1 00:00:43,585 --> 00:00:45,212 Hei. Awak dengar cakap saya? 2 00:00:45,963 --> 00:00:48,757 Saya sendiri sedang diperhatikan. 3 00:00:49,258 --> 00:00:51,009 Tidak. Saya tak… 4 00:01:08,777 --> 00:01:10,028 Helo? 5 00:01:10,112 --> 00:01:12,656 Ya, ada tembakan di Taman Rowntree. 6 00:01:12,739 --> 00:01:14,908 Okey, pemanggil, awak selamat? 7 00:01:14,992 --> 00:01:17,536 Ada seorang budak lelaki. Dia ditembak. 8 00:01:19,246 --> 00:01:21,790 Awak boleh nampak… Tembakan masih berlaku? 9 00:01:21,874 --> 00:01:22,958 Saya tak tahu! 10 00:01:24,168 --> 00:01:26,753 Dia hanya terbaring. Dia tak bergerak! 11 00:02:20,724 --> 00:02:23,769 Ya, John, saya ada di Taman Rowntree 12 00:02:23,852 --> 00:02:26,271 di kawasan Hackney Downs, London. 13 00:02:26,355 --> 00:02:30,943 Seorang budak lelaki dipercayai telah ditembak semasa pulang dari sekolah 14 00:02:31,026 --> 00:02:33,612 dalam keadaan yang saksi terangkan sebagai serangan pandu lalu. 15 00:02:34,112 --> 00:02:35,989 Ini kelihatan sebagai serangan terbaharu dalam 16 00:02:36,073 --> 00:02:40,035 rentetan kejadian ganas berkaitan samseng dalam beberapa bulan ini. 17 00:02:40,118 --> 00:02:42,120 Seperti yang anda nampak, seluruh taman ini… 18 00:02:44,581 --> 00:02:46,583 ANDA KENAL WANITA INI 19 00:02:46,667 --> 00:02:48,585 SESIAPA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT SILA HUBUNGI NOMBOR INI 20 00:02:54,091 --> 00:02:57,010 PENCABULAN CARIAN PENGENALAN NOMBOR PLAT HASIL CARIAN JUNE LENKER YANG DITANDA 21 00:02:58,595 --> 00:03:00,013 SERAHAN ANDA BERJAYA DITAMBAH 22 00:03:00,097 --> 00:03:02,057 Baiklah, semua. 23 00:03:02,140 --> 00:03:05,143 Okey, saya baru dapat berita yang sekarang kita melihat kejadian besar 24 00:03:05,227 --> 00:03:07,187 bagi tembakan di Taman Rowntree. 25 00:03:07,271 --> 00:03:09,439 Kemungkinan berkaitan kumpulan samseng. 26 00:03:10,190 --> 00:03:12,359 Hackney Downs mahu hantar pegawai tambahan. 27 00:03:12,442 --> 00:03:15,946 Jadi saya hargainya jika ada sesiapa yang boleh tawarkan diri. 28 00:03:16,029 --> 00:03:18,240 SIO kes ini DCI Hegarty. 29 00:03:18,782 --> 00:03:20,325 Itu saja maklumat setakat ini, 30 00:03:20,409 --> 00:03:23,370 tapi kita akan didesak dan sumber akan digunakan sepenuhnya. 31 00:03:23,453 --> 00:03:24,830 Jadi kamu perlu fokus. 32 00:03:28,584 --> 00:03:29,960 Sekurang-kurangnya dia masih hidup. 33 00:03:30,043 --> 00:03:33,505 Masih hidup? Ya. Nyawa-nyawa ikan. Gabby, tunjukkan dia X-ray itu. 34 00:03:34,006 --> 00:03:35,174 Lihatlah sendiri. 35 00:03:36,341 --> 00:03:37,342 Sembilan milimeter. 36 00:03:38,510 --> 00:03:39,720 Peluru masih dalam kepalanya? 37 00:03:40,220 --> 00:03:42,806 Mereka sudah bedah dia, tapi masih tunggu bengkak itu surut 38 00:03:42,890 --> 00:03:44,349 seperti ibu jari yang bengkak. 39 00:03:45,100 --> 00:03:47,227 Pakar bedah tahu kita perlukan peluru. 40 00:03:47,895 --> 00:03:50,856 Lebih cepat kita dapat, lebih cepat boleh mula cari senjata api itu. 41 00:03:50,939 --> 00:03:52,149 Bagaimana dengan kertas kerja? 42 00:03:53,358 --> 00:03:56,195 Semua pegawai luar sedia untuk dikerahkan serta merta. 43 00:03:56,278 --> 00:03:57,821 Ya, saya akan tentukannya. 44 00:03:58,572 --> 00:03:59,573 Ya? 45 00:04:03,285 --> 00:04:05,120 KERAHAN BANTUAN BERSEPAKAT 46 00:04:15,339 --> 00:04:16,714 Saya dah cakap dengan ibunya. 47 00:04:16,798 --> 00:04:18,800 Kita tak boleh letak dia depan kamera. 48 00:04:18,884 --> 00:04:19,885 Awak pasti? 49 00:04:19,968 --> 00:04:22,012 Ia akan beri kesan mendalam dan beri gambaran penuh. 50 00:04:22,095 --> 00:04:24,473 Puan? Boleh saya minta diri sebentar? 51 00:04:24,556 --> 00:04:25,557 - Okey. - Terima kasih. 52 00:04:27,559 --> 00:04:31,522 DS Lenker. Selamat sertai kami. 53 00:04:31,605 --> 00:04:32,606 Terima kasih, tuan. 54 00:04:33,357 --> 00:04:36,777 Ambil ini. Pilih satu untuk pemberita. 55 00:04:38,362 --> 00:04:39,446 Terima kasih sebab datang. 56 00:04:40,197 --> 00:04:41,740 Gembira nampak awak beri nama. 57 00:04:42,699 --> 00:04:46,495 Ya, saya ada anak lelaki, jadi… 58 00:04:47,412 --> 00:04:48,413 Saya cuma mahu tolong. 59 00:04:48,956 --> 00:04:50,374 Bagus. 60 00:04:50,457 --> 00:04:51,291 - Valerie. - Ya? 61 00:04:51,375 --> 00:04:53,168 - Ini untuk Pejabat Komunikasi. - Okey. 62 00:04:54,253 --> 00:04:55,254 Awak okey? 63 00:04:56,255 --> 00:04:57,381 Ya. 64 00:04:58,382 --> 00:05:00,384 Pautan Zoom sudah sedia untuk awak dalam kenderaan. 65 00:05:01,051 --> 00:05:03,554 Apa perkembangan awak menjejak pemanggil dari Lorong Hayes? 66 00:05:04,137 --> 00:05:06,390 Saya beritahu perkhidmatan kecemasan 67 00:05:06,473 --> 00:05:08,350 jika dia berhubung lagi tapi, selain itu… 68 00:05:08,433 --> 00:05:09,643 Awak buat yang terbaik. 69 00:05:09,726 --> 00:05:10,727 Jangan salahkan diri awak. 70 00:05:12,187 --> 00:05:13,188 Tak, tuan. 71 00:05:16,817 --> 00:05:18,986 Apa awak buat di sini? Saya sangka awak benci dia. 72 00:05:19,486 --> 00:05:20,362 Pergi lima minit lagi. 73 00:05:23,574 --> 00:05:24,575 June Lenker? 