1 00:00:14,014 --> 00:00:18,518 Kelopak sakura jatuh bak hujan yang membasahi pipi. 2 00:00:18,601 --> 00:00:23,523 Saya menangis sendirian di bawah kelopak yang menghujani itu. 3 00:00:24,983 --> 00:00:27,402 Cahaya matahari musim bunga yang hangat, 4 00:00:27,485 --> 00:00:29,696 sinaran matahari musim panas di celahan pohon, 5 00:00:30,280 --> 00:00:33,199 pancaran matahari musim luruh yang menembusi awan, 6 00:00:33,283 --> 00:00:35,702 mahupun cahaya pagi yang memantul di salji… 7 00:00:36,286 --> 00:00:38,788 Tiada satu pun yang sudi menyinari saya. 8 00:00:39,706 --> 00:00:43,043 Saya tak tahu apa itu kebahagiaan. 9 00:00:43,668 --> 00:00:48,965 Lagipun, sinar harapan sentiasa hilang sebelum sempat saya capai. 10 00:00:57,015 --> 00:00:59,350 Selama ini, saya selalu fikir 11 00:01:00,101 --> 00:01:04,773 yang kewujudan saya tak penting di dunia ini. 12 00:01:06,775 --> 00:01:12,155 Sehinggalah hari saya berjumpa lelaki itu. 13 00:01:14,991 --> 00:01:19,913 EPISOD 1 PERTEMUAN 14 00:01:24,793 --> 00:01:25,919 Teruk betullah! 15 00:01:27,754 --> 00:01:30,423 Teh hijau itu terlalu pahit untuk diminum! 16 00:01:31,090 --> 00:01:32,383 Saya minta maaf. 17 00:01:33,009 --> 00:01:34,469 Pergi buat semula sekarang! 18 00:01:35,011 --> 00:01:39,933 Miyo, jangan duduk saja dan tunduk. Pergi cepat. 19 00:01:40,642 --> 00:01:42,018 Ya, puan. 20 00:01:50,527 --> 00:01:51,361 Maafkan saya. 21 00:01:56,783 --> 00:02:00,245 Tak sangka dia tak pandai buat teh hijau dengan betul. 22 00:02:00,328 --> 00:02:03,706 Dia patut rasa malu sebagai ahli keluarga Saimori. 23 00:02:03,790 --> 00:02:07,460 Tak macam kamu, Kaya. Dia itu gadis yang cemerkap. 24 00:02:07,544 --> 00:02:09,712 Sama seperti ibunya. 25 00:02:09,796 --> 00:02:13,216 Kanoko, awak cuba salahkan sayakah? 26 00:02:13,299 --> 00:02:16,636 Sebab dia itu anak awak, Shinichi. 27 00:02:16,719 --> 00:02:19,973 Jangan libatkan saya. Ibunya pun dah lama meninggal dunia. 28 00:02:25,812 --> 00:02:30,483 Selamat pagi, En. Tatsuishi. Ada apa encik datang ke sini hari ini? 29 00:02:30,567 --> 00:02:33,069 Saya perlu bercakap dengan Shinichi. 30 00:02:33,903 --> 00:02:36,114 Saya bawakan makanan untuk hamba awak. 31 00:02:36,197 --> 00:02:38,992 Terima kasih sebab sentiasa bermurah hati. 32 00:02:39,826 --> 00:02:42,954 Sama-sama. Saya masuk dulu, ya. 33 00:02:45,540 --> 00:02:52,046 En. Tatsuishi baru saja datang ke sini. Mungkin bincang tawaran perkahwinan? 34 00:02:53,089 --> 00:02:57,343 Dua beradik itu pun dah capai usia boleh kahwin. 35 00:02:57,427 --> 00:03:00,013 Cik Miyo dah berumur 19 tahun. 36 00:03:00,096 --> 00:03:05,894 Tapi melihatkan sikap ayah mereka, ia mungkin untuk Cik Kaya, bukan dia. 37 00:03:06,603 --> 00:03:12,650 Cukuplah berbual, kamu berdua. Sesiapa yang tak basuh baju, jangan makan! 