1 00:00:14,973 --> 00:00:21,479 MY HAPPY MARRIAGE 2 00:01:40,016 --> 00:01:44,938 EPISOD 11 WARISAN IBUKU 3 00:01:46,356 --> 00:01:47,982 Datuk akan beritahu semuanya. 4 00:01:48,525 --> 00:01:51,736 Termasuk sebab Sumi mengahwini keluarga Saimori 5 00:01:52,237 --> 00:01:55,323 dan alasan dia menyekat kuasa ghaib kamu. 6 00:01:58,451 --> 00:02:00,954 Ia berlaku beberapa tahun sebelum kamu dilahirkan. 7 00:02:02,038 --> 00:02:06,292 Perdagangan Tsuruki gagal dalam rundingan dengan klien utama 8 00:02:06,876 --> 00:02:10,046 dan prestasi mereka teruk. 9 00:02:11,714 --> 00:02:14,968 Memandangkan kami disokong oleh Perdagangan Tsuruki, 10 00:02:15,051 --> 00:02:18,596 kami ada banyak hutang dan menghadapi kesusahan. 11 00:02:19,556 --> 00:02:20,974 Ketika itulah… 12 00:02:21,683 --> 00:02:24,978 lamaran perkahwinan itu dikemukakan kepada kami. 13 00:02:26,062 --> 00:02:29,983 Mereka terdengar yang keluarga Usuba berada dalam krisis. 14 00:02:30,066 --> 00:02:33,236 Mereka janji nak langsaikan hutang kami yang banyak 15 00:02:33,987 --> 00:02:36,322 jika Sumi mengahwini anak mereka. 16 00:02:37,448 --> 00:02:40,994 Mereka tak putus asa dan selalu hantar tawaran. 17 00:02:41,077 --> 00:02:42,829 Tapi datuk tolak setiap tawaran. 18 00:02:44,455 --> 00:02:46,124 Tapi suatu hari… 19 00:02:47,333 --> 00:02:53,298 Sumi terima tawaran mereka sendiri tanpa berunding dengan datuk. 20 00:02:55,091 --> 00:02:58,177 Kamu sedar apa yang kamu dah buat? 21 00:02:58,887 --> 00:03:01,931 Itu maknanya kita akan beri darah Usuba kepada keluarga lain. 22 00:03:02,515 --> 00:03:05,768 Kalau kita tak buat apa-apa, inilah penamat bagi keluarga Usuba. 23 00:03:07,478 --> 00:03:10,523 Sumi! Kamu tak faham apa-apa langsung. 24 00:03:11,608 --> 00:03:14,736 Kamu fikir apa yang kamu boleh buat dengan badan yang lemah itu? 25 00:03:15,236 --> 00:03:16,905 Ini satu-satunya cara untuk mara. 26 00:03:19,574 --> 00:03:21,743 Ayah, maafkan saya. 27 00:03:23,411 --> 00:03:25,038 Kamu memang dungu, nak. 28 00:03:28,374 --> 00:03:32,378 Keluarga yang dikahwininya ialah keluarga Saimori. 29 00:03:33,630 --> 00:03:36,799 Selepas pemuktamadan kontrak yang dipanggil "perkahwinan" ini, 30 00:03:36,883 --> 00:03:39,761 mereka putuskan hubungan kami dengan dia. 31 00:03:39,844 --> 00:03:41,304 Akibatnya, 32 00:03:41,387 --> 00:03:43,932 hubungan keluarga kami terjejas. 33 00:03:48,811 --> 00:03:49,729 Miyo. 34 00:03:50,647 --> 00:03:53,149 Datuk nak tunjukkan sesuatu. 35 00:03:55,902 --> 00:03:58,571 Kamu ada kuasa Penglihatan Mimpi. 36 00:03:59,739 --> 00:04:02,617 Sumi pun tak memiliki kuasa ghaib itu. 37 00:04:03,201 --> 00:04:05,036 Penglihatan Mimpi? 38 00:04:05,745 --> 00:04:07,580 Sentuhlah pokok itu. 39 00:04:32,188 --> 00:04:34,482 Wanita daripada keluarga Usuba ini 40 00:04:34,565 --> 00:04:37,485 tak begitu peramah. 41 00:04:38,069 --> 00:04:38,903 Shinichi. 42 00:04:38,987 --> 00:04:41,531 Ini bukan sekadar perkahwinan politik. 43 00:04:41,614 --> 00:04:43,658 Kamu faham peranan kamu, bukan? 44 00:04:44,158 --> 00:04:45,285 Ya. 45 00:04:45,368 --> 00:04:48,288 Untuk melahirkan anak dengan kuasa ghaib keluarganya. 46 00:04:48,371 --> 00:04:49,998 Saya harapkan awak, Sumi. 47 00:05:09,017 --> 00:05:10,226 Awak berjaya! 48 00:05:26,826 --> 00:05:27,910 Anak kecil ini. 49 00:05:28,494 --> 00:05:29,912 Dia ada kuasa Penglihatan Mimpi. 50 00:05:41,549 --> 00:05:43,468 Kamu masih belum mengesahkannya? 51 00:05:44,052 --> 00:05:46,429 Ya. Miyo masih bayi. 52 00:05:47,013 --> 00:05:50,767 Jika kita tak segera dapatkan kuasa ghaib keluarga Usuba, 53 00:05:50,850 --> 00:05:52,769 taraf keluarga Saimori akan diturunkan. 54 00:05:53,269 --> 00:05:55,772 Kita bersusah payah mendapatkan keturunan mereka. 55 00:05:56,355 --> 00:05:58,399 Kita tak tahu bila dia akan jatuh sakit. 56 00:05:59,317 --> 00:06:02,195 Kalau Miyo tiada kuasa, dia mesti cepat-cepat dapat anak lagi. 57 00:06:02,987 --> 00:06:03,946 Ya. 58 00:06:13,206 --> 00:06:14,707 Maafkan ibu, Miyo. 59 00:06:15,291 --> 00:06:18,961 Ibu tak ada banyak masa lagi. 60 00:06:21,130 --> 00:06:22,465 Kuasa ghaib kamu 61 00:06:23,132 --> 00:06:25,468 akan ditemui apabila tiba masanya. 62 00:06:26,385 --> 00:06:28,179 Kuasa Penglihatan Mimpi kamu 63 00:06:28,262 --> 00:06:31,682 akan disalahgunakan oleh keluarga ini dan keluarga Usuba akan… 64 00:06:33,142 --> 00:06:36,979 Kamu perlu hidup sendiri mulai sekarang. 65 00:06:37,855 --> 00:06:40,650 Kamu mungkin akan hadapi kesedihan dan kesusahan. 66 00:06:41,150 --> 00:06:44,779 Kamu mungkin tertanya-tanya sebab kamu tak ada kuasa ghaib. 67 00:06:46,072 --> 00:06:49,992 Tapi buat masa sekarang, biar mak sekat kuasa kamu. 68 00:07:23,609 --> 00:07:25,611 Maafkan ibu, Miyo. 69 00:07:35,621 --> 00:07:37,665 Kamu boleh nampak, bukan? 70 00:07:37,748 --> 00:07:40,501 Pada mulanya, mungkin sukar untuk kamu terima. 71 00:07:40,585 --> 00:07:42,837 Lebih baik kamu rehatkan badan dulu. 72 00:08:13,367 --> 00:08:15,244 Tak guna. Ia terus datang. 73 00:08:16,078 --> 00:08:18,080 Godo, pada tahap ini, kita akan… 74 00:08:18,164 --> 00:08:21,125 Jangan mudah putus asa! Kita mesti bertahan! 75 00:08:31,719 --> 00:08:32,553 Komander! 76 00:08:33,054 --> 00:08:33,888 Kamu semua! 77 00:08:33,971 --> 00:08:36,307 Syabas kerana berjaya bertahan. 78 00:08:36,390 --> 00:08:38,893 Kami takkan tinggalkan tuan di sini dan mati. 79 00:08:39,477 --> 00:08:41,103 Unit peninjauan melaporkan 80 00:08:41,187 --> 00:08:43,564 kebanyakan kumpulan Kekejian sudah pun dihapuskan. 81 00:08:44,607 --> 00:08:47,235 Mari kita teruskan untuk hapuskan semuanya sekali gus! 82 00:08:47,318 --> 00:08:48,152 - Baik! - Baik! 83 00:08:54,450 --> 00:08:55,368 Ayuh! 84 00:09:09,757 --> 00:09:10,675 Ya… 85 00:09:11,717 --> 00:09:13,511 Selamat pagi, Miyo. 86 00:09:14,554 --> 00:09:15,596 Bagaimana keadaan awak? 87 00:09:18,933 --> 00:09:21,519 Kuasa ghaib awak tak timbulkan kesan lagi, bukan? 88 00:09:23,145 --> 00:09:24,522 Walaupun awak tak cakap, 89 00:09:24,605 --> 00:09:26,774 kulit awak yang sihat dah jadi buktinya. 90 00:09:27,525 --> 00:09:31,946 Tolong pakai pakaian ini sementara awak berada di sini. 91 00:09:32,655 --> 00:09:34,740 Jubah untuk gadis Penglihatan Mimpi, 92 00:09:34,824 --> 00:09:37,201 diwarisi turun-temurun dalam keluarga Usuba. 93 00:09:38,035 --> 00:09:43,332 Bagi pakaian awak sekarang, saya akan simpankan, jadi jangan risau. 94 00:09:48,254 --> 00:09:53,509 Saya bebas daripada mimpi ngeri dan badan saya semakin pulih. 95 00:09:54,302 --> 00:09:58,723 Tapi lama-kelamaan, perasaan saya 96 00:09:58,806 --> 00:10:02,643 terhadap bakal suami dan penyesalan saya 97 00:10:03,269 --> 00:10:05,938 semakin kuat hari demi hari. 98 00:10:07,857 --> 00:10:11,277 Saya patut beritahu dia jawapan yang saya dah lama putuskan. 99 00:10:13,404 --> 00:10:16,198 Semuanya salah saya sendiri. 100 00:10:23,539 --> 00:10:25,249 Awak tak nak makan, Miyo? 101 00:10:28,377 --> 00:10:30,463 Awak masih tak boleh maafkan saya? 102 00:10:31,756 --> 00:10:34,175 Atau awak ada masalah dengan bilik awak? 103 00:10:34,967 --> 00:10:37,511 Mungkin makanan itu tak menepati cita rasa awak. 104 00:10:37,595 --> 00:10:39,388 Saya akan dapatkan makanan lain. 105 00:10:39,472 --> 00:10:40,348 Bukan begitu. 106 00:10:41,891 --> 00:10:45,478 Saya bingung. Jadi, apa masalahnya? 107 00:10:46,771 --> 00:10:49,190 Saya nak awak pulangkan kimono bunga sakura saya. 108 00:10:50,316 --> 00:10:53,694 Itu kimono berharga yang bakal suami saya beri. 109 00:10:55,738 --> 00:10:56,989 Saya tak boleh buat begitu. 110 00:10:58,032 --> 00:10:59,241 Tak bolehkah? 111 00:10:59,825 --> 00:11:00,660 Tidak. 112 00:11:01,452 --> 00:11:04,830 Saya nak bercakap dengan bakal suami saya lagi. 113 00:11:04,914 --> 00:11:05,831 Kenapa? 114 00:11:06,624 --> 00:11:09,835 Sebab saya salah tentang semuanya. 115 00:11:10,753 --> 00:11:12,838 Saya malu nak berdepan dengan dia. 116 00:11:13,923 --> 00:11:16,342 Tapi saya rasa saya patut minta maaf dengannya dan… 117 00:11:18,427 --> 00:11:20,471 Awak nak keluar dari rumah ini? 118 00:11:21,097 --> 00:11:23,682 Kami takkan benarkan. 119 00:11:24,600 --> 00:11:27,228 Dengar sini. Awak tahu betapa terdesaknya saya tunggu awak? 120 00:11:29,271 --> 00:11:31,607 Awak tahu betapa gembiranya saya sekarang? 121 00:11:32,316 --> 00:11:33,484 Awak tak tahu. 122 00:11:36,070 --> 00:11:37,780 Saya nak lindungi awak. 123 00:11:39,657 --> 00:11:40,658 Kenapa? 124 00:11:41,242 --> 00:11:43,702 Sebab ini tugas saya. 125 00:11:45,162 --> 00:11:46,247 Tolonglah. 126 00:11:47,456 --> 00:11:50,584 Saya cuma nak jumpa dia. 127 00:11:51,293 --> 00:11:56,257 Saya nak jumpa dia dan beritahu dia apa yang saya patut cakap. 128 00:12:00,344 --> 00:12:05,182 Kami mematuhi kod nenek moyang kami dengan setia. 129 00:12:06,058 --> 00:12:08,227 Kami tak boleh guna nama keluarga sebenar kami. 130 00:12:08,853 --> 00:12:11,605 Kami hanya dibenarkan berkahwin dengan keluarga sendiri. 131 00:12:12,314 --> 00:12:15,651 Kami tak boleh ada kawan rapat atau pasangan kekasih. 132 00:12:16,861 --> 00:12:18,404 Tugas keluarga Usuba 133 00:12:18,487 --> 00:12:21,198 adalah untuk menundukkan pemilik kuasa ghaib yang di luar kawalan. 134 00:12:21,949 --> 00:12:27,288 Tapi itu tak pernah berlaku kepada kami sejak saya dilahirkan. 135 00:12:28,664 --> 00:12:32,209 Tak kira betapa kuat kami mematuhi kod, ia tak bermakna apa-apa. 136 00:12:32,835 --> 00:12:36,672 Takkan tiba pun saat di mana kami sempurnakan tugas keluarga Usuba. 137 00:12:38,215 --> 00:12:41,343 Saya mahukan peranan saya sendiri. 138 00:12:42,636 --> 00:12:44,805 Apabila seorang gadis Penglihatan Mimpi muncul, 139 00:12:44,889 --> 00:12:47,308 ahli keluarga dengan kuasa ghaib 140 00:12:47,808 --> 00:12:51,395 dipilih untuk melindungi gadis itu dengan nyawa mereka. 141 00:12:52,563 --> 00:12:55,566 Jadi sekarang ini, itulah peranan saya. 142 00:12:56,358 --> 00:12:59,069 Mungkin sebagai pasangan awak juga. 143 00:13:07,244 --> 00:13:10,956 Saya merayu, Miyo. Tinggallah di sini bersama kami. 144 00:13:12,082 --> 00:13:14,335 Saya nak lindungi awak. 145 00:13:15,711 --> 00:13:19,131 Saya tak nak serahkan misi ini kepada orang lain. 146 00:13:27,473 --> 00:13:28,349 Saya ingatkan… 147 00:13:28,933 --> 00:13:31,268 awak sama macam saya. 148 00:13:32,186 --> 00:13:37,233 Seseorang yang hilang tujuan untuk hidup dan rasa kosong, macam saya. 149 00:13:41,570 --> 00:13:42,613 Miyo. 150 00:13:55,209 --> 00:13:56,252 Kita berjaya! 151 00:13:56,752 --> 00:13:58,712 Kita kalahkan kumpulan Kekejian! 152 00:13:58,796 --> 00:14:00,256 Kemenangan milik kita! 153 00:14:03,133 --> 00:14:06,136 Godo, ubah formasi pertempuran kembali ke posisi asal. 154 00:14:06,220 --> 00:14:08,013 Kita akan kumpulkan semula unit pencarian. 155 00:14:08,097 --> 00:14:09,056 Ya, tuan! 156 00:14:14,395 --> 00:14:15,271 Apa? 157 00:14:25,698 --> 00:14:26,532 Godo! 158 00:14:45,926 --> 00:14:49,221 - Komander! - Komander! 159 00:14:57,146 --> 00:14:58,939 Kamu suka tinggal di sini? 160 00:14:59,732 --> 00:15:02,067 Kamu ada rasa tak selesa? 161 00:15:02,776 --> 00:15:04,111 Tak juga. 162 00:15:05,779 --> 00:15:10,117 Tak bolehkah saya jumpa bakal suami saya? 163 00:15:10,200 --> 00:15:13,203 Maaf, tapi datuk tak boleh benarkan. 164 00:15:13,787 --> 00:15:15,497 Saya tak kisah kalau sekali saja. 165 00:15:15,998 --> 00:15:16,999 Tolonglah. 166 00:15:18,500 --> 00:15:21,503 Kedegilan kamu mengingatkan datuk kepada ibu kamu. 167 00:15:22,755 --> 00:15:23,631 Kalaulah datuk… 168 00:15:24,673 --> 00:15:26,842 tak begitu kejam untuk putuskan hubungan dengan dia. 169 00:15:27,509 --> 00:15:30,012 Datuk mungkin takkan kehilangan anak begitu awal 170 00:15:30,721 --> 00:15:34,975 dan kamu, cucu datuk, takkan membesar dalam kehidupan yang malang. 171 00:15:37,061 --> 00:15:39,730 Atas semua kesusahan yang kamu lalui selama ini, 172 00:15:39,813 --> 00:15:40,648 datuk mohon maaf. 173 00:15:42,983 --> 00:15:46,362 Pada dasarnya, kita keluarga yang ada pertalian darah. 174 00:15:47,112 --> 00:15:50,282 Kalau apa-apa berlaku pada kamu, kami sedia untuk membantu. 175 00:15:50,824 --> 00:15:53,994 Mulai sekarang, datuk nak kamu bergantung pada kami tanpa ragu-ragu. 176 00:15:56,705 --> 00:15:59,917 Saya masih tergamam apabila tahu kita ini ada pertalian keluarga. 177 00:16:00,834 --> 00:16:04,088 Walaupun datuk mahu, saya masih tak tahu cara nak bergantung pada datuk. 178 00:16:05,339 --> 00:16:07,841 Lagipun, apa itu keluarga? 179 00:16:09,176 --> 00:16:11,428 Itu pun saya tak tahu. 180 00:16:11,512 --> 00:16:13,263 Tentu orang fikir saya pelik. 181 00:16:14,264 --> 00:16:16,517 Saya buat bakal suami saya marah. 182 00:16:19,103 --> 00:16:24,191 Saya minta maaf sebab beritahu datuk perkara yang tak bermakna. 183 00:16:25,025 --> 00:16:25,901 Tak apa. 184 00:16:26,944 --> 00:16:28,946 Datuk gembira kamu luahkan isi hati kamu. 185 00:16:30,781 --> 00:16:34,576 Datuk nak cakap sesuatu sebagai seorang keluarga. 186 00:16:35,452 --> 00:16:36,829 Macam yang kamu cakap tadi, 187 00:16:36,912 --> 00:16:40,624 datuk rasa berkongsi beban yang kita tak boleh pikul sendiri 188 00:16:40,708 --> 00:16:42,209 adalah hal yang keluarga lakukan. 189 00:16:43,043 --> 00:16:44,211 Berkongsi? 190 00:16:45,379 --> 00:16:49,883 Bergantung tak bermakna serahkan semuanya kepada orang lain. 191 00:16:50,509 --> 00:16:53,137 Datuk rasa ia bermakna meminta seseorang untuk pikul beban 192 00:16:53,220 --> 00:16:56,432 yang kita tak boleh pikul sendiri. 193 00:16:57,307 --> 00:17:00,144 Tak apa jika kita kecewakan atau buat mereka marah. 194 00:17:00,894 --> 00:17:03,981 Ikatan keluarga takkan terputus hanya disebabkan itu. 195 00:17:04,690 --> 00:17:07,401 Begitukah keadaannya semasa ibu saya tinggalkan rumah ini? 196 00:17:08,318 --> 00:17:11,739 Memang benar datuk hilang sabar ketika itu. 197 00:17:13,073 --> 00:17:15,993 Bukankah itu buatkan datuk benci ibu saya? 198 00:17:16,660 --> 00:17:18,328 Tentulah datuk tak benci dia. 199 00:17:19,788 --> 00:17:23,709 Datuk sayangkan dia lebih daripada segalanya. 200 00:17:24,501 --> 00:17:26,587 Apabila fikir balik, datuk menyesal sekarang. 201 00:17:28,422 --> 00:17:30,674 Datuk salah menilai hal yang datuk patut lindungi 202 00:17:31,383 --> 00:17:34,636 dan disebabkan itu, datuk kehilangan anak kesayangan sendiri. 203 00:17:35,804 --> 00:17:37,014 Miyo, 204 00:17:38,098 --> 00:17:41,602 datuk ambil berat tentang kamu sama seperti ibu kamu. 205 00:17:42,478 --> 00:17:43,312 Saya? 206 00:17:43,937 --> 00:17:44,772 Ya. 207 00:17:44,855 --> 00:17:48,525 Sejak Sumi berkahwin, kamu dilahirkan. 208 00:17:48,609 --> 00:17:50,569 Keluarga kita dapat teruskan hidup. 209 00:17:51,278 --> 00:17:53,030 Datuk rasa sangat gembira 210 00:17:53,113 --> 00:17:55,199 dapat jumpa kamu begini. 211 00:17:58,452 --> 00:18:02,164 Saya tak tahu perasaan datuk saya sama macam saya. 212 00:18:03,373 --> 00:18:05,667 Dia cakap perkara yang tak seiring niat sebenarnya 213 00:18:05,751 --> 00:18:09,338 dan menyakiti orang yang penting baginya, membuatkan dia menyesal. 214 00:18:10,422 --> 00:18:13,801 Dan ibu pula mengharapkan saya bahagia apabila dia… 215 00:18:28,690 --> 00:18:31,026 Suatu hari nanti, masanya akan tiba… 216 00:18:31,652 --> 00:18:33,487 Apabila kuasa kamu diperlukan. 217 00:18:34,238 --> 00:18:35,072 Jadi… 218 00:19:13,944 --> 00:19:15,195 Miyo, 219 00:19:16,572 --> 00:19:17,865 ibu sayang kamu. 220 00:19:18,782 --> 00:19:20,033 Ibu… 221 00:19:32,588 --> 00:19:36,675 Nampaknya, sumpahan Sumi dah terlerai sepenuhnya. 222 00:19:39,219 --> 00:19:40,220 Datuk! 223 00:19:41,847 --> 00:19:42,890 Ada apa? 224 00:19:43,765 --> 00:19:46,393 Saya baru terima pesanan daripada tentera. 225 00:19:47,728 --> 00:19:49,605 Apa? Maksud kamu, Kudo… 226 00:19:50,272 --> 00:19:52,774 Apa yang berlaku kepada bakal suami saya? 227 00:19:54,902 --> 00:19:58,530 Kiyoka Kudo diserang oleh Kekejian dan rebah. 228 00:19:58,614 --> 00:20:00,073 Saya tak tahu butirannya. 229 00:20:00,616 --> 00:20:04,161 Dia cedera ketika cuba diselamatkan dan masih belum sedarkan diri. 230 00:20:05,495 --> 00:20:06,538 Tak mungkin… 231 00:20:08,749 --> 00:20:10,292 Awak nak ke mana? 232 00:20:11,585 --> 00:20:12,836 Tunggu! 233 00:20:12,920 --> 00:20:15,339 Biar saya pergi jumpa dia! 234 00:20:19,426 --> 00:20:22,262 Saya tak nak putus asa. 235 00:20:22,971 --> 00:20:24,973 Saya tak boleh lepaskan awak. 236 00:20:25,515 --> 00:20:27,809 Awak tak boleh halang saya. Saya tetap akan pergi. 237 00:20:30,020 --> 00:20:30,854 Awak tak faham. 238 00:20:31,438 --> 00:20:35,442 Orang yang tetapkan awak tinggal di sini bukan saya. 239 00:20:36,693 --> 00:20:39,821 Saya buat perjanjian dengan seseorang. 240 00:20:39,905 --> 00:20:41,198 Arata! 241 00:20:41,281 --> 00:20:43,742 Saya tak mahu menipu Miyo lagi. 242 00:20:47,120 --> 00:20:49,581 Saya buat perjanjian dengan Mikado. 243 00:20:51,583 --> 00:20:55,128 Keluarga kami dah lama mahukan gadis Penglihatan Mimpi semula. 244 00:20:55,796 --> 00:20:57,464 Mikado bersetuju untuk membantu. 245 00:20:58,548 --> 00:20:59,383 Sebagai balasan, 246 00:21:00,092 --> 00:21:03,595 baginda kata Miyo tak boleh berhubung dengan orang lain yang ada kuasa ghaib. 247 00:21:04,680 --> 00:21:06,473 Baginda arahkan kami untuk sembunyikan 248 00:21:06,556 --> 00:21:09,184 kewujudan gadis Penglihatan Mimpi. 249 00:21:10,227 --> 00:21:11,520 Kenapa? 250 00:21:11,603 --> 00:21:14,940 Saya tak faham sepenuhnya apa yang baginda cuba lakukan. 251 00:21:15,732 --> 00:21:18,777 Tapi kalau awak ingkar arahan baginda, bukan saja keluarga Usuba, 252 00:21:18,860 --> 00:21:21,113 tapi awak juga akan dihukum dengan teruk. 253 00:21:21,196 --> 00:21:22,364 Apa? 254 00:21:27,035 --> 00:21:28,036 Datuk! 255 00:21:34,209 --> 00:21:36,461 Saya tak boleh lepaskan awak. 256 00:21:37,045 --> 00:21:39,840 Sama macam awak tak boleh lepaskan Kiyoka Kudo. 257 00:21:43,302 --> 00:21:45,637 Tapi saya juga dah buat keputusan. 258 00:21:46,596 --> 00:21:50,100 Awak nak jumpa Kiyoka Kudo, bukan? 259 00:21:50,183 --> 00:21:51,018 Apa? 260 00:21:52,060 --> 00:21:55,022 Kalau saya nak benarkan awak jumpa dia, saya perlu teman awak. 261 00:21:55,105 --> 00:21:56,898 Sebab saya nak lindungi awak. 262 00:21:58,358 --> 00:22:00,902 Aduhai. Apa yang datuk boleh buat? 263 00:22:01,737 --> 00:22:04,406 Kamu berdua cucu kesayangan datuk. 264 00:22:05,115 --> 00:22:08,368 Menyokong kamu berdua adalah tugas seorang datuk. 265 00:22:09,661 --> 00:22:11,455 Pergilah. 266 00:22:16,501 --> 00:22:17,878 Terima kasih banyak. 267 00:22:26,803 --> 00:22:27,929 Tuan… 268 00:22:28,680 --> 00:22:30,098 Harap tuan selamat. 269 00:22:35,979 --> 00:22:37,189 Kenapa? Komander… 270 00:22:37,773 --> 00:22:39,858 Kenapa dia yang cedera, bukan saya? 271 00:22:43,862 --> 00:22:44,696 Tuan! 272 00:22:45,781 --> 00:22:46,740 Miyo. 273 00:22:46,823 --> 00:22:49,076 Baguslah, awak datang! 274 00:22:53,830 --> 00:22:54,998 Tuan… 275 00:23:00,378 --> 00:23:01,505 Tuan masih hidup… 276 00:23:03,090 --> 00:23:05,133 Sejak kamu berdua berjauhan, saya amat risau. 277 00:23:05,842 --> 00:23:08,095 Macam mana kalau dia dah nazak dan awak tiada di sini? 278 00:23:08,178 --> 00:23:09,846 Apa saya nak buat? 279 00:23:09,930 --> 00:23:10,806 Hazuki. 280 00:23:11,973 --> 00:23:13,350 Dia akan sedar. 281 00:23:13,850 --> 00:23:15,435 Saya tahu dia akan sedar. 282 00:23:16,103 --> 00:23:18,063 Saya takkan putus asa. 283 00:23:19,648 --> 00:23:24,736 Miyo, awak memiliki kuasa yang boleh membangkitkan Kiyoka Kudo, 284 00:23:26,363 --> 00:23:28,490 kuasa ghaib Penglihatan Mimpi. 285 00:23:29,366 --> 00:23:31,576 Kuasa ghaib saya… 286 00:23:31,660 --> 00:23:33,662 Saya tak pasti, 287 00:23:33,745 --> 00:23:35,872 tapi saya rasa berbaloi untuk cuba. 288 00:23:42,170 --> 00:23:43,171 Saya akan lakukannya. 289 00:23:44,965 --> 00:23:47,342 Jika itu yang saya boleh buat. 290 00:23:47,425 --> 00:23:49,928 Terjemahan sari kata oleh Nur Afni