1 00:00:06,214 --> 00:00:08,383 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:49,382 --> 00:00:52,510 Jangan sesiapa berani hapuskan sekatan tenaganya! 3 00:00:59,684 --> 00:01:00,685 Tunggu, Jang Gang! 4 00:01:03,146 --> 00:01:05,106 Kalau awak pergi selepas buat begini, 5 00:01:05,690 --> 00:01:07,400 apa akan terjadi kepada anak ini? 6 00:01:07,942 --> 00:01:11,279 Apa yang orang akan kata tentang anak ini dan Do-hwa? 7 00:01:11,821 --> 00:01:13,656 Orang akan kata dia bukan anak awak 8 00:01:14,532 --> 00:01:16,993 dan dia adalah anak luar nikah. 9 00:01:17,827 --> 00:01:21,456 Dia akan dibesarkan oleh keluarga Jang kerana dia dilahirkan oleh Do-hwa. 10 00:01:22,082 --> 00:01:24,501 Saya akan hantar orang selepas pengebumian Do-hwa. 11 00:01:24,584 --> 00:01:26,044 Awak nak tinggalkan anak ini? 12 00:01:27,504 --> 00:01:28,588 Adakah benar 13 00:01:29,464 --> 00:01:30,882 dia bukan anak awak? 14 00:01:33,384 --> 00:01:35,470 Percaya apa yang awak nak percaya. 15 00:01:38,264 --> 00:01:40,475 Kalau asal usul anak ini tak diketahui, 16 00:01:40,558 --> 00:01:42,310 kita bunuh saja dia sekarang. 17 00:01:52,111 --> 00:01:54,572 Nampak? Dia memang anak awak. 18 00:01:54,656 --> 00:01:59,410 Awak sanggup korbankan nyawa demi anak lelaki awak. 19 00:01:59,994 --> 00:02:01,746 Saya hanya cuba selamatkannya. 20 00:02:03,456 --> 00:02:06,709 Dia akan hidup sebagai anak saya yang tenaganya telah disekat. 21 00:02:07,293 --> 00:02:10,380 Namun, jika dia mahukan kehidupan berbeza daripada menjadi anak saya, 22 00:02:12,090 --> 00:02:13,675 sukar untuk dia terus hidup. 23 00:02:15,760 --> 00:02:18,263 Siapa ayah… 24 00:02:19,806 --> 00:02:20,849 anak ini? 25 00:02:25,478 --> 00:02:27,438 Ayahnya sudah mati. 26 00:02:31,109 --> 00:02:33,111 Bukan saja kelahirannya tak masuk akal, 27 00:02:33,987 --> 00:02:35,822 tapi ia juga tak patut berlaku. 28 00:02:41,536 --> 00:02:43,705 Tuan Muda. Tuan tak apa-apa? 29 00:02:44,539 --> 00:02:46,916 Kenapa tuan bawa dia? 30 00:02:47,000 --> 00:02:48,084 Lepaskan dia. 31 00:03:17,238 --> 00:03:19,240 Maafkan kami kerana timbulkan masalah. 32 00:03:19,324 --> 00:03:21,409 Kenapa awak bawa dia keluar? 33 00:03:24,370 --> 00:03:27,123 Dia meracuni dan cuba bunuh awak. 34 00:03:27,707 --> 00:03:29,626 Mu-deok tak bersalah. 35 00:03:30,919 --> 00:03:32,378 Ia perbuatan saya. 36 00:03:34,964 --> 00:03:38,801 Saya makan racun kerana marah tak dapat gunakan mantera. 37 00:03:39,469 --> 00:03:42,347 Dia cuma pengiring saya yang mematuhi arahan saya. 38 00:03:43,723 --> 00:03:45,433 Semuanya rancangan saya. 39 00:03:53,983 --> 00:03:57,028 - Jang Uk, berani awak… - Tolong bersabar, tuan. 40 00:03:57,111 --> 00:04:00,907 Tuan muda masih belum sembuh sepenuhnya daripada racun tersebut. 41 00:04:00,990 --> 00:04:04,494 Tuan boleh hukum dia sepuas hati selepas tuan muda sembuh. 42 00:04:04,577 --> 00:04:06,371 Uk hampir mati tadi. 43 00:04:06,454 --> 00:04:08,706 Dia akan mati kalau pak cik marah dia begitu. 44 00:04:08,790 --> 00:04:10,458 Lihatlah wajahnya yang pucat. 45 00:04:12,627 --> 00:04:13,920 Bawa dia pulang sekarang. 46 00:04:14,003 --> 00:04:16,130 Tuan muda, mari balik. 47 00:04:16,214 --> 00:04:18,007 Sila ke Sejukwon untuk terima rawatan. 48 00:04:18,091 --> 00:04:19,634 Mu-deok perlu ikut kita. 49 00:04:20,218 --> 00:04:21,803 Ini bukan masa untuk jaga Mu-deok. 50 00:04:21,886 --> 00:04:23,805 Mu-deok perlu dirawat juga. 51 00:04:24,389 --> 00:04:26,766 - Kalau tak, saya takkan pergi. - Tuan muda! 52 00:04:26,849 --> 00:04:28,935 Baguslah begitu. Mati saja. Mati! 53 00:04:29,018 --> 00:04:31,896 - Kurung dua-dua semula! - Pak cik, tolong bertenang. 54 00:04:31,980 --> 00:04:34,065 Jika kata-kata Uk benar, maksudnya Mu-deok tak bersalah. 55 00:04:34,899 --> 00:04:36,025 Kecederaannya teruk. 56 00:04:36,693 --> 00:04:38,278 Dia akan mati kalau tak dirawat. 57 00:04:38,361 --> 00:04:41,614 Dia hebat kerana masih hidup walaupun telah disebat begitu. 58 00:04:42,198 --> 00:04:44,909 Ambil dia selepas dia mati untuk majlis pengebumian. 59 00:05:02,552 --> 00:05:03,803 Tolong selamatkan dia. 60 00:05:05,388 --> 00:05:08,433 Mu-deok sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mematuhi arahan saya. 61 00:05:08,516 --> 00:05:11,102 Dia perlu dirawat di Sejukwon untuk selamat. 62 00:05:12,937 --> 00:05:14,147 Tolong selamatkan dia. 63 00:05:25,158 --> 00:05:26,576 Saya benci tengok mereka. 64 00:05:27,535 --> 00:05:29,537 Bawa mereka berdua ke Sejukwon. 65 00:05:32,623 --> 00:05:33,541 Uk. 66 00:05:36,210 --> 00:05:39,213 Saya akan uruskan Mu-deok. Tuan pergilah ke Sejukwon dulu. 67 00:05:39,881 --> 00:05:40,715 Mu-deok. 68 00:05:41,841 --> 00:05:43,384 Mu-deok. Tolong bangun. 69 00:06:04,030 --> 00:06:05,531 - Biar saya dukung dia. - Tak apa. 70 00:06:07,075 --> 00:06:07,992 Saya akan dukung. 71 00:06:08,493 --> 00:06:09,952 Awak tak larat nak berjalan. 72 00:06:10,912 --> 00:06:13,706 Tak mengapa. Saya akan uruskan orang bawahan saya. 73 00:06:13,790 --> 00:06:15,416 Tubuh tuan masih belum sembuh. 74 00:06:15,500 --> 00:06:17,168 Bagaimana tuan nak angkat dia? 75 00:06:19,212 --> 00:06:21,172 Betulkah? Ya… 76 00:06:22,340 --> 00:06:24,842 - Kalau begitu, awak gendong dia. - Apa? 77 00:06:24,926 --> 00:06:26,219 Gendong dia. 78 00:06:26,844 --> 00:06:28,805 - Tuan nak saya gendong dia? - Ya. 79 00:06:29,388 --> 00:06:31,099 Kenapa saya perlu gendong dia? 80 00:06:31,182 --> 00:06:32,683 - Mari sini. - Tuan muda. 81 00:06:33,184 --> 00:06:35,353 Tak, tunggu. Aduhai. 82 00:06:35,937 --> 00:06:37,063 Oh, Tuhan. 83 00:06:37,146 --> 00:06:38,314 Yul. 84 00:06:39,273 --> 00:06:42,068 Sekarang, Mu-deok dah diuruskan. Awak gendong saya pula. 85 00:06:44,195 --> 00:06:46,739 Saya tak bertenaga. Tolong bawa saya ke Sejukwon. 86 00:06:48,574 --> 00:06:49,909 Nak saya gendong dia? 87 00:06:51,828 --> 00:06:54,288 - Tak apa. - Bagus. Terima kasih. 88 00:06:54,372 --> 00:06:56,124 Do-ju! Angkat dia elok-elok! 89 00:06:56,207 --> 00:06:57,750 - Perlahan-lahan. - Aduhai. 90 00:06:57,834 --> 00:06:58,709 - Aduh. - Apa… 91 00:06:59,460 --> 00:07:00,795 Berhati-hati. 92 00:07:01,629 --> 00:07:02,630 Aduhai. 93 00:07:04,173 --> 00:07:05,633 Tenaga Uk… 94 00:07:07,176 --> 00:07:09,720 sudah tidak tersekat lagi. Dia memang tak pandai mengalah. 95 00:07:10,930 --> 00:07:11,931 Ya. 96 00:07:13,266 --> 00:07:17,854 Dia sanggup mati untuk itu. Saya tak boleh biarkannya sahaja. 97 00:07:18,646 --> 00:07:21,441 Nampaknya dia berpendapat 98 00:07:21,524 --> 00:07:25,069 kita takkan biarkan dia mati begitu saja. 99 00:07:25,945 --> 00:07:28,531 Dia berani makan racun 100 00:07:28,614 --> 00:07:30,283 kerana ada keyakinan tersebut. 101 00:07:34,412 --> 00:07:35,621 Awak tak apa-apa? 102 00:07:37,874 --> 00:07:40,793 Saya rasa saya dah kehilangan tenaga sebanyak sepuluh tahun 103 00:07:40,877 --> 00:07:43,629 kerana merawat dan melepaskan sekatan tenaga dia. 104 00:07:44,839 --> 00:07:48,801 Awak bukan sekadar hapuskan sekatan, malah awak beri dia tenaga awak? 105 00:07:49,385 --> 00:07:52,430 Tiada gunanya orang tua menyimpan tenaga. 106 00:07:53,139 --> 00:07:55,141 Saya berikan tenaga saya 107 00:07:55,224 --> 00:07:57,852 agar dia cepat sembuh akibat racun. 108 00:07:57,935 --> 00:08:01,856 Tolong ambil tenaga awak semula selepas Uk sembuh. 109 00:08:02,815 --> 00:08:06,152 Perlukah saya buat begitu sedangkan saya dah hapuskan sekatan tenaganya? 110 00:08:06,736 --> 00:08:10,406 Dia sudah ketinggalan selama 20 tahun untuk mempelajari mantera. 111 00:08:10,490 --> 00:08:12,909 Kalau dia mulakan latihan sekarang pun, 112 00:08:13,409 --> 00:08:17,747 dia mungkin hanya akan berjaya selepas dia berusia 60 tahun. 113 00:08:17,830 --> 00:08:20,666 Itulah nasib yang telah ditentukan untuknya. 114 00:08:22,668 --> 00:08:24,045 Kita perlu pastikannya begitu. 115 00:08:25,880 --> 00:08:29,091 Kalau itu yang awak nak, saya akan ambil semula tenaga saya. 116 00:08:29,175 --> 00:08:30,301 Tahu tak? 117 00:08:31,177 --> 00:08:33,971 Saya sangat letih. Saya nak berehat. 118 00:08:34,639 --> 00:08:36,849 Tolong tuangkan wain untuk saya. 119 00:08:40,811 --> 00:08:41,938 Wain? 120 00:08:44,065 --> 00:08:45,107 Apa? 121 00:08:45,942 --> 00:08:49,487 Tiada wain di dalam bilik ahli sihir. 122 00:08:49,570 --> 00:08:50,821 Saya nampak tadi. 123 00:08:51,906 --> 00:08:54,116 Awak sembunyikannya dalam bilik awak. 124 00:08:54,700 --> 00:08:57,537 Aduhai. Wain yang awak minum setiap kali awak rasa sunyi. 125 00:08:58,120 --> 00:09:00,456 - Saya tidak sunyi! - Oh, Tuhan. 126 00:09:02,875 --> 00:09:03,834 Saya cuma… 127 00:09:03,918 --> 00:09:05,127 Aduh, sakit kepala saya. 128 00:09:06,087 --> 00:09:07,046 Itu… 129 00:09:07,129 --> 00:09:08,714 Apa namanya? 130 00:09:08,798 --> 00:09:10,299 Ya. Insomnia. 131 00:09:10,925 --> 00:09:12,718 Insomnia saya teruk. 132 00:09:15,054 --> 00:09:16,681 Saya minum ini sebagai ubat. 133 00:09:22,979 --> 00:09:26,482 Kesunyian buat awak tak boleh tidur. 134 00:09:26,566 --> 00:09:28,859 Itu sebabnya awak perlu kahwin awal. 135 00:09:29,652 --> 00:09:34,574 Awak masih belum dapat lupakan Do-hwa? Itu sebabnya tak kahwin lagi? 136 00:09:46,419 --> 00:09:47,336 Dah habis. 137 00:09:48,212 --> 00:09:49,463 - Apa? - Awak dah habiskan? 138 00:09:50,965 --> 00:09:53,175 Mustahil. Tak mungkin. 139 00:09:57,430 --> 00:09:58,514 Apa? 140 00:09:58,598 --> 00:10:01,225 Nampaknya awak sangat sunyi. 141 00:10:01,309 --> 00:10:04,353 Saya cuma minum segelas apabila tak dapat tidur sahaja. 142 00:10:04,979 --> 00:10:06,480 Saya minum segelas setiap kali… 143 00:10:13,321 --> 00:10:16,782 Ini ialah wain yang pak cik saya minum secara sorok-sorok. 144 00:10:16,866 --> 00:10:18,492 Sedapnya. 145 00:10:19,243 --> 00:10:22,705 Disebabkan impian Uk dari dulu sudah menjadi kenyataan, 146 00:10:22,788 --> 00:10:23,998 kita perlu raikannya. 147 00:10:24,540 --> 00:10:25,958 Pengiring bernama Mu-deok itu… 148 00:10:26,500 --> 00:10:28,336 Uk baru kenal dengannya, bukan? 149 00:10:30,129 --> 00:10:33,341 Dia sanggup risikokan nyawanya untuk tuan yang baru dikenalinya? 150 00:10:35,676 --> 00:10:36,636 Pelik. 151 00:10:36,719 --> 00:10:39,555 Uk selamatkan dia daripada menjalani hidup sebagai gisaeng. 152 00:10:39,639 --> 00:10:42,933 Dia sangat tak suka kerja itu sampai sanggup berpura-pura buta. 153 00:10:43,017 --> 00:10:44,685 Minumlah. 154 00:10:44,769 --> 00:10:46,062 "Buta"? 155 00:10:46,646 --> 00:10:50,107 Ya. Menurut Ju-wol, semasa sampai di Chwiseonru, matanya buta, 156 00:10:50,191 --> 00:10:52,068 tapi boleh melihat selepas dia pergi. 157 00:10:52,151 --> 00:10:54,070 Wain ini sangat enak. 158 00:10:56,030 --> 00:10:57,365 Dia pandai memperdaya. 159 00:10:58,491 --> 00:11:01,619 Dia tipu yang matanya buta dan cakap dia beri Uk makan racun. 160 00:11:02,953 --> 00:11:05,247 Dia tetap kunci mulut walaupun diseksa. 161 00:11:05,790 --> 00:11:07,458 Dia nampak saja begitu. 162 00:11:07,541 --> 00:11:10,086 Secara luaran, dia nampak comel dan naif. 163 00:11:10,169 --> 00:11:12,421 Orang sebegitu merahsiakan sesuatu. 164 00:11:19,261 --> 00:11:21,806 - Awak dah habiskan. - Ya. Kenapa? 165 00:11:23,265 --> 00:11:25,559 Saya nampak pak cik awak bergegas ke sini. 166 00:11:25,643 --> 00:11:27,144 Maksudnya awak dalam masalah. 167 00:11:28,229 --> 00:11:30,773 - Saya tak minum langsung. - Tunggu. Yul. 168 00:11:30,856 --> 00:11:31,941 Yul! 169 00:11:34,693 --> 00:11:36,070 - Alamak. - Dang-gu. 170 00:11:38,239 --> 00:11:39,490 Matilah saya. 171 00:11:41,409 --> 00:11:42,535 Dang-gu. 172 00:11:44,578 --> 00:11:45,621 Awak yang minum, bukan? 173 00:11:46,414 --> 00:11:47,248 Tidak. 174 00:11:52,628 --> 00:11:53,921 Mari sini. 175 00:11:54,672 --> 00:11:56,549 - Dang-gu. - Ya, pak cik? 176 00:12:06,267 --> 00:12:07,560 Dia bernafaskah? 177 00:12:13,607 --> 00:12:14,733 Awak dah sedar. 178 00:12:15,609 --> 00:12:17,903 Saya ingatkan awak akan mati kerana asyik pengsan. 179 00:12:21,657 --> 00:12:22,658 Aduhai. 180 00:12:24,910 --> 00:12:26,078 Sakitkah? 181 00:12:27,204 --> 00:12:29,248 Saya rasa semua tulang saya dah patah. 182 00:12:29,832 --> 00:12:31,083 Mereka kata tiada yang patah. 183 00:12:32,209 --> 00:12:33,711 - Betulkah? - Ya. 184 00:12:34,253 --> 00:12:36,630 Kalau tak patah, kenapa sakit? 185 00:12:36,714 --> 00:12:38,215 Badan tak guna. 186 00:12:40,176 --> 00:12:41,218 Awak… 187 00:12:43,387 --> 00:12:45,181 Kenapa awak mengaku beri saya racun? 188 00:12:46,307 --> 00:12:48,642 Kalau awak kata tak tahu apa-apa, 189 00:12:48,726 --> 00:12:50,478 mereka takkan seksa awak begitu. 190 00:12:52,021 --> 00:12:54,482 Saya perlu yakinkan mereka yang awak akan mati. 191 00:12:54,982 --> 00:12:57,443 Kalau tak, mereka takkan hapuskan sekatan tenaga awak. 192 00:12:58,194 --> 00:13:00,029 Mereka cuma akan cari penawar. 193 00:13:01,655 --> 00:13:03,532 Awak betul-betul risikokan nyawa awak. 194 00:13:06,869 --> 00:13:09,580 Saya ingatkan saya akan kehilangan sebelah tangan atau kaki, 195 00:13:10,331 --> 00:13:11,540 tapi saya elok saja. 196 00:13:12,041 --> 00:13:14,460 Orang-orang Songrim baik sangat. 197 00:13:14,543 --> 00:13:16,337 Ini sahaja cara kamu seksa orang? 198 00:13:19,340 --> 00:13:20,341 Apa pun, 199 00:13:21,258 --> 00:13:23,719 awak masih nampak pucat lagi. 200 00:13:24,220 --> 00:13:25,554 Kenapa awak berada di sini? 201 00:13:26,889 --> 00:13:29,099 Jelas sekali, saya menjaga orang sakit. 202 00:13:30,059 --> 00:13:32,186 Semua tabib di sini adalah ahli sihir. 203 00:13:32,269 --> 00:13:33,854 Mereka tak boleh tahu tentang awak. 204 00:13:34,438 --> 00:13:38,025 Itu sebabnya saya tutup pintu dan pastikan tiada siapa nampak awak. 205 00:13:38,108 --> 00:13:41,695 Saya yang tukar baju awak dan sapu ubat di luka. 206 00:13:41,779 --> 00:13:44,198 Saya juga urut awak setiap kali awak pengsan. 207 00:13:45,533 --> 00:13:47,743 - Awak buat begitu? - Ya. 208 00:13:52,248 --> 00:13:55,960 Awak hanya benarkan saya seorang untuk berada rapat dengan awak begini. 209 00:14:27,157 --> 00:14:28,325 Sepanjang hayat saya, 210 00:14:29,285 --> 00:14:32,079 semua orang tak faham betapa terdesaknya saya. 211 00:14:35,082 --> 00:14:36,709 Awak orang pertama yang sanggup 212 00:14:38,168 --> 00:14:39,420 bahayakan nyawa untuk saya. 213 00:14:52,766 --> 00:14:55,936 Saya masih hidup seperti yang dijanjikan. 214 00:14:56,020 --> 00:14:58,188 Jadi saya akan anggap awak sebagai guru saya. 215 00:15:06,405 --> 00:15:08,741 Saya dah berjumpa 12 orang guru. 216 00:15:09,450 --> 00:15:12,745 Orang fikir saya telah dibuang, tapi sebenarnya saya yang buang mereka. 217 00:15:15,205 --> 00:15:18,375 Sekarang, saya dah jumpa guru sebenar yang terima permintaan saya. 218 00:15:18,459 --> 00:15:20,878 Saya akan melutut dan bersumpah 219 00:15:20,961 --> 00:15:23,213 akan setia sebagai anak didik awak selama-lamanya. 220 00:15:25,424 --> 00:15:26,717 Saya ada syarat. 221 00:15:29,428 --> 00:15:31,931 Jangan beritahu sesiapa tentang hubungan kita. 222 00:15:33,098 --> 00:15:34,892 Awak akan jadi tuan muda saya selamanya 223 00:15:36,352 --> 00:15:38,228 dan saya ialah pengiring awak, Mu-deok. 224 00:15:41,815 --> 00:15:42,900 Lagi satu, 225 00:15:43,734 --> 00:15:47,738 saya akan jadi guru awak sehingga tenaga awak berada di kemuncak 226 00:15:47,821 --> 00:15:50,199 dan saya berjaya menemui tenaga saya semula. 227 00:15:52,368 --> 00:15:53,535 Itulah penamat kita. 228 00:15:55,120 --> 00:15:57,998 Di saat saya jumpa tenaga saya dan kembali sebagai Naksu, 229 00:16:00,084 --> 00:16:02,544 hubungan guru dan pelajar kita akan tamat. 230 00:16:03,671 --> 00:16:05,422 Ada sebab perlu buat begitu? 231 00:16:08,926 --> 00:16:10,010 Pada saat itu, 232 00:16:11,220 --> 00:16:13,263 tiada lagi alasan untuk awak melindungi saya. 233 00:16:14,598 --> 00:16:16,266 Saya juga tiada alasan… 234 00:16:19,728 --> 00:16:20,980 untuk lepaskan awak. 235 00:16:30,072 --> 00:16:32,700 Maksudnya kita akan pilih jalan sendiri selepas itu? 236 00:16:33,367 --> 00:16:34,410 Baiklah. 237 00:16:37,413 --> 00:16:38,414 Saya setuju. 238 00:16:39,039 --> 00:16:41,875 Jika saya dah tak berguna lagi untuk awak dan awak buang saya, 239 00:16:41,959 --> 00:16:44,586 saya akan lupakan awak juga. 240 00:16:51,176 --> 00:16:53,554 Sekarang, melutut di hadapan guru awak. 241 00:17:00,853 --> 00:17:02,104 Saya, Jang Uk, 242 00:17:02,813 --> 00:17:05,691 akan melindungi guru saya, Mu-deok, dengan nyawa saya. 243 00:18:25,479 --> 00:18:27,439 Awak dah kembali waras. 244 00:18:35,239 --> 00:18:37,407 Nampaknya, awak takkan jadi gila buat sementara. 245 00:18:37,950 --> 00:18:41,286 Kalau begitu, kita berjumpa di istana nanti. 246 00:18:50,546 --> 00:18:53,048 Pemindah roh yang dah jadi gila pun masih berguna 247 00:18:53,132 --> 00:18:55,134 jika kita beri mereka makan roh manusia. 248 00:18:57,386 --> 00:18:59,805 Awak dah hapuskan tubuh gisaeng yang Naksu gunakan? 249 00:19:00,305 --> 00:19:02,766 Ya. Saya sudah campak ke dalam Tasik Gyeongcheondaeho. 250 00:19:02,850 --> 00:19:04,852 Awak dah periksa kesan biru pada tubuh itu? 251 00:19:10,232 --> 00:19:11,692 Tiada kesan biru. 252 00:19:13,152 --> 00:19:14,486 Dia bukan Naksu. 253 00:19:16,613 --> 00:19:18,782 Ya. Saya dah periksa. 254 00:19:18,866 --> 00:19:22,244 Kalau dia Naksu yang saya kenal, dia takkan tewas kepada awak dengan mudah. 255 00:19:22,911 --> 00:19:26,123 Tapi dia pasti kehilangan kuasa kerana masuk ke dalam tubuh yang lemah. 256 00:19:26,206 --> 00:19:29,459 Adakah pemindah roh boleh hilang tenaga apabila berpindah tubuh? 257 00:19:30,586 --> 00:19:32,254 Jika tenaga roh terlalu kuat 258 00:19:32,337 --> 00:19:36,425 dan tubuh baru itu tidak cukup kuat, tenaganya takkan kembali. 259 00:19:36,508 --> 00:19:38,260 Pernahkah awak lihat kejadian begitu? 260 00:19:47,436 --> 00:19:48,437 Tuanku. 261 00:19:48,520 --> 00:19:50,272 Patik Jin Mu, anak didik Jang Gang. 262 00:19:50,355 --> 00:19:52,107 Tuanku panggil patik menghadap? 263 00:20:02,659 --> 00:20:03,577 Jin Mu. 264 00:20:04,661 --> 00:20:05,579 Ya, Tuanku. 265 00:20:05,662 --> 00:20:08,790 Saya bukan raja. Saya guru awak, Jang Gang. 266 00:20:09,583 --> 00:20:12,294 Saya telah pindahkan roh saya ke dalam tubuh raja. 267 00:20:22,387 --> 00:20:25,015 Awak ialah tuan guru saya? 268 00:20:25,098 --> 00:20:27,935 Ya. Roh saya telah dimasukkan ke dalam tubuh Tuanku. 269 00:20:29,186 --> 00:20:31,021 Kalau begitu, di mana Tuanku? 270 00:20:31,104 --> 00:20:32,898 Tuanku ada dalam tubuh saya. 271 00:20:33,482 --> 00:20:35,567 Saya mesti cari tubuh saya sekarang. 272 00:20:36,151 --> 00:20:38,654 Tapi saya tak dapat tenaga saya. 273 00:20:38,737 --> 00:20:41,490 Awak perlu tolong saya. 274 00:20:43,283 --> 00:20:44,284 Tuan guru. 275 00:20:44,826 --> 00:20:47,746 Saya tiada ilmu pertukaran roh. 276 00:20:48,580 --> 00:20:52,584 Sediakan Pelenting Roh yang terdapat di Bilik Rahsia Cheonbugwan. 277 00:20:53,085 --> 00:20:56,213 Saya akan ajar awak ilmu pertukaran roh. 278 00:20:59,091 --> 00:21:02,010 Tenaganya tidak kembali selepas memasuki tubuh yang lemah. 279 00:21:02,094 --> 00:21:04,096 Sebab itulah saya diberi peluang. 280 00:21:05,639 --> 00:21:06,974 Saya bertuah. 281 00:21:09,476 --> 00:21:11,395 Bakar semua mayat ini. 282 00:21:30,289 --> 00:21:35,127 Geledah rumah pelacuran tempat gisaeng ini bekerja. 283 00:21:35,711 --> 00:21:38,046 Cari siapa pemilik Tangkal Roh ini 284 00:21:39,298 --> 00:21:40,716 dan bergerak secara rahsia. 285 00:21:41,341 --> 00:21:42,301 Baik. 286 00:21:57,232 --> 00:21:58,483 Awak buat apa? 287 00:22:00,569 --> 00:22:01,570 Sejuknya. 288 00:22:02,279 --> 00:22:04,239 Air ini sejuk macam ais. 289 00:22:04,323 --> 00:22:07,075 Mestilah air itu sejuk. Kenapa awak duduk di situ? 290 00:22:09,661 --> 00:22:12,080 Ini kali pertama air terasa sejuk sampai ke tulang. 291 00:22:12,831 --> 00:22:15,334 Dulu saya akan pengsan jika sejuk kerana tenaga disekat. 292 00:22:15,917 --> 00:22:18,211 Saya masih boleh berdiri walaupun menggigil. 293 00:22:18,295 --> 00:22:20,964 Nampaknya tenaga saya memang sudah mengalir sekarang. 294 00:22:21,048 --> 00:22:23,550 Apabila sudah handal mantera, awak takkan rasa panas atau sejuk, 295 00:22:23,633 --> 00:22:25,010 api juga tak terasa panas. 296 00:22:25,719 --> 00:22:27,971 Siapa awak sebelum awak berpindah tubuh? 297 00:22:28,055 --> 00:22:30,390 Saya dengar banyak kisah tentang kekejaman awak, 298 00:22:31,099 --> 00:22:32,559 tapi tak pernah tengok sendiri. 299 00:22:32,642 --> 00:22:34,936 Saya dengar awak agak kuat. 300 00:22:36,438 --> 00:22:40,734 Saya bukan setakat kuat sahaja. Saya sangat kuat. 301 00:22:41,401 --> 00:22:43,028 "Sangat kuat"? Baiklah. 302 00:22:43,111 --> 00:22:46,656 Ada peringkat tertentu sebelum menjadi ahli sihir yang terhebat. 303 00:22:48,867 --> 00:22:51,286 Pertama ialah Jipsu, kebolehan kumpul tenaga air. 304 00:22:57,334 --> 00:22:59,836 Yang kedua ialah Ryusu, dapatkan tenaga dari aliran air. 305 00:23:01,880 --> 00:23:03,715 Ketiga, mengawal tenaga di atmosfera, 306 00:23:06,176 --> 00:23:07,219 Chisu. 307 00:23:07,928 --> 00:23:11,389 Saya ialah ahli sihir yang sudah berada di tahap Chisu. 308 00:23:11,473 --> 00:23:14,142 Tak ramai ahli sihir di Daeho yang berada di tahap itu. 309 00:23:14,726 --> 00:23:17,938 Awak memang sangat hebat. 310 00:23:18,688 --> 00:23:19,731 Ya. 311 00:23:20,524 --> 00:23:22,776 Saya bergerak tanpa bunyi seperti bayang-bayang. 312 00:23:23,485 --> 00:23:27,447 Kepala musuh saya akan berguling apabila saya berada di sana. 313 00:23:28,240 --> 00:23:29,699 Sayalah Pembunuh Bayang, 314 00:23:31,118 --> 00:23:32,452 Naksu. 315 00:23:45,507 --> 00:23:47,425 Saya berjalan di atas air seperti terbang. 316 00:23:48,468 --> 00:23:50,720 Angin akan bertiup di tempat saya lalu. 317 00:24:08,405 --> 00:24:11,867 Jika saya buat begini, hujan akan turun. 318 00:24:15,829 --> 00:24:19,457 Saya ialah ahli sihir terhebat, Naksu, 319 00:24:20,041 --> 00:24:23,044 yang mampu mencipta hujan dan salji… 320 00:24:27,090 --> 00:24:28,425 Awak tak apa-apa? 321 00:24:30,594 --> 00:24:32,053 Saya baru lompat sedikit, 322 00:24:32,888 --> 00:24:35,849 tapi saya sudah tercungap-cungap. 323 00:24:40,812 --> 00:24:41,730 Kenapa? 324 00:24:41,813 --> 00:24:43,899 Kebas! Kaki saya kebas! 325 00:24:43,982 --> 00:24:44,941 Kebas? 326 00:24:45,025 --> 00:24:48,320 Kaki ini pendek, kurus dan lemah. Ia juga tak tahan sejuk. 327 00:24:49,029 --> 00:24:50,864 Badan tak guna! 328 00:24:52,908 --> 00:24:56,745 Awak patut berhati-hati. Awak bukan Pembunuh Bayang bernama Naksu, 329 00:24:56,828 --> 00:24:58,872 tapi pengiring keluarga Jang, Mu-deok. 330 00:24:58,955 --> 00:25:02,083 Kalau awak melompat-lompat seperti tadi, 331 00:25:02,751 --> 00:25:03,752 awak akan tercedera. 332 00:25:05,295 --> 00:25:06,671 Ini sangat memalukan. 333 00:25:10,634 --> 00:25:12,761 Jangan rasa begitu. Bukankah awak ada saya? 334 00:25:13,345 --> 00:25:15,889 Jom mulakan latihan kerana tenaga saya sudah mengalir. 335 00:25:15,972 --> 00:25:18,141 Tapi sebelum itu, pakailah kasut dulu. Sejuk. 336 00:25:33,281 --> 00:25:34,658 Kenapa? 337 00:25:35,242 --> 00:25:36,534 Awak tak lincah. 338 00:25:37,911 --> 00:25:38,745 Angkat. 339 00:25:42,249 --> 00:25:43,291 Apa awak nak buat? 340 00:25:44,292 --> 00:25:47,712 Biar saya periksa kemahiran anak didik yang tak nak saya rasa malu. 341 00:25:47,796 --> 00:25:48,964 Apa? 342 00:26:02,352 --> 00:26:03,645 Kenapa pukul saya? 343 00:26:03,728 --> 00:26:05,146 Awak tak pandai lawan pedang. 344 00:26:06,231 --> 00:26:07,315 Tunjukkan kemahiran berlawan. 345 00:26:23,748 --> 00:26:25,166 Budak ini… 346 00:26:25,250 --> 00:26:26,293 Aduh, sakitnya. 347 00:26:38,888 --> 00:26:40,348 Awak tak pandai berlawan. 348 00:26:42,142 --> 00:26:44,561 Awak lebih teruk daripada yang saya jangka. 349 00:26:44,644 --> 00:26:47,480 Apa? Ini kerana saya tak diajar betul-betul. 350 00:26:51,651 --> 00:26:53,820 Bukankah awak pernah ada 12 guru? 351 00:26:54,321 --> 00:26:56,656 Walaupun tak belajar mantera kerana tiada tenaga, 352 00:26:56,740 --> 00:27:00,160 awak pasti dah tahu asas seni pertahankan diri jika awak mencuba. 353 00:27:00,243 --> 00:27:02,412 Saya langsung tak bermotivasi untuk mencuba. 354 00:27:02,495 --> 00:27:03,496 Awak pun tahu, 355 00:27:03,580 --> 00:27:05,790 tubuh saya tak bergerak ikut kehendak saya. 356 00:27:06,666 --> 00:27:07,834 Awak pemalas. 357 00:27:08,335 --> 00:27:12,088 Saya perasan yang awak tak suka buat apa-apa sendiri di rumah. 358 00:27:12,172 --> 00:27:14,299 Saya dah hafal semuanya. Cuba tanya. 359 00:27:14,382 --> 00:27:16,009 Macam mana saya kenal awak? 360 00:27:16,092 --> 00:27:18,595 Saya cam Tansu awak. Semuanya ada dalam otak saya. 361 00:27:19,095 --> 00:27:20,347 Harap pandai cakap sahaja. 362 00:27:20,430 --> 00:27:21,931 Tenaga saya dah tak tersekat. 363 00:27:24,768 --> 00:27:26,644 Awak nampak tak? 364 00:27:26,728 --> 00:27:28,355 Saya cepat belajar. 365 00:27:28,438 --> 00:27:31,316 Saya akan kuasai Jipsu tak lama lagi. Berapa lama ambil masa? 366 00:27:31,399 --> 00:27:33,526 Saya yang cepat belajar pun ambil lima tahun. 367 00:27:33,610 --> 00:27:35,403 Orang yang perlahan ambil 20 tahun. 368 00:27:35,487 --> 00:27:36,613 Awak pula… 369 00:27:38,156 --> 00:27:40,283 Mungkin awak boleh kuasainya dengan pantas 370 00:27:40,867 --> 00:27:42,160 kerana awak anak Jang Gang. 371 00:27:43,286 --> 00:27:45,121 Kenapa sebut nama itu? 372 00:27:45,205 --> 00:27:48,083 Jang Gang ialah genius yang kuasai Jipsu dalam setahun. 373 00:27:48,875 --> 00:27:50,085 Jika awak berjaya, 374 00:27:50,168 --> 00:27:52,754 khabar angin yang awak bukan anaknya akan reda. 375 00:27:52,837 --> 00:27:54,964 Tapi saya tak tahu awak mampu atau tidak. 376 00:27:55,465 --> 00:27:57,634 Kalau dia setahun, saya akan ambil enam bulan. 377 00:27:57,717 --> 00:27:59,594 Tidak. Separuh daripada itu. Tiga bulan. 378 00:28:00,178 --> 00:28:01,012 Jangan berlagak. 379 00:28:01,096 --> 00:28:04,015 Itu azam saya. Jangan patahkan semangat saya. 380 00:28:08,019 --> 00:28:10,188 Cik Kim suruh saya sapu seluruh laman. 381 00:28:10,688 --> 00:28:12,190 Awak dah semakin sembuh 382 00:28:12,273 --> 00:28:15,193 dan juga bersemangat. Jadi awak perlu tolong saya. 383 00:28:18,154 --> 00:28:19,030 Apa? 384 00:28:20,907 --> 00:28:22,117 Mu-deok. 385 00:28:22,200 --> 00:28:26,579 Tubuh saya yang malas ini takkan bergerak jika bukan kehendaknya. 386 00:28:28,456 --> 00:28:29,582 Selamat berjaya. 387 00:28:30,917 --> 00:28:31,918 Tak guna… 388 00:28:32,001 --> 00:28:34,087 - Budak ini… - Sejuknya. Sangat dingin. 389 00:28:34,170 --> 00:28:36,506 Lelaki pemalas yang pandai berlagak saja! 390 00:28:36,589 --> 00:28:39,801 Sangat dingin. Sejuknya. 391 00:28:44,139 --> 00:28:49,060 Tuan Heo telah mereneh ubat untuk Tuan Muda Jang Uk. 392 00:28:49,602 --> 00:28:51,187 Ubat itu sangat berkesan 393 00:28:51,271 --> 00:28:55,066 mungkin kerana tenaganya sudah mengalir seperti biasa. 394 00:28:56,192 --> 00:29:00,405 Awak nampak sangat seronok. 395 00:29:02,031 --> 00:29:05,285 Adakah tuan tak gembira kerana tenaganya sudah kembali? 396 00:29:07,120 --> 00:29:10,248 Tuan tak buat apa-apa walaupun Tuan Muda Uk hampir mati, bukan? 397 00:29:11,416 --> 00:29:15,211 Tuan Muda Uk pasti sudah mati jika bukan kerana Tuan Heo. 398 00:29:15,295 --> 00:29:19,048 Saya perlu cari cara untuk selamatkannya tanpa memusnahkan sekatan tenaganya. 399 00:29:19,132 --> 00:29:20,383 Tuan sangat kejam. 400 00:29:21,176 --> 00:29:24,053 Adakah tuan menjarakkan diri daripada Tuan Muda Uk 401 00:29:24,137 --> 00:29:25,138 kerana… 402 00:29:26,222 --> 00:29:27,474 khabar angin tersebut? 403 00:29:33,438 --> 00:29:35,398 Khabar angin apa? 404 00:29:35,482 --> 00:29:36,733 Jangan pura-pura tak tahu. 405 00:29:37,525 --> 00:29:39,527 Menurut khabar angin, 406 00:29:39,611 --> 00:29:42,906 Tuan Muda Uk ialah anak kandung tuan. Bukankah tuan juga tahu? 407 00:29:44,449 --> 00:29:46,951 Awak berani ulang khabar angin… 408 00:29:48,745 --> 00:29:50,789 yang tak masuk akal itu di sini? 409 00:29:51,790 --> 00:29:53,500 Bukankah itu masuk akal? 410 00:29:53,583 --> 00:29:56,711 Jujur saja. Sebelum Puan Do-hwa berkahwin dengan Tuan Jang Gang, 411 00:29:56,795 --> 00:29:59,631 bukankah tuan sangat mencintainya? 412 00:30:00,215 --> 00:30:03,927 Tuan hantar puisi dan hadiah kepadanya. 413 00:30:04,010 --> 00:30:05,178 Saya nampak semua itu. 414 00:30:06,054 --> 00:30:09,224 Semua orang kata tuan tak berkahwin kerana belum dapat melupakannya. 415 00:30:10,225 --> 00:30:11,559 Awak pula bagaimana? 416 00:30:12,227 --> 00:30:14,938 Adakah awak masih belum berkahwin dan tinggal di sini 417 00:30:15,522 --> 00:30:19,234 kerana belum dapat melupakan Jang Gang? 418 00:30:19,818 --> 00:30:20,693 Apa? 419 00:30:20,777 --> 00:30:24,739 Saya juga tahu betapa awak menyukai Jang Gang. 420 00:30:26,074 --> 00:30:28,117 Jang Gang sukakan dotorimuk. 421 00:30:28,201 --> 00:30:29,953 Awak sanggup mendaki gunung 422 00:30:30,036 --> 00:30:31,955 - dan jadi seperti tupai… - Tupai? 423 00:30:32,038 --> 00:30:34,415 untuk petik buah ok. Saya tahu semua itu. 424 00:30:38,545 --> 00:30:39,546 Maksudnya? 425 00:30:40,755 --> 00:30:44,843 Tuan pandang rendah terhadap usaha saya memetik buah ok untuk Tuan Jang? 426 00:30:47,136 --> 00:30:48,304 Ya! 427 00:30:48,930 --> 00:30:51,432 Saya pergi merata gunung untuk petik buah ok! 428 00:30:52,016 --> 00:30:55,854 Itu kerana hanya itu caranya untuk saya tunjukkan perasaan saya. 429 00:30:56,729 --> 00:30:59,065 Ya! Ketawalah! 430 00:31:06,406 --> 00:31:07,490 Saya bukan ketawakan. 431 00:31:09,450 --> 00:31:11,619 Apabila lihat awak memetik buah ok, 432 00:31:13,705 --> 00:31:14,831 saya rasa sedih. 433 00:31:17,458 --> 00:31:19,085 Ini kerana 434 00:31:19,711 --> 00:31:22,797 saya pun tahu betapa sunyinya awak kerana tiada apa awak boleh buat 435 00:31:23,548 --> 00:31:24,799 selain daripada memetik ok. 436 00:31:27,260 --> 00:31:28,303 Kita… 437 00:31:28,970 --> 00:31:31,556 Walaupun orang mengumpat dan salah faham tentang kita, 438 00:31:32,223 --> 00:31:35,643 kita tak patut layan satu sama lain begitu. 439 00:31:38,313 --> 00:31:41,566 Zaman muda kita yang dipenuhi dengan cinta yang membara 440 00:31:42,901 --> 00:31:45,403 kini tinggal sebagai sebuah luka… 441 00:31:47,113 --> 00:31:48,781 yang tak nampak dengan mata kasar. 442 00:31:53,953 --> 00:31:57,290 Saya tersilap cakap berkenaan tuan kerana saya marah berkenaan… 443 00:31:58,166 --> 00:32:00,251 kejadian berkaitan Tuan Muda Uk. 444 00:32:00,335 --> 00:32:01,628 Tolong maafkan saya. 445 00:32:03,171 --> 00:32:05,924 Saya juga sangat sayangkan Uk. 446 00:32:06,007 --> 00:32:09,677 Saya cuma rasa gelisah kerana selepas sekatan tenaganya dimusnahkan, 447 00:32:10,678 --> 00:32:14,307 terasa seperti kita telah memusnahkan pendinding 448 00:32:14,390 --> 00:32:16,476 yang sedang melindunginya. 449 00:32:17,560 --> 00:32:19,979 Saya mungkin terpaksa… 450 00:32:21,814 --> 00:32:24,442 mematahkan keinginannya di masa depan. 451 00:32:26,903 --> 00:32:29,280 Jangan bencikan saya. 452 00:32:31,699 --> 00:32:32,992 Mari lihat apa akan berlaku. 453 00:32:40,875 --> 00:32:43,586 Tuan Muda Uk. Ini ubat dibuat daripada ginseng. 454 00:32:44,170 --> 00:32:45,463 Tolong habiskannya. 455 00:32:45,546 --> 00:32:46,673 "Ginseng"? 456 00:32:47,298 --> 00:32:49,008 Saya makan dan minum nanti. Biarkan di sini. 457 00:32:49,092 --> 00:32:50,259 Sekali lagi? 458 00:32:50,843 --> 00:32:52,428 Tuan mahu beri kepada Mu-deok? 459 00:32:53,012 --> 00:32:55,640 Sejuk di luar. Saya nak dia rasa hangat selepas minum ini. 460 00:32:56,557 --> 00:32:59,018 Kenapa suruh dia menyapu laman sedangkan cuaca sejuk? 461 00:33:00,353 --> 00:33:01,396 Nanti. 462 00:33:02,397 --> 00:33:04,691 Pengiring itu terima rawatan secara percuma. 463 00:33:04,774 --> 00:33:06,609 Itu sebabnya saya suruh dia menyapu. 464 00:33:06,693 --> 00:33:09,487 Kenapa suruh dia menyapu? Mungkin awak yang patut menyapu. 465 00:33:10,738 --> 00:33:13,533 Saya perlu sediakan ubat dan makanan tuan. 466 00:33:13,616 --> 00:33:14,742 Saya perlu jaga tuan. 467 00:33:14,826 --> 00:33:17,286 Mu-deok akan jaga saya. Awak tak perlu risau lagi. 468 00:33:20,540 --> 00:33:21,708 Baiklah. 469 00:33:21,791 --> 00:33:24,002 Tuan cuma perlukan Mu-deok sekarang. 470 00:33:25,503 --> 00:33:28,172 Saya yang kini sudah tak berguna, akan keluar 471 00:33:28,256 --> 00:33:30,925 dan sapu laman seperti yang dilakukan oleh Mu-deok. 472 00:33:33,761 --> 00:33:38,391 Tidak. Bukan begitu. Saya cuma rasa awak keletihan kerana saya. 473 00:33:38,474 --> 00:33:41,561 Berapa lama awak ambil untuk menyediakan ginseng ini? 474 00:33:41,644 --> 00:33:43,521 Saya merenehnya seharian. 475 00:33:43,604 --> 00:33:46,149 Tengok. Awak tak dapat tidur semalaman kerana itu. 476 00:33:46,232 --> 00:33:48,901 Awak rasa saya akan gembira atau tak? 477 00:33:50,278 --> 00:33:51,946 - Mestilah tak gembira. - Betul. 478 00:33:52,030 --> 00:33:55,450 Awak pasti keletihan sekarang kerana saya kerap timbulkan masalah. 479 00:33:56,993 --> 00:34:00,997 Kulit awak nampak kering. Sebelum ini kulit awak mulus. 480 00:34:01,581 --> 00:34:03,708 Awak yang perlu minum ginseng ini. 481 00:34:03,791 --> 00:34:07,045 Jadi kenapa tuan sentiasa menimbulkan masalah? 482 00:34:07,128 --> 00:34:08,963 Saya jadi segan apabila jumpa Tuan Park. 483 00:34:09,547 --> 00:34:10,965 Saya akan terima hukumannya. 484 00:34:11,549 --> 00:34:14,719 Tenaga saya tak disekat lagi dan akan jadi salah seorang ahli Songrim. 485 00:34:17,638 --> 00:34:21,100 Adakah tuan sangat gembira kerana tenaga tuan tak disekat lagi? 486 00:34:21,726 --> 00:34:23,352 Ya. Saya gembira. 487 00:34:24,103 --> 00:34:27,148 Selepas saya sertai Songrim dan menewaskan Yul dan Dang-gu, 488 00:34:27,231 --> 00:34:29,650 mereka pasti menyesal kerana lewat menerima saya. 489 00:34:33,654 --> 00:34:35,531 Awak patut makan ginseng ini. 490 00:34:36,282 --> 00:34:38,618 Supaya awak bertenaga. Terima kasih banyak-banyak. 491 00:34:39,285 --> 00:34:40,328 - Okey. - Terima kasih. 492 00:34:53,841 --> 00:34:56,844 Awak… Awaklah pengiring itu. 493 00:34:56,928 --> 00:34:58,763 Awak buat apa? Kami dah rawat awak. 494 00:34:58,846 --> 00:35:00,014 Luka akan dijangkiti kuman. 495 00:35:00,098 --> 00:35:02,809 Disebabkan saya terima rawatan percuma, 496 00:35:02,892 --> 00:35:05,436 saya disuruh bekerja untuk balas jasa itu. 497 00:35:05,520 --> 00:35:07,563 Kim Do-ju sangat bijak. 498 00:35:08,064 --> 00:35:11,150 Sapu sehingga bersih dan baja tanaman herba juga. 499 00:35:12,110 --> 00:35:13,027 Baiklah. 500 00:35:14,320 --> 00:35:15,571 Tunggu, Heo Yeom. 501 00:35:15,655 --> 00:35:18,032 Saya sedang sapu laman awak sekarang, 502 00:35:18,116 --> 00:35:19,992 tapi akan musnahkan Sejukwon nanti. 503 00:35:23,496 --> 00:35:25,540 Hei. Perlahan-lahan sikit. 504 00:35:25,623 --> 00:35:27,250 Awak sengaja buat begini? 505 00:35:27,875 --> 00:35:28,751 Tidak. 506 00:35:28,835 --> 00:35:30,711 Saya rasa awak memang sengaja. 507 00:35:30,795 --> 00:35:31,879 Mustahil. 508 00:35:36,008 --> 00:35:37,802 Awak lain daripada yang lain. 509 00:35:38,678 --> 00:35:39,846 Telinga awak. 510 00:35:39,929 --> 00:35:42,807 Saya pernah nampak telinga seperti ini. 511 00:35:45,309 --> 00:35:48,813 Adakah awak pernah terima rawatan daripada saya dulu? 512 00:35:50,481 --> 00:35:53,484 Adakah orang seperti saya akan terima rawatan di Sejukwon? 513 00:35:56,320 --> 00:35:59,490 Saya seperti pernah nampak telinga ini. 514 00:36:04,787 --> 00:36:05,830 Sapu elok-elok. 515 00:36:09,584 --> 00:36:10,960 Telinga saya hampir tercabut. 516 00:36:11,836 --> 00:36:13,296 Kalau sakit pun, bersabarlah. 517 00:36:13,379 --> 00:36:16,716 Tuan Heo Yeom lepaskan geram terhadap Tuan Muda Jang kepada awak. 518 00:36:16,799 --> 00:36:20,928 Dalam dunia ini, orang yang lemah yang selalu rugi. 519 00:36:21,012 --> 00:36:23,055 Saya cuma perlu diamkan diri sahaja. 520 00:36:23,139 --> 00:36:25,183 Kalau dah tahu, jangan benci Tuan Heo. 521 00:36:25,266 --> 00:36:27,143 Dia telah berikan tenaga sepuluh tahun 522 00:36:27,226 --> 00:36:29,187 kepada Tuan Muda Uk untuk menyembuhkannya. 523 00:36:30,021 --> 00:36:31,731 Sapu dan berehatlah. 524 00:36:35,693 --> 00:36:37,737 Tenaga sebanyak sepuluh tahun? 525 00:36:49,373 --> 00:36:51,000 Kenapa lambat sangat? 526 00:36:51,083 --> 00:36:53,211 Datang sini. Ini ialah ginseng… 527 00:36:54,128 --> 00:36:55,213 Awak buat apa? 528 00:36:55,296 --> 00:36:57,006 Kenapa dengan awak? 529 00:36:57,882 --> 00:36:59,050 Duduk diam-diam. 530 00:36:59,926 --> 00:37:01,928 Saya tak minta awak ke sini untuk sebab ini. 531 00:37:02,011 --> 00:37:04,263 Guru tak patut layan anak muridnya seperti ini. 532 00:37:06,641 --> 00:37:07,850 Tak guna. 533 00:37:13,064 --> 00:37:14,398 Awak buat apa? 534 00:37:14,482 --> 00:37:15,816 Saya sedang cari teras tenaga awak. 535 00:37:18,069 --> 00:37:19,028 Bernafas betul-betul. 536 00:37:36,128 --> 00:37:37,129 Ada. 537 00:37:39,131 --> 00:37:40,258 Memang ada. 538 00:37:41,509 --> 00:37:43,010 Awak memang seorang yang penting. 539 00:37:43,678 --> 00:37:44,887 Sudahlah. 540 00:37:45,513 --> 00:37:47,390 Ada apa dalam perut saya? 541 00:37:47,473 --> 00:37:48,933 Ada tenaga yang menakjubkan. 542 00:37:49,600 --> 00:37:51,894 Heo Yeom letak tenaga yang besar dalam perut awak. 543 00:37:53,938 --> 00:37:55,231 "Tenaga yang besar"? 544 00:38:03,656 --> 00:38:06,158 Uk nampaknya dah sembuh. 545 00:38:06,242 --> 00:38:08,869 Tolong ambil semula tenaga besar yang awak beri kepadanya. 546 00:38:08,953 --> 00:38:12,039 Jika ia meluap dengan salah, dia mungkin akan hilang kawalan. 547 00:38:12,748 --> 00:38:15,668 Uk takkan boleh gunakannya. 548 00:38:16,544 --> 00:38:18,629 Sekatan tenaganya baru saja dihapuskan. 549 00:38:18,713 --> 00:38:21,132 Dia tak tahu sebarang ilmu mantera. 550 00:38:21,215 --> 00:38:22,591 Kenapa risau sangat? 551 00:38:23,259 --> 00:38:27,722 Mungkin dia sendiri tak tahu ada tenaga berharga dalam tubuhnya. 552 00:38:30,850 --> 00:38:32,768 Mari kita curi tenaga besar Heo Yeom. 553 00:38:35,021 --> 00:38:38,107 Teras tenaga awak kini sudah dipenuhi dengan tenaga dari Heo Yeom. 554 00:38:39,150 --> 00:38:41,360 Awak sudah cukup kuat untuk guna Jipsu dengan mudah. 555 00:38:41,444 --> 00:38:43,863 Saya tak tahu pun ada benda berharga dalam badan saya. 556 00:38:44,447 --> 00:38:47,950 Awak telah mendapat tenaga yang dikumpul selama sepuluh tahun secara percuma. 557 00:38:48,034 --> 00:38:49,869 Bukan itu sahaja, ini tenaga Heo Yeom. 558 00:38:50,828 --> 00:38:52,121 Awak sangat bertuah. 559 00:38:52,204 --> 00:38:56,459 Saya ingatkan dia bencikan saya. Tak sangka dia sanggup buat begitu. 560 00:38:56,542 --> 00:38:59,295 Pasti untuk sementara waktu supaya awak sembuh. 561 00:38:59,795 --> 00:39:00,880 Dia akan ambil semula. 562 00:39:00,963 --> 00:39:04,342 Tak boleh. Ia dalam perut saya, jadi ia milik saya. 563 00:39:04,425 --> 00:39:06,510 Kalau tak pandai guna, 564 00:39:06,594 --> 00:39:09,472 ia tak boleh menjadi milik awak. Dia boleh ambil bila-bila masa. 565 00:39:09,555 --> 00:39:12,183 Saya perlu pastikan tenaga itu mengalir dalam tubuh saya. 566 00:39:12,266 --> 00:39:15,269 Jadi saya perlu bernafas mengikut cara sesuai dengan tenaga itu. 567 00:39:16,145 --> 00:39:19,106 Nampaknya ada hikmah awak berjumpa dengan 12 orang guru. 568 00:39:20,274 --> 00:39:21,275 Betul cakap awak. 569 00:39:22,651 --> 00:39:25,571 Tenaga daripada teras boleh beredar mengikut pernafasan awak. 570 00:39:25,654 --> 00:39:27,865 Namun cara pernafasan semua ahli sihir berbeza. 571 00:39:27,948 --> 00:39:31,619 Ini kerana kita tarik dan hembus nafas pada kadar yang berbeza. 572 00:39:32,745 --> 00:39:36,499 Ini tenaga Heo Yeom. Awak perlu bernafas mengikut cara dia bernafas. 573 00:39:37,500 --> 00:39:39,377 Mustahil dia akan ajar saya. 574 00:39:39,460 --> 00:39:42,588 Apa kata cuba semua cara? Tak susah pun, bernafas saja. 575 00:39:43,422 --> 00:39:46,717 Kalau tenaga beredar menggunakan cara pernafasan yang salah, 576 00:39:47,551 --> 00:39:51,639 semua rongga di tubuh awak akan mengalirkan darah dan awak akan mati. 577 00:39:51,722 --> 00:39:53,015 Awak nak cuba? 578 00:39:54,600 --> 00:39:55,893 Tidak. 579 00:39:55,976 --> 00:39:58,270 Awak terlalu ekstrem. 580 00:39:59,146 --> 00:40:02,316 Awak patut fikirkan cara agar saya dan perut saya akan selamat. 581 00:40:03,651 --> 00:40:07,988 Cara pernafasan asas seseorang bergantung kepada keluarga mereka. 582 00:40:08,072 --> 00:40:09,990 Heo Yeom ahli keluarga Seo. 583 00:40:10,074 --> 00:40:13,202 Kalau begitu, dia pasti menggunakan cara pernafasan keluarga Seo. 584 00:40:16,539 --> 00:40:17,623 - Seo Yul! - Seo Yul! 585 00:40:26,382 --> 00:40:28,509 Awak patut tanya dia. Bukankah awak rapat? 586 00:40:28,592 --> 00:40:30,136 Yul sangat teliti. 587 00:40:30,719 --> 00:40:34,014 Kalau saya tanya, dia akan tahu dan mengadu kepada Tuan Heo. 588 00:40:35,933 --> 00:40:37,184 Sepuluh nafas saja… 589 00:40:37,268 --> 00:40:39,979 Tidak. Tujuh kali dah cukup. 590 00:40:40,062 --> 00:40:42,857 Saya boleh tahu jika saya dapat sentuh teras tenaganya. 591 00:40:43,858 --> 00:40:45,860 Tangan awak akan patah sebelum satu nafas. 592 00:40:46,610 --> 00:40:49,280 Betul. Seo Yul bukan seperti awak. 593 00:40:50,698 --> 00:40:51,699 Saya? 594 00:40:53,117 --> 00:40:53,993 Kenapa dengan saya? 595 00:40:56,162 --> 00:40:59,457 Apa dia? Kenapa pandang saya seperti itu? Awak buat saya marah. 596 00:40:59,540 --> 00:41:02,877 Apa-apa pun, mustahil saya boleh periksa Seo Yul seperti periksa awak. 597 00:41:02,960 --> 00:41:04,420 Tidak. Tunggu, Mu-deok. 598 00:41:04,503 --> 00:41:06,130 Pandang saya. 599 00:41:06,213 --> 00:41:09,467 Maksud awak, saya mudah disentuh tapi bukan Seo Yul? 600 00:41:09,550 --> 00:41:12,136 Awak macam budak-budak. Ini bukan masa nak merengek. 601 00:41:12,720 --> 00:41:13,804 "Budak-budak"? 602 00:41:15,264 --> 00:41:16,682 Kita perlu berbincang dulu. 603 00:41:16,765 --> 00:41:18,684 Awak dah gila? Tak guna. 604 00:41:18,767 --> 00:41:19,602 Saya tak gila. 605 00:41:19,685 --> 00:41:22,021 - Ya. Saya dah gila. Memang saya gila. - Lepaskan. 606 00:41:24,899 --> 00:41:25,774 Kamu buat apa? 607 00:41:27,526 --> 00:41:28,360 Hai. 608 00:41:30,362 --> 00:41:33,365 Kenapa awak ganggu Mu-deok? 609 00:41:33,991 --> 00:41:35,034 Dia masih sakit. 610 00:41:35,117 --> 00:41:37,161 Siapa yang ganggu dia? 611 00:41:38,704 --> 00:41:40,206 - Apa? - Aduhai. 612 00:41:40,289 --> 00:41:41,874 Awak patut layan dia dengan baik. 613 00:41:43,209 --> 00:41:44,793 Awak tak apa-apa, Mu-deok? 614 00:41:46,670 --> 00:41:49,256 Tuan muda awak memang susah untuk dilayan. 