1 00:00:20,979 --> 00:00:23,148 Balai polis. Selamat petang. 2 00:00:24,024 --> 00:00:26,151 Saya mahu cakap dengan pegawai polis. 3 00:00:26,151 --> 00:00:27,653 Saya pegawai polis. 4 00:00:27,653 --> 00:00:29,154 Awak pegawai polis? 5 00:00:29,154 --> 00:00:32,908 Awak patut ada di rumah dengan keluarga, bukan? 6 00:00:32,908 --> 00:00:33,992 Siapa bercakap? 7 00:00:35,702 --> 00:00:38,872 Orang panggil saya Pembogel. 8 00:00:54,638 --> 00:00:57,474 Awak buat saya terkejut, Herrera. 9 00:01:00,269 --> 00:01:02,646 Apa-apa saja awak mahu cakap, tak boleh tunggu esok? 10 00:01:10,153 --> 00:01:11,655 Kita jumpa seorang mangsa lagi. 11 00:01:13,031 --> 00:01:14,241 Alma Álvarez. 12 00:01:14,741 --> 00:01:16,201 Pembunuh itu cuba cekik dia. 13 00:01:16,785 --> 00:01:17,786 Dia masih hidup. 14 00:01:18,996 --> 00:01:20,539 Kami percaya Pembogel lakukannya. 15 00:01:23,333 --> 00:01:25,294 Seseorang tak patut ditinggalkan sendirian. 16 00:01:26,336 --> 00:01:27,337 Saya tak bersendirian. 17 00:01:28,297 --> 00:01:29,464 Saya bukan cakap tentang awak. 18 00:01:29,464 --> 00:01:31,925 Saya cakap tentang Alma Álvarez. 19 00:01:34,344 --> 00:01:37,848 Namun, masalah itu sudah selesai. 20 00:01:37,848 --> 00:01:39,099 Apa awak buat padanya? 21 00:01:39,600 --> 00:01:42,352 Kamu layan saya seolah-olah saya penjenayah tak penting. 22 00:01:42,936 --> 00:01:46,940 Kamu tak nampak saya dan tak anggap saya serius. 23 00:01:47,858 --> 00:01:51,653 Kamu fikir hanya sebab kamu tangkap si dungu dan beri dia nama saya, 24 00:01:51,653 --> 00:01:53,447 saya akan berhenti membunuh? 25 00:01:53,447 --> 00:01:55,741 Tolong beritahu, apa awak buat padanya? 26 00:01:55,741 --> 00:01:57,659 Saya buat seperti selalu. 27 00:01:58,243 --> 00:02:03,081 Saya akan terus buat begitu sehingga kamu anggap saya serius. 28 00:02:03,749 --> 00:02:06,418 Kita sudah tangkap Margarito Flores. 29 00:02:06,919 --> 00:02:08,294 Kita ada bukti. 30 00:02:08,294 --> 00:02:10,297 Nampaknya kita dah tersilap. 31 00:02:10,297 --> 00:02:12,883 "Kita," tak guna? "Kita"? 32 00:02:14,551 --> 00:02:17,304 Kita sangka kita berdepan dengan peniru, 33 00:02:17,304 --> 00:02:19,723 tapi ada maklumat lengkap yang tunjukkan... 34 00:02:19,723 --> 00:02:20,807 Sebentar, Herrera. 35 00:02:21,308 --> 00:02:23,852 Maksud awak, saya memperbodohkan diri saya 36 00:02:23,852 --> 00:02:26,980 dalam sidang akhbar dan menipu seluruh negara? 37 00:02:26,980 --> 00:02:28,065 Itu maksud awak? 38 00:02:30,567 --> 00:02:32,277 Hospital Juárez, selamat petang. 39 00:02:32,277 --> 00:02:33,612 Sila dengar dengan baik. 40 00:02:33,612 --> 00:02:37,074 Pesakit di bilik 503 dalam bahaya. 41 00:02:37,074 --> 00:02:38,408 Pergi periksa dia. 42 00:02:38,909 --> 00:02:40,702 Tolong dengar cakap saya. Pergi periksa dia. 43 00:02:40,702 --> 00:02:44,331 Awak di talian? Jangan biarkan saya cakap bersendirian, tak guna! 44 00:02:44,331 --> 00:02:46,875 Ya, saya di sini. Maaf. 45 00:02:48,627 --> 00:02:49,628 Maaf. 46 00:02:50,712 --> 00:02:52,464 Saya tak suka meninggikan suara. 47 00:02:53,966 --> 00:02:58,011 Saya tanya kalau awak percaya Tito Flores boleh buat begitu. 48 00:02:59,012 --> 00:03:00,430 Tito Flores mengaku. 49 00:03:00,430 --> 00:03:03,684 Beritahu saya. Bagaimana kamu dapatkan pengakuan itu? 50 00:03:04,351 --> 00:03:05,519 Kamu pukul dia supaya mengaku? 51 00:03:05,519 --> 00:03:07,437 Tidak, tuan. 52 00:03:07,437 --> 00:03:10,107 Apabila Margarito Flores nampak semua gambar itu, 53 00:03:10,107 --> 00:03:12,484 reaksi dia tunjukkan dia pembunuh. 54 00:03:12,484 --> 00:03:13,569 Serta... 55 00:03:15,195 --> 00:03:18,699 dia tandatangan pengakuan secara sukarela. 56 00:03:19,491 --> 00:03:21,785 Akan ada lebih ramai wanita mati, tak guna. 57 00:03:26,373 --> 00:03:28,208 Bukan itu saja masalahnya. 58 00:03:31,545 --> 00:03:33,630 Ada wartawan di La Independencia. 59 00:03:34,339 --> 00:03:37,009 Dia ada banyak maklumat yang dia tak patut dapat. 60 00:03:37,009 --> 00:03:39,386 Dia akan beritahu orang awam pada bila-bila masa, 61 00:03:39,386 --> 00:03:43,891 dan dia perlu biarkan saya buat kerja saya tanpa masalah. 62 00:03:44,725 --> 00:03:47,936 Saya mahu awak cari Pembogel itu. 63 00:03:49,271 --> 00:03:51,523 Semuanya di depan kamu, 64 00:03:52,274 --> 00:03:55,068 tapi kamu tak nampak perkara yang kamu tak mahu lihat. 65 00:03:55,694 --> 00:03:58,238 - Apa yang kami tak mahu lihat? - Tidak. 66 00:03:58,238 --> 00:04:00,199 Saya takkan buatkan kerja kamu. 67 00:04:00,199 --> 00:04:03,327 Kamu buat kerja kamu. Saya akan buat kerja saya. 68 00:04:03,327 --> 00:04:05,120 Mari pastikan ia tak bercampur. 69 00:04:05,120 --> 00:04:10,000 Saya tahu yang Tito Flores takkan boleh bunuh mereka. 70 00:04:11,001 --> 00:04:12,127 Kenapa? 71 00:04:12,127 --> 00:04:14,463 Sebab dia tak teliti. 72 00:04:16,089 --> 00:04:17,673 Dia tak berhati-hati. 73 00:04:19,176 --> 00:04:20,260 Pembogel pula sebaliknya. 74 00:04:21,053 --> 00:04:22,053 Terima kasih. 75 00:04:24,014 --> 00:04:25,682 Hanya saya yang nampak mereka. 76 00:04:28,393 --> 00:04:30,395 Sebab itu awak pergi ke pengebumian Paola? 77 00:04:43,617 --> 00:04:46,203 Puan? Puan. 78 00:04:47,454 --> 00:04:48,455 Ya. 79 00:04:48,455 --> 00:04:50,332 Pekerja perubatan cuba sedarkan semula dia, 80 00:04:50,332 --> 00:04:52,751 tapi Alma Álvarez sudah meninggal dunia. 81 00:05:03,554 --> 00:05:06,390 WOMEN IN BLUE 82 00:06:05,365 --> 00:06:07,951 Mungkin ada si dungu yang bergurau. 83 00:06:07,951 --> 00:06:09,870 Dia tahu nama Alma Álvarez. 84 00:06:09,870 --> 00:06:12,039 Saya dah suruh jangan masuk campur kes ini. 85 00:06:12,039 --> 00:06:14,958 Ya, awak juga suruh saya jawab telefon dan itu yang saya buat! 86 00:06:14,958 --> 00:06:17,336 Mengabaikan suami dan anak-anak saya. 87 00:06:17,961 --> 00:06:20,464 Saya mengikut arahan awak dengan menjawab panggilan 88 00:06:20,464 --> 00:06:22,466 semasa lelaki itu telefon, jadi jangan beritahu saya... 89 00:06:22,466 --> 00:06:24,051 Saya suruh awak jawab telefon, 90 00:06:24,051 --> 00:06:27,054 bukan percaya pemanggil pertama! 91 00:06:33,769 --> 00:06:36,021 - Keadaan di rumah baik? - Itu bukan urusan awak! 92 00:06:36,021 --> 00:06:38,190 Memang bukan! Tapi awak yang tak tentu arah. 93 00:06:38,190 --> 00:06:39,483 Sudah tentu. 