1 00:00:06,083 --> 00:00:09,003 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:23,563 --> 00:00:27,603 {\an8}Teluk Hanauma ialah salah satu tempat kegemaran saya di dunia ini. 3 00:00:29,123 --> 00:00:33,123 Saya membesar di Hawaii. Tempat ini dekat dengan rumah saya. 4 00:00:35,963 --> 00:00:38,683 Cinta saya kepada alam bermula di sini. 5 00:00:40,483 --> 00:00:44,363 Semasa saya kecil, alam semula jadi dan tempat bermain 6 00:00:44,443 --> 00:00:48,363 ialah tempat yang sama dan penting dalam hidup kami. 7 00:00:50,403 --> 00:00:54,203 Saya mahu pastikan alam semula jadi wujud 8 00:00:54,283 --> 00:00:56,363 untuk anak-anak dan cucu-cucu saya. 9 00:00:57,563 --> 00:01:02,643 Sertai saya meraikan taman negara dan hutan terhebat di planet ini, 10 00:01:02,723 --> 00:01:06,683 pengembaraan menelusuri keajaiban alam milik kita bersama. 11 00:01:14,923 --> 00:01:18,083 DUNIA DIPENUHI KETAKJUBAN 12 00:01:19,283 --> 00:01:21,843 Ibu saya cerita semasa dia mengandung, 13 00:01:21,923 --> 00:01:25,803 dia akan duduk di sini, mendengar bunyi laut 14 00:01:25,883 --> 00:01:28,923 dan melihat ombak menghempas terumbu karang. 15 00:01:30,363 --> 00:01:33,243 Dia bergurau itu sebabnya saya begitu tenang. 16 00:01:33,763 --> 00:01:38,003 Saya luangkan banyak masa di sini sejak sebelum dilahirkan. 17 00:01:41,563 --> 00:01:44,883 Semasa saya enam tahun, Teluk Hanauma disenaraikan 18 00:01:44,963 --> 00:01:47,203 sebagai khazanah alam yang dipelihara. 19 00:01:47,763 --> 00:01:52,083 Sesuatu yang bermula sebagai keinginan untuk orang lain menikmati alam 20 00:01:52,163 --> 00:01:54,243 telah menjadi gerakan global 21 00:01:54,323 --> 00:01:57,563 bagi memelihara kawasan-kawasan ini untuk generasi akan datang. 22 00:02:10,643 --> 00:02:13,803 Ini tempat untuk melupakan kebimbangan hidup 23 00:02:15,043 --> 00:02:17,883 dan menginspirasi anak-anak kita. 24 00:02:18,763 --> 00:02:21,483 Ini tempat perlindungan spesies terancam 25 00:02:23,603 --> 00:02:25,923 dan tumpuan penyelidikan saintifik. 26 00:02:29,363 --> 00:02:32,803 Tempat ini bukan saja memelihara pelbagai spesies hidupan di Bumi, 27 00:02:33,443 --> 00:02:35,163 ia juga mengawal iklim, 28 00:02:35,683 --> 00:02:36,963 membersihkan udara 29 00:02:37,803 --> 00:02:40,083 dan menulenkan air kita. 30 00:02:42,163 --> 00:02:45,363 Apabila manusia mula melindungi alam semula jadi ini, 31 00:02:45,443 --> 00:02:48,763 kita tak sedar kepentingannya. 32 00:02:50,883 --> 00:02:54,523 Hari ini, tempat-tempat inilah antara perlindungan terakhir 33 00:02:54,603 --> 00:02:57,083 alam semula jadi dan hidupan liar. 34 00:03:01,603 --> 00:03:04,043 Ada tempat yang sangat terpencil, 35 00:03:04,563 --> 00:03:08,243 kita baru mula mengupas rahsianya. 36 00:03:11,723 --> 00:03:16,203 Misalnya Taman Negara Loango di Gabon, pantai barat Afrika. 37 00:03:21,923 --> 00:03:25,003 Ia tempat perlindungan haiwan hutan hujan tropika. 38 00:03:29,283 --> 00:03:34,323 Namun, kebanyakan haiwan di sini tertarik kepada tempat yang sama. 39 00:03:41,843 --> 00:03:42,843 Pantai. 40 00:03:49,923 --> 00:03:54,203 Salah satu tempat terakhir hutan hujan Congo yang luas 41 00:03:54,283 --> 00:03:56,843 bertemu Laut Atlantik. 42 00:04:02,203 --> 00:04:04,283 Kerbau meragut tumbuh-tumbuhan 43 00:04:04,363 --> 00:04:06,083 yang disaluti garam laut, 44 00:04:09,883 --> 00:04:12,683 mineral yang sukar ditemui di hutan hujan. 45 00:04:27,843 --> 00:04:29,563 Khinzir red river… 46 00:04:31,803 --> 00:04:34,843 yang mengidamkan makanan laut segar. 47 00:04:42,363 --> 00:04:47,043 Gajah hutan Afrika datang ke pantai dan bergaul dengan gergasi marin. 48 00:04:50,363 --> 00:04:53,043 Contohnya, penyu belimbing 1000 kg ini. 49 00:05:00,603 --> 00:05:02,363 Ada satu haiwan di sini 50 00:05:02,443 --> 00:05:07,523 yang tahu menikmati semua yang ada di pantai. 