615 00:41:49,340 --> 00:41:52,551 Awak perlu menjaga dia dan ketawa apabila dia bergurau apabila dia bosan. 616 00:41:52,635 --> 00:41:54,845 Dia minta air suam, tapi selepas saya ambil, 617 00:41:54,929 --> 00:41:56,347 dia minta air sejuk pula. 618 00:41:56,430 --> 00:41:58,307 - Awak… - Dia kata makanan masin, 619 00:41:58,390 --> 00:42:00,059 tapi selepas itu dia mengadu tawar. 620 00:42:00,142 --> 00:42:02,436 - Saya? - Seperti kanak-kanak, mudah ubah fikiran, 621 00:42:02,520 --> 00:42:04,897 pemalas dan selalu berlagak hebat. 622 00:42:05,773 --> 00:42:07,066 Tapi saya tiada pilihan. 623 00:42:07,149 --> 00:42:08,442 Dia tuan muda saya. 624 00:42:08,526 --> 00:42:10,486 Saya perlu bersabar dan melayannya. 625 00:42:11,153 --> 00:42:13,489 Mu-deok, awak dah faham perangai dia. 626 00:42:13,572 --> 00:42:14,907 Awak memalukan saya. 627 00:42:16,158 --> 00:42:20,120 Tapi kenapa kamu berada di sini dan bukannya di Sejukwon? 628 00:42:23,874 --> 00:42:26,460 Kami sedang lihat Yul. 629 00:42:26,544 --> 00:42:27,795 Mu-deok ajak saya ke sini. 630 00:42:30,297 --> 00:42:31,215 Yul? 631 00:42:32,341 --> 00:42:34,927 Awak patut pergi jumpa dia. Apa awak buat di sini? 632 00:42:36,095 --> 00:42:37,137 Kami mengintai dia. 633 00:42:37,721 --> 00:42:41,350 Mu-deok kata tak mudah untuknya menghampiri Yul. Jadi kami berdua 634 00:42:41,433 --> 00:42:42,560 mengintai bersama-sama. 635 00:42:45,729 --> 00:42:49,149 Mu-deok, awak suka Yul? 636 00:42:49,233 --> 00:42:51,235 - Tidak… - Wah, Dang-gu. 637 00:42:51,318 --> 00:42:53,279 Cepat betul awak faham Mu-deok. 638 00:42:53,362 --> 00:42:55,114 Saya yang rasa malu. 639 00:42:55,197 --> 00:42:58,617 - Tuan muda! Bukan begitu… - Jangan malu. 640 00:42:58,701 --> 00:43:01,620 Ramai wanita yang menyukai Yul. 641 00:43:01,704 --> 00:43:03,372 - Tak pelik awak rasa begitu. - Tak… 642 00:43:03,455 --> 00:43:05,583 Saya akan tolong kisah cinta Mu-deok. 643 00:43:05,666 --> 00:43:07,251 Uk. Awak pergi ke ruang tamu. 644 00:43:07,334 --> 00:43:08,544 Kenapa? 645 00:43:09,128 --> 00:43:10,170 Tuan Heo cari awak. 646 00:43:10,254 --> 00:43:11,255 Tuan Heo? 647 00:43:34,653 --> 00:43:36,905 Aduhai. 648 00:43:39,491 --> 00:43:41,035 Tuan Guru panggil saya? 649 00:43:43,412 --> 00:43:44,246 Ya. 650 00:43:44,872 --> 00:43:47,374 Berdasarkan bunyi suara awak batuk, 651 00:43:47,458 --> 00:43:49,209 awak sudah semakin sihat. 652 00:43:49,293 --> 00:43:51,670 Saya masih rasa pening dan loya. 653 00:43:52,338 --> 00:43:53,881 Ya. Saya asyik rasa nak pengsan. 654 00:43:54,506 --> 00:43:57,092 Namun, saya semakin sihat kerana Tuan Guru. 655 00:43:57,176 --> 00:43:59,178 Saya nampak sendiri 656 00:43:59,261 --> 00:44:03,182 awak dan pengiring awak bersiar-siar bersama-sama pagi tadi. 657 00:44:03,265 --> 00:44:04,683 Itu sangat pelik. 658 00:44:05,893 --> 00:44:07,728 Datang dekat dan berdiri. 659 00:44:08,562 --> 00:44:10,314 Saya nak ambil sesuatu daripada awak. 660 00:44:12,316 --> 00:44:13,150 Sebelum itu, 661 00:44:13,942 --> 00:44:15,778 saya mahu beri Tuan Guru sesuatu. 662 00:44:17,696 --> 00:44:18,572 Saya? 663 00:44:19,239 --> 00:44:20,991 Sewaktu saya kecil, 664 00:44:21,075 --> 00:44:23,327 saya lepaskan beberapa ekor kambing ke taman herba Sejukwon. 665 00:44:23,410 --> 00:44:25,162 Saya tahu Tuan Guru bencikan saya sejak itu. 666 00:44:25,245 --> 00:44:28,999 Kambing-kambing yang makan herba-herba itu pada waktu itu, 667 00:44:29,083 --> 00:44:30,918 masih hidup hingga hari ini. 668 00:44:31,001 --> 00:44:33,295 Terima kasih banyak-banyak kerana 669 00:44:33,379 --> 00:44:36,298 menjaga dan menyelamatkan saya walaupun buat begitu. 670 00:44:36,382 --> 00:44:38,550 Saya ingatkan awak pandai bawa masalah sahaja. 671 00:44:38,634 --> 00:44:41,720 Tak sangka awak juga pandai berterima kasih. 672 00:44:41,804 --> 00:44:43,847 Saya sediakan sesuatu untuk Tuan Guru. 673 00:44:44,431 --> 00:44:45,474 Kim Do-ju. 674 00:45:07,788 --> 00:45:11,208 Wain ini dibuat daripada mata air pulau gunung berapi di selatan Daeho, 675 00:45:11,291 --> 00:45:14,545 Ini ialah arak hitam yang dikenali sebagai arak terbaik Daeho. 676 00:45:16,130 --> 00:45:18,340 Inilah yang disediakan 677 00:45:18,424 --> 00:45:21,885 oleh Tuan Muda Jang Uk untuk berterima kasih kepada tuan. 678 00:45:26,598 --> 00:45:28,100 Arak berharga seperti ini… 679 00:45:32,646 --> 00:45:34,398 Saya dapat sebotol saja? 680 00:45:48,579 --> 00:45:52,291 Awak memang pandai berterima kasih! 681 00:45:53,625 --> 00:45:56,879 Awak telah membesarkannya dengan baik. 682 00:45:56,962 --> 00:45:58,422 - Bagus. - Terima kasih. 683 00:45:58,964 --> 00:46:00,424 Datang sini sekarang. 684 00:46:01,216 --> 00:46:02,468 Amboi. 685 00:46:06,388 --> 00:46:08,265 Amboi. Ada tiga botol. 686 00:46:13,770 --> 00:46:14,771 Bonda. 687 00:46:15,564 --> 00:46:17,733 Tenaga Jang Uk sudah tidak disekat lagi. 688 00:46:18,567 --> 00:46:22,946 Kita tak dapat membantunya kerana perlu patuh arahan Gwanju, 689 00:46:24,156 --> 00:46:27,659 tapi bukankah kita patut menerimanya sekarang? 690 00:46:27,743 --> 00:46:31,330 Kamu bukan sahaja dipergunakan olehnya, malah ditinggalkan juga. 691 00:46:32,247 --> 00:46:33,665 Tapi kamu masih menyukainya? 692 00:46:33,749 --> 00:46:36,627 Saya yang mempergunakan Uk! Saya tidak dipergunakan. 693 00:46:37,252 --> 00:46:39,588 Saya gunakan kelemahannya kerana tenaga disekat 694 00:46:39,671 --> 00:46:41,381 untuk kata dia perlu tinggal di sini. 695 00:46:41,465 --> 00:46:43,133 Cakap betul-betul. 696 00:46:43,217 --> 00:46:46,595 Dia sanggup tinggal di sini lepas kahwin jika sekatan tenaganya dihapuskan. 697 00:46:46,678 --> 00:46:47,930 Itu sebabnya dia goda kamu. 698 00:46:51,308 --> 00:46:53,060 Bukankah ia pun dah berlaku? 699 00:46:53,143 --> 00:46:56,355 Kalau bonda hapuskan sekatan tenaganya dulu, 700 00:46:56,438 --> 00:46:58,524 dia sudah pun jadi menantu mak 701 00:46:58,607 --> 00:47:02,653 dan saya dapat berkahwin dengan lelaki yang saya suka. Bukankah itu baik? 702 00:47:05,072 --> 00:47:06,114 Cho-yeon. 703 00:47:06,990 --> 00:47:09,576 Keluarga Jin tidak akan menerima pewaris Keluarga Jang 704 00:47:09,660 --> 00:47:11,745 kerana tenaganya sudah tidak disekat lagi. 705 00:47:13,205 --> 00:47:15,874 Kamu akan ganti tempat kakak kamu, Bu-yeon, 706 00:47:16,750 --> 00:47:19,711 dan menjadi ketua keluarga Jin yang akan melindungi keluarga kita. 707 00:47:21,380 --> 00:47:23,715 Cari lelaki yang akan membantu kamu. 708 00:47:25,467 --> 00:47:27,135 Kalau kakak masih hidup, 709 00:47:27,928 --> 00:47:30,097 saya boleh mengahwini lelaki yang saya suka. 710 00:47:37,271 --> 00:47:38,897 Maafkan saya, bonda. 711 00:47:40,857 --> 00:47:44,194 Periksa jika tembikar Gwigu yang pecah sudah bercantum dengan baik. 712 00:47:45,571 --> 00:47:46,613 Baik, bonda. 713 00:48:33,619 --> 00:48:37,789 Gwigu yang berharga ini telah dipecahkan oleh Jang Uk. 714 00:48:42,544 --> 00:48:44,796 Sebagai ganti rugi, apa kata saya ajak dia kahwin? 715 00:48:45,839 --> 00:48:47,090 Saya rasa dia akan menolak. 716 00:48:53,180 --> 00:48:56,892 Maknanya bilik Tuan Yul yang paling dalam? 717 00:48:56,975 --> 00:49:00,187 Ya. Yul sukakan tempat yang senyap. 718 00:49:01,897 --> 00:49:03,398 Pukul berapa dia selalu tidur? 719 00:49:03,899 --> 00:49:05,359 Jika kami tiada kerja, 720 00:49:05,442 --> 00:49:08,654 dia akan tidur paling awal dan bangun awal juga. 721 00:49:10,113 --> 00:49:11,073 Kenapa? 722 00:49:11,156 --> 00:49:13,033 Awak nak ke biliknya semasa dia tidur? 723 00:49:14,576 --> 00:49:16,495 Jangan buat begitu walaupun awak suka dia. 724 00:49:19,706 --> 00:49:20,791 Tapi dengar sini. 725 00:49:20,874 --> 00:49:23,794 Dia sentiasa makan pada waktu sama. Pergi ke tempat makan. 726 00:49:25,087 --> 00:49:26,088 Baiklah. 727 00:49:26,171 --> 00:49:29,633 Tiada guna jika pandang sahaja. Saya perlu sentuh dia. 728 00:49:47,275 --> 00:49:48,276 Mu-deok. Awak cedera? 729 00:49:52,989 --> 00:49:54,074 Hai, Yul. 730 00:49:57,202 --> 00:49:59,746 Orang luar tidak dibenarkan membaca buku di Jeongjingak. 731 00:50:00,622 --> 00:50:02,958 Dia cuma membantu saya sahaja. 732 00:50:03,041 --> 00:50:04,876 Lagipun, ini buku mantera sihir saja. 733 00:50:04,960 --> 00:50:06,753 Dia takkan faham kalau tengok pun. 734 00:50:08,880 --> 00:50:09,965 Awak sangat lincah. 735 00:50:11,299 --> 00:50:12,884 Awak tahu seni mempertahan diri? 736 00:50:15,887 --> 00:50:18,640 Saya belajar menari di rumah pelacuran. 737 00:50:21,977 --> 00:50:23,437 Itu sebabnya tubuh saya lincah. 738 00:50:27,774 --> 00:50:30,902 Awak nampak Dong-i? Saya perlukan bantuannya. 739 00:50:33,488 --> 00:50:36,366 Awak ada Mu-deok di sini. 740 00:50:36,992 --> 00:50:39,369 Pergi tolong Yul, Mu-deok. 741 00:50:39,453 --> 00:50:40,746 Saya akan bantu tuan. 742 00:50:40,829 --> 00:50:42,748 Tak. Tidak perlu. 743 00:50:59,222 --> 00:51:01,224 Tuan mahu saya kemas? 744 00:51:05,145 --> 00:51:07,939 Tuan nak makan? Tuan nak makan apa? 745 00:51:09,608 --> 00:51:12,194 Tuan! Tunggu… 746 00:51:24,748 --> 00:51:27,292 Ini ialah tempat tinggal para ahli sihir Jeongjingak. 747 00:51:27,375 --> 00:51:28,335 Jangan ikut saya. 748 00:51:33,757 --> 00:51:37,052 Saya dengar dia tidur awal. Adakah dia akan tidur sekarang? 749 00:51:50,857 --> 00:51:52,108 Adakah ini bilik mandi? 750 00:52:00,575 --> 00:52:02,744 Saya suruh awak pergi. Kenapa masih ekori saya? 751 00:52:05,455 --> 00:52:09,876 Saya rasa saya mungkin boleh bantu tuan. Itu sebabnya saya ekori tuan. 752 00:52:10,877 --> 00:52:11,753 Awak… 753 00:52:13,171 --> 00:52:14,798 mahu sesuatu daripada saya? 754 00:52:19,886 --> 00:52:22,514 Saya perlu sentuh dia. Inilah peluang saya. 755 00:52:23,473 --> 00:52:26,142 Apa yang awak mahu hingga sanggup ke bilik mandi lelaki? 756 00:53:00,135 --> 00:53:03,263 Ini masanya. Saya boleh tahu cara pernafasannya dalam enam nafas. 757 00:53:06,224 --> 00:53:07,183 Satu nafas. 758 00:53:08,226 --> 00:53:09,144 Dua nafas. 759 00:53:12,105 --> 00:53:13,189 Tiga nafas. 760 00:53:13,899 --> 00:53:14,941 Empat nafas… 761 00:53:31,207 --> 00:53:32,250 Kenapa buat begitu? 762 00:53:32,834 --> 00:53:35,003 Saya dah hampir tahu tadi. 763 00:53:35,086 --> 00:53:37,172 Saya tahu awak perhatikan saya dengan Uk tadi. 764 00:53:37,255 --> 00:53:38,715 Kenapa awak buat begitu? 765 00:53:40,091 --> 00:53:42,469 Saya boleh tahu jika peluk dia sekali lagi. 766 00:53:43,595 --> 00:53:44,471 Jawab! 767 00:53:45,388 --> 00:53:46,723 Saya cintakan awak! 768 00:54:12,707 --> 00:54:13,625 Awak tak apa-apa? 769 00:54:14,876 --> 00:54:16,002 Sakitlah! 770 00:54:32,143 --> 00:54:35,814 Awak nak tahu teknik pernafasan saya. Awak asyik sentuh teras tenaga saya. 771 00:54:36,648 --> 00:54:38,400 Saya dah kata saya cintakan awak. 772 00:54:38,483 --> 00:54:39,943 Awak memang pandai menipu. 773 00:54:40,986 --> 00:54:42,821 Tadi seni pertahanan diri, bukan tarian. 774 00:54:43,405 --> 00:54:45,031 Saya belajar sedikit 775 00:54:45,115 --> 00:54:47,617 kerana saya tak nak mati disebabkan hidup saya bahaya. 776 00:54:47,701 --> 00:54:49,202 Awak buat begini demi Uk? 777 00:54:51,997 --> 00:54:54,332 Nampaknya dia nak cuba kawal tenaga besar dalam tubuhnya. 778 00:54:54,416 --> 00:54:57,419 Tapi Uk takkan boleh buat begitu walaupun tahu cara pernafasan. 779 00:55:00,839 --> 00:55:03,133 Jangan buat perkara pelik. Dapatkan rawatan dan balik. 780 00:55:23,069 --> 00:55:24,988 Jadi awak masih ingat saya, 781 00:55:26,072 --> 00:55:27,115 Seo Yul. 782 00:56:53,368 --> 00:56:57,205 Awak ingat saya tak jumpa awak sebab bencikan awak? 783 00:56:57,288 --> 00:57:00,750 Mak awak, Do-hwa, ibarat anak saya. 784 00:57:01,334 --> 00:57:03,586 Saya ibarat datuk awak. 785 00:57:05,964 --> 00:57:07,340 Budak tak guna. 786 00:57:09,759 --> 00:57:11,553 Baiklah, datuk. 787 00:57:14,931 --> 00:57:19,018 Mak awak, Do-hwa, sangat baik. 788 00:57:20,854 --> 00:57:22,063 Mak saya baik? 789 00:57:22,730 --> 00:57:26,234 Dia baik. Awak perlu tahu tentang itu. 790 00:57:26,317 --> 00:57:29,362 Walaupun apa orang kata, awak perlu tahu yang dia baik. 791 00:57:33,032 --> 00:57:34,117 Kasihan dia… 792 00:57:37,454 --> 00:57:41,082 Ada jarak yang panjang antara nafas yang ditarik dan dihela. 793 00:57:53,386 --> 00:57:55,346 Ia tak mudah berbunyi, tapi awak pandai. 794 00:57:56,931 --> 00:57:58,766 Saya ada banyak bakat. 795 00:58:00,518 --> 00:58:01,603 Pulangkan kepada saya. 796 00:58:07,317 --> 00:58:09,194 Wisel ini sudah lama. 797 00:58:09,277 --> 00:58:11,738 Kenapa tuan masih simpan barang lama ini? 798 00:58:15,742 --> 00:58:17,243 Ia milik kawan lama saya. 799 00:58:23,541 --> 00:58:26,127 Disebabkan tuan yang simpan barang kawan tuan, 800 00:58:27,337 --> 00:58:28,963 adakah dia sudah tiada? 801 00:58:33,468 --> 00:58:34,552 Ya. 802 00:58:35,470 --> 00:58:36,888 Ini harta peninggalannya. 803 00:58:40,016 --> 00:58:41,726 Ia berharga untuk saya. Pulangkan. 804 00:58:43,478 --> 00:58:47,315 Saya akan pulangkan kepada tuan. Jadi ajar saya cara pernafasan tuan. 805 00:58:49,901 --> 00:58:52,403 Bukankah tiada guna jika saya belajar pun? 806 00:58:52,487 --> 00:58:54,781 Ini juga tidak berguna kepada saya. 807 00:58:55,490 --> 00:58:56,616 Kita saling membantu. 808 00:59:00,245 --> 00:59:01,871 Saya tidak perlukannya. 809 00:59:02,914 --> 00:59:04,374 Jadi saya mungkin pecahkannya. 810 00:59:21,849 --> 00:59:23,268 Tiga nafas sahaja. 811 01:00:04,517 --> 01:00:06,477 Ke mana dia pergi? 812 01:00:33,004 --> 01:00:35,173 Kenapa mata awak nampak sebegitu? 813 01:00:35,715 --> 01:00:38,051 Saya tak pernah nampak mata awak begitu. 814 01:00:40,762 --> 01:00:41,763 Saya suka dia. 815 01:00:46,559 --> 01:00:48,061 Awak yang cipta situasi itu. 816 01:00:48,978 --> 01:00:52,315 Saya kejar dia kerana mencintainya, tapi Yul tahu niat sebenar saya. 817 01:00:52,398 --> 01:00:53,608 Begitu rupanya. 818 01:00:54,442 --> 01:00:57,445 Awak selalunya bunuh sesiapa yang menghampiri awak, 819 01:00:57,528 --> 01:01:00,782 tapi awak sanggup mencintai seseorang kerana saya. Terima kasih. 820 01:01:01,824 --> 01:01:03,034 Awak pula? 821 01:01:03,117 --> 01:01:05,787 Heo Yeom masih belum ambil tenaganya daripada awak, bukan? 822 01:01:05,870 --> 01:01:08,206 Ia ada dalam badan saya dan saya dah tahu caranya. 823 01:01:08,289 --> 01:01:09,749 Awak bercinta tanpa sebab. 824 01:01:09,832 --> 01:01:12,377 Betulkah awak dah tahu? Jangan menipu. 825 01:01:13,086 --> 01:01:14,295 Saya dah tahu, 826 01:01:14,379 --> 01:01:16,547 jadi awak pun nak pura-pura dah buat sesuatu. 827 01:01:16,631 --> 01:01:18,758 Saya dapat rasa sesuatu bergerak dalam tubuh 828 01:01:18,841 --> 01:01:21,052 selepas bernafas dengan caranya. 829 01:01:29,394 --> 01:01:30,937 Tenaga itu sedang meluap. 830 01:01:32,355 --> 01:01:33,606 Ia berjaya. 831 01:01:36,526 --> 01:01:38,152 Tadi awak serapat ini dengan Yul? 832 01:01:39,779 --> 01:01:41,864 Bahaya. Mata awak masih ada kesan itu. 833 01:01:43,199 --> 01:01:44,867 Saya dah guna ubat mata itu. 834 01:01:45,910 --> 01:01:48,496 Saya tak nampak tanda dalam cermin, tapi awak nampak? 835 01:01:48,579 --> 01:01:50,123 Boleh nampak kalau dekat begini. 836 01:01:50,206 --> 01:01:52,166 Orang pandang begini apabila bercinta. 837 01:01:52,250 --> 01:01:54,043 Jangan mencintai sesiapa sahaja. 838 01:01:55,795 --> 01:01:57,088 Saya saja boleh serapat ini. 839 01:01:59,924 --> 01:02:02,343 Okey. Awak saja yang boleh serapat itu. 840 01:02:04,303 --> 01:02:06,139 Saya akan cuba untuk tidak mencintai Yul. 841 01:02:07,932 --> 01:02:08,933 Apa? 842 01:02:09,016 --> 01:02:11,060 Awak perlu cuba untuk tak mencintai dia? 843 01:02:11,769 --> 01:02:13,354 Seo Yul kacak. 844 01:02:13,438 --> 01:02:16,274 Saya perlu berusaha untuk tak mencintai orang yang kacak. 845 01:02:16,357 --> 01:02:17,483 Saya pula? 846 01:02:17,567 --> 01:02:20,820 Awak sedang berusaha gigih untuk tak mencintai saya juga. 847 01:02:20,903 --> 01:02:21,946 Langsung tidak. 848 01:02:23,030 --> 01:02:24,824 Kenapa? Tak masuk akal begitu. 849 01:02:24,907 --> 01:02:27,452 - Cakaplah awak sedang mencuba. - Baik, tuan. 850 01:02:27,535 --> 01:02:29,287 - Jangan main-main. - Ya. 851 01:02:29,370 --> 01:02:31,289 - Awak akan terus begini? - Ya. 852 01:02:31,372 --> 01:02:32,707 Cakaplah betul-betul. 853 01:04:07,635 --> 01:04:08,719 Tuanku. 854 01:04:09,720 --> 01:04:11,639 Berdasarkan cara Tuanku gunakan pedang, 855 01:04:11,722 --> 01:04:14,725 patik berpendapat Tuanku sudah hampir menguasai tahap kedua, Ryusu. 856 01:04:17,770 --> 01:04:19,272 Semuanya kerana… 857 01:04:20,481 --> 01:04:21,899 kamu pandai mengajar beta. 858 01:04:21,983 --> 01:04:24,652 Satu-satunya ahli keluarga Seo yang berjaya seperti Tuanku 859 01:04:24,735 --> 01:04:26,988 ialah Seo Yul dari keluarga Seo. 860 01:04:27,822 --> 01:04:31,492 Tuanku permaisuri dan ayah Seo Yul, Jeneral Seo Il adalah adik-beradik. 861 01:04:31,576 --> 01:04:33,703 Beta rapat dengan Yul sewaktu kecil, 862 01:04:33,786 --> 01:04:35,705 tapi tidak lagi lepas dia masuk Songrim. 863 01:04:38,207 --> 01:04:42,044 Di luar sana, Seo Yul, Park Dang-gu, Jang Uk dan Jin Cho-yeon 864 01:04:42,128 --> 01:04:43,796 dikenali sebagai Empat Musim. 865 01:04:44,964 --> 01:04:46,424 Mereka selalu bersama. 866 01:04:47,216 --> 01:04:48,050 Tapi kenapa 867 01:04:48,134 --> 01:04:50,761 Jang Uk sertai mereka sedangkan dia tak boleh guna mantera? 868 01:04:51,888 --> 01:04:53,389 Sekarang dah boleh. 869 01:04:54,098 --> 01:04:55,516 Tenaganya sudah tidak tersekat. 870 01:04:56,475 --> 01:04:57,977 Tenaga Uk sudah tak tersekat? 871 01:05:01,272 --> 01:05:03,274 Apa gunanya jika biarkan ia mengalir? 872 01:05:03,357 --> 01:05:05,776 Dia ialah anak Jang Gang, Gwanju Cheonbugwan. 873 01:05:07,445 --> 01:05:08,362 Tak lama dulu, 874 01:05:08,446 --> 01:05:11,157 dia berjumpa patik untuk dapatkan pedang Naksu. 875 01:05:13,367 --> 01:05:14,744 Jadi? 876 01:05:17,288 --> 01:05:19,290 Awak takut saya dapat keluarkannya? 877 01:05:19,373 --> 01:05:20,583 Kamu beri kepadanya? 878 01:05:20,666 --> 01:05:23,127 Raja telah beri arahan agar ia disimpan di Cheonbugwan. 879 01:05:23,210 --> 01:05:26,631 Posisi Gwanju Cheonbugwan masih berada dalam genggaman keluarga Jang, 880 01:05:27,298 --> 01:05:28,549 jadi patik tiada pilihan. 881 01:05:30,968 --> 01:05:32,595 Dia sangat biadab. 882 01:05:32,678 --> 01:05:34,472 Dia pandang rendah kepada patik. 883 01:05:35,389 --> 01:05:37,558 Ini kerana patik ialah anak murid ayahnya. 884 01:05:37,642 --> 01:05:40,937 Patik sebenarnya bukanlah anak murid ayahnya secara rasmi. 885 01:05:42,355 --> 01:05:45,149 Patik tiada tempat nak pergi selepas dihalau keluarga Jin. 886 01:05:46,150 --> 01:05:48,069 Patik ibarat hamba mereka. 887 01:05:48,861 --> 01:05:51,197 Kamu ialah guru putera mahkota negara ini. 888 01:05:51,280 --> 01:05:52,573 Dia tak hormati kamu? 889 01:05:53,240 --> 01:05:54,992 Ia sama seperti menghina beta. 890 01:05:55,076 --> 01:05:57,119 Patik berasa kesal… 891 01:05:58,245 --> 01:06:01,207 kerana guru Tuanku ialah patik yang berdarjat rendah. 892 01:06:06,045 --> 01:06:07,213 Satu hari nanti, 893 01:06:08,255 --> 01:06:10,508 beta akan musnahkan Jang Uk sepenuhnya. 894 01:06:31,237 --> 01:06:33,698 Ini ialah pedang ayah Jang Uk, Gwanju Jang. 895 01:06:35,282 --> 01:06:36,283 Saya kata… 896 01:06:37,410 --> 01:06:39,704 saya akan terima dia jika dia berjaya keluarkan 897 01:06:40,579 --> 01:06:42,123 pedang ayahnya. Betul? 898 01:06:42,206 --> 01:06:44,625 Dia boleh lakukannya kerana tenaganya tidak disekat. 899 01:06:45,376 --> 01:06:48,546 Adakah tuan akan terima Jang Uk sebagai ahli sihir Songrim? 900 01:06:51,132 --> 01:06:53,634 Bawa Jang Uk ke sini. 901 01:07:02,309 --> 01:07:06,063 Apa awak cakap? Siapa ayah anak ini? 902 01:07:07,023 --> 01:07:08,441 Raja yang telah mangkat. 903 01:07:09,984 --> 01:07:11,694 Anak ini ialah anak raja! 904 01:07:14,113 --> 01:07:15,573 Dia ialah anak raja… 905 01:07:16,657 --> 01:07:19,201 yang telah mangkat tahun lepas? 906 01:07:19,869 --> 01:07:21,120 Mantan raja… 907 01:07:21,787 --> 01:07:24,623 mangkat tanpa melakukan apa-apa kerana gering! 908 01:07:24,707 --> 01:07:25,875 Mustahil ini anaknya! 909 01:07:25,958 --> 01:07:27,376 Pada hari anak ini dilahirkan, 910 01:07:28,419 --> 01:07:31,130 saya nampak bintang pada waktu malam yang melambangkan raja. 911 01:07:32,757 --> 01:07:35,634 Adik mantan raja telah mengambil alih takhta 912 01:07:36,427 --> 01:07:38,471 dan raja juga memiliki pewaris. 913 01:07:38,554 --> 01:07:41,390 Jika keluarga diraja tahu anak ini ditakdirkan menjadi raja, 914 01:07:42,641 --> 01:07:44,393 mereka akan anggap 915 01:07:45,603 --> 01:07:46,812 ini satu pembelotan. 916 01:07:52,026 --> 01:07:54,320 Kewujudannya akan menimbulkan kekecohan. 917 01:07:55,488 --> 01:07:58,032 Dia tak boleh dapat perhatian atau bersaing dengan orang. 918 01:08:00,034 --> 01:08:02,453 Dia perlu hidup sebagai orang biasa. 919 01:08:08,375 --> 01:08:10,002 Saya memohon maaf 920 01:08:10,669 --> 01:08:13,255 atas perbuatan saya yang menimbulkan masalah di Songrim. 921 01:08:15,925 --> 01:08:17,885 Keputusan untuk melepaskan tenaga awak 922 01:08:18,552 --> 01:08:20,304 dibuat oleh pihak Songrim. 923 01:08:21,013 --> 01:08:22,681 Saya takkan salahkan awak. 924 01:08:24,558 --> 01:08:26,185 Saya, pewaris Jang, Jang Uk, 925 01:08:26,268 --> 01:08:28,062 sudah layak untuk belajar mantera. 926 01:08:28,979 --> 01:08:31,273 Saya akan berlatih gigih jika diterima di Songrim. 927 01:08:32,608 --> 01:08:34,652 Sebagai bukti kesetiaan kepada Songrim, 928 01:08:34,735 --> 01:08:37,488 saya akan serahkan pedang Naksu yang saya ambil dari Jin Mu 929 01:08:38,489 --> 01:08:40,157 dan simpan di Bilik Pedang Songrim. 930 01:08:42,910 --> 01:08:44,286 Tak perlu. 931 01:08:47,706 --> 01:08:52,461 Pedang itu memang untuk keluarga Jang, jadi keluarga awak boleh menyimpannya. 932 01:08:59,301 --> 01:09:02,346 Ambil pedang ayah awak, Jang Gang, yang disimpan di sini juga. 933 01:09:03,973 --> 01:09:07,977 Mulai sekarang, Jang Uk dilarang memasuki Songrim. 934 01:09:14,108 --> 01:09:15,609 Saya benarkan awak masuk 935 01:09:16,152 --> 01:09:18,654 kerana awak ialah anak kawan lama saya. 936 01:09:19,780 --> 01:09:24,702 Tapi awak tidak layak untuk masuk Songrim sebagai seorang ahli sihir. 937 01:09:26,162 --> 01:09:27,746 Mulai saat ini, 938 01:09:27,830 --> 01:09:31,625 Jang Uk tidak dibenarkan membaca walaupun satu ayat dalam buku Songrim. 939 01:09:34,670 --> 01:09:38,883 Serahkan Tangkal Roh yang membolehkan awak masuk Songrim dengan bebas. 940 01:09:44,054 --> 01:09:45,222 Ia tiada dengan saya. 941 01:09:46,015 --> 01:09:46,849 Apa? 942 01:09:48,893 --> 01:09:50,144 Saya kehilangannya. 943 01:09:52,897 --> 01:09:54,023 Saya kehilangan Tangkal Roh. 944 01:09:54,106 --> 01:09:56,442 Apakah hukuman yang diberikan 945 01:09:57,443 --> 01:09:59,278 kepada orang yang hilangkan Tangkal Roh? 946 01:10:00,696 --> 01:10:02,531 Dia perlu dipukul sebanyak 100 kali. 947 01:10:02,615 --> 01:10:05,201 Pukul Jang Uk sebanyak 100 kali 948 01:10:05,284 --> 01:10:07,328 kerana menghilangkan Tangkal Roh. 949 01:10:43,948 --> 01:10:46,325 Dia boleh bertahan kerana tenaga Tuan Heo. 950 01:10:46,909 --> 01:10:49,745 Uk akan dipandang rendah jika awak cuba masuk campur sekarang. 951 01:11:34,290 --> 01:11:36,375 Jang Uk, tinggalkan Songrim 952 01:11:36,458 --> 01:11:38,460 dan jangan sesekali masuk ke sini semula. 953 01:11:43,507 --> 01:11:44,383 Keluar. 954 01:11:46,552 --> 01:11:47,678 Tidak. 955 01:11:47,761 --> 01:11:48,804 Tak boleh. 956 01:11:49,638 --> 01:11:50,848 Saya tak boleh keluar. 957 01:11:52,516 --> 01:11:54,518 Saya dah dipukul sebanyak 99 kali. 958 01:11:56,729 --> 01:11:57,980 Ada satu pukulan lagi. 959 01:12:00,691 --> 01:12:02,026 Untuk pukulan terakhir, 960 01:12:03,861 --> 01:12:05,112 tuan pukullah saya sendiri. 961 01:12:21,962 --> 01:12:24,048 Saya hanya cuba selamatkannya. 962 01:12:24,631 --> 01:12:28,385 Dia akan hidup sebagai anak saya yang tenaganya telah disekat. 963 01:12:28,469 --> 01:12:31,597 Namun, jika dia mahukan kehidupan berbeza daripada menjadi anak saya, 964 01:12:33,891 --> 01:12:35,934 sukar untuk dia terus hidup. 965 01:12:52,743 --> 01:12:55,704 Uk, terus duduk begitu dan mengalah. 966 01:12:56,997 --> 01:12:58,874 Jangan nak cuba jadi sesuatu. 967 01:13:01,043 --> 01:13:02,378 Barulah awak boleh hidup. 968 01:13:33,117 --> 01:13:34,201 Mu-deok. 969 01:13:36,537 --> 01:13:37,871 Ambil pedang. 970 01:14:10,946 --> 01:14:11,780 Mari kita pergi. 971 01:15:07,711 --> 01:15:10,088 Saya mahu keluarkan pedang ini dan tunjuk kepada mereka. 972 01:15:10,172 --> 01:15:11,965 - Ini pun cakap kosong? - Itu semangat awak. 973 01:15:12,049 --> 01:15:13,050 Jangan putus asa. 974 01:15:13,133 --> 01:15:15,427 Ada satu lagi pedang yang kamu tak dapat keluarkan. 975 01:15:15,511 --> 01:15:18,096 Itu ialah pedang milik ayahnya. 976 01:15:18,180 --> 01:15:20,432 Beta perlukan pedang itu. 977 01:15:20,516 --> 01:15:22,434 Pemenang akan simpan pedang itu. 978 01:15:22,518 --> 01:15:25,562 Patik bercakap kosong apabila bersetuju berlawan dengan Tuanku. 979 01:15:25,646 --> 01:15:29,066 Namun, patik akan teruskan kerana ada seseorang menilai semangat patik. 980 01:15:30,108 --> 01:15:32,819 Anak didik saya masih belum ada tenaga untuk lawan awak. 981 01:15:33,779 --> 01:15:35,489 Uk dalam bahaya lagi semasa dia bersama awak. 982 01:15:36,240 --> 01:15:38,659 Dia akan dapat apa yang dia mahukan lagi. 983 01:15:40,744 --> 01:15:45,749 Terjemahan sari kata oleh Shahira Alena