1 00:00:19,770 --> 00:00:22,940 Pakai semasa hari perkahwinan awak esok. 2 00:00:24,900 --> 00:00:26,693 Indahnya. 3 00:00:27,277 --> 00:00:30,197 Jika awak fikir saya berikannya untuk menekankan kepentingan 4 00:00:30,197 --> 00:00:33,742 dan sejarah peristiwa esok sambil turut menakutkan awak, 5 00:00:34,826 --> 00:00:36,328 betul fikiran awak. 6 00:00:37,746 --> 00:00:40,290 Saya boleh fahamnya dengan jelas. 7 00:00:40,290 --> 00:00:42,376 Theo tumpuan utama malam ini. 8 00:00:43,377 --> 00:00:45,212 Awak perlu berdiri diam di sebelahnya. 9 00:00:46,547 --> 00:00:48,715 Itu memang tugas duchess. 10 00:00:49,424 --> 00:00:52,386 Tersenyum, mungkin melambai. 11 00:00:53,262 --> 00:00:56,515 Mencemar duli pada hari penyembahan hasil tani. 12 00:00:56,515 --> 00:01:00,519 Tapi, awak tak berhak lagi membuat segala keputusan 13 00:01:00,519 --> 00:01:03,397 mulai sekarang, walaupun melibatkan kamu berdua. 14 00:01:04,690 --> 00:01:06,692 Saya tak kejam, Nan. 15 00:01:07,860 --> 00:01:10,863 Saya benar-benar suka awak semasa kita bertemu. 16 00:01:11,822 --> 00:01:13,156 Tapi, awak tipu kami. 17 00:01:13,699 --> 00:01:15,367 Perbuatan awak semasa Krismas, 18 00:01:15,367 --> 00:01:18,704 keberanian awak memberi pendapat walaupun tak diminta. 19 00:01:18,704 --> 00:01:22,875 - Awak desak Theo untuk menghina... - Saya tak desak Theo buat apa-apa. 20 00:01:26,253 --> 00:01:28,630 Saya dan ayahnya berusaha demi nama baik keluarga. 21 00:01:28,630 --> 00:01:29,756 Saya bukannya mahu... 22 00:01:29,756 --> 00:01:32,301 Theodore bertegas mahu teruskan perkahwinan. 23 00:01:32,301 --> 00:01:35,512 Esok, kita akan anjurkan perkahwinan terhebat musim ini, 24 00:01:36,513 --> 00:01:37,973 mungkin dekad ini. 25 00:01:38,765 --> 00:01:40,642 Jika awak ubah fikiran sekarang, 26 00:01:41,727 --> 00:01:44,771 khususnya selepas latar belakang awak diketahui umum, 27 00:01:46,481 --> 00:01:48,525 Theo akan jadi bahan ketawa. 28 00:01:48,525 --> 00:01:53,864 Kalau anak saya yang jujur, setia dan bertimbang rasa jadi bahan ketawa, 29 00:01:54,531 --> 00:01:55,741 pasti saya kecewa. 30 00:01:57,117 --> 00:01:59,828 Jika ia menimpa Duke Tintagel, 31 00:02:01,121 --> 00:02:04,249 kedudukannya akan terjejas sepanjang hayatnya. 32 00:02:08,211 --> 00:02:11,131 Kejadian pengantin tawar hati bukanlah perkara baru. 33 00:02:13,425 --> 00:02:17,304 Saya dah beri awak peluang untuk pergi pada Hari Krismas, tapi awak menolak. 34 00:02:17,304 --> 00:02:18,514 Sekarang, 35 00:02:18,514 --> 00:02:21,475 awak mesti atasi rasa gementar pra-perkahwinan itu, 36 00:02:21,475 --> 00:02:25,562 pakai tiara itu dan berdiri dengan yakin di sisinya. 37 00:02:26,605 --> 00:02:27,648 Seperti duchess. 38 00:03:12,401 --> 00:03:13,944 BERDASARKAN BUKU OLEH EDITH WHARTON 39 00:03:46,977 --> 00:03:48,896 Selepas awak, puan. 40 00:03:54,860 --> 00:03:55,694 Nan. 41 00:03:58,697 --> 00:04:00,699 - Buka mulut. - Cepat! 42 00:04:00,699 --> 00:04:02,159 Nan! 43 00:04:02,159 --> 00:04:04,494 Ya! Aduhai. 44 00:04:04,494 --> 00:04:05,662 Sakitnya. 45 00:04:11,668 --> 00:04:13,545 Esok, semuanya milik awak. 46 00:04:28,644 --> 00:04:30,604 Kita perlu berhenti mengelak. 47 00:04:34,358 --> 00:04:35,192 Ini. 48 00:04:36,902 --> 00:04:37,903 Malam ini. 49 00:04:38,695 --> 00:04:42,157 Saya tak rasa ini perasaan yang sepatutnya pada malam sebelum perkahwinan. 50 00:04:42,157 --> 00:04:44,618 Ada banyak pendapat mengarut tentang perkahwinan. 51 00:04:44,618 --> 00:04:46,828 - Tentang bagaimana... - Awak cintakan Guy? 52 00:04:50,791 --> 00:04:52,167 Tidak. 53 00:04:53,168 --> 00:04:54,503 Awak masih mahu kahwini saya? 54 00:05:02,261 --> 00:05:04,346 Awak akan ditanya soalan itu esok. 55 00:05:05,556 --> 00:05:07,975 Kita perlu hentikan lakonan kita di khalayak. 56 00:05:08,934 --> 00:05:11,311 Nan, saya cintakan awak. 57 00:05:12,271 --> 00:05:15,524 Tapi, saya tak mahu tunggu dengan gereja sesak dan dunia memerhati 58 00:05:16,024 --> 00:05:17,234 kalau awak tak pasti. 59 00:05:23,615 --> 00:05:26,577 Jadi, awal pagi esok, beritahu saya keputusan awak. 60 00:05:34,960 --> 00:05:38,547 Esok, saya akan saksikan perkahwinan anak saya. 61 00:05:39,423 --> 00:05:44,720 Saya akan turun takhta dan bukan lagi menjadi Duchess Tintagel. 62 00:05:45,262 --> 00:05:47,764 Pasti sukar untuk saya terima gelaran baru saya, 63 00:05:47,764 --> 00:05:51,768 kerana Duchess Balu ialah gelaran ibu mentua saya yang dah tua. 64 00:05:53,729 --> 00:05:56,523 Tapi, saya terimanya dengan bangga, 65 00:05:56,523 --> 00:06:01,028 kerana ia bermakna anak saya dah memenuhi tujuan hidupnya. 