ke tangan Neiman Marcus. 491 00:32:32,661 --> 00:32:33,787 Memang patut pun. 492 00:32:33,787 --> 00:32:35,372 Bukan Neiman Marcus saja. 493 00:32:35,372 --> 00:32:37,624 Saks. Bergdorf. 494 00:32:37,624 --> 00:32:40,210 Kita akan beri tekanan hingga mereka melutut. 495 00:32:40,210 --> 00:32:42,462 Saya rasa mereka dah bersedia untuk berunding. 496 00:32:43,714 --> 00:32:44,882 Rundingan apa? 497 00:32:44,882 --> 00:32:47,759 Mereka akan sampai beberapa hari lagi dengan peguam Perancis dan Amerika mereka 498 00:32:47,759 --> 00:32:49,469 dan kita akan berunding. 499 00:32:49,469 --> 00:32:51,513 Saya mula lihat sinar harapan. 500 00:32:52,097 --> 00:32:53,348 Mula lihat? Bagus. 501 00:32:53,348 --> 00:32:55,726 Yakinlah, kami akan dapatkan jumlah yang berpatutan. 502 00:32:55,726 --> 00:32:57,060 Berpatutan? 503 00:32:58,145 --> 00:32:59,771 Saya tak mahu berpatutan. 504 00:33:00,731 --> 00:33:02,524 Saya mahu semua keuntungan. 505 00:33:08,280 --> 00:33:10,324 Ini persediaan kita. 506 00:33:16,330 --> 00:33:19,041 Kita pasti sempat hadiri parti Bérard. 507 00:33:19,958 --> 00:33:23,295 Ya. Pasti sempat. 508 00:33:26,507 --> 00:33:28,467 Awak pasti awak mahu pergi? 509 00:33:30,344 --> 00:33:35,390 Ya. Pasti saya akan lega selepas bertemu kawan-kawan. 510 00:33:43,148 --> 00:33:45,859 Saya sedih melihat kegagalan ayah, 511 00:33:45,859 --> 00:33:48,904 jadi kami tak mahu perkara sama menimpa awak, Christian. 512 00:33:57,246 --> 00:34:00,207 Awak pasti tak mahu bermalam di sini? Hujan akan turun. 513 00:34:01,416 --> 00:34:03,001 Tidak, perlu jumpa anak saudara. 514 00:34:07,756 --> 00:34:09,967 - Masih belum ada pemandu? - Belum. 515 00:34:10,676 --> 00:34:12,511 Saya suka rasa bebas. 516 00:34:24,898 --> 00:34:25,899 Helo? 517 00:34:26,692 --> 00:34:30,529 Helo. Lottie. Hai. 518 00:34:31,112 --> 00:34:33,322 Hei. Ini adik awak. 519 00:34:34,199 --> 00:34:37,661 Tidak, itu adik yang lain. Ini Elsa. 520 00:34:39,996 --> 00:34:41,998 Saya dah lama mahu telefon awak. Saya... 521 00:34:45,127 --> 00:34:46,128 Maaf. 522 00:34:46,962 --> 00:34:48,964 Ya. Sudah lewat malam. 523 00:34:48,964 --> 00:34:50,591 Maaf. Saya... 524 00:34:51,300 --> 00:34:52,301 Begini... 525 00:34:54,178 --> 00:34:56,513 Saya rindukan awak. 526 00:34:56,513 --> 00:35:01,226 Saya berpeluang untuk pulang ke London, 527 00:35:01,226 --> 00:35:04,021 jadi saya mahu singgah melawat awak. 528 00:35:06,773 --> 00:35:07,774 Apa? 529 00:35:12,946 --> 00:35:14,156 Kenapa tidak? 530 00:35:29,922 --> 00:35:31,798 Saya tahu saya buat silap. 531 00:35:33,383 --> 00:35:38,388 Saya kecewa dan jadi marah, tapi... 532 00:35:41,475 --> 00:35:43,810 Awak sempurna? Saya tidak sempurna. 533 00:35:47,231 --> 00:35:50,150 Tidak, jangan gelar saya begitu. Saya... 534 00:35:51,401 --> 00:35:52,861 Jangan cakap begitu. Awak... 535 00:35:54,530 --> 00:35:56,490 Saya adik awak! 536 00:35:56,990 --> 00:35:58,617 Ya! Saya... 537 00:36:51,044 --> 00:36:52,087 Helo. 538 00:36:53,714 --> 00:36:55,507 Saya perlu tunggu hingga hujan reda. 539 00:36:55,507 --> 00:36:58,427 Penglihatan saya tak cukup jelas untuk memandu. 540 00:36:58,427 --> 00:37:00,971 Awak boleh tunggu selama yang perlu. 541 00:37:02,097 --> 00:37:03,432 Awak mahu ke mana? 542 00:37:03,432 --> 00:37:04,516 Rumah. 