1 00:00:20,040 --> 00:00:21,440 Aku tiada niat bunuh sesiapa. 2 00:00:23,080 --> 00:00:25,040 Aku tak pernah mahu berperang 3 00:00:25,120 --> 00:00:27,000 untuk kaya atas kesusahan orang lain. 4 00:00:27,960 --> 00:00:29,240 Aku bukan begitu. 5 00:00:30,480 --> 00:00:33,760 Aku lelaki yang ringkas, biasa, 6 00:00:33,840 --> 00:00:36,600 yang sukakan mercun dan bola sepak meja. 7 00:00:37,960 --> 00:00:40,960 Aku tak pernah bermimpi memiliki rumah agam berkolam renang. 8 00:00:42,120 --> 00:00:46,240 Namun apabila kau bukan sesiapa, kau fikir kau layak dapat segalanya. 9 00:00:47,520 --> 00:00:50,600 Walaupun kau tak tahu cara dunia berputar 10 00:00:50,680 --> 00:00:52,360 atau kau tak peduli pun. 11 00:01:12,360 --> 00:01:14,280 Aku jahil tentang politik. 12 00:01:16,120 --> 00:01:18,400 Aku jahil tentang Perang Dingin. 13 00:01:20,160 --> 00:01:26,160 Aku tak tahu lokasi Moscow, Washington, Yaman atau Prague pada peta. 14 00:01:27,600 --> 00:01:28,880 Dunia aku bermula di Aluche 15 00:01:29,920 --> 00:01:31,760 dan berakhir di La Castellana. 16 00:01:34,160 --> 00:01:36,640 Keganasan ialah cara melepaskan amarah. 17 00:01:37,960 --> 00:01:39,120 Ideologi cuma topeng. 18 00:01:40,320 --> 00:01:41,680 Che Guevara cuma pada baju. 19 00:01:44,200 --> 00:01:46,080 Hidup dulunya mudah, 20 00:01:47,039 --> 00:01:48,600 dengan orang baik dan jahat. 21 00:01:50,360 --> 00:01:55,680 Kematian adalah sesuatu yang menimpa penagih dadah di kejirananku. 22 00:01:57,440 --> 00:02:03,200 Sehinggalah keluarga Leo Farad tahu kewujudan aku. 23 00:02:21,760 --> 00:02:24,720 Pandangan yang penuh kecantikan dan menggoda. 24 00:02:26,880 --> 00:02:30,440 Pandangan licik yang memberi bayangan biadab dan sombong. 25 00:02:34,960 --> 00:02:37,120 Namun, juga penuh tulus, 26 00:02:37,320 --> 00:02:39,400 seolah-olah bebas dosa. 27 00:02:39,440 --> 00:02:42,320 Atau pandangan mendalam hasil daripada mengenal dunia 28 00:02:42,400 --> 00:02:44,400 dan memiliki kuasa untuk memutarkannya. 29 00:02:47,760 --> 00:02:50,680 Itulah Farad, keluarga bahagia. 30 00:02:51,640 --> 00:02:53,040 Sesuatu aku tak pernah miliki. 31 00:02:55,200 --> 00:02:57,240 Sebab itu aku mahu jadi seperti mereka, 32 00:02:57,880 --> 00:02:59,079 menyertai mereka. 33 00:03:00,080 --> 00:03:01,880 Walaupun harganya adalah keganasan. 34 00:03:03,360 --> 00:03:07,600 FARAD 35 00:03:13,640 --> 00:03:15,880 Itu aku, Oskar. 36 00:03:15,960 --> 00:03:17,560 Dua puluh tujuh tahun. 37 00:03:17,640 --> 00:03:19,079 Tak berpendidikan, 38 00:03:19,160 --> 00:03:22,680 tapi bergaji 60,000 peseta sebulan sebagai pengajar senamrobik. 39 00:03:31,320 --> 00:03:33,280 Kelas aku sangat terkenal. 40 00:03:34,520 --> 00:03:36,120 Jadi aku buat keputusan. 41 00:03:38,400 --> 00:03:40,000 Untuk buka studio sendiri. 42 00:03:58,920 --> 00:04:00,320 Tak boleh, Pak Cik Manuel. 43 00:04:01,080 --> 00:04:03,520 Saya tak boleh buka studio senamrobik di Lavapiés. 44 00:04:03,640 --> 00:04:07,280 Kejiranannya teruk, orang di situ pokai. 45 00:04:07,840 --> 00:04:10,840 Apa masalahnya? Kamu hanya mahu pelanggan golongan atasan? 46 00:04:13,800 --> 00:04:16,800 Dia pak cik aku, Manuel, pelombong seumur hidupnya. 47 00:04:18,440 --> 00:04:22,800 Dia menjadi pakar terkemuka dalam letupan di Riotinto, 48 00:04:22,920 --> 00:04:24,600 sehingga dia dipaksa bersara awal 49 00:04:24,720 --> 00:04:26,920 dan datang ke Madrid berniaga piroteknik. 50 00:04:28,440 --> 00:04:33,200 Rancangannya untuk mencipta bunga api senyap 51 00:04:33,240 --> 00:04:36,080 yang takkan mengganggu kanak-kanak atau anjing. 52 00:04:36,159 --> 00:04:39,480 Katanya, Sepanyol negara yang paling banyak berpesta di Eropah 53 00:04:39,560 --> 00:04:41,200 dan dia boleh kaya dengan patennya. 54 00:04:43,040 --> 00:04:44,159 Celaka. 55 00:04:44,240 --> 00:04:45,800 Ketika dia cuba mencari formula, 56 00:04:45,880 --> 00:04:48,920 saya cadangkan dia melabur dalam senamrobik menjadi rakan kongsi. 57 00:04:49,000 --> 00:04:50,240 PREMIS KOMERSIAL CANTIK 58 00:04:50,360 --> 00:04:53,440 Tak. Kita perlu cari studio di sini dalam kejiranan Salamanca. 59 00:04:54,000 --> 00:04:57,040 - Ia terlalu mahal. - Namun pelanggan saya ada di situ. 60 00:04:57,560 --> 00:04:59,000 Di situ tempat mereka kerja. 61 00:04:59,080 --> 00:05:02,800 Di situ tempat orang berduit tinggal dan suka berbelanja untuk gim. 62 00:05:02,880 --> 00:05:06,120 Tengok sajalah orang di sini. Tengok cara mereka berpakaian. 63 00:05:06,200 --> 00:05:07,600 Cara mereka makan. 64 00:05:08,480 --> 00:05:09,520 Cara mereka senyum. 65 00:05:10,240 --> 00:05:11,240 Tengok. 66 00:05:11,360 --> 00:05:12,600 Wanita di sana. 67 00:05:13,040 --> 00:05:15,640 Boleh pak cik bayangkan dia makan sandwic sotong? 68 00:05:15,760 --> 00:05:17,000 Tak boleh, bukan? 69 00:05:17,080 --> 00:05:18,320 Wanita sebegitu 70 00:05:18,360 --> 00:05:20,800 takkan pernah jejak Aluche atau Lavapiés. 71 00:05:21,440 --> 00:05:23,480 - Kopi. Simpan duit baki. - Penuh anggun. 72 00:05:23,560 --> 00:05:25,120 Wanita sebegitu penuh keanggunan. 73 00:05:25,600 --> 00:05:27,760 Wanita sebegitu tak perlukan senamrobik. 74 00:05:27,840 --> 00:05:29,080 Tentulah dia perlu. 75 00:05:29,160 --> 00:05:32,120 Ini bukan sekadar membakar lemak. Namun tentang minda. 76 00:05:32,200 --> 00:05:35,280 Senamrobik mengeluarkan endorfin, rasa seronok, rasa puas. 77 00:05:35,400 --> 00:05:37,480 - Bir beri itu kepada pak cik. - Patutlah. 78 00:05:37,560 --> 00:05:39,960 Pak cik habiskan separuh hidup kerja di lombong. 