38 00:03:12,734 --> 00:03:15,153 - Maaf, puan. - Maaf, puan. 39 00:03:15,236 --> 00:03:18,656 Boleh sesiapa datang ke ruang tamu? 40 00:03:19,866 --> 00:03:22,035 Hei, Pn. Saimori panggil! 41 00:03:22,118 --> 00:03:23,286 - Kami akan ke sana! - Kami akan ke sana! 42 00:03:27,916 --> 00:03:29,375 Tawaran perkahwinan? 43 00:03:38,176 --> 00:03:40,929 Awak sapu taman hari ini juga? Rajinnya awak. 44 00:03:42,263 --> 00:03:43,681 Koji. 45 00:03:43,765 --> 00:03:48,311 Ayah saya datang untuk mesyuarat ketua keluarga dengan ayah awak. 46 00:03:48,394 --> 00:03:50,730 Saya datang sebagai pengiring dia. 47 00:03:52,023 --> 00:03:53,691 Baiknya awak datang ke sini. 48 00:03:54,901 --> 00:03:59,948 Sebenarnya, itu alasan saya. Saya cuma nak bercakap dengan awak, Miyo. 49 00:04:06,537 --> 00:04:08,748 Miyo, boleh hulurkan tangan? 50 00:04:10,041 --> 00:04:11,459 Susu? 51 00:04:11,542 --> 00:04:14,963 Ini karamel susu. Gula-gula yang manis dan sedap. 52 00:04:15,797 --> 00:04:19,384 Ketika kali pertama saya cuba, saya sangat kagum dengan rasanya. 53 00:04:31,437 --> 00:04:33,606 Saya gembira awak suka. 54 00:04:33,690 --> 00:04:36,359 Abang saya suka benda baharu dan popular, jadi dia membelinya. 55 00:04:36,985 --> 00:04:38,820 Rasanya sangat sedap. 56 00:04:38,903 --> 00:04:42,156 Kalau awak nak, saya boleh bawa lagi. 57 00:04:42,240 --> 00:04:45,493 Selagi saya boleh buat awak tersenyum, berbaloilah membelinya. 58 00:04:46,327 --> 00:04:48,413 Terima kasih banyak. 59 00:04:50,373 --> 00:04:54,460 Saya harap kita boleh luangkan masa begini selama-lamanya. 60 00:04:56,045 --> 00:04:57,130 Miyo, 61 00:04:57,714 --> 00:05:00,091 saya nak tolong awak. 62 00:05:00,717 --> 00:05:04,012 Saya rasa awak selalu selamatkan saya, Koji. 63 00:05:06,723 --> 00:05:11,686 Saya cuma lelaki biasa, tapi saya nak berikan awak kekuatan. 64 00:05:12,729 --> 00:05:16,858 Saya akan buat apa saja untuk awak supaya awak terus tersenyum. 65 00:05:18,568 --> 00:05:19,902 Saya harap awak tak kisah. 66 00:05:26,534 --> 00:05:33,166 Ayah, boleh saya beli kimono baharu untuk dipakai ke Sekolah Perempuan? 67 00:05:33,249 --> 00:05:37,420 Semester baharu dah bermula, bukan? 68 00:05:37,503 --> 00:05:40,548 Kalau begitu, pergilah beli yang baharu. 69 00:05:40,631 --> 00:05:42,675 Wah! Yakah? 70 00:05:42,759 --> 00:05:45,053 Terima kasih, ayah! 71 00:05:45,136 --> 00:05:49,140 Shinichi. Awak selalu manjakan Kaya. 72 00:05:49,223 --> 00:05:51,893 Kimono ini dah nampak usanglah. 73 00:05:52,477 --> 00:05:53,603 Miyo. 74 00:05:55,813 --> 00:05:56,647 Ya? 75 00:05:57,398 --> 00:05:59,901 Apa yang kamu selalu buat pada waktu siang? 76 00:06:02,278 --> 00:06:04,197 Saya mengemas rumah. 77 00:06:04,781 --> 00:06:05,823 Begitu. 