543 00:37:05,267 --> 00:37:06,351 Jauhkah? 544 00:37:07,477 --> 00:37:08,979 Tak terlalu jauh. 545 00:37:08,979 --> 00:37:10,480 Sebuah hotel di Lausanne. 546 00:37:11,231 --> 00:37:12,441 Hotel? 547 00:37:16,028 --> 00:37:19,239 - Awak kata, "rumah." - Ya, saya tinggal di sana. 548 00:37:20,908 --> 00:37:21,909 Hebatnya. 549 00:37:23,243 --> 00:37:24,453 Tidak bagi saya. 550 00:37:25,579 --> 00:37:27,581 Saya rasa seperti di rumah apabila dijaga. 551 00:37:28,457 --> 00:37:29,917 Awak berasal dari mana? 552 00:37:29,917 --> 00:37:31,001 Saya orang Perancis. 553 00:37:32,336 --> 00:37:33,337 Pelarian. 554 00:37:36,965 --> 00:37:37,966 Lebih kurang. 555 00:37:41,470 --> 00:37:45,974 Dah bertahun-tahun saya tak mengunjungi gereja. 556 00:37:47,809 --> 00:37:51,438 Saya membesar di rumah anak yatim, yang diuruskan oleh biarawati. 557 00:37:54,775 --> 00:37:56,401 Tempat yang dahsyat. 558 00:37:57,444 --> 00:37:58,987 Pasti hidup awak sukar. 559 00:38:00,531 --> 00:38:02,824 Awak tinggal di Lausanne dengan keluarga? 560 00:38:03,909 --> 00:38:06,745 Anak saudara saya di sini dengan anaknya. 561 00:38:06,745 --> 00:38:10,207 Seorang kawan juga tinggal dengan saya. 562 00:38:11,166 --> 00:38:13,252 - Pelarian juga? - Ya. 563 00:38:16,380 --> 00:38:19,299 Tapi, bukan keluarga. 564 00:38:21,176 --> 00:38:22,803 Apa definisi keluarga bagi awak? 565 00:38:30,853 --> 00:38:31,937 Awak sendirian di sini? 566 00:38:36,191 --> 00:38:40,571 Apabila awak pergi, saya akan kembali membaiki stoking saya 567 00:38:40,571 --> 00:38:44,199 sehingga saya tersedar saya duduk di tepi api. 568 00:38:45,325 --> 00:38:46,493 Ya, 569 00:38:47,744 --> 00:38:49,788 sendirian seperti selalu, sebelum awak tiba. 570 00:38:52,040 --> 00:38:55,127 Awak bertuah ada orang tersayang. 571 00:38:57,004 --> 00:38:58,130 Kawan. 572 00:38:58,881 --> 00:39:00,716 Anak saudara yang awak sayang... 573 00:39:02,217 --> 00:39:03,594 dan menunggu awak. 574 00:39:15,522 --> 00:39:16,899 Saya rasa hujan dah berhenti. 575 00:39:19,693 --> 00:39:21,028 Boleh pulang dengan selamat. 576 00:39:22,571 --> 00:39:23,697 Bersama keluarga awak. 577 00:39:33,081 --> 00:39:37,878 Khabarnya Carmel Snow melawat butik awak dan berada di sana selama lebih satu jam. 578 00:39:38,378 --> 00:39:39,755 Dia suka rekaan saya. 579 00:39:40,297 --> 00:39:42,257 Hati-hati, Christian. 580 00:39:42,257 --> 00:39:45,552 Awak tak patut tolak tawaran saya untuk bekerja bersama. 581 00:39:45,552 --> 00:39:47,638 Ada ruang untuk kita semua berjaya. 582 00:39:47,638 --> 00:39:50,349 Ya. Sebahagian kita akan berjaya. 583 00:39:51,099 --> 00:39:53,310 Apa perkembangan koleksi awak? 584 00:39:53,310 --> 00:39:54,853 Semuanya mengikut jadual? 585 00:39:55,729 --> 00:39:57,356 Kami ada masalah kakitangan. 586 00:39:57,856 --> 00:39:59,316 Pn. Zehnacker telefon. 587 00:40:00,108 --> 00:40:02,444 Dia kata awak mencari tukang jahit. 588 00:40:03,320 --> 00:40:05,906 Saya boleh hantar seorang, seorang saja. 589 00:40:05,906 --> 00:40:10,077 Terima kasih, Cristó. Kami perlukan 30 orang. 590 00:40:10,077 --> 00:40:11,161 Tiga puluh? 591 00:40:11,995 --> 00:40:13,622 Awak takkan jumpa seramai itu. 592 00:40:14,122 --> 00:40:18,794 Awak perlu kurangkan koleksi awak setidaknya separuh. Mungkin lebih. 