1 00:00:07,258 --> 00:00:10,970 Peringatan untuk memakai tali pinggang keselamatan… 2 00:00:12,889 --> 00:00:18,561 Hebat apabila memikirkannya. 1971, 2021, selang 50 tahun. 3 00:00:18,644 --> 00:00:20,730 Orang masih memburu Cooper. 4 00:00:20,813 --> 00:00:24,358 Jika anda layari laman sesawang dan lihat peminat Cooper ini, 5 00:00:24,442 --> 00:00:27,528 mereka keluarkan bermacam-macam teori dan suspek 6 00:00:27,612 --> 00:00:28,738 sehingga hari ini. 7 00:00:29,697 --> 00:00:33,367 Masakan tidak? Ia cerita legenda berusia 50 tahun. 8 00:00:33,451 --> 00:00:37,205 Tiada siapa tahu apa sebenarnya berlaku. Semua orang nak tahu. 9 00:00:37,288 --> 00:00:41,292 Semua orang mempunyai tekad untuk mencari kebenaran 10 00:00:42,794 --> 00:00:45,213 walaupun tanpa sebarang maklumat sahih. 11 00:00:45,296 --> 00:00:48,091 Sudah bertahun kes ini diikuti oleh rakyat. 12 00:00:48,174 --> 00:00:50,426 Sekarang, FBI nak cuci tangan. 13 00:00:50,510 --> 00:00:53,429 Saya tak nafikan, ada banyak misteri di luar sana. 14 00:00:53,513 --> 00:00:55,348 Ini salah satu daripadanya. 15 00:00:56,182 --> 00:01:00,019 Orang masih buat kandungan asli tentang Cooper 50 tahun kemudian. 16 00:01:01,187 --> 00:01:03,523 Jika dah terjebak, susah nak keluar. 17 00:01:04,148 --> 00:01:07,860 Tiada pengakhiran, tiada kepuasan. Anda tak tahu ceritanya. 18 00:01:07,944 --> 00:01:10,321 Kita cuma tahu Cooper merampas pesawat. 19 00:01:10,404 --> 00:01:14,033 Orang tak tahu kisah sebelum dan selepas rampasan berlaku. 20 00:01:14,659 --> 00:01:18,454 Jadi saya fikir orang jadi lebih nak tahu tentangnya. 21 00:01:19,455 --> 00:01:23,709 Siapa tahu jika ada maklumat baharu akan muncul? 22 00:01:57,410 --> 00:02:02,081 EPISOD 4 DUNIA COOPER 23 00:02:08,588 --> 00:02:10,590 COOPERCON SABTU & AHAD 24 00:02:10,673 --> 00:02:13,634 Helo, selamat datang ke CooperCon. 25 00:02:15,303 --> 00:02:19,807 Saya mula anjurkan CooperCons setiap tahun sejak tahun 2018. 26 00:02:19,891 --> 00:02:22,977 D.B. Cooper sudah menjadi tradisi Northwest, 27 00:02:23,060 --> 00:02:26,522 legenda Northwest, macam Bigfoot dan UFO. 28 00:02:26,606 --> 00:02:29,734 Kami jadikannya satu pesta yang hebat. 29 00:02:29,817 --> 00:02:32,278 Mahu daftar masuk? Kami akan bantu. 30 00:02:33,738 --> 00:02:37,200 Secara asasnya, CooperCon ialah perjumpaan peminat. 31 00:02:39,410 --> 00:02:42,955 Saya pemilik dan pengendali Pengalaman Lepas Northwest. 32 00:02:43,039 --> 00:02:44,999 Kami ada bilik lepas D.B. Cooper. 33 00:02:45,082 --> 00:02:48,920 Saya sertai permainan ini daripada laman web Wikipedia. 34 00:02:49,003 --> 00:02:51,881 Saya sejarawan yang mengkaji kes D.B. Cooper 35 00:02:51,964 --> 00:02:54,175 sejak berusia tujuh atau lapan tahun. 36 00:02:54,258 --> 00:02:56,010 Ibu saya di Lapangan Terbang Sea-Tac 37 00:02:56,093 --> 00:02:58,804 menunggu penerbangan untuk berjumpa ayah saya. 38 00:02:58,888 --> 00:03:01,891 Rampasan berlaku, jadi pesawatnya tergendala. 39 00:03:01,974 --> 00:03:04,227 Dia hampir menghalang kewujudan saya. 40 00:03:04,310 --> 00:03:08,147 Ada sesuatu yang istimewa apabila anda hadir ke sini. 41 00:03:08,773 --> 00:03:10,733 Tutup komputer riba, 42 00:03:10,816 --> 00:03:14,403 datang bersua muka dan berkomunikasi dengan orang. 43 00:03:16,113 --> 00:03:17,531 PERAMPAS IPA VICTOR-23 44 00:03:17,615 --> 00:03:19,408 Kami ibarat keluarga 45 00:03:19,492 --> 00:03:22,370 mungkin kerana kami alami penyakit yang sama, 46 00:03:22,453 --> 00:03:24,705 ketidakupayaan untuk selesaikan kes. 47 00:03:26,082 --> 00:03:29,835 Bersama kita adalah datuk bandar Cooperville sendiri, 48 00:03:29,919 --> 00:03:32,296 orang penting di The Mountain News. 49 00:03:32,380 --> 00:03:36,300 Bersamanya adalah penganjur yang kacak untuk acara ini. 50 00:03:36,384 --> 00:03:39,637 Kawan baik saya, Bruce Smith dan Eric Ulis. 51 00:03:42,390 --> 00:03:45,309 Adakah sebab seorang lelaki mahu cari duit, 52 00:03:45,393 --> 00:03:48,271 mahu gaji? Atau ada sebab lain? 53 00:03:48,354 --> 00:03:52,483 Di acara ini, kita boleh bercakap dengan orang arif tentang kes ini 54 00:03:52,566 --> 00:03:54,402 yang masih hidup pada masa itu. 55 00:03:54,485 --> 00:03:58,114 Saya kenal orang hebat. Sebaik saja mereka masuk, "Wah!" 56 00:03:58,197 --> 00:04:00,825 Bill Mitchell ada. Dia ada dalam pesawat itu, 57 00:04:00,908 --> 00:04:03,744 dua meter daripada D.B. Cooper, 50 tahun lalu. 58 00:04:04,412 --> 00:04:08,499 Jika mereka anggap saya saksi untuk kenal pasti D.B. Cooper, 59 00:04:08,582 --> 00:04:10,042 dia mungkin ada di sini. 60 00:04:11,877 --> 00:04:15,506 Ada perbincangan tentang perkara pelik 61 00:04:15,589 --> 00:04:18,676 yang pengikut tegar kes itu saja akan peduli. 62 00:04:19,343 --> 00:04:21,512 Sebaik saja jumpa puntung rokok ini, 63 00:04:21,595 --> 00:04:24,098 kami letak bawah mikroskop elektron. 64 00:04:24,682 --> 00:04:28,436 Ini adalah mikroskop imbasan elektron vintaj 1985 65 00:04:28,519 --> 00:04:30,062 milik saya sendiri. 66 00:04:30,146 --> 00:04:33,691 Tak ramai orang di negara ini memiliki mikroskop elektron. 67 00:04:33,774 --> 00:04:35,985 Saya pelik sikit daripada orang lain. 68 00:04:36,068 --> 00:04:38,696 - Rasa macam kami keluarga nerda. - Ya. 69 00:04:39,780 --> 00:04:44,577 Sepanjang 50 tahun yang lalu, ada lebih 40 buku yang ditulis berkenaan subjek ini. 70 00:04:45,119 --> 00:04:47,038 Kes tetap belum selesai. 71 00:04:47,121 --> 00:04:50,833 Secara peribadi, saya rasa Robert Rackstraw suspek utama. 72 00:04:50,916 --> 00:04:53,044 Suspek kegemaran, Barbara. 73 00:04:53,127 --> 00:04:56,422 William J. Smith, tapi suspek lain boleh lakukannya juga. 74 00:04:56,505 --> 00:04:59,675 Pak cik saya ialah Lynn Doyle Cooper, 75 00:04:59,759 --> 00:05:03,929 satu-satunya suspek yang tak pernah diketepikan oleh FBI. 76 00:05:04,013 --> 00:05:07,516 Jika suspek kegemaran saya Loki, adakah saya akan dikecam? 77 00:05:08,392 --> 00:05:12,980 Bukan niat nak beri bocoran awal, tapi D.B. Cooper dah mati. 78 00:05:13,064 --> 00:05:15,691 Jika dia masih hidup, umurnya 95 tahun. 79 00:05:15,775 --> 00:05:18,402 Dia perokok tegar. Tentunya dah meninggal. 80 00:05:18,486 --> 00:05:21,280 Kita sambung perbincangan dalam beberapa hari… 81 00:05:21,864 --> 00:05:25,076 Kes ini lebih daripada apa yang kita boleh bayangkan. 82 00:05:25,576 --> 00:05:27,953 Kancah Cooper itu benar. 83 00:05:40,591 --> 00:05:43,719 Pernah dengar teori buku komik Dan Cooper? 84 00:05:43,803 --> 00:05:45,262 - Ya. - Beritahu kami. 85 00:05:45,346 --> 00:05:49,058 Saya memang berminat dengan teori buku komik Dan Cooper. 86 00:05:51,060 --> 00:05:53,187 Dan Cooper ialah wira buku komik, 87 00:05:53,270 --> 00:05:56,649 juruterbang Angkatan Tentera Udara berbangsa Perancis Kanada 88 00:05:56,732 --> 00:06:00,236 yang melakukan banyak pengembaraan dan terjunan udara. 89 00:06:00,319 --> 00:06:02,488 Dari kulit buku serta isinya, 90 00:06:02,571 --> 00:06:06,325 D.B. Cooper seolah-olah menjadi watak itu 91 00:06:06,409 --> 00:06:07,910 dan menghidupkannya. 92 00:06:12,623 --> 00:06:16,377 The Adventures of Dan Cooper ialah kasil karya Albert Weinberg, 93 00:06:16,961 --> 00:06:20,297 artis dari Belgium yang bekerja di bawah Hergé legenda 94 00:06:20,965 --> 00:06:22,299 yang mencipta Tintin. 95 00:06:22,800 --> 00:06:24,301 Ia ditulis dalam bahasa Perancis 96 00:06:24,427 --> 00:06:27,638 dan cukup popular di Belgium, Perancis, Perancis Kanada 97 00:06:27,721 --> 00:06:29,348 sekitar 60-an dan 70-an. 98 00:06:29,932 --> 00:06:32,518 Ia tak dikenali di negara Inggeris. 99 00:06:35,187 --> 00:06:36,230 Dalam komik itu, 100 00:06:36,313 --> 00:06:39,900 ada beberapa cerita yang selari dengan rampasan itu. 101 00:06:39,984 --> 00:06:44,029 Ada tiket penerbangan dengan nama Cooper padanya. 102 00:06:45,030 --> 00:06:46,449 pesawat 727, 103 00:06:47,116 --> 00:06:49,994 ada cerita rampasan pesawat di Seattle 104 00:06:50,536 --> 00:06:53,247 dan gaya pakaian pun serupa. 105 00:06:53,330 --> 00:06:56,667 Tali leher hitam, sut gelap dan beg bimbit. 106 00:07:01,922 --> 00:07:04,967 Semasa rampasan berlaku di Perancis Kanada, 107 00:07:05,050 --> 00:07:07,845 paranoia dan pemberontakan besar sedang berlaku. 108 00:07:08,429 --> 00:07:11,223 Undang-undang perlu ditegakkan dalam masyarakat 109 00:07:11,307 --> 00:07:13,934 walau dalam apa keadaan sekalipun. 110 00:07:15,561 --> 00:07:17,021 Dalam persekitaran ini, 111 00:07:17,521 --> 00:07:18,981 Dan Cooper seorang wira. 112 00:07:25,571 --> 00:07:27,490 Dan Cooper ialah orang kami. 113 00:07:27,573 --> 00:07:28,908 Dia orang Kanada. 114 00:07:30,034 --> 00:07:33,412 Pada tahun 60-an dan 70-an, sektor penerbangan besar. 115 00:07:37,166 --> 00:07:39,793 Watak ini menerbangkan jet terkini, 116 00:07:40,419 --> 00:07:45,424 memperkenalkan semua jenis pesawat dalam komik kepada pembaca, 117 00:07:45,508 --> 00:07:48,761 dan beri semua pelajar Kanada yang fasih bahasa Perancis 118 00:07:48,844 --> 00:07:52,640 wira idaman ini yang boleh menerbangkan jet. 119 00:07:52,723 --> 00:07:57,686 Budak mana yang tak main kapal terbang? Kita semua nak jadi juruterbang pejuang. 120 00:07:57,770 --> 00:08:00,481 Bukan Tom Cruise dan Top Gun yang mulakan. 121 00:08:00,564 --> 00:08:01,815 Saya perlu… 122 00:08:02,942 --> 00:08:05,194 - Perlu kepantasan. - Perlu kepantasan. 123 00:08:06,946 --> 00:08:08,739 Saya baca semasa remaja. 124 00:08:08,822 --> 00:08:12,284 Saya tertarik dengan imaginasi 125 00:08:12,368 --> 00:08:14,703 dalam kisah Dan Cooper. 126 00:08:16,163 --> 00:08:18,249 Kita boleh terbang ke Yaman. 127 00:08:18,791 --> 00:08:21,502 Kita boleh masuk ke hutan Colombia. 128 00:08:21,585 --> 00:08:23,837 Kita boleh terokai Kanada. 129 00:08:24,713 --> 00:08:26,632 Indah kisahnya. 130 00:08:28,676 --> 00:08:34,765 Albert Weinberg menerbitkan 41 album. Itu jumlah yang besar. 131 00:08:35,766 --> 00:08:40,938 Ada album yang menunjukkan kebarangkalian perkaitan 132 00:08:42,189 --> 00:08:46,944 dalam kisah album tersebut dengan persoalan mengenai rampasan. 133 00:08:49,071 --> 00:08:49,989 Itu dia. 134 00:08:50,489 --> 00:08:54,159 Teknik ini mungkin serupa antara album 135 00:08:54,243 --> 00:08:57,454 dan cara D.B. Cooper terjun dari pesawat. 136 00:09:12,595 --> 00:09:16,515 Saya pertama kali jumpa Albert Weinberg di pangkalan Tentera Udara. 137 00:09:17,016 --> 00:09:21,854 Albert selalu datang ke pangkalan Kanada untuk mengkaji bahan baru. 138 00:09:22,563 --> 00:09:25,566 Lawatan pertama dia ke Kanada adalah pada tahun 1966 139 00:09:25,649 --> 00:09:28,527 di pangkalan Tentera Kanada Portage la Prairie. 140 00:09:30,571 --> 00:09:32,489 Dia dapat layanan karpet merah 141 00:09:32,990 --> 00:09:35,993 kerana bukunya menyumbang kepada usaha rekrut. 142 00:09:37,328 --> 00:09:41,332 Secara dasarnya, dia mempunyai akses tanpa had di pangkalan. 143 00:09:41,957 --> 00:09:45,044 Dia akan ambil banyak gambar. 144 00:09:45,127 --> 00:09:49,006 Dia ambil gambar bangunan, pesawat, orang-orang di situ. 145 00:09:50,924 --> 00:09:53,469 "Lelaki ini macam juruterbang pejuang." 146 00:09:54,261 --> 00:09:58,223 Kemudian dia akan lukis dan jadikan ia novel grafiknya. 147 00:10:02,895 --> 00:10:06,565 Kali pertama melihat buku komik dan membelek lakaran tersebut, 148 00:10:06,649 --> 00:10:10,027 jelas pada saya bahawa ada perkaitan 149 00:10:10,110 --> 00:10:12,154 antara sifat keberanian 150 00:10:12,237 --> 00:10:14,990 juruterbang wira yang terjun dari pesawat 151 00:10:15,074 --> 00:10:16,241 dan suka terbang, 152 00:10:16,325 --> 00:10:20,996 serta kebarangkalian hasrat seorang lelaki dengan dendam, 153 00:10:21,080 --> 00:10:24,708 dan seorang lelaki yang mahu selesaikan satu perkara hebat. 154 00:10:28,879 --> 00:10:30,839 Albert Weinberg memberitahu saya, 155 00:10:31,507 --> 00:10:34,802 selepas rampasan berlaku, beberapa hari saja kemudian, 156 00:10:35,886 --> 00:10:39,056 sumbernya dalam Tentera Udara Perancis Kanada telefon, 157 00:10:39,139 --> 00:10:42,810 dan mereka kata, "Dia salah seorang orang kami." 158 00:10:42,893 --> 00:10:46,647 PASUKAN DISOKONG FBI MENEMUKAN KAITAN RAMPASAN 70-AN DENGAN KANADA 159 00:10:46,772 --> 00:10:52,903 Albert Weinberg tidak mahu wiranya dikaitkan dengan perampas. 160 00:10:54,196 --> 00:10:58,909 Jadi, setiap kali ada wartawan mahu mempersoalkan dia tentang itu, 161 00:10:58,992 --> 00:11:02,079 dia menolak. 162 00:11:03,205 --> 00:11:07,418 Dan Cooper ialah kesateria unggul dalam komik tersebut. 163 00:11:08,669 --> 00:11:12,840 Adakah perampas pesawat itu cuba menghantar mesej kepada kita? 164 00:11:12,923 --> 00:11:15,592 Atau mungkin perampas itu tidak tahu 165 00:11:15,676 --> 00:11:20,055 seorang juruterbang pejuang buku komik Perancis Kanada terkenal 166 00:11:20,139 --> 00:11:24,017 menggunakan gelaran yang sama seperti yang dia pilih. 167 00:11:24,101 --> 00:11:25,102 Siapa tahu? 168 00:11:28,397 --> 00:11:30,524 Jika saya naik dan rompak keretapi 169 00:11:31,108 --> 00:11:34,820 menggunakan nama samaran Tony Hawk dan lari dengan papan luncur, 170 00:11:35,362 --> 00:11:39,116 adakah anda akan fikir pemilihan nama samaran itu kebetulan? 171 00:11:39,199 --> 00:11:40,492 Saya takkan. 172 00:11:40,576 --> 00:11:46,832 Perkaitan itu terlalu jelas bagi saya. Lagipun, ia sangat mengujakan. 173 00:11:46,915 --> 00:11:49,585 Jadi saya mahu ia menjadi sudut komik itu. 174 00:11:51,462 --> 00:11:56,091 Tahun 1950-an merupakan zaman gemilang Tentera Udara Kanada. 175 00:11:56,175 --> 00:11:59,636 Namun daripada tahun 60-an, skala ketenteraannya mengecil. 176 00:11:59,720 --> 00:12:02,264 Kuasa mereka dilihat berkurangan. 177 00:12:02,347 --> 00:12:04,683 Pada 1965, Tentera Udara Diraja Kanada 178 00:12:04,767 --> 00:12:07,478 memutuskan untuk membuang 500 juruterbang, 179 00:12:07,561 --> 00:12:10,314 juruterbang berpengalaman, kru penerbangan, 180 00:12:10,397 --> 00:12:13,484 dan trend itu berterusan sehingga awal tahun 1970-an. 181 00:12:14,443 --> 00:12:17,654 Orang dipaksa berhenti dan mereka marah. 182 00:12:17,738 --> 00:12:20,824 Tiada program peralihan pada masa itu 183 00:12:20,908 --> 00:12:23,744 bagi mereka yang dibuang. Mereka bersendirian. 184 00:12:26,038 --> 00:12:28,832 Mereka perlu tentukan sendiri masa depan mereka. 185 00:12:28,916 --> 00:12:32,753 Mungkin boleh jadi perampas pesawat ala Robin Hood, 186 00:12:32,836 --> 00:12:36,340 mencuri beribu-ribu dolar dan itulah dana persaraannya. 187 00:12:40,761 --> 00:12:44,932 Mungkin dia boleh jadi kru darat, seorang juruteknik tentera. 188 00:12:47,434 --> 00:12:50,729 Terutamanya selepas apa ditemukan pada tali lehernya. 189 00:12:52,439 --> 00:12:55,400 Tali leher kilp lama daripada JCPenney 190 00:12:55,484 --> 00:12:57,861 dikatakan mengandungi kesan bukti. 191 00:12:57,945 --> 00:12:59,988 Apabila pesawat mendarat di Reno, 192 00:13:00,072 --> 00:13:02,282 terdapat tali leher hitam yang nipis 193 00:13:02,366 --> 00:13:06,078 berserta klip tali leher berkilau 194 00:13:06,161 --> 00:13:08,914 telah ditinggalkan di atas pesawat. 195 00:13:09,748 --> 00:13:12,501 Tali leher mengumpul segala zarah 196 00:13:12,584 --> 00:13:14,795 dari mana-mana tempat anda berada. 197 00:13:14,878 --> 00:13:18,882 Jadi kami berjaya ambil tali leher itu dan ambil sampel daripadanya, 198 00:13:18,966 --> 00:13:20,551 dan meneliti zarahnya. 199 00:13:21,426 --> 00:13:24,388 Zarah paling menonjol ialah titanium. 200 00:13:24,471 --> 00:13:29,434 Ia bukan titanium dalam cat putih. Itu titanium dioksida mengandungi oksigen. 201 00:13:30,018 --> 00:13:31,854 Ia logam titanium tulen 202 00:13:31,937 --> 00:13:35,148 dan sebenarnya nampak seperti daun mikroskopik 203 00:13:35,232 --> 00:13:37,192 bersaiz sel darah. 204 00:13:37,276 --> 00:13:39,695 Kami juga temukan zarah titanium kedua 205 00:13:39,778 --> 00:13:43,031 yang mengandungi sekeping besi keluli tahan karat. 206 00:13:43,115 --> 00:13:46,660 Dua zarah itu sangat jarang ditemukan pada tahun 1971. 207 00:13:47,160 --> 00:13:50,622 Dari mana dia boleh dapat titanium tulen komersil 208 00:13:50,706 --> 00:13:53,667 dan unsur bumi jarang ditemukan pada tali lehernya? 209 00:13:54,251 --> 00:13:57,671 Cuma ada dua industri yang menggunakannya pada 1971. 210 00:13:57,754 --> 00:14:01,341 Satu, sektor aeroangkasa dan satu lagi industri kimia. 211 00:14:01,425 --> 00:14:04,761 Jadi kami boleh mengagak lokasi D.B. Cooper berada, 212 00:14:04,845 --> 00:14:07,389 siapa orang-orang yang dia jumpa. 213 00:14:07,472 --> 00:14:10,058 Seperkara lagi yang menarik tentang titanium itu 214 00:14:10,142 --> 00:14:12,811 ialah ia titanium tulen secara komersial. 215 00:14:13,812 --> 00:14:16,315 Ia bukan titanium aloi, 216 00:14:16,398 --> 00:14:19,818 yang anda biasa lihat dalam sektor aeroangkasa. 217 00:14:20,861 --> 00:14:25,532 Saya rasa itu petunjuk kuat bahawa dia pernah bekerja di Boeing 218 00:14:25,616 --> 00:14:30,203 disebabkan wujud kajian penyelidikan dan pembangunan serta bahagian lain 219 00:14:30,287 --> 00:14:34,124 di Boeing yang menjalankan kajian menggunakan titanium tulen. 220 00:14:35,876 --> 00:14:39,171 Banyak spekulasi timbul tentang Boeing. 221 00:14:39,922 --> 00:14:41,965 Ada pula Canadair di Montreal. 222 00:14:42,049 --> 00:14:46,094 Mereka mempunyai kepakaran untuk menggunakan titanium, 223 00:14:46,178 --> 00:14:49,056 dan mereka guna pada dua pesawat ujian. 224 00:14:49,139 --> 00:14:51,683 Pesawat CT-133 Silver Star, 225 00:14:51,767 --> 00:14:54,978 dan CT-114 Tutor. 226 00:14:59,399 --> 00:15:01,526 Jadi, kita boleh mengekstrapolasi 227 00:15:02,152 --> 00:15:06,281 bahawa jika ada kru darat yang ditugaskan dengan pesawat jenis itu, 228 00:15:07,783 --> 00:15:10,827 dia akan ada kontak langsung dengan titanium. 229 00:15:11,703 --> 00:15:15,666 Ada kemungkinan dia jumpa Encik Weinberg sendiri, 230 00:15:16,333 --> 00:15:19,336 mungkin dia jatuh cinta dengan buku komik, 231 00:15:19,419 --> 00:15:21,964 dan putuskan untuk guna nama itu kemudian 232 00:15:22,047 --> 00:15:25,342 semasa dia merampas pesawat di Amerika Syarikat. 233 00:15:27,386 --> 00:15:29,513 Itu satu hipotesis yang menarik. 234 00:15:32,557 --> 00:15:33,934 Pada masa itu, 235 00:15:34,017 --> 00:15:37,562 tiada sesiapa bercakap tentang pengeliruan, 236 00:15:37,646 --> 00:15:40,816 tentang penipuan dan ilusi. 237 00:15:40,899 --> 00:15:43,026 Disebabkan dia, FBI ke sini 238 00:15:43,110 --> 00:15:47,239 dengan titanium mikro-bit daripada tali lehernya, 239 00:15:47,322 --> 00:15:50,575 walaupun itu mungkin bukan tali lehernya. Kami tak tahu. 240 00:15:51,410 --> 00:15:53,453 Dia mungkin tak pakai tali leher. 241 00:15:54,079 --> 00:15:56,623 Mungkin itu helah D.B. Cooper. 242 00:15:57,416 --> 00:16:00,127 Masih ada banyak misteri dalam cerita ini. 243 00:16:06,299 --> 00:16:09,678 Pada permulaan kes D.B. Cooper, 244 00:16:09,761 --> 00:16:14,182 FBI pergi ke Tentera Udara Diraja Kanada 245 00:16:14,266 --> 00:16:17,227 untuk melihat jika mereka boleh menyiasat 246 00:16:17,310 --> 00:16:18,979 pangkalan tentera Kanada. 247 00:16:20,731 --> 00:16:22,357 Namun semasa Perang Dingin, 248 00:16:22,441 --> 00:16:24,818 tiada sesiapa mahukannya. 249 00:16:27,279 --> 00:16:31,575 Bermula pada tahun 1959, sehinggalah pada tahun 70-an, 250 00:16:32,200 --> 00:16:35,996 hubungan antara Amerika dan Kanada dingin. 251 00:16:36,079 --> 00:16:38,248 Berjiran dengan kalian 252 00:16:38,331 --> 00:16:39,958 umpama tidur dengan gajah. 253 00:16:40,500 --> 00:16:43,587 Tak kira semesra mana atau setenang mana pun, 254 00:16:44,379 --> 00:16:46,715 gajah akan menjejaskan kita. 255 00:16:47,466 --> 00:16:51,219 Kami mula memisahkan atau menjauhkan diri 256 00:16:51,303 --> 00:16:54,347 daripada struktur pertahanan Amerika Utara. 257 00:16:54,431 --> 00:16:58,560 Ramai orang Kanada rasa ia dikawal oleh orang Amerika, 258 00:16:58,643 --> 00:17:01,146 dan kami mahu mendapatkan kemerdekaan. 259 00:17:02,105 --> 00:17:04,024 Jadi, pada tahun 1971, 260 00:17:04,107 --> 00:17:07,110 FBI pasti akan tanya tentera Kanada, 261 00:17:07,194 --> 00:17:11,573 "Boleh kami siasat individu yang mungkin melakukan rampasan ini?" 262 00:17:11,656 --> 00:17:15,202 Ada kemungkinan besar orang Kanada akan kata, "Tidak." 263 00:17:15,285 --> 00:17:19,498 "Kami enggan benarkan kalian menyiasat tanah Kanada, 264 00:17:19,581 --> 00:17:23,001 atau mempunyai akses kepada rekod ketenteraan Kanada." 265 00:17:23,835 --> 00:17:27,923 Mungkin kedua-dua kerajaan tidak bekerjasama sama sekali 266 00:17:28,006 --> 00:17:29,966 dalam kes Dan Cooper. 267 00:17:31,718 --> 00:17:36,348 Ada banyak petunjuk hebat pada Kanada yang tak pernah diteliti. 268 00:17:36,973 --> 00:17:41,228 Pada malam rampasan itu, D.B. Cooper minta "mata wang Amerika". 269 00:17:42,062 --> 00:17:45,190 Kalau anda warga Amerika, kenapa minta duit Amerika? 270 00:17:45,273 --> 00:17:48,110 Dan Cooper mungkin menggunakan frasa, 271 00:17:48,193 --> 00:17:51,029 "dalam mata wang Amerika yang boleh dirunding," 272 00:17:51,530 --> 00:17:54,241 kerana bahasa Inggeris bukan bahasa pertamanya, 273 00:17:54,866 --> 00:17:58,245 dan itu kata-kata awal yang terlintas di fikirannya 274 00:17:58,328 --> 00:18:00,789 semasa dalam ketegangan dan tergesa-gesa. 275 00:18:02,582 --> 00:18:05,961 Saya terfikir pagi tadi, "Tak pernah dengar ungkapan itu." 276 00:18:06,795 --> 00:18:08,463 Ia bukan ungkapan Perancis. 277 00:18:08,547 --> 00:18:09,881 Bahasa Inggeris teruk. 278 00:18:09,965 --> 00:18:12,175 Jika dia bukan orang Amerika, 279 00:18:12,259 --> 00:18:14,678 dia nak pastikan dia boleh tukar duit. 280 00:18:14,761 --> 00:18:17,097 Nampaknya begitulah. Ini pendapat saya. 281 00:18:17,180 --> 00:18:19,766 Jadi ini cuma pendapat saya. Anda merompak, 282 00:18:19,850 --> 00:18:22,519 anda orang Perancis Kanada, anda tergesa-gesa, 283 00:18:22,602 --> 00:18:25,981 anda nak pastikan mereka beri wang AS dalam tukaran kecil. 284 00:18:26,565 --> 00:18:27,732 Saya akan cakap, 285 00:18:27,816 --> 00:18:31,444 "Saya mahu mata wang Amerika yang boleh dirunding." 286 00:18:31,528 --> 00:18:34,531 Saya tak 100 peratus pasti tentang "boleh dirunding" 287 00:18:34,614 --> 00:18:39,953 kerana Cooper membuat permintaan kepada kru penerbangan, 288 00:18:40,036 --> 00:18:43,081 yang kemudian memberitahu Kawalan Trafik Udara. 289 00:18:43,165 --> 00:18:45,125 Jadi saya tak tahu jika ia 100%. 290 00:18:45,208 --> 00:18:47,586 Adakah Cooper kata "boleh dirunding"? 291 00:18:47,669 --> 00:18:49,337 Atau semasa ia diberitahu, 292 00:18:49,421 --> 00:18:51,631 perkataan "boleh dirunding" ditambah? 293 00:18:52,174 --> 00:18:55,635 Namun memang tidak mustahil dia orang Kanada. 294 00:19:03,476 --> 00:19:07,272 Saya tak nampak banyak bukti tentang teori Cooper yang lain. 295 00:19:08,064 --> 00:19:10,025 Kita semua ada pandangan berbeza, 296 00:19:11,359 --> 00:19:14,279 tapi kami saja yang mempunyai bukti 297 00:19:14,362 --> 00:19:16,156 dan bukti baharu terus muncul. 298 00:19:20,368 --> 00:19:23,038 Selepas saman Akta Kebebasan Maklumat, 299 00:19:23,121 --> 00:19:27,417 FBI mengenal pasti 80,000 halaman dokumen berkaitan kes ini, 300 00:19:27,500 --> 00:19:31,504 dan mereka berikan kami 500 halaman sebulan. 301 00:19:32,005 --> 00:19:35,759 Jadi tempoh masa yang akan diambil adalah 12 tahun. 302 00:19:36,468 --> 00:19:39,346 Jadi saya failkan usul kepada mahkamah 303 00:19:39,429 --> 00:19:43,225 untuk mempercepatkan fail berkaitan Bob Rackstraw, 304 00:19:43,892 --> 00:19:46,728 sebab kami mahukan fail dia dulu. 305 00:19:47,395 --> 00:19:48,855 Rackstraw membantah. 306 00:19:49,439 --> 00:19:53,360 Dia mengemukakan rewang-rewangan, halaman demi halaman, 307 00:19:53,443 --> 00:19:57,864 "Saya bukan D.B. Cooper dan saya tak mahu fail saya dikeluarkan." 308 00:19:59,074 --> 00:20:03,620 Dia juga menambah lukisan ini dengan mengatakan semua ini mengarut. 309 00:20:06,790 --> 00:20:09,501 Jelas sekali, ia berbahaya bagi kami. 310 00:20:09,584 --> 00:20:12,170 Mahkamah tidak memihak kepada kami. 311 00:20:14,714 --> 00:20:15,966 Saya degil orangnya. 312 00:20:16,049 --> 00:20:18,301 Saya takkan biarkan ia halang kami. 313 00:20:19,010 --> 00:20:21,179 Kami putuskan untuk jalan terus. 314 00:20:25,892 --> 00:20:28,436 Namun ia satu tempoh yang sukar. 315 00:20:31,273 --> 00:20:34,192 Ada satu ketika yang saya takkan lupa. 316 00:20:34,818 --> 00:20:36,653 Saya sentiasa bangun awal pagi. 317 00:20:36,736 --> 00:20:39,030 Saya tidur lima jam sehari, itu saja. 318 00:20:39,572 --> 00:20:41,616 Semasa bekerja dalam kes Cooper, 319 00:20:41,700 --> 00:20:45,412 saya fikir saya boleh kurangkan waktu tidur menjadi empat jam. 320 00:20:45,495 --> 00:20:51,251 Satu ketika, saya duduk di depan komputer dan saya terlupa cara menekan kekunci. 321 00:20:53,503 --> 00:20:57,632 Saya panggil isteri saya, "Sayang, saya tak tahu gunakannya." 322 00:20:58,425 --> 00:21:02,304 Dia pegang tangan dan bawa saya duduk di depan TV. 323 00:21:04,222 --> 00:21:07,017 Saya duduk di depan TV dan minda saya kembali. 324 00:21:08,184 --> 00:21:10,812 Ia ambil masa enam jam. Ia agak menakutkan. 325 00:21:11,396 --> 00:21:14,899 Namun saya sedar saya telah mencapai had saya ketika itu. 326 00:21:18,570 --> 00:21:20,530 Namun kami takkan berputus asa. 327 00:21:36,629 --> 00:21:40,884 Seorang lelaki yang mendakwa dia pelarian paling terkenal abad lalu, 328 00:21:40,967 --> 00:21:43,386 kemudian menarik balik dakwaan, meninggal dunia. 329 00:21:43,970 --> 00:21:48,308 Namanya Robert Rackstraw, dan sehingga kini, kita masih tak tahu 330 00:21:48,391 --> 00:21:51,644 sama ada dia perampas yang dikenali sebagai D.B. Cooper. 331 00:21:56,858 --> 00:22:00,236 Apabila dia mati, saya beritahu akhbar semasa dihubungi, 332 00:22:00,320 --> 00:22:03,782 "Saya hormati sifat tanggungjawabnya pada anak-anak." 333 00:22:03,865 --> 00:22:07,869 Namun saya kata saya masih rasa dia melanggar undang-undang. 334 00:22:09,996 --> 00:22:14,709 Bagi saya, apa yang sangat menarik ialah dia hidup dalam tempoh 335 00:22:14,793 --> 00:22:16,586 ketika tahun 70-an 336 00:22:16,669 --> 00:22:20,673 di mana dia bukan rakyat yang patuhi undang-undang. Dia penipu. 337 00:22:21,549 --> 00:22:23,968 Dia dipenjarakan kerana memalsukan cek, 338 00:22:24,052 --> 00:22:26,679 merompak pesawat dan menyimpan bahan letupan. 339 00:22:28,848 --> 00:22:32,143 Namun dia dibebaskan dan jalani kehidupan normal. 340 00:22:34,687 --> 00:22:37,690 Dia rancang dan buat semuanya serta tiada siapa tahu 341 00:22:37,774 --> 00:22:39,901 jika mereka tak menyelidiki rekod. 342 00:22:41,861 --> 00:22:44,948 Dia cuba hidup sebagai lelaki biasa, 343 00:22:45,740 --> 00:22:47,742 menetap di marina, membaiki bot. 344 00:22:52,705 --> 00:22:54,791 Ada perwatakan, ada dewangga. 345 00:22:54,874 --> 00:22:57,669 Dirinya mempunyai pelbagai lapisan. 346 00:22:57,752 --> 00:23:00,296 Dia sangat menarik. Memang menarik. 347 00:23:00,380 --> 00:23:02,674 Dia tetap menarik selepas meninggal. 348 00:23:05,510 --> 00:23:12,142 Pandangan konsisten orang terhadap dia memang menakjubkan. 349 00:23:15,353 --> 00:23:20,108 Saya perasan setiap kali Bob keluar dari pekan, 350 00:23:20,191 --> 00:23:22,735 dia akan bawa satu beg bimbit gelap. 351 00:23:23,486 --> 00:23:27,073 Suatu hari, saya nampak beg bimbit itu lagi, 352 00:23:27,574 --> 00:23:29,409 dan ia tidak berkunci. 353 00:23:30,326 --> 00:23:32,871 Saya buka dengan perlahan-lahan. 354 00:23:33,830 --> 00:23:37,041 Saya jumpa rambut palsu. 355 00:23:37,125 --> 00:23:38,293 RAMBUT DIPASANG! 356 00:23:38,376 --> 00:23:42,088 Rambut palsu dan misai. 357 00:23:43,047 --> 00:23:48,052 Bob orangnya memang bermisai. 358 00:23:48,136 --> 00:23:51,556 Namun kadangkala, dia akan kembali 359 00:23:52,140 --> 00:23:53,766 dan misainya dicukur. 360 00:23:53,850 --> 00:23:57,604 Dia pakai rambut palsu bila-bila masa dia mahu. 361 00:23:58,188 --> 00:24:02,525 Untuk menyamar jadi orang lain. Entahlah. 362 00:24:04,861 --> 00:24:08,990 Bob ahli Kelab Playboy di LA. 363 00:24:09,073 --> 00:24:11,409 Dia kata, "Saya bawa awak ke kelab." 364 00:24:12,285 --> 00:24:16,956 Kami berhenti di belakang limusin. Kami menaiki kereta sewa. 365 00:24:17,457 --> 00:24:19,375 Ada 100 orang sedang beratur. 366 00:24:19,959 --> 00:24:23,713 Kita naik ke atas dan penjaga pintu berdiri di sana. 367 00:24:23,796 --> 00:24:26,674 Dia kata, "Ikut sini, En. Rackstraw." 368 00:24:27,342 --> 00:24:29,302 Ada gadis arnab menunggu kami. 369 00:24:30,595 --> 00:24:32,472 Apa yang dia buat ialah 370 00:24:32,555 --> 00:24:34,224 dia hubungi kelab, 371 00:24:34,307 --> 00:24:38,561 beritahu mereka juruterbang peribadi Gabenor Reagan akan hadir ke sana, 372 00:24:38,645 --> 00:24:42,732 Bob Rackstraw dan, "Tolong beri dia layanan terbaik." 373 00:24:43,399 --> 00:24:44,567 Mereka ikut. 374 00:24:44,651 --> 00:24:48,696 Kami dapat meja paling dekat dengan pentas, 375 00:24:48,780 --> 00:24:51,658 dia diperkenalkan oleh pengacara. 376 00:24:51,741 --> 00:24:55,995 Dia bangun dan melambai ke khalayak, di jaketnya terdapat sayap, 377 00:24:56,079 --> 00:24:57,580 sayap pesawat. 378 00:24:57,664 --> 00:25:03,044 Itulah pengalaman pertama saya melihat cara Bob memanipulasi orang. 379 00:25:06,923 --> 00:25:09,592 Rackstraw lelaki yang hebat. 380 00:25:09,676 --> 00:25:12,637 Dia seorang yang sangat berbakat. 381 00:25:12,720 --> 00:25:16,933 Bagaimanapun, saya rasa dia orang yang berhati kering. 382 00:25:17,016 --> 00:25:20,019 Saya tak percaya orangnya miliki empati yang tinggi. 383 00:25:22,272 --> 00:25:24,857 Tentunya saya ralat sebab dia meninggal, 384 00:25:24,941 --> 00:25:28,486 namun kami dapat akses semua fail FBI berkaitan Rackstraw. 385 00:25:30,905 --> 00:25:32,907 Tak apa jika tak percaya Rackstraw orangnya. 386 00:25:32,991 --> 00:25:34,701 "Ini dokumen asal." 387 00:25:34,784 --> 00:25:36,995 "Terima kasih banyak." "Sama-sama." 388 00:25:37,912 --> 00:25:42,584 RACKSTRAW MUNGKIN ORANG YANG SAMA DENGAN D.B. COOPER 389 00:25:42,667 --> 00:25:46,254 Saya yakin Robert Rackstraw ialah D.B. Cooper. 390 00:25:46,337 --> 00:25:50,341 Terdapat faktor kritikal yang saya fikir mengesahkan 391 00:25:50,425 --> 00:25:53,386 bahawa Rackstraw ialah Cooper. 392 00:25:53,469 --> 00:25:56,014 Robert Rackstraw orang kita. Ya, dia mati. 393 00:25:56,097 --> 00:25:58,766 Sesetengah perkara mungkin takkan diketahui, 394 00:25:58,850 --> 00:26:01,311 tapi kita boleh tutup buku dalam kes ini. 395 00:26:01,394 --> 00:26:04,522 D.B. COOPER? SUSPEK MATI, NAMUN LEGENDA TERUS HIDUP 396 00:26:04,606 --> 00:26:07,692 Saya tak pernah cakap begini. Demi awak, saya cakap. 397 00:26:09,235 --> 00:26:13,781 Saya rasa, disebabkan siasatan pasukan kes lapuk itu, 398 00:26:14,282 --> 00:26:17,619 Robert Rackstraw ialah D.B. Cooper. 399 00:26:17,702 --> 00:26:19,162 Dia memang D.B. Cooper. 400 00:26:20,955 --> 00:26:23,374 Adakah FBI setuju dengan awak? 401 00:26:27,920 --> 00:26:30,214 Saya tak tahu. 402 00:26:30,298 --> 00:26:34,469 Ada ramai ejen FBI, ada antaranya yang bertanggungjawab, 403 00:26:34,552 --> 00:26:36,095 bersetuju dengan saya. 404 00:26:36,179 --> 00:26:38,097 Ada yang lain tidak. 405 00:26:38,181 --> 00:26:39,807 Saya tak pasti, 406 00:26:39,891 --> 00:26:42,727 tapi ini hasil siasatan terbaik kita ada, 407 00:26:42,810 --> 00:26:44,812 dan ia nampak macam sahih. 408 00:26:48,816 --> 00:26:50,026 Tak syak lagi, 409 00:26:50,109 --> 00:26:55,907 mereka dalam kalangan penyiasat D.B. Cooper, yang mana… 410 00:26:55,990 --> 00:26:58,326 Tiada apa-apa yang kita boleh buat 411 00:26:58,409 --> 00:27:03,206 untuk meyakinkan mereka bahawa teori mereka tak betul. 412 00:27:03,289 --> 00:27:05,416 Namun itu membinasakan kebenaran. 413 00:27:05,500 --> 00:27:09,420 Dalam pasukan kes lapuk ini, bukan itu pendorong kami. 414 00:27:09,504 --> 00:27:14,342 Saya dengan senang hati boleh mengakui, "Ya, kami dah cuba. Kami silap. 415 00:27:14,425 --> 00:27:17,929 Namun kami menyumbang, sebab Rackstraw sudah tiada lagi. 416 00:27:18,012 --> 00:27:21,391 Fokus kepada suspek lain." Kami tak pernah ke tahap itu. 417 00:27:21,474 --> 00:27:24,977 Kami tak pernah ada bukti yang menunjukkan, "Beginilah. 418 00:27:25,061 --> 00:27:27,397 Kami salah, Rackstraw bukan orangnya." 419 00:27:27,480 --> 00:27:31,609 Yang kami ada, "Ini satu lagi bukti yang menunjukkan 420 00:27:31,693 --> 00:27:34,070 dia mungkin orang yang dicari." 421 00:27:34,153 --> 00:27:36,989 Dalam setiap langkah, itulah yang kami temukan. 422 00:27:37,990 --> 00:27:40,702 Colbert boleh dikatakan salah seorang 423 00:27:40,785 --> 00:27:44,706 yang lakukan kerja yang bagus dalam menggali data 424 00:27:44,789 --> 00:27:48,710 dan memperkenalkan sumber dalam kes D.B. Cooper. 425 00:27:49,794 --> 00:27:51,546 Namun melihat fail-fail itu, 426 00:27:52,463 --> 00:27:55,758 saya tak rasa Robert Rackstraw ialah D.B. Cooper. 427 00:27:55,842 --> 00:27:58,010 DIA JUMPA RACKSTRAW SETIAP HARI 428 00:27:58,094 --> 00:28:03,307 Dia disiasat oleh FBI dan diketepikan sebagai suspek. 429 00:28:03,391 --> 00:28:07,979 Saya rasa sesiapa yang percaya bahawa Robert Rackstraw adalah D.B. Cooper 430 00:28:08,062 --> 00:28:11,482 akan membuka mata untuk membuang tanggapan tersebut 431 00:28:11,566 --> 00:28:13,943 dan mula melihat suspek lain. 432 00:28:19,657 --> 00:28:21,492 Tom suka cerita yang bagus. 433 00:28:21,576 --> 00:28:24,328 Saya rasa Rackstraw ialah kisahnya yang baik. 434 00:28:24,412 --> 00:28:27,623 Tom lebih mudah menjual cerita jika dia D.B. Cooper. 435 00:28:27,707 --> 00:28:28,791 Nama itu terkenal. 436 00:28:28,875 --> 00:28:30,543 Itu boleh jadi judul cerita. 437 00:28:30,626 --> 00:28:34,005 Kemudian anda ceritakan kisah hebat penipu ini, bukan? 438 00:28:34,088 --> 00:28:37,425 Saya rasa Tom betul-betul fikir dia mungkin D.B. Cooper. 439 00:28:37,925 --> 00:28:39,343 Apa pendapat awak? 440 00:28:40,595 --> 00:28:42,847 Saya rasa hasil kerja Tom bagus, 441 00:28:42,930 --> 00:28:46,768 tapi saya takkan cemarkan reputasi saya 442 00:28:46,851 --> 00:28:49,729 dengan mengatakan Rackstraw adalah D.B. Cooper. 443 00:28:52,690 --> 00:28:54,066 Saya puji Tom. 444 00:28:54,150 --> 00:28:55,401 Ikhlas saya puji dia. 445 00:28:56,194 --> 00:28:59,155 Dia dah keluarkan belanja yang banyak. 446 00:28:59,864 --> 00:29:03,159 Baguslah usaha Tom telah membawa dia ke tahap ini. 447 00:29:05,077 --> 00:29:08,289 Saya cuma rasa dia tersilap mengejar musuh. 448 00:29:08,998 --> 00:29:11,209 Berapa banyak duit awak habiskan? 449 00:29:11,292 --> 00:29:13,544 Anggap ia hampir setara ganjarannya. 450 00:29:14,253 --> 00:29:17,507 Jumlah yang Cooper curi adalah $200,000. 451 00:29:17,590 --> 00:29:23,221 Saya boleh katakan, kami dah habiskan sebanyak itu untuk siasatan ini. 452 00:29:23,304 --> 00:29:25,681 Sejujurnya, itu bukan rancangan kami. 453 00:29:25,765 --> 00:29:28,601 Biasanya kami siasat selama setahun dua saja. 454 00:29:28,684 --> 00:29:32,522 Siasatan ini makan masa tujuh tahun, kemudian sepuluh tahun, 455 00:29:32,605 --> 00:29:35,107 semuanya disebabkan FBI. 456 00:29:35,983 --> 00:29:38,319 Mereka enggan bekerjasama dengan kami. 457 00:29:42,114 --> 00:29:43,491 Tom dah banyak melabur. 458 00:29:44,367 --> 00:29:47,703 Dia didorong atas sebab peribadi. 459 00:29:47,787 --> 00:29:49,288 Dia mahukan keadilan. 460 00:29:50,248 --> 00:29:52,875 Namun di situlah wujudnya bahaya. 461 00:29:54,460 --> 00:29:58,297 Anda terperangkap dalam keinginan untuk membuktikan tanggapan 462 00:29:58,381 --> 00:30:01,217 daripada membuktikan fakta cerita. 463 00:30:02,468 --> 00:30:06,138 Ia boleh mempengaruhi penilaian anda. 464 00:30:07,473 --> 00:30:09,350 Jim Forbes kawan baik saya. 465 00:30:09,433 --> 00:30:11,811 Jim salah seorang mentor saya, 466 00:30:11,894 --> 00:30:17,400 tapi di penghujung projek History Channel, Jim putuskan untuk berpaling tadah. 467 00:30:18,317 --> 00:30:21,112 Saya rasa, dia bukan D.B. Cooper. 468 00:30:21,696 --> 00:30:23,948 - Awak tak rasa begitu? - Tidak. 469 00:30:24,782 --> 00:30:27,660 Apabila dia ubah fikiran, ia mengejutkan pasukan. 470 00:30:28,286 --> 00:30:30,788 Malangnya, kami tidak berhubung sejak itu. 471 00:30:33,082 --> 00:30:35,209 Sukar apabila kepentingannya tinggi. 472 00:30:35,835 --> 00:30:39,589 Hubungan, wang, nyawa. 473 00:30:40,381 --> 00:30:45,011 Jadi kes ini menjadi satu kekusutan. Anda cuba buktikan suspek anda 474 00:30:45,094 --> 00:30:48,222 dan selesaikan kes itu, tapi anda tak mahu diperlekeh. 475 00:30:49,098 --> 00:30:51,684 Semua ini berlaku di dunia Cooper. 476 00:30:54,270 --> 00:30:55,646 Jika Bob Rackstraw orangnya, 477 00:30:55,730 --> 00:30:58,900 dia patut berdiri di puncak gunung dan menjerit 478 00:31:00,276 --> 00:31:01,903 hingga akhir hayatnya, 479 00:31:01,986 --> 00:31:04,572 "Saya betul. Kamu semua meragui saya." 480 00:31:07,283 --> 00:31:09,660 Saya tak lagi pedulikan kes D.B. Cooper. 481 00:31:09,744 --> 00:31:13,080 Saya sedang mengusahakan kes Zodiac. 482 00:31:14,999 --> 00:31:17,710 Kami juga menemukan 483 00:31:17,793 --> 00:31:22,423 apa yang kami percaya sebagai jejak pembunuh dan lokasi Jimmy Hoffa. 484 00:31:23,674 --> 00:31:27,511 Sekali lagi, kami ada semua ini kerana usaha pasukan ini. 485 00:31:34,435 --> 00:31:38,022 Kemasyhuran 15 minit saya bertahan selama 50 tahun. 486 00:31:41,108 --> 00:31:46,238 Saya rasa kebanyakan orang fikir mereka boleh selesaikannya. 487 00:31:49,158 --> 00:31:53,079 Mereka benar-benar fikir mereka boleh layari Internet 488 00:31:53,162 --> 00:31:56,999 dan buat carian Google tentang sesuatu yang akan selesaikannya. 489 00:31:58,376 --> 00:32:01,337 Terdapat banyak lakonan semula sejarah 490 00:32:01,420 --> 00:32:02,838 dan perkara seumpamanya. 491 00:32:02,922 --> 00:32:06,550 Awak pernah lihat diri awak digambarkan dalam dokumentari ini? 492 00:32:06,634 --> 00:32:08,344 Awak nak siapa lakonkannya? 493 00:32:10,721 --> 00:32:13,307 - Cakap George Clooney. - Ya. 494 00:32:13,391 --> 00:32:15,434 Begini, biar isteri saya jawab. 495 00:32:17,103 --> 00:32:19,188 Ia agak menghiburkan. 496 00:32:19,271 --> 00:32:21,691 Saya dapat jumpa orang. 497 00:32:21,774 --> 00:32:23,901 Hebat dapat bersua muka dengan awak. 498 00:32:23,985 --> 00:32:28,531 Namun peminat Cooper masih mahu memberitahu saya teori mereka. 499 00:32:28,614 --> 00:32:30,282 Memang gila. 500 00:32:30,366 --> 00:32:34,328 Saya terima gambar, "Awak kenal lelaki ini?" 501 00:32:34,870 --> 00:32:41,043 Peminat Cooper ini kata sepupu kepada pakcik kepada abang, suami kepada kakak 502 00:32:41,585 --> 00:32:44,422 yang sedang nazak kata dia D.B. Cooper. 503 00:32:48,175 --> 00:32:50,970 Semakin menginjak masa, ia semakin sukar. 504 00:32:51,637 --> 00:32:54,765 Memori semua saksi sudah lemah. 505 00:32:54,849 --> 00:32:57,101 Orang lupa begitu saja. 506 00:32:58,978 --> 00:33:03,357 Apa-apa bukti di tempat jenayah yang wujud sudah tiada. 507 00:33:04,692 --> 00:33:09,280 Malah tebing Sungai Columbia telah berubah sama sekali. 508 00:33:12,241 --> 00:33:13,784 Apabila anda ke sana, 509 00:33:13,868 --> 00:33:16,454 anda takkan dapat cam lokasi barang ditanam. 510 00:33:16,537 --> 00:33:18,664 Dia ada duit semasa terjun dari pesawat. 511 00:33:18,748 --> 00:33:21,834 Jika dia jatuh ke dalam sungai mungkin dia keluar, mungkin tidak. 512 00:33:22,585 --> 00:33:25,212 Semakin lama, semakin sukar. 513 00:33:26,589 --> 00:33:30,384 Apabila FBI umumkan kes ditutup, saya langsung tak percaya. 514 00:33:31,052 --> 00:33:33,929 FBI tak boleh tutup kes sewenang-wenangnya. 515 00:33:34,013 --> 00:33:37,183 Mereka nak cuci tangan. Mereka dihubungi setiap hari, 516 00:33:37,266 --> 00:33:40,394 ia menyusahkan ejen, orang PA terpaksa buat kenyataan. 517 00:33:40,478 --> 00:33:42,855 Saya memang tak percaya kes ini ditutup. 518 00:33:42,938 --> 00:33:46,275 Indikmen masih terbuka, dan penjenayah masih bebas. 519 00:33:48,486 --> 00:33:50,905 Saya tertarik kerana nama D.B. Cooper 520 00:33:50,988 --> 00:33:53,616 masih disebut-sebut 521 00:33:53,699 --> 00:33:56,535 dalam pelbagai jenis budaya popular. 522 00:33:56,619 --> 00:33:58,996 Dalam hal ini, saya rasa ia disebabkan 523 00:33:59,080 --> 00:34:03,876 D.B. Cooper adalah anti-wira, penjahat, tokoh individualis. 524 00:34:03,959 --> 00:34:07,171 Anda boleh lihat watak sebegitu dalam budaya koboi 525 00:34:07,254 --> 00:34:10,674 dan novel picisan pada era 1890-an, 526 00:34:10,758 --> 00:34:12,676 contohnya watak Don Draper, 527 00:34:12,760 --> 00:34:17,598 serta Walter White dalam Breaking Bad. 528 00:34:18,307 --> 00:34:24,396 Ia sejenis watak yang berkait rapat dengan jantina dan bangsa. 529 00:34:24,480 --> 00:34:26,398 OPERASI D.B. COOPER 530 00:34:29,026 --> 00:34:31,487 Cooper satu kes yang cukup unik. 531 00:34:31,570 --> 00:34:35,741 Ia menggambarkan keinginan jiwa Amerika yang tertentu. 532 00:34:39,036 --> 00:34:41,330 Romans rampasan udara, 533 00:34:41,413 --> 00:34:46,460 lelaki yang memakai payung terjun dan terjun dalam kegelapan. 534 00:34:47,670 --> 00:34:49,588 Saya harap dia takkan ditemukan. 535 00:34:51,173 --> 00:34:53,759 Orang selalu tanya, "Siapa D.B. Cooper, 536 00:34:53,843 --> 00:34:56,804 jika awak banyak kaji tentang dia?" Saya tak tahu. 537 00:34:58,514 --> 00:35:02,893 Semasa mulakan audio siar, saya fikir, "Pasti salah seorang suspek ini." 538 00:35:03,602 --> 00:35:07,314 Selepas membaca 30 buku dan bercakap dengan 45 orang berbeza 539 00:35:07,398 --> 00:35:08,357 tentang kes itu, 540 00:35:08,440 --> 00:35:11,694 saya rasa masih banyak yang saya tak tahu. 541 00:35:12,319 --> 00:35:13,946 Semakin berlalu masa, 542 00:35:14,029 --> 00:35:16,740 ia telah menjadi satu misteri yang lebih besar. 543 00:35:18,617 --> 00:35:22,121 Saya tak faham kenapa dia tak kibarkan bendera di mana-mana 544 00:35:22,204 --> 00:35:25,583 atau tinggalkan nota, dan kata, "Saya adalah D.B. Cooper." 545 00:35:26,167 --> 00:35:30,754 Ramai orang buat begitu, namun mereka bukan D.B. Cooper. 546 00:35:31,463 --> 00:35:35,926 Pelaku sebenar ada seumur hidup untuk rancang, "Bagaimana nak dedahkan diri 547 00:35:36,010 --> 00:35:40,014 sebagai genius yang hanya saya tahu itu diri saya sekarang?" 548 00:35:42,057 --> 00:35:44,518 Kita hidup dalam budaya di mana kita tahu segalanya. 549 00:35:44,602 --> 00:35:48,105 Anda tak boleh berhujah kerana kebenaran diketahui dalam dua saat. 550 00:35:48,689 --> 00:35:50,024 namun tidak dalam kes Cooper. 551 00:35:50,733 --> 00:35:54,904 Ia memaksa kita untuk terus mencari sesuatu yang kita takkan tahu. 552 00:35:54,987 --> 00:35:58,741 Secara rahsia, kita suka bahawa kita takkan dapat mengetahuinya. 553 00:36:01,285 --> 00:36:03,162 Semakin lama Cooper terlepas, 554 00:36:03,245 --> 00:36:06,165 semakin banyak kita boleh selidiki hidup dia. 555 00:36:07,708 --> 00:36:09,335 Legenda kekal bernafas. 556 00:37:12,856 --> 00:37:17,611 Terjemahan sari kata oleh Jentayu