1 00:01:27,240 --> 00:01:28,520 Hasan, boleh dengar? 2 00:01:29,520 --> 00:01:32,960 Baiklah. Elias Mannix, berusia 15 tahun. 3 00:01:33,040 --> 00:01:34,760 Hasan, berikan taklimat. 4 00:01:34,840 --> 00:01:37,320 Mannix jadi anak angkat ketika empat tahun 5 00:01:37,400 --> 00:01:40,600 dan tinggal di rumah penjagaan sama dengan Syed Tahir. 6 00:01:40,680 --> 00:01:43,600 Pemilik rumah kata, Syed ikut Mannix ke mana-mana. 7 00:01:43,680 --> 00:01:45,160 Tiga tahun lepas, 8 00:01:45,240 --> 00:01:48,760 Mannix jadi anak angkat kepada Andrew dan Elaine Morley. 9 00:01:48,840 --> 00:01:51,320 Andrew bekas polis. Elaine pengubat Reiki. 10 00:01:51,840 --> 00:01:52,800 Reiki bagus. 11 00:01:53,640 --> 00:01:55,040 Ini rakaman CCTV 12 00:01:55,120 --> 00:01:58,200 10 minit sebelum mayat ditemui di Lorong Longharvest. 13 00:02:00,160 --> 00:02:03,600 Awak rasa Mannix pembunuhnya dan dia aniaya Syed? 14 00:02:03,680 --> 00:02:09,120 Syed duduk di depan saya. Dia hanya perlu cakap, tapi dia tak cakap. 15 00:02:09,200 --> 00:02:12,280 Echo Tango 1 kepada Echo Tango 2, menghampiri lokasi. 16 00:02:28,480 --> 00:02:31,640 Polis bersenjata! Melutut sekarang! 17 00:02:31,720 --> 00:02:35,000 - Angkat tangan. - Mana anak lelaki awak? 18 00:02:35,080 --> 00:02:36,560 - Cari di atas. - Mana Elias? 19 00:02:36,640 --> 00:02:37,560 Jangan gerak! 20 00:02:37,640 --> 00:02:39,120 Mana Mannix? 21 00:02:39,200 --> 00:02:41,800 - Tolong. - Polis bersenjata! Sandar! 22 00:02:41,880 --> 00:02:43,800 - Okey! - Sandar pada dinding! 23 00:02:43,880 --> 00:02:45,040 Angkat tangan! 24 00:02:45,640 --> 00:02:46,760 Polis bersenjata! 25 00:02:47,280 --> 00:02:48,680 Periksa di bawah! 26 00:02:53,760 --> 00:02:54,800 POLIS 27 00:02:59,720 --> 00:03:03,160 DAVID BOWIE - FILEM NICOLAS ROEG THE MAN WHO FELL TO EARTH 28 00:03:11,120 --> 00:03:12,120 Apa jadahnya ini? 29 00:03:19,120 --> 00:03:19,960 Ya Tuhan. 30 00:03:25,120 --> 00:03:28,400 - Dah dua hari kamu tak nampak Elias? - Betul. 31 00:03:28,480 --> 00:03:32,000 Sewaktu keluar sebelum ini, dia tak cakap dia nak ke mana? 32 00:03:32,680 --> 00:03:34,360 - Tak. - Kamu tak tanya dia? 33 00:03:34,440 --> 00:03:35,480 Umurnya 15 tahun. 34 00:03:36,000 --> 00:03:38,920 Budak-budak sebaya dia keluar begitu saja. 35 00:03:40,000 --> 00:03:43,280 Apa yang berlaku? Kami sangat risau. 36 00:03:46,720 --> 00:03:48,960 Saya jumpa gambar ini di bilik Elias. 37 00:03:49,760 --> 00:03:52,400 Gambar saya jemput anak di sekolah Jumaat lepas. 38 00:03:53,360 --> 00:03:55,720 Kenapa anak kamu mengekori saya 39 00:03:56,920 --> 00:03:57,960 dan ambil gambar? 40 00:03:58,040 --> 00:03:58,880 Apa? 41 00:03:58,960 --> 00:04:00,160 - Lalu tampal? - Tak. 42 00:04:04,360 --> 00:04:06,040 Kamu pernah jumpa budak ini? 43 00:04:07,240 --> 00:04:09,720 - Tak. - Namanya Syed Tahir. 44 00:04:09,800 --> 00:04:12,680 Dulu, dia serumah dengan Elias. Mereka rapat. 45 00:04:14,080 --> 00:04:15,240 Tak. 46 00:04:16,160 --> 00:04:18,520 Kami tak pernah jumpa. Elias tak cerita. 47 00:04:18,600 --> 00:04:21,000 Syed suspek utama dalam satu pembunuhan. 48 00:04:21,080 --> 00:04:23,080 Sebelum dia bunuh diri. 49 00:04:26,080 --> 00:04:30,880 Elias bersama Syed dan dia pegang pistol yang Syed guna untuk bunuh diri. 50 00:04:30,960 --> 00:04:32,560 Awak okey? 51 00:04:32,640 --> 00:04:37,000 Ini mangsa yang Syed disyaki bunuh dengan pistol yang sama. 52 00:04:39,680 --> 00:04:40,560 Awak okey? 53 00:04:41,080 --> 00:04:43,000 Andrew, awak bekas polis, bukan? 54 00:04:44,200 --> 00:04:46,560 Sarjan. 20 tahun. Polis bersenjata. 55 00:04:46,640 --> 00:04:50,240 Kamu ibu bapa angkat kepada budak yang ada masalah mental 56 00:04:50,320 --> 00:04:52,360 dan pernah buat jenayah kecil. 57 00:04:52,440 --> 00:04:56,040 Kamu tak terfikir untuk maklumkan polis tentang kehilangannya? 58 00:04:56,120 --> 00:04:56,960 Hasan! 59 00:05:00,000 --> 00:05:03,080 Kalau kami asyik menyibuk, periksa sejarah cariannya, 60 00:05:03,160 --> 00:05:06,440 tanya dia nak ke mana, kami sama macam rumah penjagaan. 61 00:05:07,560 --> 00:05:08,400 Saya tak tahu 62 00:05:09,520 --> 00:05:11,320 sebab dia tampal gambar awak. 63 00:05:11,400 --> 00:05:15,840 Saya tak tahu tentang semua ini, tapi jangan tuduh dia secara melulu. 64 00:05:17,240 --> 00:05:18,520 Dia budak baik. 65 00:05:18,600 --> 00:05:21,000 Dia tiada kaitan dengan mayat itu. 66 00:05:22,280 --> 00:05:25,000 Kami akan bantu semampu mungkin untuk cari dia. 67 00:05:44,040 --> 00:05:45,400 Selamat pulang, Iris. 68 00:05:54,200 --> 00:05:55,520 Komuniti yang hebat. 69 00:05:56,040 --> 00:06:00,920 Keselamatan, keluarga, kesejahteraan, jasad dan fikiran. 70 00:06:01,600 --> 00:06:02,440 Anda ada saya. 71 00:06:03,520 --> 00:06:04,760 Saya ada anda. 72 00:06:05,280 --> 00:06:06,640 Kita saling membantu. 73 00:06:07,600 --> 00:06:08,720 Britain Bersatu. 74 00:06:28,360 --> 00:06:29,200 Hiburkan saya. 75 00:06:31,320 --> 00:06:32,160 Vintaj. 76 00:06:34,600 --> 00:06:36,600 Sudah! Tak payahlah. Saya… 77 00:06:40,000 --> 00:06:44,040 Anda ada bawang putih, potongan lobak merah dan sebalang hummus. 78 00:06:44,120 --> 00:06:47,400 Suhu dan pembaziran tenaga meningkat jika lama berfikir. 