1 00:00:06,006 --> 00:00:09,926 KISAH INI BERDASARKAN KEJADIAN SEBENAR 2 00:00:39,748 --> 00:00:41,416 - Apa itu? - Entah. 3 00:00:46,212 --> 00:00:48,840 - Apa itu? - Jangan bergerak, biar saya periksa. 4 00:01:04,606 --> 00:01:05,607 Tak guna. 5 00:01:20,371 --> 00:01:22,248 - Jauhi tingkap. - Apa itu? 6 00:01:22,248 --> 00:01:25,293 - Pergi ke bilik anak-anak. Tunggu sana. - Apa itu? 7 00:01:34,094 --> 00:01:36,930 Apa masalah awak? Awak dah gila? 8 00:01:36,930 --> 00:01:39,099 Ya, saya gilakan awak, tak guna! 9 00:02:13,007 --> 00:02:17,595 TRIPTYCH 10 00:02:41,786 --> 00:02:43,329 Apa awak buat di sini? 11 00:02:43,329 --> 00:02:47,500 Awak tak berusaha pun nak sorokkan yang awak selongkar laci meja saya. 12 00:02:47,500 --> 00:02:50,170 Saya sudah jelaskan, kes ini ditutup. 13 00:02:50,170 --> 00:02:51,212 Dia kembar saya. 14 00:02:53,798 --> 00:02:55,008 DNA kami sama. 15 00:03:00,680 --> 00:03:03,516 Saya bandingkan DNA kami, Aleida dan saya kembar. 16 00:03:05,310 --> 00:03:07,103 Awak nak saya duduk diam saja? 17 00:03:07,103 --> 00:03:08,730 Saya perlukan maklumat. 18 00:03:12,108 --> 00:03:14,110 Awak tahu siapa keluarga dia? 19 00:03:14,861 --> 00:03:18,364 Mereka memiliki beberapa cawangan hospital dan Yayasan Humanis Vita. 20 00:03:18,865 --> 00:03:19,782 Jadi? 21 00:03:19,782 --> 00:03:21,284 Saya perlu siasat. 22 00:03:21,284 --> 00:03:24,412 Tidak, jangan siasat apa-apa lagi. 23 00:03:24,412 --> 00:03:27,707 - Kita akan ke pejabat pendakwa sekarang. - Kenapa? 24 00:03:27,707 --> 00:03:28,875 Ini arahan. 25 00:03:29,542 --> 00:03:30,376 Sebab itulah. 26 00:03:42,055 --> 00:03:47,435 Penyerang yang bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku di bangunan Polanco 27 00:03:47,435 --> 00:03:50,271 telah dikenal pasti. 28 00:03:50,271 --> 00:03:54,275 Nama dia Silvia Martínez Suárez. 29 00:03:54,275 --> 00:03:56,736 - Apa? - Lahir di Guadalajara, Jalisco. 30 00:03:56,736 --> 00:04:01,282 Seperti yang anda tahu, penyerang itu telah dibunuh oleh pihak polis. 31 00:04:02,158 --> 00:04:06,246 Dia pesakit Dr. Julia Bátiz, 32 00:04:06,246 --> 00:04:07,872 iaitu mangsa serangan itu. 33 00:04:08,498 --> 00:04:13,920 Beberapa hari sebelum serangan, Pn. Martínez telah dilaporkan hilang 34 00:04:13,920 --> 00:04:17,757 oleh institusi mental Jabatan Kesihatan. 35 00:04:19,342 --> 00:04:20,677 Ada sebarang soalan? 36 00:04:21,511 --> 00:04:23,429 Bagaimana keadaan Dr. Bátiz? 37 00:04:23,429 --> 00:04:27,350 Kami tiada maklumat terperinci, tapi dia dalam keadaan stabil. 38 00:04:27,350 --> 00:04:29,519 Setakat ini, itu saja kami tahu. 39 00:04:29,519 --> 00:04:30,520 Saya tak faham. 