1 00:00:06,123 --> 00:00:08,963 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:19,443 --> 00:00:24,043 {\an8}Semasa pertama kali saya melawat Kenya 30 tahun yang lalu, saya orang asing. 3 00:00:25,243 --> 00:00:27,203 Ini tempat asal ayah saya 4 00:00:27,283 --> 00:00:29,803 yang sudah meninggal dan tak sempat saya kenali. 5 00:00:30,323 --> 00:00:34,003 Namun, saya jumpa keluarga saya dan melawat kampung asal mereka. 6 00:00:34,523 --> 00:00:36,403 Saya rasa dialu-alukan. 7 00:00:36,923 --> 00:00:39,963 Semasa saya dan adik saya melawat taman safari selama beberapa hari, 8 00:00:40,043 --> 00:00:42,763 timbul pula perasaan lain iaitu kagum. 9 00:00:44,363 --> 00:00:46,803 Di pedalaman Afrika yang tak berpenghujung, 10 00:00:46,883 --> 00:00:48,523 langit yang luas terbentang 11 00:00:49,043 --> 00:00:51,963 dan hidupan liar yang putus-putus. 12 00:00:53,883 --> 00:00:56,403 Bertuahnya dapat melihat dunia dari sudut yang baru 13 00:00:56,923 --> 00:01:00,563 dan melihat tempat asal kita semua. 14 00:01:02,443 --> 00:01:05,883 Saya mahu bawa anda ke sebuah taman yang istimewa di Kenya 15 00:01:05,963 --> 00:01:08,763 untuk merasa sendiri denyutan Afrika. 16 00:01:09,283 --> 00:01:13,203 Belantara yang luas tanpa batas, keindahan yang menakjubkan 17 00:01:13,283 --> 00:01:15,763 dan hidupan liar yang teramat banyak. 18 00:01:16,283 --> 00:01:18,323 Taman Negara Tsavo. 19 00:01:26,083 --> 00:01:31,523 Sebuah tempat yang rajanya ialah gajah. Semua haiwan mengetahuinya. 20 00:01:35,563 --> 00:01:38,163 Di timur Afrika terletaknya Kenya, 21 00:01:38,243 --> 00:01:42,723 tempat tinggal pelbagai hidupan liar dan landskap yang menakjubkan. 22 00:01:43,323 --> 00:01:45,483 Tsavo terletak di bahagian selatan. 23 00:01:46,043 --> 00:01:49,443 Dengan keluasan hampir 22,014 kilometer persegi, 24 00:01:49,523 --> 00:01:54,403 saiznya seperti sebuah negara kecil dan merupakan taman negara terbesar Kenya. 25 00:01:57,403 --> 00:02:00,643 Di barat, matahari terbenam yang tak boleh dilupakan 26 00:02:00,723 --> 00:02:04,163 di sebalik gunung tertinggi Afrika, Kilimanjaro. 27 00:02:07,963 --> 00:02:10,763 Menjulang tinggi merentasi tanah purba lava, 28 00:02:11,323 --> 00:02:12,483 bukit gunung berapi 29 00:02:13,683 --> 00:02:15,963 dan oasis yang berkilau-kilauan. 30 00:02:23,123 --> 00:02:27,163 Di timur, belukar berduri yang tidak berpenghujung… 31 00:02:31,683 --> 00:02:34,443 direntasi sungai yang menyokong kehidupan. 32 00:02:37,203 --> 00:02:41,563 Bersebelahannya, dinding redup Penara Yatta, 33 00:02:42,243 --> 00:02:45,643 antara aliran lava terpanjang di dunia. 34 00:02:50,603 --> 00:02:52,203 Sejauh mata memandang, 35 00:02:52,283 --> 00:02:57,123 tanah merah terang Tsavo yang ikonik melekapkan personalitinya 36 00:02:57,203 --> 00:03:01,403 pada semua hidupan yang hidup di belantara yang luar biasa ini. 37 00:03:22,563 --> 00:03:27,043 Tsavo ialah tempat tinggal populasi gajah yang terbesar di Kenya. 38 00:03:29,123 --> 00:03:33,603 Lebih 13,000 ekor hidup bebas di persekitaran luas ini. 39 00:03:36,003 --> 00:03:39,763 Anda perlu tahu tempat yang betul untuk mencarinya. 40 00:04:15,283 --> 00:04:19,803 Gajah jantan muda menyejukkan badan dengan bermandi-manda… 41 00:04:30,403 --> 00:04:33,723 seperti perenang berirama di dalam coklat cair. 42 00:04:40,043 --> 00:04:42,963 Sekarang bulan April. Kolam air penuh. 43 00:04:49,523 --> 00:04:53,163 Hujan mungkin tidak akan turun selama enam bulan atau lebih. 44 00:04:57,723 --> 00:05:00,643 Apabila meningkat usia, gajah jantan lebih suka bersendirian. 45 00:05:04,123 --> 00:05:09,643 Beberapa ekor daripadanya akan menjadi gajah bergading terbesar di dunia. 46 00:05:15,123 --> 00:05:19,723 Ini Lugard, dinamakan oleh renjer yang mengawasinya. 