74 00:05:26,952 --> 00:05:29,496 - Tak. Maaf, D… - Saya cuma bergurau. 75 00:05:31,039 --> 00:05:32,708 Saya terpaksa bersama kamu hari ini. 76 00:05:33,500 --> 00:05:35,752 - Kim Cardwell. - Ya, saya kenal awak. 77 00:05:36,253 --> 00:05:37,087 Bagus. 78 00:05:38,088 --> 00:05:40,883 Kamu tahu berapa banyak kumpulan samseng di kawasan sini? 79 00:05:42,050 --> 00:05:43,969 Tujuh belas. 80 00:05:44,052 --> 00:05:45,053 Itu yang kita tahu. 81 00:05:46,138 --> 00:05:49,391 Mereka dianggap wira oleh kanak-kanak di sini. 82 00:05:49,474 --> 00:05:51,393 - Ya. - Kita boleh buat tugas kita. 83 00:05:51,476 --> 00:05:53,770 Kita boleh tanya penduduk, tapi mereka takkan beritahu. 84 00:05:53,854 --> 00:05:56,106 - Bukan di sini. - Jadi apa gunanya? 85 00:05:56,607 --> 00:05:57,691 Tiada gunanya. 86 00:05:57,774 --> 00:06:00,986 Jika kita dapat maklumat, ia secara sulit. 87 00:06:01,069 --> 00:06:03,572 Pemberi maklumat. Sumber terselindung. 88 00:06:04,072 --> 00:06:08,035 Berkumpul! Awak juga, DS Lenker. 89 00:06:08,827 --> 00:06:12,206 Ayuh. Ya. Hebat sekali sebab ada ramai pegawai dengan saya. 90 00:06:12,289 --> 00:06:14,833 Hai. Ini Hegarty. 91 00:06:15,751 --> 00:06:17,085 Maklumat. 92 00:06:18,045 --> 00:06:19,379 Ya, seorang budak di taman. 93 00:06:20,088 --> 00:06:24,092 Saya tahu. Umur sembilan tahun. 94 00:06:24,176 --> 00:06:25,802 Ya, awak seorang ibu. Sudah tentu. 95 00:06:25,886 --> 00:06:29,681 Ya. Lebih kurang. Saya tak peduli. 96 00:06:29,765 --> 00:06:30,766 Dengar… 97 00:06:31,683 --> 00:06:34,811 Ya, saya boleh tolong, tapi awak perlu tolong saya. 98 00:06:34,895 --> 00:06:36,104 Saya boleh bantu dia. 99 00:06:37,731 --> 00:06:40,984 Selalunya saya tak buat begini, tapi saya hanya boleh minta tolong awak. 100 00:06:41,068 --> 00:06:45,489 Ya. Sebarkannya. Lihat jawapannya. 101 00:06:56,625 --> 00:06:58,544 Siapa budak bersama Jacob? 102 00:07:00,712 --> 00:07:01,839 Budak biasa saja, sayang. 103 00:07:02,798 --> 00:07:04,758 Ya, saya tahu, mak. Mana kawan lamanya? 104 00:07:04,842 --> 00:07:06,260 Naveen dan yang lain? 105 00:07:06,343 --> 00:07:09,054 Mereka agak… Apa perkataan itu? 106 00:07:09,888 --> 00:07:10,889 Nerda. 107 00:07:11,390 --> 00:07:12,724 Mungkin mereka bergaduh? 108 00:07:13,433 --> 00:07:14,685 Dia tak ada beritahu saya. 109 00:07:15,686 --> 00:07:16,895 Awak kelakar. 110 00:07:17,729 --> 00:07:20,524 - Boleh awak kunyah lebih kuat? - Dia cuba perkara baharu. 111 00:07:20,607 --> 00:07:22,109 - Itu biasa. - Polis di Timur London 112 00:07:22,192 --> 00:07:25,362 memohon kepada saksi petang ini selepas seorang pelajar ditembak 113 00:07:25,445 --> 00:07:27,155 di Taman Rowntree awal hari ini. 114 00:07:27,239 --> 00:07:28,073 KEJADIAN TEMBAKAN DI TIMUR LONDON 115 00:07:28,156 --> 00:07:30,117 Isaac Whitlow, sembilan tahun, yang masih kritikal… 116 00:07:30,200 --> 00:07:32,119 Aduhai! Itu dia? 117 00:07:32,202 --> 00:07:33,662 - …didapati menerima… - Apa? 118 00:07:33,745 --> 00:07:35,914 - …satu tembakan di kepala… - Budak dari kerja awak? 119 00:07:35,998 --> 00:07:37,666 - …semasa pulang dari sekolah… - Ya. 120 00:07:37,749 --> 00:07:38,750 …selepas empat petang. 121 00:07:39,293 --> 00:07:41,461 Tidak. Saya lupa beritahu. Ayah Jacob telefon. 122 00:07:41,545 --> 00:07:43,005 Zac? Apa dia mahu? 123 00:07:43,088 --> 00:07:44,882 - Polis di Timur London… - Mereka kenal keluarga itu. 124 00:07:44,965 --> 00:07:48,010 Morowa dalam PIBG bersama ibu budak itu. 125 00:07:48,093 --> 00:07:49,052 Sudah tentu. 126 00:07:49,136 --> 00:07:51,638 Mereka mahu tahu jika dia akan selamat. 127 00:07:52,639 --> 00:07:53,640 Saya akan hubungi dia. 128 00:07:53,724 --> 00:07:55,601 Awak fikir mereka akan kecoh jika dia budak kulit hitam? 129 00:07:55,684 --> 00:07:57,936 Ya, saya juga fikir yang sama. 130 00:07:58,020 --> 00:08:00,022 Aduhai, kamu berdua. Apa kamu mahu? Bintang emas? 131 00:08:00,105 --> 00:08:02,024 Semasa dalam penyiasatan mereka, 132 00:08:02,107 --> 00:08:04,860 polis mengeluarkan gambar beberapa lelaki yang mereka percaya… 133 00:08:04,943 --> 00:08:09,990 Kamu tahu ada peluru tersekat dalam otaknya? 134 00:08:10,699 --> 00:08:11,909 - Otak… - Dia akan selamat, mak. 135 00:08:12,659 --> 00:08:13,827 Secawan teh lagi? 136 00:08:13,911 --> 00:08:15,913 Masih belum ada tangkapan. 137 00:08:15,996 --> 00:08:18,749 - Segelas wain? - Teruskan. Saya mahu. 138 00:08:28,383 --> 00:08:29,384 Bahagian mana? 139 00:08:30,385 --> 00:08:31,762 Apa? 140 00:08:31,845 --> 00:08:32,846 Otaknya? 141 00:08:33,804 --> 00:08:34,806 Sini. 142 00:08:36,642 --> 00:08:38,018 Lobus frontal kanan. 143 00:08:38,101 --> 00:08:39,269 Apa maksudnya… 144 00:08:40,770 --> 00:08:42,231 Apa kamu berdua gosipkan? 145 00:08:42,773 --> 00:08:44,775 Kami sedang bergosip tentang mak. 146 00:08:44,858 --> 00:08:46,443 Jadi tak mengapa. 147 00:08:46,985 --> 00:08:47,986 Terima kasih. 148 00:08:50,322 --> 00:08:52,783 Ia mengawal beberapa fungsi kognitif. 