40 00:04:31,521 --> 00:04:34,482 Saya tak faham dari mana datangnya Silvia Martínez. 41 00:04:34,482 --> 00:04:38,987 - Bagaimana mereka tutup mulut saksi? - Mereka tak main-main, okey? 42 00:04:39,487 --> 00:04:41,447 Selama lebih 20 tahun berkhidmat, 43 00:04:41,447 --> 00:04:43,700 saya tak pernah lihat kes ditutup secepat ini. 44 00:04:43,700 --> 00:04:47,203 Ya, jelas mereka sangat berkuasa. Apa patut saya buat? 45 00:04:47,203 --> 00:04:50,665 Duduk diam saja? Saya baru saja tahu saya ada kembar. 46 00:04:52,542 --> 00:04:55,962 Awak hidup selama 33 tahun tanpa tahu awak ada kembar. 47 00:04:55,962 --> 00:04:58,298 Dia mati sebaik saja kamu jumpa, teruskan hidup. 48 00:04:58,298 --> 00:05:01,259 Mustahil. Jika awak, awak akan teruskan hidup? 49 00:05:12,020 --> 00:05:16,065 Hal yang sangat aneh berlaku. Saya mimpi tentang dia. 50 00:05:16,065 --> 00:05:18,318 Semua yang saya rasa terasa benar. 51 00:05:23,323 --> 00:05:24,407 Awak betul, saya... 52 00:05:25,742 --> 00:05:29,037 Saya tak faham apa yang awak lalui, maafkan saya. 53 00:05:29,037 --> 00:05:32,290 Saya cuma minta awak lindungi kerjaya kita berdua. 54 00:05:33,166 --> 00:05:35,501 Awak hanya pedulikan kerjaya awak saja. 55 00:05:36,544 --> 00:05:37,587 Awak pula tak, bukan? 56 00:05:38,254 --> 00:05:40,840 Saya pedulikan kerjaya saya, awak pula tak. 57 00:05:41,591 --> 00:05:43,843 Awak sepatutnya dah jadi detektif. 58 00:05:44,594 --> 00:05:48,973 Jika saya tak bantu awak tiga bulan lalu, awak tentu akan dipenjarakan. 59 00:05:49,849 --> 00:05:51,142 Awak tak bantu saya. 60 00:05:51,851 --> 00:05:54,729 Awak buat begitu agar isteri awak tak tahu tentang kekasih awak. 61 00:05:54,729 --> 00:05:57,648 Awak baling bom botol ke dalam van saya. 62 00:05:57,648 --> 00:06:01,736 Awak boleh menyebabkan letupan atau bakar rumah saya dengan anak-anak saya di dalam. 63 00:06:01,736 --> 00:06:02,653 Saya mabuk. 64 00:06:03,404 --> 00:06:05,281 Saya tahu itu bukan alasan. 65 00:06:06,449 --> 00:06:08,451 Tapi saya bukan diri saya tiga bulan lalu. 66 00:06:08,451 --> 00:06:09,369 Sekarang pula? 67 00:06:10,078 --> 00:06:14,540 Sekarang awak berkelakuan seperti wanita munasabah, yang berfikiran waras? 68 00:06:17,126 --> 00:06:17,960 Begini. 69 00:06:21,214 --> 00:06:22,173 Dia kembar saya. 70 00:06:24,425 --> 00:06:26,052 Saya tak pernah jumpa dia. 71 00:06:27,345 --> 00:06:31,599 Mak saya tak pernah bercerita tentang dia. Saya dah tak kenal siapa saya. 72 00:06:41,484 --> 00:06:42,735 Ambil cuti tiga hari. 73 00:06:44,070 --> 00:06:45,029 Cuti sakit. 74 00:06:48,825 --> 00:06:50,952 Jangan libatkan Pejabat Pendakwa. 75 00:07:23,484 --> 00:07:24,318 Apa itu? 76 00:07:25,611 --> 00:07:27,572 Keputusan ujian DNA. 77 00:07:29,782 --> 00:07:32,326 Sekarang cakaplah saya tiada saudara kembar. 78 00:07:42,503 --> 00:07:44,213 Kenapa mak tak pernah beritahu saya? 79 00:07:44,714 --> 00:07:47,800 Saya faham kenapa mak rahsiakannya semasa saya kecil, 80 00:07:49,469 --> 00:07:50,595 tapi malam itu? 81 00:07:55,766 --> 00:07:57,518 Ia dilakukan secara haram, Becca. 82 00:07:58,978 --> 00:08:02,773 Bertahun-tahun mak dan ayah cuba ambil anak angkat secara sah, 83 00:08:03,774 --> 00:08:04,650 tapi gagal. 84 00:08:05,860 --> 00:08:07,570 Mereka tak beritahu sebabnya. 85 00:08:08,779 --> 00:08:12,074 Nampaknya, mereka tak anggap kami layak menjadi ibu bapa. 86 00:08:12,575 --> 00:08:16,996 Pekerja sosial beritahu mak ada seorang gadis hamil nak serahkan 87 00:08:18,289 --> 00:08:20,416 anaknya kepada keluarga angkat. 88 00:08:21,334 --> 00:08:22,210 Anak-anak. 89 00:08:22,210 --> 00:08:25,004 Dia tak pernah cakap dia ada anak lain. 90 00:08:26,088 --> 00:08:28,508 Mak tahu nama ibu kandung saya? 91 00:08:29,842 --> 00:08:32,220 Atau setidaknya nama pekerja sosial itu? 92 00:08:32,220 --> 00:08:33,262 Sayang. 93 00:08:33,262 --> 00:08:36,974 Orang tak simpan rekod pengambilan anak angkat secara haram. 94 00:08:39,435 --> 00:08:42,355 Mak dan ayah boleh dipenjarakan, faham? 95 00:08:42,355 --> 00:08:45,441 Mak masih boleh dipenjarakan jika ada orang tahu. 96 00:08:49,403 --> 00:08:50,238 Mak beli saya? 97 00:08:51,322 --> 00:08:52,365 Begitukah? 98 00:08:54,825 --> 00:08:55,826 Berapa mak bayar? 99 00:08:56,744 --> 00:08:57,578 Tidak, sayang. 100 00:08:59,330 --> 00:09:00,164 Bukan begitu. 101 00:09:06,087 --> 00:09:09,173 Waktu itu hari Khamis, mak tak tahu kenapa mak ingat. 102 00:09:10,883 --> 00:09:11,926 Ayah awak dan mak 103 00:09:12,677 --> 00:09:17,098 memandu ke satu tempat berdekatan Ajusco, di mana kami setuju untuk buat pertukaran. 104 00:09:24,772 --> 00:09:25,773 TEKSI 105 00:09:46,794 --> 00:09:47,962 Mak takut. 106 00:09:51,090 --> 00:09:52,091 Nama dia Rebecca. 107 00:09:55,011 --> 00:09:56,137 Dia lahir pada 9 Mac. 108 00:10:14,655 --> 00:10:15,489 Tapi apabila 109 00:10:16,532 --> 00:10:18,159 mak nampak bayi perempuan itu... 110 00:10:19,660 --> 00:10:21,329 Tolong jaga dia dengan baik. 111 00:10:27,335 --> 00:10:30,338 ...penantian dah kekecewaan selama bertahun-tahun 112 00:10:31,422 --> 00:10:32,632 akhirnya hilang. 113 00:10:35,092 --> 00:10:37,345 Waktu itu, mak tahu awak milik mak. 114 00:10:42,808 --> 00:10:43,851 Awak anak mak. 115 00:10:46,312 --> 00:10:47,647 Keajaiban kecil mak. 116 00:11:01,744 --> 00:11:02,828 "Keajaiban kecil." 