94 00:06:39,483 --> 00:06:43,445 Saya baru cakap dengan lelaki yang cakap dia Pembogel dan dia dah bunuh Alma. 95 00:06:43,445 --> 00:06:46,490 Apabila saya hubungi hospital, mereka cakap dia baru meninggal dunia. 96 00:06:46,490 --> 00:06:51,036 Dengar. Biar saya siasat, tapi jangan masuk campur. 97 00:06:51,787 --> 00:06:54,414 Habislah kalau sesiapa tahu. Awak mahu begitu? 98 00:06:57,125 --> 00:07:01,588 Saya tahu perasaannya tertarik dengan apa yang awak sangat betul, tapi... 99 00:07:02,714 --> 00:07:05,300 Saya tak sangka saya cakap begini, 100 00:07:06,844 --> 00:07:08,595 tapi ada sebabnya ada peraturan. 101 00:07:10,764 --> 00:07:14,142 Sekarang, sebagai bos awak, saya arahkan awak pergi berehat. 102 00:07:17,354 --> 00:07:18,355 Ambillah. 103 00:07:18,981 --> 00:07:19,982 Untuk apa? 104 00:07:21,650 --> 00:07:24,444 Supaya awak boleh hadapi keadaan di rumah. 105 00:07:55,601 --> 00:07:56,977 Parti itu menyeronokkan? 106 00:07:59,897 --> 00:08:01,106 Tak, ia tak seronok. 107 00:08:04,193 --> 00:08:05,360 Jadi awak pergi. 108 00:08:07,821 --> 00:08:09,239 Ya, sudah tentu. 109 00:08:10,782 --> 00:08:13,368 Saya juga pergi, tapi tak nampak awak. 110 00:08:18,081 --> 00:08:19,583 Saya tak tunggu lama. 111 00:08:22,127 --> 00:08:23,295 Awak pergi mana? 112 00:08:23,795 --> 00:08:25,881 Apa maksud awak? 113 00:08:26,632 --> 00:08:28,550 Sekarang sudah hampir 3:30 pagi. 114 00:08:30,052 --> 00:08:31,261 Awak pergi mana? 115 00:08:34,722 --> 00:08:37,351 Saya pergi ke kelab dengan beberapa klien. 116 00:08:40,520 --> 00:08:41,522 Kenapa? 117 00:08:44,942 --> 00:08:45,943 Lupakan saja. 118 00:08:49,488 --> 00:08:52,449 María, saya tak tipu awak. 119 00:08:52,449 --> 00:08:54,201 Baiklah. Tutup pintu. 120 00:09:29,570 --> 00:09:32,698 Saya sangka awak beli di kedai lain tahun ini. 121 00:09:32,698 --> 00:09:34,449 Selamat hari jadi. 122 00:09:34,449 --> 00:09:35,993 Terima kasih, En. Isma. 123 00:09:35,993 --> 00:09:37,536 Bagaimana awak mahu raikannya? 124 00:09:39,079 --> 00:09:42,499 Seperti biasa. Di rumah dengan ibu bapa dan abang saya. 125 00:09:42,499 --> 00:09:44,251 Saya ada sesuatu istimewa untuk awak tahun ini. 126 00:09:44,251 --> 00:09:45,878 - Betul? - Ya. 127 00:09:53,135 --> 00:09:54,720 Kek pic. 128 00:09:56,805 --> 00:10:00,058 Doktor bertugas cakap dia meninggal dunia semasa tengah malam. 129 00:10:01,018 --> 00:10:03,353 - Kegagalan pernafasan. - "Kegagalan pernafasan." 130 00:10:03,353 --> 00:10:06,481 Bagaimana boleh jadi begitu semasa dirawat di hospital? 131 00:10:06,481 --> 00:10:07,900 Bagaimana saya mahu tahu? 132 00:10:08,650 --> 00:10:11,278 Dia ada ketumbuhan di leher. Mungkin dia tercekik. 133 00:10:11,278 --> 00:10:12,362 Tidak. 134 00:10:13,071 --> 00:10:14,990 Dia sudah dibedah dan keadaannya baik-baik saja. 135 00:10:18,577 --> 00:10:20,078 Ada maklumat keluarganya? 136 00:10:20,996 --> 00:10:22,164 Mereka tak tinggal di bandar ini. 137 00:10:22,164 --> 00:10:24,374 - Kita belum hubungi mereka. - Jangan hubungi. 138 00:10:24,374 --> 00:10:25,959 Jangan hubungi mereka. 139 00:10:25,959 --> 00:10:28,629 Kita saja tahu hal ini. Faham? 140 00:10:32,132 --> 00:10:34,426 Tiada orang lain di balai. Saya bersendirian. 141 00:10:34,426 --> 00:10:36,428 Patutlah rupa awak begitu. 142 00:10:36,428 --> 00:10:37,554 Saya tak tidur lena. 143 00:10:37,554 --> 00:10:39,723 Kita perlu buat sesuatu 144 00:10:39,723 --> 00:10:41,725 sebab kalau polis tak buka siasatan semula, 145 00:10:41,725 --> 00:10:43,310 Pembogel akan terus membunuh. 146 00:10:43,310 --> 00:10:45,646 Saya dah beritahu Romandía, dia cakap dia akan bantu. 147 00:10:45,646 --> 00:10:47,189 Hati-hati dengan Romandía. 148 00:10:47,689 --> 00:10:50,150 Dia tak semestinya menyokong kita walaupun dia komander kita. 149 00:10:50,150 --> 00:10:51,818 Kamu pandai bahasa Jerman? 150 00:10:52,736 --> 00:10:55,239 Mana pintu muzium? 151 00:10:55,906 --> 00:10:58,200 - Mana pintu masuk... - "Mana pintu masuk muzium?" 152 00:10:58,200 --> 00:11:00,994 - ...masuk muzium. Begitu cara sebutnya. - Terima kasih. 153 00:11:00,994 --> 00:11:02,955 Saya tahu arahnya. Biar saya tunjukkan. 154 00:11:04,957 --> 00:11:08,418 - Apa kita mahu buat sekarang? - Kita tahu kereta dia berbumbung putih. 155 00:11:08,418 --> 00:11:12,381 Bagus. Awak tahu berapa banyak kereta berbumbung putih di bandar ini? 156 00:11:12,381 --> 00:11:15,008 Kita tiada nombor plat atau maklumat siasatan. 157 00:11:15,008 --> 00:11:16,552 Bagaimana mahu tahu mana satu keretanya? 158 00:11:17,052 --> 00:11:18,178 Ada satu cara. 159 00:11:18,178 --> 00:11:19,304 Apa caranya? 160 00:11:20,055 --> 00:11:23,016 Tugas kita secara asasnya adalah menyusun fail, 161 00:11:23,016 --> 00:11:25,936 jadi takkan ada orang peduli kalau kita minta beberapa fail. 162 00:11:26,436 --> 00:11:28,772 Kemudian kita boleh asingkan data 163 00:11:28,772 --> 00:11:32,109 mengikut tahun model, zon pendaftaran 164 00:11:32,109 --> 00:11:36,613 dan bandingkan dengan rekod jenayah, jantina, umur... 165 00:11:37,573 --> 00:11:39,074 Itu akan ambil masa lama. 166 00:11:39,074 --> 00:11:41,827 Itu ideanya. Apa cadangan awak? 167 00:11:43,287 --> 00:11:45,956 Kita semua tahu satu-satunya cara mendesak polis 168 00:11:45,956 --> 00:11:47,416 di negara ini ialah melalui media. 169 00:11:47,416 --> 00:11:49,168 Awak akan jumpa Lucas lagi. 170 00:11:50,127 --> 00:11:51,461 Jangan pandang saya begitu. 171 00:11:52,671 --> 00:11:55,215 - Saya sangka dia tak mahu jumpa awak... - Bagaimana kalau saya tak mahu? 172 00:11:55,215 --> 00:11:58,010 Lagipun, ini bukan hal saya dan Lucas. 173 00:11:58,010 --> 00:12:00,470 - Apa awak mahu beritahu mereka? - Kebenaran. 174 00:12:00,470 --> 00:12:03,015 Polis sembunyikan kematian Alma. 175 00:12:03,015 --> 00:12:05,309 Awak tak pasti. Awak bukan doktor. 176 00:12:05,309 --> 00:12:08,061 Awak akan hanya buat polis nampak teruk. 177 00:12:08,061 --> 00:12:10,647 Polis memang sudah nampak teruk. 178 00:12:11,857 --> 00:12:14,234 - Bos? - Masuk, Lucas. 179 00:12:20,574 --> 00:12:21,909 Sila duduk, Lucas. 180 00:12:25,037 --> 00:12:27,539 Lucas, Emilio Escobedo hubungi saya. 181 00:12:27,539 --> 00:12:31,877 Dia minta saya tunda penyiaran artikel awak beberapa hari. 182 00:12:32,419 --> 00:12:34,588 Tak, orang ramai perlu tahu Pembogel masih ada. 183 00:12:34,588 --> 00:12:35,797 Ya, Lucas. 184 00:12:35,797 --> 00:12:38,050 - Tak, kita sudah... - Lucas, tolonglah. 185 00:12:38,050 --> 00:12:39,927 Kita perlu biarkan mereka buat kerja mereka? 186 00:12:40,636 --> 00:12:44,014 Sebelum awak rasa kecewa, saya ada maklumat penting untuk awak. 187 00:12:44,014 --> 00:12:46,850 Sebab semua orang bercakap tentang pembunuh itu sekarang. 188 00:12:48,727 --> 00:12:52,147 Goyo Cadenas akan terbitkan buku yang dia tulis di penjara. 189 00:12:53,482 --> 00:12:54,942 Siapa Goyo Cadenas? 190 00:12:57,945 --> 00:12:59,321 - Lambat awak ke sini. - Ya. 191 00:13:00,489 --> 00:13:02,115 Saya datang secepat mungkin. 192 00:13:02,950 --> 00:13:04,868 Jangan fikir awak saja kawan saya di sini. 193 00:13:05,494 --> 00:13:06,912 Awak sendiri tak percaya itu. 194 00:13:08,580 --> 00:13:09,998 Awak nampak sihat. 195 00:13:10,707 --> 00:13:12,543 Awak nampak teruk. 196 00:13:12,543 --> 00:13:15,128 Nampak seperti awak pakai mop di kepala. 197 00:13:15,128 --> 00:13:16,755 Kenapa dengan misai itu? 198 00:13:17,256 --> 00:13:19,091 Awak nampak seperti anjing bulldog. 199 00:13:19,091 --> 00:13:20,384 Hei. 200 00:13:20,384 --> 00:13:23,554 Awak fikir wanita akan tertarik dengan gaya begini? 201 00:13:24,137 --> 00:13:27,057 Sudahlah. Saya bukan ke sini untuk cakap tentang rupa saya. 202 00:13:27,057 --> 00:13:28,934 Baiklah. Lupakannya. 203 00:13:28,934 --> 00:13:31,270 Saya takkan beritahu awak apa-apa. 204 00:13:31,270 --> 00:13:33,063 Awak tak tahu saya cakap tentang kes apa. 205 00:13:33,063 --> 00:13:34,231 Saya tak peduli. 206 00:13:35,274 --> 00:13:36,859 Awak bukan lagi detektif. 207 00:13:40,529 --> 00:13:41,697 Alma Álvarez. 208 00:13:42,698 --> 00:13:46,869 Cara dia mati, awak tak fikir caranya sama seperti mangsa lain Pembogel? 209 00:13:46,869 --> 00:13:50,706 Tak. Alma Álvarez mati sebab hipoksia. 210 00:13:51,206 --> 00:13:52,791 Semasa mereka temui dia. 211 00:13:54,710 --> 00:13:56,837 Saya tak patut beritahu awak, 212 00:13:58,338 --> 00:14:00,757 tapi malam semalam, Pembogel hubungi balai. 213 00:14:02,134 --> 00:14:03,468 Apa yang kamu bualkan? 214 00:14:03,969 --> 00:14:06,263 Jangan berpura-pura, Uriel. Saya kenal awak. 215 00:14:06,847 --> 00:14:10,809 Awak yakin yang Pembogel sudah mati? 216 00:14:19,610 --> 00:14:20,611 Saya juga tak yakin. 217 00:14:34,166 --> 00:14:35,876 Nama tak diketahui. 218 00:14:38,462 --> 00:14:39,922 Pilar Valdez. 219 00:14:42,299 --> 00:14:43,509 Arantza Ruiz. 220 00:14:45,260 --> 00:14:46,762 Lucía Martínez. 221 00:14:48,305 --> 00:14:49,515 Nora Menéndez. 222 00:14:51,475 --> 00:14:53,185 Paola Machado. 223 00:14:54,061 --> 00:14:55,062 Alma. 224 00:14:58,732 --> 00:15:00,442 - Selamat tengah hari. - Tumpang lalu. 225 00:15:00,442 --> 00:15:02,653 Ronald, tolong jangan tinggalkan barang di situ. 226 00:15:02,653 --> 00:15:04,571 Baik. Saya akan kembali. 227 00:15:05,072 --> 00:15:06,406 - Selamat tengah hari. - Selamat tengah hari. 228 00:15:06,406 --> 00:15:08,242 - Apa khabar? - Sihat, terima kasih. 229 00:15:08,242 --> 00:15:12,204 Bos saya di sini semalam dan dia tertinggal kotnya. 230 00:15:12,204 --> 00:15:14,581 - Tiada barang tertinggal semalam. - Boleh tolong periksa? 231 00:15:14,581 --> 00:15:18,836 Dia sangat cuai, mungkin dia salah letak. 232 00:15:19,962 --> 00:15:22,214 Dia ahli kelab ini. 233 00:15:22,214 --> 00:15:24,091 Namanya Alejandro de la Torre. 234 00:15:24,091 --> 00:15:26,260 Saya tak boleh beritahu maklumat itu. Maafkan saya. 235 00:15:26,969 --> 00:15:30,514 Mungkin boleh periksa buku pendaftaran. 236 00:15:30,514 --> 00:15:33,350 Mungkin kita boleh jumpa namanya. Itu saja. 237 00:15:33,350 --> 00:15:34,768 Selamat tengah hari, cik. 238 00:15:44,194 --> 00:15:46,196 - Selamat tengah hari. - Selamat tinggal. 239 00:15:48,824 --> 00:15:51,869 Ronaldo! 240 00:15:53,912 --> 00:15:57,749 Saya baru cakap jangan tinggalkan di sana. Ada sebab saya cakap begitu, Ronaldo. 241 00:15:57,749 --> 00:16:00,210 Sekarang awak kena cakap dengan pengurus, Ronaldo. 242 00:16:00,210 --> 00:16:01,879 - Baiklah. - Melampau. 243 00:16:57,768 --> 00:17:00,187 Helo. Ada sesiapa? 244 00:17:10,821 --> 00:17:13,032 Awak buat semua ini sendirian dalam dua jam? 245 00:17:13,742 --> 00:17:15,035 Sejam 54 minit. 246 00:17:30,259 --> 00:17:31,677 Apa awak pegang? 247 00:17:31,677 --> 00:17:34,179 Wasiat mak yang dia tinggalkan semua harta kepada awak? 248 00:17:34,179 --> 00:17:35,722 Tiada apa-apa. Apa berlaku? 249 00:17:36,431 --> 00:17:38,433 Tak apa. Kita semua ada rahsia. 250 00:17:40,018 --> 00:17:45,357 Perkara yang penting adalah Ángeles dapat nama semua pemilik kereta. 251 00:17:46,024 --> 00:17:47,234 Mari beritahu Romandía. 252 00:17:47,234 --> 00:17:49,194 Kenapa Romandía? Kenapa dia? 253 00:17:49,194 --> 00:17:50,904 Dia saja yang boleh cakap dengan Gerardo. 254 00:17:50,904 --> 00:17:52,155 Dia juga menyokong kita. 255 00:17:52,155 --> 00:17:54,825 Romandía hanya sokong diri sendiri. 256 00:17:54,825 --> 00:17:56,869 Dia sanggup meletak jawatan demi kita. 257 00:17:57,536 --> 00:17:58,745 Awak percaya? 258 00:17:58,745 --> 00:18:01,290 Dia tahu yang kalau kita dipecat, dia pun sama. 259 00:18:01,290 --> 00:18:02,749 Semua orang tak mahu dia di sini. 260 00:18:03,333 --> 00:18:05,502 Sebab itu saya percayakan dia. 261 00:18:05,502 --> 00:18:08,797 Saya tak tahu jika lelaki yang awak percaya boleh dipercayai. 262 00:18:21,768 --> 00:18:23,395 Masuk! 263 00:18:24,563 --> 00:18:26,523 - Buka pintu. - Ya, sekejap! 264 00:18:26,523 --> 00:18:28,859 Saya mahu berbaring, sayang. Saya penat. 265 00:18:28,859 --> 00:18:30,444 Sayang? 266 00:18:34,198 --> 00:18:35,574 Apa awak buat di dalam sana? 267 00:18:36,658 --> 00:18:39,244 Tiada apa-apa. Cuma kemaskan fail. 268 00:18:39,244 --> 00:18:41,246 Mari. Saya mahu tunjuk sesuatu. 269 00:18:42,122 --> 00:18:44,708 Rasa bayi awak menendang. 270 00:18:44,708 --> 00:18:45,834 Letak tangan di sini. 271 00:18:46,585 --> 00:18:47,794 Awak boleh rasa? 272 00:18:49,213 --> 00:18:50,297 Biar saya lihat. 