1 00:00:49,041 --> 00:00:53,083 Perkahwinan saya dalam enam bulan lagi. 2 00:00:54,500 --> 00:00:58,458 Tapi sedikit demi sedikit, 3 00:01:00,416 --> 00:01:01,958 dunia saya musnah. 4 00:01:06,833 --> 00:01:11,458 Hidup yang saya sayangi akan musnah 5 00:01:13,666 --> 00:01:19,916 sebaik saja saya jadi isteri orang asing. 6 00:01:39,750 --> 00:01:41,041 Janganlah begitu. 7 00:01:41,958 --> 00:01:43,833 Senyumlah, kita nak ambil gambar. 8 00:01:43,916 --> 00:01:45,500 Tunjukkan kecantikan kamu. Hei. 9 00:01:45,583 --> 00:01:46,833 Pakai baju betul-betul. 10 00:01:46,916 --> 00:01:49,250 PEKAN M, 1964 11 00:01:49,333 --> 00:01:51,833 Dasiyah, kamu belum salin baju? 12 00:01:51,916 --> 00:01:53,416 Kita akan ambil gambar. 13 00:01:54,666 --> 00:01:55,916 Sekarang? 14 00:01:56,000 --> 00:01:57,833 Untuk apa, ibu? 15 00:01:57,916 --> 00:01:59,541 Sebagai kenangan. 16 00:01:59,625 --> 00:02:02,875 Kamu akan keluar dari rumah ini selepas kamu berkahwin. 17 00:02:02,958 --> 00:02:04,583 Cepatlah salin baju. 18 00:02:04,666 --> 00:02:05,666 Ayuh. 19 00:02:05,750 --> 00:02:09,291 - Lihatlah anak awak. - Kenapa masih pakai baju hitam? 20 00:02:09,375 --> 00:02:11,041 - Ayuh. - Ayuh. Sudah nak tengah hari. 21 00:02:12,708 --> 00:02:14,500 - Cik Marem! - Ya, tuan? 22 00:02:14,583 --> 00:02:16,958 Jarang dapat peluang begini, jadi mari bergambar bersama. 23 00:02:17,041 --> 00:02:18,541 - Ya, tuan! - Semua! Ayuh! 24 00:02:18,625 --> 00:02:20,291 En. Dibjo, mari bergambar. 25 00:02:20,375 --> 00:02:22,291 - Awak tak nak ketinggalan! - En. Raja! 26 00:02:22,375 --> 00:02:25,291 - Mari bergambar! - Kita akan bergambar! 27 00:02:26,125 --> 00:02:28,708 - Mari sini! - Ayuh! 28 00:02:30,041 --> 00:02:32,541 - Ambil elok-elok, encik! - Baik, tuan! 29 00:02:35,333 --> 00:02:36,375 Ke tepi sedikit. 30 00:02:36,458 --> 00:02:38,666 Bagus, sekali lagi. Tolong ke tepi. 31 00:02:38,750 --> 00:02:40,500 Baik, bagus. 32 00:02:40,583 --> 00:02:42,916 Satu, dua. 33 00:03:56,416 --> 00:03:59,291 BERDASARKAN NOVEL OLEH RATIH KUMALA 34 00:04:00,750 --> 00:04:06,208 CIGARETTE GIRL 35 00:04:15,916 --> 00:04:17,500 KAKITANGAN SAHAJA DIBENARKAN 36 00:04:17,583 --> 00:04:19,916 Kenapa awak ada gambar ibu saya? 37 00:04:21,500 --> 00:04:23,000 Yakah? Yang mana satu ibu awak? 38 00:04:30,208 --> 00:04:32,000 Boleh saya tahu nama ibu awak? 39 00:04:33,500 --> 00:04:35,083 Maafkan saya. 40 00:04:35,166 --> 00:04:39,458 Saya tak boleh beritahu nama ibu saya kepada orang asing. 41 00:04:43,583 --> 00:04:46,583 Maaf, saya perlu jawab panggilan di bilik saya. 42 00:04:46,666 --> 00:04:48,958 Panggil saya jika awak perlukan apa-apa. 43 00:04:49,041 --> 00:04:50,333 Saya minta diri dulu. 44 00:04:54,291 --> 00:04:55,750 Baik. 45 00:04:56,583 --> 00:04:57,791 Saya… 46 00:05:04,125 --> 00:05:05,791 Ada yang tak kenakah? 47 00:05:05,875 --> 00:05:07,833 Tunggu sekejap. 48 00:05:13,750 --> 00:05:16,000 - Cik, boleh tolong telefon hospital? - Ya? 49 00:05:16,083 --> 00:05:17,541 Baik, puan. 50 00:05:19,583 --> 00:05:21,958 Baiklah, ia telah dijawab. 51 00:05:22,041 --> 00:05:23,833 Ya. Dr. Arum bercakap. 52 00:05:25,000 --> 00:05:27,083 Sekitar jam berapa suhu badannya meningkat? 53 00:05:30,083 --> 00:05:33,458 Baik. Tolong minta Dr. Ratih uruskannya buat masa sekarang. Ya. 54 00:05:33,541 --> 00:05:35,666 Saya akan ke hospital nanti. 55 00:05:35,750 --> 00:05:37,458 Terima kasih. 56 00:05:37,958 --> 00:05:39,375 Terima kasih, cik. 57 00:05:41,916 --> 00:05:44,500 - Saya perlu kembali ke hospital. - Awak dah selesai? 58 00:05:44,583 --> 00:05:47,916 Jika awak perlukan bantuan saya, hubungi saya melalui nombor ini. 59 00:05:48,000 --> 00:05:49,000 Saya minta diri. 60 00:05:49,833 --> 00:05:52,416 - Terima kasih. - Tunggu. Cik, tunggu… 61 00:05:52,500 --> 00:05:54,291 Ada apa-apa lagi? 62 00:05:54,375 --> 00:05:57,375 Begini, Cik Doktor. Saya cuma perlukan nama ibu awak. 63 00:05:57,458 --> 00:05:59,375 Ini amat mustahak. 64 00:05:59,458 --> 00:06:02,000 Ayah saya sedang mencari orang dalam gambar itu. 65 00:06:02,083 --> 00:06:03,916 Siapa ayah awak? 66 00:06:04,000 --> 00:06:05,500 Saya tak kenal pun dia. 67 00:06:05,583 --> 00:06:06,583 Kawan ibu saya? 68 00:06:06,666 --> 00:06:08,083 Saudara jauh ibu saya? 69 00:06:08,166 --> 00:06:09,625 Jelaskan perlahan-lahan 70 00:06:09,708 --> 00:06:12,083 - supaya saya boleh faham situasi ini. - Baiklah. 71 00:06:12,166 --> 00:06:13,791 Begini. Sebenarnya, saya tak tahu 72 00:06:13,875 --> 00:06:16,291 hubungan antara ayah saya dan orang yang dia cari ini. 73 00:06:18,708 --> 00:06:19,875 Tapi… 74 00:06:20,458 --> 00:06:22,083 ayah saya sakit tenat. 75 00:06:23,291 --> 00:06:25,083 Ini hajat terakhirnya. 76 00:06:26,125 --> 00:06:27,500 Saya pasti ini penting. 77 00:06:33,291 --> 00:06:37,708 Ini ibu saya, Rukayah. 78 00:06:37,791 --> 00:06:41,666 Ini datuk dan nenek saya, Idroes, 79 00:06:41,750 --> 00:06:43,125 Roemaisa. 80 00:06:43,208 --> 00:06:46,291 Ini pula mak cik saya. 81 00:06:46,958 --> 00:06:48,875 Ayah awak mencari siapa? 82 00:06:48,958 --> 00:06:50,000 Jeng Yah. 83 00:06:50,083 --> 00:06:52,500 Jeng Yah. Yang mana satu Jeng Yah? 84 00:06:52,583 --> 00:06:53,541 Tunggu sekejap. 85 00:06:57,333 --> 00:06:59,208 Saya tak tahu. 86 00:07:01,833 --> 00:07:05,708 Awak tahu di mana lokasi bangunan dalam gambar itu? 87 00:07:06,708 --> 00:07:08,666 Ada banyak bangunan lama di sini, 88 00:07:08,750 --> 00:07:11,958 tapi saya tak rasa ia dalam keadaan baik sekarang. 89 00:07:13,000 --> 00:07:15,916 Baik, saya perlu pergi. Saya dah lewat. 90 00:07:16,000 --> 00:07:17,875 Tunggu. 91 00:07:17,958 --> 00:07:18,958 Ada apa-apa lagi? 92 00:07:19,041 --> 00:07:21,750 Ini surat lama yang ditulis oleh Jeng Yah. 93 00:07:21,833 --> 00:07:25,625 Saya tak tahu hubungannya dengan keluarga saya atau keluarga awak 94 00:07:25,708 --> 00:07:27,708 kerana saya tak mengenalinya. 95 00:07:28,375 --> 00:07:30,500 Tapi saya pasti ada sesuatu. 96 00:07:31,458 --> 00:07:33,666 Tolong baca dulu. Tolonglah. 97 00:07:35,000 --> 00:07:36,291 Tolonglah. 98 00:07:56,625 --> 00:08:00,625 MUZIUM ROKOK, JAWA TENGAH 99 00:08:00,708 --> 00:08:06,250 Dunia ini dipenuhi misteri yang kita takkan faham. 100 00:08:08,208 --> 00:08:12,916 Tapi kita akan sentiasa jumpa ruang 101 00:08:13,000 --> 00:08:17,375 yang akan membawa kita kepada jawapan yang kita cari. 102 00:08:23,666 --> 00:08:25,041 Bagi saya, 103 00:08:26,458 --> 00:08:30,541 hanya ada satu tempat yang saya mahu tuju. 104 00:09:03,375 --> 00:09:08,791 Tempat di mana saya boleh hidu semua haruman kehidupan. 105 00:09:19,583 --> 00:09:22,083 Haruman yang boleh bantu saya 106 00:09:22,791 --> 00:09:26,375 menemui diri saya yang sebenar. 107 00:09:30,291 --> 00:09:33,500 Walaupun tiada siapa patut tahu 108 00:09:33,583 --> 00:09:35,708 apa yang saya buat di sini. 109 00:09:48,458 --> 00:09:49,833 Sila teruskan, puan. 110 00:09:49,916 --> 00:09:52,000 Saya takkan beritahu sesiapa. 111 00:09:53,125 --> 00:09:55,500 En. Dibjo suruh saya letak ini di sini. 112 00:10:54,791 --> 00:10:56,208 En. Dibjo? 113 00:11:04,625 --> 00:11:07,541 Awak rupanya, En. Raja. 114 00:11:08,375 --> 00:11:10,666 Hati-hati semasa bekerja. 115 00:11:11,291 --> 00:11:14,458 - Awak nak saya bantu awak? - Tak perlu. Tak perlu susah-susah, cik. 116 00:11:15,416 --> 00:11:18,708 Cik, En. Dibjo cakap onde-onde awak amat sedap. 117 00:11:18,791 --> 00:11:20,750 - Betulkah? - Ya. 118 00:11:21,333 --> 00:11:23,000 Saya tak pernah cuba. Yakah? 119 00:11:23,083 --> 00:11:26,500 Esok saya akan buat untuk En. Raja. Khas untuk awak. 120 00:11:26,583 --> 00:11:27,708 Teringin nak rasa! 121 00:11:28,750 --> 00:11:31,125 Baik. Terima kasih, cik. 122 00:11:43,958 --> 00:11:45,333 Saya sambung kerja dulu, puan. 123 00:11:53,375 --> 00:11:55,166 En. Raja! 124 00:11:55,250 --> 00:11:57,666 Onde-onde sudah siap. 125 00:11:57,750 --> 00:11:59,791 Sudah lama saya tunggu kuih cik! 126 00:11:59,875 --> 00:12:01,208 Ini perlu dikongsi! 127 00:12:01,291 --> 00:12:02,958 - Sedapkah? - Sedap. 128 00:12:03,041 --> 00:12:05,333 - Tuan, cubalah! - Cubalah! 129 00:12:05,416 --> 00:12:07,416 Ia baru dikukus! 130 00:12:07,500 --> 00:12:08,958 - Sedapnya! - Ia masih panas! 131 00:12:09,041 --> 00:12:12,041 Jemput makan, semua! 132 00:12:12,125 --> 00:12:13,791 Jemput makan! 133 00:12:14,666 --> 00:12:16,958 Cik Marem buat ini untuk kita! 134 00:12:17,041 --> 00:12:18,041 Ini dia! 135 00:12:18,125 --> 00:12:20,833 Jangan berebut kuih! Sedap, bukan? 136 00:12:20,916 --> 00:12:23,625 Ada banyak lagi, jadi makanlah! 137 00:12:23,708 --> 00:12:25,750 Awak tak perlu risau! 138 00:12:25,833 --> 00:12:28,083 Silakan, jangan malu-malu. 139 00:12:38,041 --> 00:12:40,875 - En. Raja, terima kasih untuk onde-onde. - Sama-sama. 140 00:12:40,958 --> 00:12:42,458 - Masih ada banyak lagi. - Baik. 141 00:12:44,041 --> 00:12:47,541 Nampaknya awak sudah berkawan dengan ramai orang di sini. 142 00:12:48,541 --> 00:12:49,500 Tapi 143 00:12:50,416 --> 00:12:52,000 bukan semuanya, puan. 144 00:12:58,250 --> 00:12:59,708 Ini dia, puan. 145 00:12:59,791 --> 00:13:02,416 Pesanan pertama daun tembakau daripada En. Mego. 146 00:13:04,083 --> 00:13:05,291 Ini amat bagus. 147 00:13:05,375 --> 00:13:06,291 Betul. 148 00:13:06,875 --> 00:13:09,083 Dia beri kita banyak daun muda. 149 00:13:10,958 --> 00:13:13,541 - Baiknya dia. - Ya. 150 00:13:13,625 --> 00:13:15,166 Hei. 151 00:13:15,250 --> 00:13:16,291 Ini apa? 152 00:13:16,833 --> 00:13:19,833 Ini kilang rokok atau ladang tembakau? 153 00:13:20,333 --> 00:13:24,583 Bagaimana kita nak buat rokok jika daun tembakau masih begini? 154 00:13:24,666 --> 00:13:25,791 Bagaimana? 155 00:13:25,875 --> 00:13:27,458 Ayah, kita dah bersetuju. 156 00:13:27,541 --> 00:13:32,375 Kita boleh dapat daun tembakau yang bagus jika beli daun segar. 157 00:13:32,458 --> 00:13:34,416 Ayah faham. Benar. 158 00:13:34,500 --> 00:13:36,541 Tapi ini lebih merumitkan keadaan. 159 00:13:36,625 --> 00:13:39,375 Kita perlukan masa untuk mengeringkan daun ini. 160 00:13:40,958 --> 00:13:44,375 Lagipun, kita tak pernah berurusan dengannya sebelum ini. 161 00:13:46,708 --> 00:13:49,916 Saya pernah bekerja di ladang tembakau En. Mego, tuan. 162 00:13:50,000 --> 00:13:51,791 Ia ladang tembakau Srintil sebenar. 163 00:13:52,583 --> 00:13:55,125 Dia mempercayai saya. 164 00:13:55,208 --> 00:13:57,708 Dia juga hantar ini tanpa bayaran muka, tuan. 165 00:13:59,208 --> 00:14:01,625 Tanpa bayaran muka? 166 00:14:01,708 --> 00:14:03,333 Bagaimana awak buat begitu? 167 00:14:04,291 --> 00:14:06,291 Saya beritahunya tentang reputasi Kretek Merdeka. 168 00:14:06,375 --> 00:14:09,083 Kebetulan pula, dia pun mencari pelanggan tetap. 169 00:14:09,166 --> 00:14:12,166 Saya kata, jika harganya bagus, kita boleh beli daripadanya lagi 170 00:14:12,250 --> 00:14:13,708 dan dia setuju. 171 00:14:15,666 --> 00:14:17,791 Tentang mengeringkan tembakau, tuan, 172 00:14:17,875 --> 00:14:19,916 kita boleh guna bilik stor kosong itu. 173 00:14:20,000 --> 00:14:21,458 Saya akan uruskan semuanya, tuan. 174 00:14:24,500 --> 00:14:26,416 - Hei. - Ya? 175 00:14:27,333 --> 00:14:30,375 Sudah berapa lama awak bekerja di sini? 176 00:14:32,250 --> 00:14:35,333 Hampir tiga bulan, tuan. 177 00:14:36,125 --> 00:14:37,291 Tiga bulan. 178 00:14:49,541 --> 00:14:50,416 Bagus. 179 00:14:51,291 --> 00:14:53,083 Syabas. 180 00:14:54,583 --> 00:14:57,916 Sekarang, pergi sambung kerja. 181 00:14:58,000 --> 00:14:59,041 Ya. 182 00:14:59,750 --> 00:15:02,750 Baik, tuan. Saya minta diri, tuan. 183 00:15:12,208 --> 00:15:13,583 Yah. 184 00:15:13,666 --> 00:15:14,916 Kamu nampak, Yah? 185 00:15:15,000 --> 00:15:18,166 Inilah yang dipanggil takdir. 186 00:15:19,458 --> 00:15:23,333 Kamu suruh ayah bantunya semasa dia di pasar. 187 00:15:23,416 --> 00:15:27,916 Kini, dialah jawapan kepada doa kita. 188 00:15:29,958 --> 00:15:32,250 Apa maksud ayah? 189 00:15:32,333 --> 00:15:36,916 Takkanlah anak ayah yang bijak ini tak faham maksud ayah? 190 00:15:40,583 --> 00:15:45,958 Raja boleh jadi mandur baharu kita. 191 00:15:49,125 --> 00:15:52,208 Sejujurnya, ayah risau. 192 00:15:52,291 --> 00:15:54,875 Sebaik saja kamu berkahwin, kamu akan tinggalkan kilang. 193 00:15:54,958 --> 00:15:56,750 Jadi siapa akan bantu ayah? 194 00:15:57,541 --> 00:16:01,750 Tapi kini, kita dah jumpa jalan penyelesaian. 195 00:16:06,208 --> 00:16:07,583 Saya minta diri, ayah. 196 00:16:08,083 --> 00:16:10,125 Ibu panggil saya. 197 00:16:10,208 --> 00:16:11,250 Baiklah. 198 00:16:12,041 --> 00:16:14,500 Oh ya, beritahu ibu kamu juga. 199 00:16:14,583 --> 00:16:15,583 Boleh? 200 00:16:16,708 --> 00:16:20,000 Sebab itulah ia dipanggil misteri kehidupan. 201 00:16:21,000 --> 00:16:23,125 Kerana kita tak tahu 202 00:16:24,083 --> 00:16:26,916 waktu ia akan menyebelahi kita. 203 00:16:32,333 --> 00:16:34,791 Awak pasti Jeng Yah bukan ibu awak? 204 00:16:35,500 --> 00:16:40,083 Dengar sini. "Jeng" bukan nama, tapi macam… 205 00:16:40,166 --> 00:16:45,541 Macam gelaran hormat untuk wanita terhormat pada zaman itu. 206 00:16:46,458 --> 00:16:49,791 Lagi satu, tiada orang panggil ibu saya "Jeng". 207 00:16:52,125 --> 00:16:55,833 Sebab itulah awak patut meneroka di luar Jakarta. 208 00:16:58,041 --> 00:16:59,833 Bagaimana awak tahu saya dari Jakarta? 209 00:16:59,916 --> 00:17:01,958 Mestilah saya tahu daripada rupa awak. 210 00:17:02,041 --> 00:17:06,041 Daripada cara awak bercakap dan berpakaian, 211 00:17:06,125 --> 00:17:08,375 tak syak lagi awak mesti dari Jakarta. 212 00:17:15,875 --> 00:17:19,291 Maaf, saya tak berniat… 213 00:17:21,166 --> 00:17:26,250 Mulut saya memang lancang apabila saya dah mula bercakap, maaf. 214 00:17:28,791 --> 00:17:30,958 Tak. Awak tak salah. 215 00:17:32,208 --> 00:17:33,583 Saya yang 216 00:17:34,750 --> 00:17:36,750 mulakan perbualan dengan kekok. 217 00:17:38,250 --> 00:17:40,916 Jadi apabila saya cuba betulkan keadaan, saya agak… 218 00:17:42,916 --> 00:17:45,500 keliru, dari mana saya patut mulakan. 219 00:17:48,250 --> 00:17:51,416 Mari mula semula. 220 00:17:55,291 --> 00:17:58,541 Helo, Cik Doktor. Nama saya… 221 00:18:00,000 --> 00:18:00,958 Lebas. 222 00:18:02,500 --> 00:18:04,958 Saya perlukan bantuan awak. 223 00:18:05,833 --> 00:18:07,166 Ya, saya dari Jakarta, 224 00:18:07,250 --> 00:18:09,500 tapi tak semua orang dari Jakarta menjengkelkan. 225 00:18:09,583 --> 00:18:11,250 Saya pun bukan begitu. 226 00:18:14,666 --> 00:18:21,291 Saya rasa awak patut bekerja keras untuk buktikan kata-kata awak tadi. 227 00:18:22,125 --> 00:18:25,250 Seperkara lagi, jangan panggil saya "Cik Doktor". 228 00:18:25,333 --> 00:18:27,291 Saya datang bukan sebagai doktor. 229 00:18:27,375 --> 00:18:31,083 Awak bukan pesakit saya, En. Lebas. 230 00:18:31,666 --> 00:18:32,708 Baik. 231 00:18:34,041 --> 00:18:35,583 Arum. 232 00:18:35,666 --> 00:18:39,583 Awak ada petunjuk lain 233 00:18:39,666 --> 00:18:42,416 yang boleh bantu saya mencari Jeng Yah? 234 00:18:47,416 --> 00:18:49,500 Sebenarnya, 235 00:18:49,583 --> 00:18:52,083 saya tak tahu banyak tentang keluarga saya 236 00:18:52,166 --> 00:18:54,250 kerana ibu saya jarang bercakap tentangnya. 237 00:18:54,333 --> 00:18:57,708 Tapi yang saya pasti, 238 00:18:57,791 --> 00:19:01,541 ibu saya tak pernah berminat dengan perniagaan rokok datuk. 239 00:19:01,625 --> 00:19:03,416 Begitu. 240 00:19:04,416 --> 00:19:06,916 Tapi awak rasa 241 00:19:07,000 --> 00:19:11,416 siapa yang dipanggil "Jeng Yah" dalam gambar ini? 242 00:19:12,416 --> 00:19:14,541 Mustahil nenek saya. Mustahil. 243 00:19:14,625 --> 00:19:18,125 Saya juga tak tahu nama pekerja wanita lain. 244 00:19:18,208 --> 00:19:22,875 Jadi ada kemungkinan besar Jeng Yah 245 00:19:22,958 --> 00:19:24,125 ialah mak cik saya. 246 00:19:24,208 --> 00:19:25,625 Namanya Dasiyah. 247 00:19:26,291 --> 00:19:27,666 Baik. 248 00:19:27,750 --> 00:19:29,375 Boleh saya jumpa mak cik awak? 249 00:19:29,458 --> 00:19:30,750 Bukannya tak boleh. 250 00:19:30,833 --> 00:19:33,833 Cuma saya tak tahu di mana mak cik saya sekarang. 251 00:19:33,916 --> 00:19:36,458 Apa? Maaf, tunggu. Apa maksud awak? 252 00:19:38,166 --> 00:19:40,625 Dia mak cik awak! 253 00:19:40,708 --> 00:19:42,416 Awak tak tahu? Ibu awak tahu? 254 00:19:42,500 --> 00:19:43,791 Dia mungkin tahu, 255 00:19:43,875 --> 00:19:46,125 tapi setiap kali saya tanya tentang mak cik saya, 256 00:19:46,208 --> 00:19:47,625 dia akan menangis. 257 00:19:47,708 --> 00:19:49,666 Sebab itulah saya berhenti tanya. 258 00:19:49,750 --> 00:19:50,875 Faham? 259 00:19:55,750 --> 00:19:57,458 Tunggu sekejap. 260 00:19:57,541 --> 00:19:58,916 Ini tempat apa? 261 00:19:59,000 --> 00:20:01,958 Ini bilik stor di mana barang yang didermakan tersimpan. 262 00:20:05,250 --> 00:20:09,041 - Tak perlukan kebenaran untuk masuk? - Tentulah tidak. Ia milik keluarga saya. 263 00:20:09,125 --> 00:20:11,500 Tapi ia telah didermakan. 264 00:20:11,583 --> 00:20:13,166 Secara logiknya, ia bukan milik awak lagi. 265 00:20:13,250 --> 00:20:14,791 Jadi, awak nak buat apa? 266 00:20:14,875 --> 00:20:18,666 Duduk di sini atau masuk bilik dan bantu ayah awak? Terpulanglah. 267 00:20:18,750 --> 00:20:19,708 Baik. 268 00:20:33,958 --> 00:20:37,791 Saya belum periksa semua barang di sini, 269 00:20:37,875 --> 00:20:41,041 tapi saya ingat saya jumpa surat 270 00:20:41,125 --> 00:20:42,875 dengan tulisan yang sama 271 00:20:42,958 --> 00:20:46,416 seperti surat yang awak bawa, Bas. 272 00:20:46,500 --> 00:20:47,708 Biar saya periksa dulu. 273 00:20:47,791 --> 00:20:49,458 Ya. 274 00:20:49,541 --> 00:20:53,333 IBU TERDIAM SELEPAS TEGAR MENYEBUT NAMA JENG YAH 275 00:20:53,416 --> 00:20:54,541 Apa ini… 276 00:20:54,625 --> 00:20:57,291 AWAK PATUT BERCAKAP DENGANNYA 277 00:20:57,375 --> 00:20:58,583 Bukan yang ini. 278 00:21:08,625 --> 00:21:12,291 Mulai sekarang, kamu tak perlu uruskan kilang lagi. 279 00:21:13,833 --> 00:21:16,625 Mulai sekarang, jangan ke mana-mana 280 00:21:17,208 --> 00:21:19,625 sehingga hari perkahwinan kamu tiba. 281 00:21:20,208 --> 00:21:22,666 Tempoh pengasingan kamu dah bermula. 282 00:21:28,458 --> 00:21:29,708 Hati-hati. 283 00:21:34,750 --> 00:21:37,666 ROKOK KRETEK MERDEKA DJAJA 284 00:21:42,625 --> 00:21:44,416 IDROES MOERIA 285 00:21:48,708 --> 00:21:54,166 Puas saya cari, rupa-rupanya kamu ada di sini. 286 00:21:57,958 --> 00:22:01,791 Ya, Pn. Sri. Saya sedang periksa barang yang didermakan di sini. 287 00:22:02,375 --> 00:22:04,625 Saya cari awak, tapi tak jumpa, 288 00:22:04,708 --> 00:22:06,416 jadi saya ingat awak terlalu sibuk. 289 00:22:06,500 --> 00:22:08,375 Tiada masalah. Tak mengapa. 290 00:22:08,875 --> 00:22:12,666 En. Lebas, boleh saya bergambar dengan awak? 291 00:22:14,541 --> 00:22:19,125 Anak pemilik Kretek DR melawat tempat ini bukan perkara biasa. 292 00:22:19,208 --> 00:22:22,041 Saya dah bergambar dengan ayah awak, En. Raja. 293 00:22:22,125 --> 00:22:24,583 Saya nak pamerkan sebelah-menyebelah. 294 00:22:24,666 --> 00:22:26,416 Sekejap saja. Ia tak ambil masa lama. 295 00:22:26,500 --> 00:22:27,875 Dia sedang menunggu awak. 296 00:22:27,958 --> 00:22:29,250 Ayuh, cepatlah! 297 00:23:49,958 --> 00:23:53,583 Terima kasih untuk kunci Bilik Perisa ini. 298 00:24:16,791 --> 00:24:20,333 Ini cara goreng tempe. Masukkan perlahan-lahan. 299 00:24:20,416 --> 00:24:22,791 Sekarang cuba sendiri. 300 00:24:31,000 --> 00:24:32,291 Duduk di sini. 301 00:24:34,583 --> 00:24:38,500 Kini, ini kerusi awak. 302 00:24:38,583 --> 00:24:40,250 Ini meja awak. 303 00:24:40,333 --> 00:24:42,416 Awak berhak guna semua benda di sini. 304 00:24:42,500 --> 00:24:45,041 Awak boleh kawal semuanya. 305 00:24:48,125 --> 00:24:52,791 Jangan baling dari jauh, minyak akan terpercik! 306 00:24:53,708 --> 00:24:56,208 Perlahan-lahan. Jangan takut. 307 00:24:58,583 --> 00:25:00,166 Awak nak ke mana? 308 00:25:00,750 --> 00:25:02,833 Kenapa awak tinggalkan tempe itu? 309 00:25:02,916 --> 00:25:06,583 - Selamat tengah hari, semua. - Selamat tengah hari, tuan. 310 00:25:06,666 --> 00:25:10,458 Kini, En. Raja jadi mandur baharu. 311 00:25:10,541 --> 00:25:11,833 - Baik, tuan. - Baik, tuan. 312 00:25:11,916 --> 00:25:15,666 - Tahniah, En. Mandur! - Tolonglah, jangan buat kecoh! 313 00:25:31,166 --> 00:25:32,750 Rupa-rupanya DR. 314 00:25:43,125 --> 00:25:44,958 Jangan salah faham, 315 00:25:45,541 --> 00:25:47,583 tapi saya perlu beritahu awak dari awal 316 00:25:48,625 --> 00:25:51,208 bahawa ini hal peribadi. 317 00:25:51,791 --> 00:25:53,750 Ia tiada kaitan dengan syarikat. 318 00:25:54,791 --> 00:25:56,791 Saya dah cakap dari awal lagi. 319 00:25:57,375 --> 00:25:59,791 Saya tak tahu kenapa ayah saya cari Jeng Yah. 320 00:26:03,291 --> 00:26:05,791 Tapi jika awak nak pampasan… 321 00:26:05,875 --> 00:26:08,625 Tunggu sekejap. 322 00:26:11,208 --> 00:26:12,458 Awak cakap apa? 323 00:26:12,541 --> 00:26:14,583 Saya tak dengar. Tolong ulang. 324 00:26:14,666 --> 00:26:16,250 Pampasan? 325 00:26:17,125 --> 00:26:19,791 Bukankah awak yang minta bantuan saya? 326 00:26:20,875 --> 00:26:22,166 Ya. 327 00:26:23,375 --> 00:26:25,416 Saya yang minta bantuan. 328 00:26:29,125 --> 00:26:31,208 - Bukan itu maksud saya. - Jadi apa? 329 00:26:31,291 --> 00:26:35,791 - Jelaskan supaya saya faham. - Baik, dengar sini. 330 00:26:36,375 --> 00:26:39,833 Apabila dengar tentang Kretek DR, kebanyakan orang 331 00:26:40,583 --> 00:26:42,708 selalu meminta duit 332 00:26:42,791 --> 00:26:44,208 atau sesuatu sebegitu. 333 00:26:45,916 --> 00:26:47,041 Biar saya jelaskan. 334 00:26:51,875 --> 00:26:53,750 Untuk pengetahuan awak, 335 00:26:53,833 --> 00:26:58,166 saya amat benci rokok. 336 00:26:59,125 --> 00:27:01,291 Rokok menyebabkan penyakit. 337 00:27:01,916 --> 00:27:03,166 Faham? 338 00:27:06,541 --> 00:27:07,583 Ya. 339 00:27:07,666 --> 00:27:09,000 Maaf. 340 00:27:09,625 --> 00:27:14,208 Kedua, saya bantu awak bukan sebab ada motif lain. 341 00:27:14,291 --> 00:27:18,208 Saya pun nak tahu apa yang berlaku kepada mak cik saya, keluarga saya. 342 00:27:23,041 --> 00:27:25,875 Dengar apabila orang bercakap. 343 00:27:29,000 --> 00:27:32,083 Ketiga, sebagai doktor, mustahil saya akan cakap, 344 00:27:32,166 --> 00:27:36,125 "Maaf, En. Lebas. Saya tak boleh bantu ayah awak yang sakit." 345 00:27:37,291 --> 00:27:43,250 Walaupun anaknya minta bantuan tanpa beradab sopan. 346 00:27:45,625 --> 00:27:47,250 Faham? 347 00:27:49,291 --> 00:27:51,208 Ya, maafkan saya. 348 00:27:51,291 --> 00:27:54,833 Saya dah penat dengar awak minta maaf. 349 00:28:14,666 --> 00:28:17,208 - Saya jumpa sepucuk surat lagi. - Apa? 350 00:28:17,791 --> 00:28:19,500 Saya jumpa sepucuk surat. 351 00:28:19,583 --> 00:28:22,083 Tapi jika awak tak nak baca sekarang, mungkin nanti. 352 00:28:22,166 --> 00:28:24,083 Baik, biar saya lihat. 353 00:28:29,750 --> 00:28:31,333 Awak nak baca bersama-sama? 354 00:28:45,875 --> 00:28:48,958 Majlis peminangan beberapa hari saja lagi. 355 00:28:49,041 --> 00:28:53,458 Ibu suruh saya belajar jadi wanita yang baik, 356 00:28:54,083 --> 00:28:56,250 yang tugasnya hanya memasak, 357 00:28:56,333 --> 00:28:59,166 bersolek dan bersalin. 358 00:29:00,708 --> 00:29:04,541 Yah, kenapa kamu tak boleh buat? 359 00:29:04,625 --> 00:29:08,291 Jika ibu mentua kamu tahu, dia anggap ibu tak pernah ajar kamu. 360 00:29:10,125 --> 00:29:11,166 Begini. 361 00:29:12,083 --> 00:29:16,166 Ikat hujungnya dulu, kemudian letak di sini. Begitu. 362 00:29:19,458 --> 00:29:20,916 Maaf mengganggu, mak cik. 363 00:29:21,000 --> 00:29:24,333 - Hei, gadis cantik. - Maaf mengganggu, Dasiyah. 364 00:29:24,416 --> 00:29:27,291 Mak cik, saya bawa bunga mawar dari taman kami. 365 00:29:27,375 --> 00:29:29,500 Ayah suruh saya beri kepada mak cik. 366 00:29:29,583 --> 00:29:32,791 Dia ucapkan tahniah atas pertunangan Cik Dasiyah. 367 00:29:33,916 --> 00:29:36,500 Ayah cakap mak cik suka bunga ros, bukan? 368 00:29:38,125 --> 00:29:41,208 -Terima kasih. -Sama-sama, mak cik. 369 00:29:41,291 --> 00:29:44,291 - Mahu ikut, Yah? - Tunggu. Saya belum habis lagi. 370 00:29:44,375 --> 00:29:45,708 Awak pergi ke kilang dulu. 371 00:29:45,791 --> 00:29:47,500 En. Raja ada di sana, bukan? 372 00:29:49,041 --> 00:29:51,958 Baiklah, saya pergi ke kilang dulu. Saya minta diri. 373 00:29:52,041 --> 00:29:53,250 Saya akan menyusul nanti. 374 00:29:58,500 --> 00:30:00,125 Kenapa dengan En. Raja? 375 00:30:00,208 --> 00:30:03,166 Saya rasa Purwanti suka En. Raja. 376 00:30:03,250 --> 00:30:05,791 En. Raja pun suka Purwanti. 377 00:30:05,875 --> 00:30:07,125 Bagaimana awak tahu? 378 00:30:08,333 --> 00:30:11,791 Gerak hati wanita tak pernah salah, kakak. 379 00:30:11,875 --> 00:30:13,041 Cukuplah. 380 00:30:13,125 --> 00:30:14,750 Saya dah selesai, ibu! 381 00:30:22,625 --> 00:30:25,833 Jangan cakap tentang bunga mawar kepada ayah kamu. Faham? 382 00:30:38,500 --> 00:30:40,666 Ada masanya 383 00:30:40,750 --> 00:30:44,000 ibu bertembung dengan Tuan Djagad. 384 00:30:45,041 --> 00:30:49,416 Anggap saja ia masa silam yang kamu tak perlu ungkit lagi. 385 00:30:50,000 --> 00:30:51,875 Anggap saja ini peringatan 386 00:30:53,416 --> 00:30:55,708 bahawa ayah dan ibu kamu 387 00:30:57,083 --> 00:30:59,708 lebih berpengalaman daripada kamu. 388 00:31:02,875 --> 00:31:06,541 Perkahwinan ini bukan saja pilihan terbaik untuk kamu, sayang. 389 00:31:08,291 --> 00:31:11,125 Ia juga penting untuk perniagaan kita. 390 00:31:13,958 --> 00:31:15,208 Ya, ibu. 391 00:31:15,791 --> 00:31:17,083 Saya faham. 392 00:31:20,083 --> 00:31:22,041 Anggap ini 393 00:31:23,250 --> 00:31:25,375 sebahagian daripada tugas kamu. 394 00:31:27,625 --> 00:31:31,000 Ibu pasti kamu takkan menyesal. 395 00:31:46,958 --> 00:31:49,791 Panggil saya jika awak perlukan apa-apa. 396 00:31:49,875 --> 00:31:51,916 Terima kasih untuk barang-barang ini. 397 00:31:52,000 --> 00:31:53,458 Kualitinya bagus. 398 00:31:53,541 --> 00:31:54,750 Terima kasih banyak. 399 00:31:54,833 --> 00:31:57,458 - Kami pun berterima kasih. - Tak, saya amat bersyukur. 400 00:31:57,541 --> 00:32:00,916 - Mari bekerjasama mulai sekarang. - Beritahu saya perkembangannya. 401 00:34:18,625 --> 00:34:21,625 Tunggu. 402 00:34:23,541 --> 00:34:25,333 Apa yang berlaku di sini? 403 00:34:30,750 --> 00:34:33,291 Bagaimana awak boleh memasuki Bilik Perisa? 404 00:34:33,875 --> 00:34:34,958 Siapa beri kebenaran? 405 00:34:35,833 --> 00:34:38,708 Wanita dilarang memasuki Bilik Perisa. 406 00:34:40,208 --> 00:34:41,791 En. Dibjo, 407 00:34:41,875 --> 00:34:46,333 saya pasti ada sebab kenapa Dasiyah ada di Bilik Perisa. 408 00:34:46,416 --> 00:34:47,583 Betul tak, sayang? 409 00:34:50,166 --> 00:34:52,041 Saya ada idea untuk perisa baharu. 410 00:34:52,125 --> 00:34:53,916 Ya Tuhan! 411 00:34:54,000 --> 00:34:55,708 Awak kena faham. 412 00:34:56,208 --> 00:34:59,333 Melainkan kita mengeluarkan rokok baharu, 413 00:34:59,416 --> 00:35:01,416 orang akan memilih Kretek Proklamasi. 414 00:35:01,500 --> 00:35:04,000 Maksud awak, perisa saya tak sedap? 415 00:35:04,958 --> 00:35:07,458 - Apa yang awak tahu tentang perisa? - Saya tahu. 416 00:35:08,750 --> 00:35:10,833 Jika awak beri saya peluang… 417 00:35:15,208 --> 00:35:18,708 - Beri saya masa. Saya buktikan… - Dia melampaui batas, Tuan Idroes. 418 00:35:18,791 --> 00:35:20,166 Dia melampaui batas. Mustahil! 419 00:35:20,250 --> 00:35:22,708 Wanita dilarang memasuki Bilik Perisa! 420 00:35:22,791 --> 00:35:24,750 Ia bukan perkara yang baik. 421 00:35:24,833 --> 00:35:26,875 Jangan salahkan saya 422 00:35:26,958 --> 00:35:29,750 jika Kretek Merdeka rasa masam selepas ini. 423 00:35:32,625 --> 00:35:33,625 En. Dibjo. 424 00:35:34,916 --> 00:35:37,916 Saya boleh jamin Bilik Perisa akan dibersihkan esok, tuan. 425 00:35:39,750 --> 00:35:41,083 Tuan tak kisah? 426 00:35:45,291 --> 00:35:47,291 Ia mesti betul-betul bersih. 427 00:35:47,375 --> 00:35:48,916 Baik, tuan. Saya boleh jamin. 428 00:35:49,000 --> 00:35:51,083 Tiada bau wanita. 429 00:35:52,958 --> 00:35:54,625 Awak perlu bersihkan ini juga. 430 00:36:05,625 --> 00:36:07,458 Anak ayah yang cantik. 431 00:36:07,541 --> 00:36:09,416 Serahkan kepada Raja. 432 00:36:11,333 --> 00:36:13,708 Serahkan saja. Beri kepadanya. 433 00:36:21,375 --> 00:36:22,833 Puan! 434 00:36:22,916 --> 00:36:23,875 Pn. Dasiyah! 435 00:36:24,750 --> 00:36:25,791 Puan. 436 00:36:26,500 --> 00:36:29,416 Saya rasa awak salah faham tindakan saya tadi. 437 00:36:32,041 --> 00:36:32,916 Puan! 438 00:36:34,791 --> 00:36:36,000 Pn. Dasiyah! 439 00:36:39,000 --> 00:36:40,041 Pn. Dasiyah! 440 00:36:41,125 --> 00:36:42,166 Pn. Dasiyah! 441 00:36:43,208 --> 00:36:44,500 Puan, tolonglah. 442 00:36:45,250 --> 00:36:46,458 Biar saya jelaskan. 443 00:36:50,250 --> 00:36:51,416 Pertama, 444 00:36:52,333 --> 00:36:55,875 awak pujuk ayah saya dan pekerja kilang 445 00:36:55,958 --> 00:36:58,041 supaya awak boleh jadi mandur. 446 00:36:59,375 --> 00:37:00,583 Kedua, 447 00:37:00,666 --> 00:37:05,000 awak beri saya kunci supaya awak boleh perangkap saya. 448 00:37:06,125 --> 00:37:07,375 Ketiga, 449 00:37:07,458 --> 00:37:11,166 awak berurusan dengan orang yang datang ke kilang. 450 00:37:11,250 --> 00:37:13,416 - Saya nampak. - Nanti. Tunggu sekejap, puan. 451 00:37:16,833 --> 00:37:20,333 Saya takkan mengkhianati kepercayaan Tuan Idroes, puan. 452 00:37:22,541 --> 00:37:24,875 Saya terhutang budi dengan Tuan Idroes 453 00:37:25,583 --> 00:37:27,291 dan keluarga awak. 454 00:37:29,166 --> 00:37:31,083 Saya setuju menjadi mandur 455 00:37:31,791 --> 00:37:34,916 supaya awak boleh dapat kunci Bilik Perisa. 456 00:37:36,250 --> 00:37:39,916 Saya tak berniat untuk perangkap awak. 457 00:37:42,250 --> 00:37:45,791 Tentang orang yang awak sebut tadi… 458 00:37:48,791 --> 00:37:51,125 Merekalah peluang saya untuk mendapatkan modal. 459 00:37:53,458 --> 00:37:55,708 Ayah saya tahu tentang ini? 460 00:37:55,791 --> 00:37:57,000 Tidak, puan. 461 00:37:57,083 --> 00:38:00,208 Tapi ia takkan menjejaskan perniagaan Tuan Idroes. Saya jamin. 462 00:38:00,291 --> 00:38:01,875 Gaji daripada kami tak cukupkah? 463 00:38:01,958 --> 00:38:03,250 Lebih daripada cukup. 464 00:38:03,750 --> 00:38:05,125 Tapi itu bukan masalahnya. 465 00:38:08,125 --> 00:38:09,250 Saya… 466 00:38:10,250 --> 00:38:12,291 Saya perlu buktikan diri saya. 467 00:38:23,041 --> 00:38:26,250 Ayah saya mempercayai awak. 468 00:38:27,416 --> 00:38:29,625 Pekerja kilang menghormati awak. 469 00:38:29,708 --> 00:38:31,666 Awak perlu buktikan kepada siapa lagi? 470 00:38:31,750 --> 00:38:33,208 Kepada awak, puan. 471 00:38:53,333 --> 00:38:55,333 Setiap kali saya bersama awak, 472 00:38:57,666 --> 00:38:59,916 ada perasaan yang saya tak faham. 473 00:39:03,708 --> 00:39:07,208 Saya cuba pendam perasaan ini, tapi… 474 00:39:09,166 --> 00:39:11,208 hati saya ada keinginan sendiri. 475 00:39:16,083 --> 00:39:17,791 Setiap kali saya memandang awak, 476 00:39:19,708 --> 00:39:23,500 ada sesuatu yang… 477 00:39:26,583 --> 00:39:28,791 saya tak pernah rasa sebelum ini. 478 00:39:31,375 --> 00:39:32,625 Saya? 479 00:39:36,500 --> 00:39:37,791 Saya? 480 00:39:39,750 --> 00:39:42,625 Tapi saya berbeza dengan wanita lain. 481 00:39:43,583 --> 00:39:46,500 Saya tak nak melayan lelaki. 482 00:39:47,125 --> 00:39:51,250 Saya tak nak duduk di rumah saja. 483 00:39:52,125 --> 00:39:54,458 Saya cuma fikirkan satu perkara. 484 00:39:56,166 --> 00:39:57,083 Rokok. 485 00:39:57,166 --> 00:39:58,166 Ya. 486 00:39:59,666 --> 00:40:01,375 Saya tahu. 487 00:40:05,125 --> 00:40:07,708 Mungkin tak semua orang memahami awak. 488 00:40:10,333 --> 00:40:11,791 Tapi saya memahami. 489 00:40:18,750 --> 00:40:20,291 Semua kata-kata awak tadi, 490 00:40:23,541 --> 00:40:25,166 saya suka semuanya. 491 00:40:34,166 --> 00:40:36,333 Saya tiada sesiapa. 492 00:40:38,125 --> 00:40:39,750 Saya tiada apa-apa. 493 00:40:41,666 --> 00:40:43,500 Tapi saya boleh janji 494 00:40:44,416 --> 00:40:47,791 saya akan cuba 495 00:40:48,916 --> 00:40:53,291 beri awak kehidupan yang sesuai untuk awak, 496 00:40:54,416 --> 00:40:55,666 Dasiyah. 497 00:41:05,125 --> 00:41:09,750 Tapi kenapa cakap tentang ini sekarang? 498 00:41:11,125 --> 00:41:14,500 Sudah terlambat sekarang. 499 00:41:15,791 --> 00:41:19,416 Saya dah buang semua impian saya. 500 00:41:21,416 --> 00:41:22,875 Saya juga tahu 501 00:41:23,625 --> 00:41:27,125 saya mungkin takkan dapat kemahuan saya. 502 00:41:29,875 --> 00:41:32,041 Jika begitu, beritahu saya. 503 00:41:33,291 --> 00:41:35,000 Awak nak apa? 504 00:41:41,250 --> 00:41:42,791 Untuk apa? 505 00:42:56,333 --> 00:43:00,791 KILANG ROKOK IDROES MOERIA 506 00:43:08,833 --> 00:43:10,708 Boleh saya bantu? 507 00:43:11,416 --> 00:43:12,833 Awak sesat? 508 00:43:12,916 --> 00:43:15,708 Saya berada di tempat yang sepatutnya. 509 00:43:15,791 --> 00:43:16,916 Pn. Dasiyah. 510 00:43:18,708 --> 00:43:21,125 Kita pernah bertemu sebelum ini? 511 00:43:21,208 --> 00:43:22,750 Saya harap begitulah. 512 00:43:22,833 --> 00:43:26,166 Saya mahu pertemuan pertama kita lebih baik daripada ini 513 00:43:26,250 --> 00:43:29,708 atau sekurang-kurangnya dalam cuaca yang lebih baik. 514 00:43:30,333 --> 00:43:32,833 Saya Seno Aji. 515 00:43:34,750 --> 00:43:38,083 Ia agak licin, jadi boleh saya bantu? 516 00:43:42,291 --> 00:43:47,625 Sejujurnya, ketika itu, saya tahu kemahuan saya. 517 00:43:48,208 --> 00:43:54,083 Tapi sejauh mana saya boleh pilih sendiri? 518 00:43:54,708 --> 00:43:56,625 Sehingga sekarang, 519 00:43:56,708 --> 00:43:58,208 - itu masih kekal - "Itu masih kekal 520 00:43:58,291 --> 00:43:59,958 - sebagai persoalan besar bagi saya. - sebagai persoalan besar bagi saya." 521 00:44:07,458 --> 00:44:12,416 Awak ada nampak bahagian lain di mana dia sebut tentang tunangnya? 522 00:44:13,125 --> 00:44:14,500 Seno. 523 00:44:18,041 --> 00:44:19,041 Tidak. 524 00:44:20,000 --> 00:44:23,791 Dia selalu guna parap seperti P atau R. 525 00:44:24,500 --> 00:44:27,125 Dia selalu sebut Raja. 526 00:44:27,208 --> 00:44:28,291 Kenapa? 527 00:44:29,375 --> 00:44:30,958 Seno 528 00:44:31,541 --> 00:44:33,250 ialah ayah saya. 529 00:44:36,125 --> 00:44:40,708 Saya tak sangka mak cik dan ayah saya pernah bertunang. 530 00:44:41,791 --> 00:44:45,625 Mungkin sebab itulah ibu saya tak beritahu saya apa-apa. 531 00:44:49,541 --> 00:44:50,958 Ya Tuhan. 532 00:44:56,625 --> 00:44:58,250 Jadi apa pendapat awak? 533 00:44:58,333 --> 00:45:00,083 Seronok, bukan? 534 00:45:00,166 --> 00:45:02,375 Rupa-rupanya ayah awak pun ada rahsia. 535 00:45:09,708 --> 00:45:11,125 Maaf. 536 00:45:12,875 --> 00:45:14,958 Kini, mulut saya pula yang lancang. 537 00:45:17,208 --> 00:45:19,541 Ayah saya meninggal dunia 538 00:45:20,583 --> 00:45:22,541 sebelum saya lahir, Bas. 539 00:45:23,458 --> 00:45:26,541 Jadi saya tak tahu apa-apa tentang ayah saya. 540 00:45:27,458 --> 00:45:29,083 Ibu saya hanya cakap 541 00:45:30,041 --> 00:45:32,333 dia seorang askar yang baik. 542 00:45:33,708 --> 00:45:37,041 Lelaki yang sentiasa ada untuk keluarganya. 543 00:45:44,000 --> 00:45:45,125 Jadi… 544 00:45:45,208 --> 00:45:49,666 Kita boleh tambah ayah saya dalam senarai misteri kita, bukan? 545 00:45:51,458 --> 00:45:53,500 Boleh. 546 00:45:57,791 --> 00:45:59,958 Saya nak cari yang lain. 547 00:46:00,041 --> 00:46:01,375 Saya nak 548 00:46:02,208 --> 00:46:04,375 tahu lebih banyak tentang ayah saya. 549 00:46:05,125 --> 00:46:06,416 Baik. 550 00:46:32,291 --> 00:46:36,458 Hari pertunangan saya dengan Seno semakin hampir. 551 00:46:49,041 --> 00:46:51,958 Kedua-dua keluarga sudah saling mengenali. 552 00:46:53,541 --> 00:46:59,375 Mereka selalu ada cara untuk biarkan kami berduaan. 553 00:46:59,458 --> 00:47:00,916 Kedua-duanya habis dijual. 554 00:47:02,000 --> 00:47:05,958 Saya cuma ikut rancangan yang mereka aturkan untuk kami. 555 00:47:08,333 --> 00:47:10,875 - Baiklah, serahkan saja kepadanya. - Baik. 556 00:47:11,625 --> 00:47:12,833 Maafkan saya. 557 00:47:21,666 --> 00:47:23,291 Saya tahu 558 00:47:23,375 --> 00:47:26,208 menolak Raja bukan satu kesilapan. 559 00:47:27,583 --> 00:47:31,916 Tapi kenapa hati saya resah? 560 00:47:33,833 --> 00:47:37,333 Jadi awak akan bantu jualan saya di sana 561 00:47:37,416 --> 00:47:39,583 dan saya akan bantu jualan awak di sini. 562 00:47:39,666 --> 00:47:42,041 Rokok kita ada peminat sendiri. 563 00:47:42,125 --> 00:47:44,500 - Ya. - Jadi kita sama-sama untung. 564 00:47:49,041 --> 00:47:50,166 Ayah. 565 00:47:51,000 --> 00:47:54,375 Kita perlukan lebih daripada strategi pemasaran. 566 00:47:54,458 --> 00:47:55,708 Apa ini? 567 00:47:55,791 --> 00:47:58,541 Awak pun berminat dengan rokok, gadis cantik? 568 00:48:01,000 --> 00:48:06,083 Sebenarnya, Dasiyah membantu saya di kilang sejak dia kecil lagi. 569 00:48:06,666 --> 00:48:10,125 Ia bukan perkara yang patut dibanggakan. 570 00:48:11,833 --> 00:48:14,458 Sebenarnya, saya dah rasa begitu 571 00:48:15,416 --> 00:48:17,458 sejak saya nampak awak di pasar. 572 00:48:19,125 --> 00:48:21,625 Sejujurnya, 573 00:48:22,208 --> 00:48:26,875 saya mahu Dasiyah buat perkara yang sesuai untuk wanita. 574 00:48:27,875 --> 00:48:29,666 Maafkan saya, Tuan Idroes. 575 00:48:29,750 --> 00:48:31,875 Awak tak perlu risau. 576 00:48:32,791 --> 00:48:33,916 Saya janji, 577 00:48:34,500 --> 00:48:36,458 Dasiyah tak perlu bekerja lagi. 578 00:48:37,041 --> 00:48:39,583 Saya akan sentiasa melindunginya 579 00:48:39,666 --> 00:48:41,666 bermula dari saat pertunangan kami esok. 580 00:48:43,875 --> 00:48:46,791 Anak awak bersifat kelelakian. 581 00:48:47,375 --> 00:48:49,791 Ya. Terima kasih banyak, Seno. 582 00:48:49,875 --> 00:48:51,500 Saya ikut ayah saya. 583 00:49:04,958 --> 00:49:09,500 Apabila saya dan Tuan Idroes 584 00:49:10,250 --> 00:49:13,125 memutuskan untuk menunangkan anak kami. 585 00:49:14,333 --> 00:49:19,166 Sejujurnya, saya tak pasti. 586 00:49:19,750 --> 00:49:22,291 Seperti yang kamu tahu, 587 00:49:22,375 --> 00:49:26,416 anak saya ada kerjaya yang hebat dalam tentera. 588 00:49:27,250 --> 00:49:32,125 Jadi biasalah jika saya mahukan pasangan yang sesuai untuknya. 589 00:49:33,125 --> 00:49:36,625 Tapi selepas bertemu Dasiyah, 590 00:49:37,875 --> 00:49:40,666 sebaliknya, kini saya harap 591 00:49:41,250 --> 00:49:46,875 anak saya cukup layak untuk jadi 592 00:49:46,958 --> 00:49:48,208 pasangan Dasiyah. 593 00:49:51,375 --> 00:49:54,083 Jadi tolong maafkan saya. 594 00:49:55,375 --> 00:49:56,875 Saya harap 595 00:49:57,458 --> 00:49:59,250 anak saya ini boleh buktikan 596 00:50:00,083 --> 00:50:04,708 dialah yang paling sesuai untuk awak, 597 00:50:04,791 --> 00:50:06,083 Jeng Yah. 598 00:50:13,291 --> 00:50:16,291 KILANG ROKOK IDROES MOERIA 599 00:50:49,708 --> 00:50:51,916 Encik, boleh kami… 600 00:50:52,000 --> 00:50:55,125 - En. Joko! - Cik Doktor! 601 00:50:55,208 --> 00:50:56,958 - Apa khabar, encik? - Baik. 602 00:50:57,041 --> 00:50:59,458 - Sudah lama awak tak datang. - Saya sibuk, encik. 603 00:51:00,041 --> 00:51:01,750 - Apa khabar, cik? - Baik. 604 00:51:01,833 --> 00:51:03,125 Syukurlah. 605 00:51:03,208 --> 00:51:05,250 - Dua pesanan biasa. - Baiklah, cik. 606 00:51:05,833 --> 00:51:07,416 Helo, pak cik! 607 00:51:08,125 --> 00:51:09,708 Ya, Cik Doktor. 608 00:51:09,791 --> 00:51:11,125 - Pak cik sihat? - Ya. 609 00:51:11,208 --> 00:51:13,500 Jika pak cik nak rasa lagi sihat, 610 00:51:13,583 --> 00:51:17,666 padamkan rokok ini. 611 00:51:17,750 --> 00:51:21,083 - Tolong kurangkan merokok, - Baiklah. 612 00:51:21,166 --> 00:51:24,916 - nanti pak cik jatuh sakit. - Baiklah, terima kasih. 613 00:51:25,000 --> 00:51:26,458 - Boleh kurangkan? - Baiklah. 614 00:51:30,416 --> 00:51:31,583 Awak selalu datang ke sini? 615 00:51:31,666 --> 00:51:32,625 Ya. 616 00:51:33,625 --> 00:51:36,416 Pak cik itu pernah jadi pesakit saya di hospital. 617 00:51:36,500 --> 00:51:38,333 En. Joko pula anaknya. 618 00:51:38,416 --> 00:51:40,541 Jadi saya selalu datang ke sini untuk makan. 619 00:51:40,625 --> 00:51:42,375 Mereka seperti keluarga saya sendiri. 620 00:51:53,625 --> 00:51:56,041 Jadi ia sudah pasti. 621 00:51:56,708 --> 00:52:00,875 Jeng Yah ialah mak cik saya. Dasiyah. 622 00:52:00,958 --> 00:52:01,958 Ya. 623 00:52:07,791 --> 00:52:10,625 Tunggu. Saya rasa ada satu lagi surat yang kita belum baca. 624 00:52:11,208 --> 00:52:12,916 - Yakah? - Ya. 625 00:52:13,000 --> 00:52:14,458 Biar saya lihat. 626 00:52:58,791 --> 00:53:00,166 Saya pergi dulu. 627 00:54:26,666 --> 00:54:27,500 Bas. 628 00:54:28,083 --> 00:54:30,041 Tiada surat lagi, bukan? 629 00:54:30,125 --> 00:54:31,083 Ini sahaja? 630 00:54:31,166 --> 00:54:33,083 Ini sahaja. 631 00:54:33,791 --> 00:54:35,875 Jadi kita patut buat apa sekarang? 632 00:54:36,666 --> 00:54:37,958 Simpan saja surat-surat itu. 633 00:54:38,875 --> 00:54:40,625 Saya tak nak kehilangannya. 634 00:54:41,375 --> 00:54:42,416 Baik. 635 00:54:45,416 --> 00:54:46,625 Sekejap. 636 00:54:47,791 --> 00:54:48,875 Awak boleh buka ini? 637 00:54:48,958 --> 00:54:51,041 Sudah tentu. Awak tak tahu? 638 00:54:51,125 --> 00:54:51,958 Tidak. 639 00:54:52,041 --> 00:54:53,958 Jadi awak belum baca yang ada di dalam? 640 00:54:54,041 --> 00:54:56,500 - Belum lagi. - Biar betul. 641 00:54:56,583 --> 00:54:59,250 Kalau begitu, mari baca. 642 00:55:06,875 --> 00:55:08,208 Tunggu sekejap. 643 00:55:08,291 --> 00:55:10,125 - Bas. - Ya? Kenapa? 644 00:55:10,208 --> 00:55:13,416 Saya tak rasa ini tulisan mak cik saya. 645 00:55:13,500 --> 00:55:16,166 - Ia berbeza daripada yang itu. - Biar saya lihat. 646 00:55:30,583 --> 00:55:31,791 Ini tulisan ayah saya. 647 00:55:47,250 --> 00:55:49,041 Sepanjang hidup saya, 648 00:55:49,875 --> 00:55:52,458 saya tak pernah rasa keinginan yang begitu kuat. 649 00:56:22,208 --> 00:56:23,791 Beberapa hari ini, 650 00:56:26,708 --> 00:56:29,000 saya asyik nampak awak dengan lelaki itu. 651 00:56:33,875 --> 00:56:35,500 Sukar mengakuinya, 652 00:56:39,041 --> 00:56:40,583 tapi saya tahu… 653 00:56:43,375 --> 00:56:45,125 sama ada saya… 654 00:56:46,250 --> 00:56:47,958 mahupun dia… 655 00:56:49,791 --> 00:56:52,166 tak boleh membahagiakan awak. 656 00:56:54,458 --> 00:56:55,666 Tapi… 657 00:56:57,958 --> 00:57:02,291 saya akan buat apa saja yang awak perlukan. 658 00:57:06,458 --> 00:57:08,541 Kerana saya mencintai awak, 659 00:57:10,458 --> 00:57:11,708 Jeng Yah. 660 01:01:00,916 --> 01:01:05,916 Terjemahan sari kata oleh Haziqah Hamidun