117 00:11:07,375 --> 00:11:09,794 Itu yang ayah panggil saya semasa saya kecil. 118 00:12:34,170 --> 00:12:35,421 {\an8}Itu saya, tapi bukan. 119 00:12:37,590 --> 00:12:40,885 Seolah-olah saya menonton filem di mana saya protagonis. 120 00:12:40,885 --> 00:12:42,720 Dan pada masa sama, penonton. 121 00:12:44,889 --> 00:12:46,140 Saya nampak diri saya 122 00:12:46,932 --> 00:12:48,809 di tempat yang saya tak pernah pergi, 123 00:12:50,269 --> 00:12:52,605 buat perkara yang saya tak faham. 124 00:12:55,900 --> 00:12:58,903 Saya juga boleh rasa apa yang Aleida lain itu rasa. 125 00:13:36,398 --> 00:13:37,233 Dr. Bátiz. 126 00:13:38,025 --> 00:13:38,859 Eugenio. 127 00:13:39,860 --> 00:13:40,986 Boleh kita bincang? 128 00:13:43,948 --> 00:13:44,782 Terima kasih. 129 00:13:46,283 --> 00:13:48,869 Pertama sekali, saya nak minta maaf, doktor. 130 00:13:48,869 --> 00:13:51,872 Saya tahu saya bertanggungjawab atas apa berlaku. 131 00:13:52,498 --> 00:13:55,209 Saya faham. Takziah atas kematian Aleida. 132 00:13:55,209 --> 00:13:57,086 Saya nak bincang tentang dia. 133 00:13:57,878 --> 00:14:01,465 Saya tahu ada kerahsiaan doktor-pesakit. 134 00:14:03,884 --> 00:14:04,844 Tapi saya... 135 00:14:05,594 --> 00:14:06,428 Doktor... 136 00:14:08,514 --> 00:14:11,892 Saya perlu bincang dengan awak berkaitan hal isteri saya. 137 00:14:18,357 --> 00:14:20,109 Mari ke bilik saya. 138 00:14:21,026 --> 00:14:21,902 Terima kasih. 139 00:14:30,703 --> 00:14:33,914 Saya tahu permintaan saya ini sangat sukar. 140 00:14:35,457 --> 00:14:39,169 Tapi tentu kami boleh harapkan budi bicara profesionalisme awak. 141 00:14:39,795 --> 00:14:40,629 "Kami"? 142 00:14:41,755 --> 00:14:43,674 Mak mentua saya, Pilar dan saya. 143 00:14:45,217 --> 00:14:47,553 Kami bukan hanya nak lindungi syarikat, 144 00:14:48,512 --> 00:14:49,847 tapi memori Aleida. 145 00:14:51,974 --> 00:14:52,808 Begitu. 146 00:14:53,893 --> 00:14:54,852 Bagaimana? 147 00:14:56,395 --> 00:14:58,606 Boleh saya harapkan budi bicara awak? 148 00:15:01,317 --> 00:15:04,153 Saya cuma nak tahu satu perkara, Eugenio. 149 00:15:06,238 --> 00:15:07,072 Tanyalah. 150 00:15:11,076 --> 00:15:12,494 Apa yang awak fikir 151 00:15:13,996 --> 00:15:18,000 semasa awak bawa Aleida keluar dari hospital tanpa kebenaran saya? 152 00:15:41,815 --> 00:15:42,775 Selamat tinggal. 153 00:16:09,677 --> 00:16:11,053 PENGERUSI 154 00:16:33,534 --> 00:16:34,368 Marifer. 155 00:16:39,248 --> 00:16:40,082 Alamak. 156 00:16:40,916 --> 00:16:41,750 Apa? 157 00:16:44,795 --> 00:16:45,629 Dia bergerak. 158 00:16:47,256 --> 00:16:48,257 Saya rasa dia di sini. 159 00:16:48,257 --> 00:16:49,383 Dia bergerak. 160 00:16:51,427 --> 00:16:52,886 Estelita dengar saya. 161 00:16:53,929 --> 00:16:55,597 Jangan panggil dia Estelita. 162 00:16:57,683 --> 00:16:59,476 - Kenapa? - Itu bukan nama dia. 163 00:17:00,894 --> 00:17:04,440 Ia mungkin sesuai dengan mak awak, tapi saya tak nak namakan dia Estelita. 164 00:17:05,357 --> 00:17:07,317 Hei, tunggu. Kenapa? 165 00:17:07,317 --> 00:17:08,944 - "Kenapa"? - Bertenang. 166 00:17:08,944 --> 00:17:09,862 "Bertenang"? 167 00:17:11,488 --> 00:17:12,614 Saya rindukan awak. 168 00:17:14,324 --> 00:17:15,159 Saya nak 169 00:17:15,909 --> 00:17:17,911 keadaan kita kembali seperti dulu. 170 00:17:19,747 --> 00:17:22,624 Saya nak kita berasmara seperti dulu sebelum... 171 00:17:25,502 --> 00:17:26,587 dia muncul. 172 00:17:32,468 --> 00:17:35,554 Jangan kata tiada orang ketiga sewaktu kita berpisah. 173 00:17:35,554 --> 00:17:39,349 Saya tahu kenapa awak kembali, disebabkan bayi ini. 174 00:18:28,398 --> 00:18:30,067 - Apa? - Apa awak cub a buat? 175 00:18:30,067 --> 00:18:31,276 Mengejek mak? 176 00:18:31,276 --> 00:18:33,195 Tidak, mak. 177 00:18:33,821 --> 00:18:35,072 Tolong dengar. 178 00:18:37,324 --> 00:18:38,492 Saya tahu, mak. 179 00:18:39,368 --> 00:18:42,162 Tolonglah faham, saya ada tanggungjawab 180 00:18:43,080 --> 00:18:44,414 dengan pemegang saham. 181 00:18:45,541 --> 00:18:50,254 Rasanya apa reaksi Jawatankuasa Pengurusan jika kita beritahu hal sebenar, mak? 182 00:18:50,879 --> 00:18:55,509 Penipuan yang Aleida pergi bercuti takkan bertahan lebih lama. 183 00:18:56,135 --> 00:18:58,971 Beritahu hal sebenar adalah tindakan bodoh. 184 00:18:58,971 --> 00:19:04,059 Awak tak tahu gosip mengarut apa yang orang cakap tentang anak mak. 185 00:19:05,018 --> 00:19:07,354 Dia tinggalkan awak untuk lelaki lain. 186 00:19:08,105 --> 00:19:09,815 Dia diculik. 187 00:19:09,815 --> 00:19:12,109 Dia berada di pusat pemulihan. 188 00:19:12,860 --> 00:19:16,363 Tolonglah, kebenarannya lebih baik 189 00:19:16,363 --> 00:19:19,700 daripada gosip-gosip yang direka itu. 190 00:19:19,700 --> 00:19:20,826 Mak serius? 191 00:19:22,411 --> 00:19:26,915 Mana satu antara kebenaran tentang Aleida yang mak rasa lebih baik? 192 00:19:26,915 --> 00:19:28,792 Mak beritahulah saya. 193 00:19:28,792 --> 00:19:31,712 Mak nak beritahu kawan-kawan kelab mak 194 00:19:31,712 --> 00:19:34,381 yang Aleida putuskan untuk keluar dalam keadaan bogel 195 00:19:34,381 --> 00:19:36,925 dan sebab itulah kita masukkan dia ke institusi mental? 