1 00:00:06,006 --> 00:00:08,258 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:50,967 --> 00:00:54,012 28 APRIL 2022 HARI CUTI 3 00:01:06,274 --> 00:01:08,443 - Ada apa? - Aduh. Terkejutlah. 4 00:01:10,278 --> 00:01:12,322 Tak adalah. Saya cuma… 5 00:01:13,156 --> 00:01:14,908 Kebetulan saya lalu di sini. 6 00:01:16,034 --> 00:01:17,160 Saja singgah. 7 00:01:17,243 --> 00:01:18,912 Kenapa ini? Ada masalah? 8 00:01:19,454 --> 00:01:21,289 Tak ada. Pergi. 9 00:01:22,123 --> 00:01:24,709 Janganlah minum seorang, kalau ada masalah. 10 00:01:24,793 --> 00:01:27,629 Janganlah buat macam tak ada kawan. 11 00:01:27,712 --> 00:01:29,088 Jangan melebih-lebih. 12 00:01:29,172 --> 00:01:30,423 Angin saya tak baik. 13 00:01:30,507 --> 00:01:33,092 Janganlah macam itu. Kita minum sajalah. 14 00:01:33,843 --> 00:01:35,011 Apa hubungan kita? 15 00:01:35,929 --> 00:01:39,015 Hubungan? Kita satu pasukan. Bos dan pekerja. 16 00:01:39,098 --> 00:01:41,351 Tahu pun. Itu saja hubungan kita. 17 00:01:41,434 --> 00:01:42,811 Jangan nak lebih daripada itu. 18 00:01:43,520 --> 00:01:44,354 Saya tak selesa. 19 00:01:44,437 --> 00:01:45,522 "Tak selesa"… 20 00:01:45,605 --> 00:01:47,023 Kasarnya bahasa. 21 00:01:47,106 --> 00:01:49,400 Saya cuma risaukan puan saja. 22 00:01:49,484 --> 00:01:51,986 Sudahlah sejuk. Puan duduk di sini minum arak. Tak ada… 23 00:01:52,070 --> 00:01:53,613 Jangan sibuk. Berambus, boleh tak? 24 00:01:56,533 --> 00:01:57,742 Yalah. Saya pergi. 25 00:01:58,576 --> 00:01:59,661 Saya berambus. 26 00:02:00,453 --> 00:02:03,206 Saya cuma risau saja. 27 00:02:03,289 --> 00:02:04,833 Kenapa kena buat saya terasa hati? 28 00:02:26,771 --> 00:02:28,231 Banyak betul puan minum. 29 00:02:39,534 --> 00:02:40,368 Saya… 30 00:02:43,037 --> 00:02:44,455 Saya tak nak… 31 00:02:46,875 --> 00:02:47,750 hari esok datang. 32 00:02:54,007 --> 00:02:57,594 Saya rasa alam selepas mati agak kejam terhadap orang yang bunuh diri. 33 00:02:57,677 --> 00:02:58,887 Hukuman pertama. 34 00:02:58,970 --> 00:03:00,680 Putusnya ikatan takdir. 35 00:03:00,763 --> 00:03:02,098 Bukan. 36 00:03:06,853 --> 00:03:09,105 Jika mereka tak putuskan ikatan itu, 37 00:03:09,188 --> 00:03:12,775 mereka akan tetap jumpa orang itu, tak kira berapa kali dilahirkan semula. 38 00:03:12,859 --> 00:03:14,444 Putuskan ikatan itu… 39 00:03:16,112 --> 00:03:17,405 maksudnya bunuh diri? 40 00:03:31,920 --> 00:03:34,839 {\an8}EPISOD 14: BUNGA ANEMONE 41 00:03:37,717 --> 00:03:39,218 {\an8}Puan nak pergi ke mana? 42 00:03:39,886 --> 00:03:40,762 {\an8}Saya cuti hari ini. 43 00:03:41,471 --> 00:03:42,889 {\an8}Puan nak buat apa? 44 00:03:43,514 --> 00:03:44,641 {\an8}Jumpa kawan. 45 00:03:45,141 --> 00:03:47,060 {\an8}Puan tak ada kawan. Bukankah semua dah mati? 46 00:03:47,143 --> 00:03:48,353 {\an8}Adalah. 47 00:03:48,436 --> 00:03:50,897 {\an8}Janganlah tipu saya. Puan nak buat apa? 48 00:03:50,980 --> 00:03:52,941 {\an8}Saya dah cakap nak pergi jumpa kawan. 49 00:04:10,667 --> 00:04:12,543 {\an8}KOO RYEON 50 00:04:14,837 --> 00:04:15,755 {\an8}MENYUKAT INDEKS KEMURUNGAN 51 00:04:15,838 --> 00:04:16,673 {\an8}KOO RYEON 52 00:04:19,926 --> 00:04:21,719 {\an8}INDEKS KEMURUNGAN 100% 53 00:04:35,900 --> 00:04:36,776 Apa… 54 00:04:37,402 --> 00:04:38,945 Apa ini? 55 00:04:39,028 --> 00:04:41,447 Kenapa terkejut sangat? Sedang fikirkan sayakah? 56 00:04:42,031 --> 00:04:43,116 Taklah. 57 00:04:43,199 --> 00:04:44,075 Tapi… 58 00:04:44,701 --> 00:04:46,244 kenapa pakai sut ini? Nak pergi mana? 59 00:04:47,161 --> 00:04:49,998 Saya nak ke pusat beli belah. Saya dengar produk musim ini dah sampai. 60 00:04:51,499 --> 00:04:53,001 Nak singgah jumpa mak awak sekali? 61 00:04:54,669 --> 00:04:55,795 Ya. 62 00:04:56,587 --> 00:04:59,799 Ada masalahkah? Kenapa buat muka macam itu? 63 00:05:01,342 --> 00:05:04,095 Saya baru saja semak tahap indeks kemurungan Pn. Koo. 64 00:05:05,179 --> 00:05:06,347 Indeksnya 100 peratus. 65 00:05:10,143 --> 00:05:11,644 Mungkin hari ini dia cuti. 66 00:05:13,187 --> 00:05:16,024 - Apa? - Kami hanya dapat cuti setahun sekali, 67 00:05:17,191 --> 00:05:18,484 iaitu pada ulang tahun kematian kami. 68 00:05:20,069 --> 00:05:21,821 Mesti dia sedang sedih. 69 00:05:22,322 --> 00:05:24,907 Lagipun, berapa ramai orang yang mati dalam bahagia? 70 00:05:56,397 --> 00:05:58,107 Tak boleh, cik muda! 71 00:05:58,191 --> 00:05:59,400 Cik muda! 72 00:06:04,155 --> 00:06:05,281 Cik muda! 73 00:06:11,454 --> 00:06:12,789 Kamu nampak bahagia. 74 00:06:43,945 --> 00:06:45,113 Puan tahu, bukan? 75 00:06:45,988 --> 00:06:47,907 Kalau kamu tiba-tiba tanya macam itu, 76 00:06:47,990 --> 00:06:49,742 apa saya nak jawab? 77 00:06:50,409 --> 00:06:53,329 Saya tahu Pn. Koo ada masalah 78 00:06:55,248 --> 00:06:57,166 tapi dia takkan berkongsi masalah itu. 79 00:06:57,834 --> 00:07:00,128 Bukan mudah nak pikul penderitaan orang lain. 80 00:07:01,003 --> 00:07:03,047 Lebih-lebih lagi orang yang rapat dengan kita. 81 00:07:03,840 --> 00:07:07,218 Mungkin sebab itu, Ryeon tak nak berkongsi masalah dia. 82 00:07:07,844 --> 00:07:09,595 Pn. Koo bunuh diri, betul tak? 83 00:07:12,265 --> 00:07:13,099 Ya. 84 00:07:14,225 --> 00:07:16,561 Ia ada kaitan dengan En. Park. 85 00:07:16,644 --> 00:07:19,105 Awak. Kenapa awak ada di sana? 86 00:07:19,814 --> 00:07:22,400 Tak. Kenapa saya ada di sana? 87 00:07:23,526 --> 00:07:24,902 Di mana? 88 00:07:25,611 --> 00:07:26,529 Mimpi ngeri saya. 89 00:07:27,363 --> 00:07:29,866 Puan hantar Pn. Koo ke Pasukan Pengiring, 90 00:07:30,700 --> 00:07:32,743 kemudian suruh dia ketuai Pasukan PR. 91 00:07:40,126 --> 00:07:41,419 Kenapa puan buat macam itu? 92 00:07:42,920 --> 00:07:43,796 Apa sebabnya? 93 00:07:46,299 --> 00:07:47,925 Kamu masih tak berubah. 94 00:07:48,009 --> 00:07:49,427 "Masih tak berubah"? 95 00:07:49,510 --> 00:07:50,511 Puan! 96 00:07:52,638 --> 00:07:54,348 Siapa sebenarnya Ryeon kepada kamu? 97 00:07:55,558 --> 00:07:57,685 - Apa? - Jawab soalan saya. 98 00:08:00,605 --> 00:08:02,148 Pada mulanya, dia hanya orang yang dingin. 99 00:08:02,231 --> 00:08:03,149 Dah hilang akal? 100 00:08:03,232 --> 00:08:05,359 Kenapa nak terjun ke dalam Sungai Han yang airnya tenang? 101 00:08:05,443 --> 00:08:09,071 Awak, jangan bercakap. Jangan tanya. Buat macam manusia biasa. 102 00:08:09,155 --> 00:08:10,615 Dia juga sukar didekati. 103 00:08:11,574 --> 00:08:12,408 Tapi sekarang? 104 00:08:13,534 --> 00:08:14,410 Sekarang… 105 00:08:20,458 --> 00:08:21,375 Woo-jin! 106 00:08:23,753 --> 00:08:24,754 Puan! 107 00:08:24,837 --> 00:08:26,339 Puan! 108 00:08:26,422 --> 00:08:29,550 Terima kasih banyak. 109 00:08:29,634 --> 00:08:30,843 Saya mengagumi dia. 110 00:08:31,886 --> 00:08:33,596 Adakalanya, saya nak jadi macam dia. 111 00:08:34,347 --> 00:08:35,890 Saya nak tolong dia… 112 00:08:38,226 --> 00:08:40,269 sedaya upaya saya. 113 00:08:44,232 --> 00:08:46,984 Nampaknya, kamu dah bersedia untuk melihat penderitaan Ryeon. 114 00:08:57,870 --> 00:09:00,998 Saya harap kamu mampu terima. 115 00:09:04,043 --> 00:09:05,962 {\an8}SEKITAR 400 TAHUN LALU 116 00:09:17,598 --> 00:09:20,810 Saya dah cakap tak perlu. Kamu boleh pergi. 117 00:09:20,893 --> 00:09:22,353 Tak boleh, cik muda. 118 00:09:22,436 --> 00:09:26,107 Tuan suruh saya perhatikan cik muda walau apa pun berlaku. 119 00:09:26,190 --> 00:09:29,819 Apa saja yang kamu risaukan itu takkan berlaku, 120 00:09:29,902 --> 00:09:30,987 jadi janganlah risau. 121 00:09:31,070 --> 00:09:33,030 Tolonglah. Saya takkan terpedaya lagi. 122 00:09:33,114 --> 00:09:36,284 Saya lebih percayakan anjing atau khinzir yang lalu daripada cik muda. 123 00:09:36,367 --> 00:09:37,660 - Apa? - Apa? 124 00:09:38,411 --> 00:09:39,745 Maafkan saya, cik muda. 125 00:09:41,289 --> 00:09:42,415 Tak apa. 126 00:09:42,498 --> 00:09:45,876 Ini semua sebab saya belum dapatkan kepercayaan kamu sepenuhnya. 127 00:09:46,544 --> 00:09:48,212 Semuanya salah saya. 128 00:09:48,296 --> 00:09:49,380 Cik muda. 129 00:10:07,064 --> 00:10:08,190 Aduhai, cik muda. 130 00:10:09,108 --> 00:10:10,234 Saya terlelap lagi. 131 00:10:14,655 --> 00:10:15,781 Cik muda buat hal lagi! 132 00:10:33,716 --> 00:10:35,092 Hari ini giliran kau. 133 00:11:20,805 --> 00:11:22,306 Kamu dah lama sangat hidup? 134 00:11:23,641 --> 00:11:24,725 Maafkan saya. 135 00:11:27,645 --> 00:11:31,107 Maafkan saya, tuan muda! Anak saya dah buat salah besar! 136 00:11:31,190 --> 00:11:32,316 Tolonglah maafkan kami. 137 00:11:33,567 --> 00:11:35,945 Golongan hamba macam kamu tak patut berada di sini. 138 00:11:36,904 --> 00:11:39,865 - Sekarang juga, saya akan serahkan… - Keterlaluan. 139 00:11:42,451 --> 00:11:43,702 Simpan pedang itu. 140 00:11:43,786 --> 00:11:46,872 Menghunus pedang kepada orang yang tidak bersenjata? 141 00:11:46,956 --> 00:11:48,416 Awak tiada beza dengan binatang. 142 00:11:48,499 --> 00:11:50,042 Apa dia? 143 00:11:50,126 --> 00:11:51,585 Cik muda… 144 00:11:54,380 --> 00:11:59,176 Tak ada gunanya menangkap hamba abdi begini. 145 00:12:00,428 --> 00:12:03,472 Kalau saya tangkap kamu lagi, saya akan penggal kepala kamu. 146 00:12:10,104 --> 00:12:11,313 Terima kasih, cik muda. 147 00:12:11,397 --> 00:12:12,982 - Apa khabar, tuan? - Selamat pagi. 148 00:12:13,065 --> 00:12:14,567 - Selamat jalan, mak! - Hati-hati. 149 00:12:14,650 --> 00:12:15,734 - Selamat pagi. - Hai. 150 00:12:15,818 --> 00:12:17,319 - Aduhai. - Apa khabar? 151 00:12:17,403 --> 00:12:19,363 - Apa khabar? - Hai! 152 00:12:19,447 --> 00:12:22,074 - Aduhai, hai. - Apa khabar? 153 00:12:22,825 --> 00:12:25,119 - Hei! - Apa khabar? 154 00:12:25,202 --> 00:12:26,370 Selamat pagi. 155 00:12:26,454 --> 00:12:29,331 - Hei! - Apa khabar? 156 00:12:29,415 --> 00:12:30,791 - Semoga hari awak baik. - Ya. 157 00:12:43,971 --> 00:12:45,181 Tolong jangan sentuh. 158 00:12:47,933 --> 00:12:49,477 Nampak saja macam bunga biasa, 159 00:12:50,060 --> 00:12:52,354 tapi ini adalah akar pokok yang sangat beracun. 160 00:12:53,105 --> 00:12:54,857 Boleh bunuh seekor kuda atau lembu. 161 00:12:55,733 --> 00:12:56,817 Betulkah? 162 00:12:59,862 --> 00:13:02,740 Cik muda, makanan ini sedap dimakan sewaktu panas. 163 00:13:03,324 --> 00:13:04,700 Jemput makan. 164 00:13:06,202 --> 00:13:07,995 Rasa macam tak layak makan saja. 165 00:13:08,078 --> 00:13:10,414 Seekor arnab pun saya tak dapat tangkap hari ini. 166 00:13:10,498 --> 00:13:12,750 Aduhai, janganlah cakap macam itu. 167 00:13:12,833 --> 00:13:14,668 Cik muda dah bayar dengan ubat itu. 168 00:13:14,752 --> 00:13:17,338 - Tak perlulah ke sini lagi. - Kenapa cakap begitu? 169 00:13:17,421 --> 00:13:19,381 Masih banyak yang saya berhutang. 170 00:13:20,049 --> 00:13:23,677 Saya hampir mati apabila ular itu patuk saya sewaktu saya memburu. 171 00:13:24,553 --> 00:13:26,680 Kamu yang bawa saya ke sini. 172 00:13:27,473 --> 00:13:29,934 Saya masih hidup dan bernafas hari ini disebabkan kamu. 173 00:13:31,060 --> 00:13:32,978 Tak terbayar dengan harta benda. 174 00:13:33,687 --> 00:13:35,773 Seumur hidup saya pun saya takkan mampu bayar. 175 00:13:35,856 --> 00:13:37,566 Kami dah terima lebih daripada cukup. 176 00:13:38,150 --> 00:13:39,777 Cukuplah cik muda tak pandang rendah pada kami 177 00:13:39,860 --> 00:13:42,530 dan layan kami seperti manusia. 178 00:13:42,613 --> 00:13:45,491 Saya cuma khuatir kalau cik muda terluka nanti. 179 00:13:45,574 --> 00:13:46,659 Jangan risau. 180 00:13:48,369 --> 00:13:50,371 Terima kasih jamu saya makan. 181 00:14:00,464 --> 00:14:03,425 Menghunus pedang kepada orang yang tidak bersenjata? 182 00:14:03,509 --> 00:14:05,010 Awak tiada beza dengan binatang. 183 00:14:27,908 --> 00:14:28,909 Kenapa ini? 184 00:14:30,369 --> 00:14:31,203 Kaki saya… 185 00:14:38,794 --> 00:14:39,712 Sakit sikit. 186 00:15:17,708 --> 00:15:18,876 Kamu buat apa ini? 187 00:15:18,959 --> 00:15:20,169 - Apa? - Kamu… 188 00:15:20,961 --> 00:15:22,296 Datuk! 189 00:15:28,510 --> 00:15:29,637 Tuan muda tak apa-apa? 190 00:15:30,846 --> 00:15:32,806 Nasib baik tuan muda sempat sampai, 191 00:15:32,890 --> 00:15:34,266 kalau tidak buruk padahnya. 192 00:15:36,435 --> 00:15:38,228 Semuanya jasa Cik Muda Ryeon. 193 00:15:38,312 --> 00:15:40,814 Dia cakap kami kena selamatkan tuan muda walau apa cara sekali pun. 194 00:15:41,774 --> 00:15:46,278 Dia kata semua nyawa itu bernilai dan berharga. 195 00:15:55,037 --> 00:15:57,456 Tuan muda akan boleh berdiri dalam beberapa hari lagi. 196 00:15:59,541 --> 00:16:00,542 Terima kasih. 197 00:16:03,170 --> 00:16:05,923 Saya rasa tuan muda patut ucap terima kasih kepada cik muda. 198 00:16:16,183 --> 00:16:18,394 Tengoklah! Saya dapat kuang bayas. 199 00:16:42,960 --> 00:16:43,877 Kita bertemu lagi. 200 00:16:50,050 --> 00:16:51,260 Terima kasih. 201 00:16:51,343 --> 00:16:54,263 Saya cuma selamatkan awak sebab saya berpegang pada janji. 202 00:16:54,346 --> 00:16:57,141 Undang-undang yang awak sebut itu takkan wujud tanpa manusia. 203 00:16:57,224 --> 00:16:58,767 Kita semua manusia yang sama. 204 00:16:59,476 --> 00:17:00,310 Ya. 205 00:17:00,894 --> 00:17:02,104 Saya juga manusia. 206 00:17:06,191 --> 00:17:07,151 Awak dah sihat? 207 00:17:07,234 --> 00:17:10,571 Saya dah semakin sihat sebab awak. Cukup sihat untuk berburu. 208 00:17:11,488 --> 00:17:14,825 Patutlah tak ada langsung kuang bayas di dalam hutan hari ini. 209 00:17:15,492 --> 00:17:18,912 Tuan muda dan cik muda nak buat perut kami meletup kekenyangan? 210 00:17:18,996 --> 00:17:22,124 Kalau nak buat begitu, lebih baik saya tangkap khinzir hutan. 211 00:17:22,708 --> 00:17:23,751 Mana cukup. 212 00:17:24,334 --> 00:17:26,545 Lain kali, saya bawa balik harimau pula. 213 00:17:26,628 --> 00:17:27,838 Aduhai. 214 00:17:27,921 --> 00:17:31,341 Kita masih perlukan harimau di gunung untuk melindungi kita. 215 00:17:31,425 --> 00:17:32,968 Kenapa? 216 00:17:33,052 --> 00:17:36,472 Saya dengar puak gasar dari utara 217 00:17:36,555 --> 00:17:39,349 dah melepasi Sungai Amnok dan sedang menceroboh dan menjarah. 218 00:17:39,433 --> 00:17:40,893 Kalaulah terjadi perang, 219 00:17:41,810 --> 00:17:44,980 rakyat biasa macam kamilah yang akan mati dulu, betul tak? 220 00:17:52,988 --> 00:17:54,782 Saya ada dengar ayah cakap tentang itu. 221 00:17:55,616 --> 00:17:58,118 Dia cakap permintaan Jin dan Seterusnya yang mahal dan tak berkesudahan 222 00:17:58,202 --> 00:17:59,578 membangkitkan kekecohan di mahkamah. 223 00:17:59,661 --> 00:18:00,537 Aduhai. 224 00:18:00,621 --> 00:18:03,832 Sudahlah pertahanan negara lemah… 225 00:18:03,916 --> 00:18:05,292 Semuanya kerana negara ini 226 00:18:05,375 --> 00:18:08,087 hanya hargai pegawai awam dan tak menghormati tentera. 227 00:18:09,505 --> 00:18:10,756 Sayang betul. 228 00:18:11,673 --> 00:18:12,925 Baiklah. Saya pergi dulu. 229 00:18:15,302 --> 00:18:20,724 Saya Jung-gil, anak sulung Park Won-sik. 230 00:18:21,433 --> 00:18:24,895 Boleh saya tahu nama cik muda? 231 00:18:26,271 --> 00:18:27,106 Nama saya 232 00:18:28,565 --> 00:18:29,691 Koo Ryeon. 233 00:18:44,039 --> 00:18:46,834 Sudahlah pertahanan negara lemah… 234 00:18:48,627 --> 00:18:50,254 Semuanya kerana negara ini 235 00:18:50,337 --> 00:18:53,215 hanya hargai pegawai awam dan tak menghormati tentera. 236 00:19:13,694 --> 00:19:15,445 Kahwin? 237 00:19:15,529 --> 00:19:16,822 Kenapa tiba-tiba? 238 00:19:17,406 --> 00:19:18,740 Kamu dah cukup umur 239 00:19:20,200 --> 00:19:24,121 dan perkahwinan ini sudah dibincangkan sebelum kamu lahir lagi. 240 00:19:24,204 --> 00:19:25,164 Ayah! 241 00:19:25,247 --> 00:19:28,584 Dia lelaki yang ada paras rupa dan berpencapaian tinggi dalam pendidikan. 242 00:19:28,667 --> 00:19:30,836 Tak ada kurangnya sebagai suami kamu. 243 00:19:30,919 --> 00:19:34,882 Saya tak mahu kahwini lelaki yang rupa dan namanya saya tak kenal. 244 00:19:35,465 --> 00:19:37,593 Berani seorang wanita berkata begitu! 245 00:19:39,136 --> 00:19:44,183 Adakah sebab kamu tak dapat kasih ibu atau silap ayah memanjakan kamu? 246 00:19:44,266 --> 00:19:45,142 Tidak. 247 00:19:45,225 --> 00:19:48,729 Adakah kerana ayah ajar anak perempuan untuk membaca dan menulis? 248 00:19:48,812 --> 00:19:51,023 Sebab itu kamu semakin angkuh? 249 00:19:51,106 --> 00:19:52,107 Tidak. 250 00:19:52,191 --> 00:19:55,903 Kalau begitu, mesti salah ayah kerana biarkan kamu buat sesuka hati 251 00:19:55,986 --> 00:19:58,155 sebab ayah kagum dengan kesungguhan kamu dalam pembelajaran 252 00:19:58,238 --> 00:19:59,323 biarpun kamu seorang perempuan. 253 00:20:00,157 --> 00:20:00,991 Bukan itu! 254 00:20:01,074 --> 00:20:02,451 Habis itu? 255 00:20:03,452 --> 00:20:04,786 Confucius pernah berkata, 256 00:20:05,454 --> 00:20:07,039 "Seseorang yang menyatakan apa yang dia suka 257 00:20:07,122 --> 00:20:10,125 dan apa yang dia tidak suka adalah orang yang baik." 258 00:20:10,959 --> 00:20:14,129 Ayah, saya nak jadi orang yang baik. 259 00:20:15,422 --> 00:20:16,465 Apa maksud kamu? 260 00:20:16,548 --> 00:20:19,051 Maksud saya, teguran ayah tidak akan berhasil. 261 00:20:20,010 --> 00:20:22,262 Saya tidak akan berkahwin dengan pilihan ayah. 262 00:20:22,346 --> 00:20:23,597 Aduhai! 263 00:20:23,680 --> 00:20:25,766 Kenapa kamu tak mahu mendengar kata? 264 00:20:26,600 --> 00:20:27,976 Saya minta diri dulu. 265 00:20:34,524 --> 00:20:35,484 Cik muda! 266 00:20:36,568 --> 00:20:38,403 Tak boleh, cik muda! 267 00:20:43,617 --> 00:20:46,161 Saya tak boleh terima perkahwinan ini. 268 00:20:46,245 --> 00:20:49,081 Apa cik muda nak buat selepas meluru masuk ke dalam rumah dia? 269 00:20:49,164 --> 00:20:52,251 Saya akan beritahu dia, saya dah ada pilihan sendiri. 270 00:20:54,086 --> 00:20:57,589 Cik muda, teruk kalau tuan dapat tahu. 271 00:20:57,673 --> 00:21:00,384 Sebab itu, kamu kena tutup mulut. 272 00:21:09,559 --> 00:21:10,435 Baiklah. 273 00:21:11,228 --> 00:21:13,438 Tunggu di sini dan tonton persembahan. 274 00:21:13,522 --> 00:21:14,606 Apa? 275 00:21:15,232 --> 00:21:16,984 Betulkah? 276 00:21:17,067 --> 00:21:20,445 Kamu selalu cakap yang kamu nak sertai rombongan teater. 277 00:21:25,117 --> 00:21:27,828 - Tapi saya rasa bersalah… - Tak apa. 278 00:21:46,471 --> 00:21:47,889 Buka pintu! 279 00:21:48,890 --> 00:21:50,017 Buka pintu! 280 00:22:39,524 --> 00:22:41,193 Indah betul warnanya. 281 00:23:03,131 --> 00:23:04,508 Buat apa itu? 282 00:23:04,591 --> 00:23:09,471 Saya nak tahu bagaimana rupa awak apabila warna merah mengelilingi mata. 283 00:23:10,680 --> 00:23:12,015 Tolong lapkan segera. 284 00:23:14,518 --> 00:23:16,770 Warna merah sangat sesuai dengan awak. 285 00:23:25,112 --> 00:23:28,031 Kenapa pandang saya macam itu? 286 00:23:32,869 --> 00:23:34,079 Saya cintakan awak. 287 00:23:51,012 --> 00:23:52,556 Kena tunggu sampai bila? 288 00:23:53,265 --> 00:23:55,058 Katanya, harimau menggunakan sepenuh tenaga 289 00:23:55,142 --> 00:23:57,060 walau pun hanya memburu seekor arnab. 290 00:23:57,686 --> 00:24:01,189 Maksudnya, tidak kiralah kita memburu kuang bayas atau rusa, 291 00:24:01,857 --> 00:24:03,275 kita perlu kekalkan cara yang sama. 292 00:24:06,570 --> 00:24:11,074 Saya dah buat keputusan untuk ambil peperiksaan pegawai tentera. 293 00:24:12,617 --> 00:24:16,037 Saya nak berjuang demi rakyat biasa yang paling awal bakal terkesan 294 00:24:16,121 --> 00:24:20,125 jika negara kita berdepan kesukaran atau peperangan. 295 00:24:36,975 --> 00:24:42,105 SEMOGA PENYATUAN DUA KELUARGA INI MENJADI SUMBER KEBAHAGIAAN 296 00:25:21,436 --> 00:25:22,520 Cik muda! 297 00:25:55,428 --> 00:25:58,807 Awak masih seronok macam dulu tiap kali bertemu penjual dan barangannya. 298 00:25:58,890 --> 00:26:01,142 Kata orang, memandang bermaksud menginginkan. 299 00:26:01,810 --> 00:26:03,979 Maksudnya, kita kena berhati-hati dengan keinginan memiliki barangan. 300 00:26:05,730 --> 00:26:09,234 Bodoh betul saya kerana menginginkan barangan seperti ini. 301 00:26:13,989 --> 00:26:16,032 Pilihlah yang mana berkenan di hati. 302 00:26:19,369 --> 00:26:20,578 Isteriku. 303 00:26:25,792 --> 00:26:26,793 Yang ini. 304 00:26:27,627 --> 00:26:29,754 Yang ini. Yang ini juga. 305 00:26:30,505 --> 00:26:31,965 Yang ini pun saya suka. 306 00:26:32,549 --> 00:26:34,092 Isteriku, pilih satu saja. 307 00:26:35,885 --> 00:26:39,431 Tolong pilihkan satu yang sesuai dengan saya. 308 00:26:41,057 --> 00:26:42,976 Pakailah apa pun, awak tetap memukau. 309 00:26:43,893 --> 00:26:45,729 - Saya ambil semuanya. - Nanti. 310 00:26:46,438 --> 00:26:47,480 Saya suka yang ini. 311 00:26:51,901 --> 00:26:53,862 Saya pun paling suka yang ini. 312 00:26:54,612 --> 00:26:55,447 Apa itu? 313 00:26:57,073 --> 00:27:00,493 - Kenapa tentera di sini? - Apa dah jadi? 314 00:27:03,204 --> 00:27:04,080 Kenapa ini? 315 00:27:04,164 --> 00:27:06,124 Pesuruhjaya Lee Chun-ho minta bantuan 316 00:27:06,207 --> 00:27:08,376 untuk segera mengerahkan pasukan tentera kerana puak gasar sedang menjarah 317 00:27:08,460 --> 00:27:09,502 setelah memecah masuk sempadan. 318 00:27:12,047 --> 00:27:13,631 Tempatnya tak jauh dari sini. 319 00:27:13,715 --> 00:27:14,716 Ada berita dari Hanyang? 320 00:27:14,799 --> 00:27:16,676 Tuan diarahkan untuk segera membantu. 321 00:27:24,142 --> 00:27:25,935 Keadaan agak teruk. 322 00:27:26,019 --> 00:27:29,981 Nyawa seorang manusia itu penting, tapi negaralah yang harus didahulukan. 323 00:27:30,065 --> 00:27:31,566 Jangan risaukan saya. Pergilah. 324 00:27:32,984 --> 00:27:34,194 Tuan. 325 00:27:34,277 --> 00:27:35,111 Nanti. 326 00:27:39,616 --> 00:27:40,658 Kalau begitu, 327 00:27:41,576 --> 00:27:42,702 saya pergi. 328 00:28:04,015 --> 00:28:06,267 Puan dah dengar? 329 00:28:06,851 --> 00:28:08,853 Ada khabar angin yang tentera Qing menyerang. 330 00:28:08,937 --> 00:28:12,399 Nurhaci dari Jin dan Seterusnya dah mati dan Hong Taiji dah naik takhta. 331 00:28:12,482 --> 00:28:14,609 Saya dengar dia dah tukar nama negara mereka kepada "Qing". 332 00:28:15,276 --> 00:28:16,277 Dia lelaki berbahaya. 333 00:28:17,821 --> 00:28:20,448 Bukankah kita patut berpindah? 334 00:28:21,491 --> 00:28:24,994 Saya dengar hampir separuh penduduk dah berkemas dan berpindah. 335 00:28:25,745 --> 00:28:27,080 Kalau negara kita musnah, 336 00:28:27,705 --> 00:28:29,791 masih adakah tempat yang selamat untuk kita pergi? 337 00:28:30,500 --> 00:28:33,086 Bagaimana kalau di Hanyang, tempat Raja bersemayam? 338 00:28:33,169 --> 00:28:34,879 Kalau kamu nak pergi, pergilah. 339 00:28:36,172 --> 00:28:38,216 Takkanlah saya nak tinggalkan puan? 340 00:28:38,299 --> 00:28:39,384 Kenapa pula? 341 00:28:39,467 --> 00:28:41,052 Kamu kata kamu akan pergi 342 00:28:41,136 --> 00:28:43,805 apabila dah jatuh cinta dengan ketua rombongan teater. 343 00:28:43,888 --> 00:28:44,764 Aduhai. 344 00:28:45,306 --> 00:28:47,183 Itu gurauan masa kecil. 345 00:28:47,767 --> 00:28:49,394 Berhentilah mengusik saya. 346 00:28:50,645 --> 00:28:54,315 Masih bergurau dalam keadaan negara hampir musnah? 347 00:28:57,444 --> 00:28:59,779 Saya pergi ke pasar dulu. 348 00:29:00,280 --> 00:29:02,615 Bukan senang nak dapatkan beras dan barli sekarang. 349 00:29:03,408 --> 00:29:06,453 Harapnya adalah hari ini. 350 00:29:11,666 --> 00:29:14,252 Baru saya tahu rasa seksanya hati ibu 351 00:29:15,128 --> 00:29:16,921 apabila terpaksa hantar anak ke medan perang. 352 00:29:18,131 --> 00:29:19,340 Dia akan selamat. 353 00:29:19,841 --> 00:29:21,134 Tolong jangan risau. 354 00:29:21,217 --> 00:29:22,343 Kalau tak kerana kamu, 355 00:29:23,136 --> 00:29:24,721 dia takkan jadi pegawai tentera. 356 00:29:25,597 --> 00:29:26,848 Maafkan saya, 357 00:29:27,557 --> 00:29:30,268 tapi bukan saya yang mencadangkannya. 358 00:29:30,351 --> 00:29:32,353 Kalau dia jadi pegawai awam seperti orang lain, 359 00:29:32,437 --> 00:29:34,522 dia tak perlu pergi berperang. 360 00:29:34,606 --> 00:29:36,191 Masa depannya pun cerah. 361 00:29:36,274 --> 00:29:40,361 Dia jadi tentera kerana dia sayangkan negara ini lebih dari segalanya. 362 00:29:40,945 --> 00:29:43,072 Saya bangga dengan dia. 363 00:29:43,990 --> 00:29:47,118 Mati hidup semula pun kamu takkan tahu perasaan ini 364 00:29:47,744 --> 00:29:49,412 kerana kamu tak ada anak sendiri. 365 00:29:50,205 --> 00:29:53,124 Kenapa? Salahkah saya cakap? 366 00:30:04,552 --> 00:30:05,678 Mak kena lari. 367 00:30:10,141 --> 00:30:11,434 Kenapa ini? 368 00:30:16,689 --> 00:30:18,274 Jangan melawan! 369 00:30:28,827 --> 00:30:30,119 Perempuan biadab! 370 00:31:21,421 --> 00:31:22,338 Mak! 371 00:31:22,422 --> 00:31:23,715 Pergi sembunyi di ruang bawah bangsal. 372 00:31:23,798 --> 00:31:26,009 Kamu? Mana kamu nak pergi? 373 00:31:26,092 --> 00:31:28,261 - Gop-dan belum balik lagi. - Dia cuma hamba! 374 00:31:28,344 --> 00:31:31,180 Dia lebih rapat berbanding darah daging saya sendiri. 375 00:31:31,264 --> 00:31:32,473 Cepat pergi. 376 00:31:33,224 --> 00:31:34,183 Baiklah. 377 00:31:47,071 --> 00:31:47,989 Gop-dan… 378 00:32:48,591 --> 00:32:50,468 Di sini rupanya, bersembunyi macam tikus! 379 00:33:27,255 --> 00:33:28,965 Gop-dan! 380 00:33:31,926 --> 00:33:34,762 Kenapa puan datang ke sini? 381 00:33:35,805 --> 00:33:36,681 Mari pergi. 382 00:33:37,682 --> 00:33:38,683 Saya takut. 383 00:33:38,766 --> 00:33:40,393 Kamu akan mati kalau terus di sini. 384 00:33:46,733 --> 00:33:47,608 Mari pergi. 385 00:33:58,786 --> 00:33:59,829 Puan! 386 00:34:00,455 --> 00:34:01,622 Bahaya kalau pergi. 387 00:34:01,706 --> 00:34:03,041 Saya kena selamatkan dia. 388 00:34:03,124 --> 00:34:04,542 Tunggu di sini dan bersembunyi. 389 00:34:05,668 --> 00:34:06,753 Puan… 390 00:34:30,526 --> 00:34:31,402 Kamu tak apa-apa? 391 00:35:45,726 --> 00:35:47,979 - Ada apa? - Luka ditoreh pisau dia bernanah. 392 00:35:57,655 --> 00:36:00,199 - Letakkan dia di atas kuda. - Habis itu, tuan bagaimana? 393 00:36:00,283 --> 00:36:02,160 Saya tak apa-apa. Letak dia di atas kuda. 394 00:36:26,517 --> 00:36:28,519 Tuan. Tuan dah balik. 395 00:36:30,104 --> 00:36:32,190 - Tuan dah balik. - Jung-gil! 396 00:36:33,649 --> 00:36:34,734 Jung-gil! 397 00:36:35,318 --> 00:36:36,444 Jung-gil! 398 00:36:36,527 --> 00:36:38,946 Jung-gil, kamu dah balik. Kamu dah balik. 399 00:36:42,283 --> 00:36:43,868 Lega saya mak selamat. 400 00:36:45,328 --> 00:36:47,747 Kamu cedera teruk? 401 00:36:48,372 --> 00:36:50,958 - Tak. Saya tak apa-apa. - Baguslah. 402 00:36:51,751 --> 00:36:52,793 Tapi… 403 00:36:54,462 --> 00:36:55,713 mana dia? 404 00:36:59,342 --> 00:37:00,176 Mana Ryeon? 405 00:37:03,054 --> 00:37:04,180 Mak rasa dia diculik 406 00:37:04,889 --> 00:37:06,057 oleh puak gasar. 407 00:37:09,602 --> 00:37:10,519 Jung-gil! 408 00:37:11,437 --> 00:37:12,313 Jung-gil! 409 00:37:42,593 --> 00:37:44,095 Siap sedia! 410 00:38:43,821 --> 00:38:44,822 Jangan menangis. 411 00:38:46,157 --> 00:38:48,367 Kita akan pulang dengan selamat. 412 00:39:13,517 --> 00:39:15,895 Puan tak apa-apa? 413 00:39:16,771 --> 00:39:17,646 Kamu? 414 00:39:18,439 --> 00:39:19,648 Semuanya salah saya. 415 00:39:20,274 --> 00:39:23,611 Sepatutnya saya bunuh diri saja. 416 00:39:26,989 --> 00:39:28,366 Kamu kena terus hidup. 417 00:39:28,449 --> 00:39:31,327 Selagi kita hidup, kita boleh pulang ke sana. 418 00:39:33,162 --> 00:39:34,205 Baik. 419 00:39:46,175 --> 00:39:47,051 Gop-dan. 420 00:39:49,220 --> 00:39:51,222 Saya rasa ada cara untuk kita pulang. 421 00:40:15,371 --> 00:40:18,958 Ada nampak wanita lain yang diculik? 422 00:40:19,542 --> 00:40:20,709 Bukan seorang dua. 423 00:40:20,793 --> 00:40:24,171 Dengar kata beratus-ratus. Tak, beribu-ribu wanita. 424 00:40:31,637 --> 00:40:33,514 Nampak saja macam bunga biasa, 425 00:40:33,597 --> 00:40:35,975 tapi ini adalah akar pokok yang sangat beracun. 426 00:40:36,976 --> 00:40:38,936 Boleh bunuh seekor kuda atau lembu. 427 00:41:32,990 --> 00:41:35,367 Kenapa dengan mereka itu? 428 00:41:41,624 --> 00:41:44,668 Saya rasa makanan ini dah diracun. 429 00:41:48,923 --> 00:41:50,007 Mari pergi. 430 00:41:55,221 --> 00:41:57,056 Semua bangun! Cepat! 431 00:42:02,061 --> 00:42:03,020 Ke sana! 432 00:43:00,744 --> 00:43:01,745 Ikut jalan ini. 433 00:43:03,038 --> 00:43:05,165 Semua, ikut sini! 434 00:43:42,620 --> 00:43:43,579 Kita dah sampai. 435 00:43:45,331 --> 00:43:46,540 Ini tanah Joseon. 436 00:43:47,499 --> 00:43:48,959 Bertahan sikit saja lagi. 437 00:43:49,043 --> 00:43:50,169 Ya. 438 00:43:51,503 --> 00:43:52,379 Mari. 439 00:44:14,443 --> 00:44:15,277 Kita dah selamat! 440 00:44:18,072 --> 00:44:19,073 Kita dah sampai. 441 00:44:24,411 --> 00:44:25,746 Berhenti! 442 00:44:25,829 --> 00:44:27,206 Kami rakyat Joseon! 443 00:44:29,291 --> 00:44:30,459 Patah balik. 444 00:44:30,542 --> 00:44:32,878 Boleh jadi kamu tali barut puak gasar. 445 00:44:32,961 --> 00:44:34,213 Kamu tak dibenarkan masuk. 446 00:44:34,296 --> 00:44:35,130 - Tak. - Apa? 447 00:44:35,214 --> 00:44:37,800 - Kenapa cakap macam itu? - Ini arahan Komander Tentera. 448 00:44:37,883 --> 00:44:41,387 Sesiapa yang telah melepasi sempadan bukan lagi dikira rakyat Joseon. 449 00:44:41,929 --> 00:44:43,639 - Apa? - Kenapa… 450 00:44:43,722 --> 00:44:48,727 Kami kembali ke negara ini selepas berkali-kali mempertaruhkan nyawa. 451 00:44:49,353 --> 00:44:51,063 Sekarang, negara kami 452 00:44:52,022 --> 00:44:53,649 tak mahu terima kami lagi? 453 00:44:59,696 --> 00:45:01,323 Kalau awak mara selangkah lagi, 454 00:45:02,032 --> 00:45:03,075 saya akan bunuh awak. 455 00:45:07,621 --> 00:45:08,455 Bunuhlah. 456 00:45:15,254 --> 00:45:16,213 Siapa di sana? 457 00:45:28,684 --> 00:45:31,103 Sentuh walau seurat rambut wanita-wanita ini, 458 00:45:31,687 --> 00:45:33,147 leher kamu yang akan dicantas. 459 00:45:38,861 --> 00:45:40,112 Tuan akan menyesal. 460 00:45:55,377 --> 00:45:56,545 Awak lambat. 461 00:45:57,171 --> 00:45:59,047 Saya bersyukur awak masih hidup. 462 00:46:00,424 --> 00:46:01,800 Maafkan saya kerana terlambat. 463 00:46:31,121 --> 00:46:32,289 Awak masih bermimpi ngeri? 464 00:46:34,124 --> 00:46:35,626 Dah setahun berlalu. 465 00:46:36,335 --> 00:46:37,711 Awak dah boleh bertenang sekarang. 466 00:46:40,130 --> 00:46:43,425 Kita pergi jumpa tabib esok dan minta ubat. 467 00:46:56,355 --> 00:46:57,814 Selamat jalan, tuan. 468 00:47:07,783 --> 00:47:10,285 - Aduhai. - Perempuan itulah. 469 00:47:10,369 --> 00:47:11,954 - Dialah. - Aduhai. 470 00:47:12,037 --> 00:47:13,956 - Menyampah! - Tengoklah itu. 471 00:47:14,039 --> 00:47:17,084 - Aduhai. - Tak sangka betul. 472 00:47:17,167 --> 00:47:19,545 - Apa nak jadi dengan dunia ini? - Berani betul dia! 473 00:47:31,014 --> 00:47:32,683 Terusan sekecil ini 474 00:47:33,308 --> 00:47:35,143 dipanggil "Hoijeolgang"? 475 00:47:35,227 --> 00:47:37,729 Apa maksud "Hoijeolgang"? 476 00:47:37,813 --> 00:47:39,982 Katanya inilah sungai untuk bersuci. 477 00:47:41,400 --> 00:47:43,110 Kerajaan dah tetapkan begitu. 478 00:47:43,193 --> 00:47:45,237 Orang kata, sesiapa yang ingin dosanya diampunkan 479 00:47:45,320 --> 00:47:46,989 hendaklah mandi di sini. 480 00:47:47,072 --> 00:47:49,324 Apa dosa kita? 481 00:47:50,450 --> 00:47:52,244 Dosa pulang dalam keadaan bernyawa 482 00:47:53,495 --> 00:47:55,163 selepas diculik puak gasar. 483 00:47:56,707 --> 00:47:57,791 Mereka tuduh kita 484 00:47:57,874 --> 00:48:00,377 melacurkan diri untuk pulang ke sini? 485 00:48:00,460 --> 00:48:01,753 Ya. 486 00:48:03,005 --> 00:48:04,298 Mengarut betul. 487 00:48:04,381 --> 00:48:07,593 Kalau saya tahu jadi begini, saya takkan pulang ke sini! 488 00:48:10,053 --> 00:48:11,930 Ia cuma gosip murahan. 489 00:48:12,639 --> 00:48:13,849 Ia akan beransur lenyap 490 00:48:14,766 --> 00:48:16,310 dimamah masa. 491 00:48:26,486 --> 00:48:27,613 Kamu dah dengar? 492 00:48:28,196 --> 00:48:30,115 Tuan Besar Sinpung, Jang Seon-hong, 493 00:48:30,699 --> 00:48:34,119 sudah meminta perkenan Raja untuk menceraikan isterinya. 494 00:48:34,202 --> 00:48:35,704 Apa yang mak nak cakap? 495 00:48:35,787 --> 00:48:37,080 Isterinya juga 496 00:48:37,164 --> 00:48:40,375 ialah Wanita Pulang yang diculik oleh puak gasar. 497 00:48:43,045 --> 00:48:45,172 Mana mungkin kita biarkan wanita yang dicemari puak gasar 498 00:48:45,255 --> 00:48:49,843 mengandungkan zuriat keturunan kita, malah upacara kematian nenek moyang. 499 00:48:51,386 --> 00:48:54,681 - Mak akan carikan kamu isteri baru. - Mak! 500 00:48:54,765 --> 00:48:56,892 Negara kita terlalu lemah untuk melindungi mereka. 501 00:48:56,975 --> 00:48:58,310 Maruah wanita-wanita kita tercalar 502 00:48:58,393 --> 00:49:00,103 kerana orang kita gagal mempertahankan negara ini. 503 00:49:00,187 --> 00:49:02,064 Kenapa mak salahkan wanita-wanita itu? 504 00:49:02,147 --> 00:49:04,524 Mak dengar ada isteri yang bunuh diri untuk jaga kesucian mereka. 505 00:49:04,608 --> 00:49:06,234 Kesucian siapa yang nak dijaga? 506 00:49:07,444 --> 00:49:08,528 Jangan pernah 507 00:49:09,112 --> 00:49:10,697 sebut perkara ini lagi. 508 00:49:13,950 --> 00:49:15,077 Macam mana dengan khabar angin? 509 00:49:15,911 --> 00:49:17,245 Apa yang kamu nak buat? 510 00:49:18,246 --> 00:49:21,458 Kamu tahu tak apa yang orang cakap tentang isteri kamu? 511 00:49:31,259 --> 00:49:33,553 Awak ada dengar? Tentang isteri Ketua Pegawai. 512 00:49:33,637 --> 00:49:35,555 Dia dah lama tak keluar. 513 00:49:36,598 --> 00:49:39,142 Dengar kata, dia mengandungkan anak puak gasar. 514 00:49:39,226 --> 00:49:40,060 Yakah? 515 00:49:40,143 --> 00:49:40,977 Ya! 516 00:49:41,061 --> 00:49:41,937 Aduhai. 517 00:49:42,437 --> 00:49:44,898 Orang kata kena jaga-jaga dengan orang yang pendiam. 518 00:49:45,399 --> 00:49:47,901 Ada orang nampak dia jumpa tabib beberapa hari lepas. 519 00:49:48,610 --> 00:49:50,237 Katanya nak gugurkan kandungan itu! 520 00:49:50,320 --> 00:49:51,613 Saya pun dengar macam itu! 521 00:49:51,697 --> 00:49:53,031 Betullah agaknya! 522 00:49:53,115 --> 00:49:54,491 Betullah itu. Aduhai. 523 00:49:57,911 --> 00:49:59,454 Siapa yang beritahu kamu? 524 00:50:00,622 --> 00:50:02,999 Maafkan saya, tuan. 525 00:50:04,668 --> 00:50:05,961 Diam. 526 00:50:08,714 --> 00:50:09,881 Puan! 527 00:50:09,965 --> 00:50:10,841 Puan! 528 00:50:10,924 --> 00:50:12,759 Puan, ada masalah besar. 529 00:50:13,427 --> 00:50:14,511 Apa dia? 530 00:50:18,849 --> 00:50:19,683 - Aduhai. - Oh, Tuhan! 531 00:50:22,144 --> 00:50:24,479 Cakap, dari mana dan dari siapa kamu dengar. 532 00:50:24,563 --> 00:50:27,941 - Maafkan saya, tuan! Ampunkan saya! - Kami tak tahu! 533 00:50:28,024 --> 00:50:31,695 Kami hanya ikut cakap-cakap orang. 534 00:50:31,778 --> 00:50:33,029 Tolong jangan bunuh kami! 535 00:50:37,659 --> 00:50:39,745 Ampunkan saya, tuan. Ampunkan saya! 536 00:50:39,828 --> 00:50:41,663 Kami takkan buat lagi! 537 00:50:41,747 --> 00:50:43,707 Semua orang cakap macam itu, kami tak ada niat… 538 00:50:43,790 --> 00:50:46,126 Berhenti! Apa yang dah jadi ini? 539 00:50:47,127 --> 00:50:48,712 - Puan. - Puan! 540 00:50:48,795 --> 00:50:50,172 Tolong kami! 541 00:50:50,255 --> 00:50:51,798 Tolonglah kami! Tolong kami! 542 00:50:51,882 --> 00:50:55,469 Kami tak tahu dari mana khabar angin itu datang. 543 00:50:58,638 --> 00:50:59,598 Ya. 544 00:50:59,681 --> 00:51:02,476 Kalau tak ada angin, takkan pokok boleh bergoyang? 545 00:51:04,394 --> 00:51:06,521 - Kamu semua boleh pergi. - Ya? 546 00:51:06,605 --> 00:51:08,857 - Mak. - Mak yakin ada yang lebih teruk. 547 00:51:08,940 --> 00:51:09,858 Lepaskan mereka. 548 00:51:11,943 --> 00:51:15,697 Apa pendapat kamu tentang khabar angin ini? 549 00:51:15,781 --> 00:51:17,324 Apa yang mak cakap ini? 550 00:51:19,534 --> 00:51:20,702 Pergi dari sini. 551 00:51:21,787 --> 00:51:23,497 Terima kasih, puan! 552 00:51:31,588 --> 00:51:32,798 Awak nak buat apa? 553 00:51:32,881 --> 00:51:35,592 Orang begitu patut dihukum. 554 00:51:35,675 --> 00:51:37,177 Simpan pedang itu. 555 00:51:58,240 --> 00:52:01,284 Semasa membesar, tak pernah sekali pun dia melawan cakap. 556 00:52:01,868 --> 00:52:05,539 Mesti ada sebab kenapa anak saya dah banyak berubah. 557 00:52:21,054 --> 00:52:22,639 Kamu rasa nyawa kamu 558 00:52:23,974 --> 00:52:25,976 lebih berharga daripada maruah keluarga ini? 559 00:52:28,478 --> 00:52:29,396 Mak. 560 00:52:30,981 --> 00:52:32,107 Pilih. 561 00:52:33,024 --> 00:52:34,526 Sama ada nak mati bermaruah 562 00:52:35,026 --> 00:52:37,779 atau mati di tangan orang lain. 563 00:52:44,452 --> 00:52:46,037 Tak tahu malu. 564 00:52:46,121 --> 00:52:47,914 - Aduhai. - Oh, Tuhan. 565 00:52:49,291 --> 00:52:50,584 Kasihan suami dia. 566 00:52:50,667 --> 00:52:52,669 Bagaimana suami dia nak menanggung malu? 567 00:52:52,752 --> 00:52:55,797 - Aduhai. - Aduh. 568 00:52:55,881 --> 00:52:59,217 Berani Wanita Pulang itu berjalan dengan dagunya mendongak ke atas? 569 00:52:59,301 --> 00:53:01,011 Berani betul! 570 00:53:01,094 --> 00:53:02,387 Nak kena betul! 571 00:53:03,096 --> 00:53:04,180 Mari. 572 00:53:04,264 --> 00:53:06,474 Saya tak kisah, tapi berani mereka hina puan! 573 00:53:07,017 --> 00:53:08,143 Sudahlah. Mari pergi. 574 00:53:10,687 --> 00:53:13,481 Berani pembawa sial datang ke pasar? 575 00:53:13,565 --> 00:53:15,483 Ambil ini, perempuan jalang! 576 00:53:15,567 --> 00:53:17,777 Apa awak buat ini? 577 00:53:18,695 --> 00:53:20,447 Aduhai. Oh, tidak. 578 00:53:20,530 --> 00:53:23,241 Puan. Pakaian puan… 579 00:53:26,536 --> 00:53:28,872 Apa dosa kami? 580 00:53:28,955 --> 00:53:31,791 Cakap sekali lagi sambil pandang mata saya. 581 00:53:31,875 --> 00:53:34,502 Wanita Pulang ini masih ada maruah. 582 00:53:36,338 --> 00:53:38,965 Sepatutnya kepulangan kami diraikan. 583 00:53:39,049 --> 00:53:40,967 Berani kamu menuding jari kepada wanita-wanita 584 00:53:41,051 --> 00:53:43,595 yang mempertahankan kehormatan lelaki yang tak mampu melindungi negara? 585 00:53:43,678 --> 00:53:44,930 Kamu patut malu! 586 00:53:45,680 --> 00:53:46,806 Diam! 587 00:53:46,890 --> 00:53:48,767 Puan! 588 00:53:48,850 --> 00:53:50,894 Kau tak layak tinggikan suara, Wanita Pulang. 589 00:53:52,312 --> 00:53:55,273 - Aduhai! - Kau! 590 00:53:55,357 --> 00:53:57,901 Kenapa letakkan kesalahan itu pada kami? 591 00:54:09,371 --> 00:54:10,372 Puan… 592 00:54:10,455 --> 00:54:12,832 - Aduhai! - Pergi! 593 00:54:12,916 --> 00:54:16,544 - Wanita Pulang tak guna! - Pergi! 594 00:54:16,628 --> 00:54:18,797 Jangan bergerak, puan. 595 00:54:18,880 --> 00:54:20,090 Saya akan… 596 00:54:21,466 --> 00:54:23,343 lindungi puan. 597 00:55:02,257 --> 00:55:03,341 Gop-dan… 598 00:55:11,599 --> 00:55:12,559 Gop-dan. 599 00:55:14,019 --> 00:55:15,145 Gop-dan! 600 00:55:16,980 --> 00:55:18,189 Gop-dan! 601 00:55:22,360 --> 00:55:23,445 Gop-dan! 602 00:55:31,077 --> 00:55:32,370 Gop-dan! 603 00:55:49,054 --> 00:55:50,096 Ryeon! 604 00:55:50,180 --> 00:55:51,139 Tolonglah. 605 00:55:51,222 --> 00:55:53,016 Lebih baik saya mati. 606 00:55:54,267 --> 00:55:56,770 Itu semua khabar angin. Ia akan berlalu. 607 00:55:57,353 --> 00:55:58,229 Khabar angin itu 608 00:55:59,230 --> 00:56:01,441 semakin tersebar bagai api yang marak. 609 00:56:02,442 --> 00:56:04,069 Walau pun palsu, 610 00:56:04,652 --> 00:56:07,030 itu yang orang bicarakan saban hari. 611 00:56:07,655 --> 00:56:09,157 Saya tak boleh tidur. 612 00:56:10,325 --> 00:56:11,534 Saya tak boleh makan, 613 00:56:12,619 --> 00:56:14,704 saya tak boleh buat apa-apa. 614 00:56:14,788 --> 00:56:16,664 Kenapa awak hanya fikirkan diri sendiri? 615 00:56:17,749 --> 00:56:18,750 Bagaimana dengan saya? 616 00:56:22,212 --> 00:56:24,380 Saya tak pentingkah bagi awak? 617 00:56:30,095 --> 00:56:32,555 Saya hanya jadi penghalang kerjaya awak. 618 00:56:32,639 --> 00:56:34,516 Saya tak ingin capai impian saya 619 00:56:35,517 --> 00:56:37,227 kalau awak perlu berkorban. 620 00:56:39,104 --> 00:56:42,273 Jangan buat keputusan terburu-buru lagi. 621 00:56:47,320 --> 00:56:49,656 Saya akan selesaikannya, dengan apa cara sekali pun. 622 00:56:52,951 --> 00:56:56,079 Jadi, awak selalu ke kamar dia sejak itu? 623 00:56:56,162 --> 00:56:57,205 Mestilah! 624 00:56:57,288 --> 00:56:59,916 Mungkin sebab dia wanita bangsawan, kulitnya cerah. 625 00:57:00,667 --> 00:57:02,085 Terasa macam syurga dunia. 626 00:57:02,627 --> 00:57:05,421 Saya ingatkan nak putus dengan dia selepas sekali dua, tapi… 627 00:57:05,505 --> 00:57:06,339 Tapi? 628 00:57:06,422 --> 00:57:08,675 Dia gatal sangat. 629 00:57:08,758 --> 00:57:10,510 Dia sangat mahukan saya 630 00:57:10,593 --> 00:57:12,720 sampai tak benarkan saya tidur sepanjang malam! 631 00:57:12,804 --> 00:57:15,140 Dia dah betul-betul sukakan awak, ya? 632 00:57:15,223 --> 00:57:16,933 Mestilah, sampaikan dia panjat tembok 633 00:57:17,016 --> 00:57:19,269 tanpa pengetahuan mak mentuanya dan Ketua Pegawai. 634 00:57:22,730 --> 00:57:23,815 Siapa kau? 635 00:57:26,901 --> 00:57:28,695 Tuan. 636 00:57:29,404 --> 00:57:31,739 Tolong jangan bunuh saya. 637 00:57:33,199 --> 00:57:34,075 Dah terlambat. 638 00:57:43,251 --> 00:57:46,212 Saya akan bunuh sesiapa saja yang berani ucap penghinaan sebegitu, 639 00:57:46,296 --> 00:57:48,423 tidak kira berapa ramai sekali pun. 640 00:58:01,853 --> 00:58:03,855 Begitukah cara awak diajar menghunus pedang? 641 00:58:06,608 --> 00:58:07,567 Ryeon. 642 00:58:07,650 --> 00:58:09,152 Simpan pedang itu. 643 00:58:14,365 --> 00:58:15,200 Tidak. 644 00:58:15,283 --> 00:58:17,869 Tugas awak adalah untuk melindungi mereka. 645 00:58:17,952 --> 00:58:20,580 Namun, dari mulut orang yang kita lindungi inilah 646 00:58:20,663 --> 00:58:23,541 khabar angin itu terus tersebar bagaikan kutu. 647 00:58:24,834 --> 00:58:28,129 Setiap hari, khabar angin baru muncul bagai rumput berakar. 648 00:58:29,380 --> 00:58:31,049 Apa lagi pilihan yang saya ada 649 00:58:31,799 --> 00:58:33,927 melainkan mencantasnya? 650 00:58:37,639 --> 00:58:39,974 Saya harus cantas dan cantas 651 00:58:41,476 --> 00:58:43,228 sehinggalah tiada lagi yang tinggal. 652 00:58:47,690 --> 00:58:49,359 - Saya buat semua ini demi awak. - Tidak. 653 00:58:49,442 --> 00:58:52,028 Saya relakan darah kotor mereka mengalir di tangan saya demi awak. 654 00:58:52,111 --> 00:58:56,241 Lebih baik awak bunuh saya dengan pedang itu. 655 00:58:58,535 --> 00:59:00,954 Awak patut dengar cakap mak awak. 656 00:59:03,790 --> 00:59:04,624 Cukup. 657 00:59:04,707 --> 00:59:06,751 Awak patut biarkan saya mati. 658 00:59:06,834 --> 00:59:07,752 Saya cakap cukup. 659 00:59:07,835 --> 00:59:09,045 Lebih baik 660 00:59:10,630 --> 00:59:12,423 kalau saya tak pulang ke sini. 661 00:59:12,507 --> 00:59:13,341 Cukup! 662 00:59:20,932 --> 00:59:23,434 Awak anggap saya macam binatang sebab saya bunuh mereka? 663 00:59:25,395 --> 00:59:27,063 Kenapa pandang saya macam itu? 664 00:59:27,146 --> 00:59:29,190 Awak tahu kenapa saya buat begini. 665 00:59:29,274 --> 00:59:30,984 Jangan cakap demi saya. 666 00:59:32,860 --> 00:59:34,070 Lebih baik 667 00:59:35,405 --> 00:59:36,948 kalau saya tak pulang ke sini. 668 00:59:38,866 --> 00:59:40,410 Sekurang-kurangnya, 669 00:59:41,911 --> 00:59:43,871 pengakhiran kita akan lebih baik dari ini. 670 01:00:07,228 --> 01:00:12,734 Saya tak pernah buat perkara yang memalukan. 671 01:00:12,817 --> 01:00:18,114 Tapi bagaimana saya nak hidup dengan melihat 672 01:00:18,197 --> 01:00:23,369 awak hilang pertimbangan dan menyedari sayalah puncanya. 673 01:00:35,632 --> 01:00:38,259 Saya rasa inilah pengakhiran yang ditakdirkan untuk kita 674 01:00:39,218 --> 01:00:41,304 di Dunia Manusia ini. 675 01:01:02,533 --> 01:01:03,660 Maafkan saya. 676 01:01:26,933 --> 01:01:28,184 Buang mayatnya. 677 01:01:29,018 --> 01:01:30,269 Jangan sampai orang tahu. 678 01:01:30,353 --> 01:01:31,604 - Baik, puan. - Baik, puan. 679 01:01:33,523 --> 01:01:34,691 Berhenti. 680 01:01:34,774 --> 01:01:36,109 Berhenti! 681 01:02:36,043 --> 01:02:37,295 Jangan pergi, Ryeon… 682 01:02:38,546 --> 01:02:39,964 Maafkan saya. 683 01:02:41,924 --> 01:02:42,800 Ryeon. 684 01:02:43,468 --> 01:02:44,677 Ryeon! 685 01:02:47,972 --> 01:02:49,891 Awak tak boleh pergi begini. 686 01:03:23,382 --> 01:03:28,221 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Nadia Othman