47 00:05:21,723 --> 00:05:24,563 Gajah bergading besar berusia 50 tahun 48 00:05:24,643 --> 00:05:27,443 dan salah satu khazanah negara Kenya. 49 00:05:30,363 --> 00:05:34,563 Satu gading saja mempunyai berat melebihi 45 kilogram. 50 00:05:38,043 --> 00:05:43,003 Duta alam gajah ini perlu menghadapi cabaran yang sukar… 51 00:05:47,083 --> 00:05:50,563 hidup dalam kemarau yang berturut-turut, pembangunan moden 52 00:05:50,643 --> 00:05:53,563 dan pemburuan haram daripada perdagangan gading haram. 53 00:05:59,803 --> 00:06:04,923 Kini hanya 30 ekor gajah bergading gergasi yang tinggal di seluruh Afrika. 54 00:06:08,683 --> 00:06:11,643 Sepertiga daripadanya tinggal di Tsavo. 55 00:06:14,043 --> 00:06:17,243 Kebanyakannya telah mencapai usia tua. 56 00:06:22,163 --> 00:06:26,123 Taman negara memainkan peranan penting dalam perlindungannya. 57 00:06:37,203 --> 00:06:40,563 Beberapa bulan seterusnya, iklim melampau Tsavo 58 00:06:40,643 --> 00:06:43,083 akan menguji semua haiwan di sini. 59 00:06:47,083 --> 00:06:50,683 Hanya yang menyesuaikan diri dengan cuaca yang berubah pantas 60 00:06:50,763 --> 00:06:52,883 akan bertahan pada musim kemarau. 61 00:06:56,723 --> 00:06:59,923 Burung enggang yang lapar ini telah menemui cara yang bijak 62 00:07:00,003 --> 00:07:01,923 untuk mendapatkan sarapan yang lebih besar. 63 00:07:05,283 --> 00:07:06,723 Ia tak boleh dilakukan sendiri. 64 00:07:25,643 --> 00:07:28,483 Sekeluarga cerpelai kerdil. 65 00:07:37,843 --> 00:07:42,843 Burung enggang sudah bersedia, tapi cerpelai masih berleka-leka. 66 00:07:50,123 --> 00:07:54,883 Burung enggang hanya boleh menunggu sementara cerpelai bersiap sedia. 67 00:07:58,763 --> 00:08:03,043 Cerpelai takkan ke mana-mana sehingga isyarat diberikan. 68 00:08:06,683 --> 00:08:08,563 Akhirnya, cerpelai bergerak. 69 00:08:10,323 --> 00:08:12,683 Enggang yang kelaparan mengikut di belakang. 70 00:08:19,083 --> 00:08:22,763 Cerperai yang berlari melompat-lompat menyebabkan serangga di semak keluar 71 00:08:23,483 --> 00:08:26,723 dan apa yang tertinggal akan dimakan oleh enggang. 72 00:08:27,883 --> 00:08:31,003 Si enggang tak perlu mencari makanan sendiri. 73 00:08:32,003 --> 00:08:33,883 Cerpelai tak kisah pun. 74 00:08:40,083 --> 00:08:42,723 Mencari makanan bersama memanfaatkan semua. 75 00:08:43,523 --> 00:08:46,683 Terutamanya apabila persekitaran mengering 76 00:08:46,763 --> 00:08:49,123 dan tak banyak tempat berlindung. 77 00:08:54,843 --> 00:08:57,323 Burung enggang bertindak sebagai peninjau. 78 00:09:05,483 --> 00:09:08,763 Satu panggilan dan semua bertempiaran mencari perlindungan. 79 00:09:23,003 --> 00:09:24,483 Antara semua makanan, 80 00:09:25,643 --> 00:09:28,123 ini adalah yang paling digemari. 81 00:09:28,723 --> 00:09:31,163 Siput darat gergasi Afrika, 82 00:09:33,003 --> 00:09:34,963 setiap satu menjangkau 15 cm panjang 83 00:09:36,403 --> 00:09:39,603 dan merupakan siput terbesar dan terempuk di dunia. 84 00:09:44,923 --> 00:09:46,443 Serta mudah ditangkap. 85 00:09:47,163 --> 00:09:49,643 Siput-siput ini tak boleh bergerak pantas. 86 00:09:52,243 --> 00:09:55,243 Namun, cangkerangnya sukar dipecahkan. 87 00:09:58,203 --> 00:10:02,203 Cerpelai telah menghasilkan teknik yang istimewa. 88 00:10:09,723 --> 00:10:14,763 Kayu digunakan seperti andas untuk menghentak dan memecahkan siput. 89 00:10:17,603 --> 00:10:22,203 Tingkah laku ini hanya didapati di Tsavo dan beberapa tempat lagi. 90 00:10:29,003 --> 00:10:32,283 Burung enggang tahu isyarat makanan yang sudah sedia. 91 00:10:47,643 --> 00:10:52,363 Iklim kering di sini bermakna tak mudah untuk mencari makanan. 92 00:10:54,003 --> 00:10:58,323 Jadi, kerjasama memastikan kedua-duanya dapat makanan yang cukup 93 00:10:58,843 --> 00:11:01,163 sebelum makanan berkurangan. 94 00:11:10,883 --> 00:11:14,123 Musim kemarau semakin memuncak di taman ini, 95 00:11:14,923 --> 00:11:17,603 jadi bekalan yang paling diperlukan 96 00:11:19,003 --> 00:11:20,203 ialah air. 97 00:11:23,443 --> 00:11:27,243 Bagi melindungi salah satu haiwan paling terancam di Tsavo, 98 00:11:27,323 --> 00:11:30,683 lopak air terpencil ini diisi oleh renjer. 99 00:11:35,523 --> 00:11:38,683 Apabila senja menjelma, tibalah masa 100 00:11:38,763 --> 00:11:41,443 untuk makhluk pemalu ini memunculkan diri. 101 00:11:51,803 --> 00:11:53,683 Badak sumbu hitam, 102 00:11:54,283 --> 00:11:56,203 si ibu dan anaknya. 103 00:11:59,283 --> 00:12:01,883 Dengan menggunakan kamera nampak malam yang sensitif, 104 00:12:01,963 --> 00:12:04,483 kami berjaya melihatnya dengan berwarna. 105 00:12:09,603 --> 00:12:12,443 Si anak mengikut langkah ibunya dengan rapat. 106 00:12:13,803 --> 00:12:15,523 Ikatannya sangat kuat. 107 00:12:20,283 --> 00:12:22,883 Penglihatan jarak jauh badak sumbu teruk, 108 00:12:24,643 --> 00:12:27,963 tapi pendengaran dan deria baunya sangat peka. 109 00:12:33,403 --> 00:12:38,443 Badak mengherotkan bibir ke belakang untuk mengesan hidupan berdekatan. 110 00:12:43,203 --> 00:12:45,603 Semakin banyak keluarga datang untuk minum. 111 00:12:50,083 --> 00:12:53,483 Badak sumbu hitam yang dominan biasanya mempertahankan kawasannya. 112 00:12:59,003 --> 00:13:03,163 Namun, ada makhluk yang lebih berani daripada yang lain. 113 00:13:10,323 --> 00:13:14,523 Dahulu ada 8,000 ekor badak sumbu hitam di Tsavo. 114 00:13:18,363 --> 00:13:20,523 Pada tahun 90-an dan 80-an, 115 00:13:20,603 --> 00:13:23,883 penceroboh membunuh semua kecuali sepuluh ekor untuk tanduknya. 116 00:13:28,323 --> 00:13:32,843 Program pembiakan telah meningkatkan populasinya melebihi 100 ekor. 117 00:13:35,803 --> 00:13:40,043 Haiwan yang biasanya bersendiri ini datang untuk minum dan bermesra. 118 00:13:43,043 --> 00:13:44,843 Ibu-ibu menyapa kawan. 119 00:13:46,443 --> 00:13:48,083 Anak badak bertemu kawan… 120 00:13:52,043 --> 00:13:53,403 dan ayah. 121 00:13:58,443 --> 00:14:02,883 Namun, apabila lebih banyak jantan tiba, suasana berubah. 122 00:14:08,203 --> 00:14:12,283 Pada musim kemarau, bilangan badak sumbu yang luar biasa tinggi berkumpul di sini. 123 00:14:12,803 --> 00:14:15,283 Badak telah membiak dengan jayanya 124 00:14:15,363 --> 00:14:18,683 sehingga kini terpaksa bersaing untuk ruang 125 00:14:20,563 --> 00:14:21,603 dan pasangan. 126 00:15:10,323 --> 00:15:14,043 Salah satu jantan cuba mengawan dengan si ibu yang ada anak, 127 00:15:15,283 --> 00:15:17,483 tapi si ibu memberikan jawapan yang jelas. 128 00:15:23,323 --> 00:15:26,483 Jantan lebih tua yang dominan tiba di lopak air itu. 129 00:15:27,243 --> 00:15:29,603 Renjer memanggilnya Atoti. 130 00:15:34,843 --> 00:15:36,163 Badak betina muda. 131 00:15:37,443 --> 00:15:40,683 Si betina yang terlalu muda untuk mengawan tidak tertarik dengannya. 132 00:15:49,723 --> 00:15:53,043 Kekecewaan menyebabkan Atoti mengganas. 133 00:16:03,883 --> 00:16:05,403 Atoti menggunakan tanduknya 134 00:16:05,483 --> 00:16:09,003 untuk menangkap kaki belakang si betina dan menjatuhkannya. 135 00:16:26,603 --> 00:16:30,923 Badak betina lain dan anak-anak badak membuat keputusan untuk beredar. 136 00:16:45,963 --> 00:16:48,283 Si betina muda berjaya lari lebih laju. 137 00:16:58,723 --> 00:17:01,123 Atoti mula bertenang. 138 00:17:08,003 --> 00:17:09,763 Musim kemarau berterusan 139 00:17:10,283 --> 00:17:14,563 dan banyak sumber air semula jadi di taman itu kering perlahan-lahan. 140 00:17:19,843 --> 00:17:24,923 Namun, ada tempat istimewa di utara yang kekal sebagai oasis. 141 00:17:31,163 --> 00:17:33,963 Hutan awan tinggi di Chyulu Hill 142 00:17:34,043 --> 00:17:36,483 terbit daripada dataran Tsavo Barat. 143 00:17:40,363 --> 00:17:44,403 Terbentuk daripada batu gunung berapi yang berliang, ia menyerap air hujan 144 00:17:44,483 --> 00:17:46,883 dan mewujudkan takungan bawah tanah. 145 00:17:50,803 --> 00:17:52,443 Selama lebih 20 tahun diperlukan 146 00:17:52,523 --> 00:17:55,003 untuk air meresap dan turun ke dataran di bawah. 147 00:18:00,563 --> 00:18:03,083 Air itu muncul bertalu-talu sebagai… 148 00:18:06,803 --> 00:18:08,923 Mata Air Mzima… 149 00:18:11,203 --> 00:18:14,763 nama yang bermakna "hidup" dalam bahasa Swahili. 150 00:18:37,683 --> 00:18:40,923 Mengikut anggaran, lebih 50 juta gelen air 151 00:18:41,003 --> 00:18:43,003 terbit dari tanah setiap hari 152 00:18:43,803 --> 00:18:47,563 dan masuk ke dalam kolam jernih yang sibuk dengan aktiviti. 153 00:18:55,963 --> 00:18:59,603 Pokok buah tin membekalkan makanan kepada monyet vervet. 154 00:19:07,283 --> 00:19:10,723 Ikan sesungut menanti buah jatuh di bawah. 155 00:19:29,163 --> 00:19:30,923 Syurga yang melimpah-ruah 156 00:19:31,443 --> 00:19:34,283 dengan makanan yang cukup untuk semua. 157 00:19:44,523 --> 00:19:46,043 Namun, kolam ajaib ini 158 00:19:46,123 --> 00:19:50,083 dimiliki oleh sekawan badak air sebanyak 14 ekor 159 00:19:51,163 --> 00:19:55,043 dan dipertahankan oleh seekor jantan alfa yang besar. 160 00:20:01,403 --> 00:20:04,323 Si alfa ini boleh tahan nafas sehingga lima minit 161 00:20:04,843 --> 00:20:08,283 dan menghabiskan lebih separuh hayatnya di dalam air. 162 00:20:12,043 --> 00:20:14,243 Badak ini selalunya dijumpai di kolam berlumpur, 163 00:20:14,323 --> 00:20:18,523 jadi teramat jarang untuk melihat kehidupan peribadi 164 00:20:18,603 --> 00:20:20,243 makhluk pemalu ini. 165 00:20:29,043 --> 00:20:31,963 Setiap awal pagi, si ayah memimpin keluarganya 166 00:20:32,043 --> 00:20:34,363 ke air yang lebih dalam dan sejuk. 167 00:20:44,923 --> 00:20:47,323 Badak air boleh mencecah berat melebihi sebuah kereta, 168 00:20:48,203 --> 00:20:51,283 tapi dalam air, badak air begitu gemalai. 169 00:20:57,483 --> 00:21:00,043 Badak dewasa tidur pada waktu terhangat. 170 00:21:02,203 --> 00:21:04,603 Anak-anak badak pula bermain. 171 00:21:10,643 --> 00:21:14,883 Apabila keadaan terlalu riuh-rendah, badak dewasa akan mendisiplinkannya. 172 00:21:27,483 --> 00:21:31,403 Tanpa badak air, kepelbagaian hidupan di sini takkan wujud 173 00:21:33,403 --> 00:21:36,163 sebab badak air pembekal sesuatu yang penting di kolam ini. 174 00:21:40,323 --> 00:21:42,603 Baja semula jadi. 175 00:21:44,523 --> 00:21:48,323 Mungkin ini tidak berguna untuk kejernihan air… 176 00:21:50,203 --> 00:21:55,163 tapi inilah benda yang mengekalkan kelangsungan ekosistem Mzima. 177 00:21:57,683 --> 00:22:02,443 Ia membekalkan nutrien kepada tumbuhan dan makanan kepada serangga dan ikan… 178 00:22:06,443 --> 00:22:09,283 yang mengikut badak untuk bekalan paling segar. 179 00:22:14,603 --> 00:22:16,443 Bukan najis segar saja makanan 180 00:22:16,523 --> 00:22:19,043 yang badak air berikan kepada ikan di Mzima. 181 00:22:24,723 --> 00:22:28,323 Dengan membuka mulut, badak air menjemput ikan 182 00:22:28,403 --> 00:22:31,243 ke dalam rahangnya yang besar dan kuat. 183 00:22:34,123 --> 00:22:37,043 Ikan mencari sisa makanan yang melekat di celah gigi. 184 00:22:38,643 --> 00:22:41,483 Ini menunjukkan tahap kepercayaan yang sangat tinggi. 185 00:22:49,003 --> 00:22:53,003 Bahagian mulut yang bergesel juga membersihkan kulit, 186 00:22:54,003 --> 00:22:58,443 kuku kaki, kaki merekah dan banyak lagi bahagian badak air yang penting. 187 00:23:01,603 --> 00:23:06,283 Hidangan penuh sebagai pertukaran untuk rawatan kaki dan gilap. 188 00:23:18,723 --> 00:23:21,443 Oasis kecil dan subur di Mata Air Mzima 189 00:23:21,523 --> 00:23:23,923 membekalkan air kepada haiwan-haiwan bertuah 190 00:23:24,003 --> 00:23:26,003 yang tinggal di kawasan taman ini. 191 00:23:29,203 --> 00:23:34,083 Lain ceritanya buat haiwan yang hidup di kawasan tengah yang gersang. 192 00:23:38,803 --> 00:23:43,963 Gajah mempunyai ingatan tajam yang memimpinnya ke kawasan 193 00:23:44,043 --> 00:23:46,603 makanan dan minuman ditemui pada musim kemarau lepas. 194 00:23:49,043 --> 00:23:52,963 Namun, di tengah taman, gajah berdepan halangan yang menggentarkan. 195 00:23:56,643 --> 00:23:59,123 Tsavo terbahagi kepada dua bahagian 196 00:23:59,963 --> 00:24:01,643 iaitu Timur dan Barat, 197 00:24:02,683 --> 00:24:06,683 dipotong di tengah dengan jalan raya dan landasan kereta api. 198 00:24:10,243 --> 00:24:12,883 Jalan raya yang sibuk bahaya untuk hidupan liar 199 00:24:12,963 --> 00:24:15,163 yang bergerak antara dua taman ini. 200 00:24:19,523 --> 00:24:23,883 Pada tahun 2017, landasan kereta api baru disiapkan bersebelahan yang lama, 201 00:24:24,483 --> 00:24:29,403 menghubungkan pelabuhan terbesar Kenya, Mombasa, dengan ibu kotanya, Nairobi. 202 00:24:32,003 --> 00:24:37,003 Benteng yang curam dan pagar menghalang haiwan daripada merentasi landasan 203 00:24:37,083 --> 00:24:38,803 dan menyekat pergerakannya. 204 00:24:42,643 --> 00:24:47,603 Haiwan hanya boleh menyeberang melalui jalan bawah yang dibina khas. 205 00:24:56,683 --> 00:25:00,683 Beberapa ekor gajah cukup berani untuk merentasi halangan ini. 206 00:25:08,563 --> 00:25:11,443 Infrastruktur sedang membangun dengan pesat di seluruh Afrika 207 00:25:11,523 --> 00:25:13,883 dan ini memberi kesan kepada belantara. 208 00:25:17,323 --> 00:25:20,483 Sebab itu saiz Tsavo sangat penting. 209 00:25:22,203 --> 00:25:25,963 Ia cukup besar untuk memberikan kawasan makan alternatif. 210 00:25:27,803 --> 00:25:31,803 Namun, bukan haiwan besar saja yang mengembara jarak jauh 211 00:25:31,883 --> 00:25:33,043 pada waktu ini. 212 00:25:36,963 --> 00:25:40,163 Sekarang bulan Julai, bulan paling kering di Tsavo. 213 00:25:50,003 --> 00:25:52,123 Di dataran kering di sebelah barat, 214 00:25:52,643 --> 00:25:56,243 sandgrouse jantan dan pasangannya membesarkan keluarga. 215 00:26:01,963 --> 00:26:05,603 Sebagai burung yang bersarang di tanah, anak yang baru menetas ini 216 00:26:05,683 --> 00:26:08,723 akan bangun dan berjalan dalam beberapa jam lagi. 217 00:26:12,763 --> 00:26:16,083 Dengan suhu mencecah hampir 37.7 darjah Celsius, 218 00:26:16,163 --> 00:26:19,283 sandgrouse perlu mencari teduhan dan tempat menyorok yang selamat. 219 00:26:24,523 --> 00:26:27,283 Si ayah berdepan dengan masalah kritikal. 220 00:26:27,803 --> 00:26:31,403 Cari air minuman atau anaknya akan mati. 221 00:26:36,403 --> 00:26:39,163 Si ayah menyertai kawanan sandgrouse, 222 00:26:39,683 --> 00:26:42,763 semuanya terdesak mencari benda yang sama. 223 00:26:49,083 --> 00:26:52,243 Sandgrouse akan terbang sehingga 32 kilometer jauhnya… 224 00:26:56,923 --> 00:26:59,203 ke Sungai Galana yang gah. 225 00:27:15,843 --> 00:27:20,643 Ia penyelamat haiwan-haiwan ini kerana musim kemarau memang teruk. 226 00:27:26,443 --> 00:27:30,163 Sandgrouse datang berduyun-duyun pada waktu ini setiap tahun. 227 00:27:37,603 --> 00:27:40,003 Ada ancaman di tebing sungai. 228 00:27:44,723 --> 00:27:49,723 Duduk berdekatan kawanan bermakna ada ratusan mata yang mengawasi. 229 00:27:52,243 --> 00:27:55,283 Si ayah boleh menyimpan dua sudu besar air di kerongkongnya, 230 00:27:55,363 --> 00:27:57,603 tapi itu tak cukup untuk tiga anaknya. 231 00:28:04,563 --> 00:28:09,243 Si ayah meranduk lebih jauh untuk buat helah yang luar biasa. 232 00:28:12,123 --> 00:28:14,083 Berayun ke depan dan ke belakang, 233 00:28:14,603 --> 00:28:17,443 si ayah menyerap air ke dalam bulu pelepah dadanya. 234 00:28:18,843 --> 00:28:23,563 Bentuk lingkarannya yang disesuaikan menyerap air seperti span. 235 00:28:25,083 --> 00:28:27,723 Selepas isi air selama 15 minit, si ayah pun berlepas… 236 00:28:29,723 --> 00:28:32,483 pulang ke rumah penuh dengan air. 237 00:28:45,963 --> 00:28:49,683 Seekor demi seekor, burung-burung meninggalkan kawanan. 238 00:28:55,043 --> 00:28:56,603 Si ayah memanggil pasangannya. 239 00:29:00,963 --> 00:29:04,523 Si ayah dipimpin ke tempat persembunyian anak burung yang haus. 240 00:29:14,003 --> 00:29:15,683 Jangan risau, ayah datang. 241 00:29:26,123 --> 00:29:29,683 Anak burung mengerumuni si ayah untuk minum 242 00:29:29,763 --> 00:29:33,123 dan menghirup air daripada pelepahnya menggunakan paruh. 243 00:29:38,883 --> 00:29:42,163 Si ayah akan melakukan perjalanan yang sukar ini setiap hari 244 00:29:42,243 --> 00:29:43,923 selama dua bulan lagi… 245 00:29:46,883 --> 00:29:51,323 sehingga anak burung cukup besar untuk terbang mencari air sendiri. 246 00:30:03,443 --> 00:30:05,683 Baru-baru ini, iklim Kenya 247 00:30:05,763 --> 00:30:08,923 menjadi semakin sukar diramal dan semakin ekstrem. 248 00:30:15,683 --> 00:30:20,403 Sekarang kemuncak musim kemarau dan tak tahu bila ia akan berakhir. 249 00:30:24,923 --> 00:30:29,403 Ada haiwan yang menemui cara untuk mencari dedaun hijau yang tinggal. 250 00:30:30,043 --> 00:30:32,483 Gerenuk berjengket-jengket untuk makan. 251 00:30:33,603 --> 00:30:36,483 Gerenuk boleh hidup tanpa minum air sepanjang hayat. 252 00:30:39,163 --> 00:30:41,283 Digelar "zirafah gazel", 253 00:30:41,803 --> 00:30:45,403 gerenuk bergantung pada gerakan akrobatik dan leher panjangnya 254 00:30:45,483 --> 00:30:49,323 untuk mencapai dedaun sukulen yang haiwan lain tak dapat capai. 255 00:30:51,403 --> 00:30:54,283 Tak banyak pilihan pun untuk gerenuk. 256 00:30:59,723 --> 00:31:04,243 Tanah merah Tsavo berterbangan ke atas dalam pusaran habuk. 257 00:31:09,963 --> 00:31:12,403 Haiwan yang lebih besar, misalnya kerbau, 258 00:31:12,483 --> 00:31:15,363 perlu terus bergerak untuk mencari makanan dan air. 259 00:31:22,083 --> 00:31:25,483 Kawanan kerbau bergabung sehingga bilangannya melebihi seribu ekor. 260 00:31:32,923 --> 00:31:37,363 Kawanan kerbau menuju ke Sungai Galana yang mengalir sepanjang tahun. 261 00:31:47,483 --> 00:31:52,163 Kerbau yang terpisah akan ditangkap oleh pemangsa Tsavo yang paling terkenal. 262 00:32:05,043 --> 00:32:09,043 Semasa landasan lama dibina lebih 120 tahun lalu, 263 00:32:09,123 --> 00:32:12,563 kawasan ini digeruni disebabkan oleh dua ekor singa… 264 00:32:14,563 --> 00:32:17,283 yang digelar "Pemakan manusia Tsavo". 265 00:32:21,643 --> 00:32:27,043 Dengar khabar, singa-singa ini telah makan 135 orang pekerja landasan kereta api, 266 00:32:28,443 --> 00:32:30,843 tapi angka sebenar mungkin lebih rendah. 267 00:32:32,363 --> 00:32:35,083 Terkenal dengan mohawk, sifat yang diturunkan 268 00:32:35,163 --> 00:32:37,003 kepada keturunannya hari ini. 269 00:32:40,683 --> 00:32:45,123 Rupa singa ini dipercayai dibentuk oleh belukar tebal yang didiaminya. 270 00:32:48,043 --> 00:32:52,403 Surai yang lebih pendek kurang terjerat pada semak yang berduri. 271 00:32:53,723 --> 00:32:56,243 Ia juga memastikan singa ini kurang panas. 272 00:33:00,403 --> 00:33:04,243 Namun, pemangsa terkuat pun sukar mencari makanan pada waktu ini. 273 00:33:20,163 --> 00:33:24,603 Lopak air singa-singa ini telah menjadi kolam lumpur melekit. 274 00:33:29,843 --> 00:33:33,563 Kebanyakan mangsanya telah berpindah untuk mencari air di tempat lain. 275 00:33:35,083 --> 00:33:38,643 Cukuplah air yang ada untuk menghilangkan haus buat masa ini. 276 00:33:54,363 --> 00:33:56,843 Merentasi dataran kering Tsavo Timur, 277 00:33:57,443 --> 00:34:03,323 sekumpulan gajah jantan menuju ke kawasan utara taman yang terpencil. 278 00:34:11,763 --> 00:34:16,043 Ini kawasan yang paling tidak terusik dan paling sukar dimasuki. 279 00:34:24,123 --> 00:34:27,843 Monolit besar dan berbatu yang berusia berjuta-juta tahun 280 00:34:28,363 --> 00:34:31,043 timbul dari belukar yang kering dan berduri. 281 00:34:45,323 --> 00:34:49,323 Setiap gajah ingat laluan yang dilalui selama ini… 282 00:34:53,923 --> 00:34:56,083 diturunkan secara turun temurun. 283 00:35:00,283 --> 00:35:03,803 Laluan yang sering dilaluinya dapat dilihat dari udara 284 00:35:05,203 --> 00:35:08,163 dan ia mencipta rangkaian merentasi landskap gersang ini. 285 00:35:22,003 --> 00:35:24,803 Gajah jantan dewasa boleh bertahan beberapa hari tanpa air. 286 00:35:25,963 --> 00:35:31,243 Ini membolehkannya mengembara jauh di kawasan yang dilanda kemarau. 287 00:35:39,603 --> 00:35:44,363 Gajah-gajah ini yakin akan menemui air apabila tiba ke destinasi. 288 00:35:47,403 --> 00:35:50,203 Namun, Sungai Tiva sudah kering. 289 00:35:51,803 --> 00:35:54,403 Kini, ia hanya sungai pasir. 290 00:35:58,403 --> 00:36:00,763 Tiada setitik air pun. 291 00:36:04,243 --> 00:36:08,883 Namun, pokok sawit doum yang mengapit sungai bermusim ini masih hijau, 292 00:36:09,643 --> 00:36:12,723 menandakan ada air di suatu tempat. 293 00:36:24,203 --> 00:36:27,483 Gajah jantan yang bijak tahu bagaimana hendak mencarinya. 294 00:36:50,363 --> 00:36:53,563 Gajah mempunyai deria bau yang kuat. 295 00:36:54,043 --> 00:36:56,203 Berjuta saraf penerima pada belalainya 296 00:36:56,283 --> 00:36:59,163 membantu memimpinnya ke arah air berbatu jauhnya. 297 00:37:01,003 --> 00:37:05,403 Gajah juga boleh mengesannya walaupun tertanam jauh di bawah pasir. 298 00:37:14,923 --> 00:37:17,403 Gajah perlu menggali untuk mendapatkannya. 299 00:37:22,723 --> 00:37:26,763 Apabila lubang semakin dalam, air dalam tanah meresap masuk. 300 00:37:31,323 --> 00:37:34,083 Belalai gajah berfungsi sebagai straw yang fleksibel 301 00:37:34,603 --> 00:37:36,763 dan menyedut air berpasir itu. 302 00:37:40,843 --> 00:37:45,203 Nampaknya gajah membiarkan endapan turun ke bawah belalai, terpisah 303 00:37:47,123 --> 00:37:48,083 dan menghembuskannya. 304 00:38:03,483 --> 00:38:06,763 Gajah ini menikmati air bersih yang ditapis. 305 00:38:20,923 --> 00:38:24,763 Menggoda bagi haiwan-haiwan yang melihat dari tepi. 306 00:38:36,563 --> 00:38:40,883 Setelah gajah selesai minum, giliran penonton-penontonnya pula. 307 00:38:42,483 --> 00:38:45,923 Babun sentiasa yang pertama datang minum. 308 00:38:55,523 --> 00:38:59,923 Jauh di hujung Sungai Tiva terletaknya Air Terjun Bisadi. 309 00:39:01,083 --> 00:39:04,843 Hampir kering dan ada beberapa takungan saja. 310 00:39:07,243 --> 00:39:08,563 Suasana sangat sunyi… 311 00:39:12,643 --> 00:39:15,203 sehingga fajar menjelma. 312 00:39:32,163 --> 00:39:35,923 Bagaikan seluruh ngarai terpukau. 313 00:39:38,723 --> 00:39:44,443 Quelea paruh merah, spesies burung liar terbanyak di dunia. 314 00:39:49,483 --> 00:39:50,683 Sekarang bulan September. 315 00:39:50,763 --> 00:39:55,603 Apabila sumber air mengering, berjuta ekor burung dalam koloni gergasi 316 00:39:55,683 --> 00:39:57,923 yang nomad ini berkumpul di sini. 317 00:40:17,403 --> 00:40:19,163 Dengan ritma yang memukau, 318 00:40:19,763 --> 00:40:22,483 burung ini minum dari kolam air yang tinggal, 319 00:40:22,563 --> 00:40:24,363 satu paruh penuh setiap kali. 320 00:40:31,963 --> 00:40:35,003 Penghijrahan besar-besaran ini semakin bertambah 321 00:40:35,523 --> 00:40:37,843 pada penghujung musim kemarau. 322 00:40:46,443 --> 00:40:48,403 Dengan mencetuskan huru-hara, 323 00:40:49,363 --> 00:40:52,443 burung-burung ini menakutkan haiwan lain yang cuba minum di sini. 324 00:41:16,763 --> 00:41:21,283 Beratnya melenturkan dahan-dahan pokok di sekeliling. 325 00:41:27,043 --> 00:41:29,163 Burung-burung ini akan kekal di sini 326 00:41:30,043 --> 00:41:32,803 selagi air masih ada. 327 00:41:54,843 --> 00:41:58,643 Udara sarat dengan penantian. 328 00:42:04,003 --> 00:42:07,283 Kemudian, simbol harapan. 329 00:42:09,523 --> 00:42:14,403 Di kawasan yang kering ini, pokok baobab mengeluarkan dedaun hijau 330 00:42:14,483 --> 00:42:17,043 dan bunga-bunga putih yang menarik. 331 00:42:22,723 --> 00:42:24,483 Perubahan akan berlaku. 332 00:42:27,363 --> 00:42:29,043 Semua haiwan boleh merasakannya. 333 00:42:38,163 --> 00:42:40,283 Akhirnya, pada bulan Oktober, 334 00:42:40,363 --> 00:42:43,003 selepas tidak turun selama enam bulan, 335 00:42:44,283 --> 00:42:45,243 hujan… 336 00:42:47,443 --> 00:42:50,883 semakin lebat di bukit dan gunung Tsavo Barat 337 00:42:52,163 --> 00:42:55,203 dan di dataran Tsavo Timur. 338 00:43:19,243 --> 00:43:22,843 Sungai Tiva yang kering dan berpasir mengalir semula. 339 00:43:26,123 --> 00:43:30,043 Melata di atas ngarai Bisadi, tempat burung quelea minum, 340 00:43:30,563 --> 00:43:32,843 air terjun kembali semula. 341 00:44:14,163 --> 00:44:17,763 Sungai ini akan tetap mengalir untuk minggu-minggu berikutnya 342 00:44:18,283 --> 00:44:20,083 dan menghidupkan semula kawasan ini. 343 00:44:41,443 --> 00:44:43,883 Krisis menjadi kelegaan. 344 00:44:46,243 --> 00:44:49,883 Daripada gurun gersang menjadi syurga yang penuh warna. 345 00:44:51,723 --> 00:44:55,363 Keadaan ekstrem di Tsavo yang membuatkannya menakjubkan. 346 00:44:59,723 --> 00:45:01,643 Dibilas daripada habuk merah, 347 00:45:02,163 --> 00:45:06,203 bunga seri pagi memenuhi taman dengan hamparan bunganya. 348 00:45:12,243 --> 00:45:16,363 Berduyun-duyun kupu-kupu pioneer white tiba. 349 00:45:20,723 --> 00:45:24,803 Berjuta-juta memenuhi ruang udara dalam perjalanan menuju ke pantai. 350 00:45:31,163 --> 00:45:32,803 Seperti acara balapan bersayap, 351 00:45:32,883 --> 00:45:35,923 generasi baru muncul bersama pertumbuhan baru 352 00:45:36,003 --> 00:45:38,923 dan meneruskan perjalanan yang dimulakan ibu bapanya. 353 00:45:49,203 --> 00:45:51,243 Menari-nari di atas bunga-bungaan, 354 00:45:51,323 --> 00:45:53,883 kupu-kupu yang datang ketika musim basah ini 355 00:45:53,963 --> 00:45:56,483 penting untuk produktiviti taman ini… 356 00:46:01,123 --> 00:46:06,363 dengan mendebungakan dan menjadi makanan untuk pemakan serangga. 357 00:46:17,683 --> 00:46:19,083 Ada masa untuk bermain… 358 00:46:25,483 --> 00:46:28,483 dan membesarkan generasi seterusnya. 359 00:46:30,363 --> 00:46:31,603 Ledakan kelahiran. 360 00:46:34,243 --> 00:46:39,563 Ini membuktikan saiz taman penting untuk melindungi belantara. 361 00:46:45,843 --> 00:46:50,283 Lebih besar taman, lebih banyak spesies boleh tinggal di dalamnya. 362 00:46:52,043 --> 00:46:55,683 Lebih besar kolam gen, lebih sihat haiwan. 363 00:47:00,843 --> 00:47:04,643 Kebelakangan ini, pemilik tanah di sekitar Taman Negara Tsavo 364 00:47:04,723 --> 00:47:09,483 telah bekerjasama bagi mewujudkan Kawasan Perlindungan Tsavo yang lebih luas 365 00:47:09,563 --> 00:47:13,643 menggandakan ruang menjadi lebih besar dan membenarkan haiwan bergerak bebas 366 00:47:13,723 --> 00:47:16,123 dengan selamat di luar sempadannya. 367 00:47:25,483 --> 00:47:29,803 Hanya dengan terus melindungi belantara luas seperti Tsavo 368 00:47:29,883 --> 00:47:32,883 dan mewujudkan taman baru yang sama besar, 369 00:47:32,963 --> 00:47:37,283 barulah kita boleh menjamin masa depan alam semula jadi di planet ini. 370 00:49:06,963 --> 00:49:11,963 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S