1 00:00:06,006 --> 00:00:08,341 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:36,036 --> 00:00:39,497 Bermulanya hari untuk teman anda di kehidupan selepas mati, Jumadeung. 3 00:00:40,081 --> 00:00:41,249 Tak sangka langsung. 4 00:00:41,332 --> 00:00:43,543 Betulkah dia pukul manusia dengan niat membunuh? 5 00:00:43,626 --> 00:00:44,627 Tak sangka. 6 00:00:44,711 --> 00:00:47,172 Saya ada dengar gosip tentang En. Lim. 7 00:00:47,797 --> 00:00:49,758 - Apa dia? - Saya dengar En. Lim 8 00:00:49,841 --> 00:00:51,676 ada bunuh orang masa di Dunia Manusia. 9 00:00:51,760 --> 00:00:53,052 Yakah? 10 00:00:53,136 --> 00:00:54,846 Ya, dan bukan seorang dua. 11 00:00:56,264 --> 00:00:57,557 Teruk betul. 12 00:00:57,640 --> 00:00:59,392 Pasukan itu tak boleh dibuat kawan. 13 00:00:59,476 --> 00:01:02,562 Ketua pasukan dari Neraka dan staf pernah membunuh? 14 00:01:02,645 --> 00:01:03,813 Itulah. 15 00:01:05,231 --> 00:01:06,316 Helo! 16 00:01:07,650 --> 00:01:08,902 Seronok? 17 00:01:08,985 --> 00:01:11,988 Cik Jeon, awak nampak sendiri En. Lim bunuh orang 18 00:01:12,072 --> 00:01:14,908 - di kehidupan dia yang lepas? - Tak adalah, tapi… 19 00:01:15,492 --> 00:01:18,536 Kalau kita nak bercakap, biarlah nampak sendiri. Faham? 20 00:01:19,913 --> 00:01:21,206 Hei, mari pergi. 21 00:01:21,831 --> 00:01:23,750 Jangan kawan dengan Pasukan PR ini. 22 00:01:26,461 --> 00:01:27,921 Buat apa lagi tercegat di sini? 23 00:01:29,255 --> 00:01:30,215 Pergilah! 24 00:01:33,009 --> 00:01:34,302 Nak kena betul. 25 00:01:39,849 --> 00:01:41,518 Kasihan betul. 26 00:01:41,601 --> 00:01:42,644 PENGUMUMAN TINDAKAN DISIPLIN MALAIKAT 27 00:01:43,353 --> 00:01:46,064 Geramnya! Bercakap macam tahu segalanya. 28 00:01:46,147 --> 00:01:47,899 En. Lim kena jelaskan apa yang berlaku. 29 00:01:48,817 --> 00:01:50,693 Puan tahu tak gosip yang sedang hangat? 30 00:01:50,777 --> 00:01:53,738 Mereka cakap En. Lim bunuh beberapa orang di kehidupan lepas. 31 00:01:54,322 --> 00:01:55,406 Lebih tepatnya, empat orang. 32 00:01:55,490 --> 00:01:56,491 Oh, begitu. 33 00:01:57,033 --> 00:01:58,284 Janganlah! 34 00:01:58,368 --> 00:01:59,953 Saya tak rasa nak bergurau. 35 00:02:00,537 --> 00:02:01,496 Saya tak bergurau. 36 00:02:02,205 --> 00:02:05,041 Janganlah tambah masalah dalam kepala saya, puan. 37 00:02:07,085 --> 00:02:08,753 Dia jadi begitu sebab hal yang menimpa maknya, 38 00:02:09,629 --> 00:02:12,006 tapi saya tak pernah tengok orang rasional begitu hilang kawalan. 39 00:02:14,134 --> 00:02:17,637 Apabila saya tanya pun, dia tak nak jawab. 40 00:02:50,295 --> 00:02:51,671 KOPI, WAIN, ROTI 41 00:02:57,218 --> 00:02:58,303 Yu-hwa. 42 00:02:58,386 --> 00:03:00,638 - Yu-hwa! - Yu-hwa! 43 00:03:01,139 --> 00:03:03,308 - Tengoklah awak! - Terima kasih, semua. 44 00:03:50,271 --> 00:03:51,522 "Hui-hwi-rang-yo." 45 00:03:52,106 --> 00:03:53,191 "Hui-hwi-rang-yo." 46 00:03:53,274 --> 00:03:56,027 "Matahari pagi bersinar cerah." 47 00:03:56,778 --> 00:03:57,695 Pandai. 48 00:04:00,198 --> 00:04:01,282 Aduhai, sayang. 49 00:04:01,866 --> 00:04:03,701 Kacak betul anak mak. 50 00:04:28,059 --> 00:04:30,812 {\an8}EPISOD 11: LANGIT BARAT 1 51 00:04:32,272 --> 00:04:33,356 {\an8}BORANG PERTUKARAN PASUKAN 52 00:04:33,439 --> 00:04:38,027 {\an8}Saya tahu puan dan En. Choi dikritik ramai sebab saya pukul lelaki itu. 53 00:04:38,903 --> 00:04:39,904 {\an8}Saya minta maaf. 54 00:04:40,488 --> 00:04:42,615 {\an8}Saya campur adukkan perasaan semasa bertugas. 55 00:04:43,700 --> 00:04:44,659 {\an8}Baguslah awak sedar. 56 00:04:45,243 --> 00:04:47,120 {\an8}Saya dah biasa dengar orang mengata saya. 57 00:04:47,704 --> 00:04:48,830 {\an8}Saya tak kisah. 58 00:04:52,083 --> 00:04:53,835 {\an8}Tapi awak pastikah tak nak berada di sisi dia? 59 00:04:56,671 --> 00:04:57,505 {\an8}Ya. 60 00:04:58,172 --> 00:04:59,465 {\an8}Saya rasa tak ada masalah. 61 00:05:01,467 --> 00:05:02,593 {\an8}Baguslah. 62 00:05:20,653 --> 00:05:21,529 En. Lim! 63 00:05:22,822 --> 00:05:24,991 En. Lim! Betulkah awak nak pindah? 64 00:05:25,074 --> 00:05:26,159 Ya. 65 00:05:26,242 --> 00:05:28,411 Kenapa? Janganlah. 66 00:05:31,497 --> 00:05:34,417 Bukankah awak tak suka saya? Saya ingat awak akan gembira. 67 00:05:35,043 --> 00:05:36,502 Itu betul, tapi… 68 00:05:37,378 --> 00:05:39,881 kalau awak pergi, siapa nak tulis laporan disiplin? 69 00:05:43,092 --> 00:05:45,053 Sebab tak nak tulis laporanlah saya nak pergi. 70 00:05:46,179 --> 00:05:47,889 Betulkah dah fikir masak-masak? 71 00:05:47,972 --> 00:05:49,557 Saya bukan jenis cakap kosong. 72 00:05:50,099 --> 00:05:50,933 Selamat tinggal. 73 00:05:51,476 --> 00:05:52,852 Aduhai. 74 00:05:58,941 --> 00:05:59,859 Puan. 75 00:06:02,737 --> 00:06:04,739 Takkan nak biarkan En. Lim pergi begitu saja? 76 00:06:04,822 --> 00:06:06,407 Itu yang dia nak. 77 00:06:06,491 --> 00:06:07,784 Saya takkan halang orang yang nak pergi. 78 00:06:07,867 --> 00:06:10,411 Tapi puan pun tahu dia buat begini sebab 79 00:06:10,495 --> 00:06:12,205 tak nak timbulkan masalah untuk pasukan kita. 80 00:06:12,914 --> 00:06:14,624 - Cukup. - "Cukup"? 81 00:06:15,333 --> 00:06:17,085 Sudahlah. Saya nak mengadu kepada pengarah. 82 00:06:17,168 --> 00:06:18,211 Saya dah beritahu awak. 83 00:06:19,712 --> 00:06:22,882 Mak Ryung-gu bunuh diri selepas diperkosa sekumpulan lelaki. 84 00:06:25,218 --> 00:06:26,677 Mak Ryung-gu… 85 00:06:28,805 --> 00:06:30,014 dan Ryung-gu juga. 86 00:06:32,183 --> 00:06:35,978 Malaikat maut yang mengiringi mereka ke alam selepas mati… 87 00:06:37,647 --> 00:06:38,481 adalah saya. 88 00:06:40,191 --> 00:06:41,025 Apa? 89 00:06:41,109 --> 00:06:42,610 Awak tahu saya pernah bekerja 90 00:06:43,528 --> 00:06:46,489 di Unit Jenayah Khas, bukan? 91 00:06:47,073 --> 00:06:49,992 Ya, tapi kenapa En. Lim… 92 00:06:51,661 --> 00:06:53,454 Apa yang awak dengar itu betul. 93 00:06:54,622 --> 00:06:56,791 Saya iringi Ryung-gu 94 00:06:57,625 --> 00:06:58,876 sebab dia bunuh orang. 95 00:06:59,544 --> 00:07:00,378 Tapi… 96 00:07:03,506 --> 00:07:06,467 Kenapa? Dia bukan orang macam itu. 97 00:07:11,514 --> 00:07:13,015 Cakaplah, puan. 98 00:07:13,891 --> 00:07:17,186 Apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa dia menderita sampai macam itu? 99 00:07:17,270 --> 00:07:19,564 Mungkin ada yang saya boleh tolong? 100 00:07:33,536 --> 00:07:34,537 Kenapa ini? 101 00:07:35,496 --> 00:07:36,581 Mak. 102 00:07:36,664 --> 00:07:40,960 Yeong-sik dan Chang-bok asyik mengusik saya saja. 103 00:07:42,420 --> 00:07:45,590 Mereka cakap apa sampai kamu menangis sedih ini? 104 00:07:45,673 --> 00:07:49,343 Mereka ketawakan nama saya, mereka cakap pelik. 105 00:07:51,262 --> 00:07:52,722 Mereka kata nama macam anjing. 106 00:07:59,145 --> 00:08:01,272 Mereka itu tak tahu apa langsung. 107 00:08:01,355 --> 00:08:03,566 Nama kamu nama yang indah sekali. 108 00:08:03,649 --> 00:08:04,859 Betul? 109 00:08:04,942 --> 00:08:06,068 Mestilah. 110 00:08:06,777 --> 00:08:10,072 Nama itu diberi oleh sami mulia yang suci. 111 00:08:10,656 --> 00:08:11,532 Mari sini. 112 00:08:17,330 --> 00:08:18,539 Ryung maksudnya "tinggi". 113 00:08:19,457 --> 00:08:20,291 Gu maksudnya "menyelamatkan". 114 00:08:20,875 --> 00:08:23,920 Maksudnya, penyelamat orang ramai dari tempat tinggi. 115 00:08:27,715 --> 00:08:30,009 Mak pun tahu menulis? 116 00:08:31,677 --> 00:08:35,348 Bukan semua huruf, tapi cukup untuk ajar anak mak. 117 00:08:37,725 --> 00:08:41,729 Mak tahu banyak benda. Tak ada yang mak tak boleh buat. 118 00:08:41,812 --> 00:08:44,232 Betul? Kamu fikir macam itu? 119 00:08:44,941 --> 00:08:45,816 Ya. 120 00:08:49,362 --> 00:08:51,614 Tipulah. 121 00:08:51,697 --> 00:08:53,699 Nama kau mana ada maksud. 122 00:08:53,783 --> 00:08:56,077 Ada! Mak aku yang cakap. 123 00:08:56,160 --> 00:08:59,247 Mak aku cakap sami mulia yang pilihkan nama aku. 124 00:08:59,330 --> 00:09:00,915 Mak aku siap tulis dan tunjuk. 125 00:09:01,916 --> 00:09:03,125 Penipu. 126 00:09:03,209 --> 00:09:05,920 Macam mana mak kau boleh tahu sedangkan ayah aku pun tak tahu? 127 00:09:06,003 --> 00:09:07,505 Bukannya kau boleh ambil Peperiksaan Kebangsaan 128 00:09:07,588 --> 00:09:08,798 walaupun tahu membaca dan menulis. 129 00:09:08,881 --> 00:09:10,591 Sia-sia saja. 130 00:09:10,675 --> 00:09:13,594 Kenapa pula? Kita semua sama saja. 131 00:09:13,678 --> 00:09:15,805 Anak orang biasa dan anak bangsawan sama? 132 00:09:15,888 --> 00:09:17,431 Sangatlah berbeza! 133 00:09:25,481 --> 00:09:26,566 Nanti. 134 00:09:29,193 --> 00:09:30,736 Hei, Ryung-gu. Nak ke mana itu? 135 00:09:30,820 --> 00:09:31,904 Nak larikan diri? 136 00:09:32,905 --> 00:09:33,990 Hei, Ryung-gu! 137 00:09:40,830 --> 00:09:41,998 Apa dia? 138 00:09:45,376 --> 00:09:46,586 Tuan muda. 139 00:09:53,342 --> 00:09:54,302 Ryung-gu? 140 00:09:59,849 --> 00:10:01,225 Kenapa dengan muka… 141 00:10:06,939 --> 00:10:07,773 Kenapa ini? 142 00:10:08,357 --> 00:10:09,191 Siapa yang buat? 143 00:10:10,985 --> 00:10:12,028 Kamu buat lagi? 144 00:10:12,111 --> 00:10:15,906 Anak Timbalan Menteri Kim lalu. 145 00:10:15,990 --> 00:10:18,034 Saya kena pukul sebab saya minta dia 146 00:10:19,452 --> 00:10:20,703 ajar membaca dan menulis. 147 00:10:20,786 --> 00:10:22,288 Maafkan saya. 148 00:10:22,371 --> 00:10:26,208 Saya janji tak buat lagi. 149 00:10:30,880 --> 00:10:35,635 Aduhai. Kalaulah Ryung-gu tak bijak, tak adalah dia nak belajar sangat. 150 00:10:36,135 --> 00:10:38,929 Dia mula bercakap lebih cepat daripada kanak-kanak sebaya dia, bukan? 151 00:10:39,013 --> 00:10:41,724 Ya. Dia mula bercakap masa umur dia setahun. 152 00:10:41,807 --> 00:10:45,686 Sebab itulah susah kalau orang macam kita ada anak yang bijak. 153 00:10:45,770 --> 00:10:47,938 Mereka tak boleh jadi pegawai macam bangsawan. 154 00:10:48,773 --> 00:10:50,650 Kalau kamu kaya, mungkinlah. 155 00:10:50,733 --> 00:10:53,194 Saya dengar orang jual beli jawatan kerajaan sekarang. 156 00:10:53,277 --> 00:10:54,695 Mak cik. 157 00:10:54,779 --> 00:10:56,030 Cakap perlahan-lahan. 158 00:10:56,113 --> 00:10:59,283 Alahai, kita berdua saja. Tak kisahlah. 159 00:10:59,367 --> 00:11:02,495 Penakut betullah kamu ini. 160 00:11:03,162 --> 00:11:04,288 Mak cik! 161 00:11:04,872 --> 00:11:08,167 Apa pun, bertambah susahlah kamu nanti. 162 00:11:08,250 --> 00:11:10,169 Saya tahu tak ada yang lebih teruk 163 00:11:10,252 --> 00:11:11,754 daripada seorang ibu yang mengepit sayap anaknya, 164 00:11:12,421 --> 00:11:14,590 tapi kamu terpaksa. 165 00:11:14,674 --> 00:11:16,425 Demi kesenangan hidup dia. 166 00:11:17,510 --> 00:11:20,012 Aduhai, saya dah terlupa. Aduhai! 167 00:11:39,240 --> 00:11:40,408 Ryung-gu. 168 00:11:42,284 --> 00:11:43,661 Ya, mak. 169 00:11:43,744 --> 00:11:45,121 Kenapa kamu suka menulis? 170 00:11:45,204 --> 00:11:47,832 Kalau kita bercakap, perkataan itu terus hilang, 171 00:11:47,915 --> 00:11:51,585 tapi kalau kita tulis, perkataan itu akan kekal lama. 172 00:11:52,253 --> 00:11:54,380 Saya rasa ia menarik dan indah. 173 00:12:01,429 --> 00:12:04,473 Mulai sekarang, mak akan ajar kamu huruf. 174 00:12:05,057 --> 00:12:08,144 Jadi kamu janganlah pergi ganggu anak bangsawan itu lagi. 175 00:12:08,227 --> 00:12:10,271 Betul? 176 00:12:10,354 --> 00:12:12,273 Maklah yang paling hebat! 177 00:12:12,356 --> 00:12:13,983 Terima kasih banyak, mak! 178 00:12:17,820 --> 00:12:20,906 "Ji-gwa-pil-gae, deuk-neung-mak-mang." 179 00:12:21,949 --> 00:12:24,743 Apabila kamu tahu satu kelemahan, kamu kena betulkan. 180 00:12:25,327 --> 00:12:28,747 Apabila dah tahu cara yang betul, kamu jangan lupa. 181 00:12:29,331 --> 00:12:31,417 "Mang-dam-pi-dan, mi-si-gi-jang." 182 00:12:31,500 --> 00:12:34,128 Jangan bicara kelemahan orang lain 183 00:12:34,211 --> 00:12:36,589 dan jangan lupa kekuatan sendiri. 184 00:12:38,924 --> 00:12:39,758 Mak. 185 00:12:40,509 --> 00:12:43,012 Saya tak tahu lepas ini apa. 186 00:12:43,095 --> 00:12:44,096 Baiklah. 187 00:12:44,180 --> 00:12:46,348 Mak akan bacakannya. Ikut mak. 188 00:12:47,057 --> 00:12:47,892 Baik. 189 00:12:56,775 --> 00:12:58,110 Sedap sangat, mak! 190 00:12:59,361 --> 00:13:01,614 - Jangan sampai sakit perut. - Baik. 191 00:13:03,532 --> 00:13:05,242 "Hui-hwi-rang-yo." 192 00:13:05,951 --> 00:13:07,495 "Hui-hwi-rang-yo." 193 00:13:07,578 --> 00:13:10,581 Panahan masa sentiasa mara ke depan. 194 00:13:10,664 --> 00:13:13,542 "Panahan masa sentiasa mara ke depan." 195 00:13:13,626 --> 00:13:15,961 Matahari pagi bersinar cerah. 196 00:13:16,045 --> 00:13:18,589 "Matahari pagi bersinar cerah." 197 00:13:20,090 --> 00:13:21,175 Bagus. 198 00:13:22,676 --> 00:13:23,802 Aduhai, sayang. 199 00:13:24,303 --> 00:13:26,055 Kacak betul anak mak. 200 00:13:26,555 --> 00:13:28,474 Macam mana boleh sekacak ini? 201 00:13:28,557 --> 00:13:30,476 Sebab saya ikut maklah. 202 00:13:30,559 --> 00:13:32,228 - Yakah? - Ya. 203 00:13:43,781 --> 00:13:44,990 Jemput makan. 204 00:13:47,660 --> 00:13:50,246 Mak cik! Beri tiga gukbap. 205 00:13:50,329 --> 00:13:51,497 Baik! 206 00:13:57,920 --> 00:14:01,465 Mereka itu nampak macam bukan orang sini, tapi selalu saja singgah. 207 00:14:01,549 --> 00:14:05,177 Tahu tak gabenor baru yang datang beberapa bulan lepas itu? 208 00:14:05,761 --> 00:14:08,847 Saya dengar dia yang lindungi samseng-samseng itu. 209 00:14:08,931 --> 00:14:09,765 Apa? 210 00:14:10,349 --> 00:14:13,435 Pegawai golongan bangsawan memang dah selalu buat macam itu. 211 00:14:13,519 --> 00:14:16,480 Bukannya nak tangkap, tapi lindungi pula. 212 00:14:17,189 --> 00:14:20,734 Rakyat jelata di tengah macam kitalah yang akan mati disebabkan hal ini. 213 00:14:42,006 --> 00:14:42,923 Siapa awak? 214 00:14:43,007 --> 00:14:45,509 Tak sangka dapat jumpa perempuan yang gabenor susah payah cari 215 00:14:45,593 --> 00:14:47,678 di kedai makan buruk begini. 216 00:14:47,761 --> 00:14:51,390 Setiap kali dia mabuk, dia akan teringatkan wajah kau. 217 00:14:52,641 --> 00:14:55,060 Tuan balik dari mana ini? 218 00:14:55,144 --> 00:14:56,562 Kenapa tak datang ke sini? 219 00:15:05,946 --> 00:15:06,822 Baiklah. 220 00:15:07,823 --> 00:15:09,450 Kau dah bersedia hari ini? 221 00:15:10,075 --> 00:15:11,243 Dah tiga hari. 222 00:15:11,327 --> 00:15:13,913 Bersedia untuk apa? 223 00:15:15,039 --> 00:15:16,957 Tak beradab. 224 00:15:17,541 --> 00:15:20,419 Siapa kau nak suruh aku tunggu lama? 225 00:15:21,754 --> 00:15:27,134 Saya cuma menurut arahan puan untuk tuangkan minuman. 226 00:15:27,217 --> 00:15:28,218 Yakah? 227 00:15:29,511 --> 00:15:31,013 Begitu rupanya. 228 00:15:39,229 --> 00:15:41,065 Kisaeng nak berlagak suci konon. 229 00:15:41,899 --> 00:15:44,652 Tapi yalah, seronok juga macam ini. 230 00:15:44,735 --> 00:15:46,153 Apa tuan nak buat? 231 00:15:46,236 --> 00:15:47,529 Tuan dah mabuk. 232 00:15:47,613 --> 00:15:49,573 Aku tak mabuk sebab arak, 233 00:15:49,657 --> 00:15:52,117 tapi sebab kau, Geum-hong! 234 00:15:55,955 --> 00:15:57,498 Sekarang dah lewat tengah malam. 235 00:15:58,123 --> 00:16:00,167 Tak manis menjemput orang perempuan 236 00:16:00,250 --> 00:16:03,420 lewat macam ini, walau gabenor sekali pun. 237 00:16:03,504 --> 00:16:05,464 Pelacur murahan tak layak cakap macam itu. 238 00:16:06,173 --> 00:16:07,758 Aku dengar masa kau di gibang, 239 00:16:09,718 --> 00:16:10,761 nama kau Geum-hong? 240 00:16:24,400 --> 00:16:25,943 Anak saya sedang tidur di dalam. 241 00:16:26,527 --> 00:16:29,113 Saya akan ikut awak. Jadi tolong perlahankan suara. 242 00:16:44,253 --> 00:16:45,671 Lama tak jumpa, Geum-hong. 243 00:16:46,255 --> 00:16:47,881 Pandai betul kau bersembunyi. 244 00:16:47,965 --> 00:16:52,511 Ketua kau cakap, dia halau kau keluar sebab kau sakit, tapi aku tak percaya. 245 00:16:52,594 --> 00:16:53,887 Perempuan yang buat duit macam kau? 246 00:16:55,389 --> 00:16:58,475 Tapi aku terkejut juga apabila tahu kau ada anak selepas itu. 247 00:16:59,143 --> 00:17:02,521 Kenapa tuan panggil saya lewat malam begini? 248 00:17:03,105 --> 00:17:06,108 Sejak kau pergi, aku tak lena walau semalam pun sebab rindukan kau. 249 00:17:06,859 --> 00:17:09,862 Jadi mulai hari ini, datang ke kamar aku setiap malam dan layan aku. 250 00:17:10,988 --> 00:17:11,905 Tuan. 251 00:17:12,489 --> 00:17:14,116 Saya bukan lagi kisaeng. 252 00:17:15,117 --> 00:17:17,786 Kenapa? Kau dah dapat balik status anak bangsawan kau? 253 00:17:19,455 --> 00:17:20,914 Aku dah semak latar belakang kau. 254 00:17:21,498 --> 00:17:23,709 Kau anak perempuan pegawai sarjana yang rosak. 255 00:17:24,752 --> 00:17:27,671 Ketua kau beritahu yang dia beli kau daripada ayah kau sendiri. 256 00:17:28,297 --> 00:17:31,341 Habis harta keluarganya dia perjudikan. 257 00:17:40,559 --> 00:17:41,977 Ayah! 258 00:17:49,735 --> 00:17:54,156 Layakkah kau nak berlagak sombong dengan maruah pegawai sarjana itu? 259 00:17:56,075 --> 00:17:57,910 Saya pergi dulu. 260 00:17:57,993 --> 00:18:00,370 Aku dengar anak kau sangat bijak dan berbakat. 261 00:18:00,954 --> 00:18:04,792 Tapi dia tak mungkin dapat lari daripada beban keturunan bawahan macam kau. 262 00:18:09,129 --> 00:18:10,839 Apa tuan cakap ini? 263 00:18:10,923 --> 00:18:12,549 Aku akan ambil dia jadi anak angkat. 264 00:18:14,343 --> 00:18:15,552 Macam mana? 265 00:18:16,678 --> 00:18:18,514 Cukup untuk ubah fikiran kau supaya layan aku di sini? 266 00:18:21,141 --> 00:18:24,019 "Yeon-si-mae-choe, hui-hwi-rang-yo." 267 00:18:24,103 --> 00:18:28,482 Panahan masa sentiasa mara ke depan. Matahari pagi bersinar cerah. 268 00:18:28,565 --> 00:18:32,486 Sebab itulah susah kalau orang macam kita ada anak yang bijak. 269 00:18:32,569 --> 00:18:34,613 Mereka tak boleh jadi pegawai macam bangsawan. 270 00:18:35,114 --> 00:18:37,157 Aku akan ambil dia jadi anak angkat. 271 00:18:37,741 --> 00:18:39,910 "Seon-gi-hyeon-al, hoe-baek-hwan-jo." 272 00:18:42,538 --> 00:18:43,747 Mak. 273 00:18:45,958 --> 00:18:46,792 Ya. 274 00:18:47,459 --> 00:18:48,377 Apa maksudnya? 275 00:18:48,460 --> 00:18:51,338 Seon-gi-ok-hyeong bermakna tergantung sambil berputar 276 00:18:51,421 --> 00:18:55,259 dan apabila datang gemeum, hanya lingkaran bulan tak bercahaya yang kelihatan. 277 00:18:55,342 --> 00:18:56,468 Seon-gi itu apa? 278 00:18:56,552 --> 00:19:00,556 Empat bintang pertama di tengah Biduk. 279 00:19:00,639 --> 00:19:06,186 Dalam erti kata lain, empat bintang yang menjadi pemegang Biduk. 280 00:19:07,521 --> 00:19:09,189 Bijak betul anak mak ini. 281 00:19:09,273 --> 00:19:10,983 Semuanya jasa mak. 282 00:19:13,485 --> 00:19:16,321 "Ji-gwa-pil-gae, deuk-neung-mak-mang." 283 00:19:17,322 --> 00:19:21,118 Apabila kamu tahu satu kelemahan, kamu kena betulkan. 284 00:19:21,201 --> 00:19:25,080 Apabila dah tahu cara yang betul, kamu jangan lupa. 285 00:19:25,164 --> 00:19:27,583 "Mang-dam-pi-dan, mi-si-gi-jang." 286 00:19:50,230 --> 00:19:51,815 Mak. 287 00:19:53,275 --> 00:19:55,861 Mak terbaik. 288 00:19:56,612 --> 00:19:59,072 Saya kagum dengan mak. 289 00:20:04,161 --> 00:20:07,331 Mak akan lindungi kamu, nak. 290 00:20:14,630 --> 00:20:15,505 Betul? 291 00:20:17,466 --> 00:20:18,800 Kau dah habis fikir? 292 00:20:19,384 --> 00:20:21,511 Mungkin dulu saya pelacur murahan, 293 00:20:22,387 --> 00:20:23,805 tapi tidak lagi sekarang. 294 00:20:23,889 --> 00:20:26,892 Sebagai seorang wanita dan ibu, 295 00:20:28,227 --> 00:20:30,646 saya tak berhasrat untuk menambah kelemahan saya lagi. 296 00:20:34,107 --> 00:20:36,818 Kau ini pandai juga buat lawak. 297 00:20:37,402 --> 00:20:40,072 Apabila kain itu dah kotor sekali, 298 00:20:40,155 --> 00:20:43,742 kotoran itu takkan tertanggal, tak kiralah macam mana pun kau basuh. 299 00:20:43,825 --> 00:20:46,536 Kau ingat kau boleh jadi suri rumah biasa? 300 00:20:47,120 --> 00:20:51,333 Saya memohon kemurahan hati tuan untuk biarkan saya hidup 301 00:20:52,167 --> 00:20:53,377 sebagai ibu kepada anak saya. 302 00:20:54,795 --> 00:20:58,215 Anak kau akan jalani hidup sama seperti kau juga. 303 00:20:59,800 --> 00:21:00,634 Bukan. 304 00:21:01,218 --> 00:21:03,011 Mungkin lebih teruk daripada hidup kau. 305 00:21:10,602 --> 00:21:12,562 Sentuh walau seurat rambut anak saya 306 00:21:13,063 --> 00:21:15,065 dan tahulah padahnya. 307 00:21:21,446 --> 00:21:22,864 Betina tak mengenang budi. 308 00:21:24,157 --> 00:21:25,242 Du-sik, kau ada di luar? 309 00:21:28,996 --> 00:21:29,830 Ya, tuan. 310 00:21:29,913 --> 00:21:32,541 Nampaknya si Geum-hong dah lupa siapa diri dia. 311 00:21:32,624 --> 00:21:35,335 Pergi pastikan dia ingat masa silamnya. 312 00:21:35,961 --> 00:21:36,837 Baik. 313 00:21:51,685 --> 00:21:52,602 Kenapa ini? 314 00:21:52,686 --> 00:21:54,730 Mak kau penipu. 315 00:21:54,813 --> 00:21:56,148 Ayah aku yang cakap. 316 00:21:58,483 --> 00:22:01,153 - Taklah! - Apa yang tidak? Dulu kau cakap apa? 317 00:22:01,236 --> 00:22:03,613 Kau cakap ayah kau mati sebelum kau lahir, bukan? 318 00:22:03,697 --> 00:22:05,198 Ya. Kenapa? 319 00:22:05,282 --> 00:22:08,160 Hei, bodoh. Kau tak pernah ada ayahlah. 320 00:22:08,243 --> 00:22:11,121 Sebab mak kau itu pelacur murahan! 321 00:22:12,664 --> 00:22:14,207 Kata-kata kau tak masuk akal! 322 00:22:14,291 --> 00:22:16,710 Habis itu, kenapa lelaki jumpa mak kau tengah malam? 323 00:22:16,793 --> 00:22:18,962 Semua itu sebab dia pelacurlah. 324 00:22:19,046 --> 00:22:20,964 Sebab itulah juga dia tahu menulis. 325 00:22:21,048 --> 00:22:24,509 Tak! Mak aku cakap dia belajar menulis daripada datuk aku. 326 00:22:24,593 --> 00:22:26,136 Macam mana perempuan boleh belajar membaca dan menulis? 327 00:22:26,219 --> 00:22:28,472 Mak aku tahu banyak benda, tapi dia buta huruf. 328 00:22:28,555 --> 00:22:29,389 Betul. 329 00:22:29,473 --> 00:22:31,016 Mungkin satu kampung dah tahu 330 00:22:31,099 --> 00:22:32,350 yang mak kau itu pelacur. 331 00:22:40,400 --> 00:22:42,235 - Hei. - Buat apa ini? 332 00:22:42,319 --> 00:22:44,446 - Berhenti. - Lepaskan! 333 00:22:46,364 --> 00:22:48,075 Mak aku bukan pelacur! 334 00:22:48,658 --> 00:22:51,036 Tak manis menjemput orang perempuan 335 00:22:51,620 --> 00:22:54,915 lewat macam ini, walau gabenor sekali pun. 336 00:22:54,998 --> 00:22:56,541 Pelacur murahan tak layak cakap macam itu. 337 00:22:57,209 --> 00:22:58,460 Aku dengar masa kau di gibang, 338 00:22:59,211 --> 00:23:00,212 nama kau Geum-hong? 339 00:23:01,755 --> 00:23:03,465 Mak aku bukan pelacur! 340 00:23:05,050 --> 00:23:06,009 Budak jahat! 341 00:23:06,676 --> 00:23:07,677 Dia bukan pelacur! 342 00:23:13,683 --> 00:23:16,520 Dia sebesar ini saja dulu. 343 00:23:30,325 --> 00:23:31,368 Ryung-gu? 344 00:23:34,538 --> 00:23:35,622 Kamu dah balik? 345 00:23:35,705 --> 00:23:37,958 Mak baru nak pergi jemput kamu sebab hari hujan. 346 00:23:50,512 --> 00:23:53,598 Mesti Geum-hong itu dah main dengan banyak lelaki. 347 00:23:53,682 --> 00:23:56,726 Patutlah. Saya rasa dia pernah kenyit mata kepada saya di kedai makan. 348 00:23:57,394 --> 00:23:59,980 Sekarang ini nak berlakon jual mahal depan gabenor pula. 349 00:24:00,063 --> 00:24:02,065 Setidaknya, kau dapat belakang dia. 350 00:24:02,149 --> 00:24:03,525 Kau dapat lebih daripada gabenor. 351 00:24:16,580 --> 00:24:19,875 Dah lama mak jemput lelaki masuk 352 00:24:20,709 --> 00:24:23,503 setiap kali saya keluar rumah? 353 00:24:24,588 --> 00:24:28,466 Sebab inikah mak selalu keluar malam 354 00:24:29,176 --> 00:24:30,594 sejak beberapa hari ini? 355 00:24:32,179 --> 00:24:36,308 Kalaulah saya dilahirkan oleh wanita bangsawan dan bukan mak, 356 00:24:37,100 --> 00:24:38,935 mesti saya juga boleh 357 00:24:40,187 --> 00:24:44,191 pergi ke sekolah dan belajar tentang huruf 358 00:24:44,274 --> 00:24:46,610 tanpa dipukul oleh anak-anak bangsawan! 359 00:24:47,944 --> 00:24:50,447 Saya tak pernah minta dilahirkan. 360 00:24:50,989 --> 00:24:53,033 Kenapalah saya dapat ibu 361 00:24:53,658 --> 00:24:55,202 yang macam mak? 362 00:24:56,286 --> 00:24:57,662 Memalukan! 363 00:24:59,289 --> 00:25:00,790 Mengaibkan! 364 00:25:01,458 --> 00:25:02,459 Menjijikkan! 365 00:25:08,715 --> 00:25:09,841 Maafkan mak. 366 00:25:13,845 --> 00:25:16,431 Kenapa berdiam diri saja? 367 00:25:17,265 --> 00:25:19,351 Kenapa diam saja 368 00:25:19,935 --> 00:25:22,520 apabila saya kurang ajar dan melawan cakap mak? 369 00:25:23,897 --> 00:25:25,315 Tolong beritahu saya 370 00:25:26,566 --> 00:25:28,193 yang ini semua tak benar. 371 00:25:28,944 --> 00:25:31,154 Marahlah saya! 372 00:25:31,696 --> 00:25:33,406 Sebab biadab 373 00:25:35,116 --> 00:25:39,037 dan percayakan perkara karut! 374 00:25:39,704 --> 00:25:41,122 Mak! 375 00:27:08,043 --> 00:27:09,377 Hei. 376 00:27:09,461 --> 00:27:10,337 Hei. 377 00:27:14,341 --> 00:27:15,216 Hei! 378 00:27:17,344 --> 00:27:18,345 Hei. 379 00:27:26,603 --> 00:27:28,813 Boleh aku sedut sekali saja lagi? 380 00:27:29,606 --> 00:27:30,690 Sebab aku rasa macam nak mati. 381 00:27:33,651 --> 00:27:36,071 Tahu tak berapa banyak duit aku habiskan di sini? 382 00:27:37,072 --> 00:27:37,906 Tolonglah. 383 00:27:45,038 --> 00:27:46,081 Berambus. 384 00:27:55,465 --> 00:27:56,591 Aduhai. 385 00:27:56,674 --> 00:28:00,387 Sejak kamu datang ke sini, dah tak ada lagi kekecohan. 386 00:28:00,970 --> 00:28:03,223 Saya tahu kamu pandai buat kerja ini sebaik saja nampak kamu. 387 00:28:03,807 --> 00:28:05,975 Kenapa mereka itu hidup berkhayal dengan dadah? 388 00:28:07,477 --> 00:28:09,396 Sebab apa lagi? 389 00:28:09,479 --> 00:28:11,731 Sebab mereka nak lupakan hakikat hidup ini. 390 00:28:13,358 --> 00:28:17,237 Kalaulah satu hari nanti hidup kamu musnah, 391 00:28:17,737 --> 00:28:19,739 buatlah apa saja kecuali benda itu. 392 00:28:20,865 --> 00:28:23,952 Sekali kamu sedut, selamanya kamu ketagih. 393 00:28:24,035 --> 00:28:26,996 Mungkin kamu masih hidup, tapi hati kamu dah mati. 394 00:28:27,080 --> 00:28:29,624 Lebih baik mati saja. 395 00:28:32,210 --> 00:28:34,003 Perkara macam itu takkan terjadi. 396 00:28:39,300 --> 00:28:40,260 Berhenti. 397 00:28:43,763 --> 00:28:45,098 Ryung-gu. 398 00:28:45,181 --> 00:28:47,600 Datanglah ke bilik saya esok. 399 00:28:47,684 --> 00:28:49,644 Saya belanja minum. 400 00:28:50,270 --> 00:28:51,312 Macam mana? 401 00:28:51,396 --> 00:28:52,313 Tak nak. 402 00:28:53,106 --> 00:28:54,190 Tak boleh hutang. 403 00:28:54,733 --> 00:28:56,651 Aduhai, saya tak ada duitlah! 404 00:28:56,735 --> 00:28:57,944 Tapi esok saya bayar. 405 00:28:58,027 --> 00:29:00,113 Sehari suntuk menjual tubuh di gibang 406 00:29:00,196 --> 00:29:01,364 dan habiskan duit untuk dadah. 407 00:29:02,073 --> 00:29:03,742 Semua pelacur macam itukah? 408 00:29:40,820 --> 00:29:42,655 Siapa? 409 00:29:44,199 --> 00:29:45,408 Ryung-gu? 410 00:29:50,079 --> 00:29:51,372 Kamu rupanya, Ryung-gu! 411 00:29:52,332 --> 00:29:55,376 Aduhai, dah berapa tahun tak jumpa? 412 00:29:55,460 --> 00:29:57,670 Kamu buat macam dah tak nak balik ke sini. 413 00:29:57,754 --> 00:29:59,589 Kenapa kamu balik? 414 00:30:01,090 --> 00:30:02,383 Bukan sebab perempuan itu. 415 00:30:03,134 --> 00:30:04,093 "Perempuan itu"? 416 00:30:05,512 --> 00:30:09,182 Kamu tak patut cakap macam itu! 417 00:30:09,265 --> 00:30:12,060 Dah lama saya tak anggap perempuan yang gantung dirinya 418 00:30:13,228 --> 00:30:14,854 selepas anaknya tahu dia buat begitu, sebagai mak. 419 00:30:14,938 --> 00:30:15,939 Tarik balik! 420 00:30:16,606 --> 00:30:19,484 Dia berkorban untuk besarkan kamu. 421 00:30:24,322 --> 00:30:25,615 Selamat tinggal. 422 00:30:26,533 --> 00:30:28,785 Kalaulah jantan itu semua tak buat perkara jijik itu, 423 00:30:29,452 --> 00:30:31,162 mungkin kamu dan Yu-hwa… 424 00:30:39,337 --> 00:30:40,547 Perkara jijik apa? 425 00:30:41,631 --> 00:30:42,757 Jangan cakap 426 00:30:42,841 --> 00:30:44,676 yang kamu tak tahu? 427 00:30:55,937 --> 00:30:59,190 Kamu langsung tak kenal mak kamu. 428 00:31:01,568 --> 00:31:04,946 Gabenor itu, dia suruh samseng-samseng itu… 429 00:32:14,390 --> 00:32:17,435 Hei. 430 00:32:21,564 --> 00:32:22,690 Bagus! 431 00:32:32,450 --> 00:32:33,326 Siapa kau? 432 00:32:47,382 --> 00:32:48,383 Siapa kau? 433 00:32:49,634 --> 00:32:50,593 Aku tanya, siapa kau? 434 00:32:51,511 --> 00:32:52,470 Cakaplah siapa kau! 435 00:32:56,724 --> 00:32:57,809 Aku anak 436 00:32:59,310 --> 00:33:00,311 kepada pelacur. 437 00:33:00,395 --> 00:33:01,604 Apa? 438 00:33:04,399 --> 00:33:06,150 Pelacur murahan tak layak cakap macam itu. 439 00:33:08,653 --> 00:33:09,487 Ya. 440 00:33:10,613 --> 00:33:12,198 Aku rasa aku dah ingat 441 00:33:13,116 --> 00:33:13,992 siapa kau. 442 00:33:15,034 --> 00:33:16,494 Pergi mati macam mak kau. 443 00:35:37,343 --> 00:35:38,261 Mak… 444 00:35:40,680 --> 00:35:41,848 saya akan… 445 00:35:45,560 --> 00:35:46,602 ikut mak. 446 00:36:21,387 --> 00:36:23,306 Buat apa duduk di sana? 447 00:36:24,432 --> 00:36:25,892 Bangun sekarang. 448 00:36:29,145 --> 00:36:30,313 Awak siapa? 449 00:36:30,396 --> 00:36:33,149 Saya Malaikat Pencabut Nyawa, datang untuk mendapatkan awak. 450 00:36:34,108 --> 00:36:35,276 Ikut saya. 451 00:37:06,224 --> 00:37:07,391 Berhenti menyenguk! 452 00:37:08,476 --> 00:37:09,310 Apa? 453 00:37:09,393 --> 00:37:13,064 Sengukan awak buat saya tak selesa. 454 00:37:15,399 --> 00:37:17,276 Rasa gatal sebab ketagihan dadah. 455 00:37:17,360 --> 00:37:20,071 Kalau macam itu, letak sesuatu atau korek hidung awak, 456 00:37:20,905 --> 00:37:22,156 asalkan saya tak nampak. 457 00:37:23,658 --> 00:37:24,617 Baik. 458 00:37:33,251 --> 00:37:34,627 Puan. 459 00:37:34,710 --> 00:37:35,878 Apa yang awak nak tahu? 460 00:37:36,754 --> 00:37:38,422 Kalau pergi ke alam selepas mati, 461 00:37:40,007 --> 00:37:41,634 bolehkah saya bertemu mak saya? 462 00:37:42,802 --> 00:37:43,636 Saya tak tahu. 463 00:37:45,263 --> 00:37:47,014 Saya tak tahu siapa ayah saya, 464 00:37:48,391 --> 00:37:50,351 tapi semua kenangan zaman kanak-kanak saya 465 00:37:51,477 --> 00:37:53,562 penuh dengan kasih sayang mak. 466 00:37:55,147 --> 00:37:57,900 Dia betul-betul sayangkan budak tak guna macam saya. 467 00:37:59,860 --> 00:38:01,112 Nama mak awak… 468 00:38:03,281 --> 00:38:06,701 Nama mak saya Yu-hwa dan nama keluarganya Lim. 469 00:38:16,585 --> 00:38:17,753 Lim Yu-hwa. 470 00:38:20,423 --> 00:38:22,466 Saya yang iringi dia ke alam selepas mati. 471 00:38:24,510 --> 00:38:27,430 Saya iringi orang macam awak yang melakukan jenayah. 472 00:38:28,097 --> 00:38:31,517 Dia juga seorang pendosa. 473 00:38:32,893 --> 00:38:34,979 Dia lakukan dosa tersendiri. 474 00:38:37,023 --> 00:38:37,898 Apa… 475 00:38:39,191 --> 00:38:41,277 Dosa mengambil nyawa sendiri. 476 00:38:46,073 --> 00:38:47,116 Dia cakap 477 00:38:47,783 --> 00:38:49,952 dia tak sayangkan awak 478 00:38:50,536 --> 00:38:52,079 pada mulanya. 479 00:39:00,004 --> 00:39:01,088 Puan. 480 00:39:06,135 --> 00:39:08,262 Dia hanya fikir nak buang awak. 481 00:39:10,306 --> 00:39:11,974 Dia cakap dia tak endahkan awak 482 00:39:13,142 --> 00:39:15,227 berhari-hari lamanya selepas bersalin. 483 00:39:15,311 --> 00:39:16,979 Dia juga tak menyusukan awak. 484 00:39:20,149 --> 00:39:23,319 Walaupun dia tak nak jadi ibu, tapi dia cakap, 485 00:39:23,402 --> 00:39:25,780 sebaik saja dia nampak awak hulurkan tangan, 486 00:39:27,823 --> 00:39:28,908 secara ajaibnya, 487 00:39:30,117 --> 00:39:32,119 dia mula rasa sayang. 488 00:39:40,127 --> 00:39:42,004 Dia cakap dia takkan jadi seperti ayahnya 489 00:39:42,088 --> 00:39:44,298 yang jual anak sendiri kepada gibang 490 00:39:44,382 --> 00:39:48,344 selepas jadi gila dek derita dunia. 491 00:39:54,392 --> 00:39:57,686 Dia cakap yang dia bersumpah takkan tinggalkan awak walau apa pun 492 00:39:58,437 --> 00:39:59,897 sebab dia tahu 493 00:40:01,232 --> 00:40:05,361 awak tak minta untuk dilahirkan ke dunia ini. 494 00:40:15,579 --> 00:40:16,414 Aduhai. 495 00:40:16,497 --> 00:40:18,124 Anak mak dah besar. 496 00:40:19,125 --> 00:40:21,127 Sejak bila dah besar macam ini? 497 00:40:34,890 --> 00:40:37,017 Awak kata, segala kenangan zaman kanak-kanak awak 498 00:40:37,768 --> 00:40:39,728 dipenuhi dengan kasih sayang mak awak. 499 00:40:40,813 --> 00:40:42,773 Malangnya, mak awak pergi… 500 00:40:44,608 --> 00:40:46,026 tanpa mengetahui perkara itu. 501 00:41:32,239 --> 00:41:35,910 Kenapa awak tak mahu dilahirkan semula dan pilih untuk jadi malaikat maut? 502 00:41:36,535 --> 00:41:39,663 Awak akan wujud untuk jangka masa lama sebagai orang yang tidak hidup 503 00:41:40,539 --> 00:41:43,125 dan tidak mati. 504 00:41:43,792 --> 00:41:47,254 - Kalau awak main-main… - Tidak. 505 00:41:47,880 --> 00:41:50,341 Saya dengar, talian takdir yang hubungkan kami terputus 506 00:41:51,258 --> 00:41:54,094 apabila mak saya ambil nyawanya sendiri. 507 00:41:54,678 --> 00:41:57,890 Kami takkan bersama lagi, tak kiralah berapa kali pun dilahirkan semula. 508 00:41:58,599 --> 00:42:00,267 Sebab itu saya nak jadi malaikat maut. 509 00:42:01,769 --> 00:42:04,396 Mak saya akan dilahirkan semula selepas hukumannya tamat. 510 00:42:05,648 --> 00:42:06,649 Ya. 511 00:42:06,732 --> 00:42:09,985 Selepas dia dilahirkan semula, setidaknya saya boleh lihat dia dari jauh 512 00:42:11,612 --> 00:42:13,948 dengan kenangan masa silam yang saya masih ada. 513 00:42:17,910 --> 00:42:20,037 Awak nak mohon ke pasukan mana? 514 00:42:21,497 --> 00:42:22,414 Saya 515 00:42:23,499 --> 00:42:25,292 nak bekerja di bawah puan. 516 00:42:28,963 --> 00:42:33,050 Pasukan Pengiring paling dekat dengan hidup dan mati. 517 00:42:33,133 --> 00:42:34,718 Awak perlukan kekuatan mental 518 00:42:35,511 --> 00:42:36,762 untuk bertahan di sana. 519 00:42:38,055 --> 00:42:39,932 Mohonlah Pasukan Pengurusan Kitab Kematian. 520 00:42:41,350 --> 00:42:42,393 Kalau awak bertuah, 521 00:42:43,185 --> 00:42:46,939 awak mungkin boleh dapat maklumat tentang kelahiran semula mak awak. 522 00:42:49,775 --> 00:42:50,818 Baik. 523 00:42:57,366 --> 00:43:00,995 Sudahlah Dunia Manusia pun kucar-kacir, sekarang ini alam selepas mati pun sama? 524 00:43:01,579 --> 00:43:03,664 Apalah nak jadi dengan dunia ini? 525 00:43:05,833 --> 00:43:07,710 Sekali pun dia Maharaja Jed, 526 00:43:07,793 --> 00:43:09,962 macam mana dia boleh benarkan penghuni Neraka jadi malaikat maut? 527 00:43:10,045 --> 00:43:12,214 Sistem kasta sudah wujud beribu tahun 528 00:43:12,715 --> 00:43:15,050 dan sekarang, orang biasa pun dah boleh sertai kita! 529 00:43:15,134 --> 00:43:18,178 Kenapa? Awak takut dikalahkan 530 00:43:18,262 --> 00:43:19,430 oleh orang biasa? 531 00:43:19,513 --> 00:43:20,347 Apa? 532 00:43:20,431 --> 00:43:21,640 Sombong betul! 533 00:43:21,724 --> 00:43:23,934 Saya pun ada dengar khabar angin tentang awak. 534 00:43:24,018 --> 00:43:25,936 Apa kata kita tengok kehebatan awak? 535 00:43:26,020 --> 00:43:28,355 Saya baru saja hantar empat orang ke alam selepas mati 536 00:43:28,439 --> 00:43:30,399 dan saya masih ingat dengan jelas. 537 00:43:30,482 --> 00:43:31,525 Mereka samseng, bukan? 538 00:43:32,985 --> 00:43:35,738 - Ya. - Mereka buat kecoh 539 00:43:36,363 --> 00:43:39,617 sampai kita terpaksa iringi mereka dengan sedikit api Neraka. 540 00:43:45,456 --> 00:43:47,666 Siapa yang nak ikut orang bawahan macam awak ke alam selepas mati? 541 00:43:47,750 --> 00:43:48,709 Macam mana mereka nak percaya? 542 00:43:53,172 --> 00:43:54,632 Betul tak, tuan? 543 00:43:55,633 --> 00:43:58,761 Di dunia ini, ada kasta yang menghalang manusia daripada bercampur. 544 00:43:59,345 --> 00:44:00,304 Tapi itu dulu. 545 00:44:01,096 --> 00:44:03,766 Dunia dah berubah. Begitu juga Jumadeung. 546 00:44:03,849 --> 00:44:04,725 Tapi… 547 00:44:04,808 --> 00:44:07,478 Kalau awak tak puas hati, pergi mengadu kepada Maharaja Jed 548 00:44:07,561 --> 00:44:09,229 yang menghapuskan sistem kasta. 549 00:44:11,690 --> 00:44:13,817 Saya berpuas hati dengan kebolehan pekerja saya. 550 00:44:29,249 --> 00:44:31,085 Kediaman Maharaja ikut sini. 551 00:44:46,725 --> 00:44:49,395 {\an8}TAHUN 2021 552 00:44:56,527 --> 00:44:57,361 Ada dengar tak? 553 00:44:57,444 --> 00:45:00,197 Katanya ada pasukan baru. Pasukan Pengurusan Risiko apa entah. 554 00:45:00,280 --> 00:45:02,199 Ya, mereka selamatkan orang yang nak bunuh diri. 555 00:45:03,158 --> 00:45:04,868 Mereka tengah cari orang untuk sertai pasukan itu. 556 00:45:04,952 --> 00:45:07,704 Macam mana nak selamatkan orang yang dah putuskan untuk mati? 557 00:45:07,788 --> 00:45:08,831 Itulah. 558 00:45:09,748 --> 00:45:12,709 Kalau macam inilah, pasukan itu hanya ada pengurus pasukan saja. 559 00:45:13,460 --> 00:45:14,461 Siapa pengurusnya? 560 00:45:14,545 --> 00:45:16,755 Pengurus Pasukan Pengiring Roh Penjenayah, Koo Ryeon. 561 00:45:26,265 --> 00:45:27,182 En. Lim. 562 00:45:27,766 --> 00:45:29,977 Tak nak turunkah? Pasukan Pengurusan Kitab di tingkat ini. 563 00:45:30,686 --> 00:45:31,562 Tak. 564 00:46:01,216 --> 00:46:02,676 Akhirnya, wujud juga pasukan ini. 565 00:46:04,303 --> 00:46:05,721 Mesti awak dah dengar berita itu. 566 00:46:06,513 --> 00:46:10,601 Pasukan yang menghalang kematian mereka yang berisiko untuk bunuh diri. 567 00:46:11,185 --> 00:46:13,103 Ya. Pasukan Pengurusan Risiko. 568 00:46:15,230 --> 00:46:18,066 Saya dengar mak saya ada di Dunia Manusia selepas dilahirkan semula. 569 00:46:18,775 --> 00:46:20,068 Sebolehnya saya tak nak percaya, 570 00:46:20,861 --> 00:46:23,197 tapi saya dengar, roh simpan kenangan kehidupan lalu. 571 00:46:24,031 --> 00:46:26,158 Jadi mereka yang pernah bunuh diri di kehidupan lalu 572 00:46:26,241 --> 00:46:27,326 berisiko tinggi mengulanginya 573 00:46:28,327 --> 00:46:30,913 dalam kehidupan selepas itu dan seterusnya. 574 00:46:33,624 --> 00:46:35,083 Saya nak turut serta. 575 00:46:36,168 --> 00:46:39,796 Supaya kali ini, saya boleh selamatkan dia 576 00:46:40,589 --> 00:46:44,301 jika dia buat keputusan yang sama. 577 00:46:52,309 --> 00:46:54,353 Jadi sebab itulah dia hanya kerja lapan jam. 578 00:46:56,188 --> 00:46:57,898 Dia pergi cari mak dia. 579 00:47:11,245 --> 00:47:12,246 Tapi… 580 00:47:13,413 --> 00:47:15,541 tidakkah kejam apabila orang yang pernah bunuh diri 581 00:47:15,624 --> 00:47:18,293 boleh bunuh diri lagi di kehidupan seterusnya? 582 00:47:18,377 --> 00:47:20,003 Ia jarang berlaku. 583 00:47:21,505 --> 00:47:22,381 Kebanyakan mereka 584 00:47:23,632 --> 00:47:25,384 hidup dengan baik di kehidupan seterusnya. 585 00:47:25,968 --> 00:47:28,428 Kalau orang yang tak ada pilihan? Apa salah mereka? 586 00:47:29,179 --> 00:47:31,181 Tak cukup lagikah hukuman yang putuskan pertalian dengan semua? 587 00:47:31,265 --> 00:47:34,893 Tak. Itu bukan hukuman Jumadeung kerana bunuh diri. 588 00:47:36,186 --> 00:47:37,020 Habis itu? 589 00:47:37,104 --> 00:47:40,274 Kalau mereka tak bunuh diri sekali pun, 590 00:47:41,066 --> 00:47:42,401 seseorang yang menderita teruk 591 00:47:43,235 --> 00:47:45,612 akibat perjalanan hidup mereka 592 00:47:46,822 --> 00:47:50,450 takkan boleh lari daripada takdir biar pun dilahirkan semula. 593 00:47:50,534 --> 00:47:51,660 Mak. 594 00:48:00,294 --> 00:48:01,420 Mak. 595 00:48:14,975 --> 00:48:15,851 Jangan tengok. 596 00:48:16,435 --> 00:48:17,811 Ia akan kekal dalam hati awak. 597 00:48:17,894 --> 00:48:19,062 Siapa awak? 598 00:48:19,146 --> 00:48:21,481 Saya nak jumpa mak saya. 599 00:48:27,696 --> 00:48:29,281 Sakit yang kekal dalam hati 600 00:48:29,865 --> 00:48:32,784 akan terukir pada roh dan beri kesan kepada kehidupan seterusnya. 601 00:48:33,702 --> 00:48:34,620 Jadi… 602 00:48:39,875 --> 00:48:40,876 pergilah ikut mereka. 603 00:48:44,171 --> 00:48:46,423 - Mari. - Saya nak jumpa mak saya. 604 00:48:47,466 --> 00:48:50,218 Boleh saya jumpa dia untuk kali terakhir? 605 00:48:50,302 --> 00:48:51,178 Tak boleh. 606 00:48:51,762 --> 00:48:53,055 Jangan pandang belakang. 607 00:49:08,904 --> 00:49:10,113 Lee Ha-eun. 608 00:49:10,197 --> 00:49:13,492 Dilahirkan pada 24 Mei 2017 pada jam 1:10 pagi. 609 00:49:14,701 --> 00:49:16,286 Nyawa ini telah diambil. 610 00:49:30,634 --> 00:49:32,636 Parut itu terlalu dalam 611 00:49:33,720 --> 00:49:34,888 dan ia memberi kesan 612 00:49:36,223 --> 00:49:37,516 kepada kehidupan seterusnya juga. 613 00:49:40,143 --> 00:49:42,020 Jadi kalau luka tak sembuh sepenuhnya… 614 00:49:42,104 --> 00:49:43,605 Maksud saya, kalau… 615 00:49:44,398 --> 00:49:46,066 Kalaulah 616 00:49:47,275 --> 00:49:49,444 sesuatu yang buruk berlaku kepada mak En. Lim lagi, 617 00:49:49,528 --> 00:49:50,654 apa yang akan terjadi? 618 00:49:54,408 --> 00:49:56,159 Maknya akan terus hidup 619 00:49:57,577 --> 00:49:58,954 dengan parut itu. 620 00:50:09,631 --> 00:50:11,800 Yu-hwa, perut awak dah besar sekarang. 621 00:50:11,883 --> 00:50:14,636 Kenapa tak beritahu pengurus yang awak nak berehat? 622 00:50:15,178 --> 00:50:17,013 Saya bekerja sebab saya yang nak. 623 00:50:18,515 --> 00:50:21,017 Nak simpan duit untuk beli susu formula untuk bayi Lebah Madu saya ini. 624 00:50:22,477 --> 00:50:26,148 Saya juga nak penuhkan kuota jualan sebelum cuti bersalin. 625 00:50:26,231 --> 00:50:27,482 Begitu. 626 00:50:27,566 --> 00:50:28,567 Maaf. 627 00:50:28,650 --> 00:50:30,026 Sekejap, ya? 628 00:50:31,653 --> 00:50:33,989 Ya, encik. Encik nak beli apa? 629 00:50:37,617 --> 00:50:38,493 Saya nak beli semua, 630 00:50:39,911 --> 00:50:42,164 dari sini sampai sana. 631 00:50:43,081 --> 00:50:43,915 Apa? 632 00:50:48,920 --> 00:50:50,881 LIM RYUNG-GU 633 00:50:56,011 --> 00:50:57,763 Uniknya nama encik. Cantik. 634 00:51:00,015 --> 00:51:01,266 Mak. 635 00:51:01,349 --> 00:51:05,270 Mereka ketawakan nama saya, mereka cakap pelik. 636 00:51:11,777 --> 00:51:14,112 Mereka itu tak tahu apa langsung. 637 00:51:14,196 --> 00:51:16,615 Nama kamu nama yang indah sekali. 638 00:51:20,744 --> 00:51:21,828 Encik. 639 00:51:41,681 --> 00:51:43,391 Tak nak buat parti perpisahankah? 640 00:51:43,475 --> 00:51:45,727 Buat apa? Bukannya dia pergi jauh. 641 00:51:45,811 --> 00:51:48,396 Aduhai, sampai hati. Saya berhenti pun tak ada parti? 642 00:51:48,480 --> 00:51:51,066 Apa pula? Waktu itu, kita akan buat majlis untuk meraikan. 643 00:51:51,149 --> 00:51:51,983 Sudahlah. 644 00:51:52,526 --> 00:51:54,694 En. Lim, mari pergi makan ayam goreng dan bir. 645 00:51:54,778 --> 00:51:57,364 Saya tak makan dengan rakan sekerja kecuali kalau daging. 646 00:51:57,864 --> 00:51:59,491 Tak baik minta daging daripada penganggur macam saya. 647 00:51:59,574 --> 00:52:01,326 Baiklah. Kita makan daging! 648 00:52:01,409 --> 00:52:03,578 Di mana? Mari pergi. 649 00:52:04,538 --> 00:52:05,455 Awak belanja, ya? 650 00:52:06,832 --> 00:52:07,749 - Puan ikut? - Pergi dulu. 651 00:52:07,833 --> 00:52:08,917 - Saya ada kerja. - Okey. 652 00:52:20,136 --> 00:52:21,888 Bagus juga saya pindah ke pasukan lain. 653 00:52:21,972 --> 00:52:23,390 Dapatlah rasa daging yang awak belanja. 654 00:52:26,685 --> 00:52:27,769 Nanti. 655 00:52:28,728 --> 00:52:30,939 Setahu saya, tak ada orang yang beri daging lembu percuma. 656 00:52:32,691 --> 00:52:35,527 Kemurahan hati terhad hanya kepada daging khinzir. 657 00:52:36,111 --> 00:52:39,114 - Sudahlah. Saya tak nak belanja. - Saya bergurau. 658 00:52:39,197 --> 00:52:41,449 Saya tahu niat awak ikhlas walaupun muka awak tak. 659 00:52:43,201 --> 00:52:44,703 Muka saya tak ikhlas? 660 00:52:46,788 --> 00:52:48,748 Tak. "Walaupun tak nampak muka awak." 661 00:52:51,251 --> 00:52:53,211 Kuasa daging, ya? 662 00:52:53,295 --> 00:52:55,213 Baik. Mari kita makan daging lembu! 663 00:53:05,473 --> 00:53:07,517 Saya laparlah. Kita nak makan apa nanti? 664 00:53:22,032 --> 00:53:23,116 Lupakan daging lembu. 665 00:53:24,951 --> 00:53:25,911 Kita minum saja. 666 00:54:17,128 --> 00:54:18,254 Wanita yang kita baru nampak itu 667 00:54:19,547 --> 00:54:20,799 mak awak? 668 00:54:22,884 --> 00:54:24,094 Muka awak berubah. 669 00:54:27,138 --> 00:54:29,015 Pandai juga awak baca riak wajah. 670 00:54:30,100 --> 00:54:31,893 Pn. Koo cerita tentang mak awak. 671 00:54:33,561 --> 00:54:37,190 Jangan salahkan puan. Saya yang paksa. 672 00:54:40,527 --> 00:54:42,487 Saya harap awak tak salahkan diri sendiri. 673 00:54:43,488 --> 00:54:44,614 Nampak macam dia 674 00:54:45,240 --> 00:54:46,992 dah dapat kehidupan yang baik. 675 00:54:55,291 --> 00:54:56,793 Saya tertanya-tanya setiap hari 676 00:54:58,336 --> 00:54:59,754 sejak hari pertama jadi malaikat maut. 677 00:55:01,131 --> 00:55:03,174 Kalau mak saya dilahirkan semula, 678 00:55:04,884 --> 00:55:06,177 adakah dia akan hidup dengan baik? 679 00:55:08,013 --> 00:55:08,847 Ya. 680 00:55:09,514 --> 00:55:11,433 Mak saya akan dapat kehidupan yang baik. 681 00:55:13,184 --> 00:55:17,397 Kalau saya dapat jumpa dia lagi nanti, apa yang saya nak buat? 682 00:55:21,901 --> 00:55:24,070 Tapi saya tak dapat buat apa-apa. 683 00:55:25,697 --> 00:55:26,740 Tapi… 684 00:55:28,700 --> 00:55:31,244 setidaknya, awak dapat jumpa dia. 685 00:55:36,416 --> 00:55:37,792 Dia mati sebab saya. 686 00:55:42,005 --> 00:55:43,048 Mak saya. 687 00:55:48,094 --> 00:55:48,970 Saya yang bunuh dia. 688 00:55:49,554 --> 00:55:51,264 Kalaulah saya dilahirkan oleh wanita bangsawan 689 00:55:51,347 --> 00:55:53,725 dan bukan mak, 690 00:55:54,434 --> 00:55:56,311 mesti saya juga boleh 691 00:55:57,604 --> 00:56:01,066 pergi ke sekolah dan belajar tentang huruf 692 00:56:01,816 --> 00:56:04,027 tanpa dipukul oleh anak-anak bangsawan! 693 00:56:07,489 --> 00:56:08,656 Maafkan mak. 694 00:56:10,700 --> 00:56:12,869 Kenapalah saya dapat ibu 695 00:56:13,828 --> 00:56:15,246 yang macam mak? 696 00:56:16,247 --> 00:56:17,540 Memalukan! 697 00:56:19,250 --> 00:56:20,710 Mengaibkan! 698 00:56:21,336 --> 00:56:22,754 Menjijikkan! 699 00:57:29,737 --> 00:57:30,864 Mak. 700 00:57:32,407 --> 00:57:34,200 Ampunkan saya. 701 00:58:08,735 --> 00:58:11,196 {\an8}SATU BULAN KEMUDIAN 702 00:58:11,279 --> 00:58:16,159 {\an8}LIM YU-HWA, UMUR 30 INDEKS KEMURUNGAN 87% 703 00:58:50,109 --> 00:58:51,236 Mungkin kita patut beritahu dia. 704 00:58:51,319 --> 00:58:52,654 {\an8}Itu bukan mak En. Lim. 705 00:58:52,737 --> 00:58:54,697 {\an8}Mereka cuma berkongsi wajah dan nama yang sama, 706 00:58:54,781 --> 00:58:56,199 {\an8}tapi mereka orang berbeza. 707 00:58:56,282 --> 00:58:58,618 {\an8}Saya rasa belum sampai sebulan dia kehilangan bayinya. 708 00:58:58,701 --> 00:59:00,286 {\an8}Jangan risau, Lebah Madu. Mak akan lindungi kamu. 709 00:59:00,370 --> 00:59:01,829 {\an8}Jangan jadi gila, Lim Yu-hwa. 710 00:59:01,913 --> 00:59:04,874 {\an8}Sampai bila awak nak duduk sini dan pangku bayi palsu itu? 711 00:59:04,958 --> 00:59:07,627 {\an8}Betulkah ini semua mimpi? 712 00:59:07,710 --> 00:59:08,711 {\an8}Maafkan mak. 713 00:59:09,295 --> 00:59:10,964 {\an8}Mak yang salah. 714 00:59:11,047 --> 00:59:12,549 En. Lim. 715 00:59:12,632 --> 00:59:14,092 Mak awak… 716 00:59:14,175 --> 00:59:15,218 Tolonglah… 717 00:59:15,301 --> 00:59:16,135 Teruskan hidup. 718 00:59:16,219 --> 00:59:19,931 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Nadia Othman