149 00:08:54,243 --> 00:08:55,244 Jadi? 150 00:08:56,119 --> 00:08:59,665 Susah untuk cakap, khususnya berkaitan kanak-kanak. 151 00:09:00,582 --> 00:09:01,834 Bila mereka bedahnya? 152 00:09:01,917 --> 00:09:03,210 Malam ini. 153 00:09:03,293 --> 00:09:06,505 Baguslah. 154 00:09:06,588 --> 00:09:07,589 Lebih cepat ia keluar… 155 00:09:14,638 --> 00:09:16,098 Jumpa nanti. 156 00:09:19,476 --> 00:09:20,477 Apa? 157 00:09:26,733 --> 00:09:29,361 Sebentar. Apa? Sekarang awak kerja untuk dia? 158 00:09:29,444 --> 00:09:32,239 Bukan. Hanya untuk penyiasatan ini. 159 00:09:32,322 --> 00:09:34,867 Aduhai… Hati-hati, okey? 160 00:09:34,950 --> 00:09:38,620 Jangan risau. Ini cuma peluang untuk lihat dia dari dekat. 161 00:09:38,704 --> 00:09:42,082 Lihat cara dia bekerja. Buat dia menyokong kita. Jika dia masih berperikemanusiaan. 162 00:09:42,583 --> 00:09:46,253 Dia okey atau pelik? 163 00:09:46,920 --> 00:09:49,131 - Awak ada jumpa apa-apa? - Tak. Belum lagi. 164 00:09:49,214 --> 00:09:52,342 Dia suruh Kim Cardwell menyelia saya sepenuhnya, jadi… 165 00:09:53,051 --> 00:09:54,052 Bagusnya. 166 00:09:54,136 --> 00:09:56,346 Ya. Okey, jadi apa berita awak? 167 00:09:57,306 --> 00:10:00,350 Saya minta bantuan beberapa sukarelawan Doris dari kempen itu. 168 00:10:00,434 --> 00:10:03,687 - Okey. - Tak apa. Kami dah lama kenal mereka. 169 00:10:03,770 --> 00:10:05,606 Bagaimana awak mahu terangkan hal ini? 170 00:10:06,190 --> 00:10:07,357 Pemanggil dari Lorong Hayes? 171 00:10:08,275 --> 00:10:12,029 Saya cakap dia seseorang yang mungkin boleh tolong kes Errol. 172 00:10:12,112 --> 00:10:14,114 Itu saja? Tak cakap tentang panggilan kecemasan itu? 173 00:10:14,198 --> 00:10:16,241 Tak. Saya sumpah. 174 00:10:18,619 --> 00:10:19,453 Baiklah. 175 00:10:19,536 --> 00:10:22,706 Mereka sedang sebarkan hal ini di luar sana sekarang. 176 00:10:22,789 --> 00:10:24,458 Kafe, pandu lalu, semuanya. 177 00:10:24,541 --> 00:10:25,709 Semua berkaitan orang Brazil. 178 00:10:26,335 --> 00:10:27,169 Terima kasih. 179 00:10:28,962 --> 00:10:31,006 Tunggu. Sebelum awak pergi. 180 00:10:34,801 --> 00:10:35,802 Apa itu? 181 00:10:35,886 --> 00:10:37,846 Bukti dari perbicaraan lama Errol. 182 00:10:39,014 --> 00:10:40,057 Sonya. Tidak. 183 00:10:40,641 --> 00:10:43,769 Tak. Saya sangka kita setuju kita cari pemanggil dari Lorong Hayes. 184 00:10:43,852 --> 00:10:46,104 Saya tahu. Cuba lihat sedikit, okey? 185 00:10:46,188 --> 00:10:47,898 Saya tak patut ada di sini. 186 00:10:47,981 --> 00:10:49,024 Tolonglah. 187 00:10:49,107 --> 00:10:51,485 Saya berjanji pada bos untuk tak terbabit kes Errol. 188 00:10:51,568 --> 00:10:54,029 Jadi, tidak. Pemanggil dari Lorong Hayes, itu keutamaan kita. 189 00:10:54,112 --> 00:10:56,281 Itu? "Talian bantuan yang terkenal"? 190 00:10:56,365 --> 00:10:58,283 - Itu gurauan, bukan? - Tak. 191 00:10:58,909 --> 00:11:01,036 - Tak. Dia ada di luar sana. - Lihat saja. 192 00:11:01,119 --> 00:11:03,121 Saya bukan pegawai polis. 193 00:11:03,205 --> 00:11:05,499 Saya bukan di tempat aksi berlaku, tapi awak, faham? 194 00:11:05,582 --> 00:11:08,335 Jadi tolong beri kami sedikit kepakaran awak. 195 00:11:10,128 --> 00:11:11,129 Baiklah. 196 00:11:13,549 --> 00:11:14,633 Terima kasih. 197 00:11:56,508 --> 00:11:57,509 Tone? 198 00:11:58,343 --> 00:11:59,511 Masuklah! 199 00:12:08,353 --> 00:12:10,981 Sudah sedia untuk… Apa dia? 200 00:12:11,064 --> 00:12:12,191 Kolonoskopi? 201 00:12:14,026 --> 00:12:15,027 Sudah tempah teksi? 202 00:12:15,110 --> 00:12:17,654 Ya. Semua selesai. Boleh padam saya dari senarai tugas awak. 203 00:12:17,738 --> 00:12:19,865 Awak takkan dipadam daripadanya. 204 00:12:21,408 --> 00:12:22,701 Hubungi saya jika ada masalah. 205 00:12:26,955 --> 00:12:28,999 Bagaimana dengan siasatan itu? 206 00:12:31,168 --> 00:12:35,047 Awak budak sembilan tahun? 207 00:12:35,130 --> 00:12:37,799 Jangan menolak mentega kacang. Itu makanan ruji yang bagus. 208 00:12:41,428 --> 00:12:45,516 Dengar. Saya ada sesuatu untuk awak di bilik kosong. 209 00:12:45,599 --> 00:12:48,352 Awak takkan suka. 210 00:13:02,157 --> 00:13:05,619 Awak sangka perempuan itu cakap dia sudah hentikannya? 211 00:13:07,913 --> 00:13:09,331 Jangan harap. 212 00:13:46,827 --> 00:13:50,205 Saya bunuh dia. Saya bunuh Adelaide Burrowes. 213 00:13:58,088 --> 00:14:00,924 Ada pergaduhan di salah satu rumah di bawah. 214 00:14:01,008 --> 00:14:02,634 Boleh beri alamat awak? 215 00:14:02,718 --> 00:14:05,679 Awak dengar itu? Dia menjerit! Ya Tuhan. 216 00:14:09,183 --> 00:14:10,434 Mana mak? 217 00:14:11,393 --> 00:14:12,769 Ibu awak tiada di sini. 218 00:14:12,853 --> 00:14:14,062 Mana Errol? 219 00:14:15,230 --> 00:14:16,607 Awak lapar? 220 00:14:17,399 --> 00:14:18,609 Ya. 221 00:14:18,692 --> 00:14:20,110 Itu petanda yang bagus. 222 00:14:20,736 --> 00:14:26,575 Awak mahu makan apa? Pasta? Kentang goreng? Aiskrim? Jeli? 223 00:14:27,159 --> 00:14:28,368 Saya tak suka jeli. 224 00:14:28,452 --> 00:14:31,163 Baiklah. Jadi kita takkan bawa jeli. 225 00:14:32,539 --> 00:14:34,958 Siapa memasak di rumah? 