66 00:06:01,028 --> 00:06:04,406 Sekarang, saya persilakan, Duke. 67 00:06:10,412 --> 00:06:13,916 Para lord, tuan-tuan dan puan-puan, terima kasih sebab hadir. 68 00:06:14,791 --> 00:06:16,043 Terima kasih untuk ibu saya 69 00:06:16,043 --> 00:06:18,921 kerana sudi berkongsi gelaran Wanita Paling Penting Dalam Hidup Saya. 70 00:06:20,422 --> 00:06:21,632 Esok... 71 00:06:28,222 --> 00:06:29,223 Wah. 72 00:06:31,892 --> 00:06:32,976 Maaf. 73 00:06:34,853 --> 00:06:37,731 Maafkan saya. Saya minta maaf. 74 00:06:37,731 --> 00:06:41,109 Maafkan saya. Maaf, saya minta maaf. 75 00:06:45,989 --> 00:06:48,033 Esok, Tintagel mengalu-alukan era baru. 76 00:06:49,076 --> 00:06:53,372 Saya pula mengalu-alukan wanita yang saya akan kahwini seumur hidup saya. 77 00:06:54,456 --> 00:06:58,961 Kita dah lihat kekuatan, keberanian dan ketabahan dia. 78 00:07:02,673 --> 00:07:04,466 Saya juga yakin, 79 00:07:04,466 --> 00:07:09,972 dia akan tunjukkan komitmen, kesetiaan dan kesediaannya untuk berkhidmat. 80 00:07:11,056 --> 00:07:12,808 Duchess Tintagel yang baru, 81 00:07:13,725 --> 00:07:16,812 di sisi saya, buat selama-lamanya. 82 00:07:33,370 --> 00:07:35,289 Surat untuk awak, Lady Marable. 83 00:07:36,915 --> 00:07:37,916 Terima kasih. 84 00:08:22,127 --> 00:08:24,546 Saya boleh tunggu di sini hingga awak keluar. 85 00:08:24,546 --> 00:08:25,631 Saya tak nak keluar. 86 00:08:28,550 --> 00:08:29,593 Nan, saya nak... 87 00:08:30,511 --> 00:08:32,596 Saya tak nak dengar awak minta maaf. 88 00:08:33,847 --> 00:08:35,015 Saya tumpang gembira. 89 00:08:35,807 --> 00:08:39,144 Theo lelaki yang budiman dan dia akan menjaga awak. 90 00:08:39,645 --> 00:08:41,313 Saya tak perlu dijaga. 91 00:08:42,648 --> 00:08:45,776 Kadangkala kita perlu dijaga. 92 00:08:45,776 --> 00:08:48,570 Jinny, saya pasti dunia awak hambar dan sunyi. 93 00:08:48,570 --> 00:08:52,324 Awak asyik menjaga diri sendiri, itu saja. 94 00:08:53,325 --> 00:08:56,620 Sebaik kita turun dari kapal itu, awak cuma mencari seorang kekasih. 95 00:08:57,120 --> 00:09:00,749 Sebaik saja jumpa kekasih, awak jadi orang yang berbeza. 96 00:09:02,251 --> 00:09:06,171 Seluruh wajah awak berubah. Saya tak sanggup memandangnya. 97 00:09:06,171 --> 00:09:08,715 Kami akan pindah ke Scotland, buat selama-lamanya. 98 00:09:09,842 --> 00:09:12,761 Esok, selepas majlis perkahwinan selesai. Pedati dah dimuatkan. 99 00:09:12,761 --> 00:09:14,805 Apa bezanya pindah ke Scotland? 100 00:09:15,931 --> 00:09:17,558 Awak dah pun menjauh. 101 00:09:35,784 --> 00:09:36,869 Maafkan saya? 102 00:09:37,578 --> 00:09:38,579 Chita. 103 00:09:38,579 --> 00:09:41,331 Saya jenguk Minnie. Dia tidur dan tangannya begini. 104 00:09:42,124 --> 00:09:43,417 Saya sayang dia. 105 00:09:43,417 --> 00:09:46,128 Bayi itu masih di sana, bukan? 106 00:09:47,337 --> 00:09:50,757 Namanya Minnie. Saya baru periksa dia tadi. 107 00:09:50,757 --> 00:09:54,011 Biarkan saja kalau bayi tidur atau menangis. 108 00:09:55,637 --> 00:09:57,055 Kalau orang dewasa? 109 00:09:58,724 --> 00:10:02,144 Honoria, mahu minum dengan kami? 110 00:10:02,144 --> 00:10:04,730 Honoria lebih suka berada di sini, terima kasih. 111 00:10:04,730 --> 00:10:06,773 Dia tak berminat untuk menarik perhatian. 112 00:10:06,773 --> 00:10:08,817 Maaf. Boleh Honoria bercakap sendiri? 113 00:10:09,818 --> 00:10:12,529 Boleh mak berhenti buat Conchita rasa tak selesa? 114 00:10:12,529 --> 00:10:16,366 Isteri kamu perlu banyak belajar tentang keupayaan rakyat negara ini 115 00:10:16,366 --> 00:10:18,827 - kekal yakin di depan... - Yakin? 116 00:10:19,578 --> 00:10:21,455 Saya tak pernah rasa yakin, 117 00:10:22,456 --> 00:10:24,750 kecuali bersama Conchita musim panas lalu di New York. 118 00:10:24,750 --> 00:10:28,629 Malah, ada perasaan aneh pada tulang belikat saya sekarang. 119 00:10:28,629 --> 00:10:29,922 Apa ini? 120 00:10:32,049 --> 00:10:33,550 Terasa macam maruah. 121 00:10:33,550 --> 00:10:35,052 Sudahlah. 122 00:10:35,052 --> 00:10:39,431 Seumur hidup saya, mak tak pernah menjenguk saya. 123 00:10:41,099 --> 00:10:42,434 Mak pilih untuk berdiam diri. 124 00:10:43,143 --> 00:10:44,645 Kami nak keluar dari keluarga. 125 00:10:45,145 --> 00:10:50,817 Saya akan bawa keluar semua kegembiraan dan bunyi bising dari rumah mak. 126 00:10:51,401 --> 00:10:53,820 Saya dan keluarga saya tiada kaitan dengan keluarga ibu lagi. 127 00:10:54,780 --> 00:10:57,074 Semoga berjaya hidup berdikari. 