1 00:00:06,049 --> 00:00:10,970 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:16,893 --> 00:00:20,897 KEMISKINAN MENYEDIHKAN 3 00:00:23,691 --> 00:00:24,776 Dia dah sampai. 4 00:00:26,027 --> 00:00:27,070 Tunduk. 5 00:00:29,822 --> 00:00:31,991 Sasaran berada di lokasi sekarang. 6 00:00:32,658 --> 00:00:35,286 - Terima. - Operasi kita boleh gagal. 7 00:00:36,621 --> 00:00:37,997 Dia keluar dari kereta. 8 00:00:38,831 --> 00:00:41,542 Topi biru. Baju lengan pendek. 9 00:00:41,626 --> 00:00:43,419 Seluar jean biru, kasut putih. 10 00:00:47,090 --> 00:00:51,219 Bob, apa kata awak keluar dan cakap awak bukan D.B. Cooper? 11 00:00:57,767 --> 00:01:01,771 Pada malam Hari Kesyukuran, 1971, sebuah pesawat Northwest dirampas… 12 00:01:01,854 --> 00:01:03,564 FBI gagal selesaikan kes ini… 13 00:01:03,648 --> 00:01:06,109 Cooper menjadi legenda selepas merampas pesawat 14 00:01:06,192 --> 00:01:09,821 dan terjun dengan paracut bersama wang tunai $200,000. 15 00:01:09,904 --> 00:01:11,864 …pencuri bernama D.B. Cooper. 16 00:01:11,948 --> 00:01:12,907 D.B. Cooper… 17 00:01:12,990 --> 00:01:15,910 - D.B. Cooper… - D.B. Cooper… 18 00:01:15,993 --> 00:01:20,414 Dia perampas pesawat yang paling bijak dan sememangnya paling berani 19 00:01:20,498 --> 00:01:21,541 sepanjang zaman. 20 00:01:22,208 --> 00:01:26,671 Luar biasa apabila fikirkan kes D.B Cooper sudah 50 tahun berlalu 21 00:01:26,754 --> 00:01:30,049 dan ia satu-satunya kes rampasan pesawat belum selesai 22 00:01:30,133 --> 00:01:31,801 dalam sejarah zaman kita. 23 00:01:31,884 --> 00:01:34,262 Apa dia lakukan sangat hebat. 24 00:01:35,096 --> 00:01:36,597 Dia terlepas, 25 00:01:36,681 --> 00:01:40,476 melawan pihak berkuasa dan tidak mencederakan sesiapa. 26 00:01:41,811 --> 00:01:46,149 Sebab itulah dia menjadi legenda yang dikenali pada hari ini. 27 00:01:46,858 --> 00:01:49,068 Saksi kami di Oregon nampak kamu 28 00:01:49,152 --> 00:01:51,404 semasa rampasan. Kamu ada di sana? 29 00:01:51,487 --> 00:01:54,407 Pasukan saya yakin kami dah jumpa D.B. Cooper. 30 00:01:54,490 --> 00:01:56,409 Kami ada lebih 100 keping bukti. 31 00:01:57,618 --> 00:02:01,330 Lelaki ini mempunyai banyak identiti. Dia penipu. 32 00:02:03,040 --> 00:02:05,459 Saya di sini kerana saya mahu kebenaran. 33 00:02:06,210 --> 00:02:08,254 Jika ia pedih, maka pedihlah. 34 00:02:11,090 --> 00:02:12,633 Kes ini satu maraton, 35 00:02:12,717 --> 00:02:17,221 pengorbanan dan cabaran yang memaksa kita mempersoalkan kewarasan sendiri. 36 00:02:18,264 --> 00:02:21,601 Ia memaksa kita untuk mempercayai perkara mustahil. 37 00:02:22,935 --> 00:02:27,440 Hakikatnya, saya tak cari teori, cerita rakyat, mahupun kisah legenda. 38 00:02:27,523 --> 00:02:28,566 Saya cari fakta. 39 00:02:30,860 --> 00:02:32,195 Helo? 40 00:02:32,278 --> 00:02:34,447 Sekumpulan penyiasat kes tergendala 41 00:02:34,530 --> 00:02:38,326 yakin kamulah yang disebut-sebut sebagai D.B. Cooper. 42 00:02:38,409 --> 00:02:41,621 Disebut-sebut? Saya sangka dia memang terkenal. 43 00:02:41,704 --> 00:02:42,663 Okey. 44 00:03:15,696 --> 00:03:20,451 EPISOD 1 AMBIL WANG DAN TERJUN 45 00:03:33,714 --> 00:03:36,676 Saya kendalikan kes ini paling lama, sepuluh tahun. 46 00:03:37,593 --> 00:03:40,513 Saya cuma nak kongsi soalan saya selalu terima. 47 00:03:40,596 --> 00:03:42,098 Soalannya, "Kenapa?" 48 00:03:43,474 --> 00:03:46,644 Kenapa saya serta isteri saya 49 00:03:46,727 --> 00:03:49,772 cuba untuk selesaikan kes berusia 50 tahun? 50 00:03:54,151 --> 00:03:56,821 Ahli keluarga saya terkesan kerananya. 51 00:03:57,863 --> 00:04:00,533 Saya boleh lihat isteri saya dan saya kecewa. 52 00:04:02,493 --> 00:04:04,287 Saya lihat anak-anak membesar 53 00:04:04,996 --> 00:04:08,582 dan kami habiskan banyak duit kami semasa dalam proses itu. 54 00:04:10,167 --> 00:04:12,503 Orang sekeliling mahu kami teruskannya 55 00:04:12,586 --> 00:04:15,506 kerana mereka percaya kami ada kebenarannya. 56 00:04:17,508 --> 00:04:19,427 24 NOVEMBER 57 00:04:26,434 --> 00:04:29,812 Apa yang Cooper berjaya lakukan sangatlah sukar 58 00:04:29,895 --> 00:04:32,398 dan dia rancangnya dengan sempurna. 59 00:04:32,481 --> 00:04:36,152 Terutamanya ia berlaku pada hari Rabu sebelum Hari Kesyukuran, 60 00:04:36,986 --> 00:04:39,238 waktu paling sibuk setiap tahun. 61 00:04:44,035 --> 00:04:45,995 PENUMPANG, PESAWAT 305 NORTHWEST ORIENT 62 00:04:46,078 --> 00:04:50,374 Lima puluh tahun lalu, saya pelajar tahun dua di Universiti Oregon. 63 00:04:51,917 --> 00:04:54,211 Saya telefon ibu bapa saya dan kata, 64 00:04:54,295 --> 00:04:57,631 "Penerbangan saya 37 minit dari Portland ke Seattle." 65 00:04:59,717 --> 00:05:02,261 Matahari dah terbit, tapi langit mendung. 66 00:05:03,679 --> 00:05:07,350 Saya naik tangga di belakang, duduk di belakang sebelah kiri, 67 00:05:07,850 --> 00:05:11,187 dan saya tak perasan sesiapa di sekeliling saya 68 00:05:11,937 --> 00:05:13,689 sehingga pesawat berlepas. 69 00:05:18,986 --> 00:05:21,822 Saya perasan ada lelaki di sebelah saya 70 00:05:22,573 --> 00:05:24,283 memakai cermin mata hitam. 71 00:05:24,367 --> 00:05:26,911 Saya fikir, "Lain macam." 72 00:05:28,204 --> 00:05:29,538 "Dia ingat dia siapa?" 73 00:05:32,666 --> 00:05:35,544 Penerbangan dari Portland ke Seattle pendek. 74 00:05:35,628 --> 00:05:37,922 Tak ada masa pun untuk minum. 75 00:05:44,553 --> 00:05:46,097 Selepas pesawat berlepas, 76 00:05:46,931 --> 00:05:50,351 lelaki aneh ini beri nota kepada pramugari. 77 00:05:50,976 --> 00:05:52,478 Saya tak pedulikan dia. 78 00:05:53,062 --> 00:05:54,605 Kemudian dia kata… 79 00:05:54,688 --> 00:05:55,898 PRAMUGARI 80 00:05:55,981 --> 00:05:57,858 "Saya nak kamu baca nota itu." 81 00:05:59,944 --> 00:06:01,070 Ia tertulis, 82 00:06:01,153 --> 00:06:04,281 "Cik, saya ada bom di dalam beg saya. 83 00:06:04,365 --> 00:06:06,033 Duduk di sebelah saya." 84 00:06:07,159 --> 00:06:09,954 Inilah permulaan drama luar biasa D.B. Cooper. 85 00:06:15,584 --> 00:06:17,628 Saya boleh ingat dia bercakap, 86 00:06:17,711 --> 00:06:20,339 kemudian dia bangun dan pergi ke telefon. 87 00:06:20,840 --> 00:06:24,427 Namun saya tak tahu apa yang sedang berlaku. 88 00:06:25,594 --> 00:06:30,724 Dia minta $200,000 dalam mata wang Amerika dan empat payung terjun. 