226 00:14:37,127 --> 00:14:38,378 Errol. 227 00:14:43,008 --> 00:14:44,551 Apa penilaian awak? 228 00:14:45,219 --> 00:14:49,431 Saya tak berat sebelah. Hanya melihat pada bukti, tapi… 229 00:14:50,140 --> 00:14:51,475 Tak semuanya bagus. 230 00:14:52,559 --> 00:14:57,105 Dia ada sejarah jenayah, bukan? Errol curi duit daripada ibu bapanya. 231 00:14:57,189 --> 00:15:01,527 - Polis dihubungi, apa itu? - Sebab hutang, dadah. 232 00:15:02,444 --> 00:15:05,072 Itu masa teruk yang dia lalui. 233 00:15:06,406 --> 00:15:09,243 Dia ditipu orang yang dia cuba kagumkan. 234 00:15:09,326 --> 00:15:10,327 Okey. 235 00:15:10,410 --> 00:15:11,954 Banyak tangkapan lagi selepas itu. 236 00:15:12,037 --> 00:15:15,457 - Ya. Semuanya dibebaskan. - Ya, saya tahu awak akan… 237 00:15:15,999 --> 00:15:18,168 Lelaki kulit hitam, tempat yang salah pada masa yang salah. 238 00:15:18,252 --> 00:15:21,255 Saya perlu terangkan kepada awak? Mereka tangkap dia tanpa sebab. 239 00:15:21,338 --> 00:15:22,673 Bagaimana dengan rusuhan? 240 00:15:22,756 --> 00:15:23,882 Tolonglah. 241 00:15:23,966 --> 00:15:26,385 Jalan Tottenham High. Ogos 2011. 242 00:15:26,468 --> 00:15:30,806 Itu hanya beberapa minggu sebelum Adelaide dibunuh. Apa berlaku? 243 00:15:30,889 --> 00:15:32,641 Itu juga satu kesilapan atau… 244 00:15:32,724 --> 00:15:35,352 Baiklah. Dia mencuri. 245 00:15:35,435 --> 00:15:37,813 Namun, tolonglah. Awak tahu berapa ramai orang ditangkap? 246 00:15:38,397 --> 00:15:40,148 Saya sangka awak tak berat sebelah. 247 00:15:42,192 --> 00:15:43,235 Baiklah, dengar. 248 00:15:43,318 --> 00:15:46,029 Jika kita tak hiraukan pengakuannya sekejap… 249 00:15:46,113 --> 00:15:47,155 SENJATA TAK DITEMUI DI LOKASI 250 00:15:47,239 --> 00:15:48,949 …ini lebih kepada perkara saya tak nampak. 251 00:15:49,032 --> 00:15:50,325 Errol tiada… 252 00:15:50,409 --> 00:15:51,785 - Sonya. - …sejarah keganasan, 253 00:15:51,869 --> 00:15:55,038 tiada kesan luka lama pada mangsa, tiada testimoni kejiranan. 254 00:15:55,122 --> 00:15:59,376 Sebenarnya tiada motif. 255 00:16:00,544 --> 00:16:04,298 Kecuali duit. Masalah duit. 256 00:16:05,340 --> 00:16:08,093 Namun, mana sejarahnya? 257 00:16:08,177 --> 00:16:10,846 Mana naratif dan bukti? 258 00:16:12,181 --> 00:16:15,100 Hanya ada darah mangsa pada dia. 259 00:16:15,601 --> 00:16:20,355 Dia lari dari tempat kejadian dengan Patrick. 260 00:16:22,149 --> 00:16:24,401 - Kemalangan itu. - Ya, apa berlaku? 261 00:16:24,484 --> 00:16:26,153 Errol tak ingat. 262 00:16:27,070 --> 00:16:30,282 Pendakwa raya cakap kes bunuh dan bunuh diri. 263 00:16:30,365 --> 00:16:33,827 Dia bunuh wanita itu, kemudian cuba bunuh diri dan budak lelaki itu. 264 00:16:34,953 --> 00:16:35,954 Apa pendapat awak? 265 00:16:36,914 --> 00:16:38,624 Saya faham. 266 00:16:39,124 --> 00:16:42,294 Dia mahu ia berakhir cepat, tekan minyak dan pandu sangat laju. 267 00:16:42,377 --> 00:16:45,214 Cuma ini masalah saya. 268 00:16:46,548 --> 00:16:50,844 Semasa van itu langgar, kereta sedang berpusing. 269 00:16:50,928 --> 00:16:53,514 Errol, dia pusing ke kanan… 270 00:16:56,683 --> 00:17:00,479 Dia sedang menuju ke satu tempat yang dia sentiasa diterima. 271 00:17:01,813 --> 00:17:03,899 Dia mahu rasa selamat. 272 00:17:03,982 --> 00:17:05,526 Dia mahu dipeluk. 273 00:17:06,108 --> 00:17:09,863 Dia dalam perjalanan untuk jumpa Doris. Ibunya. 274 00:17:17,704 --> 00:17:20,457 Awak mahu jumpa dia? Saya boleh jadualkan. 275 00:17:20,540 --> 00:17:21,708 Ya. 276 00:17:22,792 --> 00:17:24,670 Jika saya ada arahan lawatan dengan nama Errol, 277 00:17:24,752 --> 00:17:27,047 saya perlu jumpa Standard Profesional. Sekali lagi. 278 00:17:27,130 --> 00:17:29,591 Itu yang dia mahu. 279 00:17:29,675 --> 00:17:32,761 June, saya peguam, okey? 280 00:17:32,845 --> 00:17:35,430 Saya tahu sistem keadilan jenayah, saya tahu caranya. 281 00:17:35,514 --> 00:17:38,475 Saya sudah banyak kali keluar masuk Whitecross, 282 00:17:38,559 --> 00:17:39,726 saya tahu cara di sana. 283 00:17:41,019 --> 00:17:42,729 Saya nampak kekurangannya. 284 00:17:43,230 --> 00:17:44,690 Jika awak mahu jumpa dia, 285 00:17:44,773 --> 00:17:49,236 saya boleh masukkan awak. Saya sumpah yang Hegarty takkan tahu. 286 00:17:51,029 --> 00:17:54,408 Bagaimana? 287 00:18:01,665 --> 00:18:03,709 Saya perlu jawab ini. 288 00:18:05,627 --> 00:18:08,672 - Helo? - DS Lenker. DCI Hegarty. 289 00:18:08,755 --> 00:18:09,965 Saya ada di hospital. 290 00:18:10,048 --> 00:18:13,051 Maaf sebab minta ini, tapi boleh awak datang sini awal pagi esok? 291 00:18:13,552 --> 00:18:14,845 Semuanya okey? 292 00:18:14,928 --> 00:18:16,847 Pakar bedah masih tak mahu membedah. 293 00:18:16,930 --> 00:18:18,849 - Jenny Whitlow? - Balistik masih perlu tunggu peluru itu. 294 00:18:19,433 --> 00:18:23,103 - Dia di sana. - Ibu Isaac minta awak datang. 295 00:18:23,187 --> 00:18:25,063 Saya? Kenapa? 296 00:18:25,147 --> 00:18:26,857 Saya juga mahu tahu. 297 00:18:36,950 --> 00:18:37,951 June? 298 00:18:38,785 --> 00:18:42,164 - Ya. - Hai. Morowa hantar saya mesej. 