1 00:00:14,640 --> 00:00:18,018 Seorang duke Inggeris Jejaka yang kacak 2 00:00:18,018 --> 00:00:20,604 Siapa akan jadi duchess-nya? 3 00:00:20,604 --> 00:00:21,897 Nan! 4 00:00:22,814 --> 00:00:25,275 Duchess Nan, Duchess Nan 5 00:00:25,275 --> 00:00:27,778 "Aku takkan berkahwin Dia seorang duke?" 6 00:00:27,778 --> 00:00:30,531 - Conchie, sudahlah. - "Ya, saya sudi" 7 00:00:30,531 --> 00:00:33,742 Bukan begitu. Saya tak tahu dia seorang duke. 8 00:00:33,742 --> 00:00:35,369 Dia tak tahu dia seorang duke. 9 00:00:35,369 --> 00:00:36,912 Dia sangka dia seorang pelukis. 10 00:00:36,912 --> 00:00:39,081 - Kenapa dia tak sebut? - Sudahlah. Serius. 11 00:00:39,081 --> 00:00:41,792 Bagaimana kami nak berkahwin? Kami baru berjumpa dua kali. 12 00:00:41,792 --> 00:00:44,002 Dia tak kenal dan tak tahu apa-apa tentang saya. 13 00:00:44,002 --> 00:00:47,130 Sayang. Kita berkenalan selepas perkahwinan. 14 00:00:47,714 --> 00:00:48,799 Perkahwinan... 15 00:00:51,009 --> 00:00:52,010 Jangan pandang rendah. 16 00:00:52,010 --> 00:00:53,554 Saya pandang tinggi tentangnya. 17 00:00:53,554 --> 00:00:56,473 Saya fikirkannya setiap saat sejak dia melamar. 18 00:00:58,183 --> 00:00:59,935 Saya tak boleh jadi duchess. 19 00:00:59,935 --> 00:01:02,312 Beri satu sebab kenapa awak tak boleh jadi duchess. 20 00:01:02,312 --> 00:01:04,313 Sebenarnya, apa itu duchess? 21 00:01:07,276 --> 00:01:09,903 Cuma Theo muncul dan... 22 00:01:11,989 --> 00:01:13,282 dia buat saya rasa... 23 00:01:13,282 --> 00:01:16,159 - Dia buat awak rasa! - Cukup. Sudahlah. 24 00:01:17,494 --> 00:01:20,539 Terasa saya boleh bebas dan ketika bersama dia, 25 00:01:20,539 --> 00:01:23,333 saya boleh lupa diri saya yang sebenar. 26 00:01:23,333 --> 00:01:24,710 Ini diri awak yang sebenar. 27 00:01:24,710 --> 00:01:28,172 Pertunangan mengejut awak membuatkan kita dijemput 28 00:01:28,172 --> 00:01:31,633 ke majlis tarian peribadi Duchess Tintagel. 29 00:01:32,551 --> 00:01:34,970 - Tak sangka! - Pasti Lizzy suka, bukan? 30 00:01:34,970 --> 00:01:36,221 Masih tiada surat? 31 00:01:37,556 --> 00:01:40,017 Tak sangka dia tak beritahu sesiapa kenapa dia pulang. 32 00:01:40,017 --> 00:01:42,603 Dia nampak pucat ketika menaiki kapal. 33 00:01:42,603 --> 00:01:44,605 Itu bukan sikap Lizzy. 34 00:01:44,605 --> 00:01:47,232 Kita akan jumpa dia di rumah beberapa minggu lagi. 35 00:01:47,232 --> 00:01:50,068 Pasti Jinny sangka kita ke New York untuk majlis perkahwinannya, 36 00:01:50,068 --> 00:01:52,696 tapi sebenarnya saya mahu memeluk Lizzy 37 00:01:52,696 --> 00:01:56,950 dan anjing poodle serta berpura-pura England tak wujud. 38 00:01:57,618 --> 00:01:59,494 Kawan-kawan! Kawan-kawan. 39 00:02:54,675 --> 00:02:56,301 BERDASARKAN BUKU OLEH EDITH WHARTON 40 00:03:26,290 --> 00:03:28,792 Ucap salam perpisahan kepada Conchita, semua. 41 00:03:28,792 --> 00:03:32,838 Saya berpura-pura semula. Taat dan pemalu. 42 00:03:35,007 --> 00:03:36,633 Conchie, awak... 43 00:03:36,633 --> 00:03:39,344 Sudah tentu. Saya isteri yang sempurna. 44 00:03:50,022 --> 00:03:51,190 Cik St. George? 45 00:03:51,190 --> 00:03:54,568 Duchess mahu berjumpa dengan awak di bilik melukis petang ini. 46 00:03:54,568 --> 00:03:57,863 Juga, daripada duke. 47 00:04:02,951 --> 00:04:04,453 Conchita! 48 00:04:07,039 --> 00:04:10,250 Awak dah sampai. Masuklah. 49 00:04:16,423 --> 00:04:18,425 Saya tak suka melihat Conchita... 50 00:04:21,136 --> 00:04:22,137 Nan? 51 00:04:46,578 --> 00:04:47,579 Helo. 52 00:04:52,251 --> 00:04:53,252 Helo. 53 00:05:02,094 --> 00:05:03,345 Awak tak melukis? 54 00:05:04,346 --> 00:05:07,474 Maaf jika saya mengejutkan awak di Runnymede. 55 00:05:07,474 --> 00:05:09,059 Sebab awak sebenarnya duke? 56 00:05:10,561 --> 00:05:12,646 Saya memang seorang duke. 57 00:05:14,022 --> 00:05:15,816 Akhirnya saya dah tahu. 58 00:05:16,316 --> 00:05:17,901 Saya cuma nak cakap... 59 00:05:21,071 --> 00:05:26,243 apabila saya melamar awak menjadi isteri, saya mahu jawapan jujur awak, 60 00:05:27,327 --> 00:05:29,997 tanpa dipengaruhi keturunan saya. 61 00:05:36,295 --> 00:05:39,131 Ini diri sebenar saya. 62 00:05:40,215 --> 00:05:42,718 Mungkin awak tak selesa tentangnya. 63 00:05:45,012 --> 00:05:47,014 Kita perlu lalui majlis tarian malam ini, 64 00:05:47,598 --> 00:05:50,684 dari awal hingga ke akhir majlis. 65 00:05:51,935 --> 00:05:55,898 Selepas itu, jika awak rasa ini bukan kehidupan awak... 66 00:05:59,151 --> 00:06:00,527 awak boleh putuskan pertunangan. 67 00:06:03,280 --> 00:06:04,531 Awak maksudkannya? 68 00:06:04,531 --> 00:06:06,742 Tanpa merosakkan reputasi awak. 69 00:06:07,910 --> 00:06:12,831 Malangnya, situasi saya pula sebaliknya. 70 00:06:13,999 --> 00:06:17,794 Tapi, jika boleh, saya nak tunjukkan kehidupan selepas perkahwinan kita. 71 00:06:18,587 --> 00:06:20,339 Agar awak boleh buat keputusan tepat. 72 00:06:21,882 --> 00:06:25,135 Untuk menjadi duchess. 73 00:06:27,221 --> 00:06:28,972 Untuk bersama saya. 74 00:06:31,683 --> 00:06:33,519 Saya yang sebenar. 75 00:06:43,695 --> 00:06:47,032 Mengembara jauh hanya untuk minum teh di rumah orang. 76 00:06:48,909 --> 00:06:50,244 Majlis tarian. 77 00:06:50,827 --> 00:06:54,164 Perbelanjaan besar yang tak perlu hanya untuk melalui kekecewaan. 78 00:06:54,164 --> 00:06:56,041 Macam perkahwinan? 79 00:06:57,209 --> 00:06:58,627 Atau, keibubapaan. 80 00:07:03,131 --> 00:07:04,550 Cuma lewat dua jam. 81 00:07:04,550 --> 00:07:07,302 Kenapa, membeli-belah reben atau menari dengan orang gaji? 82 00:07:16,478 --> 00:07:18,647 Lega rasanya apabila dia diam, Richard. 83 00:07:18,647 --> 00:07:20,816 Akhirnya kamu buat dia beradab. 84 00:07:21,817 --> 00:07:22,860 Syabas, nak. 85 00:07:27,447 --> 00:07:29,950 Kawan-kawan awak datang petang ini? 86 00:07:29,950 --> 00:07:32,661 Salah seorangnya pulang ke New York dengan para ibu. 87 00:07:32,661 --> 00:07:36,456 Yang cantik. Tiada kelebihan lain. 88 00:07:36,456 --> 00:07:37,624 Mereka semua sama saja. 89 00:07:37,624 --> 00:07:39,418 Lizzy pulang ke New York, 90 00:07:40,169 --> 00:07:44,047 tapi mereka yang lain dijemput. Jadi, ya. Sudah tentu. 91 00:07:45,424 --> 00:07:50,554 Conchita, dia dah sampai! Itu Jinny! Jinny dah sampai! 92 00:07:53,974 --> 00:07:57,144 Bagaimana duchess boleh terima orang tak beradab begitu? 93 00:07:57,144 --> 00:07:58,228 Bagaimana dengan kita? 94 00:07:58,228 --> 00:08:01,940 Semoga gadis pilihan Seadown lebih beradab. 95 00:08:02,524 --> 00:08:05,235 Kita perlu bersabar dan fikirkan kekayaan dia. 96 00:08:05,235 --> 00:08:07,988 Jika mereka berkahwin. Mungkin Seadown tak serius. 97 00:08:36,767 --> 00:08:40,102 Saya perkenalkan, Lady Seadown. 98 00:08:41,938 --> 00:08:44,733 - Kami kahwin lari. Percaya tak? - Tak sangka. 99 00:08:44,733 --> 00:08:47,903 - Kami dah tak sabar. - Majlis perkahwinan di New York pula? 100 00:08:47,903 --> 00:08:50,531 Ibu awak sedang mencari lokasi di Manhattan. 101 00:08:50,531 --> 00:08:53,158 Saya tahu. Tapi, apabila kami dah buat keputusan... 102 00:08:53,158 --> 00:08:56,995 Cinta bukan tentang majlis besar-besaran. Itu yang kita sedar, bukan? 103 00:08:56,995 --> 00:08:59,039 - Cinta tentang kami berdua. - Rasa cinta. 104 00:09:01,083 --> 00:09:02,501 Lord dan Lady Seadown. 105 00:09:03,585 --> 00:09:06,004 - Tahniah! - Aduhai. Tahniah! 106 00:09:06,672 --> 00:09:07,881 - Tumpang gembira. - Tahniah. 107 00:09:07,881 --> 00:09:09,091 Terima kasih, Conchita. 108 00:09:10,843 --> 00:09:12,010 Tahniah. 109 00:09:12,845 --> 00:09:15,931 Mereka berkahwin lari? Memalukan. 110 00:09:22,229 --> 00:09:24,398 Dia nampak gembira. 111 00:09:24,398 --> 00:09:27,734 Semua orang gembira ketika perkahwinan masih baru. 112 00:09:28,235 --> 00:09:30,028 Saya dan Dick saling berpandangan 113 00:09:30,028 --> 00:09:31,947 dan bersentuhan selama beberapa minggu. 114 00:09:31,947 --> 00:09:33,448 Tapi, jika Jinny mahu... 115 00:09:33,448 --> 00:09:36,368 Percayalah. Kehendak kita tak penting, sayang. 116 00:09:36,368 --> 00:09:37,703 Kalau diikutkan hati, 117 00:09:37,703 --> 00:09:42,332 pasti saya di New York, dikelilingi jejaka, kek krim dan poodle... 118 00:09:42,332 --> 00:09:45,752 Tapi, bukan kahwin lari. Saya benar-benar harap Jinny takkan... 119 00:09:46,753 --> 00:09:48,589 Saya dah siapkan botolnya, Lady Marable. 120 00:09:48,589 --> 00:09:50,048 Terima kasih. 121 00:09:50,841 --> 00:09:52,467 - Mahu apa-apa lagi? - Itu saja. 122 00:09:52,467 --> 00:09:53,844 Terima kasih sebab membantu. 123 00:09:58,223 --> 00:10:01,393 Sebenarnya, saya sangka mereka setuju saya ambil Cik Testvalley bekerja 124 00:10:01,393 --> 00:10:03,103 sebab dia bekas pekerja mereka, 125 00:10:03,103 --> 00:10:04,813 tapi setiap tindakan saya dibenci. 126 00:10:04,813 --> 00:10:07,065 Awak rasa Jinny benar-benar... 127 00:10:07,065 --> 00:10:09,193 Bertahan dalam keluarga ini lebih penting. 128 00:10:09,193 --> 00:10:11,153 Saya dah jumpa rahsianya. 129 00:10:11,945 --> 00:10:12,946 Berdiam diri. 130 00:10:13,655 --> 00:10:15,991 Tak bersuara atau beri pendapat. 131 00:10:16,992 --> 00:10:20,120 Lebih baik sunyi dan direstui daripada sunyi dan dibenci. 132 00:10:20,787 --> 00:10:23,207 Awak seperti dah hilang semangat. 133 00:10:24,166 --> 00:10:28,128 Ya, tapi apabila semangat hilang 134 00:10:29,171 --> 00:10:30,714 dan hidup kelam, 135 00:10:32,508 --> 00:10:34,593 kita tak perlu meminta maaf. 136 00:10:36,470 --> 00:10:38,138 Lagipun, saya tak kesunyian. 137 00:10:38,639 --> 00:10:41,725 Saya ada anak. Sekarang, Jinny adik ipar saya. 138 00:10:42,309 --> 00:10:45,687 Dia berkahwin untuk seumur hidup dan dia tak berapa mengenalinya. 139 00:10:45,687 --> 00:10:47,856 Kita masih bercakap tentang Jinny? 140 00:10:48,440 --> 00:10:49,608 Ayuh kita cari botol. 141 00:11:01,286 --> 00:11:03,747 Maaf. Jinny di sini? 142 00:11:03,747 --> 00:11:07,125 Pakaian kami agak tak sopan sekarang. 143 00:11:09,628 --> 00:11:13,257 Ada sesi melawat istana. 144 00:11:13,257 --> 00:11:15,926 Saya nak tanya jika Jinny mahu... 145 00:11:20,556 --> 00:11:22,224 Dia akan jumpa awak di majlis nanti. 146 00:11:23,433 --> 00:11:24,852 Okey. Terima kasih. 147 00:11:25,853 --> 00:11:27,187 Kita jumpa malam nanti! 148 00:11:41,785 --> 00:11:43,328 Ibu bapa awak nampak sangat... 149 00:11:43,328 --> 00:11:46,039 Standard ibu bapa saya sangat tinggi, tapi awak memenuhinya, 150 00:11:47,624 --> 00:11:48,917 Lady Seadown. 151 00:11:49,835 --> 00:11:51,378 Bagaimana rasanya jadi sempurna? 152 00:11:53,005 --> 00:11:56,341 Saya tak rasa saya sempurna hinggalah awak kata begitu. 153 00:11:58,886 --> 00:12:00,637 Sudah tentu saya berusaha. 154 00:12:01,305 --> 00:12:04,808 Saya cintakan awak sebab awak berusaha. 155 00:12:05,475 --> 00:12:06,977 Awak benar-benar fokus. 156 00:12:08,353 --> 00:12:10,355 Biar orang lain menonjolkan diri. 157 00:12:12,941 --> 00:12:16,028 Awak benar-benar cantik. 158 00:12:17,029 --> 00:12:20,616 Sepadan dengan peribadi awak yang cantik. 159 00:12:22,993 --> 00:12:25,996 Sudah tentu luaran awak juga bertaraf dunia. 160 00:12:28,165 --> 00:12:30,709 James, boleh bayangkan kalau kita tak pernah berjumpa? 161 00:12:31,710 --> 00:12:33,337 Tak boleh. 162 00:12:38,425 --> 00:12:41,345 Bertahun-tahun kita tak kenal satu sama lain... 163 00:12:43,805 --> 00:12:44,932 sekarang kita bersama. 164 00:12:46,433 --> 00:12:47,434 Jinny ku. 165 00:13:11,542 --> 00:13:12,668 Pemandangan cantik. 166 00:13:14,378 --> 00:13:17,506 Saya rasa saya mahu duduk sebentar. 167 00:13:19,174 --> 00:13:20,175 Apa yang awak baca? 168 00:13:20,926 --> 00:13:21,927 Buku. 169 00:13:24,763 --> 00:13:26,181 Ya, saya tahu tentangnya. 170 00:13:31,603 --> 00:13:34,940 Jinny dan Seadown. Awak dah tahu tentangnya? 171 00:13:36,775 --> 00:13:38,485 Adakah ibu awak... 172 00:13:38,485 --> 00:13:41,530 Dia benar-benar terkejut, dah tentu. 173 00:13:41,530 --> 00:13:43,532 Tapi, kami perlukan wang... 174 00:13:45,492 --> 00:13:49,997 Wah. Keluarga awak terdesak hingga buat kawan saya rasa tak berharga 175 00:13:49,997 --> 00:13:52,040 dan merendahkan diri mengahwini abang-abang awak. 176 00:13:52,624 --> 00:13:55,711 Ayuh kita tumpang gembira untuk mereka, boleh? 177 00:14:11,018 --> 00:14:12,019 Masuk. 178 00:14:22,779 --> 00:14:25,532 - Annabel. - Saya gembira dijemput, Yang Mulia. 179 00:14:25,532 --> 00:14:27,951 Yakah? Atau kamu ketakutan? 180 00:14:29,411 --> 00:14:31,413 Mungkin saya gembira dan takut? 181 00:14:32,331 --> 00:14:33,832 Memang patut pun. 182 00:14:43,842 --> 00:14:46,386 Saya tak pernah ke Amerika. Maaf jika kata begitu. 183 00:14:47,387 --> 00:14:49,681 - Ya, ia negara yang bagus... - Saya perlu hentikan awak. 184 00:14:49,681 --> 00:14:53,018 Saya sangat sibuk, perjalanannya jauh dan lebih baik bersikap realistik. 185 00:14:54,853 --> 00:14:56,897 Apa yang awak suka tentang anak saya? 186 00:14:59,942 --> 00:15:02,319 - Saya... - Betul. Kamu tak berapa kenal dia. 187 00:15:04,071 --> 00:15:05,739 Perkahwinan bukan perkara kecil. 188 00:15:06,240 --> 00:15:09,076 Jika orang muda sedar perkahwinan sangat menakutkan, 189 00:15:09,076 --> 00:15:10,577 pasti paderi gulung tikar. 190 00:15:12,538 --> 00:15:14,081 Anak saya tak berapa kenal awak, 191 00:15:14,081 --> 00:15:16,041 tapi dia sangat mencintai awak. 192 00:15:18,877 --> 00:15:20,045 Dia kata begitu? 193 00:15:20,045 --> 00:15:21,505 Sepanjang sepuluh tahun lepas, 194 00:15:21,505 --> 00:15:24,216 dia dikejar di setiap majlis dan setiap bilik melukis 195 00:15:24,216 --> 00:15:26,802 oleh setiap gadis separuh layak di England. 196 00:15:26,802 --> 00:15:29,179 Setiap kali kami adakan majlis tarian akhir musim, 197 00:15:29,179 --> 00:15:30,931 dia tak pernah jemput sesiapa. 198 00:15:30,931 --> 00:15:34,601 Dia tak pernah nampak ceria seperti ketika dia sebut nama awak. 199 00:15:37,521 --> 00:15:38,856 Apa yang awak pakai malam ini? 200 00:15:42,401 --> 00:15:44,820 Sudah tentu mereka yang pentingkan keadaan dunia 201 00:15:44,820 --> 00:15:46,947 bersikap semberono tentang pakaian. 202 00:15:47,531 --> 00:15:48,532 Saya setuju. 203 00:15:49,616 --> 00:15:52,953 Saya memakai gaun biru, biru bunga jagung. 204 00:15:53,453 --> 00:15:58,792 Ia ada hiasan yang cantik, dari sini ke sini. 205 00:15:58,792 --> 00:15:59,710 Menarik. 206 00:15:59,710 --> 00:16:03,589 Saya pakai gaun biru yang sama ke Majlis Dorchester ketika 19 tahun. 207 00:16:05,132 --> 00:16:07,342 Ayah Theodore kata saya seperti bunga bluebell. 208 00:16:07,843 --> 00:16:09,887 Jika saya pakainya sekarang, pasti rupa saya macam makhluk laut, 209 00:16:09,887 --> 00:16:11,471 - tapi pasti awak menawan. - Pasti awak... 210 00:16:11,471 --> 00:16:14,224 Usia dan kebijaksanaan memberi kelebihan dan pengalaman 211 00:16:14,224 --> 00:16:18,562 yang lebih penting daripada pinggang kecil dan kulit lembut. Sungguh. 212 00:16:20,898 --> 00:16:23,859 Semua pangkat ini... 213 00:16:26,069 --> 00:16:27,821 tak mudah diterima oleh semua orang. 214 00:16:28,488 --> 00:16:30,199 Tak mudah bagi Theo juga. 215 00:16:30,908 --> 00:16:33,702 Dia bencikannya, hanya mahu melukis. 216 00:16:34,244 --> 00:16:37,831 Saya minta dia lukis saya dengan wajah gembira, tapi dia enggan. 217 00:16:39,917 --> 00:16:42,419 Tapi, Annabel, dia pasti mampu gembirakan awak. 218 00:16:43,504 --> 00:16:45,297 Awak boleh pergi. Saya nak habiskan minuman. 219 00:16:52,262 --> 00:16:54,139 Yang Mulia, sejujurnya, 220 00:16:55,307 --> 00:16:59,853 saya boleh lihat kegembiraan di wajah awak, bukan seperti lukisan. 221 00:17:00,771 --> 00:17:02,898 Saya pasti, jika awak pakai gaun biru itu, 222 00:17:03,398 --> 00:17:04,858 awak tetap secantik bluebell. 223 00:17:06,984 --> 00:17:07,986 Awak silap. 224 00:17:08,779 --> 00:17:11,490 Bunga bluebell terkenal kerana tunduk malu. 225 00:17:12,199 --> 00:17:15,160 Saya mungkin tunduk malu di Majlis Dorchester ketika 19 tahun, 226 00:17:15,160 --> 00:17:18,789 tapi kini saya seorang duchess dan saya sentiasa yakin. 227 00:17:19,957 --> 00:17:20,999 Begitu juga awak. 228 00:17:22,291 --> 00:17:23,502 Setidaknya di depan umum. 229 00:17:30,050 --> 00:17:33,971 Ini ialah potret ahli keluarga Tintagel 230 00:17:33,971 --> 00:17:36,306 yang... 231 00:17:36,890 --> 00:17:38,600 Dah berapa kali awak melawat? 232 00:17:39,685 --> 00:17:41,103 - Setiap tahun. - Aduhai. 233 00:17:42,145 --> 00:17:46,108 Seterusnya, kita melawat ruang makan di mana keluarga ini... 234 00:17:46,108 --> 00:17:48,777 Makan? Meluncur di bawah meja? 235 00:17:50,362 --> 00:17:53,115 Kami juga ada istana di New York. 236 00:17:53,866 --> 00:17:56,159 Mereka bina di Central Park beberapa tahun lepas. 237 00:17:56,743 --> 00:17:57,786 Bila istana ini dibina? 238 00:17:58,537 --> 00:18:01,748 Tahun 1342. Asalnya. 239 00:18:04,626 --> 00:18:05,627 Okey. 240 00:18:08,213 --> 00:18:12,176 Kemudian, kita melawat dewan apabila tetamu kenamaan melawat. 241 00:18:17,848 --> 00:18:20,434 Sudah tentu istana itu ada bahagian lain. 242 00:18:21,768 --> 00:18:24,855 Tapi, di luar sini, saya boleh berpura-pura ia tak wujud. 243 00:18:52,799 --> 00:18:56,678 Ini tempat saya menyendiri. 244 00:18:58,764 --> 00:19:00,182 Tempat untuk berfikir. 245 00:19:02,768 --> 00:19:03,769 Atau untuk merasa... 246 00:19:05,938 --> 00:19:06,939 kosong. 247 00:19:07,940 --> 00:19:09,650 Kadangkala perasaan itu menarik. 248 00:19:24,957 --> 00:19:27,668 Saya jarang melukis orang. 249 00:19:29,086 --> 00:19:32,381 Lukisan ini nampak hidup. 250 00:19:33,006 --> 00:19:34,633 Cuma warna pada kanvas. 251 00:19:36,051 --> 00:19:38,637 Kalau saya cuba mewarna kanvas... 252 00:19:40,722 --> 00:19:41,849 pasti... 253 00:19:44,393 --> 00:19:45,394 Silakan. 254 00:20:34,234 --> 00:20:38,238 Saya tak pasti, tapi ini mungkin... 255 00:20:40,407 --> 00:20:41,783 seekor ular. 256 00:20:43,202 --> 00:20:45,871 Atau cacing. Entahlah. 257 00:21:31,625 --> 00:21:33,710 Awak kata awak tak lukis orang. 258 00:21:36,588 --> 00:21:38,715 Awak bukan orang biasa. 259 00:22:06,034 --> 00:22:07,870 Pemandangan di sini memang cantik. 260 00:22:08,579 --> 00:22:12,875 Semasa saya tinggal berhampiran, saya berjalan-jalan tanpa henti dan saya... 261 00:22:12,875 --> 00:22:15,294 Tapi, saya belum... 262 00:22:17,337 --> 00:22:19,965 Saya rasa cara terbaik melihatnya adalah dengan menunggang kuda. 263 00:22:21,717 --> 00:22:23,385 Awak pernah menunggang di New York? 264 00:22:23,886 --> 00:22:24,887 Tak pernah. 265 00:22:27,973 --> 00:22:29,433 Tapi, pernah di Saratoga. 266 00:23:19,233 --> 00:23:20,484 Tak apa. 267 00:23:24,112 --> 00:23:25,906 Tak apa. 268 00:23:30,786 --> 00:23:32,955 Kenapa awak... 269 00:23:34,039 --> 00:23:36,416 Hei. Okey, kalau awak boleh pegang kekangnya... 270 00:23:36,416 --> 00:23:37,709 Saya tahu menangkap kuda. 271 00:23:37,709 --> 00:23:38,919 Saya nampak awak dalam masalah, jadi saya... 272 00:23:38,919 --> 00:23:40,295 - Saya bukan seperti mereka... - Nan? 273 00:23:40,295 --> 00:23:42,047 ...yang hadapi masalah dan perlu dibantu turun kuda. 274 00:23:42,047 --> 00:23:43,465 - Awak cedera? - Saya okey. 275 00:23:43,465 --> 00:23:44,967 Saya okey. 276 00:23:45,926 --> 00:23:47,469 Saya sangka awak akan lewat. 277 00:23:47,469 --> 00:23:48,971 Lalu terlepas peluang dijerit? 278 00:23:49,638 --> 00:23:52,474 Nan, ini Guy Thwarte, kawan lama saya. 279 00:23:54,101 --> 00:23:55,102 Awak apa khabar? 280 00:23:55,602 --> 00:23:58,689 Ibu asyik bercakap tentang awak. Awak dan Nan. 281 00:23:59,273 --> 00:24:03,527 Ya, pasti dia tak sabar nak dengar cerita tentang Nan. 282 00:24:06,905 --> 00:24:09,199 Jinny benar-benar terkejut. 283 00:24:09,199 --> 00:24:10,701 Mereka bukan keluarga biasa. 284 00:24:10,701 --> 00:24:12,244 Sangat luar biasa. 285 00:24:12,244 --> 00:24:14,580 Nan, awak rasa Dick suka rambut saya begini? 286 00:24:14,580 --> 00:24:18,458 Saya masih boleh cantik tapi patuh, bukan? 287 00:24:22,588 --> 00:24:25,215 Untuk Cik St. George? Daripada duchess. 288 00:24:31,722 --> 00:24:33,265 {\an8}UNTUK BANTU AWAK RASA YAKIN 289 00:24:35,767 --> 00:24:39,813 Pasti ini barang kemas antik. 290 00:24:42,357 --> 00:24:43,358 Ayuh cuba. 291 00:24:45,319 --> 00:24:48,071 Jadi, Nan, masih tak mahu berkahwin? 292 00:24:49,072 --> 00:24:52,284 Ini mungkin kali pertama awak lebih menonjol daripada saya. 293 00:24:52,284 --> 00:24:55,746 Pernah awak bayangkan hari begini? Ia pasti sangat... 294 00:25:01,710 --> 00:25:05,672 Ibu bapa saya nak tahu jika kita mahu sertai mereka untuk minum di teres. 295 00:25:06,507 --> 00:25:07,549 Mereka ajak saya? 296 00:25:08,133 --> 00:25:11,136 Sudah tentu, Lady Marable. 297 00:25:17,976 --> 00:25:21,730 Aduhai. Ia berhasil. Saya bukan lagi menantu paling teruk. 298 00:25:22,814 --> 00:25:23,815 Semoga berjaya. 299 00:25:35,118 --> 00:25:36,995 Nan? Mana gelang zamrud saya? 300 00:25:36,995 --> 00:25:39,331 Ya Tuhan. Itu pun awak. Cepat masuk. 301 00:25:39,331 --> 00:25:42,376 - Akhirnya. Jinny. - Saya minta awak pulangkan... 302 00:25:42,918 --> 00:25:45,045 Awak gembira? Sungguh? 303 00:25:45,045 --> 00:25:47,965 Apa? Sudah tentu, sayang. Saya dah berkahwin. 304 00:25:47,965 --> 00:25:50,843 - Jinny, saya cuma nak... - Dah tentu ibu akan marah, 305 00:25:50,843 --> 00:25:53,345 tapi awak tak perlu pakai baju pengantin warna merjan. 306 00:25:53,345 --> 00:25:56,098 Warnanya oren dan pasti saya nampak macam bawang, 307 00:25:56,098 --> 00:25:59,017 tapi saya rela memakainya jika itu yang awak mahukan. 308 00:25:59,017 --> 00:26:00,102 Sayang. 309 00:26:00,102 --> 00:26:02,271 Saya tahu awak angau dengan duke, 310 00:26:02,271 --> 00:26:04,982 tapi apabila awak benar-benar cintakan seseorang... 311 00:26:04,982 --> 00:26:06,149 Saya sayangkan awak. 312 00:26:06,942 --> 00:26:09,486 Saya sayangkan awak, sungguh. 313 00:26:10,571 --> 00:26:11,905 Tapi, ini yang saya mahu. 314 00:26:12,906 --> 00:26:16,535 Awak pula? Adakah awak dan Theo... 315 00:26:17,578 --> 00:26:19,538 Bagaimana saya nak kahwini dia... 316 00:26:21,623 --> 00:26:22,624 sedangkan... 317 00:26:25,043 --> 00:26:28,130 saya tak tahu siapa ibu kandung saya? 318 00:26:28,130 --> 00:26:31,091 Ya, tiada siapa tahu, jadi tak mungkin dia tahu. 319 00:26:32,050 --> 00:26:33,051 Virginia? 320 00:26:35,137 --> 00:26:36,847 Kita sambung perbualan esok, okey? 321 00:26:36,847 --> 00:26:40,267 Saya janji. Atau nanti. Saya janji, okey? Kita berbual nanti. 322 00:27:18,639 --> 00:27:20,349 Mereka beri awak bilik kuning ini. 323 00:27:23,185 --> 00:27:24,520 Dah tentulah. 324 00:27:25,062 --> 00:27:27,022 Awak lebih penting daripada saya sekarang. 325 00:27:29,066 --> 00:27:30,526 Walaupun kurang bergaya. 326 00:27:31,902 --> 00:27:34,029 Alamak, maaf, saya akan... 327 00:27:34,029 --> 00:27:37,324 Jadi, awak akan beritahu dia? 328 00:27:38,951 --> 00:27:40,494 Awak akan beritahu Theo tentang ibu saya? 329 00:27:43,163 --> 00:27:46,583 Awak pun tahu dia seorang duke. 330 00:27:47,376 --> 00:27:50,796 Dia benci jadi kerabat, setiap masa. Tapi Nan, itu darah dagingnya. 331 00:27:51,380 --> 00:27:52,798 Jika seorang duke kahwini... 332 00:27:53,507 --> 00:27:54,508 Seseorang macam saya. 333 00:27:56,677 --> 00:27:57,886 Dia tak boleh kahwini awak. 334 00:27:57,886 --> 00:27:59,429 Dia akan diketawakan. 335 00:27:59,429 --> 00:28:03,517 Dia akan hilang semua kepercayaan atau kuasa. 336 00:28:04,434 --> 00:28:06,478 - Awak belum beritahu sendiri? - Belum. 337 00:28:07,521 --> 00:28:09,231 Belum, orang akan menjauhi saya. 338 00:28:11,650 --> 00:28:14,361 Saya tak pernah tipu dia seumur hidup. 339 00:28:14,361 --> 00:28:16,446 Malam ini? 340 00:28:26,206 --> 00:28:27,749 En. Thwarte cuma... 341 00:28:27,749 --> 00:28:30,085 Kalau nak tahu apa-apa lagi tentang bilik kuning, 342 00:28:30,085 --> 00:28:31,378 tanya saja. 343 00:28:32,212 --> 00:28:33,213 Bilik saya di sana. 344 00:28:34,339 --> 00:28:37,217 Baguslah awak berikan dia gaun. 345 00:28:37,217 --> 00:28:39,344 Ya. Baguslah. 346 00:28:54,026 --> 00:28:55,819 Berdiri mendada, nak. Mendada. 347 00:28:55,819 --> 00:28:58,614 Seperti musim panas tahun 1879. 348 00:28:58,614 --> 00:29:01,074 Ketika kami masih menaruh harapan kamu akan bersuami. 349 00:29:04,578 --> 00:29:07,748 Pasti orang tertanya-tanya, dia gadis Amerika versi yang mana satu? 350 00:29:07,748 --> 00:29:10,417 Lantang dan kasar, membuatkan kita takut? 351 00:29:10,918 --> 00:29:13,879 Atau tak menarik dan tak bijak apabila berdiam diri? 352 00:29:14,838 --> 00:29:17,132 Kita dah jadi saudara, okey? Semoga berjaya. 353 00:29:22,971 --> 00:29:25,349 Mak faham, sudah tentu 354 00:29:25,349 --> 00:29:29,561 rasa kecewa timbul kalau anak lelaki seseorang kahwin lari. 355 00:29:29,561 --> 00:29:31,813 Mak teruja hadiri majlis tarian ini? 356 00:29:32,648 --> 00:29:34,316 Keraian cinta umum besar-besaran? 357 00:29:34,316 --> 00:29:39,112 - Kamu tahu, mak benci majlis perkahwinan. - Lama, mahal, riuh-rendah. 358 00:29:39,112 --> 00:29:40,948 Dalam hal ini, kami kecewa 359 00:29:41,782 --> 00:29:47,621 sebab kami sangka Virginia berbeza dengan kawan-kawannya. 360 00:29:52,501 --> 00:29:54,461 Matlamat kami, Lady Brightlingsea, 361 00:29:54,461 --> 00:29:56,755 untuk selamatkan mak daripada perkahwinan yang remeh. 362 00:29:57,256 --> 00:30:00,884 Saya jamin saya sendiri tak mahu kahwin lari. 363 00:30:01,468 --> 00:30:04,263 Sebagai isteri, matlamat utama saya ialah mengelakkan drama 364 00:30:04,930 --> 00:30:06,598 serta penuhi jangkaan mak 365 00:30:06,598 --> 00:30:08,684 dan jangkaan suami saya. 366 00:30:09,184 --> 00:30:12,980 Saya yakin saya berbeza, benar-benar berbeza. 367 00:30:14,022 --> 00:30:15,482 Kurang menonjol. 368 00:30:20,696 --> 00:30:22,281 Kurang bermasalah, ahoy. 369 00:30:32,958 --> 00:30:34,877 Mereka kata kita dah lewat. 370 00:30:35,919 --> 00:30:37,337 Lebih baik kita cepat. 371 00:30:48,390 --> 00:30:49,224 Jangan. 372 00:30:49,224 --> 00:30:52,686 - Sudah. Saya dah cakap. - Saya kata, di England. 373 00:30:52,686 --> 00:30:54,605 Tiada gadis saya minati di England. 374 00:30:54,605 --> 00:30:57,441 Tidak. Saya kata, seseorang akan ubah fikiran awak nanti. 375 00:30:57,441 --> 00:30:59,943 Kita tak sebut benua. 376 00:30:59,943 --> 00:31:04,823 Kalau begitu, terima kasih sebab sedari kebodohan saya. 377 00:31:05,324 --> 00:31:06,325 Itu fakta. 378 00:31:10,078 --> 00:31:13,832 Juga bercinta dengan begitu ramai gadis bagi pihak saya. 379 00:31:15,042 --> 00:31:18,337 Bagaimana awak boleh bercinta sedangkan ikat tali leher pun tak tahu? 380 00:31:23,967 --> 00:31:27,471 Ketika hujung minggu di Runnymede, 381 00:31:29,431 --> 00:31:32,476 saya dan Nan berbual. 382 00:31:32,476 --> 00:31:33,727 Dia menakjubkan, bukan? 383 00:31:35,270 --> 00:31:38,315 Dia sangat lincah. 384 00:31:39,358 --> 00:31:41,068 - Awak perasan? - Maksud saya... 385 00:31:41,693 --> 00:31:44,112 - Bukan dengan anggun. - ...ya. 386 00:31:44,112 --> 00:31:45,405 Sebenarnya, 387 00:31:45,405 --> 00:31:48,951 - dia tak selalu anggun. - Setuju. Dia... 388 00:31:48,951 --> 00:31:50,410 Dia ada pelbagai sikap. 389 00:31:50,410 --> 00:31:52,412 - Ya. - Awak lihat cara dia menunggang kuda? 390 00:31:52,996 --> 00:31:58,794 Setiap kali melihat dia, dia ketawa, berfikir dan buat saya kagum. 391 00:32:00,254 --> 00:32:01,630 Buat saya tak keruan. 392 00:32:03,632 --> 00:32:07,010 Dia benar-benar istimewa. 393 00:32:09,012 --> 00:32:10,347 Kamu dah berjumpa. 394 00:32:11,056 --> 00:32:12,057 Baru berjumpa. 395 00:32:13,517 --> 00:32:16,103 Khabarnya, awak melamar dia dengan cepat. 396 00:32:16,103 --> 00:32:17,855 Hampir-hampir lebih cepat. 397 00:32:21,191 --> 00:32:22,192 Saya cuma... 398 00:32:27,406 --> 00:32:28,407 Perkahwinan. 399 00:32:30,868 --> 00:32:33,745 Pastikan awak tahu semua perkara. 400 00:32:56,310 --> 00:33:00,063 - Gaun saya terlalu ketat. - Awak benar-benar cantik. 401 00:33:01,106 --> 00:33:03,609 - Awak juga. - Saya tahu. Tapi, tiada yang melihat. 402 00:33:07,112 --> 00:33:08,530 - Apa yang saya buat? - Apa? 403 00:33:10,115 --> 00:33:11,533 Saya berpura-pura kepada semua. 404 00:33:12,117 --> 00:33:13,744 Usah peduli pendapat mereka. 405 00:33:14,494 --> 00:33:17,414 Nan, awak cintakan dia? 406 00:33:19,833 --> 00:33:21,001 Saya rasa begitu. 407 00:33:23,170 --> 00:33:24,171 Ya. 408 00:33:25,088 --> 00:33:26,590 - Nan. - Mana Jinny? 409 00:33:26,590 --> 00:33:28,967 Nan, dengar. Nan. 410 00:33:29,510 --> 00:33:30,511 Annabel! 411 00:33:31,929 --> 00:33:34,306 Malam ini bukan tentang Jinny atau Conchita. 412 00:33:34,932 --> 00:33:35,933 Tapi, tentang awak. 413 00:33:35,933 --> 00:33:38,018 Awak nak tahu? 414 00:33:38,018 --> 00:33:41,813 Tak salah jika awak benar-benar sukakannya. 415 00:33:43,315 --> 00:33:44,900 Awak berhak rasa istimewa. 416 00:33:46,401 --> 00:33:47,861 Mungkin ini takdir awak. 417 00:33:50,864 --> 00:33:52,074 Okey? 418 00:34:02,835 --> 00:34:05,045 Cik Annabel St. George. 419 00:34:50,132 --> 00:34:51,800 - Orang Amerika. - Ya. 420 00:34:51,800 --> 00:34:54,178 Tapi, tetap anggun. 421 00:34:55,179 --> 00:34:56,638 Calon duchess terbaik. 422 00:34:57,181 --> 00:34:59,183 Aduhai, selepas sekian lama. 423 00:35:00,767 --> 00:35:03,854 Awak cantik. Awak bencikannya? 424 00:35:04,438 --> 00:35:05,647 Jadi cantik? 425 00:35:06,440 --> 00:35:08,108 Tapi, pasti awak dah biasa dipuji. 426 00:35:08,859 --> 00:35:10,819 Bukan. Awak bencikan semua ini? 427 00:35:11,904 --> 00:35:14,448 Belum tahu lagi. Awak bencikannya? 428 00:35:15,324 --> 00:35:17,826 Malam ini, tidak. Tak pernah begini. 429 00:35:18,827 --> 00:35:21,747 Segala-galanya bertambah baik disebabkan awak. 430 00:36:22,307 --> 00:36:24,643 Syukurlah, seseorang yang saya tak benci. 431 00:36:26,436 --> 00:36:28,105 - Tak menari? - Saya menunggu awak. 432 00:36:28,605 --> 00:36:29,982 Persis ibu awak. 433 00:36:29,982 --> 00:36:32,693 - Pasti dia mahu menari malam ini. - Dah tentu. 434 00:36:33,527 --> 00:36:36,530 Apa pendapat awak? 435 00:36:42,536 --> 00:36:44,705 Pasti Nan akan mengejutkan kita. 436 00:36:55,966 --> 00:36:57,593 Semuanya dah berubah, bukan? 437 00:37:00,304 --> 00:37:02,556 Ya. Betul. 438 00:37:04,308 --> 00:37:06,310 Menjengkelkan, ayuh minum. 439 00:37:14,735 --> 00:37:16,320 Malam terpelik dalam hidup awak? 440 00:37:16,320 --> 00:37:19,740 Sangat pelik. Tambahan pula awak begitu sopan. 441 00:37:19,740 --> 00:37:23,744 Saya orang paling berpura-pura di sini. Tapi, saya ada pesaing. 442 00:37:25,370 --> 00:37:27,372 Saya tanya gadis itu, "Teh?" 443 00:37:27,372 --> 00:37:31,043 Saya tak berminat dengan makanan perantaraan serba baharu. 444 00:37:31,043 --> 00:37:34,004 Kenapa tak makan tengah hari cukup-cukup untuk bertahan sampai makan malam? 445 00:37:35,047 --> 00:37:36,089 Mengarut. 446 00:37:36,089 --> 00:37:38,759 Ya Tuhan, Jinny diterima dengan mudah. 447 00:37:39,468 --> 00:37:40,677 Awak dan dia. 448 00:37:41,178 --> 00:37:44,139 Nan, adakah awak yang akan mencapai impian? 449 00:37:44,139 --> 00:37:46,141 Saya yakin awak akan mencapainya. 450 00:37:49,061 --> 00:37:52,564 Ibu awak ketawa? Dia ketawa besar. 451 00:37:52,564 --> 00:37:54,942 Tak lama lagi, mereka tocang rambut masing-masing. 452 00:37:54,942 --> 00:37:56,026 Jangan menyeksa diri. 453 00:37:56,026 --> 00:37:59,029 - Jinny berbeza, itu saja. - Ya. Tak menonjol, pasti. 454 00:37:59,738 --> 00:38:03,075 Wujud tak burung bernama tikam belakang? 455 00:38:03,075 --> 00:38:04,785 Jika wujud, bukan di England. 456 00:38:04,785 --> 00:38:06,286 Kasihan mereka. 457 00:38:07,538 --> 00:38:09,498 Maksud saya, dia berbeza den... 458 00:38:09,498 --> 00:38:10,707 - dengan... - Saya? 459 00:38:14,837 --> 00:38:16,505 Awak baru sedar, bukan? 460 00:38:17,422 --> 00:38:18,632 Semua orang sedar. 461 00:38:20,259 --> 00:38:22,302 Sudah tentu, Jinny sama seperti kamu semua. 462 00:38:22,302 --> 00:38:23,887 Tidak, saya tak maksudkan... 463 00:38:31,228 --> 00:38:32,479 Ada waktu sarapan. 464 00:38:32,479 --> 00:38:35,065 Kemudian makan malam, tiada waktu menggabi, tiada. 465 00:38:35,607 --> 00:38:37,484 - Waktu makan malam... - Maafkan saya. 466 00:38:37,484 --> 00:38:38,777 ...lebih kurang tujuh... 467 00:38:41,113 --> 00:38:42,489 Mampukah saya jadi cukup baik? 468 00:38:43,907 --> 00:38:47,327 Saya cuba jadi diri sendiri dan cuba berpura-pura. 469 00:38:48,453 --> 00:38:50,581 Berbaloikah saya mencuba? 470 00:38:50,581 --> 00:38:54,084 - Conchita, tolong jangan meninggi suara. - Suara saya tak tinggi. 471 00:38:54,668 --> 00:38:55,961 Kali pertama. 472 00:38:58,255 --> 00:38:59,548 Apa bezanya Jinny? 473 00:39:01,300 --> 00:39:05,179 Mak pantas terima dia sebab rambutnya perang dan kulitnya pucat? 474 00:39:06,138 --> 00:39:07,181 Kamu semua. 475 00:39:08,557 --> 00:39:10,267 Dah tentu lebih mudah. 476 00:39:10,267 --> 00:39:12,644 Tidak. Kami takkan terima tuduhan begitu. 477 00:39:12,644 --> 00:39:16,481 - Pasti kamu fikirkan istilah itu... - Setiap hari. 478 00:39:16,481 --> 00:39:20,277 Malangnya kami bukan begitu. Kami alpa. 479 00:39:22,654 --> 00:39:23,655 Syukurlah. 480 00:39:26,950 --> 00:39:32,497 Conchita, jika kamu nak tahu peranan kamu di sini, ia jelas. 481 00:39:33,373 --> 00:39:36,168 Ibu kepada anak yang sihat, 482 00:39:36,752 --> 00:39:39,171 anak kepada lelaki kaya. 483 00:39:51,683 --> 00:39:53,685 Kembali lantang dan kasar? 484 00:39:54,770 --> 00:39:56,563 - Perlukah kita... - Tidak. 485 00:39:57,814 --> 00:40:00,067 Jika kita beri ganjaran untuk tingkah laku buruk, 486 00:40:00,609 --> 00:40:03,612 kita menghalang mereka daripada jadi matang. 487 00:40:21,463 --> 00:40:22,464 Conchita! 488 00:40:47,114 --> 00:40:48,615 Nampak teruk, bukan? 489 00:40:50,617 --> 00:40:51,618 Menggelikan. 490 00:41:08,135 --> 00:41:09,386 Awak asyik menyendiri. 491 00:41:09,386 --> 00:41:11,054 - Ayuh bergembira. - Tidak. 492 00:41:11,054 --> 00:41:12,139 Cepat. 493 00:42:15,536 --> 00:42:17,037 Kenapa awak pergi? 494 00:42:18,372 --> 00:42:19,623 Di Runnymede. 495 00:42:26,421 --> 00:42:28,048 Saya faham puncanya, tapi saya... 496 00:42:30,717 --> 00:42:31,844 Sampai hati awak? 497 00:42:34,471 --> 00:42:37,015 Selepas saya beritahu awak sesuatu yang penting bagi saya. 498 00:42:38,642 --> 00:42:40,269 Sesuatu yang sangat penting. 499 00:42:42,145 --> 00:42:44,356 Saya sangka awak sudi mendengar. 500 00:42:47,442 --> 00:42:53,407 Sebenarnya, saya takut. 501 00:42:53,991 --> 00:42:58,704 Jika ia sangat mengejutkan dan saya hina pada pendapat awak... 502 00:43:02,040 --> 00:43:03,083 selamatkan Theo. 503 00:43:04,710 --> 00:43:05,961 Awak perlu, sungguh. 504 00:43:08,630 --> 00:43:09,631 Beritahu dia. 505 00:43:13,427 --> 00:43:14,469 Kenapa tak beritahu? 506 00:43:20,392 --> 00:43:23,145 Mana Richard? Tentang Conchita. 507 00:43:29,902 --> 00:43:31,320 Conchita! 508 00:43:31,320 --> 00:43:34,072 Ini yang dia mahukan. Conchita takkan tersesat. 509 00:43:35,073 --> 00:43:37,201 - Conchita! - Dia menuju ke cenuram? 510 00:43:37,201 --> 00:43:40,454 - Dia cuma mahukan perhatian. - Nan, saya suami dia. 511 00:43:42,164 --> 00:43:43,874 Jadi ini tanggungjawab saya. 512 00:43:45,042 --> 00:43:46,376 Conchita! 513 00:43:46,376 --> 00:43:47,711 Biarkan dia. 514 00:43:47,711 --> 00:43:51,757 Dia sentiasa okey. Ini yang dia mahukan. 515 00:43:56,678 --> 00:43:57,679 Conchita! 516 00:44:01,308 --> 00:44:03,977 Saya patut masuk tidur. 517 00:44:05,479 --> 00:44:07,189 Malah, saya hampir masuk tidur. 518 00:44:07,189 --> 00:44:09,149 Tapi, jika saya masuk tidur... 519 00:44:11,026 --> 00:44:14,696 pasti saya akan terjaga semula. 520 00:44:44,560 --> 00:44:45,978 Conchita! 521 00:44:49,940 --> 00:44:51,316 Conchita. 522 00:44:51,316 --> 00:44:55,320 Saya minta maaf. Sungguh. 523 00:44:56,530 --> 00:44:58,407 Kenapa minta maaf? 524 00:44:59,992 --> 00:45:00,993 Saya yang minta maaf. 525 00:45:02,244 --> 00:45:03,245 Betul kata awak. 526 00:45:03,245 --> 00:45:06,081 Tentang keluarga saya dan cara mereka melayan awak. 527 00:45:06,748 --> 00:45:07,875 Saya cintakan awak. 528 00:45:10,419 --> 00:45:12,880 Saya dengar kata-kata awak di Runnymede. 529 00:45:13,547 --> 00:45:17,009 Awak kata ada wanita dan ada isteri. 530 00:45:18,385 --> 00:45:19,386 Conchita. 531 00:45:20,220 --> 00:45:24,183 Saya mahu awak jadi kedua-duanya, tapi sebagai diri sendiri. 532 00:45:26,685 --> 00:45:27,811 Ayuh ke New York. 533 00:45:29,021 --> 00:45:31,315 - Kita bahagia di sana, bukan? - Ya. 534 00:45:31,315 --> 00:45:33,317 Ayuh lari sekejap. 535 00:45:33,317 --> 00:45:34,902 - Hanya kita bertiga. - Okey. 536 00:45:34,902 --> 00:45:36,695 Kita hidupkan kenangan lama. 537 00:45:46,121 --> 00:45:48,373 Okey. Sekarang saya benar-benar risau. 538 00:45:50,459 --> 00:45:52,127 Dah berapa lama? Mungkin kita patut... 539 00:45:52,628 --> 00:45:54,004 Kita patut pergi... 540 00:45:54,505 --> 00:45:55,631 Conchita, awak okey? 541 00:45:55,631 --> 00:45:56,715 Dia selamat. 542 00:45:57,674 --> 00:46:00,761 - Dia okey. - Sayang, saya selalu okey. 543 00:46:01,386 --> 00:46:03,055 Saya akan beritahu yang lain. 544 00:46:03,722 --> 00:46:04,932 Terima kasih, encik. 545 00:46:08,435 --> 00:46:10,145 Biar saya mintakan awak mandian hangat. 546 00:46:11,563 --> 00:46:13,440 Air lagi? Saya dah basah lencun. 547 00:46:16,818 --> 00:46:18,946 Sayang. Saya harap awak tak risaukan saya. 548 00:46:20,239 --> 00:46:21,573 Awak tanya perasaan saya? 549 00:46:21,573 --> 00:46:23,659 Dick berlari mencari dan jumpa saya. 550 00:46:23,659 --> 00:46:25,744 Sudah tentu, masih tentang awak. 551 00:46:25,744 --> 00:46:29,414 Awak tak pernah letih semua orang sentiasa mencari awak 552 00:46:29,414 --> 00:46:32,376 - atau melihat awak? - Alamak. Bukan saya yang minta. 553 00:46:32,376 --> 00:46:34,419 Awak boleh cuba tak berlari di tengah malam, 554 00:46:34,419 --> 00:46:36,505 membuat semua orang fikir awak jatuh cenuram. 555 00:46:38,215 --> 00:46:40,300 Malam yang penting bagi saya. 556 00:46:40,968 --> 00:46:43,679 Jika kuku awak patah, saya pasti merawat awak. 557 00:46:43,679 --> 00:46:44,888 Jika saya ada masalah, 558 00:46:44,888 --> 00:46:47,182 - besar atau kecil... - Apa masalah yang awak ada? 559 00:46:47,683 --> 00:46:49,768 Masalah dengan duke dan ibunya yang baik hati? 560 00:46:49,768 --> 00:46:52,855 Bagaimana awak nak tahu? Tiada ruang, 561 00:46:52,855 --> 00:46:54,898 - tiada masa untuk hal saya... - Saya tak boleh... 562 00:46:54,898 --> 00:46:56,859 - ...kalau semuanya tentang awak. - Saya tak faham 563 00:46:56,859 --> 00:46:58,527 apa yang awak mahu dan tak mahu. 564 00:46:58,527 --> 00:47:02,281 Awak tak mahu jadi duchess, kemudian marah jika saya menghalang? 565 00:47:02,781 --> 00:47:03,991 Setidaknya saya tahu siapa saya. 566 00:47:03,991 --> 00:47:06,368 Tahniah sebab awak dah tahu. 567 00:47:06,368 --> 00:47:09,037 Sayangnya, pasti awak dah sedar 568 00:47:09,037 --> 00:47:12,082 yang awak juga suka mencari perhatian! 569 00:47:56,752 --> 00:47:57,753 Saya rindu tempat asal. 570 00:47:59,588 --> 00:48:00,589 Saya bersimpati. 571 00:48:04,885 --> 00:48:06,345 Sebenarnya, saya akan pulang. 572 00:48:08,931 --> 00:48:10,849 Untuk perkahwinan yang dah pun berlaku. 573 00:48:13,936 --> 00:48:15,354 Saya perlu jumpa ibu saya. 574 00:48:20,526 --> 00:48:22,945 Tapi, tak boleh cakap seperkara yang saya ingin cakap. 575 00:48:22,945 --> 00:48:25,656 Saya perlu cakap yang saya tak boleh kahwini duke 576 00:48:27,115 --> 00:48:29,409 sebab saya tak boleh simpan rahsia. 577 00:48:43,257 --> 00:48:44,883 Awak calon duchess terbaik. 578 00:48:51,640 --> 00:48:53,517 Awak takkan cakap apa-apa? 579 00:48:55,602 --> 00:48:57,813 Ya. Kenapa nak cakap? 580 00:48:58,355 --> 00:49:00,482 Sebab awak kawan lamanya. 581 00:49:02,192 --> 00:49:03,443 Awak pula kawan baharu saya. 582 00:49:18,917 --> 00:49:20,544 Malam masih awal. 583 00:49:22,796 --> 00:49:25,424 Kita boleh minum sebotol minuman. 584 00:49:29,928 --> 00:49:31,972 Awak tetap lari dari Runnymede. 585 00:49:33,932 --> 00:49:34,933 Awak tetap lari. 586 00:50:14,389 --> 00:50:16,683 Saya tak sempat ucapkan salam perpisahan kepada sesiapa. 587 00:50:16,683 --> 00:50:18,769 - Pasti Nan sangka saya... - Utuskan surat. 588 00:50:33,450 --> 00:50:35,244 - Itu pun awak. - Hai. 589 00:50:35,827 --> 00:50:37,287 Ibu saya pun dah masuk tidur. 590 00:50:38,664 --> 00:50:40,040 Saya tak mengantuk. 591 00:51:11,989 --> 00:51:12,906 Ya, silakan. 592 00:51:16,410 --> 00:51:17,995 Saya mahu kahwini awak. 593 00:51:18,579 --> 00:51:19,580 Awak pasti? 594 00:51:20,497 --> 00:51:25,169 Semasa kita mula-mula bertemu, saya tak tahu siapa awak sebenarnya. 595 00:51:27,546 --> 00:51:29,548 Tapi, saya seperti mengenali awak. 596 00:51:31,258 --> 00:51:33,260 Awak tak tahu siapa saya sebenarnya, 597 00:51:33,260 --> 00:51:35,929 tapi cinta bukan tentang itu. Bukan tentang perkara lain. 598 00:51:35,929 --> 00:51:37,014 Ia sepatutnya... 599 00:51:39,266 --> 00:51:40,767 Ia sepatutnya tentang kita. 600 00:51:43,854 --> 00:51:46,690 Kita akan miliki semua ini, bukan? Lukisan juga. 601 00:51:46,690 --> 00:51:48,942 Mungkin bukan lukisan saya, tapi saya akan cuba. 602 00:51:50,360 --> 00:51:52,237 Perkara paling penting adalah... 603 00:51:54,364 --> 00:51:55,532 saya akan miliki awak. 604 00:51:56,700 --> 00:51:57,910 Ya, betul. 605 00:52:20,182 --> 00:52:24,811 Tapi, sebelum perkahwinan atau perkara berkaitannya, 606 00:52:24,811 --> 00:52:29,024 saya perlu kembali ke New York, sebab saya dan ibu saya perlu bercakap. 607 00:52:31,026 --> 00:52:34,238 - Selepas saya kembali, kita boleh... - Boleh saya ikut? 608 00:52:34,821 --> 00:52:38,033 Saya nak lihat bangunan pencakar langit dan melawat Central Park. 609 00:52:40,494 --> 00:52:43,622 Saya juga nak jumpa ibu dan ayah awak. 610 00:52:44,206 --> 00:52:49,628 Saya takkan mengganggu. Saya cuma mahu berada berhampiran. 611 00:52:53,048 --> 00:52:54,716 Untuk mengenali siapa awak. 612 00:53:19,908 --> 00:53:20,909 Nan, 613 00:53:22,452 --> 00:53:26,748 kita tak menari bersama-sama, tapi saya tetap mahu menari. 614 00:53:27,541 --> 00:53:29,293 Sendirian, jika perlu. 615 00:53:29,793 --> 00:53:31,920 Kalaulah kehidupan kita seperti di Runnymede. 616 00:53:33,297 --> 00:53:34,298 Saya tak mahu. 617 00:53:34,882 --> 00:53:38,010 Saya habiskan sepanjang malam di bumbung dengan Guy Thwarte. 618 00:53:38,010 --> 00:53:39,761 Buat dia takut sampai lari. 619 00:53:40,512 --> 00:53:41,889 Awak tak buat dia cukup takut. 620 00:53:43,515 --> 00:53:47,436 Dia kembali keesokan paginya dengan menunggang kuda. 621 00:53:51,857 --> 00:53:52,858 Guy kembali? 622 00:53:54,234 --> 00:53:55,360 Ya. 623 00:53:55,360 --> 00:53:57,905 Awak dan Jinny terlalu gembira dilamar 624 00:53:57,905 --> 00:54:00,115 dan mengomel tak faham tentang duke, 625 00:54:00,115 --> 00:54:02,326 tapi ya, Guy Thwarte memang ada di sana. 626 00:54:05,162 --> 00:54:08,165 Kalaulah setiap malam seperti di Runnymede. 627 00:54:09,249 --> 00:54:10,751 Selamat malam, Duchess Nan. 628 00:55:11,103 --> 00:55:13,105 Terjemahan sari kata oleh Hamdan Alias