1 00:00:11,095 --> 00:00:12,972 Ayah saya ada tebusan. 2 00:00:12,972 --> 00:00:15,308 Cuma lelaki di tingkat bawah tanah. 3 00:00:15,308 --> 00:00:17,685 Kita perlu bebaskan dia. Sekarang. 4 00:00:17,685 --> 00:00:20,938 Betul kata awak. Kita patut pertimbangkan pilihan itu. 5 00:00:20,938 --> 00:00:22,940 Awak macam suruh saya cari idea. 6 00:00:22,940 --> 00:00:28,071 Jika pakar terapi itu beritahu sesiapa yang dia, "dijadikan tetamu tanpa rela," 7 00:00:28,071 --> 00:00:30,782 ayah awak akan ditangkap dan syarikat musnah. 8 00:00:30,782 --> 00:00:34,035 Jadi, biar dia mati dan tanam dia di sebalik dinding? 9 00:00:34,035 --> 00:00:36,746 Tidak, tapi baguslah awak ada idea baharu. 10 00:00:36,746 --> 00:00:38,206 Saya akan lepaskan dia. 11 00:00:39,123 --> 00:00:41,959 Oh, Tuhan. Awak asyik mahu lepaskan dia. 12 00:00:53,221 --> 00:00:55,932 Saya ingat dia pergi, jadi saya kembali ke bar. 13 00:00:55,932 --> 00:00:58,142 Teka siapa di pentas di belakang saya... 14 00:00:58,142 --> 00:00:59,560 - Tidak. - Dengan flut. 15 00:00:59,560 --> 00:01:02,980 - Anak awak! Bulu roma saya meremang. - Betul tak? 16 00:01:03,940 --> 00:01:05,775 Kemudian, lagu karaoke mula... 17 00:01:05,775 --> 00:01:08,361 - Apa sedang berlaku? - Sudah tiada apa-apa. 18 00:01:08,361 --> 00:01:11,030 Ayah baru nak tamatkan cerita dengan dramatik. 19 00:01:11,030 --> 00:01:12,448 Lain kali kunci pintu. 20 00:01:13,241 --> 00:01:16,494 Tengok itu. Semuanya okey. Awak terlalu cepat negatif. 21 00:01:16,494 --> 00:01:19,288 Tak, maaf. Bukankah ayah saya culik awak? 22 00:01:19,288 --> 00:01:20,998 Oh, awak Jackson. 23 00:01:21,916 --> 00:01:23,000 Selamat datang. 24 00:01:23,000 --> 00:01:27,755 Ya, hubungan ini bermula dengan mencabar, tapi saya seronok di sini. 25 00:01:27,755 --> 00:01:30,508 Kami makan malam, main pool. Esok malam filem. 26 00:01:30,508 --> 00:01:33,136 Dia tak pernah tonton Fargo. Jangan beritahu dia. 27 00:01:33,136 --> 00:01:37,098 Itu peraturan yang baik untuk kita semua. Jangan beritahu sesiapa. 28 00:01:37,098 --> 00:01:40,226 Sebelum berjumpa ayah awak, saya ke arah yang tidak elok. 29 00:01:41,310 --> 00:01:43,396 Saya ancam dia. Peras ugut dia. 30 00:01:43,396 --> 00:01:48,151 Tapi dia betulkan saya. Dia sedarkan saya, bukan itu yang saya mahu. 31 00:01:48,151 --> 00:01:50,778 Saya cuma beri awak masa untuk merenung. 32 00:01:50,778 --> 00:01:55,449 Tidak! Awak selamatkan saya. Saya mahu awak dengar. 33 00:01:55,449 --> 00:01:58,911 Ya Tuhan. Bagaimana ayah boleh culik seseorang... 34 00:01:58,911 --> 00:02:00,913 Maksud awak beri masa renungan. 35 00:02:00,913 --> 00:02:03,332 ...namun dia memuji dan berterima kasih? 36 00:02:03,332 --> 00:02:06,169 Ayah rasa kebanyakan orang pandai bersyukur. 37 00:02:06,169 --> 00:02:08,212 Tidak, ada buku tentangnya. 38 00:02:08,212 --> 00:02:12,175 Jackson, awak nampak sangat fokus pada apa yang berlaku di sini. 39 00:02:12,175 --> 00:02:15,887 Tapi beritahu saya, apa yang berlaku di sini? 40 00:02:15,887 --> 00:02:17,305 Mari bincangkannya. 41 00:02:17,889 --> 00:02:19,515 Biar saya tanya awak. 42 00:02:19,515 --> 00:02:22,435 Saya dan ayah awak dah bincangkan kehilangan isterinya, 43 00:02:22,935 --> 00:02:25,188 tapi bagaimana dengan kehilangan mak awak? 44 00:02:26,063 --> 00:02:29,233 Saya orang terakhir untuk dipersoalkan kesihatan mentalnya. 45 00:02:29,233 --> 00:02:30,151 Kedua terakhir. 46 00:02:30,151 --> 00:02:32,445 - Dia elak soalan. - Pengelakan klasik. 47 00:02:32,445 --> 00:02:33,821 - Sedih. - Dengar kelukaannya? 48 00:02:33,821 --> 00:02:37,366 Bingit. Ayah tak dengar cara kamu menangani kesedihan kamu. 49 00:02:37,366 --> 00:02:39,410 - Mari bincangkannya. - Jangan. 50 00:02:39,410 --> 00:02:43,164 Jangan bincang. Kenapa penculikan ayah beralih fokus kepada saya? 51 00:02:43,164 --> 00:02:47,084 Okey, ini yang akan berlaku. Leslie, awak ugut Ellis. Itu jenayah. 52 00:02:47,084 --> 00:02:51,172 Ellis, awak kurung dia. Juga tak bagus. Jadi, mari kita lupakan saja. 53 00:02:51,172 --> 00:02:53,216 Dan juga, awak boleh pergi. 54 00:02:57,762 --> 00:02:59,096 Mungkin betul katanya. 55 00:03:00,806 --> 00:03:04,352 - Tiba masa untuk saya pergi. - Semuanya terlalu pantas. 56 00:03:07,480 --> 00:03:09,482 Terima kasih kerana baiki saya. 57 00:03:12,360 --> 00:03:14,153 Janji awak akan tonton Fargo. 58 00:03:14,654 --> 00:03:15,655 Oh, Tuhan. 59 00:03:17,073 --> 00:03:18,741 Dan August: Osage County. 60 00:03:21,786 --> 00:03:23,913 - Awak. - Awak. 61 00:03:26,457 --> 00:03:27,375 Mari pergi. 62 00:03:27,375 --> 00:03:29,502 Tentu bagus jika dalam laporan, 63 00:03:29,502 --> 00:03:33,756 awak gambarkan Ellis sebagai terlibat, fokus dan sangat waras. 64 00:03:33,756 --> 00:03:36,884 - Guna perkataan "waras". - Ayah sayang dia. 65 00:03:36,884 --> 00:03:38,052 Ini mengarut. 66 00:03:38,052 --> 00:03:40,805 Apa pun ayah buat, semuanya berjalan lancar. 67 00:03:41,681 --> 00:03:42,765 Itu tak benar. 68 00:03:42,765 --> 00:03:44,392 Saya terlepas penerbangan. 69 00:03:45,017 --> 00:03:46,394 Itu yang ayah nak. 70 00:03:56,153 --> 00:03:58,572 Kenapa tak sapu mentega kacang pada roti? 71 00:03:58,572 --> 00:04:00,700 Terlalu awal untuk sapuan kacang. 72 00:04:01,492 --> 00:04:03,995 Ini yang ayah dan Leslie risau. 73 00:04:03,995 --> 00:04:08,791 Kamu tak guna mentega kacang kerana itu botol terakhir yang mak buat. 74 00:04:08,791 --> 00:04:11,002 Atau saya mahu sandwic jeli biasa. 75 00:04:11,002 --> 00:04:13,754 - Raksasa saja makan begitu. - Paddington makan. 76 00:04:13,754 --> 00:04:16,799 Paddington beruang yang bercakap, jadi dia raksasa. 77 00:04:17,300 --> 00:04:19,802 Makan mentega kacang. Rasa kesedihan kamu. 78 00:04:21,429 --> 00:04:24,140 Okey. Ini tentang mak, tapi saya tak nak cakap sekarang. 79 00:04:24,140 --> 00:04:27,310 - Kamu menangis sejak pengebumian? - Jangan ajar saya bersedih. 80 00:04:27,310 --> 00:04:31,022 Kalau kamu tahu, ayah tak perlu ajar. Jangan pendamkannya. 81 00:04:31,022 --> 00:04:34,567 Kalau kamu tak pergi, ayah akan ajar cara untuk merasa. 82 00:04:34,567 --> 00:04:36,736 Culik pakar terapi dan ayah tahu segalanya. 83 00:04:36,736 --> 00:04:39,989 Saya tak beli tiket, jadi saya tinggal sehari lagi. 84 00:04:40,906 --> 00:04:43,326 - Saya nak ke makmal. - Nak kerja dengan ayah?? 85 00:04:43,326 --> 00:04:46,704 Kita cari baju yang betul dan betulkan rambut kamu, 86 00:04:46,704 --> 00:04:48,122 kemudian kita bekerja. 87 00:04:48,122 --> 00:04:50,708 Cepat ayah beralih dari keterujaan ke kritikan. 88 00:04:50,708 --> 00:04:52,626 Tak dengar, baju kamu mengganggu. 89 00:04:58,382 --> 00:04:59,216 Malcolm. 90 00:05:00,801 --> 00:05:03,721 - Awak minum banyak kopi. - Maaf. Saya akan bayar. 91 00:05:03,721 --> 00:05:07,016 Saya bergurau. Lantaklah. Kenapa orang tak faham lawak saya? 92 00:05:08,059 --> 00:05:09,226 Saya mahu jawapan. 93 00:05:10,770 --> 00:05:12,271 - Saya bergurau. - Lucu. 94 00:05:12,271 --> 00:05:15,191 - Kenapa tiada orang faham? - Awak bergurau lagi. 95 00:05:15,191 --> 00:05:16,567 Kali ini saya serius. 96 00:05:18,110 --> 00:05:20,821 Saya bergurau lagi. Kenapa tiada orang faham? 97 00:05:20,821 --> 00:05:22,573 - Ini menyakitkan. - Seronok. 98 00:05:22,573 --> 00:05:26,118 Keanehan Ellis baru-baru ini membuat lembaga mengawasi kita. 99 00:05:26,118 --> 00:05:27,453 Kita perlu kurangkan kos. 100 00:05:27,453 --> 00:05:31,248 Memandangkan Ellis naikkan pangkat awak daripada pembantu kepada pengurus projek, 101 00:05:31,248 --> 00:05:33,042 pergi ke Makmal Merah dan uruskannya. 102 00:05:33,042 --> 00:05:34,668 Saya boleh buat. 100%. 103 00:05:34,668 --> 00:05:36,462 Bagus. Mula dengan bajet makanan. 104 00:05:36,462 --> 00:05:40,007 - Alamak. Mereka suka makanan. - Mereka tetap suka walaupun kurang. 105 00:05:40,007 --> 00:05:43,344 Saya baru menyelia mereka, saya tak nak mereka rasa... 106 00:05:43,344 --> 00:05:44,512 Awak pandai bekerja? 107 00:05:44,512 --> 00:05:48,057 Mungkin pengurus projek bukan untuk awak. Tak semua orang layak naik pangkat. 108 00:05:48,057 --> 00:05:51,811 Tidak. Saya boleh buat. 109 00:05:51,811 --> 00:05:55,314 Teruskan, jika awak jumpa nada yang betul, ia akan jadi kenyataan. 110 00:05:55,314 --> 00:05:58,150 - Hei, semua. Apa khabar? - Saya akan buat. 111 00:05:58,150 --> 00:06:01,237 - Bagus. Apa dia nak buat? - Mungkin tiada apa-apa. 112 00:06:01,862 --> 00:06:04,281 Saya risau tentang Jackson. Dia tak cukup menangis. 113 00:06:04,281 --> 00:06:07,701 Saya benci menangis. Saya hanya buat setahun sekali selama 12 jam. 114 00:06:07,701 --> 00:06:09,662 Saya rasa dia nak balik ke New York 115 00:06:09,662 --> 00:06:11,956 kerana tempat ini buat dia teringat maknya. 116 00:06:11,956 --> 00:06:14,959 Jika dia boleh bersedih, dia boleh pulih. 117 00:06:14,959 --> 00:06:17,461 - Mungkin dia takkan pergi. - Saya pun mahu dia di sini. 118 00:06:17,461 --> 00:06:21,507 Tapi saya juga mahu ada syarikat untuk dia mahu berada di sini juga. 119 00:06:22,216 --> 00:06:23,968 - Ya, betul. - Kita setuju. 120 00:06:23,968 --> 00:06:27,763 - Kita nak Jackson menangis dan tak pergi. - Ya, dan untuk tempat ini wujud. 121 00:06:27,763 --> 00:06:30,975 Untuk itu, lembaga perlu lihat kemajuan yang ketara. 122 00:06:30,975 --> 00:06:32,893 Mereka mahu menggantikan awak. 123 00:06:32,893 --> 00:06:34,687 Kembar Wiffleball bodoh itu. 124 00:06:34,687 --> 00:06:37,273 Kembar Wallerson, tapi seluruh lembaga gementar. 125 00:06:37,273 --> 00:06:40,401 Ada mesyuarat pada pukul dua. Sepatutnya semalam 126 00:06:40,401 --> 00:06:44,280 tapi awak sibuk di pejabat, zakar terkeluar, buah zakar terdedah. 127 00:06:44,280 --> 00:06:45,990 Ya, kerana saya tahu bersedih. 128 00:06:45,990 --> 00:06:49,160 Saya akan kurung diri di pejabat dengan memakai baju. 129 00:06:49,660 --> 00:06:51,996 Saya takkan keluar selagi tak ada idea. 130 00:06:51,996 --> 00:06:53,622 - Saya yakin pada awak. - Saya pun. 131 00:06:53,622 --> 00:06:55,541 - Bagus. - Masih risau tentang Jackson. 132 00:06:55,541 --> 00:06:58,294 - Jangan biar ia mengganggu awak. - Kita lihat. 133 00:07:05,009 --> 00:07:06,635 Jackson? Buat apa di sini? 134 00:07:06,635 --> 00:07:07,553 Hai, Luna. 135 00:07:07,553 --> 00:07:10,139 Saya ada idea untuk projek tangkapan karbon. 136 00:07:10,139 --> 00:07:12,766 - Jangan marah, saya keluarkan biojisim. - Tidaklah. 137 00:07:12,766 --> 00:07:15,603 Ayah awak menciptanya. Jadi, itu adik awak. 138 00:07:15,603 --> 00:07:19,773 Betul. Saya boleh sakat ia, asalkan tiada orang dewasa di sekeliling. 139 00:07:19,773 --> 00:07:21,150 Hei, gemuk. 140 00:07:21,150 --> 00:07:22,902 Awak pilih sindiran rupa? 141 00:07:22,902 --> 00:07:25,488 Maaf. Kamu selalu menyusahkan abang. 142 00:07:26,906 --> 00:07:31,869 Hebat kamu naikkan kadar penyerapan karbon biojisim dengan faktor 9,942. 143 00:07:31,869 --> 00:07:34,705 Saya kagum. Selalunya orang bulatkan kepada 10,000. 144 00:07:34,705 --> 00:07:37,625 - Saya benci tak tepat. - Saya rasa ketidaktepatan macam merokok. 145 00:07:37,625 --> 00:07:40,169 Ya. Kalau saya nak anggaran, saya minta. 146 00:07:40,169 --> 00:07:42,004 Dan saya takkan minta. 147 00:07:45,132 --> 00:07:47,384 Jadi, awak nak tengok idea gila saya? 148 00:07:48,010 --> 00:07:49,720 Saya baca artikel kajian ini. 149 00:07:49,720 --> 00:07:51,847 - Awak baca artikel untuk suka-suka? - Tak. 150 00:07:51,847 --> 00:07:53,641 - Saya baca. - Saya pun. 151 00:07:53,641 --> 00:07:57,228 Tentang peranan keluarga protein siklon G1 dalam pertumbuhan sel sebelum mitosis. 152 00:07:57,895 --> 00:07:58,771 Saya mendengar. 153 00:07:58,771 --> 00:08:02,942 Saya fikir, kita boleh ukur saiz sel melalui jumlah ribosom, 154 00:08:02,942 --> 00:08:04,652 mengurangkan kadar sintesis siklikin... 155 00:08:04,652 --> 00:08:07,780 - Ia boleh hadkan pertumbuhan sel. - Dan sel kecil ada... 156 00:08:07,780 --> 00:08:10,282 - Permukaan lebih besar... - Dan kenaikan penyerapan. 157 00:08:10,282 --> 00:08:12,743 - Koefisien jisim secara keseluruhan... - Tentu hebat. 158 00:08:14,745 --> 00:08:15,829 Saya ada teman lelaki. 159 00:08:15,829 --> 00:08:19,959 Baguslah. Teman lelaki juga bagus. Dan ini bagus. Semuanya bagus. 160 00:08:20,584 --> 00:08:22,962 Saya ada panggilan palsu. Ada panggilan. 161 00:08:24,463 --> 00:08:25,631 Hei, Jackson. 162 00:08:28,008 --> 00:08:29,677 Saya nak ajak dia keluar. 163 00:08:30,553 --> 00:08:31,387 Yakah? 164 00:08:31,387 --> 00:08:35,182 Dia comel. Saya suka dia takut saya. Lagipun, saya rasa kami ada keserasian. 165 00:08:35,766 --> 00:08:37,268 Awak serasi dengan ramai orang. 166 00:08:37,268 --> 00:08:39,687 Barista, pengurusnya, ibu bapa saya. 167 00:08:39,687 --> 00:08:42,314 Mereka sayang awak. Bukan cinta. Jangan cinta ibu bapa saya. 168 00:08:42,314 --> 00:08:45,234 Tunggu, awak tak suka Jackson, bukan? 169 00:08:45,234 --> 00:08:47,361 Saya? Tak, saya ada teman lelaki. 170 00:08:47,361 --> 00:08:49,488 - Awak tak suka dia. - Saya suka dia. 171 00:08:49,488 --> 00:08:51,490 - Tak sangat. - Cukup saja. 172 00:08:51,490 --> 00:08:54,660 Maksud saya, sangat. Keluar dengan Jackson. Saya tak kisah. 173 00:08:55,703 --> 00:08:58,581 Hei, apa khabar semua di Makmal Merah? 174 00:08:58,581 --> 00:08:59,873 Makmal paling penting, 175 00:08:59,873 --> 00:09:02,376 menyelamatkan dunia dengan menangkap karbon. 176 00:09:03,419 --> 00:09:06,422 - Kami rasa awak mahu sesuatu. - Mengarut. 177 00:09:06,422 --> 00:09:09,216 Tapi kamu tahu kita kawan dan kita sentiasa kawan 178 00:09:09,216 --> 00:09:12,428 walaupun kini saya menyelia segalanya di sini. 179 00:09:12,428 --> 00:09:14,388 Masih rasa seperti ralat kertas kerja. 180 00:09:15,097 --> 00:09:15,973 Luculah kamu. 181 00:09:16,640 --> 00:09:19,101 Masalahnya, perbelanjaan makanan kamu tinggi 182 00:09:19,101 --> 00:09:23,105 dan saya tak kisah, tapi pihak atasan kisah. Teruk betul. 183 00:09:23,105 --> 00:09:25,357 Selalu salahkan pekerja. Wanita. 184 00:09:25,357 --> 00:09:27,026 Kami takkan kurangkan makanan. 185 00:09:27,026 --> 00:09:28,777 - Saya fikir... - Tidak, ada lagi? 186 00:09:28,777 --> 00:09:30,321 Menegaskan diri saya. 187 00:09:30,863 --> 00:09:34,033 Kamu beli pistasio yang sangat mahal. Mungkin jika... 188 00:09:34,033 --> 00:09:36,452 - Awak gila? - Awak tak boleh ambil pistasio. 189 00:09:36,452 --> 00:09:40,414 Awak nak rampas snek yang beri kami tenaga untuk selamatkan dunia? 190 00:09:41,832 --> 00:09:44,084 Kita semua sangat takut sekarang. 191 00:09:44,084 --> 00:09:47,171 Mari bincang semula selepas kita faham apa terjadi. 192 00:09:50,883 --> 00:09:52,384 Hubungan baharu. Tetapkan peraturan. 193 00:09:52,384 --> 00:09:55,220 Betul. Macam tumbuk orang pada hari pertama di penjara. 194 00:09:57,514 --> 00:09:59,391 Fikir. 195 00:10:00,601 --> 00:10:01,602 Ya! 196 00:10:03,395 --> 00:10:04,229 Tidak. 197 00:10:23,999 --> 00:10:25,834 Jadi, banyak kemajuan di sini? 198 00:10:27,378 --> 00:10:29,004 Tidak. Ada apa? 199 00:10:29,630 --> 00:10:31,882 Lagu itu mengingatkan saya kepada isteri saya. 200 00:10:32,466 --> 00:10:33,467 Awak dengar lagu? 201 00:10:37,930 --> 00:10:40,265 Semasa Jackson sepuluh tahun, kami bercuti di Bali 202 00:10:40,265 --> 00:10:43,143 dan dia sukar tidur di rumah agam yang aneh. 203 00:10:43,143 --> 00:10:46,397 Katie nyanyikan lagu itu untuk dodoi dia tidur. 204 00:10:47,398 --> 00:10:49,233 Sihat untuk awak buat begini. 205 00:10:49,233 --> 00:10:50,901 Tapi awak nak saya buat nanti? 206 00:10:50,901 --> 00:10:53,946 - Okey. - Baiklah. Masa untuk fokus. 207 00:11:00,536 --> 00:11:01,578 Itu tak membantu. 208 00:11:02,079 --> 00:11:03,914 Mungkin jika Jackson dengar lagu itu, 209 00:11:03,914 --> 00:11:07,543 ia akan membuka hatinya untuk menangis macam manusia biasa. 210 00:11:08,210 --> 00:11:09,044 Ya, Tuhan. 211 00:11:09,712 --> 00:11:11,338 - Saya akan kembali. - Nak ke mana? 212 00:11:11,338 --> 00:11:12,715 Bawa kejutan! 213 00:11:12,715 --> 00:11:14,216 Jadikannya croissant! 214 00:11:14,758 --> 00:11:16,552 Sel-sel semakin kecil. 215 00:11:16,552 --> 00:11:18,679 Filamen masih ada integriti struktur. 216 00:11:18,679 --> 00:11:19,680 Biar saya lihat! 217 00:11:21,724 --> 00:11:23,559 Kita kongsi. Kepala awak kecil. 218 00:11:23,559 --> 00:11:24,768 Terima kasih? 219 00:11:28,230 --> 00:11:30,566 Apa kata kita naikkan aktiviti Cdc2 kinase? 220 00:11:30,566 --> 00:11:31,817 Itu bijak. 221 00:11:32,609 --> 00:11:34,528 Ya Tuhan, saya sangat seronok. 222 00:11:34,528 --> 00:11:35,529 Saya pun. 223 00:11:36,363 --> 00:11:37,197 Ini masanya 224 00:11:38,907 --> 00:11:40,909 untuk pistasio yang sangat mahal. 225 00:11:40,909 --> 00:11:42,828 Baiklah. Jika itu yang kita buat. 226 00:11:42,828 --> 00:11:45,914 Jadi, saya nak ajak awak keluar. 227 00:11:46,623 --> 00:11:48,041 Apa? Saya? 228 00:11:50,753 --> 00:11:53,547 - Jackson, saya perlukan awak. - Perkara menarik sedang berlaku. 229 00:11:53,547 --> 00:11:54,840 Tak sabar nak dengar. Ayuh. 230 00:11:59,887 --> 00:12:02,681 - Tengoklah awak. - Awak rasa saya terlalu laju? 231 00:12:02,681 --> 00:12:06,894 Tak. Saya hormatinya. Saya ambil dua tahun untuk beritahu Brian kepalanya kecil. 232 00:12:09,980 --> 00:12:10,814 Ellis? 233 00:12:13,275 --> 00:12:14,109 Ellis? 234 00:12:14,735 --> 00:12:15,778 Ellis? 235 00:12:19,531 --> 00:12:20,365 Malcolm. 236 00:12:20,365 --> 00:12:22,534 Saya cakap jangan menyelinap. Saya terlatih. 237 00:12:22,534 --> 00:12:26,038 - Maaf. Tangan awak okey? - Ya. Mujurlah ia juga terlatih. 238 00:12:26,038 --> 00:12:27,039 Apa itu? 239 00:12:27,039 --> 00:12:30,000 Balang ketenangan saya dari Tibet. Atau Senegal. 240 00:12:31,376 --> 00:12:35,506 Dari Boston. Ia menenangkan fikiran. Saya harap ia membantu saya fokus. 241 00:12:35,506 --> 00:12:38,342 Saya tak nak kacau awak. Awak ada banyak kerja. 242 00:12:38,342 --> 00:12:41,887 Melainkan awak nak tahu khabar saya. Ia agak menarik. 243 00:12:41,887 --> 00:12:42,971 Saya tak nak menyibuk. 244 00:12:42,971 --> 00:12:44,389 Tak apa. Saya beritahu. 245 00:12:44,389 --> 00:12:47,017 Saya perlu turunkan bajet makanan di Makmal Merah. 246 00:12:47,017 --> 00:12:49,520 Mereka tak benarkan saya ambil pistasio mahal mereka. 247 00:12:49,520 --> 00:12:52,439 Mereka uji awak. Mereka saintis. Itu yang mereka buat. 248 00:12:52,439 --> 00:12:54,942 Apa saya nak buat? Awak mungkin tanya, dan jawab. 249 00:12:54,942 --> 00:12:58,654 Anggap ia sebagai peperangan. Tawan seinci demi seinci. 250 00:12:58,654 --> 00:13:02,616 Mungkin tukar dulu pistasio mahal dengan jenama yang lebih murah. 251 00:13:02,616 --> 00:13:04,201 Kenapa mereka akan setuju? 252 00:13:04,201 --> 00:13:06,829 Fikiran awak huru-hara. Saya boleh tolong. 253 00:13:08,539 --> 00:13:10,624 Jadi, ada apa? Ayah saya okey? 254 00:13:11,458 --> 00:13:16,171 Dia ada mesyuarat lembaga, tapi dia buntu. Dia takkan buntu jika awak tak buntu. 255 00:13:16,171 --> 00:13:18,882 Jangan kata awak nak saya masuk dan menangis. 256 00:13:18,882 --> 00:13:20,509 Wah, awak sangat bijak. 257 00:13:21,009 --> 00:13:22,427 Masuk dan menangis. 258 00:13:26,473 --> 00:13:27,975 Malcolm, tolonglah. 259 00:13:27,975 --> 00:13:29,142 Dia tak dengar. 260 00:13:34,690 --> 00:13:36,859 Anna. Ada apa? Saya di dalam balang. 261 00:13:36,859 --> 00:13:40,195 - Biar saya jelaskan. Keluar. - Baiklah. 262 00:13:40,779 --> 00:13:42,406 Tunggu. Ambil balang itu. 263 00:13:43,782 --> 00:13:48,704 Ia akan selesaikan semua masalah awak. Percayakan balang. Dan pemukulnya. 264 00:13:49,329 --> 00:13:50,455 Terima kasih. 265 00:13:50,998 --> 00:13:54,626 - Nampaknya semua okey. - Tunggu. Baguslah kamu ada di sini. 266 00:13:54,626 --> 00:13:56,295 Tak, saya takkan menangis. 267 00:13:56,295 --> 00:13:57,337 Nak saya menangis? 268 00:13:57,337 --> 00:14:00,465 Masa menangis saya 10 bulan lagi. Boleh menjerit? 269 00:14:00,465 --> 00:14:03,468 Kamu tak perlu menangis. Ayah cuma nak bercerita. 270 00:14:08,599 --> 00:14:13,979 Tahun 2005, di Bali. Keluarga bahagia dengan mak yang masih hidup... 271 00:14:13,979 --> 00:14:16,148 Ayah? Tolong berhenti. Lupakannya. 272 00:14:16,648 --> 00:14:20,569 Saya tak bersedih dengan cara ayah, tak bermakna saya buat salah. 273 00:14:20,569 --> 00:14:22,446 Saya rindu mak setiap hari, 274 00:14:22,446 --> 00:14:25,407 tapi saya bersedih dengan cara saya kerana inilah saya. 275 00:14:25,991 --> 00:14:28,243 Kalau ayah tak suka, itu masalah ayah. 276 00:14:31,496 --> 00:14:32,831 Saya nampak dia menangis. 277 00:14:32,831 --> 00:14:36,209 Susah nak nampak sebab dia marah, tapi ada tangisan. 278 00:14:36,209 --> 00:14:38,795 Misi berjaya. Jadi, selamatkan kerja awak. 279 00:14:38,795 --> 00:14:42,466 Adakah saya ayah yang teruk? Sebab itu dia tak suka bersama saya? 280 00:14:43,634 --> 00:14:46,511 Tidak, Ellis. Maksudnya awak ambil berat. 281 00:14:46,511 --> 00:14:50,140 Ada anak-anak tak memiliki ayah yang paksa mereka menangis. 282 00:14:50,140 --> 00:14:51,892 Terima kasih. Baik hati awak. 283 00:14:52,643 --> 00:14:57,105 Dengar sini, jika mesyuarat ini terlalu membebankan sekarang, tak apa. 284 00:14:57,105 --> 00:15:00,567 - Saya akan fikirkan sesuatu. - Tak. Kita boleh. Kita ada... 285 00:15:00,567 --> 00:15:03,278 57 minit? Apa saya buat sepanjang hari? 286 00:15:12,287 --> 00:15:13,872 Tunggu. Buat lagi. 287 00:15:19,336 --> 00:15:21,338 {\an8}KACANG BERKULIT BIASA DIPANGGANG KERING & MASIN 288 00:15:21,338 --> 00:15:23,382 PISTASIO SEMPURNA 289 00:15:35,227 --> 00:15:37,229 Percayakan balang. 290 00:15:42,651 --> 00:15:45,529 Awak tak nak cakap apa-apa tentang saya ajak awak keluar? 291 00:15:46,321 --> 00:15:48,156 Awak kata awak cuma terfikir. 292 00:15:48,156 --> 00:15:52,411 Saya buat semuanya dan awak relaks saja? Saya harap itu bukan pendekatan seks awak. 293 00:15:52,411 --> 00:15:53,662 Saya minta maaf. 294 00:15:54,162 --> 00:15:57,582 Saya nak keluar dengan awak. Jadi, mari keluar. Bagaimana malam ini? 295 00:15:57,582 --> 00:16:00,293 - Tak boleh. Hari Jumaat? - Saya pulang esok. 296 00:16:00,293 --> 00:16:03,005 Jadi, sia-sia saja kita bercanda begini? 297 00:16:03,005 --> 00:16:05,298 Saya tak tahu awak cuma fikir hari Jumaat 298 00:16:05,298 --> 00:16:07,592 apabila awak fikir untuk ajak saya keluar. 299 00:16:07,592 --> 00:16:10,387 Jika awak melawat lagi, kita hampir boleh keluar lagi. 300 00:16:11,388 --> 00:16:12,431 Boleh juga. 301 00:16:13,140 --> 00:16:14,975 Ruby, jika awak boleh ke dapur, 302 00:16:14,975 --> 00:16:18,186 saya ada kejutan yang awak pasti suka. 303 00:16:19,980 --> 00:16:21,148 Tentu kacang. 304 00:16:21,148 --> 00:16:24,985 Jika tidak, saya akan tertanya-tanya sebabnya dia tekankan perkataan itu. 305 00:16:31,033 --> 00:16:33,535 Saya dapatkan pistasio mahal saiz besar 306 00:16:33,535 --> 00:16:36,163 dan masukkannya ke dalam balang kerana kita kawan 307 00:16:36,163 --> 00:16:40,042 dan kita saling menghormati. Saya tak kisah apa tindakan pihak atasan. 308 00:16:40,042 --> 00:16:41,293 Terima kasih, Malcolm. 309 00:16:41,293 --> 00:16:44,880 Komitmen kabur awak kepada syarikat ini akan jadikan awak bos yang hebat. 310 00:16:45,630 --> 00:16:47,257 Kacang ini tiada tandingan. 311 00:16:47,257 --> 00:16:50,594 Awak faham lawak saya membuatkan saya gembira tentang hubungan kita. 312 00:16:50,594 --> 00:16:53,055 Pistasio yang sedap. 313 00:16:53,055 --> 00:16:56,725 Bagus. Kerja yang baik, semua. Mari kita teruskan. 314 00:16:57,934 --> 00:16:59,936 Baguslah kita berpura-pura bodoh 315 00:16:59,936 --> 00:17:03,607 kerana tak tahu bezakan pistasio mewah dan sampah ini. 316 00:17:03,607 --> 00:17:04,649 Tapi kenapa? 317 00:17:04,649 --> 00:17:08,236 Jika dia diturunkan pangkat, entah siapa jadi bos kita? 318 00:17:08,236 --> 00:17:11,406 Betul. Dan selepas hari ini, dia takkan kacau kita. 319 00:17:11,406 --> 00:17:14,534 Tak. Bayangkan apa kita akan buat jika ia sesuatu yang penting? 320 00:17:14,534 --> 00:17:17,537 - Saya tak suka pistasio. - Tak berbaloi langsung. 321 00:17:23,001 --> 00:17:24,669 Mana genius awak, Anna? 322 00:17:24,669 --> 00:17:26,379 Ya, mana genius awak? 323 00:17:26,379 --> 00:17:29,716 Ellis Dragon hebat itu takut kerana dia tahu ini penamatnya? 324 00:17:29,716 --> 00:17:32,052 Ya. Ellis Dragon hebat itu takut... 325 00:17:32,052 --> 00:17:33,386 Kamu tahu, kembar? 326 00:17:33,386 --> 00:17:37,015 Tak adil apabila orang kata kamu mewarisi segalanya 327 00:17:37,015 --> 00:17:39,893 apabila kamu tak warisi apa-apa kualiti menarik. 328 00:17:42,479 --> 00:17:45,899 Apa itu sains? 329 00:17:47,359 --> 00:17:53,490 Salah. Ia inovasi dan sinergi. Sinovasi. Inergi. 330 00:17:55,492 --> 00:17:58,370 - Kami tak faham. - Biasanya kami okey. 331 00:17:58,370 --> 00:18:01,039 Tapi bukan kali ini, kami perlu tahu apa awak buat. 332 00:18:01,039 --> 00:18:03,834 Saya akan beritahu apa kami buat, Chaz atau TJ. 333 00:18:03,834 --> 00:18:05,919 Kami telah buat banyak kemajuan. 334 00:18:05,919 --> 00:18:08,171 - Bagaimana dengan penanda aras? - Ya. Bagaimana... 335 00:18:08,171 --> 00:18:10,423 - Jangan. - Biar saya beritahu kamu. 336 00:18:10,423 --> 00:18:14,886 Bukan saja kita mencapainya, kita akan jadi kawannya. 337 00:18:14,886 --> 00:18:17,639 Kawan baik yang jika kita minta tumpang ke lapangan terbang, 338 00:18:17,639 --> 00:18:19,766 mereka terus setuju. Betul, Anna? 339 00:18:19,766 --> 00:18:22,978 Betul. Mereka tanya, "Pukul berapa penerbangan balik?" 340 00:18:22,978 --> 00:18:24,938 Kita kata, "Tak apa. Kami ambil Uber." 341 00:18:24,938 --> 00:18:29,234 Mereka kata, "Jangan jadi bodoh. Kami jemput. Apa gunanya penanda aras?" 342 00:18:29,234 --> 00:18:31,069 - Bagi balik. - Kembali kepada awak. 343 00:18:44,082 --> 00:18:48,253 - Awak tahu? Ini mengarut. - Dan mengarut ialah inovasi. 344 00:18:48,253 --> 00:18:50,630 Tidak, bukan. 345 00:18:51,756 --> 00:18:53,925 Kami takkan capai penanda aras kamu. 346 00:18:54,551 --> 00:18:58,096 Saya nak ke sini dan cuba tawan hati kamu, tapi saya tak nak. 347 00:18:58,763 --> 00:19:01,391 Seorang pemuda ajar saya hari ini, 348 00:19:01,391 --> 00:19:03,852 jika ia tidak berlaku pada masa yang kamu tentukan, 349 00:19:03,852 --> 00:19:05,896 tak bermaksud orang itu salah. 350 00:19:05,896 --> 00:19:08,523 Saya buat garis masa yang sesuai untuk saya. 351 00:19:08,523 --> 00:19:12,527 Inilah diri saya. Jika kamu ada isu, itu masalah kamu. 352 00:19:13,320 --> 00:19:14,446 Dia menolak kita? 353 00:19:14,446 --> 00:19:16,698 Saya tertarik dengan keyakinannya. 354 00:19:17,199 --> 00:19:19,451 Saya yang cipta avokado bebas lebam. 355 00:19:19,451 --> 00:19:24,456 Saya juga hasilkan pankreas bionik murah yang boleh dijual di Costco. 356 00:19:24,456 --> 00:19:28,460 Percayalah apabila saya kata, kami akan selesaikan projek karbon ini. 357 00:19:28,460 --> 00:19:31,796 Ia terlalu penting. Tapi ia akan mengikut garis masa saya. 358 00:19:33,506 --> 00:19:34,424 Bukan kamu. 359 00:19:37,177 --> 00:19:41,097 Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan Ellis Dragon yang hebat. 360 00:19:42,641 --> 00:19:46,645 - Awak fikir apa yang saya fikir? - Sentiasa. Ini cuma masalah sementara. 361 00:19:46,645 --> 00:19:47,854 Kita akan musnahkan dia. 362 00:19:48,647 --> 00:19:49,981 Kenapa kita perlu bercakap? 363 00:19:49,981 --> 00:19:51,274 Tak perlu. 364 00:19:57,656 --> 00:19:59,157 - Bagaimana? - Dia hebat. 365 00:19:59,783 --> 00:20:00,617 Bagus. 366 00:20:01,451 --> 00:20:02,953 Awak tahu, Jackson, 367 00:20:02,953 --> 00:20:06,081 dia tak tunjuk, tapi dia ambil berat tentang apa awak fikir. 368 00:20:06,081 --> 00:20:07,582 Saya baru nampak. 369 00:20:08,166 --> 00:20:09,000 Terima kasih. 370 00:20:11,962 --> 00:20:14,839 - Dapat kawal makmal itu? - Saya memiliki mereka. 371 00:20:23,473 --> 00:20:25,934 Ini untuk kamu. Ia sandwic jeli. 372 00:20:26,559 --> 00:20:27,394 Jeli saja. 373 00:20:28,270 --> 00:20:29,938 Saya tak nak jeli sekarang. 374 00:20:29,938 --> 00:20:33,108 Ia simbol. Ayah sedar sesuatu berdasarkan kata-kata kamu 375 00:20:33,108 --> 00:20:35,610 yang ayah ulang kemudian, tapi dengan lebih berkuasa. 376 00:20:35,610 --> 00:20:40,073 Kamu yang patut putuskan masa yang kamu sedia untuk mentega kacang. 377 00:20:40,782 --> 00:20:41,866 Bukan orang lain. 378 00:20:43,660 --> 00:20:44,494 Okey. 379 00:20:45,954 --> 00:20:47,122 Jadi, terima kasih. 380 00:20:47,956 --> 00:20:51,418 - Bagaimana hari kamu? - Bagus. Makmal itu menarik. 381 00:20:51,418 --> 00:20:54,796 Saya ada urusan yang belum selesai di situ, 382 00:20:54,796 --> 00:20:57,382 jadi saya mungkin akan tinggal dulu. 383 00:20:58,216 --> 00:20:59,926 Oh, Tuhan, kamu akan tinggal? 384 00:21:00,552 --> 00:21:03,638 - Kamu mahu bersama ayah. - Ayah nak nyanyi? Jangan menyanyi. 385 00:21:03,638 --> 00:21:06,266 Anakku Anakku akan tinggal 386 00:21:06,266 --> 00:21:09,102 Kami akan berseronok Setiap malam dan setiap hari 387 00:21:09,102 --> 00:21:10,478 - Kamu pula. - Tidak. 388 00:21:10,478 --> 00:21:12,105 Dia tak mahu menyanyi 389 00:21:12,105 --> 00:21:13,648 Dia tak mahu menari 390 00:21:13,648 --> 00:21:16,735 Tapi kini dia tinggal Ini bukan peluang terakhirku 391 00:21:16,735 --> 00:21:18,236 Selamat malam. 392 00:21:18,236 --> 00:21:23,074 Selamat malam 393 00:22:59,421 --> 00:23:02,340 Terjemahan sari kata oleh Farhah Zubir