299 00:18:42,247 --> 00:18:46,293 Dia cakap awak baik dan saya boleh percayakan awak. 300 00:18:47,044 --> 00:18:48,921 Ya, sebenarnya, 301 00:18:49,004 --> 00:18:52,299 Zac, suami dia ialah bapa kepada anak saya, jadi… 302 00:18:53,675 --> 00:18:54,843 Anak lelaki atau perempuan? 303 00:18:56,553 --> 00:18:57,554 Anak lelaki. 304 00:19:13,320 --> 00:19:16,156 Colin fikir kami patut pindahkan dia. 305 00:19:16,240 --> 00:19:17,741 Cuba hospital lain. 306 00:19:18,825 --> 00:19:19,952 Betul? 307 00:19:20,035 --> 00:19:21,912 Dia dalam jagaan yang baik di sini, Jenny. 308 00:19:21,995 --> 00:19:23,956 Ya, dia dapat penjagaan yang bagus. 309 00:19:25,791 --> 00:19:26,625 Ya. 310 00:19:27,459 --> 00:19:31,296 Saya cuma mahu ia keluar daripadanya. Awak faham? 311 00:19:31,380 --> 00:19:33,841 Saya mahu mereka keluarkannya. 312 00:19:33,924 --> 00:19:34,925 Saya bersimpati. 313 00:20:00,868 --> 00:20:01,869 Terima kasih. 314 00:20:03,829 --> 00:20:05,831 Jadi siapa dia? Kawan? 315 00:20:07,416 --> 00:20:08,709 Kawan kepada kawan. 316 00:20:09,668 --> 00:20:12,838 Baguslah dia boleh terima awak sebagai normal. 317 00:20:13,422 --> 00:20:14,506 Dia langsung tak tahu. 318 00:20:18,802 --> 00:20:22,347 Peluru itu mengecewakan. 319 00:20:25,100 --> 00:20:26,393 Pakar bedah panggil saya pembuli. 320 00:20:29,479 --> 00:20:32,065 Lihat? Awak tak bersendirian. 321 00:20:33,525 --> 00:20:34,526 Ya. 322 00:20:35,319 --> 00:20:37,446 Saya bukan seteruk itu. Saya cuma buat kerja saya. 323 00:20:38,197 --> 00:20:39,406 Saya pasti dia tahu. 324 00:20:40,866 --> 00:20:43,660 Dia tahu. 325 00:20:46,538 --> 00:20:47,581 Pakar bedah itu perempuan? 326 00:20:47,664 --> 00:20:48,999 Malangnya, ya. 327 00:20:49,958 --> 00:20:50,959 Begitulah. 328 00:20:51,043 --> 00:20:53,212 Ya, saya diketahui. 329 00:20:56,381 --> 00:20:57,466 Bertahan. 330 00:21:06,808 --> 00:21:07,851 PEMANDU VIP 331 00:21:07,935 --> 00:21:09,436 PERKHIDMATAN KERETA SELAMAT DAN MEWAH 332 00:21:13,232 --> 00:21:14,566 Okey, saya perlu pergi. 333 00:21:15,317 --> 00:21:16,318 Okey. 334 00:21:16,401 --> 00:21:18,028 - Jumpa nanti. - Ya, baiklah. 335 00:21:35,587 --> 00:21:37,297 Okey, saya dalam perjalanan. 336 00:21:37,840 --> 00:21:39,925 Baiklah. Saya akan sedia. 337 00:22:23,385 --> 00:22:24,720 - Tolong beri nama. - Hai. 338 00:22:25,304 --> 00:22:27,055 - June Lenker. - Awak mahu jumpa siapa? 339 00:22:27,806 --> 00:22:30,392 - Samson Michaels. - Baiklah. 340 00:22:32,186 --> 00:22:33,187 Terima kasih. 341 00:22:33,896 --> 00:22:36,982 Sila duduk dan tunggu namanya dipanggil. 342 00:22:38,192 --> 00:22:39,443 SELAMAT DATANG KE PENJARA WHITECROSS 343 00:22:40,777 --> 00:22:41,778 Angkat tangan. 344 00:22:46,116 --> 00:22:48,702 - Okey. Sila masuk. - Terima kasih. 345 00:23:00,881 --> 00:23:02,549 - Peter Arnold. - Ya. 346 00:23:12,184 --> 00:23:13,644 Samson Michaels. 347 00:23:24,821 --> 00:23:26,532 - William Downs. - Ya. 348 00:23:36,291 --> 00:23:37,626 Errol Mathis. 349 00:23:42,548 --> 00:23:44,007 - Errol Mathis. - Ya. 350 00:23:44,508 --> 00:23:45,509 Masuk sini. 351 00:24:03,068 --> 00:24:04,444 Bagaimana kerja? 352 00:24:04,528 --> 00:24:05,737 Saya tak boleh merungut. 353 00:24:05,821 --> 00:24:07,698 Sebab itu Tuhan cipta isteri. 354 00:24:09,032 --> 00:24:12,369 Budak di taman itu. Boleh awak tolong? 355 00:24:49,865 --> 00:24:50,866 Helo. 356 00:24:55,621 --> 00:24:56,997 Ibu saya tahu awak di sini? 357 00:24:57,080 --> 00:24:59,958 Sebenarnya, saya kawan Sonya. 358 00:25:02,628 --> 00:25:03,629 Betul? 359 00:25:05,631 --> 00:25:06,798 Apa awak mahu? 360 00:25:06,882 --> 00:25:08,800 Awak orang yang suka sangat tolong orang? 361 00:25:08,884 --> 00:25:10,719 Kenapa, jumpa ramai orang begitu? 362 00:25:11,512 --> 00:25:12,971 Ya, seorang dua. 363 00:25:14,014 --> 00:25:15,015 Siapa nama awak? 364 00:25:20,270 --> 00:25:21,313 Begitu. 365 00:25:23,941 --> 00:25:26,276 Jadi siapa awak? Polis? 366 00:25:30,781 --> 00:25:31,823 Mereka tahu? 367 00:25:38,455 --> 00:25:41,041 Bukannya awak boleh sakiti saya. 368 00:25:42,125 --> 00:25:44,503 Saya sudah ada di sini, bukan? 369 00:25:46,046 --> 00:25:48,090 - Ya. - Ya. 370 00:25:50,676 --> 00:25:54,513 - Saya… - Awak ada soalan? 371 00:25:54,596 --> 00:25:55,597 Ya. 372 00:25:56,557 --> 00:26:00,352 - Baik. Tanyalah. - Okey. 373 00:26:02,312 --> 00:26:03,897 Semasa awak disoal kali pertama, 374 00:26:04,773 --> 00:26:08,360 awak cakap dengan pegawai dan beritahu awak ada alibi. 375 00:26:09,486 --> 00:26:13,115 - Dia cakap awak mencari kerja? - Kedai gunting rambut. Jalan Maxine. 376 00:26:13,198 --> 00:26:15,242 Dia cakap awak berbual dengan lelaki bernama… 377 00:26:15,993 --> 00:26:17,119 Mustafa. 378 00:26:19,037 --> 00:26:20,747 Polis cakap dia tak kenal saya. 379 00:26:21,248 --> 00:26:23,500 Sebenarnya, mereka cakap alibi awak tak kukuh. 380 00:26:24,084 --> 00:26:25,878 Jadi kita perlu cari apa maksudnya. 