1 00:00:22,732 --> 00:00:24,609 {\an8}BOLEHKAH DIA SELAMATKAN DUNIA? 2 00:00:24,609 --> 00:00:28,279 {\an8}ELLIS DRAGON MAHU JAHANAMKAN PLASTIK 3 00:00:33,117 --> 00:00:34,368 Bertahan, kawan. 4 00:00:49,342 --> 00:00:50,718 Begitu indah. 5 00:01:30,633 --> 00:01:32,718 Tidak, kita takkan buat begini. 6 00:01:35,429 --> 00:01:36,764 Kita buat begini. 7 00:01:37,473 --> 00:01:38,724 Ya, kau boleh. 8 00:01:44,021 --> 00:01:44,981 Selamat pagi, Becky. 9 00:01:46,065 --> 00:01:49,235 - John, macam mana Arlo? - Akhirnya tidur semalaman. 10 00:01:49,235 --> 00:01:51,112 Saya dah cakap dia boleh buat. 11 00:01:51,946 --> 00:01:55,366 Melissa, saya suka pengiraan nisbah pengaktif timina itu. 12 00:01:55,366 --> 00:01:58,661 - Terima kasih, bos. Saya hargainya. - Saya hargai awak. 13 00:02:00,872 --> 00:02:02,790 Apa? Pete, siapa ini? 14 00:02:02,790 --> 00:02:07,420 Anak saya, Sophia. Ada masalah penjaga. Harap bos tak kisah. Dia takkan kacau. 15 00:02:07,420 --> 00:02:10,464 Sudah tentu. Sophia, sentiasa buat kacau. 16 00:02:10,464 --> 00:02:13,843 Tanya soalan, cabar andaian, buat masalah. 17 00:02:14,719 --> 00:02:16,053 Buat kecoh juga. 18 00:02:16,888 --> 00:02:17,722 Saya cuba. 19 00:02:17,722 --> 00:02:19,724 Kamu tahu apa kami buat di sini? 20 00:02:19,724 --> 00:02:20,933 Bioteknologi. 21 00:02:20,933 --> 00:02:23,519 Kamu tahu maksud perkataan penting itu? 22 00:02:23,519 --> 00:02:27,648 Bioteknologi, atau biotech, ialah penyelidikan dan pembangunan 23 00:02:27,648 --> 00:02:31,986 melibatkan pengubahsuaian organisma hidup demi mencapai matlamat manusia. 24 00:02:32,695 --> 00:02:34,113 Okey. Jadi, dia tahu. 25 00:02:34,113 --> 00:02:36,782 Ia merangkumi kejuruteraan genetik, 26 00:02:36,782 --> 00:02:39,577 biobahan api dan mencipta enzim seperti tuan, 27 00:02:39,577 --> 00:02:42,580 yang mengubah tebu menjadi bahan seperti plastik 28 00:02:42,580 --> 00:02:44,457 yang boleh terbiodegradasikan. 29 00:02:45,374 --> 00:02:48,461 - Secara teknikal, ia bukan plastik. - Saya kata "seperti plastik". 30 00:02:48,461 --> 00:02:49,962 Ia polietilena. 31 00:02:49,962 --> 00:02:52,215 Ia sebenarnya bio-polietilena. 32 00:02:52,215 --> 00:02:54,133 - Saya tahu. - Macam tak tahu. 33 00:02:54,133 --> 00:02:57,053 - Saya cipta, takkan saya tak tahu? - Saya pun tertanya. 34 00:02:57,053 --> 00:02:59,347 Ada Cocoa Puffs di dapur, sayang. 35 00:02:59,347 --> 00:03:01,599 Okey, saya akan ambil Cocoa Puffs 36 00:03:01,599 --> 00:03:04,936 di dapur syarikat saya yang saya cipta. 37 00:03:06,354 --> 00:03:09,815 Ya, saya faham, Ted. Ellis ada kemajuan. 38 00:03:09,815 --> 00:03:15,613 Dia di makmal sepanjang malam tadi. Saya boleh jamin, dia sangat fokus. 39 00:03:16,489 --> 00:03:18,282 Saya tak suka semua sudu kita. 40 00:03:18,866 --> 00:03:20,952 Tunggu. Tak, saya tak peduli. 41 00:03:20,952 --> 00:03:22,745 Ahli lembaga gementar. 42 00:03:22,745 --> 00:03:26,582 Tapi saya suka sauna inframerah di pejabat saya. Terima kasih. 43 00:03:26,582 --> 00:03:29,377 CFO zalim mana yang tak luluskan sauna inframerah 44 00:03:29,377 --> 00:03:32,672 untuk panaskan tubuh dari dalam macam burrito ketuhar? 45 00:03:32,672 --> 00:03:34,715 Fikiran jelas jika sumsum tulang hangat. 46 00:03:34,715 --> 00:03:38,511 Awak tak apa-apa? Awak nampak macam awak semakin... 47 00:03:38,511 --> 00:03:41,180 Kenapa nak cakap berlapik? Semakin gila. 48 00:03:41,180 --> 00:03:45,393 Atau saya membenarkan keindahan dunia menyentuh sanubari saya? 49 00:03:45,393 --> 00:03:46,936 Itu sama saja. 50 00:03:46,936 --> 00:03:49,355 Mesyuarat lembaga mula 15 minit lagi. 51 00:03:49,355 --> 00:03:53,901 Mereka nak dengar yang awak akan mencapai standard terkini untuk projek karbon. 52 00:03:53,901 --> 00:03:58,072 Saya dah cuba tangguhkannya untuk awak tapi awak asyik lewat, 53 00:03:58,072 --> 00:04:00,908 kini awak boleh hilang kawalan syarikat awak. 54 00:04:02,827 --> 00:04:05,538 - Saya tak nak tarik nafas. - Ia menenangkan. 55 00:04:05,538 --> 00:04:08,040 Saya di tahap kegelisahan yang betul. 56 00:04:09,083 --> 00:04:10,501 Berhenti tarik nafas. 57 00:04:11,919 --> 00:04:15,548 Ahli lembaga tahu ahli terapi yang dilantik untuk awak hilang, 58 00:04:15,548 --> 00:04:17,341 mereka juga tertanya-tanya. 59 00:04:18,509 --> 00:04:22,013 Anna, kita buat sesuatu yang tak pernah dibuat sebelum ini. 60 00:04:22,013 --> 00:04:23,806 Ia akan mengubah dunia. 61 00:04:23,806 --> 00:04:25,975 Ia memerlukan kreativiti. 62 00:04:25,975 --> 00:04:27,268 Jika Einstein betul, 63 00:04:27,268 --> 00:04:30,021 "kreativiti ialah kepintaran yang berseronok," 64 00:04:30,021 --> 00:04:32,898 maka musuh kreativiti ialah berkelakuan baik. 65 00:04:33,941 --> 00:04:36,193 Patutlah orang percayakan awak. 66 00:04:36,193 --> 00:04:39,655 Jumpa di bilik persidangan pada pukul 9.45. Jangan lambat. 67 00:04:40,239 --> 00:04:42,158 Dan jangan makan guna dua sudu. 68 00:04:56,422 --> 00:04:57,465 Awak lambat. 69 00:04:57,465 --> 00:04:58,382 Jangan masuk. 70 00:04:58,382 --> 00:04:59,300 Oh, Tuhanku. 71 00:05:00,301 --> 00:05:01,510 Apa awak buat? 72 00:05:01,510 --> 00:05:04,722 Saya nak bermesyuarat di sauna. Ia buat orang jujur. 73 00:05:04,722 --> 00:05:06,807 Kemudian, saya cari tuala dan... 74 00:05:07,391 --> 00:05:09,060 Saya suka berbogel. 75 00:05:09,060 --> 00:05:13,439 - Mungkin awak kembali terlalu awal. - Tak. Bagus untuk saya bekerja. 76 00:05:14,065 --> 00:05:18,319 Kemalangan Katie cuma dua bulan lepas. Kamu berkahwin 30 tahun. Mungkin... 77 00:05:18,319 --> 00:05:20,446 Tak. Katie mahu saya teruskan. 78 00:05:20,446 --> 00:05:22,573 Saya pun mahu dia teruskan. 79 00:05:23,741 --> 00:05:26,786 - Ellis, takziah atas pemergiannya. - Terima kasih. 80 00:05:27,536 --> 00:05:28,454 Boleh pergi? 81 00:05:28,454 --> 00:05:32,583 Saya nak berbogel lagi dan rasa udara sejuk di kemaluan saya. 82 00:05:33,584 --> 00:05:35,795 Saya akan tunda mesyuarat lembaga. 83 00:05:35,795 --> 00:05:38,381 Saya akan cakap awak okey tapi digigit kelawar, 84 00:05:38,381 --> 00:05:41,675 atau terbau guano kelawar atau sesuatu tentang kelawar. 85 00:05:41,675 --> 00:05:43,636 Orang benci kelawar ketika ini. 86 00:05:43,636 --> 00:05:44,595 Anna. 87 00:05:45,721 --> 00:05:49,475 Awak banyak berjasa dan saya teragak-agak untuk beritahu awak. Awak mesti marah. 88 00:05:50,351 --> 00:05:52,686 Ini tentang ahli terapi yang dilantik. 89 00:05:53,646 --> 00:05:54,647 Oh, Tuhan. 90 00:06:00,444 --> 00:06:04,365 Malcolm, awak taasub dengan Ellis dan rela buat apa saja untuk dia? 91 00:06:04,365 --> 00:06:06,450 - Ya. - Tarikh akhir semakin dekat. 92 00:06:06,450 --> 00:06:08,661 Ellis perlu ke makmal, tapi dia naik gila. 93 00:06:08,661 --> 00:06:11,330 - Naik? - Ya, Malcolm. 94 00:06:11,330 --> 00:06:13,707 Isteri tercintanya meninggal dunia, 95 00:06:13,707 --> 00:06:17,336 jadi macam pesawat kehilangan sayap, dia naik gila. 96 00:06:17,336 --> 00:06:19,380 Saya tahu. Pesawat patut menjunam. 97 00:06:19,380 --> 00:06:22,383 Katie bukan sekadar pergi. Dia menenangkan Ellis. 98 00:06:22,383 --> 00:06:26,011 Seminggu lagi, dia akan merempat di taman dan berdebat dengan tupai. 99 00:06:26,011 --> 00:06:29,890 Dia begitu menyayangi Katie seperti dalam muzik dan puisi. 100 00:06:29,890 --> 00:06:31,642 Macam awak menyayangi dia. 101 00:06:32,810 --> 00:06:36,230 - Saya akan hantar awak ke New York. - Okey. Kenapa? 102 00:06:36,230 --> 00:06:39,275 Untuk bawa seseorang yang boleh tenangkan dia macam Katie. 103 00:06:39,275 --> 00:06:41,193 Okey. Siapa? 104 00:06:57,793 --> 00:07:00,337 - Lebih baik daripada minggu lepas! - Yakah? 105 00:07:00,337 --> 00:07:02,965 Ya. Minggu lepas, Pn. Fetterman hentak dinding. 106 00:07:02,965 --> 00:07:05,092 Dia pun dengar peningkatan kamu. 107 00:07:06,802 --> 00:07:09,805 - Kenapa? - Saya tak nak main flut pun. 108 00:07:09,805 --> 00:07:10,973 Ayah saya paksa. 109 00:07:10,973 --> 00:07:14,768 Alamak, masalah ayah dan anak. Jangan suruh saya ceritakan. 110 00:07:14,768 --> 00:07:17,438 - Okey. - Awak cuba puaskan hati mereka. 111 00:07:17,438 --> 00:07:21,358 Tapi mereka mahu bentuk awak, walaupun bukan itu yang awak mahu. 112 00:07:21,358 --> 00:07:24,778 Awak harap dinamiknya berubah, tapi ia takkan berubah, 113 00:07:24,778 --> 00:07:27,948 jadi awak perlu terima, walaupun awak sayang mereka, 114 00:07:27,948 --> 00:07:30,284 awak perlu berjauh dan ia menyakitkan, 115 00:07:30,284 --> 00:07:33,078 tapi percayalah, Ryan, ia juga memulihkan. 116 00:07:34,121 --> 00:07:36,248 Jadi, dah habis belajar? 117 00:07:36,248 --> 00:07:37,333 Tak, kawan. 118 00:07:37,333 --> 00:07:39,168 Kita takkan berhenti belajar. 119 00:07:39,168 --> 00:07:42,880 Tidak selagi kita tahu cara mengemudi hubungan rumit itu. 120 00:07:48,385 --> 00:07:49,470 Dia hebat. 121 00:07:49,470 --> 00:07:50,721 Sayalah! 122 00:07:50,721 --> 00:07:51,680 Awak! 123 00:07:58,729 --> 00:08:00,898 Bila kali terakhir awak makan? 124 00:08:01,774 --> 00:08:05,194 Mengajar flut bukan besar gajinya, jadi saya jarang keluar. 125 00:08:05,194 --> 00:08:09,365 Lagipun sos ayam mengalir ke kentang lecek, jadi saya perlu cepat. 126 00:08:09,365 --> 00:08:12,243 Mesti susah jika makanan tak boleh bersentuhan. 127 00:08:12,243 --> 00:08:14,245 Boleh, cuma saya takkan makan. 128 00:08:17,373 --> 00:08:21,043 Awak datang, kita makan guna kad syarikat. Kenapa ayah saya hantar awak? 129 00:08:21,043 --> 00:08:22,962 Ayah awak tak hantar saya. 130 00:08:22,962 --> 00:08:25,673 Tak bolehkah dua kawan berjumpa tanpa agenda? 131 00:08:25,673 --> 00:08:27,591 Kalau mereka jujur. 132 00:08:27,591 --> 00:08:30,094 - Anna hantar. Ada agenda. - Itu dia. 133 00:08:30,094 --> 00:08:32,263 Ada cakap dengan ayah awak sejak pengebumian? 134 00:08:32,263 --> 00:08:34,598 - Beberapa kali. Kenapa? - Dia bagaimana? 135 00:08:34,598 --> 00:08:36,308 Tak begitu bagus. 136 00:08:36,308 --> 00:08:39,812 Dia cakap tentang projek yang akan jadikan dia halimunan. 137 00:08:39,812 --> 00:08:43,148 Dia nak menghilang. Ahli psikologi patut menilainya. 138 00:08:43,148 --> 00:08:47,653 Lembaga lantik ahli psikologi. Dia awasi Ellis beberapa hari dan lesap. 139 00:08:48,237 --> 00:08:50,906 Saya tak maksudkan halimunan. Dia hilang. 140 00:08:50,906 --> 00:08:52,157 Bukan halimunan. 141 00:08:52,157 --> 00:08:54,910 Saya sayang ayah saya. Betul, cuma... 142 00:08:54,910 --> 00:08:57,121 Marilah ke LA. Pujuk dia ke makmal. 143 00:08:57,121 --> 00:09:00,457 - Itu bukan idea yang baik. - Bagaimana jika saya 144 00:09:01,041 --> 00:09:02,209 merayu? 145 00:09:04,336 --> 00:09:06,672 - Ingat saya menang anugerah sains? - Tak. 146 00:09:06,672 --> 00:09:10,467 Tepat sekali, kerana Ellis Dragon datang dan diminta berucap. 147 00:09:10,467 --> 00:09:12,928 Dia ke pentas dan cakap sains saya betul 148 00:09:12,928 --> 00:09:17,057 tapi saya perlu berfikiran besar, ambil risiko, cepat, rosakkan barang. 149 00:09:17,057 --> 00:09:18,350 Ia ladang semut. 150 00:09:18,350 --> 00:09:21,770 Ucapannya hebat. Itulah sebabnya saya belajar sains. 151 00:09:21,770 --> 00:09:23,522 Okey, awak tak faham. 152 00:09:23,522 --> 00:09:26,817 Ayah saya mahu ubah saya untuk jadi sepertinya 153 00:09:26,817 --> 00:09:28,819 dan seluruh dunia sokong. 154 00:09:28,819 --> 00:09:31,363 Itu punca saya berhenti sains dan berpindah jauh. 155 00:09:32,448 --> 00:09:36,368 Jika mak saya ada, dia jadi orang tengah, tapi tanpanya, 156 00:09:36,869 --> 00:09:38,203 ia meletihkan. 157 00:09:38,203 --> 00:09:40,664 Jackson, Ellis naik gila, 158 00:09:40,664 --> 00:09:43,083 dan saya baru tahu gila naik ke atas, 159 00:09:43,083 --> 00:09:45,169 tapi kini awak saja keluarganya. 160 00:09:45,169 --> 00:09:49,089 Okey. Saya akan pergi. Untuk 24 jam. Itu saja. 161 00:09:49,089 --> 00:09:51,342 Bagus. Awak akan menyesal. 162 00:09:51,342 --> 00:09:53,010 Maksud awak, takkan menyesal? 163 00:09:53,010 --> 00:09:56,889 Tak. Saya rendahkan harapan awak supaya awak tak kecewa. 164 00:09:56,889 --> 00:09:59,141 Oh, Tuhan. Kenapa saya setuju? 165 00:09:59,808 --> 00:10:00,809 Bagus. 166 00:10:06,815 --> 00:10:08,692 - Masuk. - Hai, Anna. 167 00:10:08,692 --> 00:10:11,111 Jackson! Awak datang. 168 00:10:12,363 --> 00:10:14,406 Gembira dapat jumpa awak. 169 00:10:14,406 --> 00:10:16,116 - Duduklah. - Okey. 170 00:10:16,116 --> 00:10:18,952 Jadi, ayah awak ada projek baharu yang menarik. 171 00:10:18,952 --> 00:10:21,497 Cara untuk menarik karbon dari atmosfera 172 00:10:21,497 --> 00:10:23,999 dan menghasilkan konkrit daripadanya. 173 00:10:23,999 --> 00:10:27,002 Ia asingkan gas pengubah iklim selama beribu tahun 174 00:10:27,002 --> 00:10:29,838 dan akan menyelamatkan dunia. 175 00:10:29,838 --> 00:10:32,091 - Awak suka dunia? - Sebahagiannya. 176 00:10:32,091 --> 00:10:34,593 - Berbaloi diselamatkan? - Sebahagiannya. 177 00:10:34,593 --> 00:10:35,928 Saya pun. 178 00:10:35,928 --> 00:10:39,932 Ellis memang aneh dan kami suka keanehannya. Sangat suka. 179 00:10:39,932 --> 00:10:42,976 Tapi sejak mak awak meninggal dunia, dia... 180 00:10:42,976 --> 00:10:46,313 Saya akan guna terma "semakin aneh". 181 00:10:47,731 --> 00:10:49,274 Mana ahli terapi itu? 182 00:10:49,274 --> 00:10:52,528 Saya tak tahu. Dia hilang. Awak nak saya buat apa? 183 00:10:52,528 --> 00:10:53,821 Okey. 184 00:10:53,821 --> 00:10:56,573 Sudah berminggu-minggu ayah awak ke makmal 185 00:10:56,573 --> 00:10:58,784 untuk projek penyelamat dunia ini. 186 00:10:58,784 --> 00:11:00,577 Saya tahu dunia tak sempurna, 187 00:11:00,577 --> 00:11:03,497 tapi kita suka beruang kutub dan tak nak ia mati. 188 00:11:03,497 --> 00:11:07,292 Jadi, kita perlukan dia di makmal. Dia juga perlukannya. 189 00:11:07,292 --> 00:11:09,378 Saya akan jumpa dia, tapi jangan optimistik. 190 00:11:09,378 --> 00:11:11,588 - Bagus. Awak harapan kami. - Apa? 191 00:11:11,588 --> 00:11:13,632 - Pergilah. - Awak tahu mana dia? 192 00:11:13,632 --> 00:11:16,385 Saya dah mula menyesal, jadi saya perlu cepat. 193 00:11:16,385 --> 00:11:19,096 Hari ini Selasa, dia tak datang pada hari Selasa. 194 00:11:19,096 --> 00:11:22,599 - Kenapa tidak? - Awak tanya semua soalan yang betul. 195 00:11:29,523 --> 00:11:31,483 KERJA LANDSKAP 196 00:11:37,072 --> 00:11:39,700 Jackson! Malcolm cakap kamu akan datang. 197 00:11:40,659 --> 00:11:42,411 Juan, ini anak saya. 198 00:11:43,078 --> 00:11:44,037 Pemuzik itu. 199 00:11:44,037 --> 00:11:45,038 Pemain flut. 200 00:11:45,038 --> 00:11:47,624 Atau peniup flut? Maaf. Kamu dah terangkan, 201 00:11:47,624 --> 00:11:50,377 tapi ayah cuma ingat ia hidup yang sukar. 202 00:11:51,086 --> 00:11:55,591 Tak ramai pemain flut yang berjaya, tapi baguslah. Bekalan dan permintaan. 203 00:11:55,591 --> 00:11:57,676 - Tak banyak bekalan. - Sebab tiada permintaan. 204 00:12:00,304 --> 00:12:03,432 Kenapa buat kerja landskap? Mari bincang tentang itu. 205 00:12:03,432 --> 00:12:04,850 Saya guru falsafah dulu. 206 00:12:04,850 --> 00:12:07,019 - Tapi satu malam, ramai lelaki... - Bukan awak. 207 00:12:07,019 --> 00:12:11,064 Untuk jadi kreatif dalam kerja, ayah perlu tambah pengalaman. 208 00:12:11,064 --> 00:12:12,900 Bukan ayah ambil dos mikro? 209 00:12:12,900 --> 00:12:15,319 Dia ambil terlalu banyak. Menari dengan pokok. 210 00:12:15,319 --> 00:12:16,945 Ia amat menyentuh jiwa. 211 00:12:16,945 --> 00:12:18,363 Ya, ayah nak berehat. 212 00:12:18,363 --> 00:12:21,366 Sementara itu, kerja ini bantu ayah rasa bernyawa. 213 00:12:21,366 --> 00:12:24,953 Untuk rasa ayah beri kesan segera. Kamu pernah letak sod? 214 00:12:24,953 --> 00:12:29,124 Tak, saya tinggal di New York. Saya leraikan pergaduhan antara dua tikus. 215 00:12:29,124 --> 00:12:30,918 Pagi-pagi, cuma ada tanah. 216 00:12:30,918 --> 00:12:34,671 Menjelang tengah hari, ada laman berumput hijau. 217 00:12:34,671 --> 00:12:36,131 Macam beranak. 218 00:12:38,008 --> 00:12:38,842 Dapat laman. 219 00:12:38,842 --> 00:12:43,472 Baguslah. Mari keluar dari lubang, tunjuk projek yang ayah sedang buat. 220 00:12:43,472 --> 00:12:46,475 Atau ayah beri penyodok dan kamu boleh merasainya. 221 00:12:46,475 --> 00:12:49,394 - Cuba benda baharu. Luaskan dunia. - Macam ayah? 222 00:12:49,394 --> 00:12:51,104 Mikro dos, berasmara dengan pokok? 223 00:12:51,104 --> 00:12:54,149 Tak ada seks. Cuma menari bossa nova. 224 00:12:55,359 --> 00:12:56,193 Betul? 225 00:12:59,154 --> 00:13:00,989 Apa salahnya jadi macam ayah? 226 00:13:00,989 --> 00:13:03,242 Gambar kamu pernah jadi kulit majalah Time? 227 00:13:04,243 --> 00:13:07,204 Saya tak nak jadi macam ayah. Cukuplah seorang. 228 00:13:09,790 --> 00:13:13,418 - Sedih melihat dia pergi. - Dia tak mahu saya dalam hidupnya. 229 00:13:13,418 --> 00:13:16,421 - Sebab awak cuba ubah dia. - Saya cuma nak bantu. 230 00:13:16,421 --> 00:13:20,759 Anak-anak. Mereka mahu bantuan kita. Mereka juga mahu disayangi seadanya. 231 00:13:20,759 --> 00:13:23,053 Bagaimana nak terima mereka tanpa syarat 232 00:13:23,053 --> 00:13:27,057 dan juga bantu mereka jalani hidup yang mereka tak boleh bayangkan? 233 00:13:32,604 --> 00:13:33,438 Beritahu saya. 234 00:13:33,438 --> 00:13:36,149 Pergi. Cari jawapannya bersama-sama. 235 00:13:37,025 --> 00:13:39,528 Kenapa ahli falsafah tiada jawapan mudah? 236 00:13:39,528 --> 00:13:41,321 Kenapa nak jawapan mudah? 237 00:13:44,533 --> 00:13:47,202 Jackson! Jackson, jangan pergi. 238 00:13:47,202 --> 00:13:48,328 Kenapa? 239 00:13:49,371 --> 00:13:52,916 - Ayah nak tunjuk projek itu. - Di makmal, bukan? 240 00:13:53,709 --> 00:13:57,170 Ya. Masukkan kereta ke dalam kereta ayah dan kita pergi. 241 00:14:00,465 --> 00:14:03,260 - Menakjubkan. Ini tumbuhan? - Ia biojisim. 242 00:14:03,260 --> 00:14:05,429 10,000 kali lebih padat daripada tumbuhan. 243 00:14:05,429 --> 00:14:07,139 - Sebenarnya... - Kira-kira 10,000 kali. 244 00:14:07,139 --> 00:14:09,224 9,942 kali. 245 00:14:09,224 --> 00:14:12,269 Seperti tumbuhan, ia menyedut karbon dioksida dari udara. 246 00:14:12,269 --> 00:14:15,272 100,000 biojisim sama dengan satu trilion pokok. 247 00:14:15,272 --> 00:14:17,190 - 900 bilion. - Kira-kira satu trilion. 248 00:14:17,190 --> 00:14:19,693 - Ia akan menarik 40 bilion tan... - 39.247. 249 00:14:19,693 --> 00:14:22,696 Kira-kira 40 bilion tan gas karbon pengubah iklim 250 00:14:22,696 --> 00:14:24,448 dari atmosfera setiap tahun. 251 00:14:24,448 --> 00:14:28,994 Ya! Bumi menang. Padan muka semua orang yang tak percayakan kita dan sains. 252 00:14:28,994 --> 00:14:30,037 Okey. 253 00:14:30,037 --> 00:14:32,873 Ada lagi. Ruby, apa lagi bumi akan menang? 254 00:14:32,873 --> 00:14:37,669 Tidak, masa untuk Luna menyerlah. Luna, jelaskan dengan ringkas tanpa angka. 255 00:14:38,795 --> 00:14:42,341 Apabila ia mencapai kepadatan maksimum, kita tambah enzim 256 00:14:42,341 --> 00:14:46,261 yang akan mengubah karbon menjadi bahan pembuatan konkrit. 257 00:14:46,261 --> 00:14:48,555 Ya! Pergi jahanam, bangsat. 258 00:14:49,681 --> 00:14:53,143 Maaf. Kadangkala, saya tak pandai berinteraksi. Ya. 259 00:14:54,061 --> 00:14:56,688 Jadi, kami guna dehidrogenase bersandar 260 00:14:56,688 --> 00:15:00,442 tapi pemindahan elektron antara peroksidase tidak mencukupi. 261 00:15:00,442 --> 00:15:03,737 Dah cuba asingkan 02 oksidoreduktase tidak bersandar? 262 00:15:04,488 --> 00:15:06,823 - Dia lebih bijak? - Ibu bapa saya fikir begitu. 263 00:15:06,823 --> 00:15:09,409 Mengarut. Semuanya bijak, termasuk dia 264 00:15:09,409 --> 00:15:12,496 yang guna kepintarannya untuk meniup tiub berlubang. 265 00:15:12,496 --> 00:15:14,164 Terima kasih. Seronok di sini. 266 00:15:15,707 --> 00:15:18,710 Ruby mengkaji pertumbuhan semula tisu di MIT, 267 00:15:18,710 --> 00:15:22,089 sama seperti Jackson untuk ijazah kejuruteraan di Cornell 268 00:15:22,089 --> 00:15:24,007 sebelum dia buat pilihan lain. 269 00:15:24,007 --> 00:15:26,301 Betulkah? Saya buat hidung tiruan. 270 00:15:26,301 --> 00:15:28,845 Bagus. Saya buat jari. Ia hidung untuk kaki. 271 00:15:28,845 --> 00:15:32,057 Profesor saya buat zakar. Ia hidung untuk kelangkang. 272 00:15:35,394 --> 00:15:38,021 - Luna. - Saya pun nampak. 273 00:15:38,021 --> 00:15:39,481 Saya nak tunjuk sesuatu. 274 00:15:41,733 --> 00:15:42,651 Apa? 275 00:15:43,443 --> 00:15:46,363 Begini, saya datang untuk satu malam saja, jadi... 276 00:15:46,363 --> 00:15:50,075 Jangan jatuh cinta dengan awak? Amaran yang bagus, saya selalu begitu. 277 00:15:50,075 --> 00:15:53,996 Tak, itu bukan maksud saya. Maksud saya... 278 00:15:56,957 --> 00:15:58,291 Saya nak cari ayah saya. 279 00:15:59,292 --> 00:16:01,461 Bawa dia ke sini. Dia jarang datang. 280 00:16:01,461 --> 00:16:02,379 Baiklah. 281 00:16:03,046 --> 00:16:06,675 Saya perlu lihat awak pergi? Macam mana saya nak tahan? 282 00:16:14,474 --> 00:16:16,018 Tahu mana ayah saya pergi? 283 00:16:20,105 --> 00:16:21,189 Ya Tuhan! 284 00:16:21,189 --> 00:16:25,277 Kami sedang menghasilkan jubah halimunan. Ia belum 100 peratus siap. 285 00:16:25,277 --> 00:16:27,988 Kami ada dilema mata jubah halimunan. 286 00:16:27,988 --> 00:16:30,282 Pemakai perlu melihat melalui lubang. 287 00:16:30,282 --> 00:16:32,284 Tapi nampak macam mata terapung. 288 00:16:32,284 --> 00:16:34,202 Bertentangan dengan halimunan. 289 00:16:34,202 --> 00:16:36,997 Ia patut dipanggil kain "Alamak! Apa itu?" 290 00:16:38,707 --> 00:16:40,125 - Nanofilamen. - Apa? 291 00:16:40,125 --> 00:16:44,254 Melenturkan cahaya agar tidak terpantul dan nipis untuk lihat menembusinya. 292 00:16:44,254 --> 00:16:46,423 - Kita dah cuba? - Kita pernah bincang. 293 00:16:46,423 --> 00:16:47,674 Pergi! Buatlah. 294 00:16:47,674 --> 00:16:51,970 Saya nak cahaya kata, "Mana dia? Entah. Saya tak pernah percayakan dia." 295 00:16:51,970 --> 00:16:53,972 Baiklah. Mari buat cahaya marah. 296 00:16:53,972 --> 00:16:56,892 Tapi ia memerlukan bertahun-tahun, kita ada karaoke. 297 00:16:57,392 --> 00:16:59,352 - Saya harap... - Saya tak menyanyi. 298 00:17:02,773 --> 00:17:05,317 - Hebat betul. - Kamu pasti suka di sini. 299 00:17:07,027 --> 00:17:08,153 Tidak, jangan mula. 300 00:17:08,153 --> 00:17:11,364 Saya takkan bekerja untuk ayah. Saya main flut. 301 00:17:11,865 --> 00:17:13,200 Lemah bunyinya. 302 00:17:13,200 --> 00:17:14,951 Sebab flut itu. 303 00:17:14,951 --> 00:17:16,369 Datanglah ke karaoke. 304 00:17:16,369 --> 00:17:19,331 Ruby ada. Dia muda, bijak, tak pernah tengok kamu main flut. 305 00:17:19,331 --> 00:17:23,001 Saya tak mahu kenal Ruby. Berhenti ubah saya jadi orang lain. 306 00:17:23,001 --> 00:17:27,714 Ayah tak mahu kamu jadi orang lain. Ayah nak kamu jadi versi kamu. 307 00:17:27,714 --> 00:17:28,799 Versi saya? 308 00:17:28,799 --> 00:17:31,676 - Tepat sekali, macam kamu. - Jadi, bukan saya. 309 00:17:31,676 --> 00:17:34,554 Kamu, tapi dengan pembaharuan. Kamu nak tahu? 310 00:17:34,554 --> 00:17:36,598 Tak, bukan saya yang perlu dibaiki. 311 00:17:36,598 --> 00:17:37,933 Kenapa fokus pada ayah? 312 00:17:37,933 --> 00:17:41,061 Ayah suka jika fokus pada ayah. Semuanya tentang ayah. 313 00:17:41,061 --> 00:17:42,437 Ini memang tentang ayah. 314 00:17:42,437 --> 00:17:44,272 - Okey. Cakaplah. - Bagus. 315 00:17:44,272 --> 00:17:46,775 Bukan sekarang. Ayah nak pilih lagu. 316 00:17:48,276 --> 00:17:50,654 Datanglah. Kamu kritik ayah di sana. 317 00:18:16,138 --> 00:18:17,430 Saya hebat. 318 00:18:18,765 --> 00:18:21,643 Berani, menyanyi lagu sama selepas saya. 319 00:18:21,643 --> 00:18:24,062 Mungkin untuk ajar awak caranya. 320 00:18:25,063 --> 00:18:26,565 Saya tak kenal awak. 321 00:18:27,149 --> 00:18:29,901 Apa yang penting ialah awak kenal diri awak? 322 00:18:31,194 --> 00:18:34,531 Ya! Anna Bennet! Penyanyi dan CFO terbaik di Biotech! 323 00:18:34,531 --> 00:18:37,325 Ya, termasuk Jeannette di United Therapeutics. 324 00:18:37,325 --> 00:18:41,121 Suaranya merdu tapi dia lemah dalam ramalan kewangan. 325 00:18:42,372 --> 00:18:44,291 Tolonglah, kamu pun tahu. 326 00:18:48,920 --> 00:18:49,838 Hei. 327 00:18:49,838 --> 00:18:52,257 Hai. Saya berehat sebentar. 328 00:18:52,257 --> 00:18:57,220 Jangan fikir saya tak suka orang bising atau tempat sesak. Saya sangat suka. 329 00:18:57,220 --> 00:18:58,805 Saya nak cakap dengan ayah saya 330 00:18:58,805 --> 00:19:01,892 tapi saya cuma tengok dia hancurkan lagu yang hebat. 331 00:19:17,407 --> 00:19:20,327 Itulah yang jadi apabila dia tidak pernah ditolak. 332 00:19:23,788 --> 00:19:25,624 Kenapa awak datang malam ini? 333 00:19:26,791 --> 00:19:29,711 Saya diberitahu saya patut keluar dari zon selesa. 334 00:19:29,711 --> 00:19:32,464 Ya, saya diberitahu saya perlukan pembaharuan. 335 00:19:37,093 --> 00:19:40,055 Semasa kecil, ayah saya paksa saya masuk teater. 336 00:19:40,055 --> 00:19:43,975 Kemudian dia ejek saya. "Orang tak dengar. Cakap kuat-kuat." 337 00:19:43,975 --> 00:19:47,604 Saya nak menangis, tapi dia akan suruh menangis lebih kuat. 338 00:19:47,604 --> 00:19:49,189 Jadi, saya kencing. 339 00:19:50,065 --> 00:19:53,360 - Dengan kuat. - Kisah paling sedih pernah saya dengar. 340 00:19:54,194 --> 00:19:56,780 Terima kasih. Nampak? Saya pandai bergaul. 341 00:19:59,241 --> 00:20:01,993 - Ayah saya fikir saya salah. - Tentang apa? 342 00:20:01,993 --> 00:20:04,204 Secara am. Tentang segalanya. 343 00:20:05,330 --> 00:20:06,373 Apa awak fikir? 344 00:20:06,957 --> 00:20:09,834 Entah. Saya cuba sara diri dengan bermain flut. 345 00:20:09,834 --> 00:20:12,295 Mungkin itu silap. Siapa upah pemain flut? 346 00:20:12,295 --> 00:20:14,798 Orang yang mahu halau tikus di kampung. 347 00:20:14,798 --> 00:20:16,383 Ia terjadi sekali saja. 348 00:20:16,383 --> 00:20:18,510 Pied Piper itu tak dibayar pun. 349 00:20:19,094 --> 00:20:22,097 Betul. Ayahnya cakap, "Kamu cuma dapat kanak-kanak?" 350 00:20:22,097 --> 00:20:25,517 Ya, dan dia kata, "Jangan kacau. Saya tahu apa saya buat. 351 00:20:25,517 --> 00:20:29,813 - Semua orang dibayar dengan kanak-kanak." - Itu pun kamu. Giliran kamu. 352 00:20:29,813 --> 00:20:31,982 Saya tak menyanyi. Kita nak berbincang. 353 00:20:31,982 --> 00:20:33,733 Nyanyi dulu. Mesti seronok. 354 00:20:33,733 --> 00:20:35,443 Jangan tentukan apa yang seronok. 355 00:20:35,443 --> 00:20:39,155 - Ayah suka karaoke, saya tak suka. - Buka fikiran. Berseronok. 356 00:20:39,781 --> 00:20:40,782 Pergi ke gim. 357 00:20:40,782 --> 00:20:43,118 Okey. Ayah patut bekerja dan jangan balik. 358 00:20:43,118 --> 00:20:45,495 Jangan habiskan masa melahirkan laman. 359 00:20:45,495 --> 00:20:49,624 Ayah nak luaskan dunia. Kenapa itu jadi masalah? Awak boleh pergi. 360 00:20:49,624 --> 00:20:50,542 Terima kasih. 361 00:20:53,878 --> 00:20:59,467 Ayah, jika ayah tak fokus pada kerja, ahli lembaga akan pecat ayah. 362 00:21:00,051 --> 00:21:04,514 Itu mengarut. Lagipun, semua kerja yang perlu diselesaikan akan selesai. 363 00:21:04,514 --> 00:21:07,350 Juan ajar ayah apabila taman Zen lambat siap. 364 00:21:08,351 --> 00:21:09,811 Okey. Saya dah cuba. 365 00:21:09,811 --> 00:21:12,772 Saya sayang ayah. Saya balik dulu. Jumpa semasa Krismas. 366 00:21:15,150 --> 00:21:16,693 Ayah rindu mak kamu. 367 00:21:20,822 --> 00:21:22,324 Rindu yang tak tertahan. 368 00:21:22,907 --> 00:21:24,909 Sesuatu telah berubah. Ayah... 369 00:21:26,244 --> 00:21:29,039 Otak ayah. Ayah tak boleh selesaikan masalah. 370 00:21:29,039 --> 00:21:32,667 Ayah perlu rasa teruja dan rasa inspirasi. Ayah perlu 371 00:21:33,752 --> 00:21:34,711 rasa. 372 00:21:36,421 --> 00:21:39,007 - Bagaimana saya nak bantu? - Sokong landskap ayah. 373 00:21:39,758 --> 00:21:42,844 Saya sokong. Saya saja yang tak mengalah kepada ayah. 374 00:21:42,844 --> 00:21:44,054 Belum terlambat. 375 00:21:46,681 --> 00:21:48,308 Tolonglah, kamu nak pergi? 376 00:21:48,308 --> 00:21:51,561 Kita cuma bertukar idea. Dengarlah idea lain dulu. 377 00:21:57,108 --> 00:22:00,320 Hei, semuanya okey? Mana Jackson? 378 00:22:01,279 --> 00:22:02,822 - Dia dah balik. - Apa? 379 00:22:02,822 --> 00:22:07,243 Saya tak boleh buat tanpa maknya. Katie selalu bantu kami bercakap. 380 00:22:08,203 --> 00:22:11,623 - Kini, kami cuma naik angin. - Mungkin dia tenangkan diri. 381 00:22:11,623 --> 00:22:14,042 Ya, saya kenal dia. Dia dah putus asa. 382 00:22:16,419 --> 00:22:18,088 Awak kenal dia, betulkah? 383 00:22:29,015 --> 00:22:30,350 Saya tak kenal dia. 384 00:22:54,999 --> 00:22:57,127 Anak saya, pemain flut. 385 00:22:58,002 --> 00:23:00,171 Atau peniup flut. Saya perlu ingat. 386 00:23:04,259 --> 00:23:07,846 Ayah nak kamu bekerja dengan ayah, tapi kamu ada anugerah. 387 00:23:08,555 --> 00:23:13,852 Anugerah yang jarang dicari dan mungkin tak berguna, tapi... 388 00:23:17,230 --> 00:23:18,606 Saya rindu mak juga. 389 00:23:20,650 --> 00:23:21,484 Ayah tahu. 390 00:23:23,069 --> 00:23:24,320 Dan ayah rindu ini. 391 00:23:28,658 --> 00:23:29,534 Jackson. 392 00:23:30,368 --> 00:23:34,414 Jadi, saya terfikir, awak dan ayah awak dah berbaik, 393 00:23:34,414 --> 00:23:35,999 jadi jangan balik dulu. 394 00:23:35,999 --> 00:23:40,503 Saya perlu mengajar esok. Charlotte teruk, saya perlu bantu dia. 395 00:23:40,503 --> 00:23:43,131 Saya tak nak beritahu awak. Ia agak sukar. 396 00:23:43,131 --> 00:23:45,091 Saya tak nak melibatkan awak. 397 00:23:45,592 --> 00:23:47,886 Melibatkan saya dalam apa? 398 00:23:47,886 --> 00:23:50,263 Jenayah, Jackson. Melibatkan dalam jenayah. 399 00:23:50,263 --> 00:23:53,057 Jenayah seperti topi atau kerongsang hodoh? 400 00:23:53,057 --> 00:23:57,687 Ahli terapi yang lembaga lantik untuk ayah awak, saya tahu apa jadi. 401 00:23:57,687 --> 00:23:59,397 Oh, Tuhan. Apa jadi? 402 00:23:59,397 --> 00:24:02,025 - Berbual tentang apa? - Ahli terapi itu. 403 00:24:02,025 --> 00:24:03,359 - Leslie. - Ya. 404 00:24:03,359 --> 00:24:05,195 - Apa jadi? - Dia di bilik bawah tanah. 405 00:24:05,195 --> 00:24:06,237 Bilik bawah tanah? 406 00:24:06,237 --> 00:24:09,073 Awak kurung dia di situ. Jangan lupa sebut. 407 00:24:09,073 --> 00:24:10,575 Tak guna! 408 00:24:10,575 --> 00:24:13,870 Dia mengugut untuk hantar laporan buruk tentang ayah 409 00:24:13,870 --> 00:24:17,123 melainkan ayah beri dia duit. Ayah dah beri. 410 00:24:17,624 --> 00:24:19,959 - Tapi dia tamak. - Sudah berapa lama? 411 00:24:19,959 --> 00:24:21,669 - Dua hari. - Awak tahu? 412 00:24:21,669 --> 00:24:25,840 Cuma semalam semasa ayah awak bogel dan saya ada banyak masalah. 413 00:24:25,840 --> 00:24:27,884 - Tolong kami. - Ini masalah? Ya. 414 00:24:27,884 --> 00:24:31,054 Tapi seperti halimunan, ia boleh diselesaikan. 415 00:24:33,097 --> 00:24:36,768 Ayah perlu beri dia makan. Dia marah apabila makan malam lewat. 416 00:25:59,559 --> 00:26:02,478 Terjemahan sari kata oleh Farhah Zubir