1 00:00:06,123 --> 00:00:09,003 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:25,763 --> 00:00:28,163 Semasa saya kecil, ini tempat saya bermain. 3 00:00:28,683 --> 00:00:32,043 Lautan Pasifik, lautan terbesar dan terdalam di dunia. 4 00:00:34,083 --> 00:00:37,163 Ia menimbulkan rasa kagum, hairan 5 00:00:37,683 --> 00:00:39,283 dan kadangkala rasa takut. 6 00:00:40,723 --> 00:00:44,283 Lautan sama penting dengan udara yang kita hirup. 7 00:00:46,363 --> 00:00:50,803 Kita telah melindungi hampir lapan peratus daripada lautan di seluruh dunia. 8 00:00:53,323 --> 00:00:56,523 Salah satu contoh ialah Taman Laut Negara Monterey Bay. 9 00:00:59,483 --> 00:01:02,843 Berkeluasan suku kawasan pantai California 10 00:01:03,363 --> 00:01:05,403 dari San Francisco di utara 11 00:01:06,923 --> 00:01:09,003 ke Big Sur di selatan, 12 00:01:12,603 --> 00:01:14,723 rizab unik ini melindungi lebih 13 00:01:14,803 --> 00:01:18,163 daripada 15,539.93 meter persegi Lautan Pasifik. 14 00:01:23,443 --> 00:01:25,043 Ia tumpuan pengunjung… 15 00:01:26,883 --> 00:01:32,643 daripada haiwan liar yang berpindah kepada pelancong yang datang melihatnya. 16 00:01:34,923 --> 00:01:38,283 Perairan Monterey yang kaya menarik banyak haiwan, 17 00:01:39,923 --> 00:01:43,643 termasuk haiwan terbesar yang pernah wujud. 18 00:01:47,763 --> 00:01:49,883 Ikan paus biru yang menakjubkan. 19 00:02:01,563 --> 00:02:06,723 Semua keajaiban alam semula jadi ini berdekatan dengan California. 20 00:02:12,323 --> 00:02:17,483 Namun, bolehkah tempat yang dilindungi dan berjuta manusia hidup aman bersama? 21 00:02:23,883 --> 00:02:26,403 Mungkinkah ada masa depan bagi alam semula jadi 22 00:02:28,363 --> 00:02:32,723 dan hidupannya untuk hidup makmur bersama-sama dengan kita? 23 00:02:48,723 --> 00:02:53,723 TAMAN LAUT NEGARA MONTEREY BAY AMERIKA SYARIKAT 24 00:03:02,003 --> 00:03:06,363 Setiap musim di Monterey Bay mencipta cerita dramatiknya tersendiri. 25 00:03:10,483 --> 00:03:12,763 {\an8}Waktu paling sukar ialah musim sejuk. 26 00:03:18,643 --> 00:03:22,003 Ini bulan Disember di Point Año Nuevo 27 00:03:22,803 --> 00:03:25,243 yang berada di hujung utara taman laut. 28 00:03:35,203 --> 00:03:37,083 Bukit-bukit pasir terpencil ini khas 29 00:03:37,163 --> 00:03:40,043 untuk pelawat California yang paling berkarisma. 30 00:03:47,563 --> 00:03:49,443 Gajah laut utara… 31 00:03:54,323 --> 00:03:56,483 dinamakan sempena hidung panjangnya 32 00:03:57,003 --> 00:03:59,523 yang si jantan gunakan untuk menarik pasangan. 33 00:04:09,883 --> 00:04:11,563 Namun, pada waktu ini, 34 00:04:12,163 --> 00:04:14,683 gajah laut betina merisaukan perkara lain. 35 00:04:21,523 --> 00:04:24,883 Setiap ibu biasanya melahirkan seekor anak. 36 00:04:35,243 --> 00:04:37,683 Yang ini baru berusia empat minggu 37 00:04:38,203 --> 00:04:40,763 dan beratnya sudah mencecah 136 kilogram. 38 00:04:44,403 --> 00:04:46,963 Semuanya kerana susu ibunya. 39 00:04:49,603 --> 00:04:51,203 Dengan 55 peratus lemak, 40 00:04:51,283 --> 00:04:54,443 ia merupakan antara susu paling berlemak dalam dunia haiwan. 41 00:05:06,243 --> 00:05:09,763 Namun, bukan mudah menghasilkan susu bernutrisi begini. 42 00:05:13,643 --> 00:05:18,963 Selepas sebulan di pantai, si ibu telah beri segala yang termampu. 43 00:05:25,443 --> 00:05:28,923 Si ibu perlu pulang ke laut untuk makan… 44 00:05:32,763 --> 00:05:34,883 dan tidak kembali kepadanya lagi. 45 00:05:43,523 --> 00:05:47,803 Buat pertama kali dalam hidupnya, anak gajah laut ini sendirian. 46 00:05:50,283 --> 00:05:54,083 Walaupun sudah boleh berhenti menyusu, si anak masih lapar. 47 00:06:01,243 --> 00:06:05,123 Setiap anak gajah laut perlu melalui cabaran ditinggalkan. 48 00:06:08,403 --> 00:06:13,443 Kebanyakan anak-anak ini berpuasa sehingga cukup dewasa untuk memburu. 49 00:06:15,443 --> 00:06:20,963 Namun, kadangkala ada anak gajah laut yang tak bersedia menerima nasibnya… 50 00:06:26,683 --> 00:06:28,203 dan cuba melakukan 51 00:06:29,163 --> 00:06:30,723 rompakan susu. 52 00:06:35,523 --> 00:06:38,203 Ini memerlukan kelicikan dan penipuan… 53 00:06:49,923 --> 00:06:53,403 serta keupayaan menyelinap. 54 00:07:02,323 --> 00:07:03,963 Cakap memang senang. 55 00:07:13,403 --> 00:07:16,403 Si anak cuma perlu menolak anak gajah laut lain ke tepi. 56 00:07:27,083 --> 00:07:28,123 Tertangkap. 57 00:07:43,043 --> 00:07:45,363 Mungkin si anak perlukan gangguan. 58 00:07:51,723 --> 00:07:52,643 Nasibnya baik… 59 00:07:55,723 --> 00:07:59,563 sebab pergaduhan sering berlaku antara gajah laut jantan yang besar. 60 00:08:14,563 --> 00:08:15,763 Hampir sampai. 61 00:08:24,003 --> 00:08:26,283 Si anak tak boleh terperangkap dalam pergaduhan. 62 00:08:56,723 --> 00:08:58,643 Mujur dapat melepaskan diri. 63 00:09:02,163 --> 00:09:06,883 Kira-kira satu daripada 40 ekor anak mati dihempap setiap tahun. 64 00:09:14,563 --> 00:09:16,163 Setelah keadaan tenang 65 00:09:17,203 --> 00:09:20,203 dan koloni bersedia untuk tidur… 66 00:09:23,083 --> 00:09:24,443 si anak ternampak 67 00:09:25,443 --> 00:09:27,043 sasaran yang mudah. 68 00:09:31,483 --> 00:09:34,003 Itu pun jika si ibu tak terjaga. 69 00:09:47,643 --> 00:09:49,163 Gerak perlahan-lahan. 70 00:10:04,003 --> 00:10:05,123 Berjaya! 71 00:10:07,443 --> 00:10:12,403 Si ibu tak nampak pertukaran itu dan menghalau anaknya sendiri. 72 00:10:15,963 --> 00:10:18,043 Penjenayah muda yang licik ini 73 00:10:19,443 --> 00:10:21,643 berjaya mengenyangkan perut lagi… 74 00:10:27,443 --> 00:10:31,203 dan lebih kuat apabila turun ke laut pada musim bunga nanti. 75 00:10:39,363 --> 00:10:44,243 Hanya satu dalam seribu anak gajah laut dapat menjayakan strategi licik ini. 76 00:10:46,923 --> 00:10:49,923 Yang berjaya melakukannya menjadi sangat besar 77 00:10:50,003 --> 00:10:52,963 sehingga saintis menggelarnya penyusu super. 78 00:11:03,283 --> 00:11:06,003 Bagi kebanyakan haiwan, musim sejuk di Monterey bermakna 79 00:11:06,083 --> 00:11:08,243 tak banyak makanan yang ada. 80 00:11:14,123 --> 00:11:17,283 Di taman laut yang luas terbentang ini, 81 00:11:17,803 --> 00:11:20,563 sukar untuk mencari makanan seterusnya. 82 00:11:36,123 --> 00:11:37,083 Orca. 83 00:11:42,843 --> 00:11:48,123 Paus pembunuh yang sangat bijak ini ialah pemangsa utama lautan. 84 00:11:57,843 --> 00:12:00,563 Orca hidup dalam kumpulan keluarga yang erat. 85 00:12:05,403 --> 00:12:07,403 Kumpulan ini bergantung kepada kebijaksanaan 86 00:12:07,483 --> 00:12:09,843 matriark berpengalaman… 87 00:12:14,163 --> 00:12:17,443 dipanggil Star oleh penyelidik yang mengkajinya. 