381 00:26:25,961 --> 00:26:28,589 Kami cuba cari dia semasa buat rayuan. 382 00:26:28,672 --> 00:26:31,800 - Dia sudah balik ke Turkiye. - Awak tetap yakin dengan kata-kata awak? 383 00:26:31,884 --> 00:26:34,136 Memang dia orang yang awak berbual? 384 00:26:34,636 --> 00:26:35,637 Ya. 385 00:26:37,472 --> 00:26:38,473 Okey. 386 00:26:41,518 --> 00:26:43,061 Bagaimana dengan pengakuan itu? 387 00:26:45,814 --> 00:26:47,900 Semasa kali pertama awak disoal, 388 00:26:48,525 --> 00:26:51,445 awak cakap awak tak ingat selepas masuk rumah itu. 389 00:26:52,779 --> 00:26:56,450 Kemudian, pagi ketiga awak ditahan, 390 00:26:56,533 --> 00:26:58,744 awak mengaku bunuh dia? 391 00:26:59,411 --> 00:27:01,538 Awak tak ingat awak mengaku? 392 00:27:01,622 --> 00:27:02,664 Awak ingat awak mengaku? 393 00:27:03,415 --> 00:27:04,416 Masalahnya… 394 00:27:05,250 --> 00:27:09,254 Apa berlaku… Mereka beri saya begitu banyak dadah yang… 395 00:27:13,550 --> 00:27:14,927 Awak fikir awak bunuh dia? 396 00:27:19,848 --> 00:27:21,183 Saya ada hari yang buruk. 397 00:27:21,266 --> 00:27:22,309 Apa maksud awak? 398 00:27:22,976 --> 00:27:24,520 Saya cuba bertahan. 399 00:27:24,603 --> 00:27:27,272 Saya cuba bertenang dan… 400 00:27:27,773 --> 00:27:32,611 Ramai yang berniat baik dan saya cuba kekal positif. 401 00:27:32,694 --> 00:27:35,531 Namun, akhirnya, 402 00:27:35,614 --> 00:27:39,660 walau apa pun berlaku, dia sudah tiada. 403 00:27:42,788 --> 00:27:44,331 Dia takkan kembali. 404 00:27:48,043 --> 00:27:50,212 Jadi, apa gunanya? 405 00:27:51,380 --> 00:27:53,006 Itu yang awak maksudkan? 406 00:27:53,924 --> 00:27:55,259 Bagaimana ibu awak? 407 00:27:56,093 --> 00:27:58,262 Bagaimana dengan Patrick? 408 00:27:59,137 --> 00:28:00,138 Pat. Awak jumpa dia? 409 00:28:01,431 --> 00:28:02,307 - Dia… - Tidak. 410 00:28:02,391 --> 00:28:04,309 - Dia cakap apa-apa? - Saya tak jumpa. Saya… 411 00:28:04,810 --> 00:28:07,020 Maaf. Saya tak jumpa Patrick. 412 00:28:18,991 --> 00:28:20,033 Tolong saya. 413 00:28:20,117 --> 00:28:24,121 Sampaikan salam saya kepada ibu saya apabila awak jumpa dia. 414 00:28:40,762 --> 00:28:43,056 - Terima kasih. - Terima kasih. 415 00:28:48,729 --> 00:28:51,356 - Beri log itu. - Ini. 416 00:28:54,276 --> 00:28:55,277 Terima kasih. 417 00:29:09,082 --> 00:29:10,083 Helo? 418 00:29:11,877 --> 00:29:14,379 Apa berlaku? 419 00:29:15,422 --> 00:29:16,757 Dia tak mahu bercakap? 420 00:29:16,840 --> 00:29:18,342 Dia kembali mogok lapar? 421 00:29:18,425 --> 00:29:20,302 Dia rancang untuk terlebih dos dadah lagi? 422 00:29:21,887 --> 00:29:22,888 Tidak? 423 00:29:23,847 --> 00:29:26,975 Tahniah. Awak jumpa dia pada hari dia baik. 424 00:29:27,059 --> 00:29:28,644 Kenapa awak mahu saya jumpa dia? 425 00:29:30,479 --> 00:29:32,272 - Untuk apa? - Saya mahu awak faham. 426 00:29:33,148 --> 00:29:34,149 Dia sudah selesai. 427 00:29:34,650 --> 00:29:38,904 Dia sudah selesai menggalas beban. Kita perlu galas untuknya. 428 00:29:38,987 --> 00:29:42,950 Maaf. Itu cara Doris bercakap. Awak faham maksud saya. 429 00:29:43,951 --> 00:29:45,118 Dengar. 430 00:29:46,578 --> 00:29:51,750 Saya tahu kadangkala saya melebih-lebih, 431 00:29:52,376 --> 00:29:53,836 tapi sebenarnya, 432 00:29:54,878 --> 00:29:57,714 tak pernah ada polis yang beri perhatian kepada kami. 433 00:29:57,798 --> 00:30:00,801 Itu… 434 00:30:00,884 --> 00:30:01,885 Itu penyesuaian. 435 00:30:04,263 --> 00:30:07,266 Ini. Awak tahu tentang ini? 436 00:30:07,850 --> 00:30:11,770 Hegarty ada tugas sampingan sebagai… Saya mahu cakap "pemandu." 437 00:30:11,854 --> 00:30:13,063 Pemandu? 438 00:30:13,146 --> 00:30:15,148 Saya tahu. 439 00:30:15,232 --> 00:30:17,860 Ini sangat berbeza dengannya. 440 00:30:18,652 --> 00:30:19,987 Dia pakai topi? 441 00:30:20,863 --> 00:30:22,447 Saya tak boleh sahkan atau menafikan. 442 00:30:24,700 --> 00:30:26,201 Ini normal? 443 00:30:26,285 --> 00:30:28,120 Pegawai senior bekerja sambilan? 444 00:30:28,203 --> 00:30:31,999 Ia bukan tak pernah berlaku. Pegawai lebih tua tambahkan wang pencen. 445 00:30:33,500 --> 00:30:34,543 Mungkin dia perlukan duit. 446 00:30:34,626 --> 00:30:35,627 Untuk apa? 447 00:30:38,797 --> 00:30:39,798 Tak guna. 448 00:30:50,976 --> 00:30:54,646 Itu pun dia. Seronok bercuti? Mana awak pergi? 449 00:30:54,730 --> 00:30:56,273 Maaf. Apa berlaku? 450 00:30:56,356 --> 00:30:59,234 Pembocor beri kita nama. Pergi! Alamat di Whitechapel. 451 00:31:00,027 --> 00:31:02,070 Pergi dengan Dawson. 452 00:31:02,154 --> 00:31:03,989 Awak boleh sertai Sokongan Komuniti. 453 00:31:04,072 --> 00:31:05,407 - Tuan. - Itu tahap awak? 454 00:31:05,490 --> 00:31:07,409 - Pasukan pemerhati sudah sedia. - Bagus. Ayuh. 455 00:31:12,956 --> 00:31:14,291 Chloe. 456 00:31:15,167 --> 00:31:17,044 - Siapa suspek? - Jason Reeve. 457 00:31:17,127 --> 00:31:19,254 Hegarty dapat maklumat. Mereka fikir dia penembak itu. 458 00:31:19,338 --> 00:31:20,422 Masuk cepat. 459 00:31:42,361 --> 00:31:43,737 Pasukan alfa di posisi. 460 00:31:43,820 --> 00:31:46,156 Saya mahu ingatkan yang subjek mungkin ada senjata api, 461 00:31:46,240 --> 00:31:48,033 jadi tolong sentiasa berhati-hati. 462 00:31:48,116 --> 00:31:50,827 Unit, kawal semua pintu masuk dan keluar di premis ini. 463 00:31:50,911 --> 00:31:53,205 Saya tak mahu ada jiran berjalan masuk. 464 00:32:27,906 --> 00:32:28,991 Bersedia. 465 00:32:30,659 --> 00:32:32,035 Okey, Kim. Mula apabila kamu sedia. 466 00:32:36,290 --> 00:32:37,291 Pergi! 467 00:32:38,000 --> 00:32:40,460 - Polis! Kami masuk! - Kami polis! 468 00:32:44,089 --> 00:32:45,465 - Jed. - Ya. 469 00:32:46,717 --> 00:32:47,885 Visual! 470 00:32:48,468 --> 00:32:51,096 Tiada visual. Ada nampak subjek? 471 00:32:52,264 --> 00:32:54,141 TONY - TELEFON BIMBIT GESER UNTUK JAWAB 472 00:32:55,350 --> 00:32:56,810 Kim. 473 00:32:57,728 --> 00:33:00,606 Aduhai! Tak guna. Kim, apa berlaku di sana? 474 00:33:00,689 --> 00:33:02,274 - Dapat suspek? - Hei. Cepat. 475 00:33:02,900 --> 00:33:06,361 Awak dengar? Kim. Diulang, tiada visual. 476 00:33:06,445 --> 00:33:07,487 Jed, tolonglah. 477 00:33:07,571 --> 00:33:09,823 Tunduk! Jangan bergerak! Diam. 478 00:33:09,907 --> 00:33:12,534 - Individu sudah ditahan. - Kamu dapat dia? 479 00:33:13,118 --> 00:33:14,912 - Kamu dapat dia? Kim, sahkan. - Kami keluar! 480 00:33:15,621 --> 00:33:19,917 Bos, ini kekasihnya. Jason Reeve tiada. 481 00:33:20,000 --> 00:33:21,960 Mana dia? Ada sesiapa nampak senjata api? 482 00:33:22,044 --> 00:33:24,505 Tidak. Kami memeriksa tempat ini sekarang. 483 00:33:24,588 --> 00:33:25,672 Kim, keluar dari sana. 484 00:33:25,756 --> 00:33:28,759 Tanya kekasihnya, "Mana dia? Mana senjata api itu?" 485 00:33:37,309 --> 00:33:39,645 - Jed! Tak guna… - Ya. 486 00:33:39,728 --> 00:33:41,563 Saya akan periksa siaran. 487 00:33:47,236 --> 00:33:48,237 Tak guna. 488 00:33:51,406 --> 00:33:53,492 Jadi awak masih hidup atau sudah mati? 489 00:33:53,575 --> 00:33:55,452 - Saya sihat. Dengar… - Ya. 490 00:33:55,536 --> 00:33:56,828 Ya, saya akan cakap nanti. 491 00:33:56,912 --> 00:33:58,789 Tak… Sekejap. Saya perlu beritahu sesuatu. 492 00:33:58,872 --> 00:34:03,460 June Lenker, betul? Dia ada di Whitecross. Hari ini. 493 00:34:03,961 --> 00:34:09,007 Okey? Saya tak mahu cakap begini, tapi saya dah cakap, bukan? 494 00:34:09,091 --> 00:34:10,801 Dia buat sesuatu belakang awak. 495 00:34:10,884 --> 00:34:13,594 Dia nekad dan takkan berhenti. 496 00:34:13,679 --> 00:34:16,806 Jadi dia perlu diuruskan. Faham? 497 00:34:27,568 --> 00:34:28,860 Kami masih cari senjata api. 498 00:34:28,944 --> 00:34:30,529 Kekasihnya cakap dia bawa bersamanya. 499 00:34:31,737 --> 00:34:34,533 Diulangi, kami percaya Jason Reeve memiliki senjata api itu. 500 00:35:19,453 --> 00:35:20,621 Tunggu. 501 00:35:25,626 --> 00:35:26,627 Tuan? 502 00:35:29,296 --> 00:35:31,548 DS Lenker, berundur. Subjek mendekati. 503 00:35:31,632 --> 00:35:33,008 - June, berlindung! - Tunggu! 504 00:35:35,719 --> 00:35:37,471 Tembakan di luar. 505 00:35:56,532 --> 00:35:58,158 June, awak okey? Awak ditembak? 506 00:35:58,242 --> 00:35:59,993 Tak. Saya okey. 507 00:36:00,077 --> 00:36:01,370 - Okey. - Ya, saya okey. 508 00:36:05,457 --> 00:36:08,377 Suspek ditangkap. Tiada tembakan lain. 509 00:36:08,460 --> 00:36:11,713 Unit 24, ini DCI Hegarty. Kamu dapat senjata api itu? 510 00:36:11,797 --> 00:36:13,173 Tak, tuan. 511 00:36:13,257 --> 00:36:15,843 Kami fikir dia mungkin buangnya semasa melalui terowong. 512 00:36:36,488 --> 00:36:38,240 Mujurlah dia tak boleh tembak lurus. 513 00:36:39,825 --> 00:36:41,410 Awak terlepas taklimat. 514 00:36:42,035 --> 00:36:46,039 Ya. Saya ada di perbicaraan mahkamah. Maaf, saya ada laporkan. 515 00:36:46,707 --> 00:36:48,542 - Okey. - Kes lama keganasan domestik. 516 00:36:48,625 --> 00:36:51,044 Awak tahulah. Ia kekal lama dalam sistem. 517 00:36:51,128 --> 00:36:54,047 Kekal lama. 518 00:36:54,131 --> 00:36:55,674 Maaf. Sebenarnya, itu tak benar. 519 00:36:57,926 --> 00:36:59,761 Apa? Awak bukan di mahkamah? 520 00:37:01,138 --> 00:37:04,600 Tak. Saya adakan soal siasat di penjara. 521 00:37:06,185 --> 00:37:07,186 Penjara mana? 522 00:37:09,229 --> 00:37:12,191 Whitecross. Penjenayah lama saya. 523 00:37:12,274 --> 00:37:14,401 Saya percaya dia ada kaitan dengan salah satu geng Tottenham. 524 00:37:15,110 --> 00:37:16,445 - Dapatkan maklumat? - Ya. 525 00:37:16,528 --> 00:37:17,905 - Untuk Isaac? - Ya. 526 00:37:17,988 --> 00:37:19,156 Dia beritahu apa-apa? 527 00:37:19,239 --> 00:37:22,117 Dia sudah tiada kaitan, jadi ia hanya buang masa. 528 00:37:22,951 --> 00:37:24,161 Saya patut beritahu, tapi saya… 529 00:37:24,244 --> 00:37:27,873 Saya fikir jika awak dengar "Whitecross," awak akan… 530 00:37:29,458 --> 00:37:30,918 Maaf, itu dungu. 531 00:37:32,211 --> 00:37:35,380 Terima kasih sebab cuba selamatkan nyawa saya. 532 00:37:35,964 --> 00:37:39,009 Lupakan saja. Kita semua ada matlamat yang sama, bukan? 533 00:37:41,428 --> 00:37:42,429 Ya. 534 00:37:43,388 --> 00:37:45,057 Saya gembira awak selamat. 535 00:37:48,435 --> 00:37:50,395 Kita dah jumpa senjata api itu. 536 00:37:52,439 --> 00:37:53,440 Syabas. 537 00:37:58,529 --> 00:37:59,905 Jed, boleh saya bercakap? 538 00:38:04,326 --> 00:38:07,079 Awak sebabkan masalah dengan visual tadi. 539 00:38:09,289 --> 00:38:12,292 Saya tahu. Dia boleh tercedera. 540 00:38:14,253 --> 00:38:17,965 Namun, dia okey. Jadi tiada kesan buruk. 541 00:38:21,426 --> 00:38:23,720 Saya perlu tulis ini atau bagaimana? 542 00:38:27,224 --> 00:38:29,601 Kehidupan terlalu pendek, bukan? 543 00:38:35,816 --> 00:38:36,817 Bagus. 544 00:38:45,492 --> 00:38:49,788 "Seorang individu ditahan. Perkembangan besar." 545 00:38:49,872 --> 00:38:52,541 - Pencapaian besar? - "Pencapaian" lebih bagus, ya. 546 00:38:52,624 --> 00:38:54,543 Berkaitan geng samseng? Mereka akan tanya. 547 00:38:54,626 --> 00:38:56,420 Cuba beli masa. Dia belum diberi pertuduhan. 548 00:38:56,503 --> 00:38:57,880 Hati-hati supaya tak menafikannya. 549 00:38:58,630 --> 00:39:01,633 Dan, siapa akan letak di platform? 550 00:39:01,717 --> 00:39:02,843 Untuk sidang akhbar? 551 00:39:04,386 --> 00:39:06,513 - Saya sebagai SIO. - Baiklah. 552 00:39:07,556 --> 00:39:09,516 Mungkin awak boleh beri ucapan pembukaan. 553 00:39:10,976 --> 00:39:11,977 Okey. 554 00:39:13,437 --> 00:39:15,439 Boleh tinggalkan kami sebentar? Terima kasih. 555 00:39:16,773 --> 00:39:17,858 Terima kasih, semua. 556 00:39:35,501 --> 00:39:36,710 Ini masalahnya. 557 00:39:37,336 --> 00:39:40,422 Seorang budak baik bermata biru ditembak ahli jenayah geng. 558 00:39:40,506 --> 00:39:42,341 - Kebanyakannya bukan kulit putih. - Claudia… 559 00:39:42,424 --> 00:39:44,593 Bukan Jason Reeve saja yang diperhatikan, okey? 560 00:39:44,676 --> 00:39:46,970 - Begitu juga kita. Institusi ini. - Claudia. 561 00:39:47,054 --> 00:39:49,431 - Kita perlu dilihat sebagai… - Cermin. 562 00:39:50,349 --> 00:39:53,477 Cermin bagi komuniti yang kita berkhidmat, bukan? 563 00:39:54,269 --> 00:39:56,522 Komuniti yang ada pelbagai kaum. 564 00:39:57,439 --> 00:39:59,942 Saya faham. Itu bijak. 565 00:40:01,652 --> 00:40:02,653 Terima kasih. 566 00:40:08,534 --> 00:40:09,826 Jadi apa tindakan kita? 567 00:40:11,328 --> 00:40:12,871 Siapa kita letak di depan? 568 00:40:19,044 --> 00:40:20,921 June Lenker. Claudia Mayhew. 569 00:40:21,004 --> 00:40:24,049 - Ya. Saya kenal awak. - Jaket yang cantik. 570 00:40:24,132 --> 00:40:26,760 Betul? Mereka cakap ia lebih bergaya. 571 00:40:26,844 --> 00:40:29,263 Ya, itu jaket saya. 572 00:40:30,138 --> 00:40:32,558 - Tidak. - Lebih bagus pada awak. 573 00:40:33,267 --> 00:40:35,727 Dengar. Terima kasih untuk ini. 574 00:40:35,811 --> 00:40:37,855 - Tak, tiada masalah. - Tak. 575 00:40:38,689 --> 00:40:43,151 Awak beri sesuatu yang kami tiada hak untuk harapkan. Jadi… 576 00:40:44,444 --> 00:40:45,445 Saya pergi dulu. 577 00:40:49,199 --> 00:40:50,200 Siapa itu? 578 00:40:50,284 --> 00:40:53,954 Pegawai perlindungan sepanjang masa untuk peminat dalam talian Claudia. 579 00:40:54,037 --> 00:40:56,206 Dia ada ramai pengkritik. 580 00:40:56,707 --> 00:40:58,375 Tak mengapa. Silakan jawab. 581 00:40:59,418 --> 00:41:02,504 - Helo. - DS Lenker. Mick Hargreaves. 582 00:41:02,588 --> 00:41:05,507 Awak tinggalkan saya pesanan minggu lepas 583 00:41:05,591 --> 00:41:08,260 tentang "memiliki dengan niat membekal" yang lama. Ya. 584 00:41:08,343 --> 00:41:09,928 Patrick Burrowes yang ditahan. 585 00:41:10,012 --> 00:41:14,224 Ya. Terima kasih sebab hubungi semula. Awak ingat kes itu? 586 00:41:15,058 --> 00:41:16,518 Ya, peliknya saya ingat. 587 00:41:16,602 --> 00:41:17,603 Polis! 588 00:41:20,564 --> 00:41:23,192 Ia hari yang amat penting. 589 00:41:23,275 --> 00:41:25,235 Kelas A seberat 300 gram. 590 00:41:25,319 --> 00:41:28,405 Lapan individu ditahan. Tujuh dituduh, semua didapati bersalah. 591 00:41:28,488 --> 00:41:30,073 Ayuh, masuk belakang. 592 00:41:30,157 --> 00:41:31,867 Ya, tapi bukan Patrick. 593 00:41:32,743 --> 00:41:33,744 Tidak. 594 00:41:34,578 --> 00:41:37,247 Kenapa awak buat begitu? Kenapa lepaskan dia? 595 00:41:38,582 --> 00:41:41,960 Ada pihak masuk campur. 596 00:41:42,586 --> 00:41:47,090 Ada DI datang begitu saja dan cakap, "Lepaskan dia." 597 00:41:47,174 --> 00:41:49,051 - Apa? - Sebagai bantuan peribadi. 598 00:41:49,134 --> 00:41:50,844 - Awak biarkan saja? - Dengar, 599 00:41:50,928 --> 00:41:52,554 saya tak tahu jika dia kawan keluarganya 600 00:41:52,638 --> 00:41:54,264 atau budak itu pemberi maklumat. 601 00:41:54,348 --> 00:41:57,351 Namun, dia mendesak bos saya. 602 00:41:58,268 --> 00:42:04,024 Kemudian dia keluar, pandang saya dan cakap, "Saya boleh jamin dia." 603 00:42:04,107 --> 00:42:05,567 Jamin dia? 604 00:42:06,151 --> 00:42:09,112 Entahlah. Itu saja dia cakap. 605 00:42:09,696 --> 00:42:12,115 Awak ingat nama pegawai ini? 606 00:42:12,991 --> 00:42:14,159 Bukan pegawai tempatan. 607 00:42:16,495 --> 00:42:18,956 CID. Glasgow. 608 00:43:24,771 --> 00:43:26,773 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman