1 00:00:06,590 --> 00:00:07,799 - Fred? - Hei, sayang! 2 00:00:07,799 --> 00:00:10,302 Saya dalam perjalanan ke mesyuarat. Semuanya lancar di sini. 3 00:00:10,302 --> 00:00:11,428 TUJUH BELAS TAHUN LALU 4 00:00:11,929 --> 00:00:13,931 Sayang, saya tak dengar. Isyarat tak jelas. 5 00:00:13,931 --> 00:00:15,432 - Apa? - Saya alami kontraksi. 6 00:00:17,184 --> 00:00:19,686 Gala, saya tak dengar. 7 00:00:19,686 --> 00:00:21,396 Nanti saya telefon balik, okey? 8 00:00:21,396 --> 00:00:23,774 - Awak tentu suka Mexico. - Tidak. Fred, jangan letak telefon. 9 00:00:23,774 --> 00:00:25,192 Fred! 10 00:00:35,494 --> 00:00:36,620 Oh, Tuhan. 11 00:00:56,265 --> 00:00:57,766 Gala Scott. 12 00:00:57,766 --> 00:01:00,519 - Kali pertama bersalin, Pn. Scott? - Ya. 13 00:01:01,103 --> 00:01:03,438 Mahu hubungi sesiapa? Awak tak patut keseorangan. 14 00:01:04,188 --> 00:01:05,566 Ya. 15 00:01:05,566 --> 00:01:06,817 Akhirnya, sayang. 16 00:01:06,817 --> 00:01:08,819 Mak tak tahu sebab kamu tiba-tiba hubungi mak. 17 00:01:08,819 --> 00:01:11,572 Mak sedang main blackjack dan menang berturut-turut. 18 00:01:12,489 --> 00:01:14,408 Kita tak bertegur lebih setahun. 19 00:01:14,408 --> 00:01:16,618 Mak tak pernah tanya khabar dan tak datang perkahwinan saya. 20 00:01:16,618 --> 00:01:18,912 Saya tak sangka saya hubungi mak. 21 00:01:19,872 --> 00:01:20,998 Tidak. 22 00:01:20,998 --> 00:01:22,833 Simpan tenaga. Ini belum teruk lagi. 23 00:01:22,833 --> 00:01:25,169 Bertenang. Relaks. Bertenang. 24 00:01:25,169 --> 00:01:27,337 Ada yang paling mencabar, jadi jangan takut. 25 00:01:27,337 --> 00:01:30,340 Oh ya, berani suami kamu, ya? 26 00:01:30,340 --> 00:01:32,759 Fred di Mexico. Ada urusan perniagaan. 27 00:01:33,969 --> 00:01:35,888 Urusan perniagaan di Mexico? Lebih kepada berseronok. 28 00:01:36,555 --> 00:01:39,057 Saya dah mula menyesal panggil mak. 29 00:01:39,057 --> 00:01:41,351 Maaf, tapi mak takkan ke mana-mana. 30 00:01:42,060 --> 00:01:43,187 Tidak. 31 00:01:44,188 --> 00:01:45,647 Okey. Kuatkan diri. 32 00:01:45,647 --> 00:01:47,900 Kamu baik-baik saja. Okey? Bernafas. Bagus. 33 00:01:54,448 --> 00:01:55,782 Bertenang. 34 00:01:55,782 --> 00:01:57,993 - Helo! - Okey, dia dah lahir. 35 00:01:58,493 --> 00:01:59,494 Helo! 36 00:01:59,995 --> 00:02:01,830 Helo. 37 00:02:02,915 --> 00:02:04,333 Comelnya! 38 00:02:06,627 --> 00:02:08,586 Hei, sayang! Hei! 39 00:02:13,675 --> 00:02:15,677 Mungkin sebab hormon, tapi... 40 00:02:17,179 --> 00:02:20,015 Saya gembira mak bersama saya. 41 00:02:20,015 --> 00:02:22,226 Mak pun sangat rindu kamu, sayang. 42 00:02:23,018 --> 00:02:24,978 Sekarang, kita takkan terpisah lagi. 43 00:02:30,776 --> 00:02:31,818 Apa? 44 00:02:38,450 --> 00:02:42,621 Fred di Mexico sebab dia dapat kerja di sana. 45 00:02:44,206 --> 00:02:47,042 Dia sedang siapkan semuanya untuk kami pindah ke sana. 46 00:02:53,006 --> 00:02:54,132 Mak tak kisah. 47 00:02:54,633 --> 00:02:55,759 Kamu nak tahu? 48 00:02:55,759 --> 00:02:58,220 Mak tak mahu berjauhan daripada kamu lagi. 49 00:02:59,054 --> 00:03:01,932 Terutamanya sekarang ada bayi nakal ini. 50 00:03:04,226 --> 00:03:05,435 Kamu tahu? 51 00:03:05,936 --> 00:03:07,354 Mak lega jantinanya lelaki. 52 00:03:08,230 --> 00:03:10,232 Hidup mereka lebih mudah. 53 00:03:31,378 --> 00:03:37,467 LAND OF WOMEN 54 00:03:37,467 --> 00:03:38,760 Awak buat saya gila. 55 00:03:38,760 --> 00:03:40,470 Awak memang gila. Bukan salah saya. 56 00:03:40,470 --> 00:03:43,849 Begitu cara awak minta maaf? Awak memang mustahil. 57 00:03:43,849 --> 00:03:44,933 Apa jadi? 58 00:03:44,933 --> 00:03:48,604 Ibu awak tiba-tiba ubah susun atur perabot di rumah saya. 59 00:03:48,604 --> 00:03:50,564 Rumah kita. Sekarang lebih cantik. 60 00:03:50,564 --> 00:03:52,983 Auranya, feng shui. 61 00:03:53,525 --> 00:03:56,111 - Ini kaedah Kondo. - Dia buat lagi. 62 00:03:56,111 --> 00:03:57,905 Saya tak faham maksud awak. 63 00:03:57,905 --> 00:04:02,159 Saya tahu. Awak tak pandai menghias, tapi kami akan bantu awak. 64 00:04:03,202 --> 00:04:06,288 Nampak? Sekarang, awak boleh lihat ladang. 65 00:04:06,288 --> 00:04:08,373 Saya habiskan sepanjang hari di ladang. 66 00:04:08,373 --> 00:04:10,501 Saya tak perlu lihat apabila di rumah. 67 00:04:11,001 --> 00:04:13,003 Boleh tolong ubah seperti sedia kala? 68 00:04:13,003 --> 00:04:14,588 Tidak, sekarang lebih cantik. 69 00:04:14,588 --> 00:04:16,005 Betul? 70 00:04:16,005 --> 00:04:17,423 Tak nampak buruk. 71 00:04:20,552 --> 00:04:22,346 Tengok, anjing pun suka. 72 00:04:22,846 --> 00:04:25,015 Pengkhianat. Awak pun pengkhianat. 73 00:04:25,015 --> 00:04:26,475 Lagipun, saya penat. 74 00:04:26,475 --> 00:04:28,769 Sepanjang malam saya menghias. 75 00:04:28,769 --> 00:04:31,647 Tak bolehkah awak masuk tidur macam orang normal? 76 00:04:31,647 --> 00:04:33,148 Saya tak dapat tidur. 77 00:04:33,148 --> 00:04:34,525 Bising sangat. 78 00:04:35,859 --> 00:04:37,903 Sebab kamu berdua "berparti." 79 00:04:37,903 --> 00:04:39,988 Tanpa henti, sepanjang malam. 80 00:04:41,657 --> 00:04:44,368 Baru saya tahu sebab Montse selalu tersenyum. 81 00:04:44,368 --> 00:04:45,786 Saya tak tahu pula kamu bercinta. 82 00:04:45,786 --> 00:04:47,704 Saya pergi dulu. 83 00:04:47,704 --> 00:04:50,791 Tidak. Kami tak bercinta. 84 00:04:50,791 --> 00:04:53,001 Betul? Kami... 85 00:04:53,001 --> 00:04:54,378 - Kawan asmara. - Mak. 86 00:04:54,378 --> 00:04:56,630 - Kawan yang berasmara. - Saya faham. Terima kasih. 87 00:04:56,630 --> 00:04:59,424 Orang pekan tak tahu. Kami tak mahu mereka bergosip tentang kami. 88 00:04:59,424 --> 00:05:01,635 Penduduk di sini kebosanan dan suka bergosip. 89 00:05:01,635 --> 00:05:03,303 Betul? Tak sangka. 90 00:05:03,303 --> 00:05:05,639 Saya pergi dulu. Perlu buka bar. 91 00:05:05,639 --> 00:05:08,058 - Saya nak ikut. - Kamu mahu ke mana? 92 00:05:08,058 --> 00:05:09,643 Buat hal saya, mak. 93 00:05:09,643 --> 00:05:11,395 Perlukah saya beritahu mak segalanya? 94 00:05:25,784 --> 00:05:27,452 - Siapa orang terakhir? - Saya. 95 00:05:37,004 --> 00:05:38,881 Itu cucu Julia. 96 00:05:39,882 --> 00:05:42,551 TOLONG SENYAP 97 00:06:02,738 --> 00:06:03,989 Hei. 98 00:06:03,989 --> 00:06:06,575 Maafkan saya tentang semalam. Saya memang lantang. 99 00:06:07,075 --> 00:06:08,368 Jangan risau. 100 00:06:09,703 --> 00:06:11,163 Awak cuma pertahankan saya. 101 00:06:11,788 --> 00:06:12,915 Saya tak buat apa-apa pun. 102 00:06:13,749 --> 00:06:15,375 Apabila perkara begitu berlaku kepada saya, 103 00:06:16,585 --> 00:06:17,669 saya tak tahu nak buat apa. 104 00:06:19,421 --> 00:06:22,841 Mungkin awak patut belajar bersikap seperti Xatart. 105 00:06:23,884 --> 00:06:26,094 Sebab nenek dan ibu awak sangat kental. 106 00:06:26,595 --> 00:06:29,056 Nenek saya kental, tapi ibu saya lain. 107 00:06:29,056 --> 00:06:30,224 Awak fikir begitu? 108 00:06:31,391 --> 00:06:35,312 Ibu awak merentas dunia dengan awak untuk mulakan hidup baharu. 109 00:06:36,104 --> 00:06:38,482 Bagi saya, mereka wanita berani dan tegas. 110 00:06:41,276 --> 00:06:45,280 Saya bertaruh trak tunda saya, yang awak pun sama macam mereka. 111 00:06:46,365 --> 00:06:47,741 Sebenarnya, tidak. 112 00:06:47,741 --> 00:06:49,535 Sebab saya ubah jantina. 113 00:06:51,828 --> 00:06:53,205 Awak faham maksud saya. 114 00:06:54,248 --> 00:06:56,667 Jika tak puas hati, suarakan. Jangan diam saja, Kate. 115 00:07:02,923 --> 00:07:04,466 Apa nenek awak akan buat? 116 00:07:14,560 --> 00:07:16,603 Hei, dia potong giliran! 117 00:07:16,603 --> 00:07:18,981 - Apa? - Buka, tak guna! 118 00:07:18,981 --> 00:07:20,440 Maaf. Awak tak boleh terjah saja. 119 00:07:20,440 --> 00:07:22,150 Ramai orang menunggu dan saya perlu ikut... 120 00:07:22,150 --> 00:07:23,902 Okey. Maaf, saya kurang ajar. 121 00:07:26,071 --> 00:07:28,031 Hei, berani awak, ya? Awak potong barisan. 122 00:07:28,031 --> 00:07:31,076 Masuklah. Tapi hati-hati dengan perkara kamu ceritakan. 123 00:07:31,577 --> 00:07:33,787 Tentu kamu tak mahu orang bergosip tentang kamu. 124 00:07:33,787 --> 00:07:35,998 - Okey, boleh tutup pintu? - Tidak. 125 00:07:35,998 --> 00:07:40,252 Saya mahu mereka dengar sebab awak tentu tak mahu jiran awak bercakap 126 00:07:40,252 --> 00:07:42,546 tentang jangkitan saluran kencing, 127 00:07:42,546 --> 00:07:44,965 ruam atau buasir yang awak alami. 128 00:07:44,965 --> 00:07:47,176 - Tentu awak tak suka, bukan? - Saya minta maaf. 129 00:07:47,676 --> 00:07:50,512 Okey? Saya minta maaf. Boleh tutup pintu? 130 00:07:50,512 --> 00:07:52,014 Saya tak mahu permohonan maaf. 131 00:08:05,152 --> 00:08:06,445 Wahai Mary yang penyayang. 132 00:08:06,445 --> 00:08:07,988 Lahir tanpa dosa. 133 00:08:07,988 --> 00:08:10,449 Ampunkan aku kerana banyak berdosa. 134 00:08:10,949 --> 00:08:13,327 Malangnya, tak banyak berdosa kebelakangan ini. 135 00:08:13,327 --> 00:08:14,578 Julia! 136 00:08:15,370 --> 00:08:17,497 Saya tak sangka awak akan datang. 137 00:08:17,497 --> 00:08:22,377 Saya tahu, tapi saya ada hal penting mahu beritahu, Paderi. 138 00:08:23,295 --> 00:08:24,671 Anak perempuan. 139 00:08:26,006 --> 00:08:28,717 Oh, Tuhan, tak mungkin. 140 00:08:29,218 --> 00:08:30,928 Ya, mungkin. 141 00:08:31,887 --> 00:08:34,806 Rupa-rupanya, lelaki sebelum ini mandul. 142 00:08:35,599 --> 00:08:37,351 Jadi, tinggal awak saja. 143 00:08:38,268 --> 00:08:40,938 - Awak tak ingat ketika di bangsal? - Tolonglah, Julia. 144 00:08:40,938 --> 00:08:43,106 Ramai orang datang ke gereja. Nanti mereka dengar. 145 00:08:43,106 --> 00:08:45,192 Jangan risau. Saya takkan minta apa-apa. 146 00:08:46,777 --> 00:08:49,196 Tapi jika awak mahu tolong saya... 147 00:08:49,196 --> 00:08:52,950 sebab saya yang sara dia selama ini, saya tak kisah, okey? 148 00:08:52,950 --> 00:08:54,409 Awak mahu minta duit saya? 149 00:08:54,409 --> 00:08:55,702 Tidak. 150 00:08:57,120 --> 00:08:59,873 Awak boleh ambil daripada kotak kutipan derma itu. 151 00:09:01,500 --> 00:09:03,669 Saya tahu awak takkan ambil. Lupakan saja. 152 00:09:03,669 --> 00:09:05,212 Saya tak nak timbulkan masalah. 153 00:09:05,212 --> 00:09:06,964 Saya cuma mahu awak tahu. 154 00:09:06,964 --> 00:09:11,468 Tidak. Saya sokong orang mengaku dosa, tapi ini... 155 00:09:11,468 --> 00:09:14,388 Ya, kita tak boleh perbetulkan walau berdoa banyak kali. Saya tahu. 156 00:09:16,223 --> 00:09:18,642 Apa-apa pun, saya minta maaf. 157 00:09:18,642 --> 00:09:22,938 Saya patut beritahu awak lebih awal. Tapi masa berlalu dan... 158 00:09:24,773 --> 00:09:25,858 Sebenarnya, 159 00:09:27,234 --> 00:09:30,445 sekarang memori saya kembali sesuka hatinya. 160 00:09:31,238 --> 00:09:34,324 Mula-mula saya ingat, kemudian saya lupa. 161 00:09:35,409 --> 00:09:38,620 Sebab itu saya cuba betulkan keadaan 162 00:09:39,788 --> 00:09:43,500 sebelum memori saya hilang buat selamanya. 163 00:09:57,014 --> 00:10:01,518 Maaf sebab ganggu tidur awak. 164 00:10:02,436 --> 00:10:04,104 Jangan risau. Bukan salah awak. 165 00:10:04,688 --> 00:10:06,398 Awak bersalah sikit, 166 00:10:07,065 --> 00:10:09,276 tapi saya pun fikir banyak perkara. 167 00:10:10,068 --> 00:10:11,236 Ya, okey. 168 00:10:12,696 --> 00:10:14,239 Fred dan wanita itu? 169 00:10:17,492 --> 00:10:18,744 Kita ada banyak kerja. 170 00:10:18,744 --> 00:10:21,997 Edna akan datang dua minggu lagi tapi wain belum siap. 171 00:10:22,706 --> 00:10:26,251 Kita perlu ambil semua wain buatan sendiri daripada penduduk. 172 00:10:27,044 --> 00:10:28,086 Ya, okey. 173 00:10:29,421 --> 00:10:30,714 Mereka takkan beri kepada awak. 174 00:10:31,215 --> 00:10:33,258 - Kenapa? - Sebab mereka tak suka awak. 175 00:10:34,593 --> 00:10:35,886 Kenapa agaknya? 176 00:10:36,386 --> 00:10:37,387 Okey. 177 00:10:37,387 --> 00:10:41,391 Saya tak tunjuk tanggapan pertama yang baik, tapi saya peramah. 178 00:10:48,941 --> 00:10:51,777 Nalda! Awak nampak cantik hari ini. 179 00:10:52,277 --> 00:10:53,779 Awak dandan rambut? 180 00:10:53,779 --> 00:10:55,531 Nampak berkilat. 181 00:10:56,949 --> 00:10:58,283 Apa awak mahu? 182 00:11:01,453 --> 00:11:02,538 Begini. 183 00:11:02,538 --> 00:11:06,500 Broker wain terbaik di AS akan datang ke sini, 184 00:11:07,000 --> 00:11:10,003 dan kita mahu dia rasa wain terbaik. 185 00:11:10,003 --> 00:11:11,964 Sebab itu kami mahu semua wain buatan awak. 186 00:11:12,548 --> 00:11:14,591 Aduhai! Dia memang kuat minum, ya? 187 00:11:15,509 --> 00:11:16,510 Tidak. 188 00:11:16,510 --> 00:11:19,054 Wain buatan kamu tak boleh diminum. Tak sedap. 189 00:11:19,054 --> 00:11:23,517 Kalau kita campur dengan hasil tahun lepas, rasanya sangat sedap. 190 00:11:25,310 --> 00:11:29,106 Nalda, awak mahukan yang terbaik untuk kilang wain awak, bukan? 191 00:11:29,898 --> 00:11:31,275 Kami perlukan awak. 192 00:11:31,275 --> 00:11:32,568 Saya mengharapkan awak. 193 00:11:32,568 --> 00:11:35,279 Beritahu perempuan Amerika ini, wain ini milik saya. 194 00:11:35,279 --> 00:11:38,156 Wain yang Paco minum! Saya takkan beri setitis pun. 195 00:11:38,156 --> 00:11:40,117 - Tidak. Nalda. Tunggu, jangan. - Selamat tinggal! 196 00:11:40,617 --> 00:11:41,618 Nalda... 197 00:11:43,620 --> 00:11:44,955 Ya. 198 00:11:44,955 --> 00:11:46,540 Awak memang peramah. 199 00:11:50,210 --> 00:11:53,130 Nalda. Saya tak nak cakap begini, tapi terpaksa juga. 200 00:11:54,047 --> 00:11:57,676 Ramona dan Úrsula serahkan wain mereka supaya suami mereka kurang minum arak 201 00:11:57,676 --> 00:12:00,053 dan turun berat badan. 202 00:12:01,180 --> 00:12:02,181 Betul? 203 00:12:04,433 --> 00:12:06,977 Nalda sudah serahkan semua wain yang dia simpan di rumah, 204 00:12:06,977 --> 00:12:12,274 dan beritahu yang awak ada lebih banyak wain sedap ini. 205 00:12:12,274 --> 00:12:14,651 Sedap? Rasanya tawar. 206 00:12:14,651 --> 00:12:16,987 Perempuan ini kata dia pakar wain? 207 00:12:17,779 --> 00:12:20,866 Dia kata, mungkin awak pun akan beri sedikit kepada kami. 208 00:12:21,450 --> 00:12:24,286 Katanya, suami awak tak patut minum arak. 209 00:12:24,286 --> 00:12:26,496 Dia semakin gemuk. 210 00:12:29,958 --> 00:12:31,001 Hei, Pep. 211 00:12:31,835 --> 00:12:33,045 Apa khabar? 212 00:12:33,921 --> 00:12:35,047 Hai. 213 00:12:35,047 --> 00:12:36,632 Beratnya. 214 00:12:37,758 --> 00:12:40,052 Okey. Dalam kiraan tiga. 215 00:12:40,052 --> 00:12:42,429 - Satu, dua, tiga. - Tidak! 216 00:12:42,429 --> 00:12:44,181 Tidak. 217 00:12:44,181 --> 00:12:46,433 "Satu, dua, tiga, tolak." Bukan "Satu, dua, tiga." 218 00:12:47,184 --> 00:12:48,644 Biasanya, "Satu, dua, tiga." 219 00:12:48,644 --> 00:12:50,354 Tidak, "Satu, dua, tiga, tolak." 220 00:12:50,854 --> 00:12:52,648 Tentu itu versi Amerika, bukan? 221 00:12:52,648 --> 00:12:55,275 - Awak okey? - Ya, sangat okey. 222 00:12:55,275 --> 00:12:56,568 Okey, biar saya tengok. 223 00:12:56,568 --> 00:12:59,321 - Tidak. Jangan sentuh saya. - Jangan bergerak. 224 00:12:59,321 --> 00:13:00,822 Saya tahu apa saya buat. 225 00:13:03,992 --> 00:13:05,035 Lega? 226 00:13:05,035 --> 00:13:08,956 Hei! Jangan sampai tertangkap buat perkara tak senonoh! 227 00:13:10,374 --> 00:13:11,834 Saya akan ambil selebihnya. 228 00:13:14,169 --> 00:13:17,005 - Jaga-jaga. Dia dah berpunya, okey? - Berpunya? 229 00:13:17,840 --> 00:13:19,925 Dia dan Montse "trocotró." 230 00:13:20,968 --> 00:13:22,761 - "Troco" apa? - Mereka bercinta! 231 00:13:23,637 --> 00:13:25,222 Jadi, jaga-jaga, faham? 232 00:13:27,015 --> 00:13:28,767 Ramona, saya dah berkahwin. 233 00:13:28,767 --> 00:13:31,186 Jadi? Awak anak Julia. 234 00:13:31,186 --> 00:13:33,188 Ke mana tumpahnya kuah... 235 00:13:35,232 --> 00:13:36,400 Tolong saya. 236 00:13:37,234 --> 00:13:40,279 - Okey, "Satu, dua, tiga, tolak." - Okey. 237 00:13:40,279 --> 00:13:43,657 Nenek! Tentu nenek tak percaya apa saya dapat. 238 00:13:43,657 --> 00:13:45,576 Tengok, sayang. Kita ada tetamu. 239 00:13:46,994 --> 00:13:48,453 Mereka sasa, bukan? 240 00:13:48,453 --> 00:13:50,330 Rupa-rupanya, mereka kawan ibu kamu. 241 00:13:50,330 --> 00:13:52,040 Hei, apa khabar? 242 00:13:53,750 --> 00:13:55,085 Nenek, 243 00:13:56,253 --> 00:13:58,839 saya rasa mereka yang buru kita. 244 00:13:59,590 --> 00:14:00,966 Mereka buru kita? 245 00:14:03,260 --> 00:14:05,304 Mana ibu kamu, budak? 246 00:14:12,477 --> 00:14:14,855 Kita akan guna tong ini. 247 00:14:15,355 --> 00:14:16,732 Fudre. 248 00:14:16,732 --> 00:14:19,568 Tong itu kosong dan perlu dicuci. Kenapa awak mahukannya? 249 00:14:19,568 --> 00:14:22,988 Dengan fud... Dengan semua ini, 250 00:14:22,988 --> 00:14:26,491 kita boleh cepatkan proses pemeraman wain. 251 00:14:26,491 --> 00:14:28,076 Campuran akan rasa lebih sedap. 252 00:14:28,660 --> 00:14:30,662 Serta boleh digunakan sebagai perhiasan di kilang. 253 00:14:30,662 --> 00:14:32,581 Ia nampak asli. 254 00:14:33,081 --> 00:14:34,416 Gaya kedesaan. 255 00:14:35,125 --> 00:14:38,670 Kita cuma perlu alihkan semua kotak dan bersihkan lantai. 256 00:14:38,670 --> 00:14:40,255 Okey, selain menghias rumah saya, 257 00:14:40,255 --> 00:14:42,799 - awak akan hias kilang wain juga. - Saya ada banyak bakat. 258 00:14:42,799 --> 00:14:45,511 Saya percaya. Antaranya ialah buat saya marah. 259 00:14:45,511 --> 00:14:46,887 Cuba fikir. 260 00:14:46,887 --> 00:14:50,015 Edna, pakar wain yang terbaik, akan datang ke kilang wain kita. 261 00:14:50,807 --> 00:14:53,852 Kita perlu beri dia suasana yang mengagumkan. 262 00:14:53,852 --> 00:14:56,396 Dia perlu fikir yang wain kita istimewa. 263 00:14:56,980 --> 00:14:58,482 Tempat ini unik. 264 00:14:58,982 --> 00:15:02,986 Kita perlu tawan pandangannya sebelum deria rasanya. 265 00:15:03,946 --> 00:15:07,950 Apabila dia masuk ke kilang ini, ia perlulah: Boom! 266 00:15:08,992 --> 00:15:10,494 Cinta pandang pertama. 267 00:15:12,412 --> 00:15:13,413 Okey. 268 00:15:15,499 --> 00:15:16,959 Awak faham maksud saya. 269 00:15:16,959 --> 00:15:18,293 Dia perlu suka. 270 00:15:18,293 --> 00:15:21,171 Kilang wain dulu, baru wain. 271 00:15:22,840 --> 00:15:24,132 Dia dari New York. 272 00:15:25,467 --> 00:15:27,177 Dia dari New York, sudah tentu. 273 00:15:28,053 --> 00:15:29,179 Angkuh. 274 00:15:30,389 --> 00:15:33,725 Ya, kami angkuh, tapi kami baik dan bijak. 275 00:15:34,309 --> 00:15:35,435 Cita rasa kami pun bagus. 276 00:15:38,063 --> 00:15:39,189 Okey. 277 00:15:41,275 --> 00:15:43,151 Mari mulakan, semua. 278 00:15:43,151 --> 00:15:44,653 Mari bersihkan fudre. 279 00:15:47,364 --> 00:15:49,575 Hei, sayang. Mak tak boleh cakap sekarang. Sibuk. 280 00:15:49,575 --> 00:15:51,285 Teruskan kerja, okey? 281 00:15:51,285 --> 00:15:54,288 Walau apa pun, tolong jangan balik. 282 00:15:57,082 --> 00:15:58,333 Cakap bahasa Inggeris. 283 00:15:58,876 --> 00:16:00,169 Suruh dia balik. 284 00:16:00,919 --> 00:16:03,088 - Sekarang. - Kejap. Siapa itu? 285 00:16:03,589 --> 00:16:05,174 Kate, itu suara siapa? 286 00:16:06,216 --> 00:16:07,217 Kate! 287 00:16:16,518 --> 00:16:17,519 Kate! 288 00:16:18,437 --> 00:16:19,479 Ka... 289 00:16:19,980 --> 00:16:21,231 Gala! 290 00:16:23,817 --> 00:16:25,360 Seronok dapat jumpa lagi, sayang. 291 00:16:27,362 --> 00:16:30,324 Boleh buka sebotol wain? Saya tak mahu mati tanpa mabuk. 292 00:16:30,324 --> 00:16:32,910 Hei! Boleh simpan pistol? 293 00:16:32,910 --> 00:16:34,328 Okey. 294 00:16:34,828 --> 00:16:36,830 Sebaik saja awak beritahu kami di mana suami awak. 295 00:16:36,830 --> 00:16:38,832 Dia tak tahu. Saya dah cakap. Kami semua tak tahu. 296 00:16:38,832 --> 00:16:42,294 Awak fikir saya akan bahayakan nyawa ibu dan anak saya untuk lindungi Fred? 297 00:16:42,294 --> 00:16:43,712 Saya tak tahu di mana dia. 298 00:16:45,422 --> 00:16:47,341 - Kamu okey? - Saya rasa dia bercakap benar. 299 00:16:47,341 --> 00:16:48,884 Saya rasa kita patut seksa mereka. 300 00:16:48,884 --> 00:16:50,761 Bagaimana mereka boleh jumpa kita? 301 00:16:50,761 --> 00:16:53,347 - Mak beritahu sesiapa? - Berani kamu. 302 00:16:53,347 --> 00:16:55,307 - Kamu salahkan mak? - Saya tak tahu. 303 00:16:55,307 --> 00:16:56,725 Puan, 304 00:16:56,725 --> 00:16:59,102 ikut saya. Bos mahu cakap dengan awak. 305 00:16:59,102 --> 00:17:01,605 Apa kata awak teman kami dan lelaki itu teman dia? 306 00:17:01,605 --> 00:17:03,273 Kalau tak mahu, tak mengapa. 307 00:17:04,148 --> 00:17:05,567 Dia lebih comel. 308 00:17:08,529 --> 00:17:09,946 Nama saya Julia. 309 00:17:11,865 --> 00:17:13,825 Dia juga tak menyeronokkan. 310 00:17:17,746 --> 00:17:20,624 Tony! Awak ada kaitan dengan semua ini? 311 00:17:20,624 --> 00:17:24,419 Pertama, tiada siapa akan seksa awak, okey? 312 00:17:25,002 --> 00:17:26,213 Sekejap. Awak... 313 00:17:26,213 --> 00:17:29,049 Suami awak berhutang 15 juta dolar dengan saya. 314 00:17:29,049 --> 00:17:31,260 Ya. Mana dia? 315 00:17:31,760 --> 00:17:32,970 Saya tak tahu di mana Fred. 316 00:17:32,970 --> 00:17:35,556 Banyak kali saya cuba hubungi dia tapi dia lesap. 317 00:17:35,556 --> 00:17:38,183 Saya juga tiada kaitan dengan urusannya. 318 00:17:38,183 --> 00:17:39,434 Saya percaya dia, bos. 319 00:17:39,977 --> 00:17:42,104 Tapi saya rasa dia tahu lebih banyak daripada yang dikatakan. 320 00:17:42,104 --> 00:17:48,068 Dengar sini, Gala, suami awak yang tak guna itu penipu. Awak tahu? 321 00:17:48,068 --> 00:17:52,948 "Peluang sekali seumur hidup. Saya akan gandakan pendapatan saya." 322 00:17:52,948 --> 00:17:55,951 Dia tipu awak, saya dan semua orang. 323 00:17:55,951 --> 00:17:58,120 Saya berkahwin dengan dia selama 20 tahun. 324 00:17:58,120 --> 00:18:00,706 Okey, saya tak tahu siapa dia. Saya tak tahu cara dia dapat duit. 325 00:18:00,706 --> 00:18:02,374 Saya tak tahu dia di mana. 326 00:18:02,374 --> 00:18:05,294 Gala, saya mahu awak berusaha sikit. 327 00:18:08,213 --> 00:18:11,133 Beginilah. Kalau awak mahu cari dia, 328 00:18:11,133 --> 00:18:12,509 tanya kekasihnya. 329 00:18:13,260 --> 00:18:15,721 DOTHEMAIL - VICKY HUBBLE SAYA TUNGGU AWAK 330 00:18:15,721 --> 00:18:17,222 Kalau kita zum dekat... 331 00:18:22,936 --> 00:18:23,937 Sekejap. 332 00:18:25,898 --> 00:18:27,024 Tak guna. 333 00:18:27,024 --> 00:18:29,776 Boleh sesiapa beritahu saya apa yang berlaku? 334 00:18:29,776 --> 00:18:31,445 Maaf, bos. 335 00:18:31,945 --> 00:18:33,488 Saya dah tahu lokasinya. 336 00:18:34,114 --> 00:18:36,533 Dia di Hotel Mewah Moneghetti di Monte Carlo. 337 00:18:36,533 --> 00:18:38,660 Dia patut bawa saya ke sana sempena ulang tahun perkahwinan. 338 00:18:38,660 --> 00:18:39,786 Awak pasti? 339 00:18:39,786 --> 00:18:43,165 Dia hantar gambar beberapa hari lalu dan e-melnya tertulis, 340 00:18:43,165 --> 00:18:45,751 "Saya tunggu awak." Jadi, tentu mereka di sana. 341 00:18:45,751 --> 00:18:48,378 Okey. Saya akan hantar orang untuk siasat. 342 00:18:48,378 --> 00:18:51,673 Selagi tak jumpa dia, awak tunggu di situ. 343 00:18:51,673 --> 00:18:52,883 Seperkara lagi. 344 00:18:53,383 --> 00:18:55,928 Jangan beritahu apa-apa kepada Kate, okey? 345 00:18:55,928 --> 00:18:59,306 Anak-anak kita tak perlu tahu urusan ibu bapa mereka, bukan? 346 00:18:59,306 --> 00:19:01,642 Kita tak mahu jejaskan kebahagiaan mereka. 347 00:19:12,402 --> 00:19:14,988 - Mungkin dia sibuk. - Kita yang sibuk. 348 00:19:14,988 --> 00:19:17,449 Kita di sini sepanjang hari. 349 00:19:17,449 --> 00:19:21,161 Pakai but. Bersihkan fudre. 350 00:19:21,161 --> 00:19:23,747 Buat campuran tak guna ini. 351 00:19:23,747 --> 00:19:26,375 Wain kita sudah cukup sedap. 352 00:19:26,375 --> 00:19:29,628 Sejak perempuan Amerika itu datang, kita bekerja tanpa henti. 353 00:19:29,628 --> 00:19:30,712 Perempuan Amerika. 354 00:19:30,712 --> 00:19:33,173 Perempuan Amerika itu menyusahkan. 355 00:19:33,173 --> 00:19:34,424 Berani dia. 356 00:19:34,424 --> 00:19:37,219 Ya, dia yang patut ada di sini. 357 00:19:37,219 --> 00:19:39,429 Tapi dia perdayakan kita 358 00:19:39,429 --> 00:19:43,016 dan apabila perlu buat kerja, selamat tinggal! 359 00:19:43,600 --> 00:19:44,768 Nanti dia datang. 360 00:19:44,768 --> 00:19:46,228 Kita percaya sikit pada dia. 361 00:19:47,521 --> 00:19:48,522 Jangan pura-pura! 362 00:19:48,522 --> 00:19:51,692 Sebenarnya, awak suka sikit perempuan Amerika itu. 363 00:19:51,692 --> 00:19:52,776 Apa? 364 00:19:52,776 --> 00:19:54,152 - Bukan sikit. - Tolonglah. 365 00:19:54,152 --> 00:19:55,445 Banyak! 366 00:19:55,445 --> 00:19:58,156 Itu imaginasi kamu saja. 367 00:19:58,156 --> 00:20:00,367 Nanti kita tanya Montse. 368 00:20:00,367 --> 00:20:01,535 Hati-hati. 369 00:20:02,077 --> 00:20:03,161 Apa maksud kamu? 370 00:20:03,161 --> 00:20:05,247 Awaklah cakap, Kasanova. 371 00:20:11,128 --> 00:20:12,337 Sekejap. 372 00:20:53,879 --> 00:20:55,130 Okey, saya datang. 373 00:21:04,348 --> 00:21:05,641 Kenapa lama sangat? 374 00:21:06,183 --> 00:21:07,601 Itu soalan peribadi. 375 00:21:14,483 --> 00:21:17,194 Hei, kawan sasa awak masih bujang? 376 00:21:17,903 --> 00:21:20,489 Maksud saya, ada teman wanita atau tidak? 377 00:21:20,489 --> 00:21:21,782 Sebab saya tak kisah. 378 00:21:21,782 --> 00:21:24,201 Nenek cuba pikat mereka? Tak nampak mereka ada pistol? 379 00:21:24,201 --> 00:21:26,286 Sayang, nenek tak boleh tahan. 380 00:21:26,286 --> 00:21:27,871 Nenek suka lelaki jahat. 381 00:21:27,871 --> 00:21:30,499 Okey, jangan ke mana-mana selagi hal tak selesai. 382 00:21:31,875 --> 00:21:34,294 - Bagaimana si sasa itu? - Ini bukan masanya, mak. 383 00:21:34,878 --> 00:21:36,213 Apa mereka cakap? 384 00:21:36,964 --> 00:21:38,674 - Saya tak tahu. - Apa? 385 00:21:39,716 --> 00:21:42,594 Saya bawa awak ke sini sebab awak orang Puerto Rico. 386 00:21:42,594 --> 00:21:44,930 Belah nenek saya. Saya dari Newark. 387 00:21:45,806 --> 00:21:48,433 Mereka ada ceritakan tentang Maggie? Mereka sakiti dia? 388 00:21:48,433 --> 00:21:49,935 Tidak, sayang. Mak yakin dia selamat. Okey? 389 00:21:49,935 --> 00:21:52,145 Kita perlu tunggu di sini sehingga mereka jumpa ayah. 390 00:21:52,145 --> 00:21:54,648 Tak guna. Polis? 391 00:22:02,197 --> 00:22:03,490 Julia! 392 00:22:03,490 --> 00:22:05,325 Saya tahu awak ada di rumah! 393 00:22:05,325 --> 00:22:07,411 Saya takkan pergi selagi awak tak dengar penjelasan saya! 394 00:22:07,411 --> 00:22:08,495 Okey. 395 00:22:09,538 --> 00:22:11,582 Dia mahu cakap dengan ibu saya. Mereka... 396 00:22:11,582 --> 00:22:13,125 ada isu belum selesai. 397 00:22:15,210 --> 00:22:16,503 Okey. 398 00:22:16,503 --> 00:22:19,464 Tapi jangan main-main. Saya boleh jadi muy loco. 399 00:22:20,382 --> 00:22:22,217 Saya tahu awak memang tak siuman. 400 00:22:22,217 --> 00:22:24,428 Malang betul sebab awak sangat kuat. 401 00:22:25,179 --> 00:22:26,430 Saya perlu buka pintu. 402 00:22:31,602 --> 00:22:32,728 Hai, Andreu. 403 00:22:34,271 --> 00:22:35,272 Hai. 404 00:22:36,273 --> 00:22:37,900 Saya rasa tak sihat. 405 00:22:37,900 --> 00:22:39,193 Ya. 406 00:22:39,193 --> 00:22:41,528 Awak pun nampak tak sihat. 407 00:22:41,528 --> 00:22:45,157 Awak patut berehat. Saya boleh panggil doktor datang. 408 00:22:45,157 --> 00:22:46,283 Tidak. Jangan masuk. 409 00:22:46,283 --> 00:22:49,203 Kalau jiran nampak, mereka akan bergosip dan kita akan ditimpa masalah. 410 00:22:49,203 --> 00:22:51,246 - Kita jumpa lain kali, boleh? - Tidak. 411 00:22:52,414 --> 00:22:55,209 Tidak. Saya ada hal penting nak beritahu awak. 412 00:23:02,257 --> 00:23:03,467 Aduhai, Andreu, cepatlah cakap! 413 00:23:03,467 --> 00:23:04,801 Okey. 414 00:23:08,013 --> 00:23:09,806 Saya tak mandul. 415 00:23:12,059 --> 00:23:13,310 Dengar sini, Andreu. 416 00:23:13,310 --> 00:23:15,687 Saya tak boleh dengar hal ini sekarang. 417 00:23:16,855 --> 00:23:18,273 Saya tipu Mariona. 418 00:23:18,273 --> 00:23:20,859 Dia yang tak boleh mengandung. 419 00:23:20,859 --> 00:23:24,696 Doktor kata saya sangat kuat. 420 00:23:24,696 --> 00:23:29,034 Sperma saya terbaik. 421 00:23:29,618 --> 00:23:31,119 Tapi saya tipu dia. 422 00:23:31,620 --> 00:23:34,915 Saya beritahu dia yang saya mandul supaya dia tak sedih. 423 00:23:35,832 --> 00:23:37,292 Jadi, ya. 424 00:23:38,836 --> 00:23:40,838 Saya bapa Gala. 425 00:23:44,341 --> 00:23:46,593 - Cakaplah sesuatu. - Apa awak mahu saya cakap? 426 00:23:47,886 --> 00:23:49,638 Awak patut beritahu saya lebih awal. 427 00:23:50,222 --> 00:23:51,473 Sebab... 428 00:23:51,473 --> 00:23:52,933 Serabutnya! 429 00:23:54,351 --> 00:23:56,854 Keadaan sekarang sangat rumit. 430 00:23:57,521 --> 00:24:00,315 Saya perlukan masa. 431 00:24:00,315 --> 00:24:01,567 Ya, baiklah. 432 00:24:01,567 --> 00:24:03,902 Ya, okey. Saya faham. 433 00:24:05,153 --> 00:24:06,321 Andreu, tunggu. 434 00:24:14,413 --> 00:24:16,373 Begitulah, ya. 435 00:24:20,335 --> 00:24:21,837 Okey. 436 00:24:22,462 --> 00:24:23,463 Okey. 437 00:24:25,841 --> 00:24:26,842 Selamat tinggal. 438 00:24:35,309 --> 00:24:36,435 Dia beredar. 439 00:24:42,774 --> 00:24:47,613 Jadi, Andreu memang bapa saya? 440 00:24:47,613 --> 00:24:49,072 Mungkin. 441 00:24:49,072 --> 00:24:51,158 Tapi kita tak seratus peratus pasti. 442 00:24:54,077 --> 00:24:58,665 Sebenarnya, mungkin ada calon lain. 443 00:25:01,376 --> 00:25:02,836 Mak tiduri paderi? 444 00:25:03,462 --> 00:25:07,966 Hei. Semasa kami berasmara, dia masih pelajar seminari. 445 00:25:09,718 --> 00:25:10,928 Kita perlu lari. 446 00:25:10,928 --> 00:25:12,137 Hei. 447 00:25:12,137 --> 00:25:13,597 Bahasa Inggeris. 448 00:25:15,641 --> 00:25:18,185 Cakap, pantai... 449 00:25:18,185 --> 00:25:22,022 Tak payah cuba berbahasa Sepanyol, si kacak, sebab awak tak pandai. 450 00:25:22,940 --> 00:25:24,107 Tidak. Saya... 451 00:25:25,275 --> 00:25:27,569 Saya beritahu ibu saya yang kami lapar. 452 00:25:28,070 --> 00:25:29,488 Kamu lapar? 453 00:25:29,488 --> 00:25:30,572 Kebulur. 454 00:25:31,156 --> 00:25:32,783 Awak selalu kebulur. 455 00:25:34,243 --> 00:25:36,620 Siapa mahu tortilla de patata Sepanyol? 456 00:25:46,046 --> 00:25:48,257 Mak layan mereka. 457 00:25:48,257 --> 00:25:50,008 Kita perlu alihkan perhatian mereka. 458 00:25:59,893 --> 00:26:01,311 Helo. 459 00:26:01,311 --> 00:26:03,480 Tortilla kentang. 460 00:26:03,480 --> 00:26:04,815 Makanan tipikal Sepanyol. 461 00:26:04,815 --> 00:26:06,316 Nak tahu apa saya suka? 462 00:26:06,316 --> 00:26:08,861 Saya suka sup tomato sejuk itu. Apa namanya? 463 00:26:10,320 --> 00:26:12,489 Gaz... Gazpaco! 464 00:26:12,489 --> 00:26:14,700 Betul! Gazpaco. 465 00:26:15,284 --> 00:26:17,494 - Saya pandai buat. - Ya. 466 00:26:24,501 --> 00:26:26,003 Kita perlu lari. 467 00:26:26,503 --> 00:26:29,381 Saya tak mahu tunggu sehingga mereka jumpa Fred. 468 00:26:30,257 --> 00:26:31,842 Kamu tahu di mana dia, ya? 469 00:26:32,593 --> 00:26:36,013 Saya buka e-melnya dan ternampak mesej 470 00:26:36,013 --> 00:26:37,264 daripada kekasihnya. 471 00:26:40,809 --> 00:26:42,060 Dia ada kekasih. 472 00:26:42,728 --> 00:26:44,313 Tak terkejut langsung. 473 00:26:44,313 --> 00:26:45,564 Okey, mak. 474 00:26:45,564 --> 00:26:49,359 Mak betul. Mak betul selama 20 tahun ini. 475 00:26:49,359 --> 00:26:51,361 Itu yang mak mahu dengar? 476 00:26:51,862 --> 00:26:54,031 Sejujurnya, mak lebih suka kalau salah. 477 00:26:54,656 --> 00:26:56,366 Hei. Bahasa Inggeris. 478 00:26:57,075 --> 00:26:58,285 Biasalah para ibu. 479 00:27:00,996 --> 00:27:02,873 Mahu tahu sebab mak tak datang perkahwinan kamu? 480 00:27:03,457 --> 00:27:06,376 Pada hari kita tengok hotel untuk resepsi, 481 00:27:06,376 --> 00:27:09,671 mak ternampak dia pikat perancang perkahwinan dalam tandas. 482 00:27:11,256 --> 00:27:12,341 Maaf, mak tahu. 483 00:27:12,341 --> 00:27:14,760 Orang selalu buat perkara dungu apabila bercinta. 484 00:27:15,511 --> 00:27:18,889 Tapi mak tak sanggup tengok kamu hancurkan hidup dengan mengahwini dia. 485 00:27:19,973 --> 00:27:21,183 Hidup saya dah hancur. 486 00:27:21,183 --> 00:27:23,352 Kehidupan saya satu penipuan. Seluruh kehidupan saya. 487 00:27:23,352 --> 00:27:25,270 Lama lagikah? 488 00:27:26,271 --> 00:27:28,899 Okey. Sekejap. 489 00:27:28,899 --> 00:27:30,776 Kami... Tortilla ini perlu... 490 00:27:31,902 --> 00:27:33,570 Lelaki gemuk ini tak penyabar. 491 00:27:33,570 --> 00:27:35,989 Dia kata akan siap sekejap lagi. 492 00:27:35,989 --> 00:27:37,282 Mak. 493 00:27:40,744 --> 00:27:42,162 Paip itu! 494 00:27:42,162 --> 00:27:43,956 Tak guna! Paip! 495 00:27:43,956 --> 00:27:47,626 Jangan buka paip ketika soda kaustik dituang. 496 00:27:48,293 --> 00:27:49,920 Itu tugas awak, Nalda. 497 00:27:49,920 --> 00:27:51,004 Tugas saya? 498 00:27:51,004 --> 00:27:55,092 Saya masukkan campuran sebab kamu kata semua dah bersih! 499 00:27:55,092 --> 00:27:56,176 Tidak. 500 00:27:56,176 --> 00:27:58,470 Soda bercampur dengan wain! 501 00:27:58,470 --> 00:27:59,847 - Tak guna! - Oh, Tuhan! 502 00:27:59,847 --> 00:28:00,764 Oh, Tuhan! 503 00:28:00,764 --> 00:28:02,933 Kita baru saja tuang wain. 504 00:28:02,933 --> 00:28:05,769 Nalda, berhenti sebelum wain rosak. 505 00:28:05,769 --> 00:28:09,481 Dengar sini. Ini bukan salah kami. Okey? 506 00:28:09,481 --> 00:28:11,316 Tapi salah perempuan Amerika itu. 507 00:28:11,316 --> 00:28:16,572 Dia suruh kita masukkan semuanya ke dalam fudre. 508 00:28:16,572 --> 00:28:17,781 Betul! 509 00:28:17,781 --> 00:28:20,325 Kita bekerja tanpa henti! 510 00:28:20,951 --> 00:28:23,537 Dia yang patut uruskan semua ini! 511 00:28:23,537 --> 00:28:24,997 Tak guna! 512 00:28:25,747 --> 00:28:27,249 Sebenarnya, 513 00:28:28,166 --> 00:28:29,251 betul kata kamu. 514 00:28:30,294 --> 00:28:32,004 Ini idea dia. 515 00:28:42,973 --> 00:28:44,391 Selamat menjamu selera! 516 00:28:44,933 --> 00:28:46,393 Wain untuk semua. 517 00:28:47,519 --> 00:28:48,937 Okey. Ya. 518 00:28:48,937 --> 00:28:50,397 Awak tak lapar? 519 00:28:51,148 --> 00:28:52,399 Tidak. 520 00:28:52,399 --> 00:28:54,318 Saya vegan. Tak makan telur. 521 00:28:55,110 --> 00:28:56,445 Saya benci menyeksa haiwan. 522 00:28:56,445 --> 00:28:58,030 Tapi tak kisah menyeksa orang? 523 00:28:58,614 --> 00:29:00,115 Awak juga biadab. 524 00:29:00,616 --> 00:29:01,950 Mari duduk. 525 00:29:05,329 --> 00:29:06,622 Jangan guna telefon di meja makan. 526 00:29:07,331 --> 00:29:08,707 Tapi pistol boleh. 527 00:29:12,878 --> 00:29:14,963 Ya, lagipun, ini tak dikira. 528 00:29:14,963 --> 00:29:17,299 Hal di Sepanyol jangan dihebahkan. 529 00:29:21,678 --> 00:29:22,930 Sedapnya. 530 00:29:25,891 --> 00:29:27,309 Sangat sedap. 531 00:29:32,231 --> 00:29:34,066 Tapi ada rasa pelik. 532 00:29:37,194 --> 00:29:38,445 Mungkin garam. 533 00:29:38,445 --> 00:29:39,738 Aduhai, Galita. 534 00:29:39,738 --> 00:29:41,657 Mak selalu cakap masakan kamu terlalu masin. 535 00:29:41,657 --> 00:29:44,451 Dia selalu kata, masakan saya terlalu masin. 536 00:29:44,451 --> 00:29:45,869 Bukan. 537 00:29:45,869 --> 00:29:48,705 - Ada benda lain. - Nak tahu masalah awak? 538 00:29:48,705 --> 00:29:50,415 Awak makan gelojoh. 539 00:29:50,999 --> 00:29:52,334 Awak perlu makan dengan tenang. 540 00:29:52,334 --> 00:29:55,379 Boleh diam? Dia masukkan sesuatu. 541 00:29:56,755 --> 00:29:58,090 Awak cuba racuni saya? 542 00:29:58,090 --> 00:29:59,800 Apa? Racun? Tidak. 543 00:29:59,800 --> 00:30:02,052 - Tidak. Takkan kami buat begitu. - Tidak. 544 00:30:02,052 --> 00:30:04,346 Cuma ubat tidur. 545 00:30:04,972 --> 00:30:06,014 Mak! 546 00:30:10,811 --> 00:30:14,064 Okey. Cukup! 547 00:30:14,064 --> 00:30:15,440 Jangan bergerak! 548 00:30:15,440 --> 00:30:16,650 Mak! 549 00:30:17,192 --> 00:30:19,361 Jangan bergerak, okey? 550 00:30:19,862 --> 00:30:20,988 Nenek, letakkan pistol. 551 00:30:20,988 --> 00:30:23,574 Tidak, jangan risau, sayang. Nenek ada. 552 00:30:23,574 --> 00:30:29,037 Kita semua perlu bertenang sebab saya tak suka tekanan, okey? 553 00:30:29,037 --> 00:30:30,330 Awak! Jangan bergerak! 554 00:30:31,999 --> 00:30:33,876 Kuatnya tangan awak! 555 00:30:33,876 --> 00:30:35,294 Duduk. 556 00:30:35,836 --> 00:30:36,879 Saya kata, duduk! 557 00:30:36,879 --> 00:30:38,672 Hei, tak payahlah jerit, okey? 558 00:30:38,672 --> 00:30:40,215 - Mana mak dapat pistol? - Diam. 559 00:30:40,215 --> 00:30:42,467 Mulai sekarang, guna bahasa Inggeris. Saya dah bosan. 560 00:30:42,467 --> 00:30:43,635 Okey. 561 00:30:50,434 --> 00:30:51,852 Sayang. Kate, duduk. 562 00:30:51,852 --> 00:30:53,353 Dengar cakap ibu awak. 563 00:30:53,353 --> 00:30:54,438 Okey. 564 00:30:56,190 --> 00:30:59,151 Kate! 565 00:30:59,735 --> 00:31:00,986 Kate! Jangan, Kate! 566 00:31:00,986 --> 00:31:02,154 - Tidak! - Pergi selamatkan dia! 567 00:31:02,154 --> 00:31:03,739 Hei! Duduk. 568 00:31:29,473 --> 00:31:31,099 Ayah, jawablah. 569 00:31:31,850 --> 00:31:33,227 Tolonglah jawab. 570 00:31:52,371 --> 00:31:54,206 Hei! Beri laluan! 571 00:31:55,332 --> 00:31:57,501 Mak okey? 572 00:31:57,501 --> 00:32:00,212 Ya. Tapi si gemuk itu pengsan. Mana dia? 573 00:32:00,212 --> 00:32:01,296 Saya tak tahu. 574 00:32:01,296 --> 00:32:03,048 - Hei, jangan nakal, okey, bebiri? - Oh, Tuhan. 575 00:32:03,048 --> 00:32:05,342 - Kami dah ada banyak masalah. - Sini, mak. 576 00:32:05,342 --> 00:32:06,969 - Ya, mari ikut sini. - Sini. 577 00:32:07,553 --> 00:32:09,471 - Kate! - Hei! 578 00:32:09,471 --> 00:32:11,056 Saya dah penat dengan kamu bertiga. 579 00:32:12,140 --> 00:32:13,308 Kevin! 580 00:32:13,308 --> 00:32:14,810 Awak okey? 581 00:32:15,644 --> 00:32:16,812 Tak guna. Dia sedar. 582 00:32:16,812 --> 00:32:18,522 Tidak. 583 00:32:18,522 --> 00:32:19,857 Dia hampir bunuh saya. 584 00:32:19,857 --> 00:32:21,608 Bukan masalah besar pun, bukan? 585 00:32:21,608 --> 00:32:23,443 Bos sangat marah dengan awak. 586 00:32:24,027 --> 00:32:25,696 - Ayuh. - Ayuh. 587 00:32:25,696 --> 00:32:26,905 Hei. 588 00:32:26,905 --> 00:32:29,074 Jangan risau. Tak mengapa. Semua akan okey. 589 00:32:29,074 --> 00:32:33,078 {\an8}RUMAH XATART 590 00:32:33,078 --> 00:32:35,122 {\an8}Gala! 591 00:32:55,726 --> 00:32:56,727 Montse. 592 00:32:57,519 --> 00:32:58,937 Kita ada janji temu? 593 00:33:00,147 --> 00:33:01,356 Awak mahu bir? 594 00:33:01,356 --> 00:33:03,192 Awak nampak Gala atau Julia? 595 00:33:03,984 --> 00:33:05,819 Tidak, saya tak nampak mereka atau Kate. 596 00:33:06,403 --> 00:33:07,446 Ada masalah? 597 00:33:08,989 --> 00:33:10,032 Entahlah. 598 00:33:18,665 --> 00:33:20,459 Hari ini hari yang sangat istimewa. 599 00:33:20,459 --> 00:33:25,214 Hari ini, hati saya penuh, tapi juga kosong. 600 00:33:25,797 --> 00:33:28,800 Hari ini, saya menang dan kalah. 601 00:33:29,718 --> 00:33:31,220 Tuhan takdirkan... 602 00:33:31,220 --> 00:33:33,639 Ada nampak orang Amerika itu? 603 00:33:37,226 --> 00:33:38,227 Anak-anakku... 604 00:33:38,227 --> 00:33:39,311 - Hai, Maria. Maaf. - Hai. 605 00:33:39,311 --> 00:33:41,230 - Awak nampak Gala? - Tidak. 606 00:33:41,230 --> 00:33:44,024 ...hari ini saya sedar ketetapan Tuhan amat misteri. 607 00:33:44,942 --> 00:33:46,443 Ya. 608 00:33:47,069 --> 00:33:50,155 Hari ini saya terima anugerah hebat. 609 00:33:52,533 --> 00:33:54,701 Saya ada anak dan cucu perempuan. 610 00:33:58,038 --> 00:34:02,835 Sebab itu saya sedih mahu katakan, saya takkan jadi paderi lagi. 611 00:34:03,752 --> 00:34:06,380 Saya akan berhenti menjadi Bapa kamu semua 612 00:34:07,172 --> 00:34:09,550 untuk menjadi bapa kepada satu orang: 613 00:34:11,051 --> 00:34:12,052 Anak perempuan saya. 614 00:34:12,052 --> 00:34:14,429 Dia memang tak guna. 615 00:34:25,315 --> 00:34:27,943 - Cepat jalan. - Okey. Saya jalanlah. 616 00:34:27,943 --> 00:34:29,277 Awak mahu tolong dia? 617 00:34:33,489 --> 00:34:34,616 Jalan sekarang. 618 00:34:34,616 --> 00:34:36,493 Okey. Kami jalanlah. 619 00:34:36,493 --> 00:34:38,495 Oh, Tuhan, mereka menjengkelkan. 620 00:34:40,706 --> 00:34:41,831 Tak guna! 621 00:34:43,000 --> 00:34:46,670 Quintanilla, awak memang teruk. 622 00:34:46,670 --> 00:34:48,297 Tengok dan belajar. 623 00:34:53,135 --> 00:34:56,138 Tak guna! Pistol saya hilang. 624 00:34:56,763 --> 00:34:57,890 Aduhai! 625 00:34:57,890 --> 00:35:00,058 Kalau hilang, ia akan direkodkan. 626 00:35:00,058 --> 00:35:01,435 Peraturan sangat jelas. 627 00:35:01,435 --> 00:35:02,603 - Andreu. - Hei. 628 00:35:02,603 --> 00:35:04,021 Awak nampak tiga perempuan Amerika itu? 629 00:35:04,021 --> 00:35:06,523 Saya baru jumpa Julia di rumah awak. 630 00:35:06,523 --> 00:35:07,649 Kenapa? 631 00:35:08,483 --> 00:35:11,403 Rumah bersepah dan mereka tiada. 632 00:35:12,279 --> 00:35:14,114 Saya tak tahu jika ada sesuatu menimpa mereka. 633 00:35:16,992 --> 00:35:19,369 Pistol saya. Julia yang ambil. 634 00:35:19,953 --> 00:35:21,288 Quintanilla, masuk kereta! 635 00:35:21,788 --> 00:35:23,916 Gala, mana awak? 636 00:35:25,209 --> 00:35:26,502 Saya nak ikut! 637 00:35:26,502 --> 00:35:27,836 Saya mula risau. 638 00:35:33,675 --> 00:35:34,801 Oh, Tuhan. 639 00:35:38,305 --> 00:35:39,306 Okey. 640 00:35:39,973 --> 00:35:41,350 Melutut. 641 00:35:41,350 --> 00:35:43,310 Ya. Okey. 642 00:35:44,811 --> 00:35:45,812 Terima kasih. 643 00:35:46,647 --> 00:35:48,023 Hulurkan tangan. 644 00:35:51,777 --> 00:35:53,111 Tidak! Oh, Tuhan! 645 00:36:36,154 --> 00:36:37,281 DIINSPIRASI DARIPADA NOVEL "LA TIERRA DE LAS MUJERES" OLEH SANDRA BARNEDA 646 00:37:25,454 --> 00:37:27,456 Terjemahan sari kata oleh Hamizah