1 00:00:12,554 --> 00:00:14,597 Jauh di dalam kawasan larangan 2 00:00:14,681 --> 00:00:18,184 ialah Kubur tempat mereka yang ada kuasa ghaib dikebumikan. 3 00:00:18,768 --> 00:00:19,811 Ia adalah tempat 4 00:00:19,894 --> 00:00:23,773 roh yang bertukar menjadi Kekejian disebabkan sentimen negatif 5 00:00:24,274 --> 00:00:26,943 dikurung selama-lamanya. 6 00:00:27,861 --> 00:00:30,196 Jika benar Kubur telah dibuka 7 00:00:30,822 --> 00:00:33,033 dan Kekejian telah dibangkitkan… 8 00:00:34,576 --> 00:00:36,953 Bandar diraja akan menghadapi krisis yang dahsyat. 9 00:00:37,037 --> 00:00:38,997 Itulah hakikat yang mungkin berlaku. 10 00:00:39,789 --> 00:00:43,835 Siapa yang hapuskan meterai itu dan untuk tujuan apa? 11 00:00:44,544 --> 00:00:47,464 Putera Takaihito menerima wahyu pada masa yang sama. 12 00:00:47,547 --> 00:00:49,048 Ia bukan kebetulan. 13 00:00:49,799 --> 00:00:53,094 Walaupun baginda ada kata kuasanya masih tak stabil 14 00:00:53,178 --> 00:00:56,473 kerana baginda belum menaiki takhta lagi… 15 00:00:56,556 --> 00:00:59,851 Apa pun, kita tak boleh buat spekulasi. 16 00:01:00,769 --> 00:01:04,481 Lama tak jumpa, En. Kudo. 17 00:01:04,564 --> 00:01:05,732 En. Okaito. 18 00:01:05,815 --> 00:01:07,609 Hei, Tatsuishi. 19 00:01:07,692 --> 00:01:10,070 Awak nak jumpa putera dengan rupa begitu? 20 00:01:10,153 --> 00:01:13,198 Apa salahnya? Saya bukannya pegawai tentera awam. 21 00:01:13,281 --> 00:01:16,117 Saya ingatkan tiada peraturan yang saya perlu ikut 22 00:01:16,201 --> 00:01:17,494 selain mematuhi Mikado. 23 00:01:18,119 --> 00:01:20,163 Tak bolehkah awak beradab sedikit? 24 00:01:20,246 --> 00:01:22,665 Ini pakaian formal sayalah. 25 00:01:22,749 --> 00:01:25,710 Awak pun janganlah tegas sangat. 26 00:01:25,794 --> 00:01:28,296 Kali ini saja. Lain kali saya takkan biarkan. 27 00:01:29,005 --> 00:01:31,591 Alahai, cubalah bawa bertenang. 28 00:01:35,178 --> 00:01:36,471 Ampun tuanku. 29 00:01:36,971 --> 00:01:40,308 Okaito, Kudo dan Tatsuishi datang menghadap. 30 00:01:40,892 --> 00:01:42,018 Silakan masuk. 31 00:01:46,231 --> 00:01:47,690 Baguslah kamu datang. 32 00:01:55,198 --> 00:02:00,620 MY HAPPY MARRIAGE 33 00:03:18,990 --> 00:03:23,912 EPISOD 8 MIMPI NGERI DAN BAYANG SERAM 34 00:03:25,038 --> 00:03:27,415 Gembira dapat bertemu lagi, Tuan Putera Takaihito. 35 00:03:28,166 --> 00:03:31,044 Beta gembira melihat kamu baik-baik saja. 36 00:03:31,628 --> 00:03:35,548 Patik ketua keluarga baharu bagi keluarga Tatsuishi. 37 00:03:36,341 --> 00:03:38,676 Nama patik Kazushi Tatsuishi. 38 00:03:39,385 --> 00:03:43,681 Walaupun ada ahli keluarga patik melakukan jenayah, 39 00:03:43,765 --> 00:03:47,018 tuanku masih benarkan patik berjumpa tuanku begini. 40 00:03:47,602 --> 00:03:49,938 Junjung kasih atas kemurniaan hati tuanku. 41 00:03:50,021 --> 00:03:51,814 Kamu tak perlu bimbang. 42 00:03:51,898 --> 00:03:54,192 Tentu sukar buat kamu. 43 00:03:55,026 --> 00:03:57,153 Junjung kasih. Patik berbesar hati mendengarnya. 44 00:03:57,654 --> 00:04:00,698 Sejak itu, keluarga Tatsuishi 45 00:04:00,782 --> 00:04:04,619 berada di bawah kawalan keluarga Kudo, bekerja di bawah telunjuk mereka. 46 00:04:04,702 --> 00:04:08,456 Kami akan berusaha pulihkan nama baik dan dapatkan kepercayaan tuanku. 47 00:04:08,539 --> 00:04:12,794 Bagi pihak Mikado, ayah beta, beta ampunkan keluarga Tatsuishi. 48 00:04:13,419 --> 00:04:16,547 Kamu mesti mengabdikan diri untuk tunaikan janji kamu. 49 00:04:17,090 --> 00:04:19,342 Junjung kasih atas belas kasihan tuanku. 50 00:04:20,510 --> 00:04:22,136 Begini, Tuan Putera Takaihito. 51 00:04:22,762 --> 00:04:25,139 Kami dengar tuanku terima wahyu. 52 00:04:26,683 --> 00:04:30,478 Tentu kamu semua dah tahu bahawa meterai Kubur dimusnahkan. 53 00:04:30,561 --> 00:04:31,562 Ya. 54 00:04:36,025 --> 00:04:39,153 Malam yang tak berpenghujung akan muncul dari alam ghaib. 55 00:04:39,237 --> 00:04:42,031 Ia akan menjadi malam yang penuh gelita dan abadi. 56 00:04:43,116 --> 00:04:46,244 Jaga-jaga. Pertarungan akan bermula. 57 00:04:49,747 --> 00:04:52,792 Mungkin ada yang akan terkorban. 58 00:04:54,877 --> 00:04:56,379 Jadi, adakah bahaya menghampiri 59 00:04:56,462 --> 00:04:58,381 bandar diraja ini? 60 00:05:00,049 --> 00:05:02,635 Kalau beta nampak apa-apa lagi, beta akan beritahu kamu. 61 00:05:02,719 --> 00:05:05,680 - Junjung kasih, tuanku. - Junjung kasih, tuanku. 62 00:05:07,557 --> 00:05:09,142 Kami minta diri dulu. 63 00:05:11,227 --> 00:05:12,395 Kiyoka. 64 00:05:15,648 --> 00:05:16,649 Ya, tuanku? 65 00:05:17,859 --> 00:05:19,652 Beta dengar kamu dah bertunang. 66 00:05:19,736 --> 00:05:22,155 - Akhirnya. - Ya. 67 00:05:22,238 --> 00:05:25,074 Tunang kamu… 68 00:05:25,158 --> 00:05:27,994 mungkin mengalami banyak kesukaran hidup… 69 00:05:28,077 --> 00:05:29,162 Kesukaran hidup? 70 00:05:29,245 --> 00:05:31,914 Kamu pasti boleh hadapinya. 71 00:05:33,291 --> 00:05:34,667 Adakah ini juga satu wahyu? 72 00:05:37,503 --> 00:05:39,213 Patik akan ingat pesan tuanku. 73 00:05:45,219 --> 00:05:48,431 - Baiklah. - Bagaimana prestasi saya? 74 00:05:48,514 --> 00:05:50,016 Mari kita lihat. 75 00:05:50,099 --> 00:05:53,019 Pertama sekali, cuba jangan membongkok. 76 00:05:53,102 --> 00:05:54,896 - Ya. - Pandang depan. 77 00:05:54,979 --> 00:05:57,440 - Ya. - Parti ialah tempat untuk bersosial. 78 00:05:58,566 --> 00:06:02,403 Mari ubah postur awak untuk buatkan awak nampak lebih yakin. 79 00:06:02,487 --> 00:06:04,572 - Ya… - Jangan lupa senyum. 80 00:06:05,281 --> 00:06:06,199 Ya. 81 00:06:06,282 --> 00:06:08,326 Angkat hujung mulut awak untuk ketawa. 82 00:06:11,662 --> 00:06:12,789 Oh ya. 83 00:06:12,872 --> 00:06:16,084 Saya pernah bawa Kiyoka ke bilik teh yang hidangkan manisan. 84 00:06:16,167 --> 00:06:19,504 Sudah tentulah kami pesan sedikit manisan dan rasanya juga sangat sedap. 85 00:06:20,129 --> 00:06:21,714 Ya. 86 00:06:21,798 --> 00:06:25,843 Tapi Kiyoka lebih berminat dengan benda lain berbanding manisan. 87 00:06:26,886 --> 00:06:28,137 Apa dia? 88 00:06:28,221 --> 00:06:30,598 Jeruk yang datang bersama manisan. 89 00:06:30,681 --> 00:06:32,934 Dia renung jeruk saya dan kata, 90 00:06:33,017 --> 00:06:35,019 "Biar saya makan kalau kakak tak nak." 91 00:06:35,937 --> 00:06:38,106 Tak sangka dia tamak bab makanan, bukan? 92 00:06:38,189 --> 00:06:40,358 Yakah? Tak sangka betul. 93 00:06:41,109 --> 00:06:42,610 Ya, begitulah! 94 00:06:43,194 --> 00:06:45,279 Cuba senyum begitu tanpa dipaksa. 95 00:06:45,988 --> 00:06:46,864 Ya! 96 00:06:46,948 --> 00:06:48,825 Bagus respons awak. 97 00:06:48,908 --> 00:06:51,619 Okey, seterusnya kita akan berlatih berjalan. 98 00:06:51,702 --> 00:06:54,372 Awak perlu berjalan dengan berbeza dalam pakaian gaya Barat. 99 00:06:54,997 --> 00:06:56,374 Ya. 100 00:07:04,966 --> 00:07:06,092 SATU: ETIKA UNTUK PAKAIAN BARAT 101 00:07:06,175 --> 00:07:07,260 DUA: SENYUM APABILA MENYAPA 102 00:07:07,343 --> 00:07:08,386 TIGA: ADAB DI MEJA MAKAN 103 00:07:21,774 --> 00:07:25,403 Cik Hazuki tiada cacat cela langsung sebagai wanita anggun. 104 00:07:27,238 --> 00:07:31,242 Belajar setiap hari daripada orang macam dia 105 00:07:31,742 --> 00:07:38,666 buat saya rasa saya boleh jadi macam dia selangkah demi selangkah. 106 00:07:40,376 --> 00:07:42,420 Saya rasa suatu hari nanti, 107 00:07:43,087 --> 00:07:45,673 saya boleh jadi wanita yang layak berada di sisi bakal suami. 108 00:07:52,847 --> 00:07:54,182 Putera Takaihito mungkin tahu… 109 00:07:54,765 --> 00:07:58,060 Nampaknya baginda tahu hal yang bakal menimpa Miyo. 110 00:07:59,562 --> 00:08:01,230 Apa yang akan berlaku kepada Miyo? 111 00:08:03,024 --> 00:08:04,692 Isteri pertama Shinichi, 112 00:08:04,775 --> 00:08:07,695 ibu kandung Miyo Saimori 113 00:08:08,362 --> 00:08:11,449 nampaknya berasal daripada keluarga Usuba. 114 00:08:12,366 --> 00:08:13,576 Keluarga Usuba. 115 00:08:14,160 --> 00:08:16,704 Antara kebanyakan keluarga dengan kebolehan kuasa ghaib, 116 00:08:16,787 --> 00:08:20,458 mereka dikatakan sangat unik dan berbahaya. 117 00:08:21,042 --> 00:08:24,128 Mereka ada kebolehan membaca fikiran, masuk ke dalam memori 118 00:08:24,212 --> 00:08:26,964 dan menyelit ke dalam mimpi seseorang. 119 00:08:27,048 --> 00:08:28,758 Adakah mimpi ngeri Miyo ada kaitan 120 00:08:28,841 --> 00:08:30,968 dengan kuasa ghaib keluarga Usuba? 121 00:08:31,552 --> 00:08:33,554 Tapi pengadang itu tak pecah 122 00:08:33,638 --> 00:08:36,057 dan tiada tanda-tanda gangguan luar. 123 00:08:36,557 --> 00:08:39,268 Apa lagi kemungkinan yang tinggal? 124 00:08:41,312 --> 00:08:44,065 Bersedia untuk dihantar bertugas bila-bila masa saja. 125 00:08:44,941 --> 00:08:47,151 Apa? Tuan nak keluar? 126 00:08:47,818 --> 00:08:49,654 Ya. Saya akan kembali tak lama lagi. 127 00:08:49,737 --> 00:08:53,115 Tentu tuan nak jumpa Cik Miyo, bukan? 128 00:08:53,199 --> 00:08:55,868 Ini hal kerja. Saya akan balik sebelum malam. 129 00:08:56,369 --> 00:08:58,079 Jangan risau, tuan. 130 00:08:59,622 --> 00:09:01,874 Apa yang tinggal hanyalah cara memperkenalkan diri 131 00:09:02,542 --> 00:09:04,585 dan peraturan perbualan. 132 00:09:04,669 --> 00:09:08,047 Saya juga perlu ajar awak apa nak buat apabila diganggu oleh seseorang. 133 00:09:08,548 --> 00:09:11,008 Terima kasih banyak, Cik Hazuki. 134 00:09:11,092 --> 00:09:13,761 Ini untuk adik kesayangan saya. 135 00:09:13,844 --> 00:09:17,848 Kalau saya boleh bantu, saya akan rasa sangat gembira. 136 00:09:18,849 --> 00:09:20,142 Oh ya, Miyo. 137 00:09:20,226 --> 00:09:21,727 Ya. 138 00:09:21,811 --> 00:09:24,146 Saya nak minta tolong, boleh? 139 00:09:25,523 --> 00:09:28,859 Sepatutnya tak ada masalah memandangkan kita dah rapat… 140 00:09:29,360 --> 00:09:30,278 Ada apa, Cik Hazuki? 141 00:09:30,861 --> 00:09:32,947 Cara awak panggil saya itu. 142 00:09:33,781 --> 00:09:34,782 Apabila panggil saya, 143 00:09:34,865 --> 00:09:37,243 awak tak perlu gunakan panggilan "Cik". 144 00:09:39,078 --> 00:09:42,623 Saya nak kita jadi macam keluarga. 145 00:09:43,374 --> 00:09:45,293 Sebab kita bakal jadi ipar. 146 00:09:45,376 --> 00:09:47,920 Saya nak awak bergantung pada saya. 147 00:09:48,504 --> 00:09:49,755 Saya pasti Kiyoka pun sama. 148 00:09:49,839 --> 00:09:52,508 Dia mungkin nampak perengus, tapi dia akan setuju dengan saya. 149 00:09:53,551 --> 00:09:54,677 Keluarga… 150 00:09:55,386 --> 00:09:58,306 Jadi, awak tak perlulah terlalu formal. 151 00:09:58,389 --> 00:10:01,642 Saya lagi suka kalau awak panggil saya "kakak". 152 00:10:03,185 --> 00:10:05,855 Tapi saya takkan paksa kalau tak mahu. 153 00:10:06,355 --> 00:10:07,189 Kakak… 154 00:10:07,273 --> 00:10:08,691 Kakak. 155 00:10:11,569 --> 00:10:12,695 Kenapa? 156 00:10:13,321 --> 00:10:14,196 Kalau begitu, 157 00:10:15,114 --> 00:10:18,701 boleh saya panggil awak Hazuki? 158 00:10:19,535 --> 00:10:21,329 Ya, sudah tentu! 159 00:10:23,914 --> 00:10:26,417 Selamat tinggal, Miyo. Jumpa esok. 160 00:10:26,500 --> 00:10:29,587 Ya. Kita jumpa lagi esok. 161 00:10:31,714 --> 00:10:34,342 Saya nak jadi rapat dengan bakal suami saya. 162 00:10:35,217 --> 00:10:38,304 Saya nak jadi sebahagian daripada keluarga dia. 163 00:10:38,846 --> 00:10:40,097 Tapi… 164 00:10:40,681 --> 00:10:43,100 apa itu "keluarga"? 165 00:10:48,981 --> 00:10:52,109 Tiba-tiba saja hujan turun. 166 00:10:52,193 --> 00:10:55,237 Cuaca musim panas memang leceh sebab ia berubah tiba-tiba. 167 00:10:56,113 --> 00:10:59,116 Awak dah jumpa mana-mana ahli keluarga Usuba? 168 00:10:59,200 --> 00:11:01,369 Saya dah buat banyak kajian, 169 00:11:01,452 --> 00:11:04,705 tapi rekod dan dokumen tentang keluarga Usuba tak wujud. 170 00:11:05,247 --> 00:11:08,125 Khabar angin mengatakan mereka bunuh diri. 171 00:11:08,209 --> 00:11:09,377 Setakat ini, 172 00:11:09,460 --> 00:11:12,963 satu-satunya petunjuk yang ada kaitan dengan keluarga Usuba ialah Sumi Usuba. 173 00:11:13,047 --> 00:11:17,635 Dia satu-satunya orang yang kita kenal dengan nama keluarga Usuba. 174 00:11:18,427 --> 00:11:20,846 Sumi Usuba memang wujud. 175 00:11:20,930 --> 00:11:22,932 Dia berkahwin dengan Saimori dan lahirlah Miyo. 176 00:11:23,599 --> 00:11:25,893 Tak kira betapa banyak rahsia keluarga Usuba, 177 00:11:25,976 --> 00:11:29,605 mustahil untuk hapuskan semua jejak kewujudannya. 178 00:11:29,688 --> 00:11:30,648 Tuan? 179 00:11:31,315 --> 00:11:33,317 Saya nak semua maklumat yang awak boleh cari. 180 00:11:33,818 --> 00:11:36,404 Mari mulakan dengan menyiasat wanita bernama Sumi 181 00:11:36,487 --> 00:11:38,364 yang tinggal di bandar diraja. 182 00:11:51,877 --> 00:11:53,045 Saya perlu tahu 183 00:11:53,129 --> 00:11:55,548 punca mimpi ngerinya secepat mungkin. 184 00:12:01,345 --> 00:12:02,805 Macam mana? 185 00:12:03,389 --> 00:12:05,516 Hebat sekali, Miyo! 186 00:12:05,599 --> 00:12:07,059 Terima kasih banyak. 187 00:12:07,560 --> 00:12:12,189 Rasanya awak dah sedia untuk ke bandar dan praktikkan semua ini. 188 00:12:13,899 --> 00:12:17,069 Miyo, awak tak apa-apa? Awak nampak penat pula. 189 00:12:17,153 --> 00:12:18,571 Saya tak apa-apa. 190 00:12:18,654 --> 00:12:20,739 Awak cukup tidur tak kebelakangan ini? 191 00:12:20,823 --> 00:12:22,491 - Ya. - Jangan terlalu memaksa diri. 192 00:12:22,575 --> 00:12:24,535 Beritahu saya kalau awak rasa tak sihat. 193 00:12:24,618 --> 00:12:25,661 Ya. 194 00:12:26,745 --> 00:12:29,832 Oh ya, saya dengar Kiyoka selalu balik lewat kebelakangan ini. 195 00:12:29,915 --> 00:12:32,460 Kerja dia buatkan dia sibuk kebelakangan ini. 196 00:12:32,543 --> 00:12:35,337 Hari ini dia kata dia perlu bekerja lebih masa lagi. 197 00:12:35,421 --> 00:12:36,589 Apa? 198 00:12:36,672 --> 00:12:39,592 Abaikan tunang dia yang comel dan bekerja sepanjang masa? 199 00:12:39,675 --> 00:12:41,093 Dia tak layak jadi suami. 200 00:12:41,177 --> 00:12:42,720 Taklah. Saya tak rasa begitu. 201 00:12:42,803 --> 00:12:45,639 Tuan yang bekerja keras buatkan saya nak berusaha sebaiknya 202 00:12:45,723 --> 00:12:47,725 sambil berlatih dengan awak. 203 00:12:47,808 --> 00:12:51,103 Aduhai, cantiknya senyuman itu. Itulah semangat yang kita mahu! 204 00:12:56,192 --> 00:12:59,612 Komander, utusan dari Kementerian Isi Rumah Diraja sudah tiba. 205 00:13:00,488 --> 00:13:02,114 Akhirnya. 206 00:13:02,198 --> 00:13:05,242 Tapi macam ajaib juga kementerian rahsia terkenal itu 207 00:13:05,326 --> 00:13:07,828 hantar seseorang kepada kita. 208 00:13:07,912 --> 00:13:10,664 Ia menunjukkan betapa pentingnya situasi ini. 209 00:13:11,582 --> 00:13:15,377 Mari cuba dapatkan segala maklumat penting tentang ini. 210 00:13:16,921 --> 00:13:18,047 Apa khabar? 211 00:13:18,130 --> 00:13:20,049 Nama saya Arata Tsuruki. 212 00:13:20,132 --> 00:13:21,133 PENASIHAT KHAS ARATA TSURUKI 213 00:13:21,217 --> 00:13:23,511 Saya dihantar ke sini oleh Kementerian Isi Rumah Diraja. 214 00:13:24,261 --> 00:13:25,763 Saya Kiyoka Kudo. 215 00:13:26,263 --> 00:13:28,891 Komander Unit Anti-Kekejian Khas. 216 00:13:28,974 --> 00:13:30,142 Ya, saya tahu. 217 00:13:30,726 --> 00:13:33,562 Awak juga terkenal dalam kalangan kawan-kawan. 218 00:13:33,646 --> 00:13:39,068 Saya dengar awak tolak wanita dan sedingin tundra. 219 00:13:39,151 --> 00:13:41,362 Tak perlu berbual kosong. 220 00:13:41,445 --> 00:13:43,739 Saya cuma nak dengar tentang Kubur saja. 221 00:13:43,822 --> 00:13:45,533 Sudah tentu. 222 00:13:46,158 --> 00:13:47,284 Baiklah. 223 00:13:48,702 --> 00:13:51,622 Seperti yang awak tahu, Kubur telah didedahkan. 224 00:13:52,164 --> 00:13:53,582 Kementerian Isi Rumah Diraja 225 00:13:53,666 --> 00:13:56,335 bergegas untuk menangkap Kekejian yang telah melarikan diri. 226 00:13:56,418 --> 00:13:58,337 Apa tujuan pelaku itu? 227 00:13:58,420 --> 00:14:01,507 Kami masih menyiasat, 228 00:14:01,590 --> 00:14:04,969 tapi kami jumpa lelaki mencurigakan pengsan berhampiran tempat kejadian. 229 00:14:05,553 --> 00:14:08,305 Kami rasa mereka mungkin pelakunya, 230 00:14:08,389 --> 00:14:10,099 tapi kami tak tahu motifnya. 231 00:14:10,182 --> 00:14:13,894 Apa sebabnya Kementerian tiba-tiba nak beri kami maklumat? 232 00:14:14,603 --> 00:14:16,480 Mereka teragak-agak dulu. 233 00:14:16,564 --> 00:14:20,651 Sekarang, hanya kira-kira 20 peratus Kekejian telah ditangkap. 234 00:14:20,734 --> 00:14:22,236 Ada mangsa juga. 235 00:14:23,112 --> 00:14:25,990 Dalam erti kata lain, kami kekurangan tenaga kerja. 236 00:14:26,699 --> 00:14:30,995 Ia mengambil masa, tapi orang atasan di Kementerian akhirnya faham. 237 00:14:32,454 --> 00:14:33,998 Ada apa-apa masalah? 238 00:14:34,081 --> 00:14:36,375 Kalau awak tak kisah saya tanya, 239 00:14:36,458 --> 00:14:38,836 macam mana awak boleh datang ke sini? 240 00:14:38,919 --> 00:14:40,880 Awak bukan pekerja Kementerian, bukan? 241 00:14:40,963 --> 00:14:43,090 Awak sebagus yang saya sangka, En. Kudo. 242 00:14:43,173 --> 00:14:44,341 Betul. 243 00:14:44,425 --> 00:14:47,636 Saya tak ada kaitan dengan Kementerian Isi Rumah Diraja. 244 00:14:47,720 --> 00:14:52,558 Tapi saya dah lama bekerjasama dengan Kementerian. 245 00:14:52,641 --> 00:14:56,395 Biasanya, saya uruskan syarikat bernama Perdagangan Tsuruki. 246 00:14:56,478 --> 00:15:01,984 Tugas harian saya ialah menyelidik dan berunding dengan klien, 247 00:15:02,067 --> 00:15:05,654 jadi saya terima kerja begini apabila diminta. 248 00:15:05,738 --> 00:15:08,616 Begitu. Jadi awak diminta berunding 249 00:15:08,699 --> 00:15:12,661 apabila keadaan jadi rumit macam situasi ini. 250 00:15:12,745 --> 00:15:13,579 Ya. 251 00:15:14,079 --> 00:15:16,707 Apa pun, sebelum kita berunding, 252 00:15:16,790 --> 00:15:20,377 kami dapat tahu beberapa perkara tentang latar belakang awak juga. 253 00:15:21,086 --> 00:15:24,757 Contohnya, saya dengar awak bertunang baru-baru ini. 254 00:15:26,008 --> 00:15:28,677 Baguslah. Bertuahnya awak. 255 00:15:29,303 --> 00:15:32,014 Saya juga nak cari isteri yang baik 256 00:15:32,097 --> 00:15:34,600 dan berkahwin secepat mungkin. 257 00:15:34,683 --> 00:15:36,518 Tapi ia bukannya senang. 258 00:15:36,602 --> 00:15:38,938 Berkahwin bukanlah tugas yang mudah. 259 00:15:39,647 --> 00:15:41,482 Berbalik kepada hal ini. 260 00:15:41,565 --> 00:15:44,818 Ada permintaan rasmi, jadi kami akan sertai operasi ini. 261 00:15:44,902 --> 00:15:46,528 Terima kasih banyak. 262 00:15:47,154 --> 00:15:51,325 Saya akan jadi orang tengah sekarang, jadi saya akan selalu ke sini. 263 00:15:51,408 --> 00:15:54,078 Saya tak sabar nak bekerja dengan awak. 264 00:15:54,912 --> 00:15:56,914 Saya pun sama. Mari bekerjasama sebaiknya. 265 00:15:58,207 --> 00:16:00,918 Semoga berjaya, En. Kudo. 266 00:16:11,637 --> 00:16:12,888 - Wah. - Dahsyat. 267 00:16:13,472 --> 00:16:14,932 Teruknya. 268 00:16:16,684 --> 00:16:19,311 Jika kamu nampak Kekejian, laporkan segera. 269 00:16:19,395 --> 00:16:22,523 Jika bertembung dengannya, serang secara berpasukan. 270 00:16:22,606 --> 00:16:23,649 - Ya, tuan. - Ya, tuan. 271 00:16:24,900 --> 00:16:27,236 Dia ditemui terbaring di dalam semak. 272 00:16:27,736 --> 00:16:31,156 Nadinya ada, tapi dia tak sedarkan diri. 273 00:16:31,240 --> 00:16:34,493 Sama seperti yang digambarkan dalam laporan. 274 00:16:35,077 --> 00:16:38,414 Lelaki ini bukan sekadar mangsa, bukan? 275 00:16:38,497 --> 00:16:42,918 Kemungkinan besar, dia salah seorang yang membuka Kubur itu. 276 00:16:43,544 --> 00:16:46,255 Maknanya, walaupun dia sedar, 277 00:16:46,338 --> 00:16:48,632 soal siasat yang menakutkan akan menanti dia. 278 00:16:49,133 --> 00:16:50,426 Kasihan dia. 279 00:16:50,509 --> 00:16:52,219 Itu cuma andaian. 280 00:16:52,761 --> 00:16:56,849 Tak ada seorang pun yang diselamatkan dalam keadaan ini dah sedar. 281 00:16:57,808 --> 00:16:59,435 Kenapa jadi begitu? 282 00:16:59,935 --> 00:17:02,021 Tiada siapa tahu. 283 00:17:02,521 --> 00:17:04,398 Sumpahan Kubur… 284 00:17:04,481 --> 00:17:06,066 Ya. Boleh dikatakan 285 00:17:06,150 --> 00:17:10,821 mereka berhubung dengan Kekejian yang dibebaskan dari Kubur. 286 00:17:10,904 --> 00:17:12,364 Begitu. 287 00:17:13,073 --> 00:17:16,869 Untuk pengetahuan awak, kebolehan saya 288 00:17:16,952 --> 00:17:19,496 ialah "kaijutsu" yang melenyapkan sumpahan dan sihir. 289 00:17:19,580 --> 00:17:21,540 Ia boleh berkesan pada manusia hidup, 290 00:17:21,623 --> 00:17:24,585 tapi saya tak pasti jika sumpahan orang mati boleh dibuang. 291 00:17:24,668 --> 00:17:27,463 Tiada cara lain. Cuba sajalah. 292 00:17:28,130 --> 00:17:29,256 Baiklah. 293 00:17:33,719 --> 00:17:37,723 Macam mana nak cakap, ya? Macam ada sesuatu bergerak di sini. 294 00:17:39,683 --> 00:17:42,019 Komander? Ada apa? 295 00:17:42,102 --> 00:17:43,228 Terlalu sunyi. 296 00:17:44,396 --> 00:17:46,732 Tiada bunyi langsung. 297 00:18:05,626 --> 00:18:06,627 Apa yang berlaku? 298 00:18:07,795 --> 00:18:09,588 Sumpahan ini… 299 00:18:10,589 --> 00:18:13,342 bukan sesuatu yang saya boleh tangani. 300 00:18:16,095 --> 00:18:17,221 Adakah itu… 301 00:18:17,304 --> 00:18:18,514 Berundur. 302 00:18:37,407 --> 00:18:38,659 Di mana… 303 00:18:39,368 --> 00:18:40,577 saya? 304 00:18:41,870 --> 00:18:43,163 Tuan! 305 00:18:50,504 --> 00:18:52,673 Tidak! 306 00:18:59,721 --> 00:19:02,474 Walaupun kamu roh individu yang berbakat, 307 00:19:02,558 --> 00:19:04,935 memandangkan kamu jadi Kekejian yang cederakan manusia, 308 00:19:05,018 --> 00:19:05,936 kamu mesti dimusnahkan. 309 00:19:06,854 --> 00:19:09,690 Maaf, tapi saya akan hapuskan kamu sekarang! 310 00:19:27,082 --> 00:19:28,584 Kita hampir selesai… 311 00:19:28,667 --> 00:19:30,043 Akhirnya… 312 00:19:32,045 --> 00:19:33,714 Sudah ada petunjuk. 313 00:19:35,174 --> 00:19:36,675 Kebangkitan itu semakin hampir. 314 00:19:36,758 --> 00:19:37,593 Ya. 315 00:19:38,177 --> 00:19:39,219 Saya akan lindungi dia. 316 00:19:40,095 --> 00:19:42,848 Sebab itulah peranan saya. 317 00:19:46,018 --> 00:19:48,896 Jadi inilah Kekejian Kubur. 318 00:19:50,063 --> 00:19:53,483 Kalau ia berjaya menyusup ke bandar diraja… 319 00:19:54,359 --> 00:19:56,361 Saya takkan biarkan itu berlaku. 320 00:20:02,409 --> 00:20:04,620 Pak cik, saya nak gula-gula! 321 00:20:04,703 --> 00:20:05,704 Kejap, ya! 322 00:20:09,750 --> 00:20:12,961 Saya rasa awak buat dengan baik. 323 00:20:13,045 --> 00:20:15,214 Postur dan cara berjalan awak sempurna. 324 00:20:16,256 --> 00:20:17,799 Terima kasih banyak. 325 00:20:17,883 --> 00:20:19,384 Okey, mari. 326 00:20:19,468 --> 00:20:21,970 Ini latihan untuk awak, tapi awak juga patut berseronok. 327 00:20:22,554 --> 00:20:23,972 Ya. 328 00:20:24,973 --> 00:20:26,642 Latihan hari ini di bandar. 329 00:20:27,142 --> 00:20:30,020 Bakal suami saya juga bekerja keras. 330 00:20:30,604 --> 00:20:32,522 Saya pun mesti berusaha 331 00:20:32,606 --> 00:20:35,484 untuk menjadi wanita yang layak berada di sisi suami saya. 332 00:20:36,777 --> 00:20:37,611 Cik Miyo. 333 00:20:41,073 --> 00:20:42,991 Miyo, awak tak apa-apa? 334 00:20:43,075 --> 00:20:44,868 Awak nampak pucat. 335 00:20:44,952 --> 00:20:47,746 Apa? Saya tak apa-apa. 336 00:20:48,288 --> 00:20:50,916 Tak baik buat diri awak tertekan. 337 00:20:50,999 --> 00:20:53,001 Tak ada faedahnya risau. 338 00:20:54,336 --> 00:20:56,255 Awak menunjukkan perkembangan yang baik. 339 00:20:56,338 --> 00:20:58,340 Jadi jangan terlalu memaksa diri. 340 00:20:59,633 --> 00:21:00,842 Ya. 341 00:21:00,926 --> 00:21:03,178 Saya rasa kita patut balik hari ini. 342 00:21:03,262 --> 00:21:05,389 Tapi Hazuki, saya masih boleh… 343 00:21:05,472 --> 00:21:06,682 Tak boleh. 344 00:21:06,765 --> 00:21:09,768 Awak mesti balik dan berehat. Okey? 345 00:21:10,811 --> 00:21:12,271 Baiklah. 346 00:21:12,354 --> 00:21:15,357 Macam yang saya cakap, berhentilah memaksa diri. 347 00:21:15,857 --> 00:21:20,112 Kalau awak jatuh sakit di parti sebenar, semua pelajaran awak akan jadi sia-sia. 348 00:21:21,029 --> 00:21:23,532 Mari berkumpul! Persembahan kad bergambar akan bermula! 349 00:21:23,615 --> 00:21:25,534 Hei, cepatlah! 350 00:21:25,617 --> 00:21:26,535 Tunggu saya! 351 00:21:30,998 --> 00:21:32,291 Maafkan saya. 352 00:21:33,583 --> 00:21:35,419 - Awak tak apa-apa? - Ya. 353 00:21:36,378 --> 00:21:38,130 - Ayuh! - Ya! 354 00:21:48,056 --> 00:21:49,141 Apa… 355 00:21:50,267 --> 00:21:51,435 Tidak… 356 00:21:52,728 --> 00:21:54,104 Saya tak boleh pengsan… 357 00:21:55,147 --> 00:21:56,815 di tempat begini… 358 00:22:02,946 --> 00:22:05,073 Awak tak apa-apa, Miyo? 359 00:22:06,325 --> 00:22:08,076 Tuan… 360 00:22:15,876 --> 00:22:19,212 Awak tak apa-apa, Cik Miyo Saimori? 361 00:23:47,134 --> 00:23:49,928 Terjemahan sari kata oleh Nur Afni