1 00:00:10,520 --> 00:00:14,560 Tak susah untuk Sara yakinkan Leo terlibat dalam urus janji meriam. 2 00:00:15,440 --> 00:00:18,160 Komisen lima juta dolar. 3 00:00:18,240 --> 00:00:21,280 Walaupun ia daripada orang Iraq Bohemia yang pelik, 4 00:00:21,360 --> 00:00:24,360 itu saja Farad perlukan untuk tunjuk kekuatan mereka. 5 00:00:29,560 --> 00:00:31,000 Jadi kami pergi berperang. 6 00:00:40,000 --> 00:00:43,840 Kolonel Patricio jemput kami ke Pertempuran Cuito Cuanavale 7 00:00:43,920 --> 00:00:46,280 supaya kami faham situasi tenteranya 8 00:00:46,360 --> 00:00:48,120 dan boleh berunding butiran. 9 00:00:49,400 --> 00:00:50,760 Kita dah tiba. 10 00:00:51,480 --> 00:00:54,520 Kita menghampiri Cuito, jadi kita akan terbang rendah. 11 00:00:54,600 --> 00:00:56,400 - Terbang apa? - Terbang rendah! 12 00:01:19,000 --> 00:01:22,880 FARAD 13 00:01:26,880 --> 00:01:28,080 Lekas! 14 00:01:28,160 --> 00:01:29,760 Ke kubu parit, lekas! 15 00:01:29,840 --> 00:01:32,520 Pengeboman bermula dalam tiga minit! Lekas! 16 00:01:32,600 --> 00:01:35,280 Lekas! 17 00:01:38,440 --> 00:01:39,479 Gerak! 18 00:01:39,560 --> 00:01:41,280 Ke kubur parit sana! 19 00:01:51,880 --> 00:01:52,800 Sini! 20 00:01:56,640 --> 00:01:58,520 Selamat datang ke Cuito Cuanavale. 21 00:02:00,600 --> 00:02:01,520 Biar betul! 22 00:02:02,240 --> 00:02:03,840 Kami kira selang waktu. 23 00:02:05,160 --> 00:02:06,520 Tiga minit. 24 00:02:18,160 --> 00:02:19,800 Afrika Selatan? 25 00:02:19,880 --> 00:02:21,280 Meriam G5 mereka. 26 00:02:22,800 --> 00:02:24,880 Kita di barisan depan. 27 00:02:24,960 --> 00:02:29,600 Afrika Selatan di sana, dua kilometer dari pantai. 28 00:02:42,680 --> 00:02:45,360 Mereka menembak dari 20 kilometer jauhnya. 29 00:02:45,440 --> 00:02:47,920 Artileri kami tiada jangkauan untuk mencapai mereka. 30 00:02:48,760 --> 00:02:51,160 Jadi kami perlu terima tembakan mereka. 31 00:02:54,280 --> 00:02:55,440 Kenapa mereka tembak? 32 00:02:55,520 --> 00:02:57,200 Kami tembak untuk naikkan semangat. 33 00:02:59,640 --> 00:03:01,840 Berhenti menembak! Jangan tembak! 34 00:03:01,920 --> 00:03:03,240 Berhenti tembak! 35 00:03:06,080 --> 00:03:07,120 Tak guna. 36 00:03:07,680 --> 00:03:08,880 Akhirnya. 37 00:03:10,280 --> 00:03:11,160 Tengok. 38 00:03:12,080 --> 00:03:14,200 Itu saja yang buat mereka senyap. 39 00:03:22,720 --> 00:03:24,280 Langit milik kami. 40 00:03:27,079 --> 00:03:28,640 Asalkan kami ada gasolin. 41 00:03:40,720 --> 00:03:43,720 Kami tak cukup minyak untuk pesawat terbang lama. 42 00:03:44,440 --> 00:03:45,880 Tahu apa kami buat? 43 00:03:46,560 --> 00:03:49,040 Letak juruterbang kami di darat 44 00:03:49,120 --> 00:03:50,760 dan mereka cakap sesama sendiri 45 00:03:50,840 --> 00:03:52,680 supaya pihak lawan fikir kami terbang. 46 00:03:52,760 --> 00:03:54,040 Biar betul. 47 00:03:55,440 --> 00:03:57,760 Kami perlukan G5 itu sekarang, kawan. 48 00:04:19,600 --> 00:04:21,360 - Lelaki ini, bukan? - Ya. 49 00:04:21,480 --> 00:04:23,360 Jeneral Amin. Dia rapat dengan Saddam. 50 00:04:24,000 --> 00:04:26,120 Dia kendalikan eksport tentera. 51 00:04:27,360 --> 00:04:29,200 Anak saudaranya, Habib, bantu kami. 52 00:04:31,520 --> 00:04:34,000 Sejak bila kamu kerja dengan orang Iraq? 53 00:04:34,080 --> 00:04:35,720 Itu tak penting, Patricio. 54 00:04:36,200 --> 00:04:38,240 Awak nak meriam atau tak? 55 00:04:39,800 --> 00:04:41,920 Kami boleh selesaikan urus janji minggu ini. 56 00:04:43,240 --> 00:04:45,000 Harga lebih murah berbanding Iran. 57 00:04:46,240 --> 00:04:48,360 - Bila kamu boleh hantar? - Dua bulan. 58 00:04:48,440 --> 00:04:51,159 - Pasti? - Saya dan Oskar akan ke Iraq esok. 59 00:04:51,760 --> 00:04:53,240 Boleh awak bertahan dua bulan? 60 00:04:55,000 --> 00:04:56,880 Jika hal napalm tak berulang lagi. 61 00:04:56,920 --> 00:04:58,920 Napalm itu berjaya akhirnya. 62 00:05:01,560 --> 00:05:03,240 Kenapa awak bawa dia ke medan perang? 63 00:05:05,480 --> 00:05:07,800 Tiada sesiapa bawa saya. Saya datang sendiri. 64 00:05:09,680 --> 00:05:11,200 Bagaimana awak, En. Napalm? 65 00:05:12,040 --> 00:05:13,800 - Semua baik. - Patricio. 66 00:05:13,920 --> 00:05:15,880 Apa tujuan pertempuran di sini? 67 00:05:15,920 --> 00:05:18,680 Tiada bandar di sini yang berbaloi untuk dilindungi. 68 00:05:18,760 --> 00:05:20,360 Versi rasminya? 69 00:05:21,800 --> 00:05:24,640 Jika kami menang, aparteid Afrika Selatan musnah. 70 00:05:24,720 --> 00:05:27,680 Jika kami kalah, pihak Yankee dapat minyak Angola. 71 00:05:28,680 --> 00:05:30,280 Versi tak rasmi pula? 72 00:05:31,040 --> 00:05:33,760 Ini perang suku yang langsung tiada kaitan dengan kami. 73 00:05:38,480 --> 00:05:39,520 Selamat malam. 74 00:06:05,840 --> 00:06:06,960 Tak guna. 75 00:06:18,520 --> 00:06:20,200 Sukar, bukan? 76 00:06:24,160 --> 00:06:25,920 Namun ia lawatan yang berbaloi. 77 00:06:27,840 --> 00:06:30,320 Beritahu saya masa nak sediakan pemindahan Habib. 78 00:06:30,400 --> 00:06:31,360 Relaks. 79 00:06:32,040 --> 00:06:33,640 Tak perlu terburu-buru. 80 00:06:34,240 --> 00:06:35,200 Yakah? 81 00:06:36,840 --> 00:06:39,440 Tak perlu terburu-buru untuk dapat lima juta? 82 00:06:39,520 --> 00:06:41,960 Kamu dan Oskar okey? 83 00:06:43,320 --> 00:06:44,520 Kenapa ayah tanya? 84 00:06:45,560 --> 00:06:48,280 Entahlah. Kamu nak pergi dan tinggal bersama… 85 00:06:49,360 --> 00:06:50,320 Ya. 86 00:06:51,080 --> 00:06:52,240 Kami tangguhkan. 87 00:06:56,360 --> 00:06:57,640 Betul kata mak. 88 00:06:58,680 --> 00:07:01,360 León masih kecil jadi tak perlu tergesa-gesa. 89 00:07:04,760 --> 00:07:06,720 Namun Oskar ada rancangan lain, bukan? 90 00:07:09,240 --> 00:07:10,200 Biasalah. 91 00:07:11,160 --> 00:07:12,360 Ayah faham. 92 00:07:12,440 --> 00:07:15,280 Tiada sesiapa mahu tinggal dengan mentua seumur hidup. 93 00:07:17,400 --> 00:07:20,200 Namun kerisauan boleh jadi penasihat terburuk. 94 00:07:20,920 --> 00:07:23,240 Ia boleh buat kamu percaya perkara yang salah. 95 00:07:25,360 --> 00:07:26,560 Saya tak rasa saya faham. 96 00:07:27,680 --> 00:07:30,720 Dia mungkin fikir dia sedia untuk buat perniagaan sendiri. 97 00:07:31,120 --> 00:07:32,760 Ayah, apa ayah cakap ini? 98 00:07:33,400 --> 00:07:35,280 - Oskar takkan buat begitu. - Takkan? 99 00:07:35,800 --> 00:07:37,840 Dia buat begitu kepada pak ciknya. 100 00:07:37,920 --> 00:07:39,760 Dia tinggalkan pak cik dia untuk kita. 101 00:07:39,840 --> 00:07:41,159 Betul. 102 00:07:41,240 --> 00:07:43,200 Sebab kita beri dia tawaran yang baik. 103 00:07:43,280 --> 00:07:45,440 Orang lain boleh beri dia tawaran lebih baik. 104 00:07:45,840 --> 00:07:49,200 - Maksud ayah… - Dia bersekongkol dengan Mawad. 105 00:07:52,000 --> 00:07:54,520 - Kenapa ayah fikir begitu? - Mawad kerja dengan Iraq. 106 00:07:54,600 --> 00:07:55,720 Itu wilayah dia. 107 00:07:55,840 --> 00:07:57,400 Sekarang, tiba-tiba, 108 00:07:57,480 --> 00:08:00,760 kamu dihubungi orang Iraq yang nak orang hubungan Cuba kita. 109 00:08:00,840 --> 00:08:03,600 Ayah jadi paranoid. 110 00:08:03,680 --> 00:08:06,520 Oskar baik budaknya, bercita-cita tinggi, tak gentar, 111 00:08:06,600 --> 00:08:08,520 tapi dia macam pokok fir. 112 00:08:08,600 --> 00:08:12,480 Apabila pokok fir bertunas, ia kena matahari dan tumbuh subur 113 00:08:12,560 --> 00:08:14,480 dengan tinggi. 114 00:08:14,560 --> 00:08:16,640 Sangat cepat sehingga tak sempat matang. 115 00:08:18,640 --> 00:08:20,680 Apabila tingginya cecah 12 meter, 116 00:08:20,760 --> 00:08:23,600 dahan kecilnya terlalu lemah 117 00:08:23,680 --> 00:08:25,360 sehingga ia mereput di dalam air. 118 00:08:26,320 --> 00:08:29,000 Kamu tahu apa ibu pokok fir buat untuk mengelaknya? 119 00:08:29,680 --> 00:08:31,200 Tutup ia dengan dahannya 120 00:08:31,280 --> 00:08:33,400 supaya ia tumbuh perlahan-lahan. 121 00:08:33,480 --> 00:08:34,799 Siapa ibu pokoknya di sini? 122 00:08:35,600 --> 00:08:38,200 - Ayah? - Kamu yang perlu halang dia, Sara. 123 00:08:39,240 --> 00:08:42,400 Sebab jika tidak, jika dia jatuh, dia akan bawa kamu bersama. 124 00:08:43,320 --> 00:08:45,400 Ayah tiada untuk lindungi kamu. 125 00:08:45,480 --> 00:08:47,360 Ayah betul-betul paranoid. 126 00:08:47,440 --> 00:08:48,880 Saya kenal Oskar. 127 00:08:49,000 --> 00:08:51,760 Tak. Maksud ayah kita perlu berhati-hati, Sara. 128 00:08:52,280 --> 00:08:55,880 Semua yang Oskar buat setakat ini membantu keluarga kita. 129 00:08:56,320 --> 00:08:57,960 Dengan napalm, dengan Mawad… 130 00:08:58,040 --> 00:09:00,760 Mungkin itu masalahnya. Dia fikir dia bijak. 131 00:09:00,880 --> 00:09:03,520 Keterlaluan sehingga buat kesilapan lebih berisiko. 132 00:09:19,160 --> 00:09:20,880 Betul, saya boleh buat sendiri. 133 00:09:20,960 --> 00:09:22,840 Jangan risau, tak susah pun. 134 00:09:24,360 --> 00:09:26,960 Bagaimana awak boleh ke sini? 135 00:09:28,240 --> 00:09:30,880 Saya datang atas urusan kerja. 136 00:09:31,000 --> 00:09:33,000 - Perniagaan? - Ya. 137 00:09:33,080 --> 00:09:34,400 Di Cuito Cuanavale? 138 00:09:35,240 --> 00:09:36,520 Bunyinya mengarut, bukan? 139 00:09:36,720 --> 00:09:39,160 Aduhai, nak, kalaulah awak tahu… 140 00:09:39,880 --> 00:09:41,520 Tahu kenapa saya ke sini? 141 00:09:43,000 --> 00:09:44,360 Saya datang ke Angola 142 00:09:44,440 --> 00:09:48,000 sebab saya nak beli mesin basuh untuk anak saya sebagai hadiah kahwin. 143 00:09:48,080 --> 00:09:50,720 Untuk anak bongsu saya yang baru jadi doktor, 144 00:09:50,760 --> 00:09:54,520 saya nak belikan Walkman dan mungkin sepasang kasut. 145 00:09:54,960 --> 00:09:56,520 Awak datang ke Afrika untuk itu? 146 00:09:56,640 --> 00:09:58,640 Selama setahun di sini, 147 00:09:58,720 --> 00:10:01,080 saya dibayar sehingga 3,000 kwanza. 148 00:10:02,200 --> 00:10:03,760 Berapa nilainya? 149 00:10:05,640 --> 00:10:06,880 Enam puluh dolar. 150 00:11:33,800 --> 00:11:35,040 11:50 pagi. 151 00:11:54,160 --> 00:11:55,320 Dia mungkin nampak kita. 152 00:11:55,880 --> 00:11:57,800 - Mawad cam kereta ini. - Saya tahu. 153 00:11:58,720 --> 00:12:00,160 Kita terlalu jauh. 154 00:12:03,000 --> 00:12:04,160 Awak pasti tentang ini? 155 00:12:04,240 --> 00:12:05,880 Saya pasti? 