79 00:06:50,600 --> 00:06:53,520 Jiran anda, Lorna Dunnet, ada di pintu. 80 00:06:55,680 --> 00:06:57,960 Saya terlelap pada waktu senyap. 81 00:06:58,040 --> 00:07:01,240 Lorna, hari ini sangat meletihkan. 82 00:07:01,320 --> 00:07:02,160 Alamak! 83 00:07:03,320 --> 00:07:06,480 Ceritalah kepada saya tentang hari awak yang teruk. 84 00:07:07,360 --> 00:07:09,200 Jiranku si penyelesai jenayah. 85 00:07:10,560 --> 00:07:13,480 Bella, jangan! 86 00:07:13,560 --> 00:07:14,400 Turun! 87 00:07:14,480 --> 00:07:15,960 Jangan! Sudah. 88 00:07:20,720 --> 00:07:22,720 Ada darah pada awak, sayang. 89 00:07:24,560 --> 00:07:25,600 Awak cedera? 90 00:07:30,960 --> 00:07:34,440 Jangan lama sangat. Awak perlu minum gin ini! 91 00:07:48,800 --> 00:07:51,040 Jadi, darah siapa tadi? 92 00:07:53,040 --> 00:07:54,720 Saya tak nak awak bosan. 93 00:07:55,240 --> 00:07:59,120 - Saya takkan bosan. - Ia juga maklumat sulit. 94 00:08:00,720 --> 00:08:01,640 Menggoda betul. 95 00:08:03,560 --> 00:08:05,120 Kes bunuh, ya? 96 00:08:05,200 --> 00:08:07,040 Ya Tuhan, Lorn. 97 00:08:07,120 --> 00:08:08,680 Sulit! 98 00:08:08,760 --> 00:08:11,560 Tuang sajalah. Okey? 99 00:08:16,400 --> 00:08:17,560 Tapi ada mayat? 100 00:08:21,440 --> 00:08:24,280 Sebenarnya, saya rasa saya selamatkan nyawanya. 101 00:08:30,320 --> 00:08:31,160 Baiklah. 102 00:08:33,000 --> 00:08:34,320 Mari minum untuknya. 103 00:08:39,760 --> 00:08:41,960 Kita boleh habiskan sebotol untuknya. 104 00:08:42,480 --> 00:08:43,480 Minum. 105 00:08:49,480 --> 00:08:51,720 Ayah bawa saya ke tempat kerja. 106 00:08:52,480 --> 00:08:53,880 Kami naik kereta api. 107 00:08:54,800 --> 00:08:58,240 Kami terdengar letupan, seluruh dunia bergegar. 108 00:08:58,320 --> 00:09:00,240 MENGINGATI 2023 MEMORIAL 30 TAHUN 109 00:09:00,320 --> 00:09:02,320 Keadaan gelap. Jeritan kedengaran. 110 00:09:02,920 --> 00:09:05,520 Cahaya itu membakar mata saya. 111 00:09:05,600 --> 00:09:07,960 Tiga hari saya tak dapat melihat. 112 00:09:08,720 --> 00:09:12,840 Apabila penglihatan saya kembali, segala-galanya telah berubah. 113 00:09:13,920 --> 00:09:17,240 Yang saya paling ingat, seluruh negara bekerjasama. 114 00:09:17,800 --> 00:09:20,360 Kita bersatu padu semula. 115 00:09:21,160 --> 00:09:23,960 Bersama ramai mangsa terselamat yang berani, 116 00:09:24,040 --> 00:09:27,560 para ahli Eksekutif berkumpul di hadapan memorial London 117 00:09:27,640 --> 00:09:30,600 demi memperingati tragedi 30 tahun lepas, 118 00:09:30,680 --> 00:09:35,240 selain meraikan permulaan baharu dan ketenteraman yang dimiliki sekarang. 119 00:09:35,320 --> 00:09:38,320 Selepas serangan itu, apabila membina semula bandar, 120 00:09:39,000 --> 00:09:41,160 - kita berkongsi impian. - Hei. 121 00:09:41,240 --> 00:09:43,800 - Komuniti yang melibatkan semua. - Tak apa. 122 00:09:44,960 --> 00:09:48,440 Rakan penduduk Britain baharu, besar pencapaian kita. 123 00:09:48,520 --> 00:09:49,920 Awak hilang seseorang? 124 00:09:50,880 --> 00:09:51,920 Ini bukan impian. 125 00:09:53,120 --> 00:09:54,440 Inilah dunia kita. 126 00:09:54,520 --> 00:09:57,000 Ayah saya terkorban dalam letupan itu. 127 00:09:57,080 --> 00:09:58,040 Kita membinanya. 128 00:09:59,920 --> 00:10:01,200 Mak pun mati. 129 00:10:02,640 --> 00:10:03,640 Selepas seketika. 130 00:10:05,000 --> 00:10:07,520 - Ini baru permulaan. - Tinggal saya saja. 131 00:10:07,600 --> 00:10:11,200 - Setiap kanak-kanak pun terlibat. - Awak tak sendirian. 132 00:10:11,280 --> 00:10:13,840 Berbanggalah kerana saling menjaga. 133 00:10:15,120 --> 00:10:17,360 Sentiasa saling membantu sesama kita. 134 00:10:19,040 --> 00:10:20,520 Bersatu kita teguh. 135 00:10:22,840 --> 00:10:23,960 Teguh kita bersama. 136 00:10:24,040 --> 00:10:26,720 Orang di Taman Peringatan London berbesar hati 137 00:10:26,800 --> 00:10:29,040 dapat diketuai oleh tetamu istimewa, 138 00:10:29,120 --> 00:10:33,240 pengasas Eksekutif, panglima besar kita yang tersayang. 139 00:10:34,680 --> 00:10:36,560 Sekiranya bersatu, 140 00:10:36,640 --> 00:10:39,200 kemampuan kita tiada batasan. 141 00:10:50,000 --> 00:10:51,320 Inspektor Hillinghead. 142 00:10:52,880 --> 00:10:56,280 Inspektor Hillinghead. Ketua Inspektor menunggu tuan. 143 00:11:10,000 --> 00:11:13,240 Tiada senjata pembunuhan berhampiran mayat? 144 00:11:14,560 --> 00:11:15,480 Ya, tuan. 145 00:11:16,400 --> 00:11:17,400 Baik, inspektor. 146 00:11:17,480 --> 00:11:21,000 Disebabkan mayat Longharvest itu masih belum dikenal pasti, 147 00:11:21,080 --> 00:11:24,280 kamu dah gunakan semua cara penyiasatan 148 00:11:25,360 --> 00:11:27,160 yang dibenarkan undang-undang? 149 00:11:34,240 --> 00:11:35,480 Dah, tuan. 150 00:11:39,440 --> 00:11:40,360 Terima kasih. 151 00:11:46,960 --> 00:11:48,360 Tindakan kamu betul. 152 00:11:49,400 --> 00:11:51,000 Tak usah timbulkan masalah. 153 00:11:51,720 --> 00:11:54,120 Apa kata kita pergi minum? 154 00:12:14,680 --> 00:12:16,000 Laju sangat, Polly. 155 00:12:16,080 --> 00:12:18,920 - Mak yang tak mampu ikut. - Ini him. 156 00:12:20,920 --> 00:12:22,840 - Biar saya beritahu. - Apa… 157 00:12:27,640 --> 00:12:30,840 Reverend Spencer minta seseorang buat persembahan di Pesta Menuai. 158 00:12:34,480 --> 00:12:35,640 Sayalah! 159 00:12:35,720 --> 00:12:38,320 Hebatlah, sayang. 160 00:12:39,600 --> 00:12:41,760 Selepas ini Albert Hall pula, ya? 161 00:12:41,840 --> 00:12:44,560 Dia berlagak betul kerana dapat jemputan itu. 162 00:12:44,640 --> 00:12:46,520 Dia tak nak dengar cakap saya. 163 00:12:46,600 --> 00:12:47,920 - Dia rasa saya… - Hei! 164 00:12:48,000 --> 00:12:49,120 …ketinggalan zaman. 165 00:12:52,360 --> 00:12:55,040 Mak yang ajar kamu semuanya. Dengar cakap dia. 166 00:12:55,920 --> 00:12:57,360 Baiklah, ayah. 167 00:12:58,560 --> 00:13:01,960 Tapi jari mak dah tua. Bunyinya dah macam kastanet. 168 00:13:02,040 --> 00:13:02,880 Hei! 169 00:13:07,480 --> 00:13:09,000 Cepatnya kes itu ditutup? 170 00:13:11,120 --> 00:13:11,960 Mujurlah. 171 00:13:12,720 --> 00:13:14,000 Mari makan awal. 172 00:13:37,760 --> 00:13:41,960 Bakar gambar itu, Hillinghead. Kalau awak sayang nyawa awak. 173 00:13:42,040 --> 00:13:45,320 - Saya akan lapor kepada orang atasan. - Kalau lapor, awak akan mati. 174 00:14:17,800 --> 00:14:18,800 Cozens. 175 00:14:24,760 --> 00:14:27,560 Macam mana perogol hina macam kau 176 00:14:27,640 --> 00:14:31,120 boleh ada cerut mahal, padahal baru keluar dari penjara? 177 00:14:31,200 --> 00:14:33,040 Kau pun tahu, Whiteman. 178 00:14:35,160 --> 00:14:36,600 Kawan berpangkat tinggi. 179 00:14:39,720 --> 00:14:41,080 Jenama kegemaran Churchill. 180 00:14:44,240 --> 00:14:45,080 Jadi, 181 00:14:47,000 --> 00:14:50,280 ada mayat ditemui di dalam but sebuah Wolseley 182 00:14:50,360 --> 00:14:52,400 selepas serangan malam tadi. 183 00:14:56,280 --> 00:14:58,600 - Apa ini? - Tombol gearlah, bodoh. 184 00:14:58,680 --> 00:15:00,680 Aku nak bekerjasama dengan kau. 185 00:16:04,080 --> 00:16:05,680 - Jadi? - Masalah selesai. 186 00:16:05,760 --> 00:16:10,000 Saya letak cap jari di dalam Wolseley itu. Kes akan ditutup petang esok. 187 00:16:10,520 --> 00:16:12,840 - Saya akan lenyapkan fail. - Bagus. 188 00:16:15,280 --> 00:16:16,960 Selepas semuanya berakhir, 189 00:16:17,840 --> 00:16:19,960 saya boleh bawa puan pergi minum. 190 00:16:21,000 --> 00:16:23,000 Bagus jika dapat lihat wajah puan. 191 00:16:23,080 --> 00:16:25,800 Tahulah yang kamu dikasihi, Sarjan Whiteman. 192 00:16:48,400 --> 00:16:49,400 Ayah naik dulu. 193 00:16:52,080 --> 00:16:55,040 Ayah suruh Jawad kejutkan kamu esok. 194 00:16:56,240 --> 00:16:57,440 Tidurlah. 195 00:16:58,320 --> 00:16:59,160 Baik. 196 00:17:20,280 --> 00:17:23,160 ELAINE MORLEY BERKHEMAH, ANJING, KAWAN, KELUARGA 197 00:17:44,440 --> 00:17:45,680 Rick? Macam mana? 198 00:17:45,760 --> 00:17:46,600 KARAVAN HYMER 199 00:17:46,680 --> 00:17:49,040 Tiada apa-apa. Mannix tak kelihatan. 200 00:17:49,120 --> 00:17:52,480 Jarang jumpa budak 15 tahun berjauhan dengan media sosial. 201 00:17:53,240 --> 00:17:54,320 Bagus betul. 202 00:17:54,400 --> 00:17:57,640 Awak ada nampak karavan di luar rumah pasangan Morley? 203 00:17:57,720 --> 00:18:00,640 - Di laluan masuk? - Tak. Memang tiada. 204 00:18:01,400 --> 00:18:03,440 - Periksa nombor plat ini. - Baik. 205 00:18:03,520 --> 00:18:07,520 November Hotel 9452. Karavan jenama Hymer. 206 00:18:07,600 --> 00:18:09,160 - Jumpa sesuatu? - Mungkin. 207 00:18:09,880 --> 00:18:10,800 - Maklumkan. - Baik. 208 00:18:10,880 --> 00:18:12,520 Awak dapat video Elias itu? 209 00:18:12,600 --> 00:18:14,520 Daripada Barber. Menakutkan. 210 00:18:14,600 --> 00:18:16,400 Baru dapat. Telefon nanti. 211 00:18:23,880 --> 00:18:25,920 Saya mimpi sama lagi malam tadi. 212 00:18:26,880 --> 00:18:30,080 Apa namanya? Ia berulang. 213 00:18:30,160 --> 00:18:31,480 Ya. 214 00:18:32,120 --> 00:18:33,120 Berulang. 215 00:18:37,000 --> 00:18:39,040 Saya terpaksa bunuh seorang budak. 216 00:18:41,680 --> 00:18:45,440 Saya tak nak pun, tapi saya tahu saya mesti bunuh dia. 217 00:18:49,920 --> 00:18:53,960 Saya tak nampak muka budak itu. Saya pegang dia di atas riba saya. 218 00:18:54,840 --> 00:18:56,640 Dia percaya akan saya. 219 00:18:58,320 --> 00:19:01,680 Tapi saya tembak kepalanya. 220 00:19:05,720 --> 00:19:08,680 Saya harap setakat itu saja, tapi tidak. 221 00:19:09,240 --> 00:19:12,600 Budak itu tahu saya nak tembak dia. 222 00:19:16,520 --> 00:19:18,400 Saya kata saya terpaksa. 223 00:19:21,400 --> 00:19:23,600 Semuanya akan berakhir tak lama lagi. 224 00:19:26,480 --> 00:19:30,000 Saya hanya mahu dia tahu… 225 00:19:35,240 --> 00:19:37,400 yang dia dikasihi. 226 00:19:43,040 --> 00:19:44,960 "Tahulah yang kamu dikasihi." 227 00:19:53,160 --> 00:19:54,000 Ada apa-apa? 228 00:19:55,280 --> 00:19:56,800 - Tiada apa-apa. - Tuan. 229 00:19:57,560 --> 00:19:58,800 Penemuan ketara. 230 00:20:02,400 --> 00:20:05,760 Karavan persendirian Morley keluar dari Terowong Blackwall 231 00:20:05,840 --> 00:20:07,800 dan berhenti isi minyak di sini. 232 00:20:07,880 --> 00:20:09,440 Tarikhnya, 6 Julai. 233 00:20:09,520 --> 00:20:12,240 Enam jam selepas Hasan jumpa mayat itu. 234 00:20:12,320 --> 00:20:14,320 - Ada kamera di depan? - Ada. 235 00:20:21,600 --> 00:20:22,440 Mannix. 236 00:20:22,520 --> 00:20:25,480 - Jumpa. - Ya, tapi mereka hilang selepas itu. 237 00:20:27,360 --> 00:20:28,720 Pasangan Morley menipu. 238 00:20:29,240 --> 00:20:31,160 Panggil mereka, tapi berasingan. 239 00:20:31,680 --> 00:20:34,720 Walaupun dia bekas polis, isterinya takkan bertahan. 240 00:20:34,800 --> 00:20:36,360 Kamu dengar, bukan? 241 00:20:36,440 --> 00:20:37,680 Baik, tuan. 242 00:20:45,880 --> 00:20:47,400 Awak sendiri pun tahu 243 00:20:47,480 --> 00:20:50,680 yang awak bantu dan subahat dengan buruan, En. Morley. 244 00:20:50,760 --> 00:20:53,240 Maaf, Bekas Sarjan Morley. 245 00:20:58,920 --> 00:21:02,120 FIRMA UNDANG-UNDANG HARKER 246 00:21:02,200 --> 00:21:03,320 Mewah betul. 247 00:21:03,960 --> 00:21:06,280 - Dengan pencen polis? - Saya menyimpan. 248 00:21:10,080 --> 00:21:12,920 Elaine, awak dah menipu polis sekali. 249 00:21:13,000 --> 00:21:14,960 Masa untuk berterus terang. 250 00:21:17,160 --> 00:21:18,000 Ayuh. 251 00:21:18,600 --> 00:21:19,440 Tolonglah. 252 00:21:20,520 --> 00:21:22,160 Beritahu kami lokasi Elias. 253 00:21:23,320 --> 00:21:24,560 Demi kebaikan dia. 254 00:21:29,880 --> 00:21:31,560 FIRMA UNDANG-UNDANG HARKER 255 00:21:50,720 --> 00:21:53,400 - Saya simpankan satu. - Baik. Terima kasih. 256 00:21:53,480 --> 00:21:55,160 Awak minum arak malam tadi? 257 00:21:55,680 --> 00:21:56,880 Enam unit. 258 00:21:56,960 --> 00:21:58,160 Saya menyesal. 259 00:21:58,240 --> 00:21:59,840 Selamat pagi, detektif. 260 00:21:59,920 --> 00:22:01,480 Selamat pagi, puan. 261 00:22:01,560 --> 00:22:04,520 Satu lagi hari yang indah di Whitechapel. 262 00:22:06,240 --> 00:22:07,160 Kurang indah. 263 00:22:07,240 --> 00:22:09,600 Eagan, perkembangan geng jenayah siber? 264 00:22:09,680 --> 00:22:11,200 Kami cuba hentikan. 265 00:22:11,280 --> 00:22:15,360 Mereka sasarkan milenial tempatan kerana mereka dah semakin tua. 266 00:22:15,440 --> 00:22:16,960 Data ada dalam pod semua. 267 00:22:17,040 --> 00:22:20,280 Pastikan mangsa dirujuk kepada pasukan kesejahteraan. 268 00:22:20,360 --> 00:22:24,800 Saya harap itu saja yang paling teruk untuk hari ini. 269 00:22:27,760 --> 00:22:28,800 Maaf, puan. 270 00:22:30,000 --> 00:22:31,960 Ada berita cubaan bunuh semalam? 271 00:22:34,120 --> 00:22:35,800 Lelaki bogel yang saya jumpa 272 00:22:36,440 --> 00:22:37,680 dan ditembak di muka. 273 00:22:38,320 --> 00:22:41,880 Itu urusan Eksekutif. Okey, setakat itu sahaja. 274 00:22:41,960 --> 00:22:43,840 Eksekutif tak minta keterangan… 275 00:22:43,920 --> 00:22:48,280 Lokasi sasaran individu kamu sedang dimuat naik ke pod masing-masing. 276 00:22:49,000 --> 00:22:49,840 Maplewood. 277 00:22:50,360 --> 00:22:51,480 Mari cakap sekejap. 278 00:23:02,880 --> 00:23:05,520 Maaf kerana melampaui batas sekali lagi. 279 00:23:05,600 --> 00:23:10,080 Tapi saya yang jumpa dia di kawasan saya bertugas. 280 00:23:11,160 --> 00:23:14,440 Ada yang tak kena. Macam mana dia boleh ada di situ? 281 00:23:15,200 --> 00:23:16,040 Siapa dia? 282 00:23:17,440 --> 00:23:21,880 Semasa sebaya kamu, saya sangka menjadi inspektor 283 00:23:21,960 --> 00:23:23,880 sebelum umur 35 tahun 284 00:23:23,960 --> 00:23:25,520 satu-satunya yang penting. 285 00:23:26,160 --> 00:23:27,480 Kamu mahu berjaya. 286 00:23:28,040 --> 00:23:28,880 Betul? 287 00:23:30,240 --> 00:23:31,160 Betul, puan. 288 00:23:31,240 --> 00:23:35,560 Jadi, kenapa nak membahayakan diri dengan bertanya tentang kes 289 00:23:35,640 --> 00:23:39,640 yang melebihi bidang kuasa saya dan kamu? 290 00:23:52,040 --> 00:23:53,800 Paras SPYNE rendah. 291 00:24:31,480 --> 00:24:33,280 Apabila membina semula bandar, 292 00:24:34,200 --> 00:24:35,680 kita berkongsi impian. 293 00:24:37,240 --> 00:24:39,400 …yang melibatkan semua. 294 00:24:40,320 --> 00:24:42,920 Keseimbangan dan kesamaan dalam semua bentuk. 295 00:24:43,640 --> 00:24:46,040 Tempat kita kini sudah pulih. 296 00:25:04,640 --> 00:25:06,760 KAMI RINDU 297 00:25:15,960 --> 00:25:20,520 14 JULAI 2023 SELAMA-LAMANYA TERSEMAT DALAM HATI 298 00:25:54,080 --> 00:25:55,320 Hai, Alby. 299 00:25:58,240 --> 00:25:59,240 Boleh saya masuk? 300 00:26:01,280 --> 00:26:02,600 Bolehkah abang larang? 301 00:26:17,720 --> 00:26:20,200 - Hei, Marina. - Iris. 302 00:26:21,680 --> 00:26:22,880 Lama tak jumpa… 303 00:26:49,120 --> 00:26:50,200 Awak tak beritahu? 304 00:26:51,840 --> 00:26:54,080 Kamu dah jadi mak cik. Tahniah. 305 00:26:54,160 --> 00:26:56,160 Nampak? Saya dah beritahu. 306 00:26:57,280 --> 00:27:00,160 Kamu berbuallah. Si kecil ini perlu makan. 307 00:27:00,240 --> 00:27:03,000 Kunci pintu depan. Saya takkan lama. 308 00:27:04,440 --> 00:27:05,280 Baik. 309 00:27:12,680 --> 00:27:14,040 Ya Tuhan, abang. 310 00:27:15,160 --> 00:27:19,000 - Ada yang bukan barang curi? - Kenapa? Kamu ada kerja lebih baik? 311 00:27:19,080 --> 00:27:20,680 Bekerja untuk lelaki itu? 312 00:27:24,480 --> 00:27:26,920 Kenapa datang lewat begini, detektif? 313 00:27:30,600 --> 00:27:32,560 Tolong buatkan ujian DNA. 314 00:27:33,760 --> 00:27:35,360 Cari pemilik darah ini. 315 00:27:35,880 --> 00:27:37,400 Ada lelaki cedera parah. 316 00:27:38,040 --> 00:27:39,760 Kesnya dilindungi. 317 00:27:39,840 --> 00:27:42,320 Saya perlukan orang yang boleh dipercayai. 318 00:27:53,920 --> 00:27:55,200 Jadi, sebagai 319 00:27:57,000 --> 00:27:57,840 abang kamu… 320 00:27:57,920 --> 00:27:59,440 Abang tiri. 321 00:27:59,520 --> 00:28:03,040 Abang gembira dapat bantu kamu terlibat dalam masalah besar. 322 00:28:06,080 --> 00:28:07,280 Beri sini. 323 00:28:27,280 --> 00:28:29,680 Setakat mana agaknya sebelum dikesan? 324 00:28:30,560 --> 00:28:32,280 MENCARI DATA 325 00:28:33,200 --> 00:28:36,840 - Abang masih pakar. - Jangan ambil risiko. Nama saja. 326 00:28:36,920 --> 00:28:39,080 Perlu dua minit untuk memprosesnya. 327 00:28:39,800 --> 00:28:41,520 Jarang ada kes dilindungi. 328 00:28:42,640 --> 00:28:44,960 Mesti dia terlibat dalam perkara besar. 329 00:29:03,880 --> 00:29:06,040 Biar saya buka. Minuman sejuk nanti. 330 00:29:12,320 --> 00:29:13,960 Kenapa ada bunyi bising? 331 00:29:14,480 --> 00:29:17,240 Ia ada di dewan muzik. Segala kemarahan. 332 00:29:17,320 --> 00:29:20,240 Mungkin akan menceriakan para jemaah. 333 00:29:20,320 --> 00:29:22,000 Atau mereka sakit jantung. 334 00:29:26,360 --> 00:29:28,280 Saya nak ambil sesuatu. 335 00:29:30,600 --> 00:29:31,920 Biar saya panggil dia. 336 00:29:43,000 --> 00:29:46,120 Alfred, awak tak cakap pun ada orang nak datang. 337 00:29:48,200 --> 00:29:52,760 Saya kata saya cuma nak ambil bahan bukti berkaitan pembunuhan Longharvest. 338 00:29:52,840 --> 00:29:56,200 Isteri tuan ajak saya masuk sementara tuan bersarapan. 339 00:29:58,120 --> 00:29:58,960 Alfred? 340 00:30:00,160 --> 00:30:03,200 Lelaki ini tiada urusan di sini. Dia wartawan. 341 00:30:24,320 --> 00:30:27,520 Berani awak menerjah datang ke rumah saya? 342 00:30:27,600 --> 00:30:29,160 Tuan nak tangkap saya? 343 00:30:32,200 --> 00:30:33,240 Apa awak nak? 344 00:30:38,120 --> 00:30:40,960 Studio saya digeledah oleh pihak polis. 345 00:30:41,760 --> 00:30:43,880 Gambar-gambar saya dimusnahkan. 346 00:30:44,840 --> 00:30:49,040 Tuan ada satu-satunya salinan gambar suspek pembunuhan yang tinggal. 347 00:30:49,120 --> 00:30:51,440 Disebabkan tuan tak nak ambil tindakan, 348 00:30:53,080 --> 00:30:54,320 saya nak minta balik. 349 00:30:59,320 --> 00:31:01,680 Saya akan rahsiakan yang tuan pulangkan. 350 00:31:05,400 --> 00:31:06,960 Pembunuh itu masih bebas. 351 00:31:07,760 --> 00:31:11,320 Gambar itu saja bukti yang ada. Tanpanya, dia akan terlepas. 352 00:31:15,520 --> 00:31:16,720 Beranilah sikit. 353 00:31:19,520 --> 00:31:20,440 Mana gambarnya? 354 00:31:23,280 --> 00:31:24,560 Tinggal abunya saja. 355 00:31:33,000 --> 00:31:35,320 Tiada apa-apa lagi untuk dibincang. 356 00:31:38,800 --> 00:31:42,880 Maaf kerana menipu isteri tuan. 357 00:31:53,880 --> 00:31:55,440 Sudahlah, Andrew. 358 00:31:56,320 --> 00:31:58,400 Awak tahu betapa besar masalah ini. 359 00:31:59,840 --> 00:32:03,000 Saya harap isteri awak tak mula bercerita dulu. 360 00:32:05,960 --> 00:32:08,240 FIRMA UNDANG-UNDANG HARKER 361 00:32:10,680 --> 00:32:13,920 Daripada fail Elias, mudah saja untuk buat andaian. 362 00:32:15,440 --> 00:32:18,560 Kenapa awak ambil anak angkat yang macam itu? 363 00:32:20,520 --> 00:32:22,960 Saya tonton pita video pekerja sosialnya. 364 00:32:23,800 --> 00:32:26,600 Dia bercerita tentang mimpi ngeri yang berulang. 365 00:32:28,120 --> 00:32:30,800 Katanya dia pegang seorang budak kecil 366 00:32:31,600 --> 00:32:32,960 yang dia perlu bunuh. 367 00:32:34,320 --> 00:32:35,800 Dia pernah beritahu awak? 368 00:32:37,760 --> 00:32:39,760 Mustahil boleh lupa cerita begitu. 369 00:32:40,920 --> 00:32:45,200 Saya boleh nampak betapa bayangan itu menyeksa dirinya. 370 00:32:45,280 --> 00:32:49,440 Dia mahu bebas daripada belenggu yang merantai dirinya. 371 00:32:51,920 --> 00:32:52,840 Elaine. 372 00:32:53,600 --> 00:32:55,560 Saya tahu awak cuba lindungi dia. 373 00:32:57,240 --> 00:32:58,680 Tapi ia dah berakhir. 374 00:32:58,760 --> 00:33:02,080 Ada pembunuhan berlaku. Ini perkara serius. 375 00:33:02,160 --> 00:33:03,360 Bantu kami cari dia. 376 00:33:03,440 --> 00:33:04,640 Beritahu lokasinya. 377 00:33:06,080 --> 00:33:08,280 Dia masih boleh ada masa depan cerah. 378 00:33:08,360 --> 00:33:10,520 Peluang yang dia berhak dapat. 379 00:33:10,600 --> 00:33:11,840 Berhenti. 380 00:33:13,440 --> 00:33:15,160 Tolonglah berhenti. 381 00:33:23,400 --> 00:33:25,320 Tapak Perkhemahan Crabapple. 382 00:33:27,640 --> 00:33:29,760 Berhampiran sungai di Purfleet. 383 00:33:30,960 --> 00:33:32,840 Tolong bawa dia dengan selamat. 384 00:33:34,440 --> 00:33:38,000 Perjalanan 40 minit ke Tapak Perkhemahan Crabapple, Purfleet. 385 00:33:38,080 --> 00:33:39,320 - Sekarang? - Jom. 386 00:33:39,400 --> 00:33:41,880 - Rick. Boleh keluar sekejap? - Baik. 387 00:33:43,040 --> 00:33:44,200 Barber, saya ikut. 388 00:33:44,280 --> 00:33:46,880 Syabas, dia dah jawab. Tapi awak dah banyak… 389 00:33:46,960 --> 00:33:48,560 Awak nak saya tinggal? 390 00:33:48,640 --> 00:33:51,880 Elaine mengalah. Tinggal. Siasat semua yang dia tahu. 391 00:33:51,960 --> 00:33:54,240 Kami akan maklumkan perkembangan. 392 00:34:01,640 --> 00:34:04,480 Anak abang cukup sihat? 393 00:34:07,800 --> 00:34:09,120 Abang juga sihat? 394 00:34:10,600 --> 00:34:14,840 Kita lahir dengan kecacatan ini, tapi kita tak perlu reda saja. 395 00:34:17,000 --> 00:34:18,600 Mereka boleh baiki abang. 396 00:34:19,240 --> 00:34:20,080 Baiki. 397 00:34:21,160 --> 00:34:22,320 Pergi mampus! 398 00:34:26,280 --> 00:34:27,320 Beginilah. 399 00:34:28,240 --> 00:34:30,360 Ada pilihan yang lebih baik. 400 00:34:31,560 --> 00:34:34,600 - Sebagai ayah, takkan… - Usah libatkan anak abang. 401 00:34:34,680 --> 00:34:36,840 - Mereka susah… - Kamu tak wujud. 402 00:34:36,920 --> 00:34:40,840 Abang takkan korbankan kebebasan hanya supaya boleh berjalan! 403 00:34:53,680 --> 00:34:55,600 PADANAN 100% PADANAN DATA - SULIT 404 00:34:56,640 --> 00:34:59,520 Gabriel Defoe. Lahir di Sheffield, tahun 2022. 405 00:35:01,560 --> 00:35:03,960 Kamu dah dapat jawapan. Pergi dari sini. 406 00:35:13,280 --> 00:35:16,400 Abang lihat papan iklan, slogan dan propaganda mereka. 407 00:35:16,480 --> 00:35:19,680 Bersatu, bersama-sama, komuniti, ya? 408 00:35:21,960 --> 00:35:25,080 Kamu manusia paling sunyi yang abang pernah jumpa. 409 00:35:27,640 --> 00:35:29,800 Kamu nak berjalan ke mana, Iris? 410 00:35:52,360 --> 00:35:53,440 Destinasi? 411 00:35:56,280 --> 00:35:57,120 Rumah. 412 00:36:04,320 --> 00:36:05,160 Rumah. 413 00:36:07,920 --> 00:36:10,080 Bawa saya keluar dari sini. 414 00:36:10,720 --> 00:36:12,520 Destinasi baharu ditetapkan. 415 00:36:12,600 --> 00:36:13,440 Apa? 416 00:36:15,920 --> 00:36:18,640 Detektif Maplewood, anda telah dipanggil. 417 00:36:33,080 --> 00:36:35,960 Akan kita bersua semula 418 00:36:36,040 --> 00:36:40,600 Walau tak kutahu masa dan waktunya 419 00:36:40,680 --> 00:36:47,680 Tapi pasti akan kita bersua semula Pada hari bersinarnya sang suria 420 00:36:49,160 --> 00:36:52,320 Teruskan mengukir senyuman 421 00:36:52,400 --> 00:36:57,120 Seperti hari-hari biasa 422 00:36:57,200 --> 00:37:03,440 Sehingga langit nan biru mengusir Awan gelap sang anasir 423 00:37:06,560 --> 00:37:08,040 Untuk Inspektor Farrell. 424 00:37:09,120 --> 00:37:12,200 Semoga bidadari menyanyi untuk polis baik bersemadi. 425 00:37:14,520 --> 00:37:17,280 Farrell rasa kamu polis yang keji. 426 00:37:20,280 --> 00:37:21,160 Dia dah tiada. 427 00:37:23,640 --> 00:37:26,200 Saya tak nak percaya sangkaannya, 428 00:37:27,080 --> 00:37:30,600 tapi pada malam dia mati, dia kata dia nak mengekori kamu. 429 00:37:31,520 --> 00:37:34,840 Cuma selepas menemui cap jari Lee Cozens pada tombol gear 430 00:37:34,920 --> 00:37:38,120 dan dia tiba-tiba saja bunuh diri, 431 00:37:38,680 --> 00:37:41,560 saya rasa natijahnya terlalu mudah. 432 00:37:43,080 --> 00:37:44,240 Apa pendapat kamu? 433 00:37:44,320 --> 00:37:47,920 Tuan, pernahkah Farrell melontarkan sangkaan kepada saya 434 00:37:48,000 --> 00:37:50,000 tanpa menggelar saya Yahudi sial? 435 00:37:50,080 --> 00:37:53,000 Lee Cozens pula membunuh dan rogol gadis 14 tahun, 436 00:37:53,080 --> 00:37:54,920 lalu bebas dalam beberapa bulan. 437 00:37:55,000 --> 00:37:56,800 Tempat ini kini lebih selamat. 438 00:37:58,240 --> 00:37:59,200 Kes ditutup. 439 00:37:59,280 --> 00:38:03,280 Jadi, apa kata kita hisap cerut untuk meraikannya? 440 00:38:04,720 --> 00:38:07,920 Jenama kegemaran Churchill. Ia sukar didapati. 441 00:38:09,320 --> 00:38:12,000 Tuan ketua inspektor, tuan perlu bergegas. 442 00:38:12,080 --> 00:38:14,760 Ada saksi di balai. Seorang budak. 443 00:38:14,840 --> 00:38:17,000 Berkaitan mayat di dalam but itu. 444 00:38:30,520 --> 00:38:32,800 Marilah naik dan ceritakan semuanya. 445 00:38:34,760 --> 00:38:36,120 Awak tak apa-apa? Okey. 446 00:38:38,760 --> 00:38:39,600 Whiteman. 447 00:38:39,680 --> 00:38:41,160 Budak itu boleh cam kamu? 448 00:38:43,160 --> 00:38:44,000 Whiteman? 449 00:38:44,880 --> 00:38:45,840 Tolong jawab. 450 00:38:46,720 --> 00:38:48,040 Boleh atau tidak? 451 00:38:53,040 --> 00:38:53,880 Boleh. 452 00:39:00,840 --> 00:39:04,400 Polis menutup kes bunuh. Cerita tergempar hari ini. 453 00:39:04,480 --> 00:39:08,560 - Hanya dalam The Star. Setengah peni. - Terima kasih banyak. 454 00:39:08,640 --> 00:39:09,880 Terima kasih. Ambil satu. 455 00:39:09,960 --> 00:39:11,160 - 1/2 peni. - Terima kasih. 456 00:39:11,240 --> 00:39:15,800 Cerita tergempar hari ini. Cerita tergempar minggu ini. Percayalah. 457 00:39:15,880 --> 00:39:20,160 Pembunuhan di Lorong Longharvest. Liputan eksklusif dalam The Star! 458 00:39:21,120 --> 00:39:23,440 Setengah peni. Terima kasih, encik. 459 00:39:23,520 --> 00:39:24,920 Terima kasih banyak. 460 00:39:25,000 --> 00:39:25,920 Polis 461 00:39:27,000 --> 00:39:30,280 menutup kes bunuh. Hanya dalam The Star. Setengah peni. 462 00:39:30,360 --> 00:39:32,080 POLIS LONDON RAYA MENUTUP KES BUNUH! 463 00:39:32,160 --> 00:39:34,480 Siapa pembunuh Longharvest? Helo, puan. 464 00:39:34,560 --> 00:39:37,200 Polis menutup kes bunuh. Dalam The Star. 465 00:39:37,280 --> 00:39:40,800 Untuk encik. Puan? Setengah peni. 466 00:39:51,120 --> 00:39:52,400 Saya terima pesanan. 467 00:39:52,920 --> 00:39:55,640 Tak sangka tuan suka beri itik makan. 468 00:39:57,080 --> 00:40:01,080 Berita itu menimbulkan kekacauan dalam kalangan polis dan orang awam. 469 00:40:07,200 --> 00:40:09,680 Saya ada soalan jujur, bukan sebagai polis. 470 00:40:11,560 --> 00:40:14,360 Awak seorang wartawan dan sosialis. 471 00:40:15,640 --> 00:40:18,160 Awak nak mengecam polis demi agenda awak 472 00:40:18,240 --> 00:40:21,760 atau mencari keadilan untuk pembunuhan Longharvest? 473 00:40:23,480 --> 00:40:24,560 Tuan rasa? 474 00:40:26,480 --> 00:40:29,080 Ada ramai saksi di jalan itu 475 00:40:29,160 --> 00:40:33,920 lebih percaya saya simpan rahsia mereka daripada mempercayai pegawai polis. 476 00:40:34,960 --> 00:40:37,280 Mudah untuk saya dapat jawapan sebenar. 477 00:40:41,320 --> 00:40:43,040 Serta keadilannya. 478 00:40:48,560 --> 00:40:50,400 Jika kita siasat pembunuhan ini 479 00:40:51,680 --> 00:40:52,960 secara rahsia, 480 00:40:53,920 --> 00:40:56,600 awak boleh terbitkan perkembangan dalam akhbar 481 00:40:56,680 --> 00:40:59,880 dan akhirnya, polis terpaksa buka semula siasatan. 482 00:41:00,520 --> 00:41:02,400 Tuan bakar bahan bukti. 483 00:41:03,560 --> 00:41:07,520 Ketika tuan semak alibi saya dan berjanji untuk rahsiakannya, 484 00:41:08,400 --> 00:41:09,480 tuan tangkap saya. 485 00:41:14,760 --> 00:41:16,520 Tuan fikir saya siapa? 486 00:41:20,600 --> 00:41:22,760 Gambar seorang lelaki di lorong. 487 00:41:23,440 --> 00:41:25,720 Ia bukannya petunjuk, Ashe. 488 00:41:31,040 --> 00:41:32,640 Saya tak sanggup bakar. 489 00:41:48,480 --> 00:41:49,920 Kemudian saya jumpa ini. 490 00:41:51,240 --> 00:41:54,680 Cap jari pada lampu gas di alkof tempat suspek berdiri. 491 00:41:54,760 --> 00:41:56,680 Tengok bayang panjang nipis itu. 492 00:41:58,480 --> 00:41:59,960 Di bawah tangan kanannya. 493 00:42:02,360 --> 00:42:03,400 Itu tongkat. 494 00:42:03,480 --> 00:42:06,600 Lelaki memegang tongkat dengan tangan kanan bermaksud 495 00:42:07,560 --> 00:42:08,800 kaki kirinya tempang. 496 00:42:10,880 --> 00:42:12,520 Petunjuk awal yang bagus. 497 00:42:14,920 --> 00:42:15,760 Macam mana? 498 00:42:35,480 --> 00:42:40,080 TYKD 499 00:42:52,920 --> 00:42:54,720 Detektif Konstabel Maplewood? 500 00:42:55,840 --> 00:42:56,840 Sila ikut sini. 501 00:42:57,600 --> 00:43:03,480 KAWASAN LARANGAN KAKITANGAN YANG DIBENARKAN SAHAJA 502 00:43:43,640 --> 00:43:46,200 Pakar bedah tak rasa dia ada harapan. 503 00:43:48,880 --> 00:43:50,880 Setidak-tidaknya, dia masih hidup. 504 00:43:55,520 --> 00:43:56,640 Disebabkan kamu. 505 00:44:01,560 --> 00:44:02,720 Kamu kenal saya? 506 00:44:05,360 --> 00:44:06,480 Komander Mannix. 507 00:44:08,880 --> 00:44:11,160 Maksud saya, Komander Mannix, tuan. 508 00:44:12,080 --> 00:44:14,640 Orang atasan gelar kamu anjing pemburu. 509 00:44:17,800 --> 00:44:19,200 Kamu susah kerananya? 510 00:44:21,680 --> 00:44:24,360 Kenapa kamu sertai kami di TYKD? 511 00:44:24,440 --> 00:44:26,720 Saya percaya akan dunia tuan. 512 00:44:26,800 --> 00:44:28,600 - Matlamat tuan… - Bukan. 513 00:44:30,920 --> 00:44:31,920 Jujur sajalah. 514 00:44:34,560 --> 00:44:35,680 Saya mahu… 515 00:44:39,280 --> 00:44:40,120 berjalan. 516 00:44:43,480 --> 00:44:46,440 Parutlah yang menentukan diri kita yang sebenar. 517 00:44:48,680 --> 00:44:50,800 Peringatan kepada penderitaan lama. 518 00:44:51,680 --> 00:44:55,120 Orang yang mahu kekal pada masa silam, macam abang kamu, 519 00:44:55,200 --> 00:44:56,840 belum faham tentangnya. 520 00:44:56,920 --> 00:45:00,280 Kenapa pilih perpecahan dan penderitaan daripada kesatuan 521 00:45:01,240 --> 00:45:05,080 seolah-olah demokrasi merupakan satu prinsip yang suci? 522 00:45:11,160 --> 00:45:14,080 Kenapa kamu ingkar arahan dan mula siasat sendiri? 523 00:45:14,160 --> 00:45:16,800 Saya mahu tahu siapa dia. 524 00:45:18,560 --> 00:45:20,640 Sumber kamu sangat luar biasa. 525 00:45:21,520 --> 00:45:22,880 Walaupun haram. 526 00:45:23,720 --> 00:45:25,040 Tapi memberangsangkan. 527 00:45:31,720 --> 00:45:32,760 Gabriel Defoe. 528 00:45:33,840 --> 00:45:38,400 Profesor Teori Graviti Kuantum di Universiti Greenwich Park. 529 00:45:39,080 --> 00:45:40,640 Saya percaya Defoe 530 00:45:40,720 --> 00:45:45,000 terlibat dalam rangkaian keganasan baharu yang bernama Chapel Perilous. 531 00:45:45,080 --> 00:45:46,720 Saya nak kamu cari mereka. 532 00:45:46,800 --> 00:45:47,640 Kenapa saya? 533 00:45:48,840 --> 00:45:50,800 Chapel Perilous mahu bunuh saya. 534 00:45:52,600 --> 00:45:55,440 Saya perlukan orang yang boleh dipercayai. 535 00:45:57,440 --> 00:45:58,800 Seorang anjing pemburu. 536 00:46:03,320 --> 00:46:05,880 Saya berbesar hati, tuan. 537 00:46:11,680 --> 00:46:14,360 Kalau kamu terjebak dalam bahaya… 538 00:46:17,400 --> 00:46:18,640 bertindak sewajarnya. 539 00:46:22,320 --> 00:46:24,800 Saya berterima kasih dengan seikhlas hati. 540 00:46:28,000 --> 00:46:28,880 Detektif. 541 00:46:34,480 --> 00:46:35,840 Tahulah yang kamu dikasihi. 542 00:46:44,040 --> 00:46:47,680 TYKD - TAHULAH YANG KAMU DIKASIHI 543 00:47:07,120 --> 00:47:10,320 - Mereka dah jumpa dia? - Mereka baru tiba di sana. 544 00:47:15,760 --> 00:47:22,000 …krisis kredit berlaku. 89.5 bilion paun sterling akan… 545 00:47:22,080 --> 00:47:24,240 Pada 15 September 2008, 546 00:47:24,920 --> 00:47:26,280 krisis kredit… 547 00:47:26,360 --> 00:47:27,600 Apa ini? 548 00:47:27,680 --> 00:47:30,040 …89.5 bilion paun sterling… 549 00:47:34,280 --> 00:47:36,640 Giliran awak pula dengan Elias sekarang. 550 00:47:37,680 --> 00:47:39,360 Janji kepada saya. 551 00:47:39,440 --> 00:47:43,320 - Beritahu dia yang dia dikasihi. - Kenapa awak cakap begitu? 552 00:47:49,400 --> 00:47:51,400 Saya dah tak sanggup. 553 00:47:52,160 --> 00:47:53,200 Apa halnya? 554 00:47:54,520 --> 00:47:55,640 Siapa awak? 555 00:47:55,720 --> 00:47:58,360 - 89.5… - Saya pengurus di sini. 556 00:47:59,400 --> 00:48:02,280 15 September 2008. 557 00:48:02,360 --> 00:48:07,760 Krisis kredit berlaku. 89.5 bilion paun sterling… 558 00:48:08,920 --> 00:48:09,840 Sebenarnya, 559 00:48:11,240 --> 00:48:16,440 saya pun meragui semua perkara yang kami buat. 560 00:48:17,880 --> 00:48:20,320 Saya bimbang kami dah hilang akal. 561 00:48:20,400 --> 00:48:23,760 Sampailah semalam, ketika awak datang ke rumah kami, 562 00:48:23,840 --> 00:48:26,040 sama macam yang mereka cakap. 563 00:48:26,920 --> 00:48:27,760 Siapa? 564 00:48:29,040 --> 00:48:30,960 Saya nak ucapkan 565 00:48:32,040 --> 00:48:34,840 terima kasih setulus hati 566 00:48:35,560 --> 00:48:37,920 atas jasa awak selepas ini kepada Elias. 567 00:48:38,800 --> 00:48:44,160 Saya juga nak ucapkan takziah atas pengorbanan Jawad. 568 00:48:44,720 --> 00:48:47,120 - Mana awak tahu nama anak saya? - Beritahu dia. 569 00:48:47,200 --> 00:48:50,280 - Pengorbanan apa? - Dia akan dikasihi. 570 00:48:50,360 --> 00:48:54,080 - Macam mana awak tahu nama dia? - Saya boleh nampak dan rasa. 571 00:48:54,800 --> 00:48:58,960 Awak akan jadi insan yang sangat penting kepada Elias, 572 00:48:59,040 --> 00:49:00,840 tapi awak tak tahu pun, bukan? 573 00:49:02,760 --> 00:49:05,840 Mereka sepatutnya dah tiba, bukan? 574 00:49:05,920 --> 00:49:08,200 - Ia dah jadi? - Apa yang akan terjadi? 575 00:49:11,720 --> 00:49:13,840 Saya dah terlebih cakap, bukan? 576 00:49:15,520 --> 00:49:17,720 Rasanya begitulah. 577 00:49:17,800 --> 00:49:20,120 Saya dah terlebih cakap. 578 00:49:37,680 --> 00:49:39,000 Tolong! 579 00:49:42,200 --> 00:49:44,360 Barber. Awak dah tangkap dia? 580 00:49:44,440 --> 00:49:47,800 Elias tiada di dalam karavan. Pengurus itu tak nampak dia. 581 00:49:47,880 --> 00:49:49,880 Elaine yang sewa tapak itu. 582 00:49:49,960 --> 00:49:51,720 Elaine dah gila. 583 00:49:52,240 --> 00:49:55,440 - Dia gigit lidahnya sampai putus. - Apa? 584 00:49:55,520 --> 00:49:59,040 Morley polis. Dia dah tahu. Dia memang nak kita ke sana. 585 00:49:59,880 --> 00:50:03,000 - Awak di dalam karavan? - Tak. Rick yang di dalam. 586 00:50:03,080 --> 00:50:04,320 Ia perangkap. 587 00:50:05,160 --> 00:50:06,400 Suruh dia keluar! 588 00:50:08,560 --> 00:50:13,080 …15 September 2008, krisis kredit berlaku. 589 00:50:13,160 --> 00:50:17,240 89.5 bilion paun sterling akan… 590 00:50:17,320 --> 00:50:20,240 Pada 15 September 2008, 591 00:50:20,320 --> 00:50:23,920 - Rick, keluar sekarang! - Awak dengar tak? 592 00:50:24,520 --> 00:50:26,440 Rakaman orang tua bercakap. 593 00:50:26,520 --> 00:50:27,600 Sekarang! 594 00:50:50,280 --> 00:50:52,920 Anda telah tiba, Universiti Greenwich Park. 595 00:50:53,000 --> 00:50:54,280 FAKULTI FIZIK 596 00:50:54,360 --> 00:50:58,320 Fakulti Fizik, pengkhususan dalam pembinaan kuantum. 597 00:50:58,800 --> 00:51:02,000 Ketua Jabatan, Profesor Gabriel Defoe. 598 00:51:02,080 --> 00:51:05,440 Pengarah Penyelidikan, Colin Chapsworth. 599 00:51:06,320 --> 00:51:08,560 - Ahli Penyelidikan Kanan… - Hai. 600 00:51:12,560 --> 00:51:16,520 - Saya harap tiada masalah, puan. - Saya nak jumpa Ketua Fakulti. 601 00:51:17,520 --> 00:51:19,760 - Profesor McCabe? - Boleh saya bantu? 602 00:51:21,280 --> 00:51:22,120 Ya. 603 00:51:22,960 --> 00:51:24,320 Pensyarah profesor, 604 00:51:24,400 --> 00:51:28,880 Profesor Defoe, ditemui ditembak di Whitechapel kelmarin. 605 00:51:28,960 --> 00:51:29,800 Ya Tuhan. 606 00:51:31,440 --> 00:51:32,400 Dia masih hidup? 607 00:51:32,480 --> 00:51:35,280 Boleh kita ke tempat yang lebih senyap untuk… 608 00:51:35,360 --> 00:51:36,480 Awak bergurau, ya? 609 00:51:36,560 --> 00:51:37,920 Mana ada! 610 00:51:38,000 --> 00:51:40,320 Ada si bebal tiba-tiba keluar. 611 00:51:40,400 --> 00:51:41,760 Pemandunya selamat. 612 00:51:42,760 --> 00:51:43,800 Motosikal rosak. 613 00:51:44,320 --> 00:51:46,040 Saya terpaksa dijahit. 614 00:51:46,120 --> 00:51:48,240 - Apa khabar? - Angkat tangan! 615 00:51:48,320 --> 00:51:52,400 - Saya? Saya tak buat apa-apa pun. - Diam! Angkat tangan. 616 00:51:55,920 --> 00:51:56,800 Itu profesor? 617 00:51:59,480 --> 00:52:00,400 Ya. 618 00:52:00,480 --> 00:52:02,480 Profesor ada kembar? 619 00:52:03,200 --> 00:52:04,360 Tiada. 620 00:52:06,560 --> 00:52:09,800 Profesor akan ditahan untuk disoal tentang cubaan bunuh. 621 00:52:10,480 --> 00:52:11,320 Cubaan bunuh? 622 00:52:12,440 --> 00:52:13,480 Bunuh siapa? 623 00:52:13,560 --> 00:52:14,600 Diri profesor. 624 00:53:08,080 --> 00:53:13,080 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi