1 00:00:16,142 --> 00:00:18,311 J-bone! Nasib baik kita terserempak. 2 00:00:19,062 --> 00:00:20,897 - Ayah nak berterima kasih. - Sama-sama. 3 00:00:20,980 --> 00:00:24,734 - Kamu tak tahu sebabnya. - Tak, saya jawab dan ayah akan beralih. 4 00:00:24,817 --> 00:00:28,071 Bijak. Terima kasih kerana kenalkan ayah kepada Peter, 5 00:00:28,154 --> 00:00:31,199 penentu masa depan Dragon Industries suatu hari nanti. 6 00:00:31,282 --> 00:00:33,159 Okey. Dah mula lagi. 7 00:00:33,242 --> 00:00:35,787 - Mula apa? - Cuba buat saya cemburu. 8 00:00:36,746 --> 00:00:39,248 Ini bukan main-main. Ayah ikhlas. 9 00:00:39,332 --> 00:00:41,542 - Saya percaya. - Percayalah ini. 10 00:00:42,043 --> 00:00:45,421 Bateri Peter akan menggegarkan BioTexpo. 11 00:00:46,130 --> 00:00:48,966 Ayah nak persembahkannya? Ayah rasa itu bijak? 12 00:00:49,050 --> 00:00:51,761 Ya, ia bijak sebab Peter harapan ayah. 13 00:00:51,844 --> 00:00:54,680 Ini projek kesayangannya, jadi ia projek kesayangan ayah. 14 00:00:54,764 --> 00:00:55,973 Ia belum siap lagi. 15 00:00:56,724 --> 00:00:57,683 Kamu cemburu. 16 00:00:59,393 --> 00:01:00,728 Saya tak cakap begitu. 17 00:01:04,649 --> 00:01:08,194 Kenapalah saya cuba dengan dia? Dia orang paling gila. 18 00:01:09,278 --> 00:01:11,280 - Siapa? - Awak rasa siapa? 19 00:01:11,364 --> 00:01:13,491 Nampaknya ada orang perlu cuti. 20 00:01:13,574 --> 00:01:16,661 Kita patut pergi. Mungkin ke Malibu atau Ojai. 21 00:01:16,744 --> 00:01:17,620 Saya ada kerja. 22 00:01:17,703 --> 00:01:20,873 Jangan risau. Kerja itu masih ada apabila kita balik. 23 00:01:20,957 --> 00:01:23,709 Bukankah awak patut kerja keras? Awak hampir dipecat. 24 00:01:23,793 --> 00:01:28,756 Ya, nyaris sekali. Kita boleh bincang dalam perjalanan ke Ojai. 25 00:01:28,840 --> 00:01:31,843 Saya takkan pergi. Orang lain ada tanggungjawab. 26 00:01:31,926 --> 00:01:35,596 Bertenang. Bukan awak saja yang ada tanggungjawab. 27 00:01:35,680 --> 00:01:36,597 Maaf. 28 00:01:36,681 --> 00:01:39,475 Saya rasa saya perlu lebih banyak tanggungjawab. 29 00:01:40,143 --> 00:01:43,187 Kamu nak ambil inisiatif dan buat saya kagum? 30 00:01:43,271 --> 00:01:44,772 Ya. Itu betul. 31 00:01:45,606 --> 00:01:47,358 Biar saya kurangkan beban awak. 32 00:01:47,441 --> 00:01:50,736 Buat kerja kotor, sihir gelap dan jadi dalang. 33 00:01:50,820 --> 00:01:53,197 Kamu fikir saya buat apa di sini? 34 00:01:53,281 --> 00:01:55,908 Entah, tapi bagaimana jika saya cakap 35 00:01:55,992 --> 00:02:00,204 yang saya yakin dengan misi kita iaitu membaiki planet atau apa saja? 36 00:02:00,288 --> 00:02:01,205 Bagaimana? 37 00:02:01,289 --> 00:02:04,250 Saya terlalu sibuk untuk pimpin tangan kamu. 38 00:02:05,001 --> 00:02:06,919 Saya tahu pendirian awak tentangnya. 39 00:02:07,503 --> 00:02:10,548 - Saya tunjuk kasih sayang dengan berbeza. - Betul. 40 00:02:11,507 --> 00:02:12,341 Beri contoh. 41 00:02:14,886 --> 00:02:18,472 Beginilah. Kamu boleh ikut saya semasa saya bekerja 42 00:02:18,556 --> 00:02:20,600 kalau saya takkan sedar kamu ada. 43 00:02:20,683 --> 00:02:22,602 Awak takkan tahu saya wujud. 44 00:02:23,144 --> 00:02:25,229 Saya tahu itu fantasi awak. 45 00:02:32,195 --> 00:02:35,114 Kenapa agaknya Peter adakan mesyuarat ini? 46 00:02:36,157 --> 00:02:38,618 - Dia ada cakap apa-apa? - Mesyuarat? 47 00:02:38,701 --> 00:02:42,663 Tidak. Rasanya tidak. Dia tak beritahu saya. Saya tak tahu. 48 00:02:42,747 --> 00:02:45,166 Mungkin dia akan umumkan ketua pasukan. 49 00:02:45,249 --> 00:02:47,210 Ini mungkin saat penting saya. 50 00:02:47,960 --> 00:02:48,961 Helo. 51 00:02:49,754 --> 00:02:51,631 Helo. 52 00:02:51,714 --> 00:02:53,424 Seperti yang anda dengar, 53 00:02:53,507 --> 00:02:57,386 saya akan persembahkan bio-bateri dengan Ellis di BioTexpo. 54 00:02:57,470 --> 00:02:59,931 Dia pasti hebat. Betul. 55 00:03:00,014 --> 00:03:02,642 Saya sangat teruja untuk dia. 56 00:03:03,559 --> 00:03:06,020 Kawan saya. Sangat menarik. 57 00:03:06,103 --> 00:03:09,440 Tapi ada lebih banyak tekanan untuk beri hasil yang baik, 58 00:03:09,523 --> 00:03:12,485 dan tentunya, ia memerlukan kepimpinan. 59 00:03:13,486 --> 00:03:15,154 Bercakap tentang kepimpinan, 60 00:03:15,238 --> 00:03:18,532 Ruby akan memikul lebih banyak tanggungjawab 61 00:03:18,616 --> 00:03:21,035 sebagai ketua pasukan yang melapor kepada saya. 62 00:03:23,746 --> 00:03:24,747 Terima kasih. 63 00:03:25,456 --> 00:03:29,085 Saya teruja untuk bekerjasama dalam peranan baharu ini 64 00:03:29,168 --> 00:03:32,129 dan ambil pujian atas semua kerja kamu. 65 00:03:34,257 --> 00:03:36,300 Peter. Ellis sedia untuk jumpa. 66 00:03:36,801 --> 00:03:38,636 - Mari sambung kerja. - Tahniah. 67 00:03:38,719 --> 00:03:40,179 - Terima kasih. - Syabas. 68 00:03:44,642 --> 00:03:45,643 Wah. 69 00:03:47,853 --> 00:03:50,690 - Awak tahu tentang itu? - Lebih kurang. Ia agak… 70 00:03:50,773 --> 00:03:52,316 Tak perlu jelaskannya. 71 00:03:53,484 --> 00:03:55,569 Tak perlu beritahu saya apa-apa. 72 00:04:00,032 --> 00:04:02,660 Kita bersiaran seminit lagi. Semua okey? 73 00:04:02,743 --> 00:04:06,664 - Orang baharu agak gementar. - Saya tak pernah masuk televisyen. 74 00:04:06,747 --> 00:04:09,792 - Ikut saja saya. - Lebih baik jika kita ikut skrip. 75 00:04:10,876 --> 00:04:12,336 Saya dah pernah buat. 76 00:04:12,420 --> 00:04:15,131 Saya nyanyikan lagu kebangsaan di Calgary Stampede. 77 00:04:15,214 --> 00:04:16,674 Hebat. 78 00:04:19,176 --> 00:04:21,679 Selamat kembali ke Quick Money. Saya Donna Marks. 79 00:04:21,762 --> 00:04:24,932 Sebagai permulaan, saham yang kami awasi dengan rapat. 80 00:04:25,016 --> 00:04:26,726 Dragon Industries mengumumkan 81 00:04:26,809 --> 00:04:30,104 yang ia akan mempersembahkan ciptaan hebat di BioTexpo. 82 00:04:30,187 --> 00:04:34,358 Bersama saya ialah CEO Dragon Industries, Ellis Dragon. 83 00:04:34,442 --> 00:04:35,735 Gembira dapat hadir, Donna. 84 00:04:35,818 --> 00:04:40,740 Bersama dia ialah pencipta teknologi baharu Dragon yang menarik, 85 00:04:40,823 --> 00:04:46,037 dan dianggap sebagai Ellis Dragon seterusnya, Peter Martin. 86 00:04:46,120 --> 00:04:48,080 Helo, Donna. Terima kasih jemput kami. 87 00:04:48,164 --> 00:04:52,126 Bio-bateri yang berfungsi ialah ciptaan agung dalam industri ini. 88 00:04:52,209 --> 00:04:55,129 Ia inovasi yang muncul sekali dalam satu generasi 89 00:04:55,212 --> 00:04:58,758 dan boleh menyelamatkan Dragon Industries yang bermasalah. 90 00:04:59,508 --> 00:05:02,928 - Kami bermasalah? - Saham awak menjunam 30% musim lepas. 91 00:05:03,012 --> 00:05:05,348 Awak menghadap dakwaan jenayah kerana membakar. 92 00:05:06,390 --> 00:05:09,935 Itu hal keluarga, dan saya takkan bincangkannya di sini. 93 00:05:10,019 --> 00:05:14,398 Tapi percayalah, saya akan buat apa saja untuk melindungi keluarga saya. 94 00:05:14,482 --> 00:05:15,983 Kami ada laporan lain 95 00:05:16,067 --> 00:05:18,527 tentang awak mencuri kereta pekerja 96 00:05:18,611 --> 00:05:20,488 dalam keadaan tidak waras. 97 00:05:20,571 --> 00:05:24,408 - Itu juga hal peribadi keluarga? - Mungkin. 98 00:05:25,493 --> 00:05:29,163 Donna, saya mengikuti kerjaya awak untuk masa yang lama. 99 00:05:29,246 --> 00:05:30,998 Saya peminat tegar awak. 100 00:05:31,082 --> 00:05:32,083 Terima kasih. 101 00:05:32,166 --> 00:05:36,045 Sebagai peminat, saya tahu awak lebih baik daripada ini. 102 00:05:36,128 --> 00:05:38,714 - Tunggu dulu. - Tak, awak tunggu. 103 00:05:38,798 --> 00:05:41,467 Awak menyibuk dalam drama keluarga orang lain 104 00:05:41,550 --> 00:05:44,970 dan kesihatan mental untuk mencipta detik yang tular, 105 00:05:45,054 --> 00:05:46,013 dan itu cuma… 106 00:05:46,555 --> 00:05:49,767 Saya akan beritahu awak. Itu satu gangguan. 107 00:05:49,850 --> 00:05:51,894 Ia gangguan daripada kebenaran, 108 00:05:51,977 --> 00:05:55,189 bahawa masa kita suntuk dalam industri bateri litium. 109 00:05:55,272 --> 00:06:00,694 Telefon bimbit, kereta elektrik, seluruh gaya hidup kita tak boleh kekal 110 00:06:00,778 --> 00:06:02,446 tanpa tenaga boleh diperbaharui. 111 00:06:04,240 --> 00:06:05,199 Ya. 112 00:06:07,159 --> 00:06:08,869 Beralih kepada pasaran perumahan, 113 00:06:08,953 --> 00:06:12,248 Harga rumah naik 16% dan semakin meningkat. 114 00:06:12,832 --> 00:06:16,377 Bekalan berkurangan, permintaan pengguna pada tahap tertinggi. 115 00:06:16,460 --> 00:06:18,462 Syabas. Kamu berjaya. 116 00:06:18,546 --> 00:06:20,464 Betul? Saya rasa saya banyak cakap. 117 00:06:20,548 --> 00:06:21,757 Tak, awak hebat! 118 00:06:21,841 --> 00:06:23,342 - Betul, Ellis? - Tidak. 119 00:06:24,677 --> 00:06:25,553 Dia tak hebat. 120 00:06:26,929 --> 00:06:29,765 Dia lebih daripada hebat! Tepukan untuk Peter! 121 00:06:29,849 --> 00:06:31,976 Kamu dengar. Dia saya yang seterusnya. 122 00:06:32,059 --> 00:06:33,936 - Aduhai. - Tak bagus. 123 00:06:37,356 --> 00:06:38,357 Saya rasa pening. 124 00:06:38,441 --> 00:06:41,235 Okey. Awak nak pergi baring di pejabat awak? 125 00:06:42,611 --> 00:06:45,698 Anna, boleh saya tunjukkan sesuatu? 126 00:06:45,781 --> 00:06:46,657 Baiklah. 127 00:06:50,703 --> 00:06:53,205 Bawa Ellis ke pejabatnya dan beri dia air. 128 00:06:53,289 --> 00:06:55,416 - Jangan sentuh apa-apa. - Baiklah. 129 00:06:55,499 --> 00:06:56,876 Hei, tunggu, bos! 130 00:06:59,086 --> 00:07:02,006 - Apa awak fikir tentang Peter? - Saya tak fikir. 131 00:07:02,965 --> 00:07:03,799 Bagusnya awak. 132 00:07:05,426 --> 00:07:07,219 Hei. Semua okey? 133 00:07:07,303 --> 00:07:09,346 Ya, sudah tentu. 134 00:07:10,139 --> 00:07:14,143 - Terima kasih, Georgia. Itu saja. - Tidak. Biar dia tinggal di sini. 135 00:07:14,768 --> 00:07:15,603 Dia faham. 136 00:07:17,521 --> 00:07:18,731 Apa yang Peter mahu? 137 00:07:19,440 --> 00:07:23,110 Dia cuma agak cemas. Ada orang hantar e-mel ugutan. 138 00:07:24,945 --> 00:07:25,779 Yakah? 139 00:07:25,863 --> 00:07:29,074 Ya, tapi tak apa. Saya hantar ke unit keselamatan. Mereka tak risau. 140 00:07:29,158 --> 00:07:30,701 Saya tak dapat ugutan bunuh. 141 00:07:30,784 --> 00:07:32,369 Nasib baiklah? 142 00:07:32,453 --> 00:07:35,581 Nak ke bilik persidangan dan bersedia untuk Bloomberg? 143 00:07:35,664 --> 00:07:38,667 Biarlah Peter buat. Dia yang dapat ugutan bunuh. 144 00:07:38,751 --> 00:07:41,337 Malah, dia boleh buat semua temu bual. 145 00:07:41,420 --> 00:07:42,630 BioTexpo juga. 146 00:07:43,130 --> 00:07:46,217 Peter boleh buat semuanya. Semua orang nak bunuh dia. 147 00:07:47,718 --> 00:07:50,471 Ellis, dari mana datangnya semua ini? 148 00:07:52,348 --> 00:07:56,268 Saya tak menghasilkan impak lagi. Saya tiada sebarang nilai. 149 00:07:56,936 --> 00:08:00,773 Awak tahu, ada satu masa, tak lama dulu, 150 00:08:02,024 --> 00:08:03,776 saya yang mereka nak bunuh. 151 00:08:05,194 --> 00:08:06,946 Saya fikir ia akan kekal selamanya. 152 00:08:07,029 --> 00:08:09,490 Apa yang kita sedang kenangkan? 153 00:08:09,573 --> 00:08:12,826 Awak tak faham? Awak tahu siapa yang dapat ugutan bunuh? 154 00:08:12,910 --> 00:08:15,162 Pemimpin bervisi. Agen perubahan. 155 00:08:15,246 --> 00:08:16,830 - Bintang. - Bintang. 156 00:08:18,499 --> 00:08:22,419 Awak tahu, mungkin ugutan bunuh itu bukannya untuk Peter. 157 00:08:23,462 --> 00:08:25,631 Mungkin ia untuk awak. 158 00:08:26,715 --> 00:08:28,926 Betulkah? Apa pendapat kita? 159 00:08:29,009 --> 00:08:30,344 Macam tak betul. 160 00:08:30,427 --> 00:08:33,847 Sebenarnya, Georgia, ia mungkin ugutan palsu 161 00:08:33,931 --> 00:08:37,059 bagi mengumpan kita agar fokus untuk melindungi Peter 162 00:08:37,142 --> 00:08:42,648 lalu membuatkan pemimpin kita yang penting terdedah kepada serangan. 163 00:08:42,731 --> 00:08:44,483 - Ya, saya faham. - Taklah. 164 00:08:44,567 --> 00:08:46,193 Betul kata Georgia. 165 00:08:47,027 --> 00:08:50,197 Kenapa nak bunuh saya? Mereka boleh bunuh diri saya yang baharu. 166 00:08:51,657 --> 00:08:54,118 Georgia, boleh kita bercakap sekejap? 167 00:08:59,415 --> 00:09:01,667 Sebahagian besar tugas saya adalah… 168 00:09:04,545 --> 00:09:08,674 menaikkan semangat Ellis, walaupun dengan mengubah realiti. 169 00:09:09,425 --> 00:09:12,177 - Seperti menipu? - Panggil apa-apa saja. 170 00:09:12,261 --> 00:09:14,888 Bagusnya. Mari masuk balik. Saya nak belajar. 171 00:09:14,972 --> 00:09:17,808 - Tak boleh. - Sekarang saya dihukum? 172 00:09:19,310 --> 00:09:20,686 Itu kasih sayang saya. 173 00:09:22,062 --> 00:09:26,066 Saya fikir semuanya baik dengan Georgia, tapi saya buat dia marah. 174 00:09:26,150 --> 00:09:29,069 - Awak dan Georgia bermalam bersama? - Itu bukan… 175 00:09:29,153 --> 00:09:30,613 - Awak maafkan dia? - Sebab? 176 00:09:30,696 --> 00:09:31,864 Sebab dipecat. 177 00:09:31,947 --> 00:09:34,658 Kenapa perlu maafkan dia? Ayah saya cari pasal. 178 00:09:34,742 --> 00:09:37,411 Ya. Ayah awak cari pasal. Georgia tak salah. 179 00:09:37,494 --> 00:09:39,955 Jackson Dragon. Ikut kami. 180 00:09:41,790 --> 00:09:42,666 - Malcolm! - Jackson? 181 00:09:42,750 --> 00:09:45,753 - Malcolm tak boleh tolong. - Mereka culik saya. 182 00:09:45,836 --> 00:09:46,795 Jackson? 183 00:09:48,756 --> 00:09:49,798 Ayah, apa jadi? 184 00:09:54,345 --> 00:09:55,346 Saya tak faham. 185 00:09:55,429 --> 00:09:57,514 Pagi ini, Peter dapat ugutan kecil. 186 00:09:57,598 --> 00:10:01,435 Petang ini, ayah dapat ugutan yang lebih menakutkan. 187 00:10:01,518 --> 00:10:02,353 Okey. 188 00:10:02,895 --> 00:10:04,730 Jackson, apa awak buat di sini? 189 00:10:04,813 --> 00:10:07,107 Saya beritahu dia tentang Pembunuh Dragon. 190 00:10:07,191 --> 00:10:11,236 - Itu gelarannya. Idea ayah. - Kita tak perlu risaukan Jackson. 191 00:10:11,737 --> 00:10:13,155 Apa lagi pilihan saya? 192 00:10:13,238 --> 00:10:16,784 Saya nak baiki hubungan sebelum perkara tak diingini berlaku. 193 00:10:16,867 --> 00:10:18,160 Sudah tentu. 194 00:10:18,243 --> 00:10:21,497 Jadi, mereka suruh berhenti bercakap tentang bio-bateri? 195 00:10:21,580 --> 00:10:25,084 Sekali lagi, ayah bawa teknologi baharu kepada orang ramai. 196 00:10:25,167 --> 00:10:27,795 Jadi, ayah membawa perubahan yang berbahaya. 197 00:10:27,878 --> 00:10:31,799 Sebab itulah ayah awak perlu kembali bersiaran di televisyen. 198 00:10:31,882 --> 00:10:33,676 Jangan biar orang gila menang. 199 00:10:33,759 --> 00:10:37,471 Ini bahagian terbaik. Saya dah upah pakar untuk cari dia. 200 00:10:39,014 --> 00:10:41,892 Yakah? Saya fikir kita setuju untuk abaikannya. 201 00:10:44,186 --> 00:10:45,979 Baiklah, saya bekerja di mana? 202 00:10:47,398 --> 00:10:49,608 Leslie pakar itu. Baguslah. 203 00:10:49,692 --> 00:10:53,529 Baguskah? Sebab saya rasa ini di luar kemampuan Leslie. 204 00:10:53,612 --> 00:10:54,738 Tekaan saya ialah 205 00:10:55,531 --> 00:10:57,533 orang ini bukan orang asing. 206 00:10:57,616 --> 00:11:00,786 - Mungkin pekerja di sini. - Saya tak terfikir pun. 207 00:11:00,869 --> 00:11:03,247 Mungkin kita patut buat pencarian yang luas. 208 00:11:03,330 --> 00:11:06,792 Sesiapa pun dia, saya akan cari mereka dan beritahu mereka, 209 00:11:06,875 --> 00:11:08,502 "Kami takkan cabut lari." 210 00:11:08,585 --> 00:11:10,879 - Cabut apa? - Jangan bantah! 211 00:11:10,963 --> 00:11:12,214 Ayah presiden perang. 212 00:11:12,297 --> 00:11:15,634 - Saya perlu buat temu bual. - Awak ada kuasa penuh. 213 00:11:15,718 --> 00:11:18,303 Penggantungan habeas corpus. Undang-undang tentera. 214 00:11:19,221 --> 00:11:23,434 Mesej diterima, ketua. Kita guna taktik Zero Dark Thirty. 215 00:11:25,728 --> 00:11:28,105 - Apa dia buat? - Sejak bila dia tempang? 216 00:11:28,731 --> 00:11:29,606 Tidak. 217 00:11:29,690 --> 00:11:31,400 - Berhenti! Jangan! - Hei! 218 00:11:31,483 --> 00:11:33,360 Tidak. Berhenti! 219 00:11:53,839 --> 00:11:55,924 - Boleh saya bantu? - Kenapa awak buat? 220 00:11:56,008 --> 00:11:56,925 Buat apa? 221 00:11:57,009 --> 00:12:00,387 Awak bagus. Ini pasti seronok. 222 00:12:00,471 --> 00:12:02,181 Saya mahu cari pengkhianat. 223 00:12:02,264 --> 00:12:03,390 - Pengkhianat? - Ya. 224 00:12:03,474 --> 00:12:06,393 Anggap saya seperti pemburu pembelot. 225 00:12:06,477 --> 00:12:09,229 Okey, ini tentang ugutan ke atas Peter? 226 00:12:09,313 --> 00:12:13,567 Ugutan ke atas Peter? Dia pun dapat ugutan? Menarik. 227 00:12:14,693 --> 00:12:18,447 Maksudnya, Peter dah jadi orang penting di sini? 228 00:12:18,530 --> 00:12:19,823 Ya, saya rasa begitu. 229 00:12:20,574 --> 00:12:22,701 Dia bagus dalam Quick Money. 230 00:12:22,785 --> 00:12:26,205 Awak rasa dia ada rancangan? Mahu rampas tempat teratas? 231 00:12:26,288 --> 00:12:27,915 Saya takkan terkejut. 232 00:12:29,541 --> 00:12:33,587 Dia buat saya fikir saya akan jadi ketua. Kemudian dia beri kepada Ruby. 233 00:12:34,213 --> 00:12:35,756 Sebab mereka kawan lama. 234 00:12:35,839 --> 00:12:40,594 Jadi, kedudukannya sedang meningkat dan dia ikut telunjuk Ruby? 235 00:12:42,888 --> 00:12:44,973 Saya dah dapat semuanya. Terima kasih. 236 00:12:45,724 --> 00:12:46,558 Okey. 237 00:12:47,851 --> 00:12:49,353 Maaf, siapa awak? 238 00:12:52,523 --> 00:12:53,482 Tiada sesiapa. 239 00:12:55,526 --> 00:12:58,070 Hei, saya nak periksa keadaan awak. 240 00:12:58,153 --> 00:13:00,781 Suasana agak menakutkan di pejabat hari ini. 241 00:13:00,864 --> 00:13:01,990 Kami sedang uruskannya. 242 00:13:02,491 --> 00:13:05,619 Peter dapat ugutan. Kini, saya dengar Ellis pun dapat. 243 00:13:05,702 --> 00:13:08,080 Pada hari yang sama. Peliknya. 244 00:13:08,664 --> 00:13:10,207 Itu perkara biasa. 245 00:13:10,290 --> 00:13:13,168 Apabila kita mengubah dunia, orang lain tergugat. 246 00:13:13,252 --> 00:13:17,172 Terutamanya CFO yang suka mengubah realiti. 247 00:13:17,965 --> 00:13:19,258 Betul, Pembunuh Dragon? 248 00:13:29,935 --> 00:13:33,730 Mengawal Ellis memerlukan metodologi yang agak luar biasa. 249 00:13:34,481 --> 00:13:38,610 Pembunuh Dragon mungkin lebih luar biasa daripada kebiasaannya. 250 00:13:38,694 --> 00:13:43,407 Saya faham. Buat orang tua itu takut. Buat dia rasa penting. Hormat. 251 00:13:43,490 --> 00:13:45,450 Terima kasih kerana memahami. 252 00:13:45,534 --> 00:13:47,369 Apa lagi yang akan berlaku? 253 00:13:47,452 --> 00:13:50,706 Saya ada banyak idea. Boleh jadi mimpi ngeri. 254 00:13:50,789 --> 00:13:55,794 Saya hargai tawaran itu, tapi Pembunuh Dragon bekerja sendirian. 255 00:14:00,382 --> 00:14:02,050 Amboi. 256 00:14:03,260 --> 00:14:04,845 Kalau bukan Cik Ruby. 257 00:14:05,429 --> 00:14:06,263 Saya… 258 00:14:06,346 --> 00:14:07,306 Ya? 259 00:14:07,389 --> 00:14:09,474 Saya patut ucapkan tahniah. 260 00:14:10,475 --> 00:14:11,476 Apa? 261 00:14:11,560 --> 00:14:14,563 Menurut kawan awak, Lumis, awak dapat naik pangkat. 262 00:14:15,063 --> 00:14:16,940 - Luna. - Tidak, Lumis. 263 00:14:17,024 --> 00:14:18,650 - Tak, Luna. - Siapa Lumis? 264 00:14:18,734 --> 00:14:20,193 Luna beritahu awak? 265 00:14:20,277 --> 00:14:21,778 Awak boleh marah dia. 266 00:14:22,905 --> 00:14:24,531 Tunggu. Kenapa? 267 00:14:24,615 --> 00:14:27,492 Itu tak penting. Awak ada kawan tahap atasan. 268 00:14:28,201 --> 00:14:30,162 Celaka. Saya dah beritahu Peter. 269 00:14:30,245 --> 00:14:31,371 Jadi, betullah. 270 00:14:32,164 --> 00:14:34,249 Awak rapat dengan Peter. 271 00:14:34,917 --> 00:14:37,920 Kami ada persahabatan istimewa. 272 00:14:38,003 --> 00:14:41,465 Mungkin dah tiba masanya untuk kita membentuk pakatan. 273 00:14:42,174 --> 00:14:43,884 Jadi pasangan berkuasa. 274 00:14:43,967 --> 00:14:44,801 Saya dan awak. 275 00:14:45,594 --> 00:14:49,264 Maaf. Saya perlu pergi ke tempat lain. 276 00:14:51,642 --> 00:14:53,769 Dia gembira dengan ahli terapinya? 277 00:14:57,064 --> 00:14:59,441 Peter. Dah selesai dengan CNBC? 278 00:14:59,524 --> 00:15:04,071 Ya, tapi saya perlu beritahu awak, saya sendirian di luar sana. 279 00:15:04,154 --> 00:15:06,949 Saya banyak bercakap. Saya perlukan bantuan. 280 00:15:07,032 --> 00:15:09,952 Ellis akan sertai awak untuk temu bual selebihnya. 281 00:15:10,035 --> 00:15:12,287 - Dia rasa lebih baik. - Berhenti! 282 00:15:12,371 --> 00:15:15,624 Maaf. Pembunuh Dragon telah menulis surat kedua. 283 00:15:15,707 --> 00:15:18,710 - Mustahil. - Siapa Pembunuh Dragon? 284 00:15:18,794 --> 00:15:20,963 Orang gila. Jelas sekali. 285 00:15:22,881 --> 00:15:23,799 Dengar. 286 00:15:23,882 --> 00:15:26,677 "Nampaknya saya tak mahu kepala awak. 287 00:15:26,760 --> 00:15:29,262 Sebaliknya, saya akan hapuskan keturunan awak, 288 00:15:29,346 --> 00:15:33,266 bunuh waris tunggal awak dan guna mayatnya untuk masak bolognese." 289 00:15:39,189 --> 00:15:40,232 Ya Tuhan. 290 00:15:41,400 --> 00:15:46,738 Surat ini berbeza bunyinya. Lebih grafik dan tak matang. 291 00:15:46,822 --> 00:15:49,783 - Mungkin peniru. - Dia guna kertas yang sama. 292 00:15:49,866 --> 00:15:53,954 Tiada kehalusan dalam surat ini dan ia macam tak kena. 293 00:15:54,037 --> 00:15:54,871 Sudah tentu. 294 00:15:54,955 --> 00:15:56,957 Ada sesuatu yang berubah. 295 00:15:57,040 --> 00:16:00,002 Dia semakin tak terkawal. 296 00:16:01,128 --> 00:16:03,755 Dia tak lagi terikat dengan sebarang kod. 297 00:16:04,297 --> 00:16:09,052 Dia bertekad untuk menghukum anaknya atas dosa bapanya. 298 00:16:09,136 --> 00:16:12,431 Baiklah. Jadi, saya akan buat sendirian lagi. 299 00:16:13,932 --> 00:16:15,142 Kemudilah, kapten. 300 00:16:15,225 --> 00:16:16,059 Baiklah. 301 00:16:18,645 --> 00:16:19,730 Ayah cari saya? 302 00:16:21,189 --> 00:16:23,650 Jackson, ayah tak nak cemaskan kamu, 303 00:16:23,734 --> 00:16:25,819 tapi Pembunuh Dragon memburu kamu. 304 00:16:27,070 --> 00:16:29,197 Dia nak jadikan kamu sos daging 305 00:16:29,281 --> 00:16:32,826 dan ayah rasa, hidang kamu dengan rigatoni atau tagliatelle. 306 00:16:32,909 --> 00:16:34,995 Kedua-duanya elok dengan sos pekat. 307 00:16:35,078 --> 00:16:37,039 Baguslah ayah tak nak cemaskan saya. 308 00:16:37,539 --> 00:16:39,833 Saya rasa awak patut sertai Peter. 309 00:16:39,916 --> 00:16:42,127 Usah mengalah kepada penjahat kecil. 310 00:16:42,210 --> 00:16:45,464 Anna! Awak tak faham. Awak bukan ibu. Sediakan bunker. 311 00:16:45,547 --> 00:16:47,340 Saya rasa tak perlu. 312 00:16:47,424 --> 00:16:51,511 Saya setuju. Bukankah kita nak beri Leslie masa untuk selesaikannya? 313 00:16:52,012 --> 00:16:53,847 Siapa, saya? Ya. 314 00:16:55,348 --> 00:16:57,893 Kita lebih selamat jika saya di sini. 315 00:16:57,976 --> 00:17:01,063 Awak tahu, soal orang, takutkan orang, 316 00:17:01,146 --> 00:17:04,066 menyiasat pergolakan kuasa dan lain-lain. 317 00:17:04,149 --> 00:17:07,903 Awak ada dua jam lagi. Jika gagal, kita akan menghilang. 318 00:17:08,570 --> 00:17:10,238 Betul. Banyak masa. 319 00:17:11,531 --> 00:17:13,325 Seseorang perlu bersihkan muntah. 320 00:17:15,285 --> 00:17:16,870 Kamu memang teruk. 321 00:17:16,953 --> 00:17:19,831 Betul tak? Surat saya betul-betul berjaya. 322 00:17:19,915 --> 00:17:20,999 Tidak, sebaliknya. 323 00:17:21,083 --> 00:17:24,211 Pembunuh Dragon mahu melonjakkan ego Ellis. 324 00:17:24,294 --> 00:17:28,215 Bukan ugut anak sulungnya sehingga bersembunyi di bunker rahsia. 325 00:17:28,298 --> 00:17:31,134 Pembunuh Dragon juga suka berseronok. 326 00:17:31,635 --> 00:17:33,720 Dia bukan orang bodoh. 327 00:17:33,804 --> 00:17:35,680 Kamu memburukkan keadaan. 328 00:17:35,764 --> 00:17:38,892 Ada cara lain untuk kamu hadir tapi tak menyusahkan hidup? 329 00:17:38,975 --> 00:17:42,354 Okey. Bertenang. Kita boleh baikinya. 330 00:17:45,107 --> 00:17:47,192 Hei, awak nampak Jackson? 331 00:17:47,275 --> 00:17:50,737 Kenapa? Nak beritahu awak tak dipecat, dan awak dan Ellis tipu dia? 332 00:17:50,821 --> 00:17:54,366 - Itu bagus untuk saya. - Apa? Tidak. Kenapa awak peduli? 333 00:17:54,449 --> 00:17:57,244 Rahsia buat saya naik ruam. Ia dah mula timbul. 334 00:17:57,744 --> 00:17:59,538 Sapulah minyak. 335 00:17:59,621 --> 00:18:01,540 Awak patut berterus terang. 336 00:18:01,623 --> 00:18:03,708 - Saya tahu awak baik… - Jackson! 337 00:18:04,459 --> 00:18:07,754 - Awak nak ke mana? - Saya rasa ke bunker. 338 00:18:07,838 --> 00:18:10,423 Mujurlah saya jumpa awak sebelum dikurung 339 00:18:10,507 --> 00:18:14,052 sebab saya nak minta maaf atas kelakuan saya pagi ini. 340 00:18:14,136 --> 00:18:15,428 Tak ada masalah. 341 00:18:15,512 --> 00:18:16,721 Tak, ada masalah. 342 00:18:16,805 --> 00:18:20,433 Saya kecewa dengan tindakan ayah saya, dan saya marah awak. 343 00:18:20,517 --> 00:18:24,354 Saya tak patut marah, sebab saya suka awak. 344 00:18:25,355 --> 00:18:26,481 Saya pun suka awak. 345 00:18:27,399 --> 00:18:28,525 Bercakap tentang Ellis, 346 00:18:28,608 --> 00:18:31,862 ugutan bunuh bagaimana yang akan menaikkan egonya 347 00:18:31,945 --> 00:18:35,157 tapi buat dia rasa selamat dan tak perlu bersembunyi? 348 00:18:35,699 --> 00:18:37,617 Kenapa kisah tentang ego ayah saya? 349 00:18:37,701 --> 00:18:38,827 Saya tak kisah. 350 00:18:39,619 --> 00:18:41,329 Pembunuh Dragon yang kisah. 351 00:18:44,040 --> 00:18:46,960 - Apa masalah awak? - Apa maksud awak? 352 00:18:47,043 --> 00:18:50,088 - Georgia beritahu saya. - Dia rasa surat saya lebih baik. 353 00:18:51,381 --> 00:18:54,009 - Saya kata, "Lebih mengganggu." - Sama saja. 354 00:18:54,718 --> 00:18:56,511 Saya tak sangka awak buat begini. 355 00:18:56,595 --> 00:18:59,931 Awak tahu betapa tertekannya saya? Apa lagi pilihan saya? 356 00:19:00,015 --> 00:19:03,476 Satu-satunya pilihan awak adalah untuk buat ugutan bunuh? 357 00:19:03,560 --> 00:19:06,188 Itu saja pilihannya pada masa itu. 358 00:19:06,271 --> 00:19:09,232 Ia pasti berhasil jika budak ini tak campur tangan. 359 00:19:09,316 --> 00:19:11,693 Saya cuma nak buat mak kagum. 360 00:19:11,776 --> 00:19:12,861 Bagaimana sekarang? 361 00:19:12,944 --> 00:19:16,948 - Satu-satunya jalan keluar ialah masuk. - Apa maksudnya? 362 00:19:17,032 --> 00:19:19,701 Saya rasa apa yang Georgia maksudkan ialah 363 00:19:19,784 --> 00:19:21,453 surat ketiga jawapannya. 364 00:19:22,162 --> 00:19:25,290 Kita perlu jelaskan yang saya bukan dalam bahaya. 365 00:19:26,625 --> 00:19:29,169 "Saya putuskan untuk melepaskan anak awak, 366 00:19:29,252 --> 00:19:31,796 jadi awak tak perlulah kelam-kabut." 367 00:19:31,880 --> 00:19:33,924 Oh, Tuhan. "Kelam-kabut"? 368 00:19:34,007 --> 00:19:36,843 Tandatangan saja, "Sayang, Anna." 369 00:19:37,802 --> 00:19:39,679 Mungkin cakap sesuatu seperti, 370 00:19:40,180 --> 00:19:41,473 "Saya Google anak awak. 371 00:19:41,556 --> 00:19:47,145 Walaupun dia sangat comel macam raja pendek, 372 00:19:47,646 --> 00:19:49,439 dia tak berbaloi. 373 00:19:49,522 --> 00:19:55,820 Jadi, saya akan fokuskan kemarahan saya pada satu-satunya Dragon yang penting." 374 00:19:56,321 --> 00:19:58,865 - Bagaimana? - Padam "raja pendek". 375 00:19:58,949 --> 00:20:02,244 Padam "comel" juga, tapi selain itu, ia agak berkesan. 376 00:20:03,328 --> 00:20:04,162 Syabas. 377 00:20:05,622 --> 00:20:08,083 Itu bagaikan pelukan daripadanya. 378 00:20:14,381 --> 00:20:16,591 Betulkah cerita mereka tentang Peter? 379 00:20:17,217 --> 00:20:20,136 - Cerita apa? - Dia hebat dalam Quick Money. 380 00:20:20,220 --> 00:20:22,472 Dia akan uruskan tempat ini tak lama lagi. 381 00:20:22,555 --> 00:20:24,224 Saya tak tahu apa-apa. 382 00:20:24,975 --> 00:20:26,685 Orang macam kita perlu tahu. 383 00:20:27,477 --> 00:20:29,271 Jika kapal Ellis karam, 384 00:20:29,354 --> 00:20:31,898 kita tak perlu karam sekali ke dasar lagun. 385 00:20:31,982 --> 00:20:36,236 Mari masuk ke dalam bot Peter dan biar dia mendayung kita ke darat. 386 00:20:38,154 --> 00:20:39,656 Bukankah awak ahli terapi Ellis? 387 00:20:39,739 --> 00:20:44,369 Saya juga ahli terapi saya sendiri dan klien saya yang paling penting. 388 00:20:45,245 --> 00:20:47,080 Saya akan beritahu Ellis rancangan awak. 389 00:20:56,089 --> 00:20:57,507 Awak tak mahu buat begitu. 390 00:21:00,468 --> 00:21:01,594 Ini berita baik. 391 00:21:02,387 --> 00:21:05,265 Menurut surat ini, dia tak buru Jackson lagi. 392 00:21:05,348 --> 00:21:07,475 Saya saja yang dalam bahaya. 393 00:21:07,559 --> 00:21:09,060 Macam yang awak suka. 394 00:21:09,686 --> 00:21:13,815 Jadi, apa kata kita terus bertindak, buat temu bual media yang lain, 395 00:21:13,898 --> 00:21:15,442 dan pergi ke BioTexpo? 396 00:21:15,525 --> 00:21:16,609 Saya setuju. 397 00:21:16,693 --> 00:21:17,610 Baguslah. 398 00:21:17,694 --> 00:21:19,070 Kita dah jumpa. 399 00:21:19,821 --> 00:21:23,867 Malcolm, dikenali sebagai Pembunuh Dragon. 400 00:21:23,950 --> 00:21:26,911 Bukan Malcolm. Saya kenal dia sejak kecil. 401 00:21:26,995 --> 00:21:28,705 - Diam! - Apa… 402 00:21:29,247 --> 00:21:30,582 Ia dipanggil samaran. 403 00:21:31,249 --> 00:21:33,752 Saya tak terkejut kalau dia reka cerita 404 00:21:33,835 --> 00:21:35,962 kononnya saya yang khianati awak. 405 00:21:36,046 --> 00:21:37,130 Dia khianati awak. 406 00:21:37,213 --> 00:21:38,965 Seperti yang Leslie ramalkan. 407 00:21:39,049 --> 00:21:41,051 Itu tak kelakar. Hati-hati sikit. 408 00:21:41,134 --> 00:21:43,094 - Apa? - Apa maksudnya? 409 00:21:43,178 --> 00:21:46,222 - Cakap, atau saya akan cakap. - Baiklah. 410 00:21:46,306 --> 00:21:49,392 Saya beri idea untuk Ellis pecat saya. Awak gembira? 411 00:21:49,476 --> 00:21:50,435 Ayah, betulkah? 412 00:21:50,518 --> 00:21:53,772 Bukankah ini hal remeh berbanding ugutan bunuh? 413 00:21:53,855 --> 00:21:55,899 - Ayah tak diugut. - Surat ini apa? 414 00:21:55,982 --> 00:21:57,734 - Anna tulis. - Surat pertama saja. 415 00:21:57,817 --> 00:22:01,237 Saya tulis surat kedua. Surat ketiga ialah kolaborasi… 416 00:22:01,321 --> 00:22:02,155 Berhenti. 417 00:22:03,573 --> 00:22:04,407 Kenapa? 418 00:22:05,492 --> 00:22:07,369 Keadaan awak sangat teruk. 419 00:22:07,452 --> 00:22:08,453 Saya cuma nak 420 00:22:09,371 --> 00:22:10,997 bina semula keyakinan awak. 421 00:22:13,166 --> 00:22:14,000 Saya faham. 422 00:22:15,001 --> 00:22:17,212 Jadi, tahniah. 423 00:22:17,879 --> 00:22:20,215 Keyakinan saya kini di tahap tertinggi. 424 00:22:21,174 --> 00:22:22,008 Ellis. 425 00:22:23,176 --> 00:22:24,052 Jackson… 426 00:22:24,135 --> 00:22:25,220 Tak perlulah. 427 00:22:34,062 --> 00:22:36,523 Nampaknya saya dah selesaikan kes ini. 428 00:22:37,857 --> 00:22:39,025 Awak boleh pergi. 429 00:22:41,611 --> 00:22:42,529 Tolonglah. 430 00:22:49,744 --> 00:22:50,870 Sudahlah. 431 00:22:52,914 --> 00:22:53,873 Ya, ia… 432 00:22:55,125 --> 00:22:56,292 Ia agak memenatkan. 433 00:22:56,960 --> 00:22:58,711 Betul kata awak. 434 00:22:59,879 --> 00:23:01,464 Awak tak risau? 435 00:23:01,548 --> 00:23:03,508 Tentang ugutan itu. 436 00:23:03,591 --> 00:23:06,386 Satu-satunya ugutan sebenar hari ini. 437 00:23:06,469 --> 00:23:09,973 Ini? Tidak. Ia cuma orang pelik di Internet. 438 00:23:10,056 --> 00:23:12,684 Unit keselamatan kata Sydney Grossman hantar. 439 00:23:12,767 --> 00:23:15,145 Awak pernah bekerja dengannya dulu. 440 00:23:16,896 --> 00:23:21,192 Saya tak ingat nama itu. Ia tak menarik seperti Pembunuh Dragon. 441 00:23:22,902 --> 00:23:26,448 Ya, bukan kerja terbaik saya, tapi, 442 00:23:27,449 --> 00:23:30,118 saya dan Ellis ada cara sendiri. Ia… 443 00:23:30,201 --> 00:23:32,370 Ia memang istimewa. 444 00:23:33,538 --> 00:23:36,791 Dia lelaki yang rumit. 445 00:23:36,875 --> 00:23:40,044 Ya, tapi bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. 446 00:23:43,089 --> 00:23:44,174 Betul kata awak. 447 00:23:45,925 --> 00:23:46,801 Minum lagi? 448 00:23:47,302 --> 00:23:48,136 Apa salahnya? 449 00:23:55,935 --> 00:23:59,063 - Ayah nak pergi mana? - Ayah tak bodoh, Jackson. 450 00:23:59,147 --> 00:24:02,358 - Ayah tak suka dilayan begitu. - Betul. Ya. 451 00:24:03,818 --> 00:24:06,821 Tapi kelakuan ayah tak ada kaitan dengan itu? 452 00:24:09,407 --> 00:24:10,450 Susah nak cakap. 453 00:24:10,533 --> 00:24:14,245 Tapi mungkin ayah akan jumpa jawapannya di luar sana, 454 00:24:14,829 --> 00:24:16,581 di jalan terbuka. 455 00:24:17,081 --> 00:24:21,085 Tapi ia semakin sukar untuk tahu orang yang boleh dipercayai. 456 00:24:22,128 --> 00:24:24,380 Ya. Saya faham perasaan itu. 457 00:24:24,464 --> 00:24:27,217 Jangan tanya kalau kamu boleh ikut ayah. 458 00:24:27,884 --> 00:24:29,469 Ayah nak saya ikut sekali? 459 00:24:29,552 --> 00:24:31,971 - Ayah tak patut bersendirian. - Okey. 460 00:26:03,813 --> 00:26:08,234 Terjemahan sari kata oleh Farhah Zubir