1 00:00:06,382 --> 00:00:09,594 SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:11,929 --> 00:00:15,892 Memang sukar untuk tahu perkara dalam fikiran kucing. 3 00:00:16,392 --> 00:00:18,770 Dasha, mari sini. 4 00:00:22,523 --> 00:00:25,193 Tetapi penemuan baharu mungkin membuka pintu 5 00:00:25,276 --> 00:00:27,820 untuk mengenali teman kita yang membingungkan ini. 6 00:00:38,414 --> 00:00:41,334 Ada orang rasa kucing tiada banyak kelebihan. 7 00:00:45,963 --> 00:00:48,800 Rancangan ini akan buktikan bahawa mereka salah. 8 00:01:00,853 --> 00:01:03,981 Lupakan semua yang anda tahu tentang kucing. 9 00:01:05,316 --> 00:01:07,902 Penyelidikan kucing ketinggalan berbanding anjing, 10 00:01:07,985 --> 00:01:12,365 tapi kini ada peningkatan mendadak dalam sains kucing. 11 00:01:12,990 --> 00:01:17,620 Generasi baharu ahli sains mencabar pratanggapan. 12 00:01:17,703 --> 00:01:19,413 Kami jumpa aspek berbeza 13 00:01:19,497 --> 00:01:21,999 dalam tingkah laku, personaliti, fisiologi, 14 00:01:22,083 --> 00:01:24,460 semua perkara yang buat kucing unik. 15 00:01:25,002 --> 00:01:27,964 Kucing bijak, ada sifat ingin tahu 16 00:01:28,047 --> 00:01:30,424 dan pandai bersosial dengan manusia. 17 00:01:31,384 --> 00:01:34,846 Ada bukti bahawa kucing berevolusi untuk buat begitu. 18 00:01:36,973 --> 00:01:40,268 Ayuh kita merungkai misteri kucing, 19 00:01:40,935 --> 00:01:43,563 memahami tingkah laku gila kucing 20 00:01:44,105 --> 00:01:46,482 dan mentafsir bahasa tersembunyi kucing. 21 00:01:48,484 --> 00:01:49,777 Ia tak mudah. 22 00:01:50,736 --> 00:01:52,071 Kucing memang rumit. 23 00:01:52,155 --> 00:01:53,698 Dasha, mari sini. 24 00:01:54,282 --> 00:01:55,950 Ya, kucing ada perangai. 25 00:01:57,952 --> 00:02:01,455 Tapi kita boleh ajar kucing buat apa-apa saja. 26 00:02:08,045 --> 00:02:11,257 Sesiapa saja boleh dedahkan potensi sebenar kucing 27 00:02:12,133 --> 00:02:14,302 jika belajar rahsianya. 28 00:02:30,109 --> 00:02:31,819 Kucing ada di mana-mana. 29 00:02:33,487 --> 00:02:36,032 Tapi cuma sedikit yang kita tahu tentangnya. 30 00:02:36,824 --> 00:02:40,453 Untuk memahami sifat sebenar kucing 31 00:02:40,536 --> 00:02:43,080 dan cara ia belajar hidup dengan manusia, 32 00:02:43,164 --> 00:02:45,124 kami bertanya kepada pakar. 33 00:02:45,833 --> 00:02:49,086 PENGARAH PUSAT KESIHATAN KUCING CORNELL 34 00:02:49,170 --> 00:02:51,047 PAKAR FISIOLOGI KUCING 35 00:02:51,631 --> 00:02:54,884 Orang rasa kucing tak pandai bersosial. 36 00:02:55,384 --> 00:02:57,803 Akui sajalah, kucing menghiburkan 37 00:02:57,887 --> 00:03:00,348 dan kadangkala sangat lucu. 38 00:03:03,309 --> 00:03:06,562 Anehnya, beberapa sifat yang jadikannya begitu menarik 39 00:03:06,646 --> 00:03:09,857 berevolusi daripada leluhurnya yang merupakan pembunuh. 40 00:03:10,691 --> 00:03:14,278 Jika seseorang diminta mencipta 41 00:03:15,196 --> 00:03:16,739 pemangsa darat 42 00:03:16,822 --> 00:03:21,118 yang sempurna dari segi sifat fizikal, tingkah laku, persepsi, 43 00:03:22,411 --> 00:03:24,914 tiada yang lebih hebat daripada kucing. 44 00:03:27,458 --> 00:03:30,670 Nama saintifik kucing domestik ialah Felis catus. 45 00:03:31,295 --> 00:03:34,924 Felis catus ialah spesies jinak yang unik 46 00:03:35,007 --> 00:03:38,010 yang berasal daripada kucing liar Afrika. 47 00:03:40,846 --> 00:03:44,892 Semua kucing besar dan kecil tergolong dalam keluarga Felidae. 48 00:03:46,894 --> 00:03:49,063 Kira-kira 3.5 juta tahun lalu, 49 00:03:49,146 --> 00:03:52,858 genus Felis iaitu kucing kecil terpisah daripada Panthera, 50 00:03:52,942 --> 00:03:56,279 iaitu kucing besar seperti singa dan harimau. 51 00:03:58,239 --> 00:04:02,743 Kini, ada 400 juta Felis catus di seluruh dunia. 52 00:04:03,995 --> 00:04:07,707 Jumlah itu menjadikannya antara sepuluh mamalia paling berjaya 53 00:04:08,207 --> 00:04:10,209 yang pernah hidup di Bumi. 54 00:04:11,168 --> 00:04:15,214 Dalam sepuluh ribu tahun, DNA kucing tidak banyak berubah. 55 00:04:16,465 --> 00:04:21,220 Secara genetik, ada haiwan liar tinggal di rumah kita. 56 00:04:23,389 --> 00:04:27,143 Haiwan liar dengan perkakasan fizikal yang menakjubkan. 57 00:04:28,602 --> 00:04:32,523 Yang paling utama sekali, tulang belakangnya yang menakjubkan. 58 00:04:33,524 --> 00:04:37,153 Kucing ada lebih banyak vertebra daripada kebanyakan mamalia. 59 00:04:37,236 --> 00:04:42,116 Di celah-celah vertebranya juga ada cakera kusyen kenyal, 60 00:04:42,199 --> 00:04:44,577 jadi tulang belakangnya amat fleksibel. 61 00:04:45,077 --> 00:04:49,665 Reka bentuk fleksibel ini membantu kucing menjadi haiwan terpantas di darat. 62 00:04:51,667 --> 00:04:54,045 Jika kita lihat citah berlari, 63 00:04:54,128 --> 00:04:58,090 pelenturan dan pengecutan tulang belakang menyimpan tenaga keupayaan 64 00:04:58,174 --> 00:05:02,219 dan membebaskannya sebagai tenaga kinetik semasa melompat ke depan. 65 00:05:06,807 --> 00:05:09,977 Kucing kita ialah citah kecil yang fleksibel 66 00:05:16,400 --> 00:05:19,403 dan meringkuk dalam posisi yoga yang luar biasa. 67 00:05:22,907 --> 00:05:26,035 Kucing juga ada sistem otot yang cekap. 68 00:05:26,744 --> 00:05:30,623 Kucing antara beberapa mamalia yang boleh aktifkan semua ototnya 69 00:05:30,706 --> 00:05:32,166 ketika melompat. 70 00:05:32,249 --> 00:05:34,502 Jujukan pencucuhan bermula. 71 00:05:34,585 --> 00:05:38,756 Tiga, dua, satu, berlepas! 72 00:05:38,839 --> 00:05:40,633 Kita berlepas. 73 00:05:41,467 --> 00:05:45,304 Ia boleh lompat setinggi lima hingga enam kali panjang badannya. 74 00:05:46,555 --> 00:05:49,225 Seperti manusia melompat melepasi zirafah. 75 00:05:53,062 --> 00:05:58,067 Kucing guna ekornya untuk seimbangkan diri semasa perubahan arah yang pantas. 76 00:06:00,820 --> 00:06:05,116 Bak kata ahli gimnastik, benda yang naik mesti akan turun. 77 00:06:05,783 --> 00:06:08,494 Membawa kepada persoalan sejak zaman-berzaman. 78 00:06:09,328 --> 00:06:11,497 Orang kata kucing mendarat dengan kaki. 79 00:06:13,666 --> 00:06:17,253 Kucing mampu membetulkan posisi dirinya dengan cepat. 80 00:06:17,336 --> 00:06:22,133 Untuk lakukannya, ia perlu mengenal pasti kedudukan badannya di udara, 81 00:06:22,216 --> 00:06:25,553 menerusi fenomena yang dipanggil refleks imbangan. 82 00:06:32,309 --> 00:06:35,187 Refleks ini fungsi sistem vestibular. 83 00:06:38,607 --> 00:06:41,193 Sel bulu hiperpeka di telinga dalaman 84 00:06:41,277 --> 00:06:45,364 mengesan kedudukan badan, pergerakan dan pecutan di udara 85 00:06:45,906 --> 00:06:48,868 dan menghantar maklumat ini terus ke otak. 86 00:06:49,994 --> 00:06:53,122 Jadi, kucing sentiasa tahu arah atas. 87 00:06:57,334 --> 00:07:00,921 Semua mamalia ada refleks imbangan, termasuklah manusia. 88 00:07:01,797 --> 00:07:04,049 Tapi kadangkala, kita jadi keliru. 89 00:07:04,633 --> 00:07:07,178 Kita gelarkannya "twisties". 90 00:07:08,179 --> 00:07:10,181 Macam kisah Simone Biles. 91 00:07:12,391 --> 00:07:17,271 Dia rasa dia hilang kebolehan mengesan kedudukan tubuhnya di udara. 92 00:07:19,273 --> 00:07:21,442 Dia rasa bahaya jika dia teruskan. 93 00:07:21,525 --> 00:07:22,818 Itu memang logik. 94 00:07:22,902 --> 00:07:25,863 Tapi ia sukar untuk dikawal. 95 00:07:27,865 --> 00:07:31,660 Refleks kucing lebih dua kali ganda pantas daripada kita 96 00:07:33,871 --> 00:07:36,582 dan mengatasi haiwan peliharaan lain. 97 00:07:37,708 --> 00:07:39,418 Jika kita jatuhkan anjing 98 00:07:40,002 --> 00:07:42,254 dari posisi yang sama berulang kali, 99 00:07:42,338 --> 00:07:44,507 anjing takkan jatuh berdiri. 100 00:07:49,929 --> 00:07:52,389 Pada berat setara, kucing mungkin mamalia 101 00:07:52,473 --> 00:07:56,143 paling pantas, paling kuat dan paling fleksibel di Bumi. 102 00:08:00,105 --> 00:08:04,276 Tapi bakat liarnya juga menjadikannya penuh misteri. 103 00:08:08,447 --> 00:08:13,410 Untuk memahami tingkah lakunya, ahli psikologi kucing boleh membantu. 104 00:08:14,286 --> 00:08:16,205 Duduk. Bagus, sayang. 105 00:08:16,288 --> 00:08:18,582 PROFESOR MADYA, KOLEJ UNITY 106 00:08:18,666 --> 00:08:19,917 AHLI PSIKOLOGI KUCING 107 00:08:20,000 --> 00:08:23,420 Sepanjang evolusi, kucing tak banyak berubah. 108 00:08:24,088 --> 00:08:28,217 Kini, kucing seperti gabungan antara kucing liar 109 00:08:28,300 --> 00:08:30,886 dengan kucing jinak yang kita mahukan. 110 00:08:33,806 --> 00:08:36,809 Kristyn mengkaji misteri minda kucing. 111 00:08:37,518 --> 00:08:40,521 Dia cuba menguraikan perkara yang kucing fikirkan. 112 00:08:41,855 --> 00:08:46,402 Saya rasa keupayaan sosial kucing terlalu dipandang rendah. 113 00:08:47,069 --> 00:08:50,614 Terutamanya apabila kucing dibandingkan dengan anjing. 114 00:08:55,035 --> 00:08:59,582 Orang kata anjing lebih hebat dari aspek ciri sosiokognitif. 115 00:09:00,874 --> 00:09:05,087 Anjing selalu dianggap sebagai haiwan peliharaan yang lebih intuitif. 116 00:09:06,797 --> 00:09:10,092 Anjing tahu namanya dan sehingga 160 perkataan. 117 00:09:11,719 --> 00:09:13,971 Anjing memahami air muka manusia, 118 00:09:14,054 --> 00:09:15,973 malah mampu selesaikan masalah. 119 00:09:17,725 --> 00:09:22,313 Kristyn percaya kucing tak diberi peluang untuk buktikan kemampuannya. 120 00:09:22,396 --> 00:09:23,480 Jaga perangai. 121 00:09:23,981 --> 00:09:28,360 Sebenarnya, penyelidikan terhadap kucing jarang dilakukan. 122 00:09:29,153 --> 00:09:32,031 Jadi, dia bertekad untuk mengetahui 123 00:09:32,114 --> 00:09:35,659 kebolehan kucing jika dibandingkan dengan lawannya anjing. 124 00:09:36,619 --> 00:09:38,579 Kita letak kucing di sini. 125 00:09:38,662 --> 00:09:40,122 Pertama sekali, 126 00:09:40,205 --> 00:09:42,207 adakah kucing tahu namanya? 127 00:09:44,001 --> 00:09:47,630 Dalam ujian ini, kita nak lihat jika Carl tahu namanya. 128 00:09:51,634 --> 00:09:55,804 Ini pembesar suara Bluetooth yang akan memainkan suara saya. 129 00:09:58,140 --> 00:10:01,310 Kristyn bermula dengan empat perkataan satu suku kata. 130 00:10:02,394 --> 00:10:03,228 Boot. 131 00:10:04,438 --> 00:10:09,026 Ada reaksi kepada perkataan pertama, bunyi baharu di persekitarannya. 132 00:10:09,652 --> 00:10:10,903 Sock! 133 00:10:12,154 --> 00:10:14,782 Tapi Carl mula hilang minat terhadap bunyi. 134 00:10:15,324 --> 00:10:16,450 Day. 135 00:10:19,453 --> 00:10:22,790 Kristyn tambah perkataan yang menyerupai nama Carl. 136 00:10:24,667 --> 00:10:25,709 Girl! 137 00:10:28,712 --> 00:10:29,963 Masih tiada apa-apa. 138 00:10:33,634 --> 00:10:35,928 Tapi tibalah detik kebenaran. 139 00:10:37,638 --> 00:10:38,722 Carl! 140 00:10:39,807 --> 00:10:41,350 Bagus! 141 00:10:42,810 --> 00:10:47,064 Ujian ini dijalankan beratus-ratus kali dengan banyak kucing berbeza. 142 00:10:47,981 --> 00:10:51,944 Jelas sekali kebanyakan kucing tahu namanya sendiri. 143 00:10:54,113 --> 00:10:57,783 Jawab atau tidak, itu cerita lain. 144 00:10:58,325 --> 00:11:00,744 - Teruskan. - Itu kita bincangkan nanti. 145 00:11:02,871 --> 00:11:08,043 Kajian Kristyn membawa dia ke pusat revolusi kucing moden. 146 00:11:10,170 --> 00:11:13,465 JEPUN 147 00:11:23,475 --> 00:11:28,981 Pada 2017, kucing mengatasi anjing sebagai haiwan peliharaan paling popular di Jepun. 148 00:11:35,904 --> 00:11:38,949 Kini, ia didiami sembilan juta kucing peliharaan 149 00:11:39,700 --> 00:11:42,703 dan antara saintis kucing terhebat di dunia. 150 00:11:44,621 --> 00:11:48,500 PENYELIDIK KUCING, UNIVERSITI AZABU 151 00:11:48,584 --> 00:11:51,879 Berbanding dengan kajian anjing, kajian tentang kucing 152 00:11:51,962 --> 00:11:56,550 ketinggalan lebih kurang 15 tahun. 153 00:11:57,176 --> 00:12:01,889 Kristyn dan Saho telah menerbitkan 37 kajian. 154 00:12:02,848 --> 00:12:07,853 Mereka membantu membuktikan kucing mengenali wajah dan suara tuannya, 155 00:12:07,936 --> 00:12:10,397 dan tentunya kucing lain. 156 00:12:10,981 --> 00:12:14,109 Mereka buktikan kucing faham erti tudingan jari. 157 00:12:14,651 --> 00:12:17,279 Kucing faham kekekalan objek. 158 00:12:17,362 --> 00:12:20,407 Ia faham apabila objek hilang daripada penglihatan, 159 00:12:20,491 --> 00:12:22,951 tidak bermakna ia hilang terus. 160 00:12:23,452 --> 00:12:27,706 Yang penting, kucing lebih faham daripada yang kita sangka. 161 00:12:28,332 --> 00:12:30,709 Apabila kajian dijalankan, 162 00:12:30,793 --> 00:12:35,881 kami nampak kucing berkelakuan dan bertindak lebih kurang macam anjing. 163 00:12:36,840 --> 00:12:39,885 Kita cuma perlu tahu cara memanfaatkan potensi itu. 164 00:12:41,428 --> 00:12:44,431 Temu bual Maryna dan Svitlana, tanda ABC. 165 00:12:52,356 --> 00:12:54,983 - Nama saya Maryna. - Nama saya Svitlana. 166 00:12:55,067 --> 00:12:56,735 Kamilah Savitsky Cats. 167 00:12:56,819 --> 00:12:59,738 Kami ialah keluarga manusia dan kucing terlatih. 168 00:13:02,449 --> 00:13:06,328 Melatih kucing ialah perkara yang ajaib. 169 00:13:06,829 --> 00:13:09,081 Ia bukan mudah. 170 00:13:10,833 --> 00:13:15,087 Savitsky Cats yang menakjubkan ialah selebriti Ukraine. 171 00:13:15,170 --> 00:13:18,257 Mereka membuat jelajah dunia, hiburkan jutaan orang. 172 00:13:20,801 --> 00:13:24,429 Mereka berjaya mara ke suku akhir America's Got Talent. 173 00:13:25,931 --> 00:13:30,018 Boleh tahan bagi haiwan yang selalu dianggap tak boleh dilatih. 174 00:13:30,936 --> 00:13:35,065 Perbezaan antara melatih kucing dengan melatih anjing 175 00:13:35,148 --> 00:13:37,234 ialah anjing ingin gembirakan kita. 176 00:13:37,317 --> 00:13:39,528 SANGGUP KERJA UNTUK MAKANAN 177 00:13:39,611 --> 00:13:42,990 "Saya buat apa saja untuk awak! Saya ikut cakap awak." 178 00:13:43,073 --> 00:13:45,868 Kucing pula akan cakap, "Cubalah paksa saya." 179 00:13:46,994 --> 00:13:50,789 Keluarga Savitsky tahu cara untuk dapatkan aksi terbaik kucing. 180 00:13:51,832 --> 00:13:55,002 Pertama sekali, kita perlu berkawan dengan kucing. 181 00:13:57,880 --> 00:14:02,009 Kucing perlu percayakan kita sepenuhnya. 182 00:14:02,092 --> 00:14:04,970 Kucing tak suka kita buat kejutan. 183 00:14:08,515 --> 00:14:12,728 Selama empat tahun ini, Dasha ialah bintang terbaik mereka. 184 00:14:14,771 --> 00:14:15,814 Dasha. 185 00:14:17,274 --> 00:14:18,609 Dasha memang pelakon. 186 00:14:21,778 --> 00:14:26,199 Setiap kali nampak kamera, Dasha rasa seluruh dunia berhenti. 187 00:14:26,283 --> 00:14:29,036 Dasha cuma mahukan perhatian kamera. 188 00:14:32,080 --> 00:14:35,292 Dasha buat banyak aksi paling sukar dalam pasukan… 189 00:14:37,669 --> 00:14:40,047 termasuk Mission Impossible… 190 00:14:43,592 --> 00:14:45,260 dan lompat tinggi. 191 00:14:58,607 --> 00:15:02,736 Tak dapat disangkal bahawa Dasha ialah kapten kucing Savitsky. 192 00:15:04,029 --> 00:15:07,532 Tapi ada tiga calon lain yang mahu merebut tempatnya. 193 00:15:09,034 --> 00:15:12,537 Mana-mana satu pun berpotensi jadi bintang besar seterusnya. 194 00:15:14,289 --> 00:15:17,209 Setiap kucing umpama anak kami sendiri. 195 00:15:17,292 --> 00:15:20,128 Kami tak boleh bayangkan hidup tanpanya. 196 00:15:21,672 --> 00:15:24,466 Potensi sebenar kucing cuma boleh dikeluarkan 197 00:15:24,549 --> 00:15:26,385 dengan menjalinkan ikatan. 198 00:15:27,970 --> 00:15:32,265 Sesetengah doktor mengabdikan diri kepada seni ini. 199 00:15:33,684 --> 00:15:35,644 PENGARAH TINGKAH LAKU & KEBAJIKAN 200 00:15:35,727 --> 00:15:37,771 SPCA SAN FRANCISCO PAKAR TINGKAH LAKU KUCING 201 00:15:37,854 --> 00:15:40,482 Sebelum seseorang itu bela kucing, 202 00:15:40,565 --> 00:15:42,442 dia perlu kaji dulu, bukan? 203 00:15:42,526 --> 00:15:45,654 Dia perlu buat persediaan 204 00:15:45,737 --> 00:15:47,489 sebelum bawa pulang kucing. 205 00:15:47,572 --> 00:15:51,159 Menambah ahli keluarga baharu memang keputusan besar. 206 00:15:52,035 --> 00:15:53,829 Ini bukan perkara main-main. 207 00:15:55,122 --> 00:15:58,166 Tak mudah untuk orang baharu belajar bela kucing. 208 00:16:00,043 --> 00:16:02,087 Jika mahu kucing sukakan kita, 209 00:16:02,170 --> 00:16:05,215 kita boleh mula dengan kelip mata perlahan-lahan. 210 00:16:07,342 --> 00:16:10,804 Hubungan mata amat penting dalam dunia haiwan. 211 00:16:10,887 --> 00:16:15,058 Tenungan tajam tanpa henti dan tak berkelip amat menakutkan. 212 00:16:16,435 --> 00:16:18,687 Jika mahu berinteraksi dengan kucing, 213 00:16:18,770 --> 00:16:22,566 kecilkan tubuh anda, bergerak ke tepi, berdiri mengiring. 214 00:16:22,649 --> 00:16:25,861 Anda boleh jeling ke tepi dan kelip mata. 215 00:16:27,070 --> 00:16:29,364 Bagi kucing, ini seperti tersenyum, 216 00:16:29,990 --> 00:16:32,409 berkongsi emosi gembira dan positif. 217 00:16:33,035 --> 00:16:34,661 Kucing biasanya membalas. 218 00:16:35,996 --> 00:16:40,542 Kucing kelip mata perlahan-lahan untuk beritahu, "Tak mengapa. 219 00:16:40,625 --> 00:16:43,128 Saya peramah. Saya suka awak. 220 00:16:43,211 --> 00:16:45,297 Saya bukan ancaman." 221 00:16:45,964 --> 00:16:48,925 Apabila kucing buat begitu, saya anggap itu pujian. 222 00:16:49,009 --> 00:16:51,219 "Kucing itu suka saya. Ya." 223 00:16:51,303 --> 00:16:54,931 Jika kelipan perlahan itu berjaya, cuba datang lebih dekat. 224 00:16:56,016 --> 00:16:58,477 Apabila kucing menyapa satu sama lain, 225 00:16:58,560 --> 00:17:01,855 kucing yang mesra sesama sendiri akan bersentuhan hidung. 226 00:17:01,938 --> 00:17:04,441 Kucing datang dan bersentuhan hidung. 227 00:17:05,025 --> 00:17:08,612 Untuk berkenalan, anda boleh hulurkan jari 228 00:17:08,695 --> 00:17:11,281 dan biar kucing lagakan hidungnya. 229 00:17:12,949 --> 00:17:16,495 Kucing hidu jari kita, hidu bau kita, mula kenal kita. 230 00:17:16,578 --> 00:17:19,956 Bagi saya, itu seperti berjabat tangan. 231 00:17:20,040 --> 00:17:21,374 Kucing yang suka kita 232 00:17:21,458 --> 00:17:24,711 selalunya akan menggesel pada sepanjang jari kita. 233 00:17:25,420 --> 00:17:27,798 Jangan dekatinya dengan laju dari atas. 234 00:17:28,298 --> 00:17:31,802 Pada zaman nenek moyangnya yang hidup liar, 235 00:17:31,885 --> 00:17:33,470 kucing juga mangsa. 236 00:17:33,553 --> 00:17:37,766 Jadi, apa yang menyerang dari atas? Haiwan yang ada cakar. 237 00:17:38,767 --> 00:17:42,521 Burung pemangsa besar, burung hantu, helang dan sebagainya. 238 00:17:42,604 --> 00:17:44,981 Apabila tangan kita mendekatinya begini, 239 00:17:45,065 --> 00:17:47,400 ia sangat menakutkan. 240 00:17:48,110 --> 00:17:50,278 Rendah dan perlahan ialah caranya. 241 00:17:51,780 --> 00:17:54,199 Saya hulur jari dan biar kucing hidu. 242 00:17:54,282 --> 00:17:56,785 Jika kucing mula menggesel, saya akan usap 243 00:17:56,868 --> 00:17:58,578 bahagian tepi mukanya, 244 00:17:58,662 --> 00:18:02,040 bawah dagunya, kawasan neutral. 245 00:18:02,124 --> 00:18:04,668 Jika kucing itu suka usapan dagu atau leher, 246 00:18:04,751 --> 00:18:08,213 barulah kita boleh kuasai kucing itu. 247 00:18:09,297 --> 00:18:13,218 Kucing yang tidak suka disentuh perlu dipujuk dengan cara lain. 248 00:18:14,302 --> 00:18:16,388 Banyak kucing sangat penakut, 249 00:18:16,471 --> 00:18:21,059 jadi kami gunakan pompom. 250 00:18:21,143 --> 00:18:25,063 Ia bebola benang kecil yang dilekatkan pada batang kayu panjang. 251 00:18:25,147 --> 00:18:29,526 Ia digunakan untuk mulakan interaksi dengan kucing. 252 00:18:29,609 --> 00:18:34,072 Biar kucing berinteraksi dengannya dulu untuk lihat perasaan kucing itu. 253 00:18:34,156 --> 00:18:37,075 Apabila kucing selesa, kucing akan beritahu kita. 254 00:18:37,742 --> 00:18:41,121 Allorubbing penting untuk merapatkan hubungan sosial. 255 00:18:41,204 --> 00:18:43,123 Kami nampak 83 peratus kucing 256 00:18:43,206 --> 00:18:45,625 gesel pemiliknya ketika kembali ke bilik. 257 00:18:45,709 --> 00:18:47,961 Kami melihat yang allorubbing juga 258 00:18:48,044 --> 00:18:51,506 boleh melegakan tekanan bagi kucing. 259 00:18:51,590 --> 00:18:55,510 Gerakan mesra ini mungkin bermakna kita telah diterima. 260 00:18:56,595 --> 00:18:58,889 Tapi adakah kucing suka semua manusia? 261 00:18:59,639 --> 00:19:02,225 Atau adakah kucing memilih? 262 00:19:03,018 --> 00:19:07,063 Ujian ini dipanggil pertautan pasangan dan ia mengkaji 263 00:19:07,147 --> 00:19:11,443 jumlah masa kucing bersama tuannya berbanding dengan orang asing. 264 00:19:16,114 --> 00:19:21,286 Jika Carl lebih selalu memilih Kristyn, pemiliknya, berbanding orang asing, 265 00:19:21,369 --> 00:19:23,580 ertinya Carl ada pilihan tersendiri. 266 00:19:37,802 --> 00:19:40,597 Carl pilih saya setiap kali. 267 00:19:40,680 --> 00:19:44,351 Jadi, Carl lebih suka saya iaitu tuannya 268 00:19:44,434 --> 00:19:45,769 daripada orang asing. 269 00:19:47,687 --> 00:19:52,067 Mereka jalankan eksperimen ini dan yang seumpamanya beribu kali. 270 00:19:52,734 --> 00:19:57,739 Tak dinafikan kucing ada ikatan yang kuat dengan pemiliknya. 271 00:19:58,698 --> 00:20:02,577 Ikatan kucing dengan manusia mungkin kesinambungan ikatan 272 00:20:02,661 --> 00:20:05,956 antara kucing dengan ibunya ketika kecil. 273 00:20:06,498 --> 00:20:09,834 Ya, ikatan kita dengannya wujud dan kita sayangkannya. 274 00:20:10,377 --> 00:20:12,754 Tapi adakah kucing sayangkan kita? 275 00:20:14,589 --> 00:20:16,299 Kita bincangkannya nanti. 276 00:20:18,718 --> 00:20:21,721 Mula-mula, satu lagi cara untuk merungkai minda kucing 277 00:20:21,805 --> 00:20:23,932 adalah dengan buat ia rasa selesa. 278 00:20:25,934 --> 00:20:29,562 Seperti nenek moyangnya, kucing suka berada di tempat tinggi. 279 00:20:30,563 --> 00:20:33,984 Kucing suka tempat tinggi untuk tahu perkara yang berlaku. 280 00:20:34,067 --> 00:20:35,986 Jika kucing tak selesa, 281 00:20:36,069 --> 00:20:39,197 kucing boleh pergi ke tempat tinggi untuk bersembunyi. 282 00:20:41,658 --> 00:20:44,661 Itu sifat kucing liar yang diwarisinya. 283 00:20:44,744 --> 00:20:48,873 Itu tingkah laku naluri. Kita tak perlu ajar kucing memanjat. 284 00:20:48,957 --> 00:20:52,794 Ia akan tunjukkan ia nak memanjat tapi jika kita tak sediakan 285 00:20:52,877 --> 00:20:55,255 perabot kucing yang sesuai untuknya, 286 00:20:55,338 --> 00:20:57,841 kucing tetap akan cari tempat bertenggek. 287 00:20:57,924 --> 00:21:01,386 Tak boleh. Tak boleh! 288 00:21:01,886 --> 00:21:04,306 Kucing juga suka ruang yang kecil. 289 00:21:05,265 --> 00:21:08,059 Sebab itu kucing suka kotak. 290 00:21:09,602 --> 00:21:12,856 Sisi yang tertutup menimbulkan rasa selamat. 291 00:21:12,939 --> 00:21:15,900 Sebab itulah kucing suka kotak dan memang seronok 292 00:21:15,984 --> 00:21:19,195 dapat menyorok, melompat keluar dan menyerang tuannya. 293 00:21:24,200 --> 00:21:25,910 Kucing ialah pemangsa hendap, 294 00:21:25,994 --> 00:21:29,998 maksudnya kucing menyorok untuk menangkap mangsa. 295 00:21:30,081 --> 00:21:33,543 Jadi, kotak dapat membantu kucing 296 00:21:33,626 --> 00:21:36,629 lengkapkan corak motor pemangsanya. 297 00:21:38,465 --> 00:21:42,927 Kotak kadbod boleh melegakan tekanan kucing. 298 00:21:45,638 --> 00:21:50,268 Kucing ada keunikan dalam ekologi 299 00:21:50,352 --> 00:21:54,189 kerana apabila memburu, ia akan masuk lubang di dalam pokok. 300 00:21:54,272 --> 00:21:56,608 Ia mengharungi halangan. 301 00:21:58,443 --> 00:22:03,782 Pemangsa yang tahu harungi halangan mungkin lebih berjaya. 302 00:22:04,324 --> 00:22:06,993 Jelas sekali, itu membantu kemandiriannya. 303 00:22:08,286 --> 00:22:11,206 Kucing ada aset khas untuk masuk ke tempat kecil 304 00:22:11,289 --> 00:22:13,208 yang sukar dimasuki haiwan lain. 305 00:22:15,460 --> 00:22:19,923 Salah satu cara untuk menunjukkan kebolehan ini adalah dengan melihat 306 00:22:20,507 --> 00:22:23,134 sekecil mana lubang yang kucing boleh masuki. 307 00:22:23,218 --> 00:22:25,303 Kita boleh buat kucing masuk lubang 308 00:22:25,387 --> 00:22:28,431 dengan makanan, mainan, snek dan sebagainya. 309 00:22:34,062 --> 00:22:36,606 18 SENTIMETER 310 00:22:43,530 --> 00:22:45,281 Lubang besar, mudah sahaja. 311 00:22:47,992 --> 00:22:50,537 Tapi apabila Bruce kecilkan saiz lubang, 312 00:22:50,620 --> 00:22:53,873 ia mula tunjukkan penguasaan terhadap persekitarannya. 313 00:22:53,957 --> 00:22:56,292 15 SENTIMETER 314 00:22:57,001 --> 00:22:59,504 Semuanya bermula dengan misai. 315 00:23:01,047 --> 00:23:04,217 Misai ialah penyesuaian kucing yang amat menarik. 316 00:23:04,300 --> 00:23:06,052 Seperti kita tahu, 317 00:23:06,136 --> 00:23:08,471 ia nampak seperti rambut yang panjang, 318 00:23:08,555 --> 00:23:12,517 setiap satunya bersambung dengan sekumpulan saraf 319 00:23:12,600 --> 00:23:17,230 yang menghantar maklumat tentang benda yang disentuh misai ke otak. 320 00:23:17,313 --> 00:23:19,816 Kebanyakan orang tahu misainya ada di dagu, 321 00:23:19,899 --> 00:23:22,235 tapi ada juga misai di kening, 322 00:23:22,318 --> 00:23:24,654 dan orang tak tahu ada misai 323 00:23:24,737 --> 00:23:27,574 di belakang tapak kaki depan kucing. 324 00:23:27,657 --> 00:23:31,453 Ia telah berevolusi untuk memberikan maklumat sentuhan 325 00:23:31,536 --> 00:23:33,246 tentang persekitarannya. 326 00:23:34,747 --> 00:23:36,458 Satu kegunaan misai? 327 00:23:36,541 --> 00:23:39,794 Ia beritahu kucing saiz lubang yang boleh dimasuki. 328 00:23:39,878 --> 00:23:41,296 10 SENTIMETER 329 00:23:44,424 --> 00:23:47,010 Selebihnya bergantung pada rangkanya yang lentur. 330 00:23:48,428 --> 00:23:53,308 Klavikel atau tulang selangkanya bersambung pada otot, bukan tulang. 331 00:23:54,058 --> 00:23:56,686 Semua sendinya sangat lentur. 332 00:23:58,688 --> 00:24:02,984 Seperti kamu lihat dalam eksperimen ini, kami buat lubang semakin kecil 333 00:24:03,067 --> 00:24:04,903 secara berperingkat. 334 00:24:04,986 --> 00:24:09,699 Memang mengejutkan melihat kucing yang besar ini 335 00:24:09,782 --> 00:24:11,326 boleh melaluinya. 336 00:24:14,829 --> 00:24:19,501 Tapi misai tidak memanjang jika berat badan kucing bertambah. 337 00:24:20,251 --> 00:24:25,006 Misai telah berevolusi untuk mengikut lebar badan kucing 338 00:24:25,089 --> 00:24:27,717 yang normal dan sihat. 339 00:24:28,468 --> 00:24:33,181 Ini membawa kepada isu lain, berat badan berlebihan dan obesiti. 340 00:24:33,264 --> 00:24:36,643 Banyak kucing sangat gemuk dan itu masalah besar. 341 00:24:37,310 --> 00:24:39,521 Misai takkan bertambah panjang 342 00:24:39,604 --> 00:24:43,233 mengikut badan kucing yang semakin berat. 343 00:24:45,360 --> 00:24:48,655 Sebanyak 59 peratus kucing di AS terlampau berat. 344 00:24:49,405 --> 00:24:52,325 Jadi, kucing memerlukan diet yang betul. 345 00:24:55,495 --> 00:24:57,247 Saudara liar kucing kita 346 00:24:57,330 --> 00:24:59,415 perlu berusaha untuk cari makanan. 347 00:24:59,916 --> 00:25:01,918 Tiada masalah untuk jaga badan. 348 00:25:03,086 --> 00:25:05,880 Kucing kita pula sebaliknya. 349 00:25:06,381 --> 00:25:08,049 Letak di atas penimbang. 350 00:25:09,968 --> 00:25:11,261 Jangan menipu. 351 00:25:12,011 --> 00:25:15,807 Jika kita makan tanpa henti dan makan dengan cepat, 352 00:25:15,890 --> 00:25:19,018 kita akan telan banyak makanan 353 00:25:19,102 --> 00:25:21,938 sebelum perut kita kata, "Tunggu, banyak sangat." 354 00:25:22,021 --> 00:25:25,316 Kucing pun patut begitu. Kita patut berikannya aktiviti. 355 00:25:25,400 --> 00:25:27,860 Jadi, sama ada mainan kucing, 356 00:25:27,944 --> 00:25:31,364 pemberi makanan interaktif, yang memerlukan kucing bekerja 357 00:25:31,447 --> 00:25:33,116 untuk dapatkan makanan. 358 00:25:33,199 --> 00:25:35,451 Kucing perlu berusaha. 359 00:25:36,578 --> 00:25:41,457 Selain itu, tak kira diet pemiliknya, kucing perlu makan daging. 360 00:25:43,126 --> 00:25:45,044 Kucing ialah karnivor obligat. 361 00:25:45,128 --> 00:25:48,881 Kucing mesti makan daging kerana ia tak dapat mensintesis 362 00:25:48,965 --> 00:25:51,342 asid amino tertentu yang cuma ada dalam daging. 363 00:25:52,135 --> 00:25:55,430 Tolonglah beri kucing anda makanan berasaskan daging. 364 00:25:55,513 --> 00:25:58,266 Ia perlu berkhasiat dan seimbang. 365 00:25:58,349 --> 00:26:00,602 Jangan jadikan kucing anda vegetarian. 366 00:26:03,730 --> 00:26:08,151 Memastikan kucing sihat dan gembira boleh menjadi cara hidup. 367 00:26:14,198 --> 00:26:18,453 Seorang doktor di Jepun menghabiskan banyak masa dengan kucing 368 00:26:18,953 --> 00:26:21,998 sehingga digelar Mahaguru Kucing. 369 00:26:23,291 --> 00:26:26,044 PENGARAH PUSAT PERUBATAN KUCING TOKYO 370 00:26:26,127 --> 00:26:27,128 MAHAGURU KUCING 371 00:26:29,672 --> 00:26:33,926 Kucing haiwan yang sensitif. 372 00:26:34,010 --> 00:26:36,512 Orang yang tak suka kucing selalu cakap 373 00:26:36,596 --> 00:26:41,726 mereka tak faham, apa yang kucing fikir? 374 00:26:43,269 --> 00:26:48,149 Dr. Yuki menghabiskan beribu-ribu jam mengkaji kucing. 375 00:26:49,567 --> 00:26:53,738 Dia cuba mentafsirkan nuansa bahasanya yang halus. 376 00:26:54,739 --> 00:26:57,909 Jika kita perhatikan kucing, matanya, telinganya, 377 00:26:57,992 --> 00:27:00,161 cara ekornya bergoyang, 378 00:27:00,244 --> 00:27:03,122 kita akan mula faham perasaan kucing. 379 00:27:06,417 --> 00:27:10,588 Apabila matanya terbuka dan telinganya tegak, kucing tenang. 380 00:27:11,422 --> 00:27:14,550 Jika matanya mengecil dan telinganya direndahkan, 381 00:27:14,634 --> 00:27:16,260 kucing mula jadi agresif. 382 00:27:16,761 --> 00:27:21,766 Mata terbuka tapi telinga ke belakang bermakna sedia untuk mempertahankan diri. 383 00:27:22,392 --> 00:27:27,647 Jika kucing menunjukkan giginya, ia bersedia untuk menyerang. 384 00:27:28,731 --> 00:27:31,567 Membaca air muka kucing boleh dikatakan intuitif. 385 00:27:32,110 --> 00:27:34,278 Ekornya lebih misteri. 386 00:27:35,321 --> 00:27:37,657 Pergerakan ekor ada pelbagai makna. 387 00:27:37,740 --> 00:27:43,329 Apabila anjing goyangkan ekor, orang kata ia gembira. 388 00:27:43,413 --> 00:27:45,039 Kucing pula tak begitu. 389 00:27:46,332 --> 00:27:49,419 Apabila kucing melibas ekornya, ia sedang rasa geram. 390 00:27:50,169 --> 00:27:53,423 Tapi apabila ekornya menegak, kucing agak gembira. 391 00:27:54,507 --> 00:27:58,010 Apabila saya pulang dan kucing datang ke arah saya 392 00:27:58,094 --> 00:28:03,558 dengan ekor yang tegak, anginnya sedang baik. 393 00:28:03,641 --> 00:28:08,187 Kucing itu berkata, "Selamat pulang. Awak ke mana? Saya rindukan awak." 394 00:28:09,147 --> 00:28:13,568 Apabila hujung ekornya bergerak-gerak, maknanya kucing itu tertarik. 395 00:28:15,027 --> 00:28:17,655 Apabila ekornya terselit di celah kaki, 396 00:28:17,739 --> 00:28:20,658 kucing itu takut dan mahu kelihatan submisif. 397 00:28:21,576 --> 00:28:27,165 Apabila bulunya meremang, ertinya kucing itu sangat takut. 398 00:28:27,248 --> 00:28:28,916 Apabila ekornya kembang, 399 00:28:29,000 --> 00:28:30,543 ia benar-benar takut! 400 00:28:34,797 --> 00:28:39,385 Kalau anda faham kod itu, sesiapa pun boleh faham kucing. 401 00:28:40,928 --> 00:28:43,931 Kadangkala, mendengar pun cukup membantu. 402 00:28:46,017 --> 00:28:50,438 Kucing ada 20 bunyi berbeza untuk luahkan emosi. 403 00:28:51,272 --> 00:28:53,983 Ada bunyi yang kucing buat apabila mahu sesuatu 404 00:28:56,819 --> 00:28:59,030 dan bunyi apabila kucing gembira. 405 00:29:04,118 --> 00:29:08,122 Ini bunyi amaran. "Jangan datang terlalu dekat." 406 00:29:10,082 --> 00:29:14,504 Ini pula bunyi serangan. 407 00:29:15,755 --> 00:29:18,883 Tapi kucing lebih banyak bercakap dengan manusia 408 00:29:18,966 --> 00:29:20,802 berbanding dengan kucing lain. 409 00:29:22,094 --> 00:29:27,266 Kucing yang hidup dengan manusia selalu mengiau. 410 00:29:28,226 --> 00:29:30,728 Apabila kucing mengiau sekali dengan kuat, 411 00:29:30,812 --> 00:29:33,773 itu selalunya bermaksud kucing itu mahu sesuatu. 412 00:29:33,856 --> 00:29:36,484 "Saya lapar tapi mangkuk saya tiada makanan." 413 00:29:36,567 --> 00:29:39,779 "Saya nak air" atau "Tolong buka pintu." 414 00:29:40,530 --> 00:29:44,951 Mesej berkod paling misteri ditemui pada dengkurannya. 415 00:29:46,160 --> 00:29:49,705 Apabila kucing berbunyi dengan tekak, ia rasa senang hati, 416 00:29:51,290 --> 00:29:54,710 agak terpesona atau terpukau. 417 00:29:54,794 --> 00:29:57,463 Itulah bunyi yang kucing buat. 418 00:29:58,923 --> 00:30:00,842 Kajian baharu yang mengejutkan 419 00:30:00,925 --> 00:30:04,762 mendapati kucing berdengkur untuk menarik minda separa sedar kita. 420 00:30:08,057 --> 00:30:10,768 Kucing boleh masukkan frekuensi 421 00:30:11,477 --> 00:30:16,732 yang bertindih dengan frekuensi tangisan bayi. 422 00:30:19,944 --> 00:30:24,574 Apabila bayi menangis, frekuensi atau panjang gelombang bunyi 423 00:30:25,116 --> 00:30:28,286 adalah antara 400 dan 600 hertz, 424 00:30:29,412 --> 00:30:31,873 direka untuk menarik perhatian kita. 425 00:30:33,249 --> 00:30:36,544 Kucing moden boleh mengeluarkan bunyi ngiau yang nyaring 426 00:30:36,627 --> 00:30:40,840 dalam dengkurannya yang meniru frekuensi ini. 427 00:30:44,051 --> 00:30:46,470 Kucing menemui cara untuk membuat bunyi 428 00:30:46,554 --> 00:30:49,599 yang susah untuk manusia abaikan. 429 00:30:52,977 --> 00:30:56,188 Nampaknya, ia benar-benar menarik 430 00:30:56,272 --> 00:31:00,318 naluri keibubapaan pemiliknya untuk menjaga kucing itu. 431 00:31:01,986 --> 00:31:04,697 Ia berevolusi untuk buat kita menjaganya. 432 00:31:06,073 --> 00:31:10,202 Tapi ada perkara yang kita boleh buat agar kucing dengar cakap kita. 433 00:31:12,330 --> 00:31:17,627 Arahan pertama dan paling asas, kami ajar kucing supaya ikut kami. 434 00:31:17,710 --> 00:31:23,466 Apabila kami tinggalkannya dan suruh kucing itu datang, kucing itu akan datang. 435 00:31:24,550 --> 00:31:26,928 Mengajar arahan mudah melalui ulangan 436 00:31:27,011 --> 00:31:29,263 dikenali sebagai pelaziman klasik. 437 00:31:30,723 --> 00:31:36,604 Contoh biasa bagi pelaziman klasik ialah teknik Pavlov. 438 00:31:37,855 --> 00:31:43,653 Dr. Ivan Pavlov memenangi Hadiah Nobel fisiologi pada 1904 atas penemuannya. 439 00:31:45,488 --> 00:31:47,657 Dia mendapati bahawa 440 00:31:47,740 --> 00:31:52,370 jika kita bunyikan loceng semasa tawarkan makanan kepada anjing, 441 00:31:52,453 --> 00:31:55,957 selepas diulang berkali-kali, bunyi loceng itu 442 00:31:56,040 --> 00:31:58,292 menyebabkan air liur anjing meleleh. 443 00:31:58,376 --> 00:32:01,587 Jadi, anjing itu telah dilatih 444 00:32:01,671 --> 00:32:04,465 bahawa bunyi loceng bererti makanan akan tiba. 445 00:32:04,548 --> 00:32:06,384 Itulah pelaziman klasik. 446 00:32:07,551 --> 00:32:10,471 Untuk kucing, mulakan dengan latihan klik. 447 00:32:11,973 --> 00:32:13,766 Buat bunyi klik. 448 00:32:13,849 --> 00:32:16,560 Dalam sesaat dua, tawarkan snek 449 00:32:16,644 --> 00:32:18,354 supaya kucing itu terfikir, 450 00:32:18,437 --> 00:32:22,274 "Setiap kali saya dengar bunyi klik, saya dapat snek istimewa." 451 00:32:22,358 --> 00:32:25,069 Jadi, klik itu mempunyai makna. 452 00:32:26,946 --> 00:32:30,449 Kucing mudah bosan, jadi pendekkan sesi latihan. 453 00:32:32,076 --> 00:32:35,579 Sasaran saya antara satu hingga lima minit. 454 00:32:35,663 --> 00:32:38,249 Ia sebenarnya 455 00:32:39,125 --> 00:32:41,669 sangat hebat jika kita dapat lima minit. 456 00:32:41,752 --> 00:32:43,754 Saya beritahu pemilik kucing, 457 00:32:43,838 --> 00:32:47,425 "Syukurlah dapat 30 hingga 60 saat. Kita berjaya!" 458 00:32:47,508 --> 00:32:50,344 Jika kucing anda boleh buat lebih lama, baguslah. 459 00:32:51,012 --> 00:32:52,722 Kesabaran itu penting. 460 00:32:53,514 --> 00:32:55,766 Respons semua kucing takkan sama. 461 00:32:57,018 --> 00:32:59,353 Sebab semua kucing berbeza. 462 00:33:00,479 --> 00:33:03,691 Dalam kajian kami, satu perkara yang kami sering lihat 463 00:33:03,774 --> 00:33:07,361 dalam tingkah laku kucing ialah kebolehubahan individu. 464 00:33:07,445 --> 00:33:13,784 Kucing sangat berbeza dari segi respons terhadap manusia dan keramahannya. 465 00:33:15,286 --> 00:33:17,913 Bukan semua kucing itu bintang handalan. 466 00:33:20,374 --> 00:33:23,711 Dasha sampai ke tahap ini selepas latihan bertahun-tahun. 467 00:33:26,922 --> 00:33:30,468 Kucing Savitsky yang lain belum tamat latihan. 468 00:33:35,389 --> 00:33:38,726 Bukan semua kucing boleh buat aksi istimewa. 469 00:33:38,809 --> 00:33:43,355 Kita mesti perhatikan kucing itu untuk memahami kemampuannya 470 00:33:43,439 --> 00:33:46,317 dan mengajarnya berdasarkan kelebihannya. 471 00:33:48,486 --> 00:33:51,238 Haiwan dilahirkan dengan pembawaan tersendiri. 472 00:33:54,450 --> 00:33:57,161 Pembawaan itu merupakan asas 473 00:33:57,244 --> 00:34:01,415 bagi personaliti yang akan berkembang sepanjang hayatnya. 474 00:34:01,499 --> 00:34:04,710 Semua kucing kami ada personaliti berbeza. 475 00:34:04,794 --> 00:34:06,587 Kita perlu ikut caranya. 476 00:34:06,670 --> 00:34:10,758 Kita tak boleh paksa kucing ikut cara kita. 477 00:34:10,841 --> 00:34:13,344 Itu bukan tugas kucing. Itu tugas kita. 478 00:34:13,427 --> 00:34:15,387 Jadi, kita perlu pilih 479 00:34:16,305 --> 00:34:18,265 cara yang terbaik untuknya. 480 00:34:19,600 --> 00:34:22,561 Kita boleh nampak bahawa anak kucing 481 00:34:22,645 --> 00:34:24,730 yang berusia tiga hari 482 00:34:24,814 --> 00:34:27,566 sudah ada perbezaan dengan adik-beradiknya. 483 00:34:31,153 --> 00:34:35,157 Sama seperti manusia. Ada yang pandai guna komputer. 484 00:34:35,241 --> 00:34:38,244 Ada yang boleh jadi penari balet yang hebat. 485 00:34:38,327 --> 00:34:42,206 Kita tak boleh ajar komputer kepada penari balet. 486 00:34:45,292 --> 00:34:46,919 Eddy, mari sini. Eddy! 487 00:34:49,630 --> 00:34:52,216 Keluarga Savitsky tak paksa penghibur mereka 488 00:34:52,299 --> 00:34:54,093 buat aksi menakjubkan ini. 489 00:34:55,636 --> 00:34:59,181 Seperti pengukir arca yang mencari arca di dalam batu, 490 00:34:59,807 --> 00:35:03,144 mereka biarkan potensi setiap kucing terbongkar sendiri. 491 00:35:06,188 --> 00:35:09,775 Ini Asia. Perangainya macam diva. 492 00:35:11,527 --> 00:35:14,196 Kami tak tahu jika Asia akan beraksi. 493 00:35:15,698 --> 00:35:17,158 Kami takkan tahu. 494 00:35:17,241 --> 00:35:20,077 Asia sangat cerewet. 495 00:35:20,161 --> 00:35:23,581 Tapi aksi yang Asia buat sangatlah hebat. 496 00:35:23,664 --> 00:35:25,583 Jadi, berbaloi ambil risiko. 497 00:35:28,002 --> 00:35:32,298 Pada usia 13 tahun, ahli senior pasukan ini kegemaran peminat. 498 00:35:33,591 --> 00:35:34,800 Ini Chupa. 499 00:35:35,384 --> 00:35:40,764 Chupa sangat sukar untuk dilatih pada mulanya, sangat mencabar. 500 00:35:40,848 --> 00:35:43,601 Chupa langsung tak faham. 501 00:35:43,684 --> 00:35:47,605 Selepas beberapa bulan, Chupa tiba-tiba faham. 502 00:35:49,148 --> 00:35:51,817 Sekarang Chupa pelajar cemerlang. 503 00:35:53,319 --> 00:35:56,697 Kita memang boleh ajar kucing tua untuk beraksi. 504 00:35:58,991 --> 00:36:03,287 Rekrut terbaharu mereka, Eddy, dibesarkan dengan cara yang berbeza. 505 00:36:04,663 --> 00:36:06,040 Eddy kucing betina. 506 00:36:07,374 --> 00:36:10,461 Eddy membesar dengan anjing, jadi sepanjang hidupnya, 507 00:36:10,544 --> 00:36:14,590 Eddy ada tabiat dan tingkah laku anjing. 508 00:36:16,800 --> 00:36:19,428 Kami tahu bahawa pengalaman hidup 509 00:36:19,511 --> 00:36:21,805 memberi kesan kepada kelakuan kucing. 510 00:36:22,514 --> 00:36:26,477 Ia juga beri kesan kepada keramahan kucing itu. 511 00:36:30,648 --> 00:36:32,191 Disebabkan latar belakangnya, 512 00:36:32,274 --> 00:36:35,194 cara keluarga Savitsky melatih Eddy agak berbeza. 513 00:36:38,614 --> 00:36:40,699 Eddy buat semuanya secara terbalik. 514 00:36:42,493 --> 00:36:46,330 Eddy buat aksi luar biasa yang kucing lain tak boleh buat 515 00:36:46,413 --> 00:36:50,042 kerana otak kucing lain tak diprogram untuk buat begitu. 516 00:36:51,335 --> 00:36:53,170 Eddy juga suka melompat. 517 00:36:54,338 --> 00:36:57,508 Jadi, mereka ajar Eddy salah satu aksi paling sukar. 518 00:36:58,676 --> 00:37:02,054 Eddy sedang berlatih untuk lompat melalui gelung kertas. 519 00:37:06,558 --> 00:37:10,980 Bagi saya, ini kemahiran yang paling mencabar 520 00:37:11,063 --> 00:37:14,441 selepas mengajar kucing bersosial 521 00:37:14,525 --> 00:37:19,196 kerana kita seperti mengajar kucing melanggar dinding. 522 00:37:21,031 --> 00:37:26,453 Ia memerlukan masa, latihan dan banyak kertas yang terbazir. 523 00:37:27,830 --> 00:37:29,957 Ia masih dalam proses. 524 00:37:30,624 --> 00:37:32,668 Eddy, lompat. 525 00:37:42,803 --> 00:37:44,722 Ia memerlukan latihan lagi. 526 00:37:49,101 --> 00:37:53,272 Tetapi keluarga Savitsky belajar cara untuk mendorong Eddy. 527 00:37:56,608 --> 00:37:59,778 Kucing yang berbeza didorong oleh ganjaran berbeza. 528 00:38:02,281 --> 00:38:06,243 Bunyinya cukup mudah, tapi ramai pemilik baharu salah faham. 529 00:38:08,078 --> 00:38:13,125 Saya rasa ada yang guna benda yang salah sebagai cara galakan. 530 00:38:15,544 --> 00:38:19,131 Kucing lebih memilih daripada haiwan peliharaan lain. 531 00:38:19,214 --> 00:38:21,592 Makanan tak semestinya dorongan terbaik. 532 00:38:23,635 --> 00:38:28,140 Kami dapati kebanyakan kucing lebih suka ganjaran sosial. 533 00:38:28,223 --> 00:38:31,810 Kristyn telah membuat kajian meluas tentang kehendak kucing. 534 00:38:33,145 --> 00:38:34,605 Dia beri kucing pilihan 535 00:38:34,688 --> 00:38:36,648 antara mainan kegemarannya, 536 00:38:36,732 --> 00:38:38,400 bau kegemarannya, 537 00:38:38,484 --> 00:38:40,069 makanan kegemarannya 538 00:38:40,152 --> 00:38:41,528 atau pemiliknya. 539 00:38:52,081 --> 00:38:55,793 Kucing lebih selalu memilih pemiliknya. 540 00:38:57,002 --> 00:38:58,837 Saya rasa Carl sayang awak. 541 00:38:59,296 --> 00:39:01,924 Nampaknya kehendak hati mengatasi perut. 542 00:39:03,217 --> 00:39:06,595 Jadi, adakah ini bukti kucing sayang kita? 543 00:39:06,678 --> 00:39:09,598 Saya sering ditanya sama ada kucing sayang kita. 544 00:39:09,681 --> 00:39:14,728 Sayang ialah emosi yang rumit, sekalipun bagi manusia. 545 00:39:14,812 --> 00:39:18,649 Ada orang kata dia sayang kita, tapi berkelakuan sebaliknya. 546 00:39:20,901 --> 00:39:26,240 Untuk menjawab soalan itu dan memahami hubungan manusia-kucing, 547 00:39:26,323 --> 00:39:29,159 kita perlu kembali ke detik permulaan. 548 00:39:34,373 --> 00:39:38,293 Sudah lama ahli sejarah percaya persahabatan kita bermula di Mesir 549 00:39:38,377 --> 00:39:40,129 sekitar 4,000 tahun lalu. 550 00:39:43,090 --> 00:39:46,343 Tetapi penemuan baru-baru ini mengubah segalanya. 551 00:39:48,303 --> 00:39:52,516 PAKAR GENETIK PALEO 552 00:39:53,100 --> 00:39:54,810 Sepuluh ribu tahun lalu, 553 00:39:55,310 --> 00:39:58,772 sebelum zaman Neolitik, tiada kucing di Cyprus. 554 00:40:01,233 --> 00:40:04,528 Cyprus ialah pulau kecil di Laut Mediterranean, 555 00:40:04,611 --> 00:40:06,864 berhampiran tempat bermulanya tamadun, 556 00:40:06,947 --> 00:40:10,701 tempat ahli arkeologi membuat penemuan besar baru-baru ini. 557 00:40:12,327 --> 00:40:15,164 Mereka jumpa kubur Neolitik seorang budak. 558 00:40:15,247 --> 00:40:18,375 Di dalam kuburnya, ada rangka kucing. 559 00:40:19,960 --> 00:40:23,672 Dr. Eva Maria menggunakan DNA untuk menentukan zamannya. 560 00:40:24,798 --> 00:40:27,176 Ia menjadi bukti paling awal 561 00:40:27,259 --> 00:40:29,428 bagi hubungan manusia-kucing… 562 00:40:30,429 --> 00:40:32,723 TAHUN 1000 563 00:40:32,806 --> 00:40:36,977 …membuktikan kita telah bersama sekurang-kurangnya 10,000 tahun. 564 00:40:37,060 --> 00:40:39,313 8000 SM 565 00:40:39,396 --> 00:40:41,982 Kucing tak berenang menyeberangi laut. 566 00:40:43,192 --> 00:40:48,655 Maknanya orang bawa kucing menaiki kapal ke Cyprus. 567 00:40:48,739 --> 00:40:52,743 Jadi, ada sesuatu berlaku pada masa itu di kawasan itu. 568 00:40:53,785 --> 00:40:55,913 Yang berlaku ialah kewujudan ladang. 569 00:40:57,539 --> 00:41:00,667 Manusia mula bercucuk tanam dan menyimpan bijirin 570 00:41:00,751 --> 00:41:03,587 lalu kucing liar melihat peluang. 571 00:41:05,214 --> 00:41:08,592 Jelapang menarik tikus. 572 00:41:08,675 --> 00:41:11,220 Itu masalah besar bagi petani zaman itu. 573 00:41:11,303 --> 00:41:13,305 Jadi, kucing 574 00:41:14,431 --> 00:41:16,934 menangkap dan makan tikus itu. 575 00:41:17,893 --> 00:41:24,483 Ini mungkin permulaan hubungan antara kucing liar dengan manusia. 576 00:41:25,484 --> 00:41:28,111 Dari sini, hubungan itu berkembang. 577 00:41:29,613 --> 00:41:31,323 Orang Mesir menyembah kucing. 578 00:41:31,907 --> 00:41:34,743 Ada berjuta-juta kucing dijadikan sebagai mumia. 579 00:41:34,826 --> 00:41:40,666 Ikonografi dan patung Mesir juga banyak menggambarkan kucing. 580 00:41:41,583 --> 00:41:46,588 Kita boleh nampak kerusi bangsawan, yang selalunya wanita, 581 00:41:47,422 --> 00:41:50,050 dengan kucing kecil di bawah kerusi. 582 00:41:51,385 --> 00:41:56,056 Ini menunjukkan kucing telah memasuki rumah. 583 00:41:56,682 --> 00:41:59,059 Ia dalam proses menjadi kucing belaan. 584 00:42:00,143 --> 00:42:02,646 Ke mana saja kita pergi, kucing mengekori. 585 00:42:04,273 --> 00:42:05,524 Selalunya dengan bot. 586 00:42:07,442 --> 00:42:14,157 Kapal mungkin cara utama penyebaran kucing. 587 00:42:15,117 --> 00:42:17,661 Tikus naik kapal dan kucing mengekori. 588 00:42:17,744 --> 00:42:20,455 Mungkin tiada satu pun kapal 589 00:42:20,539 --> 00:42:22,874 yang tinggalkan pelabuhan tanpa kucing. 590 00:42:23,375 --> 00:42:29,590 Inilah cara Felis catus menuju ke setiap benua di Bumi. 591 00:42:33,427 --> 00:42:35,846 Kucing sangat penting di atas kapal 592 00:42:35,929 --> 00:42:37,931 sehinggakan pada 1975, 593 00:42:38,015 --> 00:42:40,976 Tentera Laut British masih mewajibkan 594 00:42:41,059 --> 00:42:42,769 ada kucing di atas kapal. 595 00:42:43,687 --> 00:42:45,439 Bukan hanya pihak British. 596 00:42:45,522 --> 00:42:48,775 BERITA KUCING HERMAN JADI REKRUT 597 00:42:50,694 --> 00:42:54,197 Perhatian, Pengawal Pantai. Herman si kucing sedang meronda. 598 00:42:54,281 --> 00:42:57,909 Di Baltimore, cap kaki Herman diambil, 599 00:42:57,993 --> 00:43:00,537 untuk mendapatkan pas rasmi Pengawal Pantai. 600 00:43:02,914 --> 00:43:04,333 Ini memang berlaku. 601 00:43:05,500 --> 00:43:09,504 Herman memang menyertai Pengawal Pantai AS. 602 00:43:11,340 --> 00:43:15,552 Tetapi sejarah tak selalunya sebaik ini kepada kucing. 603 00:43:25,270 --> 00:43:27,689 Kisah kucing hitam dan sihir jahat, 604 00:43:28,440 --> 00:43:31,401 ahli sihir dan kawah tak bermula di Salem 605 00:43:32,110 --> 00:43:33,904 mahupun Transylvania, 606 00:43:34,613 --> 00:43:38,075 tapi dengan paus jahat bernama Gregory IX. 607 00:43:39,868 --> 00:43:41,787 Kucing pada Zaman Pertengahan 608 00:43:42,788 --> 00:43:44,706 dikaitkan dengan ahli sihir. 609 00:43:45,374 --> 00:43:47,209 Ahli sihir sebenarnya 610 00:43:48,168 --> 00:43:54,007 wanita bijak yang banyak tahu tentang alam semula jadi. 611 00:43:54,633 --> 00:43:59,012 Wanita bijak tahu yang menjaga kebersihan rumah 612 00:43:59,513 --> 00:44:01,056 membuatkan kita sihat. 613 00:44:01,848 --> 00:44:04,059 Mereka bersihkan rumah dengan penyapu 614 00:44:04,142 --> 00:44:07,229 dan bela kucing untuk hapuskan tikus. 615 00:44:07,312 --> 00:44:10,649 Kemudian tiba masanya apabila Gereja 616 00:44:11,858 --> 00:44:13,235 yang dikuasai lelaki 617 00:44:13,902 --> 00:44:15,696 menganggap kucing bahaya. 618 00:44:15,779 --> 00:44:18,824 Jadi, Gereja cuba hapuskan kucing. 619 00:44:19,908 --> 00:44:22,119 Diburuk-burukkan semasa Pasitan Paus, 620 00:44:22,202 --> 00:44:25,080 sebahagian besar populasi kucing Eropah terhapus. 621 00:44:26,832 --> 00:44:30,919 Sesetengah pihak percaya ia menyumbang kepada Wabak Hitam. 622 00:44:34,589 --> 00:44:37,718 Wabak Hitam, penyakit hawar 623 00:44:37,801 --> 00:44:41,722 disebarkan oleh tikus atau sebenarnya kutunya. 624 00:44:42,806 --> 00:44:45,726 Kutu itu ada pada bulu tikus. 625 00:44:47,227 --> 00:44:50,313 Dengan kucing yang sedikit, wabak itu tak terkawal. 626 00:44:53,483 --> 00:44:56,027 Mujurlah pada zaman gelap itu pun 627 00:44:56,111 --> 00:44:59,740 sesetengah orang terus memelihara hubungan dengan kucing. 628 00:45:10,709 --> 00:45:14,379 Hubungan yang masih berkembang hingga hari ini. 629 00:45:19,176 --> 00:45:21,970 Ada sejarah kucing di kilang penyulingan. 630 00:45:22,721 --> 00:45:25,015 Ia tradisi di Scotland. 631 00:45:25,515 --> 00:45:28,810 Ada kucing terkenal di kilang penyulingan di Perthshire 632 00:45:28,894 --> 00:45:32,272 bernama Towser, mungkin yang paling terkenal. 633 00:45:32,355 --> 00:45:35,317 - Ya, Towser memang legenda. - Ya. 634 00:45:35,400 --> 00:45:38,069 Itu kucing kilang penyulingan paling terkenal. 635 00:45:38,820 --> 00:45:43,909 PEMILIK BERSAMA KILANG PENYULINGAN LINDORES ABBEY 636 00:45:44,785 --> 00:45:47,162 Lima tahun lalu, Helen dan Drew McKenzie 637 00:45:47,245 --> 00:45:49,164 mengambil dua kucing pekerja 638 00:45:49,748 --> 00:45:51,958 untuk meneruskan tradisi lama. 639 00:45:54,920 --> 00:45:58,006 Biara ini ditubuhkan pada tahun 1191. 640 00:45:59,716 --> 00:46:03,094 William Wallace datang ke sini selepas tewaskan orang Inggeris 641 00:46:03,178 --> 00:46:04,763 dalam Pertempuran Black Earnside. 642 00:46:08,099 --> 00:46:09,726 Jadi, ia sangat bersejarah. 643 00:46:10,393 --> 00:46:12,979 Kami masih teruskan tradisi. 644 00:46:13,063 --> 00:46:15,649 Banyak kucing ada di sini selama ini. 645 00:46:18,610 --> 00:46:21,446 Kucing jantan hitam itu dinamakan Friar John Claw 646 00:46:22,864 --> 00:46:25,408 dan kucing betina itu pula Vespers 647 00:46:26,409 --> 00:46:28,870 sempena rahib yang tinggal di sini dulu. 648 00:46:29,704 --> 00:46:34,709 Seperti rahib-rahib itu, kucing ini memulakan kerja pada waktu malam. 649 00:46:46,471 --> 00:46:49,724 Mata kucing sangat besar berbanding saiz tengkoraknya. 650 00:46:51,601 --> 00:46:54,062 Ia juga ada sesuatu dipanggil tapetum lucidum, 651 00:46:54,145 --> 00:46:56,857 lapisan sel di belakang mata 652 00:46:56,940 --> 00:46:59,860 yang memantulkan semula cahaya ke retina, 653 00:46:59,943 --> 00:47:03,613 membolehkan kucing melihat dengan baik dalam keadaan malap. 654 00:47:05,282 --> 00:47:08,285 Kucing itu mencari sesuatu yang amat berbahaya 655 00:47:08,368 --> 00:47:10,287 kepada kesejahteraan kilang. 656 00:47:11,705 --> 00:47:15,876 Tikus sentiasa ada di kilang penyulingan kerana ada barli yang banyak. 657 00:47:15,959 --> 00:47:18,295 Bijirin itu menarik perhatian tikus. 658 00:47:19,588 --> 00:47:22,048 Malangnya, senang kata, 659 00:47:22,132 --> 00:47:24,092 tikus kuat kencing. 660 00:47:24,175 --> 00:47:26,887 Itu penjelasan yang paling tepat. 661 00:47:26,970 --> 00:47:28,972 Itu bukan sesuatu yang bagus. 662 00:47:30,390 --> 00:47:33,977 Untuk mencari tikus, kucing gunakan pendengaran ultrasonik. 663 00:47:36,021 --> 00:47:39,566 Telinga kucing boleh berpusing kira-kira 180 darjah. 664 00:47:40,609 --> 00:47:42,819 Kucing boleh dengar frekuensi tinggi 665 00:47:42,903 --> 00:47:47,949 kerana mangsa yang dicarinya berbunyi dalam julat auditori ini. 666 00:47:49,784 --> 00:47:54,748 Ini membolehkan kucing menentukan lokasi mangsa. 667 00:48:08,595 --> 00:48:10,597 Kucing ini buat kerja dengan baik. 668 00:48:13,975 --> 00:48:18,063 Tapi Helen dan Drew ingin tahu aktiviti sebenarnya. 669 00:48:19,981 --> 00:48:23,526 Jadi, Helen memakaikan penjejak GPS untuk menyiasat. 670 00:48:26,071 --> 00:48:28,740 Kolar GPS itu mendedahkan bahawa setiap malam, 671 00:48:28,823 --> 00:48:31,743 Vespers berjalan melebihi 1.6 kilometer, 672 00:48:31,826 --> 00:48:34,371 tapi tak pernah pergi jauh dari rumah. 673 00:48:35,622 --> 00:48:38,458 Vespers, secara rasminya ketua penangkap tikus, 674 00:48:38,541 --> 00:48:41,127 sibuk dengan kerja siang dan malam. 675 00:48:42,045 --> 00:48:45,006 Vespers paling aktif sebelum subuh, 676 00:48:45,840 --> 00:48:47,467 waktu aktif tikus. 677 00:48:48,218 --> 00:48:52,222 Kucing ialah haiwan krepuskul. 678 00:48:52,305 --> 00:48:55,058 Haiwan krepuskul 679 00:48:55,141 --> 00:49:00,522 bermaksud ia aktif pada awal subuh dan waktu senja. 680 00:49:01,815 --> 00:49:06,277 Ia mungkin menjelaskan punca kucing menggila pada waktu lewat malam. 681 00:49:07,612 --> 00:49:11,366 Kucing saya suka berlari ke sana sini selepas kami masuk tidur. 682 00:49:14,369 --> 00:49:17,706 Sewaktu itu, kucing tiba-tiba dapat tenaga. 683 00:49:18,748 --> 00:49:21,751 Ia dinamakan "FRAP", 684 00:49:22,335 --> 00:49:25,547 pola aksi pantas gila-gila. 685 00:49:25,630 --> 00:49:28,717 Kita boleh nampak kucing buat bunyi mencicit, 686 00:49:28,800 --> 00:49:32,012 duduk rapat ke tanah dan lompat ke sana sini. 687 00:49:33,304 --> 00:49:35,682 Kejar-mengejar, berbunyi, 688 00:49:35,765 --> 00:49:38,727 berseronok semasa kita tidur. 689 00:49:40,770 --> 00:49:42,814 Ini tingkah laku kenalurian. 690 00:49:42,897 --> 00:49:45,108 Ia berpunca daripada ritma sirkadian. 691 00:49:45,191 --> 00:49:49,529 Itu jam dalaman tubuh kita yang diwarisi daripada nenek moyang. 692 00:49:50,363 --> 00:49:54,451 Sesetengah kucing ada satu lagi upacara malam yang aneh. 693 00:49:55,910 --> 00:49:59,289 Vespers suka beri hadiah. 694 00:49:59,789 --> 00:50:04,502 Saya rasa Vespers tangkap empat atau lima haiwan sehari. 695 00:50:04,586 --> 00:50:09,007 Tapi mengapa kucing beri hadiah kepada pemiliknya? 696 00:50:09,090 --> 00:50:12,260 Kita tahu apabila ibu kucing ada anak, 697 00:50:12,343 --> 00:50:15,764 ibu kucing itu akan bawa balik mangsa untuk anaknya 698 00:50:15,847 --> 00:50:18,975 supaya anaknya boleh belajar jenis mangsa yang sesuai 699 00:50:19,059 --> 00:50:22,145 dan biar anaknya bermain. 700 00:50:22,228 --> 00:50:27,025 Bunyinya agak ngeri, tapi berlatih untuk membunuh mangsa. 701 00:50:28,651 --> 00:50:30,987 Apa-apa pun sebabnya, ia satu pujian. 702 00:50:31,571 --> 00:50:33,823 Maknanya kita dianggap keluarga. 703 00:50:33,907 --> 00:50:36,451 Hal itu langsung tak menyenangkan 704 00:50:36,534 --> 00:50:39,037 apabila kita berkaki ayam pada waktu pagi. 705 00:50:41,081 --> 00:50:44,501 Sementara Vespers menjalankan tugas tradisional, 706 00:50:44,584 --> 00:50:47,921 Friar John Claw menggunakan pendekatan yang lebih moden. 707 00:50:48,922 --> 00:50:50,465 FJC sangat tenang, 708 00:50:51,132 --> 00:50:52,801 suka orang ramai, 709 00:50:52,884 --> 00:50:57,472 habiskan banyak masa dengan diusap di pusat pelawat. 710 00:50:58,139 --> 00:51:02,143 FJC sedar adiknya boleh uruskan tikus. 711 00:51:02,936 --> 00:51:05,313 Bakatnya lebih berfaedah di tempat lain. 712 00:51:06,523 --> 00:51:09,818 Peranan FJC boleh dikatakan sebagai duta. 713 00:51:16,699 --> 00:51:17,951 FJC jaga depan. 714 00:51:18,034 --> 00:51:21,329 - Vespers di belakang. - Membuat kerja keras. 715 00:51:22,664 --> 00:51:25,041 Vespers menggunakan naluri. 716 00:51:25,125 --> 00:51:28,086 Friar John Claw menggunakan Instagram. 717 00:51:29,504 --> 00:51:33,049 Sesuatu yang bermula 10,000 tahun lalu sebagai hubungan kerja 718 00:51:34,008 --> 00:51:36,511 telah berkembang menjadi obsesi sedunia. 719 00:51:40,515 --> 00:51:42,600 Cara kucing tular di Internet 720 00:51:42,684 --> 00:51:46,437 telah mengatasi jangkaan sesiapa saja. 721 00:51:46,521 --> 00:51:49,732 Saya yakin sebab kedua orang paling kerap guna Internet 722 00:51:49,816 --> 00:51:51,985 adalah untuk tonton video kucing. 723 00:51:52,694 --> 00:51:56,948 Kucing ialah perkara paling popular di Internet yang mesra keluarga 724 00:51:59,159 --> 00:52:02,120 dengan lebih 25 bilion tontonan. 725 00:52:03,913 --> 00:52:08,334 Kajian baharu mendapati video kucing meningkatkan emosi positif 726 00:52:08,418 --> 00:52:10,295 dan mengurangkan rasa negatif. 727 00:52:12,130 --> 00:52:15,550 Dalam erti kata lain, ia merangsang dopamin. 728 00:52:17,927 --> 00:52:20,847 Saya rasa Internet telah menjadi ruang 729 00:52:20,930 --> 00:52:24,517 untuk pencinta kucing bersatu, menyayangi kucing, 730 00:52:24,601 --> 00:52:26,436 ketawakan kucing 731 00:52:26,519 --> 00:52:29,564 dan rapatkan hubungan menerusi perangai lucu kucing. 732 00:52:29,647 --> 00:52:31,900 Ia beri kita ruang untuk lakukannya. 733 00:52:34,068 --> 00:52:36,279 Video kelakuan buruk memang seronok. 734 00:52:37,864 --> 00:52:41,534 Tapi ia tak selalunya lucu apabila ia berlaku di rumah sendiri. 735 00:52:43,494 --> 00:52:46,122 Apabila ada kelakuan yang tak diingini, 736 00:52:46,206 --> 00:52:49,083 ingatlah bahawa kucing tetap kucing. 737 00:52:49,167 --> 00:52:51,502 Kucing tak tahu kita tak mahu ia panjat kaunter. 738 00:52:53,213 --> 00:52:56,216 Peraturan nombor satu, jangan sesekali hukum kucing. 739 00:52:57,800 --> 00:53:01,054 Apabila kucing kita buat sesuatu yang kita tak mahu 740 00:53:01,137 --> 00:53:02,472 dan kita menghukumnya, 741 00:53:03,097 --> 00:53:07,143 kadangkala kucing itu tak faham kenapa kita tak suka. 742 00:53:07,227 --> 00:53:09,562 Kucing akan rasa kita sukar dijangka. 743 00:53:11,022 --> 00:53:14,692 "Tiba-tiba, awak marah saya. Saya tak faham hal yang berlaku." 744 00:53:16,236 --> 00:53:18,071 Kuncinya ialah sikap positif. 745 00:53:22,700 --> 00:53:25,036 Kucing buat sesuatu yang kita tak suka? 746 00:53:25,119 --> 00:53:28,998 Alihkan perhatiannya, kemudian beritahu kehendak kita. 747 00:53:29,082 --> 00:53:31,918 "Mari buat begini. Sentuh tangan saya. 748 00:53:32,001 --> 00:53:35,880 Pergi ke katil awak. Awak kucing yang bijak! Hore!" 749 00:53:35,964 --> 00:53:39,050 Kucing anda fikir, "Sayalah kucing terbaik!" 750 00:53:42,011 --> 00:53:46,140 Untuk tabiat yang amat buruk, pelaziman klasik tak memadai. 751 00:53:47,642 --> 00:53:53,147 Pelaziman timbal balik ialah proses mengubah tindak balas emosi. 752 00:53:54,357 --> 00:53:57,402 Ketika inilah kita keluarkan barang baik, 753 00:53:57,485 --> 00:54:00,280 snek kegemarannya yang paling menarik. 754 00:54:00,822 --> 00:54:04,242 Menawarkan sesuatu yang amat berharga atau memuaskan 755 00:54:04,325 --> 00:54:08,454 sehingga haiwan itu fikir, "Itu taklah teruk sangat. Saya suka." 756 00:54:09,872 --> 00:54:12,375 Saya selalu beri contoh ini kepada klien. 757 00:54:12,458 --> 00:54:14,669 Bagaimana jika setiap kali kita keluar rumah, 758 00:54:14,752 --> 00:54:17,964 jiran kita yang celopar mengutuk kita? 759 00:54:18,464 --> 00:54:21,009 Mesti kita enggan keluar semasa dia di luar. 760 00:54:22,302 --> 00:54:25,596 Tapi jika setiap kali anda keluar, saya beri anda $1,000? 761 00:54:27,724 --> 00:54:31,019 Anda akan kata, "Boleh tahan. Saya tak kisah jumpa dia." 762 00:54:31,519 --> 00:54:34,355 Jika anda jumpa dia empat kali sehari dan dapat $4,000? 763 00:54:34,439 --> 00:54:37,817 Mesti anda fikir, "Ya! Teruskan! Di mana dia?" 764 00:54:37,900 --> 00:54:40,445 Mesti anda nak jumpa lelaki itu sepanjang masa, bukan? 765 00:54:41,154 --> 00:54:43,281 Itulah pelaziman timbal balik. 766 00:54:43,364 --> 00:54:45,283 Kita boleh ubah situasi 767 00:54:45,366 --> 00:54:50,163 daripada negatif kepada neutral, seterusnya positif. 768 00:54:52,790 --> 00:54:56,044 Seperti mana-mana hubungan, ia memerlukan kesabaran, 769 00:54:56,669 --> 00:54:58,671 tapi ia berbaloi. 770 00:54:59,380 --> 00:55:02,842 Kadangkala kita rasa kucing tak perlukan kita, 771 00:55:03,926 --> 00:55:05,595 tapi tetap mahukan kita. 772 00:55:05,678 --> 00:55:10,725 Itulah hubungan yang sangat unik, mistik dan mendalam. 773 00:55:11,225 --> 00:55:15,271 Motivasi sebenar kucing tak mudah untuk ditafsir 774 00:55:15,355 --> 00:55:16,814 seperti haiwan lain. 775 00:55:18,149 --> 00:55:21,319 Anjing anggap pemiliknya sebagai tuhan. 776 00:55:22,153 --> 00:55:24,530 Tapi kucing anggap dirinya tuhan. 777 00:55:26,074 --> 00:55:28,493 Kucing enggan buat sesuatu jika ia tak suka. 778 00:55:28,576 --> 00:55:30,620 Kucing tidur apabila ia mahu, 779 00:55:30,703 --> 00:55:33,164 makan apabila ia mahu, main apabila ia mahu. 780 00:55:36,793 --> 00:55:40,004 Jangan keliru antara sikap berdikari dengan tak peduli. 781 00:55:40,797 --> 00:55:44,092 Jika anda ada tanggapan bahawa kucing suka menyendiri, 782 00:55:44,175 --> 00:55:46,302 tak peduli tentang interaksi sosial, 783 00:55:46,386 --> 00:55:49,097 jadi anda tak cuba berinteraksi dengannya, 784 00:55:49,180 --> 00:55:52,308 anda yang mengajar kucing itu supaya suka menyendiri 785 00:55:52,392 --> 00:55:54,602 kerana itulah sikap yang anda jangka. 786 00:55:55,645 --> 00:55:57,772 Dalam kerja kami, kami dapati 787 00:55:57,855 --> 00:56:01,567 kelakuan seseorang itu memberi kesan kepada kelakuan kucing. 788 00:56:02,860 --> 00:56:05,988 Kajian Kristyn membuktikan cara kucing melayan kita 789 00:56:06,531 --> 00:56:09,492 mencerminkan cara kita melayaninya. 790 00:56:11,035 --> 00:56:15,873 Seterusnya, kajiannya menunjukkan kucing mungkin dapat rasa perasaan kita. 791 00:56:18,209 --> 00:56:21,337 Ini dikenali sebagai ujian rujukan sosial. 792 00:56:21,421 --> 00:56:24,465 Ideanya, kipas dengan jalur kertas ini 793 00:56:24,549 --> 00:56:26,509 ialah benda baharu bagi kucing. 794 00:56:26,592 --> 00:56:30,555 Jadi, kucing tak tahu sama ada ia menakutkan atau menyeronokkan. 795 00:56:30,638 --> 00:56:34,183 Ideanya ialah manusia boleh menyampaikan isyarat emosi 796 00:56:34,267 --> 00:56:36,269 dan lihat reaksi kucing. 797 00:56:37,019 --> 00:56:38,646 Carl, takutnya! 798 00:56:39,689 --> 00:56:41,732 Carl, ia menakutkan, bukan? 799 00:56:42,525 --> 00:56:44,026 Alamak! 800 00:56:44,110 --> 00:56:46,863 Alamak! Aduhai! 801 00:56:47,738 --> 00:56:48,823 Tengoklah! 802 00:56:48,906 --> 00:56:52,785 Apabila Kristyn takut terhadap kipas, Carl cuba bersembunyi. 803 00:56:55,746 --> 00:56:57,457 Kipas itu menakutkan? 804 00:56:58,249 --> 00:57:02,670 Selepas berehat dan ubah sikap, tiba masa untuk pusingan kedua. 805 00:57:06,424 --> 00:57:08,634 Jika saya gembira dengan kipas ini, 806 00:57:08,718 --> 00:57:11,762 kita akan lihat jika kucing sedar emosi saya. 807 00:57:16,893 --> 00:57:19,854 Tengok. Bagusnya kipas ini. 808 00:57:21,397 --> 00:57:23,274 Eloknya kipas ini. 809 00:57:23,357 --> 00:57:27,069 Apabila dia bercakap elok-elok dengan kipas dan tak takut, 810 00:57:27,153 --> 00:57:29,113 Carl nampak lebih yakin. 811 00:57:29,697 --> 00:57:31,699 Tengoklah jalur kertas ini. 812 00:57:33,159 --> 00:57:34,243 Tengok. 813 00:57:35,119 --> 00:57:37,538 Kipas ini bukan lagi ancaman. 814 00:57:38,289 --> 00:57:39,749 Dah tak takut! 815 00:57:42,919 --> 00:57:44,295 Bukan hanya Carl. 816 00:57:46,005 --> 00:57:50,468 Sebanyak 79 peratus kucing bergantung pada pemiliknya untuk nasihat emosi. 817 00:57:51,969 --> 00:57:54,639 Bagi saintis, ini satu lagi penemuan. 818 00:57:57,350 --> 00:58:01,312 Nampaknya kucing mahir mengesan perasaan kita… 819 00:58:03,773 --> 00:58:05,816 baik dan buruk. 820 00:58:06,901 --> 00:58:10,363 Jika angin kita tak baik semasa mahu melatih kucing, 821 00:58:10,446 --> 00:58:11,739 lupakan saja. 822 00:58:11,822 --> 00:58:13,866 Jangan cuba langsung. 823 00:58:13,950 --> 00:58:17,578 Kucing dapat rasa segalanya dan ia jadi lebih teruk. 824 00:58:18,120 --> 00:58:19,288 Asia, mari sini. 825 00:58:22,667 --> 00:58:26,879 Kucing belajar mempunyai empati untuk sesuaikan diri dan teruskan hidup. 826 00:58:28,214 --> 00:58:31,008 Ada kelebihan evolusi 827 00:58:31,092 --> 00:58:34,804 apabila dapat melihat rakan sosial dalam persekitaran kita 828 00:58:34,887 --> 00:58:36,639 dan mengumpul maklumat. 829 00:58:36,722 --> 00:58:40,226 Jika kita tak dapat baca respons sesiapa, 830 00:58:40,309 --> 00:58:43,104 kita tak dapat mengakses 831 00:58:43,187 --> 00:58:47,024 banyak maklumat tentang cara untuk bertindak balas 832 00:58:47,108 --> 00:58:49,360 kepada sesuatu yang mungkin berbahaya. 833 00:58:50,361 --> 00:58:53,698 Pendedahan bahawa kucing dapat membaca perasaan kita 834 00:58:53,781 --> 00:58:57,493 membawa kepada penemuan yang lebih mengejutkan dan tak dijangka. 835 00:59:01,581 --> 00:59:04,959 Di Jepun, Dr. Saho Takagi menyedari sesuatu. 836 00:59:07,712 --> 00:59:11,632 Saya sedar kita boleh perhatikan tingkah laku yang berbeza 837 00:59:11,716 --> 00:59:15,386 antara kucing di AS dan Jepun. 838 00:59:18,014 --> 00:59:22,685 Di Jepun, kucing ada masalah dengan tempat yang tak dikenali. 839 00:59:23,894 --> 00:59:25,688 Tapi kucing yang saya nampak di AS… 840 00:59:28,691 --> 00:59:34,280 berlagak normal walaupun di tempat yang tak dikenali. 841 00:59:34,363 --> 00:59:41,287 Jadi, kucing Jepun dan Amerika mungkin ada personaliti yang berbeza. 842 00:59:42,288 --> 00:59:45,541 Kristyn dan Saho memutuskan untuk menjalankan eksperimen 843 00:59:45,625 --> 00:59:47,627 yang sama di AS dan Jepun. 844 00:59:49,503 --> 00:59:52,673 Mereka mendapati bahawa kucing-kucingnya berbeza. 845 00:59:56,093 --> 01:00:00,056 Kami melihat perbezaan sosial antara kucing di Jepun dan AS. 846 01:00:00,723 --> 01:00:07,355 Saya sedar perbezaan budaya kita turut mempengaruhi kucing. 847 01:00:09,607 --> 01:00:12,443 Adakah budaya manusia mengubah budaya kucing? 848 01:00:14,236 --> 01:00:17,657 Jepun ialah negara pulau. 849 01:00:18,866 --> 01:00:23,162 Kebanyakan pemilik kucing tak benarkan kucing mereka keluar langsung. 850 01:00:23,245 --> 01:00:27,166 Orang di Jepun jarang adakan parti di rumah. 851 01:00:28,000 --> 01:00:31,003 Oleh itu, kucing di Jepun jarang bertemu orang asing 852 01:00:31,087 --> 01:00:33,881 berbanding dengan kucing di Amerika. 853 01:00:34,799 --> 01:00:39,428 Ini mungkin faktor yang menyumbang kepada perbezaan antara kucing di Jepun 854 01:00:39,512 --> 01:00:41,514 dengan kucing di Amerika. 855 01:00:43,099 --> 01:00:46,644 Kajian mereka mencadangkan perbezaan budaya ini 856 01:00:46,727 --> 01:00:50,523 mungkin diwariskan turun-temurun. 857 01:00:53,984 --> 01:00:58,531 Dalam satu budaya, ia semakin merapatkan spesies kita. 858 01:01:11,919 --> 01:01:14,547 Sebelum Istanbul menjadi Konstantaniah pun, 859 01:01:14,630 --> 01:01:17,133 ia sememangnya bandar kucing. 860 01:01:19,009 --> 01:01:23,889 Jalan-jalan ini didiami lebih daripada 100,000 kucing komuniti 861 01:01:23,973 --> 01:01:26,767 yang serasi dengan gaya hidup bandar. 862 01:01:31,856 --> 01:01:36,026 Sekarang, apabila kita ke Istanbul, kita akan jumpa banyak kucing. 863 01:01:36,986 --> 01:01:40,573 Kucing-kucing itu milik seluruh kejiranan. 864 01:01:41,323 --> 01:01:43,951 Bukannya milik orang tertentu. 865 01:01:44,493 --> 01:01:48,247 Orang sediakan kemudahan untuk kucing 866 01:01:48,330 --> 01:01:50,291 supaya ia boleh hidup, 867 01:01:50,374 --> 01:01:54,295 tapi ia bukan milik sesiapa secara khusus. 868 01:01:56,422 --> 01:01:59,633 Pada 2021, Istanbul memperkenalkan undang-undang baharu 869 01:01:59,717 --> 01:02:02,136 yang melindungi kucing-kucing ini, 870 01:02:02,219 --> 01:02:05,389 antara perundangan paling maju di dunia. 871 01:02:07,391 --> 01:02:11,687 Menganggap kucing setaraf dan melihat dari sudut pandangannya 872 01:02:11,771 --> 01:02:14,607 ialah cara terbaik untuk mengeratkan hubungan. 873 01:02:15,900 --> 01:02:16,734 Hai. 874 01:02:25,284 --> 01:02:27,495 Kepakaran saya cuma wujud 875 01:02:27,578 --> 01:02:31,123 kerana orang tahu mereka ada hubungan erat dengan haiwan ini, 876 01:02:31,207 --> 01:02:32,416 kasih yang mendalam. 877 01:02:34,335 --> 01:02:36,045 Kami buat kerana sayang haiwan. 878 01:02:36,128 --> 01:02:39,548 Kami buat kerana kami sedar ikatan manusia dan haiwan. 879 01:02:40,925 --> 01:02:43,719 Kenapa saya menangis? Jangan buat saya menangis. 880 01:02:44,678 --> 01:02:47,848 Ya, inilah sebabnya, kerana sayang akan haiwan. 881 01:02:49,975 --> 01:02:52,853 Jelas sekali, kita menyukai kucing. 882 01:02:53,896 --> 01:02:57,066 Ini membawa kepada persoalan terbesar tentang kucing. 883 01:02:59,276 --> 01:03:01,737 Adakah saya rasa kucing suka kita? 884 01:03:02,780 --> 01:03:05,699 Sukar untuk mengukur emosi kucing, 885 01:03:05,783 --> 01:03:07,952 tapi saya rasa berdasarkan kelakuan 886 01:03:08,035 --> 01:03:09,870 dan hubungannya, 887 01:03:09,954 --> 01:03:13,833 kucing boleh menjalin hubungan yang sangat erat dengan seseorang 888 01:03:13,916 --> 01:03:15,417 yang sama dengan sayang. 889 01:03:19,880 --> 01:03:22,758 Kucing sangat sayangkan pemiliknya. 890 01:03:22,842 --> 01:03:28,722 Saya percaya kucing saya sayangkan saya. 891 01:03:30,432 --> 01:03:32,893 Jelas sekali kucing memberi 892 01:03:33,519 --> 01:03:37,356 sokongan emosi, rasa sejahtera, kegembiraan. 893 01:03:37,982 --> 01:03:42,903 Mengetahui yang kita boleh pulang dan disayangi kucing tanpa syarat 894 01:03:42,987 --> 01:03:45,114 ialah sesuatu yang penting. 895 01:03:50,619 --> 01:03:54,415 Dengan kasih sayang keluarganya, Eddy sememangnya mampu 896 01:03:54,498 --> 01:03:56,458 menjadi bintang besar seterusnya. 897 01:03:59,628 --> 01:04:03,132 Eddy hanya perlu melepasi gelung kertas. 898 01:04:08,929 --> 01:04:12,641 Kita baru mula menyedari potensi kucing. 899 01:04:13,309 --> 01:04:17,855 Masih banyak yang kita tak tahu tentang kucing. 900 01:04:17,938 --> 01:04:21,191 Sedikit demi sedikit, lebih banyak penemuan akan dibuat. 901 01:04:23,235 --> 01:04:28,449 Semakin kita kaji, semakin kita sedar betapa mendalamnya hubungan kita. 902 01:04:30,910 --> 01:04:33,412 Kucing rasa kasih sayang yang kita beri. 903 01:04:33,913 --> 01:04:37,333 Kucing menyukainya. 904 01:04:39,043 --> 01:04:40,753 Kasih itu saling berbalas. 905 01:04:42,880 --> 01:04:46,383 Jika kita belajar cara untuk serlahkan kelebihan kucing, 906 01:04:46,467 --> 01:04:48,928 kucing akan serlahkan kelebihan kita. 907 01:04:50,346 --> 01:04:53,641 Saya tak boleh bayangkan hidup tanpa kucing. 908 01:04:54,308 --> 01:04:57,436 Kucing haiwan saya. Saya fahaminya. 909 01:04:57,519 --> 01:05:01,023 Saya harap kucing sayangkan saya macam saya sayangkannya. 910 01:05:02,441 --> 01:05:07,279 Apabila gabungan semuanya sempurna, hasilnya menakjubkan. 911 01:06:38,412 --> 01:06:40,497 Terjemahan sari kata oleh F. Zainal