1 00:00:11,929 --> 00:00:14,849 Gambar awak dengan balang dan helang dah tersebar. 2 00:00:14,849 --> 00:00:16,934 Mereka panggil awak "Ahli Sihir Aneh." 3 00:00:16,934 --> 00:00:20,146 Malah ada meme orang-orang beri otak kepada awak. 4 00:00:20,146 --> 00:00:21,856 Kita perlu bincangkannya. 5 00:00:22,899 --> 00:00:24,192 Awak dengar tak? 6 00:00:24,192 --> 00:00:26,903 Awak sedang asyik dalam meditasi lagi? 7 00:00:30,531 --> 00:00:32,617 Bahaya untuk keluarkan saya begitu. 8 00:00:32,617 --> 00:00:35,161 Saya dengan monyet yang menenangkan sifat anak-anak saya. 9 00:00:35,161 --> 00:00:37,413 Kini budak itu bersendirian dengan monyet. 10 00:00:37,413 --> 00:00:41,334 Rasanya itu bukan masalah sebenar. Berbanding dengan ini. 11 00:00:41,918 --> 00:00:43,628 Saya tahu, ia satu bencana. 12 00:00:43,628 --> 00:00:47,173 Saya harap monyet ada nasihat, tapi monyet cuma diam. 13 00:00:47,173 --> 00:00:48,883 Kita hargai monyet itu. 14 00:00:48,883 --> 00:00:51,469 Selain itu, kawan awak, Jean, ada di sini. 15 00:00:51,469 --> 00:00:54,388 Dia bukan khayalan dan sekutu terbaik awak, 16 00:00:54,388 --> 00:00:56,140 mungkin dia ada nasihat? 17 00:00:56,140 --> 00:00:58,392 Jean ada di sini? Dia sangat baik. 18 00:00:58,392 --> 00:01:01,104 Saya suka bersama orang baik. Rasa selamat. 19 00:01:01,104 --> 00:01:02,814 Bagus. Saya panggil dia. 20 00:01:04,982 --> 00:01:06,651 Hei. Tunggu di sini. 21 00:01:09,779 --> 00:01:10,988 Sini tidak wujud. 22 00:01:18,246 --> 00:01:20,039 Hai. Awak nak ambil kopi? 23 00:01:20,039 --> 00:01:22,416 - Saya nak ambil. - Silakan, awak dulu. 24 00:01:22,416 --> 00:01:25,503 Awak ada kopi. Secara teknikal, awak dah ambil dulu. 25 00:01:25,503 --> 00:01:28,798 Memang betul. Sekarang awak ambil dulu. 26 00:01:28,798 --> 00:01:29,757 Terima kasih. 27 00:01:30,842 --> 00:01:31,676 Ya. 28 00:01:33,010 --> 00:01:34,554 Awak Malcolm, betul? 29 00:01:35,763 --> 00:01:36,973 Sejak hari pertama. 30 00:01:37,682 --> 00:01:40,768 Bagaimana dengan HR? Boleh tanya atau melanggar peraturan? 31 00:01:40,768 --> 00:01:42,937 Maaf, saya kena laporkan awak. 32 00:01:42,937 --> 00:01:44,605 Harapnya saya tak dipukul. 33 00:01:44,605 --> 00:01:47,525 Okey, keterlaluan. Saya bekerja di bahagian HR. 34 00:01:47,525 --> 00:01:49,735 Maaf. Saya tak suka dipukul. 35 00:01:51,070 --> 00:01:54,031 Itu pun mungkin tak sesuai. Saya akan pergi. 36 00:01:58,828 --> 00:02:02,206 ELLIS DRAGON ANEH GILA, TAK WARAS, HILANG AKAL 37 00:02:04,584 --> 00:02:07,837 Jeanie! Turutan Jean. Mari sini. 38 00:02:07,837 --> 00:02:11,549 Bagus dapat jumpa awak, Ellis. Bagaimana keadaan awak? 39 00:02:12,091 --> 00:02:15,052 Saya rasa kehadiran Katie setiap minit setiap hari. 40 00:02:15,052 --> 00:02:18,806 Saya pun sama. Dia kawan baik saya. Seorang yang baik dan suci. 41 00:02:19,473 --> 00:02:21,893 Wartawan itu beri awak masalah saiz King Kong. 42 00:02:21,893 --> 00:02:23,352 Awak masih berpuisi. 43 00:02:23,352 --> 00:02:26,272 Saya cuba. Maaf kerana terlepas mesyuarat lembaga. 44 00:02:27,273 --> 00:02:31,110 Saya akan beri renungan lembut dan sentuhan fizikal yang halus 45 00:02:31,110 --> 00:02:35,281 untuk mencipta keselesaan sambil membincangkan topik tak selesa. 46 00:02:35,281 --> 00:02:38,492 Bagus bunyinya. Saya harap awak buat begini juga. 47 00:02:39,368 --> 00:02:41,621 Banyak yang saya harap tentang awak juga. 48 00:02:41,621 --> 00:02:45,249 Artikel itu mencipta komplikasi baharu. 49 00:02:45,875 --> 00:02:49,170 Kembar kata awak memalukan syarikat dan perlu digantikan. 50 00:02:49,170 --> 00:02:50,880 Budak-budak tabung amanah. 51 00:02:50,880 --> 00:02:53,299 Mereka burukkan imej lelaki kaya berkulit putih. 52 00:02:53,299 --> 00:02:55,718 Ellis, saya sentiasa menyebelahi awak, 53 00:02:55,718 --> 00:02:59,680 tapi kembar itu bercakap dan mengapi-apikan ahli lembaga lain. 54 00:02:59,680 --> 00:03:02,850 Saya akan lepaskan tangan hanya kerana ia berpeluh. 