1 00:00:05,255 --> 00:00:08,926 BERDASARKAN KISAH SEBENAR 2 00:00:21,146 --> 00:00:22,147 Cantiknya dia. 3 00:00:24,566 --> 00:00:26,318 Dia tak patut mati seorang diri. 4 00:00:28,320 --> 00:00:29,863 Dia sayangkan mak cik. 5 00:00:32,156 --> 00:00:33,492 Mak cik ada kamu. 6 00:00:37,663 --> 00:00:38,664 Sayangku. 7 00:00:42,376 --> 00:00:43,377 Ya, mak cik ada saya. 8 00:00:51,635 --> 00:00:54,721 - Awak nak ke mana? - Ke hotel. Waktu makan tengah hari. 9 00:00:54,805 --> 00:00:57,099 - Apa berlaku kepada Elsa? - Saya tak tahu. 10 00:00:57,182 --> 00:01:00,269 Dia okey saja semasa saya keluar untuk temui peguam saya. 11 00:01:00,352 --> 00:01:01,770 Tidak. Dia tak okey. 12 00:01:01,854 --> 00:01:04,438 Dia patah hati dan kecewa sambil mengemas beg. 13 00:01:05,022 --> 00:01:08,777 Awak masih ingat awak mahu dia keluar dari bilik hotel itu, bukan? 14 00:01:08,861 --> 00:01:10,612 Awak mahu dia keluar. 15 00:01:11,530 --> 00:01:12,656 Kita berdua mahu. 16 00:01:14,408 --> 00:01:15,576 Apa awak buat kepada dia? 17 00:01:16,285 --> 00:01:18,120 Saya dah cakap, tiada apa-apa. 18 00:01:18,203 --> 00:01:20,289 Jadi, dari mana dia dapat dadah itu? 19 00:01:20,372 --> 00:01:23,125 Awak yang buat dia ketagih, bukan saya. 20 00:01:23,208 --> 00:01:24,877 Saya tiada kaitan dengannya. 21 00:01:25,419 --> 00:01:27,254 Awak patut jaga dia, 22 00:01:27,337 --> 00:01:30,424 - bukan biar dia mati. - Itu bukan tugas saya. 23 00:01:33,635 --> 00:01:35,929 Saya nak keluar bertemu keluarga Wertheimer. 24 00:01:36,013 --> 00:01:38,682 Mereka akan bayar semua hutang. Selepas mereka bayar, 25 00:01:38,765 --> 00:01:40,392 awak takkan dapat sesen pun. 26 00:01:40,475 --> 00:01:44,104 Saya musuh yang kejam. Lebih baik awak ingat tentangnya. 27 00:01:44,897 --> 00:01:45,814 Saya tak takut. 28 00:01:45,898 --> 00:01:49,151 Tak takut? Bagaimana dengan anak saudara kesayangan awak, André? 29 00:01:49,818 --> 00:01:51,987 Dia tahu awak tali barut tentera Nazi? 30 00:01:56,200 --> 00:01:58,535 Apa agaknya perasaan dia apabila tahu perkara 31 00:01:58,619 --> 00:02:02,456 - yang awak dah buat untuk kami? - Misi itu gagal. Tiada apa-apa berlaku. 32 00:02:04,291 --> 00:02:07,794 Jangan hampiri dia, Spatz. Jangan hampiri saya. 33 00:02:07,878 --> 00:02:10,380 Awak tak boleh buang saya macam sampah. 34 00:02:10,923 --> 00:02:14,843 Beri saya wang saya kalau awak tak nak dunia tahu awak seorang Nazi. 35 00:02:16,053 --> 00:02:17,429 Awak sama macam saya. 36 00:02:24,603 --> 00:02:27,731 - Apa yang mak cik dan dia bualkan? - Tiada apa-apa, André. 37 00:02:30,192 --> 00:02:34,196 - Saya tak rasa begitu. - Kamu betul. Dia tak boleh dipercayai. 38 00:02:34,279 --> 00:02:36,240 Dia dalam masalah dan cuba sakiti mak cik. 39 00:02:37,783 --> 00:02:42,412 Kalau rundingan dengan keluarga Wertheimer lancar, mak cik akan dapat banyak wang. 40 00:02:43,205 --> 00:02:47,668 Kita tak perlu risau lagi tentang dia atau apa-apa. 41 00:02:50,629 --> 00:02:52,422 Jangan risau, saya lindungi mak cik. 42 00:03:58,322 --> 00:04:01,783 - Banyaknya kerja. - Sutera, kain. 43 00:04:06,997 --> 00:04:08,749 Jacqueline, boleh tolong saya? 44 00:04:09,917 --> 00:04:12,753 Kelim ini perlu dibaiki. Terima kasih. 45 00:04:18,341 --> 00:04:20,511 Ada banyak kerja, tapi masa dah suntuk. 46 00:04:22,721 --> 00:04:23,722 Pn. Zehnacker? 47 00:04:25,182 --> 00:04:27,309 - Zoe. - Saya datang sebab kerja itu. 48 00:04:27,392 --> 00:04:30,604 Gembira bertemu awak lagi. Mathilde akan tunjukkan meja awak. 49 00:04:30,687 --> 00:04:31,980 Okey. Terima kasih. 50 00:04:33,565 --> 00:04:36,109 Pn. Zehnacker, jangan curi pekerja Lelong. 51 00:04:36,193 --> 00:04:38,320 Kita tak patut buat dia bersedih. 52 00:04:38,403 --> 00:04:40,572 Zoe berbakat. Kita perlukan dia. 53 00:04:40,656 --> 00:04:44,576 Encik? Ini perbaikan yang awak minta. 54 00:04:45,452 --> 00:04:51,124 Pierre, skirt itu perlu lebih kembung. Letakkan skirt dalam. 55 00:04:51,208 --> 00:04:53,377 Saya tak terfikir tentangnya, En. Dior. 56 00:04:53,460 --> 00:04:55,337 - Okey. - Encik? 57 00:04:55,921 --> 00:04:57,297 Minyak wangi sedang dihasilkan. 58 00:04:58,006 --> 00:05:00,592 Saya sangka kita dah setuju tangguhkan pelancaran minyak wangi 59 00:05:00,676 --> 00:05:02,803 agar awak boleh fokus untuk siapkan koleksi. 60 00:05:02,886 --> 00:05:05,514 Saya benar-benar perlu lancarkan kedua-duanya sekali gus. 61 00:05:11,103 --> 00:05:14,398 Mengagumkan. Aromanya sama seperti impian saya. 62 00:05:14,481 --> 00:05:15,566 Pengkhianat! 63 00:05:15,649 --> 00:05:17,818 - Awak ingat awak siapa? - Siapa yang menjerit? 64 00:05:17,901 --> 00:05:20,362 Dior? Awak takkan terlepas. 65 00:05:21,154 --> 00:05:23,490 Dia di mana? Mana Judas kita? 66 00:05:23,574 --> 00:05:27,077 Pierre, awak tak boleh serbu begini. 67 00:05:27,160 --> 00:05:29,705 - Ini sikap awak sekarang? - Apa maksud awak? 68 00:05:29,788 --> 00:05:33,292 Sampai hati awak! Saya dan Balenciaga tawarkan beberapa orang tukang jahit. 69 00:05:33,375 --> 00:05:34,918 Kami bersyukur. Tapi, tak cukup. 70 00:05:35,002 --> 00:05:37,796 Jadi awak curi 30 orang dari House of Patou? Tiga puluh. 71 00:05:38,505 --> 00:05:40,799 Sekarang mereka takkan boleh siapkan rekaan mereka. 72 00:05:40,883 --> 00:05:43,135 En. Balmain, tukang jahit selalu bertukar kerja. 73 00:05:43,218 --> 00:05:46,972 - Kami beri kerja yang mereka perlukan. - Awak akan buat Patou muflis. 74 00:05:47,055 --> 00:05:48,265 Kami tawarkan mereka kerja. 75 00:05:48,348 --> 00:05:52,394 Mereka dah ada kerja. Awak tawarkan upah yang besar. Ada perbezaannya. 76 00:05:53,562 --> 00:05:55,355 Lelong pasti akan cakap sesuatu. 77 00:05:55,939 --> 00:05:58,901 Lelong tahu saya baru mulakan perniagaan. Dia hantar awak? 78 00:05:58,984 --> 00:06:02,070 Tidak. Saya datang untuk beri amaran agar awak bersiap sedia. 79 00:06:02,154 --> 00:06:04,323 Lelong ialah presiden Majlis Couture. 80 00:06:04,406 --> 00:06:06,033 Dia akan tentukan hukuman awak. 81 00:06:25,844 --> 00:06:28,388 - Selamat pagi, René. - Cik. 82 00:06:28,472 --> 00:06:31,183 Saya berkeras, jadikannya rundingan satu hari. 83 00:06:31,266 --> 00:06:32,851 Kami faham, cik. 84 00:06:34,478 --> 00:06:36,897 Saya tak mahu cakap dengan mereka. Lebih baik lagi, 85 00:06:36,980 --> 00:06:40,234 saya mahu rundingan kami diadakan di bilik berbeza. 86 00:06:40,317 --> 00:06:41,735 Untuk apa? 87 00:06:41,818 --> 00:06:42,819 Untuk menang. 88 00:06:43,529 --> 00:06:47,824 Jelaskan kepada mereka, satu peratus daripada keuntungan semasa saya 89 00:06:47,908 --> 00:06:49,826 benar-benar jauh daripada cukup. 90 00:06:50,577 --> 00:06:52,579 Mereka tak mahu runding semula peratusan itu. 91 00:06:53,956 --> 00:06:57,084 Mereka dah langgar perjanjian apabila pindahkan perniagaan ke AS. 92 00:06:57,167 --> 00:06:58,919 Kenapa sepuluh jadi satu peratus? 93 00:06:59,628 --> 00:07:02,047 Saya takkan bertolak ansur dengan mereka lagi. 94 00:07:04,258 --> 00:07:05,884 Kalau mahu saya gugurkan saman, 95 00:07:05,968 --> 00:07:09,012 bayar ganti rugi untuk semua kerugian saya semasa perang. 96 00:07:09,972 --> 00:07:13,976 Selepas ini, saya mahu perjanjian baru. 97 00:07:19,106 --> 00:07:20,482 Saya akan maklumkan keluarga Wertheimer. 98 00:07:31,660 --> 00:07:32,953 Cristóbal. 99 00:07:33,036 --> 00:07:34,037 Kawanku. 100 00:07:35,747 --> 00:07:36,582 Terima kasih. 101 00:07:36,665 --> 00:07:39,293 - Terima kasih sudi jumpa saya. - Sama-sama. 102 00:07:41,211 --> 00:07:43,130 Awak patut tahu Pierre di sini. 103 00:07:43,797 --> 00:07:46,842 Saya harap dia dah pergi supaya kita boleh bercakap, tapi… 104 00:07:48,260 --> 00:07:51,096 Christian. Sejak kita jumpa pagi tadi, 105 00:07:51,180 --> 00:07:55,851 saya dah edarkan petisyen dengan 20 tandatangan menentang awak. 106 00:07:56,852 --> 00:07:59,021 Jacques, sayang, satu botol lagi. 107 00:07:59,104 --> 00:08:00,355 Tidak. Cukuplah. 108 00:08:01,190 --> 00:08:03,483 House of Patou dah memohon secara rasmi 109 00:08:03,567 --> 00:08:06,486 agar keahlian Majlis Couture awak dilucutkan. 110 00:08:07,237 --> 00:08:08,447 Biar betul? 111 00:08:10,073 --> 00:08:11,742 Saya belum tandatangan petisyen itu. 112 00:08:12,743 --> 00:08:13,744 Buat masa ini. 113 00:08:16,038 --> 00:08:17,039 Tolong selesaikannya. 114 00:08:17,789 --> 00:08:20,334 Apa pilihan lain yang ada untuk siapkan koleksi awak? 115 00:08:21,585 --> 00:08:23,086 Saya tiada pilihan lain. 116 00:08:23,170 --> 00:08:26,632 Saya buat perkara yang perlu untuk hasilkan koleksi yang indah. 117 00:08:27,257 --> 00:08:29,218 Jadi, apa yang pereka lain buat? 118 00:08:30,219 --> 00:08:32,596 Kami tak tawarkan koleksi yang indah? 119 00:08:32,679 --> 00:08:34,765 - Sudah tentu tidak. - Dia tak cakap begitu. 120 00:08:34,847 --> 00:08:37,267 Awak tak sedar kata-kata awak sangat mengarut? 121 00:08:37,976 --> 00:08:38,809 Jadi, Christian. 122 00:08:38,894 --> 00:08:41,145 Awak sangka awak akan mengubah dunia? 123 00:08:41,230 --> 00:08:44,566 Awak penyelamat? Utusan Tuhan? 124 00:08:44,650 --> 00:08:47,194 - Cukup. - Dia dah jual jiwanya 125 00:08:47,277 --> 00:08:49,446 - kepada Raja Kapas. - Pierre, awak dah melampau. 126 00:08:50,030 --> 00:08:51,240 Boleh awak berhenti minum? 127 00:08:51,323 --> 00:08:53,492 Tidak. Saya sedang meraikannya. 128 00:08:53,575 --> 00:08:56,870 Meraikan apa? Awak hancurkan persahabatan awak? 129 00:08:56,954 --> 00:08:58,497 Tidak. Lebih baik lagi. 130 00:09:00,374 --> 00:09:01,917 Carmel Snow dah pilih saya. 131 00:09:03,252 --> 00:09:06,755 Saya bakat baru yang akan jadi tonggak busana. 132 00:09:07,714 --> 00:09:09,174 Saya dah cakap. 133 00:09:11,802 --> 00:09:12,928 Betulkah? 134 00:09:14,346 --> 00:09:15,472 Dia dah cakap begitu? 135 00:09:15,556 --> 00:09:17,015 Dengan sangat jelas. 136 00:09:17,099 --> 00:09:18,600 Apa kata-kata dia? 137 00:09:18,684 --> 00:09:23,105 "Awak pilihan saya, Pierre." Itu kata-kata dia. Puas hati awak? 138 00:09:23,188 --> 00:09:25,566 Jadi, ayuh ucap selamat untuk saya. 139 00:09:26,108 --> 00:09:31,071 Ingat, saya dapat bantuan dia tanpa menyusahkan kawan-kawan saya. 140 00:09:31,154 --> 00:09:32,906 Christian, jangan dengar kata-kata dia. 141 00:09:33,532 --> 00:09:34,950 Sudah tentu. 142 00:09:35,033 --> 00:09:37,953 Dulu, saya benar-benar hargai 143 00:09:38,036 --> 00:09:40,372 ucapan tahniah awak, tapi tidak lagi. 144 00:09:44,001 --> 00:09:46,587 - Saya perlu pergi. Ada urusan. - Kita perlu bercakap. 145 00:09:47,254 --> 00:09:50,716 Apa urusan yang lebih penting daripada ucap selamat untuk saya? 146 00:09:50,799 --> 00:09:52,801 Catherine terima anugerah hari ini. 147 00:09:52,885 --> 00:09:56,096 - Christian, kita perlu bercakap. - Maafkan saya. 148 00:10:00,601 --> 00:10:03,020 Tuan-tuan, saya dah cakap dengan Cik Chanel. 149 00:10:03,854 --> 00:10:05,939 Ini permintaan dia. 150 00:10:15,115 --> 00:10:16,283 Dia dah gila? 151 00:10:17,284 --> 00:10:21,079 Kami boleh pertimbangkan untuk beri seluruh keuntungan masa perang. 152 00:10:22,581 --> 00:10:24,958 Itu saja! Perkara lain takkan berlaku! 153 00:10:26,084 --> 00:10:28,712 Kami takkan tunaikan permintaan mengarut ini. 154 00:10:29,379 --> 00:10:33,008 Cik Chanel berkeras untuk adakan rundingan satu hari. 155 00:10:33,675 --> 00:10:35,177 Malangnya, En. Wertheimer, 156 00:10:35,260 --> 00:10:37,679 dia takkan terima kurang daripada yang kami tawarkan. 157 00:10:37,763 --> 00:10:38,931 Mengarut. 158 00:10:39,014 --> 00:10:41,183 Dia dah lupa perbuatannya semasa perang? 159 00:10:41,266 --> 00:10:43,519 Dugaan semata-mata. Pembohongan, khabar angin. 160 00:10:44,311 --> 00:10:46,855 Tiada dakwaan ke atas Cik Chanel. Malah… 161 00:10:46,939 --> 00:10:49,316 Jadi, kenapa dia di Switzerland, bukan di Paris? 162 00:10:49,399 --> 00:10:52,027 - Saya dah jelaskan… - Kita semua tahu puncanya. 163 00:10:52,110 --> 00:10:54,530 Dia tahu perkara sebenar yang dia buat. 164 00:10:54,613 --> 00:10:57,908 Kalau dia di Paris, dia dah terima hukuman sepatutnya! 165 00:10:57,991 --> 00:11:01,119 Ini perniagaan. Kita semua boleh muflis akibat perbuatan dia. 166 00:11:06,333 --> 00:11:09,002 Mengarut! Melampau. 167 00:11:10,712 --> 00:11:14,550 Croix de Guerre satu daripada penghormatan ketenteraan tertinggi 168 00:11:15,300 --> 00:11:18,178 yang kami kurniakan kepada anggota tentera Perancis. 169 00:11:19,555 --> 00:11:22,182 Jarang sekali dikurniakan kepada pejuang awam. 170 00:11:23,350 --> 00:11:28,689 Tapi hari ini, tiga warga Perancis yang hadir bersama kita 171 00:11:28,772 --> 00:11:33,569 menunjukkan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi perkara yang mustahil. 172 00:11:35,153 --> 00:11:38,615 Bagi mereka yang mempertahankan negara kita 173 00:11:39,366 --> 00:11:41,785 dan menanggung seksaan sebagai tawanan, 174 00:11:43,245 --> 00:11:47,499 kami berterima kasih selamanya atas pengorbanan dan kemanusiaan kamu. 175 00:11:58,760 --> 00:12:03,265 Saya tak rasa ini patut diraikan. Terasa… 176 00:12:06,393 --> 00:12:08,687 seperti memalukan. 177 00:12:09,188 --> 00:12:12,858 Saya jamin ini bukan memalukan. 178 00:12:15,360 --> 00:12:18,530 Ayuh tinggal di Paris. Saya rindukan awak. 179 00:12:19,281 --> 00:12:20,282 Tak boleh. 180 00:12:22,075 --> 00:12:24,494 Bagi saya, Paris penuh kenangan buruk. 181 00:12:25,621 --> 00:12:28,749 Saya hasilkan sesuatu. 182 00:12:31,043 --> 00:12:33,420 Mungkin ia boleh tenangkan awak. 183 00:12:36,924 --> 00:12:38,133 Minyak wangi. 184 00:12:40,594 --> 00:12:42,095 Terima kasih, Christian. 185 00:12:44,515 --> 00:12:48,018 Saya tahu awak cuba membantu, tapi saya tak pasti 186 00:12:48,101 --> 00:12:52,898 kenapa awak fikir pakaian dan minyak wangi boleh menenangkan saya. 187 00:12:54,691 --> 00:12:58,362 Boleh hadiri pertunjukan saya? Ia diadakan lima hari lagi. 188 00:12:59,613 --> 00:13:03,659 Saya tahu awak mahu saya hadir untuk melihat rekaan awak, 189 00:13:03,742 --> 00:13:05,994 tapi saya tak boleh. 190 00:13:08,664 --> 00:13:12,501 Saya perlu pulang ke Callian. Siapkan taman ayah. 191 00:13:15,045 --> 00:13:17,589 Saya cuma mahu berada di situ saja. 192 00:13:27,850 --> 00:13:31,353 Baru satu minggu perjalanan, perkara mustahil dah berlaku. 193 00:13:31,937 --> 00:13:33,522 Paris memang mengecewakan. 194 00:13:34,356 --> 00:13:40,696 Bukan bandar itu, tapi usaha saya untuk mencari pereka baru. 195 00:13:41,738 --> 00:13:46,577 Semua orang sangka awak dah pilih Pierre Balmain. 196 00:13:46,660 --> 00:13:49,079 Khabarnya Balmain sendiri kata begitu. 197 00:13:49,162 --> 00:13:50,581 Saya tak pernah cakap. 198 00:13:51,832 --> 00:13:54,168 Sebenarnya, mungkin saya pernah cakap. 199 00:13:54,835 --> 00:13:56,962 Saya cuba yakinkan diri sendiri. 200 00:13:57,963 --> 00:14:00,340 Kemudian, saya terjaga dan berfikir di tengah malam, 201 00:14:00,424 --> 00:14:04,178 "Tidak. Bukan Balmain orangnya." 202 00:14:04,720 --> 00:14:10,225 Dia mungkin tak terkawal, tapi dia genius. 203 00:14:11,101 --> 00:14:13,937 Tapi, ada sesuatu yang tak cukup. 204 00:14:14,521 --> 00:14:17,441 Saya mahu kejujuran awak, Lucien. Saya tiada orang lain. 205 00:14:17,524 --> 00:14:21,361 Rekaan Balenciaga menawan, tapi tiada sesuatu yang baru. 206 00:14:21,445 --> 00:14:25,824 Christian Dior enggan tunjukkan rekaan dia, 207 00:14:26,575 --> 00:14:29,036 walaupun Zehnacker ada tunjukkan sedikit. 208 00:14:29,119 --> 00:14:31,580 Sayang, nasihat saya ialah cari di tempat lain. 209 00:14:32,497 --> 00:14:36,543 Saya tak rasa Dior sempat sertai musim ini. 210 00:14:38,462 --> 00:14:40,797 Kenapa pula begitu? 211 00:14:40,881 --> 00:14:44,593 Dia guna sebahagian besar pelaburan Boussac 212 00:14:44,676 --> 00:14:48,347 untuk pancing tukang jahit terbaik dari butik-butik lain. 213 00:14:48,430 --> 00:14:50,182 Aduan telah dibuat. 214 00:14:50,891 --> 00:14:57,272 Tukang jahit terpaksa tinggalkan dia sehingga saya putuskan sama ada 215 00:14:57,356 --> 00:15:00,442 perlu buang dia daripada Persatuan Perdagangan. 216 00:15:00,526 --> 00:15:03,403 Buang dia? Ya Tuhan. 217 00:15:04,363 --> 00:15:06,740 Saya sangka awak penyokong tegar dia. 218 00:15:06,823 --> 00:15:08,033 Saya tahu. 219 00:15:10,369 --> 00:15:15,332 Saya rasa aduan itu remeh. Saya nak tanya awak sesuatu. 220 00:15:15,916 --> 00:15:20,754 En. Dior upah tukang jahit untuk hasilkan busana. 221 00:15:22,339 --> 00:15:24,299 Apa tindakan awak kalau awak di tempat dia? 222 00:15:31,056 --> 00:15:32,182 - Helo, Carol. - Encik. 223 00:15:34,518 --> 00:15:35,936 Saya minta maaf, En. Dior. 224 00:15:36,812 --> 00:15:39,565 - Ya, maaf. - Ya. 225 00:15:40,566 --> 00:15:41,400 Alamak. 226 00:15:41,483 --> 00:15:45,779 - Maaf, semoga berjaya. - Zoe, apa yang berlaku? 227 00:15:45,863 --> 00:15:48,532 - Kami dilarang bekerja untuk awak. - Siapa yang larang? 228 00:15:48,615 --> 00:15:51,410 Maafkan saya, En. Dior. Saya sedih tak dapat bekerja 229 00:15:51,493 --> 00:15:53,537 - untuk koleksi hebat awak. - Zoe. 230 00:15:55,330 --> 00:15:56,164 Tak guna. 231 00:15:56,832 --> 00:16:01,628 Hei. Tidak, awak tak perlu pergi. Awak boleh sambung… 232 00:16:01,712 --> 00:16:03,422 Awak tak boleh halang, Christian. 233 00:16:04,256 --> 00:16:06,633 - Apa yang berlaku? - Balmain dan Patou. 234 00:16:06,717 --> 00:16:08,385 Mereka datang dan ancam pekerja. 235 00:16:08,468 --> 00:16:12,806 Mereka tak boleh bekerja lagi untuk ahli Majlis Couture jika terus bekerja di sini. 236 00:16:14,224 --> 00:16:16,226 Saya perlu, telefon Lelong. 237 00:16:16,310 --> 00:16:19,021 Tiada gunanya. Saya dah telefon. Dia enggan cakap dengan saya 238 00:16:19,104 --> 00:16:22,441 atau awak sehingga keputusan dah dibuat. 239 00:16:32,910 --> 00:16:34,119 Alamak. 240 00:16:35,954 --> 00:16:36,955 Alamak. 241 00:16:45,797 --> 00:16:47,674 Tawaran kami lebih daripada bagus. 242 00:16:49,134 --> 00:16:50,928 Dia perlu tunjukkan rasa rendah diri. 243 00:16:51,011 --> 00:16:53,305 Tunjuk yang dia sedar masalah yang dia timbulkan. 244 00:17:01,480 --> 00:17:05,358 Cik, mereka bersetuju untuk beri seluruh keuntungan masa perang 245 00:17:05,442 --> 00:17:07,778 dan patuh kepada kontrak asal. 246 00:17:07,861 --> 00:17:10,446 Ubah satu peratus kembali kepada sepuluh peratus keuntungan 247 00:17:10,531 --> 00:17:11,740 seperti sebelum semua ini. 248 00:17:12,616 --> 00:17:14,159 Saya rasa perjanjian itu berbaloi. 249 00:17:17,454 --> 00:17:18,955 Mari sini, orang muda. 250 00:17:24,294 --> 00:17:26,003 Dekat lagi. Mari sini. 251 00:17:30,300 --> 00:17:33,679 Saya bukan hanya mahukan sebahagian daripada keuntungan. 252 00:17:34,263 --> 00:17:39,101 Saya mahukan peratusan daripada pendapatan kasar juga. 253 00:17:40,477 --> 00:17:41,478 Pendapatan kasar? 254 00:17:43,856 --> 00:17:45,148 Itu tak pernah berlaku. 255 00:17:46,400 --> 00:17:48,443 Kami boleh dapatkan peratusan yang lebih besar 256 00:17:48,527 --> 00:17:50,445 daripada keuntungan. Tapi, pendapatan kasar… 257 00:17:50,529 --> 00:17:52,865 Jika tak, saya takkan setuju, Julien. 258 00:17:55,450 --> 00:17:56,952 Tolong hantar mesej saya. 259 00:18:05,794 --> 00:18:06,753 Awak pasti bergurau. 260 00:18:07,671 --> 00:18:08,839 Urusan kita dah selesai. 261 00:18:08,922 --> 00:18:12,676 Tidak. Tuan-tuan, tolonglah. Saya tahu permintaan dia banyak. 262 00:18:12,759 --> 00:18:16,805 Tapi, kita tahu kesan tuntutan mahkamah terhadap perniagaan kamu sangat besar. 263 00:18:17,848 --> 00:18:20,350 Tanpa nama Chanel, produk, jenama 264 00:18:20,434 --> 00:18:23,770 dan seluruh pelaburan kamu tak bernilai. 265 00:18:30,027 --> 00:18:32,946 - Biar saya cakap dengan dia. - Tidak, cik dah tegaskan… 266 00:18:33,030 --> 00:18:35,449 Biar kami bercakap atau tiada perjanjian. 267 00:18:38,702 --> 00:18:39,870 Saya akan cuba. 268 00:18:46,210 --> 00:18:48,420 Saya minta maaf, cik, tapi saya rasa 269 00:18:48,504 --> 00:18:51,089 masalah takkan selesai hari ini jika awak tak jumpa dia. 270 00:18:52,966 --> 00:18:53,967 Mereka boleh tunggu. 271 00:20:04,329 --> 00:20:06,206 Anak yang taat. 272 00:20:10,502 --> 00:20:12,129 Abang yang baik. 273 00:20:18,760 --> 00:20:25,475 Menguruskan butik sendiri adalah usaha yang sukar dan kejam. 274 00:20:27,477 --> 00:20:28,395 Christian pula 275 00:20:28,478 --> 00:20:33,734 tiada kekuatan untuk buat keputusan yang sukar. 276 00:21:16,568 --> 00:21:18,570 Awak nak bahayakan semuanya? 277 00:21:18,654 --> 00:21:22,991 Bahaya? Awak ada 70 peratus, sekarang saya ada satu peratus. 278 00:21:23,075 --> 00:21:24,785 Saya takkan rugi apa-apa. 279 00:21:24,868 --> 00:21:29,414 Ada. Kita masih ada perniagaan. Rakan niaga. 280 00:21:30,666 --> 00:21:32,626 Banyak perkara buruk boleh berlaku. 281 00:21:32,709 --> 00:21:35,921 Saya dah buat tawaran. Terima atau jumpa di mahkamah. 282 00:21:46,014 --> 00:21:50,102 Pandang mata saya dan minta maaf kepada saya. 283 00:21:50,185 --> 00:21:51,186 Untuk apa? 284 00:21:51,270 --> 00:21:55,649 Awak sanggup gunakan tentera Nazi untuk rampas perniagaan daripada kami. 285 00:21:55,732 --> 00:21:58,360 Masalah kita bermula sebelum perang. 286 00:21:59,903 --> 00:22:02,781 Saya guna undang-undang Aryan sebab awak tak beri saya pilihan. 287 00:22:02,865 --> 00:22:06,118 Waktu itu kami diburu dan dibunuh. 288 00:22:09,496 --> 00:22:11,248 Awak pernah terfikir tentang… 289 00:22:13,333 --> 00:22:16,545 perkara yang perlu wanita hadapi untuk terus hidup di dunia ini? 290 00:22:21,258 --> 00:22:25,304 Biar saya jelaskan. Saya takkan minta maaf untuk perkara lalu. 291 00:22:25,387 --> 00:22:27,472 Saya terperangkap, sama macam awak. 292 00:22:28,390 --> 00:22:29,975 Perbezaannya, saya dah lali. 293 00:22:34,021 --> 00:22:36,481 Lelaki dan peperangan kamu. Peraturan kamu. 294 00:22:44,323 --> 00:22:47,993 Pierre. Awak perlu buat keputusan. 295 00:22:50,329 --> 00:22:51,413 Saya dah penat. 296 00:22:57,044 --> 00:22:58,420 Kita jumpa di mahkamah. 297 00:23:13,727 --> 00:23:14,561 Cik? 298 00:23:21,818 --> 00:23:25,364 Mereka dah setuju. Dua peratus pendapatan kasar. 299 00:23:25,447 --> 00:23:28,992 Semua yang awak minta. Awak kalahkan mereka. 300 00:23:31,245 --> 00:23:32,412 Tahniah. 301 00:23:34,122 --> 00:23:36,750 Tak lama lagi, awak akan jadi salah seorang wanita terkaya. 302 00:23:45,676 --> 00:23:46,927 Selamat malam, cik. 303 00:24:12,870 --> 00:24:15,914 Awak patut lihat sendiri perniagaan Christian. 304 00:24:17,040 --> 00:24:19,751 Kamu semua dijemput untuk melihatnya. 305 00:24:19,835 --> 00:24:25,090 Saya yakin awak tak patut mulakan perniagaan sendiri, Christian. 306 00:24:35,642 --> 00:24:37,603 Dia ada banyak kebaikan, 307 00:24:38,645 --> 00:24:41,690 tapi pada masa yang sama dia sangat lembut hati. 308 00:24:51,200 --> 00:24:52,284 Awak terluka? 309 00:24:53,160 --> 00:24:54,161 Tidak, saya… 310 00:24:56,455 --> 00:24:58,123 Saya tercucuk jari sendiri macam budak. 311 00:24:58,707 --> 00:24:59,791 Macam orang baru. 312 00:24:59,875 --> 00:25:02,127 Kami bekerja terlalu cepat dan buat kesilapan. 313 00:25:02,920 --> 00:25:05,172 Ia tak boleh dimaafkan dan saya sangat bodoh… 314 00:25:05,255 --> 00:25:09,676 Tidak. Kita semua kepenatan. Pergi berehat. Biar saya sambung. 315 00:25:11,136 --> 00:25:13,013 Encik, boleh saya… 316 00:25:21,939 --> 00:25:23,232 Sangat cantik. 317 00:25:29,738 --> 00:25:32,783 - Awak dah tetapkan namanya? - Ya. 318 00:25:33,992 --> 00:25:34,993 Terima kasih. 319 00:25:37,663 --> 00:25:39,373 Christian, apa gunanya? 320 00:25:41,208 --> 00:25:42,417 Awak tahu dia takkan hadir. 321 00:26:00,853 --> 00:26:03,939 - Bagaimana semuanya? - Berjalan sangat lancar. 322 00:26:04,022 --> 00:26:06,942 - Mak cik dapat kembali saham syarikat? - Ya, bukan itu saja. 323 00:26:07,025 --> 00:26:09,278 Perjanjian ini bermakna kita boleh pulang ke Paris. 324 00:26:09,361 --> 00:26:10,362 Paris? 325 00:26:10,445 --> 00:26:13,073 - Syukurlah. Kita boleh tolong Baron. - Baron? 326 00:26:13,156 --> 00:26:14,157 Mak cik tak dengar? 327 00:26:15,075 --> 00:26:17,786 Dia akan dibicarakan. Saya rasa mereka akan bunuh dia. 328 00:26:17,870 --> 00:26:20,122 Bunuh dia? Kenapa? 329 00:26:20,706 --> 00:26:21,748 Bersekongkol. 330 00:26:23,625 --> 00:26:25,502 Kita perlu pulang dan tolong dia. 331 00:26:29,131 --> 00:26:30,507 Kita tak boleh pulang lagi. 332 00:26:31,967 --> 00:26:34,970 Mak cik kata keluarga Wertheimer setuju pulangkan syarikat mak cik. 333 00:26:35,053 --> 00:26:38,974 Dengan sokongan mereka, dunia tahu mak cik diterima semula. 334 00:26:39,057 --> 00:26:40,684 Kita boleh pulang dan bantu Baron. 335 00:26:42,436 --> 00:26:44,396 Tidak, itu, mustahil. 336 00:26:44,479 --> 00:26:47,941 Dia selamatkan nyawa saya. Kita perlu buat sesuatu. 337 00:26:48,859 --> 00:26:52,404 Kita boleh beri keterangan agar mereka tahu yang dia baik. 338 00:26:52,487 --> 00:26:53,697 Ramai dah dibebaskan. 339 00:26:53,780 --> 00:26:57,492 Baron dah buat keputusan. Dia perlu terima akibatnya. 340 00:27:05,584 --> 00:27:06,877 Apa awak buat di sini? 341 00:27:08,295 --> 00:27:09,379 Saya mahu wang saya. 342 00:27:10,130 --> 00:27:11,924 Awak perlu pergi sekarang. 343 00:27:12,007 --> 00:27:13,467 André, jangan masuk campur. 344 00:27:13,550 --> 00:27:15,928 Saya dan mak cik awak perlu selesaikan masalah. 345 00:27:19,056 --> 00:27:23,143 Saya kata pergi sekarang, En. Lang. Atau apa-apa saja nama awak. 346 00:27:25,729 --> 00:27:26,730 Spatz! 347 00:27:27,272 --> 00:27:30,943 Spatz! Berhenti, Spatz! Berhenti! 348 00:27:31,860 --> 00:27:32,819 Berhenti! 349 00:27:33,320 --> 00:27:39,284 Sejak saya tiba, awak berlagak seperti saya ini menyusahkan. 350 00:27:40,077 --> 00:27:44,873 Tapi, saya pun ada perasaan juga. Serius. Saya ada perasaan macam awak. 351 00:27:44,957 --> 00:27:48,168 André? 352 00:27:48,752 --> 00:27:51,421 André, awak tak tahu, tapi saya ada di sana. 353 00:27:52,214 --> 00:27:57,010 Malam itu. Malam ketika Baron dan mak cik awak menjemput awak. 354 00:27:57,094 --> 00:27:59,638 Saya ada di sana dan memerhati kamu bertiga. 355 00:27:59,721 --> 00:28:01,682 Keluarga bahagia bertemu semula. 356 00:28:03,725 --> 00:28:06,645 Beritahu dia perkara sebenar. 357 00:28:06,728 --> 00:28:09,398 Tiba masanya dia tahu diri mak cik dia yang sebenar. 358 00:28:10,315 --> 00:28:11,316 Cepat, beritahu dia! 359 00:28:11,400 --> 00:28:14,903 Spatz, tolong lepaskan dia! Saya akan berikan wang awak. 360 00:28:14,987 --> 00:28:19,491 - Apa maksud mak cik? - Awak nak beritahu dia, atau saya? 361 00:28:20,659 --> 00:28:25,289 Okey, saya mulakan. André, kami bekerja untuk Empayar. 362 00:28:25,372 --> 00:28:27,374 Tak begitu, Ejen Westminster? 363 00:28:28,208 --> 00:28:30,169 Dia turut ada nombor ejennya. 364 00:28:30,252 --> 00:28:34,423 Awak ingat nombor awak? F7124, bukan? 365 00:28:36,717 --> 00:28:39,469 F7124, bukan? 366 00:28:41,930 --> 00:28:43,765 Ya! Ya. 367 00:28:43,849 --> 00:28:45,225 Ya, betul. 368 00:28:46,518 --> 00:28:48,812 Dia askar yang bagus, bukan? 369 00:28:49,396 --> 00:28:51,982 Ya, dia buat semua yang kami perlukan 370 00:28:52,482 --> 00:28:55,110 selagi dia dapat perkara yang dia mahu. 371 00:28:55,194 --> 00:28:59,781 Dia mahu dapatkan semula perniagaan minyak wanginya yang penting. 372 00:28:59,865 --> 00:29:03,827 Jadi, dia khianati Baron Vaufreland 373 00:29:03,911 --> 00:29:07,623 agar kamu semua boleh melarikan diri. 374 00:29:09,208 --> 00:29:11,710 Dia juga hampir jadikan saya kambing hitam. 375 00:29:12,628 --> 00:29:14,004 Bagaimana pertemuan awak? 376 00:29:14,087 --> 00:29:18,634 Pasti awak dah kaya raya. Saya cuma mahu bahagian saya. 377 00:29:18,717 --> 00:29:20,302 Lepaskan dia, awak akan dapat! 378 00:29:20,385 --> 00:29:23,305 Saya akan lepaskan dia selepas awak beritahu dia perkara sebenar. 379 00:29:23,388 --> 00:29:26,016 Beritahu dia atau dia akan mati sekarang. 380 00:29:26,099 --> 00:29:28,852 Seperti sepatutnya berbulan-bulan yang lepas, 381 00:29:28,936 --> 00:29:30,395 melutut di tanah macam anjing. 382 00:29:30,479 --> 00:29:33,649 Teruskan, beritahu dia. Buat kami bangga. Cepat. 383 00:29:33,732 --> 00:29:35,275 - Ya, betul. - Cepat. 384 00:29:35,359 --> 00:29:36,944 Semuanya betul! 385 00:29:41,782 --> 00:29:44,201 Lihat? Tak begitu susah, bukan? 386 00:29:47,246 --> 00:29:52,125 Pastikan wang itu ada dalam akaun saya esok, atau saya akan kembali. 387 00:29:52,209 --> 00:29:53,418 Awak takkan suka nanti. 388 00:30:01,051 --> 00:30:05,055 André, jangan terlalu berkeras dengan mak cik awak. 389 00:30:05,764 --> 00:30:07,891 Apa-apa pun, itu cuma perniagaan. 390 00:30:07,975 --> 00:30:08,976 Tak apa. 391 00:30:12,062 --> 00:30:13,772 Kamu okey? Mak cik minta maaf. 392 00:30:16,149 --> 00:30:17,192 Biar mak cik tolong. 393 00:30:17,276 --> 00:30:21,947 Sampai hati mak cik. Tentera Nazi seksa dan bunuh kami… 394 00:30:22,030 --> 00:30:26,118 Tolong faham. Mak cik buat semuanya demi kamu. 395 00:30:26,201 --> 00:30:27,202 Demi masa depan kita. 396 00:30:28,745 --> 00:30:32,457 Masa depan kita? Bagaimana dengan Baron? 397 00:30:35,210 --> 00:30:37,087 Mak cik pergunakan dia. 398 00:30:38,797 --> 00:30:42,801 Dia ada kenalan Nazi. Dia dapatkan pembebasan kamu. 399 00:30:46,305 --> 00:30:47,598 Jangan hampiri saya. 400 00:30:51,643 --> 00:30:53,187 Jangan pergi. 401 00:30:53,687 --> 00:30:55,939 - Saya perlu tinggalkan mak cik. - Jangan pergi. 402 00:30:57,691 --> 00:31:01,028 Tolong, jangan pergi. Takkan kamu juga. Mak cik sayang kamu. 403 00:31:04,114 --> 00:31:06,074 Mak cik tak sayang sesiapa. 404 00:31:07,534 --> 00:31:12,748 Tak pernah. Saya bawa Gabrielle. Kami pulang ke Paris. Jangan ikut kami. 405 00:31:12,831 --> 00:31:16,627 Mak cik tiada apa-apa tanpa kamu. Tolonglah. 406 00:31:16,710 --> 00:31:20,839 Mak cik ada wang mak cik. Mak cik ada semua yang mak cik mahukan. 407 00:31:29,640 --> 00:31:30,641 Jangan. 408 00:31:36,980 --> 00:31:38,732 André! 409 00:31:59,837 --> 00:32:04,132 Saya cuma mengagumi House of Dior awak. 410 00:32:05,175 --> 00:32:08,428 Ia agak mengujakan. 411 00:32:10,722 --> 00:32:15,853 Saya dah lama mahukan butik begini, tapi malangnya 412 00:32:15,936 --> 00:32:20,899 saya tak berbakat untuk memilikinya. 413 00:32:21,441 --> 00:32:25,946 Awak buat saya sedih apabila awak berhenti. 414 00:32:26,989 --> 00:32:29,157 Pasti awak pun tahu. 415 00:32:31,076 --> 00:32:37,833 - Lucien, saya sayang awak. Tetap sayang. - Umpama ayah yang tersisih. 416 00:32:38,333 --> 00:32:42,212 Saya dapat peluang saya pada usia empat puluh dua tahun. 417 00:32:44,339 --> 00:32:50,971 Saya dah agak, mengupah tukang jahit pasti ada akibatnya, tapi… 418 00:32:51,054 --> 00:32:53,682 - Awak tetap buat. - Awak dah buat keputusan? 419 00:32:53,765 --> 00:32:54,975 Itu punca awak datang? 420 00:32:55,058 --> 00:33:00,314 Sudah. Saya melawat awak untuk sampaikannya. 421 00:33:02,608 --> 00:33:05,652 Dulu, tentera Nazi jadi tuan kita. 422 00:33:07,738 --> 00:33:10,908 Tapi kita dah ada tuan baru sekarang. Wang. 423 00:33:12,367 --> 00:33:19,291 Kita perlukan wang untuk hidup, bekerja, membina butik busana. 424 00:33:21,960 --> 00:33:23,754 Christian, perkara yang awak hasilkan 425 00:33:23,837 --> 00:33:28,133 hanya sekadar rekaan semula penuh 426 00:33:28,217 --> 00:33:33,555 perniagaan kita. Perniagaan dengan potensi besar. 427 00:33:34,723 --> 00:33:38,185 Khususnya jika pereka lain ikut langkah awak. 428 00:33:39,478 --> 00:33:43,857 Menghukum awak akan membahayakan masa depan awak 429 00:33:43,941 --> 00:33:45,984 dan masa depan busana anggun. 430 00:33:46,818 --> 00:33:51,573 Jadi, saya putuskan untuk tak menghukum awak. 431 00:33:58,872 --> 00:33:59,873 Terima kasih. 432 00:34:00,916 --> 00:34:05,003 Malahan, tukang jahit perlukan upah lebih tinggi. 433 00:34:05,087 --> 00:34:10,175 Awak mampu bayar mereka lebih. Akhirnya, mereka juga yang beruntung. 434 00:34:10,259 --> 00:34:15,514 Tapi, awak perlu hantar semula beberapa orang ke House of Patou 435 00:34:15,597 --> 00:34:18,183 agar mereka boleh siapkan koleksi. 436 00:34:18,851 --> 00:34:21,353 Awak juga perlu bayar mereka. 437 00:34:22,312 --> 00:34:25,899 Saya pasti awak mampu membayarnya. 438 00:34:27,275 --> 00:34:28,277 Sudah tentu. 439 00:34:34,199 --> 00:34:35,367 Dengar sini. 440 00:34:37,369 --> 00:34:41,748 Kita perlu berfikir panjang dengan tindakan kita 441 00:34:41,831 --> 00:34:46,795 pada saat terpenting dalam hidup kita, Christian. 442 00:34:55,888 --> 00:35:01,018 Apabila kejayaan tiba, awak perlu lebih berhati-hati. 443 00:35:01,101 --> 00:35:02,102 Hati-hati dengan apa? 444 00:35:04,021 --> 00:35:05,522 Christian Dior. 445 00:35:10,235 --> 00:35:13,030 Awak ada tiga hari. Semoga berjaya. 446 00:35:17,284 --> 00:35:20,996 Marie. Marie di mana? Bawa gaun itu. Mari sini. 447 00:35:21,079 --> 00:35:23,290 Saya tak rasa ia sesuai di sini. 448 00:35:25,918 --> 00:35:27,794 Boleh awak tolong pusing? 449 00:35:32,007 --> 00:35:36,011 Kelim di bawah ini tak boleh terseret. 450 00:35:42,976 --> 00:35:45,187 Ia perlu dinaikkan dua milimeter. 451 00:35:48,232 --> 00:35:49,316 Bar. 452 00:35:49,399 --> 00:35:53,320 SUT BAR 453 00:35:58,325 --> 00:36:01,245 Agak senget. Luruskan sedikit. 454 00:36:03,163 --> 00:36:04,164 Bagaikan santo. 455 00:36:07,709 --> 00:36:08,585 Sayang. 456 00:36:08,669 --> 00:36:09,670 SAYANG 457 00:36:15,092 --> 00:36:19,596 Okey. Puan-puan, jangan biarkan lipatan terkumpul di sini. Faham? 458 00:36:20,472 --> 00:36:21,390 Hutan. 459 00:36:21,473 --> 00:36:22,474 HUTAN 460 00:36:24,351 --> 00:36:25,394 Jeritan. 461 00:36:25,477 --> 00:36:27,062 JERITAN 462 00:36:29,064 --> 00:36:29,898 Mimpi. 463 00:36:29,982 --> 00:36:31,233 MIMPI 464 00:36:31,733 --> 00:36:32,734 Doris. 465 00:36:40,784 --> 00:36:41,785 Longchamps. 466 00:36:50,210 --> 00:36:51,253 Tukang Gunting. 467 00:36:51,336 --> 00:36:53,714 TUKANG GUNTING 468 00:36:54,798 --> 00:36:55,799 Semarak. 469 00:36:55,883 --> 00:36:57,301 SEMARAK 470 00:36:58,760 --> 00:37:03,682 Serta yang glamor, Ketaatan. 471 00:37:03,765 --> 00:37:06,059 KETAATAN 472 00:37:06,143 --> 00:37:07,394 Ya? 473 00:37:07,477 --> 00:37:11,190 Bagus sekali. Syabas, puan-puan. 474 00:37:11,273 --> 00:37:13,525 Terima kasih, semua. Sambung kerja kamu. 475 00:37:19,531 --> 00:37:22,034 Christian upah tukang jahit kami. 476 00:37:22,117 --> 00:37:23,702 Itu tak boleh dimaafkan. 477 00:37:23,785 --> 00:37:25,829 Kenapa awak suruh kami datang, Jacques? 478 00:37:27,998 --> 00:37:29,374 Dia rindukan kamu. 479 00:37:30,209 --> 00:37:32,794 Pertunjukan itu esok dan saya minta kamu datang. 480 00:37:33,754 --> 00:37:34,755 Entahlah. 481 00:37:36,465 --> 00:37:41,220 Christian sentiasa penting bagi saya. Bagi kami. 482 00:37:41,803 --> 00:37:48,435 Jadi, datanglah. Lihat rekaan dia. Kita semua patut sokong dia. 483 00:37:53,899 --> 00:37:56,109 Pulanglah. Berehat. 484 00:37:57,569 --> 00:37:59,947 Awak pasti Jacques akan datang nanti? 485 00:38:00,030 --> 00:38:01,573 Ya, dia akan datang. 486 00:38:02,741 --> 00:38:06,828 Saya percayakan awak, Christian. Tak kira apa-apa saja berlaku esok. 487 00:38:21,009 --> 00:38:22,010 Hei. 488 00:38:24,930 --> 00:38:26,390 Awak nak bermalam di sini? 489 00:38:28,100 --> 00:38:30,435 Saya tetap tak boleh tidur… 490 00:38:32,437 --> 00:38:33,522 Kenapa? 491 00:38:36,859 --> 00:38:42,281 Saya dah buat semua yang perlu, tapi… 492 00:38:45,200 --> 00:38:46,034 Catherine. 493 00:38:54,626 --> 00:38:59,882 Awak dah capai semua impian awak. Kejayaan menanti awak. 494 00:39:02,718 --> 00:39:06,555 Awak akan lihat nanti. Esok pasti hari yang mengagumkan. 495 00:40:49,074 --> 00:40:54,788 POLIS PERANCIS BIRO SIASATAN NAZI 496 00:40:58,667 --> 00:41:00,836 Awak bersumpah pengakuan awak benar? 497 00:41:04,214 --> 00:41:08,468 Ya, encik. Sayang sekali, semuanya benar. 498 00:41:10,470 --> 00:41:13,015 Keterangan awak boleh digunakan di mahkamah? 499 00:41:13,098 --> 00:41:16,351 Kamu boleh temui dia di Hotel Beau Rivage Palace 500 00:41:17,394 --> 00:41:18,604 di Lausanne, Switzerland. 501 00:41:22,608 --> 00:41:24,234 Puan-puan, cepat. 502 00:41:24,318 --> 00:41:25,152 Ya. 503 00:41:25,694 --> 00:41:28,280 Terima kasih. Tidak. Kembali… 504 00:41:31,408 --> 00:41:33,118 Elena, ambil ini. 505 00:41:34,620 --> 00:41:35,913 - Tidak. - Bukan sarung tangan itu. 506 00:41:35,996 --> 00:41:37,956 - Kita perlukan sarung tangan. - Cepat. 507 00:41:40,209 --> 00:41:41,335 Topi. 508 00:41:42,002 --> 00:41:44,129 Tolong fokus, semua. 509 00:41:44,213 --> 00:41:49,301 Encik, Pn. Zehnacker minta saya maklumkan awak yang pintu dah dibuka. 510 00:41:49,384 --> 00:41:52,346 - …tak perlukan topi itu. - Ia di rak sana. 511 00:41:53,764 --> 00:41:55,098 Ini dia. 512 00:42:05,943 --> 00:42:08,070 En. Dior, sedia untuk pemeriksaan akhir? 513 00:42:09,863 --> 00:42:11,990 Dia di mana? Siapa nampak dia? 514 00:42:12,783 --> 00:42:13,784 En. Dior? 515 00:42:22,876 --> 00:42:24,127 - Christian. - Ya? 516 00:42:24,211 --> 00:42:25,379 Apa dah jadi? 517 00:42:26,088 --> 00:42:28,382 Kenapa tak bersama model? Kita dah nak mula. 518 00:42:31,051 --> 00:42:32,594 Saya perlukan masa sekejap. 519 00:42:40,394 --> 00:42:43,313 - Ayah tak faham, Christian. - Nasib buruk menimpa keluarga. 520 00:42:43,397 --> 00:42:44,481 Awak patut jumpa… 521 00:42:44,565 --> 00:42:48,527 Alihkan perhatian seumur hidup kamu dengan seni, lukisan. 522 00:42:48,610 --> 00:42:50,654 - Melarikan diri ke dunia fantasi. - Berapa helai pakaian… 523 00:42:50,737 --> 00:42:52,906 Kamu tak belajar daripada kesilapan ayah? 524 00:42:58,745 --> 00:43:03,166 Itu Carmel Snow. Dia dah sampai. 525 00:43:04,251 --> 00:43:06,503 Carmel, terima kasih sebab datang. 526 00:43:08,338 --> 00:43:10,507 Selamat datang. Saya tunjukkan kerusi awak. 527 00:43:10,591 --> 00:43:12,593 Ini. Maaf. 528 00:43:19,600 --> 00:43:21,560 Hidup awak penting… 529 00:43:25,063 --> 00:43:29,359 …inspirasi awak. Awak perlu berkarya. Christian. 530 00:43:29,443 --> 00:43:30,444 Christian? 531 00:43:37,201 --> 00:43:38,619 Saya tak mahu awak keseorangan. 532 00:43:50,422 --> 00:43:52,424 Saya tak pernah lihat begitu ramai… 533 00:44:02,726 --> 00:44:04,311 Kami mencari Cik Chanel. 534 00:44:14,863 --> 00:44:18,784 Minyak wangi yang awak reka… 535 00:44:20,994 --> 00:44:23,121 buat saya teringat suasana sebelum perang. 536 00:44:25,958 --> 00:44:28,877 Perasaan yang saya dah lama tak rasa. 537 00:44:32,965 --> 00:44:34,633 Taman ibu, bukan? 538 00:44:39,596 --> 00:44:40,889 Saya sangka saya dah lupa. 539 00:44:45,352 --> 00:44:47,187 Itu sumber inspirasi saya. 540 00:44:49,857 --> 00:44:51,567 Ia inspirasi semua rekaan saya. 541 00:45:06,915 --> 00:45:08,166 Abang yang disayangi. 542 00:45:14,631 --> 00:45:16,216 Ayuh pergi sekarang. 543 00:45:17,217 --> 00:45:19,553 Tunjukkan kepada dunia rekaan awak. 544 00:45:24,183 --> 00:45:25,225 Maaf, cik. 545 00:45:25,309 --> 00:45:27,728 Kami diarahkan untuk bawa awak pulang ke Perancis, 546 00:45:28,604 --> 00:45:31,106 untuk beri keterangan dalam pembicaraan Baron Vaufreland. 547 00:45:31,190 --> 00:45:33,275 Mengarut. Jumpa peguam saya. 548 00:45:34,776 --> 00:45:38,238 Awak akan jawab penglibatan awak yang membuatkan dia ditangkap. 549 00:45:38,822 --> 00:45:41,825 Anak saudara awak, André, beri keterangan hubungan awak dan Baron 550 00:45:41,909 --> 00:45:44,244 serta penglibatan awak dalam Parti Nazi. 551 00:45:54,004 --> 00:45:55,422 Saya tak takut apa-apa. 552 00:46:04,806 --> 00:46:08,310 Catherine. Saya gembira awak datang. 553 00:46:08,393 --> 00:46:11,563 - Gembira bertemu awak. - Christian sangat rindukan awak. 554 00:46:19,655 --> 00:46:24,326 Maaf, cik. Awak adik En. Dior? 555 00:46:24,409 --> 00:46:25,702 Ya. 556 00:46:25,786 --> 00:46:28,497 Lucien Lelong selalu bercerita tentang awak. 557 00:46:29,039 --> 00:46:34,503 Saya berbesar hati bertemu dengan awak. Saya Carmel Snow, Harper's Bazaar. 558 00:46:36,171 --> 00:46:38,674 Jangan bertegas dengan abang saya. 559 00:46:38,757 --> 00:46:40,425 Jangkaan sangat tinggi. 560 00:46:40,509 --> 00:46:43,178 Dia luahkan isi hatinya. 561 00:46:43,679 --> 00:46:47,683 Ya. Saya dah menghayatinya dengan minyak wangi awak. 562 00:46:48,934 --> 00:46:49,768 Minyak wangi saya? 563 00:46:49,852 --> 00:46:53,897 Pn. Zehnacker kata dia namakannya sempena 564 00:46:53,981 --> 00:46:56,567 insan paling penting dalam hidup dia. 565 00:46:57,109 --> 00:46:58,110 Cik Dior. 566 00:46:59,403 --> 00:47:01,113 Pastinya ibu kami. 567 00:47:01,196 --> 00:47:04,741 Tidak, sayang. Sempena awak. 568 00:47:35,022 --> 00:47:38,358 Tuan-tuan dan puan-puan, pertunjukan akan bermula. 569 00:47:44,031 --> 00:47:45,657 Lima minit. 570 00:47:48,035 --> 00:47:50,454 Melalui koleksi pertama awak pada 1947… 571 00:47:52,664 --> 00:47:54,791 awak bantu orang ramai temui kecantikan 572 00:47:55,709 --> 00:47:59,296 dan semangat untuk teruskan hidup selepas Perang Dunia Kedua. 573 00:48:07,554 --> 00:48:09,556 Saya cuma mahu 574 00:48:09,640 --> 00:48:14,895 reka pakaian wanita yang paling indah 575 00:48:16,063 --> 00:48:18,857 pernah dihasilkan. 576 00:48:48,470 --> 00:48:52,474 Betulkah semasa penaklukan Jerman di Paris, 577 00:48:52,558 --> 00:48:54,476 Coco Chanel menutup bengkelnya 578 00:48:55,936 --> 00:48:59,064 dan enggan reka pakaian untuk isteristeri tentera Nazi? 579 00:49:00,607 --> 00:49:05,153 Cik Chanel ada perniagaan sendiri… 580 00:49:08,615 --> 00:49:10,826 dan buat keputusan untuk menutupnya. 581 00:49:17,416 --> 00:49:23,213 Bagi mereka yang mengharungi huru-hara perang… 582 00:49:26,717 --> 00:49:29,303 empat tahun penaklukan Nazi… 583 00:49:32,890 --> 00:49:34,391 hari paling kelam dalam hidup kami. 584 00:49:40,647 --> 00:49:41,815 Tahu keinginan… 585 00:49:45,777 --> 00:49:46,612 untuk terus hidup. 586 00:49:53,577 --> 00:49:56,496 Orang perlu merasa semula. 587 00:49:57,456 --> 00:50:02,252 Mereka perlu pasang impian semula. Mereka perlu ceria semula. 588 00:50:03,587 --> 00:50:07,466 Kita boleh cipta dunia baru untuk mereka. 589 00:50:08,592 --> 00:50:10,135 Awak dah sedia? 590 00:50:12,971 --> 00:50:14,056 Belum, En. Dior. 591 00:50:15,933 --> 00:50:16,975 Saya pun sama. 592 00:50:29,780 --> 00:50:30,781 Pergi. Pergi sekarang. 593 00:50:37,621 --> 00:50:42,960 Bagi saya, rekaan untuk teruskan hidup. 594 00:50:51,677 --> 00:50:55,722 SEGALANYA BERMULA… 595 00:51:01,895 --> 00:51:05,065 CHRISTIAN DIOR 30 LEBUH MONTAIGNE PARIS - 8 596 00:51:05,148 --> 00:51:09,194 1950-AN 597 00:51:09,278 --> 00:51:13,282 1960-AN 598 00:51:13,365 --> 00:51:15,325 1970-AN 599 00:51:15,409 --> 00:51:17,452 1980-an CAROLINE DARI MONACO 600 00:51:17,536 --> 00:51:18,871 1990-AN 601 00:51:20,038 --> 00:51:21,498 2000-AN 602 00:51:21,582 --> 00:51:23,584 2010-AN 603 00:51:25,169 --> 00:51:26,086 2020-AN 604 00:52:49,878 --> 00:52:51,880 Terjemahan sari kata oleh Hamdan Alias