79 00:05:40,080 --> 00:05:42,560 Sebab itu pak cik ada duit melabur dalam gim kamu. 80 00:05:42,640 --> 00:05:45,159 Namun jika pak cik nak melabur, pak cik perlu faham. 81 00:05:45,240 --> 00:05:48,080 Mudah saja. Kita perlukan studio murah. 82 00:05:48,159 --> 00:05:50,480 - Di kejiranan Salamanca. - Hei! Berhenti! 83 00:05:51,480 --> 00:05:53,880 Jangan sentuh saya! Lepaskan saya! 84 00:05:53,960 --> 00:05:55,320 - Lepaskan! - Tak guna… 85 00:05:56,280 --> 00:05:57,400 Celaka. 86 00:05:57,840 --> 00:05:58,760 Celaka! 87 00:06:00,680 --> 00:06:01,720 Hei! 88 00:06:04,480 --> 00:06:06,480 Lelaki itu mungkin teman lelakinya! Oskar! 89 00:06:07,760 --> 00:06:08,600 Hei! 90 00:06:09,320 --> 00:06:10,320 Oh, Tuhan! 91 00:06:10,480 --> 00:06:12,440 - Apa awak buat ini? - Tolong awak. 92 00:06:12,520 --> 00:06:14,640 - Siapa suruh? - Dia tolak awak ke kereta. 93 00:06:14,720 --> 00:06:15,760 Apa dia buat? 94 00:06:18,400 --> 00:06:19,520 Oskar! 95 00:06:21,120 --> 00:06:22,960 - Jom kita pergi. - Ya. 96 00:06:23,080 --> 00:06:24,280 Berambus. 97 00:06:24,800 --> 00:06:26,320 - Celaka! - Sudahlah. 98 00:06:27,600 --> 00:06:29,320 - Teksi! - Pak cik nampak itu? 99 00:06:29,400 --> 00:06:31,400 Dia mungkin teman lelakinya, pak cik dah kata! 100 00:06:32,360 --> 00:06:33,600 Dasar gila. 101 00:06:36,200 --> 00:06:38,400 Ini mungkin peristiwa awal, 102 00:06:38,480 --> 00:06:41,200 cubaan untuk menarik minat prospek pelanggan, 103 00:06:41,760 --> 00:06:44,680 sesuatu yang kau terlupa ketika sibuk menjalani hidup 104 00:06:45,480 --> 00:06:46,800 Serbuk letupan, gim… 105 00:06:51,040 --> 00:06:54,360 Impian kau menjadi lelaki normal, lelaki biasa. 106 00:07:03,600 --> 00:07:06,400 Namun biasanya, takdir tiada kaitan dengan kebetulan 107 00:07:06,480 --> 00:07:08,240 sebaliknya ketabahan. 108 00:07:10,440 --> 00:07:12,600 Selamat pagi, Paulita. Sihat? 109 00:07:14,000 --> 00:07:15,320 - Juana. - Hai. 110 00:07:15,440 --> 00:07:17,120 - Buku lali? - Baik, terima kasih. 111 00:07:17,240 --> 00:07:19,000 - Mentol memang berkesan. - Ya. 112 00:07:19,120 --> 00:07:21,120 - Merche. - Bila nak mainkan flamenco? 113 00:07:21,240 --> 00:07:23,960 Yalah, Merche. Flamenco perlu pentas khusus untuknya. 114 00:07:24,080 --> 00:07:25,840 - Macam genre rumba. - Ya. 115 00:07:25,960 --> 00:07:27,000 Oskar. 116 00:07:28,440 --> 00:07:29,640 Masih ingat saya? 117 00:07:31,920 --> 00:07:33,440 Bagaimana teman lelaki awak? 118 00:07:33,520 --> 00:07:36,320 Dia bukan teman lelaki saya. Saya tak suka lelaki begitu. 119 00:07:36,440 --> 00:07:39,159 Sesuailah dengan awak. Awak cepat naik angin. 120 00:07:39,680 --> 00:07:40,840 Cepat naik angin? 121 00:07:41,600 --> 00:07:44,480 Saya cuma nak awak tahu saya tak perlukan pertolongan awak. 122 00:07:44,560 --> 00:07:47,720 Saya pernah berada dalam situasi lebih buruk dan saya tahu uruskan. 123 00:07:47,800 --> 00:07:50,120 Awak datang sini nak menyusahkan saya lagi? 124 00:07:51,080 --> 00:07:53,480 Saya datang nak berterima kasih. Itu saja. 125 00:07:55,080 --> 00:07:57,480 Orang di kafe kata awak kerja di sini. 126 00:07:57,560 --> 00:08:00,160 - Awak kerja apa? Jurulatih? - Pengajar senamrobik. 127 00:08:01,880 --> 00:08:03,200 Oh, ya. Saya Sara. 128 00:08:04,040 --> 00:08:05,120 Selamat berkenalan. 129 00:08:05,200 --> 00:08:07,440 - Saya belajar sarjana dekat sini. - Dalam apa? 130 00:08:08,000 --> 00:08:09,600 Pentadbiran Perniagaan. 131 00:08:09,720 --> 00:08:11,000 Saya peguam. 132 00:08:11,080 --> 00:08:12,640 Macam kebanyakan pelanggan saya. 133 00:08:13,360 --> 00:08:15,960 Ada ahli perniagaan, peguam, jurutera… 134 00:08:16,400 --> 00:08:17,880 Wanita saja? 135 00:08:17,960 --> 00:08:19,440 Itulah uniknya senamrobik. 136 00:08:20,120 --> 00:08:23,480 Saya minta diri dulu, saya ada kelas sekarang. 137 00:08:25,520 --> 00:08:26,480 Apa kata awak cuba? 138 00:08:26,560 --> 00:08:28,240 Terima kasih saja. 139 00:08:28,320 --> 00:08:29,920 Ia bantu melapangkan fikiran. 140 00:08:30,000 --> 00:08:32,679 - Awak mungkin suka. - Saya tak tinggal di Madrid. 141 00:08:32,760 --> 00:08:35,919 - Awak tinggal di mana? - Marbella. Bulan depan tamat belajar. 142 00:08:36,039 --> 00:08:39,200 Kalau begitu, jom cuba. Beritahu saiz awak, saya ambilkan baju. 143 00:08:39,320 --> 00:08:40,320 Tak apa, sungguh. 144 00:08:40,400 --> 00:08:43,200 Saya cuma nak berterima kasih. 145 00:08:49,400 --> 00:08:50,360 Hai. 146 00:08:55,160 --> 00:08:56,640 Ayuh, Juana, tolonglah! 147 00:08:56,760 --> 00:08:59,960 Lutut awak! Regangkan punggung! Macam itulah. 148 00:09:00,440 --> 00:09:03,400 Sara? Sekarang awak perlu dibantu, bukan, si cantik? 149 00:09:04,760 --> 00:09:05,840 Ayuh! 150 00:09:05,880 --> 00:09:07,520 Luruskan lutut! 151 00:09:08,080 --> 00:09:09,240 Bagus. 152 00:09:13,520 --> 00:09:14,720 Macam itulah. 153 00:09:17,280 --> 00:09:18,640 Sangat bagus, Sara. 154 00:09:41,760 --> 00:09:44,120 - "Farath"? - Tak, Farad. 155 00:09:44,840 --> 00:09:46,880 F-A-R-A-D. 156 00:09:47,000 --> 00:09:48,880 - Asalnya dari mana? - Algeria. 157 00:09:49,000 --> 00:09:51,480 - Awak orang Arab? - Separa Arab. 158 00:09:52,080 --> 00:09:55,200 Datuk berasal dari Tangier tapi datang dari Calabria. 159 00:09:55,280 --> 00:09:58,480 Saya kacukan satu per empat Afrika, separa Madrid dan Catalonia. 160 00:09:59,440 --> 00:10:02,440 - Bagaimana dengan awak? Selain gim. - Saya? 161 00:10:02,880 --> 00:10:05,080 Ya, saya tak tahu. Awak dari mana? 162 00:10:06,000 --> 00:10:10,520 Saya dari Rumah Anak Yatim Virgen de las Casas, menghala ke Brunete. 163 00:10:10,640 --> 00:10:13,280 - Awak anak yatim? - Hampir. 164 00:10:13,360 --> 00:10:18,000 Ayah saya meninggal dunia ketika saya berusia enam tahun, mak saya lupakan saya. 165 00:10:18,360 --> 00:10:19,640 Apa maksud awak? 166 00:10:20,360 --> 00:10:23,160 Ketika usia tujuh tahun, mak hantar saya ke rumah anak yatim 167 00:10:23,280 --> 00:10:25,040 kononnya supaya saya jadi matang 168 00:10:25,120 --> 00:10:27,600 dan dia tinggal bersama kawan ayah saya. 169 00:10:27,640 --> 00:10:28,640 Biar betul? 170 00:10:28,720 --> 00:10:31,000 Betul, hidup saya seseronok itu. 171 00:10:33,520 --> 00:10:35,080 Saya suka anak yatim. 172 00:10:36,080 --> 00:10:37,080 Apa? 173 00:10:37,200 --> 00:10:39,480 Saya serius. Ayah saya kata mereka lebih tulus 174 00:10:39,520 --> 00:10:43,480 sebab mereka tiada trauma keluarga dan umpama kain putih. 175 00:10:43,520 --> 00:10:44,400 Ayah awak penyajak. 176 00:10:46,080 --> 00:10:47,880 Saya ada pak cik bernama Manuel, 177 00:10:49,000 --> 00:10:50,600 dia sentiasa ada dengan saya. 178 00:10:50,640 --> 00:10:52,720 Dia melawat saya ketika hujung minggu 179 00:10:52,760 --> 00:10:55,600 dan waktu cuti dia bawa saya ke rumahnya di Huelva. 180 00:10:55,680 --> 00:10:57,120 Dia keluarga saya. 181 00:10:57,200 --> 00:10:58,560 Namun awak membesar sendirian. 182 00:10:59,720 --> 00:11:01,000 Awak boleh biasakan diri. 183 00:11:01,720 --> 00:11:02,720 Rasanya saya tak boleh. 184 00:11:02,800 --> 00:11:04,240 Saya pasti awak boleh. 185 00:11:05,280 --> 00:11:07,800 Kebanyakan masanya, bagus untuk kita bersendirian. 186 00:11:08,400 --> 00:11:09,760 Yang teruknya rasa sejuk. 187 00:11:11,600 --> 00:11:13,480 Saya ingat lagi waktu musim sejuk, 188 00:11:13,560 --> 00:11:17,200 cuacanya sangat sejuk, sejuk beku, 189 00:11:17,680 --> 00:11:20,480 dan apabila masanya perlu keluar, 190 00:11:20,560 --> 00:11:22,880 kami semua berebut keluar ke tempat 191 00:11:22,960 --> 00:11:27,880 menyandar pada dinding di belakang yang panas sebab ia betul-betul 192 00:11:27,960 --> 00:11:29,480 di belakang ketuhar kek. 193 00:11:30,560 --> 00:11:33,160 Saya ingat lagi saya duduk di situ, 194 00:11:33,240 --> 00:11:35,640 melihat bangunan seberang jalan 195 00:11:35,720 --> 00:11:38,360 dan saya nampak tingkap, 196 00:11:40,160 --> 00:11:41,640 lampu, rumah, 197 00:11:42,280 --> 00:11:44,120 keluarga yang makan malam… 198 00:11:44,200 --> 00:11:45,200 Itulah hidup saya. 199 00:11:47,200 --> 00:11:48,760 Setahun saya merungut 200 00:11:48,840 --> 00:11:50,800 tentang Madrid, orangnya dan kelam-kabutnya… 201 00:11:50,880 --> 00:11:53,080 Saya tak sabar nak habiskan belajar. 202 00:11:53,160 --> 00:11:55,360 Kemudian awak cuba kelas saya dan ubah fikiran. 203 00:11:55,440 --> 00:11:56,800 Tentulah. 204 00:11:59,560 --> 00:12:02,920 Keluarga saya ada rumah di Madrid tapi perniagaan kami di Marbella. 205 00:12:03,680 --> 00:12:06,160 - Keluarga awak berniaga apa? - Import eksport. 206 00:12:06,240 --> 00:12:08,200 - Eksport? - Ya. 207 00:12:09,240 --> 00:12:11,440 Oskar, lelaki yang awak pukul tempoh hari… 208 00:12:11,520 --> 00:12:13,520 - Awak tak perlu jelaskan. - Saya nak. 209 00:12:13,600 --> 00:12:16,720 Dia penipu. Dia cuba menipu ayah saya. 210 00:12:16,840 --> 00:12:18,720 Kami laporkan dia kepada polis dan… 211 00:12:18,800 --> 00:12:21,160 Ia sebahagian perniagaan. 212 00:12:21,800 --> 00:12:23,040 Saya cuba mulakan perniagaan. 213 00:12:24,400 --> 00:12:25,960 - Yakah? - Ya, saya… 214 00:12:26,040 --> 00:12:29,080 Saya tak nak lagi dibayar gaji mengajar di gim 215 00:12:29,160 --> 00:12:31,240 dan nak buka studio sendiri. 216 00:12:31,320 --> 00:12:33,680 Lagipun, saya penyebab klien saya hadir kelas saya. 217 00:12:33,800 --> 00:12:35,800 - Awak tentu boleh buat untung. - Siapa kata? 218 00:12:36,520 --> 00:12:39,240 Wanita yang tak perlukan bantuan tapi saya bantu juga, 219 00:12:39,760 --> 00:12:42,080 atau peguam yang mengkhusus dalam perniagaan? 220 00:12:42,640 --> 00:12:43,720 Saya perlu pergi. 221 00:12:47,480 --> 00:12:49,920 - Ada yang tak kena? - Tak, itu pemandu ayah saya. 222 00:12:50,040 --> 00:12:52,720 Saya beritahu hal yang jadi dan dia berkeras jemput saya. 223 00:12:53,520 --> 00:12:55,640 - Saya nak jumpa awak lagi. - Tentulah. 224 00:12:58,600 --> 00:13:01,520 Tak, bukan "tentu." Bila? 225 00:13:02,280 --> 00:13:04,000 Awak romantik, Oskar. 226 00:13:04,080 --> 00:13:06,240 Romantik? Saya cakap tentang kelas. 227 00:13:07,320 --> 00:13:09,200 - Pergi dulu. - Jumpa lagi. 228 00:13:28,120 --> 00:13:29,200 Dia wanita istimewa. 229 00:13:29,280 --> 00:13:31,560 Tentulah. Jika dia ada pemandu dan Rolls-Royce… 230 00:13:31,640 --> 00:13:34,840 Bukan itu maksud saya. Saya rasa kami serasi. 231 00:13:34,920 --> 00:13:37,480 Serasi? Kamu tak faham. 232 00:13:42,240 --> 00:13:45,160 Orang kaya Marbella hanya pandang rendah kepada kita. 233 00:13:45,280 --> 00:13:48,520 - Pak cik tak pernah ke Marbella. - Namun pak cik orang Andalusia. 234 00:13:48,600 --> 00:13:50,400 Pak cik tahu perangai orang atasan. 235 00:13:50,480 --> 00:13:54,160 Sara bukan orang atasan. Lagipun, datuknya orang Arab. 236 00:13:54,880 --> 00:13:56,000 Itu lebih teruk. 237 00:13:59,240 --> 00:14:00,160 Ini dia. 238 00:14:11,880 --> 00:14:13,520 Celaka, gagal lagi. 239 00:14:17,920 --> 00:14:20,600 AC melalui saluran ini. Saya pasang dua tahun lepas. 240 00:14:20,680 --> 00:14:22,840 Saya tak rasa ia akan beri awak masalah. 241 00:14:23,680 --> 00:14:26,840 Ada 30 ke 40 orang melompat dan berpeluh di sini. 242 00:14:26,920 --> 00:14:29,200 Saya pernah nampak lebih teruk. 243 00:14:30,440 --> 00:14:32,800 Kita perlu cat dindingnya. 244 00:14:32,880 --> 00:14:35,840 Tiada masalah, tempat ini takkan jadi kedai tukang kayu lagi. 245 00:14:35,920 --> 00:14:37,280 Saya jawab telefon sekejap. 246 00:14:41,440 --> 00:14:42,960 - Macam mana? - Cantik. 247 00:14:43,880 --> 00:14:45,680 Cantik, tapi terlalu mahal. 248 00:14:45,760 --> 00:14:48,360 Ya, tapi dekat saja dengan Nuevos Ministerios. 249 00:14:48,440 --> 00:14:51,240 Kamu takkan cukup duit untuk ubah suai dan sewa. 250 00:14:51,360 --> 00:14:53,520 Tiga bulan dah cukup dapatkan semula pelaburan. 251 00:14:53,640 --> 00:14:55,760 - Itu tak realistik. - Percayalah saya. 252 00:14:56,640 --> 00:14:57,760 Percaya saja saya. 253 00:14:58,480 --> 00:15:00,680 Agensi yang telefon. 254 00:15:00,760 --> 00:15:02,560 Dua pelanggan nak lihatnya petang ini. 255 00:15:02,680 --> 00:15:03,840 Kami nak ambil. 256 00:15:03,920 --> 00:15:05,720 Bagus, macam saya kata tadi, 257 00:15:05,800 --> 00:15:08,000 deposit ialah 150,000 peseta. 258 00:15:09,560 --> 00:15:11,280 Pak cik saya akan uruskan. 259 00:15:11,960 --> 00:15:13,280 Bukan? 260 00:15:17,120 --> 00:15:21,120 GIM 261 00:15:31,160 --> 00:15:33,200 - Selamat pagi. - Oskar! 262 00:15:42,400 --> 00:15:44,000 Ingatkan awak takkan datang lagi. 263 00:15:44,080 --> 00:15:46,160 Bunyinya suram betul. 264 00:15:46,280 --> 00:15:49,560 Awak pelanggan pertama yang tak datang semula selepas satu sesi. 265 00:15:50,480 --> 00:15:51,600 Saya sibuk, 266 00:15:51,680 --> 00:15:53,080 tapi saya datang sekarang. 267 00:15:53,160 --> 00:15:54,840 Hari ini pun tak bawa baju? 268 00:15:54,920 --> 00:15:57,520 Tak, saya nak beri jemputan ini. 269 00:15:59,560 --> 00:16:02,200 Hari lahir ayah saya dan dia adakan parti. 270 00:16:02,280 --> 00:16:03,680 Itu alamatnya. 271 00:16:04,640 --> 00:16:06,880 Awak jemput saya ke parti keluarga di Marbella? 272 00:16:06,960 --> 00:16:08,360 Tak, parti di Madrid. 273 00:16:08,440 --> 00:16:11,920 Ayah saya jemput kawan dari luar negara. Di sini lebih mudah. 274 00:16:12,520 --> 00:16:16,520 - Kenapa saya dijemput? - Awak selamatkan saya tempoh hari. 275 00:16:17,040 --> 00:16:18,280 Ya, betul. 276 00:16:18,960 --> 00:16:22,200 Ramai prospek pelanggan di situ. Awak tentu suka. 277 00:16:22,280 --> 00:16:23,160 Jumpa awak di sana. 278 00:16:23,240 --> 00:16:24,520 Bagus. 279 00:16:26,280 --> 00:16:27,640 Oh, ya. 280 00:16:27,720 --> 00:16:30,160 - Perlukah saya pakai sut? - Tak. 281 00:16:30,240 --> 00:16:31,560 Jadi diri sendiri. 282 00:16:33,200 --> 00:16:34,280 Jangan bawa hadiah. 283 00:16:55,680 --> 00:17:01,680 Diri ini tidak sedar Yang aku sebenarnya kehilangan 284 00:17:03,480 --> 00:17:08,520 Sudah lama kutunggu Diri ini yang tak pernah tawarkan 285 00:17:09,079 --> 00:17:15,079 Hari ini, ku akan menangis Diri ini yang selalu tertawa 286 00:17:16,680 --> 00:17:18,079 - Jemputan? - Ya. 287 00:17:20,520 --> 00:17:24,880 Ku lupa nikmati hidup 288 00:17:25,319 --> 00:17:26,960 - Silakan. - Terima kasih. 289 00:17:30,240 --> 00:17:34,560 Kulupa nikmati hidup 290 00:18:02,760 --> 00:18:04,560 Saya dah kata jangan bawa hadiah. 291 00:18:07,920 --> 00:18:10,240 - Hei, ini… - Hebat. 292 00:18:10,320 --> 00:18:12,800 Ya, ayah saya suka benda hebat. 293 00:18:13,320 --> 00:18:14,800 Jom, saya kenalkan awak dengannya. 294 00:18:15,080 --> 00:18:20,800 Telah banyak perasaan yang ku permainkan 295 00:18:23,040 --> 00:18:29,040 Hidup dengan tepukan yang di dalam mimpi 296 00:18:30,680 --> 00:18:33,560 Ku laungkan laguku ke angin lalu 297 00:18:33,720 --> 00:18:35,040 Ayah saya suka penyanyi itu. 298 00:18:35,800 --> 00:18:38,520 Susah nak jemput dia datang menyanyi hari ini. 299 00:18:38,560 --> 00:18:40,560 Saya boleh bayangkan. 300 00:18:40,640 --> 00:18:42,680 - Jom? - Ya. 301 00:18:43,800 --> 00:18:45,960 Ku lupa nikmati hidup ini 302 00:18:50,000 --> 00:18:52,280 Apa awak kata perniagaan ayah awak tempoh hari? 303 00:18:52,320 --> 00:18:54,440 Import dan eksport peralatan. 304 00:18:54,560 --> 00:18:57,560 Apa kita panggil orang Cuba yang tak percayakan agama? 305 00:18:57,720 --> 00:19:00,880 "Infidel Castro." 306 00:19:00,960 --> 00:19:02,760 Rakan kerja ayah ramai orang Cuba. 307 00:19:03,320 --> 00:19:05,480 - Awak hampir… - Ayah. 308 00:19:06,040 --> 00:19:08,000 Oskar. Lelaki senamrobik itu. 309 00:19:08,680 --> 00:19:10,320 Lelaki botol itu. 310 00:19:10,400 --> 00:19:12,080 - Apa? - Awak pukul si bedebah 311 00:19:12,200 --> 00:19:14,000 yang serang anak saya dengan botol. 312 00:19:14,080 --> 00:19:16,280 - Ya, saya… - Mari sini, aduhai. 313 00:19:19,160 --> 00:19:21,240 Budak ini berani orangnya. 314 00:19:21,560 --> 00:19:24,560 - Selamat berkenalan. - Kaspar, rakan kongsi ayah saya. 315 00:19:24,640 --> 00:19:27,320 - Selamat berkenalan. - Dia pula Lopera, kawan lama. 316 00:19:27,400 --> 00:19:30,400 Awak patut dapat pingat keberanian, nak. 317 00:19:31,080 --> 00:19:33,400 Awak juga dalam perniagaan import eksport? 318 00:19:35,080 --> 00:19:39,680 Tak, kalaulah boleh. Saya penjawat awam. 319 00:19:39,760 --> 00:19:42,000 Lopera ialah pesuruhjaya Polis Negara. 320 00:19:42,080 --> 00:19:43,440 Wah. 321 00:19:43,520 --> 00:19:44,960 Awak kerja apa? 322 00:19:45,040 --> 00:19:48,560 - Saya pengajar senamrobik. - Harapnya Jane Fonda tak tahu! 323 00:19:48,680 --> 00:19:49,680 Ayah… 324 00:19:50,520 --> 00:19:51,520 Jemput minum. 325 00:19:51,560 --> 00:19:54,480 Mojito terbaik di dunia. Kawan Cuba saya, Henry, ajar saya. 326 00:19:54,560 --> 00:19:57,560 Dia kata rahsianya adalah guna rum putih dan gula merah. 327 00:19:57,680 --> 00:20:00,480 - Henry tak datang? - Dia tak dapat visa. 328 00:20:01,320 --> 00:20:02,320 Dia tinggal di Prague. 329 00:20:02,400 --> 00:20:05,000 Padahal Prague tak jauh. 330 00:20:05,080 --> 00:20:08,640 Tak penting, ia Blok Komunis. Pernah dengar Perang Dingin? 331 00:20:08,720 --> 00:20:11,720 Mereka benarkan Kasper keluar Poland sebab dia ada ramai kawan. 332 00:20:11,800 --> 00:20:13,240 Macam lagu itu. 333 00:20:35,800 --> 00:20:40,720 Tengok ini. Udang putih dari Huelva, asli. 334 00:20:40,800 --> 00:20:43,320 Cubalah. Saya pernah belinya di Portugal 335 00:20:43,400 --> 00:20:45,800 dan jual semula di Vigo kononnya ia dari Huelva. 336 00:20:45,880 --> 00:20:48,240 - Awak berniaga kerang-kerangan? - Tak. 337 00:20:48,320 --> 00:20:50,800 Dia tak boleh duduk diam dan ayah saya selamatkan dia 338 00:20:50,880 --> 00:20:52,880 - setiap kali dia buat silap. - Awak pun sama. 339 00:20:52,960 --> 00:20:54,920 Awak kerja apa sekarang? 340 00:20:55,000 --> 00:20:57,880 Saya baru saja dapat lesen kapten kapal layar. 341 00:20:57,960 --> 00:21:01,000 - Kapten kapal layar? - Kami ada kapal layar di Puerto Banús. 342 00:21:01,080 --> 00:21:04,320 - Minta Sara bawa awak, awak tentu suka. - Tentulah. 343 00:21:05,800 --> 00:21:08,760 Hei. Awak membesar di rumah anak yatim, bukan? 344 00:21:08,800 --> 00:21:10,240 Ya, betul. 345 00:21:10,320 --> 00:21:14,240 Hei, ramaikah lelaki comel sertai kelas awak? 346 00:21:14,320 --> 00:21:16,880 Adik saya ini pantang nampak peluang. 347 00:21:16,960 --> 00:21:20,560 - Apa kata jangan menyibuk? - Hei, betullah. Sekejap! 348 00:21:40,920 --> 00:21:41,960 Oskar! 349 00:21:42,720 --> 00:21:45,000 Dia pak cik saya, Khalid. 350 00:21:45,080 --> 00:21:48,320 - Saya teringin nak jumpa "lelaki botol." - Selamat berkenalan. 351 00:21:48,400 --> 00:21:49,640 Selamat datang. 352 00:21:50,320 --> 00:21:52,240 Dia orang Palestin tapi tinggal di Tunisia. 353 00:21:52,720 --> 00:21:56,240 Atau Tripoli, atau Damsyik, atau Paris... 354 00:21:56,320 --> 00:21:57,720 - Saya bawa rumah bersama. - Wah. 355 00:21:58,680 --> 00:22:00,280 Anak saudara saya kata, 356 00:22:00,400 --> 00:22:03,040 - awak cikgu senamrobik. - Betul. 357 00:22:03,120 --> 00:22:04,440 Macam Jane Fonda. 358 00:22:04,520 --> 00:22:06,040 Sara, mari sini! 359 00:22:06,120 --> 00:22:07,760 Ya! Saya pergi sekejap. 360 00:22:16,160 --> 00:22:17,960 Awak tahu tandas di mana? 361 00:22:19,240 --> 00:22:21,520 - Tanya di dapur. - Di dapur. 362 00:22:21,600 --> 00:22:23,440 Terima kasih. Seronok berjumpa. 363 00:22:25,200 --> 00:22:26,920 Minta perhatian sekejap. 364 00:22:28,160 --> 00:22:29,800 Ayah, boleh ayah ke sini? 365 00:22:41,560 --> 00:22:45,120 Aku masih ingat 366 00:22:45,240 --> 00:22:48,800 Waktu zaman kanak-kanakku 367 00:22:48,880 --> 00:22:54,840 Tangan ayah yang kuat dan lembut Dalam masa yang sama 368 00:22:57,800 --> 00:23:01,120 Kemudian, ayah ajar aku bermimpi 369 00:23:01,200 --> 00:23:04,320 Jangan takut untuk terbang 370 00:24:03,640 --> 00:24:07,640 Lagu ini untuk ayah 371 00:24:07,720 --> 00:24:13,520 Untuk lelaki yang beri aku kehidupan 372 00:24:13,600 --> 00:24:17,520 Seperti sinar dalam kegelapan 373 00:24:17,600 --> 00:24:23,040 Ayah menerangi aku Dan menanam kebijaksanaan dalam diri aku 374 00:24:23,760 --> 00:24:26,840 Lagu ini untuk ayah 375 00:24:47,640 --> 00:24:53,520 Untuk lelaki yang beri aku kehidupan 376 00:24:54,160 --> 00:24:58,040 Seperti sinar dalam kegelapan 377 00:24:58,720 --> 00:25:01,480 Tengok, Oskar. Tengoklah adik saya. 378 00:25:04,440 --> 00:25:08,240 Lagu ini untuk ayah 379 00:25:08,320 --> 00:25:14,240 Untuk lelaki yang beri aku kehidupan 380 00:25:16,320 --> 00:25:18,560 - Terima kasih banyak! - Syabas! 381 00:25:18,640 --> 00:25:22,000 Terima kasih, kawan-kawan. Ramai di sini yang dah lama kenal saya. 382 00:25:22,080 --> 00:25:26,200 Saya cuma nak kata diri saya, semua yang saya miliki, semua sebab keluarga. 383 00:25:26,280 --> 00:25:28,440 Saya terhutang budi kepada isteri saya, Carmen. 384 00:25:30,160 --> 00:25:31,760 Kepada anak-anak. 385 00:25:31,880 --> 00:25:34,520 Saya kerja keras sepanjang hidup. 386 00:25:35,280 --> 00:25:38,120 Saya terlepas banyak perkara kerana tak dapat bersama mereka 387 00:25:38,240 --> 00:25:42,560 dan kini usia saya menginjak 55 tahun, aduhai semakin tua. 388 00:25:42,680 --> 00:25:47,120 Saya hanya mahu bersama keluarga, harapnya ada cucu tak lama lagi, 389 00:25:48,240 --> 00:25:51,160 dan cari kelab bermain petong serta bersedia untuk bersara. 390 00:25:52,600 --> 00:25:53,960 Terima kasih, kawan-kawan. 391 00:25:55,200 --> 00:25:57,280 Teruskan berseronok di parti! 392 00:25:57,360 --> 00:25:58,960 - Syabas, ayah! - Terima kasih. 393 00:26:01,560 --> 00:26:06,120 - Hei. Dah nak balik? Tak boleh. - Saya ada kelas esok. 394 00:26:06,200 --> 00:26:08,920 - Namun masih terlalu awal. - Saya tinggal jauh. 395 00:26:09,040 --> 00:26:10,960 - Awak nak ke mana? - Dia dah nak balik. 396 00:26:11,040 --> 00:26:13,080 Duduklah dulu. Parti baru bermula. 397 00:26:13,200 --> 00:26:16,080 - Saya ada kelas esok. Saya perlu berehat. - Begini. 398 00:26:16,200 --> 00:26:19,560 Kami buatkan teh, manalah tahu awak dah mabuk sikit. 399 00:26:19,680 --> 00:26:20,880 Tak apa, sungguh. 400 00:26:20,960 --> 00:26:24,400 Terima kasih, parti yang indah. Terima kasih banyak. 401 00:26:35,040 --> 00:26:36,600 Kaki keluar dari dinding? 402 00:26:36,720 --> 00:26:38,680 Saya nampak, betul! 403 00:26:39,480 --> 00:26:42,200 Mulutnya ditutup, sumpah! 404 00:26:42,280 --> 00:26:44,440 - Apa kamu nak buat? - Saya? Tiada apa-apa. 405 00:26:44,520 --> 00:26:46,520 Apa saya boleh buat? Bukan masalah saya. 406 00:26:46,600 --> 00:26:47,960 Kalau mereka gengster? 407 00:26:48,040 --> 00:26:50,720 Ada pesuruhjaya Polis Negara di situ. 408 00:26:50,840 --> 00:26:53,160 Tentulah, atau mereka cakap saja. 409 00:26:54,160 --> 00:26:56,440 - Siapa tahu? - Entahlah, pak cik. 410 00:26:56,520 --> 00:26:58,120 Parti itu dipenuhi orang pelik. 411 00:26:58,200 --> 00:26:59,240 Pelik bagaimana? 412 00:26:59,680 --> 00:27:02,960 Orang Afrika, Arab, Poland, Cuba… Orang aneh. 413 00:27:03,040 --> 00:27:05,000 Alamak, kalau mereka ekori kamu? 414 00:27:08,640 --> 00:27:10,000 Tiada sesiapa tahu saya nampak. 415 00:27:10,920 --> 00:27:14,240 Apa kamu nak beritahu dia? Dia tak bodoh. Jika dia perasan… 416 00:27:15,400 --> 00:27:17,400 Saya tak rasa akan jumpa dia lagi. 417 00:27:17,480 --> 00:27:20,120 Dia tinggal di Marbella dan MBA dia dah nak tamat. 418 00:27:20,240 --> 00:27:24,120 Kamu kata kamu sangat suka dia, kononnya kamu serasi… 419 00:27:24,240 --> 00:27:26,080 Dia takkan kembali, pak cik. 420 00:27:27,000 --> 00:27:29,360 Sara orang kaya, kami ibarat langit dan bumi. 421 00:27:30,760 --> 00:27:33,400 Dia cuma nak berterima kasih, itu saja. 422 00:27:42,880 --> 00:27:45,320 Sayang, bahu saya sakit sikit. 423 00:27:45,440 --> 00:27:49,800 Itu biasa, Juana. Ketika awak buat pergerakan ini dulu… 424 00:27:51,120 --> 00:27:54,720 - Kita perlukan kelas persendirian. - Bila-bila pun boleh. 425 00:27:56,000 --> 00:27:57,440 Awak suka kuskus? 426 00:28:00,600 --> 00:28:01,840 Makanan Algeria. 427 00:28:03,720 --> 00:28:06,440 Ada restoran dekat sini yang sedap memasaknya. 428 00:28:08,440 --> 00:28:11,240 Saya nak, sungguh, tapi ada kelas jam empat petang. 429 00:28:11,320 --> 00:28:12,680 Ada dua jam lagi. 430 00:28:16,640 --> 00:28:20,280 Ya, tapi saya perlu buat persediaan. Saya perlu buat regangan, minum air … 431 00:28:20,960 --> 00:28:21,920 Yalah. 432 00:28:22,000 --> 00:28:23,360 Awak nak menolak saya? 433 00:28:28,080 --> 00:28:32,280 Sebenarnya, saya terkejut awak tiba-tiba balik, macam… 434 00:28:32,760 --> 00:28:34,400 Macam ada sesuatu berlaku. 435 00:28:34,520 --> 00:28:37,520 Apa sebenarnya perniagaan keluarga awak, Sara? 436 00:28:38,400 --> 00:28:41,080 - Maksud awak? - Parti hari lahir dengan Julio Iglesias, 437 00:28:41,160 --> 00:28:42,840 rumah agam yang mengagumkan, 438 00:28:42,920 --> 00:28:45,480 tetamu orang Afrika, Arab, Poland, Cuba… 439 00:28:45,560 --> 00:28:48,720 Import eksport peralatan, saya dah cakap. 440 00:28:48,800 --> 00:28:51,440 Lelaki di tingkat bawah tanah? Dia peti sejukkah? 441 00:28:53,400 --> 00:28:54,600 Oh, Tuhan. 442 00:28:57,280 --> 00:28:59,880 - Jadi, ini sebabnya. - Kalau awak, apa awak buat? 443 00:29:00,000 --> 00:29:01,480 Tanya. Saya tentu akan tanya. 444 00:29:01,560 --> 00:29:03,840 Tanya apa? Bagaimana? 445 00:29:03,960 --> 00:29:07,680 "Hei, ada lelaki di tingkat bawah tanah rumah awak teruk berlebam?" 446 00:29:09,280 --> 00:29:11,800 Maaf, imaginasi awak memang keterlaluan. 447 00:29:11,880 --> 00:29:13,960 Saya tak bayangkan. Itu yang saya nampak. 448 00:29:14,040 --> 00:29:17,920 Ada lelaki ditutup mulut dan dibelasah di tingkat bawah tanah rumah itu… 449 00:29:18,040 --> 00:29:20,880 - Maksud saya, rumah awak. - Oskar, awak silap. 450 00:29:21,000 --> 00:29:22,800 Lelaki itu ialah si bedebah 451 00:29:22,880 --> 00:29:25,040 yang cuba tipu saya dan keluarga saya, 452 00:29:25,160 --> 00:29:27,600 sama macam lelaki di tepi jalan tempoh hari. 453 00:29:27,680 --> 00:29:28,920 Malah, mereka bekerjasama. 454 00:29:29,000 --> 00:29:31,600 Awak tahu kenapa dia tarik rambut saya dengan ganas? 455 00:29:31,680 --> 00:29:33,920 Dia nak tahu lokasi rakan kongsinya. 456 00:29:34,000 --> 00:29:36,400 - Itu yang jadi. - Awak culik dia. 457 00:29:36,480 --> 00:29:38,880 Apa jadah awak cakap? Tolonglah… 458 00:29:39,000 --> 00:29:41,720 Ayah saya hanya nak takutkan dia. Ayah dah lepaskan dia. 459 00:29:41,800 --> 00:29:43,520 Tentulah sebab awak kata begitu. 460 00:29:43,640 --> 00:29:45,320 Awak nak datang ke rumah saya? 461 00:29:45,400 --> 00:29:46,600 Saya boleh bawa. 462 00:29:46,680 --> 00:29:49,960 - Tengoklah sendiri. - Sara, tolonglah. 463 00:29:51,080 --> 00:29:53,000 Jika awak fikir kami keluarga gengster 464 00:29:53,840 --> 00:29:56,680 yang menculik orang, 465 00:29:57,800 --> 00:29:59,520 kenapa tak laporkan kepada polis? 466 00:29:59,600 --> 00:30:01,800 Saya bukan jenis yang lapor kepada polis. 467 00:30:01,880 --> 00:30:03,760 Saya lebih suka cakap bersemuka. 468 00:30:03,840 --> 00:30:05,440 Sebab itu awak lari? 469 00:30:07,440 --> 00:30:11,200 Oskar, kenapa awak di sini sekarang, bersama saya? 470 00:30:12,200 --> 00:30:14,960 - Kenapa tolong saya di tepi jalan? - Sebab awak diserang. 471 00:30:15,040 --> 00:30:16,160 Awak pasti? 472 00:30:16,240 --> 00:30:21,040 Atau sebab awak nampak perempuan kaya dan awak fikir awak boleh jadikan tiket? 473 00:30:22,120 --> 00:30:24,360 - Tiket untuk apa? - Saya tak tahu, Oskar. 474 00:30:24,440 --> 00:30:26,680 Duit sangat menarik. 475 00:30:28,440 --> 00:30:30,040 Awak nak berdikari, 476 00:30:30,120 --> 00:30:33,160 buka studio senamrobik sendiri, untuk jadi seseorang. 477 00:30:33,720 --> 00:30:35,200 Untuk jadi berjaya. 478 00:30:37,280 --> 00:30:40,280 Awak tak tahu hal awak cakapkan. Pergi mampuslah. 479 00:30:41,480 --> 00:30:43,040 Awak tahu? 480 00:30:46,960 --> 00:30:50,320 Saya suka cara awak. Saya suka awak bercita-cita tinggi dan berani. 481 00:30:50,440 --> 00:30:53,840 Jika awak tak datang hari ini, saya fikir, "Lelaki ini bodoh. 482 00:30:53,920 --> 00:30:56,480 Dia tak berani beritahu saya apa yang salah." 483 00:30:56,560 --> 00:30:58,640 Namun awak datang, bersama saya. 484 00:30:59,280 --> 00:31:00,840 Sebab awak sama macam saya. 485 00:31:00,920 --> 00:31:03,680 - Apa maknanya? - Maknanya, saya tak kisah 486 00:31:03,760 --> 00:31:05,520 - jadi tiket awak. - Tiket apa? 487 00:31:06,480 --> 00:31:09,280 Sesuatu dalam fikiran saya sejak kali pertama ke kelas awak. 488 00:31:17,080 --> 00:31:19,040 Apa kata kita buka gim di Marbella? 489 00:31:20,280 --> 00:31:22,120 Marbella? 490 00:31:22,200 --> 00:31:25,840 Di sana ramai orang berduit yang teringin nak bakar kalori. 491 00:31:27,560 --> 00:31:28,880 Awak cuba beli saya? 492 00:31:28,960 --> 00:31:30,000 Bukan, Oskar. 493 00:31:30,080 --> 00:31:34,560 Awak pandai buat wanita berpeluh. Dalam ekonomi, ia dipanggil peluang. 494 00:31:35,120 --> 00:31:38,000 Pilihan awak. Boleh kekal mengajar 495 00:31:38,080 --> 00:31:39,760 atau lompat ke liga besar. 496 00:31:40,600 --> 00:31:42,560 Pak cik saya dah pun sewa studio. 497 00:31:44,120 --> 00:31:45,520 Jangan risau. 498 00:31:46,360 --> 00:31:47,800 Tak perlu terburu-buru. 499 00:31:47,880 --> 00:31:49,200 Fikir dulu. 500 00:31:49,280 --> 00:31:52,840 Jika awak menolak, saya janji takkan ganggu awak lagi. 501 00:31:58,640 --> 00:32:01,000 Kamu langsung tak tahu kamu berdepan dengan apa. 502 00:32:02,760 --> 00:32:03,760 Saya cuma nak cuba. 503 00:32:04,440 --> 00:32:05,960 Apa yang kamu nak cuba? 504 00:32:06,040 --> 00:32:10,120 Mereka macam jerung, bila-bila masa saja boleh makan bilis macam kamu. 505 00:32:11,400 --> 00:32:13,200 Jangan bimbang tentang tempat ini. 506 00:32:13,280 --> 00:32:15,400 Jika Marbella berhasil, kita yang untung. 507 00:32:15,480 --> 00:32:18,160 Ini studio kamu, Oskar. Pak cik tolong saja. 508 00:32:19,520 --> 00:32:21,520 Saya pula cuma jadi realistik. 509 00:32:22,360 --> 00:32:23,320 Realistik? 510 00:32:25,320 --> 00:32:28,040 Simpanan pak cik cuma cukup untuk saya memulakan studio. 511 00:32:28,120 --> 00:32:30,040 Kita perlu minta pinjaman nanti. 512 00:32:31,040 --> 00:32:32,840 Baru tiga hari lepas kamu cakap lain. 513 00:32:32,920 --> 00:32:36,600 Ini peluang, pak cik. Peluang sekali seumur hidup. 514 00:32:39,120 --> 00:32:43,080 Kamu biarkan diri dikaburi dengan kereta, drebar, rumah… 515 00:32:43,200 --> 00:32:45,880 Dia sanggup dahulukan 200,000. 516 00:32:45,960 --> 00:32:48,880 - Pak cik pula ada lebih sejuta. - Maksud saya, 200,000 dolar. 517 00:32:49,840 --> 00:32:52,320 Jumlahnya 32 juta peseta. 518 00:33:05,200 --> 00:33:07,200 Jika awak nak periksa bilik lain, 519 00:33:07,840 --> 00:33:09,800 saya tak kisah. Saya bawa awak melawat. 520 00:33:18,480 --> 00:33:19,320 Biar betul. 521 00:33:40,680 --> 00:33:44,720 Atau, jika awak nak, saya boleh ajak awak minum wain di ruang tamu. 522 00:33:48,200 --> 00:33:51,400 Ayah saya ada bilik simpanan wain yang mengagumkan. 523 00:33:53,680 --> 00:33:54,880 Keluarga saya. 524 00:33:57,800 --> 00:33:59,600 Itu adik lelaki saya, Hugo. 525 00:33:59,680 --> 00:34:02,400 Ini pula Tanya dan ini saya. 526 00:34:06,280 --> 00:34:08,639 Saya berasal dari tempat yang penuh bermasalah. 527 00:34:08,760 --> 00:34:10,679 - Saya tahu. - Tak, awak tak tahu. 528 00:34:11,800 --> 00:34:13,320 Saya membesar di rumah anak yatim. 529 00:34:13,480 --> 00:34:15,360 Separuh daripada yang membesar bersama saya 530 00:34:15,440 --> 00:34:17,600 sama ada dah mati atau bakal mati. Sebab dadah. 531 00:34:18,280 --> 00:34:19,960 Kenapa awak beritahu saya? 532 00:34:20,040 --> 00:34:21,440 Sebab saya nak awak faham 533 00:34:21,520 --> 00:34:24,120 yang saya tak nak terlibat dengan masalah, pergaduhan 534 00:34:24,159 --> 00:34:26,120 atau belasah orang, Sara. 535 00:34:27,280 --> 00:34:28,840 Saya cuma nak hidup tenang. 536 00:34:29,520 --> 00:34:31,800 - Faham? - Sangat faham. 537 00:34:31,880 --> 00:34:32,880 Okey. 538 00:34:38,159 --> 00:34:39,840 Jadi semua yang kita buat perlu sah. 539 00:34:40,800 --> 00:34:42,159 Sah dan telus. 540 00:34:42,320 --> 00:34:45,159 Perniagaan keluarga saya sah dan telus. 541 00:34:45,199 --> 00:34:48,639 Sebab itu kami ada rumah ini. Berwarna putih dan banyak tingkap. 542 00:34:50,480 --> 00:34:51,880 Sebab kami terbuka. 543 00:34:54,000 --> 00:34:56,199 Kadangkala, terlalu terbuka. 544 00:34:56,920 --> 00:34:58,440 Ada lagi awak nak jelaskan? 545 00:34:59,400 --> 00:35:01,080 Adakah saya akan dapat kejutan lagi? 546 00:35:01,920 --> 00:35:03,320 Saya ada pistol Glock 547 00:35:03,440 --> 00:35:05,440 - di meja tepi katil. - Biar betul. 548 00:35:05,520 --> 00:35:07,560 - Manalah tahu. - Okey. 549 00:35:12,760 --> 00:35:13,880 Awak nak tengok? 550 00:35:53,520 --> 00:35:55,160 Pistol betul? 551 00:35:56,760 --> 00:35:57,840 Tentulah. 552 00:35:59,800 --> 00:36:01,160 Boleh saya pegang? 553 00:36:04,760 --> 00:36:06,520 Awak nak rokok ganja? 554 00:36:06,600 --> 00:36:07,880 Tentulah. 555 00:36:15,360 --> 00:36:17,480 Ini kali pertama awak pegang pistol? 556 00:36:18,160 --> 00:36:19,280 Ya. 557 00:36:30,320 --> 00:36:32,760 - Awak tahu guna? - Tentulah. 558 00:36:32,840 --> 00:36:34,640 Dulu ayah bawa saya ke padang tembak. 559 00:36:42,880 --> 00:36:43,840 Itu menakutkan awak? 560 00:36:43,920 --> 00:36:45,480 Tak, bukan takut. 561 00:36:47,120 --> 00:36:48,160 Hormat. 562 00:36:49,000 --> 00:36:51,800 Sepatutnya, orang hormat awak tanpa perlu guna pistol. 563 00:36:54,320 --> 00:36:56,000 Itu yang ayah saya selalu cakap. 564 00:36:58,560 --> 00:37:00,680 Awak pasti keluarga awak di Marbella, bukan? 565 00:37:01,520 --> 00:37:03,000 Keluarga Farad tak menyeramkan. 566 00:37:03,560 --> 00:37:05,360 Duduklah selama mana awak mahu. 567 00:37:05,440 --> 00:37:07,440 Lagipun, banyak kita perlu bualkan. 568 00:37:07,520 --> 00:37:09,160 Contohnya? 569 00:37:09,560 --> 00:37:12,440 Kita mahu studio dekat lautkah? Agensi pemasaran kita… 570 00:37:12,520 --> 00:37:14,440 Agensi pemasaran? 571 00:37:14,520 --> 00:37:16,920 Ia akan jadi studio senamrobik pertama di Marbella. 572 00:37:17,000 --> 00:37:18,480 Ia perlu jadi mengagumkan. 573 00:37:21,680 --> 00:37:23,560 Hidup awak akan berubah, Oskar. 574 00:38:05,520 --> 00:38:07,840 Ibu bapanya jarang datang ke Madrid. 575 00:38:07,960 --> 00:38:10,440 Saya akan tinggal bersama dia sementara siapkan studio. 576 00:38:10,520 --> 00:38:12,920 Kamu fikir ini kisah dongeng? Macam Cinderella. 577 00:38:14,040 --> 00:38:16,440 Pak cik tinggallah di apartmen saya selama mungkin. 578 00:38:17,920 --> 00:38:20,640 Jika nak ke Marbella, kita patut tutup studio di Madrid. 579 00:38:22,040 --> 00:38:24,640 Aduhai, pak cik. Gim di Marbella mungkin tak menjadi. 580 00:38:24,680 --> 00:38:27,800 - Namun kamu nak ia menjadi, bukan? - Saya nak cuba. 581 00:38:27,880 --> 00:38:29,960 Sama macam pak cik datang ke Madrid dulu. 582 00:38:30,040 --> 00:38:31,960 Pak cik tak tinggalkan sesiapa. 583 00:38:32,040 --> 00:38:34,160 Saya tak tinggalkan pak cik. 584 00:38:35,480 --> 00:38:38,200 Kita patut tanya isteri pak cik ketika pak cik tinggalkan dia. 585 00:38:40,040 --> 00:38:41,800 Kenapa ungkit hal isteri pak cik? 586 00:38:41,880 --> 00:38:45,160 - Pak cik tinggalkan dia, bukan? - Ya. Dengan separuh duit pak cik 587 00:38:45,280 --> 00:38:47,160 dan dia biar pak cik sehelai sepinggang. 588 00:38:47,200 --> 00:38:49,120 Pak cik berhak pergi. 589 00:38:49,160 --> 00:38:52,360 - Namun biar saya guna hak saya. - Hak apa? 590 00:38:54,400 --> 00:38:55,920 Hak untuk buat silap. 591 00:38:57,960 --> 00:39:00,760 Pergilah. Buat silap. 592 00:39:05,040 --> 00:39:08,560 Aku sentiasa ingat kata-kata pak cik sebab ia firasat buruk. 593 00:39:09,960 --> 00:39:13,000 Namun aku tak dengar. Aku tak nampak. 594 00:39:17,040 --> 00:39:20,480 Aku budak mentah yang masih sukakan mercun dan bola sepak meja, 595 00:39:22,040 --> 00:39:24,280 yang jahil tentang politik 596 00:39:24,360 --> 00:39:27,320 dan fikir yang dunia ini adalah seadanya. 597 00:39:30,360 --> 00:39:33,440 Sesetengah pengajaran hanya diperoleh dalam satu cara saja… 598 00:39:35,480 --> 00:39:36,560 Cara yang sukar. 599 00:41:29,640 --> 00:41:31,400 Di mana Kamal? 600 00:41:35,360 --> 00:41:38,400 - Beritahu saya, perempuan jalang! - Jangan ganggu saya! 601 00:41:39,320 --> 00:41:40,920 Lepaskan saya, tolonglah. 602 00:41:41,000 --> 00:41:42,400 Di mana dia? 603 00:41:43,480 --> 00:41:47,680 Awak buat silap. Saya tak tahu apa awak cakapkan. 604 00:41:48,640 --> 00:41:50,040 Di mana dia? 605 00:41:50,160 --> 00:41:51,520 Lepaskan saya, celaka! 606 00:41:51,600 --> 00:41:53,200 Di mana Kamal? Beritahu saya! 607 00:42:02,160 --> 00:42:04,680 Beritahu saya di mana dia! 608 00:42:04,800 --> 00:42:08,160 Saya tak kenal orangnya, sungguh. 609 00:42:09,520 --> 00:42:10,680 Saya tak kenal dia! 610 00:42:10,800 --> 00:42:12,160 Beritahu saya. 611 00:42:17,640 --> 00:42:18,640 Perempuan jalang! 612 00:42:18,760 --> 00:42:20,120 Di mana kawan saya? 613 00:42:20,160 --> 00:42:23,440 Saya kata saya tak kenal dia. Awak dengar tak? 614 00:42:23,520 --> 00:42:25,160 Apa awak dah buat kepada dia? 615 00:42:27,960 --> 00:42:30,040 Beritahulah, perempuan jalang. 616 00:42:31,280 --> 00:42:34,160 - Beritahu saya. - Saya tak kenal dia. 617 00:42:35,560 --> 00:42:38,440 Cakap. Di mana Kamal? Mana? 618 00:42:39,200 --> 00:42:40,440 Lepaskan! 619 00:42:59,880 --> 00:43:00,960 Jangan bergerak! 620 00:43:09,040 --> 00:43:10,640 Apa awak buat kepada seorang lagi? 621 00:43:13,600 --> 00:43:15,480 Dia jatuh tangga. 622 00:43:15,960 --> 00:43:17,040 Dia masih hidupkah? 623 00:43:17,880 --> 00:43:19,440 - Saya tak tahu. - Pergi periksa. 624 00:43:21,480 --> 00:43:22,680 Pastikan. 625 00:43:44,600 --> 00:43:46,120 - Dia masih hidup? - Saya tak tahu. 626 00:43:55,600 --> 00:43:58,240 - Dia dah mati. - Tak guna! 627 00:44:03,160 --> 00:44:04,200 Telefon polis? 628 00:44:05,600 --> 00:44:07,120 Jangan. 629 00:44:08,160 --> 00:44:09,960 Apa jadah yang berlaku ini, Sara? 630 00:44:11,000 --> 00:44:12,520 Mereka cari lelaki seorang lagi. 631 00:44:13,240 --> 00:44:15,040 Awak kata awak lepaskan dia. 632 00:44:15,120 --> 00:44:16,440 Saya perlu telefon ayah saya. 633 00:44:18,760 --> 00:44:20,000 Dia akan uruskan. 634 00:44:20,080 --> 00:44:21,240 Sara! 635 00:44:24,560 --> 00:44:26,200 Kamu semua siapa sebenarnya? 636 00:46:17,320 --> 00:46:19,320 Terjemahan sari kata oleh Syazwani Mohsin 637 00:46:19,400 --> 00:46:21,400 Penyelia Kreatif Nur Atiqah