156 00:12:07,200 --> 00:12:09,160 Kita tak nak berakhir macam Padilla. 157 00:12:10,440 --> 00:12:11,920 Jika awak tiada keyakinan… 158 00:12:12,000 --> 00:12:14,360 Tak, saya bukan tiada keyakinan. 159 00:12:15,000 --> 00:12:17,520 Saya cuma cakap kita perlu tepat. 160 00:12:18,640 --> 00:12:20,440 Ini hal serius. 161 00:12:54,320 --> 00:12:55,960 Mereka akan berada di depan kita, 162 00:12:56,800 --> 00:13:00,840 jika mereka berundur, ambil masa dalam 20 ke 30 saat. 163 00:13:01,680 --> 00:13:03,680 - Mungkin kurang. - Tak. 164 00:13:04,200 --> 00:13:05,680 Dua puluh ke 30 saat. 165 00:13:06,560 --> 00:13:08,080 Itu yang Padilla cakap. 166 00:13:08,840 --> 00:13:10,000 Siapa Padilla? 167 00:13:11,240 --> 00:13:12,320 Selamat petang. 168 00:13:12,400 --> 00:13:13,560 Hai. 169 00:13:14,320 --> 00:13:15,160 Hai. 170 00:13:15,680 --> 00:13:18,000 Padilla salah ukur fius dinamit. 171 00:13:19,680 --> 00:13:22,120 Saya beritahu dia, "Caj cukup besar untuk 80 meter." 172 00:13:22,200 --> 00:13:23,480 Dia kata tak. 173 00:13:23,600 --> 00:13:24,960 Katanya 60 dah cukup. 174 00:13:25,040 --> 00:13:26,920 Namun siapa sebenarnya Padilla? 175 00:13:27,000 --> 00:13:28,600 Kawan sekerja saya di lombong dulu. 176 00:13:29,000 --> 00:13:31,960 Dia pun yakin juga, sampailah dia letupkan diri sendiri. 177 00:13:33,560 --> 00:13:36,800 - Jadi Padilla terbakar. - Ya. 178 00:13:36,880 --> 00:13:38,240 Habis terbakar. 179 00:13:38,760 --> 00:13:42,960 Jadi jika awak fikir mereka perlukan 30 saat, anggap mereka buat dalam 10 saat. 180 00:13:44,600 --> 00:13:46,080 Kata si jurutera. 181 00:13:46,720 --> 00:13:48,480 Saya boleh pergi dan awak buat sendiri. 182 00:13:48,560 --> 00:13:50,360 Saya berguraulah. 183 00:13:50,440 --> 00:13:51,760 Ini serius, Hugo. 184 00:13:51,840 --> 00:13:53,800 Okeylah. Apa saja awak cakap. 185 00:13:53,920 --> 00:13:55,320 Sepuluh saat. 186 00:14:09,600 --> 00:14:11,760 Ini akan mengubah hidup saya. 187 00:14:12,280 --> 00:14:13,520 Jika berlaku kesilapan? 188 00:14:15,360 --> 00:14:17,120 Takkan silap. 189 00:14:17,200 --> 00:14:19,400 Saya nampak jelas di Prague, Manuel. 190 00:14:20,040 --> 00:14:22,400 Jika nak pecahkan aturan lama, 191 00:14:22,480 --> 00:14:25,640 tak boleh duduk saja, menunggu dan takut. 192 00:14:26,160 --> 00:14:27,920 Awak perlu berani. 193 00:14:29,920 --> 00:14:32,080 Sebab ini detik kita. 194 00:14:54,920 --> 00:14:56,320 Hei… 195 00:14:56,400 --> 00:14:58,320 Veteran perang dah balik. 196 00:14:58,840 --> 00:15:00,160 Syukurlah awak tak pergi. 197 00:15:00,280 --> 00:15:01,640 Teruk di sana. 198 00:15:01,720 --> 00:15:03,360 Saya tak dijemput. 199 00:15:04,040 --> 00:15:04,960 Di sana teruk. 200 00:15:05,760 --> 00:15:07,200 - Percayalah. - Tentulah. 201 00:15:09,400 --> 00:15:10,800 Di mana ayah? 202 00:15:10,880 --> 00:15:11,920 Uruskan kerja. 203 00:15:12,000 --> 00:15:13,160 Dengan suami awak? 204 00:15:13,840 --> 00:15:15,480 Awak dah dikecualikan? 205 00:15:16,240 --> 00:15:17,280 Pergi mati. 206 00:15:21,760 --> 00:15:22,800 Sayang mak! 207 00:15:23,640 --> 00:15:25,000 Hai, sayang! 208 00:15:25,080 --> 00:15:26,280 Helo, kesayangan mak. 209 00:15:26,360 --> 00:15:27,400 Geramnya dengan dia! 210 00:15:29,920 --> 00:15:31,920 Hai, sayang! 211 00:16:04,480 --> 00:16:06,520 Ambil masa dalam sepuluh minit. 212 00:16:15,800 --> 00:16:17,920 - Ayah nak ke mana? - Buang air. 213 00:16:30,480 --> 00:16:31,720 Semua okey? 214 00:16:32,680 --> 00:16:34,880 Ada sesuatu yang ayah asyik fikirkan 215 00:16:34,960 --> 00:16:37,360 dan asyik bermain dalam fikiran, 216 00:16:37,440 --> 00:16:39,040 tapi entahlah, 217 00:16:39,120 --> 00:16:41,120 - pelik betul. - Apa? 218 00:16:45,520 --> 00:16:46,360 Ayah tak tahu. 219 00:16:47,920 --> 00:16:49,520 Kenapa kita datang ke Iraq? 220 00:16:50,240 --> 00:16:53,040 Tentulah untuk beli meriam. Namun semua ini… 221 00:16:53,520 --> 00:16:55,240 Mungkin ayah yang paranoid. 222 00:16:55,320 --> 00:16:57,280 Saya tak rasa saya faham. 223 00:16:57,360 --> 00:16:58,680 Biar ayah jelaskan. 224 00:16:59,200 --> 00:17:05,119 Habib kebetulan perantara untuk jual meriamnya. 225 00:17:05,920 --> 00:17:08,599 Kebetulan pula, dia telefon kamu. 226 00:17:09,040 --> 00:17:12,720 Daripada semua orang hubungan dia di Angola, dia pilih kamu di Marbella. 227 00:17:12,800 --> 00:17:15,280 Marbella, biar betul! 228 00:17:15,319 --> 00:17:17,800 Kamu pula bekerja dengan ayah 229 00:17:18,400 --> 00:17:23,520 dan ayah pula sehaluan dengan orang Cuba dan Angola. 230 00:17:23,560 --> 00:17:26,319 Apatah lagi, sebagai orang hubungan langsung, 231 00:17:26,400 --> 00:17:28,079 kamu kerap bercakap dengan Mawad. 232 00:17:29,320 --> 00:17:33,520 Sejujurnya, perjanjian ini boleh beri manfaat kepada Mawad. 233 00:17:37,320 --> 00:17:40,040 Takkah bunyinya macam terlalu banyak kebetulan? 234 00:17:40,080 --> 00:17:41,560 - Terlalu banyak kebetulan? - Ya. 235 00:17:41,680 --> 00:17:43,560 Mungkin kebetulan, 236 00:17:43,640 --> 00:17:45,080 tapi mungkin juga 237 00:17:46,440 --> 00:17:48,440 ada orang anggap ayah bodoh. 238 00:17:48,520 --> 00:17:50,680 - Ayah menuduh saya? - Bukan. 239 00:17:51,440 --> 00:17:53,520 Bukan maksud ayah ini rancangan kamu. 240 00:17:54,240 --> 00:17:56,160 - Rancangan orang lain, ya. - Siapa? 241 00:17:56,560 --> 00:17:58,760 Habib? Orang Iraq? 242 00:17:58,800 --> 00:18:00,040 Kamulah beritahu ayah. 243 00:18:01,000 --> 00:18:01,960 Saya tak tahu. 244 00:18:02,560 --> 00:18:03,640 Seseorang dari Marbella 245 00:18:04,400 --> 00:18:06,080 yang bekerja dengan Iraq 246 00:18:06,160 --> 00:18:08,480 tapi tak sebulu dengan orang Cuba dan Angola. 247 00:18:08,560 --> 00:18:10,040 Ayah nak batalkan urus janji ini? 248 00:18:10,160 --> 00:18:11,320 Beritahu saja kebenaran. 249 00:18:11,440 --> 00:18:12,800 Saya tak tahu apa-apa pasal Mawad. 250 00:18:12,880 --> 00:18:14,400 - Kamu menipu. - Saya sumpah. 251 00:18:16,880 --> 00:18:19,280 Sara beritahu semua di Cuito, Oskar. 252 00:18:20,280 --> 00:18:21,520 Apa dia beritahu? 253 00:18:21,560 --> 00:18:23,000 Tentang perjanjian dengan Mawad. 254 00:18:23,080 --> 00:18:24,400 Saya tak tahu apa-apa. 255 00:18:24,520 --> 00:18:25,880 Mengaku sajalah. 256 00:18:26,440 --> 00:18:28,400 Jujur dengan ayah dan mengaku. 257 00:18:28,920 --> 00:18:31,320 Kita masih akan teruskan supaya kamu boleh dapat komisen. 258 00:18:31,440 --> 00:18:33,560 Namun jika kamu menipu ayah lagi… 259 00:18:39,320 --> 00:18:41,520 Baiklah, kalau begitu. Kita balik rumah. 260 00:18:45,640 --> 00:18:47,080 Saya buat demi keluarga. 261 00:18:48,800 --> 00:18:49,800 Apa? 262 00:18:50,440 --> 00:18:53,480 Seseorang perlu baiki situasi sebelum Hugo buatnya lebih teruk. 263 00:18:55,560 --> 00:18:57,400 Ayah sakit. 264 00:18:58,080 --> 00:18:59,880 Ayah tenat. 265 00:18:59,960 --> 00:19:01,680 Kami perlu fikir masa depan. 266 00:19:02,160 --> 00:19:03,560 Ini perang ayah dengan Mawad. 267 00:19:04,080 --> 00:19:05,960 Dan kami tak nak mewarisinya. 268 00:19:15,720 --> 00:19:18,400 Hei! Tuan okey? 269 00:19:18,800 --> 00:19:20,160 Ya. 270 00:19:20,240 --> 00:19:22,080 Ya, kami sedia nak pergi. 271 00:19:44,560 --> 00:19:46,320 Kamu tahu sesuatu, Oskar? 272 00:19:47,320 --> 00:19:49,560 Anak ayah tak beritahu apa-apa. 273 00:19:49,640 --> 00:19:50,800 Kamu sendiri beritahu. 274 00:20:15,400 --> 00:20:19,720 Ambil masa dua hari untuk ke sana. Ia kawasan terpencil. 275 00:20:20,320 --> 00:20:22,280 Saya akan cuba tidur atas bot. 276 00:20:22,320 --> 00:20:25,800 Kita boleh berlabuh di mana-mana teluk sehingga keadaan reda. 277 00:20:27,480 --> 00:20:28,760 Tentu seronok. 278 00:20:29,480 --> 00:20:31,000 Berlayar. 279 00:20:31,080 --> 00:20:32,400 Memancing. 280 00:20:33,040 --> 00:20:35,080 Awak rasa berapa lama ia bertahan? 281 00:20:35,680 --> 00:20:36,720 Sebulan. 282 00:20:37,560 --> 00:20:39,080 Paling lama pun dua bulan. 283 00:20:40,640 --> 00:20:43,320 Ayah saya akan berurus janji dengan orang Saudi. 284 00:20:44,560 --> 00:20:45,720 Kemudian, 285 00:20:46,480 --> 00:20:47,800 kita akan balik 286 00:20:48,520 --> 00:20:51,320 dan ambil tempat kita yang selayaknya. 287 00:20:52,640 --> 00:20:55,320 Hei, cakap sekali lagi. 288 00:20:56,160 --> 00:20:58,680 Tempat kita yang selayaknya. 289 00:20:58,760 --> 00:21:00,240 Bunyi awak meyakinkan. 290 00:21:00,320 --> 00:21:02,000 Sangat. 291 00:21:02,960 --> 00:21:04,800 Buat saya terangsang. 292 00:21:08,080 --> 00:21:10,160 Tahu apa yang saya rasa nak buat sekarang? 293 00:22:27,880 --> 00:22:28,920 Kawan! 294 00:22:29,000 --> 00:22:30,640 Assalamualaikum, Habib. 295 00:22:30,720 --> 00:22:31,720 Akhirnya kita jumpa. 296 00:22:31,800 --> 00:22:33,040 Dah tiba masanya. 297 00:22:33,560 --> 00:22:35,040 - Oskar. - Habib. 298 00:22:35,120 --> 00:22:37,200 - Bagaimana dengan bir? - Ya, boleh. 299 00:22:37,280 --> 00:22:38,440 Bagus, terima kasih. 300 00:22:38,520 --> 00:22:39,720 Bagaimana perjalanan awak? 301 00:22:39,800 --> 00:22:40,960 Bagus. 302 00:22:41,040 --> 00:22:43,920 Saya harap awak tak bersemangat tentang seni macam isteri awak. 303 00:22:44,000 --> 00:22:45,400 Sikit pun tak. 304 00:22:48,880 --> 00:22:50,920 Sebaik saja awak bayar, kami akan hantar. 305 00:22:51,000 --> 00:22:52,560 Bila awak boleh buat pemindahan? 306 00:22:52,640 --> 00:22:54,680 - Terpulang kepada awak? - Kepada saya? 307 00:22:55,400 --> 00:22:57,280 Kalau begitu kita tandatangan sekarang. 308 00:22:59,520 --> 00:23:01,720 Amin pula? Di mana Jeneral Amin? 309 00:23:02,760 --> 00:23:04,360 - Apa? - Saya nak jumpa dia. 310 00:23:05,600 --> 00:23:07,200 Saya nak jumpa pak cik awak. 311 00:23:07,960 --> 00:23:09,280 Dia luluskan urus janji ini, 312 00:23:09,360 --> 00:23:11,280 itu saja sebab kita di sini. 313 00:23:11,360 --> 00:23:13,800 Jangan kecil hati, tapi awak tak cukup bagi saya. 314 00:23:24,920 --> 00:23:25,800 Ayah. 315 00:23:26,920 --> 00:23:28,840 - Apa ayah buat? - Jangan masuk campur. 316 00:23:28,920 --> 00:23:30,600 Kita sepatutnya selesaikan urus janji. 317 00:23:31,520 --> 00:23:34,000 Ayah yang sepatutnya berada di sini. 318 00:23:34,080 --> 00:23:35,760 Tunggu ayah di ruang depan. 319 00:23:41,960 --> 00:23:43,480 Menantu saya tak matang. 320 00:23:44,560 --> 00:23:46,440 Itulah masalah orang muda. 321 00:23:53,720 --> 00:23:54,800 Terima kasih. 322 00:23:58,520 --> 00:24:01,120 Saya perlukan pak cik awak untuk beri jaminan rasmi. 323 00:24:01,200 --> 00:24:02,160 Kenapa? 324 00:24:03,000 --> 00:24:05,480 Sebab orang Cuba dan Angola rasa curiga. 325 00:24:06,040 --> 00:24:07,160 Dan saya faham. 326 00:24:07,240 --> 00:24:09,200 Awak berkawan dengan orang Afrika Selatan. 327 00:24:09,280 --> 00:24:11,480 - Awak beli G5 mereka. - Jadi? 328 00:24:11,560 --> 00:24:14,640 Itu meriam yang sama kami akan guna menentang Afrika Selatan. 329 00:24:14,720 --> 00:24:16,680 Siapa akan jamin ia takkan disabotaj? 330 00:24:16,760 --> 00:24:18,880 Jeneral Amin luluskan, takkan disabotaj. 331 00:24:18,960 --> 00:24:20,680 Jadi minta dia ke sini beritahu saya. 332 00:24:20,760 --> 00:24:22,640 Dia tiada masa, dia terlalu sibuk. 333 00:24:22,720 --> 00:24:24,960 Kalau begitu, Habib, 334 00:24:25,040 --> 00:24:26,680 beritahu saya bila dia lapang. 335 00:24:27,880 --> 00:24:30,640 Ini keterlaluan, berbulan-bulan kita dah bincang. 336 00:24:31,080 --> 00:24:32,680 Awak akan rosakkan semua. 337 00:24:33,240 --> 00:24:35,160 - Selamat jalan, Habib. - Nanti, tunggu. 338 00:24:38,040 --> 00:24:39,160 Saya telefon pak cik saya. 339 00:24:40,160 --> 00:24:42,400 Namun tak boleh janji. Mungkin dalam seminggu. 340 00:24:42,480 --> 00:24:43,640 Saya tak tergesa-gesa. 341 00:24:44,600 --> 00:24:46,400 Asalkan ada banyak bir. 342 00:25:10,000 --> 00:25:11,040 Di mana Hugo? 343 00:25:12,760 --> 00:25:13,920 Saya tunggu dia. 344 00:25:18,120 --> 00:25:20,120 Saya rasa dia mandi. 345 00:25:23,320 --> 00:25:24,200 Maaf. 346 00:25:43,920 --> 00:25:46,880 Adik kamu dah dewasa untuk kamu periksa keadaan dia. 347 00:25:46,960 --> 00:25:48,920 Dia nampak gelisah, mak. 348 00:25:49,040 --> 00:25:51,320 - Dia memang begitu. - Kebelakangan ini makin teruk. 349 00:25:51,480 --> 00:25:53,000 Sejak dia balik dari Prague. 350 00:25:53,080 --> 00:25:55,400 Minta Oskar cakap dengan Manuel, 351 00:25:55,480 --> 00:25:58,080 memandangkan mereka rapat sekarang. 352 00:25:58,160 --> 00:25:59,080 Itu saja. 353 00:25:59,800 --> 00:26:02,080 Tahu kenapa mereka rapat? 354 00:26:02,960 --> 00:26:04,560 Sebab mereka sebulu. 355 00:26:04,640 --> 00:26:05,800 Itu yang mak fikir? 356 00:26:05,880 --> 00:26:07,960 Ya, jelas sekali. 357 00:26:09,480 --> 00:26:10,760 Sara, sejujurnya, 358 00:26:10,840 --> 00:26:13,200 mak tak nak layan apa kamu fikir. 359 00:26:13,280 --> 00:26:15,080 - Apa yang saya fikir? - Kokaina. 360 00:26:15,160 --> 00:26:17,840 Tak. Saya bukan fikir tentang kokaina, mak. 361 00:26:18,560 --> 00:26:19,920 - Tak? - Tak. 362 00:26:21,440 --> 00:26:23,560 - Kita perlu bincang. - Tentang apa? 363 00:26:25,000 --> 00:26:28,000 Jika sesuatu berlaku dengan Hugo, mak akan cakap dengan dia. 364 00:26:28,080 --> 00:26:29,200 Atau ayah dia. 365 00:26:30,200 --> 00:26:31,720 Kamu sentiasa masuk campur. 366 00:26:31,800 --> 00:26:34,440 - Saya cuma nak bantu, mak. - Tentulah. 367 00:26:34,520 --> 00:26:36,040 Kamu Bonda Teresa. 368 00:26:36,120 --> 00:26:37,720 Apa maksud mak? 369 00:26:37,800 --> 00:26:39,000 Kamu suka menghukum. 370 00:26:39,080 --> 00:26:42,240 Kamu anggap diri sebagai standard. Kamu cuba baiki hidup semua orang. 371 00:26:43,360 --> 00:26:45,960 Namun kamu ke Angola dan tinggalkan anak kamu di sini. 372 00:26:49,200 --> 00:26:51,480 - Itu lain. - Apa yang lain? 373 00:26:52,280 --> 00:26:55,560 Merisikokan nyawa demi cita-cita sama saja bodohnya macam hisap dadah 374 00:26:55,640 --> 00:26:57,720 - atau apa-apalah yang Hugo buat. - Cita-cita? 375 00:26:57,800 --> 00:27:00,440 - Cita-cita saya? - Ya, cita-cita kamu. 376 00:27:01,560 --> 00:27:03,080 Kamu tahu kenapa kamu buat? 377 00:27:04,120 --> 00:27:05,080 Kenapa? 378 00:27:06,720 --> 00:27:09,120 Kamu takut Oskar akan tinggalkan kamu. 379 00:27:09,480 --> 00:27:11,720 Betul. Tentulah. 380 00:27:12,200 --> 00:27:14,440 Memandangkan mak selalu mainkan watak sokongan. 381 00:27:16,280 --> 00:27:18,560 Menjadi ibu ialah watak sokongan? 382 00:27:18,640 --> 00:27:20,800 Menjaga keluarga 383 00:27:20,880 --> 00:27:23,440 - mengorbankan diri… - Mengorbankan diri bagaimana? 384 00:27:23,520 --> 00:27:24,960 Beri jam? 385 00:27:26,360 --> 00:27:29,520 Sara, kamu memang anak mua. 386 00:27:30,720 --> 00:27:33,280 Okey, saya nak pergi sekarang. 387 00:27:33,360 --> 00:27:35,600 Kami akan telefon apabila dah sampai darat. 388 00:27:35,680 --> 00:27:37,960 Harap berjalan lancar. Hati-hati. 389 00:27:38,040 --> 00:27:39,800 - Jaga diri. - Ya. 390 00:27:42,480 --> 00:27:43,760 Kamu nak ke mana? 391 00:27:43,840 --> 00:27:46,880 Ibiza, Corsica, Santorini... 392 00:27:46,960 --> 00:27:48,440 Tengoklah nanti. 393 00:27:48,520 --> 00:27:50,360 Jadi Kalashnikov itu untuk apa? 394 00:27:56,840 --> 00:27:59,640 Imaginasi awak memang melampau, Sara. 395 00:27:59,720 --> 00:28:00,920 Sungguh. 396 00:28:01,000 --> 00:28:01,920 Tolonglah. 397 00:28:02,000 --> 00:28:03,200 Nanti saya telefon, okey? 398 00:28:03,280 --> 00:28:05,000 - Selamat jalan. - Jumpa nanti. 399 00:28:07,360 --> 00:28:09,600 Saya serius. Dia bawa dua senapang di dalam but. 400 00:28:09,680 --> 00:28:11,760 - Untuk lepaskan tekanan. - Apa mak cakap ini? 401 00:28:11,840 --> 00:28:14,200 Dia berlatih. Dia beritahu mak. 402 00:28:14,280 --> 00:28:15,400 Mak pula okey dengannya? 403 00:28:16,440 --> 00:28:17,760 Mak mungkin sertai dia. 404 00:28:44,440 --> 00:28:46,640 Masgouf sedap. 405 00:28:49,520 --> 00:28:52,000 - Ikan? - Ya, macam ikan kap panggang. 406 00:28:54,240 --> 00:28:56,080 Ada juga falafel, kubbah, 407 00:28:56,160 --> 00:28:57,400 kambing, terung, 408 00:28:57,800 --> 00:28:59,480 kafta. Semua ada. 409 00:29:00,640 --> 00:29:03,000 - Semua untuk kita? - Tiada orang lain di sini. 410 00:29:04,880 --> 00:29:06,760 Bukankah semua ini agak pelik? 411 00:29:08,960 --> 00:29:10,480 Ini rumah protokol kerajaan. 412 00:29:10,560 --> 00:29:14,320 Mereka dah biasa hidang kepada orang tanpa mengganggu mereka. 413 00:29:21,600 --> 00:29:22,680 Saya nak minta maaf. 414 00:29:23,480 --> 00:29:24,920 Alasan saya tak penting. 415 00:29:25,360 --> 00:29:28,400 Saya patut bincang dengan ayah sebelum berurus janji dengan Mawad. 416 00:29:32,120 --> 00:29:35,160 Kamu tahu, bukan ini yang paling menyakitkan. 417 00:29:37,520 --> 00:29:39,200 Ayah sedih 418 00:29:39,280 --> 00:29:42,040 sebab kamu heret anak ayah ke dalamnya di belakang ayah. 419 00:29:42,960 --> 00:29:44,680 Saya minta maaf. 420 00:29:45,640 --> 00:29:46,920 Kami ingatkan kami berhak 421 00:29:47,000 --> 00:29:49,400 - untuk baikinya sendiri. - Hak? 422 00:29:50,200 --> 00:29:51,200 Hak? 423 00:29:54,480 --> 00:29:56,320 Kamu tahu apa kawan peguam ayah cakap? 424 00:29:58,160 --> 00:30:00,000 Hak tak wujud dalam keluarga. 425 00:30:01,600 --> 00:30:05,440 Sebab apabila ada hak, apabila seseorang menuntutnya, 426 00:30:06,400 --> 00:30:08,400 bermakna keluarga dah tak wujud. 427 00:30:09,240 --> 00:30:10,760 Apa kita nak buat sekarang? 428 00:30:12,440 --> 00:30:13,760 Saling membenci? 429 00:30:15,160 --> 00:30:16,440 Atau buka lembaran baharu? 430 00:31:07,160 --> 00:31:08,240 Apa awak buat di sini? 431 00:31:08,320 --> 00:31:09,800 Awak cakaplah. 432 00:31:13,000 --> 00:31:13,880 Cakap apa? 433 00:31:15,960 --> 00:31:17,160 Saya tak tahu. 434 00:31:18,120 --> 00:31:21,160 Berapa banyak kokaina awak ambil? Dua gram? 435 00:31:21,680 --> 00:31:23,200 Lima, sepuluh? 436 00:31:24,080 --> 00:31:25,280 Dengar sini, Sara, berambus. 437 00:31:25,360 --> 00:31:28,240 Saya tak tahu rancangan awak, jangan buat. 438 00:31:33,040 --> 00:31:36,240 Jadi awak seorang saja yang boleh buat rancangan di sini? 439 00:31:36,360 --> 00:31:37,960 Saya serius. 440 00:31:38,040 --> 00:31:40,200 Awak dah pun beri masalah kepada keluarga. 441 00:31:40,280 --> 00:31:41,720 Adik awak berhak untuk… 442 00:31:41,800 --> 00:31:43,240 Saya tak cakap dengan awak. 443 00:31:45,560 --> 00:31:50,440 Manuel boleh cakap apa saja dia nak sebab dia kawan saya. 444 00:31:51,720 --> 00:31:52,880 Kawan awak? 445 00:31:52,960 --> 00:31:54,640 Ya, kawan saya, 446 00:31:54,720 --> 00:31:56,560 kawan subahat, kawan pendengar, 447 00:31:56,640 --> 00:31:59,000 peneman saya, semua yang awak tak pernah jadi. 448 00:31:59,080 --> 00:32:01,680 Ya, dia meniduri saya juga dan ia sangat memuaskan. 449 00:32:01,760 --> 00:32:03,600 Oskar tentu tak hebat di ranjang 450 00:32:03,680 --> 00:32:07,040 sebab sejak beberapa bulan lepas awak nampak macam merayu 451 00:32:07,120 --> 00:32:09,960 supaya seseorang di dunia ini meniduri awak. 452 00:32:14,720 --> 00:32:17,000 Dah tamat, Sara. Tiada lagi mengejar awak, 453 00:32:17,080 --> 00:32:19,600 kutip barang awak, menurut. 454 00:32:19,680 --> 00:32:22,600 Tak risau lagi tentang ayah yang tak pernah sikit pun tunjuk empati. 455 00:32:22,680 --> 00:32:25,560 Awak tak mengenang budi. Selepas semua mereka buat. 456 00:32:25,640 --> 00:32:28,800 Mereka tak pernah buat apa-apa untuk saya. Tak pernah. 457 00:32:31,640 --> 00:32:34,160 Namun saya akan buat sesuatu untuk mereka. 458 00:32:34,240 --> 00:32:35,720 Sebab ini yang saya perlu buat. 459 00:32:35,800 --> 00:32:39,200 Sebab awak perlu tahu cari tempat sendiri dalam hidup. Faham? 460 00:32:39,280 --> 00:32:42,280 Tak penting cara dan lokasi. Awak perlu berani, 461 00:32:42,360 --> 00:32:45,160 Sara, dengar cakap saya, berani menerima takdir awak. 462 00:32:46,720 --> 00:32:48,280 Takdir apa, Hugo? 463 00:32:49,240 --> 00:32:51,080 Mengorbankan diri untuk orang saya. 464 00:32:51,880 --> 00:32:53,760 Namun bukan macam mati syahid. 465 00:32:54,520 --> 00:32:56,560 Bukan itu yang saya nak buat. Ia… 466 00:32:59,800 --> 00:33:01,720 - Darwinisme. - Darwinisme. 467 00:33:03,000 --> 00:33:06,920 Saya akan naikkan spesies Farad yang baharu. 468 00:33:07,000 --> 00:33:09,560 Lebih kuat, lebih bersedia, 469 00:33:09,640 --> 00:33:12,160 lebih mampu menyesuaikan diri. Faham? 470 00:33:16,680 --> 00:33:18,480 Apa yang awak nak buat? 471 00:33:27,160 --> 00:33:29,040 Berambus dari sini! 472 00:33:48,240 --> 00:33:49,720 Dari jauh ayah tahu niat kamu. 473 00:33:49,800 --> 00:33:51,000 Ayah tahu semua tentang kamu, 474 00:33:51,080 --> 00:33:53,560 apa yang kamu buat, dah buat dan bakal buat. 475 00:33:53,640 --> 00:33:56,080 Tahu sebab apa? Sebab kamu sama macam ayah. 476 00:33:56,160 --> 00:33:58,400 Jadi kenapa ayah fikir saya khianati ayah? 477 00:33:59,040 --> 00:34:00,800 Sebab itulah yang ayah buat. 478 00:34:09,320 --> 00:34:11,280 Ayah khianati lelaki yang tolong ayah. 479 00:34:11,719 --> 00:34:14,000 Lelaki yang tolong ayah macam ayah tolong kamu. 480 00:34:14,480 --> 00:34:16,199 Dia keluarkan ayah dari kegelapan, 481 00:34:16,320 --> 00:34:18,880 beri kerja dan beri nama keluarga. 482 00:34:19,440 --> 00:34:21,600 - Nama keluarga? - Ya, nama keluarga ayah. 483 00:34:21,639 --> 00:34:23,280 Bapa kepada ayah ialah orang Algeria. 484 00:34:23,360 --> 00:34:24,960 Dia pergi ketika usia ayah dua tahun. 485 00:34:25,040 --> 00:34:27,080 Dia beritahu mak, "Selamat tinggal, sayang." 486 00:34:27,159 --> 00:34:30,320 Dia pergi ketika perang saudara dan tak pernah jumpa dia lagi. 487 00:34:31,040 --> 00:34:32,920 .Ayah membesar guna nama keluarga mak. 488 00:34:33,000 --> 00:34:36,560 Selepas perang itu, jika orang bernama Pérez dan Rodríguez kelaparan, 489 00:34:36,639 --> 00:34:38,280 bayangkan Farad. 490 00:34:39,960 --> 00:34:41,159 Saya tak tahu. 491 00:34:43,159 --> 00:34:47,040 Ayah jadi Virgilio González, memang itu nama sebenar. 492 00:34:47,400 --> 00:34:49,639 Virgilio Leonardo Farad González. 493 00:34:51,880 --> 00:34:53,159 Tentu hidup susah. 494 00:34:53,840 --> 00:34:56,040 Ya, sangat susah. 495 00:34:57,640 --> 00:34:59,480 Keluarga mak orang Republikan, 496 00:34:59,560 --> 00:35:02,760 jadi kami perlu lalui banyak kesusahan hidup. 497 00:35:05,800 --> 00:35:07,400 Ayah cari cara untuk hidup. 498 00:35:07,480 --> 00:35:10,360 Ayah mula terlibat dengan barang kecil. Mula-mula, tembakau, 499 00:35:11,440 --> 00:35:12,640 wain palsu, 500 00:35:12,760 --> 00:35:15,440 kemudian kasut, gandum, barli, gasolin… 501 00:35:19,800 --> 00:35:22,040 Sehingga ayah jumpa seorang lelaki Arab di Málaga 502 00:35:22,840 --> 00:35:26,640 yang kata, "Hei, awak orang kami. Kami akan bantu awak." 503 00:35:28,200 --> 00:35:31,640 Dia suruh ayah buat kerja rencam, kerja kecil, kemudian kerja besar. 504 00:35:32,520 --> 00:35:35,640 Dia dah jadi macam abang bagi ayah. 505 00:35:35,680 --> 00:35:38,280 Dia yakinkan ayah ambil semula nama keluarga, Farad, 506 00:35:38,360 --> 00:35:41,560 sebab dia percaya ia akan buka peluang untuk ayah. 507 00:35:41,640 --> 00:35:43,680 - Ia buka peluang? - Ya, sangat buka peluang. 508 00:35:47,040 --> 00:35:49,560 Dua bulan kemudian ayah di Algeria 509 00:35:49,640 --> 00:35:54,480 berunding penghantaran senjata pertama dengan Barisan Pembebasan Algeria. 510 00:35:54,560 --> 00:35:55,480 Begitu saja? 511 00:35:55,560 --> 00:35:58,680 Dia dah menyeludup senjata sejak Perang Dunia Kedua. 512 00:35:58,840 --> 00:36:00,120 Jadi apa dia buat? 513 00:36:00,160 --> 00:36:02,400 Dia jadikan ayah orang penting. 514 00:36:03,080 --> 00:36:06,680 Jika dia tangan kanan, ayah tangan kiri. 515 00:36:06,800 --> 00:36:08,080 Macam kamu kepada ayah. 516 00:36:09,520 --> 00:36:11,640 - Apa jadi? - Keadaan berjalan lancar. 517 00:36:11,680 --> 00:36:15,520 Ayah berhubungan dengan antikolonial, pertempuran antiimperial, 518 00:36:15,600 --> 00:36:17,760 romantisisme sayap kiri. 519 00:36:18,840 --> 00:36:21,520 Ayah jumpa Monzer di Algiers, 520 00:36:21,600 --> 00:36:23,600 Henry, kemudian Khalid datang… 521 00:36:25,040 --> 00:36:28,560 Gabungan perniagaan dan idealisme yang lengkap. 522 00:36:28,640 --> 00:36:31,800 Mereka beri ayah idea dan kami bekalkan senjata. 523 00:36:31,880 --> 00:36:33,160 Namun abang ayah ini, 524 00:36:33,200 --> 00:36:35,400 si tak guna ini terlalu konservatif. 525 00:36:36,040 --> 00:36:38,760 Ketika dia nampak Algeria berpihak kepada Soviet, 526 00:36:38,840 --> 00:36:40,480 dia suruh ayah berhenti. 527 00:36:40,960 --> 00:36:43,480 Sebab dia menjual senjata ke bahagian satu lagi. 528 00:36:44,080 --> 00:36:46,320 - Kepada orang Amerika. - Orang Amerika. 529 00:36:47,520 --> 00:36:48,840 Ayah cakap ayah tak nak. 530 00:36:48,920 --> 00:36:51,440 - Dia tentu tak boleh terima. - Teruk. 531 00:36:51,520 --> 00:36:53,080 Dia cakap depan muka ayah, 532 00:36:53,160 --> 00:36:57,040 hakikat yang dia ajar ayah semuanya dan bentuk diri ayah seperti ini. 533 00:36:57,120 --> 00:36:59,160 Dia kata ayah mengkhianati dia. 534 00:36:59,200 --> 00:37:01,320 Namun lebih teruk, ayah guna dia 535 00:37:02,520 --> 00:37:04,560 untuk masuk perniagaan ini sendiri. 536 00:37:05,040 --> 00:37:06,120 Betul kata dia. 537 00:37:12,880 --> 00:37:15,040 - Ayah pernah berbaik? - Tak pernah. 538 00:37:16,880 --> 00:37:18,920 Kenapa pula? Dia dah mati? 539 00:37:19,000 --> 00:37:21,760 Dia jutawan. Tinggal di Marbella. 540 00:37:24,200 --> 00:37:25,920 Namanya Nabil Mawad. 541 00:37:26,880 --> 00:37:28,000 Mawad? 542 00:37:45,280 --> 00:37:46,520 Kereta rosak? 543 00:37:49,040 --> 00:37:50,120 Jangan masuk campur. 544 00:37:59,520 --> 00:38:00,840 Itu pun dia. 545 00:38:00,960 --> 00:38:02,400 Mereka dah sampai. 546 00:38:17,840 --> 00:38:19,640 Apa dua orang bodoh itu buat? 547 00:38:52,640 --> 00:38:53,640 Lekas! 548 00:38:55,160 --> 00:38:56,800 Lekaslah, tak guna! 549 00:38:57,680 --> 00:39:00,160 Hugo! Lekas, Hugo, tak guna! 550 00:40:01,640 --> 00:40:04,200 Mandi. Jumpa di tingkat bawah dalam tiga minit. 551 00:40:04,320 --> 00:40:06,120 - Apa berlaku? - Jeneral Amin. 552 00:40:09,640 --> 00:40:11,400 Cepat, jom! 553 00:40:17,960 --> 00:40:19,680 Hadiah. Untuk awak. 554 00:40:20,040 --> 00:40:21,200 Bukalah. 555 00:40:23,200 --> 00:40:25,280 - Dengar sini, Encik… - Farad. 556 00:40:25,360 --> 00:40:26,480 Farad. 557 00:40:26,600 --> 00:40:28,160 Awak orang Lubnan? 558 00:40:28,280 --> 00:40:30,840 Tak, itu Farah, dengan H. 559 00:40:30,920 --> 00:40:33,160 Nama saja dieja dengan D. 560 00:40:33,280 --> 00:40:35,200 Ayah saya orang Algeria. 561 00:40:36,640 --> 00:40:38,320 Saya tak suka buang masa. 562 00:40:38,400 --> 00:40:40,200 Habib anak saudara saya. 563 00:40:41,000 --> 00:40:42,840 Transaksi dia ada jaminan saya. 564 00:40:43,480 --> 00:40:45,360 Jika awak tak mahu G5… 565 00:40:45,440 --> 00:40:47,840 Saya bukan datang untuk G5, jeneral. 566 00:40:47,920 --> 00:40:49,640 Saya ke sini nak bantu awak. 567 00:40:49,760 --> 00:40:50,920 Hadiah. 568 00:40:54,040 --> 00:40:55,480 Hadiah bagaimana? 569 00:40:55,560 --> 00:40:58,520 Nama pengkhianat yang bekerja dengan awak selama bertahun-tahun. 570 00:40:59,760 --> 00:41:01,280 Nabil Mawad. 571 00:41:01,360 --> 00:41:02,360 Nabil Mawad? 572 00:41:02,440 --> 00:41:03,600 Apa awak cakap ini? 573 00:41:04,280 --> 00:41:06,560 Saya tahu awak anggap Mawad kawan, 574 00:41:07,600 --> 00:41:10,920 tapi kawan jenis apa yang jual senjata kepada musuh terbesar awak? 575 00:41:11,400 --> 00:41:12,440 Iran. 576 00:41:21,520 --> 00:41:25,280 Itu sijil kegunaan akhir untuk menggerakkan bahagian F-14 577 00:41:25,360 --> 00:41:28,120 ke Pelabuhan Chabahar di Iran. 578 00:41:28,760 --> 00:41:32,520 Seperti awak nampak, ia dikeluarkan untuk salah sebuah syarikat Mawad. 579 00:41:34,760 --> 00:41:35,600 Ia palsu. 580 00:41:35,640 --> 00:41:38,280 Jeneral, saya bayangkan awak tentu ada cara mengesahkan 581 00:41:38,360 --> 00:41:40,640 sama ada ia palsu atau tak. 582 00:41:40,840 --> 00:41:43,280 Antara 1985 dan 1986, 583 00:41:43,360 --> 00:41:47,840 Nabil Mawad jual senjata bernilai hampir 40 juta dolar kepada Iran. 584 00:41:47,920 --> 00:41:50,320 Dokumen itu mungkin dipalsukan. 585 00:41:50,400 --> 00:41:52,480 Kita sentiasa percaya Mawad. 586 00:41:52,560 --> 00:41:53,840 Biar pak cik baca. 587 00:41:58,960 --> 00:42:00,080 Dari mana awak dapat? 588 00:42:01,160 --> 00:42:02,960 - CIA. - CIA? 589 00:42:03,760 --> 00:42:05,840 Saya peniaga senjata, jeneral. 590 00:42:06,520 --> 00:42:08,480 Saya tak suka tipu klien 591 00:42:08,960 --> 00:42:11,840 dan saya tak berurusan dengan pengkhianat. 592 00:42:11,920 --> 00:42:14,360 Jika awak nak jual G5, saya terima, 593 00:42:15,000 --> 00:42:16,760 tapi kecualikan Mawad. 594 00:42:23,880 --> 00:42:26,880 Jika mereka betul dan Mawad menipu kita, 595 00:42:26,960 --> 00:42:29,160 pak cik akan hantar kamu berperang 596 00:42:29,200 --> 00:42:32,560 sehingga ia tamat. Nasib baiklah pak cik tak tembak kamu. 597 00:42:32,640 --> 00:42:33,680 Salam sejahtera. 598 00:42:33,800 --> 00:42:35,120 Salam sejahtera. 599 00:43:08,400 --> 00:43:10,120 Saya memang tak guna. 600 00:43:30,640 --> 00:43:31,640 Kamu dah sedia? 601 00:43:32,280 --> 00:43:33,760 Kereta tunggu di bawah. 602 00:43:36,520 --> 00:43:39,080 Ini rancangan ayah, bukan? 603 00:43:41,360 --> 00:43:42,360 Terima kasih. 604 00:43:43,000 --> 00:43:44,560 Kerana memainkan peranan kamu. 605 00:43:45,240 --> 00:43:48,400 Tanpa meriam itu, ayah takkan dapat jumpa Amin. 606 00:43:48,840 --> 00:43:50,160 Jadi ayah guna saya, 607 00:43:50,760 --> 00:43:54,160 bawa saya jauh ke Iraq untuk balas dendam terhadap Mawad, 608 00:43:54,240 --> 00:43:56,040 dan saya masih pengkhianat. 609 00:44:00,960 --> 00:44:01,920 Puan. 610 00:44:02,000 --> 00:44:04,520 Ada lelaki datang minta nak jumpa puan. 611 00:46:28,920 --> 00:46:30,920 Terjemahan sari kata oleh Syazwani Mohsin 612 00:46:31,000 --> 00:46:33,000 Penyelia Kreatif Nur Atiqah