1 00:00:06,043 --> 00:00:08,959 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:12,959 --> 00:00:14,376 GLAMOROUS BY MADOLYN 3 00:00:20,501 --> 00:00:22,834 Saya tahu orang yang bocorkan kempen minggu lepas. 4 00:00:23,959 --> 00:00:24,959 Awak tahu? 5 00:00:25,918 --> 00:00:27,543 Lebih kurang. Ikut saya. 6 00:00:30,459 --> 00:00:35,501 Untuk jelaskan perkara yang berlaku, saya perlu jelaskan satu persatu. 7 00:00:35,584 --> 00:00:37,918 Semuanya bermula di pejabat ibu saya. 8 00:00:45,334 --> 00:00:47,668 Kita mengkaji semula kempen. 9 00:00:47,751 --> 00:00:50,918 Ibu saya duduk di sini. Alyssa, awak berdiri di sana. 10 00:00:51,001 --> 00:00:52,668 Nowhere berdiri di sini. 11 00:00:52,751 --> 00:00:54,043 Teruskan saja. 12 00:00:54,126 --> 00:00:56,959 Saya cakap tentang betapa pentingnya keselamatan 13 00:00:57,043 --> 00:00:59,084 dan tiada cabaran tarian. 14 00:00:59,168 --> 00:01:02,001 Kebocoran maklumat boleh bahayakan kempen dan syarikat. 15 00:01:02,084 --> 00:01:05,084 Pembocor tak ambil gambar di sini, tapi di tempat penggambaran. 16 00:01:05,168 --> 00:01:06,084 Tepat sekali. 17 00:01:06,168 --> 00:01:07,793 - Apa? - Ya Tuhan. 18 00:01:18,793 --> 00:01:22,251 Gambar ini dari penggambaran yang diambil dengan telefon 19 00:01:22,334 --> 00:01:25,209 dan disebarkan untuk dilihat semua orang. 20 00:01:25,293 --> 00:01:29,959 Awak semua ada di sana, tapi tiada seorang pun dalam gambar ini. 21 00:01:32,084 --> 00:01:33,001 Maksudnya… 22 00:01:33,084 --> 00:01:35,543 Seorang daripada awak ambil gambar ini, 23 00:01:35,626 --> 00:01:38,543 seorang daripada awak bocorkan kempen ini. 24 00:01:39,293 --> 00:01:42,876 Adakah pembantu yang bercita-cita tinggi? 25 00:01:44,126 --> 00:01:46,168 Orang muda yang berlagak? 26 00:01:48,084 --> 00:01:50,043 Artis yang rendah diri? 27 00:01:53,251 --> 00:01:54,918 Pereka yang pemalu? 28 00:01:58,126 --> 00:02:00,126 Pakar pemasaran? 29 00:02:04,668 --> 00:02:06,459 Atau sesiapa pun awak. 30 00:02:08,293 --> 00:02:11,876 Seorang daripada awak cuba mensabotaj jualan ini. 31 00:02:11,959 --> 00:02:15,084 Seorang daripada awak bahayakan masa depan syarikat. 32 00:02:15,168 --> 00:02:18,876 Saya takkan berhenti sehingga saya tahu orangnya! 33 00:02:33,043 --> 00:02:37,043 Berikan tepukan kepada Cik Bushwig, Serena Tea. 34 00:02:37,126 --> 00:02:39,459 Maksud saya, beri duit. 35 00:02:39,543 --> 00:02:43,334 Ini musim Pride dan baldi ini tak rasa megah. 36 00:02:43,418 --> 00:02:47,001 Masa untuk berikan mereka sedikit duit. Beri banyak. 37 00:02:47,084 --> 00:02:49,626 Tunjukkan kepada kami maksud Pride. 38 00:02:49,709 --> 00:02:50,543 Duit. 39 00:02:51,793 --> 00:02:54,334 Kami akan kembali lagi. Selamat Hari Pride. 40 00:02:54,418 --> 00:02:55,418 Jika tak… 41 00:02:56,668 --> 00:02:59,043 Awak fikir Pride hanya tentang duit? 42 00:02:59,126 --> 00:03:00,043 Tentulah tak. 43 00:03:00,126 --> 00:03:03,626 Juga tentang polis, memalukan orang dan pemilihan korporat. 44 00:03:03,709 --> 00:03:05,459 Hari yang tak menyeronokkan. 45 00:03:05,543 --> 00:03:08,543 Bagaimana dengan kepelbagaian dan kesaksamaan kaum? 46 00:03:09,543 --> 00:03:11,709 Awak tak rasa Pride patut bermakna? 47 00:03:11,793 --> 00:03:12,793 Sesiapa ada bata? 48 00:03:12,876 --> 00:03:15,959 Marsha P di sini nak mulakan Stonewall sekali lagi. 49 00:03:16,043 --> 00:03:19,084 Ya Tuhan. Okey, saya rasa Pride patut bermakna sesuatu. 50 00:03:19,168 --> 00:03:21,376 Mungkin bermakna semasa era dailan. 51 00:03:21,459 --> 00:03:23,751 Lihatlah, dunia dah mati. Macam saya. 52 00:03:24,418 --> 00:03:26,959 Sebab saya pelacur. Kita semua begitu. 53 00:03:28,334 --> 00:03:31,084 Saya perlu pergi. Teman lelaki nak jumpa saya. 54 00:03:31,168 --> 00:03:33,793 Si Comel dari Malam Seluar Dalam? Suruh saja dia singgah. 55 00:03:33,876 --> 00:03:35,876 Maksud awak, Ben? 56 00:03:36,793 --> 00:03:38,501 Dia bukan teman lelaki saya. 57 00:03:38,584 --> 00:03:40,459 Kami cuma bekerja bersama. 58 00:03:40,543 --> 00:03:43,418 Awak berdua bekerjasama. Saya nampak. 59 00:03:43,501 --> 00:03:46,126 Kami berseronok. Tiada apa-apa. 60 00:03:46,209 --> 00:03:47,334 Kita pernah bincang. 61 00:03:47,418 --> 00:03:49,668 Orang akan cakap begitu jika ada sesuatu. 62 00:03:49,751 --> 00:03:54,043 - Ini teman lelaki saya. - Ini yang ditunggang awak setiap malam? 63 00:03:54,126 --> 00:03:55,376 Mengapa? Awak cemburu? 64 00:03:55,459 --> 00:03:57,376 Luaran saja. 65 00:03:57,459 --> 00:03:58,709 Mengapa tak bawa dia? 66 00:03:58,793 --> 00:04:02,793 - Bawa dia ke Malam Seluar Dalam. - Dia tak keluar dengan saya. 67 00:04:03,626 --> 00:04:05,543 - Tak pernah? - Tak. 68 00:04:06,918 --> 00:04:07,751 Terukkah? 69 00:04:07,834 --> 00:04:10,334 Saya berbintang Sagitarius, saya ada pendapat. 70 00:04:10,418 --> 00:04:13,709 Namun saya takkan suarakannya kali ini. 71 00:04:13,793 --> 00:04:14,959 Terima kasih. 72 00:04:16,668 --> 00:04:18,376 - Berseronoklah. - Jumpa lagi. 73 00:04:31,459 --> 00:04:33,543 Saya belum sentuh awak lagi. 74 00:04:33,626 --> 00:04:34,876 Masih sakit. 75 00:04:35,543 --> 00:04:37,376 Dua kelas Barry hari ini. 76 00:04:39,834 --> 00:04:41,001 Nak saya urut? 77 00:04:42,084 --> 00:04:44,709 Saya rasa saya dah sedia untuk senaman lain. 78 00:04:49,293 --> 00:04:50,584 Saya juga bersedia. 79 00:04:51,709 --> 00:04:53,043 Untuk berjanji temu. 80 00:04:53,126 --> 00:04:54,918 Awak dengar apa saya cakap. 81 00:04:55,001 --> 00:04:57,876 Saya mahu tempahan, napkin mewah. 82 00:04:57,959 --> 00:05:01,126 Saya mahu pelayan tanya saya, "Mahu wain yang mana" 83 00:05:01,209 --> 00:05:03,751 sampai tak sedar saya hanya minum air. 84 00:05:06,334 --> 00:05:08,209 Kalau begitu, baiklah. 85 00:05:08,793 --> 00:05:10,834 Betulkah? Kita akan keluar? 86 00:05:12,793 --> 00:05:14,668 Kita pergi ke restoran mewah. 87 00:05:14,751 --> 00:05:16,918 Nampak megah. 88 00:05:17,959 --> 00:05:22,459 Sangat mahal. 89 00:05:29,501 --> 00:05:32,459 - Betulkah awak masih mahu… - Dah tentu. 90 00:05:40,793 --> 00:05:44,793 Berikutan kebocoran maklumat, kami dah jalankan pemeriksaan 91 00:05:44,876 --> 00:05:47,501 keselamatan dan hampir menyalahi undang-undang. 92 00:05:47,584 --> 00:05:51,543 Kami dah jalankan soal siasat, periksa komputer, 93 00:05:51,626 --> 00:05:53,709 pasang telinga dalam tandas 94 00:05:54,834 --> 00:05:57,668 dan kami yakin maklumat takkan bocor lagi. 95 00:05:57,751 --> 00:06:01,376 Awak yakin walaupun awak masih tak tahu orang yang lakukannya. 96 00:06:01,459 --> 00:06:04,626 Kebocoran adalah lumrah bidang ini. Kebocoran ini membantu kami. 97 00:06:04,709 --> 00:06:07,918 Blog, blog video, akaun kecantikan bercakap tentang kami. 98 00:06:08,001 --> 00:06:10,001 Mereka nak tahu rancangan kami. 99 00:06:10,084 --> 00:06:12,584 Saya suka pengembaraan seram. Awak? 100 00:06:12,668 --> 00:06:14,418 Sekarang baru bulan Jun. 101 00:06:14,501 --> 00:06:17,543 Saya suka pedati, sider epal, 102 00:06:17,626 --> 00:06:19,543 kesejukan bulan Oktober. 103 00:06:19,626 --> 00:06:23,293 Namun apa yang saya paling suka tentang pengembaraan seram? 104 00:06:24,501 --> 00:06:25,501 Kejutan. 105 00:06:25,584 --> 00:06:27,793 Ada mutan, badut yang menakutkan. 106 00:06:27,876 --> 00:06:31,501 Kejutan bukan saja bahagian terbaik, tapi paling penting. 107 00:06:31,584 --> 00:06:32,584 Tanpa kejutan, 108 00:06:32,668 --> 00:06:36,084 kita cuma diserang remaja yang pakai kostum. 109 00:06:36,168 --> 00:06:40,751 Jadi apa yang awak ada tanpa elemen kejutan? 110 00:06:40,834 --> 00:06:43,834 Hanya beberapa iklan yang bagus? 111 00:06:46,459 --> 00:06:49,418 Kami ada kempen yang bermakna. 112 00:06:49,501 --> 00:06:50,793 Orang bercakap… 113 00:06:50,876 --> 00:06:53,751 Mereka bercakap sekarang, bukan kemudian. 114 00:06:53,834 --> 00:06:56,751 Apabila kempen dilancarkan, mereka akan bosan. 115 00:06:56,834 --> 00:07:00,584 Apa yang kami perlu lakukan? Mula semula? Kami ada seminggu sebelum pelancaran. 116 00:07:00,668 --> 00:07:03,584 Awak lupakan Pride, tunggu sehingga keadaan reda, 117 00:07:03,668 --> 00:07:07,084 dan cari idea baharu yang akan menarik perhatian. 118 00:07:07,751 --> 00:07:10,293 Vendemiaire masih mesra dengan awak. 119 00:07:10,376 --> 00:07:13,376 Mereka bersabar. Awak pun sabarlah. Awak cuma ada satu peluang. 120 00:07:14,126 --> 00:07:15,709 Jangan sia-siakan. 121 00:07:16,501 --> 00:07:17,501 Idea kami hebat. 122 00:07:18,001 --> 00:07:19,584 Biarlah kami buktikan. 123 00:07:19,668 --> 00:07:20,543 Bagaimana? 124 00:07:22,084 --> 00:07:24,376 - Kami fikir… - Kami fikir… 125 00:07:24,459 --> 00:07:25,793 Kami fikir tentang… 126 00:07:25,876 --> 00:07:28,001 - Pesta pijama. - Mungkin… 127 00:07:28,084 --> 00:07:29,126 Atau… 128 00:07:29,209 --> 00:07:30,918 - Kami uji. - Ya, betul. 129 00:07:31,001 --> 00:07:35,001 Kami dah ada panel yang akan datang untuk menguji kempen ini. 130 00:07:35,084 --> 00:07:36,918 Mereka akan suarakan pendapat. 131 00:07:37,001 --> 00:07:40,001 Jika kami dapat markah tinggi, tak perlukan kejutan. 132 00:07:40,084 --> 00:07:41,084 Kami akan berjaya. 133 00:07:41,168 --> 00:07:42,584 Janji yang besar. 134 00:07:45,376 --> 00:07:48,668 Saya akan buat panggilan. Jika awak boleh buat, saya pun boleh. 135 00:07:48,751 --> 00:07:53,251 Asalkan tiada kebocoran lagi. Kita tak perlukan kejutan seperti itu. 136 00:07:56,959 --> 00:07:58,876 Saya sendiri akan pastikannya. 137 00:08:13,126 --> 00:08:13,959 Mak! 138 00:08:14,793 --> 00:08:16,876 Maaf, maksud saya, mak. 139 00:08:16,959 --> 00:08:19,459 Tak perlu panggil mak begitu. Kita bekerja bersama. 140 00:08:19,543 --> 00:08:21,209 Saya patut panggil mak apa? 141 00:08:21,834 --> 00:08:22,668 Julia? 142 00:08:23,251 --> 00:08:24,584 Macamlah itu nama mak? 143 00:08:24,668 --> 00:08:26,501 Macamlah mak ada nama? 144 00:08:27,126 --> 00:08:28,626 Bagaimana dengan kempen Pride? 145 00:08:28,709 --> 00:08:31,501 Bagus. Saya akan mengujinya. 146 00:08:32,126 --> 00:08:34,334 - Bagaimana dengan tanda dagangan? - Aduhai. 147 00:08:34,418 --> 00:08:37,376 Iceland bagus. Semuanya berjalan lancar. 148 00:08:37,459 --> 00:08:40,168 Ada mesyuarat pukul 4:00 pagi. Mak akan berada di sini. 149 00:08:40,251 --> 00:08:41,751 Macam mana teman lelaki kamu? 150 00:08:42,834 --> 00:08:46,834 Dia lelaki dan dia kawan saya. 151 00:08:46,918 --> 00:08:49,168 Namun dia bukan teman lelaki saya. 152 00:08:50,126 --> 00:08:51,126 Belum lagi. 153 00:08:52,293 --> 00:08:54,334 Kami akan makan bersama malam ini. 154 00:08:54,418 --> 00:08:57,709 Di rumah kawannya, Peter Luger. 155 00:08:57,793 --> 00:09:00,668 Peter Luger ialah restoran stik 156 00:09:00,751 --> 00:09:03,834 yang terbaik. Betulkah dia bukan kekasih kamu? 157 00:09:03,918 --> 00:09:05,501 Mungkin juga. 158 00:09:06,293 --> 00:09:08,209 Tengoklah kamu. 159 00:09:08,293 --> 00:09:11,876 Seimbangkan kehidupan peribadi dan profesional di bandar. 160 00:09:11,959 --> 00:09:14,001 Kamu memang ada semuanya. 161 00:09:15,668 --> 00:09:18,918 Mak nak jumpa Madolyn? Dia wangi. 162 00:09:19,001 --> 00:09:20,084 Mak ada kerja. 163 00:09:20,709 --> 00:09:22,584 Mak bangga dengan kamu. 164 00:09:23,293 --> 00:09:26,334 - Jika kamu masih peduli. - Tentulah saya peduli. 165 00:09:26,418 --> 00:09:28,126 Pride adalah segala-galanya. 166 00:09:30,959 --> 00:09:33,459 Jadi awak bercium. Ada kemajuan. 167 00:09:33,543 --> 00:09:35,001 Kami khayal ketika itu. 168 00:09:35,376 --> 00:09:39,209 Ciuman sebenar atau kerana dadah? 169 00:09:43,043 --> 00:09:45,584 Saya nak tahu jika ciuman itu bermakna. 170 00:09:45,793 --> 00:09:48,668 Ben, saya lesbian. 171 00:09:49,459 --> 00:09:51,418 Semuanya bermakna bagi kami. 172 00:09:51,501 --> 00:09:54,168 Awak boleh terlebih analisa apa saja komen. 173 00:09:54,251 --> 00:09:56,876 Awak boleh terlebih kaji apa saja gerak isyarat. 174 00:09:56,959 --> 00:10:00,293 Awak boleh meneliti apa saja jelingan. 175 00:10:01,293 --> 00:10:03,793 Dia ada sentuh saya. 176 00:10:04,418 --> 00:10:05,459 Banyak kali. 177 00:10:05,543 --> 00:10:07,501 Itu memang ada makna. 178 00:10:07,584 --> 00:10:11,084 Cuba lagi dan lihat apa yang berlaku tanpa ambil dadah. 179 00:10:11,168 --> 00:10:12,876 Awak berdua cakap tentang apa? 180 00:10:12,959 --> 00:10:15,834 Kami bercakap tentang kebocoran maklumat. 181 00:10:15,918 --> 00:10:18,834 - Memeriksa senarai suspek. - Awak rasa siapa yang buat? 182 00:10:18,918 --> 00:10:21,584 Entah. Mungkin awak. 183 00:10:22,293 --> 00:10:24,918 Susah nak cari awak kebelakangan ini. 184 00:10:25,001 --> 00:10:26,626 Sibuk melarikan diri. 185 00:10:27,376 --> 00:10:29,834 Batalkan rancangan pada saat akhir. 186 00:10:29,918 --> 00:10:32,751 Saya sedih awak tak dapat datang malam tadi. 187 00:10:32,834 --> 00:10:33,834 Saya ada kerja. 188 00:10:34,501 --> 00:10:37,334 Wanita lain dalam hubungan kita. Saya kenal dia. 189 00:10:38,251 --> 00:10:39,251 Malam ini boleh? 190 00:10:39,334 --> 00:10:40,584 Mungkin. 191 00:10:40,668 --> 00:10:44,584 Namun mula-mula, kita perlu bincang tentang anak saya. 192 00:10:44,668 --> 00:10:46,001 Palet Pride. 193 00:10:46,084 --> 00:10:49,001 Atau "palet organik Pride". 194 00:10:49,084 --> 00:10:50,376 - Idea siapa? - Awak. 195 00:10:50,459 --> 00:10:51,293 Saya. 196 00:10:51,793 --> 00:10:54,084 Saya dah tengok pembungkusan pertama awak. 197 00:10:54,168 --> 00:10:58,293 - Masih perlu diperbaiki. - Betul. Saya ada nota. 198 00:10:59,793 --> 00:11:01,084 "Nota"? 199 00:11:02,793 --> 00:11:04,626 Ini macam peta harta karun. 200 00:11:04,709 --> 00:11:06,209 Saya nak jadi teliti. 201 00:11:07,084 --> 00:11:08,834 Apa? Inilah kerja kita. 202 00:11:08,918 --> 00:11:10,918 Orang suruh dan kita buat. 203 00:11:11,001 --> 00:11:12,668 Ya, jika awak bos. 204 00:11:12,751 --> 00:11:15,043 Saya tahu rupa awak tanpa pakaian. 205 00:11:15,126 --> 00:11:16,626 Awak patut berlembut. 206 00:11:16,709 --> 00:11:19,793 Saya sangka awak suka kasar. 207 00:11:21,959 --> 00:11:23,501 Awak betul-betul serius. 208 00:11:23,584 --> 00:11:25,084 Ya, memang banyak. 209 00:11:25,168 --> 00:11:28,168 Saya terlebih-lebih. Saya tak boleh berhenti. 210 00:11:28,251 --> 00:11:30,251 Ini projek pertama saya. 211 00:11:30,334 --> 00:11:32,584 Anak saya. Sangat bermakna bagi saya. 212 00:11:34,126 --> 00:11:35,876 Saya akan buat yang terbaik. 213 00:11:35,959 --> 00:11:36,959 Saya janji. 214 00:11:41,376 --> 00:11:44,126 Mahu saya analisis situasi tadi? 215 00:11:47,126 --> 00:11:47,959 Aduhai. 216 00:11:55,584 --> 00:11:59,209 "Tak Terlalu Megah" bukan untuk dapat wang semata-mata. 217 00:11:59,293 --> 00:12:02,751 Sebaliknya penyataan tentang pendirian syarikat kita. 218 00:12:02,834 --> 00:12:05,376 Ini peluang untuk saya, sebagai wanita 219 00:12:05,459 --> 00:12:08,543 yang banyak belajar daripada komuniti homoseksual 220 00:12:09,084 --> 00:12:11,709 untuk bangkit dan berbakti kepada masyarakat. 221 00:12:12,418 --> 00:12:14,459 Ya Tuhan. Macam mana? 222 00:12:14,543 --> 00:12:17,418 Bagus, saya bukan berat sebelah. Awak profesional. 223 00:12:17,501 --> 00:12:19,001 Awak perlu potong itu. 224 00:12:19,084 --> 00:12:21,084 Maaf kerana mencelah, tapi… 225 00:12:21,168 --> 00:12:23,668 apa maksud "Tak Terlalu Megah"? Tak faham. 226 00:12:23,751 --> 00:12:26,293 Kebanyakan pemandu tunggu dalam kereta. Jangan marah. 227 00:12:26,376 --> 00:12:30,626 "Tak Terlalu Megah" adalah nama kempen Pride kita. 228 00:12:30,709 --> 00:12:32,001 Itu slogan kita. 229 00:12:33,209 --> 00:12:34,709 Apa maksudnya? 230 00:12:34,793 --> 00:12:36,043 Terima kasih. 231 00:12:36,126 --> 00:12:39,334 Adakah orang terlalu megah dan itu satu masalah? 232 00:12:39,418 --> 00:12:40,626 Awak membaikinya? 233 00:12:40,709 --> 00:12:42,668 - Mainan kata-kata. - Jadi ini gurauan? 234 00:12:42,751 --> 00:12:43,959 Bukan. 235 00:12:44,043 --> 00:12:48,251 Maksudnya, kita jenama kecantikan mewah pertama yang raikan Pride. 236 00:12:48,334 --> 00:12:52,043 Kita buat sesuatu yang baharu dan kita mengatakan sesuatu. 237 00:12:53,793 --> 00:12:54,793 Katakan apa? 238 00:12:55,834 --> 00:12:57,126 Dia tak faham. 239 00:13:06,543 --> 00:13:07,376 Cik Mejia? 240 00:13:08,251 --> 00:13:10,626 Hai, kita belum berkenalan. Saya Chad Addison. 241 00:13:10,709 --> 00:13:15,126 Awak yang cuba buat anak saya dipecat kerana gambar. Gembira jumpa awak. 242 00:13:16,001 --> 00:13:20,043 Awak peguam, bukan? Bukankah awak patut sebut "yang dikatakan"? 243 00:13:20,126 --> 00:13:22,376 Apa yang saya boleh buat untuk awak? 244 00:13:25,168 --> 00:13:26,709 Saya perlukan bantuan. 245 00:13:26,793 --> 00:13:29,168 Jika tentang Iceland, saya sedang berusaha… 246 00:13:29,251 --> 00:13:32,293 Bukan. Ada kebocoran maklumat di syarikat. 247 00:13:32,376 --> 00:13:35,626 Jika tak diuruskan, jualan akan gagal dan kita takkan ada kerja. 248 00:13:35,709 --> 00:13:36,626 Okey. Jadi? 249 00:13:36,709 --> 00:13:39,251 Saya peguam tanda dagangan, bukan detektif. 250 00:13:40,001 --> 00:13:44,376 Awak siasat isu undang-undang, seperti seorang detektif. 251 00:13:47,209 --> 00:13:49,834 Awak pekerja baharu sejak maklumat bocor. 252 00:13:49,918 --> 00:13:52,209 Jadi awak saja yang saya percaya. 253 00:13:52,293 --> 00:13:55,293 Awak cuba buat anak saya dipecat. Kononnya. 254 00:13:55,376 --> 00:13:59,043 Saya cuba selamatkan mak saya daripada kekarutan dia. 255 00:13:59,126 --> 00:14:00,126 Kononnya. 256 00:14:00,709 --> 00:14:03,751 Kalau maklumat bocor lagi, habislah kita. 257 00:14:03,834 --> 00:14:05,959 Itu memang akan berlaku. 258 00:14:08,459 --> 00:14:10,626 Jika untuk selamatkan syarikat, kita patut cuba. 259 00:14:10,709 --> 00:14:13,501 Jika saya boleh mengelak Iceland untuk sehari, lebih baik. 260 00:14:13,584 --> 00:14:15,501 Baiklah, mari lakukannya. 261 00:14:21,001 --> 00:14:22,501 Kami dah sedia di sini. 262 00:14:24,834 --> 00:14:27,626 Helo, semua. 263 00:14:27,709 --> 00:14:30,459 Masuklah. Selamat datang ke bangsal. Saya bergurau. 264 00:14:30,543 --> 00:14:31,918 Masuk, sila duduk. 265 00:14:33,084 --> 00:14:35,626 Pertunjukan fesyen. Saya suka pakaian awak. 266 00:14:36,334 --> 00:14:39,168 Ini macam rancangan Big Brother. 267 00:14:39,251 --> 00:14:41,418 Macam kita akan halau seseorang. 268 00:14:41,501 --> 00:14:44,751 Duduklah. Selesakan diri. Jangan tertidur. 269 00:14:44,834 --> 00:14:48,501 - Terima kasih kerana libatkan saya. - Saya nak awak tengok. 270 00:14:48,584 --> 00:14:50,751 Banyak yang kita boleh banggakan. 271 00:14:51,918 --> 00:14:54,668 Macam mana kalau ada orang tak suka kempen ini? 272 00:14:54,751 --> 00:14:57,918 Jangan berfikiran negatif. Saya hanya bersedia untuk kejayaan. 273 00:14:58,001 --> 00:14:59,709 Harap-harap berjalan lancar. 274 00:15:04,251 --> 00:15:05,876 Saya akan datang balik. 275 00:15:05,959 --> 00:15:08,751 Ada orang tinggalkan sampah di bilik ujian. 276 00:15:14,251 --> 00:15:15,293 Hei. 277 00:15:16,626 --> 00:15:18,168 Bagus. Hebat. 278 00:15:19,418 --> 00:15:23,043 - Dizmal, apa awak buat di sini? - Siapa itu? Saya Rob Short. 279 00:15:23,126 --> 00:15:25,959 Gay 20-an yang tinggal dan belajar di bandar. 280 00:15:26,043 --> 00:15:30,251 Hobi saya ialah fesyen, kehidupan malam dan sertai kumpulan sasaran demi wang. 281 00:15:30,334 --> 00:15:32,459 Venetia masukkan awak dalam kajian pasaran? 282 00:15:32,543 --> 00:15:35,168 Dah lama. Saya ambil kesempatan sejak itu. 283 00:15:35,251 --> 00:15:39,209 Saya dah kata Pride untuk dapat duit. Itulah yang saya buat di sini. 284 00:15:39,709 --> 00:15:41,001 Alyssa? 285 00:15:41,084 --> 00:15:43,709 Alyssa, kita perlu buang yang ini. 286 00:15:43,793 --> 00:15:46,709 Saya kenal dia dan itu melanggar peraturan. 287 00:15:46,793 --> 00:15:47,959 Tak. 288 00:15:48,043 --> 00:15:49,793 - Tak? - Tak. 289 00:15:50,668 --> 00:15:55,168 Dia tak suka Pride. Dia akan sabotaj seluruh kumpulan ini. 290 00:15:55,251 --> 00:15:56,626 - Tak. - Tak. 291 00:15:56,709 --> 00:15:59,543 Jangan dengar. Dia masih terkejut Jesy tinggalkan Little Mix. 292 00:15:59,626 --> 00:16:01,001 Apa? Tak. 293 00:16:01,959 --> 00:16:03,751 Okey, saya masih terkejut. 294 00:16:03,834 --> 00:16:06,334 Awak perlu betulkan keadaan. Halau dia. 295 00:16:06,418 --> 00:16:08,668 Okey. 296 00:16:10,751 --> 00:16:13,376 Ini hidup saya. Jangan rosakkannya. 297 00:16:13,459 --> 00:16:15,209 Saya akan adil, saya janji. 298 00:16:15,876 --> 00:16:17,959 Bukankah itu erti Pride? 299 00:16:25,709 --> 00:16:27,793 Mereka menguji kempen. 300 00:16:29,584 --> 00:16:32,001 Itu kerja awak. Awak tak nak tengok? 301 00:16:32,751 --> 00:16:35,043 Cukuplah maklum balas untuk hari ini. 302 00:16:36,293 --> 00:16:39,001 - Awak marah tentang nota saya. - Saya marah? 303 00:16:39,084 --> 00:16:40,584 Saya kasar. 304 00:16:41,251 --> 00:16:42,251 Betul. 305 00:16:42,834 --> 00:16:44,126 Maafkan saya. 306 00:16:44,209 --> 00:16:46,751 - Awak kesal? - Ya, sebab awak rasa begitu. 307 00:16:47,876 --> 00:16:50,418 Maksud saya, ya, nota saya kasar 308 00:16:50,501 --> 00:16:52,209 kerana saya ambil berat. 309 00:16:52,293 --> 00:16:54,001 Tentang ini atau saya? 310 00:16:54,084 --> 00:16:55,168 Ya. 311 00:16:55,834 --> 00:16:57,418 Maksud saya, kedua-duanya. 312 00:16:58,209 --> 00:17:00,876 Awak tahu saya serius tentang kerja saya. 313 00:17:01,543 --> 00:17:02,543 Ini hidup saya. 314 00:17:02,626 --> 00:17:06,251 Awak tahu saya sensitif apabila dapat maklum balas yang teruk. 315 00:17:07,168 --> 00:17:08,668 Saya akan siapkannya. 316 00:17:10,418 --> 00:17:14,043 - Saya patut tinggalkan awak sendirian. - Jangan ganggu saya. 317 00:17:22,584 --> 00:17:23,584 Okey, semua. 318 00:17:23,668 --> 00:17:27,668 Awak akan lihat beberapa iklan yang kami akan keluarkan musim panas ini. 319 00:17:27,751 --> 00:17:31,751 Bagaimana rasanya melihat projek terbesar dalam kerjaya awak akan dinilai? 320 00:17:31,834 --> 00:17:34,001 Rasa seronok. 321 00:17:34,084 --> 00:17:35,709 Memberikan kepuasan. 322 00:17:35,793 --> 00:17:36,709 MERAKAM 323 00:17:37,793 --> 00:17:39,876 Saya tak boleh buat muka selamba. 324 00:17:40,543 --> 00:17:41,584 Hei. 325 00:17:43,126 --> 00:17:47,751 Paling teruk pun, kempen gagal dan awak kehilangan syarikat awak. 326 00:17:47,834 --> 00:17:49,293 Apa masalahnya? 327 00:17:49,376 --> 00:17:51,001 Awak masih diri awak. 328 00:17:51,084 --> 00:17:53,501 Ini bukan tentang kejayaan. 329 00:17:53,584 --> 00:17:56,918 Ini tentang buat sesuatu yang penting. 330 00:18:02,793 --> 00:18:05,959 Saya nak kata yang kalau awak yang bocorkan maklumat, 331 00:18:06,043 --> 00:18:09,709 awak boleh beritahu saya sebab saya sedia mendengar. 332 00:18:09,793 --> 00:18:12,876 - Bukan saya yang bocorkan maklumat. - Okey. 333 00:18:13,751 --> 00:18:15,834 Namun saya ada beberapa teori. 334 00:18:15,918 --> 00:18:19,376 BAKERI TERBAIK DI BERLIN 335 00:18:19,459 --> 00:18:20,459 Betul? 336 00:18:21,918 --> 00:18:25,543 Jika kita berbincang, kita boleh selesaikan kes ini. 337 00:18:25,626 --> 00:18:28,126 Mungkin di tempat yang menyeronokkan? 338 00:18:28,209 --> 00:18:30,793 Saya memang suka saat di Hinkle Room. 339 00:18:30,876 --> 00:18:32,209 Boleh juga. 340 00:18:33,168 --> 00:18:35,168 Saya akan pergi jika awak pergi. 341 00:18:35,793 --> 00:18:36,626 Setuju. 342 00:18:36,709 --> 00:18:39,793 - Awak selalu lihat ini, bukan? - Ya. 343 00:18:39,876 --> 00:18:44,293 Bagaimana jika ada orang tak suka? Bolehkah mereka sabotaj semuanya? 344 00:18:45,376 --> 00:18:49,418 Mereka boleh. Seorang pembenci boleh ubah pendapat seluruh kumpulan. 345 00:18:55,293 --> 00:18:57,918 CHAD ADDISON, PENGARAH JUALAN 346 00:18:58,751 --> 00:18:59,751 Saya dah masuk. 347 00:19:00,293 --> 00:19:01,584 Okey, cepat. 348 00:19:01,668 --> 00:19:03,543 Kita bukan menggodam Matrix. 349 00:19:03,626 --> 00:19:06,084 Kita periksa sejarah carian Wi-Fi syarikat. 350 00:19:06,168 --> 00:19:09,084 Ini sah. Saya tak langgar undang-undang. 351 00:19:09,709 --> 00:19:11,793 - Adakah ini akan berhasil? - Ya. 352 00:19:11,876 --> 00:19:15,126 Orang yang bocorkannya akan ada sejarah carian yang menunjukkan niat. 353 00:19:15,209 --> 00:19:17,126 Kita hanya perlu cari yang betul. 354 00:19:17,209 --> 00:19:20,126 - Bagaimana awak tahu semua ini? - Anak saya suka menipu. 355 00:19:20,209 --> 00:19:22,459 Memantau dia ialah hobi saya. 356 00:19:22,543 --> 00:19:24,209 - Saya jumpa sesuatu. - Apa? 357 00:19:25,001 --> 00:19:29,626 Awak ada pekerja yang memohon kad kredit faedah tinggi dalam talian. 358 00:19:29,709 --> 00:19:31,459 - Adakah itu petunjuk? - Lebih teruk. 359 00:19:31,543 --> 00:19:33,876 Dia tak diajar tentang bahaya hutang pengguna. 360 00:19:33,959 --> 00:19:36,709 Tak perlu beritahu saya dua kali. Saya tak pernah bawa baki. 361 00:19:36,793 --> 00:19:39,168 Kad kredit faedah tinggi? Ada satu yang lebih teruk. 362 00:19:39,251 --> 00:19:40,751 - Pinjaman. - Pinjaman. 363 00:19:41,501 --> 00:19:45,209 Kereta baharu hanya untuk orang yang nak kagumkan orang lain. 364 00:19:45,293 --> 00:19:47,793 - Perlu beli terpakai. - Perlu beli terpakai. 365 00:19:47,876 --> 00:19:50,459 Kita diejek kerana berfikir seperti ini. 366 00:19:50,543 --> 00:19:52,793 Ya. Tahu siapa menang akhirnya? 367 00:19:52,876 --> 00:19:56,209 - Orang yang tak bawa baki. - Orang yang tak bawa baki. 368 00:19:57,918 --> 00:19:59,751 - Di mana kita tadi? - Ya. 369 00:19:59,834 --> 00:20:02,126 Cari pembocor, selamatkan syarikat. 370 00:20:02,209 --> 00:20:04,376 Baiklah. Ayuh. 371 00:20:24,293 --> 00:20:28,043 Ada sesiapa nak cakap apa-apa lagi? 372 00:20:28,626 --> 00:20:29,834 Ya. 373 00:20:29,918 --> 00:20:32,126 Saya senyap saja sepanjang hari, 374 00:20:32,209 --> 00:20:34,251 tapi saya nak cakap sesuatu. 375 00:20:35,834 --> 00:20:37,251 Sebenarnya, banyak. 376 00:20:40,001 --> 00:20:42,084 Saya tak pasti tentang kempen ini. 377 00:20:43,584 --> 00:20:44,751 Namun… 378 00:20:45,668 --> 00:20:47,084 saya telah fikirkannya… 379 00:20:48,376 --> 00:20:53,459 dan saya sedar betapa pentingnya sampaikan mesej ini, 380 00:20:53,543 --> 00:20:57,043 terutamanya daripada jenama seperti Glamorous by Madolyn. 381 00:20:57,584 --> 00:21:01,501 Saya bangga jenama alat solek kegemaran ibu saya 382 00:21:01,584 --> 00:21:06,334 bersuara untuk komuniti LGBTQIA+. 383 00:21:07,251 --> 00:21:08,334 Terima kasih. 384 00:21:10,668 --> 00:21:12,584 Tampal di papan iklan awak. 385 00:21:12,668 --> 00:21:16,334 Terima kasih, semua. Ambil cek awak di luar. 386 00:21:18,584 --> 00:21:22,251 Pergilah. Saya serius. Kami perlukan bilik ini. 387 00:21:22,334 --> 00:21:26,043 Keluar cepat-cepat macam arnab. Terima kasih. 388 00:21:26,126 --> 00:21:27,584 - Terima kasih. - Dizmal! 389 00:21:27,668 --> 00:21:30,293 - Hei. - Saya nak ucapkan terima kasih. 390 00:21:30,376 --> 00:21:34,043 Awak boleh rosakkannya, tapi tak. Awak suka kempen kami. 391 00:21:36,168 --> 00:21:38,126 Awak suka, bukan? 392 00:21:38,751 --> 00:21:40,626 - Bukan di sini. Mari. - Apa? 393 00:21:40,709 --> 00:21:42,501 Saya suka cek ini. 394 00:21:42,584 --> 00:21:45,876 Saya akan beritahu sesiapa yang bayar saya apa saja. 395 00:21:46,418 --> 00:21:47,834 Awak benci kempen kami. 396 00:21:47,918 --> 00:21:51,918 Betul. Saya beri sepuluh markah sebab kita kawan. 397 00:21:52,001 --> 00:21:54,834 Bagaimana dengan apa awak cakap tentang mesej, komuniti? 398 00:21:54,918 --> 00:21:56,001 Saya selalu buat ini. 399 00:21:56,084 --> 00:21:59,459 Cakap apa-apa mereka nak dengar dan beri markah ikut hati. 400 00:21:59,543 --> 00:22:01,043 Semua orang sangat baik. 401 00:22:01,626 --> 00:22:04,751 Bagaimana jika mereka tak suka dan beri markah rendah? 402 00:22:04,834 --> 00:22:07,959 Saya rasa awak akan tahu sebentar lagi. 403 00:22:15,251 --> 00:22:18,168 Biasanya, ujian seperti ini ambil masa untuk diproses, 404 00:22:18,251 --> 00:22:21,334 tapi kami tak pernah lihat keputusan yang begitu ketara. 405 00:22:28,501 --> 00:22:30,751 Tanpa ragu-ragu, 406 00:22:30,834 --> 00:22:33,834 inilah ujian kempen terbaik yang pernah saya lihat! 407 00:22:35,751 --> 00:22:36,959 Satu kejutan. 408 00:22:38,084 --> 00:22:41,168 Wanita hebat di Pemasaran telah berjaya sekali lagi. 409 00:22:41,251 --> 00:22:42,251 Percaya. 410 00:22:42,334 --> 00:22:44,876 Saya dah cakap dengan Vendemiaire dan mereka suka. 411 00:22:44,959 --> 00:22:47,876 - "Tak Terlalu Megah" boleh diteruskan. - Bagus. 412 00:22:47,959 --> 00:22:52,084 Apa yang dapat paling banyak maklum balas? Apa makna kempen ini kepada orang ramai? 413 00:22:52,168 --> 00:22:54,209 Sejujurnya? Segala-galanya 414 00:22:54,793 --> 00:22:56,334 dan tiada apa-apa. 415 00:22:56,418 --> 00:22:58,959 Mereka menilainya dengan tinggi, tapi lihat komen. 416 00:22:59,043 --> 00:23:01,126 Tiada sesiapa boleh jelaskan maksud kempen ini. 417 00:23:01,209 --> 00:23:04,084 Orang biasa fikir ini untuk mereka. Begitu juga homoseksual. 418 00:23:04,168 --> 00:23:05,501 Semua ada pendapat sendiri. 419 00:23:05,584 --> 00:23:08,084 Kempen ini buat mereka bercakap dan berfikir. 420 00:23:08,168 --> 00:23:10,959 Pasti itu bermakna sesuatu, bukan? 421 00:23:11,043 --> 00:23:13,959 Maknanya berbeza-beza bagi setiap orang, itulah tujuannya. 422 00:23:14,043 --> 00:23:16,168 Kempen Pride memang patut begini. 423 00:23:16,251 --> 00:23:18,793 Megah, tapi tak terlalu megah. 424 00:23:22,626 --> 00:23:24,251 Mengapa ini… 425 00:23:27,751 --> 00:23:30,334 - Awak perlukan sesuatu? - Hai. Ya. 426 00:23:30,418 --> 00:23:34,084 Saya harap saya boleh curi alat solek percuma. 427 00:23:35,959 --> 00:23:39,043 Awak boleh ambil ini. Dah tamat tempoh. 428 00:23:39,959 --> 00:23:41,876 Cukup bagus. Saya kenal awak. 429 00:23:41,959 --> 00:23:45,751 Awak Ensain Comel dari Malam Seluar Dalam. Awak kekasih Marco. 430 00:23:46,459 --> 00:23:48,251 Dia panggil saya begitu? 431 00:23:48,334 --> 00:23:50,959 Awak tak perlukan ini untuk merahkan pipi. 432 00:23:52,209 --> 00:23:56,918 Ini bukan urusan saya, tapi sebagai Sagitarius, ini macam urusan saya. 433 00:23:57,001 --> 00:23:58,959 Awak tahu Marco dah ada kekasih? 434 00:24:01,418 --> 00:24:03,168 Ya, tentulah saya tahu. 435 00:24:03,251 --> 00:24:06,543 Awak fikir saya budak mentah yang bekerja dengan dia 436 00:24:06,626 --> 00:24:09,543 yang terdesak untuk peluang sehingga saya tak sedar itu mustahil? 437 00:24:09,626 --> 00:24:11,668 Menyedihkan. 438 00:24:12,626 --> 00:24:15,001 Menyedihkan adalah baju panas Krismas. 439 00:24:15,084 --> 00:24:17,543 Mempunyai perasaan adalah perkara biasa. 440 00:24:18,293 --> 00:24:21,043 Kalau awak ada lagi alat solek, 441 00:24:21,918 --> 00:24:24,293 saya ada tiket minuman. 442 00:24:24,376 --> 00:24:26,668 Boleh digunakan pada malam Selasa di pesta saya. 443 00:24:26,751 --> 00:24:28,709 Singgahlah, buat kawan. 444 00:24:28,793 --> 00:24:31,501 Cari seseorang yang terpegun dengan awak. 445 00:24:40,543 --> 00:24:41,918 Terima kasih. 446 00:24:49,668 --> 00:24:51,084 Ujian dah selesai. 447 00:24:52,293 --> 00:24:54,876 Kempen dengan markah tertinggi. 448 00:24:56,668 --> 00:24:59,209 Ini hasil kerja awak. Awak patut bangga. 449 00:24:59,293 --> 00:25:01,543 Tanya saja apa yang awak nak tanya. 450 00:25:03,543 --> 00:25:06,334 Awak dah siapkan rekaan saya? 451 00:25:08,001 --> 00:25:11,501 Salinan cetak di sini. Semuanya ada dalam pemacu. 452 00:25:12,043 --> 00:25:13,959 Saya takkan datang malam ini. 453 00:25:14,959 --> 00:25:16,251 Tunggu. Maaf. 454 00:25:17,251 --> 00:25:21,501 Biar saya betul-betul faham. Saya suruh awak buat kerja, 455 00:25:22,251 --> 00:25:24,209 sekarang saya yang jahat? 456 00:25:25,084 --> 00:25:29,001 Saya tak lemah lembut, tapi boleh awak jangan terlalu sensitif? 457 00:25:29,084 --> 00:25:31,376 - Awak patut sensitif. - Sebab kita bercinta? 458 00:25:31,459 --> 00:25:32,834 Ya, Venetia. 459 00:25:32,918 --> 00:25:34,209 Sebab kita bercinta. 460 00:25:34,293 --> 00:25:36,501 Selamat datang ke bahagian yang sukar. Ini saya. 461 00:25:36,584 --> 00:25:39,793 Orang yang berbeza di sini. Gembira bertemu awak. 462 00:25:41,001 --> 00:25:44,376 Saya lebih daripada gadis yang buat awak gembira. 463 00:25:44,459 --> 00:25:47,418 Saya lebih daripada kawan yang menyokong awak. 464 00:25:47,793 --> 00:25:49,168 Saya ada perasaan. 465 00:25:49,793 --> 00:25:54,126 Saya tak boleh pendam perasaan hanya untuk memudahkan hidup awak. 466 00:25:55,126 --> 00:25:56,751 Helo, Britt. 467 00:25:57,418 --> 00:25:59,418 Saya juga orang yang berbeza 468 00:25:59,501 --> 00:26:01,876 dengan banyak perasaan yang tiada sesiapa peduli. 469 00:26:01,959 --> 00:26:04,751 Cuba teka apa yang saya buat. Saya pendamkannya. 470 00:26:04,834 --> 00:26:06,334 Sebab saya terpaksa. 471 00:26:07,043 --> 00:26:08,418 Mengapa awak tak boleh? 472 00:26:09,626 --> 00:26:11,418 Awak ambil berat tentang saya? 473 00:26:12,334 --> 00:26:14,084 Saya ada di sini, bukan? 474 00:26:14,168 --> 00:26:15,709 Buat masa sekarang. 475 00:26:17,584 --> 00:26:20,293 Awak ambil berat tentang saya tak? 476 00:26:21,209 --> 00:26:23,709 Bukan sewaktu senang, tapi sewaktu susah. 477 00:26:24,543 --> 00:26:28,001 Apabila perangai saya buruk, apabila saya rasa tak yakin? 478 00:26:30,126 --> 00:26:32,209 Apabila saya perlukan bimbingan? 479 00:26:34,043 --> 00:26:35,626 Adakah saya batu loncatan awak? 480 00:26:35,709 --> 00:26:38,376 Selepas gunakan saya, awak tinggalkan saya? 481 00:26:40,209 --> 00:26:42,209 Saya mahu jadi penting bagi awak. 482 00:26:43,168 --> 00:26:44,168 Awak penting. 483 00:26:45,293 --> 00:26:46,918 Kalau begitu, buktikan. 484 00:26:55,293 --> 00:26:56,418 Apa dah jadi? 485 00:26:56,501 --> 00:26:59,168 Belakang saya terseliuh semasa angkat berat. 486 00:26:59,251 --> 00:27:03,209 Lihat jika kiropraktor boleh betulkan, saya rasa dia tak boleh. 487 00:27:03,293 --> 00:27:06,626 - Jadi kita tak keluar malam ini? - Kalau saya keluar, 488 00:27:06,709 --> 00:27:08,418 saya akan naik kerusi roda. 489 00:27:08,501 --> 00:27:10,626 Tak apa. Semoga cepat sembuh. 490 00:27:15,043 --> 00:27:16,043 Marco? 491 00:27:16,126 --> 00:27:18,043 Awak boleh pulang. 492 00:27:18,126 --> 00:27:19,626 Saya temankan awak. 493 00:27:20,418 --> 00:27:24,793 Saya tahu ujian ini berjaya, tapi saya rasa mereka tak faham. 494 00:27:25,584 --> 00:27:29,501 Mungkin mereka faham dan kita gagal cakap apa-apa yang bermakna. 495 00:27:30,918 --> 00:27:32,959 Apa yang kita cuba sampaikan? 496 00:27:33,043 --> 00:27:35,126 Sejujurnya, saya tak pasti. 497 00:27:37,918 --> 00:27:40,584 Mungkin saya dah tak faham komuniti gay. 498 00:27:40,668 --> 00:27:44,251 Kita boleh betulkan. Kita boleh ke bar gay malam ini. 499 00:27:44,876 --> 00:27:47,251 Jumpa peminat dan buat penyelidikan. 500 00:27:47,334 --> 00:27:49,834 Dah lama saya tak ke bar gay. 501 00:27:51,834 --> 00:27:53,709 Awak tahu tempatnya? 502 00:27:53,793 --> 00:27:55,209 Ya, saya tahu. 503 00:27:55,918 --> 00:27:57,418 Di Brooklyn. 504 00:28:10,459 --> 00:28:13,834 Jangan risau tentang barisan. Awak bersama saya malam ini. 505 00:28:14,918 --> 00:28:16,626 Tiada barisan pun. 506 00:28:17,376 --> 00:28:18,626 Lebih baik. 507 00:28:19,168 --> 00:28:20,168 Mari. 508 00:28:31,709 --> 00:28:32,709 Maafkan kami. 509 00:28:48,418 --> 00:28:49,709 Ya Tuhan! 510 00:29:18,709 --> 00:29:20,834 - Ya! - Bagus. 511 00:29:20,918 --> 00:29:22,959 Itu saja persembahan kami. 512 00:29:23,043 --> 00:29:25,459 Ada lagi persembahan nanti. Jangan ke mana-mana. 513 00:29:25,543 --> 00:29:27,834 Malam ini penuh dengan kejutan. 514 00:29:32,001 --> 00:29:35,959 Sama ada awak Madolyn Addison atau kembarnya. 515 00:29:36,043 --> 00:29:38,418 Kalau awak ada lagu, kami ada tempat untuk awak. 516 00:29:38,501 --> 00:29:41,418 Sekejap, saya kenal awak. 517 00:29:41,501 --> 00:29:44,959 Bukankah awak yang suka kempen kami? 518 00:29:45,043 --> 00:29:46,376 Dia tak suka. 519 00:29:46,459 --> 00:29:48,543 - Betulkah? - Kami pun tak suka. 520 00:29:51,084 --> 00:29:53,126 Tempat ini akan jadi riuh. 521 00:29:53,209 --> 00:29:55,834 - Mari kita duduk di bilik VIP. - Okey. 522 00:29:59,001 --> 00:30:02,793 Kita ada tetamu istimewa, Madolyn Addison. 523 00:30:02,876 --> 00:30:06,001 - Apa? - Ini Serena, Chiquitita dan Priyanka. 524 00:30:06,084 --> 00:30:07,459 - Hai. - Kita perlu minum. 525 00:30:07,543 --> 00:30:08,584 Helo, semua. 526 00:30:10,459 --> 00:30:13,918 Maaf, awak orang paling terkenal yang mereka pernah jumpa. 527 00:30:14,001 --> 00:30:17,001 - Sudahlah. - Betul, tapi saya pernah jumpa Rosalia. 528 00:30:17,084 --> 00:30:18,834 - Betul. - Ya, betul. 529 00:30:18,918 --> 00:30:21,418 Jangan takut. Saya takkan gigit. 530 00:30:22,751 --> 00:30:23,959 Di sini? 531 00:30:24,043 --> 00:30:26,793 Di sinilah saya habiskan zaman muda saya. 532 00:30:26,876 --> 00:30:28,043 Di belakang pentas. 533 00:30:28,793 --> 00:30:32,834 Antara kenangan terbaik saya. Pakaian, alat solek. 534 00:30:34,084 --> 00:30:35,501 Inilah rumah saya. 535 00:30:36,001 --> 00:30:38,126 Gadis-gadis itu ialah keluarga saya. 536 00:30:40,876 --> 00:30:43,126 Adakah ini Glamorous? Mekap saya? 537 00:30:45,001 --> 00:30:46,376 Awak rancang semua ini? 538 00:30:46,459 --> 00:30:49,668 Saya tahu solekan saya agak teruk, tapi kami jaga alat solek awak. 539 00:30:49,751 --> 00:30:51,043 - Ia istimewa. - Ya. 540 00:30:51,126 --> 00:30:53,501 - Kami suka sangat. - Itu besar ertinya bagi saya. 541 00:30:53,584 --> 00:30:55,376 Okey, semua. 542 00:30:55,459 --> 00:30:57,126 Mari kita minum. 543 00:30:57,918 --> 00:31:01,126 Kepada menjadikan dunia ini lebih cantik. 544 00:31:01,751 --> 00:31:04,668 - Satu demi satu wajah. - Minum. 545 00:31:50,251 --> 00:31:51,959 - Awak jumpa sesuatu? - Ya. 546 00:31:52,043 --> 00:31:53,418 Video lucah lagi. 547 00:31:53,501 --> 00:31:56,334 Mengapa semua orang tonton video lucah di tempat kerja? 548 00:31:56,418 --> 00:31:59,168 Entah, tapi awak patut melabur dalam penapis kandungan. 549 00:31:59,251 --> 00:32:02,668 Mungkin kita perlu akui yang kita bukan detektif yang cekap 550 00:32:02,751 --> 00:32:04,126 dan lupakan saja. 551 00:32:04,209 --> 00:32:06,709 Tak sama sekali. 552 00:32:06,793 --> 00:32:10,293 Maklumat akan bocor lagi. Terlalu banyak yang dipertaruhkan. 553 00:32:11,084 --> 00:32:14,334 Saya beritahu mak saya yang saya akan betulkan keadaan. 554 00:32:14,418 --> 00:32:16,168 Bukannya dia peduli pun. 555 00:32:16,251 --> 00:32:18,626 Saya pasti mak awak hargai semua usaha awak. 556 00:32:18,709 --> 00:32:20,043 Yakah? 557 00:32:20,126 --> 00:32:22,793 Saya rasa macam saya yang jahat. 558 00:32:22,876 --> 00:32:24,834 Mengapa, sebab saya buat kerja? 559 00:32:24,918 --> 00:32:26,418 Sebab beri dia struktur? 560 00:32:26,501 --> 00:32:30,168 Sebab menolak banyak tawaran untuk bekerja di sini 561 00:32:30,251 --> 00:32:32,751 dan jadi orang yang selalu halang dia? 562 00:32:32,834 --> 00:32:34,543 Dia bertuah awak ambil berat. 563 00:32:34,626 --> 00:32:37,084 Saya harap anak saya peduli tentang pendapat saya. 564 00:32:37,168 --> 00:32:40,043 Dia ambil berat tentang saya, tapi dia dengar cakap mak awak. 565 00:32:40,126 --> 00:32:43,834 Mak saya dengar cakap saya, tapi dia bercakap dengan Marco. 566 00:32:43,918 --> 00:32:47,418 Patutlah awak tak suka Marco. Dia ambil tempat awak. 567 00:32:49,959 --> 00:32:52,251 Saya tetap anak dia. 568 00:32:52,334 --> 00:32:55,751 Marco cuma jawab telefon dan belikan dia kopi. 569 00:32:57,251 --> 00:32:58,793 Beri dia nasihat. 570 00:33:00,043 --> 00:33:02,168 Ketawa jika dia buat lawak. 571 00:33:06,668 --> 00:33:08,501 Dulu, dia perlukan saya. 572 00:33:08,584 --> 00:33:10,334 Sekarang, dia tak percayakan… 573 00:33:17,626 --> 00:33:21,751 Julia, terima kasih untuk hari ini, tapi kerja kita dah selesai. 574 00:33:21,834 --> 00:33:24,668 Mengapa? Awak dah selesaikan kes? 575 00:33:24,751 --> 00:33:28,001 Ya. Saya harap saya silap. 576 00:33:28,793 --> 00:33:30,709 Demi kebaikan kita semua. 577 00:33:32,376 --> 00:33:35,418 Betulkah awak tak nak saya hantar awak? 578 00:33:36,043 --> 00:33:39,501 Tak usahlah ke Jersey. Awak dah buat macam-macam malam ini. 579 00:33:40,209 --> 00:33:41,209 Betul. 580 00:33:42,793 --> 00:33:46,126 Saya harap kita boleh ambil risiko dengan kempen itu. 581 00:33:46,626 --> 00:33:50,418 Mengubah dunia perlukan keberanian dan saya cuma seorang wanita. 582 00:33:50,501 --> 00:33:52,459 Wanita kulit putih yang kaya. 583 00:33:52,543 --> 00:33:55,168 - Saya selesa. - Juga terkenal. 584 00:33:56,418 --> 00:33:58,459 Awak takkan rugi apa-apa. 585 00:33:58,959 --> 00:34:02,251 Jika awak tak boleh ambil risiko, siapa yang boleh? 586 00:34:03,959 --> 00:34:07,168 Terima kasih, Marco. Saya telah berseronok. 587 00:34:15,876 --> 00:34:17,709 HELO, SI CANTIK 588 00:34:20,626 --> 00:34:22,834 MASIH LAPAR? 589 00:34:28,001 --> 00:34:32,459 Ingat yang kita nak ke Peter Luger sebelum belakang saya sakit? 590 00:34:33,043 --> 00:34:37,293 Selepas telan Percocet, saya dapat idea ini. 591 00:34:37,376 --> 00:34:40,168 Mungkin mereka buat penghantaran? Cuba teka. 592 00:34:40,876 --> 00:34:42,001 Mereka boleh hantar. 593 00:34:43,626 --> 00:34:46,043 Ya Tuhan! Berapa banyak yang awak pesan? 594 00:34:46,126 --> 00:34:47,126 Semuanya. 595 00:34:48,668 --> 00:34:50,751 Awak pesan semua ini? 596 00:34:51,334 --> 00:34:52,543 Untuk saya? 597 00:34:52,626 --> 00:34:54,876 Apa salahnya? Awak patut dapat. 598 00:34:54,959 --> 00:34:57,709 Ya Tuhan! 599 00:35:01,334 --> 00:35:04,459 Awak macam tak cedera pun. 600 00:35:05,293 --> 00:35:07,084 Saya dah cakap, saya ambil Percocet. 601 00:35:07,168 --> 00:35:09,084 Tak mungkin belakang awak terseliuh 602 00:35:09,168 --> 00:35:11,376 dan awak boleh angkat saya selepas makan pil. 603 00:35:11,459 --> 00:35:13,293 Awak cedera atau tak? 604 00:35:15,834 --> 00:35:18,501 Awak tipu supaya tak perlu keluar dengan saya? 605 00:35:19,501 --> 00:35:20,626 Saya nak pergi. 606 00:35:21,334 --> 00:35:22,334 Betul. 607 00:35:22,418 --> 00:35:23,709 Namun apa? 608 00:35:24,418 --> 00:35:25,668 Mengapa awak… 609 00:35:25,751 --> 00:35:28,043 Kita tak pernah keluar bersama. 610 00:35:28,126 --> 00:35:29,626 Atau berjumpa. 611 00:35:29,709 --> 00:35:30,709 Mengapa? 612 00:35:31,793 --> 00:35:33,543 Awak malu dengan saya? 613 00:35:37,251 --> 00:35:41,001 Saya cuma seorang lagi pakar kewangan yang diejek dunia. 614 00:35:41,084 --> 00:35:43,584 Saya tak pernah bercinta dengan orang macam awak. 615 00:35:43,668 --> 00:35:45,584 Saya tak biasa dengan ini. 616 00:35:46,376 --> 00:35:49,501 Saya tak suka menarik perhatian. Saya tak berani. 617 00:35:50,376 --> 00:35:51,751 Saya bukan macam awak. 618 00:35:53,126 --> 00:35:54,126 Maafkan saya. 619 00:35:56,751 --> 00:35:59,751 Jadi awak hanya boleh bersama saya di sini? 620 00:35:59,834 --> 00:36:01,001 Bukan di luar sana? 621 00:36:02,876 --> 00:36:04,584 Saya sangka awak suka saya. 622 00:36:05,418 --> 00:36:08,418 Saya sedang cuba, Marco. 623 00:36:09,168 --> 00:36:10,209 Saya pergi dulu. 624 00:36:11,751 --> 00:36:14,293 Hei, tunggu. 625 00:36:14,376 --> 00:36:18,209 Jangan buang semua ini hanya kerana saya buat silap. 626 00:36:18,293 --> 00:36:19,751 Kita ada hubungan yang baik. 627 00:36:19,834 --> 00:36:22,959 Pernah ada hubungan yang baik. Dah berakhir. 628 00:37:07,626 --> 00:37:11,084 Tolong rahsiakan kejadian semalam. 629 00:37:13,001 --> 00:37:15,543 Kebocoran itu urusan awak. Urusan saya ialah Iceland. 630 00:37:15,626 --> 00:37:18,084 Tak, tentang satu lagi perkara. 631 00:37:19,418 --> 00:37:20,918 Tentang ibu saya… 632 00:37:23,376 --> 00:37:26,001 dan saya rasa tak cukup bagus untuk dia. 633 00:37:30,293 --> 00:37:32,501 Saya perlu ubah rutin senaman. 634 00:37:32,584 --> 00:37:34,709 Buat saya hilang akal. 635 00:37:34,793 --> 00:37:36,626 Awak tak perlu risau. 636 00:37:39,626 --> 00:37:40,751 Untuk pengetahuan, 637 00:37:41,251 --> 00:37:43,793 awak anak yang sempurna untuk mana-mana ibu. 638 00:37:59,459 --> 00:38:02,959 - Saya tak nampak awak malam tadi. - Awak suruh saya jangan datang. 639 00:38:03,543 --> 00:38:05,918 Kalau awak datang, awak dapat minta maaf. 640 00:38:06,418 --> 00:38:08,584 Saya tak boleh. Saya ada kerja. 641 00:38:09,209 --> 00:38:10,334 Dah tentu. 642 00:38:11,376 --> 00:38:13,251 Awak tak nak tahu apa dalam kotak itu? 643 00:38:18,668 --> 00:38:20,876 - Adakah awak… - Buat sampel pembungkusan awak? 644 00:38:20,959 --> 00:38:22,793 Ya. Bukalah. 645 00:38:25,834 --> 00:38:28,418 - Adakah ini… - Organik? Ya. 646 00:38:28,501 --> 00:38:31,751 Formula pembayang mata baharu kita yang pertama. 647 00:38:31,834 --> 00:38:33,501 Baru diambil dari makmal, 648 00:38:33,584 --> 00:38:34,918 dibuat dengan tangan, 649 00:38:35,001 --> 00:38:37,126 kelompok pertama. 650 00:38:37,209 --> 00:38:41,043 Sepatutnya belum siap, tapi saya desak mereka. 651 00:38:41,126 --> 00:38:42,793 Saya pakai produk organik saja. 652 00:38:43,501 --> 00:38:45,209 Ada masanya saya dengar cakap awak. 653 00:38:45,293 --> 00:38:48,251 Lagipun, awak orang yang berbeza. 654 00:38:48,334 --> 00:38:51,168 Tak sangka kerja ialah bahasa cinta awak. 655 00:38:52,543 --> 00:38:54,376 Beginilah saya. 656 00:38:58,168 --> 00:38:59,418 Awak nampak, bukan? 657 00:39:00,376 --> 00:39:01,709 Perapinya kurang berat. 658 00:39:04,251 --> 00:39:05,459 Tak perlu tergesa-gesa… 659 00:39:08,043 --> 00:39:09,084 tapi saya nak hari ini. 660 00:39:24,043 --> 00:39:25,043 Berjaga lewat malam? 661 00:39:26,793 --> 00:39:29,709 Saya dihalau dan itu bahagian yang bagus. 662 00:39:31,001 --> 00:39:33,918 Madolyn beritahu awak tentang mesyuarat penting? 663 00:39:34,001 --> 00:39:36,084 Tak. Terukkah? 664 00:39:36,168 --> 00:39:38,293 Mesyuarat untuk semua kakitangan. 665 00:39:38,376 --> 00:39:39,418 Pasti tak bagus. 666 00:39:41,168 --> 00:39:42,168 Hei. 667 00:39:43,126 --> 00:39:45,168 Saya nak keluar hujung minggu ini. 668 00:39:45,251 --> 00:39:46,334 Awak ada rancangan? 669 00:39:47,168 --> 00:39:49,543 Ya. Saya nak pergi ke Hinkle Room hujung minggu ini. 670 00:39:50,918 --> 00:39:52,834 Awak tak ajak saya pun. 671 00:39:54,543 --> 00:39:57,584 Mungkin lebih baik jika saya pergi seorang diri. 672 00:39:58,209 --> 00:39:59,584 Lebih mudah bertemu lelaki. 673 00:40:00,709 --> 00:40:03,043 Jika tak, saya akan bercakap 674 00:40:03,959 --> 00:40:05,251 dengan awak sepanjang malam. 675 00:40:05,334 --> 00:40:07,209 Namun awak suka bercakap dengan saya. 676 00:40:08,501 --> 00:40:09,793 Jumpa di mesyuarat nanti. 677 00:40:23,709 --> 00:40:25,793 Saya betul tentang satu perkara. 678 00:40:25,876 --> 00:40:27,793 Pembocor tiada dalam gambar. 679 00:40:27,876 --> 00:40:32,126 Saya salah tentang perkara lain. 680 00:40:33,376 --> 00:40:35,543 Mengandaikan orang itu bukan mak. 681 00:40:39,918 --> 00:40:41,168 Mengapa mak buat begitu? 682 00:40:41,834 --> 00:40:42,834 Desas-desus. 683 00:40:43,709 --> 00:40:44,668 Nampaknya berkesan. 684 00:40:44,751 --> 00:40:46,543 Mengapa mak tak beritahu saya? 685 00:40:46,626 --> 00:40:49,543 Mengapa kamu tak beritahu mak yang kita mengalami kerugian? 686 00:40:49,626 --> 00:40:51,251 Sebab saya nak betulkannya. 687 00:40:51,793 --> 00:40:53,376 Saya nak selamatkan syarikat. 688 00:40:53,459 --> 00:40:54,626 Sebenarnya 689 00:40:55,251 --> 00:40:58,168 kamu sama seperti mak. 690 00:40:59,168 --> 00:41:01,084 Apa lagi yang mak tak beritahu saya? 691 00:41:01,876 --> 00:41:05,251 Mak ada fikir yang tindakan itu boleh memakan diri? 692 00:41:05,334 --> 00:41:07,043 Mak patut bincang dengan saya. 693 00:41:08,293 --> 00:41:10,626 Mak tak percayakan saya lagi? 694 00:41:12,168 --> 00:41:13,543 Mak percayakan diri mak. 695 00:41:14,751 --> 00:41:16,459 Kita jumpa di mesyuarat nanti. 696 00:41:38,751 --> 00:41:40,918 Saya pasti awak dah dengar 697 00:41:41,001 --> 00:41:47,084 yang kita berusaha untuk menjamin jualan syarikat ini kepada Vendemiaire 698 00:41:48,251 --> 00:41:52,209 dengan mengadakan kempen Pride yang bermakna. 699 00:41:53,459 --> 00:41:54,793 Saya sangka kita buat begitu. 700 00:41:54,876 --> 00:41:56,209 Sehingga malam tadi 701 00:41:56,834 --> 00:42:00,876 apabila saya dijemput ke kelab ratu drag. 702 00:42:01,418 --> 00:42:05,251 Saya gembira dapat bersemuka dengan salah seorang pelanggan kita. 703 00:42:06,126 --> 00:42:10,918 Saya dapat lihat cara dia menjaga produk kita 704 00:42:11,001 --> 00:42:12,876 kerana kita bermakna bagi dia. 705 00:42:15,876 --> 00:42:18,959 Di mana dia dalam kempen ini? 706 00:42:19,043 --> 00:42:20,418 TAK TERLALU MEGAH 707 00:42:20,501 --> 00:42:22,209 Saya tak nampak dia. Awak? 708 00:42:22,293 --> 00:42:27,626 Saya cuma nampak model cantik dan keinginan kita 709 00:42:27,709 --> 00:42:30,834 untuk dipuji dan diraikan. 710 00:42:31,918 --> 00:42:33,834 Kita boleh buat dengan lebih baik. 711 00:42:33,918 --> 00:42:36,751 Pelanggan kita berhak dapat lebih lagi. 712 00:42:37,251 --> 00:42:43,209 Sebab itu kita akan buang semuanya dan mulakan semula. 713 00:42:44,251 --> 00:42:47,834 Maksudnya, kita ada seminggu 714 00:42:47,918 --> 00:42:50,376 untuk sediakan sesuatu dari awal. 715 00:42:50,459 --> 00:42:54,668 Kita ada seminggu untuk suarakan pendapat tentang sesuatu yang bermakna. 716 00:42:55,501 --> 00:42:57,709 Saya tahu permintaan saya besar. 717 00:42:58,376 --> 00:43:01,209 Namun jika pelanggan memuja kita, 718 00:43:02,334 --> 00:43:05,334 sekurang-kurangnya kita balas budi mereka. 719 00:43:10,626 --> 00:43:12,876 Saya harap awak sertai saya. 720 00:43:17,168 --> 00:43:20,168 Terjemahan sari kata oleh Irda Sumiati