88 00:12:21,723 --> 00:12:24,483 Salah seekor anak Star bunting. 89 00:12:26,603 --> 00:12:29,323 Orca beranak kira-kira lima tahun sekali. 90 00:12:31,003 --> 00:12:36,603 Jadi, penting bagi kumpulan ini mencari makanan secepat mungkin. 91 00:13:01,323 --> 00:13:03,843 Singa laut California yang sendirian. 92 00:13:45,643 --> 00:13:49,243 Makanan yang diperlukan oleh Star dan anaknya yang bunting. 93 00:13:54,563 --> 00:13:57,643 Sambutan ini membantu mengeratkan hubungan keluarga. 94 00:14:10,523 --> 00:14:13,283 Namun, buruan ini takkan bertahan lama. 95 00:14:15,043 --> 00:14:18,603 Star perlu memimpin keluarganya untuk mencari makanan lagi. 96 00:14:29,443 --> 00:14:33,363 Bukan saja kekurangan makanan yang menyukarkan musim sejuk di sini. 97 00:14:41,083 --> 00:14:42,763 Apabila ombak menggunung, 98 00:14:44,683 --> 00:14:47,723 ia menghempas pantai cetek taman laut ini. 99 00:14:53,723 --> 00:14:57,603 Ia menjadi salah satu ombak terbesar dan terkenal di dunia. 100 00:15:05,123 --> 00:15:06,043 Ombak Maverick. 101 00:15:27,083 --> 00:15:28,883 Menakjubkan buat peluncur. 102 00:15:46,203 --> 00:15:51,643 Ombak tanpa henti ini menjadikan pantai ini tempat yang sukar didiami. 103 00:15:57,123 --> 00:15:59,883 Namun, ada tempat untuk berlindung, 104 00:16:01,483 --> 00:16:03,483 jika tahu nak cari di mana. 105 00:16:06,163 --> 00:16:09,723 Pelabuhan buatan manusia Monterey pernah menempatkan kapal komersial 106 00:16:09,803 --> 00:16:12,323 yang menyapu habis hidupan di laut 107 00:16:14,123 --> 00:16:16,163 pada skala industri. 108 00:16:19,443 --> 00:16:22,963 Banyak spesies daripada sardin kepada ikan paus 109 00:16:23,043 --> 00:16:24,923 hampir mengalami kepupusan. 110 00:16:26,163 --> 00:16:29,163 BINTANG MONTEREY 111 00:16:29,243 --> 00:16:32,643 Pada tahun 1992, Monterey Bay diumumkan 112 00:16:32,723 --> 00:16:35,043 sebagai taman laut negara. 113 00:16:36,683 --> 00:16:40,123 Kini, pelabuhan yang sama memberikan perlindungan. 114 00:16:46,443 --> 00:16:47,883 Tempat untuk berehat… 115 00:16:53,403 --> 00:16:55,043 dan menenteramkan diri. 116 00:17:03,643 --> 00:17:05,563 Memerang laut selatan. 117 00:17:09,123 --> 00:17:13,523 Dahulu diburu untuk kulitnya sehingga populasinya mencecah 50 ekor. 118 00:17:17,363 --> 00:17:22,803 Kini dilindungi, taman laut ini didiami lebih 2,000 ekor haiwan ini. 119 00:17:31,883 --> 00:17:35,843 Pelabuhan pemburu ikan paus Moss Landing yang lama di tengah Monterey Bay 120 00:17:36,363 --> 00:17:39,163 mengalu-alukan penghuni terbarunya. 121 00:17:48,243 --> 00:17:53,203 Anak memerang laut yang baru dilahirkan. 122 00:17:58,203 --> 00:17:59,643 Si anak tak berdaya, 123 00:18:01,603 --> 00:18:04,003 jadi si anak bergantung kepada ibunya. 124 00:18:10,163 --> 00:18:12,763 Si ibu perlu pastikan si anak hangat dan kering. 125 00:18:18,443 --> 00:18:20,283 Kerja yang takkan berakhir. 126 00:18:37,723 --> 00:18:42,243 Mujurlah kita telah buat beberapa kawasan untuk berjemur. 127 00:18:47,963 --> 00:18:51,203 Itu pun kalau boleh jumpa tempat dalam kesesakan. 128 00:19:05,683 --> 00:19:07,363 Kalau jumpa pun… 129 00:19:13,843 --> 00:19:15,563 tempatnya terlalu tinggi. 130 00:19:48,323 --> 00:19:49,963 Masa untuk menyusu 131 00:19:50,483 --> 00:19:53,283 dan berehat di bawah kehangatan mentari. 132 00:20:02,243 --> 00:20:05,563 Ibu baru ini tidak boleh sentiasa bersama anaknya. 133 00:20:06,683 --> 00:20:10,803 Si ibu perlu makan dengan baik bagi menghasilkan susu yang berkualiti. 134 00:20:11,923 --> 00:20:14,483 Itu bermakna anaknya perlu ditinggalkan. 135 00:20:17,443 --> 00:20:20,083 Namun, laluan pelabuhan terlalu sibuk. 136 00:20:31,883 --> 00:20:35,203 Jadi, si ibu mula mencari tempat yang senyap dan kering 137 00:20:35,283 --> 00:20:37,483 untuk meletakkan anak dengan selamat. 138 00:20:58,723 --> 00:20:59,723 Sempurna sekali. 139 00:21:06,323 --> 00:21:07,763 Setelah anaknya selamat, 140 00:21:09,003 --> 00:21:11,483 inilah peluang yang paling jarang untuk ibu baru. 141 00:21:17,403 --> 00:21:18,723 "Masa bersendiri". 142 00:21:23,843 --> 00:21:27,643 Si ibu mencari kerang-kerangan dan menggali cacing. 143 00:21:29,443 --> 00:21:32,243 Ibu menyusu perlu makan dua kali ganda lebih banyak. 144 00:21:37,123 --> 00:21:39,443 Sebelum si anak berhenti menyusu dalam enam bulan, 145 00:21:41,043 --> 00:21:44,283 si anak akan bergantung kepada ibunya untuk mencari makanan. 146 00:21:56,483 --> 00:21:58,403 Penghuni terbaru Monterey Bay 147 00:21:59,203 --> 00:22:02,283 kembali ke tempat yang diingininya. 148 00:22:20,043 --> 00:22:24,003 Taman laut ini juga memelihara hidupan melangkaui perairannya. 149 00:22:33,043 --> 00:22:35,683 Arus hangat yang mengalir dari selatan 150 00:22:36,203 --> 00:22:38,243 membebaskan habanya ke udara… 151 00:22:43,203 --> 00:22:47,283 mengurangkan kesejukan musim sejuk dan mencipta suasana yang ideal 152 00:22:47,803 --> 00:22:49,483 untuk tetamu yang berharga. 153 00:22:59,443 --> 00:23:04,843 Tiba di kawasan hutan pantai yang dilindungi di bandar Santa Cruz… 154 00:23:08,283 --> 00:23:10,643 adalah kupu-kupu monarch barat. 155 00:23:22,203 --> 00:23:25,123 Kupu-kupu ini terbang sejauh 1,609.34 km untuk sampai ke sini 156 00:23:26,563 --> 00:23:27,923 dari Kanada. 157 00:23:32,563 --> 00:23:34,603 Kupu-kupu ini tidak bersendirian. 158 00:23:39,963 --> 00:23:43,203 Seluruh koloni akan menghabiskan beberapa bulan di sini, 159 00:23:44,203 --> 00:23:46,923 dilindungi daripada musim sejuk yang teruk di utara. 160 00:24:03,723 --> 00:24:07,163 Berjuta-juta ekor kupu-kupu berlindung di hutan ini dahulu. 161 00:24:09,603 --> 00:24:12,243 Kini, tinggal kurang daripada satu peratus, 162 00:24:13,323 --> 00:24:16,163 yang lain mati disebabkan perubahan iklim 163 00:24:16,683 --> 00:24:18,323 dan kemusnahan habitat. 164 00:24:21,483 --> 00:24:25,243 Pokok-pokok ini adalah antara tempat perlindungannya. 165 00:24:29,123 --> 00:24:32,763 Kupu-kupu monarch ini perlu bertahan sehingga musim bunga tiba. 166 00:24:39,523 --> 00:24:44,363 Akhinya, setelah lama menunggu, hari yang lebih hangat menyinsing. 167 00:25:02,403 --> 00:25:05,483 Kupu-kupu membuka sayap untuk menyerap haba… 168 00:25:11,523 --> 00:25:15,083 dan mengibaskannya supaya otot terbang yang sejuk bergerak. 169 00:25:19,483 --> 00:25:21,883 Apabila tiba waktu yang tepat… 170 00:25:36,523 --> 00:25:39,163 kupu-kupu menuju ke pedalaman untuk bertelur. 171 00:25:42,803 --> 00:25:46,643 Generasi seterusnya kembali ke Kanada… 172 00:25:49,483 --> 00:25:52,323 membawa harapan baru untuk masa depan spesiesnya… 173 00:25:55,363 --> 00:25:58,483 kerana kehangatan lautan pada musim sejuk. 174 00:26:01,603 --> 00:26:04,243 Ini mengingatkan kita bahawa kesihatan iklim 175 00:26:04,763 --> 00:26:07,683 dan lautan sangat berkait rapat. 176 00:26:17,203 --> 00:26:21,123 Ketibaan musim bunga ditandai dengan perubahan angin lazim. 177 00:26:25,243 --> 00:26:29,003 Angin barat laut menjulang air sejuk dari laut dalam. 178 00:26:29,643 --> 00:26:32,603 Ia juga membawa nutrien ke kawasan cetek. 179 00:26:41,043 --> 00:26:42,443 Dalam beberapa minggu, 180 00:26:43,123 --> 00:26:47,363 corak yang memukau mula kelihatan di pesisiran pantai. 181 00:26:56,483 --> 00:26:58,043 Hutan kelpa. 182 00:27:03,923 --> 00:27:07,283 Alga gergasi ini menyokong komuniti yang pelbagai… 183 00:27:12,123 --> 00:27:14,683 menjadikannya tempat terbaik untuk memerang laut Monterey 184 00:27:14,763 --> 00:27:16,163 memburu makanan. 185 00:27:26,203 --> 00:27:29,523 Kelpa membantu memerangi perubahan iklim 186 00:27:29,603 --> 00:27:35,083 dengan menyerap 20 kali ganda karbon per ekar berbanding hutan di darat. 187 00:27:41,763 --> 00:27:45,483 Memerang yang lapar ini takkan jumpa apa yang dicarinya di atas. 188 00:27:55,563 --> 00:27:59,643 Di bahagian bawah kelpa penuh dengan makanan segar. 189 00:28:05,603 --> 00:28:07,683 Namun, bukan semua seleranya. 190 00:28:13,083 --> 00:28:15,203 Memerang laut memilih makanan. 191 00:28:17,523 --> 00:28:21,083 Semasa kecil, memerang laut merasai makanan kegemaran ibunya. 192 00:28:23,323 --> 00:28:25,403 Ada yang makan landak laut berduri. 193 00:28:27,443 --> 00:28:28,683 Namun, bukan yang ini. 194 00:28:34,563 --> 00:28:36,523 Memerang ini suka kupang. 195 00:28:46,083 --> 00:28:47,283 Banyak kupang. 196 00:28:53,483 --> 00:28:56,603 Apabila memerang perlu berehat dan menghadam makanan… 197 00:28:59,923 --> 00:29:02,563 memerang akan bergulung dalam daun pelepah… 198 00:29:10,803 --> 00:29:13,803 dan menikmati tidur tanpa dihanyutkan ke lautan. 199 00:29:22,043 --> 00:29:25,603 Kelpa musim bunga ialah tempat banyak spesies berlindung. 200 00:29:29,843 --> 00:29:34,403 Namun, di bawahnya ada laut lebih dalam tanpa tempat untuk menyorok. 201 00:29:40,563 --> 00:29:44,123 Monterey Bay menyembunyikan jurang dalam air yang amat dalam, 202 00:29:45,323 --> 00:29:48,323 yang sama menakjubkan seperti Grand Canyon. 203 00:29:51,403 --> 00:29:55,803 Kedalamannya melebihi tiga kilometer dan membahagikan teluk menjadi dua. 204 00:30:00,803 --> 00:30:04,403 Mana-mana haiwan yang berenang di sepanjang pantai akan melintasi ngarai. 205 00:30:08,363 --> 00:30:11,403 Star dan keluarganya yang lapar tahu perkara itu. 206 00:30:18,483 --> 00:30:23,123 Kini, Star ialah nenek dan perlu menjaga anak orca berumur dua bulan. 207 00:30:36,043 --> 00:30:39,043 Star merancang ketibaan kumpulannya untuk menyerang hendap 208 00:30:39,123 --> 00:30:41,123 mangsanya yang paling penting. 209 00:30:45,803 --> 00:30:46,643 Setiap April, 210 00:30:46,723 --> 00:30:50,683 ikan paus kelabu dan anaknya berpindah ke utara melalui taman laut. 211 00:30:57,083 --> 00:30:59,563 Berenang dekat dengan pantai, 212 00:30:59,643 --> 00:31:02,283 ikan paus kelabu disamarkan oleh hutan kelpa. 213 00:31:13,123 --> 00:31:15,603 Namun, apabila sampai ke tengah teluk… 214 00:31:17,763 --> 00:31:20,483 ikan paus kelabu terpaksa keluar daripada persembunyian. 215 00:31:30,683 --> 00:31:34,883 Berat ikan paus kelabu dewasa adalah lapan kali ganda berat orca, 216 00:31:36,243 --> 00:31:37,723 terlalu besar untuk diserang. 217 00:31:41,563 --> 00:31:44,083 Jadi, sasarannya ialah anak ikan paus kelabu. 218 00:31:48,323 --> 00:31:51,483 Cukup untuk mengenyangkan keluarganya selama beberapa hari. 219 00:32:09,003 --> 00:32:11,283 Orca senyap semasa memburu. 220 00:32:34,443 --> 00:32:37,003 Orca dewasa terbesar memimpin serangan. 221 00:32:44,723 --> 00:32:46,763 Mula-mula, orca menghentam anak ikan paus… 222 00:32:51,843 --> 00:32:56,603 dengan hentaman kuat yang hampir melambungkan ikan paus seberat 907 kg itu 223 00:32:56,683 --> 00:32:58,483 keluar daripada air. 224 00:33:02,763 --> 00:33:04,563 Ibunya membalas serangan. 225 00:33:07,963 --> 00:33:10,243 Satu libasan ekornya yang besar… 226 00:33:12,323 --> 00:33:14,003 boleh membunuh orca. 227 00:33:20,323 --> 00:33:22,603 Orca menjauhkan anak paus daripada ibunya. 228 00:33:38,203 --> 00:33:41,283 Setiap orca melompat ke atas belakang anak ikan paus… 229 00:33:45,003 --> 00:33:46,403 untuk melemaskannya. 230 00:33:53,203 --> 00:33:59,123 Pada saat yang genting ini, orca termuda mula belajar daripada yang lebih tua. 231 00:34:07,363 --> 00:34:10,123 Ibu paus kelabu masih belum berputus asa. 232 00:34:12,283 --> 00:34:14,843 Si ibu menaikkan kepala anaknya di atas permukaan air. 233 00:34:17,723 --> 00:34:20,203 Namun, si ibu tewas dengan kerjasama keluarga itu. 234 00:34:37,043 --> 00:34:39,843 Mujurlah ia berakhir dengan pantas. 235 00:34:57,563 --> 00:35:00,083 Seekor paus ini akan mengenyangkan banyak orca. 236 00:35:12,203 --> 00:35:17,243 Star telah menurunkan kemahiran yang diperlukan keluarganya untuk hidup. 237 00:35:32,843 --> 00:35:37,283 Musim bunga bertukar musim panas dan berlaku perubahan cuaca yang dramatik. 238 00:35:40,203 --> 00:35:44,323 Setelah memanaskan darat pada musim sejuk, sekarang ia menyejukkannya. 239 00:35:49,283 --> 00:35:53,523 Air sejuk dari laut dalam bertemu udara musim panas yang hangat… 240 00:35:56,163 --> 00:35:58,323 dan kabus laut mula terbentuk. 241 00:36:01,083 --> 00:36:05,683 Dikenali oleh orang tempatan sebagai Jun Suram, ia menyeliputi pantai. 242 00:36:11,323 --> 00:36:13,323 Di hujung utara taman laut, 243 00:36:13,403 --> 00:36:18,203 ia menutupi Golden Gate Bridge San Francisco yang ikonik. 244 00:36:32,523 --> 00:36:35,963 Beberapa bulan seterusnya, ia akan membawa kelembapan yang diperlukan 245 00:36:36,043 --> 00:36:40,403 di sepanjang pantai ke salah sebuah negeri yang terkesan oleh kemarau di Amerika. 246 00:36:43,163 --> 00:36:45,403 Menyokong hutan yang menjulang tinggi… 247 00:36:53,323 --> 00:36:57,803 serta mengekalkan landskap yang hijau dan subur pada bulan-bulan terhangat. 248 00:37:07,043 --> 00:37:09,163 Perlahan-lahan ketika musim panas, 249 00:37:09,683 --> 00:37:14,323 mentari menghilangkan kabus dan mula memanaskan permukaan laut. 250 00:37:17,083 --> 00:37:19,323 Haiwan baru mula muncul. 251 00:37:22,403 --> 00:37:25,963 Ada yang mengembara beribu-ribu kilometer. 252 00:37:32,723 --> 00:37:35,403 Ikan paus biru yang gah. 253 00:37:38,003 --> 00:37:39,443 Paus biru berpasangan di sini, 254 00:37:39,523 --> 00:37:42,483 dalam perjalanan ke tempat mengawan di selatan. 255 00:37:45,043 --> 00:37:48,483 Sunfish gergasi, selebar tiga meter, 256 00:37:48,563 --> 00:37:51,603 berbaring pada sisinya untuk menikmati sinaran mentari. 257 00:38:04,963 --> 00:38:07,243 Dolfin Risso bermain dalam ombak… 258 00:38:12,643 --> 00:38:14,803 dan ketibaan baru yang misteri. 259 00:38:26,443 --> 00:38:28,363 Seekor jerung putih. 260 00:38:35,083 --> 00:38:36,963 Usianya kira-kira enam tahun. 261 00:38:39,603 --> 00:38:42,723 Tak cukup besar untuk mengekalkan suhu badannya. 262 00:38:44,763 --> 00:38:48,443 Jadi, si jerung menuju ke suak cetek hangat di Santa Cruz… 263 00:38:52,523 --> 00:38:55,603 yang sesak dengan pengunjung musim panas yang lain. 264 00:39:12,483 --> 00:39:14,363 Namun, panjangnya 1.8 meter… 265 00:39:17,043 --> 00:39:20,083 dan hanya berminat untuk makan ikan. 266 00:39:32,523 --> 00:39:35,843 Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak jerung putih muda 267 00:39:35,923 --> 00:39:38,003 datang ke sini pada musim panas. 268 00:39:47,003 --> 00:39:48,803 Digelar Taman Jerung, 269 00:39:49,323 --> 00:39:51,963 ini tempat paling utara di Lautan Pasifik 270 00:39:52,043 --> 00:39:54,283 yang mengumpulkan ikan jerung muda. 271 00:39:59,523 --> 00:40:03,123 Peluang yang memberikan inspirasi kepada pengunjung manusia 272 00:40:03,203 --> 00:40:05,963 untuk menghargai ikon lautan ini. 273 00:40:18,923 --> 00:40:23,443 Namun, kejadian paling menakjubkan di Monterey masih belum berlaku. 274 00:40:30,763 --> 00:40:35,163 Tempat sinar mentari bertemu air laut dalam yang kaya nutrien… 275 00:40:37,163 --> 00:40:38,963 bertukar kehijauan. 276 00:40:41,523 --> 00:40:46,203 Berbilion alga halus yang dipanggil fitoplankton membiak. 277 00:40:50,203 --> 00:40:53,563 Fitoplankton ini mungkin kecil, tapi sel bak tumbuhan ini 278 00:40:53,643 --> 00:40:56,043 sangat penting untuk semua hidupan. 279 00:40:58,723 --> 00:41:01,403 Fitoplankton menghasilkan lebih banyak oksigen 280 00:41:01,483 --> 00:41:04,483 berbanding gabungan semua hutan hujan di dunia. 281 00:41:14,003 --> 00:41:18,883 Dalam beberapa hari, nyala hijau terbentuk di permukaan lautan 282 00:41:19,403 --> 00:41:21,723 yang boleh dilihat dari angkasa. 283 00:41:24,883 --> 00:41:29,123 Ledakan alga ini ialah rantai pertama rantaian makanan yang kompleks. 284 00:41:31,323 --> 00:41:34,883 Perubahan musim panas ke musim luruh mencetuskan permulaan 285 00:41:34,963 --> 00:41:37,923 salah satu kejadian paling menakjubkan di lautan. 286 00:41:48,123 --> 00:41:50,803 Bermula dengan ubur-ubur sea nettle. 287 00:41:58,003 --> 00:41:59,723 Dengan lebar 45 cm… 288 00:42:02,243 --> 00:42:04,483 dan panjang mencecah 457 cm… 289 00:42:08,123 --> 00:42:12,723 makhluk luar biasa ini bergerak perlahan sehingga menemui ledakan plankton. 290 00:42:17,763 --> 00:42:23,003 Kemudian, ubur-ubur ini melawan arus dengan getaran untuk menikmati makanan… 291 00:42:31,923 --> 00:42:34,083 dan membentuk kumpulan yang besar. 292 00:42:49,923 --> 00:42:52,563 Perhimpunan agung telah bermula. 293 00:42:56,803 --> 00:43:00,123 Berjuta-juta ikan bilis tiba 294 00:43:01,123 --> 00:43:03,643 untuk menikmati plankton di sini. 295 00:43:09,043 --> 00:43:13,883 Kawanan ikan yang gelap dan padat ini boleh mencapai kelebaran lebih 1.6 km. 296 00:43:16,963 --> 00:43:19,243 Ikan bilis ini juga ialah santapan. 297 00:43:32,763 --> 00:43:34,443 Singa laut California. 298 00:43:35,843 --> 00:43:37,203 Pemburu ikan bilis. 299 00:43:48,083 --> 00:43:49,163 Beratus ekor. 300 00:43:57,643 --> 00:44:02,203 Namun, mencari kawanan ikan itu dalam laut yang luas ini bukan mudah. 301 00:44:16,323 --> 00:44:18,763 Paus kelasa menyertai pemburuan. 302 00:44:28,643 --> 00:44:32,523 Paus kelasa boleh mendapatkan lokasi ikan bilis dari jarak jauh. 303 00:44:35,203 --> 00:44:37,643 Bagaimana caranya kekal misteri. 304 00:44:40,363 --> 00:44:43,363 Namun, singa laut tahu apa yang dirancang paus… 305 00:44:45,963 --> 00:44:48,003 dan mengekorinya dari belakang. 306 00:44:56,963 --> 00:44:59,283 Setelah menemui lokasi ikan… 307 00:45:02,123 --> 00:45:04,603 singa laut menerpa. 308 00:45:10,243 --> 00:45:11,843 Mengerumuninya. 309 00:45:18,803 --> 00:45:22,883 Ikan bilis yang panik akan membentuk bebola yang lebih padat. 310 00:45:34,803 --> 00:45:37,483 Suapan sebanyak 18,927.06 liter. 311 00:45:52,163 --> 00:45:54,403 Kerjasama pasukan menguntungkan. 312 00:46:09,643 --> 00:46:12,443 Sekumpulan ratusan dolfin 313 00:46:13,763 --> 00:46:15,963 meluru untuk menyertai bonanza. 314 00:47:10,363 --> 00:47:14,523 Semua haiwan akan makan sehingga tiada lagi kawanan ikan. 315 00:47:28,603 --> 00:47:32,963 Jamuan yang luar biasa ini adalah salah satu keajaiban 316 00:47:33,643 --> 00:47:34,963 alam semula jadi… 317 00:47:41,243 --> 00:47:43,243 yang berlaku dan dapat dilihat 318 00:47:43,323 --> 00:47:46,003 dari pantai California yang berpopulasi padat. 319 00:47:57,763 --> 00:48:02,243 Hidupan marin di Monterey Bay mengalami pemulihan yang luar biasa. 320 00:48:04,763 --> 00:48:08,283 Namun, ini serpihan kecil dalam gambar yang lebih besar. 321 00:48:12,083 --> 00:48:16,163 Kesihatan laut merosot dengan teruk di seluruh dunia. 322 00:48:18,723 --> 00:48:22,803 Suhu laut meningkat, merosakkan seluruh ekosistem. 323 00:48:25,523 --> 00:48:29,883 Bekalan ikan merosot teruk, menghuru-harakan rantaian makanan. 324 00:48:34,723 --> 00:48:36,963 Pencemaran meningkat 325 00:48:38,403 --> 00:48:39,963 dan meracuni lautan kita. 326 00:48:43,043 --> 00:48:44,683 Bagi mengatasi ancaman ini, 327 00:48:45,363 --> 00:48:48,723 kita perlu memperluas dan menyambungkan taman laut kita. 328 00:48:50,923 --> 00:48:54,603 Dengan melindungi tumpuan di laut, kita boleh hasilkan impak 329 00:48:54,683 --> 00:48:57,323 lebih jauh daripada sempadan taman laut, 330 00:48:58,763 --> 00:49:02,083 memperkaya lautan di seberang sana dan kehidupan kita. 331 00:49:03,883 --> 00:49:07,283 Nasib lautan dunia memberi kesan kepada kita semua. 332 00:49:07,803 --> 00:49:10,003 Ia sistem sokongan hidup kita. 333 00:49:10,803 --> 00:49:14,003 Kesihatan kita dan haiwan laut berkait rapat. 334 00:49:17,323 --> 00:49:19,643 Taman Laut Negara Monterey Bay 335 00:49:19,723 --> 00:49:21,203 memberi kita harapan 336 00:49:21,283 --> 00:49:24,683 bahawa walaupun aktiviti manusia telah merosakkan lautan, 337 00:49:25,843 --> 00:49:28,803 asalkan keputusan yang betul dibuat mulai sekarang, 338 00:49:29,323 --> 00:49:31,163 kita boleh memulihkannya. 339 00:50:55,963 --> 00:51:00,963 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S