55 00:03:02,850 --> 00:03:04,644 Awak jarang ke makmal. 56 00:03:04,644 --> 00:03:08,522 Awak perlu mula bekerja dan tunjuk kemajuan kepada lembaga. 57 00:03:08,522 --> 00:03:13,069 Saya suka. Bukan sebab saya dah cakap selama beberapa minggu. Tak, sebab itulah. 58 00:03:13,069 --> 00:03:15,696 Baiklah. Saya juga dapat bersama Jackson. 59 00:03:15,696 --> 00:03:17,907 Kembar itu bagaimana? Mereka takkan mengalah. 60 00:03:17,907 --> 00:03:19,742 Serah dua sial itu kepada saya. 61 00:03:19,742 --> 00:03:22,912 Saya dapat maklumat yang akan mendiamkan mereka. 62 00:03:22,912 --> 00:03:23,996 Beritahu saya. 63 00:03:24,747 --> 00:03:26,457 Tak. Saya nak terkejut. 64 00:03:27,500 --> 00:03:29,543 Beritahu saya. Tidak. Jangan. 65 00:03:31,045 --> 00:03:34,006 Terima kasih atas sokongan dan persahabatan awak. 66 00:03:34,006 --> 00:03:35,549 Ia amat bermakna. 67 00:03:36,050 --> 00:03:38,636 Anna, Ellis sangat bertuah kerana ada awak. 68 00:03:38,636 --> 00:03:40,054 Terima kasih, Jean. 69 00:03:42,682 --> 00:03:43,975 Ya, baiklah. 70 00:03:47,311 --> 00:03:50,356 Ya, itu dah cukup untuk saya. Terima kasih banyak. 71 00:03:57,947 --> 00:03:59,031 Jackson. 72 00:03:59,031 --> 00:04:03,995 - Jean! Oh, Tuhan. Gembira jumpa awak! - Saya dengar awak bekerja di sini. 73 00:04:03,995 --> 00:04:05,371 Ellis pasti gembira. 74 00:04:05,371 --> 00:04:07,456 Ya, walaupun dia buat saya rendah diri 75 00:04:07,456 --> 00:04:10,584 dengan kritikan pakaian, postur dan personaliti. 76 00:04:10,584 --> 00:04:13,504 Jadi, beritahu saya, bagaimana perasaan awak? 77 00:04:13,504 --> 00:04:14,839 Wah, terus tanya. 78 00:04:14,839 --> 00:04:18,009 Saya rasa okey. Masih susah. Ia datang sekali-sekala. 79 00:04:18,009 --> 00:04:22,138 Saya mahu awak tahu, jika awak perlu apa-apa, saya ada di sini. 80 00:04:25,683 --> 00:04:29,353 - Terlalu banyak renungan. - Jadi, lepaskan. Dalam kiraan saya. 81 00:04:29,353 --> 00:04:31,188 Tiga, dua, satu. 82 00:04:32,606 --> 00:04:34,066 Saya masih bermain hap. 83 00:04:34,066 --> 00:04:38,195 Datanglah dengan flut awak. Kita boleh adakan sesi petik dan tiup? 84 00:04:38,195 --> 00:04:41,407 Bagus. Tapi saya masih nak cari nama yang lebih baik. 85 00:04:43,826 --> 00:04:45,828 Berpecahlah, nukleoid tak guna! 86 00:04:45,828 --> 00:04:48,372 Ya. Tunggu apa lagi, putera manja? 87 00:04:48,873 --> 00:04:52,376 Itu dia! Ada sel perlu dimalukan atau ia takkan berpecah. 88 00:04:53,502 --> 00:04:56,464 Jadi, awak akan beri Jackson peluang lagi? 89 00:04:57,715 --> 00:04:58,799 Awak nak cakap? 90 00:04:58,799 --> 00:05:01,260 Saya okey. Saya gembira dengan teman lelaki saya. 91 00:05:01,260 --> 00:05:04,847 Brian baik. Dia suka saya. Kami tidur pada masa yang sama. 92 00:05:04,847 --> 00:05:05,931 Apa lagi? 93 00:05:05,931 --> 00:05:09,393 Tentu ada lagi. Kita suka Brian dan Crocs kegemarannya. 94 00:05:10,269 --> 00:05:12,063 - Jangan ejek dia. - Ejek apa? 95 00:05:12,063 --> 00:05:14,315 - Tak guna. - Saya tak cakap dia tak guna. 96 00:05:14,315 --> 00:05:17,234 - Betul? Saya fikir awak cakap. - Saya sebut tentang Crocs. 97 00:05:17,234 --> 00:05:18,569 Jangan ejek dia. 98 00:05:19,487 --> 00:05:22,907 Okey, saya faham. Awak kata "tak guna", saya dengar "tak guna". 99 00:05:22,907 --> 00:05:25,993 Celaka! Crocs! Apabila awak sebut "Crocs", saya dengar "tak guna". 100 00:05:25,993 --> 00:05:29,497 Saya tahu perasaan awak tentang kasut bodohnya itu. 101 00:05:29,497 --> 00:05:31,665 Jadi, awak dan Jackson? 102 00:05:31,665 --> 00:05:35,127 Saya suka dia. Dia tak berpura-pura, itu bagus. 103 00:05:35,127 --> 00:05:37,338 Jadi, jika awak pasti awak okey... 104 00:05:38,464 --> 00:05:42,134 - Okey, saya tak jumpa dia lagi. - Awak tahu apa yang terbaik. 105 00:05:42,134 --> 00:05:44,929 Selamat pagi, semua. Apa cerita baharu? 106 00:05:44,929 --> 00:05:47,681 Dengar khabar, saya suka lelaki kacak dari HR. 107 00:05:47,681 --> 00:05:50,267 - Awak patut ajak dia keluar. - Tak boleh. 108 00:05:50,267 --> 00:05:51,602 - Pengecut. - Teruk. 109 00:05:51,602 --> 00:05:53,145 Bahaya. Dia dari HR. 110 00:05:53,145 --> 00:05:56,440 Kalau dia tak suka saya, dia boleh laporkan saya. 111 00:05:56,440 --> 00:05:57,650 Betul, ia berisiko. 112 00:05:57,650 --> 00:06:00,194 Mari tentukan secara saintifik jika dia suka awak? 113 00:06:00,194 --> 00:06:04,240 Kita boleh bina kaedah empirik untuk menentukan minatnya. 114 00:06:04,240 --> 00:06:05,282 Hapuskan risiko. 115 00:06:05,282 --> 00:06:07,868 Kemudian, awak boleh ajak dia bercuti. 116 00:06:08,369 --> 00:06:11,997 Saya memang suka bercuti. Biar saya fikirkannya. 117 00:06:11,997 --> 00:06:13,040 - Pengecut! - Teruk. 118 00:06:13,040 --> 00:06:16,710 - Helo, ahli sains semua. - Dia masih tak tahu nama kita. 119 00:06:17,211 --> 00:06:21,298 Hari ini penting. Ellis kembali ke makmal. Bukan lalu. Tiada projek sampingan. 120 00:06:21,298 --> 00:06:23,884 - Mengehadkan gangguan. - Tiada gangguan. 121 00:06:23,884 --> 00:06:26,887 Bagus. Saya risau lelaki yang tinggal dengan saya 122 00:06:26,887 --> 00:06:29,432 akan bekerja di bilik berasingan. 123 00:06:30,474 --> 00:06:33,727 Okey, jadi saya ada idea yang boleh melonjakkan kita. 124 00:06:33,727 --> 00:06:34,728 Bagus. 125 00:06:34,728 --> 00:06:38,941 Berseronoklah menitiskan benda ke atas benda lain dan melihatnya. 126 00:06:38,941 --> 00:06:42,820 Saya tak tahu apa yang berlaku di sini. Saya nak buang sial. 127 00:06:44,196 --> 00:06:47,825 Saya sedar kamu tiada konteks yang diperlukan untuk itu. 128 00:06:48,325 --> 00:06:51,871 Saya akan uruskan dua lelaki jahat ini. Buat saja sains kamu. 129 00:06:58,335 --> 00:07:00,921 - Tak perlu jaga saya. - Saya nak tengok magik itu. 130 00:07:00,921 --> 00:07:07,803 Okey. Saya tahu kamu mengesan reaksi karbon, jadi saya ada idea gila. 131 00:07:10,055 --> 00:07:11,765 Kalau kita boleh dapatkan 132 00:07:11,765 --> 00:07:13,225 apa-apa jenis 133 00:07:13,893 --> 00:07:15,186 pengoksidaan reduktif 134 00:07:16,437 --> 00:07:17,271 di anod... 135 00:07:18,022 --> 00:07:19,482 Ayah menangis? 136 00:07:19,482 --> 00:07:21,817 Tak. Kenapa nak menangis? Ayah okey. 137 00:07:23,652 --> 00:07:24,612 Jadi... 138 00:07:26,030 --> 00:07:28,616 Anod itu... 139 00:07:31,160 --> 00:07:32,953 Mungkin sel terlalu cantik? 140 00:07:32,953 --> 00:07:35,915 Hei. Apa yang sedang berlaku? 141 00:07:35,915 --> 00:07:38,501 Tiada apa-apa. Cuma bekerja di makmal. 142 00:07:38,501 --> 00:07:40,169 Nak pergi ambil angin? 143 00:07:40,169 --> 00:07:41,921 Tak. Tiada gangguan. 144 00:07:44,465 --> 00:07:47,092 Okey. Saya tak tahu apa yang terjadi, 145 00:07:48,761 --> 00:07:51,889 tapi ia sudah reda. Beri saya sedikit masa. 146 00:08:01,774 --> 00:08:04,443 - Buat apa di sini? - Ya. Buat apa di sini? 147 00:08:04,443 --> 00:08:06,028 Kita perlu berbincang. 148 00:08:06,779 --> 00:08:08,739 - Hei, ini rumah kami. - Ini rumah kami. 149 00:08:08,739 --> 00:08:11,700 - Kamu perlu berhenti kacau Ellis. - Tak mungkin. 150 00:08:11,700 --> 00:08:13,744 Ayah pinjamkan wang untuk syarikat Ellis 151 00:08:13,744 --> 00:08:17,206 tapi apabila ayah nak buka syarikat, Ellis tak pinjamkan. 152 00:08:17,206 --> 00:08:18,707 Ia zoo harimau jinak. 153 00:08:18,707 --> 00:08:20,334 Ia syarikat harimau jinak. 154 00:08:20,334 --> 00:08:23,629 Ia tak bermoral, ayah kamu tak tahu apa-apa tentang harimau. 155 00:08:23,629 --> 00:08:25,214 Awak macam mak kami. 156 00:08:25,214 --> 00:08:28,259 Oh, wanita itu. Tak pernah yakin dengan ayah kami. 157 00:08:28,259 --> 00:08:32,054 - Jadi, kamu ganggulah dia. - Dia mak kami. Kenapa dengan awak? 158 00:08:32,054 --> 00:08:33,847 Ya, saya yang bodoh di sini. 159 00:08:33,847 --> 00:08:35,015 Mari teruskan saja. 160 00:08:35,015 --> 00:08:39,520 Saya tahu maklumat yang amat memalukan tentang kamu berdua. 161 00:08:39,520 --> 00:08:43,190 Kamu hadiri parti seks mewah dengan ahli satu peratus masyarakat 162 00:08:43,190 --> 00:08:46,652 dan bertukar cecair tubuh serta pendapat politik. 163 00:08:46,652 --> 00:08:49,029 Dengus. Kami ahli teknologi. Itu hal kecil. 164 00:08:49,029 --> 00:08:51,156 Awak cakap "dengus"? 165 00:08:51,156 --> 00:08:53,784 Ya, saya mendengus. Itulah cara mendengus. 166 00:08:53,784 --> 00:08:57,955 Tidak. Awak tak cakap "dengus". Mendengus ialah bunyi tak percaya. 167 00:08:57,955 --> 00:09:00,082 Tidaklah. Dengus. 168 00:09:01,709 --> 00:09:03,877 - Awak okey? - Itulah mendengus. 169 00:09:03,877 --> 00:09:07,089 Kamu tak malu tentang parti seks itu, tapi saya yakin 170 00:09:07,089 --> 00:09:11,176 kawan kamu yang menyedihkan takkan jemput apabila mereka lihat ini. 171 00:09:11,176 --> 00:09:13,220 Kamu pelakon semula Pilgrim. 172 00:09:15,431 --> 00:09:18,934 Saya menikmati kebebasan daripada kezaliman Gereja England. 173 00:09:19,435 --> 00:09:21,145 Dan saya menggodak mentega. 174 00:09:23,772 --> 00:09:24,690 Mana awak dapat? 175 00:09:24,690 --> 00:09:27,401 Ada budak 14 tahun yang baik di bangunan saya 176 00:09:27,401 --> 00:09:29,820 yang suka kumpul maklumat dan memusnahkan orang. 177 00:09:29,820 --> 00:09:33,657 Kami berlakon jadi Pilgrim. Apa masalahnya? Orang suka Pilgrim. 178 00:09:33,657 --> 00:09:35,117 Mereka cipta Amerika. 179 00:09:35,117 --> 00:09:36,827 Itu tak benar sama sekali. 180 00:09:36,827 --> 00:09:39,997 Selain mengagungkan penjajah rasis yang suka genosid, 181 00:09:39,997 --> 00:09:42,291 persatuan Pilgrim kamu tak benarkan wanita. 182 00:09:42,291 --> 00:09:44,418 Ada wanita yang rasa itu jijik. 183 00:09:44,418 --> 00:09:48,130 Mungkin wanita yang menghadiri parti seks meriah kamu. 184 00:09:48,922 --> 00:09:52,760 Betul. Wanita parti seks pandang serius tentang diskriminasi. 185 00:09:52,760 --> 00:09:55,512 Dan wanita benda terbaik di parti seks kita. 186 00:09:55,512 --> 00:09:59,099 Jika mereka marah, kita berasmara dengan siapa? Julian saja? 187 00:09:59,099 --> 00:10:00,809 Berhenti kacau Ellis. 188 00:10:00,809 --> 00:10:05,481 Atau ini akan tersebar dan kamu cuma dapat cecair tubuh kamu selamanya. 189 00:10:08,484 --> 00:10:11,111 KERETA SATU LAGI IALAH HAP 190 00:10:15,741 --> 00:10:17,076 Jackson, berhenti. 191 00:10:17,743 --> 00:10:21,163 Tajuk lagu ini "Berjalan Dalam Sinaran." Bukan "Merangkak Dalam Gelap." 192 00:10:21,163 --> 00:10:25,292 Ya, saya bersembunyi di sebalik muzik, tapi flut meniupkan kebenaran. 193 00:10:25,292 --> 00:10:27,795 Alat kita mendedahkan diri kita. 194 00:10:27,795 --> 00:10:30,964 Saya berhenti bermain hap untuk suami semasa curang dengan pelatih. 195 00:10:30,964 --> 00:10:32,466 Saya risau tentang ayah. 196 00:10:32,466 --> 00:10:35,594 - Dia asyik menangis di makmal. - Awak tolong dia? 197 00:10:35,594 --> 00:10:38,013 Dia tak mahu. Dia suka mengarahkan saya 198 00:10:38,013 --> 00:10:42,768 tapi apabila saya beritahu dia sesuatu, dia beri senyuman menghina. Macam ini... 199 00:10:45,646 --> 00:10:47,648 Dia nampak sangat hiba. 200 00:10:48,774 --> 00:10:51,652 Awak kenal orang lain yang rasa hiba? 201 00:10:51,652 --> 00:10:54,029 Oh, Tuhan. Ya, setiap hari. Ya. 202 00:10:54,738 --> 00:10:55,864 - Saya, betul? - Ya. 203 00:10:55,864 --> 00:10:58,909 Kamu kongsi rasa itu, mungkin awak boleh bantu dia. 204 00:10:58,909 --> 00:11:00,828 Saya dah masuk perangkap. 205 00:11:03,205 --> 00:11:07,251 Makmal ialah tempat selamat saya. Di situlah saya rasa selesa, 206 00:11:07,251 --> 00:11:09,086 sebab itulah ia menakutkan. 207 00:11:10,003 --> 00:11:13,257 Bagaimana jika ia berulang dan saya tak boleh ke makmal? 208 00:11:13,257 --> 00:11:15,718 Jika saya tak boleh ke makmal, 209 00:11:15,718 --> 00:11:16,802 siapa saya? 210 00:11:19,555 --> 00:11:22,891 - Boleh rasa minuman koko itu? - Awak kata awak tak mahu. 211 00:11:22,891 --> 00:11:24,935 Saya tak tahu ada marshmallow. 212 00:11:24,935 --> 00:11:27,938 Saya kenal awak. Awak takkan rasa, awak akan minum banyak. 213 00:11:27,938 --> 00:11:31,108 Tidak! Saya janji. Lagipun ia terlalu panas. 214 00:11:32,526 --> 00:11:33,777 Rasa sedikit saja. 215 00:11:33,777 --> 00:11:36,155 Sedikit. Coklat yang sedikit. 216 00:11:37,406 --> 00:11:38,365 Terima kasih. 217 00:11:40,242 --> 00:11:41,076 Dah... 218 00:11:42,202 --> 00:11:44,580 Dah cukup! 219 00:11:46,999 --> 00:11:50,377 - Ada satu marshmallow. - Saya tak percaya awak beri saya rasa. 220 00:11:51,128 --> 00:11:55,507 Baiklah, mari fokus pada masalah awak. Mungkin awak perlu berehat. 221 00:11:56,633 --> 00:12:00,095 Mari pergi bercuti. Awak tak pernah bawa saya ke mana-mana. 222 00:12:00,095 --> 00:12:01,180 Hei, ayah. 223 00:12:01,722 --> 00:12:04,349 Dan Leslie. Sudah tentu. Helo. 224 00:12:04,349 --> 00:12:07,352 Helo, anak muda. Kami bercakap tentang percutian. 225 00:12:07,352 --> 00:12:09,229 - Mungkin ke Sepanyol. - Ibiza? 226 00:12:09,229 --> 00:12:12,399 - Ya, tempat lahirnya tamadun. - DJ dicipta di situ. 227 00:12:13,192 --> 00:12:14,401 Tidak, jangan. 228 00:12:15,903 --> 00:12:17,905 - Ayah bagaimana? - Masih terkejut. 229 00:12:17,905 --> 00:12:21,450 Ayah tak tahu sebabnya ayah menangis. Ayah cuma rasa hiba. 230 00:12:21,450 --> 00:12:24,495 Saya buat sesuatu apabila saya rasa hiba. 231 00:12:24,495 --> 00:12:26,914 - Betul? Apa? - Saya nak beritahu ayah, 232 00:12:26,914 --> 00:12:30,292 tapi ayah perlu janji ayah takkan senyum dengan menghina 233 00:12:30,292 --> 00:12:31,877 macam ayah selalu buat. 234 00:12:33,253 --> 00:12:36,799 - Jackson, ayah tak buat begitu. - Ayah buat sekarang. 235 00:12:36,799 --> 00:12:39,176 Kamu salah. 236 00:12:39,176 --> 00:12:40,969 Ayah tahu? Lupakan saja. 237 00:12:40,969 --> 00:12:43,639 Okey, ayah tak buat apa yang ayah tak buat. Apa dia? 238 00:12:44,598 --> 00:12:48,101 Baiklah, saya beritahu, tapi ia amat peribadi dan memalukan. 239 00:12:48,685 --> 00:12:51,855 Kalau nak cakap tentang melancap, ruang ini selamat. 240 00:12:52,689 --> 00:12:53,524 Tidak. 241 00:12:54,024 --> 00:12:56,693 Apabila hiba, saya cubit punggung kuat-kuat. 242 00:12:56,693 --> 00:13:00,572 Bunyinya bodoh, tapi berkesan. Kesakitannya menyedarkan saya ketika itu. 243 00:13:01,907 --> 00:13:05,452 Ayah hargai perkongsian kamu. Ayah akan cuba. Terima kasih. 244 00:13:05,452 --> 00:13:06,954 Sama-sama. 245 00:13:08,038 --> 00:13:11,583 Kamu berdua hebat. Sebab inilah saya buat terapi keluarga. 246 00:13:11,583 --> 00:13:15,170 Bukan untuk pesakit saya menjerit dan suruh saya bangun. 247 00:13:18,423 --> 00:13:22,553 Hei. Semua okey? Saya dengar keadaan agak beremosi di makmal semalam. 248 00:13:22,553 --> 00:13:25,764 Sedikit tapi Jackson bantu. Macam mana dengan kembar? 249 00:13:25,764 --> 00:13:29,893 Saya dapat kemenangan semalam, dan ia kemenangan berkembar. 250 00:13:29,893 --> 00:13:32,396 Sebab mereka kembar dan saya pandai mengarang. 251 00:13:33,021 --> 00:13:34,231 Menyeronokkan. 252 00:13:39,027 --> 00:13:41,822 - Kami dah agak awak di sini. - Di pejabat saya? 253 00:13:41,822 --> 00:13:43,198 Bijak betul kamu. 254 00:13:43,198 --> 00:13:46,243 Kami cuma nak serang awak, macam awak buat. 255 00:13:46,243 --> 00:13:47,619 Ya, macam awak buat. 256 00:13:47,619 --> 00:13:50,789 Buatlah cepat sebelum kamu lupa tujuan kamu ke sini. 257 00:13:53,750 --> 00:13:54,960 Kami takkan lupa. 258 00:13:57,963 --> 00:13:59,006 Saya dah ingat. 259 00:13:59,006 --> 00:14:02,718 Awak tulis kisah fiksyen tentang pejabat awak dan kami jumpa. 260 00:14:04,386 --> 00:14:05,637 Saya tak faham. 261 00:14:05,637 --> 00:14:08,557 - Kami godam awak. - Kami ahli teknologi. 262 00:14:08,557 --> 00:14:11,101 Kami kenal ahli teknologi berkebolehan. 263 00:14:11,101 --> 00:14:14,396 Mungkin rakan sekerja awak nak baca karya awak, 264 00:14:15,022 --> 00:14:16,899 Terima kasih Untuk Anna. 265 00:14:16,899 --> 00:14:18,066 Alamak. 266 00:14:18,066 --> 00:14:22,529 "Satu lagi pagi di Dragon, tapi Anna nampak sangat menakjubkan." 267 00:14:28,035 --> 00:14:30,913 Selamat pagi, Anna. Awak cantik hari ini dan setiap hari. 268 00:14:30,913 --> 00:14:32,956 - Terima kasih, saintis. - Sama-sama. 269 00:14:32,956 --> 00:14:36,335 Saya takkan ungkit yang awak tak tahu nama kami. 270 00:14:36,335 --> 00:14:40,714 Kami salah kerana nama kami sukar diingat. Awak bijak dan otak awak hebat. 271 00:14:40,714 --> 00:14:43,634 Anna, saya terfikir waktu lajur tertukar 272 00:14:43,634 --> 00:14:46,929 dalam laporan aset dalaman dan awak betulkannya. 273 00:14:46,929 --> 00:14:49,514 Saya bodoh kerana tak beri awak pujian. 274 00:14:49,514 --> 00:14:53,894 Awak bijak, otak awak hebat dan sedap mata memandang, jika awak faham. 275 00:14:53,894 --> 00:14:56,355 Saya faham dan itu mustahil. 276 00:14:57,481 --> 00:14:58,899 Jangan cakap mustahil. 277 00:15:00,609 --> 00:15:02,778 Nak dengar lagu yang saya tulis untuk awak? 278 00:15:02,778 --> 00:15:04,905 Satu lagi? Baiklah. 279 00:15:04,905 --> 00:15:07,908 Terima kasih Anna tersayang Untuk setiap gaji dan pisang 280 00:15:07,908 --> 00:15:10,911 Ya, hanya Anna yang kami kasihi 281 00:15:10,911 --> 00:15:13,580 Sukar untuk rendah diri Apabila bekerja untuk dewi 282 00:15:13,580 --> 00:15:14,706 Tolong berhenti. 283 00:15:14,706 --> 00:15:17,709 Jika ia terdedah, awak takkan dipandang serius. 284 00:15:17,709 --> 00:15:20,295 Ya, cuba uruskan syarikat tanpa dihormati. 285 00:15:20,295 --> 00:15:23,006 - Kami dah cuba dua kali, ia teruk. - Apa kamu mahu? 286 00:15:23,006 --> 00:15:26,301 Jika awak sebarkan satu pun gambar kami berkasut gancu, 287 00:15:26,301 --> 00:15:29,471 semua kakitangan awak akan dapat salinan Terima Kasih Untuk Anna. 288 00:15:33,433 --> 00:15:36,186 Baiklah, petani penjajah bodoh. Rahsia kamu selamat. 289 00:15:36,186 --> 00:15:40,107 Bagus. Kita bertiga terikat, jadi kami akan terus musnahkan Ellis. 290 00:15:40,107 --> 00:15:41,024 Demi ayah kita. 291 00:15:41,024 --> 00:15:42,442 - Ayah kita. - Pergi. 292 00:15:46,530 --> 00:15:47,364 Aduhai. 293 00:15:48,240 --> 00:15:50,993 Selepas kajian teliti, kami jumpa cara terjamin 294 00:15:50,993 --> 00:15:53,954 untuk menentukan jika lelaki HR itu suka awak. 295 00:15:53,954 --> 00:15:55,872 Pembolehubah A ialah habuk ini. 296 00:15:55,872 --> 00:15:59,251 - Pembolehubah B dan C ialah alternatif... - Tolonglah. 297 00:15:59,251 --> 00:16:01,920 Letak habuk di baju awak dan lihat jika dia kutip. 298 00:16:01,920 --> 00:16:04,715 Merapikan calon pasangan menunjukkan minat. 299 00:16:04,715 --> 00:16:07,843 Jadi, jika dia sentuh awak, awak tahu dia suka awak. 300 00:16:07,843 --> 00:16:09,302 Ini hebat. 301 00:16:09,302 --> 00:16:12,681 Tapi saya kutip sesuatu dari blaus mak saya tempoh hari. 302 00:16:14,391 --> 00:16:16,727 Okey, kawan. Mari kita lakukannya. 303 00:16:19,354 --> 00:16:22,065 - Sains membantu dunia. - Senjata nuklear. 304 00:16:22,065 --> 00:16:23,692 - Oh, ya. - Selamat pagi. 305 00:16:23,692 --> 00:16:25,610 Selamat pagi. Sedia untuk bekerja? 306 00:16:25,610 --> 00:16:28,113 Saya ada idea baharu tentang fasa karbon. 307 00:16:29,740 --> 00:16:31,616 Terima kasih, tapi saya akan okey. 308 00:16:31,616 --> 00:16:34,661 Dapat nasihat semalam daripada pemuda istimewa. 309 00:16:34,661 --> 00:16:36,872 Bagus, mereka tak tahu pemuda itu. 310 00:16:36,872 --> 00:16:39,416 - Saya ambil pipet. - Saya tolong awak. 311 00:16:39,416 --> 00:16:41,460 Teruja nak cuba petua punggung. 312 00:16:42,544 --> 00:16:46,006 Tidak, bukan petua punggung seperti itu. 313 00:16:46,006 --> 00:16:48,884 Ia cara menggunakan punggung untuk rasa gembira. 314 00:16:48,884 --> 00:16:51,303 Menggunakan punggung untuk mencapai... 315 00:16:51,303 --> 00:16:52,637 Tak guna, ayah. 316 00:16:52,637 --> 00:16:55,599 Okey. Jadi, saya fikir 317 00:16:56,767 --> 00:16:58,226 jika kita terbalikkan 318 00:16:59,519 --> 00:17:02,147 anod, kita boleh mempercepatkan... 319 00:17:03,732 --> 00:17:05,317 Ayuh. 320 00:17:06,401 --> 00:17:09,780 - Ayah? - Tak, ia berkesan. Memang berhasil. 321 00:17:11,281 --> 00:17:12,783 Pengoksidaan reduktif... 322 00:17:14,493 --> 00:17:17,746 Itu idea saya dan saya akan jumpa kamu esok. 323 00:17:20,165 --> 00:17:21,083 Ayah. 324 00:17:21,666 --> 00:17:23,376 Maaf petua kamu tak menjadi. 325 00:17:23,376 --> 00:17:26,963 Tak perlu pura-pura. Itu cara saya, tak semestinya berkesan untuk ayah. 326 00:17:26,963 --> 00:17:29,633 Kamu cuba bantu. Ayah tahu ia sukar. 327 00:17:29,633 --> 00:17:31,218 Ayah tak nak kamu kecewa. 328 00:17:31,802 --> 00:17:33,887 Usah risau tentang kecewakan saya. 329 00:17:35,305 --> 00:17:36,264 Oh, anakku. 330 00:17:36,973 --> 00:17:39,559 - Ayah kecewakan saya setiap hari. - Bagus. 331 00:17:41,353 --> 00:17:45,315 Bagaimana? Kalau ayah tak ke makmal, mak kamu akan bunuh ayah. 332 00:17:45,315 --> 00:17:47,526 Projek karbon itu penting bagi dia. 333 00:17:47,526 --> 00:17:50,028 Kalau dia bunuh ayah, dia perlu bersama ayah. 334 00:17:50,028 --> 00:17:53,365 Mak seronok tanpa ayah. Dia cuma akan menghantui ayah. 335 00:17:53,365 --> 00:17:57,119 Tapi ayah tak mahu terjaga dan dia terapung di atas katil ayah, 336 00:17:57,119 --> 00:17:59,871 tanggalkan rahang dan menjerit dengan kecewa. 337 00:17:59,871 --> 00:18:03,250 Mungkin ayah yang beri tekanan kepada diri ayah 338 00:18:03,250 --> 00:18:05,210 kerana ayah tak nak mak kecewa? 339 00:18:05,210 --> 00:18:08,004 - Tapi kenapa hanya di makmal? - Projek karbon. 340 00:18:08,004 --> 00:18:10,340 Di makmal, ayah boleh kecewakan mak. 341 00:18:10,340 --> 00:18:14,219 - Oh, Tuhan! Kenapa kita tak terfikir? - Saya baru terfikir. 342 00:18:14,219 --> 00:18:15,637 Tapi ayah terus faham. 343 00:18:15,637 --> 00:18:18,849 Kamu tak faham? Ayah boleh kecewakan dia di makmal. 344 00:18:18,849 --> 00:18:22,435 Jangan jadikan ini idea ayah, dan ayah takkan kecewakan mak. 345 00:18:22,435 --> 00:18:25,564 Mak selalu kata, "Orang kecewa jika kita putus asa." 346 00:18:25,564 --> 00:18:27,732 Kamu betul. Tak, mak betul. 347 00:18:27,732 --> 00:18:29,484 Tak, ayah betul. 348 00:18:30,193 --> 00:18:33,780 Ayah takkan putus asa. Ayah harap kamu belajar sesuatu hari ini. 349 00:18:38,201 --> 00:18:40,078 Hei. Bagaimana ayah awak? 350 00:18:40,078 --> 00:18:44,082 Dia okey. Saya dah tahu masalahnya, tapi dia ambil pujian. 351 00:18:44,082 --> 00:18:47,002 - Macam awak buat sekarang? - Ia dalam DNA saya. 352 00:18:49,796 --> 00:18:50,839 Apa awak... 353 00:18:57,095 --> 00:18:58,513 Ada habuk di baju awak. 354 00:19:06,479 --> 00:19:08,273 Okey. 355 00:19:08,857 --> 00:19:12,235 Ia cuma habuk. Ia tak bermakna. Sains memang bodoh. 356 00:19:12,736 --> 00:19:14,779 Tidak, sains memang bijak. 357 00:19:16,823 --> 00:19:18,241 Kenapa awak basah? 358 00:19:18,241 --> 00:19:20,535 - Saya cuba yang terbaik. - Okey. 359 00:19:20,535 --> 00:19:23,705 Saya terfikir, awak patut ajak Jackson keluar lagi. 360 00:19:23,705 --> 00:19:25,290 Dia baik. Ajaklah. 361 00:19:25,290 --> 00:19:27,083 - Awak pasti? - Ya. 362 00:19:27,083 --> 00:19:28,877 Saya rasa dia comel? Sedikit. 363 00:19:28,877 --> 00:19:31,963 Saya nak tinggalkan Brian dan keluar dengan Jackson? 364 00:19:34,549 --> 00:19:35,675 - Jadi? - Tidak. 365 00:19:36,468 --> 00:19:37,469 Ajak dia keluar. 366 00:19:38,053 --> 00:19:39,930 Kalau awak okey, saya ajak. 367 00:19:39,930 --> 00:19:41,264 Bagus. Terima kasih. 368 00:19:41,848 --> 00:19:44,851 Ruby? Luna? Ada sesiapa berbogel di sini? 369 00:19:44,851 --> 00:19:47,854 Awak boleh buka mata. Kami dah tutup buah dada. 370 00:19:48,813 --> 00:19:51,942 Ujian habuk berjaya. Dia kutip, jadi saya ajak dia keluar. 371 00:19:51,942 --> 00:19:53,777 Kami pergi 10 minit lagi. 372 00:19:53,777 --> 00:19:57,030 Anehkah jika saya bergesel kepada Ellis untuk dapat bau dia? 373 00:19:57,030 --> 00:19:59,449 Ya, tapi tak seaneh obsesi awak terhadapnya. 374 00:19:59,449 --> 00:20:00,825 Saya tiada obsesi. 375 00:20:01,660 --> 00:20:04,704 Saya peluk dia dua kali hari ini, mungkin dah cukup. 376 00:20:07,123 --> 00:20:09,501 Hei. Sedia untuk pergi minum? 377 00:20:09,501 --> 00:20:12,087 Sangat sedia. Ellis baru e-mel saya. 378 00:20:12,087 --> 00:20:15,548 Dia mahu saya daftarkan helangnya sebagai haiwan bantuan. 379 00:20:15,548 --> 00:20:17,467 Kadangkala dia menyukarkan. 380 00:20:18,802 --> 00:20:21,596 - Apa? - Ellis. Kadangkala dia menyukarkan. 381 00:20:25,642 --> 00:20:27,978 Tak berhasil. Banyak ketidakserasian. 382 00:20:32,190 --> 00:20:34,776 - Itu pun awak. - Dan tiada tangisan. 383 00:20:34,776 --> 00:20:36,319 Bagus. Bagaimana awak... 384 00:20:36,319 --> 00:20:38,154 Mari sini. Lihat ini. 385 00:20:39,406 --> 00:20:42,659 - Nampak tak? - Tidak. Habuk itu? Apa yang saya tengok? 386 00:20:42,659 --> 00:20:44,119 Saya dapat penemuan. 387 00:20:45,328 --> 00:20:46,413 Beritahu saya. 388 00:20:47,205 --> 00:20:52,794 Awak melihat zarah konkrit yang dibuat daripada gas rumah hijau. 389 00:20:53,420 --> 00:20:55,380 Kita berjaya. Ini cuma permulaan. 390 00:20:55,380 --> 00:20:58,466 - Oh, Tuhan. Ellis, ini hebat. - Betul tak? 391 00:20:59,009 --> 00:21:00,844 Tengoklah awak. Senyum. 392 00:21:01,344 --> 00:21:04,639 Saya tak patut senyum. Saya tak dapat halang kembar itu. 393 00:21:04,639 --> 00:21:07,851 Mereka jumpa maklumat memalukan tentang saya. 394 00:21:08,435 --> 00:21:10,937 Lebih memalukan daripada dilihat menyorok 395 00:21:10,937 --> 00:21:14,441 di bawah jubah halimunan tak siap dengan balang dan helang? 396 00:21:14,441 --> 00:21:18,194 - Saya tulis fiksyen pejabat. - Itu bukannya... 397 00:21:18,194 --> 00:21:21,948 Di dunia yang memuja saya. Saya matikan bom dalam satu bab. 398 00:21:21,948 --> 00:21:24,200 Saya akan beri $40,000 untuk baca. 399 00:21:24,200 --> 00:21:26,119 Tak. Saya beritahu awak 400 00:21:26,119 --> 00:21:29,164 agar awak tak terkejut jika kembar itu sebarkannya. 401 00:21:29,164 --> 00:21:30,707 Saya benci mereka. 402 00:21:30,707 --> 00:21:35,337 Bangsat. Saya saja sudah cukup, awak tak patut berdepan dengan mereka. 403 00:21:36,588 --> 00:21:38,590 Masa untuk kita membalas dendam. 404 00:21:38,590 --> 00:21:41,217 Kita ada cacar di belakang peti sejuk beku. 405 00:21:41,217 --> 00:21:45,013 Saya ada idea lain, tapi saya suka cara awak hilang akal. 406 00:21:49,142 --> 00:21:52,020 Jadi, pegang hujungnya dan baling ke atas rumah? 407 00:21:52,020 --> 00:21:54,481 Serta semak dan pokok. Semuanya. 408 00:21:54,481 --> 00:21:56,691 Semuanya. Oh, Tuhan. Ini mengujakan. 409 00:21:57,442 --> 00:22:01,279 Hore! Siaplah kamu! 410 00:22:01,905 --> 00:22:04,074 Mustahil untuk bersihkan jika hujan. 411 00:22:04,074 --> 00:22:05,950 Oh, Tuhan, saya harap hujan. 412 00:22:06,618 --> 00:22:08,495 Hujan! 413 00:22:08,995 --> 00:22:11,039 Okey. Jangan menjerit. Dah dekat. 414 00:22:12,040 --> 00:22:13,249 Lampu. 415 00:22:13,249 --> 00:22:15,210 Macam kucing pada waktu malam. 416 00:22:23,426 --> 00:22:25,095 Saya rasa awak langgar satu kembar. 417 00:23:42,964 --> 00:23:46,384 Terjemahan sari kata oleh Farhah Zubir