273 00:18:58,597 --> 00:19:00,474 Gerardo, kenapa awak terus buat begini? 274 00:19:01,767 --> 00:19:06,480 Tadi saya menyusunnya, tapi jangan risau. 275 00:19:06,480 --> 00:19:07,814 Kes ini sudah ditutup. 276 00:19:09,483 --> 00:19:12,027 Bagaimana kalau kita pergi berjalan-jalan? 277 00:19:12,653 --> 00:19:13,904 Lupakan itu. 278 00:19:15,239 --> 00:19:16,240 Ada apa? 279 00:19:16,865 --> 00:19:18,367 Apa itu, Gerardo? 280 00:19:18,367 --> 00:19:19,952 - Apa itu? - Awak berbaringlah. 281 00:19:20,452 --> 00:19:23,997 Ia bagus untuk awak, sayang. Gerardo. 282 00:19:36,051 --> 00:19:38,262 Maafkan saya. Saya perlu pergi. 283 00:19:38,262 --> 00:19:39,888 Awak mahu ke mana, Gerardo? 284 00:19:54,319 --> 00:19:58,282 Kami tunjukkan kepada awak sebab percayakan awak. 285 00:19:59,992 --> 00:20:03,245 Kamu ubah tempat ini jadi ibu pejabat sendiri? 286 00:20:07,207 --> 00:20:08,333 Saya kagum. 287 00:20:09,293 --> 00:20:12,796 Kagum maksudnya, "syabas," 288 00:20:12,796 --> 00:20:16,091 atau, "Kamu dipecat," tuan? 289 00:20:17,509 --> 00:20:18,594 Kagum yang bermaksud, 290 00:20:18,594 --> 00:20:22,264 "Berdoalah tiada sesiapa di atas tahu apa yang berlaku di sini." 291 00:20:25,809 --> 00:20:27,019 Apa lagi maklumat kamu ada? 292 00:20:27,019 --> 00:20:30,898 Pembogel memandu salah satu kereta ini. 293 00:20:34,568 --> 00:20:40,157 Kita tahu di negara ini, model kereta ini yang berbumbung putih ada 3,452 buah. 294 00:20:41,366 --> 00:20:44,745 {\an8}Di bandar ini, ada 1,826 buah. 295 00:20:44,745 --> 00:20:45,996 Masih terlalu banyak. 296 00:20:45,996 --> 00:20:51,084 Sebab itu saya kumpulkan data pemilik, model kereta, tahun. 297 00:20:51,710 --> 00:20:56,215 Saya asingkan kereta didaftarkan kepada wanita dan orang kurang upaya, 298 00:20:56,840 --> 00:21:00,177 kemudian saya periksa siapa ada rekod jenayah. 299 00:21:00,677 --> 00:21:03,931 Khususnya keganasan terhadap wanita. 300 00:21:05,891 --> 00:21:09,728 Ada 26 nama, tapi hanya satu menarik perhatian saya. 301 00:21:11,104 --> 00:21:12,356 Andrés López. 302 00:21:13,899 --> 00:21:19,488 Dia ada beberapa saman letak kereta, melebihi had laju dan pemanduan cuai. 303 00:21:20,072 --> 00:21:24,993 Saya akan lebih fokus kepada orang yang pernah ada kes keganasan domestik. 304 00:21:25,577 --> 00:21:26,620 Saya takkan buat begitu. 305 00:21:27,996 --> 00:21:29,414 Maaf, 306 00:21:30,541 --> 00:21:34,503 tapi Andrés López dapat banyak saman sehingga tujuh minggu lalu. 307 00:21:35,295 --> 00:21:37,256 Seminggu sebelum pembunuhan pertama. 308 00:21:37,965 --> 00:21:40,133 Kalau seseorang membunuh, dia akan jadi lebih berhati-hati. 309 00:21:41,426 --> 00:21:43,887 Dia tak mahu ditahan polis trafik. 310 00:21:46,223 --> 00:21:51,895 - Mana saya boleh jumpa dia? - Itu masalahnya. 311 00:21:51,895 --> 00:21:55,858 Kita cuma ada nombor peti surat dan kita perlukan waran. 312 00:22:00,028 --> 00:22:01,196 Saya akan uruskannya. 313 00:22:11,623 --> 00:22:12,666 PERKHIDMATAN POS MEXICO 314 00:22:12,666 --> 00:22:16,044 - Ini dia. - Helo, cik. 315 00:22:16,044 --> 00:22:17,129 Helo. 316 00:22:19,423 --> 00:22:21,258 Saya Kapten Octavio Romandía. 317 00:22:21,258 --> 00:22:24,261 Apa saya boleh bantu, kapten? 318 00:22:24,261 --> 00:22:26,889 Banyak perkara. 319 00:22:28,182 --> 00:22:32,728 Bagi masa ini, awak boleh bukakan peti surat B-403 milik Andrés López. 320 00:22:32,728 --> 00:22:35,230 Awak perlukan waran untuk saya... 321 00:22:37,566 --> 00:22:39,443 Saya tahu awak jujur. 322 00:22:43,030 --> 00:22:44,406 Boleh saya beritahu awak rahsia? 323 00:22:47,034 --> 00:22:48,076 Beritahulah. 324 00:22:49,119 --> 00:22:50,829 Saya rasa dia Pembogel Tlalpan. 325 00:22:54,666 --> 00:22:55,792 Biar betul. 326 00:22:55,792 --> 00:22:57,002 Betul. 327 00:23:00,714 --> 00:23:02,799 - López, betul? - López. 328 00:23:02,799 --> 00:23:04,134 Sebentar. 329 00:23:13,894 --> 00:23:16,230 Sudah tujuh minggu dia tak datang. 330 00:23:16,230 --> 00:23:17,481 Ya Tuhan. 331 00:23:22,361 --> 00:23:24,363 Terima kasih sebab bantu. 332 00:23:31,828 --> 00:23:32,829 Bagus. 333 00:23:39,586 --> 00:23:40,879 Sayang. 334 00:23:41,839 --> 00:23:44,299 Selamat hari jadi, Gabina. 335 00:23:44,800 --> 00:23:46,510 Terima kasih, mak. Saya awal? 336 00:23:47,010 --> 00:23:48,011 Lihat. 337 00:23:48,929 --> 00:23:52,432 - Siapa itu, Tomasa? - Tiada sesiapa! 338 00:23:53,225 --> 00:23:56,395 - Boleh saya masuk? - Belum, sayang. 339 00:23:56,395 --> 00:23:58,772 Tunggu keadaan jadi lebih reda, okey? 340 00:23:59,690 --> 00:24:00,941 Apa awak buat di sini? 341 00:24:00,941 --> 00:24:02,901 Awak tahu sebab saya ke sini. 342 00:24:02,901 --> 00:24:06,488 - Awak tak diterima. Selamat tinggal. - Jangan cakap dengan adik kamu begitu. 343 00:24:06,488 --> 00:24:07,739 Awak mahukan parti? 344 00:24:07,739 --> 00:24:10,534 Pergi berparti dengan kawan baharu awak. Pergilah. Sekarang. 345 00:24:10,534 --> 00:24:11,618 Pergi masuk. 346 00:24:11,618 --> 00:24:12,995 Mak cakap, masuk! 347 00:24:14,329 --> 00:24:16,039 - Baik, puan. - "Baik, puan." Masuk. 348 00:24:19,084 --> 00:24:20,085 Sayang, 349 00:24:21,170 --> 00:24:24,131 mak tahu ini penting bagi kamu. 350 00:24:24,131 --> 00:24:25,924 Tapi dia ayah kamu, Gabina. 351 00:24:27,176 --> 00:24:28,260 Bersabar. 352 00:24:28,260 --> 00:24:31,263 - Tomasa, saya panggil awak! - Saya datang. 353 00:24:32,639 --> 00:24:33,932 Sayang... 354 00:24:36,018 --> 00:24:37,102 maafkan mak. 355 00:24:38,228 --> 00:24:41,023 Selamat hari jadi, Gabina. Maafkan mak. 356 00:25:23,148 --> 00:25:24,149 Gabina! 357 00:25:25,067 --> 00:25:26,360 Awak tak guna! 358 00:25:28,820 --> 00:25:30,614 - Hati-hati, Keriting. - Maaf. 359 00:25:39,081 --> 00:25:40,082 Selamat hari jadi. 360 00:25:41,333 --> 00:25:42,459 Terima kasih. 361 00:25:42,459 --> 00:25:43,752 Saya belikan awak sesuatu. 362 00:25:44,878 --> 00:25:46,880 Ia agak janggal, tapi ingatkan saya kepada awak. 363 00:25:53,095 --> 00:25:54,304 Ini tak janggal. 364 00:25:55,848 --> 00:25:57,724 Sayangnya saya baru buang kek. 365 00:26:00,227 --> 00:26:02,980 Hei, jangan dengar cakap mereka. 366 00:26:04,064 --> 00:26:05,691 Teruskan apa yang awak buat. 367 00:26:05,691 --> 00:26:06,817 Ia sangat penting. 368 00:26:07,442 --> 00:26:08,902 Awak di dalam tadi? 369 00:26:10,737 --> 00:26:15,200 Awak tahu mereka tak benarkan saya masuk, tapi awak tak cakap apa-apa? 370 00:26:15,868 --> 00:26:18,036 Apa saya patut cakap, Keriting? 371 00:26:19,705 --> 00:26:21,248 Mereka tak dengar cakap saya. 372 00:26:22,374 --> 00:26:24,751 Awak boleh cuba. 373 00:26:26,628 --> 00:26:27,629 Gabina! 374 00:26:31,049 --> 00:26:34,136 Helo, María. Saya mahu cakap sesuatu tentang Gabina. 375 00:26:36,889 --> 00:26:38,473 Saya akan biarkan awak sendiri. 376 00:26:39,057 --> 00:26:41,143 Saya rasa suami saya curang. 377 00:26:42,603 --> 00:26:43,604 Sekali lagi. 378 00:26:54,865 --> 00:26:55,866 Itu perkara biasa. 379 00:26:56,491 --> 00:26:59,870 Di Mexico, kadar berbalik ialah 27 peratus, 380 00:26:59,870 --> 00:27:04,041 jadi peluang dia curang semula adalah sangat tinggi. 381 00:27:05,334 --> 00:27:06,835 Ini bukan kes, Ángeles. 382 00:27:07,794 --> 00:27:09,046 Ini kehidupan saya. 383 00:27:10,088 --> 00:27:11,089 Ya. 384 00:27:12,049 --> 00:27:13,050 Maaf. 385 00:27:15,636 --> 00:27:17,012 Tak, maafkan saya. 386 00:27:17,012 --> 00:27:18,388 Ini bukan salah awak. 387 00:27:22,518 --> 00:27:26,188 Bagaimana saya boleh tahu kalau dia curang semula? 388 00:27:27,898 --> 00:27:31,902 Sejak kesalahan pertamanya, ada perubahan pada sikapnya? 389 00:27:33,153 --> 00:27:35,364 Mula-mula ada, 390 00:27:37,241 --> 00:27:39,034 tapi kemudian tiada. 391 00:27:40,494 --> 00:27:44,915 Dia pernah cakap dia menyesal sebab buat kesilapan itu? 392 00:27:47,084 --> 00:27:48,085 Tak. 393 00:27:49,127 --> 00:27:51,380 Sekurang-kurangnya dia ada mengaku dia melakukannya? 394 00:27:53,966 --> 00:27:54,967 Tidak. 395 00:27:56,426 --> 00:28:00,180 Jadi peluang dia melakukannya semula adalah sangat tinggi. 396 00:28:01,390 --> 00:28:04,601 Namun, kalau awak mahukan kepastian, awak patut tanya dia. 397 00:28:15,362 --> 00:28:17,865 Apa awak mahu beritahu tentang Gabina? 398 00:28:23,036 --> 00:28:29,293 Selamat hari jadi 399 00:28:29,293 --> 00:28:35,090 Selamat hari jadi, Gabina sayang Selamat hari jadi 400 00:28:36,758 --> 00:28:38,010 Selamat hari jadi! 401 00:28:39,219 --> 00:28:40,220 Terima kasih. 402 00:28:40,888 --> 00:28:41,889 Ada sesuatu kurang. 403 00:28:52,858 --> 00:28:55,861 Syabas! Begitulah, Gabina! 404 00:28:55,861 --> 00:28:56,945 Terima kasih. 405 00:28:59,323 --> 00:29:00,741 Bagaimana kamu tahu hari ini hari jadi saya? 406 00:29:00,741 --> 00:29:04,494 - Awak beritahu pada hari pertama Akademi. - Awak ingat! 407 00:29:04,494 --> 00:29:06,538 Saya tak ingat, tapi dia. 408 00:29:07,623 --> 00:29:11,376 Betul. 6 April 1945. Itu tarikh hari jadi awak. 409 00:29:16,715 --> 00:29:17,716 Terima kasih. 410 00:29:18,425 --> 00:29:19,801 Sama-sama. 411 00:29:19,801 --> 00:29:21,553 Tahniah. 412 00:29:23,096 --> 00:29:25,015 Kita sudah periksa semuanya. 413 00:29:25,015 --> 00:29:26,600 Kita terlepas sesuatu. 414 00:29:31,563 --> 00:29:33,607 Apa maksud "169"? 415 00:29:43,325 --> 00:29:46,995 Dengar, Gerardo, ini mungkin satu kebetulan. 416 00:29:47,496 --> 00:29:50,290 Tanda pada pokok di taman awam. 417 00:29:53,001 --> 00:29:55,546 Sesiapa saja boleh tandanya. 418 00:29:55,546 --> 00:29:58,131 Ia mungkin dah ada sebelum kita jumpa mayat itu. 419 00:30:03,011 --> 00:30:03,971 Gerardo. 420 00:30:05,013 --> 00:30:06,181 Gerardo! 421 00:30:06,974 --> 00:30:08,976 Saya tahu awak ada banyak tekanan. 422 00:30:09,476 --> 00:30:10,936 Tapi kita tak patut ada di sini. 423 00:30:11,562 --> 00:30:16,859 Sekarang kita patut keluar, 424 00:30:16,859 --> 00:30:19,194 mula kumpul fakta dan bukan berfantasi... 425 00:30:20,362 --> 00:30:21,488 Mari sini. 426 00:30:27,953 --> 00:30:29,246 Ia di situ. 427 00:30:31,748 --> 00:30:33,208 Satu enam sembilan. 428 00:30:36,253 --> 00:30:39,173 Sayang, Valentina datang untuk jumpa awak. 429 00:30:39,173 --> 00:30:40,757 Kami sangka awak akan balik awal. 430 00:30:40,757 --> 00:30:43,260 Awak tahu apa kita patut buat? Sekolah. Seperti di... 431 00:30:43,260 --> 00:30:44,344 Helo. 432 00:30:46,180 --> 00:30:47,181 Hai. 433 00:30:51,393 --> 00:30:52,519 Apa? 434 00:30:58,150 --> 00:30:59,151 Saya cintakan awak. 435 00:31:02,988 --> 00:31:04,281 Saya pun cintakan awak. 436 00:31:07,075 --> 00:31:09,453 Hei, boleh tinggalkan kami sebentar? 437 00:31:10,954 --> 00:31:11,955 Ini tentang kerja. 438 00:31:12,456 --> 00:31:13,457 Perkara membosankan. 439 00:31:13,457 --> 00:31:16,335 - Sudah tentu. - Sangat membosankan. 440 00:31:16,335 --> 00:31:17,419 Okey. 441 00:31:18,670 --> 00:31:20,589 - Buat seperti di rumah sendiri. - Terima kasih. 442 00:31:22,341 --> 00:31:23,675 Saya suka dia. 443 00:31:25,052 --> 00:31:26,887 Beritahu apa awak mahu cakap dan pergi. 444 00:31:28,305 --> 00:31:29,973 Pembogel hubungi balai. 445 00:31:37,814 --> 00:31:38,815 Selamat petang. 446 00:31:43,654 --> 00:31:44,696 Ini mengejutkan. 447 00:31:46,490 --> 00:31:47,783 Apa awak buat di sini? 448 00:31:50,244 --> 00:31:51,703 Awak di mana malam semalam? 449 00:31:54,122 --> 00:31:55,165 Di tempat saya beritahu awak. 450 00:31:56,500 --> 00:31:57,543 Di kelab. 451 00:31:57,543 --> 00:31:58,752 Awak tipu. 452 00:32:11,640 --> 00:32:12,683 Ya. 453 00:32:13,559 --> 00:32:17,521 Saya tak pergi ke kelab. 454 00:32:18,021 --> 00:32:19,314 Saya pergi ke kabaret. 455 00:32:21,358 --> 00:32:24,069 Saya tak beritahu awak sebab saya tahu awak akan marah. 456 00:32:24,570 --> 00:32:25,863 Awak pergi dengan siapa? 457 00:32:28,740 --> 00:32:29,992 Klien. 458 00:32:31,451 --> 00:32:32,536 Klien mana? 459 00:32:33,120 --> 00:32:35,122 María, tolonglah. 460 00:32:35,622 --> 00:32:36,623 Itu tak penting. 461 00:32:36,623 --> 00:32:39,418 - Kenapa awak tipu saya? - Saya dah beritahu sebabnya. 462 00:32:39,418 --> 00:32:41,336 - Saya mahu tahu yang sebenar! - Saya dah beritahu! 463 00:32:41,336 --> 00:32:42,629 Kenapa? 464 00:32:47,342 --> 00:32:50,971 Sebab saya hampir-hampir masuk ke parti dan saya rasa dimalukan. 465 00:32:51,972 --> 00:32:54,933 Sebab saya kehilangan pangkat yang sudah bertahun-tahun saya berjuang. 466 00:32:56,310 --> 00:33:00,397 Itu masa depan saya, masa depan kita, tapi awak tak peduli. 467 00:33:06,945 --> 00:33:09,531 Kenapa awak sanggup cakap saya tak peduli tentang masa depan kita? 468 00:33:10,490 --> 00:33:15,120 Jadi kenapa cakap awak polis? 469 00:33:15,120 --> 00:33:16,538 Saya tahu ini akan berlaku. 470 00:33:17,039 --> 00:33:18,040 Saya sudah agaknya. 471 00:33:20,125 --> 00:33:22,878 - Saya tak sengaja. - Awak tak pernah tak sengaja. 472 00:33:25,547 --> 00:33:26,548 Kenapa? 473 00:33:29,885 --> 00:33:31,261 Sebab saya nampak dia gembira. 474 00:33:31,762 --> 00:33:33,138 Awak nampak dia gembira? 475 00:33:34,681 --> 00:33:38,685 Dia gembira sebab temui sesuatu yang buat dia rasa yakin dengan dirinya. 476 00:33:40,103 --> 00:33:42,231 Lebih daripada hanya menjadi ibu atau isteri. 477 00:33:44,525 --> 00:33:46,068 Dia nampak perkara sama pada saya. 478 00:33:47,110 --> 00:33:50,531 Dia tanya saya secara peribadi dan saya jawab. 479 00:33:52,574 --> 00:33:57,913 Awak sedar awak lebih pentingkan itu berbanding keluarga kita? 480 00:34:00,165 --> 00:34:03,168 Saya tak patut sorok sesuatu yang buat saya gembira, Alejandro. 481 00:34:07,881 --> 00:34:10,884 Boleh kita teruskan perbualan ini di rumah? 482 00:34:13,512 --> 00:34:14,513 María. 483 00:34:20,101 --> 00:34:21,270 Saya di dalam sana. 484 00:34:22,563 --> 00:34:23,563 Apa? 485 00:34:24,273 --> 00:34:25,524 Saya dalam almari itu 486 00:34:26,984 --> 00:34:27,985 dan dengar kata-kata awak. 487 00:34:30,987 --> 00:34:32,364 Saya tak faham. 488 00:34:32,364 --> 00:34:36,618 Semasa awak berbual dengan dia pada hari jadi awak. 489 00:34:37,953 --> 00:34:42,583 Saya rasa kasihan sebab awak perlu kerja pada hari istimewa. 490 00:34:43,958 --> 00:34:45,960 Jadi saya datang untuk gembirakan awak. 491 00:34:47,212 --> 00:34:48,672 Untuk beri awak kejutan. 492 00:34:49,422 --> 00:34:51,675 Namun, saya yang terkejut. 493 00:34:52,592 --> 00:34:56,847 María, awak cuma dengar sebahagian perbualan. 494 00:34:56,847 --> 00:34:58,265 Itu sudah mencukupi. 495 00:35:00,684 --> 00:35:03,562 Rasa malu yang awak rasa semalam 496 00:35:04,646 --> 00:35:07,566 tak setanding rasa malu yang saya rasa di dalam sana. 497 00:35:08,275 --> 00:35:13,572 Dengar awak rancang untuk ke Acapulco dengan wanita itu. 498 00:35:18,952 --> 00:35:21,121 Tiga jam, Alejandro. 499 00:35:21,121 --> 00:35:23,081 Saya di dalam sana selama tiga jam. 500 00:35:26,043 --> 00:35:28,045 Sehingga awak pergi ke restoran. 501 00:35:35,135 --> 00:35:37,888 Saya tak tahu apa saya patut cakap. 502 00:35:41,099 --> 00:35:42,100 Maafkan saya. 503 00:35:43,602 --> 00:35:44,770 Siapa dia? 504 00:35:47,189 --> 00:35:53,237 Dia pemilik hotel di Acapulco. 505 00:35:55,447 --> 00:35:56,448 Bos awak? 506 00:35:56,448 --> 00:36:00,536 Ya, bos saya. Klien saya. 507 00:36:01,745 --> 00:36:03,622 Nama dia Francesca. 508 00:36:06,500 --> 00:36:07,501 Malam semalam... 509 00:36:09,628 --> 00:36:12,714 Malam semalam saya bersama dia. 510 00:36:31,733 --> 00:36:36,113 Saya mahu perbetulkan keadaan. 511 00:36:36,655 --> 00:36:37,865 Saya tak tahu caranya. 512 00:36:40,284 --> 00:36:42,035 Saya tahu. 513 00:36:42,828 --> 00:36:49,126 Kita boleh buat apa yang awak mahu. Kita boleh ke hotel di Malinalco 514 00:36:50,002 --> 00:36:52,588 semasa saya melamar awak. 515 00:36:57,801 --> 00:36:59,553 Saya mahu awak keluar dari rumah. 516 00:37:16,945 --> 00:37:21,283 Awak tak boleh cakap pembunuh yang dah dipenjarakan 30 tahun lebih penting 517 00:37:21,283 --> 00:37:22,618 daripada Pembogel! 518 00:37:22,618 --> 00:37:25,454 Dia masih bebas, hidup dan membunuh. 519 00:37:28,999 --> 00:37:30,876 Orang ramai perlu tahu! 520 00:37:31,835 --> 00:37:34,922 - Saya tak pernah nampak dia semarah itu. - Maaf, tapi ini kebenaran. 521 00:37:34,922 --> 00:37:36,632 Saya pernah nampak. Serta yang lebih teruk. 522 00:37:38,050 --> 00:37:40,636 Kadangkala saya harap saya kenal Lucas itu. 523 00:37:40,636 --> 00:37:43,305 Saya juga harap begitu, tapi ia bukan begitu. 524 00:37:44,890 --> 00:37:46,725 Tapi rasanya dia dah jadi matang. 525 00:37:50,395 --> 00:37:52,898 - Awak mahu makan malam bersama? - Ya, okey. 526 00:37:53,565 --> 00:37:55,817 Tak, kerja saya di sini sudah selesai. 527 00:38:04,743 --> 00:38:05,744 Vale! 528 00:38:06,620 --> 00:38:09,206 Vale. Saya berjaya pujuk penyunting. 529 00:38:10,040 --> 00:38:12,709 - Dia benarkan tulis tentang Pembogel. - Betul? 530 00:38:12,709 --> 00:38:16,547 Ya. Saya sangka dia akan pecat saya sebab menjerit padanya. 531 00:38:17,047 --> 00:38:19,091 Awak betul. Ia berhasil. 532 00:38:19,091 --> 00:38:22,261 Kadangkala orang hanya dengar apabila kita tinggikan suara. 533 00:38:25,138 --> 00:38:28,433 Polis takkan ada pilihan selain buka semula siasatan ini. 534 00:38:31,645 --> 00:38:33,063 Saya rasa sangat bertenaga. 535 00:38:33,063 --> 00:38:35,649 Tolong beritahu saya semua tentang panggilan itu. 536 00:38:35,649 --> 00:38:38,026 Jadi awak akan jawab panggilan saya? 537 00:38:40,946 --> 00:38:42,573 Dengar, tentang hari itu... 538 00:38:43,365 --> 00:38:44,741 Jangan risau. Lupakan saja. 539 00:38:45,242 --> 00:38:46,243 - Maafkan saya. - Tidak. 540 00:38:47,286 --> 00:38:48,287 Saya terhutang budi. 541 00:38:49,371 --> 00:38:50,372 Saya akan tuntut semula. 542 00:41:43,170 --> 00:41:44,338 Saya kehilangan dia. 543 00:41:45,130 --> 00:41:46,340 Saya kehilangan dia. 544 00:41:47,674 --> 00:41:52,346 Saya kehilangan dia. Saya buntu. 545 00:41:53,972 --> 00:41:55,432 Itu bukan salah awak. 546 00:41:56,099 --> 00:42:00,562 Jangan cakap saya tak bersalah. Saya tahu apa saya buat, Jero. 547 00:42:00,562 --> 00:42:03,398 Baiklah, tapi awak sudah tamatkannya. 548 00:42:03,398 --> 00:42:06,777 Awak buat silap, tapi awak tamatkan supaya boleh fokus pada keluarga. 549 00:42:06,777 --> 00:42:07,861 Ya atau tidak? 550 00:42:08,695 --> 00:42:09,863 Ya. 551 00:42:09,863 --> 00:42:11,114 Apa María buat? 552 00:42:11,865 --> 00:42:13,909 - Apa maksud awak? - Dia tinggalkan awak. 553 00:42:14,451 --> 00:42:17,329 Dia sendiri cakap, dia mahu jadi polis sejak kecil. 554 00:42:17,829 --> 00:42:20,749 Jangan pura-pura dia buat begini hanya sebab awak curang. 555 00:42:21,250 --> 00:42:23,210 Dia lebih sanggup ada di balai polis 556 00:42:23,210 --> 00:42:27,297 berbanding keluarganya tiada kaitan dengan kerja awak, Francesca atau awak. 557 00:42:27,798 --> 00:42:32,052 Buat sama seperti dia dan tanya diri awak, apa awak mahu? 558 00:42:32,803 --> 00:42:36,682 Saya mahu keluarga saya semula. 559 00:42:37,182 --> 00:42:39,685 Ada cara untuk lakukannya. 560 00:42:40,561 --> 00:42:41,603 Apa maksud awak? 561 00:42:41,603 --> 00:42:42,688 Mengikut undang-undang. 562 00:42:44,439 --> 00:42:45,440 Tidak. 563 00:42:46,400 --> 00:42:50,988 Buku satu, bab enam, rangkap sembilan. 564 00:42:50,988 --> 00:42:56,159 "Kamu tak tahu orang yang jahat takkan mewarisi kerajaan Tuhan? 565 00:42:56,994 --> 00:42:59,329 Jangan tertipu, saudaraku, 566 00:43:00,247 --> 00:43:06,086 begitu juga yang tak bermoral, penyembah berhala atau penzina..." 567 00:43:10,716 --> 00:43:12,342 Mana ayah? 568 00:43:12,342 --> 00:43:14,219 Dia ada lawatan kerja. 569 00:43:14,219 --> 00:43:15,470 Bila ayah akan balik? 570 00:43:16,597 --> 00:43:18,265 Mak tak pasti. Tak lama lagi. 571 00:43:18,265 --> 00:43:19,933 Saya mahu telefon ayah. 572 00:43:20,934 --> 00:43:23,061 Mak dah beritahu yang dia ada lawatan kerja, sayang. 573 00:43:23,061 --> 00:43:24,771 Dia tak tinggalkan nombor telefon. 574 00:43:24,771 --> 00:43:25,856 Kenapa? 575 00:43:26,481 --> 00:43:28,609 Mak tak tahu nombor telefon ayah? 576 00:43:29,443 --> 00:43:31,153 Mak tak peduli? 577 00:43:32,029 --> 00:43:33,822 Mak tak pernah cakap mak tak peduli. 578 00:43:34,615 --> 00:43:35,991 Saya akan telefon pejabatnya. 579 00:43:38,076 --> 00:43:39,453 Kamu takkan hubungi sesiapa. 580 00:43:39,453 --> 00:43:42,289 - Kenapa? Saya cuma... - Sebab mak di sini! 581 00:43:42,289 --> 00:43:44,625 Kalau kamu perlukan apa-apa, mak ada di sini! 582 00:43:48,045 --> 00:43:50,339 Maafkan mak. 583 00:43:53,258 --> 00:43:54,593 Mak okey? 584 00:44:33,966 --> 00:44:34,967 Tumpang lalu. 585 00:44:36,051 --> 00:44:37,052 Terima kasih. 586 00:44:59,783 --> 00:45:01,410 Apa saya patut cakap? 587 00:45:01,410 --> 00:45:03,245 Lucas bercakap dengan awak. Baguslah. 588 00:45:03,245 --> 00:45:05,038 Bukan itu saja. 589 00:45:05,038 --> 00:45:07,082 Dia sangat lantang. 590 00:45:11,795 --> 00:45:12,796 María? 591 00:45:14,173 --> 00:45:15,841 Kenapa? Awak tak apa-apa? 592 00:45:18,886 --> 00:45:19,928 Apa? 593 00:45:19,928 --> 00:45:21,305 Dia buat lagi. 594 00:45:23,932 --> 00:45:26,310 Kali ini saya bersemuka dengan dia dan halau dia. 595 00:45:30,397 --> 00:45:32,524 Awak boleh cakap saya dungu sekarang. 596 00:45:33,025 --> 00:45:34,318 Saya takkan cakap begitu. 597 00:45:35,777 --> 00:45:38,155 Awak cuma percayakan dia. 598 00:45:38,155 --> 00:45:40,073 Sebab awak orang baik. 599 00:45:40,741 --> 00:45:42,367 Dia masih dungu. 600 00:45:52,127 --> 00:45:54,796 Si biru. Sila ikut saya. 601 00:45:55,380 --> 00:45:56,507 - Baik, tuan. - Baik, tuan. 602 00:45:57,090 --> 00:46:03,931 Rupa-rupanya Andrés López bukan hanya Andrés López, 603 00:46:04,431 --> 00:46:09,686 dia juga Damián Écija dan Eduardo Suárez. 604 00:46:09,686 --> 00:46:12,064 Tiga alamat yang dia beri adalah palsu. 605 00:46:12,564 --> 00:46:15,609 Dia juga tak periksa peti suratnya selama tujuh minggu. 606 00:46:15,609 --> 00:46:17,528 Sejak pembunuhan itu bermula. 607 00:46:17,528 --> 00:46:18,654 Tepat sekali. 608 00:46:19,154 --> 00:46:21,949 Dia juga mungkin guna beberapa samaran baharu. 609 00:46:23,450 --> 00:46:25,619 Jadi kita tiada apa-apa petunjuk, bukan? 610 00:46:25,619 --> 00:46:26,703 Tiada. 611 00:46:27,371 --> 00:46:28,664 Namun, beginilah caranya. 612 00:46:28,664 --> 00:46:30,749 Petunjuk jadi buntu, kemudian jumpa yang baharu. 613 00:46:30,749 --> 00:46:32,251 Kita perlu terus mencari. 614 00:46:32,835 --> 00:46:34,920 Betul. Mari terus cari. 615 00:46:39,258 --> 00:46:40,717 Terima kasih sebab tolong. 616 00:46:42,553 --> 00:46:43,929 Kamu buat dengan sangat bagus. 617 00:46:44,930 --> 00:46:46,139 Tahniah. 618 00:46:48,016 --> 00:46:49,434 Awak potong rambut? 619 00:46:51,562 --> 00:46:54,815 Ya, saya dah bosan dengan rambut panjang. 620 00:46:55,482 --> 00:46:56,775 Nampak bagus. 621 00:46:57,609 --> 00:46:58,944 Kurang garang. 622 00:47:09,746 --> 00:47:11,498 Kita tak tahu tempat tinggalnya, 623 00:47:11,498 --> 00:47:14,668 tapi kita ada lokasi saman keretanya. 624 00:47:15,586 --> 00:47:17,337 Kita dah keluarkan yang paling jauh. 625 00:47:17,838 --> 00:47:20,299 Namun, 12 saman ini untuk kesalahan yang sama. 626 00:47:20,299 --> 00:47:23,093 Sebab menghalang rumah yang sama. 627 00:47:23,093 --> 00:47:25,304 Semua rungutan difailkan oleh wanita yang sama. 628 00:47:25,929 --> 00:47:28,891 Jadi sama ada dia kerja atau tinggal di blok ini. 629 00:47:29,600 --> 00:47:31,476 Kita perlu cakap dengan wanita ini. 630 00:47:31,476 --> 00:47:34,313 - Kita akan pergi selepas habis syif? - Tidak. 631 00:47:34,813 --> 00:47:38,609 Saya tak boleh balik lewat hari ini. Kita boleh pergi sekarang. 632 00:47:39,818 --> 00:47:42,779 Kamu berdua boleh tunggu di sini jikalau Romandía perlukan apa-apa? 633 00:47:42,779 --> 00:47:45,115 Saya dan María akan kembali. 634 00:47:45,115 --> 00:47:46,200 Ya. 635 00:47:46,825 --> 00:47:47,826 Mari pergi. 636 00:47:52,956 --> 00:47:55,918 Pihak media mahu balas dendam dan saya takkan benarkannya. 637 00:47:55,918 --> 00:47:58,795 Tiada apa-apa saya boleh cakap, tuan. 638 00:47:59,922 --> 00:48:02,758 Perkara terbaik bagi negara ini dan kes ini 639 00:48:02,758 --> 00:48:05,344 ialah untuk saya tinggalkan jawatan saya dan biar orang lain gantikan saya. 640 00:48:06,303 --> 00:48:08,347 Sekarang awak korbankan diri awak. 641 00:48:09,014 --> 00:48:13,894 Awak berundur dengan berani supaya lelaki lain boleh selesaikan masalah awak. 642 00:48:13,894 --> 00:48:15,771 Ini perkara besar, Herrera. 643 00:48:15,771 --> 00:48:17,397 Kalau awak mahu saya berhenti... 644 00:48:17,397 --> 00:48:20,734 Saya tak mahu awak berhenti, tak guna! 645 00:48:29,910 --> 00:48:30,994 Herrera. 646 00:48:32,287 --> 00:48:33,956 Saya perlukan maklumat. 647 00:48:36,750 --> 00:48:38,669 Saya perlukan jawapan. 648 00:48:39,920 --> 00:48:40,921 Ada petunjuk baharu. 649 00:48:43,549 --> 00:48:45,968 Kami percaya ia berkaitan rangkap dalam kitab Bible. 650 00:48:48,554 --> 00:48:52,724 {\an8}Saya harap tak kenal dia. Dia jiran depan rumah saya. 651 00:48:53,851 --> 00:48:56,645 Awak yang laporkan tentang En. López? 652 00:48:56,645 --> 00:48:58,814 Langsung tak berguna. 653 00:48:58,814 --> 00:49:02,985 Dulu dia letak kereta betul-betul depan laluan kereta saya. 654 00:49:02,985 --> 00:49:06,029 - Awak cakap dengan dia? - Tak, jangan harap. 655 00:49:06,029 --> 00:49:09,074 Saya failkan rungutan saya seperti sepatutnya. 656 00:49:09,616 --> 00:49:11,785 Saya lega apabila dia pergi. 657 00:49:11,785 --> 00:49:13,996 Apa maksud awak, "dia pergi"? Bila dia pergi? 658 00:49:14,580 --> 00:49:16,790 Saya tak pasti. 659 00:49:17,291 --> 00:49:19,334 Dia masuk keretanya dan pergi. 660 00:49:20,502 --> 00:49:23,922 Semoga Tuhan jaga dia dan saya harap dia lupa jalan kembali. 661 00:49:24,506 --> 00:49:27,384 Terima kasih banyak sebab membantu dan luangkan masa awak. 662 00:49:27,384 --> 00:49:28,552 Terima kasih. 663 00:49:28,552 --> 00:49:30,012 Selamat tinggal. Terima kasih. 664 00:49:38,020 --> 00:49:39,271 Mahu hubungi Romandía? 665 00:49:39,855 --> 00:49:42,357 Atau kita boleh tengok sekejap. 666 00:49:42,983 --> 00:49:45,068 Tidak. 667 00:49:46,987 --> 00:49:48,322 - Kita sudah ada di sini. - Vale. 668 00:49:48,322 --> 00:49:51,033 - Apa? Ia sekejap saja. - Dengar... 669 00:49:51,033 --> 00:49:52,951 Wanita tadi cakap tiada orang di sana. 670 00:49:52,951 --> 00:49:55,579 - Apa masalahnya? Kita masuk... - Valentina. 671 00:49:55,579 --> 00:49:59,458 Atau awak boleh tunggu di sana untuk perhatikan kawasan. 672 00:49:59,458 --> 00:50:00,834 Atau awak boleh ikut... 673 00:50:02,002 --> 00:50:03,378 dan bertindak seperti pegawai polis. 674 00:50:03,962 --> 00:50:06,006 Awak tak waras, Valentina. 675 00:50:10,010 --> 00:50:11,887 Tuan-tuan dan puan-puan... 676 00:50:13,722 --> 00:50:17,601 kawan-kawan dari pihak media dan penonton di rumah. 677 00:50:17,601 --> 00:50:20,395 Anda mungkin terfikir apa misteri 678 00:50:20,395 --> 00:50:23,524 di sebalik sidang media secara tiba-tiba ini. 679 00:50:24,566 --> 00:50:26,068 Inspektor Herrera. 680 00:50:28,237 --> 00:50:30,072 Terima kasih, Ketua Escobedo. 681 00:50:30,072 --> 00:50:36,370 Jabatan Polis Bandar Mexico mahu melaporkan, malangnya, 682 00:50:36,370 --> 00:50:40,958 kes Pembogel Tlalpan masih dibuka. 683 00:50:40,958 --> 00:50:44,086 Apa berlaku? Apa kamu tak beritahu kami? 684 00:50:49,550 --> 00:50:50,551 Hati-hati. 685 00:50:53,178 --> 00:50:54,930 Kami mahu beritahu 686 00:50:54,930 --> 00:51:01,019 yang kami memasuki Fasa Dua siasatan kami. 687 00:51:04,231 --> 00:51:07,734 Seperti yang anda tahu, Fasa Satu berakhir 688 00:51:08,360 --> 00:51:12,906 dengan penahanan dan pengakuan Margarito Flores 689 00:51:12,906 --> 00:51:17,035 sebagai penjenayah enam daripada tujuh pembunuhan. 690 00:51:18,453 --> 00:51:21,206 Selepas meneliti maklumat baharu, 691 00:51:21,748 --> 00:51:27,296 kami putuskan yang Margarito Flores tak bertindak sendirian. 692 00:51:27,296 --> 00:51:29,006 Apa dia cakap? 693 00:51:29,006 --> 00:51:35,137 Margarito Flores cuma orang suruhan dalang sebenar. 694 00:51:36,096 --> 00:51:41,018 Pembogel Tlalpan masih bebas. 695 00:51:41,727 --> 00:51:43,562 Ini pemikiran penjenayah, 696 00:51:44,479 --> 00:51:45,939 kepintaran, 697 00:51:45,939 --> 00:51:48,775 kebolehan memanipulasi sesiapa 698 00:51:49,359 --> 00:51:53,322 seperti dia buat dengan mendiang Margarito Flores. 699 00:51:53,322 --> 00:51:54,698 - Dia tipu. - Bertenang. 700 00:51:54,698 --> 00:51:55,991 Bertenang! 701 00:51:55,991 --> 00:51:59,077 Kami sudah tangkap seorang penjenayah 702 00:51:59,077 --> 00:52:04,541 dan hanya tunggu masa sebelum seorang lagi ditangkap. 703 00:52:22,935 --> 00:52:25,854 Ini Alma Álvarez, 704 00:52:27,064 --> 00:52:29,858 Mangsa terbaharu Pembogel. 705 00:52:29,858 --> 00:52:31,610 Dilahirkan di Oaxaca. 706 00:52:32,194 --> 00:52:36,615 Hari ini, ibu bapanya di sini bersama kita. 707 00:52:48,836 --> 00:52:50,128 Ya Tuhan. 708 00:52:51,797 --> 00:52:53,340 - Itu Andrés López? - Ya. 709 00:52:58,679 --> 00:53:00,931 - Itu tali Pembogel. - Ya. 710 00:53:01,974 --> 00:53:06,687 Pembogel Tlalpan ialah pemerhati beragama. 711 00:53:06,687 --> 00:53:11,275 Dia tinggalkan nombor di setiap kawasan jenayah. 712 00:53:11,275 --> 00:53:14,278 Satu. Enam. Sembilan. 713 00:53:14,278 --> 00:53:20,367 Kami tak beritahu orang awam maklumat ini untuk tujuan keselamatan. 714 00:53:20,367 --> 00:53:21,785 Awak tahu tentang ini? 715 00:53:21,785 --> 00:53:25,080 Maksud nombor itu begini. 716 00:53:25,080 --> 00:53:31,962 Buku satu Corinthian, rangkap 6:9, iaitu, 717 00:53:31,962 --> 00:53:36,425 "Kamu tak tahu orang yang jahat takkan mewarisi kerajaan Tuhan? 718 00:53:36,425 --> 00:53:38,594 Jangan tertipu. 719 00:53:38,594 --> 00:53:43,974 Begitu juga yang tak bermoral, penyembah berhala, pencuri, 720 00:53:43,974 --> 00:53:49,688 orang yang tamak, pemabuk, pemaki 721 00:53:49,688 --> 00:53:52,524 takkan mewarisi kerajaan Tuhan." 722 00:53:53,609 --> 00:53:58,655 Kami tahu siapa kamu dan niat kamu. 723 00:53:59,239 --> 00:54:01,283 Dan kami akan cari kamu. 724 00:54:01,283 --> 00:54:02,576 Kami ada kenyataan 725 00:54:02,576 --> 00:54:06,538 yang Alma Álvarez ditemui hidup dan kemudian mati di hospital. 726 00:54:06,538 --> 00:54:08,207 Apa soalan itu? 727 00:54:08,207 --> 00:54:10,876 Tolong tunjukkan penghormatan! Hormat! 728 00:54:10,876 --> 00:54:14,046 Ahli media, tolong bertenang dan bersabar... 729 00:54:57,965 --> 00:54:59,550 Dalam episod seterusnya... 730 00:54:59,550 --> 00:55:01,885 Ada seseorang di luar sana yang tahu sesuatu. 731 00:55:01,885 --> 00:55:05,055 Kamu pula berdiri saja, tak buat apa-apa. 732 00:55:05,722 --> 00:55:08,559 Goyo Cadenas betul. 169 bukan tentang agama. 733 00:55:09,977 --> 00:55:12,646 Dia bunuh dan tanam empat wanita di belakang rumahnya, María. 734 00:55:12,646 --> 00:55:14,982 Bagaimana kalau dia boleh bantu kita cari Pembogel? 735 00:55:16,692 --> 00:55:18,360 WOMEN IN BLUE 736 00:56:42,694 --> 00:56:44,696 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman