1 00:00:06,123 --> 00:00:09,043 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:25,763 --> 00:00:29,443 Ibu saya pindahkan kami ke Indonesia selama beberapa tahun semasa kecil. 3 00:00:29,963 --> 00:00:33,523 Kami tinggal di rumah kecil yang ada alam semula jadi. 4 00:00:34,043 --> 00:00:37,843 Ada pokok mangga di depan, bau buah-buahan dan rempah. 5 00:00:38,923 --> 00:00:43,563 {\an8}Sawah padi ada kerbau yang memandang ke atas dengan muncung bersalut lumpur. 6 00:00:44,083 --> 00:00:48,123 Indonesia ialah tempat asal beberapa hutan terpenting 7 00:00:48,203 --> 00:00:50,203 dan biodiversiti di dunia. 8 00:00:51,403 --> 00:00:55,043 Tiada yang seperti Ekosistem Leuser, 9 00:00:55,123 --> 00:00:58,603 tempat tinggal semula jadi bagi beberapa spesies terancam di dunia. 10 00:01:06,963 --> 00:01:09,883 Hutan hujan tropika Taman Negara Gunung Leuser 11 00:01:11,643 --> 00:01:14,123 melindungi banyak tumbuhan dan haiwan… 12 00:01:15,843 --> 00:01:18,363 setiap satu mempunyai peranan tersendiri. 13 00:01:31,843 --> 00:01:35,083 Leuser juga merupakan benteng terakhir 14 00:01:35,163 --> 00:01:38,243 bagi empat spesies paling terancam di planet ini. 15 00:01:41,483 --> 00:01:43,963 Harimau yang kuat dan sukar ditangkap… 16 00:01:48,763 --> 00:01:50,723 badak terkecil di dunia… 17 00:01:55,563 --> 00:01:57,403 gajah hutan yang unik… 18 00:02:00,563 --> 00:02:04,883 dan orang utan, antara beruk besar terbijak di dunia. 19 00:02:09,083 --> 00:02:12,723 Dulu, haiwan ini boleh ditemui bersama di seluruh Asia Tenggara. 20 00:02:14,723 --> 00:02:17,843 Namun, disebabkan pembasmian hutan dan pemburuan haram, hari ini 21 00:02:18,643 --> 00:02:22,843 Leuser ialah satu-satunya tempat haiwan-haiwan ini masih hidup bersama. 22 00:02:26,123 --> 00:02:29,923 Adakah kita akan biarkan sesuatu yang berharga pupus selamanya… 23 00:02:33,883 --> 00:02:36,403 atau ambil peluang terakhir untuk melindunginya 24 00:02:36,483 --> 00:02:39,003 untuk anak-anak dan cucu-cucu kita? 25 00:02:40,563 --> 00:02:44,683 Sertai saya meneroka alam semula jadi paling unik ini. 26 00:03:02,483 --> 00:03:07,243 Di pulau Sumatera, Indonesia terbentangnya hutan hujan tropika yang luas 27 00:03:07,763 --> 00:03:12,123 dan di terasnya, Taman Negara Gunung Leuser. 28 00:03:14,563 --> 00:03:17,443 Gunung-gunung dilitupi hutan mendominasi di sini 29 00:03:18,563 --> 00:03:20,923 dengan ketinggian mencecah 304 meter. 30 00:03:21,003 --> 00:03:24,483 Ia melindungi penghuninya seperti sebuah kubu. 31 00:03:26,203 --> 00:03:29,683 Namun, hidupan liarnya yang paling berharga boleh ditemui 32 00:03:29,763 --> 00:03:32,163 di hutan tanah rendah yang berbahang. 33 00:03:47,243 --> 00:03:51,843 Dalam bahasa Indonesia, "orang utan" bermaksud penghuni di hutan. 34 00:03:56,123 --> 00:04:01,843 Pokok-pokok ini tempat tinggal populasinya yang paling padat di dunia. 35 00:04:05,483 --> 00:04:06,803 Ini hutannya. 36 00:04:35,883 --> 00:04:38,083 Ada beberapa beruk jantan yang besar. 37 00:04:38,683 --> 00:04:42,523 Pad pipi besar dan bebibir menonjol membuatnya lebih menarik kepada pasangan. 38 00:04:48,723 --> 00:04:50,443 Orang utan jantan sangat kuat 39 00:04:51,723 --> 00:04:54,923 dengan daya gigitan yang lebih kuat daripada gigitan singa. 40 00:04:58,243 --> 00:05:02,363 Namun, ada si jantan muda yang tangkas dan bercita-cita tinggi mula menyerlah. 41 00:05:12,763 --> 00:05:13,763 Rakus. 42 00:05:20,443 --> 00:05:25,083 Namanya diberikan oleh saintis di sini dan bermaksud "gelojoh" 43 00:05:26,403 --> 00:05:29,883 sebab Rakus suka makan apa saja. 44 00:05:32,203 --> 00:05:33,043 Dedaun, 45 00:05:34,923 --> 00:05:35,843 kulit kayu, 46 00:05:37,923 --> 00:05:38,883 buah-buahan… 47 00:05:40,923 --> 00:05:42,523 anai-anai. 48 00:05:44,043 --> 00:05:45,483 Semuanya dalam menu. 49 00:05:47,763 --> 00:05:50,643 Jika beruk yang suka makan ini makan secukupnya, 50 00:05:50,723 --> 00:05:55,443 mungkin pad pipinya akan berkembang seperti beruk jantan yang paling tua. 51 00:06:00,803 --> 00:06:04,563 Ada satu makanan tertentu yang boleh membakar semangatnya. 52 00:06:05,883 --> 00:06:07,163 Buah Neesia. 53 00:06:08,603 --> 00:06:10,083 Kira-kira sebesar bola, 54 00:06:10,603 --> 00:06:13,923 buah ini penuh dengan biji yang besar dan enak. 55 00:06:22,123 --> 00:06:24,843 Sebelum masak, ia sekeras konkrit 56 00:06:25,363 --> 00:06:27,723 menjadikannya mustahil untuk dikupas. 57 00:06:36,523 --> 00:06:39,163 Buah Neesia yang masak terbelah sendiri. 58 00:06:41,843 --> 00:06:46,843 Namun, biji yang berjus dikelilingi beribu bulu yang tajam dan menyakitkan. 59 00:06:49,483 --> 00:06:52,523 Rakus perlu menguasai kemahiran paling sofistikated 60 00:06:52,603 --> 00:06:54,883 di hutan untuk memakannya. 61 00:06:59,003 --> 00:07:01,683 Banyak orang utan di sini menggunakan cara yang bijak 62 00:07:01,763 --> 00:07:04,443 untuk mengelak bulu buah Neesia. 63 00:07:09,603 --> 00:07:11,043 Mula-mula, kayu dipilih. 64 00:07:13,683 --> 00:07:17,763 Kemudian, si beruk mengendalikannya dengan bibir yang serba boleh 65 00:07:17,843 --> 00:07:21,123 dan menolaknya ke dalam rekahan buah Neesia. 66 00:07:26,843 --> 00:07:30,363 Pergerakan berulang kayu menggoncang jatuh biji 67 00:07:30,963 --> 00:07:33,683 dan mengorek keluar bulu pada masa yang sama… 68 00:07:37,963 --> 00:07:39,923 menjadikan buah itu sedia untuk dimakan. 69 00:07:44,683 --> 00:07:47,283 Biasanya orang utan haiwan yang bersendirian, 70 00:07:48,123 --> 00:07:51,483 tapi pokok Neesia jarang bermusim. 71 00:07:52,603 --> 00:07:57,123 Apabila musimnya tiba, ia menarik orang utan dari merata tempat. 72 00:08:00,563 --> 00:08:04,123 Apabila berkumpul, ada peluang untuk belajar daripada satu sama lain. 73 00:08:09,803 --> 00:08:12,003 Friska ialah beruk betina dewasa 74 00:08:13,243 --> 00:08:15,763 dan pakar dalam penyediaan buah itu. 75 00:08:18,203 --> 00:08:20,763 Rakus mendekati untuk belajar. 76 00:08:30,443 --> 00:08:33,203 Ada banyak makanan, jadi Rakus dibiarkan saja. 77 00:08:39,083 --> 00:08:41,283 Ini satu-satunya orang utan liar 78 00:08:41,363 --> 00:08:45,083 yang diketahui mencipta dan menggunakan alat dengan unik. 79 00:08:52,763 --> 00:08:55,283 Rakus nak mencuba juga. 80 00:09:01,323 --> 00:09:04,203 Rakus menukang alatnya dengan berhati-hati… 81 00:09:09,683 --> 00:09:12,683 dan memilih buah Neesia yang tepat. 82 00:09:16,043 --> 00:09:18,883 Seterusnya, percubaan. 83 00:09:26,483 --> 00:09:29,563 Akhirnya, dengan ketekunan… 84 00:09:32,123 --> 00:09:35,323 Rakus mendapat makanan enak yang diingininya. 85 00:09:42,843 --> 00:09:46,243 Semakin Rakus menguasai kemahiran yang luar biasa ini, 86 00:09:46,883 --> 00:09:48,683 semakin besar dan kuat dirinya nanti. 87 00:09:52,763 --> 00:09:55,243 Suatu hari nanti, si gelojoh ini, 88 00:09:56,643 --> 00:09:58,563 mungkin akan jadi yang terkuat. 89 00:10:06,283 --> 00:10:09,723 Kekayaan Leuser sebahagiannya adalah disebabkan tanahnya 90 00:10:11,283 --> 00:10:15,403 yang kira-kira enam kali lebih subur daripada hutan hujan lain di kawasan ini. 91 00:10:17,923 --> 00:10:20,043 Inilah sebabnya. 92 00:10:23,443 --> 00:10:26,483 Salah satu gunung berapi paling aktif di dunia. 93 00:10:27,683 --> 00:10:28,803 Gunung Sinabung. 94 00:10:29,723 --> 00:10:33,763 Selama beribu tahun, letusannya menghujani kawasan itu dengan abu gunung berapi… 95 00:10:37,323 --> 00:10:39,683 yang kaya dengan mineral dan nutrien. 96 00:10:48,243 --> 00:10:50,443 Abu bertindak sebagai baja, 97 00:10:50,523 --> 00:10:53,683 menyokong rimba yang amat kompleks. 98 00:10:56,723 --> 00:10:59,083 Dengan beribu spesies tumbuhan, 99 00:10:59,643 --> 00:11:02,563 ia antara hutan yang paling banyak kepelbagaian di dunia. 100 00:11:12,763 --> 00:11:14,403 Pokok bunga bangkai. 101 00:11:19,763 --> 00:11:23,843 Ini struktur berbunga terbesar di planet ini… 102 00:11:29,403 --> 00:11:34,043 yang boleh mencecah tiga meter iaitu ketinggian jaring bola keranjang. 103 00:11:39,603 --> 00:11:43,803 Ia hanya muncul setelah pokok ini membesar selama sedekad. 104 00:11:48,923 --> 00:11:52,003 Namun, menghasilkan bunga besar ini menggunakan banyak tenaga. 105 00:11:55,163 --> 00:11:57,803 Bunga hanya mekar selama dua malam. 106 00:11:59,723 --> 00:12:03,483 Jadi, ia ada cara yang bijak untuk menarik serangga yang diperlukan 107 00:12:03,563 --> 00:12:05,403 untuk pendebungaan dengan pantas. 108 00:12:18,803 --> 00:12:21,163 Ia menghasilkan bau yang kuat. 109 00:12:24,723 --> 00:12:26,843 Namun, ini bukan bunga yang harum. 110 00:12:28,843 --> 00:12:31,363 Baunya seperti bangkai. 111 00:12:34,003 --> 00:12:37,123 Putik merah yang besar itu berkembang sehingga 1.5 meter, 112 00:12:37,763 --> 00:12:41,363 menambahkan ilusi bangkai haiwan yang baru mati. 113 00:12:45,483 --> 00:12:50,043 Apabila malam menjelma, penipuan terhebatnya bermula. 114 00:12:55,483 --> 00:12:57,763 Dengan tenaga simpanan selama sepuluh tahun, 115 00:12:58,283 --> 00:13:01,483 pokok bunga bangkai memanaskan batang tengahnya 116 00:13:03,043 --> 00:13:05,523 menjadi sehangat darah. 117 00:13:08,043 --> 00:13:11,563 Seperti cerobong, haba yang meningkat membawa bau busuk naik 118 00:13:11,643 --> 00:13:13,403 ke udara malam yang sejuk. 119 00:13:22,083 --> 00:13:24,083 Bagi ratusan serangga pebangkai, 120 00:13:24,163 --> 00:13:26,923 tarikannya tak dapat ditolak. 121 00:13:49,923 --> 00:13:53,363 Serangga ditarik ke ruang dalam bunga bangkai… 122 00:13:56,403 --> 00:13:59,843 iaitu sebuah gua yang dipenuhi organ jantan dan betina. 123 00:14:07,203 --> 00:14:10,243 Sementara serangga mencari daging reput yang dijanjikan… 124 00:14:13,083 --> 00:14:16,523 si pebangkai ini akan diselaputi dengan debunya yang akan dibawanya 125 00:14:16,603 --> 00:14:18,163 ke bunga bangkai lain. 126 00:14:23,643 --> 00:14:26,803 Jika serangga ini telah melawat bunga gergasi yang lain, 127 00:14:26,963 --> 00:14:28,763 bunga ini pula akan didebungakan. 128 00:14:35,483 --> 00:14:38,883 Persediaan sepuluh tahun untuk persembahan dua malam. 129 00:14:41,443 --> 00:14:44,283 Bunga ini telah kehabisan tenaga. 130 00:14:47,523 --> 00:14:49,443 Serangga yang tertinggal keluar… 131 00:14:52,283 --> 00:14:53,443 sebelum akhirnya, 132 00:14:53,963 --> 00:14:55,643 dalam beberapa saat… 133 00:14:59,563 --> 00:15:02,043 seluruh struktur roboh. 134 00:15:06,443 --> 00:15:11,083 Pendebungaan berjaya dan satu lagi kitaran sepuluh tahun bermula 135 00:15:11,603 --> 00:15:14,363 untuk lebih banyak bunga mekar gergasi. 136 00:15:29,163 --> 00:15:31,523 Di dalam lingkungan tanah rendah Leuser, 137 00:15:31,603 --> 00:15:34,403 ada landskap yang jauh berbeza. 138 00:15:43,243 --> 00:15:48,323 Sungai di taman ini memindahkan tanah yang kaya dengan nutrien ke pantai… 139 00:15:50,883 --> 00:15:53,643 yang hutannya bertemu Lautan Hindi… 140 00:15:57,843 --> 00:16:00,683 dan menghasilkan paya bakau berlumpur. 141 00:16:09,643 --> 00:16:11,043 Ikan tembakul. 142 00:16:16,403 --> 00:16:20,843 Ikan ini tidak terikat dengan kehidupan dalam air. 143 00:16:25,443 --> 00:16:27,443 Dengan menarik nafas yang dalam… 144 00:16:30,323 --> 00:16:33,683 dan menggunakan sirip yang ada sendi bahu, 145 00:16:34,883 --> 00:16:37,403 ikan tembakul ini menggerakkan dirinya. 146 00:16:38,523 --> 00:16:41,763 Ikan yang boleh berjalan. 147 00:16:44,403 --> 00:16:47,723 Kebanyakan hidupnya dihabiskan di dataran lumpur. 148 00:16:50,083 --> 00:16:54,203 Mata ala periskopnya mempunyai kanta seperti haiwan darat 149 00:16:54,763 --> 00:16:59,363 dan membolehkannya melihat lebih baik di darat daripada di dalam air. 150 00:17:04,523 --> 00:17:09,603 Makanan kegemarannya ialah musuh berbahaya dengan penyepit setajam pisau. 151 00:17:12,323 --> 00:17:15,123 Itu pun kalau boleh tangkap tanpa dicubit. 152 00:17:37,563 --> 00:17:39,443 Mungkin sesuatu yang lebih lembut? 153 00:17:48,243 --> 00:17:50,043 Ketam-ketam ini sangat lincah… 154 00:17:52,403 --> 00:17:54,723 terutamanya untuk ikan yang keluar dari air. 155 00:18:09,403 --> 00:18:13,523 Akhirnya, hanya tinggal melucutkan senjata mangsa. 156 00:18:16,283 --> 00:18:19,563 Dengan mengepitnya di mulut, si tembakul menggunakan helah menarik. 157 00:18:21,683 --> 00:18:25,723 Goncang ketam sekuat hati sehingga penyepitnya ditanggalkan. 158 00:18:26,643 --> 00:18:28,363 Itu bahagian yang paling sedap. 159 00:18:32,843 --> 00:18:35,523 Kehilangan itu sekejap saja. 160 00:18:37,083 --> 00:18:40,683 Dalam masa sebulan, penyepit baru akan tumbuh. 161 00:18:43,883 --> 00:18:45,883 Mungkin lebih besar daripada sebelum ini. 162 00:18:53,443 --> 00:18:58,443 Hidup ini umpama bufet penyepit ketam tanpa henti bagi ikan pencinta darat ini. 163 00:19:12,563 --> 00:19:16,563 Rupa bumi Leuser menjadi pergunungan di kawasan pedalaman. 164 00:19:19,163 --> 00:19:22,483 Hutan di sini lebih sukar dimasuki. 165 00:19:23,603 --> 00:19:25,683 Bukit curam memberikan perlindungan terakhir 166 00:19:25,763 --> 00:19:28,203 kepada makhluk paling terancam di Leuser… 167 00:19:32,843 --> 00:19:36,083 makhluk yang jarang dilihat dan sangat kecil, 168 00:19:37,483 --> 00:19:39,723 badak sumatera. 169 00:19:42,923 --> 00:19:46,603 Walaupun ketinggiannya 1.2 meter, badak sumatera berat, 170 00:19:47,123 --> 00:19:51,443 menjadikannya sesuai untuk meradak belukar bagi mencari dedaun segar. 171 00:19:55,563 --> 00:19:59,083 Badak-badak ini membantu hutan dengan memangkas tumbuhan, 172 00:19:59,163 --> 00:20:01,203 memberi ruang untuk pokok baru tumbuh. 173 00:20:16,403 --> 00:20:20,803 Badak menggali kubang yang membantunya kekal sejuk ketika hari terik… 174 00:20:31,723 --> 00:20:33,883 dan memanfaatkan jiran-jiran. 175 00:20:41,643 --> 00:20:46,123 Lebih banyak badak, lebih sihat seisi hutan. 176 00:20:49,403 --> 00:20:52,883 Pemburuan haram dan kehilangan habitat telah mengurangkan 177 00:20:52,963 --> 00:20:55,203 populasi badak liar menjadi sedikit. 178 00:20:59,283 --> 00:21:03,443 Bagi menyelamatkannya daripada kepupusan, renjer sentiasa meronda, 179 00:21:03,963 --> 00:21:07,723 menghalang pemburu haram dan membawa sedikit badak yang tinggal 180 00:21:07,803 --> 00:21:10,403 ke tempat kurungan di luar taman. 181 00:21:16,003 --> 00:21:19,403 Kini badak-badak ini tinggal di dalam kawasan semula jadi berpagar 182 00:21:19,483 --> 00:21:20,323 yang luas… 183 00:21:24,603 --> 00:21:28,323 dan ada program pembiakan yang berharap dapat melepaskan semula zuriatnya 184 00:21:28,403 --> 00:21:29,403 ke Leuser… 185 00:21:32,363 --> 00:21:36,603 dan akhirnya mengembalikan keseimbangan kehidupan hutan hujan. 186 00:21:44,683 --> 00:21:48,923 Ada banyak hubungan luar biasa antara makhluk-makhluk yang hidup di sini. 187 00:21:49,883 --> 00:21:53,163 Ada yang kita baru temui. 188 00:21:59,483 --> 00:22:01,603 Jauh di kaki bukit Leuser, 189 00:22:01,683 --> 00:22:06,603 salah satu penghuninya yang terkecil dibantu secara tidak sengaja 190 00:22:06,683 --> 00:22:08,243 oleh yang terbesar. 191 00:22:18,043 --> 00:22:19,763 Gajah sumatera. 192 00:22:46,843 --> 00:22:52,043 Semasa mengembara, gajah membuat laluan sepanjang beratus-ratus kilometer. 193 00:23:10,363 --> 00:23:12,643 Banyak spesies bergantung kepada laluan ini 194 00:23:12,723 --> 00:23:14,603 untuk melalui hutan yang padat. 195 00:23:20,163 --> 00:23:24,043 Namun, satu penghuni bergantung kepada gajah lebih daripada yang lain… 196 00:23:26,443 --> 00:23:27,603 iaitu kodok. 197 00:23:30,243 --> 00:23:32,483 Saiznya sebesar telur ayam, 198 00:23:33,643 --> 00:23:36,043 tapi derianya sangat tajam. 199 00:23:37,723 --> 00:23:41,523 Ada yang berpendapat kodok mengesan getaran kawanan gajah 200 00:23:41,603 --> 00:23:44,483 menggunakan rongga istimewa di paru-parunya. 201 00:23:48,123 --> 00:23:50,403 Pasti anda sangka si kodok akan ke tepi. 202 00:23:51,963 --> 00:23:54,603 Sebaliknya, kodok menuju ke arah gajah. 203 00:24:04,443 --> 00:24:06,523 Terus ke zon hempap! 204 00:24:09,963 --> 00:24:12,923 Namun, bukan gajah yang menarik minat kodok. 205 00:24:16,843 --> 00:24:20,083 Kodok ini mempunyai perut yang penuh dengan telur 206 00:24:20,843 --> 00:24:24,403 dan perlu bertelur di air yang bertakung. 207 00:24:30,363 --> 00:24:34,283 Tapak kaki gajah menghasilkan tempat bertelur ekspres yang sempurna. 208 00:24:47,123 --> 00:24:50,443 Si kodok telah berikan telurnya permulaan hidup terbaik 209 00:24:51,563 --> 00:24:53,403 dan biarkannya menetas sendiri. 210 00:25:03,803 --> 00:25:06,403 Dalam dua minggu, telur telah menjadi berudu. 211 00:25:08,483 --> 00:25:11,243 Namun, sehingga menjadi katak kecil, 212 00:25:11,323 --> 00:25:15,083 kelangsungan hidup berudu di dalam takungan tapak kaki terancam. 213 00:25:18,083 --> 00:25:21,443 Mentari tropika boleh mengeringkan takungan dengan cepat. 214 00:25:26,403 --> 00:25:32,083 Jika paras air menurun, berudu ini perlu menyelamatkan diri… 215 00:25:36,203 --> 00:25:38,923 dengan mempercepatkan transformasi. 216 00:25:40,523 --> 00:25:41,883 Sebagai katak kecil, 217 00:25:41,963 --> 00:25:45,403 akhirnya berudu boleh keluar daripada kolam yang mengering. 218 00:25:53,203 --> 00:25:55,483 Selagi tak dihempap. 219 00:26:08,243 --> 00:26:11,683 Kehidupan lebih mencabar di atas pokok. 220 00:26:17,763 --> 00:26:20,763 Kebanyakan haiwan Leuser mahir hidup di atas pokok. 221 00:26:27,283 --> 00:26:32,003 Namun, tiada yang lebih berani daripada monyet Thomas leaf. 222 00:26:32,523 --> 00:26:34,643 Hanya ditemui di Sumatera Utara, 223 00:26:35,363 --> 00:26:38,083 monyet-monyet ini merayau dalam kumpulan sebanyak 20 ekor. 224 00:26:39,603 --> 00:26:41,243 Seekor monyet jantan mengetuai 225 00:26:42,403 --> 00:26:45,163 dan yang lain monyet betina dan anak monyet. 226 00:26:47,323 --> 00:26:49,803 Monyet dewasa sangat lincah. 227 00:27:06,923 --> 00:27:09,283 Mampu bergerak pantas di celah dahan, 228 00:27:09,843 --> 00:27:12,803 monyet-monyet ini boleh melompat jauh dengan mudah. 229 00:27:18,003 --> 00:27:21,843 Namun, kaki si kecil berumur dua tahun ini masih belum cukup kuat… 230 00:27:24,043 --> 00:27:27,883 dan tak boleh melalui sudur daun seyakin monyet dewasa. 231 00:27:30,003 --> 00:27:32,163 Dulu ibunya yang membawanya ke mana-mana, 232 00:27:33,763 --> 00:27:35,723 tapi si ibu ada anak baru. 233 00:27:37,523 --> 00:27:41,523 Monyet muda ini perlu mencari jalannya sendiri dalam kehidupan. 234 00:27:42,923 --> 00:27:46,203 Hari ini si monyet akan berdepan cabaran terbesar dalam hidupnya. 235 00:27:52,603 --> 00:27:55,883 Kawanan ini telah menghabiskan makanan di pokok ini, 236 00:27:57,123 --> 00:27:58,763 jadi pokok ini harus ditinggalkan. 237 00:28:00,523 --> 00:28:02,443 Namun, lompatan besar diperlukan 238 00:28:02,523 --> 00:28:05,483 untuk menyeberangi jurang sejauh lebih enam meter. 239 00:28:09,883 --> 00:28:11,683 Kejatuhan setinggi tiga tingkat. 240 00:28:13,083 --> 00:28:16,363 Satu kesilapan boleh membawa maut. 241 00:28:18,363 --> 00:28:22,123 Monyet yang lebih tua ambil masa bertahun menyempurnakan lompatan sejauh ini. 242 00:28:35,643 --> 00:28:40,003 Monyet memanjat ke dahan tertinggi dan mula melompat, 243 00:28:42,283 --> 00:28:45,483 menggerakkan anggota badan untuk mengawal penurunan. 244 00:28:57,203 --> 00:29:01,003 Si ibu juga, dengan anak baru di perutnya, 245 00:29:02,283 --> 00:29:04,563 menyeberangi jurang dengan mudah. 246 00:29:13,123 --> 00:29:15,443 Seterusnya giliran monyet dua tahun. 247 00:29:26,683 --> 00:29:28,363 Namun, ini terlalu sukar. 248 00:29:33,443 --> 00:29:36,163 Monyet-monyet lain sedang makan di seberang sana… 249 00:29:42,123 --> 00:29:43,323 si kecil ini terkandas. 250 00:29:48,723 --> 00:29:50,403 Ibu tak boleh menyelamatkannya. 251 00:29:55,763 --> 00:30:00,123 Ada satu cara saja untuk lihat sama ada si kecil ini mampu atau tidak. 252 00:30:53,483 --> 00:30:54,403 Berjaya. 253 00:31:01,243 --> 00:31:06,323 Lompatan jauh pertama dan banyak lagi yang akan dibuat menuju ke alam dewasa. 254 00:31:16,763 --> 00:31:19,123 Si kecil dapat ganjaran yang sewajarnya. 255 00:31:23,443 --> 00:31:25,243 Haiwan seperti monyet daun 256 00:31:26,603 --> 00:31:29,843 membantu mengekalkan kesihatan hutan hujan Leuser 257 00:31:30,443 --> 00:31:34,163 dengan menyebarkan benih dan baja semula jadi apabila bergerak. 258 00:31:40,363 --> 00:31:42,843 Setiap spesies di sini penting. 259 00:31:51,843 --> 00:31:57,963 Termasuk hidupan terkecil yang menyorok di dunia lantai hutan yang gelap. 260 00:32:12,963 --> 00:32:16,363 Kawasan gelap berdaun ialah tempat tinggal pemburu 261 00:32:16,963 --> 00:32:19,163 iaitu cacing hammerhead. 262 00:32:21,723 --> 00:32:25,483 Spesies cacing pipih dengan jalur yang tersendiri ini 263 00:32:25,563 --> 00:32:28,803 terlalu baru dan belum diberi nama. 264 00:32:30,923 --> 00:32:33,883 Berbanding pemangsa lain, cacing ini sangat kecil, 265 00:32:34,563 --> 00:32:36,323 sepanjang kuku jari. 266 00:32:37,483 --> 00:32:39,003 Namun, ia berbahaya. 267 00:32:41,083 --> 00:32:44,683 Cacing ini sedang memburu lintah atau siput yang berjus. 268 00:32:47,643 --> 00:32:52,843 Ada banyak siput dan lintah di Leuser, memakan tumbuhan dan organisma kecil… 269 00:32:54,843 --> 00:32:58,483 dan juga kulat yang penting untuk mengitar semula serpihan tumbuhan. 270 00:33:08,443 --> 00:33:11,363 Cacing hammerhead memainkan peranannya di sini. 271 00:33:12,883 --> 00:33:17,643 Mengawal populasi dan melindungi tumbuhan hijau. 272 00:33:20,483 --> 00:33:23,283 Menggunakan pengesan kimia di kepala tukulnya… 273 00:33:24,803 --> 00:33:27,963 cacing ini merasa tanah untuk mengesan mangsanya. 274 00:33:31,683 --> 00:33:36,563 Lintah dan siput meninggalkan jejak lendir yang ketara. 275 00:33:44,603 --> 00:33:47,163 Dengan cangkerang tipis di belakangnya, 276 00:33:47,683 --> 00:33:51,523 makhluk aneh ini dipanggil separuh lintah, 277 00:33:52,963 --> 00:33:54,683 mangsa yang sempurna. 278 00:34:34,803 --> 00:34:38,523 Dengan membalut mangsa, cacing pipih ini mengepam keluar lendir 279 00:34:38,603 --> 00:34:39,843 untuk memerangkapnya. 280 00:34:43,723 --> 00:34:45,443 Setelah mangsa terperangkap, 281 00:34:45,523 --> 00:34:49,963 cacing pipih menyerang separuh lintah dengan toksin dan jus pencernaan 282 00:34:50,763 --> 00:34:52,443 untuk meleraikan dagingnya… 283 00:34:56,883 --> 00:35:01,083 dan akhirnya menelannya melalui mulut di tengah badan. 284 00:35:06,443 --> 00:35:11,883 Dalam beberapa minit saja, hanya cangkerang lut cahaya yang tinggal. 285 00:35:26,883 --> 00:35:30,683 Ada pemangsa dalam pelbagai bentuk dan saiz di Leuser. 286 00:35:37,443 --> 00:35:41,883 Namun, yang paling penting berada di tempat teratas dalam rantaian makanan. 287 00:35:44,643 --> 00:35:48,443 Anda perlu mengembara lebih tinggi untuk mencarinya… 288 00:35:50,243 --> 00:35:53,123 ke puncak gunung seperti kubu 289 00:35:53,203 --> 00:35:55,403 yang memberi taman ini namanya… 290 00:35:56,923 --> 00:35:58,003 Gunung Leuser. 291 00:36:02,043 --> 00:36:05,243 Setinggi 3.3 kilometer di atas paras laut… 292 00:36:08,963 --> 00:36:10,763 dan selalu diselubungi kabus. 293 00:36:15,123 --> 00:36:17,003 Hutannya terbantut… 294 00:36:19,803 --> 00:36:22,003 dengan tompokan kawasan mur terbuka. 295 00:36:25,723 --> 00:36:28,603 Suhu boleh mencapai 60 darjah Fahrenheit lebih sejuk di sini 296 00:36:28,683 --> 00:36:31,083 berbanding hutan yang lembap di bawah. 297 00:36:38,403 --> 00:36:40,763 Hanya tumbuhan paling lasak boleh hidup. 298 00:36:46,763 --> 00:36:50,083 Berpaut pada batu, tumbuhan ini menstabilkan tanah… 299 00:36:51,883 --> 00:36:54,763 menghalang hakisan dan menyimpan air hujan 300 00:36:54,843 --> 00:36:58,203 yang seterusnya mengalir konsisten ke hutan jauh di bawah. 301 00:37:07,563 --> 00:37:09,003 Suasana sangat senyap. 302 00:37:13,883 --> 00:37:17,283 Beberapa haiwan saja yang sampai setinggi ini. 303 00:37:25,403 --> 00:37:31,123 Kijang ialah sejenis rusa yang makan tumbuhan di kawasan mur. 304 00:37:35,083 --> 00:37:39,683 Para saintis berharap kamera penyelidikan akhirnya dapat merakam pemangsa 305 00:37:39,763 --> 00:37:40,843 yang memburunya… 306 00:37:42,683 --> 00:37:45,523 di sini buat pertama kali. 307 00:37:53,923 --> 00:37:55,963 Pemangsa itu tak pernah dilihat. 308 00:38:01,003 --> 00:38:02,683 Jadi, perlu banyak bersabar. 309 00:38:23,923 --> 00:38:25,123 Akhirnya… 310 00:38:27,723 --> 00:38:29,883 di padang rumput yang tinggi… 311 00:38:32,523 --> 00:38:34,483 harimau sumatera. 312 00:38:41,003 --> 00:38:44,483 Harimau jantan dewasa ini memeriksa alat saintifik yang ditinggalkan 313 00:38:44,563 --> 00:38:45,723 untuk merakamnya. 314 00:38:50,083 --> 00:38:54,603 Rupa bumi ini sangat sukar dimasuki sehingga hampir tiada kajian dibuat 315 00:38:54,683 --> 00:38:57,203 tentang tingkah laku harimau sumatera. 316 00:39:05,963 --> 00:39:09,803 Namun, ada kepercayaan bahawa apabila harimau ini meronda puncak gunung, 317 00:39:10,483 --> 00:39:13,163 harimau ini menghalang rusa dan haiwan lain 318 00:39:13,243 --> 00:39:16,003 daripada meragut terlampau banyak tumbuhan. 319 00:39:28,403 --> 00:39:33,443 Rakaman berharga ini membuktikan harimau-harimau ini masih wujud di sini. 320 00:39:34,043 --> 00:39:36,443 Selagi kita melindungi taman ini, 321 00:39:36,523 --> 00:39:40,803 kucing terbesar Sumatera akan kekal menjadi raja rimba. 322 00:39:44,123 --> 00:39:47,883 Rupa bumi bergunung Leuser memberikan perlindungan semula jadi… 323 00:39:50,083 --> 00:39:54,443 tapi di pinggir taman, risiko kepada hidupan liar lebih tinggi. 324 00:39:56,643 --> 00:39:58,723 Ekosistem Leuser berterusan 325 00:39:58,803 --> 00:40:01,683 ke kawasan dua kali ganda lebih besar daripada taman itu. 326 00:40:03,443 --> 00:40:05,363 Kebanyakannya dilindungi… 327 00:40:07,563 --> 00:40:11,963 tapi berjuta orang tinggal di bandar dan kampung berdekatan hutan ini. 328 00:40:15,723 --> 00:40:19,043 Mendapatkan sokongan komuniti tempatan sangat penting 329 00:40:19,123 --> 00:40:21,363 bagi memastikan hidupan liar Leuser selamat. 330 00:40:31,323 --> 00:40:34,443 Tersembunyi di pokok di sempadan selatan Leuser 331 00:40:35,163 --> 00:40:38,683 ialah kongkang sumatera yang jarang dilihat. 332 00:40:43,643 --> 00:40:44,923 Matanya besar 333 00:40:45,763 --> 00:40:48,723 yang membantunya melihat dalam pekat malam. 334 00:40:52,083 --> 00:40:56,243 Ibu ini mempunyai anak yang berumur beberapa minggu, 335 00:40:57,443 --> 00:41:00,603 tapi anaknya sudah terlalu besar untuk dibawa ketika mencari makanan. 336 00:41:04,043 --> 00:41:06,203 Meninggalkannya terlalu berisiko. 337 00:41:09,723 --> 00:41:12,843 Kongkang pesaing agak ganas dalam mempertahankan kawasan. 338 00:41:16,123 --> 00:41:18,723 Hutan di sini juga penuh dengan ular. 339 00:41:22,683 --> 00:41:25,723 Namun, kongkang mempunyai senjata rahsia. 340 00:41:28,643 --> 00:41:31,483 Gigitannya mengandungi toksin yang berbahaya, 341 00:41:32,923 --> 00:41:36,843 menjadikannya satu-satunya mawas berbisa di planet ini. 342 00:41:39,283 --> 00:41:40,843 Si kecil ini pun berbisa. 343 00:41:43,043 --> 00:41:45,963 Jadi, si ibu boleh sorokkannya di sebalik daun 344 00:41:47,083 --> 00:41:49,403 dan pergi mencari makanan sendirian. 345 00:41:54,803 --> 00:41:59,043 Amat jarang untuk nampak kongkang turun ke tanah. 346 00:42:02,323 --> 00:42:06,083 Namun, si ibu perlu turun untuk dapatkan makanan kegemarannya, 347 00:42:06,603 --> 00:42:08,003 calliandra. 348 00:42:11,123 --> 00:42:13,003 Nektar berbau manisnya penuh 349 00:42:13,083 --> 00:42:15,883 dengan tenaga yang diperlukan untuk menyusukan anaknya. 350 00:42:19,243 --> 00:42:22,363 Namun, belukar berbunga ini ditanam oleh peladang 351 00:42:23,363 --> 00:42:25,603 untuk meneduhkan tanaman kopi. 352 00:42:26,803 --> 00:42:31,163 Jarak dekat kongkang dengan manusia memberikannya masalah. 353 00:42:32,523 --> 00:42:35,203 Pengedar haiwan peliharaan haram 354 00:42:36,003 --> 00:42:39,443 memburu haiwan comel ini sehingga spesies ini hampir pupus. 355 00:42:45,043 --> 00:42:49,883 Mujurlah komuniti ini sebahagian daripada projek baru yang melindunginya. 356 00:42:53,723 --> 00:42:56,083 Peladang mendapat harga kopi yang lebih tinggi 357 00:42:56,603 --> 00:42:58,763 kerana tidak mengganggu kongkang. 358 00:43:02,203 --> 00:43:06,963 Kongkang pula membantu peladang kerana apabila calliandra dimakan, 359 00:43:07,483 --> 00:43:09,083 kongkang mendebungakannya. 360 00:43:12,603 --> 00:43:16,243 Subuh hampir tiba dan si ibu perlu pulang ke pangkuan anaknya 361 00:43:17,163 --> 00:43:19,963 dan kembali melakukan tugas ibu. 362 00:43:29,443 --> 00:43:33,123 Komuniti tempatan juga boleh membantu menentang ancaman terbesar… 363 00:43:35,003 --> 00:43:36,483 iaitu pembasmian hutan. 364 00:43:39,683 --> 00:43:43,523 Leuser terlalu luas dan mustahil untuk buat rondaan. 365 00:43:46,043 --> 00:43:50,683 Setiap jam, ruang yang lebih besar daripada padang bola dicerang, 366 00:43:51,243 --> 00:43:56,123 kebanyakannya secara haram untuk membuat ruang bagi menanam sawit. 367 00:43:59,403 --> 00:44:02,603 Minyak sawit digunakan dalam hampir 50 peratus produk 368 00:44:02,683 --> 00:44:04,203 di pasar raya kita 369 00:44:04,723 --> 00:44:07,243 daripada biskut kepada syampu. 370 00:44:10,363 --> 00:44:13,403 Ladang-ladang ini tidak bernyawa 371 00:44:13,483 --> 00:44:16,283 berbanding kemewahan hutan hujan. 372 00:44:22,243 --> 00:44:26,643 Namun, beberapa komuniti mengambil bahagian dalam penentangan… 373 00:44:32,843 --> 00:44:36,163 dan bekerja dengan penyokong pemuliharaan untuk membasmi ladang. 374 00:44:41,403 --> 00:44:46,163 Sedikit subsidi dan peluang untuk menanam buah-buahan yang menguntungkan di hutan 375 00:44:46,243 --> 00:44:49,843 menjadi insentif dan membantu memelihara masa depannya. 376 00:45:09,643 --> 00:45:14,363 Di tanah yang dipulihkan, Leuser pantas menghasilkan keajaiban. 377 00:45:16,643 --> 00:45:20,563 Angin membawa benih dari hutan sihat berdekatan. 378 00:45:23,483 --> 00:45:26,523 Mikroorganisma membantu memulihkan tanah. 379 00:45:27,163 --> 00:45:32,403 Dalam beberapa bulan saja, paku-pakis dan tumbuhan lain menutupi tapak lama itu. 380 00:45:35,123 --> 00:45:37,203 Agen pendebungaan berpindah masuk. 381 00:45:38,483 --> 00:45:41,283 Mamalia dan burung menyebarkan lebih banyak benih. 382 00:45:46,803 --> 00:45:49,483 Dalam empat tahun saja, 383 00:45:49,563 --> 00:45:52,683 hutan yang subur muncul semula. 384 00:45:59,043 --> 00:46:02,123 Apabila itu berlaku, haiwan mula kembali. 385 00:46:10,043 --> 00:46:13,523 Lama-kelamaan pokok gergasi akan tumbuh. 386 00:46:15,243 --> 00:46:18,843 Ia akan menyerap lebih banyak karbon dioksida dari atmosfera, 387 00:46:19,363 --> 00:46:22,763 dan memperkayakannya dengan oksigen 388 00:46:23,843 --> 00:46:25,843 yang bermanfaat untuk kita semua. 389 00:46:31,283 --> 00:46:33,363 Dengan melindungi hutan ini, 390 00:46:33,443 --> 00:46:37,203 haiwan paling terancam di Asia masih mempunyai tempat tinggal. 391 00:46:43,243 --> 00:46:48,163 Orang utan sumatera ini diambil dari hutan semasa kecil 392 00:46:48,683 --> 00:46:50,883 dan dijual dalam perdagangan haram. 393 00:46:53,323 --> 00:46:56,803 Selepas bertahun-tahun dikurung, orang utan ini akhirnya diselamatkan 394 00:46:56,883 --> 00:47:01,403 dan dibawa pulang untuk hidup bebas di atas pokok. 395 00:47:07,403 --> 00:47:10,883 Kini orang utan ini ada anak untuk dijaga. 396 00:47:17,123 --> 00:47:18,723 Kurang dari dua minggu. 397 00:47:20,643 --> 00:47:24,523 Sangat kecil sehingga boleh muat di tapak tangan. 398 00:47:28,643 --> 00:47:31,003 Detik-detik manis ini ialah permulaan 399 00:47:31,083 --> 00:47:35,243 bagi ikatan ibu dan anak yang paling erat di alam semula jadi. 400 00:47:44,243 --> 00:47:49,123 Selama lapan tahun, si anak akan duduk dekat dengan ibunya, 401 00:47:50,643 --> 00:47:53,843 yang akan mengajarnya semua kemahiran untuk hidup. 402 00:47:57,003 --> 00:47:59,163 Taman Negara Gunung Leuser 403 00:47:59,723 --> 00:48:02,603 dan ekosistem luas yang mengelilinginya 404 00:48:03,363 --> 00:48:05,443 ialah tempat harapan 405 00:48:06,923 --> 00:48:11,283 dan peluang untuk melindungi hidupan liarnya yang unik 406 00:48:13,323 --> 00:48:17,443 di tempat perlindungan terakhirnya yang sangat berharga. 407 00:48:20,683 --> 00:48:24,003 Taman negara ialah pencapaian terbaik kita. 408 00:48:25,883 --> 00:48:30,083 Lama-kelamaan, kita mencipta kira-kira suku juta kawasan yang dilindungi 409 00:48:30,163 --> 00:48:32,043 di hampir semua negara di Bumi. 410 00:48:40,683 --> 00:48:45,203 Dalam dunia yang semakin panas dan sesak, kita perlu tingkatkan usaha. 411 00:48:50,003 --> 00:48:53,643 Jika kita mahu pertahankan lebih lagi alam semula jadi yang bermanfaat, 412 00:48:54,163 --> 00:48:56,043 kita semua ada peranan. 413 00:48:57,403 --> 00:48:59,883 Desak untuk melindungi alam semula jadi yang tinggal 414 00:49:01,083 --> 00:49:02,683 untuk generasi akan datang. 415 00:49:05,763 --> 00:49:08,883 Berkempen untuk tambah kawasan dilindungi di tempat anda 416 00:49:09,683 --> 00:49:13,003 dan desak supaya ia boleh dinikmati semua. 417 00:49:17,803 --> 00:49:21,843 Tuntut komuniti anda mengamalkan amalan yang lebih mesra iklim… 418 00:49:24,523 --> 00:49:27,883 dan pergi mengundi dengan serius. 419 00:49:31,003 --> 00:49:32,963 Tiada lagi masa untuk dibazirkan. 420 00:49:33,483 --> 00:49:36,803 Dunia yang kita tinggalkan untuk anak-anak kita terlalu penting. 421 00:49:37,403 --> 00:49:39,803 Bertindaklah sekarang. 422 00:51:02,483 --> 00:51:07,483 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S