128 00:10:57,074 --> 00:10:59,034 Kita putus saudara, mak. 129 00:11:00,410 --> 00:11:02,579 Kebebasan kewangan di kedua-dua belah pihak. 130 00:11:04,414 --> 00:11:05,874 Saya utamakan keluarga saya. 131 00:11:11,046 --> 00:11:12,631 Jangan jenguk saya nanti. 132 00:11:12,631 --> 00:11:16,051 Saya dan isteri nak berasmara lebih banyak petang ini. 133 00:11:20,889 --> 00:11:22,474 Nak tambah apa-apa, sayang? 134 00:11:23,892 --> 00:11:25,602 Saya semakin cintakan anak puan. 135 00:11:34,903 --> 00:11:37,072 - Saya ambilkan minuman. - Ambilkan saya minuman. 136 00:11:45,163 --> 00:11:47,124 - Tidur. Parti dah tamat. - Apa? Kenapa? 137 00:11:47,124 --> 00:11:49,251 Kawan awak buat masalah lagi. 138 00:11:49,251 --> 00:11:54,590 - Tolonglah, saya perlu... - Virginia, cepat. Jinny? 139 00:11:55,507 --> 00:11:56,508 Jinny? 140 00:11:59,011 --> 00:12:00,012 Jinny. 141 00:12:01,013 --> 00:12:03,807 Hanya kita bertiga mulai sekarang. 142 00:12:04,892 --> 00:12:08,020 Ya, kita boleh beli rumah sendiri. Kita boleh tinggal lama di Eropah. 143 00:12:08,020 --> 00:12:12,149 Conchita, perasaan ini! Rasa tiada tanggungjawab atau jangkaan. 144 00:12:12,941 --> 00:12:13,942 Dicky... 145 00:12:18,405 --> 00:12:21,325 Semuanya dah tiada. 146 00:12:21,825 --> 00:12:22,910 Apa maksud awak? 147 00:12:26,038 --> 00:12:29,208 Ayah beri macam-macam alasan. Tapi, sebenarnya... 148 00:12:30,501 --> 00:12:32,336 pelaburan besarnya... 149 00:12:32,336 --> 00:12:34,880 Dia buat kesilapan dan hilang semua wangnya. 150 00:12:36,381 --> 00:12:37,424 Wang kita. 151 00:12:40,052 --> 00:12:42,471 Kalau kita ada duit, tak mengapa jika putus saudara. 152 00:12:42,471 --> 00:12:46,475 Tapi sekarang, bagaimana kita nak hidup? 153 00:12:48,101 --> 00:12:49,311 Pasti tak mudah. 154 00:12:52,648 --> 00:12:55,817 Tapi, saya cintakan awak. Sejujurnya, itu saja yang penting. 155 00:12:57,027 --> 00:12:58,695 - Kita boleh buat apa-apa saja. - Ya. 156 00:12:59,196 --> 00:13:01,657 Kita mulakan hidup baru. Jadi, kita benar-benar bebas. 157 00:13:01,657 --> 00:13:02,741 - Ya! - Dari mereka. 158 00:13:02,741 --> 00:13:05,202 Tiada wang atau ikatan, hanya kita. 159 00:13:05,869 --> 00:13:07,913 - Kita boleh hidup. - Hanya kita dan Minnie. 160 00:13:08,747 --> 00:13:10,541 Kita bertiga boleh hidup. 161 00:13:20,467 --> 00:13:21,510 Dia sedang tidur. 162 00:13:23,220 --> 00:13:25,055 Terlalu panas dan bunyi bising, itu saja. 163 00:13:26,014 --> 00:13:28,016 Majlis begini boleh timbulkan rasa penat. 164 00:13:28,517 --> 00:13:30,060 Wanita hamil seperti dia... 165 00:13:31,562 --> 00:13:32,980 Tahniah, kamu berdua. 166 00:13:36,358 --> 00:13:38,402 - Tolong jangan... - Saya faham. 167 00:13:38,902 --> 00:13:40,070 Hak awak untuk sampaikan. 168 00:13:58,630 --> 00:14:01,425 Awak berpura-pura sakit kepala, bukan? 169 00:14:02,176 --> 00:14:06,763 Patti, kita patut rasa gembira. Anak-anak kita kahwini orang kenamaan. 170 00:14:06,763 --> 00:14:10,684 Kita dah jadi Duke dan Duchess Lebuh Madison. 171 00:14:10,684 --> 00:14:12,978 Seluruh dunia cemburukan keluarga kita. 172 00:14:12,978 --> 00:14:14,813 Keluarga kita dah tak wujud. 173 00:14:16,064 --> 00:14:18,775 Anak-anak tinggal di England. Apa kita akan buat, Tracy? 174 00:14:18,775 --> 00:14:21,403 Apa-apa saja yang kita mahu, Patti. 175 00:14:21,403 --> 00:14:25,824 Saya rasa saya saja yang boleh merasai kehidupan baru. 176 00:14:27,451 --> 00:14:30,329 Patti, kalau awak mahu pengembaraan, sebaik saja kita pulang 177 00:14:30,329 --> 00:14:33,290 - ke New York, kita akan... - New York bukan tempat saya! 178 00:14:33,290 --> 00:14:36,460 Saya dah puas jadi pendamping awak di parti. 179 00:14:36,460 --> 00:14:38,086 Awak sentiasa bosan dengan saya. 180 00:14:38,086 --> 00:14:41,965 Tapi sekarang, saya dah bosan dengan awak. 181 00:14:43,050 --> 00:14:45,260 Saya tak takut dengan skandal perceraian. 182 00:14:45,886 --> 00:14:50,474 Sebagai ibu kepada duchess, saya akan ada pilihan dan jemputan. 183 00:14:50,474 --> 00:14:52,809 Saya boleh mengembara semahu-mahunya. 184 00:14:52,809 --> 00:14:54,019 Patti, kita dah... 185 00:14:54,520 --> 00:14:56,021 Saya nak cakap dengan mak. 186 00:14:59,358 --> 00:15:00,442 Ya, saya nak minum. 187 00:15:04,154 --> 00:15:07,658 Negara ini buat dia fikir macam-macam. 188 00:15:07,658 --> 00:15:09,785 Saya selalu fikir macam-macam. 189 00:15:11,286 --> 00:15:13,789 Cuma, saya baru sedar mungkin orang mahu dengar. 190 00:15:22,464 --> 00:15:24,299 Mak menyesal kahwini ayah? 191 00:15:24,299 --> 00:15:28,053 Tidak, sebab mak takkan ada anak-anak mak. Tapi sekarang... 192 00:15:28,053 --> 00:15:29,471 mak perlu... 193 00:15:32,766 --> 00:15:34,476 cari semula kegembiraan mak. 194 00:15:36,144 --> 00:15:37,062 Kamu faham? 195 00:15:39,231 --> 00:15:41,149 Kegembiraan itu dah mula kelihatan. 196 00:15:43,485 --> 00:15:45,028 Semuanya disebabkan kamu. 197 00:15:46,113 --> 00:15:48,907 Mak boleh jadi diri sendiri semula sebab kamu kahwini Theo. 198 00:15:50,117 --> 00:15:54,621 Masyarakat tetap terima ibu kepada duchess walaupun ada skandal perceraian. 199 00:15:55,789 --> 00:15:57,833 Apa yang kamu nak beritahu ibu? 200 00:16:04,089 --> 00:16:05,090 Tentang... 201 00:16:11,180 --> 00:16:12,181 Annabel. 202 00:16:14,349 --> 00:16:15,601 Kamu pasti, bukan? 203 00:16:17,477 --> 00:16:20,814 Kamu pasti tentang esok? 204 00:16:22,441 --> 00:16:26,778 Walaupun majlis itu diadakan besar-besaran, 205 00:16:27,821 --> 00:16:30,699 kamu tak patut rasa tertekan. 206 00:16:30,699 --> 00:16:33,785 Tidak, dah tentu tidak. 207 00:16:33,785 --> 00:16:35,412 Saya juga pasti. 208 00:16:36,788 --> 00:16:38,248 Saya cuma perlu tidur. 209 00:16:39,249 --> 00:16:42,002 Kita jumpa esok. Saya sayang mak. 210 00:16:43,128 --> 00:16:44,505 Mak sayang kamu. 211 00:17:27,839 --> 00:17:30,259 Untuk kita, pengantin seterusnya. 212 00:17:31,802 --> 00:17:36,139 - Ya. Bila tiba masanya. - Apa-apa saja yang berlaku selepas itu. 213 00:17:36,765 --> 00:17:39,184 Saya rasa itulah kegembiraan bagi kita. 214 00:17:39,184 --> 00:17:43,522 Kita boleh jadi seperti sekarang selepas perkahwinan kita. 215 00:17:46,275 --> 00:17:47,693 Hinggalah anak-anak lahir. 216 00:17:51,780 --> 00:17:53,073 Saya jangkakan kita... 217 00:17:54,533 --> 00:17:59,162 Walaupun ini bukan perkahwinan biasa, kita boleh meneruskan zuriat... 218 00:18:02,499 --> 00:18:03,500 Sudah tentu. 219 00:18:14,136 --> 00:18:15,137 Apa kita... 220 00:18:15,888 --> 00:18:19,349 Awak nampak takut. Apa dah berlaku? 221 00:18:21,143 --> 00:18:22,394 Saya memang begini. 222 00:18:23,604 --> 00:18:26,273 Ini diri saya yang sebenarnya, 223 00:18:27,941 --> 00:18:29,484 tapi saya tak mahu teruskannya. 224 00:18:30,569 --> 00:18:31,653 Saya rasa tak lengkap. 225 00:18:33,322 --> 00:18:35,240 Apa maksud awak "tak lengkap"? 226 00:18:37,576 --> 00:18:38,869 Semasa kita kecil, 227 00:18:39,953 --> 00:18:45,417 awak pandang budak lelaki dan rasa berdebar-debar, 228 00:18:45,417 --> 00:18:47,252 seperti Harry Hamilton. 229 00:18:47,252 --> 00:18:49,671 Muka awak merah padam, ingat? 230 00:18:49,671 --> 00:18:52,174 Harry Hamilton pelari terpantas di bandar. 231 00:18:52,174 --> 00:18:53,383 Bagi saya, 232 00:18:53,383 --> 00:18:55,844 saya patut berdebar memandang Harry Hamilton. 233 00:18:57,429 --> 00:18:58,764 Itu perkara normal. 234 00:19:00,599 --> 00:19:01,600 Tapi, saya tidak. 235 00:19:03,477 --> 00:19:04,686 Saya rasa berdebar begitu... 236 00:19:08,148 --> 00:19:11,652 Saya rasa berdebar begitu memandang perempuan. 237 00:19:14,613 --> 00:19:18,450 Saya dah cuba jadi seperti awak, tapi tak boleh. 238 00:19:19,993 --> 00:19:21,453 Ibu pernah melihat saya... 239 00:19:22,621 --> 00:19:24,164 di New York dengan orang gaji. 240 00:19:26,875 --> 00:19:28,794 Dia pandang saya seperti memandang hantu. 241 00:19:29,545 --> 00:19:31,547 Mabel, saya bersimpati. 242 00:19:33,590 --> 00:19:34,842 Apa yang ibu cakap? 243 00:19:36,218 --> 00:19:40,889 Dia berjalan keluar seolah-olah saya tak wujud. 244 00:19:43,225 --> 00:19:44,434 Mabel, dengar sini. 245 00:19:46,645 --> 00:19:50,607 Dengar, awak bercakap tentang... 246 00:19:54,361 --> 00:19:55,404 cinta. 247 00:20:01,702 --> 00:20:03,871 Perasaan cinta tak pernah salah. 248 00:20:04,371 --> 00:20:07,207 Kalau itu yang buat awak berdebar, 249 00:20:08,000 --> 00:20:10,586 maknanya awak adalah diri awak yang sepatutnya. 250 00:20:12,337 --> 00:20:14,590 Awak Mabel. Awak cantik. 251 00:20:16,633 --> 00:20:18,594 - Awak tak rasa jijik? - Sayang. 252 00:20:20,762 --> 00:20:21,805 Rasa malu. 253 00:20:22,931 --> 00:20:24,558 Awak perlu cuba lupakannya. 254 00:20:28,061 --> 00:20:30,022 Awak terlalu cantik untuk bersedih. 255 00:20:32,983 --> 00:20:34,401 Terima kasih sebab kata begitu. 256 00:20:39,990 --> 00:20:40,991 Tunggu. 257 00:20:43,577 --> 00:20:46,330 - Orang gaji yang mana? - Bukan Martha. 258 00:20:46,830 --> 00:20:47,831 Umurnya 80. 259 00:21:11,730 --> 00:21:13,065 Kita dah setuju, tiada rahsia. 260 00:21:17,986 --> 00:21:19,530 Saya memang nak beritahu awak. 261 00:21:24,326 --> 00:21:27,204 Tapi, awak nampak seronok berenggang dari saya, Jinny. 262 00:21:27,913 --> 00:21:30,499 - Tak mahu saya jaga awak. - Saya bukan nak rahsiakannya. 263 00:21:30,499 --> 00:21:32,835 - Saya bukan nak rahsia... - Jadi, Nan tahu? 264 00:21:32,835 --> 00:21:34,169 - Dia tak tahu. - Tentang bayi itu? 265 00:21:34,169 --> 00:21:36,255 - Tiada siapa tahu. - Itu anak saya? 266 00:21:37,297 --> 00:21:38,924 - Sudah tentu. - Sebab itu saya tertanya. 267 00:21:38,924 --> 00:21:40,175 Kenapa berahsia? 268 00:21:40,175 --> 00:21:43,387 Saya minta maaf. Saya patut beritahu awak. Awak gembira? 269 00:21:44,012 --> 00:21:45,097 Gembira? 270 00:21:48,058 --> 00:21:49,476 Gembira isteri saya tipu saya? 271 00:21:51,520 --> 00:21:54,481 Saya rasa perkataan "malu" lebih tepat. 272 00:22:09,538 --> 00:22:12,040 Saya minta maaf. 273 00:22:27,431 --> 00:22:28,473 Guy. 274 00:22:29,057 --> 00:22:31,435 Rumah ini lebih mudah dipanjat semasa 15 tahun. 275 00:22:41,528 --> 00:22:43,739 Boleh kita berpura-pura saya panjat dengan gagah? 276 00:22:53,081 --> 00:22:55,250 - Theo sangka awak sakit. - Tidak. 277 00:22:57,836 --> 00:22:58,837 Tidak. 278 00:23:03,842 --> 00:23:06,553 Saya dah berpisah dengan Jean. 279 00:23:09,056 --> 00:23:10,182 Dia layak lebih baik. 280 00:23:13,477 --> 00:23:15,312 - Berbanding awak? - Sudah tentu. 281 00:23:18,190 --> 00:23:21,318 Lebih tepat lagi, berbanding seseorang yang... 282 00:23:25,197 --> 00:23:26,365 benar-benar, 283 00:23:27,824 --> 00:23:29,076 tak boleh diubah, 284 00:23:29,868 --> 00:23:32,246 terlampau jatuh cinta dengan awak 285 00:23:34,790 --> 00:23:35,624 Jangan cakap begitu. 286 00:23:35,624 --> 00:23:40,254 Apa yang saya pelajari, rakyat Amerika sentiasa luahkan fikiran dengan lantang. 287 00:23:40,254 --> 00:23:44,216 Rakyat Inggeris pula hanya minum teh, kemudian memendam rasa. 288 00:23:44,216 --> 00:23:45,300 Tapi, perasaan ini? 289 00:23:45,300 --> 00:23:47,094 Saya nak beritahu seluruh dunia. 290 00:23:49,847 --> 00:23:50,848 Tolonglah, Nan, 291 00:23:52,140 --> 00:23:55,853 Saya habiskan masa tanpa awak, 292 00:23:55,853 --> 00:23:58,856 cuba meyakinkan diri yang saya cuma berkhayal, 293 00:24:00,065 --> 00:24:01,775 tentang betapa saya cintakan awak 294 00:24:01,775 --> 00:24:05,654 dan betapa saya perlu bersama awak. 295 00:24:06,530 --> 00:24:11,243 Kemudian, apabila saya bersama awak serta memandang wajah awak... 296 00:24:12,911 --> 00:24:14,329 kulit awak... 297 00:24:17,791 --> 00:24:18,959 leher awak... 298 00:24:25,465 --> 00:24:26,466 dan mulut awak. 299 00:24:43,567 --> 00:24:44,610 Theo pula? 300 00:24:45,235 --> 00:24:46,445 Dengar sini, Nan. 301 00:24:47,696 --> 00:24:51,450 Saya benar-benar mahu Theo gembira. 302 00:24:54,203 --> 00:24:58,790 Tapi, mungkin tak sedalam 303 00:24:59,750 --> 00:25:01,793 dan sekuat mahu lihat awak gembira. 304 00:25:04,171 --> 00:25:06,048 - Saya nak tanya. Saya datang... - Jangan. 305 00:25:06,048 --> 00:25:08,300 Saya penat bercakap tentang perkahwinan. 306 00:25:08,300 --> 00:25:09,676 Alamak. Bukan. 307 00:25:09,676 --> 00:25:10,802 Bukan itu soalan saya. 308 00:25:14,181 --> 00:25:15,224 Dengar sini, Nan. 309 00:25:16,433 --> 00:25:17,768 Rasa cinta ini kekal. 310 00:25:20,646 --> 00:25:23,148 Aduhai, saya rasa setiap minit. 311 00:25:24,900 --> 00:25:26,151 Itu saja yang saya rasa. 312 00:25:28,278 --> 00:25:32,699 Tapi sekarang, saya cuma... 313 00:25:33,742 --> 00:25:35,494 Biarkan saja buat masa ini. 314 00:25:41,291 --> 00:25:44,419 Saya akan pergi. Esok. 315 00:25:45,504 --> 00:25:47,923 Saya tak sanggup lihat perkahwinan kamu berdua. 316 00:25:49,007 --> 00:25:53,887 Mula-mula, Brazil. Kemudian, siapa tahu? 317 00:25:54,388 --> 00:25:57,766 Saya nak melawat semua tempat yang saya mahu lawati. Ikut saya. 318 00:25:57,766 --> 00:25:58,976 Apa? 319 00:25:58,976 --> 00:26:02,729 Saya rasa bersalah bertanya, tapi itu lebih baik daripada tak bertanya. 320 00:26:04,439 --> 00:26:05,858 Sekarang, awak kelu. 321 00:26:07,693 --> 00:26:10,112 Saya tak pasti jika awak fikir awak takkan... 322 00:26:10,112 --> 00:26:11,238 Ya. 323 00:26:11,738 --> 00:26:12,739 Apa? 324 00:26:12,739 --> 00:26:14,575 Ya, untuk semuanya. 325 00:27:51,171 --> 00:27:52,172 Ada orang datang. 326 00:27:53,298 --> 00:27:54,299 Ada orang datang. 327 00:27:54,800 --> 00:27:55,801 Sekejap. 328 00:28:03,642 --> 00:28:04,643 Nan. 329 00:28:06,311 --> 00:28:08,730 Nan, saya nak minta tolong. 330 00:28:10,816 --> 00:28:11,900 Jinny. 331 00:28:14,444 --> 00:28:16,446 - Okey, saya panggilkan ibu. - Jangan. 332 00:28:16,446 --> 00:28:18,907 Dia pasti akan cari dan bertanya kepada Seadown. 333 00:28:18,907 --> 00:28:21,535 Kemudian, dia beritahu ayah. Saya tak boleh tunggu. 334 00:28:21,535 --> 00:28:23,287 Dia akan sedar bila-bila masa. 335 00:28:23,287 --> 00:28:25,873 Okey. Tak apa, saya ada. 336 00:28:25,873 --> 00:28:29,585 Dia bukan jahat. Serius. Dia cuma... 337 00:28:29,585 --> 00:28:31,753 Dia suka sesuatu mengikut cara tertentu. 338 00:28:31,753 --> 00:28:34,256 Seperti cara saya bercakap, berpakaian dan, 339 00:28:34,256 --> 00:28:36,550 entahlah, pegang garpu atau tanggal pakaian. 340 00:28:36,550 --> 00:28:40,095 Dia mahu saya sempurna. Dia cuma sangat marah. 341 00:28:41,013 --> 00:28:43,265 - Mungkin salah saya... - Bukan salah awak, Jinny. 342 00:28:43,265 --> 00:28:44,349 Ini bukan salah awak. 343 00:28:44,349 --> 00:28:47,102 Nan, masalahnya kami takkan berdua lagi. 344 00:28:50,314 --> 00:28:51,148 Betulkah? 345 00:28:51,148 --> 00:28:53,442 Dia tak suka saya hampiri sesiapa. 346 00:28:54,526 --> 00:28:56,403 Kalau saya tak boleh lindungi bayi saya? 347 00:28:57,070 --> 00:28:58,864 Kita perlu fikirkan... 348 00:28:58,864 --> 00:29:01,200 - Kita perlu fikirkan. Ayuh... - Tak boleh, Nan. 349 00:29:01,200 --> 00:29:03,952 Dia akan jumpa ke mana saja saya pergi. Dia sangat rapat... 350 00:29:09,791 --> 00:29:12,002 Tak apa. Itu cuma... 351 00:29:12,503 --> 00:29:13,712 Awak boleh keluar... 352 00:29:23,263 --> 00:29:26,934 Awak boleh percayakan dia. Tak apa. Sumpah, tak apa. 353 00:29:26,934 --> 00:29:28,143 Apa saya boleh tolong? 354 00:29:28,727 --> 00:29:32,231 - Sekejap, perkahwinan... - Saya akan beritahu Theo. 355 00:29:32,231 --> 00:29:34,983 Tapi, itu semua tak penting. 356 00:29:35,817 --> 00:29:37,027 Kita perlu bawa awak keluar. 357 00:30:08,267 --> 00:30:11,144 Nan, saya takkan selamat sendirian. 358 00:30:12,020 --> 00:30:13,146 Kami akan ikut awak. 359 00:30:17,401 --> 00:30:18,235 Cepat. 360 00:30:20,904 --> 00:30:22,322 Apa awak buat? 361 00:30:24,533 --> 00:30:25,534 Kenapa awak di luar? 362 00:30:26,451 --> 00:30:30,581 Saya tak jumpa awak. Jadi saya periksa jika awak merayau-rayau. 363 00:30:33,208 --> 00:30:34,209 Saya tak merayau. 364 00:30:34,918 --> 00:30:38,005 Saya tahu sikap awak. Saya risau, itu saja. 365 00:30:43,677 --> 00:30:45,262 Saya dan Jinny dah berbaik. 366 00:30:45,804 --> 00:30:47,097 Baguslah, sayang. 367 00:30:48,807 --> 00:30:51,560 Saya nak tunjukkan gereja itu, kami tak nak tunggu pagi. 368 00:30:51,560 --> 00:30:53,562 - Ya. - Saya akan beritahu esok. 369 00:30:53,562 --> 00:30:54,855 Awak patut tidur. 370 00:30:55,480 --> 00:30:58,901 Sementara itu, saya dan Jinny akan bersama. 371 00:30:59,610 --> 00:31:01,236 Saya nak pastikan dia selamat. 372 00:31:06,742 --> 00:31:07,826 Selamat malam. 373 00:31:11,455 --> 00:31:12,539 Selamat malam. 374 00:31:18,253 --> 00:31:19,463 Ini kot siapa? 375 00:31:21,840 --> 00:31:23,759 Saya tak pasti. Nan capai dalam perjalanan keluar. 376 00:31:48,325 --> 00:31:49,326 Guy. 377 00:31:56,291 --> 00:31:57,584 Guy. 378 00:32:56,852 --> 00:32:58,645 - Biar saya bawakan. - Terima kasih, cik. 379 00:33:02,608 --> 00:33:03,650 Tumpang lalu. 380 00:33:12,451 --> 00:33:13,452 Honoria. 381 00:33:14,203 --> 00:33:16,038 Lady Honoria Marable. 382 00:33:19,374 --> 00:33:20,709 Besarnya istana ini. 383 00:33:21,460 --> 00:33:22,669 Besarnya kotak ini. 384 00:33:29,384 --> 00:33:33,096 Saya tetap nak jumpa awak. 385 00:33:36,600 --> 00:33:39,186 Sebaik saja awak berkahwin, kita boleh melambai dari jauh. 386 00:33:40,687 --> 00:33:41,980 Saya dah beritahu Miles. 387 00:33:43,690 --> 00:33:44,691 Saya takkan berkahwin. 388 00:33:46,735 --> 00:33:48,862 Saya tahu kita berdua takkan ada majlis begini. 389 00:33:49,363 --> 00:33:51,615 Kita takkan dapat sertai dunia bangsawan. 390 00:33:51,615 --> 00:33:55,410 Mungkin tak seperti sepatutnya, tapi jika kita beranikan diri, 391 00:33:57,037 --> 00:33:58,664 kita boleh cipta dunia kita sendiri. 392 00:33:59,289 --> 00:34:01,124 Mungkin juga... 393 00:34:03,126 --> 00:34:04,253 Mungkin ia lebih indah. 394 00:34:12,678 --> 00:34:15,931 Mereka tak tahu siapa kita. 395 00:34:19,935 --> 00:34:23,563 Tapi, itu tak penting, sebab kita tahu siapa kita. 396 00:34:27,734 --> 00:34:28,735 Kita tahu. 397 00:34:31,612 --> 00:34:32,614 Betulkah? 398 00:34:38,245 --> 00:34:39,413 Kita tahu. 399 00:34:41,081 --> 00:34:42,416 - Kita tahu. - Kita tahu. 400 00:34:50,382 --> 00:34:51,382 Kita tahu! 401 00:35:18,493 --> 00:35:21,747 Tidak, ini bukan tentang minta maaf kepada ibu kamu. 402 00:35:21,747 --> 00:35:24,958 - Tentang ayah. Doktor... - Doktor? 403 00:35:26,168 --> 00:35:27,920 Penyakit berbahaya. 404 00:35:27,920 --> 00:35:29,838 Ayah dah lama kahwini ibu kamu 405 00:35:29,838 --> 00:35:31,882 untuk menahan kesakitan, tapi... 406 00:35:34,718 --> 00:35:37,095 Mereka kata beberapa minggu, bukan bulan. Tak guna. 407 00:35:40,057 --> 00:35:42,976 Mereka kata, "Aturkan persiapan pengebumian". 408 00:35:44,019 --> 00:35:47,272 Maknanya, kamu perlu menggalas tanggungjawab. 409 00:35:49,191 --> 00:35:53,111 Harta pusaka, semua pekerja dan lain-lain, terpulang kepada kamu. 410 00:35:57,741 --> 00:36:02,454 Sudah tentu, ibu dan adik kamu akan bergantung kepada kamu. 411 00:36:03,997 --> 00:36:05,332 Masanya dah tiba, Richard. 412 00:36:06,583 --> 00:36:08,085 Kamu akan jadi Lord Brightlingsea 413 00:36:09,169 --> 00:36:13,423 dan Conchita akan jadi Lady Brightlingsea. 414 00:36:30,315 --> 00:36:31,775 Saya patut minta maaf. 415 00:36:36,196 --> 00:36:40,450 Saya harap awak tahu itu bukan sikap saya yang sebenar. 416 00:36:42,995 --> 00:36:44,329 Saya tak patut... 417 00:36:49,042 --> 00:36:50,502 Saya ada kejutan. 418 00:36:55,966 --> 00:36:57,676 Boleh kita lupakan hal malam tadi? 419 00:37:56,527 --> 00:37:57,528 Percayakan saya. 420 00:38:00,197 --> 00:38:02,574 - Di mana ayah? - Kita tak perlukan dia. 421 00:38:34,940 --> 00:38:37,150 Kedua-dua pengantin belum muncul. 422 00:38:38,318 --> 00:38:40,487 Bayangkan kalau mereka tak muncul. 423 00:38:40,487 --> 00:38:42,239 Dia memang tak dijangka. 424 00:39:37,544 --> 00:39:39,004 Jinny, saya tunggu di sebalik pintu itu. 425 00:39:52,476 --> 00:39:54,353 Pergi. Kamu berdua perlu pergi sekarang. 426 00:39:54,353 --> 00:39:56,021 Apa yang berlaku? 427 00:39:56,021 --> 00:39:58,607 Nan, apa rancangannya? Apa yang berlaku? 428 00:39:58,607 --> 00:40:02,069 Jinny, dengar cakap saya. Ini bukan tentang awak lagi. 429 00:40:02,069 --> 00:40:04,404 Semua ibu akan buat begini. Kita perlu pergi. 430 00:40:04,404 --> 00:40:05,489 Nan. 431 00:40:06,573 --> 00:40:07,574 Okey? 432 00:40:08,659 --> 00:40:11,078 Kamu ada masa sehingga kami bertiga lalu di ruang sayap 433 00:40:11,078 --> 00:40:12,162 sebelum dia sedar. 434 00:40:29,471 --> 00:40:33,976 Tak pernah tepati masa. Mereka suka ikut kepala sendiri. 435 00:40:36,728 --> 00:40:40,315 Boleh kita bercakap, Yang Mulia? 436 00:40:53,996 --> 00:40:55,914 Kami sayang awak. Kami sayang kamu berdua. 437 00:40:55,914 --> 00:40:58,417 - Kita perlu pergi. - Saya minta maaf, Lizzy. 438 00:40:58,417 --> 00:41:00,043 Kamu semua. Atas semuanya. 439 00:41:01,170 --> 00:41:05,424 Sebagai ibu, kita sentiasa bersendirian. Awak tak rasa begitu? 440 00:41:07,217 --> 00:41:09,052 Jadi, kita perlu bersatu. 441 00:41:09,052 --> 00:41:10,679 Siapa lebih penting? Sentiasa. 442 00:41:10,679 --> 00:41:11,972 - Sentiasa. - Sentiasa. 443 00:41:11,972 --> 00:41:13,223 - Kita lebih penting. - Lebih penting. 444 00:41:13,223 --> 00:41:14,308 Mari sini. 445 00:41:16,268 --> 00:41:17,853 Saya sayang kamu. 446 00:41:19,605 --> 00:41:23,483 Saya takkan biarkan awak lihat anak awak dimalukan tanpa amaran. 447 00:41:26,987 --> 00:41:29,865 Theo baik orangnya dan saya tak sanggup lihat dia... 448 00:41:31,366 --> 00:41:32,910 Tapi, Nan takkan kecewakan sesiapa 449 00:41:32,910 --> 00:41:35,662 melainkan itu tindakan yang sepatutnya. 450 00:41:35,662 --> 00:41:37,915 Okey, Mabel, awak masuk dulu. 451 00:41:39,333 --> 00:41:42,294 Semua ini terlalu pantas bagi Nan, Yang Mulia. 452 00:41:44,171 --> 00:41:46,465 Dia benar-benar cintakan Theo. 453 00:42:01,146 --> 00:42:04,608 Sejak berita kecurangan bapanya, 454 00:42:05,359 --> 00:42:07,152 banyak yang perlu dia hadapi. 455 00:42:10,239 --> 00:42:11,823 Tapi, dia masih muda. 456 00:42:13,325 --> 00:42:15,869 Saya pasti awak akan setuju dengan tindakan mereka, 457 00:42:16,411 --> 00:42:20,415 untuk mengelakkan penderitaan perkahwinan palsu, seumur hidup. 458 00:42:20,415 --> 00:42:22,751 Nan, Guy Thwarte buat hati awak berdebar-debar? 459 00:42:22,751 --> 00:42:23,710 Ya. 460 00:42:23,710 --> 00:42:25,420 - Fikiran tak keruan? - Ya. 461 00:42:25,420 --> 00:42:27,965 - Awak pasti nak buat begini? - Sudah tentu. 462 00:42:30,425 --> 00:42:32,261 Saya percaya Nan takkan muncul. 463 00:42:34,930 --> 00:42:38,684 Annabel ialah gadis yang tabah. 464 00:42:39,852 --> 00:42:40,936 Ya, dia tabah. 465 00:42:40,936 --> 00:42:46,108 Keazaman dia hari ini adalah untuk menyelamatkan adiknya. 466 00:42:52,072 --> 00:42:53,448 Awak ada bawa tiket kapal? 467 00:42:54,950 --> 00:42:57,077 - Cepat. Masuk. - Jinny, 468 00:42:57,786 --> 00:43:00,706 berdiri mendada dan angkat kepala, okey? Pergi, Jinny. 469 00:43:00,706 --> 00:43:02,749 Tunggu. Apa maksud awak? 470 00:43:02,749 --> 00:43:04,793 Guy akan jaga awak, okey? Saya sayang awak. 471 00:43:04,793 --> 00:43:06,461 Pengorbanan anak 472 00:43:07,713 --> 00:43:09,006 untuk kebebasan anak lain. 473 00:43:11,175 --> 00:43:14,511 Tidak! Nan, ikut saya, Nan. 474 00:43:14,511 --> 00:43:16,096 Terlepas perkahwinan sendiri? 475 00:43:16,597 --> 00:43:18,015 Nan, awak tak mahu berkahwin. 476 00:43:18,015 --> 00:43:20,475 Tak pernah langsung. Awak cintakan Guy. 477 00:43:20,475 --> 00:43:22,936 Saya sayang awak dan tetap pilih awak bila-bila masa. 478 00:43:22,936 --> 00:43:24,313 Nan. 479 00:43:24,313 --> 00:43:26,398 - Semuanya akan okey. - Nan! 480 00:43:27,357 --> 00:43:30,068 - Nan. Dengar. - Masa dah suntuk. 481 00:43:30,986 --> 00:43:33,697 Awak buat saya kagum. Saya harap awak tahu. 482 00:43:34,364 --> 00:43:35,949 Sejak hari pertama itu, 483 00:43:35,949 --> 00:43:38,285 setiap kali saya tutup atau buka mata, 484 00:43:38,785 --> 00:43:41,914 hanya awak yang saya lihat. 485 00:43:42,915 --> 00:43:45,125 - Saya cintakan awak. - Saya pun cintakan awak. 486 00:43:45,626 --> 00:43:51,590 Cinta yang mendalam dan kekal perlu bertahan, bukan? 487 00:43:52,174 --> 00:43:53,175 Mungkin. 488 00:43:54,760 --> 00:43:57,221 - Okey, awak perlu pergi. - Okey. 489 00:43:59,014 --> 00:44:00,182 Nan. 490 00:44:01,183 --> 00:44:03,477 - Nan, tolonglah. - Saya akan jaga dia. 491 00:44:05,521 --> 00:44:08,065 - Awak pula... - Saya akan jaga diri, saya janji. 492 00:44:08,065 --> 00:44:09,233 Tolonglah, Nan. 493 00:44:10,067 --> 00:44:11,276 Saya minta maaf. 494 00:44:16,031 --> 00:44:19,201 Saya minta maaf, Nan. Nan. 495 00:44:33,423 --> 00:44:35,592 Nan juga gadis yang bijak. 496 00:44:36,718 --> 00:44:39,596 Dia faham kesan daripada perbuatan Jinny. 497 00:44:41,098 --> 00:44:46,687 Wanita muda melarikan diri dari suami, bersama anak dalam kandungan... 498 00:44:46,687 --> 00:44:47,771 Anak? 499 00:44:47,771 --> 00:44:50,983 Dia takkan buat begitu. Itu takkan berlaku. 500 00:44:51,775 --> 00:44:55,863 Jika Nan dan Jinny berlari bersama, mereka cuma wanita muda yang tak berdaya. 501 00:45:03,245 --> 00:45:04,746 Tapi, sebagai duchess... 502 00:45:06,623 --> 00:45:09,877 Sebagai duchess, Nan mampu melindungi kakaknya... 503 00:45:11,211 --> 00:45:12,212 dan keluarganya. 504 00:45:17,593 --> 00:45:19,428 Ayuh hadiri majlis perkahwinan. 505 00:45:22,598 --> 00:45:23,724 Sebagai seorang ibu, 506 00:45:24,766 --> 00:45:28,604 awak tak kisah anak awak kahwini wanita yang takkan bahagia? 507 00:45:28,604 --> 00:45:31,607 Bagaimana mereka nak hidup bersama? Dia berhak tahu. 508 00:45:31,607 --> 00:45:33,275 Ya, tapi saya bukan sekadar ibu. 509 00:45:34,735 --> 00:45:35,736 Saya seorang duchess. 510 00:45:37,571 --> 00:45:42,701 Nan juga akan sedar, sistem beraja sentiasa diutamakan. 511 00:46:17,819 --> 00:46:19,196 Jinny. 512 00:46:22,324 --> 00:46:23,867 Jinny! 513 00:46:44,555 --> 00:46:48,725 Hadirin yang dikasihi, kita berkumpul di sini hari ini di hadapan Tuhan 514 00:46:48,725 --> 00:46:52,938 dan hadirin untuk menyatukan lelaki dan wanita ini... 515 00:47:10,581 --> 00:47:11,582 Awak terlambat. 516 00:47:11,582 --> 00:47:12,666 Dia di sini. 517 00:47:14,251 --> 00:47:16,086 Dia di dalam, Patti. Sekarang. 518 00:47:16,753 --> 00:47:18,088 Dia di dalam istana. 519 00:47:19,339 --> 00:47:20,632 Siapa? 520 00:47:22,050 --> 00:47:23,051 Si ibu. 521 00:47:26,013 --> 00:47:27,097 Ibu Nan. 522 00:47:30,851 --> 00:47:35,480 Saya perkenalkan Duchess Tintagel yang baru. 523 00:48:23,820 --> 00:48:25,822 Terjemahan sari kata oleh Hamdan Alias