196 00:19:36,925 --> 00:19:38,719 Atau tidak, tunggu. 197 00:19:39,720 --> 00:19:43,098 Beritahu mereka apabila saya bawa dia keluar dari hospital, dia lari 198 00:19:43,098 --> 00:19:44,474 dan dia ditembak. 199 00:19:45,225 --> 00:19:47,644 Sebab dia cuba bunuh pakar psikiatri dia. 200 00:19:49,313 --> 00:19:50,939 Eugenio, tolonglah. 201 00:19:50,939 --> 00:19:52,774 Tunjukkan rasa hormat. 202 00:19:52,774 --> 00:19:53,692 Maaf, mak. 203 00:19:55,277 --> 00:19:56,195 Maafkan saya. 204 00:19:56,195 --> 00:19:59,031 Awak tak patut cakap dengan mak begini. 205 00:20:00,741 --> 00:20:02,326 Saya tak nak beritahu mak, 206 00:20:04,828 --> 00:20:07,456 tapi saya masih belum boleh terima hal ini. 207 00:20:07,456 --> 00:20:11,251 Saya perlukan masa untuk fikir bagaimana nak tangani hal ini. 208 00:20:11,251 --> 00:20:12,169 Entahlah. 209 00:20:14,421 --> 00:20:16,256 Berapa lama masa awak perlukan? 210 00:20:16,840 --> 00:20:17,674 Tak lama. 211 00:20:18,508 --> 00:20:20,844 Tolong sentiasa maklumkan keadaan awak. 212 00:20:21,470 --> 00:20:24,014 - Selamat malam, Eugenio. - Maafkan saya. 213 00:21:09,142 --> 00:21:10,811 Kenapa saya bawa dia keluar? 214 00:21:20,904 --> 00:21:22,447 Saya bayangkan benda. 215 00:21:25,784 --> 00:21:27,494 Hal yang sangat aneh berlaku. 216 00:21:29,162 --> 00:21:32,791 Saya mimpi tentang dia. Semua yang saya rasa terasa benar. 217 00:21:43,343 --> 00:21:44,428 Saya keluarkan dia 218 00:21:45,012 --> 00:21:50,475 kerana ada sambutan istimewa, semalam hari jadinya yang ke-33 tahun. 219 00:21:56,648 --> 00:21:58,483 Oh Tuhan, apa saya dah buat? 220 00:22:27,262 --> 00:22:28,805 Mak, mari sini. 221 00:22:28,805 --> 00:22:30,182 Hai, sayang! 222 00:22:32,100 --> 00:22:33,560 Awak dah bangun? 223 00:22:34,644 --> 00:22:35,479 Yakah? 224 00:23:30,283 --> 00:23:32,702 KEDAI SELIPAR 225 00:23:38,125 --> 00:23:40,043 KELAB LELAKI OLYMPIA TEMPAT INTIM 226 00:24:30,469 --> 00:24:31,761 Alex! 227 00:24:32,721 --> 00:24:34,723 Tidak, Alex! 228 00:24:34,723 --> 00:24:35,724 Alex! 229 00:25:16,932 --> 00:25:19,601 Apa sebenarnya berlaku dengan Aleida? 230 00:25:21,811 --> 00:25:23,980 Awak tahu awak boleh harapkan saya, bukan? 231 00:25:23,980 --> 00:25:26,983 - Sudah tentu. - Percayalah. Saya sedia mendengar. 232 00:25:26,983 --> 00:25:28,068 Ya. 233 00:25:28,068 --> 00:25:30,779 Jika awak terpaksa masukkan dia ke hospital, saya faham. 234 00:25:30,779 --> 00:25:34,574 Saya sendiri pun terpaksa masukkan Cynthia ke pusat pemulihan 235 00:25:34,574 --> 00:25:36,451 sewaktu dia ketagihan alkohol. 236 00:25:37,244 --> 00:25:38,078 Awak pun tahu. 237 00:25:38,662 --> 00:25:39,663 Sebab itu, bukan? 238 00:25:45,377 --> 00:25:46,336 Apa lebih teruk? 239 00:25:47,087 --> 00:25:49,923 Hilang sesuatu yang awak miliki atau yang awak tak pernah tahu? 240 00:25:50,840 --> 00:25:54,970 Saya mencari jawapan, petanda, petunjuk yang bawa saya kembali ke asal usul saya. 241 00:25:54,970 --> 00:25:56,513 Yang dapat jelaskan siapa saya. 242 00:26:04,062 --> 00:26:06,398 KEDAI SELIPAR 243 00:26:49,399 --> 00:26:50,233 Oh, Tuhan! 244 00:26:51,651 --> 00:26:52,485 Ini awak? 245 00:26:55,155 --> 00:26:56,197 Mari. 246 00:26:58,366 --> 00:27:00,160 Saya tak sangka kita akan jumpa lagi. 247 00:27:03,538 --> 00:27:04,956 Awak ke mana selama ini? 248 00:27:06,458 --> 00:27:07,334 Tami saya. 249 00:27:10,378 --> 00:27:11,504 Awak perlu pergi. 250 00:27:12,631 --> 00:27:14,341 Pelacur, apa awak buat di sini? 251 00:27:14,341 --> 00:27:17,844 - Tak, jangan masuk campur. - Saya akan bunuh awak! Pergi naik! 252 00:27:23,642 --> 00:27:25,518 Saya bukan Tamara! 253 00:27:26,353 --> 00:27:27,937 Saya dah kata akan bunuh awak! 254 00:27:29,481 --> 00:27:30,315 Lepaskan dia! 255 00:27:31,399 --> 00:27:34,110 - Kenapa pukul saya? Perempuan gila. - Maaf. Tak! 256 00:27:34,110 --> 00:27:35,445 Perempuan sial! 257 00:27:37,238 --> 00:27:39,824 Perempuan sial. Awak akan terima balasan! 258 00:28:26,413 --> 00:28:27,372 Siapa awak, Tamara? 259 00:28:38,633 --> 00:28:39,467 Becca! 260 00:28:47,809 --> 00:28:48,935 Arak tanpa alkohol. 261 00:28:50,562 --> 00:28:52,272 Dan chop suey yang awak suka. 262 00:29:03,950 --> 00:29:05,660 Ada perkara yang tak berubah. 263 00:29:34,272 --> 00:29:35,815 Awak nak buat apa dengan ini? 264 00:29:37,650 --> 00:29:39,694 - Saya tak tahu. - Awak tak tahu? 265 00:29:42,614 --> 00:29:44,449 Apabila saya beri awak cuti dua hari, 266 00:29:45,200 --> 00:29:47,202 saya nak awak tenangkan diri. 267 00:29:48,620 --> 00:29:52,165 Untuk selesaikan masalah yang awak mungkin hadapi, bukan ini. 268 00:29:53,041 --> 00:29:53,875 Apa berlaku? 269 00:29:59,714 --> 00:30:00,548 Becca. 270 00:30:01,674 --> 00:30:04,052 Becca, ingat penjaga pintu bangunan itu? 271 00:30:04,803 --> 00:30:05,678 Dia dah mati. 272 00:30:06,596 --> 00:30:10,850 Dia mati malam tadi, di Hospital Xoco tanpa sebarang penjelasan. 273 00:30:11,643 --> 00:30:14,938 - Penyambut tetamu yang ditembak di bahu... - Dia dah mati? 274 00:30:14,938 --> 00:30:16,231 Dia hilang. 275 00:30:16,856 --> 00:30:19,859 Dia letak jawatan dan tiada siapa tahu dia di mana. 276 00:30:22,403 --> 00:30:24,906 Nampaknya, awak juga menyiasat. 277 00:30:27,826 --> 00:30:29,577 Sebab saya risaukan awak. 278 00:30:32,831 --> 00:30:33,790 Awak tak nampak? 279 00:30:36,459 --> 00:30:38,628 Becca, semua orang yang boleh dedahkan 280 00:30:39,921 --> 00:30:43,633 identiti Aleida Trujano hilang. 281 00:30:44,300 --> 00:30:47,554 Mak dan suami Aleida mahu sembunyikan kematiannya. 282 00:30:51,307 --> 00:30:52,517 Bagaimana awak tahu? 283 00:30:53,184 --> 00:30:54,894 Saya dengar perbualan mereka. 284 00:30:56,980 --> 00:31:02,360 Eugenio Sáenz tak nak pemegang saham tahu yang Aleida dah mati sebab, 285 00:31:03,111 --> 00:31:06,072 dia nak gantikan Aleida sebagai pengerusi syarikat. 286 00:31:06,698 --> 00:31:07,991 Awak dengar mereka bercakap? 287 00:31:09,784 --> 00:31:10,952 Bagaimana? 288 00:31:10,952 --> 00:31:12,370 Awak mengintip mereka? 289 00:31:13,663 --> 00:31:16,291 Humberto, awak suruh saya jauhi diri dari Pejabat Pendakwa 290 00:31:16,291 --> 00:31:19,752 dan jangan libatkannya dalam hal ini, itu yang saya buat. 291 00:31:20,420 --> 00:31:22,505 Sekarang tolong buat bahagian awak. 292 00:31:37,937 --> 00:31:39,272 Kenapa dengan awak? 293 00:31:45,361 --> 00:31:46,613 Tolong jangan. 294 00:33:14,075 --> 00:33:15,618 - Masuklah. - Terima kasih. 295 00:33:17,787 --> 00:33:19,122 Saya lupa nama awak. 296 00:33:19,122 --> 00:33:22,041 Antonio, Antonio Quesada. Penyiasat persendirian. 297 00:33:22,917 --> 00:33:24,002 Saya akan berikan... 298 00:33:26,129 --> 00:33:27,714 Terima kasih. Wiski? 299 00:33:29,048 --> 00:33:30,049 Boleh, En. Sáenz. 300 00:33:32,593 --> 00:33:34,137 Panggil saja saya Eugenio. 301 00:33:35,221 --> 00:33:36,431 Baiklah, Eugenio. 302 00:33:37,598 --> 00:33:40,184 Sejujurnya, panggilan awak mengejutkan saya. 303 00:33:41,519 --> 00:33:42,854 Apa saya boleh bantu? 304 00:33:49,110 --> 00:33:50,445 Saya akan berterus terang. 305 00:33:51,821 --> 00:33:54,532 Saya tahu isteri saya upah awak tanpa pengetahuan saya. 306 00:33:55,408 --> 00:33:57,869 Saya nak awak rahsiakan hal ini. 307 00:33:57,869 --> 00:34:00,204 Sekarang awak akan bekerja untuk saya. 308 00:34:24,020 --> 00:34:26,481 KELAB LELAKI OLYMPIA 309 00:34:26,481 --> 00:34:27,398 Terima kasih. 310 00:34:43,706 --> 00:34:47,251 Ingat, malam ini beli satu percuma satu untuk minuman kebangsaan. 311 00:34:50,296 --> 00:34:53,966 Di sini, di Olympia, anda akan nikmati hiburan terbaik. 312 00:34:53,966 --> 00:34:55,009 Layanan terbaik. 313 00:35:13,319 --> 00:35:16,572 Sekarang, tumpukan perhatian ke pentas tengah. 314 00:35:16,572 --> 00:35:19,158 Hanya di sini, di Olympia... 315 00:39:20,274 --> 00:39:22,860 FILEM INI TIDAK MENGGAMBARKAN KEJADIAN ATAU ORANG SEBENAR 316 00:39:23,903 --> 00:39:25,905 Terjemahan sari kata oleh Mimi