78 00:06:06,407 --> 00:06:10,203 Pastikan kamu ada di sini pada waktu siang, lusa nanti. 79 00:06:10,286 --> 00:06:11,162 Faham? 80 00:06:13,748 --> 00:06:14,999 Ya, tuan. 81 00:06:21,672 --> 00:06:25,968 Dia suruh saya berada di sini walaupun saya dilayan seperti hamba. 82 00:06:27,178 --> 00:06:29,180 Padahal tak perlu minta pun. 83 00:06:29,263 --> 00:06:34,477 Bukannya saya pernah jejak keluar dari rumah ini. 84 00:06:48,825 --> 00:06:50,326 Mak? 85 00:06:51,452 --> 00:06:53,996 Ada sesiapa nampak mak saya? 86 00:06:54,080 --> 00:06:56,999 Saya rasa Pn. Saimori ada di ruang tambahan. 87 00:06:57,083 --> 00:06:59,001 Cik nak keluarkah? 88 00:06:59,085 --> 00:07:02,713 Ya. Saya nak beli kimono baharu untuk semester baharu. 89 00:07:04,715 --> 00:07:06,050 Tapi yang lebih penting, 90 00:07:08,094 --> 00:07:11,514 bukankah kakak patut cuci muka? 91 00:07:12,223 --> 00:07:13,349 Kakak nampak teruk. 92 00:07:13,432 --> 00:07:14,267 Apa? 93 00:07:14,851 --> 00:07:16,978 Cik Miyo, ada jelaga di muka cik… 94 00:07:19,480 --> 00:07:23,776 Jangan berani sapa tetamu kita dengan rupa begitu, ya? 95 00:07:23,860 --> 00:07:26,737 Kewujudan kakak dah pun memalukan keluarga Saimori. 96 00:07:28,948 --> 00:07:31,367 Maafkan saya. 97 00:07:45,381 --> 00:07:46,257 Miyo… 98 00:07:48,134 --> 00:07:49,093 Koji. 99 00:07:51,512 --> 00:07:57,602 Selamat pagi. Jarang nampak awak berpakaian gaya Barat. 100 00:07:57,685 --> 00:07:59,812 Awak nampak segak. 101 00:08:03,357 --> 00:08:06,110 Kenapa awak datang ke sini hari ini? 102 00:08:07,153 --> 00:08:12,074 Ada perkara penting yang saya nak bincang dengan ayah awak. 103 00:08:12,158 --> 00:08:13,201 Dengan ayah saya? 104 00:08:15,828 --> 00:08:17,413 Nah. 105 00:08:18,164 --> 00:08:22,084 Saya bawa manisan. Kongsilah dengan semua orang. 106 00:08:22,168 --> 00:08:23,544 Terima kasih. 107 00:08:24,545 --> 00:08:27,715 Baiklah, jumpa lagi. 108 00:08:30,676 --> 00:08:31,719 Koji… 109 00:08:38,059 --> 00:08:40,728 Kenapa mesti begini jadinya? 110 00:08:46,359 --> 00:08:47,360 Cik Miyo. 111 00:08:48,819 --> 00:08:52,156 En. Saimori panggil cik. 112 00:08:52,240 --> 00:08:53,241 Apa? 113 00:08:53,324 --> 00:08:55,660 Cik perlu pergi ke ruang sambut tamu sekarang. 114 00:08:56,369 --> 00:08:57,495 Baiklah. 115 00:09:11,425 --> 00:09:15,930 Pastikan kamu ada di sini pada waktu siang, lusa nanti. 116 00:09:16,013 --> 00:09:17,098 Faham? 117 00:09:20,685 --> 00:09:23,104 Saya tak patut berharap. 118 00:09:24,063 --> 00:09:26,107 Tentu ia sesuatu yang buruk. 119 00:09:28,359 --> 00:09:30,194 Tawaran perkahwinan daripada Koji… 120 00:09:31,571 --> 00:09:33,364 Saya tahu saya tak patut berharap 121 00:09:34,574 --> 00:09:36,492 bagi hal sebegitu, tapi… 122 00:09:42,540 --> 00:09:45,001 Saya dah sampai. Ini Miyo. 123 00:09:45,084 --> 00:09:46,002 Masuklah. 