593 00:40:18,794 --> 00:40:21,046 Tidak. Saya tak boleh kurangkannya. 594 00:40:21,046 --> 00:40:24,424 Christian, saya dah cakap, awak perlu rancang lebih awal. 595 00:40:24,424 --> 00:40:27,302 Tanpa tukang jahit, awak takkan capai tarikh akhir. 596 00:40:28,220 --> 00:40:29,429 Kami akan jumpa jalannya. 597 00:40:29,930 --> 00:40:32,766 Lebih baik cepat. Jika tak, habislah awak. 598 00:40:35,894 --> 00:40:38,397 Saya percaya. Awak akan berjaya 599 00:40:39,106 --> 00:40:41,275 dan takkan jadi seperti kata-kata Raymond. 600 00:40:54,162 --> 00:40:55,747 Ada orang di sini? 601 00:40:56,748 --> 00:40:57,749 Elsa. 602 00:41:02,087 --> 00:41:03,130 Elsa. 603 00:41:04,965 --> 00:41:06,049 Apa khabar awak? 604 00:41:07,759 --> 00:41:10,220 Awak nampak terdesak semasa makan malam malam tadi. 605 00:41:11,930 --> 00:41:14,099 Saya okey. Pergilah. 606 00:41:15,309 --> 00:41:19,271 Saya dengar awak dan Coco bertengkar. Dia tak mahu berkawan dengan awak lagi. 607 00:41:23,650 --> 00:41:25,277 Tak boleh salahkan dia, bukan? 608 00:41:27,738 --> 00:41:29,531 Jangan cakap tentang Coco dengan saya. 609 00:41:30,032 --> 00:41:32,034 Pasti awak sangat kecewa. 610 00:41:34,286 --> 00:41:36,788 Tapi, sayang, saya mungkin ada sesuatu 611 00:41:38,415 --> 00:41:39,583 yang boleh bantu awak. 612 00:41:39,583 --> 00:41:41,502 Saya tak perlukan bantuan awak. 613 00:41:41,502 --> 00:41:42,961 Tak perlu? 614 00:41:42,961 --> 00:41:45,255 Awak lupa saya tahu siapa awak yang sebenar? 615 00:41:47,716 --> 00:41:48,884 Awak Nazi. 616 00:41:51,136 --> 00:41:52,137 Beginilah, 617 00:41:52,763 --> 00:41:56,600 saya tak lupa tentangnya. 618 00:41:58,060 --> 00:42:00,145 Apa pun, ambil ini. 619 00:42:00,729 --> 00:42:01,813 Apa itu? 620 00:42:01,813 --> 00:42:03,482 Hadiah perpisahan. 621 00:42:04,566 --> 00:42:05,567 Untuk perjalanan awak. 622 00:42:06,360 --> 00:42:10,405 Awak lupa yang saya boleh penuhi keperluan awak? 623 00:42:40,519 --> 00:42:43,981 Saya tak suka dialek British awak, Spatz. 624 00:42:43,981 --> 00:42:45,983 - Itu dialek orang kebanyakan. - Ya? 625 00:42:45,983 --> 00:42:47,693 Ibu awak, bukan? 626 00:42:47,693 --> 00:42:48,777 Ya. 627 00:42:50,195 --> 00:42:54,658 Dia berasal dari kawasan ceruk mana di England? 628 00:42:56,076 --> 00:42:57,870 Saya berdarah kerabat. 629 00:42:58,662 --> 00:43:00,497 Darah kerabat mengalir dalam badan saya. 630 00:43:02,791 --> 00:43:04,168 Jangan sentuh saya. 631 00:43:06,670 --> 00:43:08,088 Saya cuma nak dengar. 632 00:43:10,215 --> 00:43:12,092 Saya cuma nak dengar darah kerabat itu. 633 00:43:26,231 --> 00:43:27,608 Hebatnya. 634 00:43:29,109 --> 00:43:31,778 Sememangnya darah kerabat. 635 00:43:32,321 --> 00:43:36,909 Saya akan berikannya perkara yang diingininya. 636 00:43:38,076 --> 00:43:39,703 Awak patut terimanya. 637 00:43:53,675 --> 00:43:56,553 Saya dan kakak saya, Lottie, dah buat rancangan. 638 00:43:56,553 --> 00:43:57,930 Dia sayang dan sukakan saya. 639 00:43:57,930 --> 00:44:00,015 Saya akan luangkan masa dengan dia di England. 640 00:44:00,015 --> 00:44:01,099 Kakak kandung? 641 00:44:01,099 --> 00:44:02,726 - Ya. - Hebatnya. 642 00:44:04,353 --> 00:44:06,605 Awak tak perlu berpura-pura jadi adik Coco lagi. 643 00:44:06,605 --> 00:44:07,940 Diamlah. 