51 00:05:13,323 --> 00:05:16,643 Pada siang hari, badak duduk di lagun air tawar. 52 00:05:19,323 --> 00:05:20,723 Berlindung daripada mentari. 53 00:05:24,683 --> 00:05:26,043 Apabila petang menjelang, 54 00:05:26,563 --> 00:05:29,923 badak akan naik ke darat, ke padang ragut kegemarannya. 55 00:05:33,763 --> 00:05:35,363 Namun, bukan badak ini. 56 00:05:49,283 --> 00:05:51,363 Badak ini ada idea lain. 57 00:06:07,123 --> 00:06:10,883 Si badak terus meluru ke ombak! 58 00:06:46,883 --> 00:06:50,083 Badannya seberat 3000 kg terasa lebih ringan di dalam air masin. 59 00:06:52,283 --> 00:06:54,283 Ombak menghilangkan parasit 60 00:06:54,363 --> 00:06:57,043 serta melegakan luka dan lebam pada hari itu. 61 00:07:05,483 --> 00:07:09,603 Tiada tempat lain badak boleh dilihat di Laut Atlantik. 62 00:07:17,683 --> 00:07:19,723 Si badak bukan mahu berendam saja. 63 00:07:26,803 --> 00:07:29,163 Si badak mahu meluncur ombak. 64 00:07:38,483 --> 00:07:41,643 Si badak mengikut ombak ke utara, menuju ke pantai… 65 00:07:57,803 --> 00:08:00,363 sehingga tiba ke tempat makan malam kesukaannya. 66 00:08:14,163 --> 00:08:18,123 Setelah penat meluncur, si badak akan makan semalaman. 67 00:08:25,963 --> 00:08:29,883 Setelah matahari terbenam di sepanjang pantai ini, 68 00:08:29,963 --> 00:08:32,203 badak-badak lain mengikuti jejaknya. 69 00:08:35,923 --> 00:08:38,803 Meninggalkan lagun untuk meluncur ombak. 70 00:08:46,883 --> 00:08:49,563 Badak Loango yang meluncur. 71 00:08:53,163 --> 00:08:58,563 Ini membuktikan alam semula jadi boleh berterusan mengagumkan kita 72 00:08:59,403 --> 00:09:02,123 selagi kita memberikannya ruang untuk hidup. 73 00:09:11,723 --> 00:09:16,763 Alam semula jadi terpelihara yang ada biasanya di kawasan yang terpencil, 74 00:09:18,363 --> 00:09:21,883 menjadikan taman negara sebuah tempat perlindungan yang penting 75 00:09:23,563 --> 00:09:24,883 untuk haiwan ikonik 76 00:09:25,923 --> 00:09:29,123 serta haiwan yang jarang ditemui dan luar biasa. 77 00:09:35,443 --> 00:09:39,283 Di bahagian lain Afrika, di pulau Madagaskar, 78 00:09:39,883 --> 00:09:44,043 ada Taman Negara Tsingy de Bemaraha yang terpencil. 79 00:09:50,083 --> 00:09:52,683 Kubu batu yang tak boleh ditembusi ini 80 00:09:52,763 --> 00:09:57,243 menjadi tempat tinggal spesies yang tiada di tempat lain di Bumi. 81 00:10:00,483 --> 00:10:01,683 Iguana batu 82 00:10:02,203 --> 00:10:05,483 yang baru ditemui dan tak pernah dirakam sebelum ini. 83 00:10:09,043 --> 00:10:12,963 Jari panjang dan kuku tajam membantunya mencengkam permukaan batu. 84 00:10:20,643 --> 00:10:24,123 Hutan di sekitar mercu menjadi tempat tinggal haiwan nadir 85 00:10:24,883 --> 00:10:27,083 yang hanya ada di Tsingy, 86 00:10:34,483 --> 00:10:37,483 termasuk penduduk taman ini yang paling elusif. 87 00:10:41,123 --> 00:10:42,963 Decken's sifaka. 88 00:10:49,563 --> 00:10:52,963 Kebanyakan lemur terancam ini tinggal di taman ini. 89 00:10:58,523 --> 00:11:03,003 Seperti kebanyakan mawas, haiwan ini banyak meluangkan masa di atas pokok. 90 00:11:11,803 --> 00:11:15,323 Kumpulan kecil ini ada tanggungjawab baru. 91 00:11:29,923 --> 00:11:34,763 Walaupun baru berusia lapan minggu, kekuatannya akan diuji tak lama lagi. 92 00:11:40,483 --> 00:11:43,243 Ibu memberikannya banyak dorongan. 93 00:11:48,603 --> 00:11:51,203 Tingkatkan keyakinan si anak untuk pergi… 94 00:11:53,483 --> 00:11:55,403 dan meneroka dunia barunya. 95 00:12:08,443 --> 00:12:11,643 Memanjat dan melompat adalah latihan terbaik 96 00:12:11,723 --> 00:12:13,123 untuk hidup di taman ini. 97 00:12:24,563 --> 00:12:30,003 Tak lama lagi, satu loncatannya akan menjangkau sembilan meter. 98 00:12:34,923 --> 00:12:38,283 Namun, sebelum itu, perlahan-lahan dahulu. 99 00:12:50,203 --> 00:12:52,723 Cuaca panas dan lembap tak mematahkan semangat si anak, 100 00:12:53,523 --> 00:12:57,403 tapi yang lain menjimatkan tenaga dengan berehat di teduhan. 101 00:13:09,043 --> 00:13:11,323 Kini kemuncak musim kemarau. 102 00:13:13,243 --> 00:13:17,723 Lazimnya sifaka bergantung kepada dedaun untuk makanan dan air. 103 00:13:19,683 --> 00:13:23,563 Namun, sumber di kawasan hutannya semakin berkurangan. 104 00:13:32,523 --> 00:13:36,683 Makanan segar cuma ada di kawasan perlindungan kecil dan teduh 105 00:13:36,763 --> 00:13:38,803 yang bertebaran di antara puncak. 106 00:13:45,843 --> 00:13:49,563 Si betina memutuskan sudah tiba masa untuk bertindak. 107 00:14:00,203 --> 00:14:05,523 Liku puncak-puncak berceracak dan tajam menjadi penghadang antara hidup dan mati. 108 00:14:08,603 --> 00:14:11,323 Di bawahnya, gaung yang besar. 109 00:14:19,923 --> 00:14:23,923 Si anak perlu guna sepenuh kekuatan untuk berpaut pada ibu. 110 00:14:33,523 --> 00:14:39,403 Penambahan berat si anak bermakna si ibu perlu bergerak dengan tepat. 111 00:14:51,723 --> 00:14:55,123 Satu kesilapan boleh membawa maut. 112 00:15:08,403 --> 00:15:12,403 Jalan ini berselirat, tapi haiwan ini tahu laluan rahsia. 113 00:15:29,403 --> 00:15:31,803 Satu hari nanti, si anak juga akan tahu, 114 00:15:32,683 --> 00:15:35,683 tapi buat masa sekarang, si anak hanya perlu berpaut 115 00:15:36,803 --> 00:15:37,683 dengan kejap. 116 00:15:43,483 --> 00:15:46,803 Pemburu handal mengawasi batu-batu yang terdedah. 117 00:15:49,763 --> 00:15:52,643 Sifaka perlu cepat berlindung. 118 00:16:00,203 --> 00:16:02,643 Si ibu meneruskan usahanya… 119 00:16:09,003 --> 00:16:10,643 mencapai tempat selamat… 120 00:16:15,003 --> 00:16:16,123 sehingga akhirnya… 121 00:16:18,123 --> 00:16:21,803 sifaka sampai ke kawasan tersorok di antara batu 122 00:16:24,043 --> 00:16:25,883 yang penuh dengan dedaun enak. 123 00:16:36,043 --> 00:16:38,843 Perjalanan yang epik dan memenatkan. 124 00:16:45,163 --> 00:16:49,763 Perjalanan yang si anak akan ulangi banyak kali pada tahun-tahun mendatang. 125 00:16:58,243 --> 00:17:00,283 Lebih terpencil taman negara itu, 126 00:17:01,363 --> 00:17:04,003 lebih luar biasa haiwan di situ 127 00:17:04,523 --> 00:17:07,323 dan lebih menakjubkan tabiatnya. 128 00:17:09,243 --> 00:17:12,883 Sebab itulah penting untuk melindungi pulau. 129 00:17:14,363 --> 00:17:17,643 Seperti pulau ini di selatan Jepun. 130 00:17:19,523 --> 00:17:24,283 Lokasi Taman Negara Yakushima dan sebuah hutan purba. 131 00:17:30,203 --> 00:17:32,203 Tanah diselaputi dengan lumut. 132 00:17:34,603 --> 00:17:36,323 Pokok ara dan beringin 133 00:17:36,883 --> 00:17:39,323 mengait akarnya di sepanjang landskap. 134 00:17:42,443 --> 00:17:44,443 Pokok sedar Jepun gergasi, 135 00:17:44,963 --> 00:17:49,683 ada yang mencecah usia ribuan tahun, menjulang tinggi ke langit. 136 00:17:55,923 --> 00:17:59,483 Pengasingan telah mencorakkan haiwan yang tinggal di sini. 137 00:18:00,443 --> 00:18:04,803 Kebanyakan haiwan pulau lebih kecil daripada spesiesnya di tanah besar. 138 00:18:08,283 --> 00:18:11,803 Rusa sika ini hanya setinggi 91 cm. 139 00:18:20,523 --> 00:18:23,203 Diet daun keringnya mengenyangkan, 140 00:18:23,843 --> 00:18:25,723 tapi bukan yang tersedap. 141 00:18:29,883 --> 00:18:33,283 Diet itu juga tak memuaskan keinginan makanan manisnya. 142 00:18:38,003 --> 00:18:42,003 Kalaulah si rusa boleh mencapai buah dan beri yang jauh di atas. 143 00:18:50,323 --> 00:18:52,883 Namun, ada buah-buahan gugur di Yakushima 144 00:18:53,563 --> 00:18:55,483 jika tahu tempat mencari. 145 00:19:01,043 --> 00:19:02,803 Beruk Jepun. 146 00:19:16,603 --> 00:19:19,283 Inilah kumpulan yang si rusa mahu jumpa. 147 00:19:29,843 --> 00:19:33,043 Sekarang, perlu bersabar saja. 148 00:19:43,403 --> 00:19:47,923 Beruk ialah kunci bagi makanan termanis di hutan. 149 00:20:09,763 --> 00:20:12,683 Kata orang kesabaran itu indah. 150 00:20:22,203 --> 00:20:24,923 Semua rusa tahu beruk-beruk ini 151 00:20:25,523 --> 00:20:27,083 makan berkecah. 152 00:20:39,963 --> 00:20:43,283 Makanan yang dijatuhkan oleh beruk kaya dengan gula. 153 00:21:03,203 --> 00:21:04,923 Namun, jumlah makanan terhad. 154 00:21:21,323 --> 00:21:24,243 Rusa menikmati makanan itu sepenuhnya. 155 00:21:36,283 --> 00:21:40,723 Namun, rusa jantan yang sedang makan seronok untuk diganggu. 156 00:21:49,323 --> 00:21:52,843 Nampaknya tiada makanan yang percuma di dunia ini. 157 00:21:58,123 --> 00:22:04,083 Sebagai balasan memakan makanannya, rusa itu dibawa bersiar-siar. 158 00:22:12,803 --> 00:22:15,283 Bagus menjaga hubungan dengan sekutu. 159 00:22:19,203 --> 00:22:21,843 Namun, ini hentian yang terakhir. 160 00:22:31,123 --> 00:22:34,283 Taman negara kita bukan saja membekalkan 161 00:22:34,363 --> 00:22:36,523 makanan dan perlindungan kepada hidupan liar. 162 00:22:40,283 --> 00:22:44,283 Kita masih mengkaji kebaikan sebenar melindungi alam semula jadi. 163 00:22:49,243 --> 00:22:50,843 Pada tahun 1872, 164 00:22:51,363 --> 00:22:54,683 Yellowstone, di barat Amerika Syarikat, 165 00:22:55,323 --> 00:22:58,443 menjadi taman negara pertama di dunia. 166 00:23:00,563 --> 00:23:04,523 Dua juta ekar hutan belantara di Pergunungan Rocky. 167 00:23:19,123 --> 00:23:20,643 Aktif secara geologi 168 00:23:22,123 --> 00:23:23,563 dan menakjubkan. 169 00:23:32,563 --> 00:23:35,603 Lokasi dengan kepadatan haiwan liar tertinggi 170 00:23:35,683 --> 00:23:38,403 di tanah besar Amerika Syarikat. 171 00:23:50,883 --> 00:23:53,723 Salah satu idea terhebat Amerika. 172 00:23:55,123 --> 00:23:59,763 Diwujudkan untuk kebaikan dan dinikmati orang ramai. 173 00:24:02,323 --> 00:24:06,323 Idea itu diikuti dan mencetuskan gerakan global. 174 00:24:10,323 --> 00:24:12,803 Hari ini, kira-kira 15 peratus darat 175 00:24:12,883 --> 00:24:16,803 dan hampir 18 peratus laut dilindungi. 176 00:24:17,603 --> 00:24:20,043 Kebanyakannya semasa hayat saya. 177 00:24:25,443 --> 00:24:30,323 Kita semua bersepakat tentang kepentingan alam semula jadi yang tinggal 178 00:24:30,843 --> 00:24:35,323 dan apa yang berlaku kepadanya akan memberi kesan kepada kita semua. 179 00:24:45,443 --> 00:24:47,123 Contohnya, hutan hujan. 180 00:24:49,323 --> 00:24:53,483 Ia merupakan habitat kepada lebih separuh hidupan di darat. 181 00:24:58,883 --> 00:25:03,083 Jika anda tak faham apa kepentingan melindungi kepelbagaian hayat ini, 182 00:25:03,163 --> 00:25:07,203 pertimbangkan ini. Suku daripada ubat-ubatan kita 183 00:25:07,963 --> 00:25:10,243 berasal dari hutan hujan. 184 00:25:15,003 --> 00:25:17,763 Kita masih menemui kemajuan perubatan baru 185 00:25:18,283 --> 00:25:20,283 yang berselindung di hadapan mata. 186 00:25:23,963 --> 00:25:27,243 Di Taman Negara Manuel Antonio, Costa Rica, 187 00:25:27,763 --> 00:25:31,043 haiwan yang sering dijumpai pun boleh mengejutkan kita. 188 00:25:32,483 --> 00:25:36,003 Sloth berjari tiga sedang menikmati matahari. 189 00:25:41,523 --> 00:25:44,043 Dengan metabolisme paling perlahan bagi mamalia, 190 00:25:44,643 --> 00:25:46,643 sloth tak boleh membazirkan tenaga. 191 00:25:48,483 --> 00:25:49,563 Namun, sloth ini lapar. 192 00:25:53,843 --> 00:25:56,643 Mujurlah tak perlu pergi jauh. 193 00:26:06,323 --> 00:26:09,923 Jika perlukan masa sebulan untuk menghadam sehelai daun, 194 00:26:10,003 --> 00:26:12,963 wajarlah ambil masa untuk cari daun yang tepat. 195 00:26:19,803 --> 00:26:22,603 Si sloth juga sukar untuk melihat seperti sloth lain. 196 00:26:23,483 --> 00:26:26,003 Jadi, si sloth mencari daun terbaik dengan deria bau. 197 00:26:33,443 --> 00:26:35,163 Meninggalkan dedaun tua… 198 00:26:46,043 --> 00:26:49,883 sehingga daun yang sempurna ditemui. 199 00:27:02,163 --> 00:27:04,803 Makan malam perlu ditangguhkan. 200 00:27:14,163 --> 00:27:15,483 Hujan menyejukkannya. 201 00:27:54,203 --> 00:27:58,123 Berbeza dengan monyet, si sloth tak boleh panaskan badan dengan bergerak pantas. 202 00:28:02,923 --> 00:28:06,403 Namun, hutan hujan menyediakan kerusi berjemur yang ideal 203 00:28:06,483 --> 00:28:09,883 untuk melakukan silap mata yang menarik. 204 00:28:11,043 --> 00:28:14,683 Warnanya berubah menjadi hijau terang. 205 00:28:22,723 --> 00:28:26,483 Itu alga yang setakat ini hanya ditemui pada sloth 206 00:28:26,563 --> 00:28:29,003 yang memberikannya warna yang unik. 207 00:28:32,403 --> 00:28:33,683 Bukan itu saja. 208 00:28:35,403 --> 00:28:40,163 Ada kerajaan mikro yang hidup di bulunya. 209 00:28:40,683 --> 00:28:43,923 Kira-kira 80 spesies tinggal di sini… 210 00:28:48,603 --> 00:28:50,083 termasuk kupu-kupu sloth 211 00:28:50,163 --> 00:28:54,283 yang menghabiskan umur dewasanya di atas perumahnya yang baik. 212 00:28:58,443 --> 00:29:03,403 Gabungan bulunya yang tebal dan lembap, dipanaskan oleh mentari, 213 00:29:03,483 --> 00:29:07,123 memastikan kelangsungan hidup dunia kecil pada bulunya. 214 00:29:09,843 --> 00:29:12,563 Sebab itu ahli saintis percaya sloth ini 215 00:29:12,643 --> 00:29:15,323 boleh memberi kebaikan kepada kita semua. 216 00:29:17,803 --> 00:29:20,203 Sloth ini ibarat kilang farmaseutikal kecil. 217 00:29:20,963 --> 00:29:23,523 Kulat pada bulunya menghasilkan bahan kimia 218 00:29:23,603 --> 00:29:27,043 yang berpotensi melawan kanser, malaria 219 00:29:27,123 --> 00:29:30,123 dan serangga luar biasa yang kebal antibiotik. 220 00:29:37,043 --> 00:29:40,563 Jika kita boleh melindunginya dan hutan hujannya, 221 00:29:41,803 --> 00:29:45,403 sloth yang mengantuk ini mungkin menyelamatkan kita semua. 222 00:29:55,763 --> 00:29:59,163 Bagi memelihara taman kita dan semua penghuninya, 223 00:29:59,683 --> 00:30:03,083 kita juga perlu melindungi kesihatan tanah dan air 224 00:30:03,163 --> 00:30:04,843 yang melangkaui sempadannya… 225 00:30:09,083 --> 00:30:13,003 kerana setiap alam yang dipelihara, tak kira betapa terpencil, 226 00:30:13,083 --> 00:30:15,163 bersambung dengan dunia luar… 227 00:30:17,283 --> 00:30:18,843 melalui pergerakan angin, 228 00:30:20,563 --> 00:30:21,403 air 229 00:30:22,403 --> 00:30:23,723 dan hidupan liar. 230 00:30:31,323 --> 00:30:33,603 Di pantai utara Australia, 231 00:30:33,683 --> 00:30:38,443 suku juta ekor angsa magpie terbang bersama… 232 00:30:40,043 --> 00:30:42,883 menuju ke Taman Negara Kakadu. 233 00:30:51,123 --> 00:30:55,683 Sebuah landskap yang didominasi oleh tanah lembap, sungai dan sungai mati. 234 00:30:57,003 --> 00:31:00,203 Di sini, air bergerak yang menentukan nasib. 235 00:31:05,403 --> 00:31:09,043 Pada musim kemarau, angsa makan sengkuang cina 236 00:31:09,123 --> 00:31:11,523 yang terdedah di tanah cetek yang berlumpur. 237 00:31:15,163 --> 00:31:19,323 Namun, tuah satu spesies mungkin malang bagi spesies yang lain. 238 00:31:23,763 --> 00:31:25,523 Buaya air masin, 239 00:31:26,043 --> 00:31:28,843 reptilia terbesar di dunia. 240 00:31:33,243 --> 00:31:36,643 Musim kemarau sangat berbahaya bagi pemangsa ini. 241 00:31:40,923 --> 00:31:44,843 Buaya jantan sepanjang 4.5 meter cuba menuju ke air dalam 242 00:31:44,923 --> 00:31:47,283 dan perlu melalui kawasan pesaing. 243 00:31:54,203 --> 00:31:56,203 Namun, pertaruhan itu berbaloi. 244 00:32:03,203 --> 00:32:07,923 Buaya yang lambat bergerak berisiko tertanam di dalam lumpur kering. 245 00:32:12,483 --> 00:32:15,123 Namun, si buaya berjaya sampai ke sungai 246 00:32:15,203 --> 00:32:17,203 yang menyambungkan Kakadu ke laut. 247 00:32:20,403 --> 00:32:23,363 Kini misinya bergerak lebih pantas. 248 00:32:50,763 --> 00:32:52,803 Si buaya lalu di hadapan mangsa biasa. 249 00:32:58,923 --> 00:33:01,483 Ada pilihan yang lebih baik di destinasi. 250 00:33:20,723 --> 00:33:22,243 Lintasan Cahills, 251 00:33:22,763 --> 00:33:27,323 jalan yang tenggelam semasa air pasang tertinggi dalam setahun. 252 00:33:29,403 --> 00:33:31,683 Si buaya memilih masa yang tepat. 253 00:33:41,923 --> 00:33:46,043 Apabila paras air meningkat, ikan belanak dari laut 254 00:33:46,563 --> 00:33:49,123 mengambil peluangnya untuk melalui lintasan 255 00:33:49,643 --> 00:33:53,603 dan meneruskan perjalanan ke hulu, menuju ke kawasan peneluran. 256 00:33:54,923 --> 00:33:56,923 Buaya tahu mengenainya… 257 00:33:59,083 --> 00:34:03,963 menjadikan ini mungkin himpunan terbesar buaya air masin di Bumi. 258 00:34:07,523 --> 00:34:11,443 Namun, air terlalu berkocak, si buaya tidak dapat melihat ikan. 259 00:34:11,963 --> 00:34:14,523 Jadi, si buaya memampangkan anggota 260 00:34:14,603 --> 00:34:16,443 dan mengeluarkan kukunya. 261 00:34:19,323 --> 00:34:22,683 Sisiknya dipenuhi dengan sensor tekanan. 262 00:34:25,643 --> 00:34:27,043 Dengan memampangkannya, 263 00:34:27,123 --> 00:34:30,963 si buaya boleh mengesan pergerakan mangsa dengan lebih tepat. 264 00:34:48,363 --> 00:34:51,323 Si belanak takkan berpatah balik disebabkan nalurinya. 265 00:35:20,043 --> 00:35:25,243 Pemangsa purba ini mempunyai gigitan terkuat dalam dunia haiwan. 266 00:35:48,403 --> 00:35:51,603 Kemudian, sejam selepas air pasang… 267 00:35:53,843 --> 00:35:54,963 semuanya berakhir. 268 00:35:59,563 --> 00:36:02,083 Si buaya kembali hidup sendirian, 269 00:36:03,443 --> 00:36:06,043 pewaris perlindungan taman 270 00:36:07,603 --> 00:36:11,723 dan khazanah alam yang datang dari laut melangkaui Kakadu. 271 00:36:16,763 --> 00:36:19,483 Terumbu Sawar Besar Australia. 272 00:36:20,643 --> 00:36:25,923 Terumbu, atol dan kepulauan sepanjang 2414 kilometer. 273 00:36:28,043 --> 00:36:30,523 Sistem terumbu karang terbesar di dunia. 274 00:36:31,043 --> 00:36:33,963 Kebanyakannya dilindungi sebagai taman marin. 275 00:36:37,843 --> 00:36:39,363 Di bawah permukaannya, 276 00:36:39,443 --> 00:36:42,843 penuh dengan hidupan dan kepelbagaian. 277 00:36:50,483 --> 00:36:53,323 Ia sebuah metropolis dalam air yang sibuk. 278 00:36:58,083 --> 00:37:01,243 Batu karang meliputi satu peratus daripada lautan, 279 00:37:01,323 --> 00:37:05,083 namun menyokong hampir suku daripada jumlah hidupan marin. 280 00:37:24,843 --> 00:37:27,563 Terumbu Sawar Besar sangat menakjubkan, 281 00:37:29,323 --> 00:37:33,923 tempat terkecil di sini pun memainkan peranan yang penting. 282 00:37:38,163 --> 00:37:41,003 Pulau Raine hanya sepanjang 804 meter, 283 00:37:41,083 --> 00:37:44,763 satu jalur pantai yang kecil di laut yang luas. 284 00:37:49,203 --> 00:37:52,123 Taman inilah kelangsungan hidup bagi 90 peratus 285 00:37:52,203 --> 00:37:55,763 penyu agar yang terancam di rantau ini. 286 00:37:58,643 --> 00:38:03,963 Setiap musim panas, beribu-ribu penyu agar mengembara jauh ke Laut Pasifik 287 00:38:04,043 --> 00:38:06,003 untuk tiba ke pulau kecil ini… 288 00:38:09,323 --> 00:38:12,843 iaitu kawasan peneluran penyu agar terbesar di dunia. 289 00:38:18,723 --> 00:38:23,043 Hampir satu juta telur ditanam di pantai ini pada setiap musim 290 00:38:26,123 --> 00:38:28,803 selama beribu-ribu tahun lamanya. 291 00:38:35,043 --> 00:38:37,763 Namun, dunia kita berubah dengan pantas. 292 00:38:37,843 --> 00:38:40,643 Kini, kadar pertukaran iklim yang semakin cepat 293 00:38:40,723 --> 00:38:42,843 memberikan kesan yang buruk. 294 00:38:46,363 --> 00:38:50,883 Jantina anak tetasan ditentukan oleh suhu di dalam sarangnya. 295 00:38:53,203 --> 00:38:57,563 Pasir yang panas menyebabkan hampir 99 peratus tetasan di sini 296 00:38:57,643 --> 00:38:58,923 ialah penyu betina. 297 00:39:08,363 --> 00:39:09,443 Bukan itu saja. 298 00:39:11,523 --> 00:39:14,003 Dengan peningkatan suhu Bumi dan paras air, 299 00:39:15,243 --> 00:39:18,483 kawasan sarang boleh banjir dan menenggelamkan telur. 300 00:39:23,883 --> 00:39:27,083 Dengan kebanyakan pantai hanya beberapa inci di atas paras laut, 301 00:39:27,843 --> 00:39:30,883 Pulau Raine berada dalam bahaya. 302 00:39:39,403 --> 00:39:42,403 Ada yang kata kita generasi pertama yang merasai 303 00:39:42,483 --> 00:39:44,603 kesan pemanasan global 304 00:39:45,963 --> 00:39:48,643 dan generasi terakhir yang boleh mengubahnya. 305 00:39:50,963 --> 00:39:53,883 Taman kita, seperti seluruh planet ini 306 00:39:53,963 --> 00:39:56,603 kini diancam dengan cuaca ekstrem, 307 00:39:57,283 --> 00:39:59,243 pencemaran yang semakin memuncak 308 00:40:00,083 --> 00:40:02,683 dan kehilangan biodiversiti dan habitat. 309 00:40:07,443 --> 00:40:12,483 Ada yang berpunca daripada pilihan yang kita buat dalam kehidupan harian. 310 00:40:15,323 --> 00:40:17,363 Kita mempertaruhkan kesejahteraan kita… 311 00:40:20,123 --> 00:40:22,683 dan kesejahteraan generasi akan datang. 312 00:40:24,283 --> 00:40:26,003 Kita bukannya tak berdaya. 313 00:40:27,643 --> 00:40:29,443 Kita boleh mengubahnya. 314 00:40:30,283 --> 00:40:32,323 Jika kita bertindak sekarang. 315 00:40:36,203 --> 00:40:39,723 Tindakan sudah diambil di beberapa tempat yang dilindungi. 316 00:40:43,643 --> 00:40:47,803 Di tengah-tengah Afrika, Taman Negara Gunung Berapi Rwanda. 317 00:40:50,763 --> 00:40:53,683 Selepas genosid memusnahkan negara ini, 318 00:40:53,763 --> 00:40:56,243 negara kecil ini bangkit semula. 319 00:40:59,203 --> 00:41:03,683 Dalam proses pemulihan Rwanda, ia mengutamakan pemuliharaan. 320 00:41:07,003 --> 00:41:12,243 Tanah gunung berapi yang subur dituai sehingga ke dinding batu yang tersorok. 321 00:41:17,043 --> 00:41:18,163 Di luar sempadan, 322 00:41:18,683 --> 00:41:24,043 ada dua populasi terakhir gorila gunung yang terancam. 323 00:41:34,683 --> 00:41:37,403 Keluarga ini menggunakan buluh sebaiknya. 324 00:41:46,803 --> 00:41:49,243 Kawanan ini ada sembilan ekor gorila betina 325 00:41:49,323 --> 00:41:52,203 termasuk ibu ini bersama anaknya, 326 00:41:52,723 --> 00:41:55,363 gorila termuda di seluruh taman ini. 327 00:42:00,123 --> 00:42:04,763 Si anak baru berusia tiga minggu dan hanya mampu mengangkat kepala. 328 00:42:11,043 --> 00:42:13,803 Beberapa bulan lagi, si kecil ini akan dinamakan 329 00:42:13,883 --> 00:42:16,123 oleh kerajaan Rwanda dalam majlis 330 00:42:16,203 --> 00:42:19,483 yang meraikan kelahiran setiap gorila baru. 331 00:42:25,403 --> 00:42:29,003 Si kecil ini dan tujuh saudaranya adalah sebahagian daripada ledakan bayi 332 00:42:29,603 --> 00:42:32,963 yang menyaksikan peningkatan populasi sebanyak sekali ganda. 333 00:42:37,723 --> 00:42:40,043 Sementara ayahnya, Mirambo, 334 00:42:40,563 --> 00:42:42,123 tidur, 335 00:42:42,963 --> 00:42:45,723 anaknya yang berusia tiga tahun, Paradiso, 336 00:42:45,803 --> 00:42:48,483 memantau keselamatan keluarganya. 337 00:42:59,523 --> 00:43:01,523 Si anak nak membanggakan ayahnya… 338 00:43:12,123 --> 00:43:14,803 dan berpotensi menjadi ketua akan datang. 339 00:43:20,363 --> 00:43:22,443 Namun, si anak masih perlu dididik. 340 00:43:26,043 --> 00:43:29,563 Taman Negara Gunung Berapi ialah syurga gorila, 341 00:43:30,083 --> 00:43:31,643 tapi dulu bukan begitu. 342 00:43:33,963 --> 00:43:38,603 Pemburuan haram dan pemusnahan habitat sangat berleluasa 40 tahun lalu. 343 00:43:45,203 --> 00:43:48,963 Namun, usaha melindungi gorila bermakna hari ini, 344 00:43:49,043 --> 00:43:51,723 Mirambo dan keluarganya selamat. 345 00:43:53,323 --> 00:43:56,283 Walaupun di luar kawasan hutan ini. 346 00:44:01,883 --> 00:44:04,603 Kawanan ini melintasi dinding taman dengan berhati-hati. 347 00:44:43,043 --> 00:44:46,923 Haiwan lain juga meninggalkan taman untuk mencari makanan. 348 00:44:48,483 --> 00:44:51,763 Kera emas nadir yang tinggal hanya di pergunungan ini 349 00:44:51,843 --> 00:44:53,723 datang untuk mengambil kentang. 350 00:44:54,643 --> 00:44:59,523 Namun, hidupan liar tidak diapa-apakan. Para petani pun tidak kerugian. 351 00:45:02,323 --> 00:45:06,203 Tanaman rosak dibayar dan keuntungan pelancongan haiwan liar 352 00:45:06,283 --> 00:45:08,923 dilaburkan semula untuk komuniti tempatan. 353 00:45:13,603 --> 00:45:17,923 Maknanya manusia boleh hidup lestari bersama alam semula jadi. 354 00:45:34,323 --> 00:45:37,483 Ada rancangan untuk menambah keluasan taman ini. 355 00:45:41,563 --> 00:45:45,123 Ini memastikan apabila tiba masa Paradiso menjadi ketua, 356 00:45:45,643 --> 00:45:49,963 masa depan Paradiso dan spesiesnya terjamin. 357 00:45:56,123 --> 00:45:59,043 Pemuliharaan yang aktif bertanggungjawab 358 00:45:59,123 --> 00:46:02,563 melindungi banyak taman negara dan penghuninya. 359 00:46:06,323 --> 00:46:09,443 Di Yellowstone, itu termasuk spesies 360 00:46:09,523 --> 00:46:11,963 yang sinonim dengan identiti negara. 361 00:46:27,603 --> 00:46:29,683 Lebih 100 tahun yang lalu, 362 00:46:30,203 --> 00:46:33,963 bison Amerika hampir mengalami kepupusan. 363 00:46:39,963 --> 00:46:43,003 Hari ini, di sebalik pohon-pohon, 364 00:46:43,083 --> 00:46:46,243 seekor anak bison baru saja dilahirkan. 365 00:46:57,123 --> 00:47:00,963 Tak lama lagi, si anak akan cukup kuat untuk meneroka dunianya 366 00:47:01,483 --> 00:47:03,003 dan berkawan. 367 00:47:14,123 --> 00:47:17,763 Kini, ada kira-kira 5000 ekor bison di Yellowstone, 368 00:47:18,283 --> 00:47:23,163 tarikan utama bagi berjuta-juta pengunjung yang datang ke taman ini setiap tahun. 369 00:47:30,843 --> 00:47:36,883 Saya takkan lupakan perasaan saya apabila melihat bison buat pertama kali. 370 00:47:40,603 --> 00:47:42,323 Di sinilah, semasa kecil, 371 00:47:42,843 --> 00:47:48,603 saya mula betul-betul menghargai tempat saya dalam alam buat pertama kali. 372 00:47:49,803 --> 00:47:53,523 Saya sebahagian daripada sesuatu yang jauh lebih hebat. 373 00:47:57,083 --> 00:48:00,603 Saya harap semua orang berpeluang datang ke taman negara 374 00:48:01,123 --> 00:48:04,803 untuk melihat sendiri kegirangan dan keajaiban alam, 375 00:48:04,883 --> 00:48:09,523 untuk memahami bahawa kita semua sebahagian daripada alam semula jadi. 376 00:48:11,683 --> 00:48:13,163 Setiap nafas yang dihela. 377 00:48:15,163 --> 00:48:16,963 Setiap cawan air yang diminum. 378 00:48:18,443 --> 00:48:21,963 Banyak penemuan perubatan dan saintifik yang disingkapkan. 379 00:48:23,083 --> 00:48:27,523 Fabrik alam semula jadi terjalin dengan hidup kita dalam banyak cara. 380 00:48:29,123 --> 00:48:31,203 Kita saja yang boleh melindunginya, 381 00:48:31,883 --> 00:48:33,203 menjaganya 382 00:48:33,723 --> 00:48:38,003 dan mewariskan alam semula jadi ini kepada generasi seterusnya. 383 00:48:38,883 --> 00:48:43,283 Mari bersama saya meneroka keajaiban dan rahsia 384 00:48:43,363 --> 00:48:47,123 antara taman-taman negara yang paling menakjubkan di planet ini. 385 00:50:12,043 --> 00:50:15,883 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S