124 00:09:49,755 --> 00:09:50,631 Maaf mengganggu. 125 00:09:58,723 --> 00:10:00,349 Kenapa kakak nampak bingung? 126 00:10:01,726 --> 00:10:04,186 Masuklah cepat. 127 00:10:12,612 --> 00:10:15,406 Pertemuan ini hanyalah tentang masa depan keluarga kita. 128 00:10:15,489 --> 00:10:20,411 Pertama, perkahwinan yang diatur dengan keluarga Tatsuishi. 129 00:10:20,494 --> 00:10:27,001 Ayah fikir untuk benarkan Koji berkahwin dengan keluarga Saimori dan ambil alih. 130 00:10:27,501 --> 00:10:31,422 Orang yang akan menjadi isterinya dan memelihara keluarga Saimori… 131 00:10:32,757 --> 00:10:34,383 ialah Kaya. 132 00:10:37,637 --> 00:10:39,889 Saya dah bersedia untuk ini. 133 00:10:39,972 --> 00:10:45,186 Dilayan seperti hamba, saya tahu tak mungkin saya boleh berkahwin. 134 00:10:46,479 --> 00:10:50,024 Saya tahu bukan mudah untuk menggapai saat 135 00:10:50,107 --> 00:10:56,489 kewujudan saya ini diterima dan nikmati hari-hari yang tenang di sini. 136 00:10:58,199 --> 00:11:00,701 Miyo, ayah juga putuskan kamu patut berkahwin dan pergi. 137 00:11:03,287 --> 00:11:05,039 Kamu akan mengahwini keluarga Kudo. 138 00:11:05,873 --> 00:11:08,042 Kiyoka Kudo akan jadi suami kamu. 139 00:11:09,794 --> 00:11:11,003 Kudo? 140 00:11:11,087 --> 00:11:12,463 Baguslah! 141 00:11:12,546 --> 00:11:16,967 Kakak dapat berkahwin dengan Kiyoka Kudo yang terkenal itu. 142 00:11:18,803 --> 00:11:23,682 Itu terlalu bagus untuk orang macam kamu yang penuh kelemahan. 143 00:11:25,017 --> 00:11:30,231 Saya tak sabar nak lihat berapa lama kakak akan bertahan jadi isteri dia. 144 00:11:30,940 --> 00:11:36,070 Kemas barang kamu sekarang juga. Kamu akan berangkat ke rumah Kudo esok. 145 00:11:36,570 --> 00:11:37,571 Ayah… 146 00:11:37,655 --> 00:11:38,989 Itu saja. 147 00:11:39,698 --> 00:11:45,454 Kalau dah faham, cepat bersiap. Jaga adab kamu. 148 00:11:51,585 --> 00:11:53,254 Saya minta diri dulu. 149 00:12:00,678 --> 00:12:04,765 Baiklah, Koji. Tentang jadual untuk majlis pertunangan kamu berdua… 150 00:12:19,238 --> 00:12:21,991 Nampaknya hujan takkan berhenti. 151 00:12:22,074 --> 00:12:24,160 Saya bersusah payah sidai baju… 152 00:12:31,292 --> 00:12:32,793 Miyo… 153 00:12:37,756 --> 00:12:39,425 Nanti! Apa hal pula? 154 00:12:39,508 --> 00:12:41,510 Kenapa mesti saya? 155 00:12:41,594 --> 00:12:46,640 Macam yang ayah cakap, ayah arahkan kamu untuk jadi suami Kaya Saimori. 156 00:12:46,724 --> 00:12:49,310 Kenapa tiba-tiba saja? 157 00:12:49,393 --> 00:12:51,479 Bukankah kamu kata kamu nak tolong Miyo? 158 00:12:52,563 --> 00:12:57,776 Jangan risau. Ayah dah minta izin Saimori untuk jadikan Miyo isteri Kazushi. 159 00:12:57,860 --> 00:13:01,113 Dengan berbuat begitu, dia boleh keluar dari rumah itu. 160 00:13:02,406 --> 00:13:06,577 Kamu tak rasa itu akan buat dia gembira? 161 00:13:06,660 --> 00:13:11,332 Macam mana dengan perasaan Miyo? Kenapa jodohkan saya dengan Kaya? 162 00:13:11,415 --> 00:13:14,293 Ia sudah pun diaturkan. 163 00:13:14,376 --> 00:13:18,047 Kamu mesti akur dengan keputusan ini demi kesejahteraan keluarga kita. 164 00:13:18,797 --> 00:13:19,840 Faham? 165 00:13:30,226 --> 00:13:32,228 Pokok ceri ibu. 166 00:13:32,937 --> 00:13:37,566 Setiap kali saya rasa sedih, datang ke sini buat saya rasa tenang. 167 00:13:38,692 --> 00:13:40,861 Tapi nampaknya, saya dah tak boleh datang lagi. 168 00:13:42,196 --> 00:13:46,825 Terima kasih kerana sentiasa berada di sini. Selamat tinggal, ibu. 169 00:13:50,371 --> 00:13:51,205 Miyo. 170 00:13:53,958 --> 00:13:55,543 Koji. 171 00:13:56,585 --> 00:13:57,419 Maafkan saya. 172 00:13:59,713 --> 00:14:02,049 Saya malu dengan diri saya yang pengecut. 173 00:14:03,759 --> 00:14:05,636 Akhirnya, saya tak boleh buat apa-apa. 174 00:14:05,719 --> 00:14:08,222 Awak tak perlu minta maaf, Koji. 175 00:14:09,557 --> 00:14:12,393 Ini cuma nasib malang. 176 00:14:12,476 --> 00:14:14,895 Tidak, bukan setakat nasib malang… 177 00:14:14,979 --> 00:14:19,400 Tak apa. Saya mungkin akan temui kebahagiaan dengan bakal pasangan saya. 178 00:14:20,359 --> 00:14:22,194 Saya tak salahkan sesiapa. 179 00:14:22,278 --> 00:14:23,487 Jadi… 180 00:14:23,571 --> 00:14:25,531 awak tak benci saya disebabkan ini? 181 00:14:25,614 --> 00:14:29,994 Benci? Saya dah lama lupakan perasaan itu. 182 00:14:33,122 --> 00:14:35,457 Saya ikhlas nak tolong awak. 183 00:14:35,541 --> 00:14:39,712 Saya nak ketawa dengan awak, bersantai macam dulu. 184 00:14:39,795 --> 00:14:40,671 Sebab saya… 185 00:14:40,754 --> 00:14:42,047 Koji? 186 00:14:42,131 --> 00:14:43,173 Kaya. 187 00:14:44,633 --> 00:14:46,176 Awak berbual apa? 188 00:14:47,261 --> 00:14:49,305 Tak ada apa-apa. 189 00:14:49,388 --> 00:14:50,556 Begitu. 190 00:14:52,641 --> 00:14:53,684 Koji. 191 00:14:55,144 --> 00:14:58,772 Terima kasih atas semua kebaikan awak selama ini. 192 00:15:22,421 --> 00:15:25,007 Cik Miyo, boleh saya masuk sekejap? 193 00:15:25,507 --> 00:15:27,051 Ya, silakan. 194 00:15:29,428 --> 00:15:33,933 Saya ada pesanan daripada ayah cik. Dia suruh cik pakai kimono ini 195 00:15:34,016 --> 00:15:37,603 apabila cik bertolak esok. 196 00:15:37,686 --> 00:15:38,979 Ayah saya suruh? 197 00:15:40,439 --> 00:15:42,608 Dengar baik-baik, Cik Miyo. 198 00:15:43,192 --> 00:15:47,988 Dengar kata, Kiyoka Kudo itu seorang yang dingin dan tiada belas kasihan. 199 00:15:48,072 --> 00:15:51,241 Semua tunangnya telah melarikan diri daripada dia. 200 00:15:51,325 --> 00:15:53,118 Saya nasihatkan cik berhati-hati. 201 00:15:53,702 --> 00:15:56,080 Terima kasih kerana ambil berat. 202 00:15:58,290 --> 00:15:59,124 Barang-barang cik… 203 00:16:00,209 --> 00:16:01,418 Itu saja yang cik ada? 204 00:16:03,212 --> 00:16:06,632 Kebanyakan tinggalan ibu saya dah pun dibuang. 205 00:16:06,715 --> 00:16:09,009 Ini saja yang saya ada. 206 00:16:09,843 --> 00:16:12,137 Tentu sukar buat cik. 207 00:16:14,014 --> 00:16:17,643 Ini untuk cik makan dalam perjalanan. 208 00:16:19,103 --> 00:16:20,646 Terima kasih atas bantuan awak. 209 00:16:20,729 --> 00:16:24,942 Jaga diri baik-baik, Cik Miyo. 210 00:16:29,238 --> 00:16:34,034 Saya tak rasa kimono mewah begini sesuai dengan diri saya. 211 00:16:59,810 --> 00:17:06,191 Akhirnya saya kehilangan kenangan indah dan juga rumah untuk didiami. 212 00:19:53,692 --> 00:19:59,615 Betulkah ketua keluarga Kudo tinggal di tempat begini? 213 00:20:11,460 --> 00:20:13,128 Inikah rumahnya? 214 00:20:13,712 --> 00:20:16,173 Ia nampak biasa berbanding yang saya bayangkan. 215 00:20:20,719 --> 00:20:22,638 KUDO 216 00:20:23,222 --> 00:20:24,306 Maaf mengganggu. 217 00:20:26,975 --> 00:20:28,393 Tunggu sebentar. 218 00:20:30,354 --> 00:20:31,855 Cik ini siapa, ya? 219 00:20:32,356 --> 00:20:36,109 Selamat berkenalan. Nama saya Miyo Saimori. 220 00:20:36,193 --> 00:20:41,156 Saya datang atas urusan perkahwinan dengan En. Kiyoka Kudo. 221 00:20:41,240 --> 00:20:45,577 Cik Saimori rupanya. Kami sedang menunggu cik. 222 00:20:45,661 --> 00:20:49,331 Saya hamba keluarga Kudo. Nama saya Yurie. 223 00:20:49,414 --> 00:20:51,166 Selamat berkenalan. 224 00:20:51,875 --> 00:20:56,713 Banyak yang saya dengar tentang cik. Silakan masuk. 225 00:20:58,298 --> 00:20:59,258 Terima kasih. 226 00:21:01,134 --> 00:21:04,304 Tuan Muda ada di bilik bacaan sekarang. 227 00:21:04,388 --> 00:21:07,808 Cik boleh ikut saya, saya akan tunjukkan jalan ke sana. 228 00:21:11,436 --> 00:21:13,563 Gembira bertemu tuan. 229 00:21:14,273 --> 00:21:16,149 Nama saya Miyo Saimori. 230 00:21:16,650 --> 00:21:19,236 Saya harap tuan layan saya dengan baik di sini. 231 00:21:32,916 --> 00:21:34,876 Berapa lama lagi awak nak tunduk begitu? 232 00:21:36,420 --> 00:21:37,963 Maafkan saya. 233 00:21:38,046 --> 00:21:39,756 Saya bukan suruh awak minta maaf. 234 00:21:40,966 --> 00:21:44,052 Tak apa, cik boleh angkat kepala sekarang. 235 00:21:44,136 --> 00:21:45,846 Baik. 236 00:21:50,726 --> 00:21:54,521 Berjumpa lelaki ini pada hari ini 237 00:21:55,230 --> 00:21:58,817 rasa seperti bunga yang tumbuh keluar dari celahan salji. 238 00:21:58,900 --> 00:22:01,945 Hidup saya yang terhenti dulu 239 00:22:02,029 --> 00:22:05,032 mula bergerak ke depan semula. 240 00:22:06,450 --> 00:22:09,453 Saya Kiyoka Kudo, ketua keluarga Kudo. 241 00:22:15,792 --> 00:22:18,378 Kacaknya dia. 242 00:23:47,676 --> 00:23:49,970 Terjemahan sari kata oleh Nur Afni