644 00:44:08,732 --> 00:44:10,484 Coco akan rindu bila saya tiada. 645 00:44:10,484 --> 00:44:13,153 - Dia perlukan saya. - Tidak, Elsa. 646 00:44:13,946 --> 00:44:18,283 Dia tak pernah perlukan awak, pasti awak sendiri dah sedar. 647 00:44:18,867 --> 00:44:20,452 Apa pun, baguslah. 648 00:44:22,704 --> 00:44:25,249 Semoga berbahagia dengan Kak Lottie. 649 00:44:29,169 --> 00:44:33,382 Saya ada kakak kandung yang sayangkan saya, jantan tak guna! 650 00:44:34,633 --> 00:44:37,719 Tak perlukan awak, Coco atau sesiapa! 651 00:45:44,578 --> 00:45:47,998 Galeri seni yang awak bina dan gagal. 652 00:45:54,421 --> 00:45:55,964 Saya nak tahu berapa helai pakaian 653 00:45:55,964 --> 00:45:58,300 diperlukan untuk lupa kejadian atas Catherine. 654 00:45:58,300 --> 00:45:59,593 Bernard juga. 655 00:47:10,038 --> 00:47:11,081 Silakan, puan. 656 00:47:12,457 --> 00:47:13,584 Di mana semua orang? 657 00:47:13,584 --> 00:47:14,877 Menyorok sebab hujan ribut. 658 00:47:16,044 --> 00:47:17,087 Elektrik terputus. 659 00:47:17,087 --> 00:47:19,339 Elsa Lombardi dah mendaftar keluar? 660 00:47:19,339 --> 00:47:21,049 Saya tak tahu, cik. 661 00:47:21,049 --> 00:47:22,176 Terima kasih. 662 00:47:31,310 --> 00:47:32,394 Sayang? 663 00:47:36,523 --> 00:47:37,941 Pertemuan berjalan lancar. 664 00:47:38,442 --> 00:47:40,360 Saya rasa mereka akan berunding... 665 00:47:41,945 --> 00:47:43,322 jadi saya terfikir. 666 00:47:44,489 --> 00:47:46,074 Saya mahu bercakap dengan awak. 667 00:47:48,076 --> 00:47:52,122 Saya minta maaf atas kata-kata saya malam tadi. Saya jadi takut. 668 00:47:54,791 --> 00:47:55,792 Elsa? 669 00:47:57,836 --> 00:47:58,837 Elsa? 670 00:47:59,922 --> 00:48:01,173 Elsa? 671 00:48:01,673 --> 00:48:02,841 Ya Tu... 672 00:48:04,968 --> 00:48:06,929 Ya Tuhan. 673 00:48:06,929 --> 00:48:08,514 Bangun! 674 00:48:09,223 --> 00:48:10,349 Elsa! 675 00:48:10,349 --> 00:48:13,227 Tolong saya. Elsa! 676 00:48:13,977 --> 00:48:15,437 Elsa, bangun! 677 00:48:15,938 --> 00:48:17,898 Elsa. 678 00:48:19,149 --> 00:48:21,193 Sayang. 679 00:48:22,778 --> 00:48:24,988 Christian. Saya dengar bunyi. 680 00:48:25,489 --> 00:48:27,533 Saya sangka saya sendirian. 681 00:48:29,701 --> 00:48:31,286 Ya, saya tahu. Malam dah lewat. 682 00:48:32,996 --> 00:48:36,166 Saya cuba cari jalan untuk dapatkan pekerja yang diperlukan. 683 00:48:37,668 --> 00:48:40,629 - Jadi? - Ia takkan berlaku. 684 00:48:42,506 --> 00:48:45,968 Tapi, mungkin kita boleh tangguhkan. 685 00:48:46,468 --> 00:48:47,928 Ubah tarikh pelancaran. 686 00:48:48,428 --> 00:48:50,722 Atau tunggu musim seterusnya. 687 00:48:51,515 --> 00:48:56,061 Tidak, saya takkan biar ia gagal. 688 00:49:03,193 --> 00:49:04,778 Buat apa-apa saja yang perlu. 689 00:49:07,447 --> 00:49:08,782 Awak pasti? 690 00:49:10,576 --> 00:49:13,620 Itu bermakna mencuri pekerja dari butik lain. 691 00:49:15,289 --> 00:49:16,290 Lakukannya. 692 00:49:18,375 --> 00:49:20,085 Kita perlu bertahan. 693 00:49:40,564 --> 00:49:43,025 Janji awak akan bawa saya. 694 00:49:44,234 --> 00:49:45,861 Saya janji, Elsa. 695 00:49:46,904 --> 00:49:48,071 Saya janji. 696 00:49:52,409 --> 00:49:54,369 Kita akan sentiasa bersama. 697 00:51:18,161 --> 00:51:20,163 Terjemahan sari kata oleh Hamdan Alias