89 00:06:32,393 --> 00:06:35,563 Satu hal untuk meminta duit, tapi payung terjun? 90 00:06:35,646 --> 00:06:37,606 Kenapa dia mahukan payung terjun? 91 00:06:38,858 --> 00:06:41,610 Dia sangat bijak. Dia tak minta satu atau dua. 92 00:06:41,694 --> 00:06:42,778 Dia minta empat. 93 00:06:42,862 --> 00:06:46,031 Dia sangka mereka akan beri payung terjun palsu 94 00:06:46,115 --> 00:06:48,701 agar dia mati, tapi jika dia minta empat, 95 00:06:48,784 --> 00:06:51,287 "Dia nak tebusan. Kita tak boleh tipu dia." 96 00:06:51,370 --> 00:06:52,872 Dia sangat bijak. Hebat. 97 00:06:54,665 --> 00:06:56,250 PAKAI TALI PINGGANG 98 00:06:57,209 --> 00:07:00,713 Juruterbang buat pengumuman, "Kita ada masalah enjin, 99 00:07:00,796 --> 00:07:02,756 kita akan kehabisan minyak. 100 00:07:04,717 --> 00:07:07,511 "Semua orang perlu beralih ke depan pesawat." 101 00:07:08,929 --> 00:07:11,932 Semasa kejadian, saya tak tahu apa sedang berlaku. 102 00:07:12,725 --> 00:07:15,686 Kita masih terbang. Tiada apa perlu dirisaukan. 103 00:07:16,937 --> 00:07:20,316 Cooper tak mahu pesawat mendarat sehingga semuanya 104 00:07:20,399 --> 00:07:24,195 diatur di lapangan terbang, jadi pesawat terpaksa berlegar-legar. 105 00:07:32,203 --> 00:07:33,537 Hari semakin gelap. 106 00:07:34,205 --> 00:07:36,665 Cuaca bertukar gelap disulami ribut. 107 00:07:38,709 --> 00:07:42,046 Apabila perampas tahu permintaannya telah dipenuhi, 108 00:07:42,129 --> 00:07:46,383 wang tunai $200,000, sekitar $1,000,000 dalam mata wang hari ini, 109 00:07:46,467 --> 00:07:49,094 bersama payung terjun yang dia mahukan, 110 00:07:50,179 --> 00:07:52,431 pesawat mendarat di Seattle. 111 00:07:53,766 --> 00:07:55,976 Penembak hendap memerhatikan pesawat. 112 00:07:56,060 --> 00:07:58,896 Cooper minta pramugari tutup tingkap. 113 00:07:58,979 --> 00:08:00,356 Pesawat menjadi gelap. 114 00:08:02,399 --> 00:08:06,195 Seorang pramugari keluar, seorang detektif serahkan beg besar. 115 00:08:06,695 --> 00:08:11,075 Pramugari keluar berikan payung terjun, dan semua penumpang lain keluar. 116 00:08:12,368 --> 00:08:16,747 Kami jauh dari terminal, jadi bas datang dan kami naik bas 117 00:08:17,331 --> 00:08:19,416 menuju ke lapangan terbang. 118 00:08:20,501 --> 00:08:23,671 36 penumpang turun dari pesawat di Seattle malam tadi, 119 00:08:23,754 --> 00:08:26,757 kecuali empat orang kru dan seorang perampas. 120 00:08:26,840 --> 00:08:31,220 Mungkin ada 100 petugas media berkumpul di luar sana. 121 00:08:31,804 --> 00:08:34,557 Ejen FBI di sana temu bual semua orang. 122 00:08:34,640 --> 00:08:38,727 Mereka kata, "Pesawat dirampas." Itu perkara pertama saya dengar. 123 00:08:39,562 --> 00:08:42,189 Kru pesawat tidak dedahkan apa berlaku, 124 00:08:42,273 --> 00:08:43,983 mungkin untuk elakkan panik. 125 00:08:44,775 --> 00:08:46,735 Kami tak tahu apa sedang berlaku. 126 00:08:46,819 --> 00:08:49,071 Kami berlegar-legar dua jam setengah. 127 00:08:49,154 --> 00:08:51,365 Tiada siapa tahu ada sesuatu berlaku. 128 00:08:51,448 --> 00:08:54,743 - Bila encik tahu? - Apabila mereka bawa duit naik. 129 00:08:55,828 --> 00:08:59,665 Perampas itu, memakai sut perniagaan, meminta $200,000 130 00:08:59,748 --> 00:09:03,961 dan membawa beg bimbit berisi bom sebagaimana dia beritahu pramugari. 131 00:09:04,461 --> 00:09:07,881 Saya nampak bateri besar dengan enam batang dinamit 132 00:09:07,965 --> 00:09:09,883 membaluti bateri tersebut. 133 00:09:09,967 --> 00:09:11,969 Dia kata kepada saya, 134 00:09:12,052 --> 00:09:16,849 "Saya cuma perlu lekatkan wayar pada alat ini 135 00:09:17,349 --> 00:09:18,892 dan kita semua akan mati." 136 00:09:21,604 --> 00:09:24,732 Saya pulang ke rumah dan ia mula terdetik pada saya. 137 00:09:25,316 --> 00:09:29,278 Sebenarnya, saya duduk 138 00:09:30,279 --> 00:09:31,488 di sebelah bom. 139 00:09:31,572 --> 00:09:34,700 LAPANGAN TERBANG SEATTLE - TACOMA 140 00:09:40,956 --> 00:09:45,294 Pada musim luruh tahun 1971, semasa rampasan itu berlaku, 141 00:09:46,629 --> 00:09:51,300 pengalaman penerbangan pada ketika itu jauh berbeza berbanding sekarang. 142 00:09:51,383 --> 00:09:54,970 Berjalan di lapangan terbang seperti berjalan ke pasar raya. 143 00:10:01,185 --> 00:10:02,353 - Hai. - Hai. 144 00:10:02,436 --> 00:10:05,856 - Destinasi? - Mari katakan, "Di mana ada tindakan." 145 00:10:09,318 --> 00:10:13,405 Apabila orang tanya tentang keselamatan lapangan terbang pada 1970-an, 146 00:10:13,489 --> 00:10:15,991 jawapannya, apa yang saya boleh ingat, 147 00:10:16,909 --> 00:10:19,411 "Keselamatan lapangan terbang?" Saya tak ingat langsung. 148 00:10:26,627 --> 00:10:30,422 Tidak perlu ada pengesan logam atau perlu tanggalkan kasut. 149 00:10:30,506 --> 00:10:31,757 Tiada anjing. 150 00:10:31,840 --> 00:10:35,678 Sudah tentu tiada sesiapa yang memeriksa atau mengimbas kita. 151 00:10:39,932 --> 00:10:43,644 Kita cuma masuk, bayar $20 dan ambil penerbangan ke Dallas. 152 00:10:44,436 --> 00:10:45,354 Itu saja. 153 00:10:46,563 --> 00:10:48,482 Itulah yang Cooper buat. 154 00:10:48,565 --> 00:10:51,860 Dia pergi beli tiket pada hari itu. Ia sangat kasual. 155 00:10:58,283 --> 00:11:02,121 Ingat, waktu ini permulaan kepada perjalanan udara besar-besaran. 156 00:11:04,665 --> 00:11:07,292 Mereka mahu beri pengalaman menyeronokkan. 157 00:11:07,376 --> 00:11:09,211 Penerbangan jenis apakah itu? 158 00:11:09,712 --> 00:11:11,088 Penerbangan champagne. 159 00:11:11,797 --> 00:11:16,301 Malangnya, pada ketika itu, imej pramugari menjadi objek pujaan. 160 00:11:21,014 --> 00:11:24,685 Apabila anda disapa pramugari Braniff International, 161 00:11:26,145 --> 00:11:27,688 dia berpakaian begini. 162 00:11:28,188 --> 00:11:33,068 Pada awal tahun 70-an, pramugari menghadapi tempoh yang sukar. 163 00:11:33,152 --> 00:11:35,446 Mereka selalu terima gangguan seksual. 164 00:11:35,529 --> 00:11:39,158 Mereka terima gaji lebih rendah berbanding kakitangan lelaki. 165 00:11:39,241 --> 00:11:40,743 Jadual kerja mereka gila. 166 00:11:40,826 --> 00:11:45,372 Penampilan mereka dinilai pada kayu ukur yang sangat tinggi dan tidak adil. 167 00:11:45,456 --> 00:11:48,333 Dia bukan sahaja cantik, malah bijak. 168 00:11:50,252 --> 00:11:53,172 Semasa D.B. Cooper serahkan nota itu, 169 00:11:53,756 --> 00:11:57,301 dia mungkin orang kesepuluh yang buat begitu pada hari itu. 170 00:11:58,051 --> 00:12:00,763 Pada masa itu, menjadi pramugari memang sukar, 171 00:12:00,846 --> 00:12:04,224 dan kerjaya itu lama-lama menjadi bahaya. 172 00:12:06,185 --> 00:12:10,022 Pasukan perampas gerila merampas empat penerbangan serentak. 173 00:12:10,105 --> 00:12:14,234 Seorang ejen terkorban di Houston, Texas, seorang lagi cedera. 174 00:12:14,318 --> 00:12:17,613 Rompakan udara bukanlah satu fenomena baru. 175 00:12:18,781 --> 00:12:21,200 12 SEPTEMBER 1970 176 00:12:21,283 --> 00:12:22,868 Saya berkhidmat di CIA. 177 00:12:23,786 --> 00:12:26,038 Kami akan terima laporan rampasan 178 00:12:26,622 --> 00:12:29,750 dan mungkin terdapat laporan pada setiap bulan. 179 00:12:29,833 --> 00:12:32,836 Kemudian jumlahnya terus bertambah. 180 00:12:33,587 --> 00:12:37,341 Lima belas pelajar radikal Jepun bersenjata pedang samurai, 181 00:12:37,424 --> 00:12:41,970 pistol dan bom buatan sendiri, merampas pesawat Japan Airlines. 182 00:12:42,054 --> 00:12:45,474 Sudah tentu, rampasan itu bermatlamatkan politik. 183 00:12:45,557 --> 00:12:48,769 Mereka menghukum negara dan satu kumpulan. 184 00:12:48,852 --> 00:12:53,774 Mereka jadikan diri mereka lebih besar dan lebih ganas daripada sebenarnya. 185 00:12:53,857 --> 00:12:55,776 Kenapa kamu rasa dia ada pistol? 186 00:12:55,859 --> 00:12:58,403 Saya terasa ada objek keras semasa bergelut. 187 00:12:58,487 --> 00:13:02,241 Dia kata, "Kita akan ke Havana, Cuba. Bawa saya ke kokpit." 188 00:13:03,617 --> 00:13:06,495 Hanya ada dua sebab pesawat akan dirampas. 189 00:13:06,578 --> 00:13:09,581 Ugutan untuk membunuh dan mendapatkan wang 190 00:13:09,665 --> 00:13:11,792 atau pergi ke tempat, biasanya Cuba. 191 00:13:11,875 --> 00:13:14,586 Orang Cuba hampir semuanya orang muda radikal 192 00:13:14,670 --> 00:13:16,463 yang mahu keluar dari bandar. 193 00:13:17,047 --> 00:13:18,465 Apa ia sebenarnya? 194 00:13:18,549 --> 00:13:23,053 Rupa-rupanya ia sikat besi dan pen yang dibalut dengan baju panas. 195 00:13:23,136 --> 00:13:26,974 APA KITA BOLEH LAKUKAN UNTUK MENGHENTIKAN RAMPASAN UDARA 196 00:13:30,435 --> 00:13:33,647 Jenayah, seperti bentuk seni lain, sentiasa berkembang. 197 00:13:34,231 --> 00:13:37,317 Seni seumpama rampasan pesawat juga berkembang 198 00:13:37,401 --> 00:13:41,113 dan karyawan terhebatnya ialah D.B. Cooper. 199 00:13:43,323 --> 00:13:45,659 Bersama wang daripada bank Seattle, 200 00:13:45,742 --> 00:13:48,579 dan empat payung terjun, pesawat menuju ke Reno. 201 00:13:51,164 --> 00:13:55,085 Cooper nampak duit di dalam beg. Dia gembira, dan dia ada arahan. 202 00:13:57,546 --> 00:14:02,259 Dia minta pesawat terbang pada kelajuan 400 kilometer sejam. Ia terlalu perlahan. 203 00:14:02,342 --> 00:14:06,179 Kelepak pesawat ke bawah, dan pada ketinggian minimum. 204 00:14:07,264 --> 00:14:12,269 Juruterbang pun tak tahu tahu pesawat itu mampu terbang perlahan dan rendah begitu. 205 00:14:12,352 --> 00:14:15,063 Dia kata, "Ia boleh dilakukan." 206 00:14:17,524 --> 00:14:21,069 Mereka menghala ke selatan di kawasan bernama "jurang gelap". 207 00:14:21,153 --> 00:14:22,112 JURANG GELAP 208 00:14:22,195 --> 00:14:25,824 Tina Mucklow duduk bersendirian dengannya di barisan terakhir. 209 00:14:26,533 --> 00:14:29,411 Dia tidak gementar, dia nampak agak baik. 210 00:14:29,494 --> 00:14:30,412 PRAMUGARI 211 00:14:30,495 --> 00:14:33,540 Dia cuma mahu selesaikan urusannya. 212 00:14:35,083 --> 00:14:38,337 Pada masa itu, Cooper suruh Tina Mucklow pergi ke kokpit 213 00:14:38,420 --> 00:14:40,130 dan minta dia jangan keluar. 214 00:14:40,213 --> 00:14:42,674 Dia di belakang seorang diri. 215 00:14:45,052 --> 00:14:50,098 Sekitar pukul 8:12, juruterbang rasa telinganya berdengung. 216 00:14:50,766 --> 00:14:52,809 Tekanan di dalam kabin berubah. 217 00:14:53,352 --> 00:14:55,938 Tangga pesawat diturunkan. 218 00:14:56,521 --> 00:15:00,233 Saya beritahu pengawal trafik udara kawan kami baru ambil cuti. 219 00:15:03,779 --> 00:15:06,239 Untuk mengagumi tindakan Cooper, 220 00:15:07,491 --> 00:15:12,079 tutup mata dan cuba bayangkan anda berjalan di atas tangga pesawat. 221 00:15:13,914 --> 00:15:16,625 Waktu sudah lewat malam, hujan lebat. 222 00:15:16,708 --> 00:15:19,670 Telinga anda mendengar bunyi enjin pesawat. 223 00:15:20,420 --> 00:15:23,882 Bayangkan melihat ke luar di tengah-tengah kegelapan, 224 00:15:24,967 --> 00:15:28,720 kemudian berjalan ke bawah menuruni anak tangga itu. 225 00:15:30,263 --> 00:15:33,016 Sambil memandang ke luar, anda tanya diri anda, 226 00:15:33,684 --> 00:15:35,102 "Bila aku perlu lompat?" 227 00:15:54,538 --> 00:15:58,083 Sama ada dia terbang ke mana-mana atau ada lubang atas tanah. 228 00:15:59,710 --> 00:16:02,129 Jika dia buat lubang, susah untuk jejaki. 229 00:16:03,422 --> 00:16:06,216 "Lubang" maksudnya "jatuh di atas gunung"? 230 00:16:06,299 --> 00:16:08,969 Itu mungkin jika payungnya tidak terbuka. 231 00:16:09,052 --> 00:16:10,637 Dia cuma berserah. 232 00:16:10,721 --> 00:16:12,681 Jika tak terbuka, kenapa? 233 00:16:12,764 --> 00:16:15,934 Dia mungkin agak sukar untuk dijejaki. 234 00:16:16,018 --> 00:16:19,271 Andaikan ia tidak terbuka, adakah dia memang selamat 235 00:16:19,354 --> 00:16:21,148 dan berjaya loloskan diri? 236 00:16:22,232 --> 00:16:25,777 Pada masa ini, dia tak dikesan tergantung di mana-mana pokok. 237 00:16:25,861 --> 00:16:28,030 Itulah apa kami jejaki dari udara. 238 00:16:29,823 --> 00:16:33,660 Jadi jika dia terjun dan berjaya mendarat, 239 00:16:33,744 --> 00:16:36,997 mungkin dia berjaya sembunyikan payung terjunnya 240 00:16:37,080 --> 00:16:38,081 dan lolos. 241 00:16:38,957 --> 00:16:42,919 Askar masuk ke hutan berhampiran Woodland dan timur ke bandar Ariel, 242 00:16:43,003 --> 00:16:47,716 tapi tiada siapa tahu di mana dia mendarat, atau jika dia selamat. 243 00:16:49,342 --> 00:16:52,471 Masalah utama dihadapi FBI pada awalnya 244 00:16:52,554 --> 00:16:55,474 ialah mereka tidak tahu lokasi pesawat itu 245 00:16:55,557 --> 00:16:57,225 ketika dia terjun. 246 00:16:58,560 --> 00:17:01,688 Ada pelbagai pemboleh ubah. Bagaimana dengan angin? 247 00:17:01,772 --> 00:17:03,899 "Mungkin angin mengubah laluan." 248 00:17:04,483 --> 00:17:08,570 Jadi pencarian pada bentuk muka bumi begitu itu agak besar. 249 00:17:08,653 --> 00:17:10,030 Pada tahap ini, 250 00:17:10,113 --> 00:17:14,076 peluang untuk mencari dia di kawasan ini mungkin tipis. 251 00:17:14,159 --> 00:17:18,080 Namun kami boleh kumpul petunjuk untuk pencarian seterusnya. 252 00:17:18,580 --> 00:17:22,125 Dari anak tangga ini, di bahagian belakang 727, 253 00:17:22,209 --> 00:17:25,504 FBI percaya perampas menggunakan payung terjunnya 254 00:17:25,587 --> 00:17:28,799 untuk meloloskan diri di antara Seattle dan Portland. 255 00:17:28,882 --> 00:17:33,386 Awalnya, mereka sangka dia mungkin mendarat berdekatan Reno, 256 00:17:33,470 --> 00:17:36,431 tapi usaha mencari di kawasan ini telah dihentikan. 257 00:17:37,265 --> 00:17:38,600 Pada Hari Kesyukuran, 258 00:17:38,683 --> 00:17:41,645 orang di seluruh dunia mendengar berita tentangnya. 259 00:17:42,479 --> 00:17:43,730 Lelaki itu hilang. 260 00:17:46,900 --> 00:17:51,238 Bermula sebagai rompakan udara unggul, kes ini bertukar menjadi 261 00:17:51,738 --> 00:17:53,573 kisah legenda rakyat Amerika. 262 00:17:54,491 --> 00:17:56,868 HARI KESYUKURAN 263 00:18:00,122 --> 00:18:03,125 Apabila menaiki pesawat malam tadi, dia cuma penumpang biasa. 264 00:18:03,208 --> 00:18:06,419 Hari ini, selepas merampas pesawat Northwest Airlines, 265 00:18:06,503 --> 00:18:08,755 menjadikan penumpang di Seattle tebusan, 266 00:18:08,839 --> 00:18:12,968 kemudian dia terjun dengan payung terjun berhampiran Seattle atau Reno, 267 00:18:13,051 --> 00:18:16,429 satu agensi media menggelarnya penjenayah pakar. 268 00:18:16,513 --> 00:18:19,516 Tahu apa itu? Kemunculan semula Jesse James. 269 00:18:19,599 --> 00:18:21,518 100 tahun berlalu. Fikirkanlah. 270 00:18:21,601 --> 00:18:25,814 Mereka bunuh Lincoln 100 tahun lalu, serta Kennedy. Semuanya kembali. 271 00:18:25,897 --> 00:18:27,732 - Encik rasa dia wira? - Ya. 272 00:18:27,816 --> 00:18:28,900 Kenapa? 273 00:18:28,984 --> 00:18:33,738 Lelaki itu mengambil masa untuk merancang semuanya. 274 00:18:34,322 --> 00:18:39,619 Saya hormati lelaki yang mengambil masa untuk buat kerja dengan baik. 275 00:18:40,203 --> 00:18:43,832 Dia rubah terlicik yang pernah hidup di atas muka bumi ini. 276 00:18:43,915 --> 00:18:45,041 EJEN MENCARI PERAMPAS 277 00:18:45,125 --> 00:18:48,753 Maklumat dan perincian dalam kes yang tak boleh direka 278 00:18:48,837 --> 00:18:51,047 bermula dengan nama samaran pembunuh. 279 00:18:51,131 --> 00:18:53,967 D.B. Cooper bukan seorang perampas. 280 00:18:55,343 --> 00:18:59,681 Di Portland, dia beritahu ejen tiket namanya Dan Cooper. 281 00:18:59,764 --> 00:19:01,892 D.B. Cooper sememangnya Dan Cooper. 282 00:19:01,975 --> 00:19:06,730 Namun apa yang berlaku, pihak media terlalu memberi perhatian 283 00:19:06,813 --> 00:19:09,941 kepada perkara ini dan seseorang telah silap. 284 00:19:10,025 --> 00:19:11,276 FBI MENCARI PERAMPAS 285 00:19:11,359 --> 00:19:14,362 Pihak berkuasa meneliti rekod yang ada, 286 00:19:14,446 --> 00:19:17,073 dan seorang wartawan terdengar D.B. Cooper. 287 00:19:17,157 --> 00:19:19,492 Dan Cooper menjadi D.B. Cooper 288 00:19:19,576 --> 00:19:22,495 disebabkan kelalaian beberapa wartawan. 289 00:19:22,579 --> 00:19:24,915 Semua orang sedar dalam masa sehari, 290 00:19:24,998 --> 00:19:27,542 "Tidak, bukan D.B. Cooper, tapi Dan Cooper." 291 00:19:27,626 --> 00:19:31,338 Namun nama D.B. Cooper sebenarnya kedengaran lebih gah, 292 00:19:31,421 --> 00:19:32,964 maka jadilah D.B. Cooper. 293 00:19:33,048 --> 00:19:35,258 Begitulah nama D.B. Cooper tercetus, 294 00:19:35,342 --> 00:19:38,595 kerana setiap wira rakyat perlukan nama yang baik. 295 00:19:38,678 --> 00:19:39,804 D.B. Cooper… 296 00:19:40,555 --> 00:19:42,182 "D.B. Siapa itu?" 297 00:19:42,265 --> 00:19:45,894 D.B. Cooper terjun dari udara, 298 00:19:45,977 --> 00:19:48,355 dan mendarat di Bumi sebagai wira. 299 00:19:48,438 --> 00:19:51,233 Di kawasan Pacific Northwest, anda boleh katakan 300 00:19:52,484 --> 00:19:54,027 dia dianggap seorang dewa. 301 00:19:54,110 --> 00:19:55,987 Lelaki itu kalahkan sistem. 302 00:19:56,071 --> 00:19:59,574 Mana-mana lelaki seberani dia dan berjaya ke tahap ini, 303 00:19:59,658 --> 00:20:01,076 semua orang sokong dia. 304 00:20:01,159 --> 00:20:04,955 PERAMPAS BERANI DISUKAI ORANG AWAM 305 00:20:05,038 --> 00:20:07,499 Orang menulis lagu dan menjual baju 306 00:20:07,582 --> 00:20:12,545 demi menjulang lelaki pertama terlepas selepas merampas pesawat Amerika. 307 00:20:12,629 --> 00:20:17,092 Saya rasa D.B. Cooper takkan mati sebab mereka tak pernah jumpa dia. 308 00:20:17,759 --> 00:20:19,427 Kes ini hanya di Amerika. 309 00:20:19,511 --> 00:20:22,847 Ada wira tak dikenali yang disokong orang ramai. 310 00:20:22,931 --> 00:20:25,725 Cooper menghidupkan semula budaya 311 00:20:26,393 --> 00:20:29,354 yang mengembalikan wira seumpama Billy the Kid, 312 00:20:31,147 --> 00:20:33,984 dan semua penyamun dan perompak bank terkenal. 313 00:20:34,067 --> 00:20:35,860 George Machine Gun Kelly, 314 00:20:36,444 --> 00:20:37,904 Baby Face Nelson, 315 00:20:38,571 --> 00:20:39,739 dan John Dillinger. 316 00:20:40,448 --> 00:20:41,950 Kita menjulang penjahat. 317 00:20:42,033 --> 00:20:44,828 Kita mengagumi orang yang melanggar peraturan 318 00:20:44,911 --> 00:20:47,205 kerana 95 peratus daripada kita patuh. 319 00:20:54,087 --> 00:20:56,589 Semua nak tahu siapa sebenarnya D.B Cooper. 320 00:20:56,673 --> 00:20:59,175 Semakin masa berlalu, 321 00:20:59,259 --> 00:21:01,636 misterinya menjadi lebih besar. 322 00:21:03,471 --> 00:21:06,725 Bukti menunjukkan Cooper miliki pengalaman ketenteraan 323 00:21:06,808 --> 00:21:09,769 untuk merancang dan melakukan jenayah sebegitu. 324 00:21:09,853 --> 00:21:12,939 Sekembali nanti, kami dedahkan petunjuk baru penting 325 00:21:13,023 --> 00:21:15,442 berkaitan identiti D.B. Cooper. 326 00:21:15,525 --> 00:21:19,404 Pada masa ini, ramai orang telah melakonkan watak D.B. Cooper. 327 00:21:19,487 --> 00:21:24,743 Ada banyak sebab mengapa populariti D.B. Cooper bertahan 328 00:21:24,826 --> 00:21:26,995 dalam pelbagai jenis budaya popular. 329 00:21:27,537 --> 00:21:29,164 Seperti Amelia Earhart, 330 00:21:29,247 --> 00:21:32,208 kami tak banyak tahu tentang kejadian itu. 331 00:21:34,961 --> 00:21:38,340 Dunia Barat perlu ada jawapan untuk setiap soalan. 332 00:21:39,507 --> 00:21:43,219 Cerita tanpa pengakhiran memang mengecewakan. 333 00:21:43,303 --> 00:21:45,096 Ia tak semestinya bahagia, 334 00:21:45,180 --> 00:21:47,515 tapi satu noktah diperlukan di hujung. 335 00:21:47,599 --> 00:21:50,018 Kes D.B. Cooper satu contoh utama 336 00:21:50,101 --> 00:21:53,146 sebuah ayat yang tidak lengkap. 337 00:21:55,565 --> 00:21:58,568 Sudah ada lebih daripada 1,000 suspek 338 00:21:58,651 --> 00:22:00,362 yang disiasat oleh FBI. 339 00:22:01,196 --> 00:22:04,908 Sebahagian suspek tersebut menunjukkan tanda-tanda besar. 340 00:22:06,117 --> 00:22:09,204 Richard Floyd McCoy ialah suspek yang menonjol. 341 00:22:09,913 --> 00:22:11,081 DIKEHENDAKI 342 00:22:11,164 --> 00:22:13,917 Dia berada di Vietnam, seorang pakar penerjun. 343 00:22:14,501 --> 00:22:17,921 McCoy merampas sebuah lagi 727 dan melompat keluar 344 00:22:18,922 --> 00:22:21,508 lima atau enam bulan selepas D.B. Cooper. 345 00:22:24,719 --> 00:22:26,971 Namun ada satu masalah besar. 346 00:22:27,055 --> 00:22:30,475 Semua saksi D.B. Cooper memandang Richard Floyd McCoy 347 00:22:30,558 --> 00:22:31,935 dan kata, "Bukan dia." 348 00:22:34,896 --> 00:22:39,275 Duane Weber buat pengakuan saat maut dan wajahnya seiras lakaran kedua. 349 00:22:39,359 --> 00:22:43,863 Dia jalani dua kehidupan. Pertama, penjual insurans yang kacak. 350 00:22:43,947 --> 00:22:46,574 Kedua, seorang penjenayah. 351 00:22:47,867 --> 00:22:50,954 Saya rasa dia ditahan sebanyak 16 kali, 352 00:22:51,037 --> 00:22:53,873 tapi tiada bukti dia penerjun terlatih. 353 00:22:53,957 --> 00:22:57,377 Dia penjenayah yang dah banyak kali keluar masuk penjara. 354 00:22:57,460 --> 00:22:59,796 Kemudian, ada Barb Dayton. 355 00:23:01,172 --> 00:23:03,842 Dia mengaku dia D.B. Cooper. 356 00:23:04,592 --> 00:23:07,470 Dia jalani pembedahan tukar jantina pertama di Washington. 357 00:23:08,763 --> 00:23:10,265 Dulu dia Bobby, 358 00:23:10,348 --> 00:23:12,684 dan Bobby lelaki gagah dan kaki gaduh. 359 00:23:12,767 --> 00:23:15,603 Barb pula seorang pustakawan dan baik. 360 00:23:17,730 --> 00:23:19,607 Ia satu penyamaran unggul. 361 00:23:19,691 --> 00:23:23,236 Sebagai lelaki, Bob Dayton seorang jejaka pendendam. 362 00:23:23,319 --> 00:23:26,239 Bekas askar marin sepertinya boleh terjun dari pesawat. 363 00:23:26,948 --> 00:23:28,074 Masalahnya, 364 00:23:28,158 --> 00:23:32,704 tiada bukti kukuh yang mengaitkan Barb Dayton 365 00:23:32,787 --> 00:23:35,248 dengan apa-apa berkaitan D.B. Cooper. 366 00:23:36,666 --> 00:23:40,962 Ada yang fikir orangnya Ken Christiansen, staf Northwest Orient Airlines. 367 00:23:42,213 --> 00:23:44,716 Ada yang fikir orangnya Sheridan Peterson. 368 00:23:44,799 --> 00:23:46,593 Peterson pernah bekerja di Boeing, 369 00:23:46,676 --> 00:23:50,847 tapi atas beberapa sebab teknikal, mereka berdua tidak lagi disyaki. 370 00:23:52,432 --> 00:23:56,394 Walaupun kita tak tahu siapa Cooper, apa yang luar biasa 371 00:23:56,478 --> 00:23:59,606 ialah 50 tahun kemudian, ramai mengaku mereka Cooper. 372 00:24:00,315 --> 00:24:02,984 Kami di Vancouver, Washington, di Victor-23. 373 00:24:03,067 --> 00:24:05,278 Ini bar bertemakan D.B. Cooper. 374 00:24:05,361 --> 00:24:08,364 Kami ada pilsner Schaffner, 375 00:24:08,448 --> 00:24:10,700 Penerbangan 305, 376 00:24:10,783 --> 00:24:14,496 IPA Perampas, Perampas Nirkepala 377 00:24:14,579 --> 00:24:16,664 dan IPA Minyak Pesawat. 378 00:24:16,748 --> 00:24:22,378 Itulah sebabnya orang masih melihatnya dalam layar perak dan budaya. 379 00:24:28,551 --> 00:24:29,719 Bersiap sedialah. 380 00:24:32,305 --> 00:24:34,182 Kisah jauh lebih menarik 381 00:24:34,265 --> 00:24:37,936 bukanlah cuma lelaki yang lompat dari pesawat dan hilang, 382 00:24:38,019 --> 00:24:39,562 tapi daya tarikannya. 383 00:24:40,146 --> 00:24:42,815 Lihat peta ini. Dia tunjukkan pendaratan D.B. 384 00:24:43,608 --> 00:24:44,859 Gilalah. 385 00:24:44,943 --> 00:24:47,862 Sepanjang 50 tahun sejak mendengar D.B. Cooper, 386 00:24:47,946 --> 00:24:52,534 kami masih belum tahu siapa D.B. Cooper yang sebenar. 387 00:24:53,159 --> 00:24:54,244 Awak rupanya. 388 00:24:54,827 --> 00:24:58,081 Patutkah saya hubungi FBI dan beritahu saya jumpa D.B. Cooper? 389 00:24:58,581 --> 00:24:59,582 Gurau saja. 390 00:24:59,666 --> 00:25:04,045 Semua orang nak selesaikan misteri yang belum diselesaikan 391 00:25:04,128 --> 00:25:08,258 oleh minda paling bijak dan agensi terbaik di negara ini. 392 00:25:09,509 --> 00:25:11,010 Selepas 50 tahun, 393 00:25:11,094 --> 00:25:16,015 kes Cooper menjadi kes lama paling ulung yang perlu diselesaikan. 394 00:25:19,060 --> 00:25:21,688 Selamat pagi, semua. Saya Tom Colbert. 395 00:25:23,565 --> 00:25:27,443 Saya dan isteri saya, Dawna Kay, yang berada di sudut sana, 396 00:25:27,527 --> 00:25:29,362 orang yang mengangkat kes ini. 397 00:25:29,445 --> 00:25:30,697 Kami terima maklumat. 398 00:25:33,741 --> 00:25:36,995 Bagi saya, semuanya bermula apabila kawan saya, 399 00:25:37,078 --> 00:25:39,038 Rich Kashanksi, menghubungi saya. 400 00:25:39,122 --> 00:25:43,376 Kami berkawan selama 25 tahun. Sebaik Rick telefon, saya terus angkat. 401 00:25:44,836 --> 00:25:48,131 Saya sedang buat kerja dan kata, "Rich, apa hal?" 402 00:25:51,217 --> 00:25:55,054 Saya berada di Vegas. Saya buat penggambaran siri infomersial. 403 00:25:55,138 --> 00:25:56,639 Kawan kepada kawan saya 404 00:25:56,723 --> 00:26:00,435 beritahu mereka kenal penjudi yang tahu siapa Cooper sebenarnya. 405 00:26:01,936 --> 00:26:04,772 Mata saya ke atas. Dia kata, "Tom, dengar dulu." 406 00:26:04,856 --> 00:26:06,316 "Saya sedang rakam dia." 407 00:26:06,399 --> 00:26:08,901 Saya kata, "Dia nampak boleh dipercayai, 408 00:26:09,485 --> 00:26:12,447 dan dia sanggup lakukan ujian pengesan bohong." 409 00:26:12,530 --> 00:26:16,743 "Ia satu-satunya cara awak percayakan saya dan saya sanggup lakukannya." 410 00:26:17,243 --> 00:26:19,495 Saya sedar jika maklumat ini sahih, 411 00:26:19,579 --> 00:26:22,457 kami bakal selesaikan kes paling berprofil tinggi 412 00:26:22,540 --> 00:26:23,791 dalam sejarah kes lapuk. 413 00:26:24,500 --> 00:26:28,212 Apa saya jumpa dalam pita Ron Carlson bukti paling kukuh. 414 00:26:40,600 --> 00:26:45,897 Kisah itu bermula dengan Ron Carlson menjual dadah di pantai menaiki kereta. 415 00:26:52,528 --> 00:26:57,867 Saya di sini untuk menyampaikan apa yang saya percaya sebagai fakta. 416 00:26:58,660 --> 00:27:02,205 Ia berkaitan dengan D.B. Cooper. 417 00:27:02,288 --> 00:27:04,916 Saya tak bertemu dengan D.B. Cooper 418 00:27:04,999 --> 00:27:06,709 sehingga tahun 1978. 419 00:27:07,335 --> 00:27:09,962 Pertemuan kami… 420 00:27:10,880 --> 00:27:14,884 Terus-terang saya katakan, dia pembekal kokain utama saya. 421 00:27:17,512 --> 00:27:19,597 Seorang lelaki bernama Dick Briggs. 422 00:27:22,058 --> 00:27:24,102 Sejak kali pertama kami bertemu, 423 00:27:24,686 --> 00:27:27,855 dia beritahu saya dia sebenarnya D.B. Cooper. 424 00:27:27,939 --> 00:27:30,233 Dia asyik kata, "Tak percaya, bukan?" 425 00:27:30,316 --> 00:27:32,902 Kami hadiri parti pada tahun 1980. 426 00:27:33,653 --> 00:27:39,242 Dia kata, "Aku akan beritahu kau sesuatu yang akan membuktikan siapa aku." 427 00:27:39,325 --> 00:27:42,286 Dia kata, "Pasangan di sana." Kami kata, "Ya?" 428 00:27:42,370 --> 00:27:47,083 Dia kata, "Mereka dan anak mereka…" Mereka nampak macam pasangan hipi. 429 00:27:47,166 --> 00:27:49,961 "Mereka yang akan temukan duit aku." 430 00:27:52,046 --> 00:27:55,216 Dick Briggs kata, "Di pantai utara, dalam tiga hari, 431 00:27:55,717 --> 00:27:58,886 mereka akan jumpa duit aku." Maksudnya duit Cooper. 432 00:27:59,470 --> 00:28:01,431 Ketika itulah saya sedar, "Wah." 433 00:28:02,014 --> 00:28:03,307 10 FEBUARI, 1980 434 00:28:03,391 --> 00:28:05,017 Duit itu ditemukan di sini, 435 00:28:05,101 --> 00:28:07,770 tidak jauh dari pantai sungai Columbia. 436 00:28:07,854 --> 00:28:11,357 Saya nak buat unggun api. Saya pegang beberapa kayu api. 437 00:28:11,441 --> 00:28:15,027 Saya dah sedia, dan anak saya kata, "Sekejap, ayah." 438 00:28:15,111 --> 00:28:18,281 Dia korek pasir di situ, dan itu dia. 439 00:28:18,364 --> 00:28:19,991 Ia jatuh di atas. 440 00:28:20,074 --> 00:28:23,286 Seorang kanak-kanak telah membawa FBI kepada penjejakan 441 00:28:23,369 --> 00:28:26,622 yang diharap boleh menyelesaikan misteri hampir 9 tahun 442 00:28:26,706 --> 00:28:28,791 membabitkan perampas D.B. Cooper. 443 00:28:29,792 --> 00:28:33,421 Beberapa hari selepas parti itu, keluar satu berita. 444 00:28:34,422 --> 00:28:39,135 Yang saya ingat, mereka kata mereka dah jumpa $6,000 445 00:28:39,218 --> 00:28:40,970 duit milik D.B. Cooper. 446 00:28:41,053 --> 00:28:44,348 Apabila mereka tunjuk yang mereka jumpa duit itu, 447 00:28:44,432 --> 00:28:46,684 mereka pasangan sama di parti itu. 448 00:28:48,186 --> 00:28:51,105 Sepanjang mengenali Brian Ingram dan keluarganya, 449 00:28:51,189 --> 00:28:56,319 saya tak nampak sebarang petanda mereka terlibat secara keji dengan duit itu. 450 00:28:56,402 --> 00:28:59,238 Jadi saya percaya Brian Ingram tidak bersalah, 451 00:28:59,322 --> 00:29:01,824 begitu juga keluarganya, dalam kes Cooper. 452 00:29:01,908 --> 00:29:04,827 Walaupun ia cebisan petunjuk rumit pertama 453 00:29:04,911 --> 00:29:09,165 yang timbul setelah berdekad, ia bukan mudah untuk ditafsirkan. 454 00:29:09,248 --> 00:29:11,626 Tiba-tiba, 40 tahun kemudian, ada lelaki 455 00:29:11,709 --> 00:29:15,087 mendakwa Dick Briggs tanam duit di pantai, 456 00:29:15,171 --> 00:29:18,466 menunjukkan ia telah dirancang, dan Cooper masih hidup. 457 00:29:18,549 --> 00:29:22,762 Ketika itulah saya jumpa isteri saya dan berkata, "Ini bukti kukuh". 458 00:29:28,559 --> 00:29:30,853 Dick Briggs mampu melakukan 459 00:29:30,937 --> 00:29:33,773 apa-apa saja untuk merampas kapal terbang ini. 460 00:29:33,856 --> 00:29:34,982 Menurutnya, 461 00:29:35,066 --> 00:29:38,236 dia pernah menjadi askar khas semasa Perang Vietnam. 462 00:29:39,070 --> 00:29:41,447 Dia seorang penerjun yang berjaya. 463 00:29:41,531 --> 00:29:44,408 Dia biasa dengan kawasan itu. Saya yakin dia rancangnya. 464 00:29:45,576 --> 00:29:48,162 Dia ada kebolehan fizikal dan mental. 465 00:29:48,246 --> 00:29:49,664 Dia sangat bijak, 466 00:29:50,206 --> 00:29:52,583 tapi dia seperti di luar kawalan. 467 00:29:53,918 --> 00:29:58,130 Salah seorang kawan kolejnya beritahu Dick seorang yang panas baran. 468 00:29:58,214 --> 00:29:59,674 Dia rasa dia bipolar. 469 00:29:59,757 --> 00:30:01,425 Dia akan marah selepas mabuk 470 00:30:01,509 --> 00:30:03,719 dan buang tin melalui tingkap di bar. 471 00:30:03,803 --> 00:30:05,388 Ramai orang takuti dia. 472 00:30:05,471 --> 00:30:08,933 Dia pengangkat berat. Dia boleh angkat 192 kilogram. 473 00:30:09,892 --> 00:30:13,229 Mereka panggil dia Bugsy sebab dia sentiasa gelisah. 474 00:30:14,146 --> 00:30:16,440 Kali pertama saya jumpa Dick Briggs, 475 00:30:16,524 --> 00:30:19,193 suami saya beri dia koktel. 476 00:30:19,277 --> 00:30:22,196 Dick minum bourbon segelas sekali gus 477 00:30:22,280 --> 00:30:25,074 kemudian dia makan kaca. 478 00:30:25,658 --> 00:30:28,411 Darah menitis di mukanya. Dia kunyah kaca. 479 00:30:30,037 --> 00:30:33,708 Menurut keluarganya, Dick Briggs suka tunjuk helah kecil. 480 00:30:33,791 --> 00:30:37,336 Dia boleh ambil pin topi wanita dan cucuk pada lengannya, 481 00:30:37,420 --> 00:30:38,921 tarik keluar tanpa darah. 482 00:30:40,715 --> 00:30:43,175 Satu masa, kami ke sebuah pekan kecil 483 00:30:43,259 --> 00:30:46,888 yang anjurkan temasya D.B. Cooper pada setiap tahun. 484 00:30:47,388 --> 00:30:48,472 PARTI D.B. COOPER 485 00:30:49,056 --> 00:30:52,518 Dia cuma asyik kata, "Saya nak orang tahu siapa saya." 486 00:30:52,602 --> 00:30:54,312 "Mereka di sini kerana saya." 487 00:30:54,395 --> 00:30:55,938 Dia ada ego sebegitu 488 00:30:56,022 --> 00:30:58,524 yang diperlukan seorang D.B. Cooper. 489 00:30:58,608 --> 00:31:01,736 Saya rasa D.B. orang paling hebat di Amerika. 490 00:31:02,403 --> 00:31:03,821 SUDUT COOPER 491 00:31:03,905 --> 00:31:08,034 DIKEHENDAKI 492 00:31:16,125 --> 00:31:17,376 - Kamera sedia? - Ya. 493 00:31:17,460 --> 00:31:19,462 - Biar saya fokuskan. - Sempurna. 494 00:31:20,379 --> 00:31:23,049 Apabila sedar Dick Briggs barangkali Cooper, 495 00:31:23,132 --> 00:31:25,384 saya mula rekodkan siasatan, 496 00:31:25,468 --> 00:31:28,346 supaya saya boleh menjualnya sebagai dokumentari. 497 00:31:30,097 --> 00:31:33,434 Semasa Rich bawa kepada saya pengedar dadah, Ron Carlson, 498 00:31:33,517 --> 00:31:37,521 saya berusaha untuk pastikan dia bercakap benar tentang Dick Briggs. 499 00:31:37,605 --> 00:31:41,400 Kami tanya Ron Carlson tiga kali, sekali dengan pengesan bohong. 500 00:31:42,109 --> 00:31:43,986 Okey, saya akan pusing kerusi. 501 00:31:44,070 --> 00:31:47,365 Kami minta ejen FBI, Jack Trimarco, lakukan ujian. 502 00:31:47,448 --> 00:31:49,533 Saya belajar poligraf 503 00:31:49,617 --> 00:31:52,328 di Institut Poligraf Jabatan Pertahanan 504 00:31:52,411 --> 00:31:54,914 di Fort McClellan, Alabama. 505 00:31:54,997 --> 00:31:59,043 Jack Trimarco pakar terbaik dalam bidang poligraf. 506 00:31:59,126 --> 00:32:02,672 Dia menjalankan lebih daripada 3,500 ujian poligraf. 507 00:32:02,755 --> 00:32:04,590 Sandar pada kerusi. 508 00:32:04,674 --> 00:32:07,760 Tangan di depan seperti menyelam ke dalam kolam. 509 00:32:07,843 --> 00:32:09,512 Saya pasang ini di pinggang. 510 00:32:10,012 --> 00:32:12,807 Apa-apa yang berlaku secara fisiologi, 511 00:32:12,890 --> 00:32:16,060 ia satu anomali yang kelihatan amat jelas dan ketara. 512 00:32:16,143 --> 00:32:19,814 Maksudnya, bagaimana badan berubah dalam beberapa saat tertentu 513 00:32:20,356 --> 00:32:23,484 apabila seseorang sedar mereka menipu. 514 00:32:24,151 --> 00:32:25,778 Ujian akan bermula. 515 00:32:29,115 --> 00:32:32,493 Adakah Dick Briggs pernah beritahu yang dia ialah Cooper? 516 00:32:32,576 --> 00:32:33,411 Ya. 517 00:32:35,454 --> 00:32:36,622 Untuk soalan, 518 00:32:36,706 --> 00:32:39,875 "Adakah Dick Briggs beritahu yang dia ialah Cooper?" 519 00:32:40,501 --> 00:32:42,169 dia lakukan dengan baik. 520 00:32:44,046 --> 00:32:46,549 Pernahkah kamu menipu pihak berkuasa? 521 00:32:47,133 --> 00:32:47,967 Tidak. 522 00:32:48,801 --> 00:32:51,721 Selepas ujian pengesan bohong, saya beritahu Rich, 523 00:32:52,638 --> 00:32:54,640 "Saya rasa dia bercakap benar." 524 00:32:54,724 --> 00:33:00,271 Jadi, kami mula buat kajian untuk melihat jika Dick Briggs ialah D.B. Cooper. 525 00:33:00,354 --> 00:33:03,983 D.B. Cooper orangnya suka berangan seperti Mat Jenin. 526 00:33:04,066 --> 00:33:07,903 Sejak kecil lagi, dia berusaha tingkatkan keyakinan diri 527 00:33:07,987 --> 00:33:13,909 dengan membayangkan pengembaraan liar di mana dia ialah seorang adiwira. 528 00:33:13,993 --> 00:33:18,581 JOHN RICHARD BRIGGS MAUT PADA JUMAAT EKORAN KECEDERAAN AKIBAT NAHAS KERETA 529 00:33:18,664 --> 00:33:23,044 Suatu hari, kami mendapat tahu Dick Briggs mati secara misteri. 530 00:33:23,127 --> 00:33:25,129 Kawan-kawannya sangka dia dibunuh. 531 00:33:25,212 --> 00:33:28,257 Ia nahas sebuah kereta di tengah-tengah Portland. 532 00:33:31,218 --> 00:33:33,929 Sebelum ini, dia bercakap tentang Vietnam. 533 00:33:35,347 --> 00:33:38,225 Namun di situlah kisahnya dilihat bermasalah. 534 00:33:39,143 --> 00:33:41,437 Saya habiskan lapan bulan membaca. 535 00:33:42,730 --> 00:33:44,648 Saya percaya dia Cooper. 536 00:33:45,566 --> 00:33:49,695 Namun dia tak pernah ke Vietnam, tiada kemahiran payung terjun. 537 00:33:49,779 --> 00:33:53,365 Dia askar hujung minggu separuh masa dalam Tentera Udara, 538 00:33:53,449 --> 00:33:55,242 jadi dia tak perlu ke Vietnam. 539 00:33:55,868 --> 00:33:56,869 Pada ketika itu, 540 00:33:56,952 --> 00:34:00,289 saya pandang lelaki ini dan fikir, "Saya salah orang." 541 00:34:00,372 --> 00:34:02,625 Berikut adalah fakta yang kita tahu. 542 00:34:02,708 --> 00:34:05,544 Cooper lelaki tinggi berkulit gelap. 543 00:34:05,628 --> 00:34:12,301 Dick Briggs seorang lelaki pendek gempal, bersaiz gergasi dan berotot. 544 00:34:13,636 --> 00:34:15,221 Briggs bukan lelaki itu. 545 00:34:15,930 --> 00:34:20,101 Dia cuma sejenis suka cakap besar, "Sayalah D.B. Cooper." 546 00:34:20,768 --> 00:34:23,395 Kami fikir, "Hei, ini dah berakhir." 547 00:34:25,064 --> 00:34:28,067 Ron Carlson sedih kerana selama 40 tahun, 548 00:34:28,150 --> 00:34:31,362 dia diberitahu lelaki ini Cooper. Rupa tak sama, 549 00:34:31,445 --> 00:34:33,447 tapi percaya sebab jumpa duit itu. 550 00:34:34,406 --> 00:34:37,535 Semua kepeningan dan putar-belit ini 551 00:34:37,618 --> 00:34:40,162 mengubah pendapat saya tentang segalanya. 552 00:34:40,746 --> 00:34:43,374 Mungkin tiada apa-apa akan mengejutkan saya. 553 00:34:47,920 --> 00:34:52,091 Semua yang mencari Cooper alami sesuatu yang disebut sumpahan Cooper. 554 00:34:52,591 --> 00:34:56,303 Kami tak tahu asal-usul dia, atau ke mana dia pergi. 555 00:34:58,222 --> 00:35:00,015 Kes ini menjerat. 556 00:35:00,099 --> 00:35:03,519 Semakin hampir kita mengetahui siapa perampas ini, 557 00:35:03,602 --> 00:35:06,897 akan ada sesuatu berlaku dan menunjukkan kita salah. 558 00:35:06,981 --> 00:35:11,193 Kes ini belum diselesaikan dan kami masih memburu D.B. Cooper. 559 00:35:11,902 --> 00:35:15,573 Kita mungkin takkan tahu di mana D.B. Cooper atau siapa dia. 560 00:35:15,656 --> 00:35:18,617 Namun misterinya kekal menarik perhatian. 561 00:35:18,701 --> 00:35:22,997 Semasa memulakan kes ini, saya juga fikir saya boleh selesaikannya. 562 00:35:29,003 --> 00:35:33,257 Ketika itu, saya wartawan dan penulis di selatan Manhattan. 563 00:35:33,799 --> 00:35:35,134 Saya wartawan jenayah. 564 00:35:36,802 --> 00:35:39,763 Satu perkara saya suka menjadi wartawan penyiasatan 565 00:35:39,847 --> 00:35:44,226 ialah mengambil kes-kes yang sukar atau hampir mustahil untuk diselesaikan. 566 00:35:44,768 --> 00:35:49,440 Sebaik mendapat maklumat tentang D.B. Cooper, saya tahu saya nak kes dia. 567 00:35:51,275 --> 00:35:52,610 Saya nak buru dia. 568 00:35:53,527 --> 00:35:56,238 Buku pertama saya tulis adalah tentang kes ini. 569 00:35:56,322 --> 00:35:58,324 "Jika aku selesaikan kes ini, 570 00:35:58,407 --> 00:36:02,077 aku akan raih hadiah Pulitzer dan semua anugerah lain." 571 00:36:06,040 --> 00:36:10,878 Random House Audio mempersembahkan Skyjack: The Hunt for D.B. Cooper 572 00:36:11,503 --> 00:36:12,630 oleh Geoffrey Gray. 573 00:36:13,422 --> 00:36:14,757 Saya Geoffrey Gray. 574 00:36:15,341 --> 00:36:16,967 Saya ambil masa empat tahun 575 00:36:17,051 --> 00:36:19,136 dan percayalah, sumpahan itu benar. 576 00:36:21,180 --> 00:36:22,848 Sepanjang beberapa dekad, 577 00:36:22,932 --> 00:36:26,894 beberapa suspek hilang, malah ada suspek menipu kematian sendiri. 578 00:36:26,977 --> 00:36:29,480 Seorang lelaki hampir mati dalam kapal selam khas, 579 00:36:29,563 --> 00:36:32,358 semasa mencari duit perampas di dasar tasik. 580 00:36:33,567 --> 00:36:36,695 Seorang wartawan cuba membunuh diri selepas suspeknya 581 00:36:36,779 --> 00:36:38,364 telah terbukti menipu. 582 00:36:38,447 --> 00:36:40,574 PENIPUAN D.B. COOPER DIDEDAHKAN DI MAHKAMAH 583 00:36:42,701 --> 00:36:45,371 Hanya program rawatan renjatan elektrik stabil 584 00:36:45,454 --> 00:36:47,414 mengembalikannya dalam kewarasan. 585 00:36:48,207 --> 00:36:49,375 Saya mula sedar 586 00:36:49,458 --> 00:36:53,045 kes itu bukan tentang Cooper, tapi orang yang memburunya. 587 00:36:53,128 --> 00:36:54,797 SELAMAT DATANG SLEUTH! 588 00:36:54,880 --> 00:36:59,051 Orang seperti Tom Colbert dan yang lain, dan orang seperti saya. 589 00:36:59,635 --> 00:37:00,970 Saya kagum dengan dia. 590 00:37:02,388 --> 00:37:06,058 Secara psikologi, kes ini melahirkan jurang gelap. 591 00:37:07,184 --> 00:37:10,604 Kes ini mempersoalkan siapa anda dan apa yang anda percaya, 592 00:37:10,688 --> 00:37:13,565 apa anda mahu percaya dan apa sebenarnya berlaku. 593 00:37:15,276 --> 00:37:19,405 Orang yang lebih terkenal daripada Cooper ialah siapa yang temuinya. 594 00:37:22,157 --> 00:37:24,827 Sampai satu tahap, saya ada empat suspek, 595 00:37:24,910 --> 00:37:27,705 dan saya sangka mereka semua D.B. Cooper. 596 00:37:27,788 --> 00:37:30,499 Saya muhasabah, "Sampai begini sekalikah 597 00:37:30,582 --> 00:37:33,252 saya percaya empat orang ini orang sama?" 598 00:37:33,335 --> 00:37:36,547 Itu masalahnya. Keasyikan itu buat saya terbawa-bawa. 599 00:37:36,630 --> 00:37:39,758 Saya nak buktikan suspek saya adalah orang dicari, 600 00:37:39,842 --> 00:37:42,928 sehinggakan kepercayaan saya mengatasi logik akal. 601 00:37:43,012 --> 00:37:46,849 Empat orang tak boleh jadi dia dan sesetengah perkara tidak benar. 602 00:37:53,897 --> 00:37:55,441 Kita kembali ke sini. 603 00:37:56,275 --> 00:37:59,361 Kita terakam bunyi keretapi lagi. Sekejap. Maaf. 604 00:38:01,030 --> 00:38:04,325 Sebaik tahu Dick Briggs bukan D.B. Cooper, saya berkata, 605 00:38:04,408 --> 00:38:06,827 "Mungkinkah dia ada rakan sekongkol?" 606 00:38:06,910 --> 00:38:10,331 Keazaman Tom memang hebat. Dia tak mahu berputus asa. 607 00:38:10,414 --> 00:38:13,292 Jika dia nampak jalan buntu, saya kata, "Cukup." 608 00:38:13,375 --> 00:38:14,793 Dia tetap teruskannya. 609 00:38:16,545 --> 00:38:19,965 Saya buat keputusan untuk hubungi jabatan polis di Portland 610 00:38:20,049 --> 00:38:22,551 dan bertemu pegawai narkotik veteran. 611 00:38:22,634 --> 00:38:26,722 Saya tanya, "Kenal pegawai narkotik yang ingat siapa Dick Briggs?" 612 00:38:27,556 --> 00:38:31,393 Seminggu kemudian, saya jumpa seorang lelaki 80 tahun masih hidup. 613 00:38:31,977 --> 00:38:36,106 Mereka perkenalkan saya kepada kawan-kawan Dick Briggs. 614 00:38:36,690 --> 00:38:39,485 Saya hubungi mereka seorang demi seorang 615 00:38:39,568 --> 00:38:41,111 untuk mengorek kisahnya. 616 00:38:41,195 --> 00:38:44,448 Lelaki terakhir saya hubungi menakutkan saya. 617 00:38:45,199 --> 00:38:46,992 Namanya Pudgy Hunt. 618 00:38:47,076 --> 00:38:51,288 Saya tonton banyak filem koboi dengan watak Pudgy bersenapang. 619 00:38:54,416 --> 00:38:55,918 Kenapa nama awak Pudgy? 620 00:38:56,418 --> 00:39:01,006 Semasa berusia sembilan bulan, berat saya 16 kilogram. 621 00:39:02,674 --> 00:39:04,510 Ceritakan tentang kawan Briggs. 622 00:39:05,094 --> 00:39:08,305 Ada sekali, Dick Briggs pernah kenalkan kawannya. 623 00:39:08,389 --> 00:39:13,519 Lelaki ini keluarkan keratan daripada akhbar tempatan, 624 00:39:15,062 --> 00:39:19,817 tentang dirinya sebagai Green Beret dan pemenang pingat perkhidmatan. 625 00:39:21,318 --> 00:39:23,362 Ketika itulah saya tahu rakan sekongkol Dick 626 00:39:23,445 --> 00:39:25,322 ialah lelaki bernama Robert Rackstraw. 627 00:39:26,365 --> 00:39:28,075 Itu mengubah segala-galanya. 628 00:39:33,622 --> 00:39:36,291 Kami bandingkan gambar Rackstraw di usia itu 629 00:39:36,375 --> 00:39:38,836 dengan lukisan polis D.B. Cooper. 630 00:39:41,171 --> 00:39:44,550 Gambar Rackstraw hampir seiras dengan lukisan itu. 631 00:39:47,845 --> 00:39:50,389 Kamu kata kamu ada kemahiran payung terjun. 632 00:39:50,472 --> 00:39:54,810 Latar belakang kamu menunjukkan kamu boleh jadi D.B. Cooper. 633 00:39:55,310 --> 00:39:57,771 Mungkin. Boleh jadi. 634 00:39:59,773 --> 00:40:02,109 Lelaki ini miliki beberapa kemahiran. 635 00:40:02,192 --> 00:40:05,112 Pada masa itu, saya tahu kami tangkap D.B. Cooper. 636 00:40:06,405 --> 00:40:08,157 Saya kata, "Syukur, Jesus." 637 00:40:09,074 --> 00:40:13,704 Tertangkapnya Rackstraw, kami percaya kami berjaya selesaikan kes 50 tahun. 638 00:40:13,787 --> 00:40:16,832 Usaha kami banyak dibantu keajaiban Tuhan. 639 00:40:16,915 --> 00:40:19,710 Saya ketuk kepala, "Bagaimana aku boleh jumpa?" 640 00:40:19,793 --> 00:40:23,797 Kamu mahu mengaku sama ada kamu D.B. Cooper atau tidak? 641 00:40:24,339 --> 00:40:27,468 Dengan kisah sebegitu, adakah ia fiksyen atau fakta? 642 00:40:28,469 --> 00:40:32,097 Rakyat Amerikalah yang akan tentukannya. 643 00:40:33,307 --> 00:40:36,101 Sebaik pasukan saya mula menyiasat Rackstraw, 644 00:40:36,185 --> 00:40:40,230 mereka mula tahu kegiatan dia semasa dia tak terjun dari pesawat. 645 00:40:44,985 --> 00:40:48,447 Dia ada rekod identiti palsu, pelbagai kesalahan jenayah. 646 00:40:49,072 --> 00:40:50,657 Dia bukan sembarangan. 647 00:40:50,741 --> 00:40:53,535 Sukar untuk percaya betapa gila situasi ini. 648 00:40:53,619 --> 00:40:55,287 Adakah kamu D.B. Cooper? 649 00:40:55,370 --> 00:40:57,498 Saya tak boleh cakap begitu. 650 00:40:58,081 --> 00:41:00,209 Saya tak boleh sentuh bab itu. 651 00:41:58,725 --> 00:42:03,730 Terjemahan sari kata oleh Jentayu