1 00:00:22,680 --> 00:00:25,560 Okey. Tahan nafas sekejap. 2 00:00:27,320 --> 00:00:28,240 Itu dia. 3 00:00:29,000 --> 00:00:30,120 Sayang, sekejap? 4 00:00:30,200 --> 00:00:33,040 Hei, tak boleh lihat pengantin sebelum majlis. 5 00:00:33,120 --> 00:00:34,320 Sekejap saja. 6 00:00:41,440 --> 00:00:42,480 Apa? 7 00:00:44,240 --> 00:00:46,560 Pelik kita mendingin sebelum berkahwin. 8 00:00:46,640 --> 00:00:48,520 Saya tak nak kahwin pun. 9 00:00:48,600 --> 00:00:49,920 Habis, sekarang apa? 10 00:00:52,920 --> 00:00:54,560 Saya tak boleh batalkannya. 11 00:00:54,640 --> 00:00:56,400 Kita berpura-pura sajalah. 12 00:00:56,480 --> 00:00:57,760 Raúl, pergi bersiap. 13 00:01:04,640 --> 00:01:06,400 ALPHA MALES 14 00:01:07,400 --> 00:01:08,680 Sebaik nenek bangun, 15 00:01:08,760 --> 00:01:11,440 panaskan bubur labu dan beri dia makan. 16 00:01:11,520 --> 00:01:13,440 Saya akan main Fortnite dengan kawan. 17 00:01:13,520 --> 00:01:15,960 - Jacobo buat. - Saya bukan lagi Jacobo. 18 00:01:16,040 --> 00:01:17,280 Iris. Maaf. 19 00:01:18,480 --> 00:01:19,680 Saya dah siap! 20 00:01:19,760 --> 00:01:20,840 Cantiknya mak! 21 00:01:20,920 --> 00:01:22,040 Terima kasih. 22 00:01:22,120 --> 00:01:24,920 Ayah kamu patut puji mak, tapi pandang pun tak. 23 00:01:28,320 --> 00:01:30,600 Pelik tinggalkan anak-anak dengan mak. 24 00:01:30,680 --> 00:01:33,120 Tahun lepas, mak mengasuh anak-anak. 25 00:01:33,200 --> 00:01:34,440 Kitaran kehidupan. 26 00:01:34,520 --> 00:01:37,440 Kita singgah tunjuk muka, kemudian kita ke tayangan perdana. 27 00:01:37,520 --> 00:01:39,280 Esther, itu majlis kawan saya. 28 00:01:39,360 --> 00:01:41,640 - Siri pertama isteri awak. - Nanti ada lagi. 29 00:01:41,720 --> 00:01:44,880 Luis, hidup perlu diteruskan. Lihat apa dah jadi. 30 00:01:46,800 --> 00:01:47,920 Apa ayah buat di sini? 31 00:01:48,000 --> 00:01:50,320 Ayah akan jaga isteri ayah sendiri. 32 00:01:51,320 --> 00:01:52,640 Tapi… 33 00:01:52,720 --> 00:01:53,640 Mari pergi. 34 00:01:55,800 --> 00:01:57,360 Tutuplah pintu. Aduh. 35 00:01:57,440 --> 00:02:00,120 Biarlah nampak sedih pun. Saya pergi sendiri. 36 00:02:00,200 --> 00:02:01,760 Awak tak nak saya ikut? 37 00:02:01,840 --> 00:02:04,520 - Dia kawan saya. - Saya sangka kita kembali bersama. 38 00:02:04,600 --> 00:02:07,400 Blanca, matanglah sikit. Itu cuma seks. 39 00:02:08,200 --> 00:02:09,520 Kita pula mabuk. 40 00:02:09,600 --> 00:02:11,640 Hentam saja. Anggap saya tiada di sini. 41 00:02:11,720 --> 00:02:13,440 Awak tak penatkah lukakan hati saya? 42 00:02:13,520 --> 00:02:15,080 Baiklah. 43 00:02:17,840 --> 00:02:19,640 Emosi tak sampailah, mak. 44 00:02:20,920 --> 00:02:22,440 Saya tak suka. 45 00:02:23,840 --> 00:02:24,960 Tiga sentimeter. 46 00:02:25,040 --> 00:02:26,720 - Itu saja? - Lebih daripada awak. 47 00:02:26,800 --> 00:02:30,840 Kelahiran alami memang perlahan. Terutamanya kelahiran pertama. 48 00:02:30,920 --> 00:02:32,120 Perlahan sangat tak? 49 00:02:32,200 --> 00:02:34,640 Biar alam tentukan tempohnya. 50 00:02:34,720 --> 00:02:36,920 Boleh kita berendam sekarang? 51 00:02:37,000 --> 00:02:38,760 Tunggu sampai bukaan enam atau tujuh. 52 00:02:39,560 --> 00:02:42,000 Saya teran sekejap saja. Tup-tup, keluar. 53 00:02:42,080 --> 00:02:44,080 Setiap badan berbeza. Jom berjalan. 54 00:02:44,160 --> 00:02:45,400 Ya. Sekejap betul. 55 00:02:45,480 --> 00:02:48,440 Ada buat senarai main lagu kegemaran awak? 56 00:02:48,520 --> 00:02:49,560 Dah separuh jalan. 57 00:02:49,640 --> 00:02:51,800 Bakal isteri saya mendingin dengan saya. 58 00:02:51,880 --> 00:02:54,200 - Apa awak dah buat sekarang? - Dia jumpa video Luz. 59 00:02:54,280 --> 00:02:56,440 Itu salah awak. Jika awak simpan pemacu… 60 00:02:56,520 --> 00:02:59,800 - Awak patut padam. - Awak padam pembaptisan anak awak? 61 00:02:59,880 --> 00:03:02,840 - Mana boleh banding begitu. - Itu memori indah. 62 00:03:03,360 --> 00:03:04,600 Aduhai. 63 00:03:05,200 --> 00:03:06,040 Peter! 64 00:03:06,560 --> 00:03:08,800 Apa awak buat? Semua orang dah sampai. 65 00:03:10,280 --> 00:03:13,840 Anak belum lahir lebih penting berbanding sahabat? 66 00:03:14,360 --> 00:03:15,360 Okey. 67 00:03:18,120 --> 00:03:20,440 Daniela nak bersalin. Saya tiada saksi. 68 00:03:21,400 --> 00:03:22,760 Nampak? Pedro kawan baik dia. 69 00:03:22,840 --> 00:03:25,040 Siapa akan gantikan dia? Luis. 70 00:03:25,120 --> 00:03:27,200 Saya tak nak terlibat dalam musibah ini. 71 00:03:28,040 --> 00:03:28,880 Santiago? 72 00:03:28,960 --> 00:03:31,720 Baru nak tanya saya? Saya tak nak. 73 00:03:32,320 --> 00:03:34,640 Saya. Saya akan jadi saksi awak. 74 00:03:54,720 --> 00:03:56,000 Awak nampak cantik. 75 00:03:57,440 --> 00:04:02,240 "Para suami, cintailah isterimu sebagaimana Christ cintai gereja 76 00:04:02,320 --> 00:04:04,960 dan mengabdikan diri kepadanya." 77 00:04:05,440 --> 00:04:07,800 Ephesians 5:25. 78 00:04:13,680 --> 00:04:15,960 Begitu. Biarkan oksitosin mengalir. 79 00:04:16,040 --> 00:04:17,080 Begitu. 80 00:04:18,080 --> 00:04:19,440 Aduhai! 81 00:04:20,120 --> 00:04:21,440 Hei, okey tak? 82 00:04:21,520 --> 00:04:22,400 Okey saja. 83 00:04:22,480 --> 00:04:26,280 Anggap kontraksi ini umpama ombak yang datang ke arah awak. 84 00:04:26,360 --> 00:04:27,560 Ombak, otak kau. 85 00:04:27,640 --> 00:04:30,560 Kenapa tahan sakit jika boleh ke hospital saja? 86 00:04:30,640 --> 00:04:32,520 - Bunuh dia! - Pedro. 87 00:04:32,600 --> 00:04:34,880 "Badan kita tahu cara bersalin." 88 00:04:34,960 --> 00:04:37,200 Bernafas, sayang. Bernafas. 89 00:04:37,280 --> 00:04:38,120 Serta senyum. 90 00:04:39,440 --> 00:04:42,720 Untuk menyatukan kedua-dua mempelai, sila pegang tangan. 91 00:04:42,800 --> 00:04:47,160 Ucapkan penerimaanmu di hadapan Tuhan dan Gerejanya. 92 00:04:48,960 --> 00:04:50,200 - Raúl? - Saya terima. 93 00:04:50,920 --> 00:04:52,760 Tidak. Bacakannya. 94 00:04:52,840 --> 00:04:54,240 Ya. 95 00:04:55,800 --> 00:05:00,080 "Aku, Raúl, dengan ini memperisterikan María del Mar." 96 00:05:00,160 --> 00:05:03,000 "Aku berjanji akan setia kepadamu… 97 00:05:05,200 --> 00:05:09,960 "Dalam kesenangan dan kesusahan, sihat dan sakit, setiap hari." 98 00:05:12,560 --> 00:05:13,640 Teruskan. 99 00:05:20,920 --> 00:05:21,920 Indah sekali. 100 00:05:30,400 --> 00:05:32,760 "Aku, María del Mar, 101 00:05:34,400 --> 00:05:37,000 mempersuamikanmu, Raúl." 102 00:05:37,520 --> 00:05:40,760 "Aku berjanji akan setia kepadamu, 103 00:05:40,840 --> 00:05:46,320 dalam kesenangan dan kesusahan, sihat dan sakit, 104 00:05:47,320 --> 00:05:49,240 setiap hari." 105 00:05:50,360 --> 00:05:53,080 Semoga Tuhan merahmati penyatuan ini 106 00:05:53,160 --> 00:05:55,440 dan kekalkannya hingga ke anak cucu. 107 00:05:55,520 --> 00:05:56,880 - Amin. - Amin. 108 00:06:02,920 --> 00:06:05,120 Semoga berbahagia! 109 00:06:09,000 --> 00:06:12,040 Cium pengantin! 110 00:06:13,960 --> 00:06:14,880 Cantiknya! 111 00:06:14,960 --> 00:06:15,960 Saya nak alkohol. 112 00:06:17,360 --> 00:06:21,960 Sandiwara betul. Upacara lapuk nak mampus. 113 00:06:22,040 --> 00:06:24,200 Semua orang lupa realiti itu wujud. 114 00:06:24,280 --> 00:06:26,880 Realitinya, cinta itu mati! Terkubur! 115 00:06:27,520 --> 00:06:28,760 Santi, ambil minuman. 116 00:06:29,400 --> 00:06:30,360 Nak apa? 117 00:06:30,440 --> 00:06:33,040 Saya tak nak minum banyak. Saya ada tayangan perdana. 118 00:06:33,120 --> 00:06:34,000 Awak akan memandukah? 119 00:06:34,600 --> 00:06:36,480 - Belum boleh pergi. - Tolonglah. 120 00:06:36,560 --> 00:06:39,280 Mereka tak tayang episod awak hari ini. Cuma episod satu. 121 00:06:39,360 --> 00:06:40,720 Luis, saya kena tunjuk muka. 122 00:06:40,800 --> 00:06:42,600 Ini penampilan media sulung saya. 123 00:06:43,200 --> 00:06:44,960 Tapi watak awak kecil saja. 124 00:06:45,040 --> 00:06:47,800 Awak melengahkan saya. Kenapa awak tak gembira untuk saya? 125 00:06:47,880 --> 00:06:48,840 Aduh. 126 00:06:49,640 --> 00:06:51,000 Cinta itu tahi, Rafa. 127 00:06:51,080 --> 00:06:53,880 Mengarut nak mampus. 128 00:06:53,960 --> 00:06:55,040 Lihatlah awak. 129 00:06:55,120 --> 00:06:57,880 Awak ada isteri cantik, tapi suka konek. 130 00:06:57,960 --> 00:07:00,360 Hei, saya lelaki lurus. 131 00:07:00,440 --> 00:07:02,440 Hah? Yalah itu. 132 00:07:03,600 --> 00:07:04,640 Lurus, konon. 133 00:07:05,160 --> 00:07:07,440 Helo, saya Clara. Kawan pengantin perempuan. 134 00:07:07,520 --> 00:07:09,840 Santi, kawan pengantin lelaki. 135 00:07:09,920 --> 00:07:12,800 Apa khabar, Clara? Awak ultra-Katolik jugakah? 136 00:07:12,880 --> 00:07:14,600 Tidak. 137 00:07:14,680 --> 00:07:17,840 Marimar pun tidak. Dia rembat kekasih saya di sekolah. 138 00:07:17,920 --> 00:07:18,960 Ya. 139 00:07:19,040 --> 00:07:21,280 Saya dengar dia dulu… Betul tak? 140 00:07:21,360 --> 00:07:22,920 Sebelum dapat hidayah. 141 00:07:23,800 --> 00:07:25,720 - Awak seorangkah? - Ya. Kenapa? 142 00:07:25,800 --> 00:07:27,920 Nak kongkek di tandas? 143 00:07:30,280 --> 00:07:32,800 Terima kasih, Clara. 144 00:07:32,880 --> 00:07:35,880 Saya suka awak fikirkan saya untuk… 145 00:07:35,960 --> 00:07:38,800 Tapi beginilah, saya muak dengan hubungan kosong. 146 00:07:38,880 --> 00:07:41,760 Bukan hubungan. Saya maksudkan kongkek. 147 00:07:42,920 --> 00:07:46,320 Awak pun? Kamu semua dah kenapa? Tolonglah. 148 00:07:46,400 --> 00:07:47,800 Tahniah, nak. 149 00:07:47,880 --> 00:07:49,600 Pelik tengok kamu di pelamin. 150 00:07:49,680 --> 00:07:50,520 Terima kasih, ayah. 151 00:07:50,600 --> 00:07:52,960 Mungkin pertama kali sejak Perjamuan. 152 00:07:53,040 --> 00:07:55,440 Tak perlu, tapi indah sekali. 153 00:07:55,520 --> 00:07:57,120 Salad makanan laut itu sedap. 154 00:07:57,200 --> 00:07:58,200 Terima kasih, mak. 155 00:07:58,280 --> 00:07:59,640 Pengantin cantik. 156 00:07:59,720 --> 00:08:03,320 Bila kita nak jumpa di kelab kongkek? 157 00:08:03,400 --> 00:08:04,560 Dia sangat warak. 158 00:08:04,640 --> 00:08:06,040 Apa kaitannya? 159 00:08:06,120 --> 00:08:08,080 Kami nak menari. 160 00:08:08,160 --> 00:08:09,560 - Ayuh. - Oh! 161 00:08:10,720 --> 00:08:12,160 Tahniah, Marimar. 162 00:08:12,240 --> 00:08:14,120 Majlis awak indah sekali. 163 00:08:14,200 --> 00:08:15,680 Awak nampak cantik. 164 00:08:16,440 --> 00:08:18,800 Kenapa saya tak cintai awak, Luis? 165 00:08:18,880 --> 00:08:21,400 - Hah? - Pasti mudah segalanya. 166 00:08:22,720 --> 00:08:24,360 Manalah tahu. 167 00:08:24,440 --> 00:08:26,320 Hidup ini penuh kejutan. 168 00:08:27,040 --> 00:08:28,760 - Penuh kejutan? - Hah? 169 00:08:28,840 --> 00:08:32,600 - Bukankah awak marahkan saya? - Sekarang memang marah! 170 00:08:33,840 --> 00:08:34,840 Maaf. 171 00:08:35,680 --> 00:08:37,360 - Jumpa nanti. - Boleh kita berbincang? 172 00:08:37,440 --> 00:08:39,000 Boleh. Kita dah berkahwin. 173 00:08:39,080 --> 00:08:42,600 Saya sengaja mabuk untuk berbincang dengan awak. 174 00:08:42,680 --> 00:08:44,400 Kalau perlu mabuk lagi, silakan. 175 00:08:44,480 --> 00:08:48,120 Raúl, ia dah selesai. Kita suami dan isteri. 176 00:08:48,200 --> 00:08:51,560 Ya. Jangan risau. Sampai rumah nanti, saya padam video itu. 177 00:08:51,640 --> 00:08:54,800 Saya dah padam. Tapi dalam otak masih ingat. 178 00:08:55,520 --> 00:08:59,200 Ya. Tapi awak akan percayakan saya selepas ini lambat-laun. 179 00:08:59,280 --> 00:09:02,160 Tidak. Mujur saya tak perlu percayakan awak. 180 00:09:02,240 --> 00:09:03,840 Saya percayakan Tuhan. 181 00:09:08,280 --> 00:09:09,280 Indah sekali. 182 00:09:17,400 --> 00:09:18,480 Empat sentimeter. 183 00:09:19,000 --> 00:09:20,520 - Itu saja? - Dan setengah. 184 00:09:20,600 --> 00:09:22,560 Bateri saya nak habis. 185 00:09:22,640 --> 00:09:25,040 Saya tak tahan lagi. Percayalah. 186 00:09:25,120 --> 00:09:27,760 Badan awak tahu cara bersalin. Bayi awak tahu cara dilahirkan. 187 00:09:27,840 --> 00:09:28,880 Apa? 188 00:09:28,960 --> 00:09:30,480 Saya tak tahu. Saya pun gemuruh. 189 00:09:30,560 --> 00:09:32,000 Kasihannya. 190 00:09:32,080 --> 00:09:35,440 Ini, orang yang sayangkan awak nak bercakap dengan awak. 191 00:09:35,960 --> 00:09:38,120 Tapi saya nak pesan kepada awak 192 00:09:38,200 --> 00:09:40,480 bahawa inilah yang awak nak. Awak buat dengan baik… 193 00:09:40,560 --> 00:09:42,120 Apa si bodoh ini mengarut? 194 00:09:42,200 --> 00:09:44,200 Dia langsung tak pernah bersalin. 195 00:09:44,280 --> 00:09:46,560 Ayuh. Kita guna bola Pilates. 196 00:09:49,040 --> 00:09:50,680 - Virginia. - Jumpa di pintu? 197 00:09:50,760 --> 00:09:51,840 Kami hampir tiba. 198 00:09:51,920 --> 00:09:54,600 Saya masih di rumah. Daniela sedang bersalin. 199 00:09:54,680 --> 00:09:58,440 Sayangnya. Awak takkan sempat. Saya akan perkenalkan siri. 200 00:09:58,520 --> 00:09:59,600 Syabas. 201 00:09:59,680 --> 00:10:01,320 Hei, tahniah. 202 00:10:02,200 --> 00:10:04,320 - Selamat datang ke kelab. - Dah nak balik? 203 00:10:04,840 --> 00:10:05,840 - Luis! - Apa? 204 00:10:05,920 --> 00:10:08,480 Awak kawan baik saya, dan Marimar cinta platonik awak. 205 00:10:08,560 --> 00:10:10,880 - Diam. - Luis, saya tunggu di kereta. 206 00:10:10,960 --> 00:10:12,360 Lekas, atau saya pergi dulu. 207 00:10:12,440 --> 00:10:14,720 Pedro akan jadi ayah. Apa alasan awak? 208 00:10:14,800 --> 00:10:17,320 Esther nak hadiri tayangan perdana Alpha Males. 209 00:10:17,400 --> 00:10:18,320 Babaknya tiada. 210 00:10:18,920 --> 00:10:20,160 Awak belum beritahu dia? 211 00:10:20,240 --> 00:10:21,720 Saya takkan cakap sekarang. 212 00:10:21,800 --> 00:10:23,240 - Luis! - Kejap! 213 00:10:23,840 --> 00:10:25,760 - Aduh… - Dan Santi? 214 00:10:28,960 --> 00:10:32,360 Tuhan, berkatilah kami dengan rahmat-Mu ini. 215 00:10:32,440 --> 00:10:33,640 - Amin. - Amin. 216 00:10:36,920 --> 00:10:39,720 Paderi, saya tak lagi yakini cinta. 217 00:10:39,800 --> 00:10:42,240 Tak apa. Asalkan iman masih utuh. 218 00:10:42,320 --> 00:10:47,320 Iman saya masih utuh. Cuma jiwa saya rasa kosong. 219 00:10:47,400 --> 00:10:49,960 Tiada harapan lagi. Cakap sesuatu, Paderi. 220 00:10:50,040 --> 00:10:52,200 Jangan mengada-ngada, nak. 221 00:10:52,720 --> 00:10:53,680 Mari menari. 222 00:10:55,960 --> 00:10:57,720 Paderi pun menyimpang. 223 00:11:02,680 --> 00:11:04,080 Enam sentimeter. 224 00:11:05,400 --> 00:11:07,240 Saya nak epidural. 225 00:11:07,320 --> 00:11:08,680 Awak teran elok saja. 226 00:11:08,760 --> 00:11:10,480 Dah lebih separuh jalan. 227 00:11:10,560 --> 00:11:12,720 Saya tak faham. Saya bersalin senang saja. 228 00:11:13,400 --> 00:11:14,280 Awak dipecat! 229 00:11:14,360 --> 00:11:16,120 Berhenti merakam, bodoh! 230 00:11:16,200 --> 00:11:18,600 Ada muzik latar baru menarik. 231 00:11:18,680 --> 00:11:21,200 Daniela, saya keluar sekejap. 232 00:11:21,280 --> 00:11:23,200 Nak ke tayangan perdanakah? 233 00:11:23,280 --> 00:11:26,600 Untuk memperkenalkan siri. Sekejap saja. Dalam sejam. 234 00:11:26,680 --> 00:11:28,200 Awak masih ada masa. 235 00:11:28,280 --> 00:11:30,120 Saya akan begini sejam lagi? 236 00:11:30,200 --> 00:11:33,840 Kena tunggu 10 sentimeter, baru boleh teran. 237 00:11:33,920 --> 00:11:36,840 Ke tepi! Awak! Nak saya ke hospital dan gugurkan anak ini? 238 00:11:36,920 --> 00:11:40,120 Jika awak terlepas, anak awak takkan maafkan awak. 239 00:11:40,200 --> 00:11:41,560 Saya akan kembali. 240 00:11:41,640 --> 00:11:43,560 Tak guna, saya benci awak! 241 00:11:43,640 --> 00:11:45,160 Begitu. Lepaskannya. 242 00:11:45,240 --> 00:11:46,560 Anak gampang! 243 00:11:46,640 --> 00:11:47,640 Awak boleh! 244 00:11:48,520 --> 00:11:52,000 Anggap awak akan jumpa permata hati awak. 245 00:11:52,520 --> 00:11:54,520 Anak gampang! 246 00:11:55,520 --> 00:11:58,000 Janganlah maki-maki. 247 00:12:04,600 --> 00:12:06,360 Cepatlah, bodoh! 248 00:12:07,600 --> 00:12:10,040 Semua hal nak jadi hari ini. 249 00:12:12,000 --> 00:12:14,520 Ke kiri sikit. 250 00:12:15,840 --> 00:12:17,960 Saya sayangkan awak, Luis. Saya maafkan segalanya. 251 00:12:18,480 --> 00:12:19,600 Ada nomborkah? 252 00:12:20,600 --> 00:12:21,600 Kita tanya di sana. 253 00:12:21,680 --> 00:12:23,880 Sekejap. Saya nak ambil gambar. 254 00:12:23,960 --> 00:12:27,080 - Bukankah itu untuk bintang terkenal? - Ubah pemikiran, Luis. 255 00:12:31,040 --> 00:12:32,480 Patutkah saya berdiri di sebelah awak? 256 00:12:32,560 --> 00:12:34,040 Pegang beg saya. 257 00:12:34,120 --> 00:12:35,560 Siapa kamu? 258 00:12:35,640 --> 00:12:38,880 Saya Esther Alonso. Saya muncul dalam episod 7. 259 00:12:39,880 --> 00:12:42,840 Esther Alonso. Pelakon. 260 00:12:43,960 --> 00:12:44,920 Maaf. 261 00:12:47,400 --> 00:12:50,080 Esther ambil gambar? Awak tak beritahu babaknya tiada? 262 00:12:50,160 --> 00:12:52,480 Saya tak pasti bila nak cakap. Awak beritahu dia. 263 00:12:52,560 --> 00:12:53,720 Yalah itu. 264 00:12:53,800 --> 00:12:55,760 Pedro, dah jadi ayahkah? 265 00:12:56,280 --> 00:12:58,280 Belum lagi. 266 00:12:59,320 --> 00:13:02,600 Proses kelahiran alami ambil masa sikit. 267 00:13:03,200 --> 00:13:05,240 Ini Miguel, suami saya. 268 00:13:05,320 --> 00:13:08,360 Dia pakar psikiatri. Pakar komunikasi bukan lisan. 269 00:13:10,000 --> 00:13:11,840 Selamat berkenalan, Miguel. 270 00:13:12,720 --> 00:13:13,720 Hei! 271 00:13:18,160 --> 00:13:23,080 Watak saya wanita mabuk dalam episod 7, dan akan berlakon dalam musim seterusnya. 272 00:13:23,160 --> 00:13:25,880 Musim dua sudah diumumkankah? 273 00:13:25,960 --> 00:13:27,400 Ya. 274 00:13:27,480 --> 00:13:29,200 Nak tahu siapa jahit gaun saya? 275 00:13:29,880 --> 00:13:31,120 Boleh kalau nak cakap. 276 00:13:31,200 --> 00:13:33,520 Mereka suka tanya di Oscar. 277 00:13:33,600 --> 00:13:37,680 Saya dah mabuk, betul tak? Macam watak saya. 278 00:13:37,760 --> 00:13:40,440 Kami datang dari majlis kahwin dan dah minum sikit. 279 00:13:40,520 --> 00:13:42,680 Sudah, sayang. Tayangan nak mula. 280 00:13:42,760 --> 00:13:44,040 Jumpa lagi. Selamat petang. 281 00:13:44,960 --> 00:13:46,080 Ya. 282 00:13:47,200 --> 00:13:49,080 Ya, sayang. Mari. 283 00:13:49,160 --> 00:13:50,400 Terima kasih datang. 284 00:13:50,480 --> 00:13:52,680 Selamat datang ke tayangan perdana Alpha Males. 285 00:13:52,760 --> 00:13:56,360 Siri tentang kejantanan baru dan lama 286 00:13:56,440 --> 00:13:59,000 yang diceritakan melalui perspektif feminis. 287 00:13:59,080 --> 00:14:01,600 Kecuali Pedro Aguilar, penciptanya. 288 00:14:01,680 --> 00:14:05,080 Contoh khinzir seksis akan sampaikan sepatah dua kata. 289 00:14:06,520 --> 00:14:08,440 Terima kasih, Virginia. 290 00:14:09,280 --> 00:14:11,040 Saya teruja dengan siri ini. 291 00:14:11,120 --> 00:14:15,320 Saya harap ia berjaya. Saya hampir kehilangan persahabatan. 292 00:14:16,040 --> 00:14:18,680 Jika anda boleh faham apa yang anda tonton, 293 00:14:18,760 --> 00:14:20,080 muhasabahlah. 294 00:14:20,160 --> 00:14:22,960 Bermula tengah malam ini, tonton semua episod di rumah. 295 00:14:23,040 --> 00:14:24,080 Nikmatinya. 296 00:14:24,600 --> 00:14:25,560 Terima kasih. 297 00:14:25,640 --> 00:14:29,320 ALPHA MALES 298 00:14:31,560 --> 00:14:32,480 Pergi dulu. 299 00:14:32,560 --> 00:14:34,560 Tak nak lihat reaksi penonton? 300 00:14:34,640 --> 00:14:36,280 Virginia, saya akan jadi ayah. 301 00:14:36,960 --> 00:14:38,800 Siri ini juga anak awak. 302 00:14:41,520 --> 00:14:42,840 Itu yang buat saya bengang. 303 00:14:42,920 --> 00:14:45,400 Bagaimana? Bukaan dah besar? 304 00:14:45,480 --> 00:14:48,400 Masih enam sentimeter. Saya dah penat merakam. 305 00:14:48,920 --> 00:14:50,280 Okey. Terima kasih. 306 00:14:50,360 --> 00:14:51,680 Berhenti gigit telinga saya. 307 00:14:51,760 --> 00:14:54,320 Awak nyahkonstruksi sandwic. Tiada sesiapa nyahkonstruksi… 308 00:15:10,720 --> 00:15:14,320 Hei! Apa nama barang awak beri saya? 309 00:15:14,400 --> 00:15:17,200 - K istimewa. - Itu dia. Hebat. 310 00:15:17,280 --> 00:15:18,800 Memang padu. 311 00:15:19,520 --> 00:15:21,560 Tangan saya nampak panjang. 312 00:15:21,640 --> 00:15:23,280 - Awak okey tak? - Ya. 313 00:15:23,360 --> 00:15:26,080 Saya dah jumpa penyelesaian masalah saya. Dadah. 314 00:15:26,160 --> 00:15:28,240 Apa? Apa mereka beri awak? 315 00:15:28,320 --> 00:15:31,240 Raúl, awak khinzir seksis. 316 00:15:31,320 --> 00:15:34,560 Perkahwinan ini satu bala, tapi saya sayangkan awak. 317 00:15:34,640 --> 00:15:37,200 - Saya sayangkan awak. Aduh! - Saya juga, Santi. 318 00:15:37,280 --> 00:15:39,080 Tapi saya teruk, Santi. 319 00:15:39,160 --> 00:15:40,680 Hei, Paderi. Apa khabar? 320 00:15:40,760 --> 00:15:43,520 Aduh, Santi. Jom kita buat pengakuan. 321 00:15:44,680 --> 00:15:46,240 Kawan-kawan pun ke laut. 322 00:15:46,320 --> 00:15:48,880 Apa cerita? Seronok jadi suami orang? 323 00:15:49,560 --> 00:15:51,160 Saya nak tidur. 324 00:15:51,240 --> 00:15:52,120 Dah nak tidur? 325 00:16:02,640 --> 00:16:04,040 Apa yang awak buat? 326 00:16:04,120 --> 00:16:07,080 - Awak beri isyarat. - Mana ada, Rafa. 327 00:16:07,680 --> 00:16:09,800 Jangan kacau saya. Saya malas. 328 00:16:10,800 --> 00:16:11,640 Tepat sekali. 329 00:16:12,160 --> 00:16:15,600 Kawan awak pun tak ada. Awak nak borak? 330 00:16:18,040 --> 00:16:19,840 Rafa, saya rasa saya buat silap. 331 00:16:20,880 --> 00:16:23,000 Saya terburu-buru. Saya dah agak. 332 00:16:23,080 --> 00:16:25,680 Luahkannya. Beritahu saya segalanya. 333 00:16:25,760 --> 00:16:26,800 Apa yang awak buat? 334 00:16:26,880 --> 00:16:29,760 Saya suami orang. Saya nak setia pada Marimar. 335 00:16:29,840 --> 00:16:32,240 Belum lagi selagi belum malam pertama. 336 00:16:32,320 --> 00:16:33,320 Belum lagi? 337 00:16:39,560 --> 00:16:41,480 Adriana, nampak suami saya? 338 00:16:41,560 --> 00:16:43,360 Entahlah. Suami saya pun entah di mana. 339 00:16:47,200 --> 00:16:49,160 Tumpang tanya, nampak anak mak? 340 00:16:49,240 --> 00:16:50,240 Dia masuk tidur. 341 00:16:50,320 --> 00:16:52,600 Dah tidur? Membosankan. 342 00:16:52,680 --> 00:16:54,760 Begitulah dia sejak kecil. 343 00:16:58,680 --> 00:17:01,800 Saya sentiasa bayangkan saat ini bersama Luz. 344 00:17:03,360 --> 00:17:07,360 Awak boleh hisap saya pula hari ini, bukan? 345 00:17:07,440 --> 00:17:08,320 Tidak, Rafa. 346 00:17:08,400 --> 00:17:11,240 Begini saja. Nak, nak. Tak nak, sudah. 347 00:17:11,320 --> 00:17:12,640 Okey. Perlahan-lahan. 348 00:17:12,720 --> 00:17:13,720 Teruskan. 349 00:17:18,200 --> 00:17:19,520 Faham kenapa saya tak jemput dia? 350 00:17:20,560 --> 00:17:21,720 Berhentilah. 351 00:17:26,680 --> 00:17:28,600 Tahu apa geng kita perlukan? 352 00:17:30,640 --> 00:17:31,520 Kawan gay. 353 00:17:34,480 --> 00:17:35,480 Kenapa? 354 00:17:53,720 --> 00:17:55,680 Tahniah. Siri yang disambut baik. 355 00:17:56,200 --> 00:17:57,200 Awak meraguinya? 356 00:18:13,120 --> 00:18:14,320 Bergeraklah! 357 00:18:17,400 --> 00:18:18,720 Gran Vía tak guna. 358 00:18:20,200 --> 00:18:21,200 Saya dah balik! 359 00:18:23,800 --> 00:18:24,920 Daniela? 360 00:18:25,840 --> 00:18:27,000 Dia pergi. 361 00:18:28,080 --> 00:18:29,040 Apa maksud awak? 362 00:18:33,960 --> 00:18:34,840 Aurora? 363 00:18:36,000 --> 00:18:38,720 - Apa dah jadi? - Bukaannya kekal enam sentimeter. 364 00:18:38,800 --> 00:18:40,440 Mereka lakukan pembedahan Cesarean. 365 00:18:40,520 --> 00:18:43,440 Tak guna… Alami, konon. 366 00:18:43,520 --> 00:18:45,280 Dia penat. Pergi ambil hati dia. 367 00:18:45,360 --> 00:18:47,000 "Badan awak tahu…" mak kau hijau! 368 00:18:50,880 --> 00:18:52,360 Kamu dah bedah sayakah? 369 00:18:52,880 --> 00:18:54,400 Pelik betul rasanya. 370 00:18:56,080 --> 00:18:58,040 Hai. Bagaimana? Saya ayahnya. 371 00:18:58,120 --> 00:18:59,960 - Pedro! - Saya dah sampai. 372 00:19:00,040 --> 00:19:01,080 Duduk di sini. 373 00:19:02,600 --> 00:19:04,080 Sikit lagi, Daniela. 374 00:19:07,320 --> 00:19:09,280 Saya pening sangat. 375 00:19:10,400 --> 00:19:11,240 Normalkah ini? 376 00:19:12,560 --> 00:19:13,560 Mungkin. 377 00:19:13,640 --> 00:19:14,600 Yakah? 378 00:19:17,160 --> 00:19:19,280 Tapi, dia biru. 379 00:19:19,360 --> 00:19:21,320 Awak pegang dia. 380 00:19:30,560 --> 00:19:31,680 Itu dia. 381 00:19:32,520 --> 00:19:33,560 Mari saya tengok. 382 00:19:34,560 --> 00:19:35,480 Hati-hati. 383 00:19:44,360 --> 00:19:45,920 Fulamak, nikmat! 384 00:19:46,000 --> 00:19:47,200 Syukur. 385 00:19:48,200 --> 00:19:50,960 Apa? Masalah awak dah kurang? 386 00:19:51,040 --> 00:19:52,280 Aduhai! 387 00:19:52,360 --> 00:19:55,320 Saya hampir jadi orang beriman, paderi. 388 00:19:56,360 --> 00:19:57,520 Bagus, nak. 389 00:19:58,520 --> 00:19:59,680 Ada lagi separuh. 390 00:20:00,400 --> 00:20:01,920 Budak zaman sekarang. 391 00:20:06,720 --> 00:20:09,080 - Hei! Awak ke mana? - Buang air. 392 00:20:09,600 --> 00:20:10,920 Hei, Clara. Mari sini. 393 00:20:11,520 --> 00:20:15,920 Saya rasa saya boleh kongkek sekejap. 394 00:20:16,000 --> 00:20:18,280 Saya akan kongkek dengan pelayan nanti. 395 00:20:19,200 --> 00:20:22,560 Kasihan dia. Dia tentu akan penat. 396 00:20:24,360 --> 00:20:25,960 - Mari. - Dalam bilik ini? 397 00:20:26,040 --> 00:20:27,000 Peduli apa? 398 00:20:32,000 --> 00:20:32,840 Aduh. 399 00:20:34,920 --> 00:20:35,760 Tak guna. 400 00:20:35,840 --> 00:20:37,160 Kejap! 401 00:20:37,240 --> 00:20:38,800 Kejap! 402 00:20:41,320 --> 00:20:42,320 Apa itu? 403 00:20:42,400 --> 00:20:44,360 - Minyak angin? - Syabu. Cubalah. 404 00:20:45,400 --> 00:20:46,600 Macam pernah dengar. 405 00:20:49,040 --> 00:20:50,640 - Alamat! - Lekas! 406 00:20:50,720 --> 00:20:52,360 Lekas! Mari sini. 407 00:20:52,440 --> 00:20:53,440 Mari. 408 00:20:54,280 --> 00:20:55,800 Aduhai! 409 00:20:59,600 --> 00:21:01,200 Marimar sedang marah. 410 00:21:01,920 --> 00:21:04,120 Saya rasa saya bukan penganut Kristian yang baik. 411 00:21:04,680 --> 00:21:08,160 Awak dah berkahwin sekarang. Patut fikir dulu sebelum itu. 412 00:21:11,520 --> 00:21:12,600 Paderi, awak okey? 413 00:21:13,520 --> 00:21:14,600 Di langit ketujuh! 414 00:21:15,920 --> 00:21:19,240 Ambulans! Telefon ambulans! 415 00:21:27,160 --> 00:21:29,160 Saya ikut dia. Kasihan dia seorang. 416 00:21:29,240 --> 00:21:30,360 Kita masih perlu berbincang. 417 00:21:30,440 --> 00:21:31,400 Baiklah. 418 00:21:37,480 --> 00:21:39,440 Terima kasih. Sahabat sejati. 419 00:21:41,240 --> 00:21:42,200 Dia akan okey, bukan? 420 00:21:42,280 --> 00:21:43,240 Ya. 421 00:21:50,960 --> 00:21:52,400 Saya sangat gemuruh. 422 00:21:53,000 --> 00:21:55,560 Dah lewat. Nak tonton esok? 423 00:22:01,840 --> 00:22:04,240 Ini dia! Episod 7. Duduk, sayang! 424 00:22:04,320 --> 00:22:07,520 Saya akan cepatkannya, kemudian kita tonton semula. 425 00:22:07,600 --> 00:22:08,720 Ikut suka awaklah. 426 00:22:08,800 --> 00:22:10,160 Ini babak saya! 427 00:22:11,680 --> 00:22:12,920 Saya akan mainkannya. 428 00:22:16,000 --> 00:22:17,280 Sandra? 429 00:22:17,360 --> 00:22:20,720 Maaf. Kereta saya rosak. 430 00:22:20,800 --> 00:22:21,680 Jangan risau. 431 00:22:22,600 --> 00:22:24,360 Saya pun hampir mabuk. 432 00:22:26,040 --> 00:22:30,200 Tapi saya tahu semua orang nampak cantik berbanding rupa sebenar. 433 00:22:30,280 --> 00:22:31,200 Apa hal? 434 00:22:31,280 --> 00:22:32,360 Okay, baiklah… 435 00:22:32,440 --> 00:22:33,400 Apa hal? 436 00:22:34,200 --> 00:22:35,880 - Mereka guna pelakon lain! - Awak seksi. 437 00:22:35,960 --> 00:22:37,880 Yakah? Tak baik! 438 00:22:37,960 --> 00:22:39,480 Anak gampang! 439 00:22:39,560 --> 00:22:41,160 Ada anak-anak! 440 00:22:42,200 --> 00:22:43,200 Awak nak ke mana? 441 00:22:43,280 --> 00:22:44,120 Jumpa Pedro. 442 00:22:45,160 --> 00:22:47,000 Jangan kacau dia. Dia baru jadi ayah! 443 00:22:47,080 --> 00:22:49,320 Bagus! Saya nak ucap tahniah. 444 00:22:53,640 --> 00:22:55,560 Awak makan apa? 445 00:22:55,640 --> 00:22:56,960 Saya tak tahu. 446 00:22:57,760 --> 00:22:59,240 Kenapa ada banyak dadah? 447 00:22:59,320 --> 00:23:01,000 Mana-mana majlis kahwin pun ada. 448 00:23:01,080 --> 00:23:02,360 - Santiago? - Hah? 449 00:23:02,440 --> 00:23:03,720 - Apa khabar? - Saya… 450 00:23:03,800 --> 00:23:06,640 Saya Dr. León, doktor psikiatri. Boleh kita bercakap? 451 00:23:06,720 --> 00:23:08,520 Saya tak minta doktor psikiatri. 452 00:23:08,600 --> 00:23:10,600 Ini protokol dalam kes cubaan bunuh diri. 453 00:23:11,840 --> 00:23:13,720 Apa? Saya tak cuba bunuh diri. 454 00:23:13,800 --> 00:23:17,640 Awak campurkan alkohol, kokain, ketamin dan syabu. 455 00:23:18,240 --> 00:23:20,040 - Awak! - Awak rasa apa itu? 456 00:23:20,120 --> 00:23:21,880 Ini salah paderi lalok itu. 457 00:23:21,960 --> 00:23:24,880 Dia pujuk saya buat. Saya okey saja. Betul. 458 00:23:24,960 --> 00:23:26,680 Saya suka kehidupan. 459 00:23:27,600 --> 00:23:30,520 Bukanlah suka. Saya layankan saja. 460 00:23:30,600 --> 00:23:31,600 Dia tak suka. 461 00:23:31,680 --> 00:23:34,440 Sejak rakan feminazi tinggalkan dia, dia teruk begini. 462 00:23:34,520 --> 00:23:35,800 Ayah! 463 00:23:35,880 --> 00:23:37,080 Apa? Awak beritahu keluarga saya? 464 00:23:37,160 --> 00:23:39,400 - Doktor, dia okey? - Mujur masih hidup. 465 00:23:39,480 --> 00:23:41,720 Dia minum koktel dadah… 466 00:23:41,800 --> 00:23:43,760 - Aduh! - Tahu tak kami risau? 467 00:23:43,840 --> 00:23:46,320 Awak ada isteri dan anak untuk disara. 468 00:23:46,400 --> 00:23:48,640 - Saya nak jumpa Pedro. - Aduh. 469 00:23:48,720 --> 00:23:50,640 Saya akan kembali nanti. 470 00:23:55,320 --> 00:23:56,280 Tak guna. 471 00:23:57,200 --> 00:24:00,200 Saya hampir mati kerana wanita yang tak pedulikan saya. 472 00:24:00,280 --> 00:24:02,520 Setidaknya ayah dah sedar. Itu kematangan. 473 00:24:02,600 --> 00:24:04,800 Ya. Ia dah berakhir. 474 00:24:05,400 --> 00:24:06,560 Irene tinggal sejarah. 475 00:24:06,640 --> 00:24:07,640 Ayah pasti? 476 00:24:08,840 --> 00:24:09,680 Sumpah. 477 00:24:12,120 --> 00:24:13,880 Kenapa? Apa dia? 478 00:24:14,920 --> 00:24:16,120 Ini baru tiba. 479 00:24:18,000 --> 00:24:19,000 Biar ayah tengok. 480 00:24:24,400 --> 00:24:25,520 MANOSFERA 481 00:24:25,600 --> 00:24:26,960 UNTUK SANTI 482 00:24:36,640 --> 00:24:37,760 Helo. 483 00:24:40,160 --> 00:24:42,800 Nama mak Daniela. Selamat berkenalan. 484 00:24:47,200 --> 00:24:48,920 Mak akan sayangkan kamu. 485 00:24:49,680 --> 00:24:51,880 Mak akan manjakan kamu. 486 00:24:54,080 --> 00:24:56,040 Kamu nak nama apa? 487 00:24:59,040 --> 00:25:00,720 Kamu nak nama apa? 488 00:25:06,760 --> 00:25:07,720 Helo. 489 00:25:08,320 --> 00:25:09,880 Pedro! 490 00:25:09,960 --> 00:25:11,520 Luis! Saya dah jadi ayah! 491 00:25:11,600 --> 00:25:13,360 Bukan sekarang! Esther sedang parkir. 492 00:25:13,440 --> 00:25:14,760 Dia mengamuk. 493 00:25:14,840 --> 00:25:18,160 Cakap yang awak tak tahu, okey? Beritahu dia bos awak punya kerja. 494 00:25:18,240 --> 00:25:20,200 Dia kena tolong kawan… 495 00:25:20,280 --> 00:25:22,400 Awak cuba nak salahkan saya? 496 00:25:22,480 --> 00:25:24,720 - Pedro! Tahniah! - Kenapa awak datang? 497 00:25:24,800 --> 00:25:26,520 Ini malam perkahwinan awak! 498 00:25:26,600 --> 00:25:28,080 Marimar mesti tunggu awak. 499 00:25:28,160 --> 00:25:30,640 Dia dah nampak saya dan Rafa… 500 00:25:30,720 --> 00:25:32,440 Lagi? Awak dah kenapa? 501 00:25:32,520 --> 00:25:34,800 - Siapa Rafa? - Saksi penghisap konek. 502 00:25:34,880 --> 00:25:36,760 Itu salah awak. Awak kecewakan saya. 503 00:25:37,280 --> 00:25:38,440 Ini untuk Daniela. 504 00:25:38,520 --> 00:25:40,160 - Awak bersalinkah? - Tidak. 505 00:25:41,280 --> 00:25:42,120 - Luz! - Helo. 506 00:25:42,200 --> 00:25:43,640 Apa awak buat di sini? 507 00:25:43,720 --> 00:25:45,960 Melawat Daniela yang dah jadi ibu. 508 00:25:46,960 --> 00:25:48,280 Bagaimana perkahwinan awak? 509 00:25:48,360 --> 00:25:51,280 Baik-baik saja. Tradisional. Awak tentu rasa bosan. 510 00:25:52,440 --> 00:25:55,120 - Perkahwinan awak okey? - Saya takkan berkahwin. 511 00:25:55,200 --> 00:25:56,320 - Apa? - Buat masa ini. 512 00:25:56,400 --> 00:25:59,640 Kami tangguhkannya agar kami boleh buat keputusan objektif. 513 00:25:59,720 --> 00:26:01,360 Aduhai, Luz. Awak patut beritahu saya. 514 00:26:08,600 --> 00:26:09,560 Marimar. 515 00:26:09,640 --> 00:26:11,080 Awak akan datang atau tak? 516 00:26:11,160 --> 00:26:12,360 Saya dalam perjalanan. 517 00:26:17,240 --> 00:26:20,040 Pergilah bermalam pertama. 518 00:26:21,480 --> 00:26:22,440 Pedro! 519 00:26:24,720 --> 00:26:26,680 Esther! Terima kasih datang. 520 00:26:26,760 --> 00:26:28,040 Kenapa saya tiada dalam siri? 521 00:26:28,120 --> 00:26:30,320 Apa? Perubahan saat akhir. 522 00:26:30,400 --> 00:26:32,360 - Bos saya ada buat… - Awak tiada? 523 00:26:32,440 --> 00:26:34,280 Orang lain lakonkan watak saya. 524 00:26:34,360 --> 00:26:37,080 Saya beritahu semua orang saya berlakon dalam Alpha Males. 525 00:26:37,160 --> 00:26:40,880 Saya buat empat hantaran dalam Instagram dan entah berapa banyak Cerita. 526 00:26:40,960 --> 00:26:43,120 Esther, awak cuma ada 400 pengikut. 527 00:26:43,200 --> 00:26:44,720 Tapi itu satu pawagam! 528 00:26:45,240 --> 00:26:47,000 Saya perbodohkan diri sendiri! 529 00:26:52,520 --> 00:26:53,360 Awak dah tahu? 530 00:26:53,440 --> 00:26:56,240 Hah? Mana ada saya tahu. 531 00:26:56,320 --> 00:26:58,360 - Luis. - Apa? 532 00:26:58,440 --> 00:26:59,400 Awak dah tahu? 533 00:27:02,120 --> 00:27:04,040 Awak terlalu teruja sampaikan… 534 00:27:07,240 --> 00:27:08,240 Esther. 535 00:27:09,040 --> 00:27:10,040 Esther! 536 00:27:15,320 --> 00:27:16,840 Sedapnya, susyi! 537 00:27:17,560 --> 00:27:19,080 Untuk Daniela! 538 00:27:40,720 --> 00:27:41,880 Awak dah terjaga. 539 00:27:42,400 --> 00:27:43,440 Saya tunggu awak. 540 00:27:44,040 --> 00:27:45,000 Ya. 541 00:27:46,480 --> 00:27:48,480 Saya faham awak agak marah. 542 00:27:49,600 --> 00:27:50,880 Agak marah? 543 00:27:51,520 --> 00:27:54,280 Saya impikan majlis perkahwinan sejak berumur lima tahun. 544 00:27:54,360 --> 00:27:58,520 Dalam impian itu tak ada pun lelaki yang hisap konek suami saya. 545 00:27:58,600 --> 00:28:02,480 Ya, sebab budak lima tahun tak fikir begitu. 546 00:28:04,720 --> 00:28:06,800 Tapi lambat-laun, awak akan sedar 547 00:28:06,880 --> 00:28:10,200 cerita begini akan menjadi cerita paling kelakar. 548 00:28:12,120 --> 00:28:13,120 Lambat-laun. 549 00:28:14,680 --> 00:28:16,320 Saya takkan ketawa. 550 00:28:17,600 --> 00:28:19,080 Saya juga. 551 00:28:22,200 --> 00:28:23,520 Saya tak tahu. 552 00:28:25,240 --> 00:28:26,320 Apa kita nak buat? 553 00:28:27,280 --> 00:28:28,760 Raúl, awak suami saya. 554 00:28:28,840 --> 00:28:33,600 Ya, tapi awak kena singkirkan segala bayangan dalam kepala… 555 00:28:33,680 --> 00:28:35,360 Wujudkah penyelesaiannya? 556 00:28:35,440 --> 00:28:36,960 Awak memang gila. 557 00:28:37,480 --> 00:28:38,800 Tapi saya isteri awak. 558 00:28:39,320 --> 00:28:42,240 Kita akan hadapinya dengan bantuan Tuhan. 559 00:28:50,040 --> 00:28:51,680 Helo, Rosa. Apa khabar? 560 00:28:53,200 --> 00:28:54,400 Mana Esther? 561 00:28:55,560 --> 00:28:57,000 Saya tak tahu. 562 00:28:57,080 --> 00:28:58,440 Dia tak bercakap dengan saya. 563 00:28:58,960 --> 00:29:00,960 Kita boleh tangguhkan sesi kita. 564 00:29:01,040 --> 00:29:03,120 Tak apa. Saya rasa nak meluah. 565 00:29:03,200 --> 00:29:04,120 Baiklah. 566 00:29:04,920 --> 00:29:06,000 Awak apa khabar? 567 00:29:07,080 --> 00:29:08,200 Tak baik. 568 00:29:09,440 --> 00:29:11,440 Dah dua hari saya tidur di sofa. 569 00:29:11,960 --> 00:29:14,000 Ibu bapa saya guna bilik tetamu. 570 00:29:14,080 --> 00:29:16,040 Kami ubah suai rumah mereka untuk dijual, 571 00:29:16,120 --> 00:29:18,520 tapi tak jadi sebab mereka rujuk balik. 572 00:29:18,600 --> 00:29:21,520 - Biar betul. - Ya. Cinta mengatasi segalanya. 573 00:29:22,600 --> 00:29:25,560 Mungkin juga kerana ibu saya alami strok. 574 00:29:28,040 --> 00:29:29,520 Ayah saya masak untuknya. 575 00:29:30,440 --> 00:29:31,920 Seterika baju. Mandikan dia. 576 00:29:32,000 --> 00:29:33,080 Ayah saya beli barang dapur. 577 00:29:33,160 --> 00:29:35,040 Sekarang, dia lelaki dinyahkonstruksi. 578 00:29:35,120 --> 00:29:36,600 Siapa sangka? 579 00:29:37,120 --> 00:29:39,120 Dia bukan lagi pengaruh buruk buat anak-anak saya. 580 00:29:45,000 --> 00:29:47,840 Iris dah tak mahu lagi jadi lelaki. 581 00:29:48,680 --> 00:29:51,160 Iris dah sedar yang kita hidup dalam masyarakat 582 00:29:51,240 --> 00:29:53,920 di mana wanita kurang kelebihan dan hak. 583 00:29:55,360 --> 00:29:56,760 Di samping itu, 584 00:29:56,840 --> 00:29:59,720 kami lelaki makin susah nak hidup. 585 00:29:59,800 --> 00:30:01,560 Kenapa awak cakap begitu? 586 00:30:01,640 --> 00:30:05,200 Kalian wanita yang diperkasa, baguslah. 587 00:30:05,280 --> 00:30:07,080 - Terima kasih. - Terima kasih. 588 00:30:08,920 --> 00:30:10,240 - Tapi… - Helo. 589 00:30:10,320 --> 00:30:13,040 Kamu guna model lelaki sebagai rujukan. 590 00:30:13,560 --> 00:30:15,160 Itu idea yang teruk. 591 00:30:16,200 --> 00:30:19,080 Sebelum ini, lelaki yang elak komitmen. 592 00:30:19,160 --> 00:30:23,080 Kini, wanita yang rasa mencintai itu satu kelemahan. 593 00:30:23,840 --> 00:30:27,680 Kita masih perlu bentuk hubungan, 594 00:30:28,640 --> 00:30:30,200 tapi kita tak tahu bagaimana. 595 00:30:30,280 --> 00:30:32,360 - Kawan? - Baiklah, kawan. 596 00:30:35,360 --> 00:30:37,920 Jelasnya, wanita tak perlukan lelaki lagi. 597 00:30:38,000 --> 00:30:39,080 Begitulah caranya. 598 00:30:41,680 --> 00:30:44,000 Apa pun, saya masih percaya akan cinta. 599 00:30:45,480 --> 00:30:48,160 Orang masih berkahwin. Pasti ada sebabnya. 600 00:30:55,360 --> 00:30:57,000 Jadi, kita mahu bebas. 601 00:30:57,960 --> 00:30:59,800 Tapi apabila dapat kebebasan… 602 00:31:02,800 --> 00:31:04,480 kita jadi tak tentu arah. 603 00:31:06,320 --> 00:31:08,280 Jadi, apa yang saya boleh bantu? 604 00:31:13,400 --> 00:31:16,040 Telefon Esther. Lihat jika dia jawab. 605 00:31:23,720 --> 00:31:24,840 Dah ada nama? 606 00:31:24,920 --> 00:31:27,600 - Kami masih fikir. - Jangan tunggu lama-lama. 607 00:31:27,680 --> 00:31:29,920 Kalau terlambat, bukan hakim akan namakan dia? 608 00:31:30,000 --> 00:31:32,720 Jangan tanya saya. Dah tiga hari saya tak tidur. 609 00:31:33,240 --> 00:31:34,400 Itu baru permulaan. 610 00:31:34,920 --> 00:31:36,280 Alamak. Dia berak. 611 00:31:38,520 --> 00:31:42,200 Sepuluh tahun dulu, pernah bayangkan kita akan begini? 612 00:31:42,920 --> 00:31:44,320 Hidup saya okey saja. 613 00:31:44,920 --> 00:31:47,440 Gembira dengan hidup nyahkonstruksi awak? 614 00:31:47,520 --> 00:31:49,680 Awak dengan hidup patriarki? 615 00:31:52,000 --> 00:31:54,160 Jadi, apa penyelesaiannya? 616 00:32:01,240 --> 00:32:02,400 Mungkin tiada. 617 00:32:04,440 --> 00:32:05,720 Jangan… 618 00:32:07,680 --> 00:32:09,400 Balik dulu. Anak nak menyusu. 619 00:32:09,480 --> 00:32:11,960 Saya kena jemput anak-anak saya. 620 00:32:12,040 --> 00:32:14,840 - Saya ada upacara sembahyang. - Tepukan hetero? 621 00:32:18,280 --> 00:32:20,360 Saya akan membaca dan bersantai di sini. 622 00:32:21,560 --> 00:32:23,640 Santi, buang buku itu. Jangan jadi sendu. 623 00:32:23,720 --> 00:32:26,280 Sendu? Berapa banyak buku yang didedikasikan untuk awak? 624 00:32:26,360 --> 00:32:27,560 Tak guna! 625 00:32:27,640 --> 00:32:28,680 Bangsat! 626 00:32:32,560 --> 00:32:34,480 Tak guna, Sebas! Kebetulan pula. 627 00:32:35,000 --> 00:32:35,880 Tak guna. 628 00:32:35,960 --> 00:32:37,640 Apa khabar? Mana anjing? 629 00:32:37,720 --> 00:32:39,400 Itu bukan anjing sayalah! 630 00:32:39,480 --> 00:32:41,400 Kejap! Awak nak ke mana? Sebas! 631 00:32:42,760 --> 00:32:43,720 Sebas! 632 00:32:55,160 --> 00:32:56,120 Sebas! 633 00:33:00,880 --> 00:33:01,920 Sebas! 634 00:33:03,520 --> 00:33:05,480 Awak memang nakal betul, ya? 635 00:33:07,520 --> 00:33:08,560 Sebas! 636 00:33:18,880 --> 00:33:19,920 Sebas! 637 00:33:25,880 --> 00:33:26,880 Sebas! 638 00:33:49,440 --> 00:33:51,840 Terjemahan sari kata oleh Jentayu