1 00:01:23,458 --> 00:01:27,879 DELICIOUS IN DUNGEON 2 00:01:32,676 --> 00:01:34,970 Di tingkat tiga bawah tanah kurungan bawah tanah, 3 00:01:35,053 --> 00:01:38,098 melalui tanah perkuburan dan melepasi hutan puncak menara, 4 00:01:38,181 --> 00:01:40,892 anda akan tiba di Istana Emas. 5 00:01:41,977 --> 00:01:44,354 Istana yang dahulunya indah 6 00:01:44,437 --> 00:01:47,566 kini diselaputi kulat dan habuk serta bayang-bayang seperti dulu. 7 00:01:48,859 --> 00:01:50,902 Mungkinkah kesan tapak kaki itu 8 00:01:50,986 --> 00:01:53,029 milik seorang pengembara? 9 00:01:53,113 --> 00:01:55,448 Atau ia milik penghuni lama yang meninggal dunia, 10 00:01:55,532 --> 00:01:57,200 tapi masih merayau-rayau? 11 00:01:59,077 --> 00:02:00,287 Itu rangka. 12 00:02:03,373 --> 00:02:04,416 Mereka pula manusia. 13 00:02:08,003 --> 00:02:08,920 Itu hantu pemakan mayat. 14 00:02:09,004 --> 00:02:11,173 Macam mana awak tahu? Awak menakutkan saya! 15 00:02:11,256 --> 00:02:13,675 Bunyi tapak kaki makhluk hidup, tulang dan benda reput 16 00:02:13,758 --> 00:02:14,926 sangat berbeza. 17 00:02:19,931 --> 00:02:21,224 Mari kita ke kiri. 18 00:02:21,308 --> 00:02:23,476 Golem itu nampaknya berhati-hati dengan benda di sebelah kanan. 19 00:02:24,394 --> 00:02:27,230 Golem ialah makhluk ajaib berbentuk manusia 20 00:02:27,314 --> 00:02:29,733 yang tercipta daripada lumpur, tanah dan batu. 21 00:02:29,816 --> 00:02:32,861 Ia digunakan sebagai boneka 22 00:02:32,944 --> 00:02:34,321 yang mengikut arahan tuannya. 23 00:02:34,404 --> 00:02:35,405 Berhenti. 24 00:02:36,573 --> 00:02:39,743 Untuk pengetahuan awak, Golem ialah 99 peratus tanah! 25 00:02:39,826 --> 00:02:41,119 Ia tak boleh dimakan! 26 00:02:41,203 --> 00:02:43,204 Ia memang makhluk ajaib! 27 00:02:43,288 --> 00:02:45,081 Saya juga tahu cara membuatnya! 28 00:02:45,665 --> 00:02:46,958 - Ajar saya! - Tidak! 29 00:02:47,042 --> 00:02:49,836 Awak nak guna untuk apa selepas belajar cara membuatnya? 30 00:02:50,420 --> 00:02:53,590 Saya berminat dengan badannya. 31 00:02:53,673 --> 00:02:54,925 Ikut saya. 32 00:02:57,886 --> 00:03:01,598 Ini tapak perkhemahan yang saya selalu guna sebagai pangkalan. 33 00:03:03,808 --> 00:03:05,518 Awak tinggal di sini? 34 00:03:05,602 --> 00:03:07,812 Saya jarang tidur di sini. 35 00:03:07,896 --> 00:03:11,399 Biasanya saya memburu di tingkat dua atau empat. 36 00:03:11,483 --> 00:03:15,987 Sekali sebulan, saya beli perasa dan benda lain di bandar. 37 00:03:16,571 --> 00:03:19,783 Dalam perjalanan balik dari membeli-belah, saya jumpa kamu semua. 38 00:03:21,076 --> 00:03:23,536 Tak banyak raksasa yang boleh dimakan di tingkat tiga. 39 00:03:23,620 --> 00:03:27,374 Kebanyakannya dah reput atau tinggal tulang. 40 00:03:27,457 --> 00:03:29,000 Tapi… 41 00:03:29,084 --> 00:03:30,752 Golem! 42 00:03:30,835 --> 00:03:33,713 Makhluk-makhluk hebat ini berbeza! 43 00:03:33,797 --> 00:03:36,758 Tubuhnya kaya dengan nutrisi 44 00:03:37,342 --> 00:03:40,345 dan sentiasa mengekalkan suhu serta kelembapan yang bersesuaian. 45 00:03:42,264 --> 00:03:43,473 Dalam erti kata lain, 46 00:03:44,057 --> 00:03:46,142 awak gunakan Golem sebagai taman? 47 00:03:46,226 --> 00:03:47,811 Orang di istana ini akan menangis! 48 00:03:47,894 --> 00:03:49,729 Begitu juga dengan cendekiawan sihir! 49 00:03:49,813 --> 00:03:51,231 Kenapa? 50 00:03:51,314 --> 00:03:55,318 Saya tak suka sihir, tapi makhluk-makhluk itu layak dipuji. 51 00:03:55,402 --> 00:03:57,988 Semua taman patut begitu! 52 00:03:58,071 --> 00:04:00,991 Lagipun, ia kalis serangga berbahaya. 53 00:04:01,616 --> 00:04:04,035 Ia juga menghalau pencuri sayur. 54 00:04:04,119 --> 00:04:05,996 Saya tak rasa ia mahukan sayur. 55 00:04:06,579 --> 00:04:09,499 Ia juga mengawal kelembapan. 56 00:04:09,582 --> 00:04:11,584 Jika awak tanam benih di dalamnya, 57 00:04:11,668 --> 00:04:14,254 ia akan uruskan penanaman yang selebihnya. 58 00:04:14,337 --> 00:04:18,049 Tapi awak masih perlu menjaganya dengan berhati-hati. 59 00:04:18,133 --> 00:04:20,760 Sebab itulah saya ada pangkalan di sini. 60 00:04:36,860 --> 00:04:37,861 Ia datang! 61 00:04:38,903 --> 00:04:39,863 Apa pula sekarang? 62 00:04:39,946 --> 00:04:41,197 - Nak kami bantu? - Tak perlu! 63 00:05:00,550 --> 00:05:01,468 Hebatnya. 64 00:05:01,551 --> 00:05:02,844 Dia dah biasa. 65 00:05:03,386 --> 00:05:06,765 Macam mana dia tahu lokasi teras Golem itu? 66 00:05:07,474 --> 00:05:08,683 Jangan-jangan… 67 00:05:09,309 --> 00:05:10,268 Dah siap. 68 00:05:10,769 --> 00:05:13,897 Petik sayur-sayuran daripada Golem. 69 00:05:13,980 --> 00:05:18,318 Saya sangka ia berwarna hijau, tapi semua ini ternyata sayur-sayuran? 70 00:05:18,401 --> 00:05:21,529 Dari perspektif Golem, bukankah ia seperti parasit? 71 00:05:22,030 --> 00:05:26,868 Sebaliknya, akar tumbuhan menjadikan tanah lebih pejal, 72 00:05:26,951 --> 00:05:29,204 jadi boleh dikatakan ia ada hubungan simbiotik. 73 00:05:29,788 --> 00:05:30,747 Awak pasti? 74 00:05:30,830 --> 00:05:33,166 Tapi tolong buang rumpai. 75 00:05:40,590 --> 00:05:42,217 Banyaknya hasil tuaian! 76 00:05:42,801 --> 00:05:45,678 Nampaknya kita boleh nikmati sayur-sayuran biasa! 77 00:05:45,762 --> 00:05:47,972 Bawa rumpai ke sini. 78 00:05:48,056 --> 00:05:50,892 Susun di sini dan ia akan layu. 79 00:05:50,975 --> 00:05:51,976 Sebaik saja ia layu, 80 00:05:52,060 --> 00:05:54,604 saya akan kembalikan ke badan Golem dan ia akan mereput. 81 00:05:55,814 --> 00:06:00,110 Ini baja yang saya buat di tempat lain. 82 00:06:00,193 --> 00:06:02,737 Saya campurkannya ke dalam Golem! 83 00:06:02,821 --> 00:06:03,863 Saya dah agak! 84 00:06:03,947 --> 00:06:05,240 Apa dia? 85 00:06:05,323 --> 00:06:09,619 Awak tahu lokasi teras Golem sebab awak yang tanam! 86 00:06:09,702 --> 00:06:11,496 Tak sangka betul. 87 00:06:11,579 --> 00:06:14,374 Mengaktifkan makhluk ajaib tanpa kebenaran menyalahi undang-undang! 88 00:06:14,958 --> 00:06:19,379 Saya cuma menggali tanah dan letakkannya semula. 89 00:06:19,462 --> 00:06:20,964 Jadi awak langgar undang-undang. 90 00:06:21,464 --> 00:06:24,384 Gemburkan tanah dengan baik dan buat batas. 91 00:06:24,467 --> 00:06:27,971 Menanam tanaman yang sama berulang kali membawa kepada isu tanaman tunggal, 92 00:06:28,054 --> 00:06:30,390 jadi semai benih dalam Golem berbeza. 93 00:06:32,976 --> 00:06:34,394 Penatnya. 94 00:06:34,477 --> 00:06:38,106 Rasanya lebih banyak stamina digunakan berbanding melawan raksasa. 95 00:06:38,189 --> 00:06:41,734 Disebabkan bantuan kamu, ia siap dengan lebih cepat. 96 00:06:42,235 --> 00:06:44,571 Rasa nak ke bilik air pula selepas minum air. 97 00:06:46,239 --> 00:06:49,909 Baiklah, sementara gadis bunian itu pergi, 98 00:06:49,993 --> 00:06:53,163 saya akan kumpulkan tanah berselerak sebanyak yang boleh. 99 00:07:00,128 --> 00:07:03,047 Taro, Jiro dan Saburo. 100 00:07:03,631 --> 00:07:06,050 Menanamnya akan buat ia hidup semula dengan cepat? 101 00:07:06,134 --> 00:07:09,053 Tak, ia akan ambil masa juga. 102 00:07:09,888 --> 00:07:11,973 Ia akan hidup semula apabila benih mula tumbuh 103 00:07:12,056 --> 00:07:14,476 dan tanah kekal di tempatnya walaupun ia bergerak. 104 00:07:17,770 --> 00:07:20,815 Dia jaga Golem dengan baik. 105 00:07:21,399 --> 00:07:22,984 Saya kagum. 106 00:07:23,067 --> 00:07:24,944 Jadi beginilah cara awak hidup. 107 00:07:25,570 --> 00:07:26,821 Susah, bukan? 108 00:07:28,072 --> 00:07:30,116 Saya buat sebab saya suka. 109 00:07:30,200 --> 00:07:31,868 Tak susah langsung. 110 00:07:35,663 --> 00:07:36,956 Itu saja. 111 00:07:37,040 --> 00:07:40,376 Sekarang, mari kita nikmati hasil kerja kita! 112 00:07:43,796 --> 00:07:45,590 Cantiknya warna. 113 00:07:45,673 --> 00:07:48,593 Saya dah semakin pandai mengupas. 114 00:07:51,179 --> 00:07:53,389 Betulkah saiz ini okey? 115 00:07:53,473 --> 00:07:54,724 Sempurna sekali. 116 00:07:57,060 --> 00:07:59,145 Awak nak nyalakan api? Biar saya buat. 117 00:07:59,229 --> 00:08:01,105 Tak apa, saya nyalakan batu api. 118 00:08:01,814 --> 00:08:05,985 Awak selalu buat api begitu, tapi guna sihir lebih cepat. 119 00:08:06,569 --> 00:08:09,113 Baru tadi awak memuji betapa memudahkannya Golem. 120 00:08:09,197 --> 00:08:13,368 Apabila buat sesuatu dengan mudah, kemahiran kita mungkin akan hilang. 121 00:08:13,451 --> 00:08:15,662 Kemudahan dan kesenangan tak sama. 122 00:08:16,371 --> 00:08:20,124 Kaedah awak sama saja macam beli sayur dari kedai. 123 00:08:26,965 --> 00:08:29,717 Ini bakon Basilisk terakhir. 124 00:08:34,222 --> 00:08:35,473 Dah siap. 125 00:08:35,557 --> 00:08:38,142 MAKAN TENGAH HARI SAYUR SEGAR DARI TAMAN GOLEM 126 00:08:38,226 --> 00:08:40,144 - Mari makan! - Mari makan! 127 00:08:46,234 --> 00:08:48,528 Sedapnya! 128 00:08:48,611 --> 00:08:51,406 Sayur-sayuran sesedap ini boleh tumbuh di bawah tanah! 129 00:08:51,489 --> 00:08:54,409 Agaknya ada sesuatu dalam Golem yang menjejaskan rasanya? 130 00:08:54,492 --> 00:08:55,493 Hentikan! 131 00:08:55,577 --> 00:08:58,329 Tak kisahlah ia berjalan atau menjerit. Ia taman! 132 00:08:58,413 --> 00:09:02,667 Bercakap tentang itu, Golem ialah 99 peratus tanah, bukan? 133 00:09:02,750 --> 00:09:04,669 Apa satu peratus itu? 134 00:09:05,503 --> 00:09:06,671 Rahsia. 135 00:09:08,464 --> 00:09:10,967 Sedap betul. 136 00:09:11,050 --> 00:09:12,802 Kenyangnya. 137 00:09:12,885 --> 00:09:15,179 Saya rasa mengantuk selepas makan banyak. 138 00:09:15,930 --> 00:09:17,640 Kamu boleh berehat. 139 00:09:17,724 --> 00:09:20,268 Ada sesuatu yang saya nak uruskan. 140 00:09:22,228 --> 00:09:23,354 Kemaslah! 141 00:09:23,438 --> 00:09:24,689 Saya nak ke tandas. 142 00:09:25,523 --> 00:09:28,818 Tandas di sini sangat bagus. 143 00:09:28,901 --> 00:09:31,946 Ia bukan lubang rawak yang digali dalam tanah. 144 00:09:32,572 --> 00:09:35,408 Di kawasan sibuk kurungan bawah tanah, 145 00:09:35,491 --> 00:09:37,952 ada tempat yang ditetapkan untuk orang buang air. 146 00:09:38,536 --> 00:09:40,663 Ia sentiasa bersih 147 00:09:40,747 --> 00:09:43,207 dan kadangkala ia dihias dengan bunga. 148 00:09:43,291 --> 00:09:45,460 Tentu ada orang yang rajin di sini. 149 00:09:47,337 --> 00:09:48,212 Apa? 150 00:09:48,296 --> 00:09:49,964 Senshi! 151 00:09:51,049 --> 00:09:52,175 Apa dia? 152 00:09:52,258 --> 00:09:53,343 Apa yang awak buat? 153 00:09:53,926 --> 00:09:58,056 Saya kumpul najis dan urin dan bawa ke bekas air kencing. 154 00:09:58,139 --> 00:10:00,475 Saya kagum awak boleh buat begitu selepas makan. 155 00:10:00,558 --> 00:10:03,519 Ia berfungsi sebagai baja penting di sini. 156 00:10:03,603 --> 00:10:05,605 Jadi ia juga digunakan untuk sayur-sayuran… 157 00:10:06,606 --> 00:10:09,942 Marcille, di atas sana pun orang buat perkara yang sama. 158 00:10:10,026 --> 00:10:12,195 Saya tahu, tapi ia masih menjijikkan. 159 00:10:12,862 --> 00:10:17,116 Kenapa awak nekad untuk hidup di kurungan bawah tanah? 160 00:10:17,659 --> 00:10:20,620 Jika awak nak hidup berdikari, di atas tanah pun boleh. 161 00:10:20,703 --> 00:10:25,583 Bukankah lebih mudah untuk bina taman di luar dan memburu? 162 00:10:26,417 --> 00:10:30,296 Kalau begitu, siapa yang akan menyenggara tandas di kurungan bawah tanah? 163 00:10:31,547 --> 00:10:34,926 Siapa akan hapuskan zombi yang jatuh ke dalam tandas? 164 00:10:35,009 --> 00:10:37,845 Siapa akan bantu Golem yang jatuh? 165 00:10:38,471 --> 00:10:42,892 Dulu ada lebih sepuluh Golem, tapi sekarang cuma ada tiga. 166 00:10:43,685 --> 00:10:45,478 Tanpa Golem, 167 00:10:45,561 --> 00:10:48,272 raksasa dari tingkat bawah akan naik ke sini. 168 00:10:48,356 --> 00:10:52,694 Raksasa yang dihalau oleh raksasa itu akan pergi ke tempat lain. 169 00:10:52,777 --> 00:10:54,987 Ia pula akan halau raksasa lain. 170 00:10:55,863 --> 00:10:59,534 Jika itu berlaku, kurungan bawah tanah ini akan berubah. 171 00:10:59,617 --> 00:11:02,036 Kita tak boleh bersiar-siar atau memburu pun di sini. 172 00:11:02,829 --> 00:11:05,498 Kurungan bawah tanah ini sama macam taman. 173 00:11:06,124 --> 00:11:09,419 Kita tak boleh tinggalkannya dan harapkan ganjaran. 174 00:11:09,919 --> 00:11:10,753 Lebih-lebih lagi, 175 00:11:11,337 --> 00:11:15,842 kita makan apa yang tumbuh di sini dan berbakti kepada tempat ini… 176 00:11:15,925 --> 00:11:17,593 Hidup begini, 177 00:11:17,677 --> 00:11:22,014 saya rasa macam benar-benar masuk ke kurungan bawah tanah ini. 178 00:11:22,932 --> 00:11:24,475 Itu buat saya gembira. 179 00:11:28,062 --> 00:11:29,021 Tapi jika begitu, 180 00:11:29,605 --> 00:11:32,233 tak apakah awak tinggalkan tempat ini bagi pihak kami? 181 00:11:32,942 --> 00:11:34,652 Jika tempat ini jadi huru-hara… 182 00:11:35,194 --> 00:11:36,362 Jangan risau. 183 00:11:36,446 --> 00:11:41,325 Walaupun saya tiada selama sebulan dua, Golem akan uruskannya. 184 00:11:41,409 --> 00:11:46,080 Lagipun, saya takkan tenang jika kamu semua mati kerana malnutrisi. 185 00:11:46,164 --> 00:11:47,081 Tunggu sekejap. 186 00:11:47,165 --> 00:11:48,791 Saya akan bersiap cepat-cepat. 187 00:11:54,464 --> 00:11:56,924 Senshi sangat mengagumkan. 188 00:12:00,553 --> 00:12:02,513 Apa awak nak buat dengan sayur-sayuran ini? 189 00:12:03,514 --> 00:12:06,058 Biasanya saya guna untuk tukar barang. 190 00:12:06,142 --> 00:12:09,061 Kadangkala saya buka gerai tanpa orang dan menjualnya. 191 00:12:09,645 --> 00:12:10,897 Gerai tanpa orang? 192 00:12:10,980 --> 00:12:14,317 Dulu saya kumpul duit dalam kotak harta karun, 193 00:12:14,901 --> 00:12:17,653 tapi saya berhenti sebab ia asyik dicuri. 194 00:12:17,737 --> 00:12:19,447 Sebab itulah kotak harta karun itu… 195 00:12:19,530 --> 00:12:21,157 Selalu ada duit di dalamnya. 196 00:12:22,200 --> 00:12:25,077 Jadi awak buat pertukaran barang di sini? 197 00:12:25,161 --> 00:12:28,956 Saya ada pelanggan di tingkat bawah, 198 00:12:29,040 --> 00:12:31,375 tapi jika pergi sekarang pun, mereka mungkin sibuk. 199 00:12:31,459 --> 00:12:34,170 Saya tak nak biarkan taman terbiar, 200 00:12:34,253 --> 00:12:35,463 jadi saya menuai tanaman. 201 00:12:35,546 --> 00:12:37,089 Tapi jika tak perlukannya, boleh buang saja. 202 00:12:37,173 --> 00:12:40,218 Tak boleh! Awak tak patut bazirkan makanan! 203 00:12:40,301 --> 00:12:44,972 Awak bekerja keras untuk menanamnya. Sudahlah ia berkilat dan sedap! 204 00:12:45,056 --> 00:12:46,307 Awak semakin sukakannya. 205 00:12:47,308 --> 00:12:51,979 Kalau begitu, kita patut tukar di sini. 206 00:12:53,439 --> 00:12:55,107 - Di sini? - Di sini? 207 00:12:56,567 --> 00:12:58,986 Pedagang pun ada di dalam kurungan bawah tanah. 208 00:13:03,366 --> 00:13:04,367 Masuk. 209 00:13:08,162 --> 00:13:11,165 Kebanyakan pelanggan mereka ialah pengembara 210 00:13:11,249 --> 00:13:14,585 atau orang yang tak boleh kembali ke atas tanah. 211 00:13:18,422 --> 00:13:20,341 Selamat datang, tetamu yang dikasihi. 212 00:13:20,424 --> 00:13:22,927 Kamu cari tempat tinggal atau makanan? 213 00:13:23,010 --> 00:13:24,303 Kami nak tukar barang. 214 00:13:24,387 --> 00:13:25,888 Baiklah. 215 00:13:27,139 --> 00:13:28,975 Jadi apa yang kamu ada? 216 00:13:29,058 --> 00:13:30,351 Sayur. 217 00:13:32,812 --> 00:13:34,146 Pergi! 218 00:13:34,230 --> 00:13:35,606 Nanti, dengarlah dulu… 219 00:13:35,690 --> 00:13:37,858 Kalau nak tukar, bawa syiling! 220 00:13:37,942 --> 00:13:40,736 Faham? Duit syiling! 221 00:13:40,820 --> 00:13:42,613 Benda bulat, berkilat dan berkilau! 222 00:13:43,281 --> 00:13:45,616 Bukannya kami nak tukar dengan batu permata. 223 00:13:45,700 --> 00:13:47,368 Awak ada dapur di sini, bukan? 224 00:13:47,451 --> 00:13:48,369 Awak perlukan bahan… 225 00:13:48,452 --> 00:13:50,371 Ini juga bulat dan berkilat. 226 00:13:50,454 --> 00:13:53,374 Tunjukkan lobak merah ini kepada tukang masak awak. 227 00:13:53,457 --> 00:13:54,750 Saya pasti mereka mahu. 228 00:13:54,834 --> 00:13:57,461 Siapa yang akan makan sesuatu yang menjijikkan itu? 229 00:13:58,796 --> 00:13:59,839 Teruknya! 230 00:14:00,590 --> 00:14:03,593 Awak akan dihukum jika membazir makanan! 231 00:14:05,303 --> 00:14:07,221 Halau mereka sekarang! 232 00:14:07,305 --> 00:14:08,931 - Cepat! - Dengar… 233 00:14:11,267 --> 00:14:12,101 Apa? 234 00:14:17,315 --> 00:14:18,357 Bota! 235 00:14:18,941 --> 00:14:21,319 Bunuh mereka yang bersenjata dulu! 236 00:14:21,402 --> 00:14:23,362 Jangan biarkan seorang pun hidup! 237 00:14:28,701 --> 00:14:30,369 Kenapa ada bota di sini? 238 00:14:30,453 --> 00:14:32,747 Saya ingatkan ia di tingkat lebih rendah. 239 00:14:32,830 --> 00:14:34,707 Apa pun, kita perlu lari… 240 00:14:39,420 --> 00:14:40,755 - Marcille! - Tunggu. 241 00:14:46,719 --> 00:14:50,306 Apa awak buat di sini, Senshi? 242 00:14:52,099 --> 00:14:54,060 Itu yang saya nak tanya juga. 243 00:14:56,646 --> 00:14:59,106 Mereka ini kenalan awak? 244 00:14:59,190 --> 00:15:00,107 Betul. 245 00:15:00,691 --> 00:15:03,903 Tak sangka awak ada kaitan dengan manusia dan bunian. 246 00:15:03,986 --> 00:15:06,197 Dengan pelanggan, maksud awak… 247 00:15:06,280 --> 00:15:07,949 Saya maksudkan bota. 248 00:15:09,700 --> 00:15:13,496 Saya sangka dia maksudkan orang seperti mereka, tapi bota? 249 00:15:13,579 --> 00:15:15,081 Saya sangka setidaknya goblin. 250 00:15:15,164 --> 00:15:17,375 Saya sangka dia maksudkan Kobold. 251 00:15:17,959 --> 00:15:19,627 Naga Merah muncul. 252 00:15:20,878 --> 00:15:24,882 Naga Merah yang jarang muncul pada masa lalu. 253 00:15:25,883 --> 00:15:30,262 Tapi kebelakangan ini, ia muncul berhampiran penempatan kami. 254 00:15:30,805 --> 00:15:32,890 Ada yang tak boleh berlawan di penempatan kami. 255 00:15:33,432 --> 00:15:37,269 Kami datang ke tingkat ini untuk perlindungan sementara. 256 00:15:38,270 --> 00:15:39,689 Mungkinkah itu Naga Merah? 257 00:15:39,772 --> 00:15:41,816 Di mana awak nampak Naga Merah? 258 00:15:42,358 --> 00:15:46,278 Awak nak saya beritahu di mana penempatan kami? 259 00:15:46,362 --> 00:15:47,196 Tak nak. 260 00:15:47,780 --> 00:15:49,949 Bos, kami dah uruskan semua orang di dalam. 261 00:15:50,032 --> 00:15:50,992 Bagus. 262 00:15:51,075 --> 00:15:53,202 Ambil semua yang mungkin berguna. 263 00:15:53,786 --> 00:15:55,079 Apa ini? 264 00:15:56,497 --> 00:15:57,707 Susu basi? 265 00:15:57,790 --> 00:15:59,250 Buanglah. 266 00:15:59,333 --> 00:16:02,211 Itu tanaman yang awak usahakan, bukan? 267 00:16:02,795 --> 00:16:05,589 Seperti yang awak lihat, kami perlukan bantuan sekarang. 268 00:16:05,673 --> 00:16:07,591 Saya nak awak berkongsi dengan saya. 269 00:16:07,675 --> 00:16:09,677 Untuk pertukaran barang? 270 00:16:09,760 --> 00:16:11,053 Kalau begitu, ini… 271 00:16:11,137 --> 00:16:11,971 Tidak. 272 00:16:12,054 --> 00:16:13,514 Seperti yang saya cakap, 273 00:16:14,265 --> 00:16:16,559 kami tiada barang sekarang. 274 00:16:17,768 --> 00:16:21,022 Sukar untuk saya buat permintaan ini kepada seorang kawan, 275 00:16:21,105 --> 00:16:24,483 tapi saya mahu awak berikan semua barang yang awak ada. 276 00:16:26,318 --> 00:16:27,653 Senshi. 277 00:16:28,654 --> 00:16:29,739 Baiklah. 278 00:16:29,822 --> 00:16:31,282 Bagus. 279 00:16:31,365 --> 00:16:34,493 Tapi sebagai ganti, saya nak minta tolong. 280 00:16:34,577 --> 00:16:37,830 Malam ini, benarkan kami bermalam di penempatan awak. 281 00:16:37,913 --> 00:16:38,748 - Apa? - Apa? 282 00:16:39,331 --> 00:16:40,708 Jika awak benarkan, 283 00:16:40,791 --> 00:16:43,794 kami sanggup gadaikan nyawa atau sayur kami. 284 00:16:43,878 --> 00:16:44,712 Apa? 285 00:16:44,795 --> 00:16:46,172 Awak di sana! 286 00:16:46,255 --> 00:16:48,507 Itu bukan basi, tapi ditapai! 287 00:16:48,591 --> 00:16:50,342 Pastikan awak bawa bersama! 288 00:16:54,597 --> 00:16:56,348 Kenapa awak cakap begitu? 289 00:16:56,432 --> 00:16:58,100 Mereka ambil senjata kita. 290 00:16:58,184 --> 00:17:00,561 Jika kita tahu lokasi kem mereka, 291 00:17:00,644 --> 00:17:02,396 kita takkan dapat naik ke atas lagi. 292 00:17:02,480 --> 00:17:05,441 Awak ada rancangan, bukan? 293 00:17:06,609 --> 00:17:11,030 Balang yang saya suruh bota ambil tadi 294 00:17:11,113 --> 00:17:13,616 ialah yis penaik. 295 00:17:13,699 --> 00:17:18,871 Bota ada ambil tepung yang disimpan di dapur. 296 00:17:18,954 --> 00:17:19,914 Dalam erti kata lain… 297 00:17:19,997 --> 00:17:21,040 Dalam erti kata lain? 298 00:17:22,124 --> 00:17:23,876 Saya boleh buat roti! 299 00:17:24,376 --> 00:17:26,587 - Bodoh! - Jadi awak tak ada rancangan! 300 00:17:26,670 --> 00:17:29,131 - Bodoh! - Awak cuma nak buat roti! 301 00:17:29,215 --> 00:17:30,341 Bodoh! 302 00:17:30,424 --> 00:17:32,176 Hei, diam! 303 00:17:35,262 --> 00:17:36,722 Itu bunian! 304 00:17:36,806 --> 00:17:38,682 Muka gasar. 305 00:17:39,266 --> 00:17:40,851 Tunggu di dalam sangkar ini. 306 00:17:41,644 --> 00:17:43,187 Ayah dah balik! 307 00:17:43,771 --> 00:17:47,441 Saya harap kita tak jadi makanan bota hari ini. 308 00:17:47,525 --> 00:17:50,152 Di mana awak letak bahan penaik itu? 309 00:17:50,820 --> 00:17:54,615 Jika awak tak tahu cara gunakannya, awak sebenarnya memiliki lombong emas! 310 00:17:54,698 --> 00:17:57,076 Beri kepada saya! Saya akan buat roti untuk kamu! 311 00:17:57,159 --> 00:17:59,954 Roti! 312 00:18:02,123 --> 00:18:06,293 Campurkan tepung gandum, garam, gula, bahan penaik dan air. 313 00:18:06,377 --> 00:18:09,713 Uli sehingga sebati. 314 00:18:10,714 --> 00:18:12,216 Awak bermain dengan lumpur? 315 00:18:12,299 --> 00:18:13,217 Apa? 316 00:18:14,635 --> 00:18:16,387 Apa kata kita belajar sejarah? 317 00:18:17,847 --> 00:18:20,891 Ini kisah tentang ketika kita masih hidup di atas tanah 318 00:18:20,975 --> 00:18:22,601 dan bukannya di bawah tanah. 319 00:18:23,269 --> 00:18:25,771 Orang seperti bunian dan manusia di sana 320 00:18:25,855 --> 00:18:29,775 bunuh ramai orang kita dan ambil tanah kita. 321 00:18:30,359 --> 00:18:33,571 Bota juga bunuh banyak kaum lain. 322 00:18:33,654 --> 00:18:34,488 Apa? 323 00:18:34,572 --> 00:18:36,490 Sekarang, tambah minyak zaitun. 324 00:18:38,367 --> 00:18:41,620 Kita dipaksa tinggalkan permukaan dan selepas merayau seketika, 325 00:18:41,704 --> 00:18:46,000 kita jumpa tempat kita di bawah tanah dan hidup tenang seketika. 326 00:18:46,083 --> 00:18:48,836 Sehinggalah mereka jumpa kita lagi. 327 00:18:48,919 --> 00:18:53,007 Pegang hujung doh dan uli dengan menumbuknya. 328 00:18:53,090 --> 00:18:56,969 Mereka tuang minyak ke dalam tanah dan membakarnya. 329 00:18:57,052 --> 00:19:01,432 Itu kerana bota asyik menyerang kampung kaum lain berulang kali! 330 00:19:02,725 --> 00:19:04,852 Itu saja caranya untuk kami terus hidup. 331 00:19:04,935 --> 00:19:08,230 Itu cara hidup awak sebelum awak pindah ke bawah tanah lagi. 332 00:19:08,314 --> 00:19:09,773 Sebab itulah awak dihalau! 333 00:19:09,857 --> 00:19:12,526 Hentikan, Marcille. Cukuplah… 334 00:19:12,610 --> 00:19:14,320 Diamlah, setengah kaki! 335 00:19:14,403 --> 00:19:16,739 Uli dengan lebih kuat, boleh? 336 00:19:16,822 --> 00:19:17,781 Maaf. 337 00:19:17,865 --> 00:19:20,034 Beri sini! Biar saya buat! 338 00:19:20,117 --> 00:19:22,494 Kami dihalau dari permukaan dan lari ke bawah tanah. 339 00:19:22,578 --> 00:19:24,622 Apabila kami tiba di kurungan bawah tanah, 340 00:19:24,705 --> 00:19:26,916 kamu cuba merampasnya daripada kami! 341 00:19:26,999 --> 00:19:30,461 Orang kampung di atas tanah yang jumpa dulu! 342 00:19:30,544 --> 00:19:33,297 Tapi kami yang masuk ke dalam dulu! 343 00:19:33,380 --> 00:19:36,091 Zombi datang sebelum orang lain lagi! 344 00:19:36,175 --> 00:19:39,428 Apabila doh meregang dengan halus, masa untuk penapaian pertama. 345 00:19:42,890 --> 00:19:47,853 Apabila doh berganda saiznya, bahagi sama rata dan bentuk dengan kemas. 346 00:19:48,729 --> 00:19:50,522 Awak senyap saja selama ini, lelaki tinggi. 347 00:19:51,106 --> 00:19:53,108 Apa yang awak fikirkan? 348 00:19:53,734 --> 00:19:57,446 Orang kata sesiapa yang kalahkan ahli sihir gila yang bina tempat ini 349 00:19:57,529 --> 00:20:00,491 akan dapat seluruh istana ini. 350 00:20:00,574 --> 00:20:03,702 Kenapa awak cuba masuk ke dalam kurungan bawah tanah? 351 00:20:05,329 --> 00:20:08,582 Apabila awak dapat kerajaan itu, apa yang awak nak buat? 352 00:20:10,167 --> 00:20:14,964 Saya pernah dengar cerita itu, tapi saya tak pernah terfikirkannya. 353 00:20:15,047 --> 00:20:16,924 Kelakar betul. 354 00:20:17,007 --> 00:20:19,593 Semua pengembaraan sama macam awak. 355 00:20:20,094 --> 00:20:22,721 Awak dapat gaji harian dan uji kemahiran awak. 356 00:20:22,805 --> 00:20:24,974 Kamu semua memang tamak. 357 00:20:25,057 --> 00:20:28,394 Saya menggigil memikirkan apa akan berlaku kalau orang macam awak 358 00:20:28,477 --> 00:20:30,104 dapat istana ini. 359 00:20:31,105 --> 00:20:34,775 Sebab itulah kami bunuh sesiapa saja dari permukaan yang kami jumpa. 360 00:20:34,858 --> 00:20:36,402 Teruknya alasan awak! 361 00:20:36,485 --> 00:20:39,071 Kalau begitu, awak patut bertanding untuk takhta juga. 362 00:20:39,154 --> 00:20:41,824 Atau menjarah satu-satunya perkara yang bota boleh buat? 363 00:20:42,616 --> 00:20:44,326 Sekurang-kurangnya awak berani. 364 00:20:44,868 --> 00:20:45,828 Saya suka. 365 00:20:45,911 --> 00:20:48,497 Saya akan campak awak hidup-hidup ke dalam api! 366 00:20:48,580 --> 00:20:50,916 Nampak? Cepat saja awak jadi ganas! 367 00:20:51,000 --> 00:20:52,668 Penapaian kedua. 368 00:20:56,505 --> 00:20:58,424 Apabila ia cukup mengembang, 369 00:20:58,507 --> 00:21:01,427 masak dengan api kecil satu bahagian pada satu masa. 370 00:21:02,011 --> 00:21:03,679 Biarkan ia berwap sedikit 371 00:21:04,388 --> 00:21:05,931 dan buka penutupnya. 372 00:21:07,766 --> 00:21:09,518 Roti dah siap! 373 00:21:10,019 --> 00:21:11,979 Sedapnya bau! 374 00:21:12,062 --> 00:21:13,647 Mari kita rasa. 375 00:21:13,731 --> 00:21:17,026 Berhenti! Roti itu milik kami. 376 00:21:17,109 --> 00:21:18,944 Kami takkan beri kepada kamu. 377 00:21:19,028 --> 00:21:19,945 Apa? 378 00:21:20,029 --> 00:21:22,781 Saya benarkan kamu buat roti sebab kamu yang nak, 379 00:21:22,865 --> 00:21:25,743 tapi apa yang kami nak buat dengannya terpulang kepada kami. 380 00:21:27,786 --> 00:21:28,871 Ayah. 381 00:21:29,538 --> 00:21:33,625 Mereka buat bersama-sama, tapi mereka tak dapat makan? 382 00:21:37,671 --> 00:21:40,174 Sebab roti saja tak cukup. 383 00:21:40,799 --> 00:21:46,138 Kamu perlukan hidangan utama, daging dan sayur untuk hidangan seimbang. 384 00:21:46,221 --> 00:21:50,225 Ayah kamu cuma nak kami tunggu sehingga hidangan lain siap. 385 00:21:50,309 --> 00:21:51,643 Hei, apa awak cakap ini? 386 00:21:51,727 --> 00:21:54,938 Betul. Dia janji nak sediakan penginapan untuk satu malam 387 00:21:55,022 --> 00:21:56,815 sebagai ganti sayur kami. 388 00:21:57,691 --> 00:22:00,611 Ayah kamu pula seorang yang tak boleh mungkir janji. 389 00:22:05,199 --> 00:22:08,243 Hei! Buatkan mereka makanan rawak! 390 00:22:14,958 --> 00:22:16,251 STEW KUBIS YANG BARU DIPETIK 391 00:22:16,335 --> 00:22:18,170 Baiklah! Dah siap! 392 00:22:19,463 --> 00:22:20,380 - Makan! - Okey. 393 00:22:20,464 --> 00:22:21,465 Terima kasih. 394 00:22:29,473 --> 00:22:30,891 Sedapnya! 395 00:22:30,974 --> 00:22:32,267 Pedasnya! 396 00:22:32,351 --> 00:22:34,853 Ia pedas dan sedap! 397 00:22:34,937 --> 00:22:37,773 Ia dibuat dengan bahan yang sama seperti stew kubis Senshi, 398 00:22:37,856 --> 00:22:40,025 tapi ia hidangan yang berbeza. 399 00:22:40,984 --> 00:22:43,695 Saya kata menjarah saja yang kamu boleh buat, 400 00:22:43,779 --> 00:22:45,239 tapi bota pun boleh tahan juga. 401 00:22:46,240 --> 00:22:47,199 Diam. 402 00:22:48,242 --> 00:22:49,409 Saya… 403 00:22:49,993 --> 00:22:53,288 Awak tanya kenapa saya cuba masuk jauh ke dalam kurungan bawah tanah. 404 00:22:53,997 --> 00:22:56,333 Adik saya dimakan oleh Naga Merah. 405 00:22:56,917 --> 00:22:58,710 Sebab itulah saya nak cari Naga Merah. 406 00:22:59,920 --> 00:23:03,924 Kalau awak beritahu kami di mana, kami akan kalahkan Naga Merah. 407 00:23:04,508 --> 00:23:07,302 Kami takkan libatkan penempatan awak. 408 00:23:12,474 --> 00:23:13,642 Saya janji. 409 00:23:18,814 --> 00:23:20,858 Hei, beri saya peta. 410 00:23:20,941 --> 00:23:21,775 Baiklah. 411 00:23:22,901 --> 00:23:24,862 Dua tingkat di bawah ini. 412 00:23:24,945 --> 00:23:27,364 Kali terakhir saya nampak, ia di sekitar kawasan kediaman barat. 413 00:23:28,365 --> 00:23:29,324 Terima kasih. 414 00:23:34,997 --> 00:23:38,000 Mulai sekarang, saya akan fikir tentang kemungkinan 415 00:23:38,083 --> 00:23:40,169 mendapat kurungan bawah tanah ini sambil menerokanya. 416 00:23:41,253 --> 00:23:44,131 Sukar untuk bayangkan lelaki yang ditangkap oleh bota 417 00:23:44,214 --> 00:23:46,008 dan membuat roti akan menjadi raja. 418 00:23:47,259 --> 00:23:49,428 Tapi semoga berjaya. 419 00:23:50,929 --> 00:23:52,055 Rasanya sangat sedap. 420 00:23:56,643 --> 00:23:59,980 Kubis itu ditanam di belakang Golem. 421 00:24:04,359 --> 00:24:07,696 Walaupun orang ada pandangan berbeza, mereka semua rasa lapar. 422 00:24:10,490 --> 00:24:12,534 Ia mungkin cuma makanan kurungan bawah tanah, 423 00:24:12,618 --> 00:24:15,204 tapi ia tetap makanan kurungan bawah tanah. 424 00:25:42,833 --> 00:25:46,962 Terjemahan sari kata oleh Afni Liana